usaha sendiri lebih baik daripada kelas tambahan-2

3
Kebaikan & Keburukan Menghadiri Kelas Tuisyen Kebaikan : Pemahaman murid-murid terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas tuisyen boleh membantu murid-murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran. Murid-murid dapat menyelesaikan masalah pembelajaran di dalam kelas dengan merujuk secara personal dengan guru tuisyen. Guru tuisyen boleh memberi banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberi satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tuisyen berupaya memberi satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan. Murid yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat dalam setiap soalan yang diberikan itu. Kelas tuisyen memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tuisyen yang diadakan selepas waktu sekolah biasanya menyukarkan murid-murid terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen. Kelas tuisyen boleh membimbing dan memahirkan ilmu murid- murid yang dipelajari di sekolah. Melalui kelas tuisyen, murid-murid boleh mendapat penjelasan yang lebih mendalam

Upload: azlina-hashim

Post on 17-Dec-2015

124 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Kebaikan & Keburukan Menghadiri Kelas Tuisyen

Kebaikan : Pemahaman murid-murid terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas tuisyen boleh membantu murid-murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran. Murid-murid dapat menyelesaikan masalah pembelajaran di dalam kelas dengan merujuk secara personal dengan guru tuisyen. Guru tuisyen boleh memberi banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberi satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tuisyen berupaya memberi satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan. Murid yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat dalam setiap soalan yang diberikan itu. Kelas tuisyen memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tuisyen yang diadakan selepas waktu sekolah biasanya menyukarkan murid-murid terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen. Kelas tuisyen boleh membimbing dan memahirkan ilmu murid-murid yang dipelajari di sekolah. Melalui kelas tuisyen, murid-murid boleh mendapat penjelasan yang lebih mendalam terhadap sesuatu subjek.Murid-murid juga boleh mendapat pengetahuan yang tidak dapat belajar di sekolah. Murid-murid boleh lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar kerana mempunyai persekitaran yang baik untuk belajar dan bilangan murid dalam satu kelas kecil. Murid-murid boleh bertukar fikiran dan soalan ujian dengan rakan-rakan baru.

Keburukan : Sesetengah pusat tuisyen mementingkan keuntungan sahaja tanpa mementingkan kualiti pengajaran mereka. Mereka mengenakan bayaran yang tinggi tetapi kualiti pengajaran mereka sangat rendah. Menghadiri kelas tuisyen menggalakkan pergaulan bebas antara murid-murid. Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk bergaul dengan rakan-rakan dari sekolah lain. Hal ini akan menyebabkan murid-murid bebas bergaul antara satu sama lain tanpa mengira batasan lelaki dan perempuan. Membuang masa ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan juga membuang masa diri murid-murid untuk menghadiri kelas tuisyen. Membuang duit ibu bapa kerana kelas tuisyen tersebut mahal and anak-anak mereka pergi ke kelas tuisyen hanya untuk bertemu rakan-rakan mereka, bermain telefon bimbit dan bercakap dengan rakan-rakan. Meningkatkan beban ibu bapa untuk membiayai yuran tuisyen anak-anak. Menghadiri kelas tuisyen mewujudkan kekeliruan murid-murid kerana cara-cara setiap guru mengajar berbeza. Setiap guru mempunyai formula dan teknik menjawab soalan yang berbeza dan ini boleh mengelirukan murid tersebut. Ibu bapa akan menjadikan tuisyen sebagai satu alat kompetitif untuk membanding keputusan anak-anak dengan orang lain. Ini akan memberi tekanan kepada murid-murid sehingga boleh menyebabkan trauma.