unsur tradisi

9
1.0 Pengenalan Perlembagaan Yang Diguna Pakai Hari Ini Mengandungi 4 Unsur Yang Dikekalkan daripada Kontak Sosial 1948. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan Malaysia digolongkan sebagai “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British. Unsur lama ini pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama dahulu dan dikekalkan dalam Kontrak Sosial tersebut. Faktor kerjasama kaum dan tolak ansur yang tidak ternilai daripada orang Melayu akhirnya melahirkan kontrak sosial tersebut. Menurut Mohd Salleh Abas (1987), unsur-unsur tersebut ialah Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu. Bagi memenuhi tuntutan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. 1.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja Menurut Aziz Bari (2008), orang Melayu dan orang asli adalah penduduk asal yang menjadi tuan kepada Tanah Melayu. Buktinya, Institusi Beraja Melayu telah wujud berabad lamanya dan menjadi sebuah sistem pemerintahan yang unggul sehingga berjaya menempa nama yang agung seperti Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, semasa zaman penjajahan British, Sultan-sultan masih diterima sebagai pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh

Upload: peningla

Post on 17-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kklmk

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPerlembagaan Yang Diguna Pakai Hari Ini Mengandungi 4 Unsur Yang Dikekalkan daripada Kontak Sosial 1948. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan Malaysia digolongkan sebagai unsur-unsur tradisi iaitu amalan pra-British. Unsur lama ini pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama dahulu dan dikekalkan dalam Kontrak Sosial tersebut. Faktor kerjasama kaum dan tolak ansur yang tidak ternilai daripada orang Melayu akhirnya melahirkan kontrak sosial tersebut. Menurut Mohd Salleh Abas (1987), unsur-unsur tersebut ialah Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu. Bagi memenuhi tuntutan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. 1.1 Kesultanan atau Pemerintahan BerajaMenurut Aziz Bari (2008), orang Melayu dan orang asli adalah penduduk asal yang menjadi tuan kepada Tanah Melayu. Buktinya, Institusi Beraja Melayu telah wujud berabad lamanya dan menjadi sebuah sistem pemerintahan yang unggul sehingga berjaya menempa nama yang agung seperti Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, semasa zaman penjajahan British, Sultan-sultan masih diterima sebagai pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun pada masa yang sama mereka perlu menerima nasihat daripada pegawai-pegawai British sebagai Residen atau Penasihat British. Namun begitu, pelaksanaan Malayan Union menyebabkan kebanyakan sultan-sultan kehilangan kuasa. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu bersatu dan menentang Malayan Union dan hasilnya pada tahun 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan. Perlembagaan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan Raja-raja Melayu kepada kedudukan asal mereka.Menurut Mohd Salleh Abas (1984) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah memperuntukkan agar Majlis Raja-raja ditubuhkan. Majlis ini yang terdiri daripada Sultan-sultan dan Yang Dipertua Negeri dengan fungsi seperti berikut:

i. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menurut peruntukan Jadual Ketiga;ii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya sebarang perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan: daniii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang dan membuat nasihat ke atas sebarang perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis ini atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis itu.Selain itu, terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yakni termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Berhubung dengan Raja-raja lain, kedaulatan prerogatif kuasa dan bidang kuasa mereka tidak tersentuh dan tidak ada tindakan dalam mana-mana mahkamah. 1.2 Agama IslamAgama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam. Hal ini menunjukkan bahawa agama Islam yang diamalkan oleh Penduduk Tanah Melayu sejak 500 tahun lalu masih menjadi unsur terpenting dalam membentuk sebuah negara berdaulat. Lantaran itu, Perlembagaan Malaysia menetapkan orang Melayu sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. Selain itu, peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Kedudukan Sultan sebagai ketua agama pula telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri Melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris. Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam1.3 Bahasa MelayuSebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri-negeri Melayu menggunakan bahasa Melayu dengan meluas untuk tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat-menyurat, penulisan minit, juga dalam prosiding perundangan dan mahkamah.Selepas perang, keadaan mula berubah dan mula menampakkan penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. British lebih cenderung untuk memasukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa Melayu. Hal in terjadi kerana sistem common law British dan sistem Kerajaan British hasil dari Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan. Apabila Malayan Union dibubarkan, Perjanjian Persekutuan Melayu yang menggantikannya masih mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan, akan tetapi apa-apa yang perlu dicatat atau ditukar ke dalam bentuk penulisan mesti dilahirkan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, Perlembagaan Kemerdekaan telah mengusulkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Persekutuan atau bahasa bagi Persekutuan, dengan cara yang sama sebagaimana agama Islam dinyatakan akan menjadi agama Persekutuan tanpa istilah `rasmi atau istilah `kebangsaan. Namun begitu, perkara tersebut masih belum dapat memuaskan hati para pemimpin Melayu ketika itu lantas Perkara 153(1) diluluskan untuk menguatkuasakan bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Mohd Salleh Abas (1984) menyatakan bahawa konsep memberi taraf kebangsaan kepada bahasa Melayu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi semata-mata. Antara kesannya ialah bahasa ini secara langsung telah menjadi bahasa pengantaraan untuk digunakan dalam kesemua maksud rasmi dan bahawa semua bahasa lain, walaupun boleh diajar dan dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan selain daripada maksud rasmi. Selain itu, bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan, dan menjadi bahasa pengantar di negara ini sejak sekian lama.1.4 Kedudukan Istimewa orang MelayuYang di-Pertuan Agong telah diberi tanggungjawab yang berat untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan sah kaum-kaum lain. Hal ini termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Menurut sejarah, perjanjian awal antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British, tiada peruntukan untuk mengutamakan penduduk bangsa Melayu kerana Tanah Melayu pada ketika itu hanya dihuni oleh orang Melayu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkan akan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Namun keadaan telah berubah kerana terdapat ramai imigran dari China dan India dibawa masuk oleh pihak British untuk menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi mengikut kaum dengan orang China di lombong, orang India di ladang serta orang Melayu di kampung sebagai petani. Rentetan daripada peristiwa tersebut, orang Melayu merasakan mereka tidak dapat bersaing dengan para imigran ini baik dari segi pendidikan mahu pun ekonomi.Kedudukan orang Melayu seterusnya tergugat apabila Perlembagaan Malayan Union dilaksanakan pada 1 April 1946. Di bawah perlembagaan ini, hak dan keistimewaan orang Melayu bukan sahaja tidak disebut malah, kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu semuanya dikurangkan kepada hanya untuk maksud formaliti dan dalam perkara kecil-kecil sahaja. Keadaan ini telah memperlihatkan dengan jelas akan kehilangan sepenuhnya kedudukan orang Melayu, akan tetapi memberi keuntungan bagi kaum imigran disebabkan pengiktirafan mereka oleh perlembagaan ini.Walau bagaimana, setelah Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu berjaya mendapatkan semula kedudukan dan tempat mereka di negara ini. Dengan itu, tugas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain diberikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dan akhirnya diberi kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga ke hari ini. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) Melayu ditakrifkan sebagai lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu, menganuti agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Setelah Sabah dan Sarawak memasuki Persekutuan pada tahun 1963, kedudukan istimewa bumiputera kedua-dua negeri ini turut berada di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Tanggungjawab ini turut merangkumi batas-batas Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan di dalam perkhidmatan awam, dan pemberian biasiswa dan bantuan atau lain-lain kemudahan pelajaran dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan. Baginda juga diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan-arahan perlu kepada pihak berkuasa yang sesuai untuk memastikan dasar tersebut dipatuhi.Perkara 86 dan 90 iaitu tanah rizab orang Melayu juga memberi kedudukan istimewa orang Melayu. Perkara ini bertujuan melindungi tanah rizab orang Melayu daripada di selenggara oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak tetapi diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum-kaum lain dan ianya dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.2.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kontrak sosial yang dipersetujui oleh pemerintah, golongan elit dan pembangkang semasa awal penggubalan Perlembagaan Merdeka 1956 lalu, telah menjadi unsur tradisi yang terus dikekalkan dan diamalkan dalam perlembagaan hari ini. Sungguhpun unsur tradisi ini menjadi alat sensitiviti kaum bagi golongan rasis, namun, sejarah negara tidak boleh dinafikan. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum harus bersyukur dan akur terhadap kontrak sosial ini demi mengekalkan keamanan dan kesepaduan rakyat. Oleh itu, unsur berkaitan Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu harus dipelihara dan diakui oleh kaum bukan Melayu.

RUJUKANMohd Salleh Abas. (1985) Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd Salleh Abas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Aziz Bari (2008) Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Arah Publication.