ustazahmerija@pqs: pengurusan ilmu dalam...

Download USTAZAHMERIJA@PQS: Pengurusan Ilmu Dalam …ustazahmerija.blogspot.com/2015/01/pengurusan-ilmu-dalam...2017-12-13Zaman milenia menuntut kepada transformasi pengurusan yang lebih menjurus

If you can't read please download the document

Upload: nguyennhi

Post on 10-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

USTAZAHMERIJA@PQS: Pengurusan Ilmu Dalam Meningkatkan Keupayaan Organisasi

USTAZAHMERIJA@PQS

Memupuk Semangat Cinta Al-Quran Dan Menghayati Hadis Dalam Kehidupan

Monday, 26 January 2015

Pengurusan Ilmu Dalam Meningkatkan Keupayaan Organisasi

1.0 PENDAHULUAN

Zaman milenia menuntut kepadatransformasi pengurusan yang lebih menjurus kepada perkhidmatan berilmu.Perubahan seperti globalisasi, ledakan maklumat , jaringan komunikasi,perubahan dan peningkatan ekspektasi pengguna seharusnya menjadi pemangkinbudaya berilmu di dalam sesebuah organisasi. Setiap kakitangan awam atau swastaterutama dalam pelbagai sektor harus memahamidan mampu memperguna segala sumber ilmu melalui penggunaan teknologi untukmengubah mentaliti dan tindakan supaya relevan dengan keperluan semasa. Kemampuansesebuah organisasi dalam menghasilkan inovasi dan perkhidmatan menjadiindikator untuk menentukan tahap kecemerlangannya. Justeru, setiap individudalam sesebuah organisasi tidak terkecuali dalam program-program peningkatandan perkongsian ilmu. Matlamatnya adalah untuk memantapkan keupayaan sesebuahorganisasi.

Secaraumumnya, pengurusan ilmu berkait rapat dengan konsep Pekerja Berilmu ,Organisasi Berpembelajaran dan Pembelajaran Organisasi (Zakaria, 2005) . Dalamsesebuah organisasi, proses penciptaan ilmu dapat dipraktikkan melaluipembudayaan konsep organisasi pembelajaran . Organisasi pembelajaran menekankanpengurusan maklumat sebagai sumber ilmu dan mempermudahkan proses pengumpulandan perkongsian ilmu. Konsep organisasi pembelajaran dalam organisasiberdasarkan ilmu memerlukan satu transformasi struktur pengurusan dan perubahanbudaya (Zakaria, 2005).

Hakikatnya,kesedaran terhadap kepentingan pengurusan ilmu telah bermula sejak pertengahan90-an. Banyak organisasi mula melihat ilmu atau kemahiran menjadi nilai utamadalam perkhidmatan dan produk keluaran . Ini terbukti melalui kesedaranterhadap pentingnya kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusanalam sekitar, revolusi teknologi dan kesamaan nilai . Semuanya direalisasikanmelalui sistem 6 sigma, ISO-Katzen-Blitz, ISO 9000-2000, Konsep Pemetaan Minda,TQM, QCC, pengambilalihan dan gabungan organisasi . Tugasan ini akan mengupastentang konsep pengurusan ilmu dan menurut persepektif organisasi yang berkeupayaan untuk menghadapicabaran globalisasi .

2.0 KONSEP ILMU,PENGURUSAN DAN PENGURUSAN ILMU.

2.1 ILMU

MenurutHajj Khalifah dalam ensiklopedianya yang bertajuk Kashf al-Zunun, ILMUbermaksud pegangan terhadap sesuatu, pengenalan, ilmu, pencapaian sesuatu,pengesahan berasaskan keyakinan, penjelasan, kepercayaan yang kukuh, keyakinanyang sempurna, penghasilan akal, keupayaan membezakan sesuatu, suatu ingatandan terhasilnya makna sesuatu ke dalam jiwa (Hajj Khalifah, 1941).

Menurut Imam al-Ghazali, ILMUdirumuskan sebagai satu kelebihan pada diri dan merupakan sifat kesempurnaanbagi Allah SWT serta kemuliaan bagi para malaikat. Ilmu adalah hakikat semuaperkara yang tidak diragui dan tersingkapnya sesuatu perkara dengansejelas-jelasnya sehingga tiada lagi ruang untuk ragu, keliru atau kesilapan(Al-Ghazali,1964).

Dalam kontekssebuah organisasi, aspek ilmu menjadi keperluan dan syarat utama untukmembangunkan ahlinya supaya mampu menyumbang kea rah pencapaian matlamatorganisasi yang telah ditetapkan. Perkara ini dapat direalisasikan melalui ilmu,kefahaman, penghayatan nilai dan aplikasi kepakaran dalam bidang tugasmasing-masing apabila menganggotai sesebuah organisai.

2.2 PENGURUSAN

Snel & Bateman (2000)mendefnisikan pengurusan sebagai satu proses kerja melibatkan manusia dansumber untuk mencapai matlamat organisasi. Manakala Weinhrich & Koontz(1993) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mencipta dan mengekalkanpersekitaran yang mana beberapa individu bekerja dalam satu kumpulan mencapaimatlamat yang telah ditetapkan. Fungsi pengurusan ialah merancang, merencana,mengetuai dan mengawal. Pengurusan berkaitan dengan tindakan beretika yangmembolehkan seseorang untuk menyumbang dalam mencapai matlamat organisasi.

Sejak bermulanya manusia membentukkumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat yang tidak mampu dicapai secaraindividu, pengurusan menjadi satu keperluan untuk memastikan kordinasi tersebutberjaya. Secara umumnya, pengurusan merupakan satu proses aktiviti tadbir-urusuntuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber secaracekap dan berkesan kea rah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.

2.3 PENGURUSANILMU

Bhatt (2011) mendefinisikanpengurusan ilmu sebagai proses penghasilan, permanfaatan, penghantaran danpenggunaan ilmu. Menurutnya lagi, terdapat tiga komponen penting dalampengurusan ilmu iaitu membangun atau mewujudkan ilmu, menyimpan ilmu danberkongsi ilmu. Pengurusan ilmu melibatkan keperluan untuk mendapatkan ilmusama ada dari dalam atau luar organisasi dan perkongsian ilmu antara wargaorganisasi.

Pengurusan ILMU menjadi salah satu aspekpenting dalam pengurusan hari ini kerana dapat meningkatkan inovasi daya saingorganisasi. Demikian kerana, ilmu yang dikongsi, diaplikasi dan diperbaharuidapat menjana idea kreatif (Wang at el. 2000). Pengurusan ILMU merupakan satuproses yang membantu organisasi untuk mencari, memilih, mengorganisasi,menyebar dan memindahkan ILMU untuk aktiviti-aktiviti seperti penyelesaianmasalah, perancangan strategik dan membuat keputusan (Gupta at al.2000).

Pengurusan ilmumelibatkan prosedur dan teknik untuk mendapatkan seberapa banyak maklumatorganisasi yang tersirat dan tersurat (Teece, 2000). Ching dan Jie (2000)menyatakan pengurusan ilmu sebagai proses yang mengawal penciptaan, penyebarandan penyunting ilmu untuk memenuhi objektif organisasi. Pengurusan ilmu bukanhanya merujuk kepada mewujudkan ilmu semata-mata, tetapi dinyatakan sebagaiproses berterusan bermula dari tahap mendapatkan ilmu sehingga kepadamengekalkan ilmu tersebut dalam organisasi.

Pengurusan ilmu boleh dilaksanakanmelalui kursus, bengkel, Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), penyelidikan,konsultasi dan penulisan. Pengurusan Ilmu merupakan pengurusan yang lengkap danteratur ke atas ilmu dan proses yang berkaitan. Pengurusan yang cekap akanmemudahkan pembangunan, pengumpulan, perancangan, penyebaran dan penggunaan. PengurusanIlmu yang telus demi kemajuan organisasi akan menjadikan sebarang idea bernaskepada keuntungan positif , bekerja dengan lebih pintar tanpa pergantungankepada sistem atau prosedur yang terlalu ketat.

3.0 KONSEPKEUPAYAAN ORGANISASI.

3.1 DEFINISIKEUPAYAAN

Menurut Stephenson (1992), keupayaan merupakanintegrasi antara keyakinan, kemahiran, jati diri dan nilai seseorang. Keupayaansangat bergantung kepada keyakinan yang boleh digunakan secara berkesan danmeningkatan kemahiran dalam situasi yang kompleks dan sentiasa berubah. MenurutBergh (2004) pula keupayaan mencerminkan kemampuan untuk melaksanakan peranantertentu atas dasar kematangan kerjaya, yang menunjukkan bahawa seseorang telahmemperoleh ilmu yang diperlukan, , kebolehan dan melaksanakan tanggungjawabkhusus yang berkaitan dengan kedudukan tertentu. Teori ini disokong pula olehRobbins (2006) yang menyatakan bahawa keupayaan ialah kemampuan seseorang untukmelakukan dan menyempurnakan tanggungjawab melalui pelaksanaan tugasantertentu.

3.2 DEFINISIORGANISASI

Beberapapandangan mengenai organisasi dapat dihuraikanseperti yang dikemukakan Thompson dalam Thoha (1992), organisasi adalah:

an organization is a highlyrationalized and impersonal integration of a large member of specialistscooperating to achieve some announched specific objectif.

Manakala menurut Robbins (1996), organisasiialah :

an organization is a consciouslycoordinated sosial entity, with a relatively indentiviable boundary, thatfunctions on a relatively continuous basis to achieve a common goal or set ofgoals.

Secaraumumnya , organisasi adalah satu unit sosial terdiri daripada manusia yang bekerjasama dansaling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat . Organisasi merupakansatu kesatuan sosial terdiri dari orang atau kelompok orang yang berinteraksi antarasatu sama lain . Organisasi merupakan himpunan individu yang menjalankan tugastersendiri mengikut unit kerja yang diselaraskan untuk mencapai sesuatumatlamat yang telah ditetapkan.

3.3 KONSEPKEUPAYAAN ORGANISASI

Konsep keupayaan sesebuah organisasitidak menunjukkan teori yang jelas malah bergantung kepada struktur dan sistemyang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi . Pandangan asas mengenai keupayaan organisasiialah sesebuah syarikat yang mempunyai cara untuk melakukan kerja dan berurusandengan masalah yang dihadapi seperti bencana alam, krisis ekonomi, kesilapanteknikal, teknologi dan kakitangan. Menurut pandangan ahli ekonomi yangberorientasikan pasaran dan prestasi firma, mereka mengaitkan keupayaanorganisasi dengan konsep pengurusan kualiti menyeluruh atau total qualitymanagement (Mohd. Ashari & Aliah Hanim, 2002). Disiplin TQM bermula dariteori statistik dan berkembang maju dalam sektor pembuatan dan operasi, sebelumberkembang maju ke sektor perkhidmatan seperti sektor awam, penjagaankesihatan, pendidikan dan organisasi tidak bermotifkan keuntungan (Hackman danWageman ,1995).

Kecemerlangan sesebuah organisasidiukur melalui keupayannya menghadapi risiko dan tekanan potensi, berkempuanuntuk mengawal, bertindak balas dan mengadaptasi setiap ancaman serta perubahanpersekitaran untuk bangkit semula terutama selepas menghadapi sesuatu gangguan.Kegagalan sesebuah organisasi tidak hanya disebabkan oleh bencana alam dankrisis kewangan, tetapi juga disebabkan oleh kegagalan pengurusan dan kesilapanorganisasi. Berdasarkan kepada laporan , kegagalan dan krisis masih berlakudalam organisasi disebabkan pengurusan dan perancangan yang tidak efektif dalammencegah gangguan dan krisis (Mayer et al.,2008).

Ciri pentingkonsep pengurusan ilmu ialah kebolehan sesebuah organisasi menggabungkankeupayaan memproses data atau maklumat hasil dari penggunaan teknologi, dengankeupayaan kreatif serta inovasi yang dimiliki oleh sumber manusia (Zakaria,2001). Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, organisasi bukan hanya perlubersedia menghadapi gangguan dan risiko yang telah ada dan dijangkakan dalamperancangan, tetapi perlu bersedia menghadapi sesuatu di luar perancangan danjangkaan organisasi.

Oleh yangdemikian, organisasi memerlukan satu rangka kerja sebagai panduan dalam usahamencapai tahap keupayaan untuk meneruskan operasi sama ada dalam keadaan biasadan juga ketika menghadapi gangguan serta krisis.Selain daripada risiko dantekanan, keupayaan sesebuah organisasi juga diukur melalui tahap kecekapanorganisasi, keberkesanan menggunakan strategi untuk mencapai matlamat,produktiviti (penggunaan sumber manusia) dan kualiti produk serta penyempaian perkhidmatanyang memenuhi kepuasan pelanggan.

4.0 PENGURUSAN ILMU: SATU PERSEPKTIF KEUPAYAAN ORGANISASI

Organisasibagi sektor awam dan swasta perlu memberi penekanan kepada pengurusan ilmu agartetap relevan dan mampu menangani perubahan dalam organisasi akibat dariperubahan aspek politik, sosial dan ekonomi. Dalamsesebuah organisasi, proses pengurusan ilmu dapat dipraktikkan melaluipembudayaan organisasi pembelajaran (learning organization) yang melibatkanproses penciptaan, pengaliran dan perkongsian ilmu yang berlaku secaraberterusan dan berkesan sehingga menyumbang kepada nilai tambah (value added)kepada penyampaian perkhidmatan.

Bagi mewujudkan sebuah organisasiyang berkeupayaan, sesebuah organisasi perlu mempunyai keupayaan menyerapiaitu keupayaan untuk menggunakan ilmu untuk mengenalpasti nilai maklumat baru,mengasimilasi dan mengaplikasikannya bagi mencipta ilmu dan keupayaan baru(Cohen al. et , 1990). Kombinasi dan pertukaran ilmu untuk mencipta ilmu barumemerlukan modal sosial iaitu sejumlah potensi yang terhasil dari rangkaianhubungan yang diproses dalam satu unit sosial (Nahapiet & Ghoshal, 1998).Terdapat tiga infrastruktur yang diperlukan untuk meningkatkan modal sosialiaitu teknikal, struktur dan budaya. Bagi memanfaatkan infrastruktur pula, proses pengurusan ilmu juga perlu ada untukmenyimpan dan memindahkan ilmu di seluruh organisasi. Proses integrasi ilmubergantung kepada tiga aspek iaitu keberkesanan , skop dan kesesuaian. Asepkkeberkesanan bergantung kepada kekerapan proses integrasi ilmu berlaku.Manakala skop integrasi ilmu dipengaruhi oleh variasi proses pengurusannya .Kesesuaian pula merujuk kepada budaya organisasi dalam menggabungjalin ilmu(Andrew et al., 2001).

Teknologimerupakan salah satu infrastruktur yang memberi impak besar kepada operasisesebuah organisasi . Teknologi menggantikan tenaga manusia, menjadikan fungsidan peranan semakin berubah , mendekatkan jarak geografi serta melahirkansekelompok pekerja yang berasaskan kualiti. Contoh teknologi yang amatsignifikan dengan industri ialah teknologi maklumat . Penggunaannya menyebabkanwujud satu bentuk struktur organisasi maya dan pendemokrasian pengurusan sistemmaklumat dalam kalangan pekerja iaitu perkongsian pintar antara pengeluar,pelabur, pembekal, pekerja dan pengguna. Kesannya, pengurusan menjadi lebihefektif dengan kadar akses yang lebih luas (Ahmad Shukri, 2004).

Faktor kedua ialah strukturorganisasi yang mencakupi aspek pembahagian tugas, hierarki pengurusan, dansaluran maklumat (Handoko, 1992). Struktur organisasi merupakan susunan sistemhubungan antara posisi kepimpinan yang ada dalam organisasi. Robbins (1996)menyatakan bahawa struktur organisasi menetapkan bagaimana tugas dan pekerjaandibahagi, dikategori dan dikoordinasi secara formal. Stonner (1992) pulamenyatakan struktur organisasi adalah susunan dan hubungan antara bahagian,komponen dan posisi dalam sesebuah industri.

Faktor ketiga ialah budayaorganisasi . Robbins (1996) mendefinisikan budaya organisasi sebagai satupersepsi bersama yang dianuti oleh anggota organisasi merangkumi nilai yangdiramal, kepercayaan, andaian, prinsip dan norma . Menurut Garrison (2005),semua elemen tersebut mempengaruhi bagaimana seseorang itu berfikir, membuatkeputusan dan menjalankan tugas dalam sesebuah organisasi. Budaya organisasiadalah penting dalam proses perkongsian dan penjanaan ilmu. Budaya yangmenyokong perkongsian ilmu membolehkan ahli organisasi berkongsi untuk menghadapisegala masalah (Anthens, 1998). Justeru, pengurusan ilmu menjadi salah satuaspek penting dalam usaha membangunkan keupayaan sesebuah organisasi.Pengurusan Ilmu membentuk budaya organisasi positif dan efektif untuk mencapaimatlamat organisasi.

5.0 AMALANPENGURUSAN ILMU DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN ORGANISASI

5.1 PERKONGSIAN ILMU DAN MAKLUMAT

Pengurusan Ilmu merupakan satulangkah asas untuk membentuk masyarakat pekerja yang berilmu. Setiap individudalam sesebuah organisasi mempunyai akses maklumat, pengalaman, bakat dan ilmuyang berbeza. Amalan positif yang boleh dilakukan dalam pengurusan ilmu ialahbudaya perkongsian ilmu dan maklumat. Budaya tersebut dijadikan sebagaikomitmen untuk memberitahu , menterjemah dan mendidik rakan sekerja. Maklumatyang dikongsi bukan sekadar mengenai aspek kerja tetapi termasuk visi,matlamat, sokongan, perasaan, pendapat dan soalan. Manfaat yang diperolehi olehorganisasi daripada perkongsian tersebut bergantung kepada bagaimana pekerjamenerap, berkongsi dan menggunakan ilmu yang ada (Wang et al., 2000). Pihaklain yang memperoleh ilmu dan maklumat yang dipindahkan seterusnya bolehditambah nilai melalui ilmu sedia ada . Apabila proses ini berlaku secaraberterusan, maka meningkatkan prestasi organisasi. Perkongsian ilmu danmaklumat membolehkan pekerja berkongsi cara kerja terbaik, meningkatkanpercambahan idea yang lebih kreatif dalam aspek produk dan perkhidmatan sertameningkatkan produktiviti (Zuliana & Khalil, 2008).

5.2 SOKONGANKEPIMPINAN ORGANISASI.

Kepimpinan didefinisikan sebagai keupayaanmempengaruhi kumpulan kea rah mencapai matlamat (Robbins, 2005) . Pemimpin yangmenerapkan budaya fikiran inovatif akan mempengaruhi arus perubahan dalamsesebuah organisasi. Setiap amalan positif termasuk membudayakan pengurusan ilmusentiasa diberi penekanan sebagai salah satu faktor kejayaan sesebuahorganisasi. Sokongan pemimpin akan mencorakkan perubahan sikap dan amalansesebuah organisasi kerana faktor tersebut menjadi tunjang utama dalampembentukan generai pekerja berilmu. Kenyataan ini disokong oleh Andersen(2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnyabanyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesananorganisasi. Kepimpinan berkesan juga dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkahlaku yang memberi impak kepada perlakuan anggota organisasi seterusnyamempengaruhi prestasi organisasi (Brown el.at., 2005). Menurut Kaiser et al.(2008), kepimpinan melibatkan usaha mempegaruhi individu supaya menyumbang demikebaikan organisasi, bertindak menyelaras dan memandu kumpulan kea rah mencapaimatlamat yang berbeza-beza. Sehubungan itu, setiap pemimpin dapat mempengaruhikeupayaan organisasi melalui pengaruh ke atas organisasi dari aspek hala tujustrategik, polisi dan struktur (Zhu et al.,2004).

5.3 PERUBAHANBUDAYA DAN SIKAP.

Budaya kerja positif yangmementingkan kualiti produk dan perkhidmatan merupakan faktor kepada wujudnyapengurusan ilmu berkesan. Organisasi mampu mewujudkan peneraju ilmu yangmenjadi contoh dan pendorong kepada anggota lain serta bertindak sebagaipenyelaras kepada aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan ilmu. Usaha untukmewujudkan budaya kerja positif pula memerlukan perubahan budaya dan sikapsetiap ahli organisasi yang terlibat. Kehendak dan ekspektasi pelanggan yang semakinmeningkat memerlukan organisasi lebih responsif dan berkhidmat menjurus kepadakeperluan pelanggan. Bagi mencapai matlamat tersebut, salah satu budaya yangsedang diterapkan dalam sektor awam dan swasta ialah Budaya Inovasi. Inovasi ialah cetusan idea-idea kreatif yangdapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan yangdiperolehi melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Inovasi yangdihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output dan perubahan kepada amalansedia ada sama ada dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses dan teknologi(MAMPU, 2010). Dalam aspek pengurusan ilmu, organisasi perlu menyediakan datayang sesuai bagi menyimpan dan mengurus segala idea, ilmu dan inovasi yangdihasilkan. Pengurusan yang berkesan membolehkan warga organisasi berkongsi danmenambah nilai pangkalan ilmu yang dihasilkan dalam proses menghasilkaninovasi.

6.0 RUMUSAN

Dalam aspek pembangunan organisasi,pengurusan ilmu merupakan salah satu elemen penting yang diberi perhatian. Pengurusanilmu merupakan strategi yang sistematik dalam mengurus aset intelek bagisesebuah organisasi yang digunakan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.Penerapan konsep pengurusan ilmu dalamorganisasi memerlukan pendekatan yang terancang dan sistematik. Hal yangdemikian kerana, pengurusan ilmu merupakan komposisi perubahan sikap dan budayaserta kebolehan menggunakan teknologi semasa. Aspek utama dalam penerapanorganisasi berpembelajaran akan melahirkan warga organisasi berilmu .Organisasi berilmu mampu mengubah budaya pengurusan, kerja dan sikap sertameningkatkan keupayaan dalam menghasilkan inovasi. Pengurusan Ilmu yangberkesan menjadi mobiliti kea rah meningkatkan keupayaan organisasi dalammemenuhi ekspektasi global sehingga diiktiraf dan diyakini oleh semua pihak.Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, maka organisasi mampu menghadapi segalabentuk cabaran globalisasi yang menuntut kepada persaingan dan ketahanan. Penerapanbudaya ilmu pula memerlukan perubahan sikap secara menyeluruh. Justeru, setiapahli yang menganggotai sesebuah organisasi perlu bersedia dengan prosestransformasi yang sentiasa berlaku secara drastik dari segi kekuatan fizikal,mental dan afektif. Budaya ilmu menerapkan nilai-nilai kerjasama, perkongsian,saling melengkapi dan toleransi antara ahli lalu mewujudkan keberkesananterhadap aspek pengurusan yang lain.

RUJUKAN

AhmadShukri, M.N. (2004). Sains Tingkah Laku : Beberapa Cabaran Dan Trend.Jurnal Kemanusiaan Bil. 3 . Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. UTM.

Andrew,H.G, Arvin, M,. & Albert H.S. (2001). Knowledge Management : AnOrganizational Capabilities Perspective. Journal of Management InformationSystem. 18 (1). Pg. 185.

Anthens, G.H. (1998). Learning How To Share. Computerworld. 32(8). Pg.75-77.

_________________.(2010). Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam. UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). JabatanPerdana Menteri.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1967M/1387H), Ihya Ulum al-Din,Jil. 1. Kaherah : Muassasah al-Halabi wa al-Shurakah li al-Nashr Wa al-Tawzi,Hlmn. 22.

Andersen,J.A. (2002). What We Know About Leadership And Effectiveness?. Paperpresented at The First International Workshop On Leadership Research. EuropeanInstitute Of Advance Studies In Management (EIASM). Oxford.

Bergh, Z.C (2004). Psychopathology.In: Bergh ZC and Theron AL (eds.) Psychology in the Work Context. 2nd ed.Cape Town: Oxford University Press.

Brown,M.E., Trevino, L.K., & Harrison, D.A. (2005) . Ethical Leadership : A SosialLearning Perspective For Construct Development And Testing. OrganizationalBehavior & Human Decision Proseses , 97. Pg. 117-134.

Ching,C.L., & Jie, Y., (2000) . Knowledge Value Chain. Journal Of ManagementDevelopment. 19 (9) .Pg. 783-794.

Cohen,W,. & Levinthal, D. (1990). Absorptive Capacity : A New Perspective OnLearning And Innovation, Admnistrative Science Quarterly . 35 (1). Pg.128-152.

Garrison,D. (2005). Creating A Teamwork Culture. ERL : http://www.leadingtoday.org/Onmag/2005%20Archives/feb05/dg-feb05.htm. Dicapai pada 15 Mac 2014.

Gupta,B., Iyer, L.S. & Aronson, J.E. (2000) . Knowledge Management : PracticesAnd Challenges. Industrial Management And Data Sistem . 100 (1) . Pg.17-21.

Gupta,A.K. & Govindarajan, V. (2000). Knowledge Management Sosial Dimension :Lessons From Nucor Steel . Sloan Management Review. 42(1) . Pg. 71-81.

Hackman,J.R. & Wageman, R. (1995) . Total Quality Management : Empirical,Conceptual And Practical Issues. Administrative Science Quarterly 40:2. Pg.309-342.

HajjKhalifah, Mustafa bin Abdullah (1941), Kashf al-Zunun , An Asami al-Kutubwal al-Funun, Baghdad : Maktabah al-Muthanna , hlmn. 3-4.

Handoko,T.H. (1992). Management . 2nd Edition. Yogyakarta : BPFE-UGM.

Heinnz,W. & Harold, K. (1993) . Management : A globalPerspectives, 10th ed. New York : McDraw-HillIrwin , Inc.

Mohd.Ashari Idris & Aliah Hanim M. Salleh (2002) . Membina Integrasi AntaraElemen Teras TQM Dengan Orientasi Pasaran dan Hubungannya Dengan Prestasi Firma. Jurnal Pengurusan 21. Hlmn. 95-122.

Nahapiet,J. & Ghoshal, S. (1998). Social Capital, Intellectual Capital And OrganizationalAdvantage. Academy Of Management Review . 23(2). Pg. 242-258.

Robbins,S.P. (1990). Perilaku Organisasi : Konsep, Kontorversi, Aplikasi . EdisiBahasa Indonesia. Jilid 2. Jakarta : PT Prenhallindo.

Robbins,S.P. (2005). Organizational Behaviour. 8th Edition. New Jersey : Pearson Education International.

Robbins S.P, Odendaal A,Roodt G (2006). Organisational Behaviour: Global and South African Perspectives.Cape Town: Pearson Education.

Stephenson,J. (1992) . Chapter One : Capability & Quality In Higher Education .London : Kogan Page.

Stoneret al. (1992). Management . Jilid 2. Edisi Bahasa Indonesia. Jakarta :Prenhallindo.

Teece,D. (2000) . Strategies For Managing Knowledge Assets : The Role Of FirmStructure And Industrial Context . Long Range Planning, 33 : 35-54.

ThomasS. Bateman & Scott A. Snell (2013) . Management : Leading &Collaborating In Copetitive World. 10th Edition. New York :McDraw-Hill Irwin, Inc.

Wang,D.H., Yang, D., & Chai, J.K. (2000). Knowledge Management . 1stedition. Beijing : Xue Yuan Publisher.

ZakariaAbd. Hadi, Dr. (2001) . HRMIS & Pendekatan Pengurusan ILMU Bagi FungsiSumber Manusia . Penerbitan Web & Pangkalan ILMU, Projek EG-GRMIS.

ZakariaAbd. Hadi, Dr. (2005), Pembentukan Organisasi Berasaskan ILMU SatuTransformasi Perkhidmatan Awam , Jurnal Pengurusan Awam . Jld. 4 Bil. 1 .

Zhu,W., May, D.R. & Avolio, B.J. (2004). The Impact Of Ethical LeadershipBehavior On Emloyee Outcomes : The Roles Of Psychologucal Empowerment AndAuthenticity. Journal Of Leadership And Organizational Studies 11 (1) . Pg.16-26.

ZulianaZookefli & Khalil Md. Nor . (2008) . Hubungan Budaya Organisasi DenganPerkongsian ILMU. Jurnal Kemanusiaan.Bil. 11 . Universiti Teknologi Malaysia.

Posted by

Merija Kadir

at23:17

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Nama-Nama Indah

About Me

Merija Kadir

View my complete profile

Popular Posts

CARA MERAWAT PENYAKIT KEMURUNGAN MENURUT ISLAM.

Kemurungan adalah sejenis penyakit biologikal yang dihidapi seseorang tidak disedari tanpa mengira usia, jantina, personaliti, latar bela...

Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru

Profesionalisme merupakan salah satu nilai yang menjadi aspek utama bagi mengenalpasti kredibiliti seorang warga pendidik. Seorang guru ya...

Pengurusan Ilmu Dalam Meningkatkan Keupayaan Organisasi

1.0 PENDAHULUAN Zaman milenia menuntut kepada transformasi pengurusan yang lebih menjurus kep...

Keberhasilan Murid Dalam Menghasilkan Sumber Manusia Yang Kompeten

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dibina dengan hasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan...

CARA MENGHADAPI SAKIT MENURUT AL-QURAN DAN HADIS.

Bagi menunjukkan kasih dan rahmatNya, Allah swt mengurniakan perlbagai nikmat yang tidak terkira kepada semua umat manusia. A...

Berwaspada Terhadap Golongan Fasik (Surah Al-Hujurat : 6)

Di dalam Al-Quran banyak menyebut perihal golongan Fasik yang menjadi ancaman besar terhadap masyarakat Islam tanpa disedar...

Minat Sebagai Pendorong Kecemerlangan

Sekadar perkongsian...kepada seluruh warga pendidik. Sepanjang tempoh pengalaman mengajar, pelbagai pendekatan telah saya gunakan dalam ...

Bahaya Zina (Surah Al-Isra' : 32)

Manusia dijadikan dengan berbagai nafsu. Salah satu dorongan nafsu yang paling sukar dibendung ialah keinginan terhadap hubu...

Total Pageviews

Follow by Email

Google+ Badge

Google+ Followers

Dengar nasihatku...mudah-mudahan kau menjadi Insan Soleh...

Perkongsian Pintar

.

Penyeri hidupku...

Sayang... anak-anak muridku..

Doaku mengiringi kalian...semoga sukses!!

SCM player skins

Sekolahku..dulu, kini dan selamanya...

Bengkel Pemerkasaan PQS Anjuran PPD Sabak Bernam

Loading...

Blog Archive

2015

(8)

March

(1)

January

(7)Pengurusan Ilmu Dalam Meningkatkan Keupayaan Organ...Keberhasilan Murid Dalam Menghasilkan Sumber Manus...Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme GuruCARA MERAWAT PENYAKIT KEMURUNGAN MENURUT ISLAM.CARA MENGHADAPI SAKIT MENURUT AL-QURAN DAN HADIS.Berwaspada Terhadap Golongan Fasik (Surah Al-Hujur...Bahaya Zina (Surah Al-Isra' : 32)

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.