persembahan kuliah graf bar piramid

18
Graf Bar Piramid - Graf Piramid kadangkala dikenali sebagai graf bar penduduk / demografi - Graf ini kerap digunakan untuk memperlihat struktur jantina, umur dan penduduk yang merangkumi bidang demografi, sektor pekerjaan dan pencapaian pelajar. (1)

Upload: pa3stpm

Post on 14-Jun-2015

4.431 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Teknik pembinaan graf bar piramid bagi calon stpm

TRANSCRIPT

Page 1: Persembahan kuliah graf bar piramid

Graf Bar Piramid-Graf Piramid kadangkala dikenali sebagai graf bar penduduk / demografi

-Graf ini kerap digunakan untuk memperlihat struktur jantina, umur dan penduduk yang merangkumi bidang demografi, sektor pekerjaan dan pencapaian pelajar. (1)

Page 2: Persembahan kuliah graf bar piramid

Setiap soalan graf bar piramid / berpasang mempunyai 3 angkubah / pembolehubah; 3.1 Perkara (isu) 3.2 Tempoh 3.3 Tempat

(2)

Page 3: Persembahan kuliah graf bar piramid

Antara 3 pembolehubah yang terdapat dalam soalan, 1 pembolehubah mesti berpasang atau unsur berpasangan.

(3)

Page 4: Persembahan kuliah graf bar piramid

Contoh ... sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan guna tenaga dalam pelbagai sektor mengikut etnik, jantina pada tahun 2004.

5.1 Jantina merupakan pembolehubah berpasang (4)

Page 5: Persembahan kuliah graf bar piramid

Jenis-jenis graf piramid I berpasang

l. Graf piramid / berpasang mudah / kompaun 2. Graf piramid / berpasang komponen

(5)

Page 6: Persembahan kuliah graf bar piramid

Graf piramid / berpasang mudah 1. Mengandungi dua bahagian yang memaparkan beberapa bar yang dilukis secara horizontal (mendatar) di sebelah kiri dan kanan ruangan paksi menegak. 2. Paksi mendatar untuk menunjukkan jumlah sesuatu perkara yang bersifat pemboleh ubah seperti jumlah eksport manakala paksi menegak adalah untuk pemboleh ubah besifat tetap seperti tahuri dan umur penduduk.

3. Mengandungi hanya satu atau dua pemboleh ubah seperti jantina, eksport, import, tenaga kerja atau sebahagian. (6)

Page 7: Persembahan kuliah graf bar piramid

Graf piramid / berpasang komponen

1. Nilai beberapa sektor atau pemboleh ubah diterapkan ke dalam satu turus, sama seperti ciri grafbar komponen. 2.· Tiap-tiap turus. tidak semestinya mempunyai pemboleh ubah yang sama dalam satu-satu jangka masa. 3. Nilai tertinggi (garisan teratas) merupakan nilai keseluruhan pemboleh ubah, manakala setiap bahagian bar mewakili nilai pemboleh ubah tertentu. (8)

Page 8: Persembahan kuliah graf bar piramid

4. Cara melukis lebih kurang sama dengan graf piramid mudah, Cuma bezanya setiap nilai beberapa pemboleh ubah atau sektor diterapkan ke dalam satu turus. Kepanjangan bar bergantung kepada berapa banyak pembolehubah yang bergabung dengannya.

5. Setiap pemboleh ubah hendaklah diwarna atau dilorekkan untuk membezakan antara satu dengan yang lain. (9)

Page 9: Persembahan kuliah graf bar piramid

6. Unit nilai boleh dalam bentuk peratus atau angka mutlak.

7.Cara melukis bagi graf jenis ini lebih kurang sama dengan piramid mudah.

(10)

Page 10: Persembahan kuliah graf bar piramid

8. Bagi menghasilkan graf bar piramid (biasanya berkaitan penduduk), paksi mendatar dilukis mengikut nilai mutlak (jumlah) ataupun nilai peratus. Catatan kedudukan pemboleh ubah yang mengandungi dua perkara dibuat di bahagian atas kiri dan kanan biasanya jantina (lelaki di sebelah kiri dan perempuan di sebelah kanan) hendaklah jelas dan dengan skala yang sama. Ruang pemisah antara kedua-dua ruang tadi yang dilukis sebagai paksi menegak yang biasanya mewakili kumpulan umur. (11)

Page 11: Persembahan kuliah graf bar piramid

9. Lukiskan petunjuk dengan jelas dan tepat serta lengkap. Catatkan sumber sebagaimana yang tertara dalam teks soalan yang dipilih .

(12)

Page 12: Persembahan kuliah graf bar piramid

Cara melukis

1. Lukis dua paksi menegak di kanan dan kiri. Wujudkan ruang pemisahan di tengah paksi menegak di kanan dan kiri untuk catatan selang umur atau sebagainya.

2. Bar-bar dilukis dengan dijarakkan mengikut kumpulan

(13)

Page 13: Persembahan kuliah graf bar piramid

3. Jantina hendaklah dicatat di kanan dan kiri atas graf. 4. Warna atau lorekkan hendaklah sama sekiranya kedua-dua mewakili . pemboleh ubah yang sama seperti jantina . (14)

Page 14: Persembahan kuliah graf bar piramid

Teknik melukis Graf Piramid

Page 15: Persembahan kuliah graf bar piramid

Contoh soalan 1

Dengan menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun (16)

Page 16: Persembahan kuliah graf bar piramid

Bar Piramid Kompaun

Alasan :

Ada 3 dimensi/perkara ( berat kelahiran,etnik dan jantina )

(17)

Page 17: Persembahan kuliah graf bar piramid

Contoh soalan 2

Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini, sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pd tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996)

Page 18: Persembahan kuliah graf bar piramid

Bar Piramid Komponen

Alasan : Ada perkataan Jumlah dan 3 dimensi/perkara ( pekerjaan, etnik dan tahun )

(18)