kajian tinjauan myguru 2 upsi - kpt6044

31
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 4 KAJIAN TINJAUAN “Penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris Sebagai Media Interaktif Maya Dalam Proses Pembelajaran: Satu Kajian Tinjauan Di Kalangan Pelajar KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web” Disediakan untuk: Dr. Jessnor Elmy binti Mat Jizat Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi Disediakan oleh: Nor Sazlin binti Kusai M20112001090 1

Upload: nor-sazlin-kusai

Post on 21-May-2015

436 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 4

KAJIAN TINJAUAN

“Penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris Sebagai

Media Interaktif Maya Dalam Proses Pembelajaran: Satu Kajian Tinjauan Di

Kalangan Pelajar KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web”

Disediakan untuk:Dr. Jessnor Elmy binti Mat Jizat

Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi

Disediakan oleh:Nor Sazlin binti Kusai

M20112001090Sarjana Pendidikan Pengurusan Perniagaan

Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi

6 Disember 2013

1

Page 2: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Persoalan Kajian 3

1.5 Kepentingan Kajian 3

2.0 TINJAUAN LITERATUR 4

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian 5

3.2 Sampel Kajian 6

3.3 Instrumen Kajian 6

3.4 Kaedah Penganalisisan Data 6

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 7

4.2 Analisis Dapatan 7

4.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 7

4.2.2 Bahagian B: Kesedaran dan penggunaan kemudahan -

kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2

10

4.2.3 Bahagian C: Portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan

bantuan dalam proses pembelajaran pelajar 12

4.2.4 Bahagian D: Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

semasa menggunakan portal MyGuru 2 UPSI 14

5.0 ULASAN DAN KESIMPULAN 17

2

Page 3: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

Rujukan

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Laman web atau portal kini bukan suatu perkara asing bagi pengguna-pengguna yang melayari

internet untuk pelbagai tujuan. Ia menjadi hegemonic iaitu bertindak sebagai antara muka bagi

maklumat dan menjadi sebahagian daripada sumber akademik yang ada (Halimah Abas, 2007).

Portal merupakan salah satu alternatif atau media maya yang digunakan dalam pelbagai bidang

di antaranya dalam bidang pengurusan dan pemasaran malah ia juga digunakan dalam bidang

pendidikan. Bagi bidang pendidikan portal atau gerbang pendidikan merupakan trend

pendidikan terkini yang seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak

(Bahagian Teknologi Pendidikan: 5-4).

Menurut Wilkinson et al. (2003), laman web berperanan sebagai hos kepada maklumat

akademik yang pelbagai. Dengan melayari laman web sebagai contoh portal perpustakaan,

pelajar akan lebih mudah untuk mencari maklumat seperti senarai terbitan, diskriptif kajian

umum dan pangkalan data dalam talian. Jurnal-jurnal akademik yang boleh diperolehi dalam

talian semakin meningkat sama ada melalui subskripsi perpustakaan digital penerbit atau capaian

laman web awam (Kling dan Callahan, 2004). Artikel-artikel individu juga boleh dicapai melalui

laman web yang dibangunkan oleh pengarang dan organisasi tertentu (Brody, Carr dan Harnad,

2002).Oleh yang demikian, bahan – bahan yang disediakan dapat digunakan oleh para pelajar

untuk menambah maklumat serta memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai ilmu pada

semua peringkat pengajian. Selain itu, Tenaga pengajar seperti pensyarah juga dapat

memanfaatkan portal maya ini dengan menjadikannya sebagai bahan rujukan, latihan atau satu

aktiviti pembelajaran kendiri.

Institusi pendidikan kini dilihat mengalami perubahan di mana sesi pengajaran dan

pembelajaran bukan sahaja disampaikan di dalam kelas dengan berbekalkan salinan kertas-kertas

yang berbentuk nota yang disediakan oleh guru mahupun pensyarah, akan tetapi kini ia telah

direvolusi dengan pelajar sendiri memperolehi maklumat dan bahan pembelajaran melalui laman

web atau portal yang disediakan dalam membantu pembelajaran mereka. Berasakan kepada

keperluan ini, semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta kini mempunyai portal pendidikan

3

Page 4: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

mereka sendiri bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat dan berinteraksi antara pelajar

dan pensyarah tanpa had masa dan tempat.

1.2 Pernyataan Masalah

Di era serba moden ini, penggunaan media interaktif maya semakin menjadi perhatian diseluruh

peringkat usia terutamannya kepada individu yang bergelar seorang pelajar. Pelajar IPTA

mahupun IPTS merupakan kumpulan pelajar yang perlu melalui proses pengajaran dan

pembelajaran. Mereka perlu menghasilkan pelbagai bentuk tugasan, penyelidikan dan artikel

yang diberikan oleh pensyarah di sepanjang pengajian. Mereka diberi masa yang terhad untuk

menyiapkan tugasan tersebut. Oleh yang demikian, kemudahan seperti ini sangat diperlukan

dalam membantu proses pembelajaran selain dapat menjimatkan masa dalam mencari maklumat

untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak universiti untuk memudahkan pelajarnya

mencari maklumat dan berinteraksi antara satu sama lain. Salah satu usaha yang dijalankan oleh

pihak universiti ialah membina portal-portal pendidikan untuk para pelajar dan pensyarahnya.

Pelbagai jenis pautan disediakan untuk memudahkan pelajar dan pensyarah menggunakan portal

tersebut. MyGuru 2 adalah salah satu daripada beberapa portal yang ditelah dibangunkan oleh

Unit Teknologi Maklumat Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Portal MyGuru 2 merupakan portal yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada

pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam memperolehi maklumat berkaitan matapelajaran

yang diambil pada satu-satu semester selain terdapat pelbagai pautan ada disediakan di dalam

portal tersebut dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Terdapat pelbagai

aktiviti boleh dijalankan antaranya memperolehi nota yang dimuat naik oleh pensyarah,

berforum untuk membincangkan sesuatu topik, menyampaikan idea, membuat aduan serta dapat

mengemukakan pandangan, cadangan atau penambahbaikan.

Walaubagaimana pun, penggunaan portal MyGuru 2 masih terhad dikalangan pelajar

sarjana kerana kengkangan masa yang dihadapi oleh mereka. Ia hanya digunakan apabila perlu

sahaja. Oleh yang demikian, penyelidik ingin membuat kajian tinjauan terhadap penggunaan

portal MyGuru 2 ini dikalangan pelajar sarjana yang mengambil kursus KPT6044 Pengajaran

Berasaskan Elektronik dan Web sebagai responden.Apakah persepsi dan sikap pelajar terhadap

penggunaan portal MyGuru 2? Adakah responden menggunakan portal ini sebagai bahan

4

Page 5: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

bantuan dalam pembelajaran serta apakah masalah yang sering dihadapi ketika melayari portal

tersebut.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut:-

1. Mengenalpasti penggunaan kemudahan yang terdapat di dalam portal MyGuru 2 UPSI.

2. Mengenalpasti sama ada portal My Guru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses

pembelajaran pelajar.

3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal

MyGuru 2 UPSI.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :

1. Adakah pelajar-pelajar pelajar-pelajar kursus KPT6044 menggunakan kemudahan yang

terdapat pada portal MyGuru 2 UPSI?

2. Adakah portal My Guru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran

pelajar?

3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2

UPSI?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti

Pendidikan Sultan Idris sebagai media interaktif maya dalam proses pembelajaran di kalangan

pelajar KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web. Hasil kajian ini boleh

menyumbang maklumat kepada pelajar sarjana itu sendiri dalam penggunaan portal MyGuru2

kerana penggunaannya kurang diberi perhatian dan pendedahan kepada mereka dalam proses

pembelajaran. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-

langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menggunakan portal

MyGuru 2 UPSI. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-

pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit secara langsung dalam meningkatkan

pembelajaran berasaskan elektronik atau alam maya.

5

Page 6: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

2.0 Tinjauan Literatur

Portal Web mula popular pada akhir tahun 1990 (Wikipedia, 2013). Pelbagai definisi

dikemukakan oleh para ilmuan antaranya Ismain Zain; 130, mengatakan bahawa portal ialah

‘pintu gerbang’. Portal berasal dari perkataan Latin iaitu Portale yang bermaksud “City gate”

(Moloney, 2004). American Heritage Dictionary pula mendefinasikan portal sebagai laluan

masuk maklumat besar. Web portal juga ditafsirkan sebagai gerbang maklumat yang boleh

dimodifikasi oleh pengguna secara automatik melalui web. Ia menawarkan enjin carian dan

pautan kepada halaman yang berguna seperti berita terkini, ruang sembang dan calendar aktiviti

(Zhou, 2003). Menurut Sweet (1997), istilah portal dikenali sebagai suatu aplikasi yang biasanya

berasaskan Web. Aplikasi ini menyediakan akses suatu titik tunggal untuk informasi teragih

dalam talian, seperti dokumen yang diperolehi melalui pencarian dan pautan kepada maklumat

khusus. Fokus utama portal adalah penguna itu sendiri dan bukan laman web yang disediakan.

Selain itu, definasi portal boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu portal teknikal dan

pengguna. Portal teknikal adalah perkhidmatan rangkaian yang membawa bersama maklumat

dari sumber-sumber teragih menerusi teknologi seperti cross searching, harvesting, alerting dan

collates kepada bentuk amalgamated untuk di paparkan kepada pengguna. Persembahan data ini

adalah menerusi web browser. Manakala portal pengguna pula boleh dipersonalisasi di mana

capaian di buat merentasi pelbagai sumber maklumat dan hasil carian tersebut boleh dipaparkan.

Maklumat tersebut akan di sampaikan melalui pelbagai teknik antaranya perkhidmatan

pemberitahuan menerusi mail elektronik atau pautan kepada cetakan elektronik dan bahan

pembelajaran (Hublin dan Stubbing, 2003).

Walaubagaimana pun, kajian terhadap portal lebih tertumpu kepada penggunaan portal

perpustakaan yang menjadi tumpuan para pelajar untuk memperolehi maklumat untuk

menyelesaikan tugasan yang diterima. Kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Razeq (2002)

menunjukkan 87.0% responden dari Universiti Jordan mengesahkan penggunakan web

perpustakaan untuk carian dalam talian, perkhimatan rujukan, email dan melayari web

perpustakaan. Kajian oleh Janes (2002) mengenai perkhidmatan perpustakaan berasaskan web

mendapati permintaan pelajar-pelajar terutama pelajar jarak jauh adalah sangat tinggi dan

6

Page 7: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

perubahan ini dilihat dengan pertambahan bilangan pengunjung menerusi portal perpustakaan.

Populasi laman web perpustakaan semakin meningkat di Malaysia apabila Menteri Pendidikan

melancarkan ‘Jaringan Ilmu’. Jaringan Ilmu merupakan rangkaian komputer tempatan yang

menghubungkan semua pangkalan data di perpustakaan tempatan dan Internet. Projek ini telah

berjaya menggabungkan 14 buah perpustakaan negeri dan 31 buah perpustakaan di pelbagai

Kementerian dan Jabatan Kerajaan (Azharin, 1996). Menurut McLean (2002) kebanyakan

pelajar lebih bergantung kepada carian melalui tajuk namun adalah lebih mudah untuk

menggunakan teknik carian melalui subjek. Carian melalui tajuk ini adalah kekuatan bagi

sesebuah portal perpustakaan. Persoalan yang timbul ialah adakah perlu pengguna dilatih untuk

mengoptimumkan penggunaan portal dan pada masa yang sama memberi lebih banyak

informasi kepada pengguna.

Oleh yang demikian, Unit Teknologi Maklumat Universiti Pendidikan Sultan Idris telah

dipertanggungjawab untuk membina dan mengawal setiap portal yang dibangunkan. Portal

MyGuru2 adalah platform e-Pembelajaran dalam Sistem Maklumat Bersepadu (IMS) yang

diguna pakai untuk interaksi pengajaran dan pembelajaran di antara pensyarah dan pelajar UPSI

(Dasar E-Pembelajaran Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2012). Ia bertujuan bagi

merealisasikan pembelajaran berasaskan elektronik di mana e-Pembelajaran adalah bentuk

pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara atas talian melalui sistem rangkaian

komputer bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jaya

Kumar C. Koran (2002), mendefinisikan e-learning sebagai proses pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau internet) untuk menyampaikan isi

pembelajaran, interaksi, atau bimbingan. Ada pula yang menafsirkan e-learning sebagai bentuk

pendidikan jarak jauh yang dilakukan melalui media internet.

3.0 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti

Pendidikan Sultan Idris sebagai media interaktif maya dalam proses pembelajaran di kalangan

pelajar KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web. Rekabentuk kajian ini adalah

7

Page 8: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik yang

disediakan secara atas talian (online).

3.2 Sampel Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang soal

selidik yang disediakan secara atas talian (online). Responden adalah terdiri daripada 39 pelajar

sarjana yang mengambil kursus KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web.

Walaubagaimana pun, pengkaji hanya memilih responden secara rawak dengan menggunakan

sampel kajian sebanyak 25 orang sahaja dalam kajian ini.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik secara online yang diedarkan melalui email

para pelajar sarjana yang mengikuti kursus KPTR 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan

Web. Borang online ini disediakan dengan menggunakan perisian google drive yang disediakan

secara percuma kepada pengguna. Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan wang malah ia dapat

mempraktikkan proses pembelajaran berasaskan elektronik atau e-learning dalam kehidupan

seorang pelajar. Soalan yang direka adalah secara berstruktur di mana jawapan disediakan dan

responden menjawab dengan memilih daripada jawapan yang disediakan. Cara ini memudahkan

pemahaman responden dalam memberi jawapan yang tepat.

Borang soal selidik atas talian (online) ini terdiri daripada lima bahagian iaitu Bahagian

A: Maklumat latar belakang respondan, Bahagian B: Kesedaran dan penggunaan kemudahan-

kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2, Bahagian C: Portal MyGuru 2 bertindak

sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar, Bahagian D: Masalah-masalah yang

dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2 UPSI dan Bahagian E iaitu

cadangan penambahbaikan portal MyGuru2 terhadap proses pembelajaran pelajar. Soalan-soalan

yang dibina adalah berdasarkan kajian lepas dan pendapat pengkaji terhadap perkara yang perlu

dikaji berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan.

3.4 Kaedah Penganalisisan Data

8

Page 9: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the

Socia Science) kerana ia mudah digunakan untuk menentukan hasil dapatan terhadap

penggunaan portal MyGuru2 UPSI mengikut bahagian objektif yang ditetapkan.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Soal Selidik ini terdiri daripada empat (4) bahagian iaitu latar belakang responden, kesedaran dan

penggunaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2, portal MyGuru 2

bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar dan masalah-masalah yang

dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2 UPSI.

4.2 Analisis Dapatan

4.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden

Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai latar belakang responden. Bilangan

responden yang terlibat terdiri daripada 25 orang pelajar sarjana yang mengambil kursus

KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web. Terdapat 5 soalan yang

dikemukakan di dalam bahagian ini iaitu jantina, semester, kesedaran wujudnya portal

MyGuru2, lokasi mengakses portal yang terdiri daripada perpustakaan fakulti, rumah dan

di mana sahaja serta kekerapan mengakses portal MyGuru 2.

1. Jantina

Jadual 4.1:

Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan

Lelaki 3 (12%)

Perempuan 22 (88%)

9

Page 10: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

Dapatan hasil menunjukkan 88% dengan bilangan 22 orang adalah pelajar perempuan

dan 3 orang (12%) merupakan pelajar lelaki. Ini bermaksud majoriti pelajar kursus

KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektonik dan Web adalah terdiri daripada

pelajar perempuan.

2. Semester

Jadual 4.2:

Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Semester

Semester Bilangan

1 0 (0%)

2 12 (48%)

3 8 (32%)

4 4 (16%)

5 dan ke atas 1 (4%)

Dapatan hasil menunjukkan tiada pelajar semester 1 yang mengambil kursus ini. Bagi

semester 2 adalah yang paling ramai iaitu 12 orang (48%). Manakala bagi semester 3

adalah seramai 8 orang (32%) dan 4 orang (16%) bagi semester 4. Walaubagaimana

pun, masih terdapat pelajar bagi semester 5 dan ke atas iaitu seramai 1 orang (4%)

yang mengambil kursus KPT6044. Hal ini menunjukkan, kursus ini terbuka kepada

semua peringkat semester.

3. Sedar kewujudan portal MyGuru2

Jadual 4.3:

Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kesedaran kewujudan

Portal MyGuru 2

Kesedaran kewujudan portal MyGuru2 Bilangan

Ya 23 (92%)

Tidak 2 (8%)

10

Page 11: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

Dapatan menunjukkan 23 orang bersamaan 92 % pelajar menyedari kewujudan portal

MyGuru2 yang disediakan oleh UPSI. Manakala terdapat pelajar 2 orang (8%) yang

tidak mengetahui kewujudan portal ini. Oleh yang demikian, kesedaran terhadap

adanya portal ini perlu diperluaskan agar semua pelajar dapat menggunakannya.

4. Lokasi mengakses portal.

Jadual 4.4:

Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Lokasi Mengakses

Portal MyGuru 2

Lokasi Bilangan1. Perpustakaan

Ya 9 (36%)Tidak 16 (64%)

2. FakultiYa 20 (80%)Tidak 5 (20%)

3. RumahYa 25 (100%)Tidak 0 (0%)

4. Di mana sahajaYa 22 (88%)Tidak 3 (12%)

Dapatan hasil menunjukkan rumah adalah lokasi yang selalu digunakan oleh pelajar

sarjana untuk mengakses portal MyGuru2 dengan kadar 100% mengatakan ya.

Manakala perpustakaan kurang menjadi pilihan lokasi mengakses portal ini kerana

hanya 9 (36%) mengakses portal di perpustakaan. Ini menunjukkan portal MyGuru2

boleh diakses bila-bila masa dan di mana sahaja pelajar berada.

5. Kekerapan mengakses portal MyGuru 2

Jadual 4.5:

Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kekerapan Mengakses

Portal MyGuru 2

11

Page 12: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

Kekerapan mengakses portal MyGuru2 BilanganSetiap hari 0 (0%)Sekali seminggu 5 (17% )Lebih sekali dalam seminggu 17 (71%)Sebulan sekali 0 (0%)Beberapa kali dalam sebulan 2 (8%)Apabila ada tugasan sahaja 0 (0%)Tidak pernah 1 (4 %)

Dapatan menunjukkan seramai 17 (71%) pelajar sarjana mengakses portal MyGuru2

lebih sekali dalam seminggu. 5 (17%) responden mengatakan sekali seminggu dan masih

terdapat pelajar yang tidak pernah mengakses portal MyGuru2 dengan kadar 1 orang

(4%). Oleh yang demikian, statistik ini menunjukkan pelajar sarjana KPT6044 sentiasa

mengakses portal MyGuru 2 untuk mendapatkan maklumat terkini yang disampaikan

melalui media tersebut.

4.2.2 Bahagian B: Kesedaran dan penggunaan kemudahan-kemudahan yang

disediakan oleh portal MyGuru 2

Jadual 4.1: Deskriptif Statistik Kesedaran dan penggunaan kemudahan-kemudahan yang

disediakan oleh portal MyGuru 2

Bil ItemBil (%) Min Sisihan

STS TS TP S SS Piawai1 Alamat portal mudah diingati 0 1

(4%)3

(12%)16

(64%)5

(20%)4.00 0.707

2 Portal MyGuru2 menyediakan 3 jenis bahasa pengantaraan

1 (4%)

1 (4%)

4 (16%)

11 (44%)

8 (32%)

3.96 1.020

3 Pernah melayari blog MyGuru2. (http://myguru2blog.blogspot.com/)

2 (8%)

0 8 (32%)

9 (36%)

6 (24%)

3.68 1.108

4  Profil peribadi pelajar sentiasa dikemaskini

0 2 (8%)

11 (44%)

10 (40%)

2 (8%)

3.48 0.770

5 Menggunakan Lecturer Support Tools dalam proses pembelajaran

0 1 (4%)

8 (32%)

9 (36%)

7 (28%)

3.88 0.881

6 Sentiasa menggunakan Course Tools untuk memperolehi maklumat daripada pensyarah

0 0 9 (36%)

5 (20%)

11 (44%)

4.08 0.909

Keterangan.

12

Page 13: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

1. Alamat portal mudah diingati. – Dapatan menunjukkan min bagi pandangan

pelajar sarjana terhadap alamat portal MyGuru 2 yang mudah untuk diingati ialah

4.00. Seramai 16 (64%) orang mengatakan setuju. Manakala masih terdapat 1 (4%)

orang pelajar yang tidak setuju terhadap kenyataan tersebut. Ia berkemungkinan

pelajar tersebut tidak pernah menggunakan portal MyGuru 2.

2. Portal MyGuru2 menyediakan 3 jenis bahasa pengantaraan – Dapatan

menunjukkan min ialah 3.96 di mana 11 (44%) pelajar bersetuju dan 8 (32%) pelajar

sangat bersetuju terdapat penyediaan 3 jenis bahasa pengantaraan yang digunakan

oleh portal MyGuru 2. Ini menunjukkan mereka peka terhadap portal MyGuru 2 yang

menyediakan 3 jenis bahasa pengantaraan untuk memudahkan pelajar melayarinya.

Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Arab.

Walaubagaimana pun terdapat 4 (16%) tidak pasti, 1 (4%) tidak setuju dan 1 (4%)

sangat tidak setuju. Ia menunjukkan mereka tidak peka terhadap kemudahan yang

disediakan oleh portal tersebut.

3. Pernah melayari blog MyGuru2. (http://myguru2blog.blogspot.com/) – Dapatan

menunjukkan min ialah 3.68 di mana pelajar sarjana pernah melayari blog MyGuru 2

adalah seramai 9 (36%) setuju dan 6 (24%) sangat setuju. Manakala 8 (32%) tidak

pasti dan 2 (8%) pelajar sangat tidak setuju terhadap melayari blog tersebut.

4. Profil peribadi pelajar sentiasa dikemaskini – Dapatan menunjukkan bahawa min

3.48 terhadap pelajar mengemaskini data mereka di dalam portal MyGuru di mana

seramai 10 (40%) setuju dan 2 (8%) sangat setuju. Walaubagaimana pun, 11 (44%)

tidak pasti dan 2 (8%) tidak setuju. Ini membuktikan mereka tidak memberi perhatian

terhadap maklumat profil mereka.

13

Page 14: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

5. Menggunakan Lecturer Support Tools dalam proses pembelajaran - Dapatan

menunjukkan 9 (35%) setuju dan 7 (28%) sangat setuju terhadap kemudahan dan

penggunaan lecturer support tools yang disediakan dalam proses pembelajaran.

Walaubagaimana pun, masih terdapat 8 (32%) tidak pasti dan 1 (4%) tidak setuju

terhadap penggunaan lecturer support tools dalam proses pembelajaran. Oleh yang

demikian min yang diperolehi ialah 3.88.

6. Sentiasa menggunakan Course Tools untuk memperolehi maklumat daripada

pensyarah – Dapatan menunjukkan min yang diperolehi ialah 4.08 di mana 11 (44%)

sangat setuju, 5 (20%) setuju dan 9 (36%) tidak pasti terhadap penggunaan course

tools dalam proses pembelajaran. Hal ini menunjukkan pelajar sarjana sentiasa

menggunakan course tools untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah.

4.2.3 Bahagian C: Portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam

proses pembelajaran pelajar

Jadual 4.2: Deskriptif Statistik Portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam

proses pembelajaran pelajar

Bil ItemBil (%) Min Sisihan

STS TS TP S SS Piawai1 Modul Announcement sebagai cara

berkomunikasi dengan pelajar bagi memudahkan penyebaran maklumat terkini berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

0 0 6 (24%)

7 (28%)

12 (48%)

4.24 0.831

2 Mudah untuk memuat turun bahan pembelajaran dalam format digital yang telah dimuat naik oleh pensyarah.

0 0 3 (12%)

8 (32%)

14 (56%)

4.44 0.712

3 Boleh memuat turun bahan pembelajaran pada bila-bila masa

0 0 1 (4%)

6 (24%)

18 (72%)

4.68 0.557

4 Sesuatu topik boleh dibincangkan dalam kumpulan forum yang

1 (4%)

3 (12%)

7 (28%)

14 (56%)

4.36 0.860

14

Page 15: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

disediakan5 Perbincangan melalui kumpulan

forum dapat menggalakkan perkembangan idea dan interaksi sesama pelajar dan pensyarah.

4 (16%)

6 (24%)

15 (60%)

4.44 0.768

6 Pelajar boleh berkongsi maklumat melalui file sharing

3 (12%)

8 (32%)

14 (56%)

4.44 0.712

7 Maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan cepat

1 (4%)

2 (8%)

5 (20%)

17 (68%)

4.52 0.823

Keterangan:-

1. Modul Announcement sebagai cara berkomunikasi dengan pelajar bagi

memudahkan penyebaran maklumat terkini berkaitan pengajaran dan

pembelajaran. – Dapatan menunjukkan min adalah bernilai 4.24 di mana 6 (36%)

tidak pasti, 7 (42%) setuju, dan 12 (48%) sangat setuju bahawa modul announcement

adalah cara berkomunikasi yang mudah untuk menyebarkan maklumat dalam proses

pembelajaran pelajar sarjana.

2. Mudah untuk memuat turun bahan pembelajaran dalam format digital yang

telah dimuat naik oleh pensyarah. - Dapatan menunjukkan min adalah bernilai 4.44

di mana 3(12%) tidak pasti, 8 (32%) setuju, dan 14 (56%) sangat setuju bahawa portal

MyGuru 2 mudah untuk memuat turun bahan pembelajaran yang diberikan oleh

pensyarah.

3. Boleh memuat turun bahan pembelajaran pada bila-bila masa. - Dapatan

menunjukkan min adalah bernilai 4.68 di mana 1 (4%) tidak pasti, 6 (24%) setuju,

dan 18 (72%) sangat setuju bahawa dengan adanya portal MyGuru 2 ini, bahan

pengajaran boleh dimuat turun pada bila-bila masa. Ia dapat memudahkan pelajar

untuk memperolehi bahan ini sebelum atau selepas menghadiri kuliah.

4. Sesuatu topik boleh dibincangkan dalam kumpulan forum yang disediakan. -

Dapatan menunjukkan min ialah 4.36 di mana 1 (4%) tidak setuju 3 (12%) tidak pasti,

7 (28%) setuju, dan 14 (56%) sangat setuju bahawa sesuatu topic boleh dibincangkan

15

Page 16: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

dalam kumpulan forum yang disediakan untuk memudahkan proses pembelajaran

pelajar sarjana.

5. Perbincangan melalui kumpulan forum dapat menggalakkan perkembangan

idea dan interaksi sesama pelajar dan pensyarah. – Seramai 6 (24%) setuju dan 15

(60%) sangat setuju bahawa perbincangan kumpulan forum dapat menggalakkan

perkembangan idea dan berinteraksi sesame pelajar dan pensyarah. Walaubagaimana

pun, 4 (16%) tidak pasti terhadap kenyataan tersebut. Oleh itu, nilai min yang

diperolehi ialah 4.44.

6. Pelajar boleh berkongsi maklumat melalui file sharing. – Seramai 14 (56%)

sangat setuju dan 8 (32%) setuju bahawa pelajar boleh berkongsi maklumat melalui

file sharing. Walaubagaimana pun, 3 (12%) tidak pasti terhadap kenyataan tersebut.

Oleh itu, nilai min yang diperolehi ialah 4.44.

7. Maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan cepat – Dapatan menunjukkan

seramai 17 (68%) sangat setuju dan 5 (20%) setuju bahawa penggunaan portal

MyGuru 2 mudah dan cepat untuk menyampaikan maklumat. Walaubagaimana pun,

2 (8%) tidak pasti dan 1 (4%) tidak setuju terhadap kenyataan tersebut.Ini

menunjukkan mereka kurang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh portal

MyGuru 2. Oleh itu, nilai min yang diperolehi ialah 4.52.

4.2.4 Bahagian D: masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa

menggunakan portal MyGuru2 UPSI

Jadual 4.3: Deskriptif Statistik Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa

menggunakan portal MyGuru2 UPSI

Bil ItemBil (%) Min Sisihan

STS TS TP S SS Piawai1 Kesuntukan masa untuk 1 7 5 6 6 3.36 1.254

16

Page 17: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

melayari potal MyGuru2 (4%) (28%) (20%) (24%) (24%)2 Tidak tahu atau tidak pernah

menggunakan portal MyGuru216

(64%)8

(32%)1

(4%)0 0 1.40 0.577

3 Tidak diberi pendedahan atau latihan terhadap penggunaan portal MyGuru2

5 (20%)

11 (44%)

4 (16%)

4 (16%)

1 (4%)

2.40 1.118

4 Tempoh yang terhad untuk melayari portal MyGuru2

2 (8%)

10 (40%)

3 (12%)

8 (32%)

2 (8%)

2.92 1.187

5 Terpaksa login semula apabila had tempoh penggunaan telah tamat

1 (4%)

3 (12%)

4 (16%)

5 (20%)

12 (48%)

3.96 1.241

6 Sukar untuk melayari portal MyGuru2 apabila ramai pelajar yang menggunakannya.

1 (4%)

8 (32%)

5 (20%)

8 (32%)

3 (12%)

3.16 1.143

7 Hanya terhad pada kursus yang diambil pada satu-satu semester.

1 (4%)

2 (8%)

7 (42%)

6 (36%)

9 (36%)

3.80 1.155

Keterangan:-

1. Kesuntukan masa untuk melayari portal MyGuru2 - Dapatan menunjukkan min

bagi masalah yang sering dihadapi oleh pelajar sarjana iaitu kesuntukan masa untuk

melayari portal MyGuru 2 ialah 3.36. Seramai 6 (24%) setuju dan sangat setuju.

Manakala masih terdapat 1 (4%) sangat tidak setuju, 7 (28%) tidak setuju dan 5

(20%) tidak pasti. Hal ini menunjukkan pelajar sarjana masih boleh mencuri masa

untuk melayari portal MyGuru 2 ini walaupun dalam keadaan sibuk.

2. Tidak tahu atau tidak pernah menggunakan portal MyGuru2 - Dapatan

menunjukkan min ialah 1.40. Seramai 16 (64%) sangat tidak setuju, 8 (32%) tidak

setuju dan 1 (4%) tidak pasti. Hal ini dapat disimpulkan bahawa semua pelajar sarjana

tahu dan pernah menggunakan portal MyGuru 2.

3. Tidak diberi pendedahan atau latihan terhadap penggunaan portal MyGuru2-

Dapatan menunjukkan min ialah 2.40. Seramai 5 (20%) sangat tidak setuju, 11 (44%)

tidak setuju, 4 (16%) tidak pasti dan setuju serta 1 (4%) sangat setuju. Hal ini dapat

17

Page 18: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

disimpulkan bahawa semua pelajar sarjana diberi pendedahan atau latihan terhadap

penggunaan portal MyGuru 2.

4. Tempoh yang terhad untuk melayari portal MyGuru2 - Dapatan menunjukkan

min ialah 2.92. Seramai 2 (8%) sangat tidak setuju, 10 (40%) tidak setuju, 3 (12%)

tidak pasti, 8 (32%) setuju serta 2 (8%) sangat setuju. Hal ini menunjukkan tempoh

yang terhad untuk melayari portal MyGuru 2 bukan masalah utama yang perlu diberi

perhatian.

5. Terpaksa login semula apabila had tempoh penggunaan telah tamat. - Dapatan

menunjukkan min ialah 3.96. Seramai 1 (4%) sangat tidak setuju, 3 (12%) tidak

setuju, 4 (16%) tidak pasti, 5 (20%) setuju serta 12 (48%) sangat setuju. Hal ini

menunjukkan masalah yang dihadapi segelintir pelajar dalam melayari portal MyGuru

2 dalam proses pembelajaran.

6. Sukar untuk melayari portal MyGuru2 apabila ramai pelajar yang

menggunakannya.- Dapatan menunjukkan min ialah 3.16. Seramai 1 (4%) sangat

tidak setuju, 8 (32%) tidak setuju, 5 (20%) tidak pasti, 8 (32%) setuju serta 3 (12%)

sangat setuju. Ia menunjukkan terdapat masalah ketika melayari portal ini apabila

terdapat ramai pelajar menggunakan portal MyGuru 2 dalam satu-satu masa.

7. Hanya terhad pada kursus yang diambil pada satu-satu semester. - Dapatan

menunjukkan min ialah 3.80. Seramai 1 (4%) sangat tidak setuju, 2 (8%) tidak setuju,

7 (42%) tidak pasti, 6 (36%) setuju serta 9 (36%) sangat setuju. Kesimpulannya,

masalah kursus yang terhad pada satu-satu semester sahaja yang dimasukkan ke

dalam portal MyGuru2 boleh mengurangkan motivasi terhadap proses pembelajaran

pelajar.

18

Page 19: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

5.0 ULASAN DAN KESIMPULAN

Daripada hasil dapatan yang diperolehi, terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan yang perlu

diberi perhatian. Antara kebaikan dalam menggunakan portal MyGuru 2 ialah ia dapat

memotivasikan pelajar untuk menggunakan teknologi yang sedia ada dalam proses

pembelajaran. Selain itu, ia dapat menjimatkan masa dan kos dalam sistem pembelajaran.

Manakala kelemahan yang boleh di atasi ialah kemudahan portal yang disediakan perlu

dikemaskini agar pelajar dapat menggunakannya dengan mudah dan cepat. Antara cadangan

yang diberikan oleh responden ialah tempoh masa penggunaan perlu dipanjangkan dan

melewatkan tempoh had penggunaan agar ia dapat memudahkan para pelajar menggunakannya

dalam tempoh masa yang lama.

Kesimpulannya, portal MyGuru 2 adalah salah satu media interaktif maya yang terbaik

boleh digunakan oleh semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam proses

pembelajaran sekali gus ia dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran berasaskan elektronik

atau lebih dikenali sebagai e-learning.

19

Page 20: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

Rujukan

Abdul Razeq, M.Y. (2002). The perception and administrative effect of Internet usage in Jordanian university libraries. Online Information Review, Vol. 26, no. 3: 193-208.

American Heritage Dictionary. Diakses November 18, 2013 daripada www.ahdictionary.com/.

Azharin. 1996. What is the Internet? Tinta ( Jurnal Sains Perpustakaan dan Maklumat).p. 83-90.

Bahagian Teknologi Pendidikan. Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Diakses pada November 1, 2013, daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Brody,T. L. Carr and S. Harnad. (2002). Evidence of Hypertext in the scholarly archive. In Proceedings of ACM Hypertext 2002. p. 74-75.

Dasar E-Pembelajaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012). Diakses November 1, 2013,

daripada https://myguru2.upsi.edu.my/myguruonline/dasar_el_upsi.pdf.

Halimah Abas. (2007). Kajian keberkesanan penggunaan portal perpustakaan UMLib di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya. Diakses Oktober 31, 2013, daripada http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/188.

Hublin, Y dan Stubbings, R. (2003). The Implementation of Metalib and SFX at Loughborough University Library. Diakses November 1, 2013 daripada www.jisc.ac.uk/index.cfm?

name=ie_portalsfaq

Janes, J. (2002). Digital references: reference librarians’ experiences and attitudes. Journal of the American Society for Information Science and Technology, Vol. 53, no. 7: 549-566.

Jaya Kumar C. Koran.(2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini, Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kling, R. dan E. Callahan. (2004). Electronic journals, the Internet, and scholarly communication. Annual Review of Information Science and Technology.

20

Page 21: Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

Maksud portal web (2013). Diakses November 1, 2013 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Portal_web.

McLean, N. (2002). Libraries and e-learning: organizational and technical interoperability. Diakses November 1, 20312 daripada www.colis.mq.edu.au/news_archives/demo/docs/lib_e_learning.pdf.

Moloney, Kylie. (2004). Portal For The People: A New Access Paradigm. Australas Public Library Information Service. Vol 6, no. 2: 11-16.

Sweet, C. (1997). A Glossary of Computer Terms. New York: Penwell Publishing.

Wilkinson, D. G. Harries, M. Thelwall dan E. Price. (2003). Motivations for academic Web sites interlinking: Evidence for the Web as a novel source of information on informal scholarly communication. Journal of Information Science, Vol. 29: 59-66.

Zhou, J. 2003. A history of web portals and their development in libraries. Information Technology & Library, Vol. 22, no. 3: 119.

21