1 · web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada...

26
PERKARA M/S PENDAHULUAN 1 DEFINISI ROKOK 2-4 PENERANGAN MENGENAI TABIAT MEROKOK 4-5 PANDANGAN AGAMA TERHADAP ROKOK 6-11 KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN MODAL INSAN BERKUALITI 11 4.1 TERHADAP KESIHATAN 11-12 4.2 TERHADAP EKONOMI 13-14 4.3 TERHADAP SOSIAL 14-15 4.4 TERHADAP PEMBELAJARAN 16-17 KESIMPULAN 18

Upload: buiquynh

Post on 18-Mar-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

PERKARA M/S

PENDAHULUAN 1

DEFINISI ROKOK 2-4

PENERANGAN MENGENAI TABIAT MEROKOK 4-5

PANDANGAN AGAMA TERHADAP ROKOK 6-11

KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN MODAL INSAN BERKUALITI

11

4.1 TERHADAP KESIHATAN 11-12

4.2 TERHADAP EKONOMI 13-14

4.3 TERHADAP SOSIAL 14-15

4.4 TERHADAP PEMBELAJARAN 16-17

KESIMPULAN 18

PENDAHULUAN

Page 2: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

Merokok merupakan satu tabiat yang kian menular dikalangan masyarakat di

Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa bilangan perokok telah kian meningkat dengan

mendadaknya terutama daripada kalangan pelajar-pelajar universiti. Tanpa disedari rokok

telah menjadi satu budaya dikalangan masyarakat Malaysia dan kini berada pada tahap

yang kritikal. Didalam aspek pembangunan diri, tanpa disedari bahawa rokok telah

menjadi punca kepada keruntuhan kualiti modal insan bagi setiap aspek individu yang

bergelar ‘perokok’. Untuk membincangkan dengan lebih lanjut lagi tentang kesan rokok

didalam pembentukan modal insan , tugasan ini akan memberikan penerangan yang lebih

terperinci mengenainya. Didalam tugasan ini, kami telah membincangkan mengenai

maksud tabiat merokok yang perlu difahami dengan lebih jelas lagi. Terdapat juga

pengisian yang mengaitkan pandangan agama terhadap rokok dari segi hukum-hukum

serta dalil-dalil yang bernas mengenai hujah tersebut. Apabila menyentuh mengenai

kesan merokok terhadap pembentukan modal insan yang berkualiti pula, kami telah

memberikan contoh-contoh kesan terhadap perokok dari segi kesihatan, sosial,

pembelajaran dan ekonomi. Empat aspek ini sebenarnya telah menunjukkan bahawa

merokok telah menjadikan seorang individu itu tidak mempunyai pembentukan modal

insan yang berkualiti. Akhir sekali kami mengharapkan bahawa tugasan ini mampu

memberikan penerangan yang berguna kepada semua dan boleh menjadikannya sebagai

panduan mengenai konsep pembentukan modal insan yang seiring dengan perlaksanaan

kempen yang dijalankan oleh kerajaan mengenain pembentukan modal insan berkualiti

ini.

1.0 DEFINISI ROKOK

1

Page 3: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

1Rokok adalah kertas yang berbentuk silinder berukuran lebih kurang 70 hingga

120 milimeter (mm) yang berdiameter antara 10mm. Didalam silinder tersebut diisi

dengan daun tembakau yang telah diricik halus. Rokok terbahagi kepada dua iaitu rokok

yang berfilter dan rokok yang tidak berfilter. Filter ini diperbuat daripada bahan seperti

kapas dan ia diletakkan pada rokok dengan tujuan untuk menapis nikotin daripada terus

masuk kedalam mulut dan juga organ dalaman. Antara contoh rokok yang berfilter ialah

Samporna, Pall Mall, dan lain-lain lagi. Contoh bagi rokok yang tidak berfilter pula ialah

cerut.

2

Terdapat tiga jenis racun yang paling penting dalam sebatang rokok. Racun-racun

tersebut ialah tar, nikotin dan karbon monoksida. Kesemua racun itu dicampurkan

bersama-sama daun tembakau. Menurut kajian tar mengandungi sekurang-kurangnya 43

jenis bahan kimia yang merbahaya dan boleh mengundang penyakit kanser (karsinogen).

Antara bahan kimia tersebut ialah benzopyrene. Benzopyrene ialah sejenis policyclic

aromatic hydrocarbon (PAH), yang mana bahan ini telah disahkan sebagai penyebab

penyakit kanser pada suatu masa dahulu.

1 Sumber daripada wikipedia2 Picture 1 Pokok tembakau

2

Page 4: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

Nikotin3 adalah sebab kepada penagihan. Ini kerana nikotin bertindak balas

dalam otak manusia yang memberi kesan kepada sistem mesolimbik sama seperti tindak

balas bagi heroin, amfetamin4, dan kokain5. Dunia perubatan telah mengiktiraf bahawa

nikotin juga adalah sejenis dadah. Selain menyebabkan ketagihan nikotin juga menjadi

punca utama diserang penyakit jantung dan juga strok.

Seperti yang sudah diketahui ramai, karbon monoksida keluar dari ekzos

kenderaan. Gas karbon monoksida ini dapat menjejaskan udara atau oksigen yang akan

dibekalkan kepada tisu-tisu badan hingga boleh mencacati dan boleh menyebabkan

kematian apabila paras karbon monoksida yang berada dalam badan melebihi 60%.

Terdapat tiga6 kategori rokok pertama ialah mild atau juga dikenali sebagai light,

jenis yang kedua pula ialah menthol dan akhir sekali ialah cerut. Rokok jenis mild

dikatakan mengandungi kandungan tar dan nikotin yang paling rendah berbanding rokok

jenis light dan rokok jenis cerot. Rokok jenis ini mengandungi kira-kira 14 hingga 15

miligram (mg) tar dan 5mg nikotin.

Bagi sebatang rokok menthol pula ia mengandungi 20 miligram (mg) tar dan 4

hingga 5 miligram (mg) nikotin. Rokok cerut pula selalunya berbentuk seperti sebuah

torpedo, ukurannya lebih panjang dan lebih besar daripada rokok light atau mild dan

rokok kretek. Beza antara cerut dengan rokok lain ialah cara menbuatnya. Untuk rokok

light dan kretek daun tembakaunya diracik halus tetapi bagi cerut pula daun tembakaunya 3 Nikotin merupakan sejenis racun saraf yang digunakan dalam racun serangga.4 Amfetamin ialah dadah sintetik yang dihasilkan sebagai pembantut selera.5 Kokain ialah peransang yang dihasilkan secara semulajadi.6 Sumber daripada wikipedia.

3

Page 5: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

tidak diracik, malah ia hanya menggulungkan daun tembakau itu sahaja hingga

menbentuk sebuah silinder yang agak besar. Oleh kerana saiznya yang lebih besar

daripada rokok lain maka kandungan tar dan nikotinnya pun lebih banyak. Oleh itu rokok

jenis ini lebih merbahaya daripada rokok yang lain.

2.0 PENERANGAN MENGENAI TABIAT MEROKOK

Tabiat merupakan suatu kurniaan yang baik yang telah dicipta oleh Allah yang

Maha Kuasa.Ia mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu tampa perlu dalam

keadaan sedar dan tidak perlu memaksa diri untuk melakukan sesuatu perkara.Biasanya,

tabiat merupakan perkara yang disukai oleh seseoorang sehingga apa yang dilakukan itu

dilakukan dalam keadaan tidak sedar.

Tabiat sekiranya digunakan ke jalan yang diredai akan membawa kepada

kebaikan dan sebalikya jika digunakan kejalan yang tidak sepatutnya.Sebagai contoh, kita

boleh menggunakan kelebihan tabiat ini dalam megerjakan suruhan Allah seperti selalu

berdoa apabila menghadapi kesusahan dan sekiranya kita melalukannya berulang kali

tanpa memaksa diri kita untuk melakukannya,kita akan terbiasa melakukan perkara

ini.Inilah yang dinamakan tabiat.

Mengikut Kamus Bahasa Malaysia7, tabiat bermaksud sifat batin seseorang yang

mempengaruhi fikiran atau perbuatannya.Selain itu,tabiat juga bermaksud perbuatan yang

7 Kamus Bahasa Malaysia(Edisi pelajar).Dewan Bahasa dan Pustaka,1985.

4

Page 6: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

selalu yang dilakukan. Merokok pula bermaksud menghisap rokok.Oleh itu,tabiat

merokok bolehlah diertikan sebagai sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran

atau perbuatannya untuk menghisap rokok dan perbuatan seseorang yang selalu

menghisap rokok.

Mengikut Kamus Fajar Rumi-Jawi8 pula mendifenisikan tabiat sebagai sifat

semulajadi seseorang,yang mengawal pemikiran.Merokok pula diertikan sebagai

menghisap rokok.Jadi maksud tabiat merokok ialah sifat seseorang yang mengawal

pemikirannya untuk menghisap rokok.

Selain daripada itu, mengikut Kamus Dewan9, tabiat merupakan perangai,budi

pekerti dan watak.Merokok pula merupakan menghisap rokok.Maka maksud tabiat

merokok dapat dispesifikasikan sebagai perangai seseorang yang suka menghisap rokok.

3.0 PANDANGAN AGAMA TERHADAP ROKOK

8 Yunus Maris(1984).Kamus Fajar Rumi-Jawi,Fajar Bakti.9 Kamus Dewan(Edisi Baru).Dewan Bahasa dan Pustaka,1993.

5

Page 7: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

Rokok adalah terbukti mengandungi berbagai-bagai jenis bahan kimia yang

berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas

dibuktikan bahawa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok pada daun tembakau

adalah ternyata sejenis bahan kimia yang memabukkan. Ia diistilahkan sebagai candu.

Dalam syara’, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau

disuntik pada seseorang maka ia dikategorikan sebagai candu atau dadah kerana

pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang dikenalpasti memabukkan atau

mengandungi elemen yang memabukkan.

Dalam mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukan, Jumhur

ulama fikah yang berpegang kepada syara menghukumkan atau menfatwakannya sebagai

benda “haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan”.

Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari

syara sebagaimana hadis yang berikut

“setiap yang memabukkan itu adalah haram” 10

Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan

adalah dihukum haram. Kalimah “kullu” di dalam hadith ini bererti “setiap ” . Ia

membawa maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa sahaja yang memabukkan

adalah haram hukumnya.Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith dibawah ini:

“setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram”11

Hadis di atas ini menyatakan dengan jelas bahawa setiap apa saja yang

memabukkan adalah haram hukumnya. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad s.a.w

menggunakan kalimah kullu() iaitu “setiap apa saja ”,sama ada berbentuk

10 Hadis Riwayat Muslim11 Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud

6

Page 8: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

cecair ,padat,serbuk atau gas. Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas diatas ini

kerana beralasan atau menyangka bahawa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukannya

haram sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak

mengandungi candu dan jika adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit.Begitu

juga dengan alasan yang lain ,“menghisap sebatang rokok tidak akan terasa memabukkan

langsung”.Alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan

kepada hadith di bawah ini: “Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada

sedikitnya juga adalah haram”.12

Berpandukan hadith di atas dikuatkan lagi dengan kenyataan ini iaitu

kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan,

maka walaupun setitis arak juga hukum pengharamnnya tetap sama dengan segelas arak

tersebut.Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum

haram.Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah dipersetujui oleh

ulama-ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan

haram untuk dimakan, diminum, dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan

terpaksa. Di dalam sepotong hadis sahih yang diriwayatkan oleh Iman Muslim, Nabi

Munammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama

hukumnya dengan hukum arak. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan

ialah: “Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah

haram”13

Dalam perkara ini ada yang mengatakan bahawa rokok tidak sama dengan arak.

Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau adalah dari jenis lain dan arak pula dari

12 Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah13 Hadis Riwayat Muslim

7

Page 9: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok.Memanglah rokok dan arak tidak

sama pada ejaan dan rupanya, tetapi dari hukum kesan bahan yang memabukkan yang

terkandung di dalam rokok dan arak tidak berbeza dari segi syara.Ini kerana kedua-dua

benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang

memabukkan kepada pengguna atau penagihnya.Tidak kira sedikit atau banyak

kandungan yang terdapat atau yang digunakan, , sama ada dari jenis cecair,

pepejal,serbuk atau gas apabila nyata memabukkan.Yang menjadi perbincangan hukum

ialah benda yang boleh memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka

hukumnya tetap sama, iaitu haram sebagaimana keterangan hadith sahih di atas.

Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa akan ada

di kalangan umatku yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan

dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda

tersebut.

“Pasti akan berlaku dikalangan manusia-manusia dari umatku,

meneguk(minum/hisap/sedut,suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan

nama yang lain”.14

Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas

bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan,diminum atau digunakan tanpa

ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa, maka ia dihukumkan sebagai benda haram dan

ia dianggap sejenis dengan arak.Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok

bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan dalam penggunaan dadah kerana

adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau

sebagainya.Sebaliknya penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-

14 Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

8

Page 10: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

suka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa penagih melayani kehendak

nafsunya. Dalam pada itu, tanpa menyedari, ia telah membeli penyakit dan menambah

masalah, mengundang kematian dan secara tidak langsung ia telah melakukan kezaliman

terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah oleh syara.

Dadah telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w

disebabkan kedua-duanya benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketgihan yang

serupa kepada penggunanya.Melalui kaedah yang diambil dari hadith Nabi diatas,

dapatlah kita kategorikan dadah jenis nikotin yang terdapat di dalam rokok, hukumnya

adalah sama dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.

Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan adalah

haram kerana nyata ia dikategorikan sejenis dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w,

maka di dalam hadith dan al-Quran juga terdapat amaran keras dari Allah dan Rasulnya.

Dari Abu musa berkata

Rasulullah s.a.w bersabda : Tiga orang tidak masuk syurga. Penagih arak,

orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahim”.15

Firman Allah:

“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa

pada keduanya itu dosa yang besar”.16

Firman Allah:

15 Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban16 Al Baqarah:219

9

Page 11: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak, judi, berhala dan bertenung

itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu

meninggalkanya semoga kamu beroleh kejayaan”, Maidah:90

Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak

tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak sejajar dengan

berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji yang wajib dijauhi oleh akal yang sihat.

Perkataan “rijs” ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali terhadap perkara-perkara

yang sememangnya kotor dan jelek.Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini

tidak lain dan tidak bukan mesti berasal daripada syaitan yang sangat gemar melakukan

kemungkaran sebagaimana amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahawa:

“Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di

antara kamu lantaran khamar dan judi itu menghalangi kamu dari mengingati Allah dan

sembahyang.Apakah kamu tidak mahu berhenti?” 17

Justeru dengan itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan itu dengan

ungkapan yang tajam: “Apakah kamu tidak mahu berhenti?”

Kesimpulanya, Rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah

nikotin adalah haram pengambilanya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah

yang boleh membawa kesan mabuk atau mmemabukkan apabila digunakan oleh manusia.

Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah menganggu kesihatan seseorang

penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut

yang mengakibatkan kematian.Rokok pastinya menambah racun toksin yang terkumpul

di dalaqm tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu

17 Al Maidah:91

10

Page 12: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

mengalami kerosakkan dan memggangunya daripada berfungsi dengan baik dan

membuka kepada serangan kuman dan bara

4.0 KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN MODAL INSAN BERKUALITI

Tabiat merokok merupakan gejala yang kini sering diamalkan oleh pelajar.

Perkara ini amat membimbangkan negara kita sekarang kerana pelajar merupakan

pemangkin kepada Negara pada masa akan datang. Pelajar boleh dikatakan modal insan

berkualiti.Kesan merokok ke atas modal insan berkualiti, boleh terbahagi kepada

beberapa bahagian. Diantaranya ialah dalam ekonomi, sosial, kesihatan dan

pembelajaran.

4.1 TERHADAP KESIHATAN

Rokok mengandungi pelbagai racun yang berbahaya. Perokok dan bukan

perokok yang terdedah kepada asap terpakai atau asap jaluran sisi akan menghadapi

risiko mendapat beberapa penyakit. Kerana didalam rokok18 mengandungi nikotin,karbon

monoksida, tar dan fenol. Secara jelas menunjukkan merokok membawa kesan buruk

kepada tubuh badan. Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser,

jantung, paru-paru dan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang

rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang

membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu

sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium -

201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia),

18 Di ambil dari Pusat Racun Negara, USM Official Website.

11

Page 13: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun

(hydrogencyanide) yang digunakan di `kamar gas maut' bagi pesalah yang menjalani

hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar,

nikotin dan karbon monoksida yang kita ketahui amat bahaya kesannya terhadap

manusia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan19 Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan

akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah daripada 1 juta dalam pertengahan

tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10

juta setahun menjelang tahun 2020. Jumlah kematian yang dianggarkan ini hampir

menyamai jumlah kematian orang awam dalam Perang Dunia Pertama.

Statistik telah menunjukkan dan membuktikan bahawa tabiat merokok

mengakibatkan 90% dari kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru

(choronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes sakit jantung di kalangan lelaki

berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi jenis kanser selain kanser paru-paru dan juga

komplikasi dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut dikaitkan dengan merokok di

kalangan ahli keluarga.

Segala pernyataan yang berada di atas, kita dapat merumuskan tabiat merokok

hanya mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Di dalam linkungan modal insan

berkualiti merokok akan mengurangkan lagi modal insan seseorang itu. Contohnya

apabila kita merokok, pelbagai penyakit yang melanda pada tubuh badan kita.

Diantaranya kanser paru-paru yang boleh membawa maut.

19 Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website.

12

Page 14: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

Oleh yang demikian bagaimana seorang pelajar itu dapat meningkatkan lagi

kualiti modal insannya sekiranya mereka menghidap penyakit seperti yang telah

dibincangkan tadi?. Perkara ini juga akan memepengaruhi proses pembelajaran mereka

dan secara tidak langsung juga akan menjejaskan prestasi akademiknya.

Maka, objektif pelaksanaan misi dan visi di Kuittho akan tidak tercapai

sepenuhnya oleh para mahasiswa di kolej universiti ini kerana proses pembentukan

modal insan berkualiti tidak berjalan dengan lancar sekali.

4.2 TERHADAP EKONOMI

Insan berkualiti di dalam perbincangan ini, kami lebih tumpukan kearah pelajar-pelajar.

Kesan merokok yang pertama ialah ekonomi. Sebagai seorang pelajar, sudah tentulah

segala pembelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa ataupun biasiswa dan

pinjaman. Sebagai seorang pelajar, mereka sepatutnya menggunakan wang yang diberi

untuk belajar. Namun terdapat juga segelintir pelajar yang menyalahgunakan wang

tersebut ke arah yang tidak berfaedah. Contoh yang mudah dalam perbincangan ini

adalah rokok.

Dari sudut ekonomi, merokok adalah suatu amalan pembaziran.20 Setiap individu

yang menghisap rokok melampaui 20 batang sehari yang berharga RM 5 keatas untuk

sekotak rokok. Dianggarkan selama sebulan wang yang dibelanjakan adalah diantara RM

150 keatas dan RM1,800 setahun dan sejumlah RM18,000 bagi sepuluh tahun.

20 Diambil dari ucapan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sempena Pelancaran Kempen Nafas Baru Bermula Ramadhan 1425H dan Pelancaran Berhenti Merokok Di Parlimen.

13

Page 15: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 1986, para perokok

di semenanjung Malaysia membakar sekurang-kurangnya RM 3 juta sehari untuk

membeli rokok.

Wang sebanyak ini tentu sekali boleh dimanfaatkan ke arah yang lebih

menguntungkan dan berfaedah kepada diri perokok dan keluarganya. Contoh yang

terdekat adalah seorang pelajar seharusnya menggunakan wang untuk kegunaan belajar

seperti buku, dan komputer demi meningkatkan lagi kualiti modal insannya.

Dengan itu, kita dapat melihat bahawa merokok adalah suatu amalan yang

membazirkan wang anda. Oleh yang demikian, dalam konteks modal insan berkualiti,kita

seharusnya tidak mempunyai tabiat yang negatif ini kerana ia banyak memberi kesan

buruk terhadap diri sendiri, masyarakat, bangsa dan Negara.

4.3 TERHADAP SOSIAL

Daripada pemantauan yang dilakukan, didapati kebanyakan pelajar-pelajar di

KUiTTHO ini di dapati hampir 60 peratus adalah sebagai seorang perokok. Manakala

yang selebihnya adalah bukan perokok. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak beliau menyatakan bahawa dari kaji selidik yang

dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996, kadar keseluruhan

merokok di negara ini ialah 24.8% manakala prevalen bagi lelaki ialah 49.2% dan untuk

wanita 3.5%21.

Selain itu juga, kesan lain terhadap mereka juga adalah dari segi kesihatan,

dimana kesihatan mereka akan terjejas. Mereka akan mudah dapat penyakit seperti

21 Petikan ini diambil semasa Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak menghadiri pelancaran kempen nafas baru bermula Ramadhan 1425H dan pelancaran berhenti merokok yang bertempat di dewan makan bangunan parlimen Malaysia iaitu pada 27 September 2006.

14

Page 16: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

demam, batuk, selesema dam sebagainya. Apabila kesihatan mereka tidak stabil mereka

tidak akan dapat memberi tumpuan di dalam kelas semasa pensyarah memberikan kuliah.

Didapati juga kebanyakan pelajar-pelajar KUiTTHO juga mereka berjinak-jinak

ke kancah merokok ini bermula dari bangku persekolahan lagi. Dari sini kita boleh lihat

bahawa modal insan bagi pelajar yang merokok adalah rendah. Mereka telah mula

merokok dari zaman persekolahan lagi. Mungkin mereka telah merokok hampir lima

hingga enam tahun. Apabila seseorang itu telah ketagih kepada rokok susah untuk

membuat mereka berhenti daripada terus merokok.

Selain daripada itu, bagi rakan-rakan yang tidak merokok dan berkawan dengan

mereka yang merokok didapati bau nafas dan juga bau pakaian mereka yang merokok

boleh mengganggu kehidupan mereka yang tidak merokok sama sekali. Dengan ini,

boleh menjejaskan perhubungan sillaturrahim antara mereka. Mereka juga yang tidak

merokok akan rasa tidak selesa dengan bau rokok itu serta akan akan merasa malu

dengan mempunyai rakan yang menghisap rokok.

Oleh kerana hubungan perokok dengan rakan-rakannya tidak baik, bagi perokok

tersebut mereka juga mungkin akan disingkirkan atau tidak diambil tahu oleh rakan-rakan

lain yang tidak menghisap rokok. Di sini menunjukkan salah satu langkah untuk

membuat perokok tersebut untuk berhenti daripada menghisap rokok.

Seperti yang kita sedia maklum juga, tabiat merokok yang menular kini diterima

sebagai suatu perkara kebiasaan dan simbol status dalam masyrakat KUiTTHO.

Walaupun papan tanda dipasang dimerata tempat, namun bagi pihak yang tidak

bertanggungjawab mereka langsung tidak menghiraukan amaran-amaran yang dinyatakan

dalam papan tanda tersebut. Jelas di sini menunujukkan bahawa rokok diibaratkan

15

Page 17: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

sebagai teman bagi setiap perokok. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk

memastikan KUiTTHO kita ini bebas daripada rokok namun mereka (perokok) tetap

degil dan tidak mengendahkan kepada kempen-kempen tersebut.

Akhir sekali, kesan lain yang terdapat pada seseorang perokok itu adalah

persenoliti mereka akan terjejas. Mereka akan nampak lebih serabut22 dan kehidupan

mereka tidak terurus dengan baik. Kebanyakan wanita, mereka tidak suka pada lelaki

yang merokok dan kemas. Jesteru itu, disarankan bahawa bagi lelaki yang ingin memiliki

wanita idamannya berhentilah daripada merokok. Kebanyakan wanita juga, mereka tidak

tahan dengan asap rokok. Apabila mereka terrhidu asap rokok mereka akan rasa tidak

selesa seperti sesak nafas, loya dan sebagainya.

4.4 TERHADAP PEMBELAJARAN

Kuittho merupakan salah satu tempat lanjutan untuk para pelajar mencari ilmu

pengetahuan dan juga memiliki ramai pelajar yang mempunyai tabiat merokok.

Walaupun hukum merokok telah jelas, namun mereka masih mengabaikannya dan

mengambil ringan akan hukum tersebut.23 Tanpa mereka sedari, merokok itu mempunyai

banyak kesan yang akan merugikan mereka suatu hari nanti. Kesan merokok bukan

hanya terhad kepada aspek kesihatan sahaja, tetapi merokok itu juga mempengaruhi

pembelajaran seseorang pelajar itu.24 Masa depan para pelajar bergantung kepada

pembelajaran mereka di universiti dan akan termusnah impian itu jika amalan merokok

itu tidak dihentikan.

22Apa yang dikatakan serabut di sini adalah menggambarkan bahawa kehidupan pelajar itu sememangnya selekeh dan compang-camping.23 http://www.darulkautsar.com/pemurniansyariat/hukumrokok.htm24 http://afiat3000.tripod.com/kesan_merokok.htm

16

Page 18: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

Ini kerana apabila seseorang itu merokok, mereka akan mula ketagih dan akan

mengganggu waktu pembelajaran mereka. Waktu yang ditetapkan untuk belajar telah di

habiskan dengan menghisap rokok sahaja. Tabiat ini akan akan menyukarkan pelajar

belajar mengikut jadual yang disediakan. Ini kerana apabila mereka hendak merokok,

mereka akan memikirkan cara-cara dan tempat yang boleh mereka pergi untuk merokok.

Secara tidak langsung, pelajaran mereka akan terganggu dan berkemungkinan boleh

mendatangkan masaalah sehingga ke tahap ponteng daripada menghadiri kuliah.

Di KUiTTHO, terdapat sebilangan besar pelajar yang mendapat pinjaman25 dan

biasiswa dari agensi-agensi kerajaan dan swasta. Pertolongan wang yang diberikan ini

bertujuan menampung perbelanjaan mereka di unuversiti termasuk yuran pengajian.

Tetapi bagi pelajar yang menghisap rokok, wang yang diberikan telah diabiskan untuk

membeli rokok sahaja. Dari itu timbul pula masaalah yang lain seperti perjalanan proses

pembelajaran mereka terganggu dan terpaksa melaui kesukaran dalam pelajaran mereka.

Contohnya mereka tidak dapat membeli buku-buku rujukan, membuat projek dan

sebagainya.

Dari itu, timbullah perasaan gusar di hati mereka dan bimbang tidak dapat

menyambung pelajaran mereka. Perasaan ini akan membuatkan pelajar berasa tertekan

dan tidak dapat lagi menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran.26 Apabila keadaan

semakin tertekan, mereka akan mula bertindak melakukan sesuatu yang di larang seperti

mencuri dan sebagainya. Tindakan yang dilakukan ini akhirnya akan menyusahkan diri

25 Pinjaman PTPTN26 http://www.brunet.bn/news/pelita/31mei/menjana.htm

17

Page 19: 1 · Web view“mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar”. Firman Allah:

sendiri kerana di khuatiri akan di buang daripada pengajian. Sudah tentu perkara ini akan

merugikan pelajar kerana peluang mereka untuk kembali sambung pengajian begitu

sukar.

Oleh itu, perbuatan merokok itu amat merugikan para pelajar di dalam proses

pembelajaran mereka. Tabiat ini akan mempengaruhi pembelajaran dan sedikit sebanyak

akan merosakkan minda pelajar. Pembelajaran yang bagus datang daripada badan yang

sihat. Untuk memilikinya, tabiat merokok perlu di jauhkan dan ditinggalkan serta merta

sebelum ianya memusnahkan pembelajaran kita.

5.0 KESIMPULAN

Merokok merupakan satu gejala yang merugikan semua pihak samaada pada diri

sendiri, masyarakat dan negara. Rokok itu sama sekali dianggapkan sebagai senjata atau

musuh yang membunuh secara perlahan demi perlahan .Didalam konteks pembentukan

modal insan berkualiti, merokok dengan jelasnya telah menjadi punca kepada penurunan

modal insan berkualiti seseeorang individu itu buktinya kita dapat perhatikan dari sudut

kesihatan seorang perokok itu, ekonomi seorang perokok itu,proses bersosialisasi pelajar

itu dan akhirnya proses pembelajaran pelajar tersebut.oleh itu, sebagai bakal pemimpin

pada masa akan datang, maka bermulalah dari sekarang untuk tidak merokok yang

sememangnya banyak memberi kesan kepada diri sendiri apatah lagi kesannya terhadap

pewaris-pewaris kita di masa akan datang.

18