dinamika lingua - apb.uitm.edu.my · selain menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga...

18
Sidang Media Hari Altruisme APB 2017 Sidang media Hari Altruisme APB 2017 telah diadakan di Bangunan Canseleri, Universiti Teknologi MARA pada 27 Februari 2017. Sidang media bertujuan untuk menguar-uar dan mempromosikan Hari Altruisme APB 2017 yang akan diadakan pada 25 Mac 2017 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA. DINAMIKA LINGUA AKADEMI PENGAJIAN BAHASA VOL 1, NO 1 (JANUARI 2017 – MAC 2017)

Upload: lamhanh

Post on 12-Aug-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sidang Media Hari Altruisme APB 2017

Sidang media Hari Altruisme APB 2017 te lah diadakan di Bangunan Canseleri, Universiti Teknologi MARA pada 27 Februari 2017. Sidang media bertujuan untuk menguar-uar dan mempromosikan Hari Altruisme APB 2017 yang akan diadakan pada 25 Mac 2017 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA.

DINAMIKALINGUAAKADEMI PENGAJIAN BAHASA

V O L 1 , N O 1 ( J A N U A R I 2 0 1 7 – M A C 2 0 1 7 )

PROGRAM IN-COUNTRYAKADEMI PENGAJIAN BAHASA UITM SELANGOR DENGAN UNIVERSITI WALAILAK THAILAND

RANGSANG PERCAMBAHAN ILMU MERESTASI SEMPADAN NEGARA

Pada 14 Januari 2017 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan Pelajar dan Perasmian Program In-Country antara Universiti Walailak (UW) Thailand dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selangor, Malaysia telah berlangsung di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam Selangor. Program ini merupakan hasil jalinan k e s e f a h a m a n antara Jabatan P e n g a j i a n Melayu, Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti T e k n o l o g i MARA Malaysia dengan Pengajian ASEAN Studies, U n i v e r s i t i Walailak(UW) yang bermula sejak tahun 2001.

Selaku Pengarah Program, Dr Norhazlina Husin berkata “Jalinan antara dua negara ini perlu diperteguhkan demi kelestarian ilmu dan budaya serta mewujudkan kesefahaman menerusi rangkaian global negara-negara di Asia yang lain”. Selain Modul Pembelajaran Akademik yang ditetapkan oleh APB, para pelajar menjalani beberapa aktiviti seperti Program Inap Desa(Homestay), Lawatan

Akademik, Program Anak Angkat, Pertandingan Bahasa, dan pelbagai lagi aktiviti menarik bagi memberi pendedahan serta pengetahuan kepada pelajar berkaitan bahasa, budaya, serta aspek sosial masyarakat di Malaysia.

Program In-Country merupakan inisiatif Jabatan Pengajian Melayu yang

komited untuk bersama-sama pihak Universiti dalam membangun dan m e n g a n t a r a b a n g s a k a n Akademi Pengajian Bahasa selaras dengan tema ‘Inovasi Melonjak, Persaingan Global” di samping dapat meningkatkan jaringan kerjasama akademik dengan rangkaian global iaitu dari universiti luar negara. Majlis telah dirasmikan oleh Dekan Akademi Pengajian Bahasa, Profesor Madya Dr Haji Ahmad Mazli Muhammad. Turut hadir ialah Ketua Program Pengajian Malaysia

ASEAN Studies, Universiti Walaikak Thailand dan beberapa pensyarah Jabatan Pengajian Melayu Akademi Pengajian Bahasa, UiTM.

Disediakan oleh : Puan Umaimah Kamarulzaman, JK

Publisiti dan Media Program In-Country APB, UiTM.

Bengkel ini telah diadakan pada 13 hingga 14 Februari 2017 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM (ILD), Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan. Seramai 50 orang pensyarah daripada Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik, Jabatan Pengajian Melayu serta Jabatan Bahasa Asia dan Eropah telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya. Bengkel ini menyasarkan penghasilan 100 makalah daripada peserta yang bertujuan untuk menaikkan skor MyRA Akademi Pengajian Bahasa. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dekan Akademi Pengajian Bahasa, Prof. Madya Dr. Ahmad Mazli Muhammad. Panduan penghasilan manuskrip untuk penerbitan berindeks telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud, Pengarah CoRE, IRMI UiTM Shah Alam. Para peserta telah memperoleh pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk menghasilkan artikel yang bermutu dan sesuai untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi.

Bengkel Penulisan Manuskrip Untuk Penerbitan Berindeks APB

Nihongo Partners Programme, Japan at Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam”

Nihongo Partners program has commenced in 2014 which aims to establish a mutual understanding and expand exchanges between Japan and ASEAN countries. This program dispatches Japanese citizens as “NIHONGO Partners” mainly to secondary schools as well as universities in ASEAN countries in order to support the local Japanese-Language teachers and students. Participants of the programme at Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam:

(1) Ririko YONEKURA (J. F. Oberlin University)(2) Kaori IWATA (Gakushuin University)

Duration of the programme: 19 February 2017 to 1 April 2017

PROGRAM BAKTI SISWA 1 RUMPUN 1 BUDAYA APB UiTM SEMAI BUDAYA ANTARABANGSA

Pada 11 Mac 2017, bertempat di Mukim Chegar Galah, Kuala Kangsar Perak telah diadakan Program Bakti Siswa anjuran Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Shah Alam dengan kerjasama UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Program yang melibatkan seramai 137 pelajar dari UiTM dan para pelajar antarabangsa dari Universiti Walailak, Thailand diadakan di 13 buah kampung sekitar Mukim Chegar Galah dengan bertemakan 1 Rumpun, 1 Budaya.

Selain menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga angkat masing-masing, para pelajar juga berkesempatan melawat ke tempat-tempat yang berpotensi tinggi sebagai kawasan pelancongan di Kuala Kangsar seperti Air Terjun Lata Perahu, bandar Diraja Kuala Kangsar dan Jambatan Keretapi Victoria.

Nihongo Partners play the role of teaching assistants in Japanese language classes at institutions including secondary schools and higher educations, at the same time, engaging in interactions with local people through cultural activities. “NIHONGO Partners” is not only to support the educational activities of the local Japanese-Language teachers but also to spread the charms of the Japanese language and cultures through their support and by having cultural activities in and outside of the classroom.

Pihak UiTM juga turut memberi sumbangan kepada penduduk kampung yang memerlukan menerusi aktiviti ‘Ziarah dan Jalinan Kasih’. Sumbangan telah disampaikan dari rumah ke rumah dengan diketuai oleh Dekan APB iaitu Profesor Madya Dr. Haji Ahmad Mazli Haji Muhammad bersama-sama ADUN Chenderoh YB Dato Haji Zainun bin Mat Noor, para pensyarah UiTM dan beberapa wakil pelajar.

Aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg Dato Jamal Nasir Rasdi, Y.Brs. Dr. Ahmad Nazri Bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian Perancangan Penyelidikan Dan Penyelarasan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Madya Sr. Dr. Md. Yusof Hamid, Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Dr Norhazlina Husin, Ketua Pusat Pengajian Melayu APB UiTM (pengarah program) serta para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu APB UiTM Shah Alam.

Disediakan oleh: Puan Umaimah Kamarulzaman, Publisiti dan Media Program In-Country APB UiTM Shah Alam, Selangor.

Program ‘Jalinan dan Ziarah Kasih’Tarikh: 11 Mac 2017

Tempat: Mukim Chegar Galah Kuala Kangsar, Perak

Program ‘Jalinan dan Ziarah Kasih’ Akademi Pengajian Bahasa UiTM bersama ADUN Chenderoh dilaksanakan di sekitar Mukim Chegar Galah Kuala Kangsar. Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif pihak Akademi Pengajian Bahasa Uitm Shah Alam dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

Aktiviti ini melibatkan delagasi daripada UiTM Alam yang diketuai oleh Dekan Akademi Pengajian Bahasa UiTM, Prof. M Dr Haji Ahmad Mazli Haji Muhammad dengan kerjasama UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar Perak serta para pelajar antarabangsa Universiti Walailak Thailand menerusi Program In-Country anjuran Jabatan Pengajian Melayu APB UiTM Shah Alam.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM)

dengan Kong Zi Institut, Universiti MalayaTarikh: 14 March 2017

Latar Belakang Institut Kong Zi Universiti Malaya

• InstitutKongZiUniversitiMalayaditubuhkanpadatahun2009daniamerupakanprogram G-G antara Malaysia dan China.

• UniversitiMalayatelahdipilihsebagaituanrumahbagiprogramG-Gini.

• TanggungjawabutamaInstitutKongZiUniversitiMalayaadalahuntukmengajarBahasa Mandarin kepada masyarakat yang tidak menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar (non-chinese speakers).

• Sehinggakini,InstitutKongZiUniversitiMalayatelahBerjayamengajarlebihkurang11ribu pelajar dari IPTA seperti UM, UPNM, USM, UTM, Help University, serta agensi kerajaan seperti PDRM, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), dan Kementerian Dalam Negari (MOHA).

Latar Belakang Perjanjian

• KeperluanpensyarahBahasaMandarindiAkademiPengajianBahasaadalahamatmendesak berikutan pensyarah yang telah bersara tiada pengganti dan pensyarah kontrak juga tidak disambung.

• BilangankeperluanpensyarahBahasaMandarinadalahsepertiberikut:

Bil. APB UiTM/Kampus B ilangan Pensyarah diperlukan

Semester/Tahun

1. U iTM Shah Alam 3 Mac 2017/ 2 tahun 2. U iTM Melaka 1 M ac 2017/ 2 tahun 3. U iTM Negeri Sembilan 1 Mac 2017/ 2 tahun 4. U iTM Terengganu 1 M ac 2017/ 2 tahun 5. U iTM Kelantan 1 M ac 2017/ 2 tahun 6. U iTM Pahang 2 M ac 2017/ 2 tahun 7. U iTM Perlis 1 M ac 2017/ 2 tahun

• Dengantermeteraiperjanjianini,APBakandapatmemenuhikeperluanpensyarahbagi Bahasa Mandarin bagi kampus UiTM Selangor dan juga kampus negeri.

• Pelajar-pelajarUiTMberpeluanguntukmempelajariBahasaMandarindanbudayamasyarakat Cina daripada pensyarah Institut Kong Zi Universiti Malaya yang berasal dari Negara China.

• Parapensyarahpuladiharapkandapatberkongsiilmudankepakarandalambidang pengajaran, penggubalan dan penyusunan buku, menjalankan penyelidikan bersama dalam apa jua bidang yang berkaitan.

• UiTMakanmembayaryuranpukaluntukseorangpensyarahDM41-DM45berkelayakan sarjanamuda/sarjanaberjumlahRM15,000setahun(tidaktermasuk6%GST)bagi menampung keperluan kritikal tenaga pensyarah bagi Bahasa Mandarin.

• SemuaperbelanjaangajipensyarahadalahditanggungolehInstitutKongZiUniversitiMalaya.

• TempohPengajaranadalahselama3tahunbermula1September2016sehingga31Ogos2019.

• KosVisadanPasPengajianakandiuruskandanditanggungolehpihakInstitutKongZidan Universiti Malaya

• Memorandumperjanjianiniperluditandatanganiolehkedua-duapihakbagi memuktamadkan perkara ini.

MALT is a national association and its membership is open to all academics and non-academics with interest in the fields of languages, and language testing in particular.

The main aims of MALT are manifold:

1. To act on an advisory capacity on testing & evaluation matters to schools, institutions of higher learning, and industry with interest in the field2. To collaborate with the ministry of education and other government agencies in laying out policies and strategies relating to matters of testing & evaluation3. To provide assistance in the development & production of test and assessment instruments4. To conduct talks, courses, seminars, symposiums on topics related to testing & evaluation5. Toconductsurveys,studies,andresearchontopicsrelatedtotesting&evaluation6. Toholdconferencesandproduceajournalontesting&evaluation7. To assist in elevating knowledge and expertise in testing & evaluation amongst members of the association

• MALTisthefirstassociationinMalaysiadedicatedtoachievingexcellenceintestingand evaluation of languages (English, Bahasa Melayu, Arabic, French, Korean, Japanese and German).

• Themembersandadvisoryinternational/nationalcommitteeareacademiciansaswellas experts and consultants in the field of language testing and evaluation.

• MALThasco-organisedacolloquiumheldattheAcademyofLanguageStudies(APB) auditorium to share and discuss current issues in language testing with a focus on the future of assessment matters at the university.

• Thethemeofthecolloquiumwas“CurrentIssuesinLanguageTesting”andthespeakerswere Associate Prof. Dr. Saidatul Akmar Zainal Abidin and Associate Prof. Dr. Hj Ahmad Mazli Mohammad.

• MALThasalsosetupaboothduringthe3rdInternationalConferenceonIssuesinLanguage Teaching and Learning among Non-Native Speakers (ILANNS) at the Concorde Hotel in Shah Alam which saw an increase in membership.

• On29thMay2014,MALTwasofficiallylaunchedinShahAlaminasmallyetmeaningful ceremony.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)antaraUniversiti Teknologi MARA

denganMalaysian Association for Language Testing (MALT)

Tarikh: 14 March 2017

• InattendancetogracetheeventwasMALT’shonorablepatronProfessorEmeritusDato’Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, Deputy Vice Chancellor INTI-UC Laureate International Universities and the honorable international advisor Professor Dr. Barry O’Sullivan, Head of Assessment Research & Development English & Exams, British Council UK

• AnothercolloquiumwasheldattheendoftheofficiallaunchofMALTwithProfessorDr.Barry O’Sullivan was the main speaker. Invited guests include the embassies, ministries, and the press.

• MALTlooksforwardtocollaborationswithpublicandprivateuniversitiesinordertoupliftand enrich their commitment to education, particularly in the field of language testing and evaluation in the country and internationally.

Pada 14 Mac 2017 yang lalu, Sekretariat Maha-siswa Fakulti Akademi Pengajian Bahasa telah mengadakan Program Pemantapan Destini Siswa (PDS). Program ini melibatkan penyertaan semua pelajar semester satu sesi Mac-Julai 2017 dan para sekretariat mahasiswa fakulti. Program ini bertempat di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa (APB).

Program Pemantapan Destini Siswa ini merupakan program anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam. Program ini diakan dengan tujuan sebagai tanda penerimaan

kehadiran pelajar-pelajar sebagai warga APB yang baru serta bertujuan memperkenalkan sistem yang dijalankan oleh pihak fakulti untuk setiap urusan yang berkaitan dengan akademik. Program ini juga diadakan bagi mendekatkan pelajar dengan pihak APB sekali gus dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan warga APB yang lain. Antara objektif lain program ini adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu para pelajar bersedia menjadi pelajar yang mempunyai matlamat yang tinggi dalam mencapai kejayaan.

Program ini dimulai pada jam 10 pagi iaitu sesi pendaftaran bagi para pelajar baru. Usai pendaftaran, tepat jam 10.30 pagi program dimulakan dengan sesi taklimat PTAR bersama wakil dari pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), yang disampaikan oleh Puan Siti Aishah Sadan merangkap Pustakawan Kanan PTAR. Beliau telah menyampaikan sedikit taklimat mengenai PTAR. Pelbagai input yang disampaikan oleh beliau sangat berguna bagi pelajar-pelajar baru yang tidak tahu dan masih belum mahir tentang selok belok kegunaan PTAR di UiTM. Beliau telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai cara pinjaman dan pemulangan buku sama ada secara manual mahupun automatik. Beliau turut mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar dan pelajar bebas mengutarakan soalan berkaitan PTAR. Sebelum sesi beliau berakhir, beliau telah mengadakan sesi kuiz dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan cenderahati khusus yang disediakan oleh pihak PTAR.

Usai sesi bersama pihak PTAR berakhir, program diteruskan lagi dengan sesi taklimat kaunseling yang disampaikan oleh Encik Khairuddin bin Md Thani, wakil daripada bahagian kaunseling fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB). Encik Khairuddin telah menyampaikan sedikit ceramah yang mana antaranya adalah mengenai tanggungjawab dan etika sebagai seorang pelajar. Beliau juga turut berkongsi pelbagai tips yang berguna untuk pelajar yang masih lagi dalam fasa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di universiti, yang mana beliau telah menerangkan cara untuk menghilangkan perasaan rindukan rumah atau lebih dikenali dengan istilah bahasa Inggeris sebagai ‘homesick’ dan juga cara untuk mengelakkan daripada terkena kejutan budaya di universiti bahkan pelbagai lagi. Sesi bersama Encik Khairuddin ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

PROGRAM PEMANTAPAN DESTINI SISWA

Setelah berakhirnya sesi taklimat kaunseling, program diteruskan lagi dengan taklimat daripada wakil-wakil kelab dalaman Akademi Pengajian Bahasa yang terdiri daripada Kelab Bahasa dan Budaya Melayu (KEBAYU), Bahasa Melayu Komunikasi Professional (BMKP), Applied Language Society (APPLES), Persatuan Bahasa Arab Komunikasi (PEBAKOM) dan Akademi Pengajian Bahasa Football Club (APB FC). Wakil-wakil telah menerangkan latar belakang dan tujuan penubuhan kelab yang diwakili serta memberi penerangan yang ringkas tentang aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh kelab. Malah, ada di antara mereka turut berkongsi video, slaid Power Point dan montaj yang memaparkan aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab masing-masing.

KEBAYU BMKP

APPLES

APB FC

PEBAKOM

Usai berakhirnya sesi taklimat kelab dalaman, program diteruskan dengan sedikit ucapan alu-aluan wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Akademi Pengajian Bahasa iaitu saudara Muhammad Aidil Faizin bin Mohd Mazni dan saudara Ameer Nazrien Firdhaus bin Abdul Rahim. Mereka masing-masing menyampaikan sedikit ucapan aluan kepada pelajar-pelajar baru.

Program diteruskan semula pada jam 2.30 petang selepas para pelajar diberikan masa rehat selama sejam untuk menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat fardhu Zohor bagi mereka yang Muslim. Program dimulakan dengan sedikit sesi taklimat mengenai permainan explorace yang akan diadakan. Permainan explorace ini diadakan bertujuan untuk memupuk kerjasama di antara ahli di dalam kumpulan walaupun baru pertama kali bertemu dan datang dari latar belakang pengajian yang berbeza. Antara permainan yang diadakan ialah permainan perlawanan ‘skipping’ antara kumpulan, permainan soal-menyoal, permainan tudung dan bottle, permainan ‘time-bomb’, permainan ‘bingo’, permainan ‘act-out’, permainan ‘cheers’, permainan telepati, permainan ‘rubber & cup’ dan permainan foto keluarga. Majoriti permainan diadakan di luar kawasan auditorium di bawah cuaca yang agak panas, namun para pelajar tetap memberikan kerjasama yang sangat baik kepada setiap fasilitator yang bertugas di setiap ‘checkpoint’.

Tepat jam 4.30 petang, sesi permainan explorace berakhir. Penutup program pada hari itu diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar di antara semua pelajar dan wakil daripada SMF dan MPP. Semua pelajar gembira walaupun masing-masing sudah kepenatan setelah hampir seharian menjalani pelbagai aktiviti.

Festival Mini Bunkasai

Pada 21 Februari hingga 30 Mac 2017, Unit Bahasa Jepun Akademi Pengajian Bahasa telah terlibat dengan Program Japanese Partner (NP) yang diperkenalkan oleh pihak Japan Foundation Kuala Lumpur. Dua orang Pembantu Pengajar (teaching assistant) dari Jepun, Cik Iwata Kaori dan Cik Yonekura Ririko telah dihantar oleh Japan Foundation untuk membantu Unit Bahasa Jepun dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan kehadiran mereka, para pensyarah dan pelajar Bahasa Jepun di UiTM berpeluang berinteraksi dengan penutur jati bahasa Jepun.

Melalui program NP, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya ialah “Mini Japanese Festival” yang diadakan pada 24 Mac (Jumaat) dari jam 2:00 petang hingga jam 4:00 petang di Foyer Akademi Pengajian Bahasa. Unit Bahasa Jepun dan pelajar-pelajar Persatuan Bahasa Jepun (JLS) UiTM telah bersama-sama menjayakan program tersebut. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan budaya Jepun seperti upacara bancuh & minum teh (tea ceremony), kaligrafi, origami dan permainan tradisional Jepun, Selain itu, kedua-dua sukarelawan tersebut juga menunjukkan cara memasak makanan Jepun, iaitu sushi, Nihon kare dan takoyaki. Pelajar-pelajar UiTM juga diberi pengalaman memakai pakaian tradisional Jepun iaitu yukata.

Hari Altruisme APB 2017

Hari Altruisme APB 2017 julung-julung kali dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Shah Alam dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan - Helping The Underprivileged Groups (HUGs). Program ini dijalankan pada 25Mac 2017 di Dewan Sri Budiman danDewan Annex, UiTM Shah Alam. Penganjuran program pada hari tersebut amat bermanfaat khususnya dalam konteks penglibatan UITM dengan warga luar. Istilah ALTRUISME merujuk kepada sifat keprihatinan yang tinggi serta sikap yang sentiasa mengutamakan

kebajikan orang lain. Program ini memberi penekanan kepada warga APB khususnya mahasiswa UiTM agar dapat membentuk semangat kesukarelawanan yang tinggi serta memupuk sikap prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Penglibatan mahasiswa dalam program separti ini dapat menerap nilai-nilai altuisme yang sebenar dalam sanubari mereka. Program Hari Altruisme APB terbahagi kepada dua teras utama iatu:

1.1 Larian Amal Altruisme APBNama Program : Larian Amal Altruisme APBTempat : Sekitar Dewan Sri Budiman, UiTM (untuk kategori 1KM dan kerusi roda) SekitarkampusUiTMShahAlam(untuk5KM)Tarikh : 25Mac2017Masa : 6.45pagi–12.30tengahhari

1.1.1 LarianAmal1KM,5KM&KerusiRodaProgram Larian Amal Altruisme terbahagi kepada 3 kategori iaitu 1 KM dan berkerusi roda (untukpesertaOKU)serta5KM.Untuklarian5KM,kategorinyaadalahsepertiberikut:

A.Lelaki• Veteran (40 tahun ke atas)• Terbuka(15tahunkeatas)

B. Wanita• Veteran (40 tahun ke atas)• Terbuka(15tahunkeatas)

1.1.2 Futsal TunanetraAcara futsal tunanetra merupakan futsal yang dimainkan oleh para pemain futsal tunanetra (hambatan penglihatan).

1.1.3 Karnival, Jualan & PameranKarnival meliputi aktiviti jualan seperti gerai makanan dan jualan serta pameran kesedaran tentang aktiviti kesukarelawanan.

1.2 Alumni Altruisme APBNama Program : Alumni Altruisme APBTempat : Dewan Sri Budiman, UiTMTarikh : 25Mac2017Masa : 9.00pagi–4.00petang

1.2.1 Sesi PerkongsianProf. Datuk Dr. Rokiah Hj Omar, Pengarah UCTC Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.2.2 Bicara ProfesionalCeramah berkaitan komponen terapi pertuturan dan terapi cara kerja dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu latihan untuk memangkin kemahiran berkomunikasi dengan golongan OKU oleh Dr. Rahayu Mustaffa Kamal, Ketua Program Sains Petuturan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.2.3 Pertandingan Mewarna Anak-anak OKUPertandingan mewarna diadakan dengan melibatkan penyertaan daripada anak-anak OKU untuk menonjolkan kelebihan dan bakat mereka.

1.2.4 Bengkel Bahasa IsyaratBengkel bahasa isyarat diadakan dengan menjemput tenaga pengajar Bahasa Isyarat Malaysia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi peserta yang berminat.

A Glow in the Dark(A poem dedicated to Blind Football Association Malaysia,in memory of Hari Altruisme APB 2017)

Marching into the crowded hall,you hold your head high, beaming with pride.It is all for your dream and passion in football,a gifted talent that is not to be pushed aside.Full of anticipation and yet patiently waiting for the call,you cheer for others enthusiastically at the side.Amidst the sole darkness, with all the rest you stand tall.

As you lend your ears to your coach’s law and orderI see his river of spirit and love in the game flowing into you.So smooth the stream of connection you have built togetherI can only witness as I ask myself is this real, is this true?Truly it is something to be admired,to be wondered about, and envied too.

Board! Board! Board! Shout the crowd as you kick the ball towards the borderline.Like thunder you thrust your foot to halt the ball, and dribble it back into the court of the game.Though fast and furious at times, your momentum is nothing short of divine.You listen to the jiggling sound of the moving ball, and to every single call of your name…Your purpose is not for fame...but for the goal...the goal…the goal

Goal!!As you score that goal, the roar of excitement fills the air I see claps, I see jumps of joy, I see smiles everywhereBut I sense something else lingering thereThe thing that we have perhaps never bothered to careSilently and tearlessly I cry, as I try to bear….Bear with regret of how we might have taken this gift by God for grantedOf how weak we have been compared to you who do not see through your eyesBut through your heart and mind instead.

For all that you have done and achieved thus farWe say bravo and keep soaring highFor giving us back that ‘vision’ we have long lostWe say thank you, boys

You are indeed, a sudden glow, in our fossilised darkness.

Zaamah MN, APB UiTM, Mar 2017

Bengkel Penyediaan Proposal PhD

Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam melalui Pusat Pengajian Siswazah, Unit Penyelidikan dan Penerbitan serta Unit KKB, Pakej Bahasa dan Terjemahan telah mengadakan Bengkel Penyediaan Proposal PhD seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 29 Mac 2017 (Rabu)Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hariTempat : Auditorium Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

Penceramah : Prof Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud Pengarah Community of Research (Sains Pengurusan) UiTM

Yuran : RM 20.00 (Pelajar/Staf APB) RM50.00(Staf/PelajarUiTMatauOrangAwam)

Bengkel ini terbuka kepada semua warga UiTM dan orang awam dan telah dihadiri seramai 90 orang peserta.