ifolio.ukm.my · web viewkami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak...

15
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SET (13) TAJUK TUGASAN: ISU PENGGUNAAN LEMAK HAIWAN DALAM MAKANAN PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MUHD. NAJIB BIN ABDUL KADIR NAMA KUMPULAN: AHLI KUMPULAN: NO.MATRIK NAMA PELAJAR 1.A144819 SAIDATUL SARAH ALWANIE BINTI SULYAMI 2. A144826 NURUL SHAFIRAH BINTI ABDUL MALEK 3.A144857 NURUL SYAYURA BINTI ABDUL MUTALIB 4.A146794 SYAHIRAH BINTI MD ZAMRI

Upload: dotuong

Post on 20-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

HHHC9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SET (13)

TAJUK TUGASAN:

ISU PENGGUNAAN LEMAK HAIWAN DALAM MAKANAN

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. MUHD. NAJIB BIN ABDUL KADIR

NAMA KUMPULAN:

AHLI KUMPULAN:

NO.MATRIK NAMA PELAJAR

1.A144819 SAIDATUL SARAH ALWANIE BINTI SULYAMI

2. A144826 NURUL SHAFIRAH BINTI ABDUL MALEK

3.A144857 NURUL SYAYURA BINTI ABDUL MUTALIB

4.A146794 SYAHIRAH BINTI MD ZAMRI

SEMESTER 2, SESI 2014/2015

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

2

KANDUNGAN

Halaman

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 DEFINISI 4

3.0 ISU PENGGUNAAN LEMAK HAIWAN DALAM MAKANAN 5

4.0 PENGGUNAAN LEMAK HAIWAN MENURUT AGAMA 6

DAN KEPERCAYAAN

5.0 PENYELESAIAN MASALAH 8

RUMUSAN 10

RUJUKAN 11

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

3

1.0 PENDAHULUAN

Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda, para

sahabat dan kaum Muslimin dan Muslimat. Dalam kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran

Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan kami telah diberi satu tugasan berkaitan isu-

isu semasa. Kami telah memilih satu tajuk yang berkaitan isu semasa iaitu “Isu halal dalam

produk harian manusia”.

Umumnya, kebanyakan masyarakat kita masih belum menyedari bahawa terdapat

banyak perkara syubhat atau meragukan berlaku dalam kehidupan seharian. Hal ini

termasuklah dalam isu-isu yang berkaitan dengan pemilihan produk halal toyyiban dalam

produk gunaan yang melibatkan makanan, minuman, cara pemprosesan dan penghasilan

produk di dalam industri mahupun di premis seperti restoran, kedai makan, kafeteria dan

hotel. Sebagai umat Islam kita perlu mengambil berat tentang produk-produk halal dalam

kehidupan seharian. Bak kata pepatah: We are what we eat, kita adalah apa yang kita makan.

Persoalan halal tersebut merangkumi aspek sumber bahan, cara proses termasuk

pengangkutan dan keadaan penyimpanan sehinggalah menjadi bahan akhir. Kumpulan kami

memfokuskan kepada isu penggunaan lemak haiwan dalam makanan, isu berkaitan khinzir

dalam penghasilan produk gunaan semasa dan elemen najis dan kotoran dalam isu halal

haram. Kami juga menyediakan serba sedikit cara penyelesaian masalah tentang isu yang

berkaitan.

Aspek kualiti makanan dari sudut Islam mempunyai konsep yang sangat luas

berbanding kualiti makanan konventional kerana ia bukan sahaja mementingkan mutu dan

kesihatan bahkan mengambil kira aspek kesucian dan kebolehan dimakan (halal). Makanan

yang berkualiti yang tidak dijamin kehalalannya masih belum boleh dinikmati oleh

masyarakat Islam kerana terdapat hubungan langsung di antara pemakanan dan akidah umat

Islam. Makanan yang haram atau diwujudkan melalui proses yang tidak syarie boleh

menyebabkan kerosakan nilai dan akhlak masyarakat Islam serta pelbagai implikasi negatif

lain yang tidak dijangkakan (Qardawi 1998).

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

4

2.0 DEFINISI

Pengertian halal membawa maksud yang sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia

dikaitkan dengan kebersihan, kesihatan, akhlak dan ibadat yang dikerjakan. Halal

merangkumi segala benda yang baik sementara haram merangkumi benda yang kotor, keji

dan terlarang. (Pusat Dakwah Islamiah,2006).

�ث خبئ ه�م م عل بت� ويحر لطي ل�ويح�ل لهم ٱ ل� ٱ

Maksudnya: Dan (Allah) menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan

mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.

(Surah Al-A’raf ayat 157)

Manakala maksud haram pula ialah perkara yang diharamkan oleh Allah dan Nabi

Muhammad S.A.W. dalam surah Al-Maidah ada menyebutkan tentang makanan yang

diharamkan oleh Allah secara terperinci. (Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakhri.1969) Surah Al-

Maidah ayat:3 :

ل� ل� ل� ا ل� ل ة� ل� ط�ي �� ل ل ٱل ة� ل� د� ل� ل� �ة لل ل ٱ �ة �ل ة و لو �ل لل ل ٱ ة� ل! ط� ل" ل� �ة لل ل ٱ ط$ۦ ط% ط$ &� ل ٱل ط� لي ل' طل ل�� ط) ة� ا ل� ل ط� ط(� ط"� لل ٱ ة* ل� لل ل ة+ ل�, ل ٱل ة� ل� لي �ل لل ٱ ة* ة- لي ل& ل. ل/ ل� د� ة0

( ط1 ة2 ة�� ٱل ل&ى ل. ل4 ط% �ة ل� ل ل* ة� لي �� ل �ل ل� ل�6ا ط�7 ة8 ة9 ل�: (٣ٱل

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah (keluar mengalir), dan

daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain daripada Allah dan yang

mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang

mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih

(sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.

3.0 ISU PENGGUNAAN LEMAK HAIWAN DALAM MAKANAN

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

5

Terdapat hasil sampingan haiwan yang didapati selepas sembelihan seperti lidah, organ,

lemak, kulit dan bahagian lain yang tidak boleh dimakan. Akan tetapi, segala hasil sampingan

haiwan yang didapati ini perlulah di uruskan dengan baik. Ini kerana ia akan memberi kesan

yang tidak elok kepada kesihatan orang awam dan persekitarannya jika tidak di uruskan

dengan betul. Seiring dengan zaman teknologi ini, hasil sampingan haiwan yang telah di

dapati boleh digunakan dalam menghasilkan produk seperti makanan, makanan haiwan,

kosmetik, ubat-ubatan, baja dan lain-lain lagi. (Russly Abdul Rahman,2014).

Penggunaan lemak haiwan dalam makanan terbukti menghasilkan banyak produk

makanan yang sedap dan di sukai oleh orang ramai. Akan tetapi, terdapat beberapa perkara

yang perlu dipertimbangkan dalam pengambilannya. Penghasilan lemak haiwan dalam

industri makanan adalah menjadi satu isu penting menurut agama dan juga kesihatan. Bagi

proses penghasilan lemak haiwan , kes adulterasi hendaklah di elakkan. Adulterasi adalah

penambahan dalam sesuatu produk yang tidak dinyatakan bagi menambahkan jumlah atau

berat produk supaya bentuk produk itu nampak lebih cantik dari segi fizikalnya daripada

produk sebenar. Selain itu juga, adulterasi ini akan menampakkan kuantiti produk itu lebih

banyak dalam masa yang sama mereka dapat mengaut keuntungan yang banyak. dalam pada

itu, adulterasi ini termasuk dalam salah satu perbuatan menipu kerana pengguna tidak

mendapat produk sebagaimana yang telah dinyatakan pada pak bungkusan. (Russly Abdul

Rahman,2014).

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

6

4.0 PENGGUNAAN LEMAK HAIWAN MENURUT AGAMA DAN

KEPERCAYAAN

Penggunaan lemak haiwan menjadi satu isu kepada agama dan kepercayaan tertentu sama ada

penggunaannya perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan atau yang telah dilarang.

Penggunaan lemak haiwan juga lebih tertumpu kepada konsep penggunaannya secara umum

dalam agama Islam, agama Yahudi. (Russly Abdul Rahman,2014).

Bagi masyarakat Islam di Malaysia adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan

produk yang telah dihasilkan berasaskan kepada khinzir dan segala apa yang berkaitan

dengan haiwan tersebut. Ini kerana agama Islam sangat menitikberatkan sumber makanan

bagi orang Islam. Ini adalah kerana pengambilan makanan akan mempengaruhi

perkembangan kesihatan manusia termasuk sikap mereka. (Russly Abdul Rahman,2014).

( Surah Al-Maidah :3)

Maksudnya : Diharamkan kepada kamu memakan bangkai binatang yang tidak disembelih,

dan darah yang keluar mengalir, dan daging babi termasuk semuanya, dan binatang-binatang

yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul,

dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan

binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang

disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi

batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-

orang kafir telah putus asa daripada memesongkan kamu dari ugama kamu setelah mereka

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

7

melihat perkembangan Islam dan umatnya. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar

kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku

telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada

kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang

terpaksa kerana kelaparan memakan benda-benda yang diharamkan sedang ia tidak

cenderung hendak melakukan dosa maka bolehlah ia memakannya, kerana Sesungguhnya

Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Maidah :3)

Walaupun begitu penggunaan lemak haiwan yang lain seperti lembu, kambing dan ayam adalah halal sekiranya ia disembelih dengan sempurna. Akan tetapi, haiwan yang mempunyai gigi bertaring, haiwan yang hidup dua alam dan haiwan yang jijik seperti cicak dan sebagainya tidak termasuk dengan senarai haiwan yang di halalkan. (Russly Abdul

Rahman,2014).

Manakala bagi agama Yahudi pula penggunaan lemak haiwan turut diberi perhatian.

Menurut agama ini terdapat garis panduan yang telah ditentukan yang dipanggil sebagai

Kashrut atau Kosher iaitu Undang-undang Makanan Yahudi). Kosher mengandungi piawaian

yang tersendiri yang melibatkan tiga isu utama iaitu haiwan yang dibenarkan, darah yang

tidak dibenarkan dan larangan mencampur susu dengan daging. Secara umumnya haiwan

yang berkuku belah dan memamah biak, burung-burung seperti ayam, ayam belanda, anak

merpati, itik dan angsa, serta ikan dengan sirip dan sisik yang boleh dibuang adalah

dibenarkan dalam Kosher. Khinzir, burung liar, ikan yu, ikan keli, dogfish, monkfish dan

haiwan yang hampir sama dengannya adalah dilarang. (Russly Abdul Rahman,2014).

Penggunaan lemak haiwan dalam produk makanan tidak akan menjadi isu sekiranya

ia mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan. Tambahan pula komposisi lemak haiwan

dalam makanan turut diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk menjalankan fungsinya

yang tertentu.

5.0 PENYELESAIAN MASALAH

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

8

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa negara kita sedang menghadapi krisis tentang

penggunaan produk halal dalam kehidupan harian. Ramai para pengguna masa kini yang

meragui produk halal yang berada di pasaran ketika ini walaupun produk halal tersebut

memiliki sijil halal daripada pihak Jakim. Justeru pihak berkuasa yang bertanggungjawab

yang telah diamanahkan ini perlu berhadapan dalam keadaan mencabar bagi membuktikan

kesahihan produk halal tersebut. Contohnya seperti produk Cadbury yang popular dikatakan

mempunyai DNA lemak haiwan yang tidak dihalalkan. Pada awalnya, sijil halal diluluskan

namun ianya telah digantung sementara bagi proses penyiasatan supaya pengkhabaran

tentang ketidakhalalan produk tersebut terbukti kesahihannya. Selain itu, negara kita baru-

baru ini telah dikejutkan dengan isu penarikan semula sijil halal bagi Secret Recipe dan isu

ajinomoto yang dikatakan adanya unsur-unsur yang meragukan.

Sebagai pengguna muslim, kami merasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan

isu ini dan menyediakan beberapa penyelesaian yang dapat dikongsikan bagi menangani

masalah-masalah yang dihadapi ini.

1. Kerajaan - Kerajaan perlu mengambil lebih perhatian dan sentiasa membuat

pemantauan di setiap premis-premis pengeluaran produk-produk makanan bagi

memastikan produk yang dikeluarkan dan dipasarkan menepati hukum-hukum syarak.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab perlu tegas dan cakna dalam proses

pemilihan anggota yang berdaftar di bawah Jakim dari pelbagai sudut supaya tidak

berlaku keraguan. Antara perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak yang

bertanggungjawab adalah seperti berikut:

a) Tidak mengandungi bahagian atau benda dari binatang yang diharamkan oleh

syarak.

b) Tidak mengandungi apa-apa benda yang di hukumkan sebagai najis.

c) Tidak disediakan, diproses atau di kilang dengan menggunakan alat-alat yang tidak

bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

9

2 Masyarakat - Masyarakat muslim perlu mengkaji dan meneliti secara terperinci tentang

produk-produk makanan yang dipasarkan sebelum membeli. Tambahan, masyarakat

muslim juga perlu memastikan produk yang dipasarkan memiliki sijil halal yang

diiktiraf oleh kerajaan. Di samping itu, bagi peniaga yang menjual dan mendapatkan

bahan-bahan mentah yang diambil daripada pengeluar-pengeluar kepada orang ramai

dipastikan kehalalannya.

3 Individu - Individu perlu memastikan khabar angin yang di hebahkan benar-benar

sahih sebelum membuat sesuatu tindakan dan keputusan yang terburu-buru. Ini

berkemungkinan menyebabkan pelbagai masalah dan akan melibatkan semua pihak

dalam berita yang tidak benar tersebut.

6.0 RUMUSAN

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

10

Kesimpulannya, isu penggunaan lemak haiwan dalam makanan merupakan isu yang serius

dan perlu diambil berat oleh semua pihak. Ini kerana isu ini adalah isu besar terutamanya bagi

umat Islam kerana ianya melibatkan hukum halal dan haram yang mampu memberi kesan

negatif terhadap pembentukan fizikal dan rohani manusia. Semua pihak perlu lebih usaha dan

mengerahkan tenaga dalam menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin. Kami bersyukur

kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui

tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan

Pendekatan. Sedikit sebanyak ianya membuka mata kami tentang peri pentingnya isu ini

dalam masyarakat. Kami akan berusaha semampu mungkin untuk memberi pendedahan dan

kesedaran kepada masyarakat kampus berkaitan isu ini dengan harapan agar masyarakat

kampus akan memanjangkan atau menyampaikan hal ini kepada masyarakat luar.

RUJUKAN

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewKami bersyukur kerana berkesempatan untuk mengkaji dan memberi tindak balas terhadap isu ini melalui tugasan kursus HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

11

Bahagian Kajian dan Penerbitan Pusat Da’wah Islamiah. 2006. Makanan Halal Sumber

Pembentukan Syakhsiah Mulia. Brunei Darul Salam. Terbitan : Pusat Da’wah Islamiah.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakhri. 1969. Khinzir Penciptaan & Hukum-Hukum. Negeri

Sembilan. Terbitan : Pustaka Cahaya Kasturi.

Mohammad Aizat Jamaludin dan Mohd Anuar Ramli. 2015. Isu Sensitif Berkaitan Dengan

Kepenggunaan Dalammasyarakat Malaysia. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Rusly Abd Rahman. 2014. Isu Halal Kontemporari. Serdang, Selangor Darul

Ehsan.Terbitan : Universiti Putra Malaysia.

Qardawi, Yusof. 1998. Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam. Terj. Mufti Labib &

Arsil Ibrahim, Kuala Lumpur: Blue-T.