milenia muslim ogos 2009

21

Upload: esubs-milenia

Post on 07-Mar-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Prebiu majalah keluaran Ogos 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Milenia Muslim Ogos 2009
Page 2: Milenia Muslim Ogos 2009
Page 3: Milenia Muslim Ogos 2009

12009Ogos

Page 4: Milenia Muslim Ogos 2009

2

02 FOKustragedi ngeri umat islam selatan thai 10

01 bingKisanPendidikan agama berterusan di iPtPerkahwinan bukti Cintamerawat Rencam manusiaPertahankan institusi ulama

6789

1454

usaHaWansiti mariam tauke Rim

05 tanggungJaWab sOsialPerubahan bermula dengan sayasofi e gigih menapak dalam industri minyak dan gas

32

34

09 iQRaQ

42

www.mileniamuslim.com.my

08 Peganganmedia terlampau Rosakkan sistem Pendidikan 40

6

20

4230

38

07 silaHtuRRaHimberdakwah di sekolah

44iKtibaRbangunlah saad

ummaHZikir & Fikirsains dan budaya menurut ahli sunnah Wal Jamaahinstitusi Keluarga Pemangkin generasi berakhlak muliaiCt: teknologi untuk Kebaikan atau dosamekanisme mengurus nafsu

63

64

66

6972

03 isuKrisis Politik Perak ahmad awang sangkal HarussaniPlagiarisme: barah dunia KampusHadapi gejala ‘merempit’: guna Pendekatan agama

04 Pada Hematepistemologi ilmu & Pembinaan tasawwur 30

06 antaRabangsaZionis musnah Kedamaianmanusia 36

15 taFsiRterjemahan Kitab al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh sayyid Zaini dahlan 57

32

20

24

26

asal-usul solat lima Waktu

48FaKta & angKa

50

teROPOng mediaKemelut Pembantu Rumah Warga asing

nOta maHasisWamasalah sosial: Pi mai Pi mai, tang tuKerjaya mengikut teori Holland Cara Hadapi samseng Jalanan

60616210

11

12

52

selamat tinggalislamkahmichael Jackson?

13

16

17

serangan H1n1

Page 5: Milenia Muslim Ogos 2009

32009Ogos

bil 84 OgOs 2009

00 muKa HadaPan

apabila milenia muslim (terbitan mei 09) membuat kesimpulan bahawa krisis politik Perak tercetus akibat keengganan Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu ustaz ahmad awang untuk menerima tawaran umnO Perak menubuhkan kerajaan hasilnya adalah senario politik di Perak hari ini.

9286

7675

Anggota:

Persatuan Penerbit Majalah

26 KeRana nila setitiK . . .drama tV sisih unsur agama? 92

28 aKHiR Kalamnegara merdeka: Kepentingan minoriti lebih utama daripada majoriti 96

27 silang Kata islam 95

18 PuJangga“barang siapa menebar angin, Kelak dia Pasti menuai badai”

74

23 buKu & KRitiKPolemik iskandar Vs Zulqarnain 84

21

22 adabKe mana Hilangnya Keintelektualan Orang melayu? 82

senamansenaman Pernafasan asmaul Husna 80

20 ReViu Filemangels & demons - antara sains dan agama 76

19 saJaKKejadian manusia 75

KembaRaResort Pulau sibu Kepuasan berbaloi

8624

911000 taFsiR25

Page 6: Milenia Muslim Ogos 2009

4

M E J A E D I T O R

Sengketa di Xinjiang – kita turut terasa

AWAL bulan ini, dunia Islam dikejutkan dengan rusuhan etnik di Xinjiang, China yang menyebabkan ratusan umat Islam republik itu terkorban dan ribuan lagi cedera. Kita me-mang sedih dan sebak mengikuti perkembangan ini ketika dunia sedang berusaha bersama-sama menegakkan keadilan sejagat dan mewujudkan kedamaian peringkat global. Lebih menyedihkan apabila tragedi itu bukan saja membabitkan etnik yang bermusuhan malah pasukan polis China turut campur tangan kononnya mahu menyelesaikan masalah, padahal kehadirannya turut menyemarakkan ketegangan. Tindakan polis antirusuhan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan Han dan Uighur yang bertempur di kawasan penempatan Muslim di Xinjiang, bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi kemelut itu kerana masih ada mekanisme lain yang lebih lembut dan berhemah untuk mengelakkan pertumpahan darah.

Memang malang bagi penduduk minoriti Islam di wilayah itu apabila beratus-ratus penunjuk perasaan dari kawasan ma-joriti penduduk etnik Han, bersenjatakan pisau pemotong, paip besi dan belantan, memusnahkan kedai milik penduduk Muslim daripada kaum etnik Uighur. Sesetengah penunjuk perasaan Han melaungkan ‘serang Uighur’ ketika kedua-dua pihak membaling batu antara satu sama lain. Mereka bagaikan dirasuk syaitan pada hal untuk hidup aman dan harmoni, mereka tidak seharusnya memusuhi sesama manusia lebih-le-bih lagi yang sama bangsa, keturunan dan warganegara, cuma berlainan agama dan fahaman. Kes terpencil membabitkan pergaduhan di sebuah kilang yang menyebabkan berlaku tun-juk perasaan dan kemudian menular menjadi rusuhan tidak harus diperbesarkan. Kedamaian umat sejagat yang saling hor-mat menghormati harus dijadikan paksi untuk mewujudkan keharmonian berterusan. Negara China harus sedar bahawa dunia Islam termasuk Malaysia turut mengikuti perkembangan itu. Walaupun insiden itu disifatkan sebagai urusan dalaman yang tidak harus dicampuri pihak luar, negara Islam lain akan tersentak juga bak kata bidalan mencubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya. Hal yang sama juga berlaku dengan insiden pembunuhan umat Islam di selatan Th ailand. Kita memang tidak mencampuri urusan negara jiran, tetapi apa yang berlaku lebih-lebih lagi yang membabitkan umat Islam akan terasa juga dan terhiris hati.

Zainuddin Ayip

mmP Communications sdn bhd (146938-W)(dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd)(Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur.Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

Pengurus Penerbitan

Yayasan dakwah islamiah malaysia (Yadim)Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA.www.yadim.com.myTel: +603-2274 6077 Faks: +603-2276 2330

Penerbit

Yang Dipertua/Pengerusi EksekutifDatuk Hj Mohamad Nakhaie Hj AhmadPenaung

[email protected] Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

[email protected] Jamaluddin MansorKetua Editor Kumpulan

Pencetak times Off set (m) sdn. bhd.Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,Batu Tiga 40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Pereka Grafi k Jaztina Alias

Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan NaqiuddinWan Yaacob, Jasman Md Noor

Pengurus Produksi& Pengedaran [email protected]

Khairi Ng Abdullah

Editor

Editor Agamarafl [email protected] Sabirin

Zainudin Ayip

Jurufoto [email protected] Asraf Dahari

Eksekutif Jualan Azam Akbar Ramamam, Zakhwan Rizak,Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman

Eksekutif Produksi Widya Natasya Md Salleh

Kolumnis Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, S.M. Zakir, Dr. Sidek Baba

Penyumbang Mohd Sukki Othman, Dr Muhammad Nur Manuty, Nik Mahani Mohamed, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Nabeela Naeem (Washington DC), Muhammad Uthman El-Muhammady

Pengarah [email protected] Hanna Khairuddin

Wartawan Salawati [email protected] Dalia [email protected]

Pengurus KananPemasaran [email protected]

Omar Ahad

Rizal Abdul Rahman

ShahrulAzrin ShaharuddinMohamad Zairull Mohd Yusof

Zulkeflee Abdullah

Web Mohd Hafizi Md Tahir

Eksekutif Pengedaran

Pereka Grafi k Korporat Saiful Hanafi

Penyelidik Foto Arman Yusuf

[email protected]

[email protected]

Eksekutif Langganan Ridzuan Besiri

[email protected]

Penolong Pengurus Pemasaran [email protected]

Shamsul Bahri Abd. Aziz

Faizal [email protected]

Penulis

Page 7: Milenia Muslim Ogos 2009

52009Ogos

Yang Dipertua/Pengerusi EksekutifDatuk Hj Mohamad Nakhaie Hj AhmadPenaung

[email protected] Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Page 8: Milenia Muslim Ogos 2009

6

bingKisan

Buku ini adalah tajaan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd (www.pts.com.my atau 03-4142 7413/16)

Buku ini adalah tajaan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd (www.pts.com.my atau 03-4142 7413/16)

Majlis Perwakilan Pelajar dari se-luruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tiga Institusi

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berkam-pung selama lima hari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), baru-baru ini.

Seramai 22 delegasi Universiti Pen-didikan Sultan Idris (UPSI) turut serta dalam konvensyen yang dihadiri lebih dari 400 wakil Majlis Perundingan Pelajar (MPP) dari seluruh negara.

Perwakilan sebulat suara menyampaikan resolusi kepada pihak Kementerian Pen-gajian Tinggi selain tindakan yang perlu dilaksanakan di peringkat universiti ma-sing-masing. Resolusi dibuat berdasarkan empat aspek utama berkait rapat dengan mahasiswa iaitu kepimpinan, sahsiah, akademik dan juga keusahawanan.

Antara resolusi paling penting ialah gesaan terhadap Kementerian Penga-jian Tinggi untuk melaksanakan subjek pendidikan agama secara bersepadu di uni-versiti tanpa berorientasikan peperiksaan. Sesungguhnya sudah wujud kesedaran yang tinggi di kalangan pemimpin maha-siswa bahawa masalah kebejatan sosial yang kian meruncing dan kritikal di negara ini perlu diselesaikan melalui pendidikan agama. Mahasiswa sedar bahawa sahsiah graduan yang merudum adalah kerana kelompan-

Pendidikan Agama Berterusan di IPT

gan sistem sistem pendidikan di IPT yang mengenepikan pendidikan agama khusus-nya Pendidikan Islam.

Bagi memastikan ia menjadi kenyataan, saya memohon kepada pimpinan mahasiswa yang terpilih ke Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) membentangkannya dengan baik dan bertegas kepada menteri dan ahli parlimen bahawa ia adalah satu keperluan yang sangat kritikal mutakhir ini. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu memandang serius permintaan ini dan tindakan segera perlu diambil.

Persoalan yang perlu dibahaskan oleh mahasiswa adalah pendidikan agama (saya fokus kepada pendidikan Islam) yang bagaimana mereka inginkan? Bagi maha-siswa Islam, pendidikan yang dimaksudkan sudah tentu berbeza dengan apa yang dila-lui selama 11 tahun di sekolah. Pendidikan Islam di IPT adalah pendidikan Islam lanjutan yang bersepadu dengan bidang pemfokusan masing-masing.

Sebagai contoh, seorang pelajar peru-batan perlu mendalami fi qh mengenai perubatan secara mendalam kerana mere-ka akan mendepani keadaan itu apabila bekerja nanti. Negara memerlukan dok-tor yang bukan hanya tahu mengubati pesakit, malah mampu mendidik pesakit mengenai pentingnya menunaikan solat walau bagaimana sekalipun keadaannya

dan bagaimana menjamak solat jika ter-libat dalam pembedahan melangkaui waktu solat. Malah negara mengharap-kan, doktor yang mampu membimbing pesakitnya dengan bimbingan rohani dan pergantungan kepada Allah s.w.t sebelum menjalani pembedahan yang kritikal. Begitu juga bagi mahasiswa di Univer-siti Pertahanan Malaysia, sudah tentu menjadi kewajipan bagi mereka untuk mempelajari segala fi qh dalam peperan-gan, masuk hutan dan jihad.

Begitulah seterusnya dalam bidang gua-man, veterina, pendidikan, kejuruteraan dan sebagainya. Jika perkara asas itu juga masih tidak dapat dikuasai, mungkin ia juga perlu diulangi kembali pada tahun pertama pengajian.

Kesimpulannya, Pendidikan Islam di IPT yang diperlukan bukannya bersi-fat asas seperti di sekolah, tetapi adalah lanjutan yang bersepadu dengan bidang masing-masing yang bersifat praktikal. Adalah satu kesilapan jika persoalan ini diserahkan bulat-bulat kepada ustaz-ustaz di pengajian Islam untuk merangka per-laksanaannya kerana mereka belum tentu memahami keperluan setiap bidang pengkhususan yang kita sendiri berada di dalamnya. Diharapkan pimpinan maha-siswa dapat memperbahaskannya dengan lebih mendalam dan terperinci agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi benar-benar jelas apa yang negara perlukan.

Arif MohamadExco Akademik Dan KerjayaMajlis Perwakilan Pelajar Sesi 08/09Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjung MalimPerak

Page 9: Milenia Muslim Ogos 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 10: Milenia Muslim Ogos 2009

10 10

FOKus

Peristiwa pembunuhan kejam ke atas 11 jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Fur-qan, Narathiwat pada 1 Jun 2009, menggemparkan masyarakat dunia. Tindakan tidak berperi kemanu-siaan ke atas umat Islam di Selatan Th ai terus berlaku

meski pun jaminan demi jaminan diberikan terhadap keselamatan umat Islam di negara itu. Bagi umat Islam di Selatan Th ailand, mereka sering menghadapi mimpi ngeri kerana menyedari nyawa mereka ibaratkan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa nyawa

mereka akan melayang atau kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata saja.

Tidak hairanlah, isu umat Islam di Selatan Th ailand ini men-dapat perhatian dunia. Terdahulu, peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai pada Ramadhan 2004, mengubah per-sepsi masyarakat Malaysia terhadap Selatan Th ai.

Dalam peristiwa itu, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak tentera. Dalam tempoh beberapa minggu, media negara itu menyiarkan peris-

Tragedi Ngeri Umat Islam SELATAN THAI

Page 11: Milenia Muslim Ogos 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 12: Milenia Muslim Ogos 2009

20

isu

“Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa” dalam Milenia Mus-lim (terbitan Mei 09) menimbulkan

polemik pro dan kontra yang saling ting-kah-meningkah. Ustaz Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu, menyangkal dakwaan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang mempersalahkannya dengan keengganan menerima tawaran UMNO Perak untuk membentuk kera-

jaan sehingga membawa kepada krisis keabsahan kerajaan negeri di Mahkamah Persekutuan. Beliau tampil dengan sang-gahan balas bagi menjernih kekerohan salah tafsir mengenai peranannya di seba-lik tabir krisis tersebut dan pendirian PAS Perak sejak awal 8 Mac 2008.

“Ia seolah semuanya berpunca dari saya. Membaca kenyataan beliau men-unjukkan bahawa sahabat saya ini, Tan Sri Mufti adalah seorang yang mencam-puri politik kepartian. Tiada lagi atas sifat non-partisan. Terang-terangan menye-

belahi UMNO. Sebagai seorang mufti yang diberi perkenan oleh sultan sepat-utnya tidak boleh terlibat dengan politik. Malah secara peribadi beliau selalu meng-ingatkan masyarakat Islam di Perak agar meninggalkan baju politik dan sangkut di luar pagar masjid.

“Maka analoginya juga pada hari ini, tidak sepatutnya mufti mencampuri uru-san hal politik sungguhpun bekas Menteri Besar (MB) meminta beliau berjumpa Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jika be-liau berhujah atas kepentingan Melayu

Krisis Politik Perak AHMAD AWANG

Sangkal HARUSSANI

20

Oleh Zulkefly baharuddinFoto yusri shakjee & naqi

Page 13: Milenia Muslim Ogos 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 14: Milenia Muslim Ogos 2009

52

Kematian Raja Pop Dunia, Michael Jackson, 50, atau nama Islamnya, Michael Jackson meninggalkan pe-minat-peminatnya di selu-

ruh dunia, pada 25 Jun 2009 lalu, akibat serangan jantung amat memberikan impak kepada seluruh umat Islam.

Setiap berita yang dilaporkan media Barat sehingga tibanya hari pengkebumian Michael Jackson pada 7 Julai 2009 lalu, se-lepas 12 hari beliau menghembuskan nafas terakhir, sedikitpun tidak terdapat laporan yang menyebut secara jelas agama yang di-anuti beliau dan di mana beliau akan dike-bumikan. Apa yang dilaporkan oleh media Barat jangkaan sejumlah 3.1 juta manusia menyaksikan secara langsung di laman web upacara memperingati jenazah Michael Jackson yang diadakan di Staples Centre, Los Angeles. Acara selama dua jam yang berlangsung di situ hanya men-gambarkan puji-pujian diberikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat untuk men-genang kisah suka dan duka Michael Jack-son buat kali terakhir dalam kariernya se-bagai acara untuk menghormati budaya dan agama asal beliau, Kristian.

Apabila menyaksikan upacara penghor-matan itu, memang benarlah ‘MJ’ telah me-mecahkan tembok bangsa dan warna kulit sebagaimana lagu ‘Black or White’ yang diter-bitkan pada 1991. Bahkan kejayaannya melakukan pembedahan plastik mengubah tubuh hitamnya kepada putih juga telah memberikan impak besar dalam mengubah ketentuan Ilahi. Namun selepas kematian Michael, warna kulitnya tetap dicatatkan dalam sijil kematiannya sebagai ‘black’.

ISLAMKAHLokasi sebenar solat

tidak dilaporkan

selamat tinggal...

Page 15: Milenia Muslim Ogos 2009

532009Ogos

Antara Album dan Anugerah yang Dimenangi

Album1979 – OFF Th e Wall1982 – Th riller (Dijual 109 juta unit)1987 – Bad1991 – Dangerous1993 – Balck or White1995 – History

ANUGERAH13 - Guiness World Record19 - Grammy Awards22 - American Music Awards12 - World Music Awards 40 - Billboard Awards1 - Golden Globe Awards13 - MTV Awards14 - NCCP Image Award56 - RIAA Awards

MICHAEL JACKSON?jenazah dan pengkebumianoleh media barat.

Oleh dalia isMail

MICHAEL JACKSON?

Page 16: Milenia Muslim Ogos 2009

76

ReViu Filem

Angels & Demons adalah novel yang ditulis oleh Dan Brown sebelum novel Da Vinci Code. Dan Brown mencipta dunia fi ksyennya dengan mengam-

bil isu pertentangan sains dan agama dari-pada sejarah agama Kristian pada zaman pertengahan atau zaman yang disebut seba-gai zaman renaisans, iaitu zaman kebangki-tan sains dan pemikiran positivisme. Ron Howard, pengarah fi lem, bagaimanapun menyusun Angels & Demons sebagai sekuel kepada Da Vinci Code. Kepandaian Ho-ward dengan bantuan penulis skripnya Da-vid Koepp dan Akiva Goldsman berjaya menyusun siri cerita ‘anti-christ’ Dan Brown dengan Angels & Demons sebagai se-kuel yang cukup meyakinkan. Dalam Ang-els & Demons ini, Tom Hanks diganding-kan dengan bintang Yahudi yang berasal dari Tel Aviv, Ayelet Zurer. Jika dalam Da Vinci Code, Dan Brown menonjolkan ahli sains dan seniman Leonardo Da Vinci se-bagai subjek penentangan sains terhadap agama, dalam Angels & Demons Dan Brown menjadikan Galileo dan Benini pula seba-

ANGELS & DEMONS- Antara Sains dan Agama

76

Oleh s.M Zakir

Page 17: Milenia Muslim Ogos 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 18: Milenia Muslim Ogos 2009

82

adab

Ke Mana Hilangnya Keintelektualan Orang Melayu?

Oleh Mohd sukki othMan

amat malang apabila generasi muda lebih tertarik pada hiburan dan keseronokan hingga alpa dan lalai

Page 19: Milenia Muslim Ogos 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 20: Milenia Muslim Ogos 2009
Page 21: Milenia Muslim Ogos 2009