variasi

17
6.0 6.0 VARIASI VARIASI

Upload: nor-rafidah-che-yusof

Post on 28-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: variasi

6.0 6.0 VARIASIVARIASI

Page 2: variasi

6.1 Variasi dalam organisma Variasi ialah perbezaan ciri fenotip yang wujud antara individu dalam spesies yang sama.

Variasi menjamin kemandirian spesies antara individu dalam persekitaraan yang berlainan.

Contoh variasi : warna kulit, jenis rambut, kumpulan darah, ketinggian, cap jari dan warna anak mata.

Page 3: variasi

Jenis Variasi

a)Variasi selanjarMenunjukkan perbezaan yang mempunyai selisih yang sedikit. Terdapat julat ukuran Daripada satu ekstrim kepada satu ekstrim yang lain.Graf dilukis berbentuk loceng yang dikenali Sebagai graf taburan normal.Tiada kategori yang jelas bagi individu Kerana perubahan ciri-ciri antara individu Adalah beransur-ansur.Bersifat kuantitatif kerana ciri-cirinya boleh diukur.

Page 4: variasi

Ciri ditentukan oleh pelbagai gen dan dipengaruhi oleh faktor genetik atau persekitaran atau kedua-duanya. Contoh: ketinggian, berat badan, warna Kulit dan kepintaran.

Page 5: variasi
Page 6: variasi

b) Variasi Tak Selanjar

Individu dibahagikan kepada kumpulan yang Ketara sama ada memiliki ciri atau tidak. Tiadakumpulan perantaraan. Tiada perbezaan yang berubah secara beransur-ansur tetapi bersifat diskret. Bersifat kualitatif kerana ciri adalah sama ada ada atau tiada. Ciri ditentukan oleh satu gen dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Contoh: kebolehan menggulungkan lidah, lekapan cuping telinga, kumpulan darah & jenis cap jari.

Page 7: variasi

6.2 Punca Variasi

a)Faktor genetik yang menyebabkan variasi adalah:i. pindah silang semasa profasa 1ii. Penyusunan kromosom secara bebas

samasa metafasa 1iii. Pensenyawaan rawak

i.Pindah Silang- Pindah silang berlaku semasa profasa 1

meiosis.- Pertukaran segmen tertentu antara kromatid

bukan kembar kromosom homolog berlaku dititik pindah silang yang dipanggil kiasma. - Gabungan gen yang baru dihasilkan. Kromatid

berpisah semasa anafasa II meiosis dalam pembentukan

gamet.

Page 8: variasi
Page 9: variasi

ii. Penyusunan kromosom secara bebas - Kromosom pasangan homolog menyusun secara rawak pada satah khatulistiwa sel semasa metafasa I meiosis. - Setiap pasangan kromosom homolog, yang terdiri daripada satu kromosom daripada bapa & satu lagi daripada ibu, menyusun secara bebas. - Bilangan susunan yang mungkin adalah bergantung kepada bilangan diploid kromosom dalam sel induk. Dalam sel manusia, terdapat 223 susunan kromosom yang mungkin.

Page 10: variasi
Page 11: variasi

iii. Pensenyawaan secara rawak - mana-mana satu gamet jantan boleh bersenyawa dengan satu ovum secara rawak untuk membentuk satu zigot.

b) Kesan faktor persekitaran pada variasi - faktor persekitaran termasuk suhu, keamatan cahaya, pH, nutrien dan kesuburan tanah. - contoh: Hydrangea sp. menghasilkan bunga biru jika ditanam di tanah berasid dan bunga merah jambu sekiranya ditanam di tanah beralkali.

Page 12: variasi

c) Mutasi - ialah perubahan secara spontan pada kandungan gen dalam suatu sel. - 2 jenis mutasi: i. mutasi kromosom - melibatkan perubahan dlm struktur @ bilangan kromosom.

Perubahan dlm struktur kromosom berlaku dlm 4 cara;

pelenyapan-suatu fragmen kromosom terpisah & hilang.

Page 13: variasi

penyongsangan – suatu fragmen kromosom terputus, berputar sebanyak 180 & kemudian bersambung semula pada kedudukan asal.

Page 14: variasi

penggandaan – suatu fragmen kromosom diulang.

translokasi – suatu fragmen kromosom terputus dan melekat pada satu kromosom yang lain.

Page 15: variasi

Bilangan kromosom dalam gamet berubah apabila kromosom homolog gagal untuk berpisah semasa meiosis, menyebabkan pertambahan/kehilangan kromosom.

(Tiada ciri seks sekunder, mempunyai ovari yg gagal berkembang dan mandul)

(lelaki kekurangan sperma, testis kecil & buah dada besar)

Page 16: variasi

ii. Mutasi gen – perubahan struktur gen. (turutan dlm bes DNA berubah). pelenyapan – suatu bahagian nukleotida hilang. penggandaan- suatu bahagian nukleotida berulang. penyongsangan- suatu bahagian nukleotida terputus, berputar 180 & bersambung semula. penggantian-bes suatu nukleotida diganti dengan bes lain.

- contoh : anemia sel sabit, albinisme dan hemofilia.

Punca mutasi.-Disebabkan oleh mutagen iaitu sinaran berbahaya & bahan kimia.- sinaran berbahaya seperti sinar-X, sinar alfa, sinar beta, sinar gamma dan sinar ultraungu.-Bahan kimia seperti kafein, asid nitrus, formaldehid, kolkisin, pestisid, bahan awet makanan, asbestos & asap tembakau.

Page 17: variasi