jurnal.upi.edujurnal.upi.edu/file/3._badrul_hisham_bin_mokhtar_.docx · web viewpenghasilan kerja...

1
PENGHASILAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU: SATU KAJIAN FENOMENOLOGIKAL FAKTOR EKOLOGI SOSIAL PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 1) Badrul Hisham bin Mokhtar & 2) Azman Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah E-mail: 2) [email protected] Abstrak Kajian ini dilaksanakan bagi meneroka faktor-faktor ekologi sosial pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mempengaruhi penghasilan kerja kursus Berasaskan Ilmu (KKBI). Laporan pencapaian markah keja kursus memberi indikator wujudnya pelajar yang belum menguasai dengan baik kemahiran menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. Kajian Fenomenologikal dan asas teori Ekologi Sosial memandu penyelidik memahami fenomena autentik penghasilan kerja kursus responden ini. Temu bual Separa Berstruktur ditadbir bagi memperoleh data secara induktif dan dapatan data soal selidik digunakan bagi memperoleh kesahan rentasan (cross-validation). Seramai 61 responden pelajar PISMP semester satu dan semester empat tahun 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah dipilih menggunakan kaedah purposive sampling. Analisis data temu bual dilakukan berdasarkan transkripsi verbatim, pengekodan, pengkategorian tema dan pembentukan tema-tema utama sebelum membuat rumusan keseluruhan ke atas dapatan yang diperoleh. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa pensyarah-pensyarah subjek telah memainkan peranan sebagai pembimbing yang berkesan dalam menghasilkan KKBI. Walau bagaimanapun responden memerlukan contoh KKBI yang baik sebagai panduan kepada mereka. Penyediaan Jadual Pelaksanaan Tugasan disepakati telah memenuhi spesifikasi standard yang terkandung dalam proforma kursus. Rakan sekelas pula didapati banyak membantu responden dalam penyediaan KKBI sebaliknya sumbangan rakan sebilik serta mentor berada pada tahap sederhana. Pada umumnya, kajian mendapati faktor-faktor sokongan pembelajaran lain seperti perkhidmatan pusat sumber, akses internet, makmal komputer, asrama, sistem pembelajaran on-line, dan peranan Hal Ehwal Pelajar (HEP) juga boleh ditambah baik. Kata kunci: Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI), Kajian Fenomenologikal, ekologi sosial.

Upload: lediep

Post on 09-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal.upi.edujurnal.upi.edu/file/3._Badrul_Hisham_bin_Mokhtar_.docx · Web viewPENGHASILAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU: SATU KAJIAN FENOMENOLOGIKAL FAKTOR EKOLOGI SOSIAL PELAJAR

PENGHASILAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU: SATU KAJIAN FENOMENOLOGIKAL

FAKTOR EKOLOGI SOSIAL PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

1)Badrul Hisham bin Mokhtar & 2)AzmanInstitut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah

E-mail: 2)[email protected]

AbstrakKajian ini dilaksanakan bagi meneroka faktor-faktor ekologi sosial pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mempengaruhi penghasilan kerja kursus Berasaskan Ilmu (KKBI). Laporan pencapaian markah keja kursus memberi indikator wujudnya pelajar yang belum menguasai dengan baik kemahiran menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. Kajian Fenomenologikal dan asas teori Ekologi Sosial memandu penyelidik memahami fenomena autentik penghasilan kerja kursus responden ini. Temu bual Separa Berstruktur ditadbir bagi memperoleh data secara induktif dan dapatan data soal selidik digunakan bagi memperoleh kesahan rentasan (cross-validation). Seramai 61 responden pelajar PISMP semester satu dan semester empat tahun 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah dipilih menggunakan kaedah purposive sampling. Analisis data temu bual dilakukan berdasarkan transkripsi verbatim, pengekodan, pengkategorian tema dan pembentukan tema-tema utama sebelum membuat rumusan keseluruhan ke atas dapatan yang diperoleh. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa pensyarah-pensyarah subjek telah memainkan peranan sebagai pembimbing yang berkesan dalam menghasilkan KKBI. Walau bagaimanapun responden memerlukan contoh KKBI yang baik sebagai panduan kepada mereka. Penyediaan Jadual Pelaksanaan Tugasan disepakati telah memenuhi spesifikasi standard yang terkandung dalam proforma kursus. Rakan sekelas pula didapati banyak membantu responden dalam penyediaan KKBI sebaliknya sumbangan rakan sebilik serta mentor berada pada tahap sederhana. Pada umumnya, kajian mendapati faktor-faktor sokongan pembelajaran lain seperti perkhidmatan pusat sumber, akses internet, makmal komputer, asrama, sistem pembelajaran on-line, dan peranan Hal Ehwal Pelajar (HEP) juga boleh ditambah baik.

Kata kunci: Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI), Kajian Fenomenologikal, ekologi sosial.