informika - uitm irir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/aj_yaacob yusoff awang...informika, jilid 1,...

20

Upload: others

Post on 25-Aug-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat
Page 2: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

INFORMIKA JILID 1,2011

Penerbit Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA

Sidang Editor Shaharom TM Suiaiman (Ketua) Wan Ab. Kadir Wan Dollah (Timbalan Ketua Editor)

Editor Pelaksana Hasnah Hashim Husain Hashim Mohd Jailani Paiman Mohamad Noorman Masrek Mohd Sazili Shahibi Siti Arpah Noordin Zulkefli Mohd Yusop

Editor Prof. Dr. Adnan Jamaludin - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Hj. Laili Hj. Hashim - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Fuziah Mohd Nadzar - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Rusnah Johare - Universiti Teknologi MARA Prof. Dr. Sohaimi Zakaria - Universiti Teknologi MARA Prof. Dato' Dr. Raja Abdullah Yaacob - Universiti Teknologi MARA

Editor Perunding Prof. Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar - International Institute of Advanced Islamic

Studies Malaysia Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan - Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof. Dr. Ding Choo Ming - Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah - Universiti Malaya Dr. Roosfa Hashim - Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Wan Ali Wan Mamat - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Alamat Penerbit Kampus Puncak Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. (Tel.: 03-7962 2020 Faks.: 03-7962 2007)

Harga: RM20.00 (Malaysia) USD20.00 (Luar Negara)

Page 3: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

INFORMIKA JILID 1,2011

Kandungan

Perpustakaan Pemangkin Peradaban 1-12 Abu Hassan Hasbullah

Perpustakaan Pemangkin Peradaban di Dunia Barat dan Melayu: 13-26 Dulu, Kini dan Kelak Ding Choo Ming

Perkembangan dan Cabaran Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti 27-36 Teknologi MARA (UiTM) dalam Pendidikan dan Latihan Pustakawan dan Profesional Maklumat Adnan Jamaludin dan Shamsul Kamal Wan Fakeh

Kredibiliti Maklumat Digital dari Internet 37-44 Mohd Sazili Shahibi, Hasnah Hashim, JuwahirAH dan Muhamad Khairul Nizam Zaini

Keberkesanan Institusi Masjid dalam Penyebaran llmu dan Maklumat: 45-52 Satu Kajian Kes Rosnita Sahrani, Imiiia Ibrahim dan Valentino Abu Bakar

Epistimologi llmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan llmu dan 53-62 Maklumat Yaacob YusoffAwang dan Mohd Zafian Mohd Zawawi

Pengurusan Rekod dan Undang-Undang 63-74 Abdul Rahman Ahmad, Khairul Mizan Taib dan Ahmad Nazri Mansor

Pengurusan Risiko dalam Pengurusan Rekod Elektronik 75-90 Azman Mat Isa dan Aliza Ismail

Perkhidmatan Maklumat Atas Talian Melalui Aplikasi Web 2.0 91-102 Zulkefli Mohd Yusop, Yamin Kamis dan Hasnah Hashim

Faktor-faktor Kesedaran Terhadap Perpustakaan Digital di Institusi- 103-120 institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Razilan A. Kadir, Wan Ab. Kadir Wan Dollah, Mohd Sazili Shahibi dan Diljit Singh

Aplikasi Elemen Pemikiran Saintifik dalam Pengajian Syariah: 121-136 Satu Pendekatan Rahimin AffandiAbd Rahim, Alias Azhar, Mohd KamilAbd Majid dan Nor Hayati Md Dahlal

Kompetensi untuk Profesional Maklumat di Zaman Masyarakat 137-146 Bermaklumat Ahmad Azman bin Mohamad Ramli

Keterpesonaan Terhadap Perpustakaan: Belajar dari Catatan Sejarah 147-149 Shaharom TM Sulaiman dan Wan Ab. Kadir Wan Dollah

Page 4: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Suggested Cataloguing-in-Publication Data

Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu

Vol. 1 (2011)-Shah Alam: Fakulti Pengurusan Maklumat ISSN 2231-7104 1. Library science - Periodicals. 2. Library science - Malaysia - Periodlicals. 3. Library science - Developing countries - Periodicals. I. FPM II. Z671

i 2011 Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM

Pendapat dalam makalah yang disiarkan tidak semestinya mewakili pendapat Editor jurnal ini atau pengurusan pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.

Page 5: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

INFORMIKA JILID 1,2011

Iftitah Editor

Para pemikir dan futuris telah pun meramaikan dan akan terus meramal, bahawa abad ini dan abad mendatang akan diwarnai oleh informasi. Inilah abad yang dilabel information revolution, information exchange, information as commodity dan berbagai lagi slogan berkaitan yang merentas peradaban manusia.

Peradaban manusia diwarnai oleh ilmu dan informasi yang bermakna, yang memberi erti kepada peradaban itu sendiri. Dalam peradaban ini, penguasaan ilmu dan informasi menjadi aktiviti utama sama ada pengurusan, perolehan, pengumpulan, penyebaran, penyusunan, dan apa sahaja yang memberi erti informasi berguna kepada masyarakat dan peradaban itu sendiri.

'Informika' lahir dari keinginan besar untuk memberi makna kepada ilmu dan informasi yang manafaat kepada masyarakat, sarjana, intelektual, pustakawan, pekerja ilmu, pekerja maklumat dan karyawan. Pokoknya, segala profesi dan bidang kerjaya maklumat ilmu dan informasi mendapattempatyang sewajarnya. 'Informika' berminat dengan segala permasalahan ilmu dan informasi. Atau dengan kata lain, jurnal ini ingin membuka seluas-luasnya gerbang ilmu dalam sains informasi kepustakawanan, pengurusan sistem dan rekod, dunia buku dan penerbitan, manuskrip dan koleksi khas, komunikasi dan media, hatta pengajian masa depan {future studies) turut mendapat tempat. Itulah hal-hal yang mewamai peradaban informasi, yang telah dilalui, sedang dilalui dan akan terus dilaluinya. 'Informika', berkeinginan besar untuk menjadi jurnal berwasit dunia informasi berbahasa Melayu yang dihormati, disegani di rantau DUNIA MELAYU ini.

Untuk itu, 'Informika' mengundang para pemikir, sarjana, pustakawan, pakar maklumat, pakar media dan komunikasi, para penyelidik termasuk 'orang-orang kecil' yang berminat dengan Informika' ini untuk menyumbang pandangan. Dengan kata lain, Informika' berharap akan menjadi wadah dan suara bicara. Untuk itu, Informika' sedia dikritik, ditegur kerana itu sebahagian dari proses yang akan mematangkan kelangsungan Informika: Jurnal Peradaban Informasi.

Dalam keluaran sulung ini, 'Informika' memfokuskan tema 'Perpustakaan Pemangkin Peradaban'. '/nform/'/ca'terpanggil untuk mengajak para pembaca menghayati kembali semangat leluhur sebuah tradisi yang telah sejak berabad dan berzaman mencemerlangkan dan mencerdaskan peradaban manusia tanpa henti dan jemu. Itulah sebuah tradisi mulia yang tidak pernah 'mati' dan akan terus 'hidup', iaitu sebuah tradisi bernama 'perpustakaan dan kepustakawanan'.

Apa tidaknya, dalam 'rahim' perpustakaan, lahirlah pustakawan 'par excellence' sekaligus menjadi ilmuwan tersohor, saintis, matematikawan, failasuf. Nama-nama cemerlang seperti Musa Al-Khawarizmi, Al-Farabi, Mohammed Khatami, sebagai contoh, lahir dari tradisi gemilang tersebut. Mereka bukan pustakawan yang 'teknis' dan 'rutin' dengan kerja-kerja mekanistik maklumat tetapi seorang yang berilmu sekaligus seorang sarjana. Mana mungkin sebuah tradisi yang hebat hanya disertai oleh mereka yang tidak ada 'pilihan kerjaya', tidak mencintai ilmu, buku dan wacana tinggi. Dengan kata lain, kita memerlukan sebuah perspektif holistik dalam membentuk citra 'Pekerja ilmu' dan 'Pekerja Maklumat' yang mewarisi tradisi perpustakaan hari ini.

Perpustakaan sebenarnya adalah 'roh' peradaban. Kerana itulah dalam sejarah penaklukan dunia, bangsa Monggol membakardan menjarah Perpustakaan-perpustakaan

i

Page 6: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

di Baghdad, bangsa Rom menjarah Perpustakaan Iskandariah di Mesir, perpustakaan tertua dunia yang menyimpan jutaan 'papyrus' warisan leluhur manusia, bangsa Serb menjarah Perpustakaan Sarajevo yang menyimpan lima ribu manuskrip dalam bahasa Parsi, Arab, Russia dan Turki; kerana semua bangsa penakluk tahu untuk membunuh kelangsungan bangsa yang ditakluknya ialah dengan memusnahkan perpustakaan kerana di dalamnya terkumpul khazanah keintelektualan sesebuah bangsa. Itu cara terbaik untuk 'melenyapkan' sebuah bangsa dan identitinya. Perpustakaanlah yang memberi makna pada peradaban itu sendiri dan bukannya 'artifak', bangunan besar, kerana dalam perpustakaan tercermin segala khazanah kebijaksanaan, kebijakan, keilmuan dan keintelektualan manusia. Benarlah kata Samuel Johnson, seorang pemikir Amerika, Wo place affords a more striking conviction of the vanity of human hopes than a library '. Esei oleh Abu Hassan Hasbullah dan Ding Choo Ming dalam keluaran sulung 'Informika' ini membuktikan dan merefleksikan kecemerlangan tradisi tersebut.

SELAMAT MEMBACA!

ii

Page 7: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Informika, Jilid 1, 2011: 53-62

Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Yaacob bin Yusoff Awang Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS)

15200 Kota Baharu, Kelantan, MALAYSIA &

Mohd Zafian bin Mohd Zawawi Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kelantan,

11800 Machang, Kelantan, MALAYSIA E-mel: [email protected]

ABSTRAK

Artikel ini cuba menyorot aspek epistimologi (salah satu dari aspek falsafah) dalam konteks dan kaitannya dengan pengurusan maklumat dan ilmu. la akan menyentuh beberapa persoalan seperti aspek takrif dan kosmologi ilmu dan maklumat sebagaimana dipersepsikan oleh kedua-dua tradisiBaratdan Islam. Ini disusuli dengan persoalan sumber ilmu dan maklumat, jenis-jenis, hairarki serta konsep kewajipan belajar dalam konteks pendidikan. Dengan asas-asas itu, artikel ini menyusul untuk melihat bagaimana ciri-ciri penting profesionalisme dalam pengurusan maklumat dari perspektif keagamaan. Tradisi Islam dikemukakan bersama analisis temporal (semasa) dari sudut pengurusan tersebut. Beberapa jalan keluar dari kemelut isu semasa dicadangkan dengan mengambil kira teori semasa dalam pengurusan maklumat itu. Artikel ini diharap boleh memperkukuhkan tradisi ilmu dan maklumat yang memungkinkan pengurusannya membantu pencapaian status kebijaksanaan (wisdom) bagi seseorang pemilik maklumat dan ilmu.

Kata kunci: Epistemologi; Ilmu; Maklumat

PENDAHULUAN

Beberapa petikan :

'Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan, yang menjadikan manusia dari sesuatu yang tergantung (sperma). Bacalah, dan tuhanmu yang mulia yang mengajar dengan 'kalam', mengajar manusia apa yang mereka tidak ketahui'. (Surah al-Alaq: 1-5).

'Education does not mean teaching people to know what they do not know; it means teaching them to behave as they do not behave'. - John Ruskin (petikan dari brosur seminar)

'Ilmu adalah ketibaan makna sesuatu ke hati manusia' (Fakhruddin al-Razi)

Petikan-petikan di atas menampakkan kedudukan ilmu dan maklumat mempunyai asas-asas falsafah yang berkaitan bukan sahaja kosmologinya yang bersifat transedental dan functional (kefungsian) malah mempunyai konteks dan status yang tersendiri. Hal ini diakui oleh kedua-dua tradisi Barat dan Islam. Dalam konteks pengetahuan, ia biasanya dikaitkan

Page 8: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Yaacob bin Yusoff Awang & Mohd Zafian bin Mohd Zawawi

dengan daya kognitif dan berbentuk keperibadian manusia. la tidak dianggap benar-benar bersifat pengetahuan kalau tanpa amalan atau terlaksana dalam domain efektif. Manakala pengurusan pula merujuk kepada proses organisasi dan pengendalian. Dengan itu terdapat isu-isu dasar dalam konteks ini untuk menjadikan pengurusan maklumat dan ilmu tidak menyalahi epistimologinya hinggalah ke peringkat pengurus dan pengendali maklumat itu sendiri.

Mutakhirakhir ini penulis memerhatikan beberapa isu terlibat dalam hal ini yang merupakan perkembangan-perkembangan terbaru yang memerlukan dasaran yang berwibawa. Sekurang-kurangnya lima isu berikut boleh dilihat sebagai berkaitan:

1. Kekacauan tradisi klasifikasi ilmu (maratib al-ulum). Selama ini konsep ini amat diberi perhatian oleh tradisi agama. Maklumat-maklumat tidak disusun dalam kewibawaan yang merujuk kepada taraf dan fungsi yang betul, malah kadang-kadang dinafikan. Misalnya dalam konteks kedudukan ilmu agama bagi sains.

2. Kesan ilmu juga tidak dapat mempengaruhi perwatakan manusia, hinggakan aspek-aspek keperibadian manusia yang dianggap berilmu terpaksa dikawal oleh mekanisma undang-undang dan penguatkuasaannya. Salah laku sosial malah jenayah juga adakalanya melibatkan mereka.

3. Ilmu dan maklumat kini terheret menjadi komoditi yang diberi nilai ekonomi yang tinggi hinggakan berlaku penyekatan ilmu dalam konteks kawalan maklumat. Pendidikan menjadi perdagangan yang menguntungkan dengan restu dan konsensus politik.

4. Ilmu kini telah menjadi pemilikan sejagat melalui instrumen media elektronik. Ini mencabar status ilmu dan maklumat dari segi kesahihan akibat dari kemungkinan manipulasi perdagangan dan juga perlumbaan kekuasaan. Penyebaran dan perkembangan ilmu juga tidak terkawal sehingga mengelirukan konsep ilmu dan maklumat hingga menggagalkan kehasilan kebijaksanaan (wisdom).

5. Isu 'copyright' dan hak-hak kebenaran dan kebatilan dipertikaikan. Ledakan teknologi maklumat menyebabkan ilmu hampir-hampir terpisah dari manusia. Teknologi nampaknya mengganti kewibawaan ulamak/intelektual. Akhirnya pendidikan hanya menghasilkan intelektual bukan ilmuan (scholar).

Dengan itu artikel ini ingin mengembalikan beberapa perkara di sini sebagai peringatan semula tradisi-tradisi penting dalam aspek epistimologi ilmu dan ilmuan supaya isu-isu di atas dapat dibendung atau dikendalikan dengan lebih sopan dan bertanggungjawab.

54

Page 9: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

BEBERAPA ASPEK EPISTIMOLOGI:

1. MAKSUD DATA, MAKLUMAT, ILMU DAN KEBIJAKSANAAN (WISDOM):

Maklumat adalah dilihat sebagai sesuatu yang. menjadi pengisian kognitif hasil dari pengumpulan fakta-fakta atau data-data secara teratur dan logik. Sementara ilmu adalah dilihat sebagai sesuatu yang menjadi pengisian domain efektif yang melibatkan tindakan amalan atau pelaksanaan. Pelaksanaan oleh seseorang yang benar dan betul akan menghasilkan status kebijaksanaan (wisdom). Dengan itu maklumat dan ilmu tidak terputus dari keperluan manusia sebagai faktor realisasi.

Konsep ini digambarkan dalam 'knowledge spectrum'. Kebijaksanaan atau hikmat (wisdom) adalah merujuk kepada satu dimensi yang lebih tinggi sebagai kemuncak kehasilan ilmu. Mereka yang mencintai kebijaksanaan dianggap sebagai orang yang mepunyai falsafah (philosophy) sebagaimana makna falsafah itu sendiri adalah cintakan kebijaksanaan (the love of wisdom). Dengan itu hakikat mereka yang dianggap mempunyai ijazah di peringkat doktor falsafah (Doctor of Philosophy - Ph.D) adalah mereka yang bukan sahaja mempunyai maklumat, malah ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut.

Falsafah pula mempunyai aspek-aspek yang melebihi fakta atau sains semata-mata. la boleh diringkaskan dalam lima aspek berikut:

1. Metafizik 2. Epistimologi 3. Etik 4. Estetik 5. Logik

Dalam epistimologi moden, aspek-aspek itu kadang-kadang dipisahkan secara mutlak. Misalnya persoalan metafizik atau agama dilihat sebagai satu bidang ilmu yang tidak mempunyai kaitan dengan bidang lain seperti sains tabi'e (natural sciences) misalnya . Di Barat terdapat istilah-istilah seperti religion vs science, natural world, natural law dan Iain-lain yang menampakkan konsep pemisahan tersebut. Dengan itu terdapat keperluan yang jelas dalam konteks ini untuk mengharmonikan konsep maklumat, ilmu, kebijaksanaan dan Iain-Iain yang berkaitan dengannya.

2. SUMBER ILMU

Dalam tradisi Islam, sumber ilmu dilihat bermula dari Tuhan (Allah), yang mana Dia bersifat sebagai al-Alim. Allah telah mencipta manusia dan mengajar Adam sebagai manusia pertama akan segala nama-nama (al-Baqarah (2) : 31). Dengan itu, ilmu juga boleh dianggap sebagai sifat Tuhan, dan oleh itu ilmu mempunyai nilai ketuhanan. la tidak bebas nilai (value-free) seperti dalam pemikiran Barat. Sebaliknya ia bersifat value-laden.

Sebagai sumber ilmu, Allah memanifestasikan sifatNya dalam alam kejadianNya. Alam ini disebut sebagai ramzul wujud (simbol kewujudan tuhan). Proses pemanifestasian itu adalah melalui tiga cara;

55

Page 10: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Yaacob bin Yusoff Awang & Mohd Zafian bin Mohd Zawawi

1. Ayat maktubah / written book (kitab al-Quran) 2. Ayat manzurah {phenomenon! book) (alam semesta) 3. Intuisi (ilmu ladunni) / pengetahuan langsung dari Tuhan.

Dengan mengaitkan sumber ilmu kepada sifat Allah ini, bermakna proses pencarian maklumat dan ilmu tidak boleh terpisah dari prinsip-prinsip dan nilai-nilai, kaedah serta tujuan-tujuan ketuhanan. Mereka yang berilmu (bukan maklumat semata-mata) akan memperolehi kedudukan yang tinggi di sisi Allah (s.w.t) seperti yang dirakamkan oleh banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis. Ini adalah kerana ia melaksanakan sifat-sifat Allah yang ada dalam dirinya.

Dalam usaha pencarian ilmu pula bermakna bahawa maklumat bukan semata-mata dapat dicapai melalui alam fenomena ini. Al-Quran hendaklah dilihat sebagai sumber utama dan mutlak. Jika pun terdapat maklumat-maklumat yang bersifat miracle (luar dari saintifik), ia adalah benar dan menjadi rahsia yang perlu diteliti dan diperhatikan. Dalam sistem pendidikan, bahan ini adalah bahan asasi dan awalan, termasuk dari sudut pengenalan dan hafalan.

Sifat dan asma'Allah boleh dilihat secara operasional melalui dua perspektif berikut:

1. Sifat zatNya yang tergambar dalam sifat-sifat 20 (rububiyyah dan Uluhiyyah) 2. Sifat dalam bentuk nama-nama Allah (asma'ul husna) yang merujuk kepada kualiti-

kualiti pengurusan Allah.

Manusia atau seorang pengurus maklumat tidak mungkin mempunyai sifat-sifat Uluhiyyah dan Rububiyyah Allah. Sebaliknya mereka sewajibnya menjadikan sifat-sifat pengurusan Allah sebagai paradigma atau ciri-ciri pengurusannya. Dengan itu, ia akan lebih mendekati Allah dalam kerjaya pengurusannya. Ini juga menjamin mereka dari sebarang salah laku dan korupsi kerjaya.

Perkataan akal dalam bahasa Arab bermaksud 'ikatan'. Manusia yang mendakwa dirinya berakal sepatutnya mempunyai ikatan atau rujukan dengan sesuatu yang lebih tinggi iaitu wahyu. Manusia yang dianggap 'rational' dalam bahasa Inggeris lebih merujuk kepada "pertimbangan" oleh kekuatan organ otak tersebut sahaja, tidak berupa ikatan kepada sesuatu yang lebih berwibawa. Dengan itu fikiran yang tidak berkaitan dan tidak mempunyai rujukan kepada wahyu dikira tidak berakal.

3. JENIS ILMU

Di dalam Islam, terdapat penjenisan ilmu berdasarkan sumber seperti dalam perkara B.2 di atas. Dua jenis ilmu itu ialah:

1. Ilmu kewahyuan (transmitted knowledge)

2. Ilmu keakalan / takkulan (acquired knowledge)

Kebenaran atau kesahihan ilmu yang pertama itu adalah bersifat mutlak sementara kebenaran ilmu jenis yang kedua itu adalah bersifat nisbi atau relatif. Dengan itu ilmu yang pertama menjadi parameter kepada ilmu yang kedua, malah sebagai sumber dan rujukan dalam segala aspek.

56

Page 11: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Penjenisan ini juga sepatutnya mempengaruhi kewibawaan setiap satunya malah menjadi sistem yang bukan sahaja dalam konteks kewibawaan tersebut malah dalam sistem pengajian. Hal ini mestilah juga dilihatsehinggake peringkat pembinaankurikulum,malahan juga sepatutnya diperlihatkan lagi dalam konteks hairarki Ilmu dalam Islam. Dalam amalan sesetengah institusi seperti UIAM, ilmu wahyu ini dilihat dan dikenali dengan nama ilmu teras (fundamental) atau ilmu wahyu (revealed). Fakulti atau pusat yang mengendalikan ilmu ini sepatutnya menjadi fakulti teras dalam sesebuah institusi. la tidak sepatutnya dilihat sebagai ilmu yang hanya bertaraf sains sosial dengan status 'complementary' atau 'co-' sahaja bukan bertaraf 'core'.

Ilmu-ilmu sedemikian (ilmu agama/revea/ed knowledge) mestilah menjadi ilmu yang merentasi semua kurikulum atau bidang profesionalism. Dalam pengurusan maklumat dan ilmu, maklumat bagi ilmu sedemikain seharusnya mendapat tempat yang juga bertaraf teras dan 'central', la seharusnya bersifat kependidikan bukan setakat kefahaman dan pemikiran (understanding dan thought) semata-mata seperti dalam perspektif Barat. Unsur pendidikan itulah yang akan menjadikan ilmu-ilmu lain juga bukan setakat maklumat, malahan menarafi makna ilmu dalam perspektif Islam. Unsur itu juga yang mengembangkan potensi dan spektrum manusia dalam bidang berkenaan, bukan sekadar pakar dalam satu bidang yang khusus dan sempit. la akan mengembangkan mereka untuk melebari keupayaan mereka kepada bidang-bidang yang lain dengan nilai rentas pendidikan.

4. HAIRARKI ILMU DALAM ISLAM

Tradisi Islam juga meletakkan susunan ilmu dari sudut hairarki atau kedudukan taraf yang menjelaskan hubungan-hubungannya. Susunan tersebut adalah seperti berikut;

1. Ilmu tertinggi Contohnya: ilmu tauhid

2. Ilmu pertengahan Contohnya: ilmu bahasa dan metamatik (pengantara)

3. Ilmu terendah Contohnya: sains tabPe. (e.g kimia)

Pengkelasan ini adalah untuk menunjukkan peranan setiap bidang ilmu secara integratif, di mana misalnya tujuan pengajian maklumat adalah untuk akhirnya mencapai tauhid dan memperkukuhkan kedudukannya dalam kehidupan manusia. Instrumen penghubung dua ilmu itu adalah bahasa (dalam bentuk bunyi) dan angka (matematik) dalam bentuk simbol. Dalam dunia moden pun kedua-dua ilmu itu adalah ilmu alat kepada berbagai profession.

Peranan bahasa dan matematik bukan memberi perkhidmatan (service subject) untuk profesionalisme semata-mata. Malah ia menjadi alat atau ilmu yang akan membawa manusia mengenali Allah, dan kebesaranNya serta menjadi alat untuk membawa orang yang berilmu mendekati tuhan. Melalui bahasa juga manusia menterjemahkan segala kebesaran Allah yang dibongkari oleh sains misalnya menjadi realiti dalam kehidupan mereka. Kebesaran itu dihurai oleh bahasa dan dijelaskan secara huraian kuantitatif.

Ilmu-ilmu yang digolongkan sebagai ilmu terendah iaitu sains tabi'e (eg. kimia/fizik dll) semestinya bersifat relatif dari segi kebenarannya dengan merujuk kepada pengesahan dari ilmu di peringkat tinggi. Malah ilmu-ilmu ini mempunyai tujuan yang tinggi untuk menegakkan kebenaran ilmu tertinggi itu (agama) dalam kepercayaan dan kehidupan

57

Page 12: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Yaacob bin Yusoff Awang & Mohd Zafian bin Mohd Zawawi

manusia. Konsep hairarki itu akhirnya akan mengatur cara berfikir manusia juga cara menguruskan status (kedudukan korelasi) ilmu-ilmu itu dalam kataloging.

5. KEGUNAAN DAN FUNGSI ILMU.

Fungsi ilmu telah mengalami perkembangan terbaru sekarang khususnya dalam bidang sains. Sains telah dilihat sepatutnya membawa manusia kepada kebenaran-kebenaran yang tinggi iaitu ketuhanan. Dengan itu konsep-konsep seperti konsep utilitarianism tidak lagi relevan kepada sains moden. Ahli-ahli sains mula merasakan keperluan kepada unsur-unsur mistik atau tasawuf.

Ahli-ahli sains mula merujuk kepada amalan-amalan mistik sebagai unsur-unsur yang patut menjadi komponen baru sains untuk mempastikan tujuan tersebut tercapai. Dengan itu, aspek falsafah dan mistikism mula menjadi unsur penting dalam sains. Maka pengurusan, pengendalian, pembinaan kurikulum, pengajaran dan sebagainya mengenai sains mestilah diolah secara integratif dengan aspek-aspek falsafah. Ilmu dan maklumat sains tabi'i seharusnya tidak dipisahkan secara mutlak dari sains sosial.

Penguasaan falsafah dan ilmu berkaitan serta penemuan penemuan baru yang begitu menyumbang kepada kemajuan dalam bidang tersebut secara kebijaksanaan (wisdom) akan menarafkan seseorang itu sebagai orang yang benar-benar 'profess' yang bergelar professor. Ini bermakna professor ialah satu gelaran kepada keilmiahan bukan pengurusan semata-mata walau pun pengurusan ilmu dan maklumat. la adalah gelaran atau jawatan di atas nilai akademik bukan gelaran pentadbiran.

Al-Quran menyebut bahawa orang yang berilmu adalah semakin takutkan Allah (s.w.t). Ini memberi makna bahawa fungsi ilmu secara tertinggi ialah untuk membentuk manusia berciri takwa kepada Allah s.w.t. Justeru itu, kayu ukur ilmu bukan semata-mata pada kuantiti maklumat, malahan aspek kualiti maklumat yang dipegang. Jika maklumat pula gagal membawa manusia mempunyai ilmu atau menjadikan mereka ahli ilmu, bermakna maklumat itu bagaikan beban yang dipikul oleh keldai yang membawa buku-buku. Keldai itu tetap bodoh walau pun memikul bahan atau maklumat yang banyak.

SIGNIFIKAN KEPADA PENGURUSAN ILMU DAN MAKLUMAT

1. CIRI-CIRIASAS PENGURUS MAKLUMAT DAN ILMU

Merujuk kepada epistemolog tadi, maka pengurus atau pengamal pengurusan maklumat dan ilmu seharusnya melihat diri dan operasinya dalam konteks yang integratif atau sepadu dengan agama, bukan sekadar seimbang. Di sini dicadangkan supaya pengurus maklumat menjadikan unsur-unsur transendental sebagai unsur penting dengan melibatkan kecontohan yang jelas dan intim kepada personaliti Rasulullah (s.a.w). Ciri Rasulullah boleh diaplikasikan secara professional dalam profesionalism tersebut.

Rasulullah (s.a.w) mempunyai empat ciri yang disebut sebagai sifat wajib baginda. Sifat-sifat ini boleh dilihat dalam profession pengurusan maklumat dalam konteks berikut:

Page 13: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

1. Sidiq (benar) yang merujuk kepada kebenaran (truth) dalam segala aspek termasuk bahan-bahan yang diberikan, proses penyampaian, bentuk ilmu yang dibina juga fakta-fakta yang disampaikan.

2. Amanah (amanah) yang merujuk kepada pertanggungjawaban (akauntabiliti)terhadap ilmu dan maklumat yang disampaikan. la juga membawa kepada maksud 'aman dan damai' di mana penerima-penerima ilmu akan merasakan kedamaian dan keceriaan.

3. Tabligh (menyampaikan) yang bermaksud pengurus-pengurus ilmu dan maklumat seharusnya tekad tanpa batasan untuk menyampai serta menghebahkan maklumat supaya menjadi ilmu. Adalah salah sama sekali jika sesuatu maklumat disembunyikan kecuali di atas sebab-sebab sementara atau khusus. la bukan sekadar melepaskan maklumat tanpa strategi pengilmuan. Ini dapat difahami dari sifat ke 4 iaitu fatanah.

4. Fatanah (cekap) yang mana bermaksud penyampaian yang dibuat secara benar, dan amanah tadi semestinya secara cekap, berkesan serta memberi makna kepada penerima. Ini juga menuntut keupayaan penghantar maklumat atau pengurusmya untuk mengusahakan maklumat itu menjadi ilmu kepada penerima.

Ciri-ciri di atas seharusnya menjadi etika kerja kepada semua pengurus maklumat dan ilmu sebagai satu doktrin dalam pengurusan maklumat. Ciri-ciri itu boleh diperluaskan lagi dalam bentuk terperinci secara aplikatif kepada budaya semasa dan keperluan moden.

2 .CIRI-CIRI PROFESIONALISMA DALAM PENGURUSAN MAKLUMAT

Dengan mengambil kira analisis standard dalam perbahasan ini, ciri-ciri yang sama dengan Iain-Iain profesion juga diaplikasikan kepada pengurus maklumat dan ilmu dengan pendekatan khusus dalam bidang tersebut:

1. Menguasai (mastery) - Pengurus maklumat bukan sahaja setakat menguruskan penyimpanan, penyampaian, pemprosesan pemindahan, malahan menguasai maklumat itu sendiri untuk ditentukan benar atau pun salah.

2. Mempunyai falsafah, misi, dan visi serta objektif - Pengurus bukan sahaja bertugas sebagai makenisma pengurusan sahaja, malahan juga mempunyai kepercayaan dan pegangan serta tujuan-tujuan yang jelas yang berkaitan dengan misi dan misi sektor yang lebih besar seperti visi dan misi negara.

3. Berencana - Pengurus seharusnya mempunyai jadual dan skema kerja yang tersusun dan teratur yang memungkinkan pengurusan dan penyampaian maklumat menepati keperluan dan kegunaan, yang memungkinkannya menjadi ilmu.

4. Mempunyai institusi - Hal ini berkait rapat dengan sifat organisasi moden yang memerlukan mekanisma pengurusan yang baik dan berwibawa.

5. Sebagai kerjaya (bukan sambil lewa) - Ini merujuk kepada ciri-ciri profesionalism moden yang memerlukan sikap-sikap dan sifat tertentu seperti penumpuan, dedikasi, efektif, berketerampilan dan Iain-Iain. Etika profesionalism juga adalah aspek penting dalam hal ini.

59

Page 14: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Yaacob bin Yusoff Awang & Mohd Zafian bin Mohd Zawawi

6. Mempunyai badan atau persatuan - Aspek ini juga adalah bukan sahaja untuk mempertahankan para professional dalam keselamatan dan digniti dirinya, juga untuk menjamin perkhidmatan yang baik dan kolektif serta skop tanggungjawab yang lebih besar.

7. Pengiktirafan masyarakat-Ciri ini merujuk kepada kegunaan dan kesan positifsesuatu perkhidmatan. Masyarakat seharusnya dirujuk juga sebelum maklumat disampaikan samada berguna untuk mereka atau tidak.

8. Mempunyai latihan dan kemahiran -Aspeklatihan adalah untuk membentuk kemahiran, walau pun kemahiran kadang-kadang berupa anugerah Tuhan secara kelahiran. Para pengurus maklumat mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran melalui latihan formal untuk memenuhi keperluan terbaru terutama dalam konteks di mana maklumat sudah bersifat komoditi industri.

9. Mempunyai penilaian dan ukuran pencapaian -Aspek monitoring adalah disiplin dalam pengurusan selepas planning, organizing dan leading. Disiplin ini tidak terlepas juga kepada para pengurus maklumat dan ilmu. Ini disebut sebagai muhasabah oleh Islam, la berguna untuk membuat 'remedial work'selepas itu.

Dengan itu para pengurus akan menjadi profesional serta memiliki nilai-nilai profesionalism yang standard seperti bidang-bidang yang lain. Ciri-ciri ini juga boleh diperincikan mengikut budaya sektor tersebut serta tuntutan semasa yang bersifat global dan universal.

3. PARADIGMA SEORANG PENGURUS MAKLUMAT.

Secara keseluruhan dan analisis, paradigma diri dan profesionalism seorang pengurus maklumat boleh diringkaskan sebagai berikut:

1. Meyakini realiti metafizik (ketuhanan dan alam ghaib) - la bukan sekadar titik tolak profesionalismnya, tetapi juga menjadi parameter dan tujuannya.

2. Mempunyai hubungan dengan tuhan - Ini adalah dalam konteks hubungan berbentuk khusus dengan Allah (Hablum minallah) seperti sembahyang yang menjadi 'set up' kepada profesion, serta amalan-amalan ritual lain .

3. Hubungan dengan manusia - Ini bermaksud kerjaya itu sendiri yang berkaitan dengan perkhidmatan dengan manusia. Di samping itu bentuk-bentuk hubungan di luar profesion juga yang menjadi 'back up' hendaklah dimiliki oleh para pengurus maklumat dan ilmu.

4. Al-Quran sebagai sumber asas - Hal ini merujuk kepada kedudukan al-Quran sebagai sumber utama dan juga sifatnya sebagai kitab agama di samping bidang-bidang lain.

5. Rasul sebagai model profesion - Hal ini adalah dalam konteks panduan dan contoh personaliti dan tindakan operasi kerjaya tersebut, yang juga berkaitan dengan akidah Muslim.

6. Akhirat sebagai matlamat atau wawasan - Ini adalah tema hidup Muslim yang boleh direalisasikan hatta dalam profesion teknologi maklumat.

Page 15: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Epistimologi llmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan llmu dan Maklumat

Paradigma ini dicadangkan menjadi doktrin bam para pengurus maklumat kini untuk menjamin maklumat menjadi ilmu dan dengan itu profesion tersebut menepati kehendak Islam sebagai ibadah. Untuk mencapai dan membina paradigma tersebut, maka oganisasi ilmu dan pembelajaran seharusnya mengikut skema Islam yang bersifat sepadu dan progresif. Islam menekankan pembelajaran asas yang bersifat fardu ain kepada setiap manusia. Kemudian pembelajaran berkembang kepada ilmu bertaraf fardu kifayah dalam bentuk keagamaan, dan seterusnya kepada fardu kifayah bersifat profesional. Di peringkat profesional inilah wujudnya pengkhususan mengikut kepakaran. Aspek penting dalam skema ini ialah kedudukan ilmu fardu ain sebagai tugas setiap individu. Dengan itu fardu ain tidak menjadi profesion kumpulan tertentu sahaja seperti yang dikenali sebagai kumpulan agama.

4. CABARAN DAN JALAN KELUAR

Pemerhatian secara umum dapat menyimpulkan bahawa pengurusan maklumat menghadapi beberapa fenomena kontra kepada epistimologi maklumat yang sebenarnya. Fenomena ini menjadi lebih serius kalau dipadankan dengan perspektif Islam. Antaranya ia bersifat:

1. Kehilangan nilai ketuhanan 2. 'Commercialised' (didagangkan) 3. Utilitirianism 4. Horizontalism 5. Kognatif (tidak efektif) 6. Darwinism 7. Objektivism 8. Saintism 9. Euro-centric 10. Sekular (atheism atau parallelism) 11. (dan Iain-Iain)

Nilai-nilai di atas adalah berkait antara satu sama lain, la adalah fenomena yang dicetuskan oleh tradisi ketiadaan agama atau keagamaan yang disempitkan kepada aspek ritual semata-mata. Padahan dari sindrom ini ialah kelahiran profesionalism yang mempunyai nilai kontradiksi dengan tradisi keagamaan. Dengan itu digniti maklumat dan akauntabiliti profesionalnya, malah keseluruhan profesionalism itu tercabar dan kehilangan digniti.

Walau bagaimana pun, artikel ini mencadangkan beberapa anjakan dan alternatif bagi jalan keluar dari fenomena-fenomena tersebut. Antaranya:

1. Mengasaskan profesionalism pengurusan maklumat kepada tradisi agama. 2. Melakukan pengurusan maklumat secara profesional dan semasa (tidak emosional dan

ketinggalan zaman) 3. Berpaksi dan bergerak dengan budaya ilmu (bukan budaya maklumat semata-mata) 4. Berorientasi kependidikan (bukan pelajaran semata-mata) 5. Berkonsep maklumat dan ilmu sebagai amanah tuhan (bukan utiliti) 6. Bersifat 'God-centred', dengan maksud rujukan kepada Allah secara mendasar. 7. Berpaksi dan berteraskan ilmu (bukan fakta semata-mata) 8. (dan Iain-Iain) - perlu perbincangan.

61

Page 16: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Yaacob bin Yusoff Awang & Mohd Zafian bin Mohd Zawawi

Cadangan-cadangan di atas memang masih bersifat 'philosophical', tetapi falsafahlah yang menentukan kecelikan profesion. Enstein pernah menyebut; science without philosophy is blind and philosophy without science is empty Ini bererti aspek falsafah adalah asas penting bagi tindakan profesional sesuatu profesion atau kerjaya, apatah lagi jika pendidikan kerjaya tersebut dikendalikan oleh sebuah institusi yang bergelar universiti.

KESIMPULAN

Pengurusan maklumat sebagai satu disiplin ilmu kini banyak dibentuk oleh paradigma Barat yang tidak terlepas dari pengaruh falsafah-falsafah tertentu. Dengan itu, Malaysia sepatutnya membina falsafah sendiri dengan acuan yang bersifat keagamaan (keislaman) sesuai dengan Rukun Negara yang meletakkan bertuhan (kepercayaan kepada Tuhan) sebagai rukun pertamanya. Kemelut yang dihadapi serta cabaran yang ada masih mempunyai jalan keluaryang sebahagian besarnya terdapatdalam tradisi dan ajaran agama khususnya Islam. Malah profesion pengurusan maklumat ini sendiri adalah sebagai cara bagi mereka yang ingin merealisasikan agama dalam kehidupan. Pengurusan maklumat adalah instrumen dakwah yang berkesan. Wallahu a'lam.

BIBLIOGRAFI

Al-Quranul Karim. (terjemahan).

Kirmani, Mr. & R. Ahmad. (1990). Introduction to scientific thoughts and methods: an Islamic view. Bangi: UKM.

Mulkay, Michael, (terjemahan). (1990). Sains dan Sosiologi Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur: DBP.

Muzaffar, Chandra. (2005). Global Ethic or Global Hegemony. Asean London: Academic Press Ltd.

Sardar, Ziauddin. (terjemahan Rosnani Hashim dan Abdul Karim Abdul Ghani). (1991). Sentuhan Midas Sains, Nilai dan Persekitaran Menurut Islam dan Barat. Kuala Lumpur: DBP.

Schuon, F. (1975). Logic and Transcendence. London: George Allen & Unwin.

Syed Abdullah, S. M. D. (1983). The Concept of'ilmu' (knowledge) in the Quran. M. A. Thesis Department of Theology, University of Birmingham.

Umaruddin, M. (1962). The Ethical Philosophy of al-Ghazali. Aligard: Muslim University Press.

Williams, B. (1993). Ethics and Limits of Philosophy. London: Cassell Education Ltd.

Yaacob Bin Yusoff Al-Awangi. (1985). The Classification Of Sciences In Islamic Thought M.A. Thesis at Department of Theology, Faculty of Art, the University of Birmingham.

Page 17: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

SUDUT BERITA

'A-LIEP 2011: Asia-Pacific Conference on Library & Information Education and Practice- Issues, Challenges and Opportunities' pada 22 - 24 Jun 2011 di Pullman Hotel Lakeside, Putrajaya.

Persidangan adalah anjuran bersama Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan didokong oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Merupakan persidangan antarabangsa kali ke empat yang menjadi saluran kepada para peserta berbincang, berkongsi dan membahaskan isu-isu dan cabaran dalam bidang Perpustakaan dan Sains Maklumat terutama di rantau Asia-Pasifik. Sejak tahun 2006, 2007 dan 2009 persidangan A-LIEP telah berlansung di Singapura, Taiwan dan Jepun yang telah membawa kepada perubahan dan pembangunan setelah pelbagai isu diperbincangkan. Pada persidangan kali ini A-LIEP akan disertai oleh para ilmuan, penyelidik, pelajar, pekerja mahirdan individu yang berminat dalam bidang Perpustakaan dan Sains Maklumat melangkau sempadan antarabangsa bagi mewujudkan rangkaian pendidikan, kolaborasi, pertukaran idea, dan perkongsian maklumat melalui pembentangan kertas kerja, perbincangan dan pameran.

'World Congress of Muslim Librarians and Information Scientists 2011 (WCOMLIS)' pada 1 6 - 1 7 November 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Persidangan ini adalah anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kolaborasi Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Menjadi saluran kepada para pustakawan dan saintis maklumat Islam untuk membincangkan sebarang masalah berkaitan maklumat dalam dunia Islam.

150

Page 18: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

LELUHUR PERPUSTAKAAN ISKANDARIAH

The very name of the Bibliotheca Alexandrina conjures up the image of glorious past, of a shared heritage, not just between Greece and Egypt, nor even of the whole Mediterranean, but a shared heritage for all of humanity. For it was indeed at the Ancient Library of Alexandria that the greatest adventure of the human intellect was to unfold.

2300 years ago, Alexander the Great, Aristotle's pupils, brought his dream of culture and conquest, of uniting the world and launching a new era to the timeless land of Egypt. Alexander selected the site for a new capital: Alexandria. His successors in Egypt, the Ptolemies, built Alexandria and made it the intellectual capital of the world. Its lighthouse, the Pharos, was considered one of the seven wonders of ancient world. But a greater legacy was the Ancient Library of Alexandria. Launched in 288 BC by Ptolemy I (Soter) under the guidance of Demetrius of Phaleron, the temple to the muses, or Mouseion (in Greek), or museum (in Latin) was part academy, part research center, and part library. The great thinkers of the age, scientists, mathematicians, poets from all civilizations came to study and exchange ideas. As many as 700,000 scrolls, the equivalent of more than 100,000 modern printed books, filled the shelves. The library was open to scholars from all cultures. Girls and boys studies regularly at the Ancient Library.

On this very spot: Aristarchus was the first person to state that the earth revolves around the sun, a full 1800 years before Copernius. Eratosthenes proved that the earth was spherical and calculated its circumference with amazing accuracy, 1700 years before Columbus sailed on his epic voyage. Hipparchus established the first atlas of the stars and calculated the length of the solar year accurately to within 6.5 minutes. Callimachus the poet described the texts in the library organized by subject and author, becoming the father of the library science. Euclid wrote his elements of geometry, the basic text studied in schools all over the world even now. Herophylus identified the brain as the controlling organ of the body and launched a new era of medicine. Manetho chronicled the pharaohs and organized our history into the dynasties we use to this day. Zenodotus and the grammarians established the basics of literary scholarship with their meticulous definition of the Homerian text for the Iliad and Odyssey. And the list of great names and great achievement goes on and on.... Diophantes, Appolnius of Perga, Heron and visiting scholars such as Archimedes....They and many others were all members of that amazing community of scholars, which mapped the heavens, organized the calendar, established the foundations of science and pushed the boundaries of our knowledge. They opened up the cultures of the world, established a true dialogue of civilizations. Indeed, it was at the ancient Library of Alexandria that 72 specialists first translated The Old Testament from Hebrew into Greek (the famous Septuagint). Togetherthese scholars promoted rationality, tolerance and understanding and organized universal knowledge. For over six centuries the ancient of Alexandria epitomized the zenith of learning, as later scholars, such Claudius Ptolemy and Dioscoredes built on that explosion of knowledge and added their contributions. To this day it symbolizes the noblest aspiration of the human mind, global ecumenism, and the greatest achievement of the intellect. The library completely disappeared over sixteen hundred years ago., .but it continues to inspire scientists and scholars everywhere.

The Bibliotheca Alexandrina was located in at least three buldings; (i) the original Museum in the royal district of the city, (ii) the additional building mostly for book storage, located on the harbor, and (Hi) the "daughter Library" located in the Serapeum, the temple to

151

Page 19: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

Serapis, cult god of Alexandria. The Serapeum was located in the southwest part of the city, the popular quarter. The library disappeared slowly, suffering a slow decline from the time of Caesar and Cleopatra. Indeed, the first disaster was in 48 B.C, when the part of the library located at the harbor was accidentally set afire during the Alexandrian war of Julian Caesar. However, Marc Anthony gave Cleopatra the 200,000 scrolls of Pergamon, to make up for the losses. Yet, subsequent upheavals within the Roman Empire resulted in the gradual neglect and ultimate destruction of the library. Roman armies came to Alexandria to restore order several times between 200 and 300 AD, and it was on one of those occasions, (probably the campaign of Aurelius in 272 AD) that the entire royal quarter and the original Museum were destroyed. Christianity was brought to Africa through Alexandria by St. Marc in the first century AD, and it was followed by merciless and brutal persecution of the Christians by the Roman in the first three centuries. Persecution ceased with the conversion of Constantine the Great, but schisms erupted in the church. Tensions were running high and tolerant church fathers such Clement of Alexandria had to eave the city and his disciple Origen suffred much for his views. In 391 AD Emperor Theodosius issued a decree banning all religions other than Christianity and Christian Groups under Bishop Thedophilus burnt the Serapeum in 391 AD. This was the end of the ancient library as a public institution. What remained were the scholars in uneasy co-existence with an increasingly militant Christian mob. Tragedy struck in 415 AD. Hypatia, daughter of Theon, last recorded scholar in Alexandria, herself the first woman in mathematics and astronomy, a Neo-Platonist philosopher and charismatic orator, was brutally murdered by the mob in 415 AD. She became the first martyr to science. Thus by 400 AD, the Library had vanished, and the era of Alexandria scholarship came to an end a few years later. It had thus disappeared over two centuries before the arrival of the Muslim Arab armies in 641 AD.

But the memory of the ancient Library of Alexandria lived on. It continued to inspire scholars and humanists everywhere. Many dreamt of one day reviving the great Library... (Ismail Serageldin, http://www.serageldin.com/ancient_Library.htm)

152

Page 20: INFORMIKA - UiTM IRir.uitm.edu.my/id/eprint/13871/1/AJ_YAACOB YUSOFF AWANG...Informika, Jilid 1, 2011: 53-62 Epistimologi Ilmu dalam Islam: Asas Falsafah Pengurusan Ilmu dan Maklumat

PANDUAN PENULIS

Informika merupakan penerbitan tahunan bertujuan bagi mencapai objektif seperti berikut:

- Untuk menggalakkan penyebaran pengetahuan dan idea dalam pelbagai disiplin berkaitan dengan peradaban informasi di kalangan akademia, sarjana, intelektual, pustakawan dan pekerja ilmu.

- Untuk membantu para akademia mengenengahkan hasil karya mereka samada berbentuk penyelidikan, esei, resensi buku dan seumpamanya.

Skop Jurnal ini meliputi bidang-bidang berikut:

- Sains perpustakaan dan maklumat - Pengurusan sistem maklumat - Pengurusan rekod dan arkib - Pengurusan pusat sumber maklumat - Pengurusan pengetahuan - Manuskrip dan koleksi khas - Komunikasi dan media - Pengajian masa depan (Future studies) - Dunia buku dan penerbitan

Isi Kandungan Jurnal ini mengandungi ruangan berikut:

(a) Esei fokus (b) Esei umum (c) Nota penyelidikan/researc/7 in progress (d) Resensi buku (e) Rekayasaan (Esei yang menyarankan perubahan) (f) Refleksi (sekilas pandangan)

Kekerapan Jurnal ini diterbitkan sekali setahun.

Tema Keluaran Akan Datang Sentuhan Intelektual Membaca Karya-karya Besar.

Penghantaran Artikel Sila hantarkan sesalinan artikel ke alamat penerbit atau e-mel kepada [email protected] atau [email protected]. sebelum 15 Oktober 2011.

153