diri’ (working together to prevent suicide). tema yang ... · • berkongsi pengalaman sendiri...

2
P encegahan bunuh diri kekal menjadi cabaran sejagat. Setiap tahun, bunuh diri menjadi antara 20 penyebab utama kematian sedunia melibatkan semua peringkat umur. Bunuh diri mengorbankan 800 000 nyawa setiap tahun, bersamaan dengan 1 kematian setiap 40 saat! S etiap nyawa yang terkorban mungkin pasangan, anak, ibu bapa atau rakan kepada seseorang. Untuk setiap bunuh diri, hampir 135 orang yang lain akan merana atau terkesan, menjadikan hampir 108 juta orang terjejas daripada kelakuan bunuh diri setiap tahun. K elakuan bunuh diri merangkumi: 1. kematian akibat bunuh diri, 2. cubaan bunuh diri – 25 ganda lebih kerap berbanding kematian bunuh diri, 3. terfikir untuk bunuh diri – paling kerap berlaku B unuh diri adalah akibat interaksi pelbagai faktor iaitu genetik, psikologi, sosial, budaya dan faktor risiko lain seperti trauma atau kehilangan. Mangsa bunuh diri meliputi kumpulan demografi (heterogenous) yang pelbagai dengan faktor penyebab bunuh diri yang berbeza dan unik. Kepelbagaian (heterogeneity) ini merupakan cabaran dalam pencegahan bunuh diri dan dapat diatasi dengan mengambil langkah yang padu (cohesive) di pelbagai peringkat masyarakat. J usteru, anda boleh memainkan peranan penting dalam usaha mencegah bunuh diri! Anda boleh melakukan perubahan sebagai anggota masyarakat, anak, ibu bapa, sahabat atau jiran. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan secara harian atau khusus pada Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (World Suicide Prevention Day – WSPD) seperti: Meningkatkan kesedaran tentang bunuh diri Mendidik diri dan orang lain tentang punca-punca serta tanda amaran bunuh diri Prihatin dengan mereka yang mengalami masalah dan berisiko untuk bunuh diri Mempersoalkan stigma berkaitan kelakuan bunuh Berkongsi pengalaman sendiri diri dan kesihatan mental P encegahan bunuh diri memerlukan usaha. Kesan baik dari usaha ini adalah tidak terbatas, berterusan dan mampu memberikan impak yang besar. Usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang berisiko bunuh diri; malah keluarga/rakan mereka, golongan yang terlibat dalam pencegahan bunuh diri dan masyarakat umum. Kita juga perlu berusaha untuk mewujudkan aktiviti pencegahan bunuh diri yang terbukti keberkesanannya (evidence-based) serata dunia. P encegahan bunuh diri memerlukan strategi yang bersepadu (integrative) pada peringkat individu, masyarakat dan sistem. Ini melibatkan kerjasama ramai pihak meliputi institusi kekeluargaan, rakan, anggota masyarakat, ketua-ketua agama, kakitangan kesihatan, ahli politik dan kerajaan. Kajian menunjukkan pencegahan bunuh diri adalah jauh lebih efektif apabila melibatkan pelbagai peringkat (multiple levels) dan pelbagai usahasama (multiple interventions). Pencegahan bunuh diri memerlukan usahasama di peringkat komuniti, penambahbaikan polisi serta usahasama khusus untuk individu yang berisiko. Untuk mencapai matlamat ini, kita sebagai anggota masyarakat, organisasi atau penggubal undang-undang perlu bekerjasama dan berkolaborasi secara bersepadu dari segenap disiplin (multidisciplinary). S etiap orang boleh menyumbang dalam pencegahan bunuh diri termasuk mereka yang terkesan atau pernah terlibat dengan kelakuan bunuh diri. Pengalaman membuatkan mereka mempunyai pandangan tersendiri dan unik dalam isu ini. Input dan pandangan mereka amat berharga dalam memberikan kita maklumat dalam merangka langkah pencegahan bunuh diri dan sokongan buat mereka yang berisiko. Penglibatan mereka dalam penyelidikan, penilaian dan intervensi adalah sangat utama dalam usaha pencegahan bunuh diri. Pengetahuan, Perkembangan, Peluang, Mentorship, Inklusif, Pencegahan, Bersama, Kemahiran, Kesedaran, Ketahanan, Bukti, Kajian, Dengar, Memupuk, Memimpin, Strategi, Latihan, Kolaborasi Kolaborasi dalam pencegahan bunuh diri 1. Mereka yang terkesan oleh kelakuan bunuh diri 2. Mangsa kelakuan bunuh diri 3. Kakitangan kesihatan 4. Organisasi kesihatan mental 5. Perkhidmatan sosial 6. Kerajaan 7. Jabatan kesihatan 8. Perkhidmatan kecemasan 9. Badan-badan khusus untuk penyalahgunaan bahan terlarang (alkohol/dadah) 10. Majikan 11. Penyelidik 12. Pendidik 13. Anggota badan keagamaan

Upload: others

Post on 13-Oct-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diri’ (Working Together to Prevent Suicide). Tema yang ... · • Berkongsi pengalaman sendiri diri dan kesihatan mental Pencegahan bunuh diri memerlukan usaha. Kesan baik dari

Pencegahan bunuh diri kekal menjadi cabaran sejagat. Setiap tahun, bunuh diri menjadi antara 20 penyebab utama kematian sedunia

melibatkan semua peringkat umur. Bunuh diri mengorbankan 800 000 nyawa setiap tahun, bersamaan dengan 1 kematian setiap 40 saat!

Setiap nyawa yang terkorban mungkin pasangan, anak, ibu bapa atau rakan kepada seseorang. Untuk setiap bunuh diri, hampir

135 orang yang lain akan merana atau terkesan, menjadikan hampir 108 juta orang terjejas daripada kelakuan bunuh diri setiap tahun.

Kelakuan bunuh diri merangkumi:

1. kematian akibat bunuh diri,2. cubaan bunuh diri – 25 ganda lebih kerap berbanding kematian

bunuh diri,3. terfikir untuk bunuh diri – paling kerap berlaku

Bunuh diri adalah akibat interaksi pelbagai faktor iaitu genetik, psikologi, sosial, budaya dan faktor risiko lain seperti trauma

atau kehilangan. Mangsa bunuh diri meliputi kumpulan demografi (heterogenous) yang pelbagai dengan faktor penyebab bunuh diri yang berbeza dan unik. Kepelbagaian (heterogeneity) ini merupakan cabaran dalam pencegahan bunuh diri dan dapat diatasi dengan mengambil langkah yang padu (cohesive) di pelbagai peringkat masyarakat.

Justeru, anda boleh memainkan peranan penting dalam usaha mencegah bunuh diri! Anda boleh melakukan perubahan sebagai anggota

masyarakat, anak, ibu bapa, sahabat atau jiran. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan secara harian atau khusus pada Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (World Suicide Prevention Day – WSPD) seperti:

• Meningkatkan kesedaran tentang bunuh diri• Mendidik diri dan orang lain tentang punca-punca serta tanda

amaran bunuh diri• Prihatin dengan mereka yang mengalami masalah dan berisiko

untuk bunuh diri• Mempersoalkan stigma berkaitan kelakuan bunuh• Berkongsi pengalaman sendiri diri dan kesihatan mental

Pencegahan bunuh diri memerlukan usaha. Kesan baik dari usaha ini adalah tidak terbatas, berterusan dan mampu memberikan

impak yang besar. Usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang berisiko bunuh diri; malah keluarga/rakan mereka, golongan yang terlibat dalam pencegahan bunuh diri dan masyarakat umum. Kita juga perlu berusaha untuk mewujudkan aktiviti pencegahan bunuh diri yang terbukti keberkesanannya (evidence-based) serata dunia.

Pencegahan bunuh diri memerlukan strategi yang bersepadu (integrative) pada peringkat individu, masyarakat dan sistem. Ini

melibatkan kerjasama ramai pihak meliputi institusi kekeluargaan, rakan, anggota masyarakat, ketua-ketua agama, kakitangan kesihatan, ahli politik dan kerajaan. Kajian menunjukkan pencegahan bunuh diri adalah jauh lebih efektif apabila melibatkan pelbagai peringkat (multiple levels) dan pelbagai usahasama (multiple interventions). Pencegahan bunuh diri memerlukan usahasama di peringkat komuniti, penambahbaikan polisi serta usahasama khusus untuk individu yang berisiko. Untuk mencapai matlamat ini, kita sebagai anggota masyarakat, organisasi atau penggubal undang-undang perlu bekerjasama dan berkolaborasi secara bersepadu dari segenap disiplin (multidisciplinary).

Setiap orang boleh menyumbang dalam pencegahan bunuh diri termasuk mereka yang terkesan atau pernah terlibat dengan

kelakuan bunuh diri. Pengalaman membuatkan mereka mempunyai pandangan tersendiri dan unik dalam isu ini. Input dan pandangan mereka amat berharga dalam memberikan kita maklumat dalam merangka langkah pencegahan bunuh diri dan sokongan buat mereka yang berisiko. Penglibatan mereka dalam penyelidikan, penilaian dan intervensi adalah sangat utama dalam usaha pencegahan bunuh diri.

Pengetahuan, Perkembangan, Peluang, Mentorship, Inklusif, Pencegahan, Bersama, Kemahiran, Kesedaran, Ketahanan, Bukti, Kajian, Dengar, Memupuk, Memimpin, Strategi, Latihan, Kolaborasi

Kolaborasi dalam pencegahan bunuh diri 1. Mereka yang terkesan oleh kelakuan bunuh diri2. Mangsa kelakuan bunuh diri 3. Kakitangan kesihatan 4. Organisasi kesihatan mental5. Perkhidmatan sosial 6. Kerajaan 7. Jabatan kesihatan 8. Perkhidmatan kecemasan9. Badan-badan khusus untuk penyalahgunaan bahan terlarang (alkohol/dadah)10. Majikan 11. Penyelidik 12. Pendidik 13. Anggota badan keagamaan

Page 2: Diri’ (Working Together to Prevent Suicide). Tema yang ... · • Berkongsi pengalaman sendiri diri dan kesihatan mental Pencegahan bunuh diri memerlukan usaha. Kesan baik dari

Tahun 2019 merupakan tahun kedua Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia menggunakan tema ‘Bekerjasam untuk Mencegah Bunuh

Diri’ (Working Together to Prevent Suicide). Tema yang sama juga akan digunakan pada tahun 2020.

Kami memilih tema ini untuk menonjolkan keperluan utama dalam usaha global pencegahan bunuh diri iaitu – kolaborasi. Kita semua

mempunyai peranan dan kita boleh menangani cabaran kelakuan bunuh diri dengan bekerjasama.

Sertai kami dan ramai lagi di seluruh dunia dalam usaha mencegah bunuh diri pada 10 September 2019 ini, bersempena Hari

Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2019 (WSPD 2019). Libatkan dan jemput organisasi lain di komuniti anda untuk mengadakan aktiviti bersempena hari ini.

Berbasikal seluruh dunia. Tunjukkan sokongan anda

dengan menyertai acara berbasikal tahunan anjuran IASP. Peserta boleh mengambil bahagian secara bekumpulan atau berseorangan, sama ada di rumah, gim atau di mana-mana

saja. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang IASP: https://bit.ly/2UmCVbH.

Nyalakan lilin. Anda juga boleh mengambil bahagian dengan menyalakan lilin pada jam 8 malam

10 September ini sebagai simbol sokongan untuk pencegahan bunuh diri dan sebagai tanda memperingati pemergian orang tersayang. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang IASP: https://bit.ly/2Uj8PWC

IASP (International Association of Suicide Prevention – Pertubuhan Antarabangsa Pencegahan Bunuh Diri) adalah badan bukan kerajaan (NGO) khusus berkenaan pencegahan bunuh diri dan berdedi-kasi dalam: mencegah kelakuan bunuh diri, menangani kesan buruk ekoran kelakuan bunuh diri dan menyediakan forum untuk ahli akademik, kakitangan kesihatan mental, pekerja krisis, sukarelawan dan survivor bunuh diri.

“We, as members of the International Association for Suicide Prevention (IASP), have taken it upon ourselves to alleviate this human burden. What an enormous privilege; but also, what an enormous responsibility.” Robert D. Goldney, IASP President of 1997-1999. This newsletter was translated by the Miri Mental Health Team.

Cara-cara untuk menyertai Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2019

Sertai kami dan ramai lagi di seluruh dunia dalam usaha mencegah bunuh diri pada 10 September 2019 ini, bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2019 (WSPD 2019). Libatkan dan jemput organisasi lain di komuniti anda untuk mengadakan aktiviti bersempena hari ini.

Sertai kami di media sosial. Hubungi kami di Facebook, (facebook.com/IASPinfo) Twitter (twitter.

com/IASP.info) dan Youtube and YouTube(https://goo.gl/BUAFZ8) untuk menunjukkan sokongan anda. #wpsd #suicideprevention #suicide

Muat turun bahan bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (WSPD 2019)

Dapatkan maklumat lanjut di: https://www.iasp.info/wspd2019/

“Setiap hari, kita kehilangan banyak nyawa akibat bunuh diri, dan jauh lebih ramai lagi terkesan dengan kematian ini. Kami maklum pada cabaran yang dihadapi oleh mereka yang terfikir untuk bunuh diri dan mereka yang kehilangan orang tersayang akibat bunuh diri.”

`

Bahan rujukan boleh didipati di laman sesawang IASP di alamat https://bit.ly/2TAwUev

Toolkit: https://bit.ly/2UpOE9x, Pembentangan Powerpoint: : https://bit.ly/2HmLQX1

Poskad Light A Candle: : https://bit.ly/2Uj8PWC

Imej gambar: https://bit.ly/2IVkQAr