upsi
TRANSCRIPT
1
KURSUS : PINTAR CERDAS, BERBAKAT & KREATIF
TAJUK : KAJIAN KES (INDIVIDU) NAMA PELAJAR : AZYAN SYUZANA BT CHE SUB
NO. MATRIK : D20101037214
KUMPULAN : A
NAMA PENSYARAH : DR. MD NASIR BIN MASRAN
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER : 2 2010/2011
2
ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
M/S
1
PENGENALAN
DEFINISI PINTAR CERDAS
JENIS-JENIS KECERDASAN DAN
KEBOLEHAN
TEORI DAN MODEL
CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
3-4
5-8
9-11
12-14
15-20
2 KAJIAN KES
BIODATA RESPONDEN
KAEDAH KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
PENYATAAN MASALAH
21
21-22
23-24
24-25
25
3 DAPATAN KAJIAN
LATAR BELAKANG RESPONDEN
ASPEK PERKEMBANGAN
26
26-27
27-29
4 STRATEGI UNTUK MEMBANTU
RESPONDEN
30-34
5 KESIMPULAN 35
6 BIBLIOGRAFI 36
7 LAMPIRAN
3
PENGENALAN
Kami iaitu pelajar semester 2 2010/2011 yang mengambil kursus KBC 3013
(Pintar cerdas berbakat dan kreatif) telah ditugaskan untuk melaksanakan satu
tugasan individu „kajian kes‟ terhadap kanak-kanak biasa (responden) bagi
mengenal pasti sama ada wujudnya ciri-ciri pintar cerdas dalam diri kanak-kanak
terbabit.
Secara umumnya, kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang
memiliki potensi ataupun kemampuan yang tinggi dalam akademik, juga dapat
memberi hasil usaha yang unik, kreatif dan mengagumkan. Kanak-kanak pintar
cerdas dan berbakat turut memerlukan pendekatan khas dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mengelakkannya berasa bosan dengan pengajaran guru. Mereka
sering disalah anggapkan sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian
di dalam kelas, walhal mereka memahami dan menguasai dengan baik apa yang
diajar oleh guru.
Menurut Marland dalam Davis & Rimm, 1998, Profesional- profesional yang
telah mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat adalah berdasarkan
kemampuan luar biasa untuk mereka berprestasi tinggi. Kanak-kanak ini perlu
dibezakan dengan program pendidikan dan perkhidmatan yang biasa yang
disediakan di sekolah biasa dalam rangka untuk mewujudkan sumbangan mereka
terhadap diri dan masyarakat. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan diatas, ia
menekankan kepada dua perkara iaitu 1) kebolehan pencapaian kanak kanak pintar
4
cerdas yang tinggi dan 2) mereka memerlukan program pendidikan khas untuk
mengembangkan prestasi mereka.
Menurut Woitaszewski 2003, Individu yang pintar cerdas menunjukkan
prestasi atau kebolehan yang lebih berbanding rakan sebayanya yang lain.
Walaupun demikian, ini mungkin menimbulkan masalah dalam diri mereka dan
masyarakat sekelilingnya. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat
unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia,
perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah
kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa yang sama,
faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini,
masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem
persekitaran, dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah
mereka yang sedia ada semakin bertambah. Bagaimanapun, sukar bagi kita untuk
menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan
emosi mereka
5
Definisi kanak-kanak pintar cerdas
Menurut Ross (1993) , kanak-kanak pintar cerdas (gifted and talented )
adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan
potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila
dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman
atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi
dari segi intelek kretiviti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa,
atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.
Menurut Sternbeng dan Davidson (1986), pintar cerdas adalah sesuatu
yang dicipta bukan yang dijumpai. Ia adalah apa yang masyarakat mahukan. Kita
memilih di mana untuk meletakkan individu pintar cerdas dan individu yang
berkebolehan biasa. Dengan perkataan lain definisi kita adalah politikaldan juga
psikologikal. Oleh itu kita perlu sedar penilaian kita tentang kebolehan dan keperluan
kanak-kanak dengan kesedaran akan limitasi, konstruk dan alat yang membimbing
dalam amalan kita berkaitan kanak-kanak pintar cerdas.
Sebagai seorang pengkaji kecerdasan Sternberg juga menggariskan 5 ciri-
ciri konsep pintar cerdas:1)Kecemerlangan (Excellence): bermaksud sangat
menonjol dalam bidang / kebolehan tertentu. 2)Keluarbiasaan (Rarity): bermaksud
kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang kebanyakan. 3)Produktiviti: bermaksud
ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada masyarakat.
6
4)Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. 5)Nilai: bermakna ciri-ciri
ini dihargai / dianggap penting oleh masyarakat.
Dari 5 kriteria ini, kita boleh melanjutkannya kecerdasan digambarkan melalui
pencapaian yang menakjubkan, keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan
berbeza, hanya dimiliki oleh sebilangan kecil populasi, ia diukur melalui hasil kerja
bukannya potensi. Dari kerja, kita dinilai. Produktiviti ini tidak bermaksud kuantiti
tetapi yang lebih penting kualiti. Definisi ini mesti produktif dari segi akademik, ia
boleh dikaji, boleh didefinisikan secara operasional. Ia bukan konsep abstrak yang
dikaji pada tahap teoretikal atau falsafah semata-mata dan ia dicirikan faktor budaya,
ia bukan bebas dari nilai setempat atau semasa.
Menurut Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar
cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi
pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat
pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi
definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara
abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar
pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika
Syarikat pada tahun 1972.
Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu:“Gifted and
talented children are those identified by professionally qualified persons who by
virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children
7
who require differentiated educational programs and services beyond those normally
provided by theregular school program in order to realize their contribution to self
and society. Children capable of high performance include those with demonstrated
achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in
combination:
1. General intellectual aptitude
2. Specific academic aptitude
3. Creative or productive thinking
4. Leadership ability
5. Visual and performing arts
Lewis Terman (1916) memberi definasi pintar cerdas sebagai seseorang
yang berkebolehan berfikir secara abstrak. Marland (1972) mendefinisikan kanak-
kanakberbakat itu sebagai berikut:
"Gifted and talented children are those identified by professionally qualified
persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.
These are children who require differentiated educational programs and/or services
beyond those normally provided by the regular school program in order to realize
their contribution to self and society".
(Kanak-kanak berbakat adalah mereka yang dikenalpasti oleh ahli profesional
sebagai
memiliki kemampuan yang menonjol untuk mencapai kemajuan yang tinggi.
Kanakkanak ini memerlukan program pendidikan atau servis yang berbeza, melebihi
8
yang biasa disediakan oleh program sekolah biasa supaya dapat merealisasikan
penglibatannya terhadap dirinya sendiri ataupun masyarakat).
Definisi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah
Secara umumnya, individu yang memiliki pencapaian rendah(underachiever)
adalah individu yang tidak bermotivasi. Mereka secara konsisten tidak menunjukkan
usaha, bahkan mereka cenderung bekerja jauh di bawah potensinya. Dengan
demikian, masalahnya bukanlah terletak pada kemampuan, melainkan terletak pada
sikapnya. Mereka cenderung menghabiskan kesempatannya, sehingga melupakan
masa depannya. Mereka biasanya menolak, melalui tindakannya, bahwa apa yang
mereka lakukan sekarang memiliki kesan kepada masa depannya. Mereka tidak
dapat melihat atau membenarkan atau menerima bahwa ketidakmampuannya
menyelesaikan tugas dan mengabaikan tanggung jawabnya akan dapat
menimbulkan kegagalan di
masa depannya.
Para pengkaji (Raph, Goldberg, and Passow, 1966) dan beberapa penulis
mutakhir (Davis and Rimm, 1989) telah mendefinisikan berprestasi kurang
(underachievement) berkenaan dengan suatu kesenjangan antara suatu
performansi sekolah dan beberapa kemampuan yang sering diindikasikan dengan
suatu indeks IQ. Definisi ini, walau nampak jelas dan singkat, namun telah
memberikan sedikit harapan kepada ibu bapa dan guru yang berniat ingin
menyelesaikan masalah ini dengan pelajar secara individual. Cara yang lebih baik
9
untuk mendefinisikan mengenai pelajar pencapaian rendah (underachievement)
adalah mempertimbangkan berbagai komponen
Jenis-jenis kecerdasan & kebolehan (Dr. Gardner)
VERBAL-LINGUISTIK
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan
penulisan
Peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama kebolehannya meransang
emosi.
LOGIK & MATEMATIK
Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah komplek, membuat perkaitan
sepertit suka menyoal,kritis, cekap buat pengiraan dan perbandingan, juga
cekap dalam menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan komputer
EXISTENTIAN
Berminat tentang hayat,evolusi manusia & kematian
VISUAL –RUANG
Kebolehan mengesan dan menggambar bentuk, ruang, warna dan garisan,
kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
Berkebolehan dalam bidang seni, kreatif mengguna warna,membaca peta,
dan m‟punyai daya imaginasi yang kuat.
10
MUZIK
Kebolehan mengesan ritma, nada, melodi termasuk kemahiran mengenakan
lagu dan mengubah tempo/irama dlm melodi yg mudah. Boleh melakukan
memori auditori.Murid yang mempunyai kecerdasan ini gemar belajar melalui
pengajaran lisan dan suka aktiviti jenis tarian.
INTERPERSONAL
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau
tanpa lisan.
Murid yg tergolong dalam kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan
melalui pembelajaran koperatif, pengajaran dgn rakan sebaya dan
penglibatan dalam perbincangan kelas
kebolehan menjayakan sesuatu perhubungan dan kebolehan bersosialis yang
tinggi.
KENISTETIK
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan, dan
untuk menyelesaikan masalah termasuk fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti,
kepantasan dan keseimbangan.
Mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus
dan motor kasar
11
NATURALIS
Kebolehan mengenal,mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan
galian dan haiwan.
Berkebolehan melihat perhubungan dan pola yang rapat antara alam
tumbuhan dan antara kehidupan haiwan
12
Teori dan Model
Pembinaan Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 5
instrumen melibatkan langkah-langkah yang berurutan Murphy dan Davishofer
(2005) mencadangkan Pembinaan instrumen terbahagi kepada empat fasa iaitu (i)
perancangan; (ii) pembinaan; (iii) penilaian kuantitatif; dan (iv) pengesahan
instrument dan menggunakan seperti dalam Rajah 1.
Model Isi Kandungan/Masteri
Model ini menitik berat kemahiran belajar dan (konsep domain inkuiri).
Pelajarpelajar pintar digalakkan bergerak pantas dalam bahagian isi kandungan.
Oleh yang
demikian kadangkala kepantasan isi kandungan mendominasi aplikasi model ini.
Apabila kaedah Diagnostik - Preskriptif (D – P) digunakan, pelajar diuji dahulu
kemudian baru diberi bahan pengajaran untuk dikuasai. Pendekatan D-P ini
berkesan dalam keadaan yang terkawal. Dalam kaedah D-P ini guru dan pembantu
guru berperanan sebagai fasilitator. Kurikulum kaedah ini disusun berdasarkan
intelektual dan mengikut urutan dan secara bergandaan (kumulatif) menjurus
kepada asas kecekapan yang memudahkan pencapaian.
Van Tassel Baska (1984) telah membuktikan keberkesanan model ini dalam
pengajaran bahasa Latin. Guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar sebagai
bahasa asing telah menggunakan model dalam pengajaran masteri Bahasa
Inggeris kepada pelajar-pelajar.
13
Model ini telah mewakili sebagai kaedah pengajaran kendiri kepada pelajar
pintar yang merangkumi progresif yang sekolah boleh faham. Guru-guru juga
menyusun semula isi kandungan yang diajar mengikut kemahiran tinggi dan konsep-
konsep supaya tugasan pelajar meningkat tinggi dimana memberi gambaran
keseluruhan (holistik) topik yang diajar. Murid pintar cerdas digalakkan agar cepat
menghabiskan kandungan sesuatu subjek atau secara ringkasnya ia lebih kepada
pembelajaran pecutan. Model isi kandungan ini dapat mengurangkan kemampuan
mata pelajaran bacaan dan matematik kepada satu pertiga.
Proses ini terjadi dengan dua kaedah memodifikasikan kurikulum
iaitu;1)Memberikan pelajar dengan peningkatan kemahiran mengikut kemampuan
pelajar, menguji/menilai profisiensi pelajar dengan memberi tugasan kerja
berasaskan/berdasarkan (kemajuan/pencapaian peningkatan tahap) tahap
pencapaian berperingkat; dan 2)Menyusun semula kemahiran asas kepada
kemahiran berkelompok tinggi untuk mengurangkan masa pembelajaran dan
seterusnya menggalakkan pengalaman mencabar kepada pelajar-pelajar pintar.
Penilaian kebelbagaian kecerdasan semasa di dalam kelas akan memberi
gambaran sebenar tentang pencapaian pelajar. Dengan ini, akan membantu guru
untuk menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan.
Model Proses – Produk
Model proses - produk lebih menekan kemahiran menyelidik dalam bidang
saintifik
14
dan sosial yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan produk yang
berkualiti. Model ini menggunakan kaedah kolaboratif yang melibatkan guru, pelajar
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM dan orang yang mengguna model
ini sebagai satu kumpulan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah
(problem – based learning). Pelajar akan bekerja secara aktif dalam memulakan
research topik, memilih reka cipta, mereka menjalankan kajian literatur, memilih
corak ekperimental, membentang dalam proposal mereka. Pelajar memberi fokus
kpd kemahiran proses perkembangan Saintifik inkuiri dan cuba untuk
mengembangkan produk yang berkualiti tinggi melalui tiga peringkat
inkuiri iaitu; i) pra inkuiri /kemahiran level 1, ii) kaedah inkuiri(kemahiran level 2),
dan iii) kemaharin mengintepritasikan.
Epistemologi Model
Model ini memfokus kepada pelajar berbakat dalam memahami dan
menghargai ilmu pengetahuan dimana pelajar didedahkan kepada idea, tema dan
prinsip yang merentasi domain pengetahuan. Peranan guru dalam model ini adalah
sebagai penyoal, menimbulkan isu untuk dibincangkan dan didebatkan. Murid pula
akan memberi tumpuan kepada pembacaan, membuat refleksi dan menulis. Model
ini lebih memberi asas kepada murid untuk memahami kreativiti dan juga proses
intelektual melalui analisa secara kritis terhadap produk. Ia juga memberi konteks
untuk integrasi antara kognitif dan objektif afektif ke dalam kurikulum. Ramai penulis
tentang pelajar pintar telah bersetuju tentang kaedah epistemologi dalam kurikulum
untuk pelajar pintar (ward 1961; Hayes-Jacob, 1981; Maker, 1982;
Tannenbaum, 1983) dalam Van tassel-Baska (1986)
15
Ciri –ciri kanak-kanak pintar cerdas
Aspek Perkembangan
CIRI-CIRI
Fizikal
.
Lebih cepat bercakap daripada bayi yang
normal.
Pergerakan yang lebih cepat.
Menangis dengan kuat semasa lahir.
Mempunyai kepekaan yang luar biasa semasa
bayi.
Deria yang peka semasa kecil.
Kemahiran komunikasi Suka bertanya dengan lebih teliti
Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan
melakukan jenaka yang mana rakan-rakan
sebayanya langsung tidak memahami
16
Interaksi sosial
Mampu bersosial dengan cepat
Mempunyai daya kepimpinan dan ketara lebih
dominan serta „superior‟ di kalangan rakan
sebaya
Intelek
Mempunyai semangat inkiuri dan perasaan
curiga yang tinggi.
Kebolehan yang luar biasa. Suka bertanya dan
berminat mandapatkan jawapan yang terkini.
Sangat kreatif terutamanya dalam menguasai
kemahiran dan mampu menghasilkan sesuatu
yang abstrak
Mempunyai idea-idea yang kreatif dan
kadangkala dianggap pelik.
Suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar
oleh orang lain.
Mampu memahami konsep yang canggih,
abstrak dan kompleks. Ahli falsafah, contohnya
adalah golongan yang tinggi kecerdasan.
17
Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman
abstrak.
Pengetahuan atau skemata yang luas.
Memahami banyak konsep yang tidak difahami
kanak-kanak yang sebaya.
Meminati permainan yang rumit dan mencabar
seperti mainan ingatan, scrabble, silang kata,
catur dan permainan komputer yang tertentu.
Tumpuan tinggi, membaca secara senyap
untuk masa yang panjang. Tidak suka
diganggu, menjadi geram apabila diganggu
semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.
Dapat memahami manakah isu yang penting,
idea yang teras, prinsip asas yang penting.
Palajar yang biasa hanya memberi perhatian
kepada perincian yang kurang penting.
Contohnya semasa melakukan hasil seni,
mereka mementingkan menghasilkan kerja
yang tercantik, walaupun tidak mengikut cara
yang dicadangkan oleh guru (mungkin
menggunakan cara yang tidak terfikir oleh
orang lain). Menyedari nilai hasil seni terletak
pada kecantikannya, bukan kaedahnya.
18
Menggunakan dan memahami kosa kata yang
lebih maju, menggambarkan dia memahami
lebih banyak konsep dan objek berbanding
rakan sebaya. Ini boleh dilihat dari tingkah laku
kanak-kanak lain menanyakan maksud
perkataan yang digunakan olehnya.
Kebolehan membuat rumusan, menganalisa,
menaakul. Contohnya mengandaikan makanan
yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan.
Mengaitkan konsep yang difahami dalam
situasi baru. Contohnya burung boleh terbang
sebab terdapat sayap. Kapal terbang juga
boleh terbang sebab ada sayap seperti burung.
Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang
lain. Semasa penyelesaian masalah, dia dapat
menyelesaikan masalah pada situasi yang
berbeza. Contohnya pelajar yang
menggunakan teknik untuk mengingati fakta
dalam subjek dan situasi yang berbeza.
Menyedari hubungan antara konsep yang
nampaknya tidak berkaitan. Contohnya
Newton mengaitkan kejatuhan epal dengan
daya tarikan yang tidak boleh nampak.
Dapat memahami persamaan dua konsep
19
yang tidak diperhatikan oleh individu yang lain.
Contohnya antara persamaan telur dan biji
benih adalah kedua-duanya dilindungi
cengkerang, mengandungi nutrien untuk
tumbesaran bayi, bentuk bujur dan
sebagainya.
Dapat memahami perbezaan dua konsep yang
seolah-olah sama. Dapatkah anda
membezakan konsep berat dan ketumpatan?
Cahaya dan terang? Cahaya adalah kata
nama dan terang adalah adjektif kepada
cahaya. Bolehkan anda menakrifkan
perbezaan makan dan minum? Seorang
kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin
menakrifkan makan sebagai kunyah dan
minum itu sedut.
Tertarik kepada pemikiran abstrak. Antara
bidang yang berkaitan dengan idea abstrak
adalah seperti agama, falsafah, fizik,
matematik, psikologi dan sains sosial yang
lain. Pada peringkat kanak-kanak,
mereka cepat memahami konsep seperti
balasan, perasaan, keinsafan, harapan, cita-
cita dan sebagainya.
20
Memahami kebolehan intelek sendiri
(metakognisi), membantu mereka memahami
gaya pembelajaran sendiri dan cara yang
paling efektif untuk mencapai keputusan
akademik yang baik. Dengan kata lain, mereka
menggunakan kecerdasan yang ada pada
mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Antara strategi pembelajaran adalah seperti:
kalau saya tidak mengaplikasi apa yang
dipelajari, saya akan lupa.
Imkplikasinya: mengaplikasi konsep yang baru
dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam
situasi baru.
Metakognisi yang matang ini juga bermakna
mereka melatih diri. Mereka mencari peluang
dan persekitaran untuk perkembangan diri.
Mereka mengoptimalkan perkembangan
intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada!
21
KAJIAN KES
Biodata responden
Nama Penuh : Nor Syuhadah Bt Arifin
Nama Samaran : Odah
Umur Kini : 12 Tahun
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 9 Jun 1999
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Keturunan : Melayu
Nama Bapa : Arifin
Pekerjaan Bapa : Bekerja Sendiri
Nama Ibu : Khatijah
Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Tangga
Bil. Adik-Beradik : 8 Orang
22
Anak Ke Berapa : Ke 6
Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Methodist
Cita-cita : Pensyarah
Hobi : Melukis
Impian : Memiliki kehidupan yang hampir sempurna
23
Kaedah kajian
Empat kaedah kajian yang telah saya gunakan semasa menjalani kajian kes
saya adalah dengan menggunakan kaedah temuramah, rujukan ilmiah,pemerhatian
dan senarai semak. Melalui kaedah temuramah, saya telah meluangkan masa saya
untuk pergi sendiri ke rumah responden yang terletak di Tanjung Malim. Saya telah
bertemu muka dengan responden itu sendiri dan berkenalan dengan keluarga
responden. Kaedah temuramah ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai maklumat diri responden di samping menyelami kehidupan beliau. Saya
telah dilayan dengan baik dan mereka sedia memberi kerjasama semasa sesi soal
jawab.
Kaedah pemerhatian juga telah saya lakukan terhadap responden. Melalui
kaedah ini saya telah mencatat sedikit sebanyak mengenai tingkah laku respoden
termasuklah menilai tingkahlaku respoden terhadap keluaganya serta reaksi semasa
diajukan soalan. Selain itu juga, saya telah membuat pemerhatian dan kesimpulan
sendiri mengenai hubungan kekeluargaan antara mereka dan persekitaran tempat
tinggal.
Bagi menyempurnakan tugasan individu kajian kes ini, saya turut mengumpul
maklumat yang berkaitan melalui kaedah rujukan. Saya telah ke perpustakaan untuk
mendapatkan buku-buku yang berkaitan kanak-kanak pintar cerdas terutamanya
yang berkaitan dengan fokus kajian saya terhadap responden pada kali ini iaitu
kanak-kanak pintar cerdas pencapaian rendah (underachieving gifted student). Saya
telah menggunakan pelbagai buku ilmiah yang berkaitan tentang pintar cerdas
bertujuan bagi menguatkan lagi idea yang ingin saya sampaikan melalui penulisan
24
dalam kajian kes saya.. Selain itu juga, kaedah rujukan yang saya gunakan juga
adalah melalui media elektronik iaitu dengan melayari internet. Maklumat yang saya
perolehi merangkumi pendapat tokoh dari luar dan dalam negara.
Sebelum bertandang ke rumah responden, saya turut menyediakan satu borang
senarai semak terhadap responden dan ibu bapa responden. Ini juga merupakan
salah satu kaedah kajian yang turut saya gunakan selain kaedah temuramah,
rujukan ilmiah, dan kaedah pemerhatian. Senarai semak yang telah saya gunakan
adalah lebih kepada untuk mengesan ciri-ciri pintar cerdas yang ada pada
responden. Dengan adanya senarai semak, saya dapat mengetahui tahap dan
masalah yang terdapat dalam diri responden. Sekaligus dapat membantu setiap
kekurangan yang dikenalpasti.
Objektif kajian
Kajian kes ini dijalankan bagi tujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam
dan terperinci mengenai kanak-kanak bermasalah pembelajaran iaitu kanak-kanak
pintar cerdas. Kajian ini juga bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai
ciri-ciri seorang kanak-kanak pintar cerdas dalam kalangan kanak-kanak normal.
Oleh itu, melalui kajian kes yang dilaksanakan ini juga kita dapat memahami ciri-ciri
mereka yang pintar cerdas. Pengetahuan ini sangat berguna untuk membantu kita
memerhatikan dan memahami diri kita, rakan kita, keluarga kita ataupun mana-mana
individu. Untuk memahami siapakah individu pintar cerdas, kita perlu memahami
beberapa konsep yang lain lagi.
25
Menerusi kajian kes individu yang saya jalankan, saya tertarik dan berminat
untuk mengetengahkan seorang responden yang menurut pandangan saya
responden memiliki ciri-ciri pintar cerdas namun dalam kategori pintar cerdas jenis
pencapaian rendah (underachieving gifted student).
Penyataan masalah
Setiap kanak-kanak normal mempunyai potensi untuk tumbuh dan
berkembang menjadi pelajar pintar dan berbakat. Ibu bapa dan sekolah
bertanggungjawab untukmembimbing kanak-kanak tersebut mengembangkan
potensi mereka secara seimbang,menyeluruh, sepadu dan optimum .Namun begitu
terdapat juga sesetengah individu yang memiliki cirri-ciri pintar cerdas tidak
berpeluang untuk mengembangkan potensi mereka. Hal ini kemungkinan besar
disebabkan oleh suasana persekitaran mereka.
Satu kategori kanak-kanak pintar cerdas yang menuntut perhatian para
pendidik dan pekerja sosial adalah kanak-kanak pintar cerdas yang tertindas secara
sosial. Mereka tidak mendapat galakan secukupnya dari keluarga untuk
mengembangkan potensinya. Sebagai kanak-kanak pintar cerdas yang miskin,
bermakna mereka menghadapi masalah tambahan selain masalah sebagai kanak-
kanak yang miskin. Antara masalah ini termasuklah keperluan kepada cabaran
intelek yang tidak dapat dipenuhi. Kalau dia terlalu berbeza dengan ibubapa dan
keluarga, ia akan membawa kepada konflik keluarga sebab tingkah lakunya tidak
boleh difahami oleh orang lain.
26
DAPATAN KAJIAN
Latar belakang responden
Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang individu biasa yang memiliki
ciri-ciri pintar cerdas pencapaian rendah. Responden dibesarkan dalam sebuah
keluarga yang berpendapatan rendah di mana bapanya bekerja sendiri sebagai
pemandu kereta angkut.manakala ibunya merupakan suri rumah tangga sepenuh
masa. Memandangkan bapanya merupakan satu-satunya individu yang
bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga, mereka sering menghadapi
masalah dari segi kewangan. Keadaan menjadi semakin rumit apabila keluarga ini
memiliki ahli keluarga yang ramai dan masing-masing masih bersekolah. Responden
merupakan anak ke enam daripada lapan orang adik beradik. Kakaknya yang sulung
berusia 19 tahun manakala adik lelakinya yang bongsu berusia 2 tahun.
Zaman kanak-kanak dianggap zaman optimal. Dalam sejarah mencatatkan
banyak individu yang mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan,
kemiskinan dan menyerlahkan bakat mereka pada peringkat lewat hidup mereka.
Kecerdasan yang terpendam akan berkembang pada masanya. Ini tidak bermakna
pendidikan tidak penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor biologi semata-
mata. Keadaan ini terutamanya benar bagi domain seperti kesenian, bahasa, muzik
tetapi bukan dalam bidang seperti matematik dan fizik di mana banyak ahli
matematik mencapai zaman kemuncak mereka pada umur dua-puluhan dan tiga-
puluhan. Bagi golongan yang tertindas secara sosial dalam perspektif responden ini,
masalah inferioriti yang menghantui responden mungkin memberi kesan yang
berpanjangan terhadap (perkembangan) diri responden kelak. Ia bukan setakat
27
menjejaskan motivasi untuk mencapai lebih tinggi, yang lebih teruk lagi ia
menjejaskan motivasi untuk belajar dan berubah langsung.
Aspek perkembangan
Perkembangan kognitif
Melalui kaedah pemerhatian saya mendapati responden dapat memahami
manakah isu yang penting, idea yang teras, prinsip asas yang penting. Palajar yang
biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya
semasa melakukan hasil seni, responden mementingkan menghasilkan kerja yang
tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh saya(mungkin
menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Menyedari nilai hasil seni
terletak pada kecantikannya, bukan kaedahnya. Melalui pemerhatian hasil kerja
yang ditunjukkan saya mendapati responden mampu memikirkan sesuatu perkara
dengan terperinci. Sebagai contoh apabila responden melukis perahu yang
memperincikan pandangan di dalam perahu.
Perkembangan fizikal
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak
disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim,
senaman dan
28
juga pekerjaan, namun baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Responden adalah berbadan kecil.
Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip iaitu
lebih mengikut ibunya.
Responden kurang menyerlah di sekolah namun responden aktif dan
Berjaya meningkatkan prestasi beliau dalam seni mempertahankan diri „Tae Kwan
Do‟ . responden juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti olahraga terutamanya dalam
sukan lumba lari. Responden juga berhasrat untuk dapat bekerja setelah selesai
sekolah. Namun bapanya tidak membenarkan kerana usaha responden yang masih
muda di samping bimbang akan keselamatan responden. Walaubagaimanapun,
dalam akademik responden sangat menguasai subjek teras iaitu bahasa Malaysia,
Pendidikan Islam, dan bahasa inggeris. Responden mendapat markah tinggi dalam
subjek berkenaan, namun kurang memuaskan dalam subjek matematik.
Perkembangan bahasa dan komunikasi
Walaubagaimanapun melalui kaedah temu bual dan soal selidik bersama ibu
bapa responden , saya mendapati semasa usia kecilnya, responden lebih cepat
belajar bercakap berbanding adik- beradiknya yang lain. Pada umur 2 bulan juga,
responden mampu memberikan tindak balas kepada orang sekelilingnya dengan
senyum dan menarik tangan.
Walau bagaimanapun apabila meningkat dewasa, responden menjadi
semakin pendiam dan sukar untuk diajak bergurau. Ini terbukti apanila ibu bapa
mengatakan responden kurang keluar rumah untuk berkawan. Keadaan ini
29
sememangnya akan member i kerugian kepada responden kerana kesannya
responden akan kurang bersosial.
Perkembangan interaksi sosial dan emosi
Responden juga memiliki kebiasaan kerja yang kurang baik. Sebagai contoh
apabila responden sering gagal menyiapkan kerja rumah matematik yang telah
dinerikan oleh guru. Hal ini disebabkan rasa kurang minat terhadap subjek
berkenaan. Selain itu, responden juga menghadapi masalah mengenai
ketidakmampuan menumpukan perhatian ketika guru mengajar di hadapan.
Responden sering tidur di dalam kelas dan berkhayal. Responden juga k urang
berusaha dalam menjalankan tugas. Cenderung untuk minat yang kuat terhadap
suatu bidang tertentu, sehingga melupakan akademiknya.
Dalam aspek emosi pula, harga dirinya rendah dan responden sering
membeza-bezakan kelebihan orang lain yang tiada dalam dirinya. Responden juga
seorang yang sangat sensitif terutamanya apabila diejek dan dikacau oleh rakan
sekelas, Keadaan ini mengundang rasa dan sikap negatif terhadap diri sendiri
responden dan orang lain, Walau bagaimanapun responden seorang yang sangat
mencintai binatang dan alam semula jadi. Responden telah menanam sayur di
belakang rumahnya secara kecil-kecilan. Responden juga sering bercakap sendirian
di hadapan cermin dan kucing yang merupakan haiwan peliharaannya yang
bernama tomok.
30
STRATEGI
Tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan secara tidak
langsung melahirkan ramai pelajar kita yang pintar cerdas. Gaya pembelajaran bagi
pelajar pintar cerdas ini sudah semestinya tidak sama dengan pelajar-pelajar yang
biasa. Adalah penting untuk mengkaji cara proses pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dan berkesan untuk mereka ini bagi memastikan kelebihan yang dimiliki
oleh mereka dapat memberi manfaat kepada negara suatu masa nanti.
Strategi sekolah
Menurut Whitmore (1980) , terdapat tiga jenis strategi berkesan bagi mengatasi
pelajar pintar cerdas pencapaian rendah iaitu melalui stategi supportif, intrinsik, dan
remedial.
Strategi supportif.
Teknik dan susunan kelas yang memungkinkan pelajar merasa menjadi
sebahagian dari “keluarga”, bukan pabrik, yang mencakup metode, yaitu:
mengendalikan pertemuan kelas untuk membincangkan kepekaan pelajar;
merancang kegiatan kurikulum berdasarkan keperluan dan minat pelajar; dan
memungkinkan pelajar untuk menghentikan tugas-tugas tentang berbagai mata
pelajaran yang telah mampu mereka tunjukkan kompetensinya.
Strategi intrinsik.
Strategi ini menekankan idea bahwa konsep diri pelajar sebagai pelajar
sangat berkait rapat dengan keinginannya yang kuat untuk berprestasi secara
31
akademik. Dengan demikian, sebuah kelas yang mengundang sikap positif adalah
memungkinkan kita untuk mendorong mereka berprestasi. Dalam kelas seumpama
ini, guru mendorong untuk berusaha, bukan hanya sekadar berjaya; mereka
menghargai pelajar melibatkan diri dalam membuat aturan kelas dan wujud
tanggung jawab mereka; serta mereka memungkinkan pelajar untuk mengevaluasi
tugas mereka sendiri sebelum menerima suatu penilaian dari guru.
Strategi remedial.
Guru yang berjaya dalam mengatasi perilaku pelajar pintar cerdas
pencapaian rendah underachiever tahu bahwa pelajar adalah tidak sempurna –
sekiranya setiap pelajar memiliki kekuatan dan kelemahan baik berkenaan dengan
keperluan sosial, emosional, maupun intelektual. Dengan strategi remedial, pelajar
diberikan peluang untuk mempercepat dalam bidang-bidang yang menjadi
kekuatannya dan minatnya, sementara itu peluang diberikan untuk bidang-bidang
spesifik yang dianggap sukar untuk dikuasai. Remediasi ini dilakukan dalam suatu
lingkungan yang baik, suatu lingkungan di mana kesilapan merupakan sebahagian
pengajaran dipelajari setiap orang, termasuk guru.
Selain daripada itu, Ford dan Thomas (1997) juga memberikan pendapat
bahawa penekanan perlu diberikan kepada pelajar pntar cerdas pencapaian rendah
, di antaranya: 1)Penyesuaian kurikulum untuk promosi kejayaan dan prestasi.
2)Pengajaran remedial untuk memperbaiki pencapaian akademik, 3) Memperbaiki
keterampilan meniru dokumen, 4)Memperbaiki pencapaian
32
pembelajaran,5)Memperbaiki pengurusan diri pelajar (self-management),
6)Meningkatkan keyakinan diri (self esteem).
Strategi Keluarga
Terdapat beberapa strategi untuk mencegah dan mengatasi pelajar pintar
cerdas pencapaian rendah.(underachiever), iaitu:
Strategi supportif.
Pelajar pencapaian rendah hidup dalam suasana yang saling menghargai,
tidak berkuasa, fleksibel, dan bertanya. Mereka memerlukan aturan dan pedoman
yang rasional, sokongan dan dorongan yang kuat, dapatkan kembali sikap yang
positif yang konsisten, dan bantuan untuk menerima beberapa halangan, sama ada
dari mereka sendiri atau orang lain (Rimm,1986).
Strategi instrinsik.
Apakah anak-anak berbakat menggunakan kemampuannnya yang luar biasa
dengan cara-cara yang konstruktif sebahagian bergantung kepada kepercayaan diri
dan konsep dirinya. Menurut Halsted (1988), “pelajar pintar cerdas intelektual tidak
akan bahagia dan merasa cukup sehingga mereka menggunakan kemampuan
mereka sehingga pada tahap yang optimal. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu melihat
dan memahami perkembangan intelektual, di samping perlu memberikan bantuan
yang sesuai. Memberikan suatu lingkungan pendidikan yang sesuai dapat
menstimulasi suatu rasa minat sejak awal terhadap belajar.
Sebaliknya individu yang memiliki naluri ingin tahu yang tinggi dengan
mudahnya akan terpesong, jika lingkungan pendidikan tidak menstimulasi;
33
penempatan kelas dan pendekatan pengajaran tidak sesuai; pelajar akan
berhadapan dengan guru yang tidak mampu membimbingnya; atau tugas yang
secara konsisten terlalu sulit atau mudah. Praise versus encouragement. Penekanan
yang berlebihan terhadap prestasi atau hasil belajar daripada usaha, keterlibatan,
dan dorongan untuk belajar tentang topik yang menjadi minat mereka adalah
merupakan suatu strategi ibu bapa secara umum.
Garis antara tekanan (pressure) dan dorongan (encouragement) adalah
halus, tetapi penting. Tekanan untuk memperolehi kemenangan seperti menang
piala dan mendapatkan A dalam pelajaran. Untuk pelajar yang telah berjaya
memenuhi harapan ibu bapa berkenaanmereka berhak mendapatkan penghargaan
yang sangat tinggi. Manakala melalui dorongan (encouragement), menekankan
pada usaha, proses yang digunakan untuk pencapaian. Langkah ini perlu yang
diambil untuk mencapai tujuan, dan kemajuan. Langkah ini memberikan penilaian
kepada pelajar yang merupakan individu yang berpencapaian rendah yang
memerlukan dorongan, tetapi cenderung menolak penghargaan yang artifisial atau
tidak tulus. (Kaufmann, 1987).
Strategi remedial.
Dinkmeyer and Losoncy (1980) mendapati ibu bapa yang menolak
kemampuan anak-anaknya dengan dominasi, inensitivikasi, mendiamkan, atau
intimidasi., misalnya: Jika kamu seorang yang pintar, mengapa kamu dapat D dalam
pelajaran .......?” atau “Saya telah memberikan kamu sesuatu, mengapa kamu
demikian .......? tidak akan pernah berkesan. Kompetisi yang berlangsung secara
34
konstan mungkin mengarahkan ke pencapaian rendah (underachievement) terutama
ketika seorang merasa apakah seperti seorang berjaya atau
gagal. Kemahiran tentang kemajuan pembelajaran, kemahiran tentang pengurusan
masa, atau tutorial khusus mungkin tidak akan berkesan sekirannya pelajar itu telah
lama mengalami gejala berprestasi kurang. Sebaliknya tutorial khusus mungkin
sangat membantu bagi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah yang mengalami
masalah akademik dalam jangka masa singkat.
Umumnya, pembelajaran kemahiran bagi seorang pelajar pintar cerdas sangat
membantu ketika seorang guru dipilih secara bijak untuk menyesuaikan dengan
gaya belajar pelajar. Kemahiran cara belajar yang bersifat luas atau pembelajaran
yang tidak
difahami oleh pelajar pencapaian rendah lebih cenderung bersifat kurang positif..
35
KESIMPULAN
Masalah pintar cerdas pencapaian rendah menjadi satu masalah besar
kepada pendidikan kita sebab ia mendatangkan kerugian besar kepada negara dan
ia menjejaskan kesejahteraan individu pintar cerdas tersebut. Individu pintar cerdas
yang sihat dan sejahtera akan mengembangkan potensi dengan lebih baik. Ia
menjadi satu cabaran yang besar sebab golongan ini selalunya diabaikan, tambahan
pula mereka tidak menonjol sangat dan menarik perhatian guru. Pada masa yang
sama mereka juga tidak lemah sangat sehingga dianggap perlu diberi bantuan
tambahan oleh guru.
Mereka yang merupakan kanak-kanak pintar cerdas pencapaian rendah juga
jenis yang lebih matang, stabil emosi dan bersopan. Walaupun mereka yang kreatif
suka bertindak berdasarkan impuls, mereka menunjukkan tumpuan tinggi dan
berpanjangan dalam melaksanakan idea. Kecerdasan semata-mata tidak menjamin
kejayaan di mana-mana pun. Pelajar yang pintar cerdas baik pencapaian rendah
mahupun tinggi perlu diajar dengan cara atau tabiat yang produktif supaya mereka
boleh menyumbang lebih kepada masyarakat. Ada idea yang baik semata-mata
adalah tidak cukup, melaksanakan idea tersebut adalah lebih penting. Tanpa usaha,
kegigihan, azam yang tekad dan memahami hala tuju sendiri, sesiapapun susah
mendapat kejayaan
36
BIBLIOGRAFI
Jamila K.A Mohamed (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial (2006) Pengenalan Pendidikan
Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran : Open University Malaysia
„Definisi Pelajar Pintar Cerdas‟
http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/12/pintar-cerdas?blog=6 .Dijumpai
pada 05/01/2011.
„ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas‟ http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1180. Dijumpai pada
05/01/2011
37
RUJUKAN
Senarai Semak Kanak-Kanak Pintar Cerdas
Bil. Soalan Jawapan Keterangan
1. Adakah anak anda belajar untuk
bercakap dan berjalan lebih awal?
2. Adakah anak anda menunjukkan
kemajuan dalam kemahiran motor
dan adakah anak anda bagus
terhadap aktiviti fizikal?
3. Adakah anak anda ingin tahu
tentang dunia, dan berminat untuk
menjelajah dan mencari maknanya?
4. Adakah anak anda melebihi tahap
umur dalam kebolehan dan juga
pembelajaran sendiri?
5. Adakah anak anda berminat
terhadap mengapa dan dimana
serta bagaimana?
6. Adakah anak anda bagus dalam
kosa kata?
7. Adakah anak anda menunjukkan
menunjukkan kebolehan yang
38
istimewa seperti dapat
menyelesaikan masalah, seni,
muzik atau matematik?
8. Adakah anak anda mempedulikan
dan
asyik memikirkan isu dan soalan
yang
kanak-kanak lain tidak fikirkannya?
9. Adakah anak anda gembira dalam
keadaan yang tidak diharapkan?
Rujukan 1 : Soalan untuk ibu bapa dan guru kepada responden
39
Rujikan : keputusan peperiksaan responden
40
Rujukan 3 : gambar yang dilukis oleh responden