i keberkesanan pembelajaran koperatif …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/noraziah_ramli.pdfi...

47
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD) DALAM FIZIK TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR NORAZIAH BINTI RAMLI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2016

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

i

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS-

ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD) DALAM FIZIK TERHADAP PENCAPAIAN

PELAJAR

NORAZIAH BINTI RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal

(Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2016

Page 2: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat Suami Tercinta,

Azham bin Aziz

dan Anak yang disayangi.

Adreen Muhaimin bin Azham

Terima kasih kerana amat memahami dan memberi sokongan yang tidak berbelah

bagi. Kasih sayang dan sokongan yang diberikan menjadi kekuatan dalam meneruskan

perjuangan ini.

Buat bapa dan ibu tersayang, Ramli bin Othman dan Siti Meriam binti Hj Md

Salleh, mertua serta adik beradik dan rakan-rakan, terima kasih di atas doa yang tidak

pernah henti-henti dan sokongan mental dan fizikal sepanjang menyiapkan kajian ini.

Doa dan restu kalian menjadikan perjalanan ini lebih mudah dan bermakna.

Page 3: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA,

dapat saya menyempurnakan Laporan Projek Sarjana ini dengan sempurna.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada

penyelia projek sarjana yang saya hormati, Dr. Mohd Hasril bin Amiruddin atas

bimbingan, tunjuk ajar serta kesabaran yang diberikan sepanjang tempoh menjadi

penyelia dalam melaksanakan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada panel-

panel penilai Dr. Azita binti Ali dan Dr Faizal Amin Nur bin Yunus atas segala

teguran dan komen yang membina untuk menambah baik lagi laporan ini.

Ucapan terima kasih ingin dirakamkan kepada pihak Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia serta Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional kerana memberi

ruang dan peluang untuk saya meningkatkan tahap pendidikan saya ke tahap sarjana.

Penghargaan juga diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Muar dan SMK Tun

Perak Muar serta pelajar-pelajar yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Kerjasama

yang diberikan amat saya hargai.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan

kerjasama sepanjang pengajian saya serta rakan-rakan guru yang banyak membantu

secara tidak langsung. Terima kasih semua. Hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas

jasa kalian.

Page 4: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

v

ABSTRAK

Selaras dengan pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

(STEM), kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fizik perlu diberikan

perhatian bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam menyediakan mereka ke arah

bidang teknikal dan kejuruteraan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti

keberkesanan pembelajaran koperatif model Student Teams Achievement Divisions

(STAD) dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Fizik. Kajian ini juga turut melihat tahap kesesuaian pembelajaran

koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik dari persepsi

pelajar. Reka bentuk kajian ialah eksperimental sebenar dengan menggunakan set

ujian pra, ujian pos dan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden terdiri

daripada 52 orang pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Fizik di

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Muar. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan

pembelajaran Fizik berada di tahap tinggi dengan min skor ialah 3.93. Setelah ujian

pra dijalankan, didapati bahawa tahap pencapaian pelajar dari kedua-dua kumpulan

kawalan dan kumpulan rawatan berada di tahap rendah. Setelah intervensi

dijalankan, tahap pencapaian pelajar dari kedua-dua kumpulan meningkat di mana

kumpulan kawalan meningkat ke tahap sederhana dengan min skor 56.77 manakala

kumpulan rawatan meningkat ke tahap baik dengan min skor 60.62. Terdapat

perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian pelajar bagi kedua-dua

kumpulan berdasarkan gain score. Ujian ANCOVA yang dijalankan juga mendapati

bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos dengan mengawal ujian pra. Hal ini

menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif model STAD dalam

pengajaran dan pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Fizik.

Page 5: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

vi

ABSTRACT

In line of the application of Science, Technology, Engineering and Mathematics

(STEM), methods of teaching and learning of physics need to be addressed to

improve student achievement in providing them towards technical and engineering

fields. Therefore, this study was undertaken to determine the effectiveness of

cooperative learning model Student Teams Achievement Divisions (STAD) in

teaching and learning on student achievement in Mathematics. The study also

reflects the level of conformity STAD cooperative learning model in teaching and

learning physics of perception. The study design is a real experimental test using a

set of pre, post test and questionnaire as an instrument. Respondents consisted of 52

Form 5 students who took the Physics at SMK Tun Perak, Muar. The results showed

that the level of conformity STAD cooperative learning model in teaching and

learning physics is at a high level with the mean score of 3.93. After the pre-test was

conducted, it was found that the level of achievement of both the control group and

the treatment group were in low level. After the intervention, the level of

achievement of both groups increased in the control group increased to moderate

levels with the mean score of 56.77 while the treatment group improved to a good

level with the mean score of 60.62. There are significant differences in mean

achievement for both groups by gain score. ANCOVA tests were conducted also

found that there was a significant difference between the control and treatment

groups based on post test with control pre-test. This shows that the method of STAD

cooperative learning model in teaching and learning to help improve student

achievement in Mathematics.

Page 6: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

vii

KANDUNGAN

PENGESAHAN

TAJUK i

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

BAB 1 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Tujuan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Persoalan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Kerangka konsep 10

1.10 Kepentingan kajian 11

1.11 Definisi Istilah dan Pengoperasian 11

PENDAHULUAN

Page 7: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

viii

1.11.1 Keberkesanan 11

1.11.2 Kesesuaian 12

1.11.3 Pembelajaran Koperatif Model STAD 12

1.11.4 Pengajaran dan Pembelajaran Secara

Tradisional

13

1.11.5 Kumpulan Kawalan 13

1.11.6 Kumpulan Rawatan 13

1.11.7 Fizik 14

1.11.8 Pencapaian Pelajar 14

1.12 Rumusan 14

BAB 2 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengajaran dan Pembelajaran 15

2.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Fizik 16

2.4 Pembelajaran Koperatif Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

19

2.5 Teori Konstruktivisme Menyokong Pembelajaran

Koperatif

25

2.6 Jenis Pembelajaran Koperatif 26

2.6.1 Student Team Learning (STL) 27

2.6.2 Student Teams-Achievement Divisions

(STAD)

28

2.6.3 Teams-Games-Tournament (TGT) 29

2.6.4 Team Assisted Individualisation (TAI) 30

2.6.5 Co-operative Integrated Reading and

Composition (CIRC)

31

2.6.6 Jigsaw 31

2.6.7 Learning Together 32

2.6.8 Group Investigation 32

2.7 Penggunaan Model Student Team Achievement

Division’ (STAD) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

32

KAJIAN LITERATUR

Page 8: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

ix

2.8 Motivasi dan Minat dalam Pembelajaran Koperatif

dalam Pengajaran dan Pembelajaran

35

2.9 Rumusan 38

BAB 3 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Lokasi Kajian 42

3.4 Sampel Kajian 42

3.5 InstrumenKajian 43

3.6.1 Set Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos 43

3.6.2 Borang Soal Selidik 44

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 46

3.6.1 Kesahan Instrumen 46

3.6.2 Kebolehpercayaan 47

3.6.3 Kajian Rintis 47

3.7 Ancaman Kepada Kesahan Kajian 48

3.7.1 Kesahan Dalaman 49

3.7.2 Kesahan Luaran 51

3.8 Kerangka Operasi 52

3.9 Pengumpulan Data 54

3.10 Penganalisisan Data Kajian 54

3.10.1 Ujian Normaliti Bagi Kesetaraan

Kumpulan

55

3.11 Rumusan 56

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN 58

4.1 Pengenalan 58

4.2 Analisis Data 58

4.2.1 Data Demografi Responden

59

4.2.2 Tahap Kesesuaian Pembelajaran Koperatif

Model STAD dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi mata pelajaran Fizik

60

4.2.3 Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Fizik 65

METADOLOGI KAJIAN

Page 9: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

x

4.2.3.1 Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Fizik

Dalam Ujian Pra

66

4.2.3.2 Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Fizik

Dalam Ujian Pos

67

4.2.4 Perbezaan Tahap Pencapaian Antara

Kumpulan Kawalan dengan Rawalan Selepas

Intervensi Berdasarkan Gain Score

69

4.2.5 Keberkesanan Pembelajaran Koperatif

Terhadap Peningkatan Pencapaian Pelajar dalam

Fizik

70

4.3 Rumusan 71

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

72

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 72

5.2.1 Kesesuaian Pembelajaran Koperatif Model

STAD dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

daripada Persepsi Pelajar

73

5.2.2 Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Fizik Bagi

Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Bagi

Ujian Pra

77

5.2.3 Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Fizik Bagi

Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Bagi

Ujian Pos

79

5.2.4 Perbandingan Tahap Pencapaian Antara

Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan

Selepas Intervensi Berdasarkan Gain Score

81

5.2.5 Keberkesanan Pembelajaran Koperatif

Meningkatkan Tahap Pencapaian Pelajar Selepas

Intervensi

83

5.3 Kesimpulan 87

5.4 Cadangan Terhadap Kajian 90

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91

Page 10: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

xi

5.6 Penutup 92

RUJUKAN 93

LAMPIRAN 101

Page 11: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

xii

SENARAI JADUAL

3.1

Skala pengukuran Likert

45

3.2 Interpretasi skor min 45

3.3 Interpretasi skor pencapaian 45

3.4 Ancaman kepada kesahan dalaman dan

langkah-langkah mengawal

49

3.5 Ancaman kepada kesahan luaran dan langkah-

langkah mengawal

51

3.6 Analisis statistik berdasarkan persoalan kajian 56

4.1 Latar belakang responden mengikut jantina 59

4.2 Latar belakang responden mengikut gred

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) 2013 bagi mata pelajaran Sains dan

Matematik

60

4.3 Analisis setiap item dalam dimensi masa bagi

tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model

STAD dalam pengajaran dan pembelajaran

Fizik

61

4.4 Analisis setiap item dalam dimensi motivasi

bagi tahap kesesuaian pembelajaran koperatif

model STAD dalam pengajaran dan

pembelajaran Fizik

62

4.5 Analisis setiap item dalam dimensi minat bagi

tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model

STAD dalam pengajaran dan pembelajaran

Fizik

64

4.6 Analisis setiap dimensi bagi tahap kesesuaian

pembelajaran koperatif model STAD dalam

pengajaran dan pembelajaran Fizik

65

4.7 Analisis frekuensi dan peratusan bagi ujian pra 66

Page 12: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

xiii

bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

4.8 Min skor ujian pra bagi kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan

66

4.9 Analisis frekuensi dan peratusan bagi ujian pos

bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

67

4.10 Min skor ujian pos bagi kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan

67

4.11 Ujian-t perbezaan antara min bagi kumpulan

kawalan dan kumpulan rawatan selepas

intervensi berdasarkan gain score

69

4.12 Analisis ANCOVA bagi ujian pos berdasarkan

kumpulan

70

Page 13: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 10

2.1 Model Hubungan Antara Empat Alternatif

Perspektif

22

3.1 Konsep Reka Bentuk Eksperimen Sebenar Bagi

Jenis Ujian Pra-Pos Yang Digunakan Dalam

Kajian

41

3.2 Perancangan Kerangka Operasi

53

4.1 Min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan

kawalan dan kumpulan rawatan

68

Page 14: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

xv

SENARAI SINGKATAN

STAD

Student Team Achievement Divisions

CIRC Co-operative Integrated Reading and

Composition

GPMP Gred Purata Mata Pelajaran

GPN Gred Purata Negeri

GPS Gred Purata Sekolah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STEM Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

STL Student Team Learning

TAI Team Assisted Individualisation

TGT Teams-Games-Tournament

Page 15: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A Skor Ujian Pra, Ujian Pos dan Gain Score bagi

Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

101

B Instrumen Soal Selidik 102

C Borang Semakan Soal Selidik 107

D Ujian Pencapaian (Ujian Pra/Pos) 111

E Borang Pengesahan Ujian Pencapaian ( Pra/Pos) 119

F Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Kajian

Akademik

121

G Rancangan Pengajaran Pembelajaran Koperatif

Model STAD Mata Pelajaran Fizik

123

H Borang Semakan Rancangan Pengajaran

Pembelajaran Koperatif Model STAD Fizik

132

I Analisis Soal Selidik bagi Kajian Rintis 134

J Analisis Item Soal Selidik 137

K Analisis Ujian-t Sampel Bebas bagi Menentukan

Perbezaan Min Skor Ujian Pos bagi Kumpulan

Kawalan dan Rawatan Berdasarkan Gain Score

139

L Analisis ANCOVA bagi Menentukan Perbezaan

Min Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan

Rawatan dengan Mengawal Ujian Pra

141

M Carta Gantt Projek Sarjana 1 dan 2 146

Page 16: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Cabaran dunia sedang berubah dengan pengaplikasian Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menyebabkan Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) sentiasa memastikan pelajar dilengkapi kemahiran yang diperlukan

untuk menghadapinya (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013). KPM telah

menyediakan tapak dari peringkat sekolah rendah sebagai persediaan mewujudkan

masyarakat yang saintifik, progresif, berilmu, mempunyai kesanggupan yang tinggi

untuk berubah, berpandangan jauh, berinovasi dan penyumbang kepada

pembangunan sains dan teknologi di masa akan datang (Sukatan Pelajaran Fizik,

2013). Berlandaskan keperluan negara, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) digubal bagi memenuhi saintifik global. Fizik merupakan salah satu mata

pelajaran elektif dalam kurikulum sains di bawah KBSM yang ditawarkan di sekolah

menengah. Fizik merupakan mata pelajaran asas sebagai persediaan pelajar ke arah

bidang teknikal dan kejuruteraan. Walau bagaimanapun, mata pelajaran Fizik sering

dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar difahami dan membosankan, justeru

menyumbang kepada kemerosatan prestasi dalam peperiksaan (Ismail et al., 2005).

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan merupakan antara

aspek yang penting dalam mempengaruhi kefahaman dan minat pelajar dalam mata

pelajaran Fizik, (Bau Jaoude et al., 1995). Kurikulum Fizik menekankan

pembelajaran berfikrah di mana ia mencetuskan pendekatan seperti konstruktivisme.

Page 17: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

2

Menurut Sulaiman (2004), kaedah PdP terkini banyak mengaplikasikan pendekatan

konstruktivisme yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk berdikari, belajar

sendiri, mencari maklumat yang relevan dan menyelesaikan masalah dengan

bimbingan yang minimum. Oleh itu, antara kaedah PdP yang boleh digunakan bagi

menambahbaik kaedah PdP secara tradisional antaranya ialah pembelajaran koperatif

di mana kaedah ini disokong oleh konstruktivisme (Shaari, 2008).

Menurut Said (2009), pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan kaedah

PdP di mana pelajar yang bekerja bersama dalam kumpulan yang kecil, membantu

satu sama lain bagi memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Kaedah ini

mendorong pelajar untuk saling berinteraksi satu sama lain dan saling bergantungan.

Pembelajaran koperatif merupakan satu pembelajaran yang aktif yang dapat

mengubah situasi pembelajaran yang pasif kepada sesuatu yang dinamis serta

berpusatkan pelajar (Slavin, 1995). Ia selari dengan persekitaran pembelajaran abad

ke-21 yang menggalakkan strategi berpusatkan pelajar serta pembelajaran yang aktif.

Pembelajaran koperatif merupakan kaedah alternatif kepada PdP secara tradisional

dan keberkesanannya telah terbukti dalam banyak kajian yang dijalankan di seluruh

dunia (Slavin, 2009).

Pembelajaran koperatif dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dari aspek

kognitif, afektif dan psikomotor. Ini selaras dengan Ali et al. (2007) yang

menyatakan walaupun pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai kaedah tetapi

pendekatan kaedah pembelajaran secara kumpulan kecil mempunyai kebaikan dari

segi pencapaian kognitif, afektif dan psikomotor. Pembelajaran koperatif juga dilihat

sebagai suatu usaha ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan

kemahiran kognitif (Slavin, 1995). Tahap kognitif pelajar boleh dinilai dalam

pelbagai cara antaranya ialah pencapaian dalam peperiksaan. Dalam kajian Alias et

al. (2008) mendapati bahawa kumpulan pelajar rawatan pembelajaran koperatif

mencapai peratus kelulusan yang lebih tinggi berbanding kumpulan pelajar kawalan

yang menjalani kaedah pembelajaran tradisional. Ini menunjukkan bahawa terdapat

kesan yang positif daripada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif terhadap

tahap kognitif pelajar. Di samping itu, secara tidak langsung pembelajaran koperatif

dapat meningkatkan tahap afektif dan psikomotor pelajar. Interaksi sosial yang

berkesan akan mewujudkan struktur afektif yang bercirikan hubungan sosial,

kesepaduan sosial dan tanggungjawab bersama (Shaari, 2011). Pengiktirafan atau

Page 18: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

3

ganjaran yang diberikan kepada setiap anggota kumpulan dapat meningkatkan

motivasi dan minat dalam diri setiap pelajar (Tan, 2007).

Terdapat beberapa kaedah atau model pembelajaran koperatif yang boleh

digunakan dalam PdP bagi mata pelajaran Fizik antaranya ialah model Student

Teams-Achievement Divisions (STAD). Model ini dilihat lebih sesuai digunakan

kerana model ini adalah kaedah pembelajaran koperatif yang umum dan digunakan

secara meluas untuk pelbagai subjek dan peringkat akademik (Ronald, 1991). Ronald

(1991) juga menyatakan bahawa model STAD lebih sesuai digunakan untuk

mencapai objektif yang jelas dengan jawapan tunggal seperti subjek Matematik,

bahasa, fakta atau konsep sains. Menurut Ronald (1991), dalam kaedah ini pelajar

harus bekerjasama dalam kumpulan kecil mendapatkan maklumat dan memahami

konsep yang telah diajar oleh guru berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu memastikan rakan sekumpulan memahami

sepenuhnya pelajaran sebelum menjawab kuiz atau ujian yang diberikan secara

individu. Pada ketika itu, pelajar tidak boleh membantu dan meminta bantuan

daripada rakan. Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang mencapai jumlah

markah kumpulan yang tertinggi seperti yang dilakukan dalam kaedah Student Team

Learning (STL) di mana ia menekankan tiga konsep utama iaitu ganjaran kumpulan,

akauntabiliti individu dan peluang yang sama rata untuk berjaya. Kaedah STAD

merupakan pengembangan daripada STL (Ronald, 1991).

Justeru itu, satu perubahan kaedah PdP dalam Fizik diperlukan bagi

meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian

kognitif pelajar dalam mata pelajaran ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Fizik merupakan mata pelajaran sains elektif di peringkat sekolah menengah untuk

pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam aliran sains tulen di bawah Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM). Kurikulum Fizik direka bentuk bukan sahaja untuk

menyediakan peluang kepada pelajar memperolehi kemahiran serta pengetahuan

sains, membina strategi berfikir, aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam

kehidupan malah juga menyemai nilai murni dan semangat patriotisme (Spesifikasi

Page 19: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

4

Kurikulum Fizik, 2013). Mata pelajaran Fizik menjadi keperluan sebagai syarat

kemasukan bagi aliran Sains dan Teknikal bagi Program Matrikulasi dengan

minimum gred C bagi mata pelajaran tersebut. Selain itu, sumber dari Bahagian

Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPM menyatakan syarat kemasukan khas bagi

program diploma kejuruteraan seperti kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal

bagi kebanyakan institusi pengajian tinggi awam memerlukan sekurang-kurangnya

gred C dalam mata pelajaran Fizik di samping mata pelajaran lain. Hal ini

menunjukkan bahawa mata pelajaran Fizik menjadi asas kepada bidang kejuruteraan

dan teknikal di peringkat yang lebih tinggi. Ini selaras dengan kehendak KPM yang

berusaha meletakkan asas di peringkat sekolah untuk memastikan negara mempunyai

bilangan siswazah STEM yang berkelayakan dan mencukupi bagi memenuhi

keperluan tenaga kerja industri untuk memacu ekonomi negara (PPPM, 2013).

Walau bagaimanapun, berdasarkan analisis keputusan peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran

Negeri Johor menunjukkan kualiti pencapaian mata pelajaran Fizik masih di tahap

sederhana di sesetengah sekolah di negeri Johor di mana ia dapat diwakili dengan

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Analisis tersebut menunjukkan masih terdapat

sekolah yang mendapat GPMP yang melebihi 5.00 bagi mata pelajaran Fizik iaitu

masih di tahap sederhana di mana kualiti akan meningkat dengan penurunan nilai

GPMP. Nilai GPMP yang terbaik bermula dengan nilai 0 hingga nilai gred terendah

dengan nilai 9 di mana nilai 5 berada di tahap sederhana (Jabatan Pelajaran Negeri

Kelantan, 2014). Hal ini selari dengan analisis pencapaian yang dikeluarkan oleh

Pejabat Pelajaran Daerah Muar (2015) yang menunjukkan masih terdapat sekolah

yang memperoleh GPMP melebihi 5.00 serta mengalami kemerosotan prestasi Fizik

dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2014 walaupun sasaran yang telah ditetapkan

bagi setiap sekolah di daerah Muar bagi mata pelajaran tersebut adalah tidak

melebihi 5.00. Hal ini memberi kesan kepada kualiti Gred Purata Sekolah (GPS)

seterusnya mempengaruhi Gred Purata Nasional (GPN).

Di samping itu, antara kupasan mutu jawapan Fizik Kertas 2 bagi SPM 2013

yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya calon mempamerkan prestasi keseluruhan yang sederhana dalam

menjawab soalan. Kematangan calon menyampaikan fakta dan konsep fizik serta

keupayaan mereka menyelesaikan soalan aplikasi kuantitatif adalah di tahap

sederhana. Terdapat juga calon yang tidak menguasai atau sangat lemah dalam

Page 20: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

5

kemahiran proses sains seperti membuat pemerhatian serta membanding beza.

Akibatnya, calon gagal dalam menjawab soalan mengkonsepsi dengan tepat. Di

samping itu, calon juga lemah bagi menyatakan maksud sesuatu terminologi yang

dikemukakan dalam soalan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa masih

terdapat pelajar yang berada di tahap sederhana dan lemah dalam mencapai tahap

kefahaman, aplikasi dan analisis.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Gagau dan Shaari (2012)

menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Fizik iaitu disebabkan oleh guru, pelajar

dan kaedah PdP itu sendiri. Walau bagaimanapun, pengkaji hanya memilih satu

faktor sahaja untuk dikaji iaitu kaedah PdP memandangkan kaji selidik yang

dijalankan terhadap beberapa orang pelajar Fizik menyatakan bahawa kaedah

tradisional yang dijalankan selama ini menyebabkan pelajar merasakan bahawa mata

pelajaran Fizik adalah mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Menurut Ismail

et al. (2004), Fizik seringkali dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang sukar dan

membosankan seterusnya mempengaruhi sikap dan minat pelajar tentang mata

pelajaran tersebut. Bersesuaian dengan perkara tersebut, kerajaan juga sedang

mengambil langkah-langkah seperti meningkatkan minat pelajar melalui pendekatan

pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum bagi mata pelajaran yang

berkaitan dengan STEM (PPPM, 2013). Kaedah pembelajaran koperatif merupakan

antara salah satu kaedah untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam

pembelajaran abad ke-2 (Slavin, 2015).

Dalam konteks pembelajaran abad ke-21, antara aspek yang dititikberatkan

adalah mewujudkan pembelajaran berfikrah. Hal ini selari dengan strategi PdP yang

telah ditetapkan dalam kurikulum Fizik yang mengutamakan pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran

dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang pelajar ke tahap

yang optimum (Mohd Saim & Hamdan, 2011). Pembelajaran berfikrah adalah proses

pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk berfikir. Ia dapat mencetuskan

pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran

kontekstual dan pembelajaran masteri (Spesifikasi Kurikulum Fizik, 2013). Daripada

pembelajaran konstruktivisme, pengkaji menggunakan pendekatan pembelajaran

koperatif dalam menjalankan kajian kerana konstruktivisme menyokong

pembelajaran koperatif. PdP yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap

Page 21: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

6

mata pelajaran sains termasuk Fizik (Yunus, Mohd Ayub, & Talib, 2008). Pelajaran

sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar dan seterusnya mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam sains (Spesifikasi Kurikulum Fizik, 2013).

Berdasarkan permasalahan yang telah dinyatakan, kaedah PdP yang sesuai

diaplikasikan dalam mata pelajaran Fizik ialah kaedah pembelajaran koperatif.

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah pembelajaran aktif di mana pelajar

yang mempunyai kebolehan yang berbeza dikelompokkan dalam kumpulan kecil

untuk bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang diberikan bagi

meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu subjek (Shaari, 2011). Menurut Slavin

(1994), amalan koperatif menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat

dan kemahiran menyelesaikan masalah akademik di samping berinteraksi dengan

rakan. Terdapat beberapa model pembelajaran koperatif yang telah diperkenalkan

dan diperkembangkan oleh pakar-pakar pembelajaran pendidikan antaranya ialah

model Student Team Learning (STL), Student Teams-Achievement Divisions (STAD),

Teams-Games-Tournament (TGT), Team Assisted Individualisation (TAI), Co-

operative Integrated Reading and Composition (CIRC) dan banyak lagi. Walau

bagaimanapun, pengkaji memilih model STAD sebagai kaedah pembelajaran

koperatif bagi mengkaji keberkesanannya dalam meningkatkan pencapaian pelajar

dalam Fizik.

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan menggunakan model STAD

dalam PdP di mana ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Sebagai contoh,

kajian yang telah dijalankan oleh Harjono (2010) yang menggunakan model STAD

dalam pembelajaran Kimia menunjukkan peningkatan kompetensi pelajar dari aspek

kognitif, afektif dan psikomotor dalam mata pelajaran tersebut. Kajian ini selari

dengan kajian yang telah dijalankan oleh Gagau dan Shaari (2012) mendapati

penggunaan pembelajaran koperatif model STAD dapat meningkatkan pencapaian

pelajar di mana terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar

kumpulan rawatan dengan tradisional. Idea utama di sebalik penggunaan model

STAD adalah untuk memberi motivasi kepada rakan untuk meningkatkan minat dan

seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar (Zakaria & Habib, 2006). Pengkaji

memilih kaedah pembelajaran koperatif model STAD kerana ia menekankan kepada

dua prinsip utama iaitu persandaran positif dan tanggungjawab individu. Kaedah ini

juga berpusatkan pelajar di mana pelajar dalam kumpulan akan mempelajari sendiri

isi pelajaran yang telah ditetapkan oleh guru bersama-sama seterusnya mewujudkan

Page 22: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

7

suasana pembelajaran yang aktif. Oleh itu, kaedah pembelajaran koperatif

berdasarkan model STAD ini mampu mengatasi masalah cepat bosan pelajar dalam

kelas dan meningkatkan minat mereka untuk belajar seterusnya meningkatkan

pencapaian dalam akademik.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan Analisis Pencapaian Mata Pelajaran Mengikut Sekolah bagi peperiksaan

SPM 2014, pencapaian akademik mata pelajaran Fizik bagi beberapa sekolah

menengah di daerah Muar masih di tahap sederhana dan tidak mencapai sasaran

daerah di mana GPMP bagi 13 daripada 21 buah sekolah menengah di Muar

melebihi 5.00. Hal ini boleh dirujuk berdasarkan latar belakang masalah yang telah

dinyatakan di mana mata pelajaran Fizik dianggap sukar oleh pelajar.

Di samping itu, kupasan mutu jawapan Fizik kertas 2 SPM 2013 juga

menunjukkan secara keseluruhannya, masih terdapat pelajar yang berada di tahap

sederhana dan lemah dalam menjawab soalan pada aras kefahaman, aplikasi dan

analisis. Sehingga ke hari ini, kaedah PdP yang masih kerap diamalkan oleh guru

lebih tertumpu kepada kaedah tradisional iaitu kaedah yang berpusatkan guru di

mana ia menyebabkan pelajar cepat bosan kerana bersifat sehala lalu mendorong

pelajar menjadi pasif di dalam kelas. Implikasinya, pelajar tidak berminat dengan

mata pelajaran tersebut seterusnya mempengaruhi pencapaian kognitif pelajar. Walau

bagaimanapun, pelajar perlu dilibatkan secara langsung bagi mewujudkan proses

PdP yang aktif.

Oleh itu, kaedah pembelajaran koperatif model STAD dipilih dalam kajian ini

bagi mengurangkan penggunaan kaedah tradisional tersebut dan membantu

mengatasi masalah yang wujud dalam pembelajaran Fizik dalam kalangan pelajar.

Kajian ini diperlukan bagi meningkatkan minat dan pencapaian kognitif pelajar

dalam Fizik seterusnya meningkatkan kualiti GPMP bagi sekolah masing-masing.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap pencapaian

kognitif, kesesuaian dan keberkesanan pembelajaran koperatif model STAD dalam

mata pelajaran Fizik.

Page 23: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

8

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif

model STAD terhadap pencapaian kognitif pelajar dalam mata pelajaran Fizik.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap

kesesuaian kaedah ini setelah menjalani pembelajaran koperatif model STAD.

1.5 Objektif Kajian

Terdapat lima objektif yang dikenal pasti oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu:

(i) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kesesuaian pembelajaran koperatif

model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Fizik.

(ii) Mengenal pasti tahap pencapaian pelajar dalam Fizik bagi kumpulan rawatan

dan kumpulan kawalan bagi ujian pra.

(iii) Mengenal pasti tahap pencapaian pelajar dalam Fizik bagi kumpulan rawatan

dan kumpulan kawalan bagi ujian pos.

(iv) Mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian antara kumpulan rawatan dengan

kumpulan kawalan selepas intervensi berdasarkan gain score?

(v) Mengenal pasti sama ada intervensi yang dilaksanakan pada kumpulan

rawatan dan kawalan menyebabkan peningkatan tahap pencapaian pelajar

dalam Fizik dengan mengawal ujian pra.

1.6 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang telah dikemukakan dalam memastikan objektif

kajian tercapai:

(i) Apakah persepsi pelajar terhadap kesesuaian pembelajaran koperatif model

STAD dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Fizik?

Page 24: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

9

(ii) Apakah tahap pencapaian pelajar dalam Fizik bagi kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan bagi ujian pra?

(iii) Apakah tahap pencapaian pelajar dalam Fizik bagi kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan bagi ujian pos?

(iv) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian antara kumpulan rawatan

dengan kumpulan kawalan selepas pembelajaran koperatif berdasarkan gain

score?

(v) Adakah intervensi yang dilaksanakan pada kumpulan rawatan dan kawalan

menyebabkan peningkatan tahap pencapaian pelajar dalam Fizik dengan

mengawal skor ujian pra?

1.7 Skop Kajian

Skop kajian bagi kajian ini tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP)

yang menjalankan pembelajaran koperatif model Student Teams Achievement

Divisions (STAD) dan pencapaian pelajar dalam Fizik yang dicapai setelah

menjalani kaedah tersebut. Kajian ini dijalankan dengan mengumpul data-data serta

maklumat daripada subjek yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 yang mengambil

mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Muar. Secara

keseluruhannya pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Fizik bagi

sekolah ini ialah 60 orang.

Pelajar dipilih sebagai subjek kajian kerana ia merupakan individu yang

menjalani pembelajaran koperatif model STAD dalam mata pelajaran Fizik.

Pemilihan subjek ini dapat menjawab persoalan kajian yang telah dirancang.

Pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran

koperatif model STAD terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik serta

persepsi pelajar terhadap kesesuaian pembelajaran koperatif model STAD setelah

menjalani kaedah tersebut.

Page 25: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

10

1.8 Batasan Kajian

Pengkaji membataskan kajian hanya tertumpu kepada pelajar Tingkatan 5 yang

mengambil mata pelajaran Fizik di SMK Tun Perak, Muar dan hanya berdasarkan

objektif-objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini dilakukan melalui ujian

pencapaian dan soal selidik di mana ketepatan kajian adalah bergantung kepada sifat

keterbukaan subjek.

1.9 Kerangka Konsep

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian yang digunakan dalam pelaksanaan

kajian ini. Kerangka konsep ini dibina untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran

koperatif model STAD terhadap pencapaian dan persepsi pelajar terhadap kesesuaian

pembelajaran koperatif model STAD dalam mata pelajaran Fizik.

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

Peningkatan

Pencapaian Pelajar

Pembelajaran Koperatif Model STAD

Intervensi

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Pengukuran

Ujian Pra dan Ujian Pos

Perbandingan antara Kumpulan

Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Page 26: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

11

1.10 Kepentingan Kajian

Kepentingan sesebuah kajian haruslah bermakna supaya dapat memberi implikasi

yang besar dalam menyelesaikan isu atau masalah yang ingin dikaji. Kaedah

pembelajaran koperatif model STAD merupakan salah satu kaedah yang boleh

dipraktikkan dalam proses PdP. Kepentingan kajian ini ialah bagi membantu

pelbagai pihak antaranya pelajar, guru dan pihak sekolah dalam meningkatkan

prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Fizik. Melalui kajian ini, pelajar

didedahkan dengan pendekatan pembelajaran yang kurang diaplikasikan kepada

pelajar sebelum ini iaitu pembelajaran koperatif model STAD (Shaari, 2011). Di

samping itu, secara tidak langsung ia memberi ruang kepada pelajar untuk bergiat

aktif dalam proses PdP justeru dapat membentuk kemahiran sosial dan komunikasi

antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru.

Di samping itu, kajian ini sangat berguna dalam membantu guru untuk

mempelbagaikan kaedah PdP mereka di samping PdP secara tradisional

ditambahbaik bagi mewujudkan satu proses PdP yang lebih berkesan dan bermakna.

Hal ini juga dapat membuka mata guru mengenai kepelbagaian pelajar yang

berkemungkinan tidak berminat atau bosan dengan mata pelajaran yang diajar dan

kaedah PdP yang digunakan.

Selain itu, kajian ini dapat memberi info kepada pihak sekolah berkaitan

kaedah PdP yang sesuai digunakan selaras dengan pembelajaran abad ke-21 bagi

meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik dan seterusnya

meningkatkan GPMP Fizik di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Di samping itu,

dengan peningkatan GPMP ini dapat menyumbang kepada kualiti Gred Purata

Sekolah (GPS).

1.11 Definisi Istilah dan Pengoperasian

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini. Pengkaji mendefinisikan

istilah-istilah yang digunakan bagi menjelaskan makna dan maksud yang ingin

disampaikan dengan lebih spesifik. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan:

Page 27: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

12

1.11.1 Keberkesanan

Menurut Hassan (2004), keberkesanan bermaksud satu tahap kemujaraban yang

ingin capai. Dalam erti kata lain, keberkesanan membawa maksud tahap penerimaan

sesuatu konsep atau kaedah pembelajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ia juga merujuk kepada suatu tindakan atau hasil yang menyebabkan

sesuatu perubahan yang positif. Dalam kajian ini, ia merujuk kepada peningkatan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik setelah pembelajaran koperatif model

STAD dilaksanakan.

1.11.2 Kesesuaian

Menurut Heng dan Neo (2010), kesesuaian bermaksud tahap kesepadanan yang

dinilai secara perbandingan unsur antara dua set maklumat atau berlandaskan

persepsi peribadi berkenaan kesepadanan sesuatu yang setimpal dengan apa yang

disasarkan. Dalam kajian ini, kesesuaian merujuk kepada kesepadanan kaedah

pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik yang dilihat dari

aspek masa, motivasi dan minat.

1.11.3 Pembelajaran Koperatif Model Student Team-Achievement Divisions

(STAD)

Menurut Seamah (2009), pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang

menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia merupakan satu

teknik pembelajaran dalam kumpulan kecil yang melibatkan kerjasama, interaksi,

perbincangan dan penyertaan pelajar dalam aktiviti atau projek yang dijalankan.

Kaedah pembelajaran koperatif yang digunakan dalam kajian ini ialah Kaedah

Students Teams-Achievement Divisions (STAD). Kaedah STAD melibatkan beberapa

kumpulan kecil yang terdiri daripada empat hingga 5 orang pelajar dalam satu

kumpulan. Dalam kajian ini pembelajaran koperatif model STAD merupakan salah

Page 28: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

13

satu kaedah PdP di mana setiap ahli kumpulan bertanggungjawab terhadap diri

sendiri dan rakan sekumpulan untuk mempelajari sesuatu pelajaran atau

menyelesaikan tugasan yang diberikan bersama sama.

1.11.4 Pengajaran dan Pembelajaran Secara Tradisional

Menurut Mok (2010), kaedah konvensional iaitu chalk and talk merupakan cara

pengajaran utama yang digunakan oleh guru-guru dan tenaga pengajar kerana kaedah

ini dapat mengatasi masalah bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas dan

masalah menghabiskan sukatan pelajaran. Dalam kajian ini PdP secara tradisional

merujuk kepada proses PdP yang menggunakan kaedah yang kebiasaannya

digunakan oleh guru-guru seperti kuliah, penerangan dan soal jawab.

1.11.5 Kumpulan Kawalan

Menurut Chua (2011), kumpulan kawalan merupakan kumpulan pelajar yang

menjalankan kaedah sedia ada. Dalam kajian ini, kumpulan kawalan merujuk kepada

pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Fizik yang berada di dalam

kelas yang menggunakan kaedah PdP secara tradisional bagi tajuk Elektrik dan

Elektronik.

1.11.6 Kumpulan Rawatan

Kumpulan rawatan ialah kumpulan pelajar yang menjalani sesuatu intervensi

(Ngasiman, 2014). Kumpulan rawatan terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 yang

mengambil mata pelajaran Fizik yang berada di dalam kelas yang menggunakan

pembelajaran koperatif model STAD dalam proses PdP bagi tajuk Elektrik dan

Elektronik.

Page 29: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

14

1.11.7 Fizik

Fizik merupakan mata pelajaran sains elektif yang diambil oleh pelajar Tingkatan 4

dan 5 di peringkat sekolah menengah yang menggunakan kurikulum KBSM. Mata

pelajaran ini merangkumi teori dan konsep yang abstrak yang perlu difahami oleh

pelajar di samping penyelesaian masalah yang memerlukan aplikasi pengiraan

Matematik. Pelajar yang mengambil mata pelajaran ini terdiri daripada pelajar yang

mendapat gred A dan B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat

peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga tahun 2013 di SMK Tun

Perak, Muar.

1.11.5 Pencapaian Pelajar

Menurut Ngasiman (2014), pencapaian pelajar ialah kejayaan yang dinilai

berdasarkan pencapaian seseorang pelajar dalam peperiksaan, maka pencapaian

akademiknya dinilai berdasarkan keputusan penggal atau peperiksaan awam. Dalam

konteks kajian ini, pencapaian pelajar merujuk kepada prestasi pelajar dalam sesuatu

ujian bertulis yang dijalankan oleh pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Dalam kajian

ini, ujian pra dan ujian pos dijalankan bagi menentukan pencapaian pelajar.

Pencapaian pelajar diukur menggunakan gred yang telah ditetapkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia.

1.12 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan latar belakang masalah dan keperluan

kajian ini dijalankan. Selain itu, pengkaji juga menerangkan objektif dan persoalan

kajian yang ingin dirungkaikan. Secara ringkasnya, bab ini menerangkan secara

keseluruhan mengenai kajian yang dilaksanakan. Bab seterusnya membincangkan

kajian literatur berkaitan pembelajaran koperatif model STAD ini.

Page 30: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

15

BAB 2

KA.IIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kajian literatur berkaitan pengajaran dan pembelajaran

(PdP), kaedah pengajaran dan pembelajaran, pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Fizik di peringkat SPM, teori pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran

koperatif dan penggunaan model STAD dalam PdP.

2.2 Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan proses menyampaikan maklumat, menyediakan peluang dan

memberi pengalaman di samping memupuk nilai yang boleh mendatangkan

perubahan dari segi tingkah laku serta meningkatkan kebolehan kognitif pelajar

(Sulaiman, 2004). Menurut Mok (2008) pengajaran ialah aktiviti atau proses yang

berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang

meliputi perkara-perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan

dan penilaian dengan cara berkesan. Secara ringkasnya, pengajaran merupakan suatu

usaha untuk membolehkan seseorang individu memperoleh atau menukar

pengetahuan, kemahiran, sikap dan idea (Shaari, 2011).

Page 31: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

16

Pembelajaran merupakan suatu proses yang merangkumi beberapa peringkat

mengikut turutan, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti

pembentukan konsep dalam fikiran, dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku,

Mok (2008). Definisi ini selari dengan Sulaiman (2004), iaitu pembelajaran ialah

proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan serta

kemahiran yang diberikan seterusnya membawa perubahan kognitif dan tingkah laku

pelajar secara kekal. Idris dan Othman (2009) pula melihat pembelajaran sebagai

suatu proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku melalui

pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

Guru sentiasa berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi gaya dan

kebolehan mereka. Oleh itu, guru seharusnya memahami gaya dan kebolehan pelajar

untuk menyesuaikan strategi PdP yang sesuai dengan mereka. Strategi pengajaran

bermaksud rancangan yang terperinci untuk mencapai kejayaan dalam pengajaran

dan mengandungi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran (Shaari, 2011). Oleh

itu, guru seharusnya bijak memilih pendekatan, memilih kaedah dan teknik-teknik

yang tertentu yang sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar bagi mencapai objektif

pengajaran yang telah ditetapkan.

Mok (2008) juga menyatakan bahawa tujuan utama mengadakan pengajaran

ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pengajaran mempunyai dua fungsi

utama iaitu merangsangkan pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran

dengan berkesan.

2.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dalam Fizik

Kaedah pengajaran adalah segala aktiviti yang disusun untuk membantu proses

pengajaran (Salleh et. al., 2015). Bagi James dan Balasandran (2009) pula merujuk

kaedah atau model pengajaran sebagai cara mendekati dan menyampaikan sesuatu

ilmu kepada pelajar. Ia juga boleh dianggap sebagai cara untuk mengendalikan

sesuatu aktiviti pengajaran. Pemilihan kaedah pengajaran oleh guru meliputi

pendekatan atau strategi pengajaran langsung, pengajaran tidak langsung, pendekatan

interaktif, belajar sendiri dan pembelajaran menerusi pengalaman (Idris & Othman,

2009). Daripada penulisan mereka, antara kaedah yang boleh digunakan bagi

Page 32: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

17

pendekatan pengajaran langsung ialah kaedah kuliah, latih tubi, demonstrasi dan

kaedah penyoalan guru.

Bagi pendekatan pengajaran tidak langsung pula antara kaedah yang boleh

digunakan ialah kaedah inkuiri, kajian kes, pembelajaran konsep dan kaedah

penyelesaian masalah. Selain itu, kaedah yang boleh digunakan bagi pendekatan

interaktif pula adalah seperti kaedah perbahasan, perbincangan, main peranan,

sumbang saran atau kaedah pembelajaran koperatif. Bagi pendekatan kendiri pula,

kaedah pengajaran seperti berbantukan komputer, penulisan esei dan kerja rumah.

Pembelajaran melalui pengalaman pula melibatkan sama ada kaedah kerja lapangan,

lawatan sambil belajar, simulasi, mainan atau melakukan kajian. Pilihan kaedah

penyampaian pengajaran yang sesuai mampu meningkatkan pemahaman pelajar dan

sebaliknya, (James & Balasandran, 2009).

Menurut Shaari (2008), kaedah pembelajaran pula ialah langkah-langkah

yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan,

mengingat kembali dan penggunaan maklumat. Ahmad dan Noor (2014),

merumuskan kaedah pembelajaran sebagai sesuatu prosedur atau proses yang teratur

untuk melakukan pembelajaran. Antara kaedah dan strategi pembelajaran yang boleh

dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pembelajaran

masteri, pembelajaran penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif, pembelajaran

penemuan dan pembelajaran aktif.

Kaedah PdP secara tradisional masih digunakan sehingga hari ini dengan

pengubahsuaian pada aspek-aspek tertentu. Mok (2010) menyatakan bahawa kaedah

tradisional atau kaedah konvensional iaitu chalk and talk merupakan kaedah

pengajaran utama yang digunakan oleh guru-guru. Kaedah ini sesuai bagi bilangan

pelajar yang ramai dan dapat mengatasi masalah untuk menghabiskan sukatan

pelajaran. Pengendalian kelas adalah bersifat autokratik dan lebih menumpukan

kepada komunikasi sehala antara guru dengan pelajar. Kaedah PdP secara tradisional

lebih berpusatkan guru di mana guru memainkan peranan utama sebagai pengajar,

(Shaari, 2011). Kaedah pembelajaran konvensional antaranya ialah kaedah ceramah,

syarahan, penerangan, hafalan dan bercerita (Ahmad & Noor, 2014). Kaedah PdP

berpusatkan guru kurang menggalakkan pembelajaran secara aktif. Perkara ini juga

disokong oleh Shaari (2011) yang menyatakan bahawa tugas guru untuk mengajar

bukan sahaja sekadar memindahkan pengetahuan yang ada pada dirinya kepada para

Page 33: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

18

pelajar tetapi juga memberikan kemahiran untuk pelajar memperoleh sendiri ilmu

tanpa guru.

Kaedah PdP yang tidak aktif secara tradisional juga mempengaruhi

pencapaian pelajar. Hal ini selari dengan Mohd Sarjan (2012) dalam kajiannya

mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik Pembinaan

Geometri secara tradisional di bilik darjah tidak menunjukkan peningkatan

pencapaian pelajar yang tinggi. Walau bagaimanapun, Mohd Sarjan (2012)

berpendapat bahawa walaupun peningkatan pencapaian ujian pos kumpulan kawalan

tidak terlalu tinggi, namun peningkatan pencapaian ujian pos masih berlaku apabila

proses pembelajaran berlaku untuk memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku

kepada sesuatu kemahiran baru. Walaupun begitu, kaedah pengajaran konvensional

secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan topikal dan nota guru

masih menjadi amalan (Abu Bakar, 2011).

Kaedah PdP yang berkesan juga mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar di

dalam kelas. Kelemahan daripada penggunaan kaedah PdP yang tidak sesuai

mengekang keseluruhan pencapaian pelajar (Abu Bakar, 2011). Perkara ini juga

disokong oleh Bau Jaoude et al. (1995) dalam kajiannya tentang konsep Fizik dalam

kalangan pelajar jurusan Fizik di sebuah sekolah tinggi di New York mendapati

bahawa tahap pemahaman pelajar yang belajar Fizik meningkat apabila mereka

menggunakan cara pembelajaran bermakna seperti perbincangan dalam kumpulan

berbanding cara hafalan iaitu secara individu. Hal ini menunjukkan bahawa cara

pembelajaran turut mempengaruhi pencapaian pelajar ketika belajar Fizik di dalam

kelas.

Bagi mata pelajaran sains terutamanya Fizik, kaedah PdP yang sesuai dan

menarik adalah sangat penting kerana ia dapat mempengaruhi sikap dan minat

pelajar tentang sains. Dalam kajian Ismail et al. (2004), dapat dirumuskan bahawa

majoriti pelajar menyatakan mata pelajaran sains terutamanya Fizik dianggap sebagai

satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Oleh itu, beliau menyarankan

agar guru mencari alternatif kepada pengajaran sebagai transmisi kepada suatu

pendekatan yang boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam proses PdP. Antara

kaedah atau pendekatan PdP yang boleh digunakan bagi melibatkan pelajar dalam

pembelajaran aktif seperti kaedah perbincangan, projek, penyelesaian masalah,

inkuiri penemuan, koperatif dan lain-lain (Sulaiman, 2004). Justeru itu, pengkaji

Page 34: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

19

ingin membuat kajian berkaitan pembelajaran koperatif dalam proses PdP dalam

mata pelajaran Fizik.

2.4 Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran koperatif boleh didefinisikan sebagai kaedah pengajaran di mana

pelajar dari semua peringkat pencapaian bekerjasama dalam kumpulan untuk

mencapai matlamat bersama (Shaari, 2011). Manakala menurut Slavin (2012),

pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah instruksional di mana guru perlu

membentuk pelajar kepada kumpulan kecil untuk bekerja bersama-sama dalam

membantu satu sama lain mempelajari kandungan pelajaran. Hal ini selari dengan

Hashim (2001) yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif ialah satu

persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah di mana pelajar dari kumpulan yang

berkebolehan berlainan (heterogenous) atau berkebolehan sama (homogeneous)

bekerjasama dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian objektif dan matlamat

instruksi yang sama.

Menurut Johnson dan Johnson (1999), terdapat lima prinsip dan elemen yang

perlu ada dalam PdP yang menggunakan pembelajaran koperatif iaitu:

(i) Kebergantungan positif (Positive interdependence)

Setiap pelajar dalam kumpulan yang sama mempunyai peranan masing-masing

dalam kerja berkumpulan. Ahli kumpulan bergantung kepada satu sama lain dalam

kumpulan tersebut untuk mencapai suatu matlamat. Setiap usaha ahli dalam

kumpulan diperlukan bagi menjamin kumpulan tersebut berjaya. Pelajar akan bekerja

bersama-sama dalam kumpulan yang kecil untuk memaksimumkan pembelajaran

mereka, berkongsi bahan, memberi sokongan dan menyambut kejayaan bersama.

Dalam memperkukuhkan kebergantungan positif ini, jumlah ganjaran yang diperoleh

oleh semua ahli kumpulan, pembahagian mencari maklumat untuk tugasan dan

peranan ahli kumpulan sebagai pendorong satu sama lain perlu diberi penekanan.

Pada masa yang sama, pelajar perlu memahami identiti sosial rakan sekelas dan

menghormati mereka sebagai rakan kolaborasi.

Page 35: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

20

(ii) Akauntabiliti Individu (Individual accountability)

Sikap bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan perlu ada

dalam diri pelajar untuk menyebarkan maklumat kepada rakan dan menguasai semua

perkara yang perlu dipelajari bagi menjamin kejayaan sesuatu kumpulan. Setiap

kumpulan perlu mengetahui ahli yang memerlukan lebih bantuan, sokongan dan

galakan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Antara kaedah bagi membina

akauntabiliti individu termasuklah memberikan ujian kepada setiap pelajar, memilih

secara rawak hasil kerja pelajar untuk dibentangkan kepada kumpulan yang lain atau

meminta pelajar menerangkan semula perkara yang telah mereka belajar kepada

seluruh kelas.

(iii) Interaksi muka ke muka (Face-to-face promotive interaction)

Kebanyakan tugasan yang diberikan perlu dijalankan secara interaktif iaitu dengan

memberikan maklum balas atau kesimpulan yang kritis dan yang paling penting ialah

mereka saling mengajar, membantu, memberi dorongan dan sokongan dalam

pembelajaran untuk mencapai matlamat kumpulan. Justeru itu, aktiviti bersifat

kognitif dan interpersonal telah terhasil dan telah meningkatkan interaksi muka ke

muka antara ahli kumpulan. Bagi menghasilkan interaksi muka ke muka yang

bermakna, saiz kumpulan perlulah kecil iaitu antara dua hingga empat orang. Dalam

mewujudkan kebergantungan yang positif ketika belajar bersama-sama, secara tidak

langsung interaksi muka ke muka telah berlaku antara pelajar.

(iv) Penggunaan kemahiran sosial

Kejayaan usaha secara koperatif memerlukan kemahiran sosial seperti interpersonal

dan kemahiran kumpulan kecil. Pelajar perlu diajar kemahiran sosial bagi

menghasilkan kerjasama yang berkualiti dan bermotivasi untuk melaksanakan

pembelajaran secara koperatif. Kemahiran kepimpinan, membuat keputusan,

komunikasi dan pengurusan konflik perlu juga dibimbing selari dengan kemahiran

dalam akademik. Kemahiran sosial juga diperlukan dalam mewujudkan interaksi

yang efektif dengan ahli kumpulan yang berlainan kaum dan budaya.

Page 36: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

21

(v) Proses berkumpulan

Proses berkumpulan ini berlaku apabila ahli kumpulan berbincang sejauh mana cara

mereka mencapai matlamat dan mengekalkan kerja berkumpulan. Mereka perlu

berbincang mengenai tindakan yang ahli kumpulan telah lakukan sama ada

membantu atau tidak dan mengenalpasti perubahan yang perlu dilakukan supaya ia

lebih efektif pada masa akan datang. Pelajar juga diberikan masa dan prosedur untuk

menganalisis pembelajaran secara berkumpulan sama ada berfungsi sebaiknya atau

tidak. Kemahiran sosial pelajar diperlukan dalam memastikan hubungan belajar yang

efektif antara ahli dalam kumpulan. Sejajar dengan usaha untuk menghasilkan

pembelajaran koperatif yang berkesan, guru juga perlu memahami prinsip dan

elemen asasnya dalam menerapkan pembelajaran koperatif dalam PdP (Johnson &

Johnson, 1999).

Walaupun prinsip asas pembelajaran koperatif tidak berubah tetapi terdapat

beberapa modifikasi dan variasi bagi model pembelajaran koperatif. Antara pengasas

perkembangan pembelajaran koperatif termasuklah Robert Slavin, Roger dan David

Johnson dan Spencer Kagan di mana terdapat sedikit perbezaan dari segi pendekatan

dan penekanan pembelajaran koperatif yang mereka kembangkan. Dalam kajian

Johnson dan Johnson (1975), mereka memberi penumpuan kepada perkembangan

struktur yang tertentu yang dapat digunakan dalam pelbagai subjek di mana

penekanan diberikan untuk menghubungkan kemahiran sosial dengan aktiviti

akademik. Kajian Kagan (1995) pula banyak menumpukan kepada kegunaan

pelbagai struktur dalam membantu pembelajaran aktif, kemahiran berkumpulan dan

pembentukan pasukan. Manakala Slavin (1987) pula telah menggunakan kedua-dua

kaedah yang telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson serta Kagan dan telah

menghasilkan perkembangan struktur pembelajaran koperatif yang tertentu.

Slavin (1995) dalam penyelidikannya bertajuk Research On Cooperative

Learning and Achievement What We Know, What We Need To Know menerangkan

tentang empat teori perspektif utama dalam pembelajaran koperatif dan pencapaian

iaitu dari segi perspektif motivasi, perspektif perpaduan sosial (Sosial Cohesion),

sokongan empirikal bagi perspektif perpaduan sosial perspektif kognitif. Ahli teori

motivasi menyatakan kesan perantara iaitu insentif ekstrinsik adalah perlu dalam

membina perpaduan, hubungan sosial antara ahli kumpulan di mana ia

Page 37: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

22

mempengaruhi proses kognitif. Satu model hubungan antara empat alternatif

perspektif adalah seperti Rajah 2.1 di bawah (Slavin, 1995):

Rajah 2.1: Model Hubungan Empat Alternatif Perspektif

Pembelajaran koperatif adalah satu proses pembelajaran yang menggalakkan

pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran secara langsung

dengan beberapa rakan pelajar yang lain. Menurut Abu Bakar (2011), melalui

pembelajaran ini, pelajar belajar cara untuk berinteraksi, dan bersosial dengan lebih

baik, kerana pelajar digalakkan untuk mengeluarkan idea dan pendapat secara berani

dan terbuka melalui proses kemahiran berfikir. Oleh yang demikian, setiap ahli

kumpulan perlu memberikan komitmen yang tinggi pada tugasan yang diberikan.

Kaedah ini juga boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, berfikiran

kritis untuk sama-sama menyelesaikan masalah atau terlibat dalam satu projek yang

bermakna (Hashim, 2001). Oleh itu, peranan guru adalah mengurangkan penerangan

atau kuliah dan sebaliknya menggalakkan pelajar menemui sendiri bahan

pembelajaran sambil bekerjasama dengan pelajar lain untuk memahaminya.

Pelaksanaan kaedah ini menjadikan pelajar lebih aktif di samping menerapkan sikap

yang positif dalam diri pelajar kerana pelajar akan mengajar ahli kumpulannya yang

lemah. Mereka akan tolong - menolong serta menggalakkan antara satu sama lain

Matlamat

kumpulan

berdasarkan

pembelajaran

ahli kumpulan

Motivasi untuk belajar

Motivasi untuk menggalakkan

ahli kumpulan untuk belajar

Motivasi untuk membantu ahli

kumpulan untuk belajar

Penerangan (Peer

tutoring)

Model kepada rakan

(Peer modelling)

Penerangan kognitif

(Cognitive elaboration)

Latihan dengan rakan

(Peer practice)

Penilaian dan

pembetulan oleh rakan

(Peer assessment and

correction)

Peningkatan

pembelajaran

Page 38: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

23

berbincang mencari kata sepakat bagi memenuhi objektif serta matlamat kumpulan

tersebut.

Pembelajaran koperatif mendokong strategi berpusatkan pelajar yang

menggalakkan pembelajaran dua hala antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan

pelajar. Menurut Md Shariff (1994), PdP yang dikatakan menarik ialah PdP yang

mencabar dan berkesan di mana ia berpusatkan pelajar. Ia memberi peluang kepada

pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses PdP yang

lebih berkesan. Menurut Kagan (1992), kebaikan pembelajaran koperatif kepada

pelajar adalah seperti berikut:

(i) Motivasi yang lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja

mencapai kejayaan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan

juga. Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas

dan akan meningkatkan pembelajaran.

(ii) Pelajar dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih peluang

untuk melihat model pelajar lain yang mempunyai strategi yang lebih

berkesan.

(iii) Perhubungan interpersonal bertambah baik, disebabkan oleh kemahiran

bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain.

(iv) Suasana sosial pembelajaran kerjasama membuat sekolah itu satu tempat

yang seronok.

(v) Ahli-ahli daripada kumpulan berlainan dalam masyarakat dapat bekerjasama

menuju ke satu matlamat yang sama (saling pergantungan positif).

(vi) Berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun semula

pemikiran mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi contoh.

Penyusunan semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat tinggi.

(vii) Pelajar mempunyai lebih peluang untuk melihat strategi pemikiran orang lain,

di samping berkongsi strategi sendiri.

(viii) Kerisauan akan berkurangan dan ini menggalakkan seseorang mengambil

risiko, mencuba cara baru serta meningkatkan kreativitinya.

(ix) Mendengar pandangan orang lain terutamanya dalam kumpulan

heterogenous, boleh memberi kesedaran bahawa ada pendapat yang berlainan

daripada pendapat sendiri.

Page 39: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

24

Selain itu, pembelajaran koperatif ini juga dapat meningkatkan motivasi

pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan dan menyebabkan pelajar lebih

berminat terhadap pembelajaran yang diikuti. Menurut Kagan (1992), pembelajaran

koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang menekankan penguasaan kemahiran,

konsep dan maklumat di mana pelajar dikelaskan kepada kumpulan tertentu yang

mempunyai dua hingga empat orang ahli. PdP yang menggunakan kaedah tradisional

adalah kurang memotivasikan pelajar di mana proses PdP lebih bersifat sehala,

Kagan (1995). Kagan (1995) dalam kajiannya menunjukkan bahawa kumpulan

koperatif adalah lebih bermotivasi memberikan ucapan dan berkomunikasi

disebabkan oleh:

(i) Mereka sentiasa bersoal jawab dalam pembelajaran koperatif.

(ii) Mereka perlu sentiasa berkomunikasi untuk menyiapkan projek dalam

pembelajaran koperatif.

(iii) Rakan dalam ahli kumpulan lebih bersifat seperti penggalak kepada pelajar

kerana mereka berada di situasi yang sama.

(iv) Struktur pembelajaran koperatif sendiri yang menyebabkan pelajar perlu

bercakap.

(v) Pelajar diajar untuk memuji dan memberi sokongan antara satu sama lain.

(vi) Pelajar bersifat kebergantungan antara satu sama lain yang menyebabkan

mereka perlu tahu maklumat yang ahli kumpulan yang lain tahu.

Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan semua mata pelajaran yang

diajar. Ia merupakan satu pendekatan yang baik dan sesuai digunakan dalam proses

PdP bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat dalam

kalangan pelajar di samping meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.

Menurut Slavin (Merujuk kepada Johnson dan Johnson (1991) dan Slavin (1995)

menyatakan bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan

dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka.

Dalam perspektif yang sama, Slavin (1987) dalam kajiannya menyatakan

bahawa ahli teori motivasi berpendapat ganjaran berkumpulan yang diberikan dalam

pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan aktif

membantu rakan untuk belajar. Walau bagaimanapun, Slavin (1987) juga

menyatakan bahawa dalam perspektif berkaitan perkembangan pelajar, ganjaran atau

Page 40: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

93

RUJUKAN

Abdul Talib, R., Jamirin, S., & Zulkarnain, Z. (2008). Kesan Pembealajaran

Koperatif Model STAD ke Atas Pencapaian dan Persepsi Pelajar Dalam

Kursus Mechanics of Structures di Politeknik Port Dickson. Prosiding

Seminar Pendidikan 2012 (EduSem’12)

Abu, B. W. (2011). Keberkesanan Konsep Peta Minda Dalam Pembelajaran

Berasaskan Masalah. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat:

Tesis Sarjana.

Ahmad, B. dan Noor, H. (2014). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan,

Teori Dan Konsep Asas. Kuala Lumpur: SAM Synergy Media Sdn. Bhd.

Ali, M. F., Salleh, N. dan Junaidi, J. (2007). Mengkaji Hubungan Antara

Pembelajaran Koperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran

Menggunakan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Yang Mengambil

Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian Di Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Smart Teaching And Learning Re-engineering

ID, Utilization And Innovation Of Technology, 2.

Alias, A. N., Japeri, M. A. Z. U., Zahari, M. F. (2008). Analisis Pembelajaran

Berasaskan Permasalahan Dan Koperatif Dalam Fizik Bagi Pelajar

Diploma. Shah Alam: Institut Penyelidikan, Pembangunan Dan

Pengkomersilan Universiti Teknologi Mara.

Alias, N. S. (2009). Persepsi Guru Terhadap Pembelajaran Koperatif. Tesis Sarjana.

Universiti Malaysia Perlis.

Aronson, E. dan Patnoe, S. (1978). The Jigsaw Classroom. Beverly Hills, CA: Sage.

Page 41: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

94

Awang, M. (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Pelajar dalam

Pembelajaran Sains. Universiti Malaysia Sabah.

Ayub, M., Fauzi, A. dan Duraisamy, T. (2012). Keberkesanan Pendekatan

Pembelajaran Koperatif Dalam Topik Adjektif Dalam Kalangan Pelajar

Sekolah Rendah. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan Fakulti

Pengujian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Pp 669-674.

Aziz, Z.dan Bustam, S. (2011). Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap

Pencapaian Geografi Tingkatan 1 Topik Tumbuhan Semulajadi Dan Hidupan

Liar. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36(1): 1-10.

Bau Jaoude., Saourne, B., Guilliano, F. J. (1995). Relationship Between

Achievement And Selective Variable In A Physics Course Fornon Majors.

Journal In Educational School Science And Mathematics. 85(3). Pp 167-182.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan

Buku1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Chua, Y. P. (2012). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan

Buku 2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Floyd, C. (1996). Achieving Despite The Odds: A Study of Resilience Among a Group of

Africa American High School Seniors. Journal of Negro Education, 181-189.

Gagau, P. dan Shaari, A. J. (2012). Kesan Menggunakan Pembelajaran Koperatif

STAD Ke Atas Pencapaian Pelajar Dalam Fizik Tingkatan Empat. Universiti

Utara Malaysia, Sintok: Tesis Sarjana.

Hamdan, A. R. & Ismail, M. Z. (2010). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa,

Kemudahan dan Alatan dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) dalam Mata

Pelajaran Kemahiran Teknikal dari Perspektif Guru-guru Kemahiran Hidup

di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Tesis Sarjana:

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Page 42: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

95

Harjono, H. (2010). Meningkatkan Kompetensi Siswa Dalam Pembelajaran Kimia

Melalui Pembelajaran Koperatif STAD. Jurnal Penelitian Pendidikan. Vol

27, No 1.

Hashim, Y. (2001). Reka Bentuk Dan Sistem Instruksi. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Husin, K. (1997). Psikologi Bilik Darjah: Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hassan, J. (2004). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Skudai: Penerbitan UTM.

Ibrahim, N., (2009). Masalah Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif: Satu Persepsi

Guru. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc

Graw Hill Education.

Idris, N. Dan Othman, S. (2009). Pengajaran Dan Pembelajaran, Teori Dan Praktis.

Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ismail, Z., Md Zain, A. N. Dan Samsuddin, M. A. (2005). Kesan Pengajaran

Kontekstual Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Pelajar Dalam Fizik. Jurnal

Pendidik Dan Pendidikan, Jilid 20, 43-52.

Ismail, N. S., (2011). Keberkesanan Teknik Jigsaw Terhadap Pencapaian Pelajar

Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Tesis Sarjana. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Batu Pahat.

Ismaon, Z, Iksan, Z. Dan Othman, N. (2013). Kesan Pembelajran Koperatif Model

STAD Ke Atas Sikap Terhadap Matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia,

Universiti Kebangsaan Malaysia. 1(1), 11-18.

Page 43: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

96

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (2014). Teks Ucapan Pengumuman Keputusan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013 Pada 20 Mac 2014

Dari http://jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/SPM2013.pdf

dicapai pada 2 Mei 2015.

James, A. J. E. dan Balasandran , R. (2009). Kepimpinan Instruksional Satu Panduan

Praktikal. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Publishing Sbd Bhd.

Johnson, D. W., & Johnson, R.T. (1991). Learning Together And Alone Cooperative,

Competitive And Individualistic Learning. Boston: Allyn and Bacon.

Johnson, D. W. Dan Johnson, R. T. (1999). What Makes Cooperative Learning

Work. JALT Applied Materials Cooperative Learning. Pp 23-36.

Kagan, S. (1992). Cooperative Learning Resources For Teachers. Riverside, CA:

University of California,Riverside.

Kagan, S. (1995). We Can Talk: Cooperative Learning In The Elementary ESL

Classroom. Washington DC: ERIC Clearinghouse On Languages And

Linguistics.

Koh, L. L., Choy, S. K., Lai, K. L., Khaw, A. H., Seah, A. K., (2008). Kesan Pembelajaran

Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian Matematik bagi Murid-murid Sekolah

Rendah di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal Penyelidikan IPBL, 8, 50-64.

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013 (2014), Lembaga Peperiksaan Malaysia,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lai, K. L., Khaw, A.H. dan Seah, A. K. (2006). Satu kajian megenai penggunaan

bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematikdi

sekolah rendah. Tesis Sarjana, Jabatan Matematik, Maktab Perguruan

BatuLintang, hlm 12.

Page 44: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

97

Lee, J. C., Mohd Salleh, N. S. & Songan, P. (2003). Perbandingan Keberkesanan

Teknologi Multimedia dan Bahan Bercetak untuk Pembelajaran Matematik

oleh Pelajar Sekolah Menengah. Seminar Penyelidikan Pendidikan

Kebangsaan. Institut Perguruan, Batu Lintang.

Lian, A. F. (2007). Pembelajaran Berasaskan Projek Dan Kaitannya Dengan

Motivasi Intrinsik Pelajar Di Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia, Batu Pahat: Tesis Sarjana.

Md. Shariff, A. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohamad, M. M., Sarji, M. N., Misman, M. (2008). Strategi Pengajaran

Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Rekabentuk Dan Penghasilan Projek

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan

Pendidikan.

Mohd Noh, A. H. (2000). Satu Kajian Kes Terhadap Pembelajaran Koperatif Dalam

Mata Pelajaran Sains KBSM Sekolah Bestari Di SMK Telok Datok,

Selangor. Kaedah Kumpulan Perbincangan Projek Pendidikan. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Saim, S. dan Hamdan, A. R. (2011). Penguasaan Dan Amalan Pengajaran

Melalui Pendekatan Pembelajaran Berfikrah Dalam Kalangan Guru Sains

Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Doctoral

Dissertation.

Mohd Sarjan, F. (2012). Penggunaan Web Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam

Topik Pembinaan Geometri. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu

Pahat: Tesis Sarjana.

Mok, S. S. (2008). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman.

Mok, S. S. (2010). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Page 45: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

98

Ngasiman, N. (2014). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik. Batu Pahat: Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Nordin, A. (2004). Pandangan Guru Pelatih Terhadap Pembelajaran dan Pengajaran

dalam Bahasa Inggeris. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik.

Jilid 13. Bil 1. Ms: 64-71.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2013). Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ronald, S. B. (1991). Cooprative Learning And Collaborative School. Virginia:

Assosiation For Supervision And Curriculum Development Alexandria.

Said, I. (2009). Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Shah Alam:

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Salleh, H., Ismail, B. H., Abdul Muthalif, A. N. dan Abu Bakar, I. (2015). Murid

Dan Alam Belajar. Bangi: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Seamah, Y. (2009). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Konvensional Dalam

Pendidikan Perakaunan. UPM: Tesis Sarjana.

Shaari, A. S. (2008). Guru Berkesan Petua Dan Panduan. Sintok : Penerbit

Universiti Utara Malaysia.

Shaari, A. S. (2011). Pedagogi Dari Sekolah Ke Institusi Pengajian Tinggi. Sintok:

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Sharan, Y. dan Shachar, S. (1992), Expanding Co-operative Learning through Group

Investigation, New York: Teachers College Press.

Slavin, R. E. (1983). When Does Cooperative Learning Increase Student

Achievement?. Psychological Bulletin, 94(3). pp. 429 – 445.

Page 46: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

99

Slavin, R. E. (1987). Student Teams And Comparison Among Equals: Effects On

Academic Performance And Student Attitudes. Journal Of Educational

Psychology, 70: 532-538.

Slavin, R. (1994). A Theory Of School And Classroom Organization. Hillsdale, NJ:

Erlbaun.

Slavin, R. E. (1995). Research On Cooperative Learning And Achievement: What We

Know, What We Need To Know. Baltimore: Center For Research On The

Education Of Students Placed At Risk Johns Hopkins University.

Slavin, R. E. (2009). Cooperative learning. In G. McCulloch & D. Crook (Eds.),

International Encyclopedia of Education. Abington, UK: Routledge.

Slavin, R. E., Haris, K. R., Graham, S., Urdan, T. Bus, A. G., Major, S. dan

Swanson, H. L. (2012). Classroom Aplication Of Cooperative Learning.

Educational Psychology Handbook, Vol. 3: Application To Learning And

Teaching. (pp. 359-379).

Slavin, R. E. (2015). Cooperative Learning In Elementary Schools. Education 3-13,

Vol. 43, No. 1,2. Pp 5-14.

Spesifikasi Kurikulum Fizik Tingkatan 5 (2013). Bahagian Pembangunan Kurikulum

Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Suhaimi, M. S. dan Ngah, M. (2014). Penggunaan Pembelajaran ‘Koperatif- Visual’

Dalam Meningkatkan Pemahaman Bagi Tajuk Kemandirian Spesies.

Penyelidikan Tindakan PISMP, Vol. 1, (3).

Sukatan Pelajaran Fizik (2013). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sulaiman, E. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Talib, O. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan Dan Statistik. Serdang: Penerbit

Universiti Putra Malaysia.

Page 47: i KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9102/1/Noraziah_Ramli.pdfi KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAMS- ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)

100

Tan, A. L. (2007). Pengaruh Minat dalam Amalan Motivasi Terhadap Pembelajaran

Pelajar-pelajar Tingkatan Empat. Disertasi Sarjana: Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Tengku Kasim, T. S. A. & Md. Yusoff, Y. (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran

Interpersonal Guru. ASBN 983-3585-47-7. PTS Profesional Publishing Sdn

Bhd.

Wiersma, W. (1995). Research Method in Education An Introduction. 5th Edition Boston:

Allyn & Bacon.

Yahaya, A., Sihes, A. J., & Ghazali, S. (2001). Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan

Guru-guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional di Tiga Buah Sekolah Teknik di

Selangor. Jurnal Teknologi Pendidikan UTM, 1-9.

Yunus, A. S., Mohd Ayub, A. F. dan Talib, O. (2008). Amalan Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Sains, Matematik Dan Pembelajaran Berasaskan ICT.

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Zakaria, E. dan Habib, A. R. (2006). Kesan Pembelajaran Koperatif Ke Atas Pelajar

Matrikulasi Dalam Mata Pelajaran Matematik. Jurnal Teknologi Universiti

Teknologi Malaysia, 45(E): 43-62.