ifolio.ukm.my · web viewkami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan...

28
LAPORAN KESELURUHAN KEPIMPINAN DAN KRETIVITI LMCK1531 NUR IZZATI BINTI SHAMSUDDIN A148833 SESI 2014/2015 1. TEMA PROGRAM “Sentuhan Kasih Gelandangan” “Kepentingan Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan” 2. OBJEKTIF PROGRAM 2.1 Membantu gelandangan dalam mendapatkan keperluan asas seharian. 2.2 Menekankan kepentingan penjagaan kesihatan kepada gelandangan. 2.3 Mengenalpasti punca kewujudan gelandangan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur 2.4 Menerapkan semangat tanggungjawab dan rendah diri terhadap kekurangan orang lain. Bagi subjek Citra Kompetensi iaitu Kepimpinan dan Kretiviti, saya telah menjalankan dan melaksanakan program yang bersesuaian dengan subjek ini. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih untuk menjalankan aktiviti yang diberi nama Kerja Amal Gelandangan.

Upload: vuongthuy

Post on 02-Apr-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

LAPORAN KESELURUHAN

KEPIMPINAN DAN KRETIVITI LMCK1531

NUR IZZATI BINTI SHAMSUDDIN

A148833

SESI 2014/2015

1. TEMA PROGRAM

“Sentuhan Kasih Gelandangan”

“Kepentingan Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan”

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Membantu gelandangan dalam mendapatkan keperluan asas seharian.

2.2 Menekankan kepentingan penjagaan kesihatan kepada gelandangan.

2.3 Mengenalpasti punca kewujudan gelandangan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur

2.4 Menerapkan semangat tanggungjawab dan rendah diri terhadap kekurangan orang lain.

Bagi subjek Citra Kompetensi iaitu Kepimpinan dan Kretiviti, saya telah menjalankan dan melaksanakan program yang bersesuaian dengan subjek ini. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih untuk menjalankan aktiviti yang diberi nama Kerja Amal Gelandangan.

Program ini telah diadakan pada 9 Disember 2014 bersamaaan hari Selasa. Aktiviti ini dijalankan atas kerjasama semua ahli yang menyertai program ini. Laporan keseluruhan seperti berikut:

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

GERAK KERJA POST SECARA KESELURUHAN

A. PERSIAPAN AWAL

Bermula dari 1 November 2014 sehingga 8 Disember 2014 :

1. Post Bendahari

Post ini merangka dan merancang perbelanjaan yang diperlukan dalam melaksanakan aktiviti ini. Selain itu, mereka juga mengumpul bajet untuk menyediakan bungkusan makanan berserta dengan barang-barang keperluan yang lain.

2. Post Barangan

Post ini bertanggungjawab mencari dan membandingkan harga untuk membeli barangan-barangan tersebut dengan harga yang lebih murah. Situasi ini disebabkan dana yang kami kumpulkan agak terhad. Selain itu, tugas mereka ialah memastikan kesemua barangan dibawa dengan selamat dan cukup ke kawasan yang hendak diagihkan.

3. Post Pengangkutan

Post ini pula merancang jadual perjalanan kami untuk ke lokasi seperti yang dirancang, pengangkutan awam yang akan digunakan, dan menguruskan tiket-tiket perjalanan pergi dan pulang daripada lokasi sehingga ke UKM. Hal ini demikian kerana kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kerana lebih mudah dan menjimatkan kos. Lebih-lebih lagi kawasan Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kesesakan lalu lintas sekiranya menggunakan kenderaan persendirian.

4. Post Program

Post ini mempunyai tanggungjawab besar. Hal ini demikian kerana post ini akan memastikan perjalanan program ini berjaya dan mengikut tentatif dan perancangan. Selain itu, mereka juga telah melawat lokasi sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman sehari sebelum program dijalankan.

B. PADA HARI KEJADIAN

TARIKH DAN MASA

PERKARA PERINCIAN

9. DISEMBER. 2014

(SELASA)

-Berkumpul di Perhentian Bas FSSK

-Menaiki bas Zon 6 untuk ke KTM

Semua pelajar di perhentian

bas Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan. Hal ini

demikian kerana kesemua ahli

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

12.00 TENGAH

HARI

Hentian UKM

-Post pengankutan memulakan tugas

mereka.

merupakan pelajar bagi fakulti

ini. Selain itu, kesemua ahli

menggunakan perkhidmatan

pengangkutan awam kerana

mudah.

1.15 PETANG -Sampai di Jalan Tunku Abdul

Rahman

- Ketua berikan taklimat

Ketua memberikan taklimat

keselamatan kepada semua

ahli kumpulan kerana risiko

untuk diserang oleh

gelandangan atau ditahan oleh

mana –mana pihak. Situasi ini

memberikan rasa tenang

kepada ahli kumpulan untuk

melaksanakan program

1.30 PETANG - Semua ahli kumpulan makan tengah

hari dan berehat sebentar bagi

menunaikan solat Zohor.

- Kesemua ahli kumpulan

beragama islam

-walaupun aktiviti ini penting,

namun kewajipan sebagai

umat islam tidak diabaikan.

1. 45 PETANG - Kesemua ahli kumpulan mula

bergerak di sekitar Jalan TAR

- kesemua ahli kumpulan mula

menjalankan tugas mereka.

Setiap post mula melakukan

tanggungjawab masing-

masing. Sebagai contoh, post

program akan memastikan

perjalanan lancar dan post

barangan akan memastikan

barangan sampai ke tangan

gelandangan. Namun begitu,

post bendahari dan post

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

pengankutan turut sama

membantu dalam

mengagihkan barangan

keperluan kepada

gelandangan.

3.30 petang -Kesemua ahli berehat sementara

kerana hujan lebat

Ahli kumpulan terus

berbincang strategi yang lebih

berkesan serta selamat untuk

ahli kumpulan bagi

mengelakkan risiko yang tidak

diiingini seperti kesan

sekiranya terkena . salah

seorang ahli kumpulan telah

memberikan idea dengan

membeli baju hujan yang

berharga RM 2.50 di Mydin

Mall bagi mengelakkan

terkena hujan.

4.00 PETANG Kesemua ahli kumpulan menyambung

semula tugasan masing-masing

- sambil memberikan

barangan keperluan itu, ahli

kumpulan juga turut berbual

dengan gelandangan dan

memberikan panduan tentang

kepentingan kesihatan. Ia

bersesuaian dengan tema kami

iaitu kepentingan kesihatan.

5.30 petang Kesemua ahli kumpulan berehat Kesemua ahli kumpulan

berehat dan menunaikan solat

Asar manakala yang tidak

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

solat akan menjaga barangan

yang mahu diagihkan.

5.45 petang Kesemua ahli kumpulan meneruskan

tugasan

Melalui agihan barangan

keperluan, ahli kumpulan juga

turut bertanya kepada

gelandangan punca mereka

menjadi gelandangan dan

kami menerima reaksi positif

mereka. Situasi ini telah

melahirkan rasa simpati ahli

kumpulan kepada mereka.

7.15 malam Kesemua ahli kumpulan berehat

sebentar dan menjamah sedikit

makanan.

Ahli kumpulan menunaikan

solat Maghrib di surau

berdekatan

7.30 malam Kesemua ahli kumpulan meneruskan

program.

Kesemua ahli kumpulsn

diminta untuk lebih berhati-

hati kerana gelandangan mula

keluar pada waktu malam da

nada yang bakal bertindak

agresif kerana mereka mula

lapar. Namun begitu, kesemua

ahli kumpulan masih

menjalankan tugasan mereka.

10.00 malam -Program tamat

-Pulang ke UKM

-Post Pengankutan

Post pengangkutan membeli

pengankutan awam. Hal ini

kerana kami turut

menggunakan pengangkutan

awam untuk pulang.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

MASALAH YANG DIHADAPI DAN CADANGAN YANG PERLU DILAKUKAN

MASALAH CADANGAN/TINDAKAN

Masalah kekurangan dana pada awal

perbincangan.

- semua ahli kumpulan telah mencapai kata

sepakat untuk memberikan sumbangan

sebanyak RM 20.00 setiap seorang.

Masalah pengangkutan. Hal ini demikian

kerana berlaku percanggahan idea.

- kesemua ahli kumpulan mencapai kata

sepakat untuk menggunakan perkhidmatan

pengangkutan awam. Hal ini demikian kerana

pengakutan awam sememangnya banyak di

sekitar UKM dan Kuala Lumpur. Selain itu,

kami juga dapat mengelakkan kesesakan lalu

lintas.

Hujan lebat semasa program dijalankan Kami terus berbincang dan mencapai kata

sepakat untuk meneruskan program apabila

hujan mulai reda. Hal ini demikian kerana,

kami juga perlu menjaga kebajikan kesemua

ahli kumpulan. Selain itu, kami telah

mengambil inisiatif untuk membeli baju hujan

bagi meneruskan program ini

Kepayahan mencari gelandangan Situasi ini mungkin disebabkan oleh berlaku

operasi pihak DBKL dalam membasmi

gelandangan. Oleh itu, kami telah meluaskan

kawasan kami di mana kami bermula dari LRT

Masjid Jamek sehingga LRT Titiwangsa.

Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat

kami.

Risiko ahli kumpulan semasa menjalankan

program

Kawasan program bukan sahaja diduduki oleh

gelandangan sebaliknya ia turut meliputi

penagih dadah. Kami telah diganggu oleh

seorang penagih dadah namun kami

menyelesaikan masalah ini dengan tenang.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

Situasi ini mengajar kami untuk tenang dalam

mengahdapi masalah.

3. BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Bil ItemBilangan

Orang

Sumbangan

(RM)

Jumlah

(RM)

1. Sumbangan Ahli Kumpulan 8 20.00 160.00

JUMLAH BESAR (RM) 160.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil ItemKuantiti

(Unit)

Harga Seunit

(RM)

Jumlah

(RM)

1. Tuala (12) 2 6.50 13.00

2. Sabun Mandi (3) 5 1.60 8.00

3. Berus Gigi (12) 2 9.60 19.20

4. Ubat Gigi (12) 2 9.69 19.38

5. Baju Hujan 15 1.50 22.50

6. Air Mineral 24 0.45 10.80

7. Appolo Layer Cake (24) 1 4.99 4.99

8. Roti 24 0.70 16.80

9. Bag Plastik (24) 1 2.70 5.40

10. Cloud 9 (12) 2 1.95 3.90

11. Biskut 24 1.30 31.20

JUMLAH BESAR (RM) 155.17

4. PERTEMUAN PROGRAM

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

Tarikh Masa Tempat Tujuan Jam

29 Oktober 2014

4.00 – 6.00 petang

PTSLPertemuan pertama dengan ahli kumpulan

2

1 November 2014

3.00 – 5.00 petang

PTSL Pembentukan organisasi 2

7 November 2014

10.00 pagi – 12.00 tengah hari

PTSL Penjanaan idea 2

27 November 2014

3.00 – 7.00 petang

FSSK Cara pelaksanaan 4

4 Disember 2014

7.00 – 9.00 malam

PTSL Taklimat program 2

5 Disember 2014

3.00 – 7.00 petang

Bangi/Kajang Penyediaan bahan 4

7 Disember 2014

9.00 pagi- 2.00 petang

Sekitar KL Lawatan kawasan program 5

8 Disember 2014

7.00 – 9.00 malam

FSSK Taklimat perjalanan program 2

9 Disember 2014

12.00 tengah hari – 10.00 malam

Sekitar KL Pelaksanaan aktiviti 12

10 Disember 2014

2.00 – 5.00 petang

FSSK Post mortem aktiviti 3

15 Disember 2014

12.00 – 4.00 petang

PTSL Penyediaan laporan 4

Jam Pembelajaran Notional Diperlukan 42

Jam Kredit Notional 1

Tarikh : 29 Oktober 2014

Masa : 4.00 – 6.00 petang

Tempat : PTSL

Aktiviti : Pertemuan pertama bersama ahli kumpulan

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

Pengisian : Semasa pertemuan pertama bersama ahli kumpulan, kami telah berkenalan

dengan lebih rapat lagi dan berkongsi pendapat mengenai apa itu kepimpinan, prinsip, elemen,

model dan kepentingan kepimpinan. Manakala, dari aspek kreativiti pula, kami telah berfikir

secara kreatif dan kritis dalam setiap tindakan. Kami telah berbincang untuk melaksanakan satu

program yang akan menonjolkan bakat kepimpinan dan kretiviti kami. Kami telah melaksanakan

aktiviti tersebut selepas menyiapkan kertas kerja kami.

Tarikh : 1 November 2014

Masa : 3.00 – 5.00 petang

Tempat : PTSL

Aktiviti : Pembentukan organisasi

Pengisian : Kami memahami bahawa untuk melaksanakan suatu aktiviti dengan jayanya,

sebuah organisasi perlu dibentuk bagi tujuan ini. Kami telah merancang untuk membuat

pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas

ketua projek dipilih, mesyuarat diteruskan oleh beliau dengan memilih ahli jawatankuasa yang

lain. Dari segi ini, bakat kepimpinan setiap ahli adalah terserlah apabila mereka dipilih untuk

menerajui sesuatu jawatan. Tugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua

ahli.

Tarikh : 7 November 2014

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : PTSL

Aktiviti : Penjanaan idea

Pengisian : Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk

dilaksanakan. Oleh kerana itu, kami telah membuat satu sesi untuk semua ahli kumpulan

memberi idea masing-masing untuk menganjurkan program. Selepas berbincang sesama kami,

akhirnya kata putus diambil oleh semua untuk melaksanakan kerja amal gelandangan. Lokasi

program telah ditentukan di dekitar Kuala Lumpur. Tarikh program pula telah ditentukan pada 9

Disember 2014 dari jam 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Semua kerja berkaitan dengan

program telah diagihkan antara ahli kumpulan. Kami juga telah mengambil keputusan untuk

berfikir secara kreatif dan kritis di sini dengan mengambil konsep penjagaan kesihatan sebagai

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

salah satu nilai utama dalam gelandangan kami. Ini adalah kerana, selalunya individu yang

membantu golongan gelandangan akan fokus lebih kepada makanan dan juga minuman. Kami

telah mendapat idea untuk membuat kelainan di sini dengan memilih untuk fokuskan kepada

penjagaan kesihatan dan kebersihan mereka.

Tarikh : 27 November 2014

Masa : 3.00 – 7.00 petang

Tempat : FSSK

Aktiviti : Cara Pelaksanaan

Pengisian : Kami telah merancang untuk melaksanakan kerja amal gelandangan ini di

sekitar Kuala Lumpur. Lokasi yang kami pilih ialah Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku

Abdul Rahman, Jalan Ipoh, dan Titiwangsa. Kami telah memilih untuk bermula menjalankan

aktiviti pada jam 12.00 tengah hari kerana kami perlu jalan dalam jarak yang jauh. Anggaran

aktiviti akan tamat pada jam 10.00 malam. Bendahari telah mengumumkan bahawa setiap ahli

perlu mengeluarkan sumbangan sebanyak RM20.00 seorang. Semua ahli kumpulan bersetuju

dengan cadangan tersebut. Exco Program telah mengumumkan bahawa beliau akan menyediakan

tentatif untuk perjalanan aktiviti pada hari kejadian. Exco Kebajikan telah memberitahu bahawa

beliau akan memikirkan barangan yang sesuai diberikan kepada golongan gelandangan

berdasarkan motif utama kami. Exco Kebajikan juga memberitahu bahawa barangan tersebut

akan diumumkan kepada Exco Barangan untuk tindakan lanjut. Exco Baranagan telah

memberitahu bahawa beliau akan membuat bancian mengenai harga barangan dan kos

keseluruhan. Exco Barangan juga memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan barangan

tersebut. Exco Pengangkutan dan Keselamatan memberitahu bahawa beliau akan menyediakan

pelan untuk kita semasa aktiviti berlangsung dan juga jalan yang paling selamat untuk

digunakan. Exco Pengangkutan dan Keselamatan juga memberitahu bahawa beliau akan uruskan

mengenai perjalanan kami ke lokasi program. Secara keseluruhan, perjalanan program telah

dibincangankan dalam perjumpaan ini.

Tarikh : 4 Disember 2014

Masa : 7.00 – 9.00 malam

Tempat : PTSL

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

Aktiviti : Taklimat program

Pengisian : Ketua Projek memberi taklimat ringkas mengenai program dan memberitahu

setiap ahli untuk menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Setiap exco juga telah

menyiapkan rangka kerja mereka untuk menjayakan program ini. Kesemua rangka tersebut telah

dibentangkan semasa taklimat ini juga supaya semua ahli faham mengenai program ini.

Tarikh : 5 Disember 2014

Masa : 3.00 – 7.00 petang

Tempat : Bangi dan Kajang

Aktiviti : Penyediaan bahan

Pengisian : Beberapa ahli jawatankuasa program telah ke beberapa kedai di sekitar Bangi

dan Kajang untuk mendapatkan barangan yang diperlukan untuk diserahkan kepada golongan

gelandangan. Kami telah membuat pilihan yang tepat dengan mengambil kira pendapatan kami

yang. Kami telah mengambil keputusan untuk menyediakan barangan tersebut untuk 24

golongan gelandangan. Kesemua barangan dibeli dalam kuantiti 24. Antara barangan yang dibeli

ialah tuala, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, dan baju hujan. Barang-barang tersebut

merupakan keperluan seharian seorang individu. Kami telah mengambil keputusan untuk

mendapatkan sekali baju hujan kerana golongan gelandangan adalah golongan yang tidak ada

bumbung untuk mereka panggil rumah. Dengan adanya baju hujan tersebut kami merasakan

bahawa ia sedikit sebanyak dapat menolong mereka untuk mendapatkan teduh semasa hari

hujan. Di samping itu, kami juga mendapatkan sedikit makanan seperti roti, air mineral, biskut,

kek lapis dan coklat. Walaupun makanan yang diberikan adalah bukan dalam kuantiti yang

banyak, diharapkan agar mereka boleh mendapat sedikit kegembiraan selepas melihat makanan

tersebut. Diharapkan juga agar ia dapat mengenyangkan mereka sedikit sebanyak. Kami juga

telah mendapatkan beg plastik untuk membalut barangan tersebut.

Tarikh : 7 Disember 2014

Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Sekitar KL

Aktiviti : Lawatan kawasan program

Pengisian : Ketua projek bersama dengan beberapa AJK telah membuat lawatan awal ke

lokasi program untuk melihat kondisi kawasan tersebut. Kami telah ke lokasi tersebut untuk

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

memastikan bahawa tempat tersebut boleh menjadi lokasi yang sesuai untuk melaksanakan kerja

amal gelandangan. Pada masa yang sama beberapa AJK juga telah dilantik untuk menyediakan

segala bahan untuk diagihkan pada hari kejadian.

Tarikh : 8 Disember 2014

Masa : 7.00 – 9.00 malam

Tempat : FSSK

Aktiviti : Taklimat perjalanan program

Pengisian : Ketua projek telah memberikan gambaran mengenai cara program akan

dilaksanakan pada hari berikutnya. Ketua projek juga telah memberitahu mengenai masa semua

ahli perlu bersedia. Ketua juga menasihati agar semua ahli dapat menjaga keselamatan masing-

masing di sana. Exco Program memberi taklimat mengenai tentatif program pada hari

berikutnya. Exco Kebajikan telah memberitahu mengenai cara untuk bercakap dengan golongan

gelandangan. Beliau juga berharap agar semua dapat berinteraksi dengan golongan gelandangan

semasa di sana. Exco Barangan memaklumkan bahawa barangan semua telah siap untuk

diagihkan esok harinya. Beliau juga memberitahu bahawa setiap orang perlu membawa sedikit

barangan disebakan kita akan menaiki pengangkutan awam. Exco Perhubungan dan Keselamatan

memaklumkan bahawa kami akan menaiki pengangkutan awam untuk sampai ke lokasi program.

Beliau juga memberitahu mengenai harga tiket.

Tarikh : 9 Disember 2014

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Sekitar KL

Aktiviti : Pelaksanaan aktiviti

Pengisian : - Rujuk 4. Perjalanan Program –

Tarikh : 10 Disember 2014

Masa : 2.00 – 5.00 petang

Tempat : FSSK

Aktiviti : Post mortem program

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

Pengisian : Post mortem bagi program telah dilaksanakan untuk mengetahui reaksi ahli lain

mengenai program. Rata-rata semua ahli berasa gembira dan berpuas hati dengan perjalanan

program kerana program berjalan tanpa sebarang gangguan yang besar. Semua ahli juga

mengambil masa ini untuk bercerita mengenai pengalaman mereka apabila menghampiri

golongan gelandangan.

Tarikh : 15 Disember 2014

Masa : 12.00 – 4.00 petang

Tempat : PTSL

Aktiviti : Penyedian laporan

Pengisian : Semua ahli kumpulan telah berkumpul untuk bersama-sama membuat laporan.

Tugas membuat laporan ini telah diagihkan antara semua ahli untuk menyenangkan tugas semua.

Selepas laporan siap, Kami juga telah menggunakan kreativiti kami untuk menghasilkan laporan

dengan baik.

5. SENARAI NAMA URUSETIA

Bil. Nama No. Matrik No. Telefon

1. Nur Izzati Binti Shamsuddin A148833 012-4430643

2. Effy Emiera Maulad Said Md. Nasir A151187 012-5409948

3. Nur Saliha Binti Ismail A151126 019-4082023

4. Eirra Eizzaty Binti Zamri A150299 017-2063732

5. Nur Aina Binti Yusob A150514 012-9353686

6. Nur Hidayah Binti Shamsudin A149018 017-5361490

7. Nur Huda Binti Hussein A149629 012-2301089

8. Nur Afiqah Binti Mustafa A151665 012-9017609

Disediakan Oleh,

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat

hudahusseinNUR HUDA BINTI HUSSEIN,

Setiausaha, Program Gelandangan,

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti,

Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMPIRAN

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat
Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat
Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat
Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat
Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat
Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas ketua projek dipilih, mesyuarat