universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · pdf filekeputusan ujian kecergasan fizikal...

20
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).” Tandatangan : _________________________ Nama Penyelia : EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL Tarikh : 28 APRIL 2008 PSZ 19:16 (Pind. 1/07) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penulis : RUSMARIA BINTI AB RAHMAN Tarikh Lahir : 05 MEI 1983 Judul : “UNI–AKTIF”: PEMBINAAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA DAN NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR SAINS SUKAN, UTM SKUDAI Sesi Pengajian : 2007/2008 Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai: SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh: __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) 830505-11-5384 __ EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL (NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA) Tarikh :30 April 2008 Tarikh : 30 April 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Upload: vanthuy

Post on 27-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan : _________________________

Nama Penyelia : EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL

Tarikh : 28 APRIL 2008

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penulis : RUSMARIA BINTI AB RAHMAN

Tarikh Lahir : 05 MEI 1983

Judul : “UNI–AKTIF”: PEMBINAAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA

DAN NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR SAINS SUKAN,

UTM SKUDAI

Sesi Pengajian : 2007/2008

Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini

seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

Disahkan oleh:

__________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

830505-11-5384 __ EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL

(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)

Tarikh :30 April 2008 Tarikh : 30 April 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan : _________________________

Nama Penyelia : EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

“UNI–AKTIF”: PEMBINAAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA

DAN NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR SAINS SUKAN,

UTM SKUDAI.

RUSMARIA BINTI AB RAHMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .……………………………………

Nama Penulis : RUSMARIA BINTI AB RAHMAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

iii

DEDIKASI

“Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih memanjangkan usia ku”

Buat Mak (Rokiah bt Deraman) dan Arwah Ayah........

Tanpa mu, maka tiadalah aku didunia ini,

Syukur dan terima kasih atas segala penat lelah dan

Doa yang tidak pernah mengenal erti jemu demi kejayaanku,

Akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku.

Buat Suami yang tercinta Mohamad Rahimi bin Sulaiman......

Terima kasih di atas cinta, kasih sayang, sokongan dan

pengorbananmu.

Buat Abang (Abg Lan, Abg Li, Maddy), Kakak (Kak Na, Kak Liza,Kak Ros,

Maa) Adik (Haa, Lini dan Eynu).........

Dengan dorongan, bantuan dan juga semangat yang

diberikan, Akhirnya ku dapat membawa pulang segulung

ijazah yang selama ini dinanti-nantikan.

Buat Pensyarah Penyelia yang dikagumi, En. Muhamad Hafiz bin Ismail....

Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan,

Moga-moga ALLAH S.W.T memberkati mu.

Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan..........

Jasa kalian amat ku hargai terima kasih atas segalanya,

Akan ku kenang buat selama-lamanya.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan para

sahabat. Syukur Alhamdulillah, dengan izinnya dapatlah saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan

tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada pensyarah penyelia Projek Sarjana

Muda saya, En. Muhamad Hafiz bin Ismail atas segala bimbingan, tunjuk ajar,

teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Tidak

lupa juga kepada pensyarah yang turut membantu menyumbangkan idea dan

pandangan, Pn. Halijah bt Ibrahim.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan (sha, add, salman, abg rem,

cik lee, aty, lini, ida, mail, wyn, jb, mas, cikgu, arin, min, arol, pok sak, alex, apis, lan,

mat yo, juki, nasir, duan, ann, pian, pie, salleh, nik, shida, fiza, adah, omar, ong, bear,

immi, rahmah, jaa, ana, eda, tam, gee, eija, sue, syed) dan dan individu yang terlibat

sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat mak, suami, abang, kakak, adik yang tersayang, segala doa

restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah

SWT dan dapat dimanfaatkan.

Wassalam.

Rusmaria Ab Rahman,

April, 2008

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

v

ABSTRAK

“UNI-AKTIF” adalah satu sistem pengurusan pangkalan data yang

digunakan untuk menganalisis data dan norma pelajar Sains Sukan UTM Skudai

melalui ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Perisian ini

dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia

ColdFusion MX 7. Manakala pangkalan data dibangunkan menggunakan perisian

Microsoft Access 2003. Sistem ini bertujuan untuk membangunkan pangkalan data

bagi memudahkan proses menyimpan dan menganalisis data kecergasan fizikal

berserta norma setiap komponen kecergasan fizikal. Terdapat 11 item ujian

kecergasan yang diuji dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lima ujian

kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan enam ujian kecergasan fizikal

berasaskan lakuan motor. Pengklasifikasian norma diperolehi hasil daripada

keputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur

antara 20 – 30 tahun. Norma ujian yang ditetapkan mempunyai lima kriteria iaitu

cemerlang, sangat baik, baik, sederhana dan lemah. Perisian ini merangkumi enam

pautan utama iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, daftar pelajar,

keputusan ujian, laporan dan hubungi. Hasil kajian mendapati Sistem Pengurusan

Pangkalan Data “UNI-AKTIF” ini dapat membantu dalam tugas – tugas merekod

dan menganalisis data pelajar dan turut memudahkan para pensyarah Sains Sukan di

IPTA khususnya di UTM melakukan pengujian dan berupaya mengenalpasti prestasi

pelajar dengan pantas, tepat dan sistematik.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

vi

ABSTRACT

“UNI-AKTIF” is defined as database management system which is used to

analysis data and norms of Sport Science students UTM, Skudai. The test choosen

was based on physical health and motor system. This software was developed using

Macromedia Dreamweaver 8 and Macromedia Coldfusion MX7. Meanwhile, data

management system was developed using Microsoft Access 2003 software. This

system functions to developed data management which can storage and analyze

physical data with the norms of each component of physical fitness test. There are

11 items that have been tested and are divided into two categories which are five

health related physical fitness test and six skill related physical fitness test. The

results are obtained through the students of Sport Science, UTM Skudai aged

between 20 – 30 years old. Five likert scales which are very excellent, excellent,

good, average and weak were used in the study. The software consist six links which

are main page, test procedures, test norms, students registration, test results, report

and contact. The result shown that “UNI-AKTIF” database management system

helped in recording students activities and analyze student data. Besides that, this

system helped UTM Sport Science lecturers to conduct this test and to identify

student performance effectively.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kerangka Teori 7

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Skop dan Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Operasional 10

1.10 Penutup 13

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Ujian Kecergasan Fizikal 14

2.3 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 29

2.4 Penutup 35

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Model Pendekatan Sistem 36

3.3 Keperluan Pembinaan Sistem 38

3.4 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian Sokongan 42

3.5 Reka bentuk Sistem 43

3.6 Pembinaan Norma Ujian 44

3.7 Prosedur Kajian 47

3.8 Penutup 48

4 REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Pakej Perisian 50

4.3 Penutup 71

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan 72

5.3 Rumusan 80

5.4 Cadangan 81

5.5 Penutup 83

RUJUKAN 84

LAMPIRAN (A – P) 88

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Kajian 8

2.1 Formula Indeks Jisim Badan (BMI) 16

2.2 Halaman utama Perisian

FITNESSGRAM/ACTIVITYGRAM 8.0. 20

2.3 Contoh laporan FITNESSGRAM . 21

2.4 Halaman utama Program BSDI Fitness Analyst. 22

2.5 Halaman utama Perisian Universal Fitness

Tester (BSDI Fitness Analyst) 23

2.6 Contoh laporan penilaian BSDI Fitness 24

2.7 Halaman utama Senior Fitness Test (Human Kinetics) 25

2.8 Norma kebangsaan Perisian Senior Fitness Test

(Human Kinetics) bagi pengguna lelaki dan perempuan. 26

2.9 Halaman utama Perisian Fitstats (Fitness

Assessment Software). 27

2.10 Contoh Keputusan Ujian daripada Perisian

Fitstats (Fitness Assessment Software). 28

3.1 Model Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) 38

4.1 Paparan Alamat Perisian 50

4.2 Paparan Login Pengguna 50

4.3 Paparan Utama 51

4.4 Paparan Prosedur Ujian 52

4.5 Paparan Video 53

4.6 Paparan Pendaftaran Pelajar 54

4.7 Paparan Maklumbalas 54

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

x

4.8 Paparan Keputusan Ujian Berasaskan Kesihatan 55

4.9 Paparan Keputusan Ujian Berasaskan Kesihatan 56

4.10 Paparan Norma Ujian 57

4.11 Norma Ujian Indeks Jisim Badan (BMI) 58

4.12 Norma Ujian Bleep 59

4.13 Norma Ujian Tekan Tubi 60

4.14 Norma Ujian Bangkit Tubi Variasi 61

4.15 Norma Ujian Duduk dan Jangkau 62

4.16 Norma Ujian Lompat Jauh Berdiri 63

4.17 Norma Ujian Lari Ulang – Alik 10 meter 64

4.18 Norma Ujian Lari Pecut 40 meter 65

4.19 Norma Ujian Dirian Bangau 66

4.20 Norma Ujian Masa Respon Nelson 67

4.21 Norma Ujian Menggelecek Bola Keranjang 68

4.22 Paparan Laporan Keputusan Pelajar 69

4.23 Paparan Senarai Pelajar 70

4.24 Paparan Hubungi 71

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

xi

SENARAI SINGKATAN

ASP : Active Server Pages

BMI : Body Mass Index

CBIS : Computer Based Information System

CFM : Macromedia ColdFusion

CGI : Common Gateway Interface Script

DBMS : Database Management System

GIF : Graphic Interchange Format

GUI : Graphic User Interface

HTML : Hypertext Markup Language

IT : Information Technology

PERL : Practical Extraction and Report Language

PHP : Personal Homepage Hypertext Preprocessor

SPDUKF : Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

SQL : Structured Query Language

WHO : World Health Organization

WYSIWYG : What You See is What You Get

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Prosedur Ujian Indeks Jisim Badan (BMI) 88

B Prosedur Ujian Bleep 89

C Prosedur Ujian Tekan Tubi 91

D Prosedur Ujian Bangkit Tubi Variasi 93

E Prosedur Ujian Duduk dan Jangkau 95

F Prosedur Ujian Lompat Jauh Berdiri 96

G Prosedur Ujian Lari Ulang – Alik 10 meter 97

H Prosedur Ujian Lari Pecut 40 meter 98

I Prosedur Ujian Dirian Bangau 99

J Prosedur Ujian Masa Respons Nelson 100

K Prosedur Ujian Menggelecek Bola Keranjang 101

L Borang Skor 102

M Pengesahan Pakar Bidang 105

N STRUKTUR DATA 106

(Pangkalan Data Microsoft Access spd.mdb)

O Carta Alir Perhubungan antara Table dalam 111

pangkalan data Microsoft access SPDUKF (spd.mdb)

P Contoh Pengaturcaraan Macromedia ColdFusion 112

dan Dreamweaver SPDUKF (Norma Ujian)

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Corak hidup sedantari masyarakat masa kini menyebabkan tahap kecergasan

fizikal individu semakin menurun. Aktiviti kecergasan dianggap kurang

mendatangkan faedah. Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, masyarakat

Malaysia harus sedar betapa pentingnya melakukan aktiviti – aktiviti fizikal.

Penyelidikan – penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti –

aktiviti fizikal adalah penting dalam kehidupan kita. Aktiviti – aktiviti fizikal yang

cergas dan yang diamalkan selalu adalah satu – satunya cara yang boleh membantu

ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan produktif.

1.1.1 Kecergasan fizikal

Kecergasan secara keseluruhannya boleh didefinisikan sebagai integrasi

komponen – komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini

membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan

negara. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu

tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan

(Ahli Panel Buku Sumber Guru Sains Sukan KBSM, 2004).

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

2

Menurut Clarke (1979) (petikan Safrit, 1981) kecergasan fizikal ialah

keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa merasa

kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti

riadah. Selain daripada itu seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup

menghadapi cabaran – cabaran yang mungkin akan timbul. Kecergasan fizikal

merupakan satu faktor yang menentukan tahap tenaga yang kita miliki. Mengikut

Corbin dan Lindsey (1994) kecergasan fizikal dapat ditakrifkan sebagai keupayaan

keseluruhan organ manusia berfungsi dengan efisien dan berkesan.

Kecergasan fizikal mengikut Falls (1980) boleh dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu kecergasan untuk kesihatan dan juga kecergasan untuk prestasi sukan.

Ujian kecergasan fizikal banyak dilaksanakan di peringkat sekolah, maktab dan

institusi tinggi. Melalui ujian kecergasan ini, banyak data yang dipungut dan

direkodkan untuk simpanan. Pengendalian data yang sistematik diperlukan agar

data yang diperolehi menjadi maklumat yang bermakna.

1.1.2 Sistem Pangkalan Data

Sistem pangkalan data dikaitkan dengan kebolehan komputer melaksanakan

kefungsiannya sebagai satu alat elektronik yang boleh diprogramkan oleh manusia.

Secara umumnya, fungsi utama komputer ialah mengubah sesuatu data kepada

maklumat. Menurut Baharuddin et al. (2000), data merujuk kepada sesuatu yang

tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur manakala maklumat

pula merujuk kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan

bermakna. Menurut Gillenson (2005), manusia berminat pada data sejak lebih

daripada 12,000 tahun dahulu. Walaupun hari ini kita seringkali kaitkan data

dengan komputer, menurut sejarahnya terdapat banyak lagi kaedah yang primitif

untuk mengendalikan dan menyimpan data.

Pangkalan data adalah satu satu koleksi data dan program yang

membolehkan pengguna mencapai maklumat yang diperlukan bagi pelbagai

kegunaan. Contoh pangkalan data ialah seperti Sistem Maklumat Perbankan. Bank

mempunyai ramai pelanggan di mana mereka mempunyai akaun – akaun dan

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

3

simpanan masing – masing. Oleh itu banyak data yang perlu disimpan untuk rujukan

mereka. Ini bermakna bank mesti mempunyai sistem maklumat yang juga dikenali

sebagai pangkalan data dan boleh menyimpan, mengubah serta menghapus data

tersebut.

Sistem pangkalan data juga adalah satu sistem yang boleh membantu

pengguna menyimpan data dengan sistematik. Untuk membuat capaian kepada

pangkalan data kita hendaklah menggunakan perisian yang dikenali sebagai Sistem

Pengurusan Pangkalan Data (DMBS). DMBS adalah satu set aturcara yang direka

bentuk untuk menguruskan maklumat seperti menambah, mengemaskini dan

mendapatkan semula data yang sedia ada dalam pangkalan data. Terdapat lima

komponen utama dalam sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) iaitu

perkakasan, perisian, perisian, data, prosedur dan orang (Connolly dan Begg, 1999).

Contoh DBMS ialah seperti Microsoft Access, Fox Pro, C ++, COBOL dan

sebagainya.

Menurut Date (2004), sistem pangkalan data pada asasnya hanyalah sistem

penyimpanan rekod secara berkomputer. Pengguna yang menggunakan sistem

pangkalan data mampu mengubah, memadam dan merekod data yang baru.

Pengguna sistem boleh melaksanakan atau meminta sistem untuk melakukan

pelbagai operasi yang terlibat contohnya adalah seperti berikut:

1. Menambahkan fail baru ke dalam pangkalan data.

2. Memasukkan data ke dalam fail yang sedia ada.

3. Memperbetulkan data daripada fail yang sedia ada.

4. Memadam data daripada data yang sedia ada.

5. Menukar data di dalam fail yang sedia ada.

6. Membuang fail yang sedia ada daripada pangkalan data.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era teknologi masa kini, komputer berperanan penting dalam

membantu kerja – kerja pengurusan pentadbiran sekolah yang mana telah diakui

kesahihannya. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan meliputi bidang

pengurusan, pembelajaran dan pengajaran serta pengajian (Chee, 1986). Menurut

Wan Mohd Zahid (1993), sekolah disarankan menggunakan komputer sebagai

instrumen pengendalian pengurusan dan pentadbiran.

Selain itu, beliau amat setuju dengan peranan komputer dalam meningkatkan

kecekapan dalam operasi pentadbiran. Pendapat ini disokong oleh Rofidah (1989)

yang menyatakan bahawa

“the computer is a rich and complex tool that is increasingly being used in

many functional areas with this in mind, the usage of the computer in the

school administration should be explored”.

Pernyataan ini menyarankan pihak sekolah agar mengoptimumkan

penggunaan komputer dalam pengurusan harian. Selaras dengan itu, pengurusan

data ujian kecergasan fizikal ini juga merupakan sebahagian daripada pengurusan

yang tidak pernah dipandang remeh oleh pihak pentadbir dan juga seharusnya

menyahut saranan itu. Namun demikian, pada hakikatnya masih wujud begitu ramai

pentadbir yang enggan menggunakan alat teknologi tersebut dalam pengurusan

contohnya melalui kajian Abang Ahmad Ridzuan (1992) yang menyatakan bahawa

“sikap keseluruhan pentadbiran terhadap penggunaan komputer dalam

pentadbiran adalah positif, namun kira – kira 85% pentadbir menyatakan

rasa kerisauan/tidak selesa menggunakan komputer, tidak senang orang

bercakap tentang komputer (87%), tidak berupaya menggunakan komputer

(75%)”.

Abang Ahmad Ridzuan (1992) memaklumkan bahawa walaupun sikap

keseluruhan pentadbiran terhadap komputer adalah positif, namun masih ada mereka

yang tidak memanfaatkan penggunaan komputer sepenuhnya.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

5

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan iaitu amalan

dalam pengurusan data ujian kecergasan pada masa kini, rata – ratanya masih

mengamalkan kaedah lama yang menggunakan pengurusan data secara manual iaitu

pengamalan kaedah konvensional dalam pengurusan dan pentadbiran. Pengamalan

kaedah konvensional tersebut bukan sahaja melemahkan sistem pengurusan malah

telah menimbulkan pelbagai kelemahan seperti penggunaan banyak borang semasa

melaksanakan ujian. Selain itu, masalah tiadanya sistem maklumat ujian kecergasan

fizikal yang sempurna dan mudah dioperasikan turut menjadi penyumbang kepada

faktor penggunaan komputer yang kurang menggalakkan dalam pengurusan ujian

kecergasan fizikal di peringkat universiti, maka kajian ini bertujuan untuk membina

satu Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal di peringkat

universiti.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pembangun adalah seperti

berikut:

1.4.1 Membina prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” yang

mesra pengguna dengan berasaskan prosedur kerja merekod dan mengurus

keputusan ujian kecergasan fizikal pelajar yang sedia ada.

1.4.2 Menilai kefungsian prototaip dari aspek kemudahan dan kecekapan Sistem

Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” dalam menguruskan data ujian

kecergasan fizikal pelajar setelah digunakan oleh responden.

1.4.3 Membina norma hasil daripada data ujian kecergasan fizikal pelajar sains

sukan UTM Skudai bagi membangunkan prototaip Sistem Pengurusan

Pangkalan Data “Uni – Aktif”.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur ... Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal

6

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” ini dapat

memudahkan pensyarah di Fakulti Pendidikan merekod data pengujian

pelajar?

1.5.2 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” dapat

membantu memudahkan pensyarah di Fakulti Pendidikan dalam menentukan

tahap pencapaian pelajar?

1.5.3 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” dapat

membantu memudahkan pensyarah di Fakulti Pendidikan dalam membuat

analisa keputusan ujian kecergasan pelajar?

1.5.4 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” cekap

dalam melaksanakan tugas merekod segala data ujian kecergasan fizikal

pelajar?