untuk edaran di dalam jabatan farmasi · pdf filependarahan mukosa. ii. tab. ... disemak...

3
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 58 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 26 FEBRUARI 2006 A. Ubat Ubat Yang Diterima Sebagai Ubat Standard Dalam Formulari HUSM. Nama Ubat Keterangan 1 Biphasic Insulin Aspart Penggunan tertakluk kepada kriteria penggunaan yang diedarkan. 2 Inj. Pantoprazole i. Menggantikan Inj. Omeprazole berdasarkan alasan bahawa onset tindakan Inj. Pantoprazole, adalah cepat ( dalam tempoh 15 minit ), terutamanya bagi kes kes upper GI bleeding. Pantoprazole juga kurang interaksi dengan drug drug lain. Indikasinya adalah untuk kesemua pendarahan GI dan pencegahan dari pendarahan mukosa. ii. Tab. Omeprazole dikekalkan sebagai drug standard dan dimulakan selepas pesakit dimulakan dengan Inj. Pantoprazole. B. Ubat ubat yang Ditangguhkan Keputusan Nama Ubat Keterangan 1 Cap.Rivastigmine 1.5 mg, 3 mg, 4.5 mg & 6 mg. Keputusan bagi kemasukan drug ini ke dalam formulari ditangguhkan sehingga mendapat laporan bertulis daripada PM Hasanah mengenai penggunaan ubat ini berbanding donapezil. 3 Glucosamine sachet of 1500 mg Keputusan bagi drug ini ditangguhkan sehingga mendapat maklum balas daripada Dr. Abdul Halim Yusof. 7 Tab. Oestradiol valerate 1 mg Keputusan kemasukan drug ini ditangguhkan sehingga maklum balas diperolehi dari Jabatan O&G, samada drug ini boleh menggantikan Premarin Tab.

Upload: tranphuc

Post on 08-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF filependarahan mukosa. ii. Tab. ... disemak melalui modul LIFELINE Unit Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi), pihak Jabatan Farmasi mempunyai

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 58 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 26 FEBRUARI 2006

A. Ubat Ubat Yang Diterima Sebagai Ubat Standard Dalam Formulari HUSM.

Nama Ubat Keterangan 1 Biphasic Insulin

Aspart Penggunan tertakluk kepada kriteria penggunaan yang diedarkan.

2 Inj. Pantoprazole i. Menggantikan Inj. Omeprazole berdasarkan alasan bahawa onset tindakan Inj. Pantoprazole, adalah cepat ( dalam tempoh 15 minit ), terutamanya bagi kes kes upper GI bleeding. Pantoprazole juga kurang interaksi dengan drug drug lain. Indikasinya adalah untuk kesemua pendarahan GI dan pencegahan dari pendarahan mukosa.

ii. Tab. Omeprazole dikekalkan sebagai drug standard dan dimulakan selepas pesakit dimulakan dengan Inj. Pantoprazole.

B. Ubat ubat yang Ditangguhkan Keputusan

Nama Ubat Keterangan

1 Cap.Rivastigmine 1.5 mg, 3 mg, 4.5 mg & 6 mg.

Keputusan bagi kemasukan drug ini ke dalam formulari ditangguhkan sehingga mendapat laporan bertulis daripada PM Hasanah mengenai penggunaan ubat ini berbanding donapezil.

3 Glucosamine sachet of 1500 mg

Keputusan bagi drug ini ditangguhkan sehingga mendapat maklum balas daripada Dr. Abdul Halim Yusof.

7 Tab. Oestradiol valerate 1 mg

Keputusan kemasukan drug ini ditangguhkan sehingga maklum balas diperolehi dari Jabatan O&G, samada drug ini boleh menggantikan Premarin Tab.

Page 2: UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF filependarahan mukosa. ii. Tab. ... disemak melalui modul LIFELINE Unit Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi), pihak Jabatan Farmasi mempunyai

C. Keputusan keputusan Lain Yang Berkaitan Dengan Jabatan Farmasi

1.

Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Yang Tidak Berdaftar Di Dalam Sistem LIFELINE.

Jika pesakit tidak berdaftar melalui sistem LIFELINE (boleh disemak melalui modul LIFELINE Unit Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi), pihak Jabatan Farmasi mempunyai kuasa untuk tidak membekalkan ubat kepada pesakit sedemikian.

2.

Penggantian irbesartan dan irbesartan + hydrochlorothiazide (Aprovel® dan Co Aprovel®) dengan valsartan dan valsartan + hydrochlorothiazide (Diovan® dan Co Diovan®).

Pakar dan Pegawai Perubatan diminta untuk menggantikan penggunaan irbesartan dan irbesartan + hydrochlorothiazide (Aprovel® dan Co Aprovel®) dengan valsartan dan valsartan + hydrochlorothiazide (Diovan® dan Co Diovan®). Menurut Prof. Wan Mohammad, kedua dua drug tersebut yang merupakan dari kelas yang sama (Angiotensin Receptor Blockers) mempunyai efikasi yang sama dan disokong oleh bukti bukti klinikal. Kesemua pakar perubatan dan pegawai perubatan dari Jabatan Perubatan dan jabatan Perubatan Keluarga telah dimaklumkan oleh Prof Wan Mohammad mengenai penggantian tersebut. Sehubungan itu, Jabatan Farmasi akan menggantikan stok irbesartan dan irbesartan + hydrochlorothiazide (Aprovel® dan Co Aprovel®) dengan valsartan dan valsartan + hydrochlorothiazide (Diovan® dan Co Diovan®), sesuai dengan keperluan tersebut. Walau bagaimanapun, stok bagi irbesartan dan irbesartan + hydrochlorothiazide yang masih ada di Jabatan Farmasi akan dihabiskan dahulu. Selepas itu hanya stok valsartan dan valsartan + hydrochlorothiazide akan disimpan di Jabatan Farmasi sehingga satu keputusan lain diputuskan.

Page 3: UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF filependarahan mukosa. ii. Tab. ... disemak melalui modul LIFELINE Unit Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi), pihak Jabatan Farmasi mempunyai

3. Kriteria Mempreskripsi 10 Ubat Paling Banyak Dibuat Pembelian.

Prof. Wan Mohamad telah memulakan tugas membentuk kriteria mempreskripsi bagi ubat ubat di atas. Daripada jumlah tersebut, 6 drug telah selesai dikenal pasti kriteria mempreskripsi, iaitu clopidogrel, amlodipine, atovarstatin, simvastatin, risperidone dan olanzapine (sila rujuk edaran). Drug drug lain seperti imipenam masih belum selesai kerana sesetengahnya perlu membuat semakan pada preskripsi. Jabatan Farmasi diberi kuasa untuk menguat kuasakan kriteria tersebut. Contohnya bagi drug clopidogrel, Jabatan Farmasi boleh membuat pemantauan tempoh ubat bagi pesakit yang diindikasikan dengan clopidogrel dan boleh menghentikan secara automatik jika tempoh tersebut telah berakhir (selepas memaklumkan kepada doktor yang terlibat).