ifolio.ukm.my · web viewkami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk...

56
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PROGRAM Nama Ketua : SYAZAMAN BIN RAMLI SURIYANI PUTRI BINTI RAMLEE Nama Ahli : NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NUR FATIHA BINTI JAIS SITI FIRANIZAH BINTI HARIS NURUL ATIQAH BINTI SAHARUDIN HIRDAWATI BINTI ZAINUDDIN DELAILA BINTI ABD MALEK DARWIN

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PROGRAM

Nama Ketua : SYAZAMAN BIN RAMLI

SURIYANI PUTRI BINTI RAMLEE

Nama Ahli : NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR

NUR FATIHA BINTI JAIS

SITI FIRANIZAH BINTI HARIS

NURUL ATIQAH BINTI SAHARUDIN

HIRDAWATI BINTI ZAINUDDIN

DELAILA BINTI ABD MALEK

DARWIN

JUAN DARIUS

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PROGRAM

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Gerak kerja bagi bahagian program sebelum program adalah menyediakan jadual dan menyusun atur perjalanan bagi setiap ketua bahagian. Pihak kami telah menghubungi penceramah-penceramah untuk dimasukkan ke dalam aktiviti sepanjang berlakunya NACES ini. Kami telah membuat susun atur jadual untuk tiga hari berlangsungnya NACES. Perubahan dilakukan setiap kali ada perubahan masa,waktu dan tempat. Kami juga memastikan kehadiran setiap penceramah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. Persedian untuk aktivi “RUNNING MAN” turut dilakukan sebelum hari sebenar berlangsung. Barang-barang dan pembahagian kumpulan turut dirancang awal untuk mengelakkan sebarang masalah. Akhir sekali, sebelum berlakunya program sebenar, kami telah mencari beberapa ahli jawatankuasa untuk menguruskan setiap aktiviti yang melibatkan ramai peserta.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Semasa program sebenar berlangsung, pihak program memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancer. Setiap ahli jawatankuasa dibahagikan kepada tugas masing-masing. Pihak program memastikan semua peserta tiba pada waktu dan tempat yang betul. Dari pagi sehingga petang peserta diberitahu jadual perjalanan setiap aktiviti. Hal ini demikian untuk mengelakkan kekeliruan peserta untuk bergerak ke tempat yang sepatutnya. Sesi bidaan untuk tuan rumah NACES 2013 turut diadakan. Akhir sekali, pihak program berhubung dengan semua ketua bahagian tentang perjalanan dan terus kemaskini aktiviti yang akan berlangsung pada jam seterusnya.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Selepas berlangsungnya program, kerja bahagian program tidak begitu banyak. Kami menolong mana-mana bahagian yang belum selesai tugasnya.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

Yang benar,

____________________

(SYAZAMAN BIN RAMLI)

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN TEKNIKAL DAN TTK

Nama Ketua : NATAKORN SAREEKAM

MUHAMMAD SYAFIQ BIN ALIAS

MUHAMAD FADZLI BIN MAJID

Nama Ahli : MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL SHUKOR

MUHAMMAD ZUHAIRI BIN ZAKARIA

MUHAMMAD HARITH BIN ANUAR

MOHAMMED ZULHAMIZAN BIN MAZUKI

MOHAMMAD SYAHIR B. JAMALUDDIN

MUHAMMAD NASHRIQ B. BAHARI

MOHD RUZAINI B. MOHD RASHID

NURSYIFAA’ BT DAHANI

NOR ASHYQQIN BT YA’AKOB

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN TEKNIKAL DAN TTK

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Antara gerak kerja yang dilakukan sebelum program NACES ialah pertama dewan-dewan kuliah ditempah untuk dijadikan tempat pertandingan, kawasan parkir FKAB dijadikan tempat majlis pembukaan, DECTAR ditempah sebagai tempat majlis makan malam, dan KTAMS ditempah sebagai tempat perasmian penutup. Selain itu, semua barangan berkaitan ditempah di JPP untuk setiap majlis tersebut.

Bahagian teknikal dan ttk juga telah membuat dan menempah tanda nama untuk peserta dan juga ajk. Tambahan, kami juga menempah buku program yang direka oleh bahagian publisiti. Sebelum barangan tersebut ditempah, perbandingan haraga pada setiap kedai dilakukan dan kedai yang menawarkan harga yang murah dipilih. Akhir sekali, pihak kami juga berjumpa dengan pihak DECTAR untuk berbincang mengenai persediaan majlis makan malam.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Gerak kerja semasa program berlangsung ialah semua ajk ditugaskan untuk menjaga setiap dewan pertandingan. Ajk-ajk diminta untuk membuat persediaan awal 30 minit sebelum pertandingan dimana semua peralatan dipastikan berfungsi dengan baik.

Selain itu, kami juga perlu memastikan semua barangan keperluan untuk setiap majlis sampai pada masa yang ditetapkan. Barangan-barangan tersebut disusun dan setiap tempat majlis dihias dengan bantuan semua pihak.

Kami juga ditugaskan untuk menjaga sistem suara dan susunan lagu yang digunakan untuk majlis pembukaan, penutup dan makan malam di DECTAR

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Gerak kerja selepas program ialah memastikan semua peralatan yang telah pinjam dipulangkan dan memastikan setiap tempat yang ditempah harus berada dalam keadaan asal

Yang benar,

………………………

(NATAKORN SAREEKAM)

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

Nama Ketua : MOHAMAD PAZLIN BIN NGALIMAN

Nama Ahli : NOR ASYIKIN SHAFINAZ BINTI WHAYAB

MUHANNAD ASHRAF BIN MOHD AMIRRUZAN

MUHAMMAD NOOR IHSAN BIN ZAIDAN

MUHAMMAD DINIEY ASYRAF B. MOHD RAZALI

ATIKA SYAHIRA BINTI MAZLAN

FATHIAH IZZAH BINTI MOHD NASIR

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Bahagian Publisiti telah melakukan beberapa gerak kerja sebelum program NACES antaranya adalah memilih warna tema NACES bersama Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian lain. Warna merah telah dipilih sebagai tema NACES kali ini. Seterusnya email rasmi, laman sesawang dan ‘fanpage’ Facebook juga telah diwujudkan bagi memudahkan interaksi antara peserta dan pihak penganjur NACES. Dari semasa ke semasa, bahagian Publisiti telah mengemaskini maklumat dan hebahan yang terdapat di laman sesawang dan ‘fanpage’ Facebook.

Bahagian Publisiti juga telah melakar poster,banner,bunting,buku program dan baju yang akan digunakan semasa NACES berlansung. Kami juga telah mengadakan perbandingan harga untuk tempahan baju, banner dan bunting bagi mendapatkan harga yang berpatutan dengan bajet. Hasilnya, sebulan sebelum NACES bermula, tempahan baju telah dihantar. Manakala bagi banner dan bunting, tempahan dihantar seminggu sebelum program bermula. Hebahan di Papan Digital UKM juga telah dipohon dan seminggu sebelum NACES bemula, hebahan tersebut telah dipaparkan.

Beberapa hari sebelum NACES, banner dan bunting telah dipasang di sekitar kawasan UKM setelah mendapat kelulusan daripada Wisma Aman. Akhirnya bahagian Publisiti telah membahagikan tugas kepada semua ahli bahagian Publisiti yang akan bertugas sewaktu hari kejadian agar program berjalan lancar.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Semasa program berlansung, bahagian Publisiti telah bertugas mengikut jadual yang telah disediakan. Beberapa orang fotografer dari kalangan bahagian Publisiti sendiri telah dilantik bagi mengambil gambar setiap aktiviti termasuklah pendaftaran, perasmian, pertandingan, makan malam dan penutupan. Gambar-gambar ini telah dimuatnaik dan dikemaskini kedalam ‘fanpage’ Facebook NACES setelah tamat setiap aktiviti. Selain itu, pihak kami juga telah membina tayangan multimedia bagi malam Retro Romance dan majlis penutup. Bahagian Publisiti juga telah bertugas menjaga multimedia pada malam Retro Romance bagi memastikan kelancaran pada malam itu.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Bagi gerak kerja selepas program, bahagian Publisiti telah memuatnaik semua gambar dan video kedalam ‘fanpage’ Facebook NACES. Laporan akhir juga telah disediakan dan dihantar kepada setiausaha NACES.

Yang benar,

………………………

(MOHAMAD PAZLIN BIN NGALIMAN)

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PROTOKOL

Nama Ketua : NURUL HADILA BINTI MOHD RADZIR

Nama Ahli : TAN CHUNG CHUAN: STEPHINA LUPANG LAING : ANNA SYUHADA BINTI MOHD YUSRI : NURSUZILA BINTI SAWAL: NOR ZAHIRAH BINTI MAMAT

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PROTOKOL

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Sebagai permulaan, pihak protokol telah menyenaraikan nama-nama bakal perasmian untuk majlis perasmian, majlis makan malam, dan juga majlis penutup. Beberapa surat dikeluarkan bagi menjemput tetamu-tetamu tersebut. Sepanjang masa, kami sentiasa melakukan tindakan susulan bagi memastikan kehadiran mereka ke majlis kami. Kami juga telah menjemput pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air.

2 minggu sebelum hari kejadian, status perasmian masih lagi tidak diketahui. Sebagai penyelesaian, kami mendesak pihak berkenaan. Akhirnya, kami menjemput Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof Ir Dr Marzuki Bin Mustafa sebagai perasmi untuk majlis perasmian manakala Prof Ir Dr Abu Bakar Bin Mohamad dijemput sebagai tetamu kehormat untuk majlis makan malam yang berlangsung di DEKTAR. Untuk majlis penutup pula, kami telah menjemput Timbalan Naib Canselor iaitu Prof Ir Dr Othman A Karim.

Selain itu, kami telah menyediakan isi kandungan buku program. Kami juga telah mencari pengacara majlis, runner, pembaca doa dan usher. Mereka terdiri daripada ahli JKKP. Kami juga menyediakan teks-teks ucapan tetamu kehormat dan juga teks pengacara majlis. Skrip pentadbiran telah disediakan, dicetak dan diedarkan kepada post-post yang berkenaan.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Ketika hari kejadian, kami memastikan kedudukan dan tagging tetamu-tetamu kehormat berada dalam keadaan yang betul dan juga memastikan susunan kerusi betul. Kami juga bekerjasama bersama post teknikal, post tugas-tugas khas, post cenderamata dan juga post jamuan untuk memastikan kelancaran majlis perasmian, majlis makan malam dan majlis penutup.

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

Kami juga telah mengadakan beberapa rehearsal bagi memastikan kelancaran majlis. Sepanjang kami melakukan rehearsal, banyak pihak yang memberi kerjasama yang baik

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Kami menyediakan laporan post.

Yang Benar,

NURUL HADILA BINTI MOHD RADZIR

Ketua Pengarah Protokol,

National Chemical Engineering Symposium 2012.

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PERSEMBAHAN

NamaKetua : AHMAD SHAZWAN BIN AHMAD TARMIZI

NamaAhli : 1) FAIRUZA LINA BT AWANG

2) NURUL SYAHIDAH BT ISMAIL

3) NUR AIDA AMALINA BT MOHD REDHA

4) NURUL HASMIDA BT AZMI

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PERSEMBAHAN

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Untuk bahagian persembahan, ada beberapa gerak kerja yang kami lakukan sebelum program, antaranya ialah kami mendapatkan senarai universiti yang menyertai NACES 2012 untuk kami hubungi berkenaan dengan persembahan yang wajib mereka lakukan ketika Majlis Makan Malam NACES 2012 di DECTAR.

Selain itu, kami juga mencari penari kebudayaan untuk melakukan persembahan ketika majlis perasmian dan majlis makan malam NACES 2012. Dan kami telah memilih kumpulan tarian dari Kolej Keris Mas untuk dijadikan sebagai penari jemputan.

Kami juga merancang dan mengatur gimik sewaktu majlis perasmian dan majlis makan malam. Kami juga ada membeli beberapa peralatan yang perlu digunakan untuk persiapan pentas, dan sebagainya.

Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat kecil kecilan untuk mengetahui perkembangan ajk masing masing berdasarkan tugasan yang telah diberikan.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Semasa Majlis Perasmian NACES 2012, di Parking Lot, FKAB, bahagian persembahan tidak begitu banyak tugasan melainkan memastikan penari jemputan dari KKM yang telah kami jemput untuk mengadakan persembahan berada di tempat kejadian sebelum majlis bermula. Dan segalanya berjalan dengan lancar.

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

Ketika Majlis Makan Malam NACES 2012 di DECTAR, ajk persembahan telah diberikan tugas mengikut peranan masing-masing. Yang pertama, menjaga giliran universiti yang akan melakukan persembahan, Pada malam itu, sebanyak 5 universiti telah melakukan persembahan mereka, iaitu terdiri dari UKM, UTP, UM, UPM, dan Sebelas Maret. Penari dari KKM juga melakukan persembahan pembukaan pada malam itu. Dan setiap ajk persembahan memastikan kelancaran persembahan mengikut perbincangan yang telah dibuat.

Kami juga membuat persiapan Majlis Makan Malam seperti menghias pentas, dekorasi, dan pelbagai lagi bersama beberapa ajk dari bahagian lain. Dan selepas tamat majlis, kami bersama sama ajk lain mengemas dewan.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Selepas program, kami mengadakan post-mortem kecil-kecilan untuk mengenal pasti masalah atau kekangan yang timbul di bahagian persembahan.

Kami juga mengira semula penggunaan wang yang telah kami gunakan di bahagian persembahan sewaktu program berlangsung. Dan kami juga menyiapkan laporan akhir untuk diberi kepada Majlis tertinggi NACES 2012.

Yang benar,

(AHMAD SHAZWAN BIN AHMAD TARMIZI)

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PENDAFTARAN

Nama Ketua : ZURAIFAH BINTI MINHAT

Nama Ahli : AIN HETIEQA BINTI HAMDAN

SAW GEOK HOOI

NUR MUTMAINNAH BINTI AZIS

RAJESWARI A/P JAYARAMAN

JAYLAKSHUMI A/P GIVAJOTHI

SENBAGAM A/P R.MURUGES

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PENDAFTARAN

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Sebelum berlansungnya Program NACES 2012 ini, saya telah mengadakan beberapa

perjumpaan bersama ajk bagi mengumpulkan maklumat mengenai semua universiti yang

mempunyai kursus Kejuruteraan Kimia & Biokimia serta Bioproses. Perjumpaan pertama

ialah pada 9 Mac 2012 dimana kami berjumpa untuk merangka surat jemputan untuk dihantar

ke setiap Universiti. Kami juga telah menyenaraikan semua Universiti yang terlibat . Jumlah

Universiti yang tersenarai adalah sebanyak 23 termasuk luar dan dalam Malaysia. Kemudian

kami telah menghantar surat ke setiap Universiti. Pada 1 April 2012, kami sekali lagi

berjumpa untuk membahagi tugas. Saya telah menyerahkan beberapa Universiti kepada ajk

untuk mereka menghubungi setiap universiti tersebut bagi mendapatkan maklum balas

mengenai penyertaan mereka. Dari masa ke semasa saya mengingatkan ajk saya untuk

mendapatkan maklum balas daripada setiap Universiti. Terdapat pelbagai masalah yang

berlaku, contohnya ada yang mengatakan bahawa surat tidak sampai pada mereka, ada juga

yang mengatakan bahawa mereka telah menukar pesyarah yang bertanggungjawab. Jadi saya

mengambil inisiatif lain bagi menyampaikan surat jemputan tersebut. Saya telah menghantar

email kepada Universiti yang bermasalah, dan seperti biasa kami akan menghubungi mereka

dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklumat berkenaan peserta. Setelah tamat tarikh

penghantaran borang penyertaan, saya sekali lagi membuat perjumpaan dengan ajk saya bagi

mengemas kini borang penyertaan yang dihantar. Kami telah mengagihkan peserta mengikut

pertandingan yang mereka sertai agar dapat memudahkan pihak pertandingan meneruskan

kerja mereka. Walaupun dalam borang pendaftaran kami telah meletakkan ruang bagi mereka

yang mempunyai masalah dalam pemakanan, namun terdapat Universiti yang tidak mengisi

maklumat tersebut, jadi kami menghubungi semula university-universiti yang berkenaan

untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, ada juga pelajar yang menarik diri

dan menukar diri mereka dengan pelajar lain. Kesemua pertukaran telah kami rekodkan dan

akhir sekali, jumlah Universiti yang kami dapat kumpulkan adalah sebanyak 17 termasuk

universiti daripada Indonesia. Jumlah pesertanya pula adalah seramai 272 orang.

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Seminggu sebelum berlangsungnya program ini, kami telah membuat penyediaan

awal iaitu mengagihkan tag nama, baju, dan beg goodies untuk setiap universiti. Pada 13

December 2012, 4 Universiti telah mendaftarkan diri iaitu UiTM Pulau Pinang, USM,

UNiMAS dan UiTM Dungun. Universiti yang terakhir tiba pada malam itu ialah Unimas

iaitu pada jam 12.30 tengah malam. Pada 14 december 2012, jam 9 pagi, kami memulakan

kerja pendaftaran setelah universiti yang pertama tiba iaitu Universiti Putra Malaysia. Kami

bernasib baik kerana kebetulan mereka tidak datang serentak kerana jika mereka datang

serentak, tentu keadaan menjadi kelam kabut. Keadaan di tempat pendaftaran sangat meriah

kerana terdapat ramai orang yang terlibat. Bahagian pertandingan yang menjaga kaunter undi

setiap pertandingan, bahagian penginapan yang menyerahkan kunci dan bantal kepada setiap

pelajar, bahagian makanan yang mengagihkan makanan kepada setiap peserta dan ajk dan

bahagian bendahari yang menjadi kaunter paling utama kerana setiap peserta hendaklah

melengkapkan semua pembayaran sebelum membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran.

Pendaftaran kesemua universiti tamat pada jam 4.30 petang apabila universiti yang terakhir

iaitu Universiti Malaya tiba.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Selepas tamat program, kami pihak pendaftaran berkumpul semula untuk

menyelesaikan pendaftaran keluar semua pelajar. Kesemua pelajar memberikan kerjasama

yang baik kerana mereka memulangkan segala barang yang dipinjamkan kepada mereka.

Yang benar,

………………………

( ZURAIFAH BINTI MINHAT)

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PEMASARAN

Nama Ketua : MUHAMMAD ATIF AZHARI BIN MOHD AZMI

Nama Ahli : NORSYAHIRAH BINTI ALIAS

AFIFAH SYAFIQAH BINTI ZULKOFLI

ZAYANI NAHIDA BINTI AHMAD TARMIZI

NASIBAH BINTI MAT HUSSAIN

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PEMASARAN

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Bagi post pemasaran, gerak kerja sebelum program adalah lebih banyak berbanding semasa dan selepas program. Pada mulanya kami menyenarai pendekkan syarikat-syarikat serta individu-individu yang berpotensi untuk menjadi penyumbang bagi program NACES 2012. Kemudian, kami telah memulakan gerak kerja dengan menghubungi pihak-pihak yang telah disenaraikan melalui emel, telefon dan juga faks. Proposal versi Bahasa Inggeris juga telah diwujudkan bagi menjadi proposal utama dalam post pemasaran untuk diserahkan kepada pihak yang telah memberi respon. Kami juga telah pergi ke beberapa tempat untuk melakukan perbincangan serta berjumpa dengan pihak-pihak yang telah bersetuju memberi sumbangan bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang NACES 2012.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Semasa hari kejadian, post pemasaran telah membuka gerai jualan sebagai usaha akhir untuk mendapatkan sumber kewangan. Antara barangan jualan adalah cenderahati UKM, makanan dan minuman. Selain itu, terdapat juga beberapa ahli pemasaran yang turut sama membantu post-post lain bagi menyiapkan tugas mereka sebagai contoh persiapan majlis perasmian dan

majlis makan malam.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Bagi gerak kerja selepas program, pihak pemasaran akan menghubungi beberapa pihak yang telah memberikan sumbangan bagi memberi sijil penghargaan serta cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Yang benar,

ATIFAZHARI………………………

(MUHAMMAD ATIF AZHARI MOHD AZMI)

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN MAKANAN

Nama Ketua:QURRATU ‘ANI BINTI INCHE MUHD ZULFIKRI

Nama Ahli : ERNA ERVINA NURZIANY BINTI ZALANI

RAFIZI BIN SALIHUDDIN

AHMAD ZUHAIRI BIN ABDUL GHAFAR

SITI AISHAH BINTI ANUAR

NOR SHAHIRAH BINTI ISHAK

SITI ZULAIKA BINTI CHE OMAR

FUZLA AINI BINTI HASIM

NURATIQA BINTI GHAZAHALI

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN MAKANAN

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Kami telah melakukan beberapa gerak kerja sebelum program dimulakan. Pertama sekali, kami menyediakan menu dan jadual makanan. Kemudian, kami menyediakan belanjawan makanan mengikut menu yang disediakan dan juga berdasarkan bilangan orang yang perlu disediakan makanan. Kami telah menetapkan untuk peserta makanan adalah berbungkus manakala untuk pensyarah makanan akan dihidangkan. Kami juga telah menyediakan borang untuk alahan dan vegetarian. Kami telah mendapatkan senarai pelajar yang mempunyai alahan dan vegetarian dengan bantuan daripada pihak pendaftaran.

Kami telah mencari tender makanan untuk makanan harian dengan harga yang berpatutan. Kami telah memilih Kafe Kolej Ibrahim Yaakub. Seterusnya, kami mencari tender makanan untuk majlis makan malam NACES iaitu IQFA Katerer. Kami juga memantau gerak kerja untuk majlis makan malam NACES. Kami telah menetapkan organisasi untuk menguruskan majlis makan malam tersebut. Kami juga telah menyenaraikan alatan untuk pihak teknikal. Kami juga telah memilih menu makanan untuk majlis makan malam NACES. Kami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini.

Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan air mineral daripada ECONSAVE dan UNIKEB. Kami juga membuat pemasaran dengan meminta sumbangan yang berbentuk makanan. Kami juga telah mengadakan mesyuarat antara kami supaya AJK tahu segala perkembangan gerak kerja pihak makanan. Kami juga telah mengagihkan tugas-tugas kepada AJK.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Semasa program, kami sentiasa berhubung dengan pihak tender makanan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kami juga memastikan makanan disediakan mengikut jadual yang telah disediakan. Dua orang daripada kami menghidangkan makanan kepada pensyarah manakala yang selebihnya mengagihkan makanan kepada pelajar. Kami telah menyediakan makanan untuk pensyarah yang tidak terlibat dengan beberapa aktiviti NACES dengan bantuan daripada pihak penginapan. Kami juga telah membantu persiapan gerak kerja untuk majlis makan malam NACES. Setiap AJK menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual dan apa yang telah dirancangkan. Kami juga memastikan tempat makanan yang disediakan adalah bersih dengan bantuan daripada pihak kebajikan dan keselamatan. Kami sentiasa mengadakan mesyuarat selepas program untuk penjelasan tugas masing-masing berdasarkan tentatif program.

Page 23: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Selepas program, kami masih lagi berhubung dengan pihak tender makanan untuk pembayaran duit makanan. Kami juga menyediakan laporan gerak kerja kami.

Yang benar,

………………………

(QURRATU ‘ANI BINTI INCHE MUHAMMAD ZULFIKRI)

Page 24: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN

Nama Ketua : MUHAMMAD SYAHMI AFIF BIN MOKHTAR YAZID

Nama Ahli : FARAH ADLYNA BINTI MEY EFDI

ABDUL HAKIM BIN ABDULLAH

AHMAD MUSTAQEEM BIN MAT DAUD

MUHAMMAD SYAHIR BIN NOTZIR

Page 25: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN KESELAMATAN

DAN KEBAJIKAN

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Gerak kerja bagi bahagian keselamatan dan kebajikan sebelum program NACES berlangsung adalah memaklumkan program ini kepada pihak Wisma Aman. Selain itu, kami juga menyerahkan banner kepada mereka untuk diluluskan dan digantung di sekitar jalan raya terutama di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Kolej Pendeta Zaa’ba dan DECTAR. Kami juga meminta pihak Wisma Aman untuk menyediakan papan tanda ke Kolej Pendeta Zaa’ba bagi bas-bas universiti yang hadir dan meminta mereka untuk menyediakan tempat meletak bas di Panggung Seni, DECTAR. Di samping itu, kami juga telah menghantar surat untuk meminta bantuan BSMM untuk menjaga kebajikan dan keselamatan peserta.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Pada hari Khamis, pihak Wisma Aman telah menyediakan papan tanda ke Kolej Pendeta Zaa’ba dan menyediakan tempat meletak bas di Panggung Seni, DECTAR. Selain itu, seramai 4 orang ahli BSMM telah ditugaskan untuk menjaga kebajikan pelajar di Kolej Pendeta Zaa’ba sepanjang program NACES berlangsung. Kami juga telah membeli tape awas untuk menyekat kenderaan daripada memasuki kawasan khemah di tempat meletak kenderaan pensyarah dan plastik sampah untuk para peserta membuang sampah terutama di FKAB, Kolej Zaa’ba dan DTAMS. Di samping itu, kami juga memastikan kebersihan tempat program sentiasa bersih sepanjang program berlangsung dan menjaga lalu lintas terutama sekali apabila aktiviti RUN FOR FUN.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Selepas program selesai berlangsung, kami juga membersihkan tempat-tempat aktiviti dijalankan. Selain itu, kami telah membayar ahli BSMM Kolej Pendeta Zaa’ba sebanyak RM 120 di atas bantuan mereka menjaga kebajikan pelajar sepanjang program NACES ini

Page 26: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

berlangsung. Anggaran kami mendahulukan duit kami untuk program NACES ini berjalan lancer adalah sebanyak RM 160.

Yang benar,

…SYAHMI AFIF… (MUHAMMAD SYAHMI AFIFI BIN MOKHTAR YAZID)

Page 27: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN CENDERAMATA

Nama Ketua :NUR ‘AQILAH BINTI KAMARUDIN

Nama Ahli : FATIMA AZZAHRA

NUR ‘IZZATI BINTI A. GHANI

NORHAZMIZA BINTI AHMAD SAFRI

NADZIRAH ILYIANI BINTI NORDIN

MOHD IZZUDDIN BIN AHMAD ZAINURI

Page 28: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN CENDERAMATA

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Gerak kerja bahagian cenderamata telah bermula sejak 9 bulan yang lalu.Antara beberapa gerak kerja yang dilakukan ialan dengan penyediaan inventori cenderamata seperti pengiraan unit cenderamata misalnya trofi,hadiah vip,dan sijil yang diperlukan.Kami juga turut melakukan perbandingan harga barangan cenderamata di sekitar Bandar Baru Bangi,Kajang dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan harga yang berpatutan.

Beberapa minggu sebelum hari kejadian,kami telah menempah dan membeli beberapa trofi,replika cek,cenderamata VIP serta sijil yang diperlukan.Segala item yang diperlukan disiapkan sebelum hari kejadian untuk memastikan kesemua item lengkap semasa hari kejadian.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Semasa program berjalan,kami telah membuat pembahagiaan tugas dengan meletakkan beberapa pihak cenderamata di setiap tempat pertandingan atau ceramah berjalan bagi proses penyampaiaan cenderahati kepada pihak juri dan penceramah.Selain itu,kami juga terlibat dalam majlis perasmian dan penutup NACES,di mana hadiah cenderahati dan hadiah pemenang akan diberikan kepada perasmi majlis dan pemenang setiap pertandingan.

Bagi persediaan dinner NACES,kami bekerjasama dengan pihak protokol,persembahan,program,serta makanan bagi memastikan program berjalan dengan lancar.Antara persiapan yang dilakukan sebelum program bermula adalah hiasan pentas DECTAR,meja makan dan sebagainya.Beberapa hadiah turut disiapkan oleh pihak kami seperti selempang King and Queen of The Night,cabutan bertuah serta hadiah persembahan terbaik.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Page 29: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

Selepas program,kami mengadakan perjumpaan sesama ahli untuk memastikan segala kerja daripada pihak kami telah selesai.Akhir sekali,kami meyediakan laporan daripada pihak kami.

Yang benar,

………………

(NUR ‘AQILAH KAMARUDIN)

Page 30: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PERTANDINGAN

Nama Ketua : SONIA DILIP PATEL A/P DILIP KUMAR

JUDY LOW EA EA

Nama Ahli : LIM KAH HUAY

TAN YI VON

JANANI A/P VELAYUDHAN

KOKILAWANI A/P KRISHNAN

NUR AMERA BINTI MOHAMAD BAKRI

DALILAH QARINA BT BAHARUDIN

GOPINATH NAMBIAR A/L P.SATHASIVAM

MOGANA TASHIANIA/P MANOKAR

Page 31: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PERTANDINGAN

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Sebelum program, syarat-syarat bagi keenam-enam pertandingan telah dirangka,

dibincangkan dan diletakkan dalam laman web rasmi NACES. Tugas-tugas antara ajk telah

dibahagikan. Penyerahan soft copy untuk pertandingan essay telah diuruskan dan diberi

kepada pensyarah bagi penentuan pemenang. Selain itu, tajuk-tajuk pidato bagi pusingan

pertama juga telah dipamerkan dalam laman web rasmi bagi peserta pembuat pemilihan.

Penyerahan soft copy bagi pertandingan power point dan video pada 30 th November 2012

telah diuruskan. Bahagian pertandingan turut menguruskan email rasmi NACES dan laman

Facebook NACES. Segala soalan yang berkait dengan pihak kami telah kami balas sejak

awal bulan September lagi. Kami juga telah mula mencari juri bagi pertandingan yang bakal

berlangsung. Sebelum Naces, kami juga telah menyediakan semua peralatan yang perlu

dibekalkan kepada peserta semasa program. Board alas untuk plant design juga telah

disediakan dalam kuantiti 12. Kami juga turut membantu pendaftaran peserta kerana

pendaftaran peserta berkait rapat dengan pertandingan. Senarai nama peserta telah difinalise

bagi memudahkan pengurusan sewaktu program. Kami juga telah kerap berjumpa dengan

pensyarah penasihat program NACES bagi mendapatkan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar.

Tajuk untuk case study telah kami bincang dengan pensyarah dan kami telah merangka tajuk

yang ingin diberikan sebelum program dijalankan. Kesemua persediaan telah diatur rapi bagi

mengelakkan sebarang kekeliruan ataupun kealpaan dari pihak kami.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Kami bersama-sama dengan bahagian pendaftaran telah menguruskan pendaftaran peserta.

Kami telah mengumpulkan penyerahan hard copy dan soft copy sewatu pendaftaran peserta.

Segala penyerahan telah kami periksa dan aturkan dalam laptop bagi mengelakkan sebarang

masalah sewaktu pertandingan berlangsung. Kami telah memastikan pertandingan

berlangsung seperti yang terdapat dalam tentatif. Setiap ajk pertandingan telah ditugaskan

untuk memantau setiap bilik pertandingan. Kami juga menguruskan juri-juri yang mengadili

Page 32: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

pertandingan tersebut. Kesemua aspek pertandingan telah dikawal dengan rapi bagi

mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. Sepanjang tiga hari pertandingan, kami

telah berjaya mengawal keadaan dan memastikan perjalanan pertandingan yang rapi. Senarai

nama pemenang juga telah diserahkan kepada bahagian protokol bagi majlis penutup.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Memandangkan pertandingan merupakan post yang banyak memerlukan persediaan

sebelum dan semasa program, tiada yang perlu dilakukan selepas program. Laporan akhir

telah disediakan dan kami telah menghadirkan diri dalam post-moterm program NACES ini.

Yang benar

………………………

SONIA DILIP PATEL A/P DILIP KUMAR

Page 33: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PAMERAN

Nama Ketua : NOR AZIFAH BINTI GHAZALI

Nama Ahli : MAZNI BINTI JAMALUDIN

NOOR ZAIYAN BINTI MISYAN

MUHAMAD AZRI BIN MD DANIAL

MUHAMMAD KHAIRIL AZIM BIN ABDULLAH

Page 34: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PAMERAN

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Pada awalnya, kami bersama-sama mencari tempat yang sesuai untuk membuat pameran dan jualan untuk program NACES 2012. Setelah memilih foyer Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM sebagai tempat yang sesuai untuk pameran, kami menyediakan surat-surat jemputan pameran dan jualan dalam dwi bahasa. Selepas mendapat kelulusan surat tersebut dari Prof. Dr. Abu Bakar Mohamad, kami memulakan gerak kerja dengan menghubungi syarikat-syarikat dan gerai jualan yang berminat.

Kami juga turut membuat tempahan meja, kerusi, “booth” pameran, alas meja dan juga PA sistem pada pihak yang berkenaan. Pelan bagi tapak-tapak pameran beserta saiz tapak juga disediakan bagi memudahkan urusan penempahan barang. Selain itu, kami turut membuat “flyers” untuk mempromosikan pameran dan jualan kepada peserta dan pelajar UKM. Kami juga membersih dan menyusun atur meja dan kerusi di foyer serta melabelkan semua tapak-tapak pameran.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Kami menyambut kedatangan para pempamer dan penjual ke tapak pameran mereka seperti yang telah ditetapkan. Bagi memeriahkan tapak pameran, kami memasang lagu melalui PA sistem dan menarik perhatian para peserta untuk mengunjungi gerai-gerai pameran dan jualan dengan mengedarkan “flyers”. Kami juga sentiasa memastikan tapak-tapak pameran dan jualan dalam keadaan bersih dan teratur.

Selain itu, kami turut membuka gerai jualan CHESC bagi memeriahkan lagi tapak pameran tersebut. Beberapa ahli jawatankuasa pameran memasak dan menjaga gerai jualan. Kami juga mengiring para pempamer yang berminat untuk menyertai perasmian NACES 2012 ke tapak perasmian. Alatan yang diminta oleh pempamer seperti gunting, masking tape dan sebagainya turut disediakan.

Page 35: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Selepas tamat pameran dan jualan, kami membersihkan kawasan pameran dan menyusun semula meja dan kerusi di foyer seperti keadaan asal. Kami juga memulangkan semua alatan-alatan yang dipinjam. Kami turut mendapatkan maklum balas dari para pempamer dan gerai jualan. Laporan akhir bahagian pameran turut disediakan.

Yang benar,

………………………

(NOR AZIFAH BINTI GHAZALI)

Page 36: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR

KETUA BAHAGIAN PENGANGKUTAN

Nama Ketua : MOHD. FAREDZUAN BIN SUDIN

Nama Ahli : NURUL NADIA BT. MOHD SABRI

NURUL FATIHAH BT. SHARUDIN

NURAIDAH ZAFIRAH BT. AZALI

MUHAMMAD ZHAAHIR B. SIDEK

MUHAMMAD ANAS B. MOHD RAZALI

MUHAMAD HAMIZAN BIN HANAFI

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PERTANDINGAN

Page 37: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Sebelum berlangsungnya Program NACES 2012 ini, saya telah berjumpa dengan

pihak Unit Kenderaan UKM bagi membincangkan megenai penggunaan bas sepanjang

program ini dijalankan .Disamping itu, saya telah membentuk sepasukan ahli jawatankuasa

unit kenderaan NACES 2012. Ahli jawatankuasa itu terdiri daripada 8 orang yang diketuai

oleh saya. Pada 23 September 2012, saya telah membahagikan senarai universiti kepada ahli

jawatankuasa saya untuk dihubungi. Tujuan kami menghubungi wakil peserta adalah untuk

mengetahui samada mereka mempunyai kenderaan sendiri atau tiada semasa program ini

berlangsung. Tempoh seminggu telah diberikan kepada setiap ahli jawatankuasa saya untuk

mengumpul maklumat mengenai status kenderaan peserta sebagai persediaan menjelang

program NACES. Seterusnya pada 16 November 2012, kami telah mendapatkan maklumat

mengenai kenderaan bagi setiap wakil universiti yang mengambil bahagian didalam program

ini dan suatu perjumpaan bersama ahli jawatankuasa saya bagi membincangkan mengenai

strategi pengangkutan semasa program ini dijalankan. Pada masa yang sama, saya telah

mengingatkan kepada ahli jawatankuasa saya untuk sentiasa berhubung dengan wakil peserta

untuk mengetahui jika terdapat sebarang masalah.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Pada 13 Disember 2012, saya telah mengadakan suatu taklimat terakhir kepada ahli

jawatankuasa saya mengenai perjalanan program ini. Pada hari itu, saya telah membahagikan

tugas kepada setiap ahli jawatankuasa saya untuk melancarkan perjalanan program tersebut.

Terdapat lima buah bas yang terdapat sepanjang program ini dijalankan dimana 2 buah bas

UKM, sebuah bas USM, sebuah bas UiTM Dungun dan sebuah bas UMP. Oleh kerana

terdapat lima buah bas yang terdapat sepanjang program ini, saya telah membahagikan tugas

dimana seorang atau dua orang ahli jawatankuasa saya untuk mengurus bas-bas tersebut dan

kesemua peserta telah dibahagikan mengikut jumlah bas yang tersedia ketika itu. Langkah ini

diambil untuk masalah kekurangan bas yang timbul sewaktu program ini dijalankan.

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Page 38: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

Selepas tamat program, kami telah berkumpul dan menghantar semula peserta ke

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah

LCCT. Namun begitu, sekumpulan peserta dari UNIMAS telah meminta pertolongan kami

untuk menghantar kesemua bagasi mereka pada 17 Disember 2012 kerana mereka menginap

sehari selepas program di Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah berjumpa

dengan pihak UNIMAS dan berbincang untuk mengatasi masalah ini. Sebagai penyelesaian,

skami telah bersetuju dimana saya telah menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari pihak

luar untuk menghantar bagasi mereka dan mereka telah mendapatkan resit bayaran untuk

tujuan tuntutan bayaran di UNIMAS. Kesemua peserta memberikan kerjasama yang baik

sepanjang program ini dijalankan.

Yang benar,

………………………

( MOHD. FAREDZUAN BIN SUDIN)

Page 39: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PENGINAPAN

Nama Ketua :FATHIYYAH BINTI MOHD ZAINUDIN

Nama Ahli : NUR FARAYU BINTI SUHAIMINURUL NADIA BINTI NGAHAHMAD RAFDI BIN AHMAD ZIKRILEHHASINAH BINTI MOHD HANIFAH

LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PENGINAPAN

Page 40: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM

Sebelum berlansungnya Program NACES 2012 ini, saya telah mengadakan beberapa

perjumpaan bersama ajk bagi mengumpulkan maklumat mengenai beberapa tempat yang

mempunyai penginapan yang sesuai bagi peserta dan juga pengiring. Perjumpaan pertama

ialah pada 15 Mac 2012 dimana kami berjumpa untuk pergi ke tempat-tempat penginapan si

dalam kawasan UKM. Antaranya adalah Kolej Pendeta Zaba, Kolej Kris Mas, Kolej

Burhanudin Helmi, Kolej Dato Onn, Kolej Aminudin Baki serta Puri Pujangga. Kami telah

membuat keputusan untuk memilih Kolej Pendeta Zaba kerana pakej yang diberikan adalah

berpatutan dan juga bilik yang ingin disewakan masih kosong. Pada 18 Mac 2012, kami

sekali lagi berjumpa untuk mencari penginapan bagi pengiring. Antara pilihan kami adalah

hotel di kawasan jalan reko iaitu berhampiran dengan UKM dan seterusnya Puri Pujangga

dan juga Rumah Tamu Kolej Dato Onn. Dan kami telah berbincang dan mencapai kata

sepakat untuk menyewa bilik di Kolej Dato Onn kerana keadaan bilik yang selesa dan juga

harga yang berpatutan serta dekat dengan tempat pertandingan malah pihak pengurusan kolej

juga telah memaklumkan bahawa jika pihak kami mendapat surat daripada Timbalan Naib

Canselori, kami akan mendapat potongan diskaun dari pihak Kolaj Dato Onn. Pada 8 April

2012, kami sekali lagi berjumpa untuk membahagi tugas. Saya telah bekerjasama dengan

exco pendaftaran bagi mendapatkan maklumat setiap university dan telah menyerahkan

beberapa Universiti kepada ajk untuk mereka menghubungi setiap universiti tersebut bagi

memastikan kedatangan peserta dan juga bilangan pengiring yang akan datang serta

mendapatkan maklumat tentang pemandu bas yang akan menginap di UKM, ini bagi

memudahkan kami untuk menganggar bilangan bilik yang akan ditempah bagi lelaki dan

perempuan kepada pihak kolej . Dari masa ke semasa saya mengingatkan ajk saya untuk

mendapatkan maklum balas daripada setiap Universiti. Terdapat pelbagai masalah yang

berlaku, contohnya ada yang mengatakan bahawa pensyarah tidak mahu menginap di

kediaman yang telah disediakan tetapi mahu kami mencari kediaman lain seperti hotel, dan

setelah berbicara secara baik dengan pensyarah, mereka telah membuat keputusan untuk

menempah sendiri penginapan mereka di Puri Pujangga. Malah, pengangkutan pensyarah

juga menjadi salah satu masalah yang timbul bagi pensyarah yang tidak membawa kenderaan

dan kami terpaksa mencari seseorang yang menyediakan servis pengangkutan atau

penyewaan kereta. Pada 19 April 2012, surat tempahan telah diterima daripada setiausaha.

Dan saya telah berjumpa dengan salah seorang pegawai yang bertugas di bahagian tersebut

Page 41: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

dan surat permohonan pemotongan harga bagi kediaman di Kolej Dato Onn telah diserahkan.

Dan pada 25 April 2012, saya telah mendapat panggilan daripada pihak Timbalan Naib

Canselori bahawa permohonan kami tidak diluluskan. Seterusnya, saya telah menerima dua

surat yang di keluarkan oleh setiausaha iaitu surat tempahan bagi penginapan di Kolej

pendeta Zaba dan juga Rumah Tamu Kolej Dato Onn. Dan surat tersebut telah diserahkan

kepada pihak kolej. Didalam surat tersebut telah menyatakan bilangan pelajar iaitu seramai

160 lelaki dan 120 perrempuan bagi peserta yang bakal menginap di Kolej Pendeta Zaba.

Manakala di Rumah Tamu Kolej Dato Onn pula kami telah menempah sebanyak 15 buah

bilik berdasarkan bilangan pengiring dan juga driver bas yang akan menginap di UKM

sepanjang tempoh program NACES ini dijalankan. Dan surat kami telah mendapat kelulusan

dari pengetua kolej masing-masing. Pada 3 Dec 2012, kami telah ke pejabat Kolej Pendeta

Zaba bagi mendapatkan senarai no bilik, dan pada masa yang sama kami telah diberitahu

bahawa pihak kolej kekurangan bilik untuk disewakan kepada kami. Saya serta ajk telah

berbincang dan membuat keputusan untuk menyewa di Kolej Kris Mas tetapi malangnya

pada keesokan hari kami pergi ke Kolej Kris Mas, pihak kolej memberitahu bahawa bilik

untuk disewa telah penuh dan tiada kekosongan. Kemudian kami pergi ke Kolej Pendeta

Zaba pula bagi menyelesaikan masalah penginapan peserta. Pihak kolej memberitahu bahawa

mereka boleh memberikan bilangan bilik yang telah kami tempah tetapi bilik yang bakal

peserta duduk adalah berlainan blok. Di sebabkan sudah tiada jalan lain maka kami setuju

dengan keadaan bilik yang agak tidak sistematik. Pada 12 Dec 2012 kami telah berjaya

mendapatkan senarai no bilik dari pihak Kolej Pendeta Zaba. dan keesokan harinya, kami

serta exco pendaftaran, makanan serta program telah melawat tempat kejadian bagi

menempatkan setiap program yang bakal dijalankan. Dan pada malam tersebut kami dan ajk

pendaftaran serta ajk teknikal telah membuat persediaan bagi pendaftaran yang akan

berlangsung pada keesokan harinya.

GERAK KERJA SEMASA PROGRAM

Dua hari sebelum berlangsungnya program ini, kami telah membuat penyediaan awal iaitu

memasukkan sarung bantal serta cadar ke dalam goodies bag serta membahagikan senarai no

bilik kepada setiap peserta mengikut universiti. Pada 13 December 2012, 4 Universiti telah

mendaftarkan diri untuk menginap di Kolej Pendeta Zaba serta di Kolej Dato Onn iaitu UiTM

Pulau Pinang, USM, UNiMAS dan UiTM Dungun. Universiti yang terakhir tiba pada malam

itu ialah Unimas iaitu pada jam 12.30 tengah malam. Pada 14 Dec 2012, jam 9 pagi, kami

Page 42: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

memulakan kerja pendaftaran penginapan setelah universiti yang pertama tiba iaitu Universiti

Putra Malaysia. Kami bernasib baik kerana kebetulan mereka tidak datang serentak kerana

jika mereka datang serentak, tentu keadaan menjadi kelam kabut. Keadaan di tempat

pendaftaran penginapan sangat meriah kerana terdapat ramai orang yang terlibat. Ajk yang

menjaga bahagian pemberian no bilik, pemberian kunci serta penberian bantal di kawasan

sekitaran pendaftaran penginapan. Pendaftaran kesemua universiti tamat pada jam 4.30

petang apabila universiti yang terakhir iaitu Universiti Malaya tiba. Tetapi masih terdapat

beberapa peserta yang masih belum mendaftar untuk penginapan, seramai 3 orang peserta

yang datang dari Universiti Nottingham pada sekitar jam 7.40pm dan yang terakhir seramai 4

orang dari universiti yang sama pada jam 8.20pm. Pada malamnya terdapat seramai 3 orang

peserta yang mengalami masalah bilik iaitu tertinggal kunci di bilik mereka sendiri. Dan ini

membuatkan saya serta ajk terpaksa berulang-alik untuk mendapatkan kunci di pejabat kolej.

Ada diantaranya yang menyebabkan saya terpaksa menghantar kunci sehingga ke bilik

mereka kerana sebab-sebab tertentu. Pada 15 Dec 2012 pagi, kami diarahkan untuk mengejut

kesemua peserta di kediaman masing-masing pada pukul 7.00 pagi. Dan selepas itu ajk saya

diserahkan kepada bahagian-bahagian yang memerlukan tenaga kerja seperti bahagian

makanan dan program. Manakala saya serta exco pendaftaran menjaga bahagian penginapan

di Kolej Pendeta Zaba kerana seawal pukul 9.00 pagi terdapat 2 orang peserta yang ingin

mendaftar keluar dari kolej kediaman dan seterusnya masih terdapat beberapa peserta yang

ingin mendaftar keluar, dan pendaftaran ini berakhir sekitar jam 1.00 tengahari. Seterusnya,

saya serta exco pendaftaran mendapat beberapa panggilan dari peserta yang mengalami

masalah bilik. Antaranya tertinggal kunci di dalam bilik serta kunci bilik mereka mempunyai

masalah dimana tidak berjaya untuk membuka pintu bilik yang terkunci. Kami terpaksa

bergegas ke pejabat dan juga ke bilik kediaman mereka dan lagi menimbulkan masalah

dimana orang pejabat tidak menghadirkan diri ke pejabat bagi menjalankan tugas mereka.

Oleh itu peserta terpaksa menunggu di bahagian pendaftaran sehingga petang untuk

mendapatkan kunci bilik mereka. Pada pukul 6.40 petang kami pergi kebilik setiap peserta

bagi mengingatkan mereka bahawa waktu yang bakal bas bergerak ke tempat dinner. Pada

ketika itu masih terdapat dua orang peserta yang berlainan bilik yang tertinggal kunci di

dalam bilik masing-masing. Dan sepanjang program dinner berlangsung saya serta salah

seorang ajk terpaksa berulang-alik ke pejabat kolej serta menunggu orang yang seharusnya

bertugas di pejabat kolej untuk sampai ke pejabat tersebut. Dan sekitar jam 10.20 malam saya

telah berjaya mendapatkan kunci yang diperlukan.

Page 43: ifolio.ukm.my · Web viewKami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini. Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan

GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM

Selepas tamat program, kami pihak penginapan berkumpul semula untuk menyelesaikan

pendaftaran keluar semua pelajar. Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik kerana

mereka memulangkan segala barang yang dipinjamkan kepada mereka. Cuma masih terdapat

satu universiti yang masih memerlukan bilik bagi menempatkan barang mereka iaitu

UNIMAS serta Universiti Sebelas Maret. Dan keesokan harinya setelah mereka membuat

pemulangan kunci, kami bahagian penginapan serta bendahari pergi ke pihak kolej bagi

pemulangan kunci serta pembayaran penginapan.

Yang benar,

………………………

( FATHIYYAH BINTI MOHD ZAINUDIN)