ustaz adam(nota).ppt

39
SIMPOSIUM DPIA 2012 KEPENTINGAN SERTA PERANAN AL-QURAN DAN Al-SUNNAH DALAM ERA SEMASA Otoriti Al-Quran” 14 Okt - Masjid Ar-Raudhah Ustaz Adam Ismail Pengurus Cawangan Andalus

Upload: azka77

Post on 12-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • SIMPOSIUM DPIA 2012KEPENTINGAN SERTA PERANAN AL-QURAN DAN Al-SUNNAH DALAM ERA SEMASA

    Otoriti Al-Quran

    14 Okt - Masjid Ar-RaudhahUstaz Adam IsmailPengurus Cawangan Andalus

  • OBJEKTIF

    1. Menjelaskan kepentingan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber utama.

    2. Mengenalpasti cara berinteraksi dan menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah.

    3. Membincangkan tentang salah faham terhadap Al-Quran dan Al-Hadis.

  • Tulis OS1: _____________________________________________________________Dan hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah Aliimran: 103.

    Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya. An-Najm : 3-4.

  • Dan apa saja yang diberikan rasul kepada kamu semua maka hendaklah kamu mengambilnya dan apa sahaja yang dilarang olehnya hendaklah kamu jauhi. ( al-Hasyr: 7).

    Wahai orang-orang yang beriman taati kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada Rasul dan Ulul amri di kalangan kamu.. (an Nisa:59).

    Tulis OS2: _____________________________________________________________

  • Ketika ayat ini diturunkan orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (An-Anam:82). Banyak orang merasa resah. Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah. SAW. : Ya Rasulullah, siapakah di antara kita yang tidak berbuat zalim terhadap dirinya? Nabi menjawab : kezaliman di sini bukan seperti yang kamu fahami. Tidakkah kamu pernah mendengar apa yang telah dikatakan oleh seorang hamba Allah yang soleh Sesungguhnya kemusyrikan adalah benar-benar kezaliman yang besar Lukman:13. Jadi yang dimaksudkan disini ialah kemusyrikan.

    Tulis OS3: _____________________________________________________________

  • Barangsiapa yang mendustakan daku dengan sengaja maka sesungguhnya dia telah menempah tempatnya di api neraka Muslim.

    Orang-orang yang telah Kami berikan Al-KitabNYA, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (al-Baqarah : 121).

  • PEMBENTANGAN 1OTORITI AL-QURANKajian tentang kebenaran Al-Quran melalui:1- Kemukjizatan Al-Quran dari sudut bahasa, hukum tasyri, fakta sains dan fakta sejarah.2- Terpeliharanya Al-Quran Sejarah pengumpulannya.3- Al-Quran sumber rujukan yang lengkap lagi sempurna.

  • PERBAHASAN PERTAMA

    Kemukjizatan Al-Quran dari sudut bahasa, hukum tasyri, fakta sains dan fakta sejarah

  • MUKJIZATBagi menyatakan kebenaran ajaran yang dibawa, seorang Rasul itu akan dianugerahkan dengan mukjizat.

    Mukjizat itu mestilah juga dari jenis perkara yang terkenal di kalangan kaum seseorang Rasul itu dan keahlian mereka dalam lapangan tersebut.

    Hal ini kerana mukjizat itu sendiri bertujuan menghancurkan kepercayaan kaumnya yang bertuhankan selain kepada Allah.

  • Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang lengkap dengan sastera, kerana masyarakat Arab waktu itu pakar dalam bidang puisi, prosa dan kesusasteraan.

    Penurunan al-Quran telah membuka mata sasterawan Arab contohnya kata Abu al-Walid: Aku tidak pernah mendengar kata-kata seindah ini sebelum ini, ia bukan syair, orang tidak siuman bukan ucapan ahli sihir bukan ucapan ahli sastera dan bukan ucapan manusia.

  • APAKAH SEBENARNYA MUKJIZAT?

    - Mukjizat () kata tunggal, Jamanya () maksudnya melemahkan (ajaza/IJaz). rujuk Lisanul Arab,Ibn Manzur.

    - Menurut istilah, mukjizat bermaksud sesuatu luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun sepertinya.

    - Sesuatu perkara luar biasa yang berlaku pada para Rasul untuk membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa dengan izin Allah.

  • BAHAGIAN MUKJIZAT AL-QURANAl-Quran mempunyai berbagai mukjizat antaranya adalah ianya dijamin daripada ditokok tambah dan terpelihara isi kandungannya. Seperti firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 9: sesungguhnya Kamilah yang menurunkan ayat al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

  • INTIPATI MUKJIZAT AL-QURANKatakanlah: sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain. (al-Isra:88). ..katakanlah: datangkanlah sepuluh surah..(Hud: 13-14)...datangkanlah sebuah surah seumpama.. (Yunus:38) / buatlah satu surah yang semisal Quran Itu.. (al-Baqarah: 23).

  • MUKJIZAT AL-QURAN SECARA KHUSUSNYA

    Mukjizat dari segi bahasa dan isi kadungan

    Mukjizat dari pelbagai bidang ilmu:Hukum Syara.Fakta Sains.Fakta Sejarah dll.

  • MUKJIZAT DARI SEGI BAHASA

    Bahasa al-Quran amat indah, jelas, padat dan tidak dapat ditandingi oleh pakar bahasa daripada semua peringkat dan zaman.

    Penurunan al-Quran mengkagumkan mereka dan sekaligus melemahkan mereka dan semua ahli bijakpandai dalam lapangan sastera di kalangan mereka.

  • Kelebihan al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya (Uslub, susunan kata, kaedah, tariqah, makna) tidak dapat ditandingi oleh bangsa arab yang fasih dan sesiapapun, dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat Ummi.

    Contoh mukjizat al-Quran dari segi bahasa ialah Surah an-Nas, Ar-Raman, al-Ikhlas, An-Naba al-Baqarah, Yasin dll.

  • PERSOALANNYA: APAKAH HAKIKAT BAHASA AL-QURAN YANG SEBENAR:

    Adakah bahasa al-Quran sama seperti bahasa arab yang digunaPAKAI oleh orang-orang arab?

  • MUKJIZAT DARI SEGI ISI KANDUNGAN

    Al-Quran mengandungi 114 surah yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Antara lain di dalam al-Quran mengandungi sejumlah lebih 6000 ayat.

    Dari segi isi kandungan ini terdapat beberapa fasal yang boleh dikupaskan: cerita sejarah, hubung kait dengan ayat dan surah dan peristiwa yang akan berlaku.

  • MUKJIZAT DARI SEGI HUKUM SYARA (AD-DIN)

    Al-Quran mempunyai pelbagai cabang ilmu,dari bidang Akidah hinggalah mencakupi bidang Sains dan teknologi.

    Antaranya ialah:Ilmu Aqidah (Allah, Rasul, alam ghaib, alam nyata).Ilmu Syariat (perundangan Islam, ibadat, muamalat, diri, keluarga, masyarakat, negara). Ilmu Akhlak (sifat-sifat mahmudah/mazmumah).

  • MUKJIZAT DARI SEGI SEJARAH

    Terdapat banyak ayat dalam al-Quran menceritakan mengenai sejarah atau kisah nabi-terdahulu untuk dijadikan pengajaran.

    Contohnya kisah nabi Isa dan kisah ashabul kahfi seperti mana ada dirakamkan dalam surah al-Kahfi ayat 25: dan mereka telah tidur dalam gua mereka; tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli kitab dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

  • Kisah tersebut berkisar pemuda ashabul kahfi. Cerita yang benar-benar berlaku di zaman lampau dan sebelum Nabi Muhammad.

    Pemuda-pemuda tersebut telah dikejar oleh Raja dan tenteranya. Bagi menyelamatkan iman mereka, mereka telah bersembunyi di dalam sebuah gua.

  • Mereka telah ditidurkan oleh Allah di situ selama 300 tahun mengikut perkiraan matahari atau Masehi dan selama 309 tahun mengikut perkiraan bulan atau Hijrah.

    Mereka dibangkitkan semula daripada tidur dalam keadaan seperti asalnya.

  • HUBUNG KAIT AYAT DENGAN SURAH

    Isi al-Quran tiada mempunyai percanggahan dan mempunyai hubung kait antara satu ayat atau surah dengan yang lain.

    Tidak seperti dalam kitab Bible yang ada sekarang ini. Sebagaimana yang dikupas oleh Syeikh Ahmadeedat dalam pidatonya.

    Tidak ada keterangan dalam Bible yang mengatakan sembahlah Jesus .

  • Selain itu, ada ayat mengatakan Jesus adalah anak Tuhan. Namun, dalam ayat lain menyatakan sesiapa yang berbuat baik maka merekalah anak Tuhan.

    Hal ini berbeza dengan al-Quran. Bahasanya adalah jelas, tepat dan menyeluruh. Segala suruhan yang wajib diterangkan dengan jelas dalam al-Quran seperti ayat hukum dikenakan terhadap penzina dan lain-lain.

  • KISAH YANG BAKAL BERLAKU

    Antara mukjizat al-Quran adalah menyatakan perkara yang bakal berlaku.

    Sebagai contoh, peristiwa kemenangan Rom terhadap Parsi dalam surah ar-Rum ayat 2-4.

    Begitu juga dengan peristiwa Qiamat.

  • MUKJIZAT DARI SEGI ILMU SAINS (ALAM NYATA)Al-Quran mengajak manusia berfikir tentang asal usul kejadian alam nyata daripada pelbagai makhluk atau malakut yang ada di dunia ini seperti:

    1- Kejadian manusia.2- Kehidupan haiwan. (besar, kecil, berkaki, tidak berkaki, terbang, merayap, dilihat, tidak dilihat, di darat, di air, di udara).

  • 3- Tumbuh-tumbuhan, pokok, daun, buah buahan.

    4- Langit, plenet, bintang, bulan, matahari, petir, guruh.

    5- Bumi, gunung-ganang lautan, sungai, angin, awan, hujan, air, api dan lain-lain.

  • Contoh bidang ilmu sains: penciptaan manusia dimana ada dirakamkan dalam al-Quran dalam surah al-Muminun ayat 12-14.

    Bagaimana mungkin umat pada zaman Nabi Muhammad sejak 1400 tahun yang lalu tahu berkenaan hal ini.

  • PERSOALANNYAAdakah al-Quran ilmu sains? Apa kata Albert Einstein.Sejauh manakah ilmu sains dapat membuktikan kebenaran al-Quran?

  • Sila dengan dengan teliti dan fahami dengan baik serta berikan pandangan anda http://www.youtube.com/watch?v=r5h6CNhtVls&feature=related

  • PANGAKUAN BEBERAPA AHLI SAINTIS AKAN KEBENARAN AL-QURAN

    http://www.youtube.com/watch?v=afaG5LFgiBM

  • PERBAHASAN KEDUATerpeliharanya Al-Quran- Sejarah pengumpulannya

  • 1- ZAMAN NABIPengantara sebagai Penyampai wahyu Allah.Menerima wahyu secara langsung daripada Allah, melalui malaikat, mimpi, suara deringan yang sangat kuat. (sistem talaqqi)Rasul Hafalan di dada dan tidak lupa.Rasul penafsir utama dan tempat rujukan jika berlaku perselesihan sejak menjadi Rasul hingga wafat.Penulisan wujud di pelepah, daun dan bahan-bahan yang ada di zaman tersebut.

  • 2- ZAMAN SAHABATBelajar Al-Quran dengan Nabi secara talaqqi atau berkumpulan atau melalui sababat/sahabiyat yang lain.Menghafal dan menulis mengikut cara dan kaedah-tertentu.Menafsirkan berdasarkan tafsiran Nabi.Pengumpulan secara bertulis di zaman khalifah Abu Bakr dan khalifah Usthman (RA) dalam satu mashaf .

  • SELEPAS SAHABAT, KINI DAN SETERUSNYA

    Al-Quran tidak dapat diubah, dihilangkan, ditambah, dikurangkan, diselewengkan sama sekali.

    Al-Quran terus terpelihara di dada dan mushaf seluruh umat Islam.

  • PERBAHASAN KETIGA

    Al-Quran Sumber Rujukan Yang Lengkap Lagi Sempurna

  • JAMINAN ALLAH DALAM KTABNYA Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama (Islam) sebagai agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatku ke atas kamu dan Aku redha Islam sebagai agamamu. (al-Maidah:3) Tiada satu pun yang kami alpakan di dalam al-Quran. (al-Anam:38)Dan kami telah menurunkan ke atas kamu kitab yang menjelas segala sesuatu..(an-Nahl:89)http://www.youtube.com/watch?v=wfeNpDg9ctY&feature=player_detailpage

  • RUMUSANSumber rujukan dalam segala ilmu pengetahuan.Diyakini kebenaranNya 100 peratus dan tiada sedikitpun keraguanSesuai di setiap masa dan tempat.Boleh diamalkan oleh setiap insan.Tiada tandingan hingga ke hari kiamat.Membawa kebahagian bagi kehidupan dunia dan akhirat.

  • 15 MINIT SESI SOAL JAWAB

    TERIMA KASIH

    WASSALAMUALAIKUM WR WB