view (1)

149
PERBANDINGAN MASUKAN KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU (1989) DENGAN KAMUS PERIBAHASA KONTEMPORARI (2001) KAMARZIYAH BINTI MASRI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2005

Upload: rusdi-chodeng

Post on 27-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

hebat

TRANSCRIPT

Page 1: view (1)

PERBANDINGAN MASUKAN KAMUS ISTIMEWA

PERIBAHASA MELAYU (1989) DENGAN KAMUS

PERIBAHASA KONTEMPORARI (2001)

KAMARZIYAH BINTI MASRI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2005

Page 2: view (1)

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

13. 05. 2005 ...…..……………………………… KAMARZIYAH BINTI MASRI

M20021000813

Page 3: view (1)

iii

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya dapat saya

menyiapkan kajian ilmiah ini sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penulisan ini telah memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan, penelitian dan perbincangan.

Secara tidak langsung melalui kajian ilmiah ini, telah menguji kesabaran dan ketekunan saya dalam menghadapi pelbagai cabaran. Justeru, saya merakamkan

setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan khusus kepada penyelia saya, Profesor Abdullah Hassan dan Tuan Haji Ahmad Khair Mohd. Nor yang tidak jemu dan tidak mengenal penat lelah dalam memberi dorongan, bimbingan,

pandangan yang membina dan telah banyak memberi tunjuk ajar serta sudi membaca, menyemak dan membetulkan segala kesilapan yang terdapat dalam proses

menyiapkan kajian ilmiah ini. Segala pertolongan dan dorongan yang diberikan oleh beliau itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan beliau itu akan saya abadikan dalam kenangan sehingga akhir hayat.

Penghargaan ini saya tujukan kepada teman-teman seperjuangan yang telah

sudi berbincang, memberi pandangan dan tunjuk ajar serta sokongan moral sehingga kajian ilmiah ini dapat disiapkan. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Tidak ketinggalan juga kepada orang yang teristimewa dalam hidup saya sehingga saat ini iaitu arwah ibu Fatimah binti Adam yang sempat memberi galakan

dan perangsang untuk saya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pengkhususan juga diberikan kepada keluarga yang sama-sama membantu dalam memberi sokongan moral untuk saya meneruskan pengajian ini sehingga selesai.

Tiada ungkapan indah yang mampu diluahkan sebagai tanda terima kasih atas segala-galanya selama ini. Semuanya ini akan kekal dalam memori hidup saya. Kasih sayang

kalian akan dikenang dalam setiap doaku. Semoga Allah menganugerahkan taufik dan hidayah serta kebahagian kepada kalian di dunia dan di akhirat.

Akhir kata, saya mengharapkan kajian ilmiah ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada para pendidik, pengkaji dan penyelidik yang berminat mengkaji peribahasa baru demi menambah khazanah Melayu yang kian pudar dipengaruhi

peredaran zaman.

Sekian. Wassalam. Kamarziyah Binti Masri

Fakulti Bahasa, Program Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu,

UPSI 2002/2005

Page 4: view (1)

iv

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian tentang perbandingan masukan peribahasa daripada Kamus Istimewa Peribahasa (1965) dan Kamus Peribahasa Kontemporari (2001). Tujuan kajian ilmiah ini dijalankan adalah untuk melihat sejumlah

peribahasa yang termuat dalam Kamus Peribahasa Kontemporari terbentuk melalui beberapa proses dan kaedah pembentukannya berbanding dengan peribahasa yang

terdapat di dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Bagi tujuan ini, kaedah menganalisis kandungan telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data. Pengkaji mengumpul data dengan membuat perbandingan dua buah kamus

peribahasa iaitu Kamus Istimewa Peribahasa dan Kamus Peribahasa Kontemporari, di samping kaedah kepustakaan dibuat untuk mencari rujukan tentang teori-teori

yang berkaitan dengan peribahasa. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa berlakunya perkembangan peribahasa iaitu daripada 4359 peribahasa yang terdapat di dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menjadi

6192 peribahasa daripada huruf A hingga K dalam Kamus Peribahasa Kontemporari. Keadaan ini jelas menunjukkan wujudnya peribahasa baru.

Daripada hasil kajian yang dibuat, telah dikenal pasti sebanyak 6192 peribahasa baru yang terhasil. Boleh dikatakan hampir keseluruhan peribahasa baru yang telah dikenal pasti ini diguna pakai oleh para remaja dalam kehidupan seharian mereka.

Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa peribahasa terbentuk tanpa mengira zaman dalam kehidupan seharian kita, khususnya golongan muda hari ini untuk

membentuk peribahasa baru. Peribahasa ini telah bertambah dari hari ke hari tanpa diketahui dengan jelas kerana pembentukannya berlaku tanpa disedari oleh penutur mahupun pendengar peribahasa itu sendiri.

Page 5: view (1)

v

ABSTRACT

This research is a comparison study of proverbs enteries from Kamus Istimewa Peribahasa (1965) dan Kamus Peribahasa Kontemporari (2001). The perpose of this academic research is to identify several processes and methods of proverbs existance

in Kamus Peribahasa Kontemporari compared to those in Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Thus, the researcher conducted a content analysis method to gather data of

two proverb dictionaries mentioned. A part from that, a library research has been conducted to find related theories as point of reference. Based on the research, .4359 proverbs in Kamus Peribahasa Kontemporari have developed from 6192 proverbs (A

to K) in Kamus Istimewa Peribahasa. It is a clear evidence of the existance of 6192 new proverbs. Almost enttire of it has been used by youths in their dauly life. As a

conclusion, new proverbs will continue to develop especially by the young generation. Hence, the growing numbers of these proverbs cotinue to happen unnoticably by its users and listenees.

Page 6: view (1)

vi

KANDUNGAN

Halaman

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK DALAM BAHASA MELAYU iv

ABSTRAK DALAM BAHASA INGGERIS v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

BAB 1 : PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Fokus Utama 8 1.3 Tujuan Kajian 9

1.4 Soalan Kajian 9 1.5 Kepentingan Kajian 10

1.5.1 Masyarakat 10

1.5.2 Pengkaji 11 1.5.3 Pendidikan 12

1.5.4 Para Guru 12 1.5.5 Para Pelajar 12 1.5.6 Para Penulis 13

1.6 Batasan Kajian 14 1.7 Kaedah Kajian 14

1.8 Definisi Istilah 15 1.8.1 Perbandingan 15 1.8.2 Masukan 15

1.8.3 Kamus 16 1.8.4 Peribahasa 16

1.8.5 Kontemporari 18

Page 7: view (1)

vii

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 19

2.2 Literatur Berkaitan 20 2.2.1 Kajian oleh Pengkaji Luar Negara 20 2.2.2 Kajian oleh Pengkaji dalam Negara Malaysia 26

2.2.2.1 Jenis-jenis Peribahasa 36 2.2.2.2 Proses-proses Pembentukan Peribahasa 45

BAB 3 : KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan 56 3.2 Reka Bentuk Kajian 56 3.3 Alat Kajian 60

3.4 Prosedur Pengumpulan Data 60 3.5 Prosedur Penganalisian Data 65

BAB 4 : KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Dapatan Kajian 67

4.2 Peribahasa-peribahasa Baru yang Wujud daripada Bandingan Dua Kamus 68 4.3 Peribahasa Baru yang Dihasilkan Melalui Proses-proses

Pembentukan Peribahasa 83 4.3.1 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses

Perbandingan Makna 83 4.3.2 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Peluasan Makna 84 4.3.3 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Kata-kata Dialek

atau Slanga 86 4.3.4 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Kata-kata

Bahasa Asing 86 4.5.5 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Politik 88

4.3.6 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena

Ekonomi 90 4.3.7 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Sosial 91

4.3.8 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Unsur-unsur Etika 92 4.3.9 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Adat 94 4.3.10 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Alat

Keperluan dan Benda di Sekeliling 95 4.4 Kaedah-kaedah Lain Pembentukan Peribahasa Baru 97

4.4.1 Menukar keseluruhan perkataan baru dalam peribahasa lama dengan makna yang sama 98 4.4.2 Menukar beberapa perkataan baru dalam peribahasa lama

dengan makna yang sama 99 4.4.3 Peribahasa Baru dan makna yang baru (Peribahasa Terbaru –

Origanal) 100

Page 8: view (1)

viii

4.4.4 Menukar makna tetapi peribahasa tetap sama 101

4.4.5 Penambahan perkataan dalam peribahasa dengan makna yang tetap sama 102

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 105 5.2 Rumusan 105 5.3 Perbincangan 111

5.4 Analisis dan Cadangan Penggunaan Peribahasa Baru dalam Buku Teks 116

5.5 Cadangan Cara-cara Mengajar Peribahasa Baru 119 5.5.1 Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Peribahasa 119 5.5.2 Menghurai Pembentukan Peribahasa Baru 123

5.5.3 Contoh Rancangan Pelajaran Harian 123 5.6 Peribahasa Baru Hasil daripada Analisis Dokumen terhadap

Media Massa 127 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 128

RUJUKAN 130 LAMPIRAN Lampiran A – Senarai PeribahasaBaru daripada Kamus Kontemporari

Lampiran B – Senarai Peribahasa dalam Buku Teks Sekolah Menengah Lampiran C – Senarai Peribahasa daripada Analisis Kandungan terhadap

Media massa Lampiran D – Kebenaran Menggunakan Kemudahan Perpustakaan Lampiran E – Borang Penyeliaan

Lampiran F – Bahan-bahan Bantuan Mengajar dalam Rancangan Pelajaran Harian

Page 9: view (1)

ix

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

Jadual 3.1 Peringkat dalam Penyelidikan 63

Jadual 4.1 Jumlah Kekerapan Peribahasa Mengikut Kategori 69

Jadual 5.1 Klasifikasi Penggunaan Peribahasa dalam Buku Teks Mengikut Kekerapan 116

Jadual 5.2 Jenis-jenis Peribahasa Baru 127

Page 10: view (1)

x

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

Rajah 2.1 Pembahagian Peribahasa Menurut Za’ba 35

Rajah 2.2 Pembahagian Peribahasa menurut Abdullah Hassan 35 dan Ainon Mohd

Page 11: view (1)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peribahasa merupakan salah satu unsur kekayaan sesuatu bahasa dan bangsa dalam

konteks warisan budaya dan ketrampilan penggunaan bahasa. Ini kerana ungkapan

dalam peribahasa tersirat di dalamnya makna yang cukup mendalam lagi persis untuk

tujuan kelancaran komunikasi lisan dan tulisan. Hampir setiap bangsa mempunyai

bentuk-bentuk peribahasa sendiri dan peribahasa sesuatu bangsa itu mencerminkan

watak bangsa tersebut.

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ialah ungkapan yang tepat untuk

menggambarkan kedudukan peribahasa Melayu. Menurut A. Samad Idris (1990: ix)

sebagai salah satu warisan bangsa Melayu yang unggul, peribahasa Melayu tetap

dipertahan dan digunakan dalam perlbagai kesempatan. Sebagai salah satu mutiara

bangsa, peribahasa Melayu telah diterima umum sebagai salah satu sumber budaya

yang dapat mengungkap falsafah yang mendalam, meperlihatkan bangsa Melayu

sudah bertamadun dan bermaruah sejak berkurun-kurun lalu.

Page 12: view (1)

2

Bertitik tolak daripada tuntutan kehidupan inilah maka peribahasa telah dicipta

oleh manusia. Oleh itu, Za’ba (1965: 174) dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu

mendefinisikan peribahasa sebagai segala ungkapan yang te lah dituturkan oleh orang

ramai sejak beberapa lama, iaitu ungkapan yang dituturkan itu sesuai dan bijak

perkataannya, luas dan tujuannya diketahui. Peribahasa diungkapkan oleh penutur

sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Peribahasa juga dikatakan bidalan,

pepatah dan perumpamaan kerana setiap satunya mengandungi segala sifat ba hasa

yang disentuh itu.

Menurut beliau lagi, peribahasa meliputi kesemua ciri yang dinyatakan itu.

Bidalan lebih menekankan sesuatu perkara yang sentiasa menjadi perbualan orang

ramai, dijadikan sebagai bandingan dan teladan yang terdapat pada peribahasa itu.

Perbilangan pula berkerat-kerat yang disebut satu satu seperti orang membaling dan

isinya telah dihitungkan seperti undang-undang. Pepatah lebih memberatkan tentang

sifat ringkasnya, bijak perkataannya dan benar pengajarannya manakala perumpamaan

ialah peribahasa yang menyebut sesuatu maksud dengan dikiaskan kepada sesuatu

perkara lain dan menyebabkan terjadinya perkara erti dua lapis.

Dalam buku Ilmu Mengarang Melayu ini, beliau meletakkan peribahasa

Melayu setara dengan simpulan bahasa dan kiasan. Peribahasa dipecahkan kepada

kategori utama iaitu peribahasa yang membawa makna selapis, peribahasa berlapis

dan lidah pendeta. Beliau meletakkan bidalan, perbilangan dan pepatah sebagai

peribahasa yang membawa makna selapis. Peribahasa makna selapis ialah

perkataannya jelas, apa yang dikatakan mempunyai maksud, bahasanya sukar

difahami kerana ringkas atau menggunakan perkataan-perkataan yang lama.

Page 13: view (1)

3

Peribahasa dua lapis pula menurut beliau ialah peribahasa yang makna

perkataan yang diujar lain dengan maksud sebenarnya. Contohnya, perumpamaan

yang dimulakan dengan perkataan bagai, laksana, seperti dan sebagainya. Dalam

kategori lidah pendeta pula, beliau menyenaraikan sembilan jenis kiasan iaitu kiasan

asal, kiasan berpindah, kiasan pemanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias

ibarat, tamsil ibarat dan cerita ibarat.

Abdullah Hussein (1989: vii) dalam bukunya Kamus Istimewa Peribahasa

Melayu Edisi Kedua menyatakan peribahasa ialah salah satu cabang sastera lama yang

berkembang sejak dari dahulu lagi dan masih kekal sehingga kini. Gambaran atau

cerminan sesuatu bangsa dapat digambarkan menerusi peribahasa.

Menurut beliau lagi, asal-usul peribahasa dalam masyarakat Melayu dapat

dilihat menerusi tiga sumber iaitu;

i. Rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya.

ii. Orang-orang arif bijaksana yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil

daripada renungannya, dan

iii. Kitab suci

Seterusnya Abdullah Hussein yang dipetik daripada Ismail Salleh (Jurnal

Dewan Bahasa: Jun 1990) menerangkan bahawa hal yang sedemikian berlaku kerana

peribahasa dan simpulan bahasa serta bahasa kiasan telah wujud dalam masyarakat

semenjak zaman berzaman lagi. Peribahasa yang sedia ada terus diungkap atau

dituturkan, manakala peribahasa yang baru terus dicipta, umpama patah tumbuh

Page 14: view (1)

4

hilang berganti mengikut peredaran zaman. Usia peribahasa dikatakan sama dengan

kewujudan bangsa dan bahasa Melayu itu sendiri.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004) dalam bukunya yang terbaru Kamus

Peribahasa Kontemporari, peribahasa merupakan salah satu daripada cabang bahasa

kiasan. Bahasa kiasan ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh

diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau pun daripada susunan

tatabahasanya. Bahasa kiasan tergolong kepada dua jenis iaitu peribahasa dan bukan

peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari segi bentuk bahasanya dan maknanya

diistilahkan sebagai peribahasa, manakala kiasan yang tidak mantap bentuk dan

maknanya diistilahkan sebagai bukan peribahasa. Beliau membahagikan peribahasa

kepada empat jenis iaitu simpulan bahasa, pepatah (perbilangan), bidalan dan

perumpamaan.

Menurutnya lagi, simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri

daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali

daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Pepatah atau perbilangan ialah

ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pesaka adat resam dan makna ungkapan-

ungkapan itu tidak berubah. Fungsi pepatah adalah sebagai pedoman hidup anggota

masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam dan memiliki ciri-ciri puisi

tradisional Melayu. Bidalan pula menurut beliau merupakan peribahasa yang

berbentuk nasihat yang biasanya menggunakan perkataan jangan, jika dan jikalau

yang menunjukkan kata-kata nasihat, teguran, larangan serta suruhan, perumpamaan

pula merupakan perbandingan makna yang sangat jelas kerana didahului oleh

perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, bagai dan umpama.

Page 15: view (1)

5

Dalam Glosari Istilah Kesusasteraan selanggaraan Safiah Hussin dan rakan-

rakan (1988: 247), peribahasa merupakan sususnan kata yang pendek dan kekal

menjadi percakapan orang Melayu semenjak beberapa lama disebabkan oleh sedap

dan bijak kata-katanya, luas dan benar tujuannya dan digunakan menjadi sebut-

sebutan sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Menurut mereka lagi, bidalan,

pepatah, perbilangan dan perumpamaan adalah antara yang mengandungi sifat-sifat

peribahasa yang disebutkan itu, dan mempunyai bentuk dan sifat yang tersendiri.

Dalam buku glosari ini membahagi peribahasa kepada dua jenis iaitu

peribahasa yang bererti selapis dan peribahasa yang bererti dua lapis. Peribahasa yang

bererti selapis termasuklah di dalamnya bidalan, pepatah dan perbilangan, manakala

peribahasa yang bererti dua lapis disebut perumpamaan.

Peribahasa yang bererti selapis bermaksud peribahasa yang mengandungi kata-

kata yang mempunyai erti sebagaimana yang tersurat; apa yang dikatakan, itulah juga

maksudnya. Peribahasa yang seperti ini disebut bidalan atau pepatah. Perbilangan

juga tergolong sebagai peribahasa yang mempunyai erti selapis. Sementara peribahasa

yang bererti dua lapis disebut perumpamaan iaitu maknanya lain daripada yang

disebutkan.

Peribahasa biasa digunakan bukan sahaja untuk menghiasi karangan dan

percakapan, tetapi juga untuk menguatkan tujuan karangan dan percakapan itu.

Kebanyakannya boleh menjadi pedoman hidup kerana isinya yang benar dan luas itu.

Sungguhpun begitu, kekeliruan seringkali timbul dalam menghuraikan bentuk-bentuk

atau sifat-sifat antara bidalan, perbilangan, pepatah dan perumpamaan.

Page 16: view (1)

6

Menurut Kamaluddin Mohammad atau Kris Mas (1988:135) pula, peribahasa

ialah sejenis gaya percakapan atau ujaran yang berisi kebijaksanaan fikiran dan

pemerhatian yang tersusun dalam bentuk ringkas, indah, sedap didengar dan benar

pada perasaan dan fikiran. Setiap peribahasa itu sudah lama terbentuk dan dipakai

dalam pergaulan umum dan menjadi kata-kata bandingan, teladan serta pengajaran.

Edward Djamaris (1990: 29-31) pula menyatakan peribahasa sebagai kalimat

yang dalam dan luas maknanya. Ini kerana apabila menjelaskan maknanya keterangan

yang panjang lebar diperlukan. Secara ringkas peribahasa terbahagi kepada dua iaitu

peribahasa khusus dan peribahasa universal. Peribahasa khusus ialah peribahasa yang

menggambarkan sifat atau watak khusus golongan masyarakat atau suatu bangsa

manakala peribahasa yang bersifat universal pula berlaku secara umum untuk semua

orang dan segala zaman serta dapat ditafsirkan yang sesuai dengan suasana dan situasi

peribahasa itu digunakan.

Selain itu, peribahasa mempunyai erti kiasan dan merupakan suatu

perumpamaan yang tepat, halus dan jelas kerana peribahasa merupakan mutiara

bahasa, mestika bahasa, bunga bahasa dan mempunyai keindahan bahasa yang

tersendiri. Peribahasa itu juga sering digunakan sebagai nasihat, sindiran-sindiran atau

cacian halus, pujian dan sebagai bahasa diplomasi dalam kehidupan seharian.

Dalam mengembangkan huraian tentang peribahasa, yang perlu diketahui

adalah tentang jenis-jenis peribahasa. Oleh itu, penjelasan ini perlu dilihat berdasarkan

pendapat-pendapat ahli bahasa berhubung perkara tersebut. Za’ba dalam buku Ilmu

Mengarang Melayu (1965) memecahkankan peribahasa kepada tiga kategori utama

Page 17: view (1)

7

iaitu peribahasa yang membawa makna selapis ( bidalan, perbilangan dan pepatah),

peribahasa berlapis (perumpamaan) dan lidah pendeta (kiasan asal, kiasan berpindah,

kiasan pemanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat tamsil ibarat dan cerita

ibarat)

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (2004) pula meletakkan peribahasa di

bawah bentuk bahasa kiasan. Menurut beliau bentuk-bentuk bahasa kiasan dapat

diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu peribahasa (pepatah, simpulan bahasa, bidalan

dan perumpamaan) dan bukan peribahasa (simili, metafora, personifikasi dan

hiperbola).

Arifin Nur (1971: 38-39) dalam bukunya Sastera Melayu Klasik pula telah

membahagikan peribahasa kepada lima jenis utama iaitu perumpamaan, bidalan,

pepatah, perbilangan dan simpulan bahasa. Menurutnya, alam peribahasa Melayu

meliputi kata-kata yang dipilih khas seperti kata-kata hikmah, kata-kata orang tua-tua,

yang dapat dijadikan panduan oleh generasi seterusnya. Sekiranya khazanah ini tidak

dipelihara, kemungkinan peribahasa akan luput dan hilang daripada dunia Melayu itu

sendiri. Kepentingan pengkajian peribahasa baru ini adalah untuk membuka mata

generasi masa kini khususnya golongan remaja agar mempelajari secara mendalam

peribahasa-peribahasa yang kian dilupakan peranannya dalam masyarakat pada masa

kini. Sehubungan itu, melalui penggunaan peribahasa baru dalam pengajaran dan

pembelajaran, penggunaan peribahasa dalam majalah-majalah hiburan dan

pembukuan peribahasa-peribahasa baru, maka peribahasa ini akan menarik minat

generasi muda untuk mempelajarinya kerana golongan terbesar yang membaca

majalah berbentuk hiburan dan para pelajar adalah terdiri daripada para remaja.

Page 18: view (1)

8

1.2 Fokus Utama

Dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus utama kepada perbandingan peribahasa

yang wujud dalam dua buah kamus peribahasa iaitu Kamus Istimewa Peribahasa dan

Kamus Peribahasa Kontemporari.

Kajian perbandingan buku ini dilakukan atas tujuan mencari jumlah peribahasa

baru yang telah dicipta oleh masyarakat masa kini yang dapat menyambung warisan

nenek moyang kita yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas itu. Setelah

membuat perbandingan pengkaji menyenaraikan peribahasa tersebut mengikut

kategori peribahasa yang dinyatakan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd untuk

memudahkan sesiapa yang ingin menggunakannya. Selain itu, pengkaji melihat

peribahasa baru yang timbul itu dari segi perubahan perkataan peribahasa, makna

peribahasa dan analogi perlambangan yang membentuk peribahasa tersebut.

Dalam hal ini, pengkaji mengaitkan perubahan itu dengan proses-proses dan

kaedah-kaedah yang membentuk peribahasa baru tersebut. Sehubungan itu, pengkaji

hanya menganalisis peribahasa baru dalam kamus tersebut untuk abjad A hingga K

sahaja kerana jumlah tersebut sudah cukup untuk dianalisis.

Setelah perbandingan dibuat, pengkaji menganalisis peribahasa baru yang

terhasil itu berdasarkan kaedah-kaedah pembentukan dengan memberikan contoh-

contoh yang jelas.

Page 19: view (1)

9

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1.3.1 mengkaji masukan peribahasa baru yang wujud dalam dua buah kamus

peribahasa iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kamus Peribahasa

Kontemporari.

1.3.2 mengkaji sejumlah peribahasa baru yang wujud mengikut kategori berdasarkan

Kamus Peribahasa Kontemporari.

1.3.3 mengkaji proses-proses atau kaedah-kaedah lain yang menyebabkan

berlakunya perubahaan atau penambahan kepada sesuatu peribahasa itu.

1.3.4 mengkaji kesesuaian peribahasa baru yang boleh digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sama ada pada peringkat sekolah rendah atau

sekolah menengah.

1.4 Soalan Kajian

Antara soalan kajian yang difikirkan sesuai untuk kajian ini ialah:

1.4.1 Adakah terdapat peribahasa baru yang wujud sekarang ini berdasarkan

perbandingan dua buah kamus peribahasa itu?

1.4.2 Berapakah peribahasa baru yang wujud berdasarkan kategori peribahasa yang

terdapat dalam Kamus Peribahasa Kontemporari berdasarkan kaedah-kaedah

pembentukannya?

1.4.3 Adakah wujud proses-proses atau kaedah-kaedah lain yang menyebabkan

berlakunya perubahan peribahasa baru yang terbentuk itu?

Page 20: view (1)

10

1.5 Kepentingan Kajian

Peribahasa mengandungi makna yang halus dan tepat berupaya mencerminkan

ketinggian darjat sesuatu bangsa. Justeru, peribahasa perlu disogokkan

penggunaannya dalam penghidupan seharian masyarakat Melayu terutamanya dalam

aspek lisan masa kini agar peribahasa itu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Kemantapan sesuatu bangsa itu bergantung kepada penggunaan peribahasa di

kalangan penuturnya. Oleh sebab peribahasa merupakan satu variasi bahasa yang

mempunyai makna tersirat, maka penggunaanya secara menyeluruh di kalangan

masyarakat perlu diberi perhatian sewajarnya agar peribahasa terus berkembang

dengan suburnya pada masa-masa akan datang. Oleh itu, kepentingan kajian tentang

perbandingan peribahasa yang terdapat dalam kedua-dua kamus tersebut adalah untuk

dilihat oleh golongan-golongan berikut:

1.5.1 Masyarakat

Masyarakat kini masih boleh menggunakan peribahasa dalam kehidupan harian

mereka bersesuaian dengan makna dan penggunaannya. Selain itu, masyarakat juga

dapat menggunakan bahasa dialek, slanga dan sebagainya dalam kehidupan harian

mereka sebagai peribahasa untuk membentuk masyarakat sekeliling. Diharapkan

masyarakat warga emas, dewasa, dan remaja dapat mempertahankan peribahasa

sebagai khazanah lama dan baru. Bagi golongan warga emas dan dewasa, mereka

perlulah menyesuaikan peribahasa lama dan memahami penggunaan peribahasa baru

untuk membentuk masyarakat moden. Bagi golongan remaja pula, diharapkan mereka

perihatin dan mengamalkan peribahasa lama agar berlaku persefahaman komunikasi

Page 21: view (1)

11

antara mereka dengan golongan warga emas dan dewasa. Selain itu, golongan remaja

juga haruslah dapat mempertingkat khazanah bahasa dan bangsa melalui penciptaan

dan penggunaan peribahasa baru.

1.5.2 Pengkaji

Antara kepentingan kajian ini untuk pengkaji dapat dilihat seperti berikut;

i. pengkaji dapat membandingkan peribahasa yang wujud dalam dua buah kamus

peribahasa iaitu buku Kamus Istimewa Peribahasa dan Kamus Peribahasa

Kontemporari. Seterusnya pengkaji menyenaraikan peribahasa yang baru itu

untuk dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam pengajaran peribahasa.

ii. setelah mengkaji peribahasa-peribahasa yang terdapat di dalam kedua-dua

kamus tersebut, maka pengkaji boleh mengguna dan menyesuaikan peribahasa

tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Keadaan ini akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menarik

melalui pendekatan kontekstual.

iii. pengkaji dapat mengenal pasti peribahasa-peribahasa baru yang wujud dalam

Kamus Peribahasa Kontemporari mengikut proses dan kaedah

pembentukannya. Seterusnya, pengkaji mendokumetasikan peribahasa tersebut

untuk dijadikan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran peribahasa

masa kini.

Page 22: view (1)

12

1.5.3 Pendidikan

Melalui kajian ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Perkembangan

Kurikulum dapat merangka dan memuatkan peribahasa-peribahasa baru yang terdapat

dalam kamus peribahasa terkini seperti Kamus Peribahasa Kontemporari ke dalam

buku teks sama ada pada peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah supaya

berlakunya penyesuaian peribahasa dengan masyarakat kini dan persekitaran global

sekarang.

1.5.4 Para Guru

Melalui idea baru tentang peribahasa masa kini, diharapkan para guru yang telah

membaca disertasi ini dapat menggunakan peribahasa itu sebagai bahan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, diharapkan para guru dapat

memahami proses-proses dan kaedah-kaedah pembentukkan peribahasa agar ilmu

tersebut dapat diajarkan kepada para pelajar yang menjadi eset utama wujudnya

peribahasa-peribahasa masa kini untuk masa akan datang. Seterusnya, para guru juga

dapat mengaplikasikan peribahasa ini sebagai wadah untuk mendidik dan membentuk

peribadi mulia pelajar seperti mana saranan Perdana Menteri kita yang mahukan

penerapkan niliai-nilai murni dalam kalangan masyarakat Malaysia.

1.5.5 Para Pelajar

Para pelajar dapat mengenal bentuk dan rupa peribahasa baru yang terhasil dalam

Kamus Peribahasa Kontemporari. Selain itu mereka juga dapat mengenal pasti

kaedah-kaedah dan proses-proses peribahasa itu terbentuk. Dengan ini, para guru

Page 23: view (1)

13

boleh menjalankan aktiviti dengan meminta para pelajar mencari peribahasa-

peribahasa masukkan yang terdapat di dalam bahan bantu mengajar yang telah

digunakan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti bahan

surat khabar dan majalah-majalah tempatan.

1.5.6 Para Penulis

Para penulis dapat menggunakan peribahasa-peribahasa yang terhasil dalam Kamus

Peribahasa Kontemporari ini untuk menghasilkan karya-karya genre yang boleh

dijadikan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti cerpen, novel dan

sebagainya bersesuaian dengan para pelajar dan masyarakat moden hari ini.

Selain itu, mereka juga merupakan perekod bahan-bahan untuk dijadikan

koleksi agar peribahasa-peribahasa tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat dan

seterusnya mereka dapat mengaplikasikan peribahasa yang terhasil itu dalam

kehidupan harian seperti mana masyarakat zaman silam yang menggunakan

peribahasa sebagai alat untuk mendidik masyarakat mereka.

Para penulis juga boleh membukukan peribahasa-peribahasa baru ini ke dalam

sebuah kamus yang lebih canggih dan bermutu untuk menambah khazanah bahasa dan

bangsa sebagai sumber rujukan masyarakat akan datang khususnya para guru dan para

pelajar.

Page 24: view (1)

14

1.6 Batasan Kajian

Pengkaji membataskan kajian ini kepada dua buah kamus peribahasa sebagai sumber

utama untuk dibuat perbandingan iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan

Kamus Peribahasa Kontemporari. Dalam kajian ini, pengkaji melihat jumlah

peribahasa masukan dari segi jenis-jenis peribahasa yang wujud daripada Kamus

Peribahasa Kontemporari bermula daripada huruf A hingga K sahaja. Hal ini demikian

kerana peribahasa-peribahasa yang terhasil daripada abjad tersebut sudah mencukupi

untuk dibuat kajian dari segi proses dan kaedah pembentukkannya.

Berdasarkan penjenisan masukan peribahasa dalam Kamus Istimewa

Peribahasa Melayu dengan Kamus Peribahasa Kontemporari, pengkaji juga

membataskan kajiannya dengan melihat kepada proses-proses atau kaedah-kaedah lain

yang menyebabkan berlakunya perubahan peribahasa baru yang terbentuk itu.

1.7 Kaedah Kajian

Kajian ini dibuat menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah

tinjauan. Kajian ini merupakan penelitian terhadap bahan-bahan perpustakaan.

Melalui penelitian di perpustakaan, pengkaji telah mengumpulkan sumber-sumber

daripada buku, kamus, majalah-majalah serta jurnal daripada Majalah Dewan Bahasa

dan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur untuk dijadikan bahan

dalam kajian ilmiah ini. Melalui proses pembacaan, pemahaman dan penganalisaan,

bahan yang dikumpul seterusnya diproses dan dianalisis secara peratusan dan

kekerapan. Data-data yang telah melalui proses penelitian ini diolah dan dikarang

dalam bentuk tulisan ilmiah. Buku pegangan dalam kajian ini merujuk kepada buku

Page 25: view (1)

15

utama iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kamus Peribahasa

Kontemporari.

1.8 Definisi Istilah

Definisi istilah untuk perkataan-perkataan penting dalam tajuk desertasi ini telah

diberi berdasarkan beberapa buah buku rujukan, kamus dan mengikut pendapat

pengkaji-pengkaji. Antara istilah yang diberi definisi ialah;

1.8.1 Perbandingan

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 100) perbandingan merupakan imbangan,

perimbangan dan persamaan. Merujuk kepada tajuk kajian ini perbandingan

dikhususkan untuk mencari persamaan dan penambahan peribahasa yang terdapat

dalam Kamus Peribahasa Kontemporari.

1.8.2 Masukan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 865) memasukkan memberi erti mengisikan (ke

dalam), membawa masuk. Konsep masukkan dalam kajian ini ditumpukan kepada

penambahan peribahasa kepada peribahasa yang sedia ada di dalam Kamus Istimewa

Peribahasa Melayu.

Page 26: view (1)

16

1.8.3 Kamus

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 569) kamus merupakan buku yang

mengandungi kata-kata dengan keterangan tentang makna perkataan. Berdasarkan

makna kamus yang diterangkan itu, kamus peribahasa telah digunakan untuk

membuat kajian ini.

1.8.4 Peribahasa

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1185), peribahasa ialah ayat atau

kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian tertentu,

bidalan, pepatah.

Dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1998: 1858),

peribahasa dapat ditakrifkan sebagai frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang

tepat dan mengandungi makna khusus. Peribahasa merupakan istilah umum kepada

jenis-jenis yang terkenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah

dan perbandingan.

Menurut Za’ba (1962: 165), beliau telah menjelaskan peribahasa sebagai satu

susunan ungkapan yang pendek yang telah sebati penggunaanya di kalangan

masyarakat sejak zaman dahulu lagi disebabkan oleh keindahan bahasanya serta

mengandungi teladan dan pengajaran. Peribahasa juga merupakan bidalan, pepatah

dan perumpamaan yang mengandungi segala sifat-sifat peribahasa.Abdullah Hussain

(1989: vii) dalam bukunya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua

menyatakan peribahasa ialah salah satu cabang sastera lama yang berkembang sejak

Page 27: view (1)

17

dari dahulu lagi dan masih kekal sehingga kini. Gambaran atau cerminan sesuatu

bangsa dapat digambarkan menerusi peribahasa.Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

(2004), peribahasa merupakan salah satu daripada cabang bahasa kiasan. Bahasa

kiasan ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada

makna perkataan itu sendiri atau pun daripada susunan tatabahasanya. Bahasa kiasan

tergolong ke dalam dua jenis iaitu peribahasa dan bukan peribahasa. Kiasan yang

sudah mantap dari segi bentuk bahasanya dan maknanya diistilahkan peribahasa,

manakala kiasan yang tidak mantap bentuk dan maknanya diistilahkan bukan

peribahasa. Beliau membahagikan peribahasa kepada empat jenis iaitu simpulan

bahasa, pepatah (perbilangan), bidalan dan perumpamaan.

Mohd Tajuddin Haji Abdul Rahman dan Rahman Shaari (1988: 243)

menjelaskan bahawa penggunaan peribahasa bertujuan untuk memperindah bahasa.

Mereka berpendapat bahawa penggunaan peribahasa dalam karangan dan pertuturan

adalah untuk tujuan gaya. Justeru, karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika

peribahasa digunakan dengan baik.

Menurut Kamaluddin Mohammad atau Keris Mas (1988: 135) pula, peribahasa

adalah sejenis gaya percakapan atau ujaran yang berisi kebijaksanaan fikiran dan

pemerhatian yang tersusun dalam bentuk ringkas, indah, sedap didengar dan benar

pada perasaan dan fikiran. Setiap peribahasa itu sudah lama terbentuk dan dipakai

dalam pergaulan umum dan menjadi kata-kata bandingan, teladan serta pengajaran.

Peribahasa Melayu pula merupakan satu unit yang mengandungi makna dan

diperoleh melalui hasil gabungan kata-kata yang terkandung di dalamnya. Lazimnya

Page 28: view (1)

18

peribahasa Melayu ini mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua

atau lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada

keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Susunan bahasa yang tersingkap itu juga

dapat digunakan sebagai teladan, bandingan dan pengajaran.

Berdasarkan definisi tentang peribahasa yang telah diberikan oleh para sarjana,

pengkaji bahasa serta rujukan buku, maka bolehlah dirumuskan bahawa peribahasa

merupakan satu komponen unit bahasa yang utuh, mempunyai makna dan nilai seni

yang tersendiri di dalamnya.

1.8.5 Kontemporari

Dalam Kamus Dewan (1994: 703), kontemporari merujuk kepada masa yang sama,

semasa atau sesama, masa kini. Kamus Peribahasa Kontemporari ialah sebuah kamus

terkini yang digunakan oleh pengkaji untuk membuat kajian tentang masukkan

peribahasa.

Berdasarkan definisi istilah yang dinyatakan ini, jelaslah bahawa terdapat

persamaan dan perbezaan peribahasa dalam kedua-dua kamus yang dikaji kerana

wujudnya masukkan peribahasa-peribahasa melalui beberapa proses dan kaedah

pembentukkan seperti proses perbandingan makna, proses berdasarkan kata-kata asing

dan slanga, melalui aspek politik, ekonomi dan sosial.

Page 29: view (1)

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian-kajian yang berkaitan dengan peribahasa telah lama diberi perhatian oleh

pengkaji-pengkaji bahasa baik di Malaysia mahupun di luar negara. Ismail Salleh

(1990: 402) menyatakan bahawa peribahasa, simpulan bahasa dan kiasan telah

mendapat perhatian para pengumpul dan pengkaji asing dan tempatan. Perhatian

terhadap bidang ini berterusan sehingga kini. Pelbagai pendapat serta ulasan

terhadapnya telah dilahirkan oleh pengkaji mengikut kepentingan dan pandanga n

masing-masing. Ahli-ahli bahasa memusatkan penelitian mereka terhadap soal-soal

kebahasaan manakala para peneliti kesusasteraan pula memusatkan perhatian mereka

kepada soal keindahannya. Ahli-ahli antropologi dan sosiologi memusatkan penelitian

mereka terhadap soal kemasyarakatan dan kemanusiaan yang terpancar daripada

ungkapan berkaitan yang digunakan oleh masyarakat yang mendukunginya.

Menurut Mohd. Majid Konting (1998: 43) pengetahuan yang didapati daripada

karya-karya berkaitan membolehkan penyelidik menerang dan menjelaskan latar

Page 30: view (1)

20

belakang sesuatu masalah. Sehubungan itu, dalam kajian ini pengkaji telah

membahagikan bentuk kajian ini kepada dua bahagian iaitu kajian-kajian di luar

negara dan kajian-kajian yang dibuat di dalam negara Malaysia.

2.2 Literatur Berkaitan

Literatur berkaitan tentang peribahasa telah dibuat oleh pengkaji berdasarkan kajian-

kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji luar negara dan pengkaji dalam negara kita.

Berikut antara kajian yang telah dilakukan oleh mereka:

2.2.1 Kajian Peribahasa oleh Pengkaji Luar Negara

Sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan orang-orang Barat ke alam Melayu

disebabkan tiga faktor utama iaitu mendapatkan bahan mentah untuk perdagangan,

mengembangkan agama Kristian dan memperluaskan tanah jajahan mereka. Ketiga-

tiga faktor tersebut mendesak mereka mempelajari bahasa yang digunakan oleh

pendidikan di rantau ini. Oleh sebab mempelajari bahasa merupakan satu aktiviti

yang amat luas, maka lahirlah golongan pengkaji barat yang berminat untuk

mempelajari peribahasa. Ini kerana dengan mengkaji peribahasa, mereka bukan

sahaja dapat mengenali akal masyarakat Melayu tetapi juga dapat mengetahui

gambaran masyarakat Melayu pada keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, kajian ilmiah secara mendalam tentang peribahasa

sukar diperoleh oleh mereka kerana hal ini akan manggangu matlamat asal kedatangan

Page 31: view (1)

21

mereka. Namun begitu, atas sifat peribahasa yang unik dan menarik menyebabkan

mereka telah berusaha untuk menyenarai dan menyusun peribahasa yang ditemuinya.

R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (1957), seorang pegawai Inggeris yang

berminat kepada hasil-hasil kesusasteraan Melayu telah mengkaji hasil-hasil

kesusasteraan Melayu dengan giat sekali. Mereka telah membuat kajian yang lebih

terperinci tentang peribahasa kerana melalui peribahasa seseorang itu boleh mengenali

watak dan sifat sesuatu bangsa. Ini dapat dibuktikan melalui kajiannya dalam buku

pantun Melayu.

...One of the most important object of Malay research is to enable those who come in content with the Malay to comprehend his faculty for ideas and his range passim... ...

no one can estimate the mental scope of the Malay without an understanding of a peanut, the love verse and

lampoon of Indonesians ... the wood means not only „quatrain‟ but „proverb‟ or „simile‟ such as pagar makan padi...

(Wilkinson & Winstedt, 1957: 3)

Berdasarkan petikan di atas, jelaslah menggambarkan kepada kita bahawa para

pengkaji yang membuat pengkajian tentang peribahasa Melayu seharusnya mengkaji

masyarakat Melayu itu sendiri. Cara yang paling berkesan untuk kajian ini adalah

dengan mendekati masyarakat tersebut secara lebih rapat lagi.

Pendapat mereka ini disokong oleh Edward Djamaris (1985: 341) yang telah

memberi beberapa contoh peribahasa yang melambangkan watak dan sifat bangsa

Melayu dengan melihat makna sesuatu ungkapan peribahasa. Antara sifat bangsa

Melayu yang diketengahkan dalam menghadapi masalah ialah menerusi ungkapan

sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan. Sifat waspada dan bersedia lebih awal

Page 32: view (1)

22

dalam menghadapi sesuatu perkara digambarkan melalui ungkapan sediakan payung

sebelum hujan, malu bertanya sesat jalan, kalau tak habis fikir kerja serempak kena

tipu, dan jika lalai badan binasa. Seterusnya beliau telah memberikan takrifan

peribahasa daripada pelbagai sudut bahasa dari beberapa buah negara. Antaranya,

peribahasa dikenali sebagai proverb dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Belanda

pula dikenali sebagai spreekwood, manakala dalam bahasa Arab peribahasa dikenali

sebagai mitsal yang disebut juga sebagai mithal atau misal dalam bahasa Melayu.

Pada akhir penulisan beliau telah merumuskan bahawa peribahasa dapat

membantu kita memahami sifat, watak, pandangan hidup, adat istiadat, cara berfikir

serta sistem hidup sesuatu bangsa. Walau bagaimanapun, pendapat-pendapat di atas

telah disangkal oleh Syed Hussein Al-Atas (1974: 20). Beliau perbendapat bahawa

penggunaan peribahasa yang bertujuan untuk menggambarkan pemikiran dan sifat

orang Melayu adalah sebagai satu kesilapan. Beliau sebaliknya membahagikan

peribahasa kepada tiga bahagian iaitu:

i. pepatah anjuran

ii. pepatah teguran

iii. pepatah gambaran

Pepatah anjuran bermaksud susuatu pepatah yang menganjurkan sesuatu nilai,

kaedah dan kepercayaan. Pepatah teguran pula bertujuan untuk menegur dan

melarang sesuatu keadaan, nilai atau kepercayaan. Sebaliknya pepatah gambaran

hanya melukiskan keadaan dengan membuat teguran atau anjuran. Menurut beliau,

pepatah anjuran dan teguran tidak dapat menentukan peribadi sesuatu bangsa atas

dasar peribahasa itu semata-mata kerana peribahasa itu sifatnya hanya

Page 33: view (1)

23

memperlihatkan persoalan dan bukannya memperlihatkan keperibadian sesuatu

bangsa.

Peribahasa juga dianggap sebagai kata-kata hikmah yang menggambarkan

masyarakat Melayu itu sendiri. Oleh yang demikian, para Orenta lis Barat yang

menjajah Tanah Melayu telah berusaha mengkaji peribahasa Melayu untuk melihat

pegangan hidup dan kebudayaan bangsa Melayu. Tujuannya adalah untuk melihat

latar belakang bangsa Melayu agar mereka senang menyesuaikan diri dengan bangsa

Melayu yang dijajah. Hal ini diakui sendiri oleh C.C. Brown (1959) dalam bukunya

bertajuk Malay Saying.

Dalam buku ini, beliau menyatakan tujuan pengumpulan peribahasa adalah

untuk kegunaan mereka mengeksploitasikan masyarakat Melayu. Ini kerana

peribahasa Melayu merupakan pancaran masyarakat Melayu dan dengan mengkajinya

dapat mengetahui pegangan hidup dan kebudayaan bangsa Melayu. Beliau juga

menjelaskan bahawa peribahasa Melayu mempunyai dua pancaran utama iaitu yang

pertama merupakan gambaran watak dan gambaran cara hidup masyarakat Melayu.

Beliau memberi contoh ungkapan dunia katak di bawah tempurung, adalah berkaitan

dengan sifat kekampungan dan tertutup masyarakat Melayu terhadap permodenan.

Manakala pancaran yang keduanya pula merupakan peraturan-peraturan atau perintah-

perintah yang dipegang dan dituruti oleh masyarakat Melayu iaitu dengan mencipta

ungkapan yang terdiri daripada beberapa patah perkataan sahaja tetapi mampu

memberi maksud dan pengertian yang luas dan mendalam.

Page 34: view (1)

24

R.O. Winstedt turut gemar mengkaji kesusasteraan Melayu. Dari hasil

kajiannya, beliau merumuskan bahawa kebanyakan peribahasa Melayu bersangkut

dengan alam sekeliling masyarakat Melayu. Ini bersesuaian dengan kehidupan orang

Melayu yang menjadikan segala kekayaan alam seperti tanah, sungai, laut, dan

tumbuhan sebagai sumber rezeki mereka. Winstedt juga membuat perbandingan

antara peribahasa Melayu dengan peribahasa asing. Dalam kajian perbandingan ini,

beliau menyatakan banyak peribahasa Melayu disadur daripada bahasa asing.

Sungguhpun begitu, menurut Othman Mamat (1975: 76), persamaan peribahasa

adalah kebetulan sahaja kerana peribahasa lahir daripada masyarakat yang

dipengaruhi oleh alam sekeliling

W.G.Shellabear (1963), dengan bantuan Sulaiman Muhammad Nur telah

menyusun Kitab Kiliran Budi yang mengandungi pelbagai jenis peribahasa yang

diambil daripada buku-buku lama dan pertuturan orang-orang Melayu. Peribahasa-

peribahasa dalam kitab ini disusun dan dikategorikan mengikut fasal- fasal tertentu.

Pengkategorian peribahasa ini ke dalam sepuluh fasal utama dibuat dengan

melihat kesamaan maksud sesuatu peribahasa Melayu sebagai projeksi masyarakat

Melayu. Sepuluh fasal yang terkandung dalam kitab ini adalah berkaitan dengan:

i. dari hal kaum keluarga dan isi rumah

ii. dari hal mencari kehidupan,

iii. dari hal tuah dan malang (nasib manusia),

iv. dari hal pemerintahan dan adat negeri,

v. dari hal percampuran (kemasyarakatan),

vi. dari hal pengetahuan dan pembelajaran,

Page 35: view (1)

25

vii. dari hal persahabatan dan perkelahian (permusuhan),

viii. dari hal perangai dan perlakuan buruk manusia,

ix. dari hal kesusahan dan kesenangan hidup

x. dari hal perbandingan perlakuan masyarakat dalam pelbagai situasi.

Walau bagaimanapun, kitab ini sekadar menyenaraikan peribahasa menurut

fasal- fasal tertentu dan tiada kajian secara mendalam yang dijalankan untuk

mengukuhkan pengkategorian peribahasa tersebut.

Selain pengkaji barat ada juga pengkaji dari negara lain yang mengkaji

peribahasa khususnya tentang makna dalam peribahasa. Beliau ialah Henry Guntur

Tarigan (1985) seorang pengkaji bahasa dari Indonesia. Beliau telah menulis buku

yang berjudul Pengajian Semantik. Dalam buku ini beliau menyatakan bahawa dalam

setiap peribahasa terkandung bukan sahaja makna kamus tetapi juga makna majasi,

bukan hanya erti kata-kata yang sebenarnya tetapi juga erti kiasan yang merupakan

garapan semantik dan juga pengajaran semantik. Beliau menjelaskan bahawa

peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan sudut pandangan

yang berbeza iaitu:

i. pepatah

ii. perumpamaan

iii. ungkapan

Berdasarkan penyataan ini, Tarigan (1985) menyimpulkan bahawa pepatah

adalah peribahasa yang berisi nasihat dan ajaran. Beliau juga menegaskan bahawa

perumpamaan ialah ibarat, tamsil dan perbandingan peribahasa. Perbezaan utama

Page 36: view (1)

26

antara pepatah dengan perumpamaan itu dapat dilihat dengan jelas pada pemakaian

secara eksplitasi kata-kata seperti, sebagai, laksana, bak, ibarat, bagaikan, seumpama

dan macam.

Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji luar negara ini membuktikan

bahawa peribahasa Melayu adalah satu bentuk sastera yang unik dan menarik. Ini

kerana peribahasa Melayu bukan sahaja menjadi alat kawalan sosial, penyampai

hasrat hati serta pemberi perangsang dalam kehidupan, malah peribahasa juga dapat

memancarkan satu gambaran tentang segala aspek kehidupan masyarakat Melayu

pada masa lampau.

2.2.2 Kajian Peribahasa oleh Pengkaji dalam Negara Malaysia

Adat kebiasaan masyarakat Melayu banyak menggunakan peribahasa. Keadaan ini

menjadi satu kenyataan kerana dengan seuntai peribahasa yang singkat dapat

dikemukakan dengan sejitu-jitunya maksud yang hendak disampaikan. Menurut

Tarigan (1985: 56) dalam setiap peribahasa terkandung bukan hanya makna kamus

tetapi juga erti kiasan yang merupakan garapan semantik.

Bertitik tolak daripada tuntutan kehidupan inilah maka peribahasa telah dicipta

oleh manusia. Peribahasa Melayu lahir daripada sifat orang Melayu yang

menganggap penyampaian masej secara terus-terang adalah kurang manis dan kurang

sopan melainkan secara berselindung dan berkias. Kelahirannya adalah daripada rasa

dan pengalaman hidup yang ditempuh oleh masyarakat Melayu lama. Menurut

Page 37: view (1)

27

Abdullah Hussain, (1989 : vii) lebih tua sesuatu bangsa itu, lebih banyak dan leb ih

klasik pulalah peribahasanya.

Di samping popularnya bahasa kiasan lain yang sedia indah dengan iramanya,

peribahasa turut menjadi sebahagian daripada pertuturan sehari-hari di kalangan orang

Melayu. Peribahasa dijadikan petunjuk serta panduan kepada golongan yang muda

mahupun yang tua. Pendapat dan pandangan yang diungkap dengan menggunakan

ayat secara ekonomis itu disusun dalam bentuk peribahasa. Ini menjadikannya lebih

manis dan merdu pada pendengaran bangsa Melayu yang tidak begitu gemar berterus

terang ketika berinteraksi.

Secara tidak langsung, masyarakat silam wajar terhutang budi kepada

peribahasa yang membantu mendisiplinkan anggotanya. Ini kerana, peribahasa yang

digunakan merupakan peribahasa yang timbul daripada persekitaran masyarakat serta

tingkah laku masyarakat. Pendek kata, setiap perilaku masyarakat akan menjadi buah

bicara yang akhirnya akan membentuk peribahasa. Zailiani Taslim, (1999)

menerangkan bahawa peribahasa diperturunkan daripada kawan kepada kawan,

daripada ibu bapa kepada anak dan daripada pemimpin kepada anak buah. Peribahasa

yang dicipta pada bidang pendidikan dan tarbiah juga sesuai diucapkan secara terbuka

tanpa sebarang halangan dan pantang larang. Menurutnya lagi, peribahasa memang

layak menjadi institusi yang memanusiakan manusia daripada aspek keguruan tinggi.

Pengkaji lain pula, Othman Mamat (1975: 10) menyatakan peranan peribahasa

Melayu mempunyai beberapa tujuan dan fungsi. Tujuan dan fungsi itu dapat

dibahagikan kepada tiga iaitu:

Page 38: view (1)

28

i. menggambarkan pendirian hidup dan sifat kerjasama.

ii. peribahasa yang menggambarkan sifat tekun dan kerjasama serta usaha.

iii. menggambarkan hal-hal yang berkaitan dengan kekeluargaan dan rumah

tangga.

Memandangkan peribahasa mempunyai fungsi dan peranan yang begitu

banyak dan mendalam maka para pengkaji tempatan tidak ketinggalan membuat

kajian mereka tentang peribahasa ini. Antara tokoh bahasa yang terkenal untuk

mengkaji peribahasa ini ialah Zainal Abidin Ahmad atau dikenali sebagai Za‟ba.

Beliau memuatkan kajian tentang peribahasa ini di dalam bukunya yang tersohor iaitu

Ilmu Mengarang Melayu.

Peribahasa ialah segala ungkapan yang telah dituturkan oleh orang ramai sejak

beberapa lama, iaitu ungkapan yang dituturkan itu sesuai dan bijak perkataannya, luas

dan tujuannya diketahui. Menurut Za‟ba (1965: 174) peribahasa diungkapkan oleh

penutur sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Peribahasa juga dikatakan

bidalan, pepatah, perumpamaan kerana setiap satunya mengandungi segala sifat

bahasa yang disentuh itu. Beliau menyatakan bahawa bidalan, pepatah, perbilangan

dan perumpamaan itu mengandungi sifat-sifat peribahasa. Apa yang berbeza antara

satu-satunya ialah:

i. peribahasa meliputi sama berat kesemua sifat-sifatnya yang tersebut itu.

ii. bidalan lebih memberatkan sifat meletakkannya dimulut orang ramai dan

tentang bandingan dan teladan yang ada di dalamnya.

Page 39: view (1)

29

iii. pepatah lebih memberatkan tentang sifat bijak perkataanya dan benar

pengajarannya.

iv. perbilangan berenggan-enggan perkataannya disebut lepas satu, satu seperti

orang membilang isinya telah dihitungkan seperti undang-undang.

v. perumpamaan ialah peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan

diumpamakan, dikiaskan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu jadi

ertinya dua lapis.

Abdullah Hussain (1989: vii) dalam pengantar Kamus Istimewa Peribahasa

Melayu menyatakan:

...peribahasa merupakan salah satu cabang lama yang tak

lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Hampir setiap bangsa mempunyai bentuk-bentuk peribahasanya sendiri

dan peribahasa sesuatu bangsa itu mencerminkan watak bangsa itu...

Abdullah Hussain (1989: vii)

Menurut Abdullah Hussain lagi, (1998: xi), peribahasa seperti yang sudah

diketahui umum merupakan satu daripada cabang sastera lama, bukan sahaja bagi

bangsa Melayu tetapi juga hampir semua bangsa di dunia. Sebelum ada undang-

undang yang mengawal perilaku hidup manusia bermasyarakat orang bijak pandai

dalam sesuatu bangsa pada zaman itu telah mencipta beberapa petua, nasihat atau

petunjuk sebagai peraturan tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan

hubungan sesama manusia. Petua, nasihat atau petunjuk itu d iambil daripada alam

sekeliling. Contohnya perangai dan sifat manusia itu sendiri, juga daripada sifat dan

tabiat binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Page 40: view (1)

30

Kenyataan beliau disokong oleh Rahman Shaari (1989: 38) seorang tokoh

sastera tanah air masa kini, menyatakan peribahasa ialah salah satu cabang bahasa

sastera. Sebagai pendidik, kita dapat menunjau peribahasa daripada dua segi.

Pertamanya, peribahasa dapat dilihat sebagai rakaman minda Melayu. Kedua,

peribahasa ialah alat yang digunakan untuk gaya berbahasa. Dalam hal ini Arifin Said

(1992: 6) menegaskan lagi bahawa penelitian terhadap perbendaharaan peribahasa

Melayu menunjukkan bahawa memang keseluruhan peribahasa ada membijakkan

pemikiran. Berbalik kepada pendapat yang dikemukakan oleh Rahman Shaari (1989:

38), peribahasa sebagai rakaman minda Melayu, jelas menggambarkan bahawa

melalui cara ini, peribahasa merupakan jalan pintas ke arah membijaksanakan

pemikiran masyarakat Melayu itu sendiri.

Setiap peribahasa bagi sesuatu bangsa dapat mencerminkan watak bangsa yang

menuturkannya (Abdullah Hassan, 1990: vii). Namun begitu Arifin Said, (1993: 46),

menjelaskan bahawa peribahasa Melayu yang diwarisi sehingga ke hari ini memang

tidak diketahui penciptanya. Pada masa dahulu, kemahiran mencipta bahasa kiasan

dianggap bakat semulajadi yang dimiliki oleh para pengarang karya-karya sastera.

Pandangan ini berubah atas kesedaran bahawa bakat tersebut sebenarnya adalah

sejenis kemahiran berbahasa. Oleh sebab bakat itu sesuatu kemahiran, sesiapa sahaja

boleh menguasainya dengan cara mempelajari teknik yang berkenaan dan berlatih

menggunakannya. Abdullah Hussain (1997) seorang budayawan dan tokoh bahasa di

Malaysia telah berjaya mengumpul dan menghasilkan sebuah kamus yang dikenali

sebagai Kamus Peribahasa Melayu. Antara inti sari yang dimuatkan dalam kamus

tersebut, beliau menyatakan peribahasa ialah cabang kesusasteraan yang dimiliki oleh

Page 41: view (1)

31

setiap bangsa di dunia dan setiap peribahasa sesuatu bangsa itu pula mencerminkan

watak bangsa tersebut.

Namun begitu, tiada masa dan ketentuan pencipta bagi peribahasa. Cuma

diyakini bahawa peribahasa adalah sama tuannya dengan bahasa sesuatu bangsa itu.

Peribahasa mula digunakan ketika bangsa manusia mula mengenal peradaban. Beliau

juga berpendapat bahawa setiap aliran hidup dalam masyarakat akan memperkayakan

perbendaharaan kata peribahasa yang terkandung segenap aspek kehidupan

masyarakat. Tegasnya Abdullah Hussain (1991: ix) menyatakan yang sebahagian

besar peribahasa Melayu bukan sahaja berisi dengan erti yang tepat dan kias ibarat

yang tajam tetapi kalimat bahasanya teratur, ringkas dan padat

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004), menyatakan peribahasa sebagai

salah satu daripada cabang bahasa kiasan. Bahasa kiasan ialah ungkapan-ungkapan

yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau pun

daripada susunan tatabahasanya. Bahasa kiasan tergolong ke dalam dua jenis iaitu

peribahasa dan bukan peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari segi bentuk

bahasanya dan maknanya diistilahkan peribahasa, manakala kiasan yang tidak mantap

bentuk dan maknanya diistilahkan bukan peribahasa. Beliau membahagikan

peribahasa kepada empat jenis iaitu simpulan bahasa, pepatah (perbilangan), bidalan

dan perumpamaan.

Menurut Kamaluddin Mohammad atau Keris Mas (1988: 135), peribahasa

ialah sejenis gaya percakapan atau ujaran yang berisi kebijaksanaan fikiran dan

pemerhatian yang tersusun dalam bentuk ringkas, indah sedap didengar dan benar

Page 42: view (1)

32

pada perasaan dan fikiran. Setiap peribahasa itu sudah lama terbentuk dan dipakai

dalam pergaulan umum dan menjadi kata-kata bandingan, teladan serta pengajaran.

Kenyataan Keris Mas ini telah disokong oleh salah seorang pengkaji

peribahasa moden iaitu Zailiani Taslim (1999). Beliau menyatakan bahawa ungkapan

dan kiasan yang mewarnai peribahasa bukan sekadar aksesori di sisi sastera tetapi

lebih menyerlah fungsinya dalam menggarap pemikiran yang ritual sifatnya. Keadaan

ini berlaku disebabkan peribahasa adalah platform unik untuk berkomunikasi dengan

dunia makna batin dalam proses dedaktif. Demi memenuhi aspirasi ini, entri baru

turut menyumbangkan sesuatu yang berharga dalam mewakili konotasi kehidupan

pascamoden.

Peribahasa juga tidak dipandang praktikal lagi diamalkan kerana masyarakat

sekarang memiliki idealisme yang sama sekali berbeza dengan nilai silam. Ini dapat

dilihat betapa tidak relevennya peribahasa lama digunakan untuk mengubah minda

kaki lepak, penagih dadah atau bohsia-bohjan. Relevannya peribahasa itu akan dapat

dilihat sekiranya menerima pakai entri tertentu bagi kalangan mereka ini seperti gadai

bodi, masuk buku, muka pot dan banyak lagi kerana merupakan sesuatu yang releven

dan kena pada masa dan situasinya.

Menurut beliau lagi, kekuatan peribahasa bukan bergantung kepada kesan

penyampaiannnya yang teaterikal atau bagaimana kerana realitinya terdapat

peribahasa di luar kesesuaian bunyi, masih dianggap tawar hambar, tidak memiliki

keindahan bentuk ungkapan sekalipun masih tidak gagal berfungsi sebagai alat

tarbiah. Perkara ini berlaku kerana generasi muda sekarang tidak peka lagi dengan

Page 43: view (1)

33

fungsi genre sastera tradisional bermartabat puisi ini kerana beranggapan bentuk dan

visual peribahasa memang dianggap mudah diucapkan sesiapa jua, baik di peringkat

amatur apatah lagi veteren. Hakikatnya makna batin peribahasa itu sendirilah yang

bertanggungjawab menjayakan kewujudan dan siratan maknalah yang menguasai

peribahasa menjadi lebih mengasyikkan, lebih indah dan lebih berdaya seni dan yang

paling penting ialah penghayatan yang berterusan dan menyeluruh.

Beliau juga menyatakan, pada masa kini koleksi peribahasa sudah diresapi

peribahasa baru pada peratausan yang besar. Entri baru ini menjadi gejala yang sihat

dalam memperkaya koleksi peribahasa lama yang sedia ada. Situasi ini berlaku ekoran

daripada setiap generasi menerbitkan peribahasa mereka sendiri kerana kebanyakan

peribahasa yang terakam dalam karya lama mungkin tidak lagi difahami dan

digunakan oleh generasi masa kini.

Selain itu, beliau menjelaskan juga bahawa potensi peribahasa seperti kata

bestari, pesan orang tua-tua, simpulan bahasa, pepatah dan bidalan yang mempunyai

atau mengandungi makna selapis pada masa-masa akan datang tidak dapat dipastikan

lagi. Ini kerana, orang Melayu dahulu apabila hendak menyatakan sesuatu perasaan

tidak mudah berterus-terang tetapi melampiaskan melalui peribahasa. Pada masa

sekarang, kenyataan itu hanya tinggal memori pada hari ini. Ini ditambah pula

dengan soalan kemegahan peribahasa itu sendiri pada penggunaan bunyi dan kata itu

adakah mampu ke arah menimbulkan kesan pemikiran kepada pendengar akan turut

tenggelam juga begitu sahaja.

Page 44: view (1)

34

Zailiani Taslim, (1999) menambah lagi dengan menyatakan peribahasa juga

sering berspekulasi mengenai konflik dan krisis manusia pada wadahnya tersendiri

sehingga menjadi pagar halus yang mengongkong setiap anggota masyarakatnya.

Tetapi, keadaan ini berubah apabila pada zaman peribahasa cukup berfungsi,

masyarakat menghafal sebagaimana petah berseloka dan berpantun menjadi pemanis

mulut mereka. Kemahiran ini diwarisi secara alamiah.

Jika ditinjau daripada sejarah penggolongan peribahasa Melayu, beberapa

orang tokoh bahasa antaranya Za‟ba, Abdullah Hassan dan Ainon Mohd telah

mengklasifikasikan peribahasa kepada beberapa bentuk. Za‟ba (1965), membuat

pengkelasan ini dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu, manakala Abdullah Hassan

dan Ainon Mohd (1993), dalam Kamus Peribahasa Lengkap Utusan dan Kamus

Peribahasa Kontemporari (2001).

Za‟ba (1965), beliau meletakkan peribahasa Melayu setara dengan simpulan

bahasa dan kiasan. Kemudiannya peribahasa dipecahkan kepada kategori utama iaitu

peribahasa yang membawa makna selapis, peribahasa berlapis dan lidah pendeta.

Kedudukan dan pembahagian peribahasa Melayu menurut pandangan Za‟ba (1965),

dapat dijelaskan melalui gambarajah berikut:

Page 45: view (1)

35

Ungkapan Melayu

Simpulan bahasa Peribahasa Kiasan

Selapis Berlapis Lidah Pendeta

Bidalan Perumpamaan Kiasan asal, Perbilangan Cerita ibarat Pepatah Kiasan berpindah,

Tamsil Kiasan pemanusiaan

Kiasan berkacau Ibarat Kiasan ibarat

Tamsil ibarat

Rajah 2.1 : Pembahagian Peribahasa Menurut Za’ba

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004), menggolongkan peribahasa di

bawah bahasa kiasan. Menurut beliau bahasa kiasan pula dibahagikan kepada dua

jenis iaitu peribahasa dan bukan peribahasa. Berikut Rajah 2.2 yang dapat

menjelaskan penggolongan peribahasa oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.

Bahasa Kiasan

Bukan Peribahasa Peribahasa

Simili Pepatah Metafora Simpulan Bahasa

Personifikasi Bidalan Hiperbola Perumpama

Rajah 2.2: Pembahagian Peribahasa menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

Page 46: view (1)

36

Dalam membincangkan peribahasa ini, wujud persamaan antara Za‟ba dan

Md. Said Suleiman, iaitu kedua-duanya mengasingkan aspek simpulan bahasa di

bawah tajuk yang tersendiri. Sementara perbezaan yang nyata antara kedua-duanya

ialah Md. Said Suleiman memasukkan aspek kiasan, tamsil, ibarat, pepatah, b idalan,

perumpamaan perbilangan dan lidah pendita. Za‟ba pula telah mengasingkan simpulan

bahasa, kiasan, tamsil dan ibarat dalam bentuk yang lain.

Sehubungan itu, Abdullah Hassan dan Ainon Mohd pula, menyamakan aspek

pepatah dan perbilangan dalam satu klasifikasi yang membincangkan aspek berkaitan

sesuatu adat resam dan selanjutnya menyatakan bahawa bidalan juga merupakan

pepatah tetapi mempunyai fungsi yang berbeza, iaitu nasihat.

Berdasarkan pendapat pengkaji-pengkaji tentang peribahasa di atas, maka

peribahasa dapat dikelaskan kepada beberapa jenis. Berikut akan dijelaskan satu

persatu jenis peribahasa tersebut.

2.2.2.1 Jenis-jenis Peribahasa

a) Peribahasa Bererti Selapis

Peribahasa jenis ini lazimnya menyatakan terus apa yang hendak dimaksudkan. Cuma

kadangkala kedapatan kata-kata yang agak sukar disebabkan telah lama tidak

digunakan Arifin Nur (1971: 39) menyifatkan peribahasa bererti selapis sebagai apa

yang dikatakan itulah yang dimaksudkan.

Page 47: view (1)

37

Safiah Hussin dan rakan-rakan dalam buku Glosari Istilah Kesusasteraan

(1988: 247) menyatakan peribahasa yang bererti selapis bermaksud peribahasa yang

mengandungi kata-kata yang mempunyai erti sebagaimana yang tersurat; apa yang

dikatakan, itulah juga maksudnya. Peribahasa yang seperti ini disebut bida lan atau

pepatah. Perbilangan juga tergolong sebagai peribahasa yang mempunyai erti selapis.

Sementara peribahasa yang bererti dua lapis disebut perumpamaan iaitu maknanya

lain daripada yang disebutkan.

Pengkaji-pengkaji tempatan telah membahagikan peribahasa bererti selapis

kepada beberapa jenis. Antara jenis peribahasa tersebut ialah:

i) Bidalan

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2003: vi) menyatakan b idalan sebagai pepatah

atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Contoh yang diberi antaranya ialah:

Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh - yang

membawa maksud jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya.

Manakala Safiah Hussin dan rakan-rakan dalam buku Glosari Istilah

Kesusasteraan (1988: 36) menyatakan bidalan hampir sama maknanya dengan

peribahasa, pepatah, perbilangan dan perumpamaan, iaitu segala sususnan kata yang

pendek yang telah melekat dimulut orang ramai sejak beberapa lama oleh kerana

indah dan bijak perkataannya, luas dan benar maksud tujuannya menjadi sebutan

orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Bidalan berfungsi sebagai cermin

peraturan dalam kehidupan masyarakat. Menurut mereka lagi, dapatlah dibuat

Page 48: view (1)

38

tanggapan bahawa bidalan tercipta daripada orang-orang yang terbijak dalam sesuatu

kumpulan itu hingga dapat melahirkan idea- idea yang besar hanya dengan beberapa

patah perkataan yang tersusun indah.

ii) Pepatah

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2003: v), menyatakan pepatah atau perbilangan

sebagai ungkapan-ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Makna

ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman

hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memiliki

ciri-ciri puisi tradisional Melayu. Contoh pepatah Melayu itu ialah Nak kaya berdikit-

dikit, nak ramai bertabur urai yang bermaksud cermat ialah tangga kejayaan, murah

hati ialah tangga tuah.

Manakala Safiah Hussin dan rakan-rakan dalam buku Glosari Istilah

Kesusasteraan (1988: 246) menyatakan pepatah merupakan peribahasa atau bidalan

yang biassa dipakai dan diucapkan orang untuk mematahkan kata-kata atau ucapan

orang lain. Pepatah lebih memberatkan tentang sifat ringkasnya, bijak perkataannya

dan benar pengajarannya. Bahasanya berbentuk susunan kalimat yang tegas, tetapi

mengandungi kias misalnya:

Di mana tak ada elang

Akulah elang, Kata Belalang.

Page 49: view (1)

39

iii) Perbilangan

Menurut Za‟ba (1965: 171), perbilangan seakan-akan bidalan dan pepatah, yang

membezakan hanyalah perkataannya berenggan-renggan dua atau lebih, disebut satu

lepas satu seperti orang membilang dan isinya kebanyakan hampir-hampir menjadi

undang-undang yang tetap. Antara contoh perbilangan itu ialah:

Siapa menjala siapa terjun,

Siapa berhutang siapa membayar

Kecil jangan disangka anak Besar jangan disangka bapa

Safiah Hussin dan rakan-rakan dalam buku Glosari Istilah Kesusasteraan

(1988: 247) perbilangan merupakan peribahasa yang berangkai-rangkai perkataannya,

dituturkan satu demi satu ayat, “seperti orang membilang”. Keadaan ayatnya itu

berkait-kait tujuannya sehingga menjadi sebagai kata-kata biasa atau ayat-ayat itu

dipakai hingga tergambar seperti undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan. Orang-orang Minangkabau misalnya dalam menyatakan adat istiadat

perpatih menyebut perbilangan seperti:

Hidup dikandung adat

Mati dikandung tanah Hukum berdiri dengan saksi

Adat berdiri dengan tanda.

b) Peribahasa Bererti Berlapis

Peribahasa yang digolongkan ke dalam kategori ini mempunyai erti yang berlaina n

daripada yang nampak pada zahir perkataannya (Za‟ba, 1965: 173). Ini bermakna

peribahasa jenis ini mempunyai makna yang nyata atau literal dan juga maksud

Page 50: view (1)

40

tersirat. Erti yang tersirat ini terhasil kerana sifat tertentu antara dua benda yang pada

asasnya berlainan. Jenis-jenis peribahasa yang tergolong dalam kategori ini ialah

perumpamaan, simpulan bahasa, lidah pendeta, tamsil, ibarat dan kiasan. Berikut

contoh peribahasa jenis ini:

Yang menyebut bandingan Seperti katak di bawah tempurung Seperti kera mendapat bunga

Yang tidak menyebutkan bandingan

Rumah sudah, pahat berbunyi. Memasang jerat di pergentingan

i) Perumpamaan

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2003: iv), menegaskan perumpamaan ialah

perbandingan makna yang sangat jelas kerana didahului oleh perkataan bagai, bak,

ibarat, macam seolah-olah, seperti dan umpama. Dalam istilah Inggeris bagi

perumpamaan ialah simile. Beliau memberi contoh „Budak itu seperti lembu‟, budak

dan lembu dianggap menyerupai satu sama lain. Perumpamaan menerangkan

penilaian kita ke atas sesuatu. Penilaian itu ialah emosi yang kuat.

Keris Mas (1988: 137) menyatakan perumpamaan ialah hasil daripada

perbandingan atau analogi antara dua perkara. Analogi ini selalu menggunakan kata-

kata perbandingan „seperti‟, „bagai‟, „bak‟, dan lain- lain. Menurutnya lagi

perumpamaan ialah peribahasa yang mengumpamakan atau membandingkan keadaan

sesuatu tingkah laku manusia dengan alam sejagatnya. Perumpamaan ini terbahagi

kepada dua jenis iaitu perumpamaan yang menyebut perbandingan dan perumpamaan

yang tidak menyebut perbandingan. Pendapat beliau tentang jenis perumpamaan ini

Page 51: view (1)

41

disokong oleh Safiah Hussin dan rakan-rakan dalam buku Glosari Istilah

Kesusasteraan (1988: 250) yang menyatakan perumpamaan dapat dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu yang disebut perbandingan dan yang tidak disebut perbandingan.

Perumpamaan yang disebut perbandingan biasanya menggunakan perkataan seperti,

bagai, laksana, umpama, seolah-olah dan macam. Contohnya:

Seperti katak di bawah tempurung.

Seperti Kacang lupakan kulit. Bagai sikudung dapat cincin

Umpama aur dengan tebing.

ii) Simpulan Bahasa

Menurut Za‟ba (1965)

Simpulan bahasa juga disebut ungkapan dan ertinya ialah rangkaian-rangkaian perkataan yang telah tersimpul atau terbuku dalam susunan khas dan dipakai

dengan erti yang khas berlainan daripada asalnya.

Za‟ba (1965 :151)

Abdullah Hussain (1993: vii) pula mendefinisikan simpulan bahasa sebagai

perkataan atau kelompok kata yang tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain

daripada ertinya yang lazim. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2003: v), simpulan

bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan

mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-

perkataan tersebut.

Page 52: view (1)

42

iii) Lidah Pendeta

Za‟ba (1965) menyatakan lidah pendeta merupakan perkataan yang bijak, pendek,

sedap, benar dan berisi. Manakala Darus Ahmad (1974: 41) pula berpendapat bahawa

lidah pendeta ialah kata-kata hikmah aau pujangga orang yang bijak pandai yang

mengandungi kebenaran dan pengajaran. Contoh dan maksudnya ialah,

„Hati orang ahmak itu dimulutnya dan

mulut orang bijaksana itu dihatinya.‟

„Orang yang bodoh akan meletakkan hati di mulutnya, manakala orang yang bijaksana akan meletakkan mulut pada

hatinya.‟

iv) Tamsil dan Ibarat

Sungguhpun kedua-dua jenis peribahasa ini memberikan penjelasan tentang sesuatu

yang hendak diumpamakan, namun terdapat juga perbezaannya terutama dari segi

bentuknya. Darus Ahmad (1974: 40) mendapati bahawa bentuk tamsil biasanya

bersajak sedangkan bentuk ibarat tidak bersajak. Za‟ba (1965) pula menjelaskan

bahawa:

„Tamsil ialah sejenis bahasa kiasan yang membandingkan terang-terang tetapi panjang dan kerap

mengandung pengajaran dan teladan. Manakala ibarat pula ialah suatu ikatan bahasa yang mencakupi sesuatu

maksud dengan perkataan yang berkias., zahir perkataannya lain dan maksud yang dikehendaki juga lain.‟

(Za‟ba, 1965: 200)

Berdasarkan definisi di atas nyatalah bahawa tamsil merupakan sejenis kiasan

yang membanding dengan terang sama ada dalam bentukknya yang ringkas atau

Page 53: view (1)

43

panjang. Biasanya tamsil mengandung pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan

panduan kepada sesiapa jua. Tamsil boleh dilihat seperti contoh di bawah:

Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga. Kita hidup ikutlah hukum memiat daging, sakit pada

kita sakitlah pada orang

Ibarat pula ialah suatu bentuk yang mempunyai susunan kata yang dipilih

khas, kemas, ringkas dan mempunyai makna tertentu. Biasanya dalam ibarat, kata

ibarat digunakan sama ada pada awal atau tengah ungkapan. Contoh ibarat ialah:

Ibarat bunga kembang tak jadi. Agama itu suatu suluh bagi menunjukkan jalan yang

lurus dan selamat.

v) Kiasan

Mengikut Sahlan Mohd. Saman, (1981: 55), kiasan merupakan peribahasa yang

membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam sekitarnya dengan cara lembut

dan tidak tepat pukulannya. Pandangan ini bersesuaian dengan pendapat Za‟ba yang

menyatakan bahawa segala perumpamaan dan peribahasa yang terdapat dalam bahasa

Melayu berasal daripada bahasa kiasan. Beliau seterusnya menyatakan bahasa Kiasan

ialah :

Bahasa yang mencakapkan sesuatu perkara dengan

mengkiaskannya kepada perkara lain sama ada dengan menyebut bandingan di antaranya atau dengan tiada

menyebut bandingannya lagi. Tujuannya supaya menambahkan terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan menguatkan maknanya.

(Za‟ba, 1965:190)

Contoh : Matanya seperti bintang timur : Hancur luluh laksana kaca jatuh ke batu.

Page 54: view (1)

44

Maslina Abdullah (1991: 40-41) dalam beberapa siri kajiannya tentang

peribahasa berpendapat bahawa, tidak seharusnya diabaikan penggunaanya pada

masa sekarang kerana peribahasa ialah bentuk pendidikan yang diberikan secara

percuma, lembut dan dapat membuka fikiran individu tertentu terutamanya generasi

muda hari ini untuk menerimanya dengan baik. Menurut beliau lagi selain menjadi

alat pendidikan yang berkesan, peribahasa juga menjadi alat untuk menyimpan

maksud hasrat hati.

Harun Mat Piah (1989: 468), dalam kajiannya tentang fungsi dan tema

peribahasa berirama atau peribahasa berangkap menyatakan bahawa ... peribahasa

berperanan sebagai peribahasa yang secara umum meliputi perumpamaan, bidalan,

pepatah, perbilangan, tamsil dan ibarat serta lidah pendita. Menurutnya, tema dan isi

peribahasa berirama atau berangkap terbahagi kepada tiga fungsi utama iaitu:

i. Peribahasa sebagai pernyataan metos masyarakat.

ii. Peribahasa menggambarkan sikap dan pegangan hidup.

iii. peribahasa melambangkan kepelbagaian cara hidup dan pekeliling

masyarakat.

Masyarakat kita hari kini terus mencipta dan mengembangkan peribahasa baru

sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan persekitaran sekarang. Ini satu fenomena

yang sungguh menggalakkan. Berdasarkan perkembangan tersebut diyakini bahawa

peribahasa dalam bahasa Melayu akan terus bertambah bilangannya dan juga

perkembangannya.

Page 55: view (1)

45

Pertambahan dan perkembangan peribahasa ini adalah sejajar dengan

perkembangan duniawi hari ini untuk membentuk dan mendidik masyarakat secara

tidak langsung. Hal ini kerana, dalam peribahasa terungkap makna yang cukup

mendalam lagi persis untuk tujuan kelancaran komunikasi lisan dan tulisan. Oleh itu,

apabila bercakap tentang kepentingan peribahasa dalam kehidupan masyarakat, antara

kesedaran yang patut ditimbulkan ialah penggunaan peribahasa itu mempunyai

objektif yang tersendiri bagi membolehkan orang yang mendengarnya atau

membacanya tidak mudah tersinggung serta mempunyai impak yang besar ke atas

pemikiran serta perasaan mereka. Bagi mencapai tujuan tersebut, penghayatan serta

ketrampilan mengetahui serta menggunakan wacana warisan tradisi seperti peribahasa

amat penting.

Justeru, proses-proses pembentukan peribahasa itu haruslah diketengahkan

kepada khalayak khususnya para pelajar agar mereka sedar akan kepentingan

peribahasa dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, pada masa akan datang

golongan inilah yang mampu memertabatkan peribahasa di pesada negara khususnya

dan dunia antarabangsa amnya. Untuk itu, pengkaji akan menyenaraikan satu persatu

proses-proses yang membentuk sesuatu peribahasa.

2.2.2.2 Proses-proses Pembentukan Peribahasa

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2003: ix), kemahiran mencipta bentuk-

bentuk kiasan baru dan segar ialah kemahiran menggunakan bahasa yang kreatif.

Kemahiran ini adalah kemahiran tinggi. Kemahiran ini lebih tinggi daripada

Page 56: view (1)

46

kemahiran tatabahasa. Menurut mereka, terdapat dua teknik mencipta kiasan iaitu

melalui teknik perbandingan makna dan perbandingan sifat.

a) Perbandingan makna

Proses perbandingan makna pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu

perbandingan rupa bentuk dan perbandingan sifat.

i. Perbandingan rupa bentuk

Melalui cara ini sesuatu yang hendak diceritakan sifatnya dibandingkan dengan

sesuatu benda lain yang mempunyai ciri-ciri rupa bentuk yang serupa. Contohnya,

seseorang yang mempunyai akal yang cerdik boleh dibandingkan dengan benda lain

yang cekap memori seperti komputer. Oleh itu lahirlah perumpamaan „cerdik macam

komputer‟. Peribahasa ini lebih bersifat perumpamaan.

ii. Perbandingan sifat

Mengikut kaedah ini sesuatu benda dibandingkan dengan benda lain yang

serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berlainan. Contohnya, seseorang

yang mempunyai akal yang cerdik dan pandai boleh dibandingkan dengan

sesuatu benda yang boleh menyimpan memo dengan banyak iaitu komputer.

Oleh itu wujudlah peribahasa „otak komputer‟. Proses pembentukan

peribahasa ini banyak mewujudkan peribahasa jenis simpulan bahasa.

Page 57: view (1)

47

b) Peluasan makna

Melalui proses ini, makna sesuatu perkataan dipeluaskan supaya meliputi makna-

makna baru. Contohnya perkataan “ibu” telah ditambahluaskan maknanya menjadi

makna-makna lain. Pada asalnya “Ibu” bermaksud emak atau orang yang telah

melahirkan anak, tetapi melalui proses peluasan makna perkataan asal sudah berubah

makna. Melalui proses inilah peribahasa baru paling aktif terbentuk terutama

peribahasa jenis simpulan bahasa. Antara contoh peribahasa melalui proses ini ialah

„ibu angkat‟ yang membawa maksud perempuan yang dianggap sebagai ibu sendiri.

Selain di atas terdapat juga beberapa proses pembentukan peribahasa baru

sebagaimana terbentuknya peribahasa lama. Antara prosesnya ialah melalui

pembentukan;

c) Kata-kata dialek atau slanga

Kata-kata dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh

sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat tertentu. Dialek mempunyai bentuk

tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu serta berlainan daripada bentuk

standard baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu. Walau

bagaimanapun kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk diungkap sebagai satu

bahasa yang lain. Antara peribahasa baru yang dapat dikategorikan dalam bentuk ini

ialah „awek cun‟ yang bermaksud perempuan yang cantik dan bergaya.

Page 58: view (1)

48

d) Kata-kata Bahasa Asing

Dalam kajian pengkaji untuk melihat perbandingan buku peribahasa Kitab Kiliran

Budi dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terdapat juga peribahasa-peribahasa

yang terbentuk melalui proses penggunaan kata-kata bahasa asing. Antara kata-kata

asing yang digunakan ialah bahasa Sanskrit. Hal ini kerana dalam sejarah

perkembangan bahasa Melayu ternyata bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang tertua

dan terjadi hasil daripada kedatangan agama Hindu dalam masyarakat Melayu.

Antara kata Sanskrit yang terdapat dalam peribahasa Melayu ialah „manikam‟,

„putrawali‟, „mestika‟, „baiduri‟, „mutiara‟ dan „kayangan‟. Contoh peribahasa yang

menggunakan perkataan ini ialah hanya jauhari mengenal manikam, bagai mestika

embun. Namun begitu, contoh peribahasa yang menggunakan bahasa ini sudah tidak

digunakan oleh masyarakat kini kerana bahasa tersebut sudah sekian zaman mati.

Walau bagaimanapun, kedatangan Islam ke Tanah Melayu, turut

memperkenalkan tulisan Arab kepada masyarakat di negara ini iaitu melalui tulisan

jawi yang menjadi perantaraan dalam dakwah Islamiah, penulisan kesusasteraan,

teknologi dan falsafah. Pengaruh bahasa Arab ini telah berjaya mempengaruhi

masyarakat Melayu zaman silam untuk menggunakan bahasa ini dalam pertuturan

seharian mereka. Oleh sebab itulah, berlakunya peminjaman bahasa Arab ke dalam

bahasa Melayu yang kita gunakan sehingga kini. Hal ini dapat kita buktikan melalui

pemakaian perbendaharan kata Arab dalam peribahasa Melayu seperti syarak, syariat,

hukum, hakim, imam, dan sebagainya. Contoh peribahasa yang digunakan melalui

peminjaman bahasa Arab ini ialah berhakim kepada beruk.

Page 59: view (1)

49

e) Aspek Politik

Dalam sesebuah masyarakat yang konfleks, pertubuhan-pertubuhan politik menjadi

pelengkap kepada struktur kemasyarakatan, kerana dengan cara ini politik dapat

melahirkan rancangan perhubungan diplomatik yang luas. Aspek masyarakat dan

kemasyarakatan daripada sudut politik dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian

antaranya;

i) Sistem Pemerintahan

Kedudukan atau susunan pemerintahan negeri diketuai oleh raja atau sultan. Dalam

peribahasa tiada raja menolak sembah, perkataan sembah bermaksud ketaatsetiaan

seseorang terhadap kuasa tertinggi manakala dari segi kemasyarakatan pula, perkataan

tersebut lazimnya digunakan oleh golongan rakyat terhadap golongan raja atau sultan.

Justeru, melalui peribahasa itu, dapatlah dikatakan bahawa kuasa pemerintah adalah

dipegang oleh golongan raja atau sultan.

ii) Hubungan Diplomatik

Dalam peribahasa „adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar

kampung‟ ditafsirkan sebagai perlu wujudnya persefahaman untuk menentukan

sempadan negeri masing-masing. Melalui hubungan diplomatik yang dijalin,

persefahaman untuk menentukan sempadan negeri ini dapat dijalankan secara baik.

Pengkaji juga mendapati bahawa melalui kegiatan berdagang ke negeri-negeri lain,

telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu bukanlah sebuah masyarakat yang

statik dan tertutup. Ini kerana daripada peribahasa yang wujud seperti „ karam

Kampar oleh Kuantan‟ menyatakan dua buah negeri Melayu zaman silam iaitu

Kampar di Sumatera dan Kuantan di Pahang. Peribahasa ini jelas menunjukan

Page 60: view (1)

50

hubungan diplomatik antara kedua-dua buan negeri ini. Hubungan diplomatik dengan

negara China juga dapat dilihat melalui peribahasa „seekor semut di negeri China

boleh dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar‟.

iii) Peperangan

Memandangkan suasana dunia hari ini yang sering dilanda krisis peperangan, maka

masyarakat dunia khususnya masyarakat Malaysia telah banyak memperkatakan isu

ini dalam perbualan harian mereka. Justeru, dengan ini tercetuslah peribahasa baru

dalam perbualan harian mereka yang akhirnya dapat menambahkan khazanah budaya

bangsa Melayu hari ini. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Abdullah

Hussain ada menyenaraikan peribahasa yang berkaitan tentang isi ini seperti „Di laut

angkatan, di darat kerapatan‟ yang bermaksud kekuatan di laut bergantung kepada

angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan.

f) Aspek Ekonomi

Berdasarkan kajian pada buku-buku peribahasa tahun 60-an, ramai pengkaji melihat

bahawa pembentukan peribahasa juga adalah melalui proses kegiatan ekonomi

masyarakat silam yang menjalankan kegiatan ekonomi secara sara diri dan

perdagangan.

Melalui ekonomi sara diri, pembentukan peribahasa adalah bersumberkan

kepada penggantungan hidup masyarakat terhadap sumber alam seperti tanah, hutan

dan air. Masyarakat ketika itu tertumpu pada bidang pertanian yang meliputi bidang

bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan dan mencari bahan-bahan dari

hutan serta berburu. Contoh peribahasa yang digunakan antaranya ialah ada padi

Page 61: view (1)

51

masak, adalah pipit, ada padi segalanya menjadi, ikutlah resmi padi, makin tunduk

makin berisi, ada beras semua kerja deras dan sebagainya. Melalui ekonomi

perdagangan yang diamalkan oleh masyarakat ketika itu, terbentuk juga peribahasa

yang berkaitan seperti biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai dan

belayar mengadang (menuju) pulau.

g) Unsur-unsur Etika

Melalui peribahasa Melayu, banyak digambarkan tentang unsur-unsur etika sosial

masyarakat Melayu silam. Unsur-unsur yang digambarkan adalah berkaitan dengan

perasaan, pemikiran, sikap dan perlakuan manusia yang telah melahirkan unsur-unsur

kemanusiaan, hormat-menghormati, merendah diri, kebijaksanaan, kasih sayang,

bertanggung jawab dan sebagainya.

Sikap hormat-menghormati mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang

harmonis, teguh dan aman. Contohnya, berdasarkan peribahasa penghulu disanjung

dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan

manjanya. Peribahasa ini menggambarkan keperibadian orang Melayu yang amat

menyanjungi dan menghormati semua golongan masyarakat.

Sifat rendah diri juga dapat digambarkan melalui peribahasa seperti kerja raja

dijunjung, kerja sendiri di kelek, yang melambangkan sifat rendah diri rakyat terhadap

pemerintah. Soal kasih sayang juga dapat digambarkan melalui perlukisan peribahasa.

Contohnya, kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata,

Page 62: view (1)

52

kasih sahabat sama binasa, peribahasa ini melambangkan kasih sayang antara saudara

mara, ibu bapa dan sahabat taulan.

Walau bagaimanapun, kesan perubahan masa dan zaman menyebabkan

curahan kasih sayang masyarakat kini berbeza sama sekali dengan masyarakat silam

yang terlalu mementingkan hati dan perasaan orang lain ataupun pendengar. Justeru,

nilaian kasih sayang masyarakat zaman kini lebih ke arah berterus terang. Dengan ini,

terbentuklah peribahasa yang dituturkan untuk tujuan ini yang lebih berbentuk ‘direct

to the point’. Antara peribahasa yang terhasil dengan cara ini yang terdapat dalam

Kamus Peribahasa Kontemporari ialah „kasih bapa menambah lara yang ada; kasih

anak sama rata; kasih sahabat sama binasa‟.

Nilaian simpati dan kasih sayang juga digambarkan melalui peribahasa baru

ini yang mempunyai maksud tersendiri untuk diungkapkan kepada orang-orang

tertentu. Contohnya, ibu tunggal, anak istimewa, warga emas, tidak ubah seperti kain

lampin yang digunakan kembali (membuat seseorang itu seperti hamba), sentuhan

keramat (perasaan seseorang menjadi lembut apabila mendengar kata-kata daripada

seseorang yang berhemah), dan meninggi setinggi bintang dilangit, merendah diri

serendah-rendah mutiara di lautan.

h) Adat

Adat merujuk kepada adap pergaulan yang telah menjadi kebiasaan dalam

bermasyarakat dan dipraktikkan oleh golongan tua yang kemudiannya diperturunka n

kepada generasi yang lebih muda. Adat berkait rapat dengan syarak (bidang

Page 63: view (1)

53

keagamaan). Hal ini dijelaskan dalam peribahasa „adat bersendi syarak‟ syarak

bersendi adat‟. Perkataan bersendi menunjukkan suatu hubungan antara dua perkara

yang saling memerlukan antara satu sama lain. Peribahasa ini dapat ditafsirkan

bahawa pengaruh Islam telah menebal dalam jiwa masyarakat Melayu sehingga adat

tidak boleh dipisahkan dengan syarak, manakala syarak pula yang akan menentukan

batas-batas yang hendak digunakan.

Dalam hal pembentukan peribahasa melalui cara ini, ada antara pengkaji yang

menjelaskan soal adat kepada tiga perkara iaitu, adat bersaudara, adat bertutur dan

adat menuntut ilmu. Dalam menjalinkan hubungan persaudaraan, terdapat beberapa

adat yang digariskan seperti „bertegur dahulu maka berkenalan‟ dan „mendaki dahulu

maka tahu lelah‟. Peribahasa ini menjelaskan bahawa sebagai memulakan ikatan

persahabatan, peringkat awalnya sekadar bertegur sapa, kemudian barulah memulakan

perkenalan.

Dengan adat bertutur, masyarakat Melayu diminta sentiasa menjaga adap

sopan mereka dengan cara mengawal bentuk kata-kata yang hendak diluahkan.

Mereka amat terkenal dengan sifat kelembutan budi bahasanya kerana sentiasa

berfikir terlebih dahulu sebelum melafazkan sesuatu perkataan. Contoh peribahasa ini

ialah „berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan‟. Peribahasa ini

menyatakan maksud bahawa betapa amat berhati-hati mereka mengeluarkan kata-kata

sehingga setiap pata kata yang hendak digunakan akan difikirkan terlebih dahulu

kesannya.

Page 64: view (1)

54

Begitu juga dengan pembentukan peribahasa modeh hari ini yang dicipta oleh

generasi masa kini yang ramainya terdiri daripada golongan remaja dan dewasa telah

mencipta peribahasa dengan cara ini. Sehubungan ini, pengkaji mendapati bahawa

melalui senario inilah, maka masyarakat telah berjaya mencipta pelbagai seni kata-

kata seperti peribahasa yang dilandasi dengan akal fikiran yang waras.

i) Alat Keperluan dan Benda di Sekeliling

Orang Melayu bukan sahaja perihatin terhadap kewujudan benda-benda dan alatan

sekeliling, malah bijak berfikir dan membuat perbandingan dengan kehidupan

manusia. Semas menggunakan alat-alat keperluan, sifat-sifat dan keadaan alatan

tersebut diperhatikan. Umpamanya semasa memasak, masyarakat Melayu tradisional

menggunakan dapur kayu. Bara terhasil daripada pembakaran kayu tersebut. Bara

adalah lambang yang menjadi sumber nilai bersemangat dalam jiwa orang Melayu.

Justeru, terhasillah peribahasa daripadanya. Contoh peribahasa tersebut ialah

„genggam bara api biar jadi arang,.

Peribahasa di atas melambangkan semangat seseorang dalam melaksanakan

sesuatu pekerjaan yang berat. Semasa membuat pekerjaan yang susah, seseorang itu

memerlukan sifat sabar dan tekun sehingga mencapai kejayaan. Falsafah dan

pemikiran orang Melayu sebegini terserlah dalam perumpamaan „terlanjur menyeluk

pekasam, biar sampai kepangkal lengan‟

Berdasarkan huraian tentang proses-proses pembentukan peribahasa di atas,

jelaslah bahawa sesuatu pembentukan peribahasa itu adalah mengikut corak

Page 65: view (1)

55

kehidupan sesebuah masyarakat. Cuma yang membezakannya ialah kata-kata yang

digunakan adalah mengikut perbendaharaan kata bahasa Melayu yang semakin

berkembang mengikut zaman dan diguna pakai oleh masyarakat moden hari ini.

Perbezaan yang dinyatakan itu pula menjadi kaedah kepada pembentukan peribahasa

baru.

Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan

atau luar negara terhadap peribahasa, maka jelas menujukkan bahawa peribahasa

sudah mampu atau berdaya memikul peranan sebagai media dedektif yang efisien dan

dominan dalam segenap aspek kehidupan. Oleh sebab itulah, maka peribahasa

Melayu yang bersifat moden perlulah dibentuk dan dibukukan agar peribahasa itu

mampu dijadikan wadah untuk menasihat dan mendidik generasi muda hari ini.

Justeru, wajarlah penggunaan peribahasa ini disuburkan dalam masyarakat kini

melalui saluran-saluran tertentu seperti sistem pendidikan, majalah-majalah tempatan,

media elektronik dan sebagainya.

Page 66: view (1)

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan diterangkan kaedah kajian yang merangkumi reka bentuk kajian,

alat kajian dan prosedur pengumpulan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk kajian deskriptif iaitu menganalisis

kandungan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Reka bentuk kajian ini

selalunya dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik tentang

fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat

(Sidek Mohd. Noah, 2002: 43). Beliau menyatakan bahawa penyelidikan deskritif

merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena

yang sedang berlaku. Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu

peristiwa yang sedang berlaku kaedah penyelidikan deskriptif digunakan. Menurut

Page 67: view (1)

57

beliau lagi, kaedah penyelidikan deskritif tidak mengarah kepada penghasilan sesuatu

penyelidikan baharu (Sidek Mohd. Noah, 2000: 96)

Pengarah Pendidikan Guru Malaysia dan kerjasama Maktab Perguruan Raja

Melewar (1999: 5) mengaitkan reka bentuk kualitatif dengan teknik-teknik tertentu

yang digunakan untuk mengutip maklumat tanpa melibatkan statistik. Oleh yang

demikian, segala data yang dikumpulkan adalah dalam bentuk perkataan dan

gambarajah. Hasil kajian mengandungi „guatations’ daripada data untuk

menerangkan dan menjelaskan laporan. Data tersebut merangkumi transkrip

temuduga, „field notes’ gambar, pita video, dokumen peribadi, memo dan lain- lain

rekod rasmi. Matlamat reka bentuk ini adalah untuk menerangkan sesuatu fenomena

yang sedang berlaku atau meneroka sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji.

Justeru, pendekatan ini menekankan kepada proses yang melibatkan pengumpulan

data secara berterusan.

Menurutnya lagi, penyelidikan ini tidak menekankan pengesahan sesuatu

hipotesis sebaliknya sesuatu hipotesis atau teori diperolehi atau ditimbulkan daripada

data yang dikutip. Dengan itu, teknik ini lebih fleksibel dari segi rangka kajian dan

pengutipan data semasa kajian dijalankan. Teknik ini juga membawa implikasi

bahawa analisis data perlu dijalankan semasa kajian dijalankan dan juga selepas kajian

dijalankan. Oleh itu, penyelidik perlu memastikan bahawa mereka dapat memahami

perspektif tersebut dengan tepat. Fokus ke atas makna dan usaha untuk memahami

budaya subjek yang hendak dikaji mempengaruhi penyelidik untuk menjalankan

kajian di dalam situasi yang sebenar.

Page 68: view (1)

58

Abu Hassan bin Kassim (1996), menyatakan bahawa penyelidikan ini

melibatkan penilaian mutu sesuatu benda, biasanya secara tidak formal. Reka bentuk

ini sangat popular dalam bidang antropologi, bahasa, sejarah, falsafah, sain sosial dan

sebagainya. Dalam penyelidikan ini, penyelidik terlibat secara langsung sebagai

peserta untuk melihat perkaitan antara tingkah laku yang dikaji. Reka bentuk ini

meggunakan panca indera dan pemikiran kreatif penyelidik sebagai alat untuk

mengkodkan perkara yang tidak boleh diukur secara langsung dengan menggunakan

angka. Biasanya, penyelidikan jenis ini melibatkan penyelidik merekod maklumat

yang diperlukan dengan melihat sendiri secara tidak berstruktur iaitu tidak

menggunakan instrumen tertentu.

Berdasarkan kenyataan tersebut maka pengkaji telah memilih reka bentuk ini

dalam membuat kajian ilmiahnya yang bertajuk Perbandingan Masukan Kamus

Istimewa Peribahasa Melayu (Edisi Ke-2: 1989) dengan Kamus Peribahasa

Kontemporari (2001)

.

Dalam reka bentuk kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan.

Kaedah kepustakaan ini melibatkan penggunaan kajian ilmiah yang berkaitan dengan

buku-buku, risalah-risalah, jurnal, keratan akhbar dan meneliti kajian yang telah

dilakukan oleh beberapa orang pengkaji terdahulu yang berkaitan dengan bidang ini.

Kaedah kepustakaan ini kemudiannya digabungkan dengan kaedah menganalisis

kandungan atau dokumen. Menurut Majid Konting (2000: 108), kaedah analisis

dokumen merupakan kaedah penyelidikan deskritif yang bermatlamat untuk

menjelaskan seuatu fenomena yang sedang berlaku berpandukan kepada dokumen-

dokumen yang berkaitan dengan fenomena tersebut. Keberkesanan kajian ini

Page 69: view (1)

59

bergantung kepada kebolehan penyelidik memilih dan menganalisis dokumen yang

sahih dan sesuai. Oleh itu, kajian analisis kandungan lebih mirip lagi kepada

penyelidikan sejarah.

Menurut beliau lagi kelebihan dan kelemahan analisis dokumen juga

menyerupai sebahagian kelebihan dan kelemahan kajian sejarah. Ini termasuklah dari

segi menentukan kesahihan sesuatu dokumen dengan menilainya menerusi kritikan

luaran dan dalaman. Analisis dokumen memerlukan kemahiran menganalisis sesuatu

fenomena yang sedang berlaku manakala penyelidikan sejarah pula tertumpu kepada

peristiwa yang telah berlaku. Kajian yang dibuat oleh pengkaji ini adalah untuk

menganalisis peribahasa-peribahasa baru yang terbentuk daripada dua buku kamus

yang menjadi pegangan pengkaji untuk membandingkannya merupakan sejenis kajian

analisis dokumen atau kandungan. Dalam hal ini, pengkaji mengambil masa lima

minggu untuk mendapatkan semua bahan yang berkaitan dengan bahan-bahan

kepustakaan ini.

Ketika menggunakan kaedah kepustakaan ini, pengkaji telah menggunakan

beberapa buah perpustakaan utama di institut pengajian tinggi awam di Malaysia.

Antara perpustakaan utama yang digunakan untuk mencari bahan kepustakaan ini

ialah Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Sultan Idris. Kajian kepustakaan

amat penting untuk menyediakan maklumat kepada pengkaji. Rujukan yang meluas

diperlukan bagi membolehkan kajian terperinci dapat dijalankan dan segala aspek

berkaitan dengan bidang ini dapat diperjelas dengan baik. Bahan-bahan rujukan

diperoleh daripada sumber seperti buku-buku, majalah-majalah, keratan akhbar, jurnal

dan tesis yang berkaitan dengan kajian ini.

Page 70: view (1)

60

3.3 Alat Kajian

Menurut Mohd Majid Konting (2000: 186), alat penyelidikan atau alat ukur amat

penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Alat ukur menentukan sama ada

data dan maklumat yang dikehendaki dapat diperoleh atau tidak. Alat ukur yang

sempurna akan mengukur dengan tepat sesuatu pembolehubah yang hendak diukur.

Alat ukur yang menarik akan mendorong subjek yang dikaji untuk menjawab soalan

yang dikemukan dengan tepat dan jujur. Alat ukur yang tidak sempurna bukan sahaja

menghalang subjek daripada memberi jawaban yang tepat malah akan mendorong

subjek untuk tidak bekerjasama menjayakan sesuatu penyelidikan.

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpulkan segala maklumat melalui alat

penganalisisan dokumen. Segala maklumat dikumpul dengan menganalis dokumen

yang terdapat di dalam dua buah kamus peribahasa iaitu Kamus Istimewa Peribahasa

dan Kamus Peribahasa Kontemporari. Maklumat yang dianalisis itu dikumpul adalah

berdasarkan kepada soalan kajian yang mahukan maklumat dianalisis dengan

membandingkan peribahasa baru yang terdapat di dalam Kamus Peribahasa

Kontemporari dengan peribahasa yang ada dalam Kamus Istimewa Peribahasa.

mengikut kategori peribahasa.

3.4 Prosedur Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Menurut Majid Konting (2000: 257), pemprosesan data merupakan teknik untuk

pengumpulan, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data.

Pemprosesan data melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul, mengolah, menganalisis,

menyimpan dan mengeluarkan data. Aktiviti-aktiviti tersebut berkait antara satu sama

Page 71: view (1)

61

lain. Setiap aktiviti pemprosesan data perlu dilakukan dengan berkesan dan sempurna.

Menurut beliau lagi, penyelidik seharusnya berpengetahuan dan berkemahiran untuk

melaksanakan setiap aktiviti tersebut.

Matlamat pemprosesan data ialah untuk mendapatkan maklumat yang berguna

dan bermakna daripada data. Data-data yang dikumpul daripada sesuatu penyelidikan

pendidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali setelah

diproses. Data yang banyak dan pelbagai perlu diolah, dianalisis, disimpan dan

dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumat.

Menurut Majid Konting (2000: 259) data ialah bahan mentah untuk

menghasilkan maklumat. Secara tradisional, data dikutip dan digunakan untuk

memperoleh maklumat hanya sekali. Perkembangan teknologi maklumat seperti

komputer membolehkan penggunaan data yang sama berulang-ulang untuk

memperoleh pelbagai maklumat. Terdapatnya data di dalam bentuk yang sedia ada

dibaca dan dimanipulasi oleh komputer membolehkan pelbagai maklumat diperoleh

dengan cepat dan tepat.

Beliau juga berpendapat bahawa bidang sains sosial seperti pendidikan akan

mengumpul dan memproses jumlah data yang banyak. Jumlah data yang banyak

diperlukan untuk menghasilkan maklumat yang berguna. Data-data sains sosial juga

sering diproses berulang-ulang untuk memperoleh tingkah laku sosial yang kompleks.

Maklumat pula menurut beliau ialah data terpilih. Maklumat terdiri daripada

fakta-fakta, perkataan, surat, rajah, carta atau simbol yang dipilih khusus untuk

Page 72: view (1)

62

sesuatu masalah tertentu, untuk masa tertentu, untuk individu tertentu dan untuk

mencapai objektif tertentu.

Maklumat diperoleh daripada data. Maklumat yang berguna hanya akan

diperoleh daripada pemerosesan yang sempurna ke atas data yang berguna. Data yang

dikumpul daripada sesuatu penyelidikan tidak berguna sekiranya data tersebut tidak

diproses dengan sempurna untuk menghasilkan maklumat yang dikehendaki. Data

yang dikumpul dengan banyak tidak mempunyai sebarang makna sekiranya data

tersebut gagal diproses untuk menghasilkan maklumat bagi mencapai objektif tertentu.

Oleh itu, jelaslah bahawa data bersifat umum manakala maklumat pula bersifat khusus.

Menurut Pengarah Pendidikan Guru, pengumpulan maklumat dan data

merupakan satu proses yang sistematik untuk mendapatkan maklumat, membuat

pertimbangan dan seterusnya membolehkan seseorang untuk membuat keputusan.

Maklumat yang diperoleh itu dibahagikan kepada dua jenis iaitu maklumat berunsur

kuantitatif dan maklumat berunsurkan kualitatif. Maklumat yang bersifat kuantitatif

diperoleh melalui proses pengukuran yang memerlukan alat-alat pengukuran seperti

ujian, soal selidik dan lain- lain, manakala maklumat bersifat kualitatif diperoleh

melalui pemerhatian, temubual, analisis kandungan dan lain- lain cara.

Berdasarkan penjelasan tentang data dan maklumat daripada Majid Konting

dan Pengarah Pendidikan Guru itu, maka pengkaji telah mengumpulkan data-data

daripada pelbagai sumber rujukan terutama dua buah kamus peribahasa iaitu Kamus

Peribahasa Melayu dan Kamus Peribahasa Kontemporari. Data-data yang dikumpul

itu diproses berdasarkan fokus kajian, soalan kajian dan tujuan kajian yang dinyatakan

Page 73: view (1)

63

dalan Bab 1. Data-data yang diproses dikumpulkan menjadi maklumat untuk

menjawab objektif kajian ilmiah ini iaitu untuk mencari sejumlah peribahasa baru

yang terdapat di dalam Kamus Peribahasa Kontemporari mengikut kategorinya.

Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peribahasa tersebut berdasarkan

proses-proses pembentukan peribahasa yang dijelaskan dalam Bab 2. Setelah

peribahasa baru terkumpul mengikut kategori dan proses pembentukannya, pengkaji

juga ingin melihat proses-proses dan kaedah-kaedah lain yang menyebabkan

berlakunya perubahan peribahasa tersebut.

Untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan itu tadi, pengkaji mengumpul data dan

maklumat adalah mengikut langkah- langkah berpandukan „working design‟ atau reka

bentuk bekerja (Wieersme, 1991: 82) yang dipetik daripada tesis Rosniza Abdullah

(2000: 23). Proses „working design‟ atau reka bentuk bekerja mempunyai tiga

peringkat seperti yang dinyatakan di sebelah;

Jadual 3.1

Peringkat Melakukan Penyelidikan

Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3

- Kenal pasti masalah /

fokus utama.

- menentukan bahan

sumber utama

- mengumpul bahan yang

berkaitan bagi

- menentukan data

daripada kaedah yang di

rancang

- mencari kamus yang

hendak dibandingkan

- menyaring data mengikut

- menganalisis data

- menginterpretasi data

- membuat semakan

- memulakan penulisan

Page 74: view (1)

64

mengukuhkan

kefahaman terhadap

tajuk/fokus utama

- menentukan masa

- menentukan kaedah dan

alat kajian

sub tajuk yang telah

dirancang

- mengasingkan data

mengikut abjad dan jenis

Pada Peringkat 1, pengkaji mengenal pasti masalah atau fokus yang hendak

dikaji. Dalam hal ini pengkaji memberi fokus utamanya kepada perbandingan dua

buah kamus peribahasa iaitu Kamus Peribahasa Melayu dengan Kamus Peribahasa

Kontemporari. Setelah mengenal pasti fokus tumpuannya, pengkaji akan menentukan

aspek-aspek yang hendak dikaji dalam perbandingan kamus tersebut. Setelah aspek-

aspek tersebut dikenal pasti untuk di kaji, pengkaji mengumpul bahan secara

berterusan sejak fokus utama terhasil hinggalah kepada penulisan membuat keputusan

kajian. Pengkaji akan mengumpul bahan yang berkaitan bagi mengukuhkan

kefahaman terhadap tajuk dan penentuan masa. Prosedur terakhir dalam peringkat ini

ialah menentukan alat kajian. Pengkaji telah menggunakan kaedah pustakaan dan

tinjauan sendiri untuk menghasilkan sebuah kajian ilmiah yang lengkap.

Pada peringkat 2 pula, pengkaji akan mengumpul semua data yang diperoleh

dan kemudiannya menyaring data mengikut sub topik yang telah ditetapkan. Dalam

kajian ini, pengkaji menyaring data iaitu peribahasa baru yang terhasil daripada

perbandingan dua buah kamus utama kajian mengikut kategori peribahasa seperti

simpulan bahasa, pepatah, perbandingan dan bidalah. Selain itu, pengkaji juga

mengasingkan peribahasa baru yang wujud itu mengikut abjad bagi tujuan

memudahkan pembaca mengutip data daripadanya terutama untuk para pelajar dan

Page 75: view (1)

65

penulis buku. Dalam masa yang sama, pengkaji juga menganalisis data dan maklumat

tersebut dari segi proses-proses dan kaedah-kaedah pembentukan peribahasa itu.

Pengkaji juga melihat dan menyenaraikan peribahasa-peribahasa yang terhasil melalui

proses dan kaedah pembentukannya.

Pada peringkat 3, pengkaji akan menganalisis data dan maklumat yang

diperoleh dengan cara peratusan(%) dan mod atau kekerapan. Kemudian pengkaji

akan menginterprestasi data, membuat semakan dan memulakan penulisan bagi

menghasilkan tesis yang lengkap.

3.5 Prosedur Penganalisisan Data

Kajian Pengarah Pendidikan Guru dengan kerjasama Maktab Perguruan Raja Melewar

(1999: 38), menyatakan bahawa analisis data merupakan satu proses yang sistematik

mencari dan menyusus maklumat daripada transkrip yang telah dikumpul untuk

meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut. Analisis data bertujuan untuk

membolehkan penyelidik mempersembahkan apa yang telah diperoleh kepada orang

lain. Selain itu, analisis juga dikaitkan dengan apa yang penyelidik lakukan dengan

data untuk memberi penjelasan kepada sesuatu peristiwa. Dengan ini teori dan

generalisasi mengenai sesuatu perkara dapat dikembangkan.

Bogan dan Biklen (1992) dalam kajian Pengarah Pendidikan Guru, analisis

data ditegaskan sebagai:

“Analysis involves working with data, organizing then, breaking then into manageable units, synthesizing them, searching for patterns, discovering what is important

and what is to be learned, and deciding what you will tell others”

Bogan dan Biklen (1992: 38)

Page 76: view (1)

66

Data yang dikumpul mengikut kategori peribahasa adalah melalui kaedah deduktif.

Kaedah ini digunakan kerana peribahasa yang dianalisis adalah berdasarkan

pengetahuan tentang teori- teori penyelidik lampau malah, kategori ini tidak bersandar

kepada data yang dikumpul semata-mata.

Dalam hal ini, pengkaji menganalisis data secara deskriptif melalui kaedah

deduktif dengan menggunakan kekerapan atau mod dan peratus (%).

Peratus (%) = bilangan data X 100

Jumlah data

Mod = kekerapan

Page 77: view (1)

BAB 4

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Dapatan kajian

Setelah menjalankan kajian yang terperinci terhadap dua buah kamus peribahasa yang

ditulis oleh Abdullah Hussain (1998) iaitu Kamus Peribahasa Melayu dengan Kamus

Peribahasa Kontemporari oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2001) memang

jelas berlakunya perkembangan peribahasa baru yang terhasil daripada pertuturan

masyarakat sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

Melalui kajian yang terperinci tentang perbandingan kamus peribahasa yang

dibataskan hanya pada huruf A hingga K itu didapati jumlah peribahasa baru telah

melebihi jumlah peribahasa yang sedia ada di dalam Kamus Peribahasa Melayu tahun

1989 itu. Peribahasa baru yang terbentuk melalui beberapa proses yang dimuatkan

oleh pengkaji melalui kajian pengkaji-pengkaji terdahulu dalam Bab 2 dengan batasan

tersebut ialah sebanyak 6192 peribahasa yang disenaraikan mengikut jenis peribahasa.

Kajian terperinci dapat dilihat pada dapatan yang dinyatakan seterusnya dalam bab ini.

Page 78: view (1)

68

4.2 Peribahasa-peribahasa Baru yang Wujud daripada Bandingan Dua

Kamus

Setelah pengkaji membandingkan dan mencatat peribahasa yang terdapat dalam

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dengan Kamus Peribahasa Kontemporari,

pengkaji menyenarai peribahasa baru daripada kamus Abdullah Hassan dan Ainon

Mohd itu dalam bentuk senaraian kamus yang ditulis mengikut abjad A hingga K.

Keadaan sedemikian dibuat adalah bertujuan untuk memudahkan pelbagai pihak

terutama para penyelidik terkemudian membuat kajian, para guru dan semua pelajar

untuk membuat rujukan tentang peribahasa ini.

Selepas menyenarai kesemua peribahasa tersebut, pengkaji membuat

pengasingan mengikut jenis-jenis peribahasa sebagaimana yang telah diterangkan

dalam Bab 1 tentang jenis-jenis peribahasa yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan

dan Ainon Mohd (2004). Selepas menyenarai dan mengasingkan kesemua peribahasa

tersebut, pengkaji menganalisis data mengikut peratusan dan kekerapan atau mod.

Hasil kajian dihuraikan selepas senarai peribahasa baru yang terhasil dipaparkan

melalui kekerapan. Dalam paparan Jadual 4.1 tentang Jumlah Kekerapan Peribahasa

Mengikut Kategori, didapati sejumlah 6192 peribahasa baru yang termuat dalam

Kamus Peribahasa Kontemporari tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd yang

diterbitkan pada 2001 oleh penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Berikut senarai peribahasa yang terhasil daripada kaedah deskriptif dengan

menganalisis kandungan kamus tersebut;

Page 79: view (1)

69

Jadual 4.1

Jumlah Kekerapan Peribahasa Mengikut Kategori

Abjad/

Jenis

Peribahasa

Simpulan

Bahasa

Pepatah

Perumpamaan

Bidalan

Jumlah

Peratusan

%

A

471

313

3

3

790

12.8

B

1546

119

183

27

1875

30.4

C

276

21

2

2

301

4.9

D

423

92

6

2

523

8.5

E

62

12

1

0

75

1.2

F

26

0

1

0

27

0.4

G

333

26

1

0

360

5.9

H

401

69

6

6

482

7.8

I

150

18

3

1

172

2.4

J

273

43

4

24

344

5.6

K

1078

153

6

6

1243

20.1

Jumlah/

Peratus

5039

(81.4 %)

866

(14.0 %)

216

(3.5 %)

71

(1.1 %)

6192

100

(100 %)

Page 80: view (1)

70

Berdasrkan jadual di atas jelaslah bahawa peribahasa terus berkembang tanpa

mengira waktu dan zaman. Namun begitu, pembentukkan kata-kata dalam peribahasa

baru ini menampakkan kemordenan bahasa Melayu itu sendiri yang telah diserap

daripada pelbagai bahasa. Hal ini menunjukan bahawa bahasa Melayu itu terus

berkembang selari dengan perkembangan dunia semasa. Permodenan bahasa Melayu

itu juga secara tidak langsung telah menambah perbendaharaan kamus bahasa Melayu

amnya dan kamus peribahasa khususnya. Perkara ini menunjukkan bahawa

masyarakat masa kini terus mencipta dan mengembangkan peribahasa baru sejajar

dengan peredaran masa dan tuntutan persekitaran sekarang. Keadaan ini merupakan

satu fenomena yang sungguh membanggakan.

Apabila diteliti jadual 4.1 di sebelah, peribahasa jenis simpulan bahasa amat

menonjol pembentukannya iaitu sebanyak 5039 (81.4 %) daripada keseluruhan 6192

peribahasa dari abjad A hingga K. Fenomena ini berlaku kerana ungkapan dalam

simpulan bahasa tersirat di dalamnya makna yang cukup mendalam lagi persis untuk

tujuan kelancaran komunikasi lisan dan tulisan. Selain itu, simpulan bahasa begitu

aktif dibentuk oleh generasi remaja kini disebabkan penggunaan dua atau tiga

perkataan sahaja sudah mencukupi untuk memberi fungsi kepada sesuatu perkara

berbanding dengan jenis-jenis peribahasa lain yang memerlukan banyak perkataan

untuk memberi makna tersirat. Tambahan pula, simpulan bahasa dibentuk daripada

pelbagai proses dan kaedah yang mana melalui proses peluasan makna dan bandingan

sifat, boleh terbentuk berpuluh-puluh simpulan bahasa. Contohnya, perkataan kapal

bererti bahtera yang mempunyai jentera untuk bergerak. Walau bagaimanapun apabila

perkataan kapal diluaskan maknanya maka terbentuklah peribahasa jenis simpulan

bahasa seperti mana contoh di sebelah;

Page 81: view (1)

71

1. Kapal angkasa sb

Roket.

2. Kapal api sb

Kapal yang digerakkan oleh kuasa wap.

3. Kapal asap sb

Kapal yang digerakkan oleh kuasa wap.

4. Kapal belangkas sb

Kapal yang digerakkan oleh roda di buritannya.

5. Kapal dagang sb

Kapal pengangkut barang dagangan. 6. Kapal haji sb

Kapal pengangkut jemaah haji.

7. Kapal induk sb

Kapal perang yang membawa kapal terbang dan helikopter tentera.

8. Kapal keruk sb

Jentera pengorek tanah.

9. Kapal korek sb

Jentera pengorek tanah.

10. Kapal meriam sb

Kapal perang yang kecil. 11. Kapal minyak sb

Kapal pengangkut minyak.

12. Kapal pandu sb

Kapal pemandu kapal-kapal lain masuk dan keluar pelabuhan.

13. Kapal pecah sb

Haid.

14. Kapal pemayar sb

Kapal penjelajah.

15. Kapal pembinasa sb

Kapal bersenjata. 16. Kapal pemburu sb

Kapal perang yang kecil dan laju.

Page 82: view (1)

72

17. Kapal penempur sb

Kapal perang yang besar.

18. Kapal pendarat sb

Kapal untuk mendaratkan tentera.

19. Kapal penghantar sb

Kapal perang yang melindungi kapal yang belayar berderet-deret.

20. Kapal pengangkut sb

Kapal untuk mengangkut angkatan tentera dan kelengkapan perang.

21. Kapal pengawal sb

Kapal perang yang melindungi kapal yang belayar berderet-deret. 22. Kapal pengiring sb

Kapal perang yang melindungi kapal yang belayar berderet-deret.

23. Kapal penjelajah sb

Kapal yang agak besar dan laju.

24. Kapal penumpang sb

Kapal pengangkut penumpang.

25. Kapal penyapu periuk api sb

Kapal pemusnah periuk api.

26. Kapal penyusur sb

Kapal yang belayar menyusur pantai. 27. Kapal perang sb

Kapal tentera laut.

28. Kapal peronda sb

Kapal penjaga keamanan.

29. Kapal selam sb

Kapal yang bergerak di bawah permukaan air.

30. Kapal tangki sb

Kapal pengangkut minyak.

31. Kapal terbang sb

Pesawat terbang. 32. Kapal tunda sb

Bot penarik kapal.

Page 83: view (1)

73

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa peribahasa jenis simpulan

bahasa amat mudah dibentuk terutama melalui proses peluasan makna perkataan.

Perkataan kapal sahaja telah diperluas menjadi 32 peribahasa jenis simpulan bahasa

yang mempunyai makna yang pelbagai dengan hanya dua perkataan sahaja.

Huruf B paling aktif membentuk simpulan bahasa iaitu sejumlah 1549

daripada 5039 simpulan bahasa keseluruhannya. Hal ini kerana huruf B juga adalah

antara huruf yang paling banyak membentuk peribahasa iaitu sejumlah 1875 (30.4%)

daripada 6192 peribahasa baru yang tercipta antara abjad A hingga K. Selain itu,

huruf B juga merupakan pemangkin pembentukan pepatah, perumpamaan dan bidalan

dalam keseluruhan peribahasa baru yang terbentuk itu. Pembentukan pepatah

daripada huruf B sahaja sejumlah 119 (13.7%) daripada keseluruhan pepatah 866,

pembentukan perumpamaan pula sebanyak 183 (84.7%) daripada 216 keseluruhan

perumpamaan, manakala bidalan pula sejumlah 27 (38%) daripada 71 bidalan yang

terbentuk daripada abjad A hingga K. Huruf K menduduki tempat kedua selepas

abjad B dalam keaktifannya membentuk peribahasa Melayu masa kini. Hal ini dapat

kita lihat apabila sejumlah 1243 (20.1%) peribahasa baru yang terbentuk daripada

keseluruhan peribahasa 6192. Daripada jumlah sedemikian, sebanyak 1078 (21.4%)

simpulan bahasa yang terbentuk daripada kesemua simpulan bahasa yang berjumlah

5039. Hal ini jelas menunjukkan bahawa huruf B dan K amat berkesan untuk

mengembangkan pembentukkan peribahasa baru.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2003: v), pepatah atau

perbilangan merupakan ungkapan-ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat

resam jadi makna ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi

Page 84: view (1)

74

sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam.

Justeru, fungsinya yang sedemikian rupa menjadikan peribahasa ini menduduki

tempat kedua dalam carta pembentukan peribahasa yang paling aktif terbina

khususnya daripada abjad K dan B. Pepatah yang terbentuk daripada kajian yang

dibuat oleh pengkaji antara huruf A hingga K menunjukkan bahawa sebanyak 153

(17.7%) daripada huruf K dan 119 (13.7%) daripada huruf B. Pembentukan pepatah

adalah untuk menyatakan maksud sesuatu tentang cara hidup masyarakat dengan

gambaran yang sehalus-halusnya kerana melambangkan kehausan budi orang Melayu

dalam menyatakan sesuatu.

Dalam konteks penghuraian adat, peranan pepatah atau perbilangan adalah

untuk dijadikan petunjuk kepada golongan muda dan tua bahawa untuk mewujudkan

keharmonian dalam masyarakat proses berinteraksi dalam masyarakat perlu

berteraskan kepada intipati pengajaran yang dinyatakan dalam perbilangan berkenaan.

Dalam hal ini, perbilangan masih dipakai secara rasmi dalam urusan adat dan dalam

interaksi formal, pergaulan dan hubungan kemasyarakatan. Nilai moral seseorang

individu serta tata susila ahli masyarakat dinilai melalui nilai-nilai yang ditetapkan

serta diterap oleh anggotanya melalui Perbilangan Adat Perpati terutamanya. Justeru,

pepatah atau perbilangan bahru terus tumbuh bak cendawan selepas hujan. Keadaan

ini terbukti dengan jumlah perbilangan yang banyak terhasil iaitu 866 (14%) daripada

keseluruhan peribahasa baru yang muncul dalam Kamus Peribahasa Kontemporari

sebagimana yang telah dinyatakan di atas. Antara pepatah yang dapat dilihat dalam

huruf B dan K adalah seperti berikut;

Page 85: view (1)

75

1. Belum beranak, berbesan dahulu ppt

Maksud belum tercapai, tapi sudah bersenang-senang.

2. Belum bergigi, hendak menguyah ppt

Kerja tidak ikut aturan.

3. Belum ditumbuk belumlah bengkak ppt

Sudah berbudi barulah menerima balasannya.

4. Belum diasapi kemenyan ppt

Belum kahwin.

5. Belum pecah mata belalang ppt

Malam masih awal untuk tidur. 6. Belum tahu akan laba rugi ppt

Belum tahu baik buruk sesuatu perkara.

7. Belum tahu masin garam ppt

Belum ada pengalaman.

8. Belum tentu hitam-putihnya ppt

Belum ada keputusan.

9. Belum tentu lagi ayam sedang bersabung ppt

Keputusan yang belum pasti.

10. Belum tentu si upik si buyungnya ppt

Belum ada keputusan. 11. Belumlah kamu merasa secukup manis kesenangan sehingga terdahulu

Kamu mengecap pahit kesusahan ppt

Kalau pernah susah, baru tahu erti sebenar kesenangan.

Contoh di atas menunjukkan bahawa sesuatu panduan kehidupan dijelaskan

dengan seindah- indahnya melalui pepatah yang bermula dengan perkataan belum.

Perkataan belum telah dikembangkan dengan pelbagai pepatah sebagai pedoman

dalam kehidupan manusia. Ini jelas terlihat dengan tebentuknya 11 pepatah yang

terhasil daripada perkataan yang bermula daripada perkataan tersebut. Pepatah yang

menggunakan huruf K pula lebih banyak terbentuk dengan permulaan perkataan kalau

iaitu sejumlah 27 pepatah baru yang terbentuk. Oleh itu, jelaslah bahawa

Page 86: view (1)

76

pembentukan peribahasa baru adalah melalui proses atau kaedah perkembangan atau

perbanyakkan huruf awal perkataan sebagai contoh perkataan belum dan kalau.

Contohnya dapat dilihat seperti berikut;

1. Kalau bapanya bergendang, masa anaknya takkan menari ppt

Kerana bapanya menceritakan ilmunya yang kosong, itu sebab anaknya pun

menceritakan hal yang sama. 2. Kalau bercikun-cikun, buruk diberitahu orang ppt

Untung banyak tapi mengaku rugi.

3. Kalau dinding boleh bercakap ppt

Kalau benda-benda mati boleh menjadi saksi,banyak rahsia akan diketahui.

4. Kalau hendak geneng di tepian, bawa labu kecil, rasa akan penuh

ditumpahkan ppt

Kelakuan orang yang hendak meninggikan diri. 5. Kalau hutang akan berbayaran juga; tidak guna orang yang cerdik pandai

ppt

Orang yang cerdik boleh membuktikan yang salah itu benar.

6. Kalau kena sepak, biar oleh kaki yang berkasut; kalau kena pukul, biar

oleh perempuan yang berbudi baik ppt

Kalau kalah, biar pada orang yang lebih hebat.

7. Kalau kubuka tempayan budu, baru tahu ppt

Kalau kudedahkan rahsiamu, tentu malu.

8. Kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau telah betung tak terpatah

lagi ppt

Mendidik anak biar sejak kecil, bila sudah dewasa tidak dapat diubah lagi. 9. Kalau menampi jangan tumpah padinya ppt

Kalau memilih, jangan sampai barang berharga.

10. Kalau pujuk makin menyebal, kalau marah baharu ketawa ppt

Kelakuan yang tidak seperti biasanya.

11. Kalau secupak, tidak boleh jadi segantang ppt

Takdir tidak dapat diubah.

12. Kalau sudah dikatakan, hendaklah dikotakan ppt

Janji mesti ditepati.

13. Kalau tak ada-berada, tak kan tempu bersarang rendah ppt

Setiap kejadian meninggalkan kesan.

Page 87: view (1)

77

14. Kalau tak ada emas dikandung, dan sanak jadi orang lain ppt

Bila sudah miskin, saudara mara pun benci.

15. Kalau tak ada helang, belalang menjadi helang ppt

Kalau tak ada orang pandai, si bodoh berani mengaku pandai.

16. Kalau tak bermeriam banyaklah diam, tak berlela baliklah mereda-reda,

kalau tak bersenapang baik bagi jalan lapang, kalau tak berpadi sebarang

kerja tak jadi, kalau tiada berberas kerja tiada deras, kalau tidak berwang

ke mana pergi terbuang, kalau tak berduit ke mana pergi tercubit-cubit

ppt

Kalau tidak mampu, lebih baik diam.

17. Kalau tak berpadi, sebarang kerja tak menjadi ppt

Kalau tak ada wang, segala hajat tak sampai.

18. Kalau tak takut akan mati, tak sedunia berperang ppt

Sifat manusia suka bahaya.

19. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai ppt

Kalau takut pada risiko, jangan dekati bahaya.

20. Kalau takut kena getahnya, jangan makan nangka ppt

Kalau takut dituduh, jangan dibuat. 21. Kalau tiada baris, tak kan dimakan kapak ppt

Kalau bukan nasib, tak kan ditimpa malang.

22. Kalau tiada beras, kerja tiada deras ppt

Semua kerja perlukan modal.

23. Kalau tiada hak sendiri, anak mata terdiri- diri ppt

Bila tak mampu, keinginan makin menjadi-jadi.

24. Kalau tak ada berada-ada, tak kan tempua bersarang rendah ppt

Kalau tidak benar, masakan ada buktinya.

25. Kalau tak berwang, ke mana pergi terbuang ppt

Kalau tiada harta sentiasa tersisih. 26. Kalau tidak emas sepiak, kerja di mana boleh layak? ppt

Kalau tiada wang, susah untuk melakukan kerja.

27. Kalau tidak kerana kulit, lerailah tulang ppt

Sangat kurus.

Page 88: view (1)

78

Jumlah perumpamaan pula sebanyak 216 (3.5%) daripada keseluruhan

peribahasa yang dikaji. Perumpamaan yang terhasil itu adalah kebanyakannya datang

daripada huruf B iaitu sejumlah 183 (84.7%). Hal ini kerana perumpamaan yang

menggunakan perkataan bagai terlalu banyak digunakan oleh measyarakat bagi

membentuk peribahasa jenis ini. Ini dapat dibuktikan dalam contoh-contoh di bawah;

1. Bagai air di daun keladi pr

Tidak ada kesan.

2. Bagai alah di rumpun betung pr

Kalah dan tidak puas hati. 3. Bagai anai-anai bubus pr

Berkerumun.

4. Bagai anak dara mabuk andam pr

Letih lesu tetapi tidak berpenyakit.

5. Bagai anak ikan ketohoran pr Hilang akal melihat bahaya.

6. Bagai anjing beranak enam pr

Perempuan yang terlalu kurus.

7. Bagai anjing menyalak di ekor gajah pr

Orang lemah melawan orang berkuasa. 8. Bagai anjing terpanggang ekor pr

Terseksa.

9. Bagai antan pencungkil duri pr

Usaha yang sia-sia.

10. Bagai api dalam dedak pr Kejahatan yang berlaku dalam diam-diam.

11. Bagai api dengan asap pr

Tidak dapat dipisahkan.

12. Bagai api makan dalam dedak pr

Perbuatan jahat atau cinta yang disembunyikan. 13. Bagai aur dengan tebing pr

Saling bantu membantu.

14. Bagai ayam bertaji pr

Orang lain yang susah, orang lain yang serba

salah. 15. Bagai ayam bertelur di padi pr

Hidup senang dan mewah.

16. Bagai badak berendam pr

Gemuk dan malas.

17. Bagai balam dengan ketitiran pr Masing-masing banggakan diri.

18. Bagai baling-baling di atas bukit pr

Pendirian yang berubah-ubah.

19. Bagai belalang di atas kacang pr

Usaha yang mustahil berhasil. 20. Bagai Belanda minta tanah pr

Diberi sedikit, hendak banyak.

21. Bagai belangkas pr

Pasangan yang sentiasa berdua-duaan.

22. Bagai benang dilanda ayam pr Bercelaru.

23. Bagai berkelahi dalam kapuk pr

Masalah yang sukar diselesaikan.

24. Bagai berlaki anak Semang pr

Perempuan yang tidak senonoh kelakuannya.

25. Bagai berniaga buluh kasap; pangkal hilang,

hujung lesap pr

Tidak pandai berniaga hingga rugi sama sekali.

26. Bagai bersuluh di siang hari pr Perkara yang jelas, dijelaskan lagi.

27. Bagai bertandang ke rumah orang meranda

pr

Berkunjung ke rumah orang dan tidak dijamu

apa-apa. 28. Bagai bertandang ke surau pr

Berkunjung ke rumah orang dan tidak dijamu

apa-apa.

29. Bagai bertih dalam kuali pr

Sangat petah. 30. Bagai berunding dengan tunggul pr

Bercakap dengan orang yang mendiamkan diri.

31. Bagai beruras katang-katang pr

Orang yang sedang marah.

32. Bagai beting dipalu ombak pr Sentiasa terancam.

33. Bagai biduk tidak berpedoman pr

Tidak berkeyakinan.

34. Bagai bubur tak tergaram pr

Tidak menimbulkan minat, hambar saja. 35. Bagai bulan dengan mata hari pr

Sama-sama cantik.

36. Bagai bulan kesiangan pr

Pucat.

37. Bagai bumi dengan langit pr Sangat berbeza.

38. Bagai buntal kembung, perut buncit di

dalam kosong pr

Bodoh dan sombong tetapi bercakap besar.

39. Bagai bunyi perian pecah pr Suara yang kuat.

40. Bagai cendawan dibasuh pr

Pucat lesi.

41. Bagai cendawan disesah pr

Sangat pucat. 42. Bagai cendawan kelmemeh pr

Mudah menangis.

43. Bagai cendawan tumbuh pr

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

44. Bagai cendawan tumbuh di musim hujan pr Terlalu banyak pada sesuatu masa.

45. Bagai cepu dengan tudungnya pr

Sesuai dan padan.

46. Bagai Cina karam pr

Riuh rendah.

Page 89: view (1)

79

47. Bagai dihentak alu luncung pr

Kalah dengan orang lemah.

48. Bagai dimakan buah Melaka pr

Terperanjat oleh penghinaan yang tidak

disangka-sangka. 49. Bagai disalak anjing bertuah pr

Tidak dapat ditangguh lagi.

50. Bagai emak beranak tunggal pr

Selalu khuatir dan waswas.

51. Bagai gadis julung bersubang pr Angkuh.

52. Bagai getah dibawa ke lalang pr

Pandai menipu sesiapa yang bergaul dengannya.

53. Bagai guna-guna alu, sesudah menumbuk

dicampakkan pr Dihargai hanya sewaktu berguna.

54. Bagai harimau lepas tangkap pr

Berani kerana terlampau marah hingga tidak

memilih lawan.

55. Bagai harimau memperlihatkan kukunya pr Menunjukkan kuasa.

56. Bagai hela rambut dalam tepung pr

Hati-hati bila menyelesaikan masalah sulit.

57. Bagai hempedu lekat di hati pr

Sangat rapat. 58. Bagai hujan jatuh ke pasir p

Sia-sia

59. Bagai ikan kena tuba pr

Banyaknya orang sakit atau mati; jinak dan

mudah ditangkap. 60. Bagai isi dengan kuku pr

Sangat rapat.

61. Bagai itik mendapatkan air pr

Mendapat apa yang digemari.

62. Bagai itik merebut tembolok pr Perbalahan oleh sebab yang kecil.

63. Bagai kaca terhempas ke batu pr

Sangat kecewa.

64. Bagai kacang tengah dua bulan pr

Tubuh yang sihat dan subur 65. Bagai kambing dijunjung pr

Menjerit-jerit kerana takut.

66. Bagai kambing diseret ke air pr

Enggan.

67. Bagai kambing keramat pr Orang yang ditakuti, oleh itu bebas bertindak

sekehendak hati.

68. Bagai kambing menanduk bukit; tanduk

patah, bukit tak runtuh pr

Kerja sia-sia, merugikan diri sendiri. 69. Bagai kapak naik pemidangan pr

Kumpulan yang tiada pemimpin.

70. Bagai kapal tidak bertiang pr

Kumpulan yang tiada pemimpin.

71. Bagai kecek ular pr Melebih-lebihkan perkara sebenar.

72. Bagai kelahi dalam kepuk pr

Perkara yang tidak mudah diselesaikan

73. Bagai kepiting batu pr

Sangat kedekut. 74. Bagai kera dapat jagung pr

Setelah ditolong, dia bergantung pada yang

menolong.

75. Bagai kerakap naik junjung pr

Walaupun sudah naik taraf, perangai hinanya tidak berubah.

76. Bagai keroncor dengan belangkas pr

Sepakat.

77. Bagai keruang bebar petang pr

Keluar beramai-ramai.

78. Bagai kiambang dilempar pr Bercerai sementara, kemudian berkumpul balik.

79. Bagai kodok ditimpa kemarau pr

Dalam keadaan susah.

80. Bagai kucing dengan balur pr

Kalau dekat mudah menimbulkan kesan tidak baik.

81. Bagai kunyit dengan kapur pr

Lekas mesra.

82. Bagai lagu dan irama pr

Tidak dapat dipisahkan. 83. Bagai langau di ekor gajah pr

Ikut sahaja kemahuan orang besar atau orang

yang pandai.

84. Bagai lidah biawak pr

Munafik. 85. Bagai lintah dipotong dara pr

Pantas.

86. Bagai lintah dipotong ekor pr

Pantas.

87. Bagai lipas kudung pr Sangat cepat; cepat bekerja.

88. Bagai makan buah malakama; dimakan

mati ibu, tidak dimakan mati bapa pr

Serba salah.

89. Bagai mandi dalam cupak pr Bantuan yang tidak cukup.

90. Bagai manik putus tali pr

Air mata yang bercucuran.

91. Bagai memakai baju sempit pr

Tidak sesuai. 92. Bagai membakar tunam basah pr

Susahnya mengajar orang bodoh.

93. Bagai memegang tali layang-layang pr

Dapat menguasai orang lain.

94. Bagai membendarkan air ke bukit pr Kerja sia-sia.

95. Bagai mempercakapkan ular pr

Lebih daripada yang sebenar.

96. Bagai menanti laki pulang maling pr

Sangat gelisah. 97. Bagai menarik rambut di dalam tepung pr

Cara menyelesaikan masalah rumit yang mesti

dibuat berhati-hati.

98. Bagai mendapat gunung intan pr

Sangat gembira. 99. Bagai menentang mata hari pr

Kalau membantah cakap orang berkuasa, susah

sendiri.

100. Bagai mengesah kain dapat pr

Menggunakan kain pinjaman dengan sesuka hati.

101. Bagai menggantung anak ayam pr

Kerja yang susah.

102. Bagai mengilang manau pr

Sangat susah. 103. Bagai mengisi perian bubus pr

Kerja sia-sia.

104. Bagai mengisi tempayan bocor pr

Menyerahkan wang pada orang yang tidak tahu

berjimat

Page 90: view (1)

80

105. Bagai mengungkit batu dibencah pr

Kerja susah.

106. Bagai menyandang lukah tiga pr

Nampak senang tapi susah.

107. Bagai menyurat di atas air pr Kerja sia-sia.

108. Bagai minum air bercacing pr

Enggan.

109. Bagai orang berjudi, alah hendak balas,

menang hendak lagi ppt Ketagih.

110. Bagai orang berjudi; menang mua, alah

hendak membela pr

Mengharapkan faedah daripada perbuatan yang

jelas salah. 111. Bagai orang dikoyak harimau pr

Pekikan yang kuat.

112. Bagai orang kena miang pr

Gelisah kerana malu.

113. Bagai orang terkena beragih pr Menerima dengan muka masam.

114. Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki,

hendakkan gendak pr

Menolak apa yang baik, dan suka pada perkara

jahat. 115. Bagai pelanduk di dalam carang pr

Gelisah kerana takut

116. Bagai perempuan jolong berkundai pr

Berasa cantik.

117. Bagai perigi di air jernih pr Hidup senang.

118. Bagai petai sisa pengait pr

Tidak dianggap berharga.

119. Bagai petir tunggal pr

Ketangkasan pahlawan. 120. Bagai pimping di lereng pr

Tidak tetap pendirian.

121. Bagai pinang dibelah dua pr

Sama cantik, sama padan.

122. Bagai pucuk ru; di mana ditiup angin, di situlah melentur pr

Tidak ada pendirian sendiri.

123. Bagai rabuk dengan api; asal berdekatan

menyalal lah ia pr

Kalau dekat, mesti bergaduh. 124. Bagai rambut dibelah seribu pr

Kerja yang susah; sangat kecil.

125. Bagai rupa orang terkena beragih pr

Menerima dengan muka masam.

126. Bagai sadur menimbulkan senam pr Apa yang benar sudah diketahui.

127. Bagai sebiji sawi di dalam rumput pr

Tidak dihiraukan kerana miskin.

128. Bagai serdadu pulang baris pr

Nampak bergaya tetapi dalam bahaya. 129. Bagai si bisu dengan berasian; terasa ada,

terkatakan tidak pr

Tidak dapat bercakap walaupun tahu.

130. Bagai si bongkak baru betul pr

Sombong kerana baru kaya.

131. Bagai si jimban hendak hilir pr

Lembab bekerja.

132. Bagai si pontong berlengkitang pr

Orang yang bergembira kerana mendapatkan

sesuatu yang digemarinya. 133. Bagai si pundit pr

Mengada-ngada dan menunjuk-nunjuk.

134. Bagai si ternah pr

Berlebih-lebihan memakai.

135. Bagai sumur di tepi rawa pr Selalu cemburu.

136. Bagai tali berlembar empat, bagai tungku

sejerangan pr

Sempurna kerana difikirkan bersama, atau

dibuat oleh pakar. 137. Bagai tangguk lerak dengan bingkainya pr

Suami isteri yang kekal hingga mati.

138. Bagai tali berlembar empat, bagai tungku

sejerangan pr

Kerja yang dibuat secara berunding, atau difikirkan oleh yang berilmu dan mahir tentu

sempurna.

139. Bagai tali selembar pr

Keputusan yang dibuat berdasarkan

perundingan, akan berhasil. 140. Bagai tanduk bersendi gading pr

Tidak padan.

141. Bagai tergelak sedang kematian pr

Sukar dilakukan.

142. Bagai terpijak bara hangat pr Gelisah.

143. Bagai tidur di atas enjelai pr

Sangat gelisah.

144. Bagai tokak dengan kain buruk pr

Manja pada orang. 145. Bagai toman makan anak pr

Perbuatan sumbang dengan anak sendiri.

146. Bagai tungku sejerang pr

Keputusan yang dibuat bersama-sama akan jadi

sempurna; orang yang mahir dapat melakukan kerja dengan baik.

147. Bagai udang dalam tangguk pr

Dalam kesukaran; menggeletek-geletek kerana

kesukaan.

148. Bagai ular dengan orang pr Dua orang bersaudara yang tidak mahu

berbaik-baik.

149. Bagai ular menyusur akar pr

Orang mulia yang merendah diri tetap mulia.

150. Bagai unta menyerah diri pr Mengaku kalah; sangat patuh.terlalu baik.

Page 91: view (1)

81

Contoh-contoh peribahasa jenis perumpamaan di atas terbentuk daripada kata

utama bagai sahaja telah menghasilkan sejumlah 150 perumpamaan. Keadaan ini

jelas membuktikan bahasa perumpamaan menjadi ungkapan yang mudah untuk

berfungsi sebagai mendidik, memberi pengajaran dan teguran kepada masyarakat

tanpa penggunaan kata-kata yang kesat dan kasar.

Seterusnya bidalan adalah peribahasa yang paling sedikit terbentuk daripada

peribahasa baru yang terdapat di dalam Kamus Peribahasa Kontemporari iaitu

sejumlah 71 (1.1%). Keadaan ini terjadi kerana bidalan berfungsi sebagai cermin

peraturan dalam kehidupan masyarakat malah bidalan tercipta daripada orang-orang

yang terbijak dalam sesuatu kumpulan itu hingga dapat melahirkan idea- idea yang

besar hanya dengan beberapa patah perkataan yang tersusun indah. Bidalan berfungsi

untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan perkataan awal seperti jangan, baik

dan biar. Dalam kajian perbandingan dua kamus peribahasa ini, bidalan banyak

terbentuk daripada huruf B dan J iaitu masing-masing 27 (38%) dan 24 (33.8%).

Berikut contoh-contoh peribahasa jenis bidalan yang menggunakan perkataan-

perkataan tersebut.

1. Jangan bermain di air keruh bd

Jangan ditiru perbuatan negatif.

2. Jangan buat kerbau tanduk panjang senggok ke mana-mana bd

Jangan terlibat dalam urusan orang.

3. Jangan dibangunkan kucing tidur bd

Jangan diganggu musuh yang diam.

4. Jangan dibiarkan sampai naik ke mata bd

Jangan dibiarkan sampai melampaui batas.

5. Jangan didengarkan siul ular bd

Jangan pedulikan tipu muslihat musuh.

Page 92: view (1)

82

6. Jangan digenggam seperti bara api, terasa hangat dilepaskan bd

Buat kerja biar sampai sempurna.

7. Jangan dikejar gunung balam, hilang kabus tampaklah ia bd

Jangan terburu-buru mengejar apa yang pasti dapat.

8. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang bd

Jangan dibuang kerja yang ada sebelum dapat kerja baru.

9. Jangan disangka air tenang tiada buaya bd

Jangan disangka orang pendiam tidak membahayakan.

10. Jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia bd

Jangan terburu-buru mengejar apa yang pasti dapat.

11. Baik bawa resmi padi jangan membawa resmi lalang bd

Semakin ada kelebihan, semakin merendah diri, bukan semakin sombong.

12. Baik mati dengan nama baik, jangan hidup dengan nama jahat bd

Lebih baik mati daripada melakukan perbuatan jahat

13. Baik putih tulang, jangan putih mata bd

Lebih baik mati dari menanggung malu.

14. Biar bertitik, jangan tumpah bd

Bair rugi sedikit, jangan rugi banyak.

15. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil bd

Biar kalah pada orang kuat, jangan kalah pada orang lemah.

16. Biar lambat naga, asal menang bd

Buat kerja hendaklah hati-hati.

17. Biar luka di dada, jangan luka di belakang bd

Biar kalah selepas berlawan, jangan kalah kerana melarikan diri.

18. Biar lupa kain dan baju, jangan lupa kepada saya bd

Biar lupa yang lain, asal tidak pada kekasih. 19. Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang bd

Biar mati mempertahankan maruah, jangan hidup dalam hina.

20. Biar miring, asal jangan tertelangkup bd

Biar rugi sedikit, jangan habis langsung.

Page 93: view (1)

83

4.3 Peribahasa Baru yang Dihasilkan Melalui Proses-proses Pembentukan

Peribahasa.

Data yang dikutip daripada perbandingan dua kamus itu diproses menjadi maklumat

untuk dikaji secara terperinci. Setelah dianalisis peribahasa-peribahasa baru dari

abjad A hingga K yang diperoleh sejumlah 6192 itu sebenarnya terbentuk daripada

proses-proses pembentukan peribahasa yang telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu sebagaimana diterangkan dalam Bab 2. Dalam kajian membandingkan dua

kamus peribahasa ini, pengkaji menyenarai beberapa contoh peribahasa yang terhasil

melalui proses-proses tersebut .

4.3.1 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Perbandingan makna

Proses pembentukan peribahasa melalui cara perbandingan rupa bentuk ialah

peribahasa yang terhasil tentang sesuatu sifat itu akan dibandingkan dengan sesuatu

benda lain yang mempunyai ciri-ciri rupa bentuk yang serupa. Dalam hal ini

peribahasa jenis perumpamaan yang banyak terhasil. Antara contoh peribahasa baru

yang terdapat dalam Kamus Peribahasa Kontemporari ini ialah;

PERIBAHASA MAKNA PERIBAHASA

Macam tiang telefon orang yang kurus kering dan tinggi lampai.

Macam burung gagak orang yang memakai pakaian hitam

Macam transperansi orang yang memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga nampak sampai ke lapisan dalam.

Macam ular Pandai memutar belit.

Macam datin-datin Tidak bergelar datin tetapi berlagak seperti isteri

orang ternama

Page 94: view (1)

84

Selain membandingkan sifat seseorang dengan benda lain yang hampir sama

bentuknya, kaedah membandingkan sifat dengan benda lain yang serupa sifatnya

walaupun rupa bentuknya berlainan telah dikemukakan juga oleh Abdullah Hassan

seperti mana yang dijelaskan dalam bukunya Kamus Peribahasa Kontemporari.

Contohnya, seseorang yang mempunyai akal yang cerdik dan pandai boleh

dibandingkan dengan sesuatu benda yang boleh menyimpan memo dengan banyak

iaitu komputer. Oleh itu wujudlah peribahasa „otak komputer‟. Proses pembentukan

peribahasa ini banyak mewujudkan peribahasa jenis simpulan bahasa. Berikut senarai

peribahasa baru yang terbentuk dengan proses ini dalam pemerhatian pengkaji;

PERIBAHASA MAKNA PERIBAHASA

Ayam daging orang yang gemuk, lemah dan lembab

Ayam muda Perempuan muda yang mempunyai daya tarikan

Ayam pencen perempuan yang sudah tidak boleh melahirkan anak; kurang berfadeah

Ayam tua Perempuan yang telah tua dan tiada tarikan

Ayam sigun Lelaki handal dan suka berkelahi

Daun muda Perempuan muda

Daun tua Perempuan tua

4.3.2 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Peluasan makna

Menurut Abdullah Hassan proses pembentukan peribahasa melalui cara ini ialah

makna sesuatu perkataan dipeluaskan supaya membentuk makna-makna baru.

Contohnya perkataan “ibu” telah ditambahluaskan maknanya menjadi makna-makna

Page 95: view (1)

85

lain. Pada asalnya “Ibu” bermaksud emak atau orang yang te lah melahirkan anak,

tetapi melalui proses peluasan makna perkataan asal sudah berubah makna. Melalui

proses inilah peribahasa baru paling aktif terbentuk terutama peribahasa jenis

simpulan bahasa. Berikut senarai contoh simpulan bahasa baru yang terbentuk melalui

proses ini;

PERIBAHASA MAKNA PERIBAHASA

Ayat gabungan sb

Ayat yang mempunyai dua atau lebih subjek dan predikat.

Ayat majmuk sb

Ayat yang mempunyai dua atau lebih subjek dan predikat.

Ayat pancangan sb Ayat yang mempunyai dua atau lebih subjek dan predikat.

Ayat selapis sb

Ayat yang jelas maknanya; ayat tunggal.

Habis beras sb

Kos yang sia-sia.

Habis bulan sb

Akhir bulan.

Habis harapan sb Segala ikhtiar telah dilakukan.

Habis ikhtiar sb

Tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Habis jadi abu sb Musnah.

Bahasa baku sb Bahasa yang seragam tulisan, tatabahasa, istilah dan sebutannya.

Bahasa basahan sb

Bahasa percakapan harian.

Bahasa dalam sb

Bahasa-bahasa yang digunakan di daerah- daerah Tetapi

bukan bahasa rasmi; loghat daerah.

Bahasa dunia sb

Bahasa yang boleh digunakan seluruh dunia.

Bahasa halus sb

Bahasa yang lembut dan sopan.

Page 96: view (1)

86

4.3.3 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Kata-kata dialek atau slanga

Kata-kata dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh

sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat tertentu. Dialek mempunyai bentuk

tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu serta berlainan daripada bentuk

standard baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu. Walau

bagaimanapun kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk diungkap sebagai satu

bahasa yang lain. Antara peribahasa-peribahasa yang dapat dikategorikan dalam

bentuk ini dalam dalam Kamus Peribahasa Kontemporari ialah;

PERIBAHASA MAKNA

Aci kerat jari Yakin akan terjadi

Air kamih Air kencing

Awek Teman wanita

Cabai rawit Kecil tapi berani dan pintar

Cebok dengan tempayan Anak yang menghabiskan harta ibu bapa

Kena tenyeh Dikutuk

Zaman bahari Zaman purba

Kaut laba dengan siku Untung yang banyak

4.3.4 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Kata-kata Bahasa Asing

Dalam kajian pengkaji untuk melihat perbandingan buku peribahasa Kamus Istimewa

Peribahasa Melayu dengan Kamus Peribahasa Kontemporari terdapat juga peribahasa-

peribahasa yang terbentuk melalui proses penggunaan kata-kata bahasa asing. Antara

kata-kata asing yang digunakan ialah peminjaman bahasa Arab, bahasa Indonesia dan

Page 97: view (1)

87

bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa tersebut begitu berleluasa di negara kita. Hal

sedemikian berlaku kerana masyarakat kita khususnya golongan muda mengguna

pakai bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka. Galakan daripada kerajaan

agar rakyat menguasai kemahiran berbahasa Inggeris untuk bersaing dalam zaman

tanpa sempadan ini, maka banyaklah peribahasa-peribahasa baru terbentuk daripada

bahasa Inggeris sebagai sebahagian perkataannya. Perkara ini dapat kita melalui

majalah-majalah hiburan tempatan yang terdapat di pasaran, contohnya majalah

hiburan Gila-Gila telah banyak memuatkan pelbagai jenis peribahasa yang

menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Peribahasa bentuk ini telah luas diguna

pakai oleh generasi muda hari ini.

Justeru, melalui percakapan dan perbualan generasi muda dengan

menggunakan bahasa asing terutama bahasa Inggeris maka terbentuklah beberapa

peribahasa baru itu. Antara contoh-contoh peribahasa tersebut ialah:

PERIBAHASA MAKNA

Zaman sputnik Zaman kemajuan angkasa lepas

Kuli kontrak Kuli kebun yang ada ikatan perjanjian

Macam transperansi Pakaian yang terlalu nipis sehingga kelihatan hingga ke bahagian dalam

Minah catting Wanita yang suka berbual-bual melalui komputer.

Ada power Ada kuasa

Gadis glamour Wanita yang suka mendapat perhatian dengan melakukan sesuatu perkara diluar jangkaan.

Over Perbuatan yang berlebih- lebihan

Possing maut Gaya yang melampau-lampau

Page 98: view (1)

88

Selain bahasa Inggeris yang mampu membentuk peribahasa baru, bahasa

Indonesia juga tidak ketinggalan dalam mengembangkan peribahasa baru di kalangan

masyarakat Melayu di Malaysia. Hal ini terjadi kerana rakyat asing dari negara jiran

ini ramai yang menetap sama ada secara rasmi atau sebaliknya untuk mencari sesuap

nasi di negara kita yang dikatakan sebagai lubuk emas. Secara tidak langsung

masyarakat kita terikut- ikut akan bahasa mereka dan tanpa disedari ada antara

perkataan yang diujarkan menjadi peribahasa baru. Antara contoh yang terhasil ialah:

PERIBAHASA PERIBAHASA

Prebet sapu Jiwang-jiwang

Dansanak bapa (ibu) Molos diri

Kedai urup-urup Kacau kantor

Edan Kasmaran Bercakap lancung

Kartu Kamar baca

Awek Ongkos

4.3.5 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Politik

Dalam zaman yang serba moden ini, kuasa raja tidak kita nafikan kerana negara kita

mengamalkan konsep raja berperlembagaan yang mengiktiraf sultan sebagai

pemerintah tertinggi dalam setiap negeri di Malaysia. Dalam hal ini, sistem

pemerintahan Malaysia lebih berfokus kepada perlembagaan berparlimen yang

memberi kuasa kepada jemaah menteri untuk melaksanakan segala dasar yang telah

dibentuk atas persetujuan Yang dipertuan Agung. Oleh yang demikian, melalui corak

Page 99: view (1)

89

hidup masyarakat seperti ini maka lahirlah juga pembentukan peribahasa melalui

proses ini. Contoh peribahasa baru yang terbentuk daripada proses ini ialah;

PERIBAHASA

PERIBAHASA

Ada kuasa

Ada taring

Kuasa berdaulat

Adat istiadat

Perintah makamah

Ada Power

Berebut kerusi

Angkat sembah

Hak politik sb

Hak mencampuri urusan kenegaraan.

Hak memilih sb

Hak untuk memilih wakil rakyat.

Hak pusaka sb

Harta warisan turun-temurun.

Hak veto sb

Kuasa pembatal.

Hakim beruk sb

Orang yang tidak adil apabila membuat

keputusan.

Hak mengundi sb

Hak memilih wakil rakyat.

Cap kempa

Cap mohor

Berdasarkan penjelasan di atas, hubungan diplomatik juga merupakan salah

satu cara terbentuknya sesuatu peribahasa itu. Peribahasa baru yang wujud sekarang

juga telah melalui proses seperti ini. Berikut antara peribahasa yang terbentu melalui

cara ini:

PERIBAHASA PERIBAHASA

Angkat sumpah

Berebut nama

Duta besar Duta kecil

Anggota kehormat Menjadi duta

Page 100: view (1)

90

Memandangkan suasana dunia hari ini yang sering dilanda krisis peperangan,

maka masyarakat dunia khususnya masyarakat Malaysia telah banyak memperkatakan

isu ini dalam perbualan harian mereka. Justeru, dengan ini tercetuslah peribahasa baru

dalam perbualan harian mereka yang akhirnya dapat menambahkan khazanah budaya

bangsa Melayu hari ini. Hal yang sedemikian, merupakan salah satu proses

berlakunya pembentukan peribahasa baru yang dikaji oleh pengkaji. Antara

peribahasa baru yang terbentuk daripada proses ini ialah;

PERIBAHASA PERIBAHASA

Bantuan kecemasan

Angkat tangan Gelanggang peperangan

Barisan kehormatan Barisan depan

Gelanggang perjuangan Barisan berani mati

Angkat senjata Barisan belakang

bantuan kemanusiaan Angkatan perang

rompakan bersenjata Angkatan bersenjata

4.3.6 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Ekonomi

Berdasarkan contoh-contoh peribahasa yang dinyatakan di atas, peribahasa baru yang

terbentuk sekarang ini juga terbentuk melalui proses yang sama iaitu melalui kegiatan

ekonomi masyarakat hari ini. Pada zaman yang serba moden serta mengikut dasar

kerajaan yang mahukan masyarakatnya menuju ke arah ekonomi global maka secara

tidak langsung pembentukan peribahasa baru juga berpusat tentang ekonomi yang

sedemikian. Perkara sedemikian dapat kita lihat dalam peribahasa baru yang dibentuk

Page 101: view (1)

91

oleh masyarakat yang mengamalkan ekonomi seperti ini. Berikut senarai peribahasa

itu;

PERIBAHASA PERIBAHASA

Harga mewah Harga runcit

Harga borong Harga rendah

Harga promosi Harga runtuh

Harga tunai Harga turun

Harga ansuran Harga hebat

Harga mati Harga pasaran

Jualan borong Jualan mega

Projek kediaman Operasi perkhidmatan

Operasi sulung Pemandu pelancong

Saham melonjak Cakera platinum

Ekonomi global Projek usahasama

Jatuh harga sb

Turun nilai.

Projek mega Projek pembangunan

4.3.7 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Sosial

Pengkaji akan menyentuh sebahagian daripada aspek tersebut yang difikirkan banyak

menghasilkan peribahasa baru yang boleh dijadikan panduan dan pegangan

masyarakat akan datang yang lebih banyak memikirkan perkara-perkara logik akal

semata-mata. Walaupun pandangan masyarakat kini lebih ke arah yang telah

dinyatakan tadi, namun salah satu peranan peribahasa sebagai alat komunikasi dan

pemikiran yang bijaksana dapat berfungsi dengan jayanya dalam zaman tanpa

Page 102: view (1)

92

sempadan ini. Justeru, pelbagai pihak haruslah memberi sumbangan ke arah

memantap dan memertabatkan peribahasa ke pesada masyarakat moden har i ini. Oleh

itu, para pengkaji peribahasa, penulis-penulis buku yang berkaitan dengan peribahasa,

penulis-penulis majalah, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah antara pihak yang

harus berusaha giat demi mencapai objektif ini. Oleh itu, berikut diperturunkan

beberapa peribahasa yang tergolong dalam kategori ini sebagai proses

pembentukkannya.

PERIBAHASA PERIBAHASA

Awek cun Masih kosong

Minah catting Daun tua

Cintan maut Mulut tak ada insuran

Klik Ada pangkat

Bak dari mulut turun ke hati Ada status

Ayam daging Melaram

Ayam pencen Daun muda

Ayam tua Ayam muda

Selain hubungan sosial di atas, pembentukan peribahasa juga terbentuk melalui

hubungan sosial para remaja hinggalah kepada golongan dewasa yang telah melalui

hubungan kekeluargaan. Keadaan ini dapat kita lihat pada peribahasa di bawah;

PERIBAHASA MAKNA

Hamba seks sb Diperalatkan orang untuk memuaskan nafsu seksnya.

Hamba suami sb Bertungkus lumus untuk kesenangan

suami.

Page 103: view (1)

93

Hancur hati sb

Sangat sedih.

Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tenggek ppt

Kalau dia boleh cari lain, kita pun boleh cari lain.

Hantar belanja sb Menghantar wang pemberian pengantin

lelakikepada pengantin perempuan.

Hantar cincin sb Memberi cincin tanda pertunangan.

Hantar tanda sb Memberi cincin tanda pertunangan.

Hantaran kahwin sb

Belanja perkahwinan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

4.3.8 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Unsur-unsur Etika

Kesan perubahan masa dan zaman menyebabkan curahan kasih sayang masyarakat

kini berbeza sama sekali dengan masyarakat silam yang terlalu mementingkan hati

dan perasaan orang lain ataupun pendengar. Justeru, nilaian kasih sayang masyarakat

zaman kini lebih ke arah berterus terang. Dengan ini, terbentuklah peribahasa yang

dituturkan untuk tujuan ini yang lebih berbentuk ‘direct to the point’. Antara contoh

peribahasa baru yang terhasil dengan cara ini ialah;

PERIBAHASA PERIBAHASA

Curahan rasa Cinta monyet

Cinta kasih Cinta berahi

Cinta palsu Cinta komersial

Cinta pekat Cinta kilat

Kasih ibu sepanjang jalan; kasih

anaksepanjang pegangan, kasih hati kasih di mulut sahaja, kasih bapa menambah hara yang ada,

kasih anak sama rata kasih sahabat sama binasa.

Page 104: view (1)

94

Nilaian simpati dan kasih sayang juga digambarkan melalui peribahasa baru

ini yang mempunyai maksud tersendiri untuk diungkapkan kepada orang-orang

tertentu. Contohnya, ibu tunggal, anak istimewa, warga emas, tidak ubah seperti kain

lampin yang digunakan kembali (membuat seseorang itu seperti hamba), sentuhan

keramat (perasaan seseorang menjadi lembut apabila mendengar kata-kata daripada

seseorang yang berhemah), dan meninggi setinggi bintang dilangit, merendah diri

serendah-rendah mutiara di lautan.

4.3.9 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Adat

Begitu juga dengan pembentukan peribahasa modeh hari ini yang dicipta oleh

generasi masa kini yang ramainya terdiri daripada golongan remaja dan dewasa telah

mencipta peribahasa dengan cara ini. Berikut senarai peribahasa yang terbentuk

melalui proses tersebut:

‘Bercermin mata tak nampak, tidak bercermin mata nampak’

Kesalahan orang lain nampak tetapi kesalahan sendiri tak nampak

‘Biar lambat asal hasilnya memuaskan’

Pekerjaan yang dilakukan secara berhati-hati akan menghasilkan keputusan

yang baik

Sehubungan dengan ini, pengkaji mendapati bahawa melalui senario inilah,

maka masyarakat telah berjaya mencipta pelbagai seni kata-kata seperti peribahasa

yang dilandasi dengan akal fikiran yang waras. Antara contoh peribahasa yang

terbentuk melalui proses ini ialah;

Page 105: view (1)

95

PERIBAHASA PERIBAHASA

Adat balai sb Peraturan dalam istana.

Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung ppt

Hidup tidak mementingkan diri sendiri.

Adat gelanggang sb Undang-undang sabung ayam

Adat tukul lantak sb Cukai adat Minagkabau.

Adat sesalahan sb Denda kerana megacau perempuan.

Adat semenda sb Aturan hidup berkeluarga.

Adat pusaka sb Adat turun temurun.

Adat perpatih sb Adat Minagkabau.

Adat resam sb Adat kebiasaan.

Adat orang muda sb Sifat-sifat remaja.

Adat lembaga sb Adat dahulu kala yang masih diamalkan.

Adat lapuk sb Adat yang tidak sesuai dengan zaman.

Adat kolot sb Adat kuno.

Adat istiadat sb Berbagai-bagai adat istiadat.

Adat hidup tolong menolong, syariat palu

memalu ppt

Bila bertanding tentu ada risiko kalah.

4.3.10 Contoh Peribahasa Baru Melalui Proses Fenomena Alat Keperluan dan

Benda di Sekeliling

Pembentukan peribahasa juga terhasil melalui proses fenomena alam atau benda di

sekeliling individu. Dalam peribahasa baru yang tersenarai setelah dibuat

perbandingan antara dua kamus dapat kita lihat contoh-contohnya seperti di bawah:-

Page 106: view (1)

96

PERIBAHASA MAKNA

Harap tin menjaga biskut, tin makan biskut

Dikhianati oleh orang yang dipercayai.

Kapal dagang sb Kapal pengangkut barang dagangan.

Kapal haji sb

Kapal pengangkut jemaah haji.

Kapal induk sb Kapal perang yang membawa kapal terbang dan helikopter tentera.

Kapal keruk sb Jentera pengorek tanah.

Kapal korek sb Jentera pengorek tanah.

Berdasarkan huraian tentang proses-proses pembentukan peribahasa di atas,

jelaslah bahawa sesuatu pembentukan peribahasa itu adalah mengikut corak

kehidupan sesebuah masyarakat. Dalam hal ini pengkaji hanya dapat menyenaraikan

sepuluh cara berlakunya proses pembentukan peribahasa sama ada pada zaman silam

atau zaman sekarang ini. Cuma yang membezakannya ialah kata-kata yang digunakan

adalah mengikut perbendaharaan kata bahasa Melayu yang semakin berkembang

mengikut zaman dan diguna pakai oleh masyarakat moden hari ini. Perbezaan yang

dinayatakan itu pula menjadi kaedah kepada pembentukan peribahasa baru. Kaedah-

kaedah dalam pembentukan peribahasa baru ini akan dijelaskan oleh pengkaji dalam

bab ini seterusnya. Untuk itu, pengkaji-pengkaji yang ingin membuat kajian tentang

proses-proses pembentukan peribahasa bolehlah menyambung kajian ini dengan

proses-proses pembentukan yang lain seperti proses yang terjadi dalam kehidupan

masyarakat sekarang dari semua aspek yang merangkumi bidang politik, ekonomi dan

sosial yang mampu membentuk peribahasa baru.

Page 107: view (1)

97

4.4 Kaedah-kaedah lain Pembentukan Peribahasa Baru

Berdasarkan senarai peribahasa baru yang terdapat daripada bandingan dua buah

kamus tersebut yang dikaji daripada huruf A hingga K telah tersenarai sejumlah 6194

peribahasa baru. Peribahasa-peribahasa baru yang telah dikenal pasti oleh pengkaji

daripada kamus-kamus peribahasa yang terkemuka yang dibandingkan itu telah

dijadikan bahan untuk pengkaji memberi tumpuan khusus kepada proses-proses dan

kaedah-kaedah pembentukannya. Oleh itu, bab seterusnya akan dijelaskan oleh

pengkaji secara lebih mendalam tentang bagaimana peribahasa itu terbentuk.

Masyarakat kita masa kini terus mencipta dan mengembangkan peribahasa

baru sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan persekitaran sekarang. Ini satu

fenomena yang sungguh menggalakkan. Berdasarkan perkembangan tersebut nyatalah

bahawa peribahasa Melayu terus bertambah dan berkembang bilangannya. Justeru,

kenyataan ini perlulah disemai kepada para pelajar yang sememangnya merupakan

golongan paling aktif dalam membentuk peribahasa. Oleh itu, para guru perlulah

mengetahui dan menguasai proses-proses atau kaedah-kaedah pembentukan

peribahasa supaya para pelajar didedahkan pengetahuan ini melalui pendidikan formal

di bilik darjah atau secara informal dalam interaksi kehidupan sehari-harian.

Pertambahan dan perkembangan peribahasa baru amat membanggakan. Justeru,

peranannya sejak zaman berzaman untuk membentuk masyarakat tidak akan pudar.

Hal ini kerana dalam peribahasa terungkap makna yang cukup mendalam lagi persis

untuk tujuan kelancaran komunikasi lisan dan tulisan. Oleh itu, apabila bercakap

tentang kepentingan peribahasa dalam kehidupan masyarakat, antara kesedaran yang

patut ditimbulkan ialah penggunaan peribahasa itu mempunyai objektif yang

Page 108: view (1)

98

tersendiri bagi membolehkan orang yang mendengarnya (wacana lisan) atau

membacanya (wacana tulisan) tidak mudah tersinggung serta mempunyai impak yang

besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka. Bagi mencapai tujuan tersebut,

penghayatan serta ketrampilan mengetahui serta menggunakan wacana warisan tradisi

seperti peribahasa amat penting.

Justeru, proses dan kaedah pembentukan peribahasa itu haruslah

diketengahkan kepada khalayak khususnya para pelajar agar mereka sedar akan

kepentingan peribahasa dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, golongan inilah

yang mampu memertabatkan peribahasa di pesada dunia Malaysia khususnya dan

dunia antarabangsa amnya. Untuk itu, pengkaji akan menghuraikan satu persatu

kaedah-kaedah lain yang menyebabkan berlakunya perubahan peribahasa baru yang

terbentuk itu.

4.4.1 Menukar keseluruhan perkataan baru dalam peribahasa lama dengan

makna yang sama

Melalui kaedah ini, peribahasa baru yang wujud sekarang tidaklah banyak berbanding

dengan kaedah menukar keseluruhan perkataan dengan makna yang baru juga

(origanal). Dalam kaedah ini, perkataan peribahasa lama telah diubah kesemuanya

dengan perkataan baru tetapi maksudnya tidak berubah. Peribahasa baru terbentuk

dengan kaedah ini kerana masyarakat sekarang telah terdedah dengan perkembangan

perbendaharan kata yang semakin berkembang mengikut arus zaman yang serba

canggih ini. Berikut antara contoh peribahasa yang terhasil melalui kaedah ini:

Page 109: view (1)

99

Peribahasa

Makna Sama

Cabik baju di dada. (baru) Membuka pekung di dada. (lama)

Membuka rahsia keluarga sendiri.

Cerah hati. (baru)

Otak geliga (baru)

Akal kancil. (lama)

Pintar

Harap tin menjaga biskut, tin makan biskut. (baru)

Harapkan pagar, pagar makan padi. (lama)

Dikhianati oleh orang yang dipercayai

Kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau telah betung tak terpatah lagi. (baru)

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. (lama)

Mendidik anak biar sejak kecil, bila sudah dewasa tidak dapat

diubah lagi.

Jika ada padi, tentu ada hampanya. (baru)

Siapa makan cili dia terasa pedasnya. (lama)

Kalau terasa bila disindir, tentu bersalah.

4.4.2 Menukar beberapa perkataan baru dalam peribahasa lama dengan

makna yang sama

Kaedah menukarkan beberapa perkataan baru daripada peribahasa yang sedia wujud

juga merupakan cara pembentukan peribahasa baru yang ada sekarang. Walau

bagaimana pun, makna untuk peribahasa bentuk ini tidak berubah daripada makna

asalnya. Contoh dapat di lihat seperti di bawah;

Peribahasa

Makna Sama

Cangkat sama didaki, lurah sama dituruni (baru). Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

(lama)

Senang sama senang, susah sama susah.

Page 110: view (1)

100

Kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan. (baru)

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

(lama)

Kedatangan orang lain ke tempat kita disambut dengan hati yang

terlalu gembira.

Buat baik bertempat, buat jahat jangan

sekali. (Baru)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan

sekali. (lama)

Berhati-hati melakukan sesuatu

kerja.

Berkawan biar satu, bercinta biar setia

(baru)

Berkawan biar beribu, berkasih biar satu.

(lama)

Setia kepada yang satu.

Akal komputer (baru)

Akal kancil (lama)

Orang yang bijak atau pintar

Dengar-dengar angin. (baru)

Khabar-khabar angin. (lama)

Berita belum sah

Garam di laut, asam di gunung . (baru)

Garam di laut, asam di darat. (lama)

Kalau sudah jodoh tetap ertemu.

4.4.3 Peribahasa baru dan makna yang baru (Peribahasa Terbaru - Origanal)

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan oleh masyarakat hari ini

untuk membentuk peribahasa baru. Sejumlah besar daripada peribahasa baru yang

tersenarai itu adalah peribahasa baru secara keseluruhannya sama ada perkataan yang

digunakan baru atau makna peribahasa itu juga baru. Pengkaji akan hanya

menyenaraikan beberapa peribahasa yang terhasil melalui kaedah ini seperti di bawah:

Page 111: view (1)

101

PERIBAHASA MAKNA

Fajar menyinsing sb Selepas subuh, sebelum terbit mata hari.

Bagai toman makan anak pr Perbuatan sumbang dengan anak

sendiri.

Fardu ain sb Ibadat wajib bagi setiap individu Islam.

Fasih lidah sb Pandai bercakap.

Feri sarat sb Cukup muatan.

Cagar alam sb Tidak dapat berfikir dengan jelas.

Harimau mati kerana belangnya ppt Malang oleh keistimewaan yang

dimiliki.

Buat macam rumah sendiri ppt Jangan segan dan malu.

Ikan kering sb Ikan masin.

Ikan di laut dipipiskan lada ppt Yakin pada perkara yang belum pasti.

Cacing gila sb Meronta-ronta; perempuan lincah.

4.4.4 Menukar makna tetapi peribahasa tetap sama

Peribahasa baru boleh terbentuk dengan menggunakan kaedah menukar makna

peribahasa lama kepada makna baru tetapi peribahasa yang digunakan tetap sama.

Kaedah ini banyak berlaku pada peribahasa jenis pepatah. Melalui kajian pengkaji hal

ini terjadi kerana masyarakat silam memberi makna setiap peribahasa itu berdasarkan

analogi alam dan masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun, masyarakat masa kini

yang lebih ringkas dan padat pemikirannya. Justeru, makna peribahasa tersebut telah

dirangkum secara mudah dan padat. Peribahasa jenis pepatah yang dibentuk melalui

kaedah ini jelas dilihat pada contoh di sebelah:

Page 112: view (1)

102

Peribahasa Sama Makna Berubah

Harapkan pagar, pagar makan padi (lama)

Orang yang tidak boleh dipercayaai. (lama) Dikhianati oleh orang yang dipercayai. (baru)

Hati batu (lama) Orang yang degil. (lama)

Orang yang bengis dan degil. (baru)

Hati keras. (lama) Orang yang degil. (lama)

Bercita-cita kuat. (baru)

Enau dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing. (lama)

Mementingkan diri sendiri. (lama)

Tidak suka berpakat, mementingkan diri sendiri. (baru)

Buka kulit ambil isi (lama)

Perbicaraan atau perbincangan secara berterus-

terang (lama) Terus terang (baru)

Darah setampuk pinang (lama) Belum berpengalaman (lama) Belum dewasa (lama)

Kuat berdiri pohon kerana

akarnya, kuat akar kerana tanah (lama)

Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang

besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu (lama)

Kuat kerana saling bantu membantu (baru)

Enggang sama enggang; pipit

sama pipit. (lama)

Mementingkan darjat keturunan. (lama)

Sama status (baru)

4.4.5 Penambahan perkataan dalam peribahasa dengan makna yang tetap

sama

Satu lagu kaedah yang dikenal pasti oleh pengkaji apabila membentuk peribahasa baru

ialah dengan cara menambahkan beberapa perkataan pada peribahasa yang sedia ada.

Namun begitu, makna peribahasa tersebut tetap sama. Contoh peribahasa baru

melalui kaedah ini dapat dilihat seperti di bawah ini.

Page 113: view (1)

103

Penambahan Perkataan

dalam Peribahasa

Makna Sama

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati

meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama. (baru)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. (lama)

Selepas mati, yang kenang

orang ialah nama baik atau nama buruk.

Jauh berjalan banyak pengalaman; lama hidup banyak dirasa. (baru)

Jauh berjalan banyak pengalaman; hidup banyak dirasa. (lama)

Banyak pengalaman.

Yang pekak pelepas bedil, yang buta penghembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh

penghuni rumah. (baru) Yang pekak pelepas bedil, yang buta penghembus

lesung (lama)

Setiap orang ada fungsinya

Kalau tak bermeriam banyaklah diam, tak berlela

baliklah mereda-reda, Kalau tak

berlela baliklah mereda-reda, kalau tak

bersenapang baik bagi jalan lapang, kalau tak

berpadi sebarang kerja tak jadi, kalau tiada

berberas kerja tiada deras, kalau tidak

berwang ke mana pergi terbuang, kalau tak

berduit ke mana pergi tercubit-cubit ppt Kalau

tak berpadi, sebarang kerja tak menjadi (baru).

Kalau tak bermeriam banyaklah diam. (lama)

Kalau tidak mampu, lebih baik

diam.

Kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau

telah betung tak terpatah lagi. (baru)

Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya

(lama)

Mendidik anak biar sejak kecil,

bila sudah dewasa tidak dapat diubah lagi.

Jangan disesar gunung berlari, hilang

kabut tampaklah dia (baru)

Jangan dikejar gunung balam, hilang

kabus tampaklah ia. (baru)

Jangan terburu-buru mengejar apa yang pasti dapat.

Page 114: view (1)

104

Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut

nampaklah ia. (lama)

Hang tak kurang sanggul, aku tak

kurang tenggek (baru)

Hang tak kurang sanggul; aku tak kurang

Tengkolok (baru)

Kalau dia boleh cari lain, kita

pun boleh cari lain.

Di mana api padam, di situlah puntung

tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal.(baru)

Di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal.

(lama)

Di mana mati, di situlah

dikuburkan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap bandingan dua kamus peribahasa

itu, dapatlah dikatakan bahawa peribahasa terutama jenis simpulan bahasa amat

banyak digunakan oleh masyarakat masa kini dalam membentuk peribahasa baru.

Peribahasa-peribahasa baru yang terhasil itu telah melalui beberapa proses serta

kaedah-kaedah sebagaimana yang telah diterangkan di atas. Apa yang penting di sini,

segala proses dan kaedah yang telah dijelaskan itu perlulah diajarkan kepada para

pelajar agar mereka mendapat pendedahan tentang perkara tersebut kerana

mengetahui bagaimana terbentuknya peribahasa lebih penting daripada setakat

mengingati dan menyenarai peribahasa yang sedia ada.

Page 115: view (1)

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan merumuskan hasil kajian yang menyeluruh berhubung dengan bab-bab

terdahulu di samping mengemukakan cara-cara mengajar peribahasa baru. Selain itu,

bab ini juga akan mengemukakan perbincangan dan cadangan kajian seterusnya.

5.2 Rumusan

Kajian ini telah dimulakan dengan pendahuluan yang mengandungi bahagian

pengenalan, fokus utama, tujuan kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan

kajian, kaedah kajian dan definisi istilah. Fokus utama dalam kajian ini tentang

perbandingan dua buah kamus peribahasa iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

dan Kamus Peribahasa Kontemporari. Dalam hal ini, pengkaji menganalisis jumlah

peribahasa baru yang terhasil dalam Kamus Peribahasa Kontemporari. Peribahasa

baru itu disenarai mengikut abjad dan dibataskan hanya pada huruf A hingga K sahaja.

Setiap peribahasa itu ditulis mengikut kategori atau penjenisan menurut pandangan

Page 116: view (1)

106

Abdullah Hassan yang membahagikan peribahasa kepada empat jenis iaitu simpulan

bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan.

Selain itu, pengkaji juga telah mengkaji peribahasa baru yang terhasil melalui

proses-proses yang telah dinyatakan dalam Bab 2. Dalam kajian itu, maklumat yang

terhasil telah disenaraikan contoh-contoh mengikut proses-proses yang sedia ada.

Berdasarkan proses dan contoh peribahasa baru yang sesuai ini, dapatlah pengkaji dan

para guru khususnya menggunakan pengetahuan tersebut untuk proses pengajaran dan

pembelajaran agar para pelajar yang menjadi pewaris pada khazanah bangsa Melayu

ini tidak hanyut dibawa arus kecanggihan zaman syiber kini. Pengkaji juga tidak

ketinggalan menganalis kaedah-kaedah lain yang menyebabkan berlakunya perubahan

pada peribahasa yang akhirnya dengan cara ini membentuk peribahasa baru. Dengan

adanya kaedah-kaedah lain yang difikirkan logik dan sesuai untuk membentuk

peribahasa baru ini maka dunia peribahasa akan terus bersinar dan menyerlah pada

masa akan datang. Namun begitu, usaha-usaha ini perlu dipertingkat dan

diketengahkan kepada khalayak khususnya para pendidik dan para pelajar agar ilmu

ini dapat menyumbang kepada memertabatkan khazanah bangsa ini di pesada dunia.

Pengkaji juga mengarahkan kajian ini untuk kepentingan banyak pihak

terutama kepada para guru, para penulis, para pelajar dan Kementerian Pelajaran.

Pihak-pihak yang berkepentingan ini semestinya mengambil berat akan perkara

tersebut supaya khazanah bangsa tidak akan lenyap begitu sahaja sehingga martabat

bangsa juga pudar dan terus menyepi.

Page 117: view (1)

107

Dalam Bab 2, tinjauan kajian yang berkaitan pula, dilihat dari sudut pandangan

pengkaji luar negara dan pengkaji setempat. Tinjauan kajian yang berkaitan ini dilihat

sebagai membantu penulis untuk melihat sudut kajian yang akan dijalankan. Dalam

tinjauan kajian setempat, kajian ini melihat beberapa tesis yang dijalankan oleh

beberapa pengkaji bahasa dan kesusasteraan tentang jenis, kepentingan dan fungsi

peribahasa dalam kehidupan masyarakat yang membentuk peribahasa itu. Antara

pengkajinya ialah Za‟ba, Abdullah Hussa in, Abdullah Hassan, Ariffin Nur dan Zailani

Taslim.

Reka bentuk kajian deskriptif dengan menganalisis kandungan yang

menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kaedah tinjauan merupakan alat utama

pengkaji dalam menjalankan kajiannya terhadap pembentukan peribahasa baru ini.

Peribahasa baru yang terhasil daripada perbandingan dua buah kamus telah dianalisis

mengikut penjenisan peribahasa dan menghuraikannya pula melalui proses-proses dan

kaedah-kaedah pembentukannya.

Daripada analisis kandungan peribahasa baru melalui perbandingan dua buah

kamus peribahasa yang ditulis oleh dua orang pengkaji bahasa yang terkenal iaitu

Abdullah Hussain dan Abdullah Hassan, pengkaji membuat perbandingan ini dengan

tujuan untuk melihat sejumlah peribahasa baru yang terbentuk dalam jangka masa 40

tahun iaitu dari tahun 1965 hingga 2004. Pengkaji telah membataskan bandingan

peribahasa itu daripada abjad A hingga abjad K sahaja.

Daripada penelitian itu, pengkaji memperoleh sejumlah 6192 peribahasa baru

yang wujud antara jarak masa tersebut. Perkembangan ini amat menajubkan kerana

Page 118: view (1)

108

peribahasa baru yang terhasil daripada abjad tersebut sudah melebihi jumlah

peribahasa lama yang terdapat dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu tulisan

Abdullah Hussain. Peribahasa dalam kamus tersebut keseluruhannya berjumlah 4359

berbanding dengan peribahasa baru yang dianalisis daripada Kamus Peribahasa

Kontemporari dengan abjad tersebut. Dalam kajian ini, didapati bahawa peribahasa

jenis simpulan bahasa begitu banyak terhasil iaitu sejumlah 5039 (81.4%) berbanding

keseluruhan peribahasa tersebut. Keadaan ini terjadi kerana simpulan bahasa

mempunyai jumlah perkataan yang sedikit dan padat tetapi mempunyai makna yang

amat mendalam berbanding dengan perkataan yang digunakan untuk membentuk

pepatah, perumpamaan dan bidalan.

Pepatah menduduki tempat kedua daripada senarai terbanyak pembentukan

peribahasa baru yang terdapat dalam kamus Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.

Sejumlah 866 (14.0 %) peribahasa jenis pepatah yang telah disenarai daripada analisis

yang dibuat pada maklumat yang diperoleh. Jumlah ini amat ketara jika dibandingkan

dengan jenis simpulan bahasa yang terhasil iaitu sebanyak 4173 perbezaannya.

Pembentukan peribahasa jenis pepatah ini dikembangkan hanya melalui kaedah-

kaedah tertentu sahaja seperti kaedah penambahan beberapa perkataan pada

peribahasa lama dan mempunyai makna yang sama. Keadaan ini tidak pula berlaku

pada pembentukan simpulan bahasa yang boleh terbentuk melalui pelbagai proses dan

kaedah seperti kaedah pembentukan baru secara total iaitu hasil daripada fenomena

dan analogi kehidupan manusia sejagat hari ini. Selain itu, simpulan bahasa baru

boleh juga terbentuk daripada satu perkataan yang mempunyai makna tersirat atau

konotasai. Contoh simpulan bahasa yang terbentuk daripada satu perkataan ialah

„ayat‟ yang membawa makna percakapan, „kaca‟ bermaksud tidak berharga dan

Page 119: view (1)

109

„bahasa‟ bererti sopan santun. Hal ini berlainan dengan peribahasa jenis-jenis lain

yang mempunyai banyak perkataan untuk membentuknya. Melalui cara inilah

simpulan bahasa terus berkembang pembentukannya berbanding jenis-jenis

peribahasa yang lain.

Peribahasa jenis perumpamaan telah mencatat sejumlah 216 (3.5 %0) daripada

keseluruhan peribahasa baru yang terbentuk, manakala bidalan merupakan peribahasa

yang amat kurang terhasil iaitu sejumlah 71 (1.1 %) sahaja. Hal ini kerana bidalan

berfungsi sebagai cermin peraturan dalam kehidupan masyarakat. Bidalan tercipta

daripada orang-orang yang terbijak dalam sesuatu kumpulan itu hingga dapat

melahirkan idea-idea yang besar hanya dengan beberapa patah perkataan yang

tersusun indah untuk dijadikan peraturan. Disebabkan fungsinya sebagai peraturanlah

maka peribahasa jenis ini kurang dicipta oleh masyarakat masa kini yang lebih

memikiran corak kehidupan yang mudah dan simple.

Berdasarkan penjelasan di atas jelaslah bahawa peribahasa berkembang

mengikut zaman selari dengan kehidupan dan budaya masyarakatnya. Oleh itu, tidak

dapat dinafikan bahawa masyarakat zaman kini begitu aktif mencipta peribahasa

terutamanya jenis simpulan bahasa kerana simpulan bahasa hanya mengandungi

antara satu hingga lima perkataan sahaja. Daripada perkataan-perkataan tersebut

tersimpul makna yang begitu puitis didengar dengan tujuan-tujuan tertentu untuk

disampaikan kepada orang-orang tertentu.

Page 120: view (1)

110

Berdasarkan senarai peribahasa baru yang wujud daripada bandingan kedua-

dua kamus yang dinyatakan itu, pengkaji juga telah menganalisis peribahasa tersebut

dari aspek proses-proses dan kaedah-kaedah bagaimana peribahasa itu terbentuk.

Antara proses-proses yang dikenal pasti ialah proses perbandingan makna, peluasan

makna, kata-kata dialek atau slanga, kata-kata bahasa asing, bidang masyarakat dan

kemasyarakatan – aspek politik, ekonomi dan sosial, unsur-unsur etika dan sosial, adat

dan sebagainya. Kaedah-kaedah pembentukan peribahasa yang dapat dikaji melalui

peribahasa baru yang wujud itu ialah menukar keseluruhan perkataan baru dengan

makna yang sama, menukar beberapa perkataan baru dengan makna yang sama,

menukar keseluruhan perkataan dengan makna yang baru

Selain kajian di atas, secara tidak langsung pengkaji juga membuat tinjauan

peribahasa di dalam buku teks sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan

lima sahaja. Tujuan pengkaji melihat peribahasa yang terdapat dalam buku teks

adalah untuk membandingkan jenis peribahasa yang digunakan bagi setiap tingkatan.

Apabila hal ini diketahui, sekurang-kurangnya pengkaji boleh memberi cadangan

kepada pihak yang terlibat seperti Biro Buku Teks dan Kementerian Pelajaran

mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan jenis-jenis peribahasa baru di dalam buku

teks. Selain itu, para guru juga dapat mempraktikkan proses-proses dan kaedah-

kaedah pembentukan peribahasa dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Hal ini

secara tidak langsung memberi kemahiran kepada para pelajar untuk membentuk

peribahasa baru yang menjadi warisan budaya untuk membentuk dan menasihati

masyarakat sekeliling mereka.

Page 121: view (1)

111

Daripada tinjauan itu, pengkaji mendapati sejumlah 274 peribahasa yang

dimuatkan di dalam buku-buku teks tersebut. Jumlah peribahasa untuk tingkatan satu

sejumlah 82, tingkatan dua sebanyak 69, tingkatan tiga 53 peribahasa, tingkatan empat

mempunyai 15 peribahasa dan tingkatan lima sejumlah 55 peribahasa. Simpulan

bahasa merupakan peribahasa yang sering digunakan berbanding dengan jenis

perumpamaan, pepatah/perbilangan dan bidalan. Kekerapan dan peratusan bagi setiap

jenis peribahasa itu secara keseluruhan ialah simpulan bahasa (167 = 60.9%),

perumpamaan (34 = 12.4%), pepatah/perbilangan (49 = 17.9%) dan bidalan (24 =

8.8%)

5.3 Perbincangan

Penciptaan dan penggunaan peribahasa Melayu memang sukar untuk ditentukan bila

bermulanya. Namun begitu, kita mengetahui bahawa peribahasa ialah hasil ciptaan

masyarakat Melayu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara

lisan. Melalui peribahasa, kita akan dapat menghayati bahasa yang digunakan itu

melambangkan pemikiran dan penglihatan dunia masyarakat yang melahirkan

peribahasa itu. Di sebalik bahasa yang indah dalam peribahsa itu, tercermin persepsi

masyarakat Melayu lama. Dalam peribahasa juga terkandung segala hal dalam realiti

kehidupan manusia dalam masyarakat Melayu lama. Sesungguhnya, peribahasa

berupaya membentuk keperibadian sesuatu bangsa.

Skop peribahasa sangat luas, di dalamnya terangkum simpulan bahasa,

perumpamaan, pepatah, perbilangan, ungkapan, tamsil ibarat, kata-kata hikmat, kiasan

dan petitih. Melalui peribahsa ini tergambarlah ketajaman dan daya renung serta

Page 122: view (1)

112

ketinggian falsafah bangsa Melayu. Ini membuktikan bahawa bangsa Melayu

merupakan bangsa yang bertamadun dan bermaruah sejak zaman dahulu kala.

Amatlah mengecewakan apabila pemikir-pemikir Barat mengatakan orang Melayu

mempunyai kebudayaan suka berhibur, membuang masa, pemalas dan sebagainya.

Berdasarkan huraian tentang peribahasa dalam Bab 1 dan Bab 2, kita sedia

maklum bahawa simpulan bahasa adalah sebahagian daripada peribahasa. Struktur

simpulan bahasa terdiri daripada objek perbandingan dan kesan kejadian yang berlaku

terhadap objek itu. Makna akan terhasil apabila adanya perkaitan antara kedua-dua

unsur tersebut. Misalnya dalam simpulan bahasa lama ada gula, ada semut. Secara

semulajadi, semut memang gemar kepada gula. Apabila simpulan bahasa ini

dikiaskan kepada manusia dalam penghidupan seharian, simpulan bahasa ini

bermaksud „tempat yang mudah mendapat rezeki, maka banyaklah orang akan

berkumpul di situ. Simpulan bahasa ini telah diubah suai kaedahnya oleh masyarakat

masa kini dengan perkataan simpual bahasa yang lain tetapi mempunyai makna ya ng

sama iaitu lubuk emas. Simpulan bahasa ini wujud kesan daripada proses yang dilalui

oleh masyarakat sekarang yang lebih memberi perhatian kepada unsur materialistik

iaitu emas. Dalam hal ini, Malaysia telah dijadikan tempat mencari rezeki yang

lumayan untuk pendatang-pendatang asing khususnya rakyat Indonesia. Justeru,

Malaysia dijadikan sebagai lubuk emas bagi mereka. Oleh yang demikian makna

dalaman yang hendak disampaikan dalam simpulan bahasa ini adalah keadaan orang

yang akan bertumpu ke suatu tempat apabila terdapatnya rezeki yang banyak di

tempat tersebut.

Page 123: view (1)

113

Dalam hal ini, tidak dinafikan bahawa pembentukan simpulan bahasa

mengambil objek alam sekeliling sebagai perbandingan daripada pengalaman serta

pemerhatian yang tajam. Melalui pengalaman dan persekitaran yang pelbagai, maka

banyaklah simpulan bahasa terbentuk untuk memenuhi fungsinya. Tegasnya,

simpulan bahasa yang terbentuk itu memperlihatkan kepelbagaian golongan manusia,

status dan pekerjaan mereka.

Berdasarkan huraian-huraian yang telah dinyatakan, jelaslah bahawa

peribahasa dapat menyatakan sesuatu penceritaan yang panjang dengan ungkapan

yang ringkas tetapi dapat menggambarkan satu suasana atau keadaan dengan jelas.

Justeru, penggunaan peribahasa merupakan ringkasan kepada peristiwa yang

diungkapkan dan dirangkum dalam beberapa patah perkataan sahaja.

Dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji tentang peribahasa baru, pengkaji

mengakui memang terdapat peribahasa baru yang timbul dalam masyarakat kini

terutama yang diwujudkan oleh golongan remaja. Oleh sebab sifat peribahasa itu

berubah mengikut zaman, maka wajarlah peribahasa baru itu wujud untuk

menggantikan peribahasa lama yang dikatakan tidak lagi sesuai pada zaman serba

canggih ini. Kenyataan ini diakui oleh golongan remaja yang beranggapan bahawa

peribahasa lama itu tidak mempunyai apa-apa faedah kepada mereka, tetapi tanpa

mereka sedari bahawa peribahasa lama itulah yang menjadi undang-undang bagi

masyarakat Melayu lama. Kehidupan masyarakat Melayu lama telah ditetapkan oleh

peribahasa yang ada ketika itu khususnya peribahasa jenis perbilangan yang

diamalkan oleh masyarakat minangkabau. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa

masyarakat Melayu lama terikat secara ketat dengan peribahasa kerana di dalam

Page 124: view (1)

114

peribahasa itulah mengandungi segala undang-undang atau adat resam masyarakat

yang perlu dipatuhi.

Kenyataan di atas telah diakui oleh Zailiani Taslim Berita Harian : Menyuntik

Dinamisme dalam Peribahasa yang menyatakan bahawa sudah lama peribahasa

diterima sebagai cermin norma hidup masyarakat sekaligus menjadi lembaga

berwibawa yang menentukan garis panduan bertindak dan meneriakkan implikasinya

juga berfungsi menjadi cerminan peribadi masyarakat bukan sekadar memercikkan

elemen seni, tetapi sekali gus mewadahi corak pemikiran sezaman. Di samping itu,

menurut beliau lagi peribahasa turut melontarkan nilai falsafah dalam keadaan yang

tidak terlalu absurd.

Seterusnya Zailiani Taslim, Berita Harian: Mencari Fungsi Positif Peribahasa

juga ada menyatakan bahawa peribahasa lama dipandang tidak praktikal lagi

diamalkan kerana masyarakat sekarang memiliki idealisme yang sama sekali berbeza

dengan nilai silam. Oleh itu, pada masa kini, peribahasa moden nampak lebih telus

dan mudah difahami serta boleh mengubah minda kaki lepak, penagih dadah atau

bohsia-bohjan apabila menerima pakai entri tertentu bagi kalangan ini seperti kurang

sesen, tak aci, makwe dan banyak lagi. Pengguanan peribahasa moden atau masa

kini dalam kalangan kaki lepak, penagih dadah dan bohsia-bohjan ini adalah sesuatu

yang releven dan kena pada masanya dan situasinya.

Dalam hal ini, pengkaji mengharapkan peribahasa bukan hanya diaplikasikan

oleh generasi zaman dahulu semasa mereka berkomunikasi, namun sifat ini haruslah

juga diguna pakai dan seterusnya dijiwai oleh generasi remaja pada zaman kini agar

Page 125: view (1)

115

warisan Melayu ini tidak hilang di alam Melayu yang serba moden dan mencabar

kini.Bagi tujuan yang dinyatakan di atas, dewasa ini telah terbit pelbagai jenis

peribahasa yang telah diubah susunan perkataannya yang dikenali sebagai peribahasa

berbentuk versi moden.

Sekiranya peribahasa tidak diaplikasikan penggunaannya pada masa kini,

suatu masa nanti dikhuatiri peribahasa akan dilupakan oleh generasi yang turut sama

berkembang dalam era sains dan teknologi. Justeru, bagi mengelakkan perkara

tersebut terjadi maka pengkaji telah membuat kajiannya secara mendalam sekiranya

terdapat peribahasa yang baru dicipta ini mengandungi kata-kata hikmah yang dapat

dijadikan panduan oleh generasi seterusnya. Sekiranya khazanah ini tidak dipelihara,

kemungkinan peribahasa akan luput dan hilang daripada dunia Melayu itu sendiri.

Oleh yang demikian, kepentingan pengkajian peribahasa baru ini adalah untuk

membuka mata generasi masa kini khususnya golongan remaja agar mempelajari

secara mendalam peribahasa-peribahasa yang kian dilupakan peranannya dalam

masyarakat sekarang. Sehubungan dengan itu, melalui penggunaan peribahasa baru

dalam pengajaran dan pembelajaran, penggunaan peribahasa dalam majalah-majalah

hiburan dan pembukuan peribahasa-peribahasa baru, maka peribahasa ini akan

menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya kerana golongan terbesar yang

membaca majalah berbentuk hiburan adalah para pelajar yang mana mereka terdiri

daripada para remaja.

Page 126: view (1)

116

5.4 Analisis dan Cadangan Penggunaan Peribahasa Baru dalam Buku Teks

Dapatan kajian daripada buku teks ini dikumpul, dianalisa dan diklasifikasikan oleh

pengkaji mengikut keutamaan penggunaan berdasarkan jenis peribahasa iaitu

simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah/perbilangan dan bidalan. Analisis ini dapat

dilihat dalam Jadual 5.1 di bawah:

Jadual 5.1

Klasifikasi Penggunaan Peribahasa dalam Buku Teks Mengikut Kekerapan

Tingkatan Simpulan

Bahasa

Pepatah /

Perbilangan

Perumpamaan Bidalan Jumlah

Satu

50

17

11

4

82

Dua

41

9

10

9

69

Tiga

29

15

6

3

53

Empat

6

2

3

4

15

Lima

45

14

5

10

74

Jumlah

171

57

35

30

293

Basarkan Jadual 5.1 di atas, pengkaji telah mengutip sejumlah 293 peribahasa yang

termuat di dalam kesemua buku teks dari tingkatan 1 hingga 5. Daripada jumlah itu,

didapati bahawa peribahasa jenis simpulan bahasa merupakan peribahasa yang paling

banyak diajar kepada para pelajar iaitu sebanyak 171 kekerapan. Kekerapan ini

disebabkan mungkin kerana penggunaan kata yang sedikit tetapi mempunyai makna

Page 127: view (1)

117

yang padat dan tepat. Selain itu, para pelajar mudah untuk memahami dan mengingati

penggunaannya dalam kehidupan mereka.

Pepatah dan perbilangan pula menduduki tempat kedua dalam penggunaannya

pada buku-buku teks yang telah dikaji. Jumahnya sebanyak 57 kekerapan. Hal ini

bersesuaian dengan fungsi pepatah dan perbilangan yang mahu mendidik masyarakat

melalui kata-katanya yang padat dan tepat. Melalui pembacaan dan pengajaran

peribahasa jenis ini diharapkan para pelajar dapat mengambil iktibar daripadanya

untuk dijadikan pedoman hidup. Seterusnya perumpamaan menduduki tempat ketiga

dalam carta kekerapan iaitu sejumlah 35 kekerapan. Dalam buku teks tingkatan 1

peribahasa jenis ini paling banyak digunakan iaitu 17 kekerapan. Bidalan pula kurang

popular digunakan dalam buku teks iaitu sebanyak 30 kekerapan. Hal ini mungkin

kerana bidalan menggunakan kata-kata yang sedikit panjang berbanding dengan

simpulan bahasa yang hampir sama fungsinya iaitu untuk memberi nasihat dan

teguran kepada masyarakat. Justeru, peribahasa jenis bidalan berada di tangga

terakhir dalam carta yang ditunjukkan.

Berdasarkan jadual di atas, peribahasa amat banyak diajar kepada pelajar

tingkatan 1 berbanding pelajar-pelajar tingkatan menengah yang lain iaitu sebanyak

82 kekerapan berbanding keseluruhanya sebanyak 293 peribahasa. Keadaan ini

kerana dalam proses pendidikan pelajar-pelajar peringkat umur sedemikian mudah

dibentuk dan menerima didikan yang diberi kepada mereka tanpa persoalan yang

kritikal berbanding pelajar yang lebih matang dan dewasa. Justeru, mereka diberi

pendedahan awal dengan penggunaan peribahasa sebagai alat untuk mendidik mereka.

Page 128: view (1)

118

Peribahasa juga banyak dimuatkan dalam teks tingkatan 5 iaitu sebanyak 74

kekerapan. Bidalan merupakan peribahasa yang banyak diajarkan kepada mereka.

Hal ini kerana mereka sudah matang untuk menganalisis peribahasa yang panjang

sifatnya serta mendalam maknanya. Kekerapan sebanyak 10 daripada keseluruhan

bidalan iaitu 30 kekerapan.

Untuk pelajar-pelajar tingkatan 4, mereka kurang diberi pengajaran peribahasa

iaitu hanya sejumlah 15 kekerapan sahaja berbanding keseluruhannya sebanyak 293

kekerapan.

Kesimpulan daripada kajian terhadap buku teks ini, dapatlah dikatakan bahawa

simpulan bahasa adalah peribahasa yang paling banyak diajarkan kepada para pelajar

berbanding jenis-jenis peribahasa yang lain. Walau bagaimanapun, kekerapan

penggunaan peribahasa dalam buku teks ada juga diulang-ulang pengajarannya kerana

peribahasa ini boleh mendatangkan kesan dan pengajaran kepada mereka. Antara

contoh peribahasa itu ialah ada hati, ringan tulang, besar hati, alah bisa tegal biasa,

dan bagaimana acuan begitulah kiuhnya.

Oleh sebab para pelajar menjadi eset utama negara pada masa akan datang,

maka peranan buku teks dalam mendidik para pelajar amat penting. Oleh itu,

penggunaan peribahasa dalam buku teks tidak dapat disangkal lagi akan

kepentingannya. Justeru, pengkaji mengharapkan agar peribahasa yang digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini tidak hanya tertumpu kepada

peribahasa yang sudah lama terbentuk. Jadi, peranan Pusat Perkembangan Kurikulum

bersama-sama Bahagian Biro Buku Teks, penulis-penulis buku dan pengkaji-pengkaji

Page 129: view (1)

119

bahasa khususnya tentang peribahasa berganding bahu mengumpul peribahasa-

peribahasa baru yang sesuai untuk diajar kepada para pelajar masa kini yang akan

dimuatkan ke dalam buku teks pada masa akan datang atau senarai peribahasa baru

yang tersendiri untuk diedarkan ke sekolah-sekolah sebagai tambahan daripada buku

teks yang sedia ada. Semoga cadangan dan pandangan pengkaji ini diterima umum

sebagai langkah memertabatkan peribahasa di pesada dunia Malaysia yang menuju ke

arah globalisasi ini.

5.5 Cadangan Cara-cara Mengajar Peribahasa Baru

Peribahasa baru amat penting disalurkan kepada para pelajar agar mereka tidak

melupakan warisan ilmu dan budaya yang amat di sanjung oleh masyarakat terdahulu

serta tidak luput dek kemajuan sains dan teknologi yang semakin mencabar warisan

budaya ini. Justeru, kita sama-sama lihat akan kepentingan pengajaran dan

pembelajaran peribahasa baru ini dalam sistem pendidikan kita hari ini.

5.5.1 Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Peribahasa

Rahman Shaari (1993: 88) berpendapat bahawa aspek peribahasa harus dianggap

sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam proses pengajaran dan

pemelajaran bahasa Melayu. Rasionalnya kerana peribahasa hidup dan berkembang

bersama-sama bahasa secara keseluruhannya.

Dari segi pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, peribahasa merupakan

komponen dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk peringkat sekolah rendah

Page 130: view (1)

120

hingga sekolah menengah. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia bagi Sijil

Pelajaran Malaysia, Bahagian 2, Tujuan: Pecahan f dinyatakan bahawa:

„Ungkapan dan peribahasa itu hendaklah digunakan dalam konteks kehadirannya serta dapat pula digunakan dalam konteks yang lain.‟

Matlamat akhir daripada tujuan di atas ialah supaya pengajaran, pemelajaran

dan penghayatan peribahasa itu bukan sahaja bertujuan untuk kefahaman tetapi yang

lebih utama adalah untuk mencapai tahap kemahiran berbahasa di kalangan para

pelajar. Ukur tara kemahiran berbahasa yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan

mereka untuk menghasilkan gaya penggunaannya yang berkualiti. Perkara ini aka n

dapat dilihat dengan jelas dalam konteks aktiviti penulisan kerana sesebuah hasil

penulisan (dalam konteks bilik darjah ialah karangan) yang dihasilkan menjadi lebih

indah dan bermutu jika disulami dengan simpulan bahasa dan peribahasa di dalamnya.

Oleh itu, terdapat satu alihan paradigma dalam proses pengajaran dan

pemelajaran peribahasa dalam sistem pendidikan kita pada masa kini. Kalau dahulu,

peribahasa dihafal bersama-sama maknanya semasa proses pengajaran dan

pemelajaran, tetapi pendekatan sekarang bukanlah begitu lagi, bukan untuk dihafal

tetapi untuk digunakan dengan sekerap mungkin dan harus digabungjalinkan dalam

berbagai situasi.

Dari segi potensi ke arah perkembangannya, pengajaran dan pemelajaran

peribahasa Melayu dalam konteks pendidikan formal di sekolah-sekolah di negara ini

adalah di tahap yang positif dan memberangsangkan kerana dapatan kajian Goh Suzie

(1998:106) menunjukkan para pelajar di sekolah masih meminati peribahasa Melayu

kerana:

Page 131: view (1)

121

i. bunyi peribahasa Melayu sedap didengar.

ii. penguasaan peribahasa Melayu akan bertambah baik jika sering digunakan.

iii. peribahasa dapat meringkaskan sesuatu huraian yang panjang.

iv. dapat digunakan untuk menyindir dengan bahasa yang sopan.

v. peribahasa Melayu adalah warisan yang perlu dipertahankan oleh generasi

masa kini.

vi. peribahasa dapat memberi kesedaran dan teladan serta pengajaran dalam

kehidupan sehari-hari.

Dalam hal ini, Cover, D.J. (1971: 51-53) telah memberi cadangan tentang

pendekatan pengajaran dan pembelajaran peribahasa yang berkesan. Menurut beliau,

peribahasa dengan empat teknik supaya para pelajar dapat menguasai aspek tersebut

dengan berkesan. Teknik tersebut ialah:

i. Guru menggunakan buku nota peribahasa sebagai alat untuk mengenal pasti

sesuatu peribahasa yang dipilih serta melihat contoh peribahasa yang terdapat

di dalamnya. Tindakan lanjutan ialah meminta para pelajar membina ayat

sendiri berdasarkan peribahasa atau simpulan bahasa tersebut.

ii. melalui aktiviti lisan, disediakan petikan yang mempunyai penggunaan

peribahasa dan simpulan bahasa di dalamnya dan para pelajar digalakkan

membaca petikan tersebut. Guru sebagai pemudah cara perlu bertanya semula

dengan beberapa soalan yang berkaitan serta membuat berbincang.

iii. guru menggunakan teknik karangan di papan tulis (blackboard composition).

Melalui teknik itu guru mencatatkan peribahasa atau simpulan bahasa di papan

tulis dan membimbing para pelajar untuk perbincangan sambil mencatatkan

Page 132: view (1)

122

isi- isi utama karangan berkenaan dari satu peringkat ke satu peringkat yang

akhirnya adalah penghasilan sebuah karangan yang lengkap.

iv. guru menggunakan beberapa petikan dialog. Sebaik-baiknya, biarlah petikan

tersebut pendek dan mengandungi peribahasa atau simpulan bahasa yang

sudah diketahui dan difahami oleh para pelajar. Teknik ini bukan bertujuan

untuk menguji kemampuan penghafalan mereka tetapi sebaliknya untuk

membantu para pelajar mendekatkan pemikiran mereka kepada peribahasa

yang dipelajari dengan konteks penggunaan peribahasa.

Pendekatan serta strategi di atas, jika dilaksanakan, besar kemungkinan akan dapat

berperanan untuk memartabatkan kedudukan peribahasa Melayu di kalangan para

penggunanya kerana seseorang yang dapat menggunakan peribahasa betul, baik dalam

percakapan mahupun tulisan akan memberi satu gambaran tentang kemahirannya

menggunakan sesuatu bahasa.

Berdasarkan beberapa pandangan daripada para pengkaji itu, dapatlah

disimpulkan bahawa untuk mengajar peribahasa baru di sekolah-sekolah, seseorang

guru memerlukan tahap kreativiti yang tinggi. Hal ini kerana buku atau kamus yang

berkaitan dengan peribahasa baru boleh dikatakan tiada lagi di pasaran. Jadi pelajar-

pelajar tidak didedahkan secara langsung mengenai peribahasa baru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka. Hanya dengan kreativiti yang ada pada

seseorang guru sahaja yang mampu memahamkan pelajar-pelajar tentang peribahasa

baru ini.

Page 133: view (1)

123

5.5.2 Menghurai Pembentukan Peribahasa Baru

Untuk mengajarkan peribahasa baru kepada pelajar, terlebih dahulu para guru

seharusnya menerangkan proses-proses dan kaedah-kaedah bagaimana berlakunya

pembentukan sesuatu peribahasa itu kepada pelajar. Melalui penerangan tersebut,

para pelajar secara langsung akan terdedah dan mengetahui cara-cara peribahasa itu

terbentuk. Dengan ilmu yang diperoleh itu, seterusnya mereka akan dapat

menyenaraikan beberapa peribahasa baru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Setelah memperoleh ilmu tentang bagaimana sesuatu peribahasa itu terbentuk,

diharapkan dalam jangka panjang apabila mereka meninggalkan alam persekolahan,

mereka akan menjadi pengkaji aktif dan penulis berkaliber yang berkaitan dengan

peribahasa baru ini. Keadaan ini menjadikan khazanah bangsa Melayu dalam

pemeliharaan peribahasa tidak akan terus tengelam dalam arus yang serba canggih ini

malah peribahasa akan terus bersinar untuk selama-lamanya selagi bangsa Melayu

tidak hilang di dunia fana ini.

5.5.3 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : 3 Setia

Tarikh : 3 Mei 2005

Hari : Selasa

Masa : 8.10 hingga 9.30 pagi

Tajuk : Peribahasa Baru (simpulan bahasa)

Page 134: view (1)

124

Objektif : Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar-pelajar dapat:

a. Menyatakan makna peribahasa baru yang disenarai.

b.Menyenarai beberapa peribahasa baru yang mempunyai

maksud yang sama dengan peribahasa lama. (salah satu

kaedah pembentukan peribahasa baru).

c. Megetahui proses dan kaedah pembentukkan

peribahasa.

d. Mengenal pasti peribahasa baru yang terdapat dalam

majalah-majalah.

Fokus Utama : 8.1. Menyaring maklumat mengikut klasifikasi.

Fokus Sampingan : 8.3. Membuat pertimbangan secara teliti terhadap

maklumat yang telah disusun.

Aspek bahasa : tatabahasa (peribahasa)

Pengisian : ilmu : Pendidikan moral dan sastera

Kurikulum nilai : berdikari, tabah, sabar

KBKK : Menilai / klasifikasi

Pengetahuan : Pelajar telah mendengar atau mengetahui peribahasa

sedia ada baru dipersekitaran mereka.

Alat bantu mengajar : Radio, transparansi, kertas sebak, „artline‟, majalah-

majalah, kad imbas, LCD, komputer

Page 135: view (1)

125

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Induksi Set

5

minit

1.Bersoal jawab dengan pelajar tentang cerita prosa klasik

“Nujum Pak Belalng” dalam Antologi „Anak Bumi

Terrcinta”

a) Apakah peribahasa yang boleh anda bentuk daripada

cerita tersebut?

(Bocor rahsia, Nujum Pak Belalang, pecah tembelang,

suruhan raja,dan lain- lain)

Cerita Prosa

Klasik

Langkah 1

10

minit

1. Beberapa orang pelajar memberi contoh peribahasa yang

mereka tahu.

2. Bersoal jawab tentang maksud, fungsi dan jenis

peribahasa.

3. Pelajar meneliti tayangan transperansi tentang maksud,

fungsi dan jenis peribahasa.

Transperansi

Langkah 2

10

minit

1. Pelajar diperdengarkan dengan sebuah cerita “AZAM”.

2. Meminta pelajar mendengar dengan teliti dan mencatat

peribahasa yang termuat di dalam cerita itu.

3. Guru bersoal jawab tentang cerita itu.

a) Berapa peribahasa yang terdapat dalam cerita itu tadi?

b) Apa yang anda dapat pengajaran daripada cerita itu?

Radio/LCD

Pita

rakaman /

CD

Langkah 4

20

minit

1. Pelajar membentuk kumpulan, 5 orang satu kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi tajuk perbincangan yang

berbeza seperti:

a) Menyenarai peribahasa dalam cerita itu.(2 kumpulan)

b) Mencari maksud setiap peribahasa yang diperoleh. (2

kumpulan)

Tranperansi/

Kertas sebak

Artline

Kamus

Page 136: view (1)

126

c) Mencari dan memilih peribahasa yang sesuai dengan

peribahasa yang asal dalam teks berdasarkan kamus

peribahasa.(2 kumpulan)

3. Pelajar membentangkan hasil perbincangan.

4. Guru bersama-sama pelajar membuat rumusan lanjut

dalam langkah ini seperti mengenal pasti peribahasa,

memberi maksud peribahasa dengan tepat dan memilih

peribahasa yang lain yang difikirkan sesuai dengan

peribahasa asal dalam petikan.

peribahasa

Cerita

ditayangkan

di skrin

Langkah 5

15

minit

1. Guru menerangkan kaedah-kaedah dan proses peribahasa

baru terbentuk melalui tayangan LCD.

2. Pelajar mencatat maklumat yang disampaikan di dalam

buku latihan.

LCD

Komputer

Penutup

5

minit

1. Pelajar membuat rumusan daripada pelajaran hari ini dari

segi:

a) Pengajaran daripada teks berdasarkan peribahasa

b) Kefahaman tentang kaedah pembentukan peribahasa

baru .

Pengayaan 1. Pelajar diminta mencari dan menyenarai peribahasa-

peribahasa baru yang terdapat di dalam majalah-

majalah atau akhbar-akhbar.

2. Pelajar membuat kamus peribahasa sendiri

berdasarkan bahan-bahan kajian mereka.

Kerja ini dilakukan diluar bilik darjah dalam jangka

masa satu minggu untuk disiapkan.

Pelajar-pelajar membuat kajian dalam bentuk

kumpulan 3 orang .

Page 137: view (1)

127

5.6 Peribahasa Baru Hasil daripada Analisis Dokumen Terhadap Media

Massa

Sebagai persediaan pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran peribahasa,

pengkaji telah mencari dan menyenarai peribahasa baru di dalam media massa

terutama majalah-majalah hiburan, akhbar-akhbar dan media elektronik. Analisis

peribahasa ini telah berjaya dikumpul, dianalisa dan diklasifikasikan mengikut

jenisnya iaitu simpulan bahasa, pepatah/perbilangan, perumpamaan dan bidalan.

Analisis ini dapat dilihat dalam Jadual 5.2 di sebelah:

Jadual 5.2

Jenis-jenis Peribahasa Baru

JENIS PERIBAHASA

KEKERAPAN

PERATUS

Simpulan Bahasa

250

79.8

Perumpamaan

39

12.5

Pepatah/Perbilangan

20

6.4

Bidalan

4

1.3

Jumlah

313

100

Berdasarkan Jadual 5.2 di atas, pengkaji telah mengumpul sejumlah 313

peribahasa baru. Daripada jumlah itu, didapati bahawa peribahasa jenis simpulan

bahasa merupakan peribahasa baru yang paling banyak ditemui iaitu sebanyak 250

Page 138: view (1)

128

kekerapan atau 78.8%, manakala perumpamaan pula menduduki tempat kedua dalam

carta kekerapan iaitu sejumlah 39 dengan peratusan 12.5%. Pepatah dan perbilangan

hanya dapat dikumpulkan sebanyak 20 kekerapan bersamaan dengan 6.4% sahaja dan

bidalan pula kurang popular dibentuk oleh masyarakat kerana bidalan menggunakan

kata-kata yang sedikit panjang berbanding dengan simpulan bahasa yang hampir sama

fungsinya iaitu untuk memberi nasihat dan teguran kepada masyarakat. Justeru, jenis

bidalan hanya dapat dikutip sebanyak empat sahaja dengan peratusannya 1.3%

Setelah diteliti peribahasa baru yang terhasil itu, secara amnya kebanyakan

peribahasa hanya difahami oleh segelintir masyarakat tertentu sahaja kerana yang

membentuk peribahasa itu adalah daripada pelbagai lapisan dan golongan masyarakat.

Walau bagaimanapun kebanyakan peribahasa ini telah dihasilkan oleh golongan

remaja. Golongan remaja begitu aktif mengeluarkan kata-kata keramat ini disebabkan

mereka sering bergaul sesama rakan dan pelbagai masyarakat sehingga kehidupan

mereka telah dijadikan sumber pembentukan peribahasa. Oleh itu, dapatlah kita

katakan bahawa peribahasa baru akan terus berkembang seiring dengan

perkembangan hidup manusia sejagat. Jika hilang Melayu di dunia maka pupuslah

juga peribahasa Melayu di alam maya ini.

5.7 Cadangan Kajian Lanjut

Kajian ini memberi fokus utama kepada proses-proses dan kaedah-kaedah bagaimana

sesuatu peribahasa itu terbentuk. Memandangkan kajian ini amat rumit untuk dikaji,

maka banyaklah kekuatan dan juga kelemahan yang dihadapi. Oleh itu, ada beberapa

cadangan kepada pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk menyelidik khazanah

Page 139: view (1)

129

warisan bangsa Melayu tentang peribahasa yang dianggap seperti tak lapuk dek hujan

dan tak lekang dek panas ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut:

a. pengkaji akan datang dapat membuat tajuk kajiannya secara terperinci tentang

proses-proses dan kaedah-kaedah pembentukan peribahasa lama dan baru.

b. pengkaji seterusnya perlulah memberi fokus kepada satu atau dua jenis

peribahasa dan mengkaji secara terperinci tentang penggunaannya dalam

majlis-majlis rasmi.

c. alat kajian yang digunakan dalam kajian tentang peribahasa ini hendaklah

dirancang dengan teliti agar dapatan kajian amat realiti dan diakui oleh

pembaca.

d. memandangkan pengkaji banyak mencari peribahasa baru melalui pemerhatian

di dalam majalah-majalah tempatan maka disarankan agar pengkaji akan

datang menilai sejauhmana media cetak memainkan peranannya dalam

mendidik masyarakat melalui peribahasa agar warisan ini terus berkembang

mengikut zamannya.

e. oleh sebab, simpulan bahasa amat banyak digunakan oleh remaja masa kini

maka disarankan agar kajian lanjut diberi perhatian terhadapnya khusus

tentang aspek semantik.

f. memerlukan kajian lanjut untuk melihat perkembangan peribahasa dan

pengaruhnya kepada bangsa lain di Malaysia

Page 140: view (1)

130

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-EseiLain.

Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1993). Kamus Peribahasa Lengkap Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2001). Kamus PTS : Kamus Peribahasa Kontemporari. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hussain. (1989). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Kassim. (1996). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 1. Johor

Bahru:Universiti Teknologi Malaysia. Arifin Nur. (1971). Sastera Melayu Klasik. Kelantan : Pustaka Aman Press.

Arifin Said. (1992). “Peribahasa dalam Pantun, Pemikiran Melayu Klasik yang Indah

dan Kemas” dim. Pelita Bahasa, hlm. 44-46. Brown, C.C. (1959). Malay Saying. Singapore:Graham Brash.

Edward Djamaris. (1985). “Memahami dan Menghargai Peribahasa” dlm Dewan

Bahasa Jil.29 Bil 5 hal 338-344 Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. (1998). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Hamilton, A.W. (1947). Malay Proverbs. Kuala Lumpur:Times Book International. Harun Mat Piah. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan Ganre dan Puisi.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Guntur Tarigan. (1985). Pengajaran Semantik. Bandung:Penerbitan Angkasa Indrawati Zahid. (1998). “Peribahasa Melayu:Satu Klasifikasi yang Tiada Penentuan”

dlm. Dewan Bahasa, hlm 979-983.

Ismail Salleh. (1990). “Penggolongan Peribahasa dan Simpulan Bahasa serta Hubungannya dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu”, dil. Jurnal Dewan Bahasa 1:6, hal. 402-408.

Keris Mas. (1988). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. KualaLumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka

Page 141: view (1)

131

Maslina Abdullah. (1991). “Adat dan Peribahasa” dlm. Pelita Bahasa 3:6 hlm. 40-41.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendididkan. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Mamat. (1975). “Peranan Peribahasa Melayu dalam Masyarakat Melayu”.

Latihan Ilmiah. Bangi, UKM.

Pengarah Pendidikan Guru Malaysia dan Maktab Perguruan Raja Melewar. (1999). Metod dan Teknik Analisis Data Kualitatif. Kuala Lumpur:Bahagian Pendidikan Guru.

Rahman Shaari. (1989). “Peribahasa : Penggunaanya yang Berkesan” dlm. Pelita

Bahasa 1:2 hlm. 38-39. Rahman Shaari. (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Rosniza Abdullah. (2000). Analisis Kesilapan Ejaan di Kalangan Pelajar-pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Gantang, Ipoh,Perak . Tesis Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu : UPSI

Safiah Hussin, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Arifin, Ahmad Kamal Abdullah dan

Suhaimi Hj. Muhammad. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shellabear W.G. (1963). Kitab Kiliran Budi. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Syed Hussein Al-Attas. (1974). Siapa yang Salah:Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu. Singapura:Pustaka Nasional.

Teuku Iskandar (pnys). (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Wilkinson, R.J dan R.O. Winstedt (1957). Pantun Melayu. Singapura : Malaya

Publishing House. Winstedt, R.O. (1981). Malay Proverb disusun oleh Tan Ching Kwang. Singapura :

Graham Brush.

Winstedt, R.O. (1981). The Malay Proverb London : J.Murray. Zailiani Taslim. (1999a). “Mencari Fungsi Positif Peribahasa”, dlm. Berita Harian 5

Mac, hal. 6.

Page 142: view (1)

132

Zailiani Taslim. (1999b). “Menyuntik Dinamisme dalam Peribahasa”, dlm. Berita

Harian 6 Mac, hal. 6.

Zailiani Taslim. (1999c). “Peribahasa Melayu Perlu Reformasi”, dlm. Berita Harian 4 Mac, hal. 7.

Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 143: view (1)

AZAM

Dalam perjalanan pulang, mereka terpaksa meredah hutan tebal. Keberanian Azim

masih tidak tergugat. Hatinya masih membara terhadap perompak-perompak tadi.

Dia tidak berpuas hati selagi Dogol, ketua perompak tidak dihapuskan.

Azman sudah jauh di hadapan. Azman masih dalam keadaan tenang. Apabila

Azim meluahkan perasaan tidak puas hatinya tadi, Azman menjawab dengan cara

bersahaja. Katanya, mungkin emas yang mereka bawa itu belum mahu menjadi hak

mereka berdua kerana kalau bukan rezeki, di mulut pun lari keluar.

Dalam keadaan putus asa itu, Azman mempunyai caranya sendiri uantuk

menghadapi Dogol!

Azim menumbuk-numbuk tapak tangannya. Geram, kerana Dogol adalah

laksana kaduk kena baja. Dia patut dihapuskan daripada muka bumi ini. Tetapi

sayang sekali, dalam pertempuran di tengah rimba tadi, pengikut-pengikut Dogol

yang menjadi mangsa keris Azim. Keadaan mereka seperti pepatah, karam berdua,

basah seorang.

“Azman!” Azim memanggil temannya.

Azman memberhentikan langkah. Mereka berihat di bawah pohon meranti.

Azim melepaskan rasa marahnya lagi. Dia menyalahkan Penghulu Kampung

Kemuning, iaitu kampung Dogol kerana tidak pandai menjaga anak buahnya.

Penghulu Demak membiarkan anak buahnya menjadi perompak. Mendengar kata-

kata Azim, Azman menjawab tenang:

“Kita tidak boleh menyalahkan Penghulu Demak, Azim. Kau harus faham,

kerbau sekandang dapat dikawal, manusia seorang tidak dapat dimaklumi.

Manusia bukan sama perangainya!” tingkah Azman.

Sekali lagi Azim kesewa. Azman tidak menyebelahinya. Azim tetap dengan

azamnya. Dogol mesti dicarinya. Dogol mesti menerima pembalasan daripadanya.

Bagi Azim, kalau kaki terdorong badan merasa, lidah terdorong emas padahnya.

Azim mahu bertindak secepat mungkin. Dia tahu, Dogol adalah kaki sabung

ayam. Tentu emas yang dirompak tadi itu akan dijual untuk berjudi. Azim tahu benar

dengan perangai Dogol. Dahulu harta pusaka ayahnya habis dijual untuk berjudi.

Walau pun sekarang dia dalam keadaan merempat, lagaknya tetap seperti anak orang

kaya juga. Dia bersikap seperti katak hendak jadi lembu lagi. Untuk memenuhi

tuntutan nafsunya itu, Dogol merompak. Mereka yang menjadi mangsanya.

Page 144: view (1)

“Aku bersetuju dengan cara kau itu Azim, tetapi sebelum kita bertindak, kita

mesti berfikir masak-masak. Aku tak mahu kerana mulut badan binasa. Kalaulah

kata-kata kau tu didengar oleh orang-orang Dogol, celaka kita berdua dibuatnya!:

Azman memberi ingatannya.

Azman berfikir biarlah mereka bertindak secara senyap dan licin. Azman

bercadang untuk ke kampung Dogol. Di sana mereka boleh berpura-pura sebagai

peniaga dan mereka mesti menyesuaikan diri dengan keadaan kampung itu sebelum

bertindak untuk mencapai matlamat mereka, kalau di bawah melompat, kalau di atas

menyusup. Jika mereka boleh berbuat demikian, jejak Dogol akan dapat dikesan

dengan mudah.

Azman mengingatkan Azim. Dia berharap Azim dapat menyompan rahsia

rancangannya itu. Azim berfikir, kalau pandai makan, pandailah simpan. Azman

tidak mahu dirinya dianggap sebagai sebagai seorang pandai membuat rancangan

tetapi tidak pandai menyimpan rahsia sendiri.

Dalam soal menngkap Dogol, mereka mesti pandai membawa diri. Dalam

keadaan sekarang kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.

“Ingat Azim, kalau rancangan aku bocor, kaulah yang membocorkannya.

Ingat kapak tidak boleh membelah kayu kalau bukan kayu pula yang menjadi

hulunya” Azman mengingati Azim.

“Takkan aku nak berbuat begitu. Emas yang dirampas itu adlah hasil

dagangan kita berdua!” Azim berjanji.

Page 145: view (1)

Makna Peribahasa dalam cerita “Azam”

1. kalau bukan rezeki, di mulut pun lari keluar.

Rezeki yang belum dapat ditentukan.

2. kaduk kena baja

seseorang yang tidak berguna tetapi lama hidupnya.

3. karam berdua, basah seorang.

Dua orang berbuat salah, seorang sahaja yang menerima hukumannya. 4. Anak buah

Orang di bawah jagaannya, anak saudara

5. kerbau sekandang dapat dikawal, manusia seorang tidak dapat

dimaklumi

Sangat sukar untu menghadapi manusia kerana setiap orang mempunyai

pendirian dan pendapat yang berbeza.

6. kaki terdorong badan merasa, lidah terdorong emas padahnya.

Segala janji harus ditepati. Apabila berbuat sesuatu haruslah berani menanggung akibatnya.

7. kaki sabung ayam.

Orang yang suka berjudi dengan melagakan ayam.

8. katak hendak jadi lembu

Hendak meniru-niru kelakuan orang yang besar.

9. kerana mulut badan binasa.

Kerana percakapan kita yang tidak baik, diri kita tidak dipercayai lagi.

10. kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup.

Pandai menyesuaikan diri dengan keadan setempat.

11. kalau pandai makan, pandailah simpan

Pandai menyimpan rahsia.

12. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.

Sesorang yang pandai membawa diri, tentu selamat hidupnya. 13. kapak tidak boleh membelah kayu kalau bukan kayu pula yang menjadi

hulun

Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.

Page 146: view (1)

KAEDAH-KAEDAH PEMBENTUKAN PERIBAHASA

1. Menukar keseluruhan perkataan baru dengan makna yang sama

Dalam kaedah ini, perkataan peribahasa lama telah diubah kesemuanya dengan

perkataan baru tetapi maksudnya tidak berubah. Peribahasa baru terbentuk dengan

kaedah ini kerana masyarakat sekarang telah terdedah dengan perkembangan

perbendaharan kata yang semakin berkembang mengikut arus zaman yang serba

canggih ini. Contoh peribahasa yang terhasil melalui kaedah ini:

Bil Peribahasa Makna Sama

1.

Cabik baju di dada. (baru) Membuka pekung di dada. (lama)

Membuka rahsia keluarga sendiri.

2 Cerah hati. (baru) Otak geliga (baru)

Akal kancil. (lama)

Pintar

3 Harap tin menjaga biskut, tin makan biskut. (baru)

Harapkan pagar, pagar makan padi. (lama)

Dikhianati oleh orang yang dipercayai

4 Kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau telah betung tak terpatah lagi. (baru) Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari

rebungnya. (lama)

Mendidik anak biar sejak kecil, bila sudah dewasa tidak dapat diubah lagi.

5

Jika ada padi, tentu ada hampanya. (baru) Siapa makan cili dia terasa pedasnya. (lama)

Kalau terasa bila disindir, tentu bersalah.

2. Menukar beberapa perkataan baru dalam peribahasa dengan makna yang

sama

Kaedah menukarkan beberapa perkataan baru daripada peribahasa yang sedia wujud

juga merupakan cara pembentukan peribahasa baru yang ada sekarang. Walau

bagaimana pun, makna untuk peribahasa bentuk ini tidak berubah daripada makna

asalnya. Contoh dapat di lihat seperti di bawah.

Page 147: view (1)

Bil

Peribahasa

Makna Sama

1.

Cangkat sama didaki, lurah sama dituruni (baru).

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

(lama)

Senang sama senang, susah sama susah.

2 Kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan. (baru)

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

(lama)

Kedatangan orang lain ke tempat kita disambut dengan hati yang

terlalu gembira.

Buat baik bertempat, buat jahat jangan sekali. (Baru)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan

sekali. (lama)

Berhati-hati melakukan sesuatu kerja.

3 Berkawan biar satu, bercinta biar setia

(baru)

Berkawan biar beribu, berkasih biar satu.

(lama)

Setia kepada yang satu.

4 Akal komputer (baru)

Akal kancil (lama)

Orang yang bijak atau pintar

5 Dengar-dengar angin. (baru)

Khabar-khabar angin. (lama)

Berita belum sah

3. Menukar keseluruhan perkataan peribahasa dengan makna yang baru

(Peribahasa terbaharu)

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan oleh masyarakat hari ini

untuk membentuk peribahasa baru. Sejumlah besar daripada peribahasa baru yang

tersenarai itu adalah peribahasa baru secara keseluruhannya sama ada perkataan yang

digunakan baru atau makna peribahasa itu juga baru.

Page 148: view (1)

1. Fajar menyinsing sb

Selepas subuh, sebelum terbit mata hari.

2.Fakir miskin sb

Tidak berharta.

3.Fardu ain sb

Ibadat wajib bagi setiap individu Islam.

4.Fasih lidah sb

Pandai bercakap.

5.Feri sarat sb

Cukup muatan. 6.Fikiran tajam sb

Tidak dapat berfikir dengan jelas.

7.Filem bisu sb

Filem bersuara.

8.Ikan kena tuba sb

Ramainya orang sakit termakan racun.

9.Ikan kering sb

Ikan masin.

10.Ikan di laut dipipiskan lada ppt

Yakin pada perkara yang belum pasti.

4. Menukar makna dengan perkataan peribahasa yang sama

Peribahasa baru boleh terbentuk dengan menggunakan kaedah menukar makna

peribahasa lama kepada makna baru tetapi perkataan yang digunakan tetap sama

dengan peribahasa lama. Peribahasa ini jelas dilihat pada contoh di bawah:

Bil Peribahasa Sama Makna Berubah

1.

Harapkan pagar, pagar makan

padi (lama)

Orang yang tidak boleh dipercayaai. (lama)

Dikhianati oleh orang yang dipercayai. (baru)

2. Hati batu (lama) Orang yang degil. (lama) Orang yang bengis dan degil. (baru)

3. Hati keras. (lama) Orang yang degil. (lama)

Bercita-cita kuat. (baru)

Page 149: view (1)

4 Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-

masing. (lama)

Mementingkan diri sendiri. (lama) Tidak suka berpakat, mementingkan diri

sendiri. (baru)

5 Enggang sama enggang; pipit sama pipit. (lama)

Mementingkan darjat keturunan. (lama) Sama status (baru)

5. Penambahan perkataan dalam peribahasa dengan makna yang sama

Kaedah pembentukan peribahasa baru ialah dengan menambahkan beberapa perkataan

pada peribahasa yang sedia ada. Namun begitu, makna peribahasa tersebut tetap sama.

Contoh peribahasa baru melalui kaedah ini dapat dilihat seperti di bawah ini.

Bil Penambahan Perkataan

dalam Peribahasa

Makna Sama

1 Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading,

manusia mati meninggalkan nama.

Selepas mati, yang kenang orang ialah nama baik atau nama buruk.

2 Jauh berjalan banyak pengalaman; lama

hidup banyak dirasa.

Banyak pengalaman

3 Di mana api padam, di situlah

puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal.

Di mana mati, di situlah dikuburkan.