usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

17
USUL PENYELIDIKAN ( research proposal ) KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM P&P MATEMATIK Bab 1 - PENGENALAN 1. Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan ( Siti Aminah Khasiman, 2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara talian (on-line) dari mana-mana tempat.Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010. Di bawah sistem sekolah bestari, pembelajaran akan bercorak terarah

Upload: muhamad-fairuz-latif

Post on 10-Jan-2017

174 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

USUL PENYELIDIKAN ( research proposal )

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM P&P MATEMATIK

Bab 1 - PENGENALAN1. Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.

Criswell (1989) pula mendefinasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.

Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan ( Siti Aminah Khasiman, 2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara talian (on-line) dari mana-mana tempat.Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010. Di bawah sistem sekolah bestari, pembelajaran akan bercorak terarah kendiri, mengikut kefahaman individu, berkesinambungan dan reflektif. Ini mengkehendaki pelajar belajar sendiri dan secara berkumpulan atau pembelajaran kendiri manakala guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator ( Baharum, 1997). Sekolah bestari adalah salah satu daripada tujuh aplikasi perdana Multimedia Super Corridor ( MSC ) yang mewujudkan satu anjakan paradigma dalam dunia pendidikan iaitu perubahan budaya sekolah daripada budaya memperolehi fakta dan penggunaan ingatan kepada budaya yang berlandaskan karya ilmu, berfikiran kritis dan kreatif ( KPM, 1997 ).

Latar belakang kajian

Sememangnya penggunaan bahan ICTdalam pendidikan seharusnya sudah mencapai tahap yang lebih tinggi di kalangan guru kerana negara kita telah mencapai tahap perkembangan dunia internet

Page 2: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

dengan begitu cepat walaupun tidak semaju dengan negara seperti Amerika, Jepun atau pun Korea. Mengikut statistik penggunaan internet di Malaysia, sebagai contoh, pada Februari 1997 pengguna internet di negara ini adalah seramai 30,000 orang, dan telah meningkat kepada 137,000 pada Oktober 1997, dan terus meningkat kepada 600,000 pada Januari 1998 ( Nua Internet Surveys, 1999). Dalam masa setahun didapati telah berlaku peningkatan penggunaan internet dikalangan penduduk negara ini dengan kadar berpuluh-puluh kali ganda. Dari segi umur pula kajian yang telah dijalankan oleh Sharifah Mastura (1997) mendapati 67% pengguna internet di Malaysia mempunyai ijazah universiti, 21% diploma, 11% sekolah menengah dan 1% penuntut sekolah rendah. Keberkesanan pembelajaran secara maya atau juga dikenali sebagai e-Learning telah terbukti dinegara-negara maju seperti yang dilaporkan dalam Laporan International Data Corporation ( IDC ), 87% adalah kaedah latihan secara tradisional iaitu pengajar bersemuka dengan pelajar secara berhadapan didunia nyata dan apabila adanya e-learning kaedah tradisional telah merosot kepada 74% pada tahun 2004 bagi kawasan Asia Pasifik dan menurut IDC lagi pertumbuhan e-learning ini akan terus meningkat sehingga 94% penggunaannya. ( Jabatan Penerangan Malaysia, 2014 ).

Tidak dinafikan, penggunaan kaedah pembelajaran secara maya banyak keistimewaanya. Menurut Rosnani ( 1999 ), keistimewaan pembelajaran menggunakan laman web adalah:

Gabungan pelbagai media seperti audio, animasi dan grafik dalam laman web ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

Pembelajaran melalui laman web merupakan kaedah yang pantas dan mudah. Antara muka ( interface ) yang mesra pengguna dengan sistem menu serta butang-

butang navigasi yang baik membolehkan pengguna mengendalikan laman web dengan mudah.

Kuiz interaktif membolehkan pelajar mengetahui sesuatu kesilapan dengan cepat kerana komputer memberi maklum balas yang serta merta tentang setiap jawapan mereka.

Cabaran era komunikasi dan globalisasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan Malaysia adalah nyata dan dihadapi dengan cekalnya. Perkembangan teknologi maklumat dan kemajuan tenologi global memberi cabaran hebat kepada sistem pendidikan negara yang menuntut tumpuan diberi kepada corak pendidikan yang menggunakan teknologi tinggi. Harapan rakyat terhadap pendidikan berubah sejajar dengan keperluan masyarakat di alaf baru. Harapan ini mencabar fahaman tradisi proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlu bersedia untuk berubah bagi menyesuaikan diri di alaf baru, dari sifat-sifat yang tradisional kepada yang lebih progresif dan inovatif. Buku Pembangunan Pendidikan 2001 - 2010 telah menyatakan bahawa KPM akan memastikan tenaga pengajar merupakan kumpulan profesional terlatih, bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan P & P dengan berkesan serta menggunakan pedagogi terkini berasaskan ICT. Adalah menjadi cabaran KPM untuk memastikan semua guru dapat mengintegrasikan ICT dalam P & P. ( KPM, 2001 ).

Pihak kerajaan juga telah memperuntukan perbelanjaan yang besar bagi membangunkan sistem pendidikan kearah yang lebih maju dan seiring dengan negara lain. Oleh demikian, Anjakan Ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 hingga 2025 iaitu memanfaatkan ( ICT ) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif. ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,2013 ).

Hari ini, kesemua projek dan perancangan melalui PPPM telah pun siap dan selesai hampir sepenuhnya, telah dapat digunakan oleh semua murid di semua sekolah di Malaysia termasuk di Sabah dan

Page 3: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

di Sarawak. Pengetahuan dalam pembelajaran secara maya adalah penting bagi menghasilkan pelajar yang berupaya untuk memperoleh dan menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif. Pengetahuan seperti ini boleh menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat. Pelajar yang mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran mereka akan mencari, menganalisis dan menilai maklumat, menjadi pengguna maklumat, melakukan penyelesaian masalah dan pembuat keputusan dengan menggunakan alat-alat produktiviti secara kreatif dan efektif, dan akan menjadi rakyat bermaklumat, bertanggung jawab dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Kebaikan cara pembelajaran menggunakan bahan ICT ini ialah pelajar diberi peluang belajar secara individu, dapat mengikuti kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri, boleh melihat dan merekod kemajuan pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapat dalam laman web ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar.

Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagai program dan projek bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar. Program-program yang dijalankan ini berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik. Antara yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah melalui program latihan dalam perkhidmatan (LDP), di mana guru-guru telah diberi taklimat khas dan hands-on tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan mengurangkan jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar sekarang telah didedahkan kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini memudahkan pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Hal ini akan dapat dilaksanakan kerana pelajar sudah tahu dan tidak takut untuk menggunakan gajet-gajet ICT.

Kerajaan juga telah mengambil langkah dengan menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia muda, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. Dalam pada itu, beberapa tahun yang lepas kerajaan telah memulakan suatu projek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Contohnya, pada tahun 2010, kerajaan telah menyediakan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat mereka haruslah melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yang bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan ‘notebook’ secara percuma ini secara tidak langsung dapat membantu usaha pelajar dan guru dalam meningkatkan lagi penggunaan teknologi, terutamanya ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendiri laman web yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh menyelesaikan latihan-latihan yang telah tersedia di laman-laman web yang sesuai.

Keberkesanan penggunaan bahan ICT dalam p&p matematik akan lebih baik di masa depan kerana guru-guru di masa sekarang ini berlumba-lumba menghasilkan laman pembelajaran maya, kuiz-kuiz interaktif, rakaman-rakaman video p&p, dan sebagainya telah mengumpulkan banyak bahan ICT dalam pendidikan yang dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Kita amat rugi

Page 4: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

sekiranya bahan-bahan ICT dalam pendidikan masa kini yang telah dihasilkan tidak digunakan sebaiknya secara maksimum.

2. Pernyataan masalah (1-2 halaman)Berdasarkan pengalaman mengajar saya dari tahun 2000 sehingga sekarang, kebolehan dan keupayaan murid sekarang menerima apa yang dipelajarinya amat berbeza sekali. Rasullulah pernah berpesan "Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!.Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu.( Riwayat Tirmizi ).

Situasi pertama pengalaman saya “ …baiklah murid-murid, cuba perhatikan carta tentang peredaran bumi dan bulan mengeliling matahari di hadapan ini…” Murid pun lihatlah carta tersebut sambil mendengar penerangan oleh guru. Pada akhir pengajaran guru mengedarkan lembaran kerja.”…sekarang cuba kamu jawab soalan yang cikgu bagi..” kebanyakkan murid tidak dapat menjawab dengan baik lembaran kerja tersbut, seolah-olah mereka tidak faham apa yang saya ajarkan kepada mereka. Tajuk seperti alam semesta merupakan tajuk berkaitan fakta yang perlu tepat. Carta yang ditunjukkan oleh guru hanyalah gambarajah pegun sekadar gambaran luaran sahaja. Ia tidak menampakkan pergerakkan, animasi dan percambahan idea kepada murid. Saya pernah membawa murid saya ke Pusat Akses dan meminta mereka mencari bahan berkaitan dengan peredaran bulan dan bumi. Hampir keseluruhan mereka dapat mengakses maklumat tersebut sama ada dalam bentuk teks, imej, video dan animasi. Melalui penerokaan sebegitu, barulah dapat diperhatikan kesungguhan mereka dalam pembelajaran.

Situasi kedua“…minggu hadapan kamu ada ujian. Jadi, hari ini kita akan buat ulangkaji. Cikgu nak kamu jawab semua soalan objektif yang cikgu bagi ni dan hantar sebelum loceng berbunyi…” Situasi ketiga “…balik rumah nanti jawab semua soalan dalam buku teks muka surat 51 hingga 53 minggu hadapan hantar pada cikgu…”. Berdasarkan situasi ini, apa yang dapat saya perhatikan ialah murid saya boleh menyiapkan semua latihan yang diberikan tetapi mereka tidak mendapat markah yang baik. Setelah diperhatikan dengan teliti, mereka ini menjawab soalan objektif sekadar melepaskan ‘ batuk ditangga’ sahaja kadang kala mereka tidak membaca langsung soalan yang diberikan hanya sekadar menanda sahaja jawapan sama ada A, B, C atau D. Minat mereka untuk membaca soalan pada kertas sudah semakin kurang. Begitu juga dengan kerja rumah yang diberikan secara bertulis. Kebanyakkan mereka tidak menyiapkannya dan ada dikalangan mereka hanya meniru kawan mereka apabila sampai di sekolah pada awal pagi. Setelah ditanya kenapa tidak menyiapkan kerja rumah, ramai yang kata tidak tahu nak jawab dan tak faham soalan yang diberikan. Situasi berbeza apabila saya memberi nota dan latihan secara atas talian. Mereka akan cuba buat dan ada dikalangan mereka sanggup pergi ke pusat internet berbayar untuk menjawab soalan tugasan. Jika masalah ini dibiarkan sudah tentu membawa masalah kepada mereka dan sekali gus membawa kepada kemerosotan dalam matapelajaran sains. Mungkin mereka ini adalah generasi yang dilahirkan dalam dunia yang sedang membangun bersama teknologi secara atas talian atau generasi Word Wide Web ( www ). Oleh demikian, saya rasa satu pendekatan yang lebih rapat dengan mereka perlu saya lakukan.

3. Soalan kajian (setengah halaman)

Page 5: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

Berdasrkan objektif kajian, persoalan kajian adalah :Adakah Pembelajaran Secara Maya dapat meningkatkan pemahaman murid tahun 6 terhadap

tajuk Gerhana Matahari.

4 . Objektif kajian (setengah halaman)Secara spesifiknya objektif kajian ini adalah untuk membantu murid-murid tahun 6 memahami tajuk Gerhana Matahari menggunakan kaedah pembelajaran secara Maya.

5. Hipotesis kajian (bagi kajian kuantitatif) (setengah halaman)Anda boleh memilih untuk menulis hipotesis null atau hipotesis alternative mengikut soalan atau objektif kajian anda. Hipotesis hanya digunakan untuk soalan atau objektif kajian yang sesuai sahaja. 6. Kepentingan kajian anda (setengah – 1 halaman)Pengetahuan dalama pembelajaran secara maya adalah penting bagi menghasilkan pelajar yang berupaya untuk memperoleh dan menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif. Pengetahuan seperti ini boleh menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat. Pelajar yang mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran mereka akan mencari, menganalisis dan menilai maklumat, menjadi pengguna maklumat, melakukan penyelesaian masalah dan pembuat keputusan dengan menggunakan alat-alat produktiviti secara kreatif dan efektif, dan akan menjadi rakyat bermaklumat, bertanggung jawab dan menyumbang kepada pembangunan negara. 7. Definisi Istilah (1-2 halaman)Bahagian ini adalah lebih berbentuk kamus. Ringkas, padat dan rtepat. Istilah utama yang digunakan dalam kajian anda perlu didefinisikan di sini.

Bab 2 - Tinjauan Bacaan/Fokus Kajian2.1 Tinjauan Masalah

Saya mengajar murid yang mendapat prestasi rendah dalam peperiksaan. Oleh itu, mereka telah diletakkan dalam satu kelas yang dikategorikan sebagai murid GALUS. Sepanjang pengajaran saya dalam kelas ini, saya dapati mereka ini kurang minat untuk membaca dan cepat hilang fokus apabila guru mengajar di hadapan. Berdasarkan pemerhatian saya juga, banyak kerja-kerja sekolah yang diberikan tidak siap malahan ada yang tak buat langsung. Bila di tanya, alasan yang sama diberikan oleh hampir setiap murid iaitu ‘ tak tau nak buat…, tak faham…., tak pandai nak buat…’ Masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya amat ketara sekali apabila masuk tajuk berkaitan Bumi dan Angkasa. Mereka langsung tak boleh menjawab soalan seperti fasa-fasa bulan, kedudukan Matahari,Bulan dan Bumi semasa berlakunya fenomena gerhana. Apabila mengajar tajuk gerhana matahari, mereka keliru tentang kedudukan bumi dan bulan. Mereka juga tidak memahami bagaimana proses kejadian gerhana matahari itu berlaku kerana selepas tamat pembelajaran mereka tidak boleh menerangkan proses gerhana matahari apabila diminta untuk menceritakan semula apa yang dipelajarinya.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap masalah ini, saya fikir sesuatu tindakan harus diambil untuk membaiki kelemahan pengajaran saya supaya murid saya lebih fokus semasa belajar sekaligus mereka lebih memahami apa yang dipelajari. Persekitaran pembelajaran juga boleh berubah daripada bilik darjah tradisional kepada yang lebih progresif yang berasaskan kepada bentuk konstruktif dengan

Page 6: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

pembelajaran secara maya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( Simonson & Th omson ,1997 ) .

Jika diperhalusi perbezaan antara kelas secara tradisional dan kelas pembelajaran secara maya ialah :

Bilik Darjah tradisional Pembelajaran secara Maya

1. Kursus dipersembahkan secara beransur- ansur dengan penekanan kepada kemahiran asas.2. Aktiviti bergantung kepada buku teks dan buku kerja.3. Murid memberi jawapan berdasarkan apa yang ditanya oleh guru sahaja.

1.Kursus dipersembahkan secara menyeluruh dengan penekanan kepada konsep-konsep yang besar.2. Aktiviti berasaskan punca data asal dan sumber lain.3. Pelajar sebagai pemikir dengan kefahamannya sendiri berdasarkan dunia sekelilinya

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Analisis awal saya adalah berdasarkan peperiksaan akhir tahun. Soalan peperiksaan akhir tahun mengikut standard UPSR iaitu 30 soalan bagi bahagian A dan 20 soalan bagi soalan bahagian B. Daripada kedua-dua bahagian ini, terdapat lima soalan berkaitan Bumi dan Alam Semesta pada bahagian A dan lima soalan pada bahagian B. Hasil analisis awal seperti jadual 1.

Jadual 1 : Hasil analisis tinjauan awal

MURID MARKAH BAHAGIAN A MARKAH BAHAGIAN B

( 5 Soalan Bagi Tajuk Bumi dan ( 5 Soalan Bagi Tajuk Bumi dan

dan Alam Semesta ) dan Alam Semesta )

1 3 2

2 3 2

3 2 1

Page 7: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

4 2 0

5 3 1

6 2 2

7 3 1

8 2 1

9 2 0

10 2 1

Berdsarkan jadual 1 seramai empat orang sahaja ( 40% ) yang mendapat 3 markah daripada 5 soalan pada bahagian A dan yang selebihnya mendapat dua markah sahaja atau 60% daripada 10 orang murid. Bagi bahagian B pula 20% atau dua orang murid yang tidak dapat menjawab soalan. Manakala seramai 50% atau lima orang hanya betul satu markah daripada lima soalan dan selebihnya betul dua markah atau seramai 30%.

Berdasarkan pemerhatian terhadap murid kelas saya juga, daripada 10 orang, hanya tiga orang sahaja yang berminat untuk membaca dan menjawab soalan yang diberikan secara bercetak. Manakala selebihnya tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang diberikan malahan menunjukkan muka yang kurang minat. Tetapi apabila soalan diberikan secara atas talian kesemua mereka menunjukan reaksi yang seronok untuk menjawab soalan sains yang diberikan. Kelihatan mereka lebih rasa selesa menyiapkan setiap tugasan secara maya berbanding dengan secara bertulis. Hasil perbualan saya dengan beberapa orang murid saya juga menunjukkan mereka lebih berminat menjawab soalan secara atas talian seperti mana persoalan saya kepada mereka ‘ Yang mana kamu lebih suka, antara jawab soalan di atas kertas atau menggunkan computer ?’ Jawapan murid adalah :Komputer.

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan

Kefahaman mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga ialah keupayaan seseorang memahami apa yang dipelajari. Menurut Benjamin S.Bloom aras kefahaman adalah selepas aras pengetahuan. Pada peringkat kefahaman ini, pelajar boleh menghurai atau makna sesuatu perkara. Pada peringkat ini juga, proses yang berlaku adalah penterjemahan, mentafsir dan ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang telah dipelajari.

Terdapat pelbagai takrifan tentangan pembelajaran maya dan berubah-ubah mengikut perspektif dimana pembelajaran maya tersebut dilaksanakan. Pembelajaran maya juga sering dikaitkan dengan istilah-istilah dan konsep-konsep lain seperti e-pembelajaran, pembelajaran secara talian (on-line learning), pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berasakan laman web dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa pembelajaran maya adalah pembelajaran yang berasaskan penggunaan internet sebagaimana yang diutarakan oleh ( Jamaludin, 2000) Ini adalah keranan istilah pembelajaran maya mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Menurut Jamaludin ( 2000 ) lagi pembelajaran maya adalah satu corak memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu

Page 8: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

yang diuruskan melalui suatu sistem talian ( online ) yang menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisme penghantaran pengetahuan atau maklumat, pemantauan prestasi pelajar, penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.Menurut Rheingold ( 2004 ), pembelajaran maya adalah berasaskan internet, yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang, berkerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Diantara mereka tidak ada perhubungan secara fizikal, walaupun mungkin di dalam bilik yang sama. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya mesti ada komputer dan boleh mengekses secara talian ( online ) dari mana-mana tempat di seluruh dunia. Biasanya di dalam perbengkelan atau di dalam membincangkan sesuatu topik, peserta atau ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka. Dokumen-dokumen seperti bahan persembahan, artikal dan juga senarai tambahan sumber yang boleh diperolehi secara on-line dari laman-laman web lain. Terdapat dua komponen asas di dalam persekitaran pembelajaran maya iaitu;

Sumber Bahan : Ahli komuniti atau peserta boleh mendapatkan maklumat dengan membaca melalui sumber bahan yang di muat naik ( uploaded) kepada persekitaran pembelajaran maya tersebut. Secara mudah, semua bahan yang diperlukan dalam perbengkelan atau perbincangan boleh diperolehi dengan mudah.

Perhubungan: Persekitaran Pembelajaran Maya menyediakan peralatan yang membolehkan perserta mendaftarkan diri untuk membimbing diantara satu sama lain dan untuk bertukar-tukar pendapat serta pandangan secara on-line. Peserta boleh menghantar dokumen, dan ahli yang lain boleh memberikan maklum balas melalui perbincangan dan sebagainya. Oleh itu peralatan seperti, Bulletin Board, E-Mail, File Sharing, Discussion Forum atau Kelas Maya adalah diperlukan. Alat komunikasi tersebut seharusnya berfungsi seperti pertemuan secara semuka di dalam persekitaran pembelajaran tradisional.

Guru bukan lagi pemberi pengetahuan tetapi guru bertindak sebagai pembimbing yang menolong pelajar untuk mendapatkan ilmu. Penggunaan pembelajaran secara maya dapat mengatasi masalah kos penyediaan bahan untuk mengajar. Di dalam kaedah kerja lapangan ( field trip ), pelajar perlu dibawa ke tempat di mana kerja lapangan itu akan diadakan. Guru tidak mungkin akan dapat membawa ke semua lima kelas Tahun 6 misalnya, untuk menyertai satu-satu kerja lapangan. Banyak masalah seperti kos pengangkutan, kawalan pelajar, bilangan guru yang perlu mengiring pelajar dan keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Dengan menggunakan kaedah kerja lapangan secara maya pelajar boleh dibawa kemana-mana sahaja tempat melalui laman web untuk belajar sains. Cara ini membolehkan semua pelajar menyertai aktiviti pada masa yang sesuai dan dengan kos yang minimum.

Internet dapat menyediakan dan menyampaikan pengetahuan yang lebih banyak dibandingkan dengan buku teks. Penggunaan laman web dalam internet sebagai alat bantu mengajar dan belajar adalah bersesuaian dengan pelbagai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan pelajar. Laman web juga membantu guru menyediakan rangka pengajaran dan pembelajaran, memaparkan isi pengajaran dan memberi ruang kepada pelajar untuk membuat rujukan mengikut masa yang sesuai, ia juga menyediakan satu pilihan pelajar dan guru berinteraksi, penyelesaian kepada penyediaan inovasi baru dalam e-pembelajaran. ( Marinah 2003).

Mengikut kajian, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar, 75% didapati daripada deria penglihatan, 13% daripada deria pendengaran dan bakinya 12% daripada deria-deria lain. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran

Page 9: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

adalah saluran deria yang paling penting sekali di dalam pembelajaran terutama sekali pada peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Pelajar banyak menggunakan kedua-dua deria ini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Oleh itu alat bantu mengajar yang digunakan untuk meransang deria pebglihatan dan pendengaran memainkan peranan penting dalam proses P & P di dalam bilik darjah ( Welsh 1997 ).Daripada pendapat-pendapat yang telah di berikan, pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, dimana berlaku komunikasi dua hala diantara pengajar dengan pelajar dan diantara pelajar dengan rakan pelajar yang lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapi bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses pemantauan dan penilaian. Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula melalui peperiksaan.Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, dimana pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan, perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.

Penggunaan bahan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran salah satu aspek teknologi dalam pendidikan. Peranan media di dalam proses pembelajaran adalah untuk membantu pencapaian objektif pengajaran dengan lebih teratur. Kesesuaian media dengan objektif pengajaran dan kemahiran dipersembahkan media tersebut adalah dua aspek yang sangat penting. Yaakop (1985) mendapati bahawa penggunaan pengajaran secara maya dapat membantu mengatasi masalah mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.Pengajaran secara maya dapat membantu pelajar yang lemah di dalam sesuatu mata pelajaran atau topik.Penyampaian secara tutorial atau latih tubi atau simulasi dapat membantu mereka faham prinsip-prinsip atau konsep-konsep yang disampaikan.Ia juga berfungsi sebagai alat yang akan meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sains dan menjadikan pembelajaran sains menyeronokkan. Pembelajaran secara maya dapat membantu pelajar menjadi lebih aktif. Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab mengapa Word Wide Web ( www ) merupakan satu pembangunan yang merangsangkan kepada para pendidik iaitu ( a ) menggunakan web untuk memaksa pembelajaran aktif berlaku dan ( b ) menggunakan Web untuk memecahkan tembok yang memisahkan sekolah dari lain-lain perkara. Terdapat banyak contoh persekitaran pembelajaran berasaskan web yang melibatkan pemebelajaran secara aktif seperti ‘ Dunia Geosaintis’ dalam WebClen dan ‘ Archeotype’ dalam WebQuest.

Menyedari kepentingan pendidikan secara maya ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa projek yang membolehkan pelajar-pelajar mendapatkan berbagai maklumat menerusi talian internet. Sebagai contoh, pada tahun 1996, beberapa buah sekolah dari seluruh negara telah terlibat dengan Projek Rangkaian Munshyi dan Smart Lab. Sekolah-sekolah tersebut telah dilengkapi dengan komputer, sever dan dihubungkan melalui satu sistem rangkaian yang membolehkan mereka mengekses bahan pembelajaran yang disediakan serta berkomunikasi sesama mereka. Malah ada beberapa negeri juga turut membangunkan sistem rangkaian bagi sekolah-sekolah yang terpilih di negeri-negeri berkenaan.Sebagai contoh, di Terengganu terdapat rangkaian TIGER- WEB, sementara di Pulau Pinang pula terdapat Rangkaian Mutiara. Pada tahun 1999, kerajaan telah memperkenalkan Projek Rintis Sekolah Bestari yang melibatkan 87 buah sekolah rendah dan menengah yang terpilih dari seluruh negara.Diantara elimen penting di dalam sekolah bestari ialah penggunaan ICT. Sekolah-sekolah yang terlibat telah dilengkapi dengan makamal komputer dan kemudahan internet.Ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar mencari pelbagai maklumat melalui laman- laman web, perbincangan, forum dan sebagainya secara maya. Seterusnya mulai tahun 2000, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan e-pembelajaran, dengan mempromosikan penggunaan internet di dalam pengajaran dan pembelajaran. Diantara

Page 10: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

laman web pendidikan yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah My School Net dan Smart School Malaysia. Manakala sekarang ini Kementerian memperkenalkan VLE 1Bestarinet. Disamping itu badan-badan koperat juga tidak ketinggalan dalam memajukan pembelajaran secara maya di negara ini. Diantara laman-laman web pendidikan yang telah dibangunkan ialah seperti Telikom Smart School( http://tss.tmsasia.com ) yang telah dibangunkan oleh Syarikat Telikom Malaysia, dan Portal Pendidikan Utusan ( www.tutor.com.my ) yang telah dibangunkan oleh Syarikat Akhbar Utusan Malaysia. Para pelajar boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan mengikuti perbincangan serta pembelajaran maya dari kedua-dua laman web tersebut secara percuma.

Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran merekadengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip jus-in-time dengan kompetensi anywhere, anytime, anyone ( Karoulis et al, 2004 )

Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memori yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi secara langsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Kajian psikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika disertai dengan imej visual. Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkan teori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaran mereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif ( Cognitive Theory of Multimedia Learning ).

Bab 3 – Metodologi KajianReka bentuk kajian (1 halaman)Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya

ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis (1988). Model tersebut

menyarankan empat langkah kajian tindakan

berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:

i. Mereflek (Reflect)

ii. Merancang (Plan)

iii. Bertindak (Action)

iv. Memerhati (Observe).

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini model Kemmis, 1988 digunakan sepertimana

rajah1 berikut :

Page 11: Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemis,1988

Alat ukur kajian / Instrumen Kajian (1 halaman)Apakah alat ukur kajian yang akan digunakan untuk mengumpulkan data kajian? Siapakah yang bina soal selidik tersebut (dapat daripada mana?)Persampelan (1 halaman)Sila nyatakan siapakah yang mengjadi sampel kajian anda dan teknik yang akan digunakan untuk memilih sampel kajian tersebut. Hal ini melibatkan siapa, berapa dan bagaimana.

Bibliografi