universiti teknologi malaysia - fp.utm.my filecatatan: * potong yang tidak berkenaan. ... mr. gobi,...

27
UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MULTIMEDIA BAGI MATA PELAAJRAN KIMIA KBSM TINGKATAN LIMA DALAM TAJUK SEBATIAN KARBON SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya __________MOGANA A/P TACHINAMUTU__________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 50, TAMAN BEDONG, 08100 BEDONG, EN. MOHD FADZLI BIN ALI KEDAH NAMA PENYELIA Tarikh:___________________ Tarikh:___________________

Upload: nguyenngoc

Post on 08-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ◆

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MULTIMEDIA BAGI MATA PELAAJRAN KIMIA KBSM TINGKATAN LIMA DALAM TAJUK SEBATIAN KARBON

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya __________MOGANA A/P TACHINAMUTU__________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 50, TAMAN BEDONG, 08100 BEDONG, EN. MOHD FADZLI BIN ALI KEDAH NAMA PENYELIA Tarikh:___________________ Tarikh:___________________

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)."

Tandatangan : ……………………….

Nama Penyelia : EN. MOHD. FADZLI BIN ALI

Tarikh : ……………………….

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) MULTIMEDIA BAGI MATA PELAJARAN KIMIA KBSM

TINGKATAN LIMA DALAM TAJUK SEBATIAN KARBON

MOGANA A/P TACHINAMUTU

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

March, 2004

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………….

Nama Penulis : MOGANA A/P TACHINAMUTU

Tarikh : ……………………….

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

iii

The Dedication Goes Especially To…

My Beloved Parents Mr & Mrs. Tachinamutu Amarazam

My Dearest Lovely Brothers & Sisters

Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha

For the unconditional love and support

My Wonderful Siblings…

My Cute Sister Selvi

My Great Brothers…MK

Suresh Babu, Ganasan, Nadarajan, Arul Murugu, Alagendran, Vijaiyan, Steven Raj & Santhana

My Loving Friends…7W Sheeila, Kasturi, Logavalli, Ranjini, Vanitha, Kalaivani

My Lovely Little Brothers…MLK

Peter Raj, Devagaran & Gopinaathan

For being the most beautiful part of my life…

With Warm & Loving Thoughts To… Mr. Thanighaivel

For your unconditional love & having faith in me

Also To…

My friends Rukumani, Vijaya, Prakash & Reddy

For makin my days here more then ordinary

Last And Not Least To… All My Family Members, Lecturers & Friends

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurniaNya

dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.

Jutaan penghargaan kepada En. Mohd Fadzli Bin Ali selaku penyelia Projek

Sarjana Muda saya diatas segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang beliau berikan

telah banyak membantu dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telibat secara

langsung ataupun tidak langsung atas segala ilmu yang telah dicurahkan.

Selain daripada itu, penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sentiasa memberikan semangat dalam menjayakan Projek Sarjana

Muda ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

v

ABSTRAK

Penggunaan PBK secara meluas telah memberi perubahan paradigma dalam

proses pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan PBK amat

menggalakkan proses pembelajaran. Walau bagaimanapun kebanyakkan PBK di

pasaran tidak memenuhi keperluan silibus Kimia KBSM. Oleh yang demikian, projek

ini telah diusahakan untuk merekabentuk dan membangunkan sebuah perisian PBK

kendiri yang lebih memenuhi keperluan pelajar-pelajar dalam sistem pendidikan

Malaysia. Tajuk Sebatian Karbon berdasarkan kepada elemen -elemen multimedia

berpotensi memandu pelajar untuk memahami konsep sebatian karbon yang lebih

mendalam. Pendidikan Teori kognitif serta model Dick & Carey (1998) diaplikasikan

dalam proses pembelajaran PBK. Pengurusan projek berlandaskan model ASSURE

untuk menghasilkan suatu perisian PBK yang teliti.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

vi

ABSTRACT

The intensive use of Computer Assisted Instruction (CAI) has brought about the

shift in the paradigm of learning process. Many studies have shown that the use of CAI

has been a helping hand in the process of learning. Nonetheless, most of the CAI at

present does not meet the terms with the chemistry syllabus in the Malaysian

Educational System. Thus, this project has taken the step towards developing of a self

paced CAI that is more suitable to the needs of the Malaysian students. Project

“Hydrocarbon Compounds” which incorporate various elements of multimedia have

potential to channel students to better comprehend the concept of “Hydrocarbon

Compounds”. Cognitive Psychology Theory hand in hand with Dick & Carey

instructional more applied in the learning process of the CAI. The project management

is based on the ASSURE model to allow a through planning of the coursewave.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Penyataan masalah 6

1.4 Rasional projek 7

1.5 Objektif projek 8

1.5.1 Objektif rekabentuk 8

1.5.2 Objektif perisian 8

1.6 Skop kajian 9

1.7 Kepentingan Projek 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

viii

1.8 Definisi dan istilah 10

1.8.1 Animasi 10

1.8.2 Audio 10

1.8.3 Grafik 10

1.8.4 Teks 11

1.8.5 Video 11

1.8.6 Konsep Hipermedia 12

1.8.7 Proses gubahan sistem multimedia 12

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Masalah pembelajaran 13

2.3 Penggunaan sistem komputer dalam pendidikan 14

2.4 Teori pengajaran dan pembelajaran 15

2.4.1 Teori Pembelajaran Kognitivisme 16

2.4.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme 16

2.5 Teori elaborasi dalam rekabentuk pengajaran

menghuraikan strategi pengajaran 17

2.6 Teori rekabentuk pengajaran (Instructional design) 18

2.7 Definisi multimedia 23

2.7.1 Teks 25

2.7.2 Grafik 25

2.7.3 Audio 26

2.7.4 Animasi 26

2.7.5 Gambarfoto 26

2.7.6 Interaktiviti 27

2.7.7 Hiperteks 27

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

ix

2.7.8 Simulasi 28

2.7.9 Hipermedia 28

2.8 Kelebihan multimedia interaktif dalam pendidikan 29

2.8.1 Peringkat analisis 32

2.8.2 Peringkat rekabentuk 33

2.8.3 Peringkat produksi 35

2.8.4 Peringkat implementasi 35

2.8.5 Peringkat penilaian 35

2.9 Kelebihan perisian dalam pendidikan 35

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III REKABENTUK PERISIAN 38

3.1 Pengenalan rekabentuk 38

3.2 Rekabentuk dan teori pengajaran dan pembelajaran 38

3.2.1 Rekabentuk am 38

3.2.2 Rekabentuk bersistematik 39

3.3 Model Pengajaran Bersistem – Model ASSURE 40

3.3.1 Analisis pelajar 41

3.3.2 Nyatakan objektif 41

3.3.3 Pilih kaedah, media dan bahan 41

3.3.4 Gunakan media dan bahan 41

3.3.5 Libatkan pelajar 42

3.3.6 Nilai dan semak 42

3.4 Aplikasi teori pembelajaran di dalam rekabentuk

perisian 42

3.5 Pemilihan tajuk 43

3.6 Penentuan objektif perisian 43

3.7 Perisian dan perkakasan pembinaan dan mainbalik 44

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

x

3.7.1 Perkakasan dan perisian pembangunan 44

3.7.2 Perkakasan pengguna 44

3.8 Perisian 45

3.8.1 Alat pengubah (authoring tool) 45

3.8.2 Rekabentuk perisian 47

3.8.3 Ciri Interaktiviti Perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer 48

3.8.4 Carta alir projek 51

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 53 4.1 Pengenalan 53

4.2 Struktur dan asas kandungan perisian 54

4.2.1 Skrin montaj 54

4.2.2 Skrin menu utama 58

4.2.3 Skrin hidrokarbon 59

4.2.4 Skrin siri homolog 60

4.2.5 Skrin alkana 61

4.2.6 Skrin alkena 62

4.2.7 Skrin perbandingan 63

4.2.8 Skrin formula struktur 64

4.2.9 Skrin latihan 65

4.2.10 Skrin penghargaan 67

4.3 Ciri multimedia dalam perisian 68

4.3.1 Teks 68

4.3.2 Grafik 68

4.3.3 Animasi 68

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

xi

4.3.4 Audio 68

4.4 Ciri-ciri keseragaman 69

4.4.1 Latar belakang 69

4.4.2 Warna 69

4.5 Ciri-ciri interaktif 69

4.5.1 Masukkan data 69

4.5.2 Jawab soalan 70

4.6 Penggunaan perisian 70

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 71

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Model Pembangunan Multimedia 71

5.2.2 Teori Pembelajaran 73

5.3 Kelebihan dan kelemahan perisian PBK 74

5.3.1 Kelebihan perisian PBK 74

5.3.2 Kelemahan perisian PBK 75

5.3.3 Rumusan 77

5.4 Cadangan 78

5.5 Kesimpulan 80

RUJUKAN 81

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

4.1 (a)

4.1 (b)

4.1 (c)

4.1 (d)

4.1 (e)

4.1 (f)

4.2

4.3

4.4

4.5 (a)

4.5 (b)

4.6 (a)

4.6 (b)

4.7

4.8

4.9 (a)

4.9 (b)

4.10

Model ASSURE

Carta alir projek

Skrin montaj

Skrin montaj

Skrin pengguna masuk nama

Skrin papar nama

Skrin mengenalpasti pengguna baru

Skrin kedua dalam bahagian bantuan.

Skrin menu utama

Skrin pertama sub topik hidrokarbon

Skrin ketiga sub topik siri homolog

Skrin pertama sub topik alkana

Skrin uji minda dalam sub topik alkana

Skrin pertama sub topik alkena

Skrin uji minda dalam sub topik alkana

Skrin kedua sub topik perbandingan

Skrin ketujuh sub topik formula struktur

Soalan subjektif respons jawapan betul

Soalan objektif respons jawapan salah

Skrin penghargaan

44

56

55

56

56

57

57

58

59

60

61

61

62

63

64

65

66

66

67

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

xiii

SENARAI SINGKATAN

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

USM Universiti Sains Malaysia

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

BBM Bahan Bantu Mengajar

PBK Pembelajaran Berbantukan Mengajar

CAI Computer Assisted Instruction

IT Information Technology

TITO Trivia In, Trivia Out

CPU Center Processing Unit

PPSP Pusat Pengajian Sains Perubatan

PLATO Programmed Logic for Automatic Teaching Operation

IPT Institut Pengajian Tinggi

CBT Computer Based Training

CALL Computer Assisted Language Learning

BBM Bahan Bantu Mengajar

CD-ROM Compact Disc-Read Only Memory

RAM Random Access Memory

MB Megabytes

GB Gigabytes

GHz Giga Hertz

MHz Mega Hertz

*.wave Waveform Audio

*JPG, *PDD Joint Photographic Experts Group

*PSD, *PDD Photoshop

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting bagi suatu masyarakat

yang inginkan kemajuan dan kemakmuran. Maka, sebagai suatu negara yang sedang

membangun dan berwawasan, Malaysia mengambil berbagai langkah dan usaha

untuk membangunkan bangsa dan negara semenjak kemerdekaan lagi.

Perkembangan teknologi pada hari ini banyak memberi kesan secara tidak

langsung kepada sistem pendidikan. Boleh dikatakan sistem pendidikan telah

berubah daripada tradisional kepada sistem moden khususnya dalam kaedah atau

pedagogi pendidikan. Bahan Bantu Mengajar (BBM) jikalau dahulunya

menggunakan bahan-bahan manual seperti kapur warna, manila kad, pen marker,

televisyen, radio dan bahan buangan tetapi hari ini dengan perkembangan terbaru

seperti komputer digunakan secara meluas di sekolah-sekolah. Selaras itu,

Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan kepada guru-guru sains setiap

seorang mendapat sebuah komputer mudahalih (laptop) dan sebuah LCD projector.

Selaras itu, Kementerian Pendidikan melalui pusat perkembangan kurikulum

(PBK) telah melancarkan beberapa program komputer dalam pendidikan. Antaranya

ialah:

a) 1986 Program pengenalan kepada komputer

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

2

b) 1989 Projek KPM-MIMOS yang bertujuan untuk mewujudkan

hubungan dua hala dalam hal merancang, menyelidik dan

membangunkan peralatan dan perisian dan kurikulum untuk

program dalam pendidikan.

c) 1992 Program literasi komputer.

d) 1993 Program literasi komputer diperluaskan dengan memasukkan

unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer (PBK).

e) 1997 KPM mengadakan “jaringan pendidikan” (Rangkaian

Komputer) yang membolehkan seluruh sekolah berinteraksi di

antara satu sama lain.

g) 1997 Pengajaran komputer dijadikan subjek elektif untuk pelajar

tingkatan 4 dan 5.

h) 1998 Penubuhan sekolah bestari.

Pelancaran konsep “Sekolah Bestari” pada tahun 1998 menitikberatkan

penggunaan teknologi maklumat untuk mencapai matlamat pembelajaran kurikulum

sekolah bestari dengan beberapa ciri-cirinya yang futuristik memerlukan multimedia

sebagai penyokong dalam mencapai matlamatnya. Kemunculan sekolah bestari di

Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan proses

pengajaran dan pembelajaran. Teknologi multimedia di sekolah dan di institusi

pendidikan tinggi digunakan sebagai medium persediaan generasi muda bagi

membentuk masyarakat berinformasi.

Sehubungan dengan itu, boleh dikatakan semua Institut Pengajian Tinggi

(IPT) sekarang ini telah mengambil inisiatif tersendiri menubuhkan unit E-Learning

pada 2002 contohnya seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS). Tujuan penubuhan unit ini ialah untuk memainkan peranan

yang penting dalam pembangunan pembelajaran menggunakan teknologi dengan

memperkenalkan pembelajaran secara online kepada semua ahli akademiknya. Di

samping itu, peranan unit E-Learning ialah untuk menyokong semua pembangunan

akademik serta mendedahkan kepada semua ahli akademik dan para pelajar

UNIMAS kelebihan yang diperolehi melalui pembelajaran tersebut. Dalam satu

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

3

kajian yang telah dijalankan oleh En. Saree@Sariee Minan (1998), salah seorang

graduan UNIMAS telah mendapati bahawa pembelajaran dalam talian akan

memudahkan pendidik di samping dapat menarik minat dan tumpuan pelajar kepada

matapelajaran yang diajar. Beliau yang telah membuat satu kajian yang bertajuk

‘Developing Web-Based Instructional Materials To Teach English Prepositions’

mendapati bahawa penggunaan Computer Assisted Language Learning (CALL)

dapat memberi sumbangan kepada guru-guru Bahasa Inggeris untuk memudahkan

pengajaran dan selain meningkatkan tahap kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris

pelajar. Pendekatan ‘Preposition Park’ telah digunakan oleh beliau dalam kajian ini

kerana mengetahui bahawa pelajar menyukai sesuatu yang dapat menarik perhatian

mereka. Kajian beliau menekankan bagaimana seseorang pelajar itu dapat

menguasai kemahiran menyebut dan penggunaan kata ganti ayat dengan betul

melalui CD-ROM yang disediakan. Oleh itu, pendidik harus bijak menggunakan

kreativitinya sendiri dalam mencipta satu kelainan dalam teknik pengajaran.

Manakala latihan berasaskan komputer atau Computer Based Training (CBT) pula

merupakan alternatif kepada latihan konvensional di mana modul-modul latihan

mengandungi unsur-unsur multimedia interaktif dalam bidang pendidikan adalah

amat menggalakkan. Teknologi multimedia interaktif membolehkan para pendidik

menyediakan bahan pembelajaran secara interaktif dan menarik sebagai alternatif

kepada kaedah tradisi. Seperti CBT, Pembelajaran Berbantukan Komputer

memudahkan kaedah pembelajaran. Pelajar boleh mengikuti kerja kursus mengikut

kesesuaian masa pelajar tersebut. Aplikasi E-Learning biasanya dilengkapi dengan

ciri-ciri bagi menguji tahap pengetahuan pelajar yang membolehkan pelajar

mengukur pencapaian pada sesuatu tahap. Dalam menggunakan teknologi

multimedia, elemen visual dan suara memainkan peranan yang penting dalam

bidang pendidikan. Ini dapat dibuktikan dengan terhasilnya banyak tajuk CD-ROM

multimedia tempatan dan antarabangsa yang menampilkan elemen multimedia

dalam pendidikan antaranya ialah Taa’lim, Iqra’ serta Sesame Street.

Jika kita meninjau sistem pendidikan di luar negara seperti Amerika

Syarikat, mereka telah menubuhkan satu universiti online sepenuhnya seperti

Universiti Capella yang terletak di Minneapolis, Amerika Syarikat. Di universiti ini

semua permohonan kemasukan pelajar dan sistem pembelajaran adalah dilakukan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

4

sepenuhnya melalui online. Seperti universiti lain, Universiti Capella juga

menyediakan kemudahan perpustakaan yang mempunyai rangkaian perhubungan

dengan Universiti Alabama serta Universiti Illinois. Sebagai contoh, sekiranya

penuntut hendak meminjam buku di Universiti Alabama tetapi buku berkenaan tidak

terdapat di sana, maka secara automatik pencarian tersebut akan disalurkan terus ke

Universiti Illinois.

Namun kaedah pembelajaran di negara kita juga sudah ada peningkatannya.

Pada masa kini perhubungan di antara pengajar dan pelajar telah diperluaskan.

Persidangan melalui video juga kerap diadakan memandangkan terdapat sesetengah

universiti menggunakan khidmat pensyarah dari luar negara. Sesi ini digunakan

sepenuhnya oleh pelajar untuk bertanya sebarang kemusykilan memandangkan

persidangan video ini dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Selain itu, internet juga merupakan satu cara belajar yang popular dalam IT.

Internet boleh dianggap satu perpustakaan besar yang membolehkan pengguna

mencapai apa sahaja bidang ilmu yang dikehendaki. Cara yang paling popular di

kalangan pelajar pada masa kini ialah penggunaan e-mel. Melalui penggunaan e-

mel, setiap pelajar akan mempunyai alamat mereka sendiri bagi memudahkan

pensyarah ataupun rakan pelajar yang lain bertukar-tukar nota pelajaran, sesi soal-

jawab masalah yang dihadapi mengenai matapelajaran dan sebagainya.

1.2 Latar belakang masalah

Penggunaan komputer di sekolah-sekolah di Malaysia masih lagi di tahap

minimum. Walaupun sejak awal tahun 1980, teknologi seperti komputer peribadi

(personal computer) telah digunakan di Malaysia. Komputer hanya sebagai alat

pandang dengar sahaja tetapi bukannya untuk diaplikasikan dalam setiap aktiviti

pendidikan. Ini menyebabkan ramai pelajar khususnya di luar bandar tidak celik

komputer. Ini adalah masalah yang serius yang perlu ditangani oleh semua pihak.

Contoh penggunaan komputer di sekolah ialah komputer diletakkan di bilik khas dan

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

5

hanya digunakan untuk mengajar literasi komputer dan kadang-kadang untuk tujuan

pemulihan dan pengkayaan. Oleh itu, komputer tidak digunakan sepenuhnya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, guru-guru di sekolah lebih

suka menggunakan kaedah pengajaran yang berbentuk tradisi iaitu berperanan

sebagai pembekal dan penyampai maklumat yang mutlak.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dinyatakan bahawa

pendidikan merupakan suatu usaha berterusan;

“…untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara”

(Education in Malaysia, 1993, p.vii, trans)

Salah satu matlamat yang penting dalam pendidikan di Malaysia ialah

pembangunan sumber manusia untuk menyediakan tenaga kerja yang

berketrampilan dan intelektual serta berkeupayaan untuk menghadapi cabaran masa

hadapan. Masa depan ialah zaman teknologi maklumat. Teknologi maklumat

merangkumi apa jua alat elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan,

menghubung, memproses, mencipta dan menyiapkan maklumat.

Dewasa ini, kita terdedah kepada kecanggihan teknologi yang kita tidak

mimpi pada generasi dahulu. Misalnya penghantaran data, suara dan video boleh

dilakukan serta-merta dan serentak ke merata dunia. Tidak dipertikaikan bahawa

teknologi maklumat merupakan revolusi ketiga selepas abjad (revolusi pertama) dan

percetakan (revolusi kedua). Ini akan mengubah secara radikal pemikiran dan

penyelesaian masalah di kalangan pelajar. Walaupun teknologi baru iaitu komputer

digital biasa digunakan dalam perniagaan dan terdapat di rumah segolongan besar

pelajar, ia hampir tidak wujud di bilik darjah.

Untuk mencapai matlamat FPK, satu anjakan paradigma diperlukan dalam

cara kita memikir tentang penggunaan teknologi di sekolah. Jika sekolah ingin

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

6

mendapat faedah sepenuhnya, teknologi perlu menjadi asas dalam

infrastruktur/prasarana, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), pentadbiran dan

bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi maklumat mesti digunakan

sepenuhnya dan diberi peranan penting dalam P&P serta tugas harian sekolah.

Kementerian Pendidikan telah merancang kurikulum yang bersifat futuristic

menjelang tahun 2000 dan mengadakan kempen “Penghayatan Pendidikan

Multimedia.” Kesemua strategi ini telah menyedarkan para pendidik tentang

kebaikan komputer sebagai alat untuk meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Rumusan daripada Seminar Pendidikan Dalam Bilik

Darjah 1995 telah menekankan bahawa guru perlu diperkenalkan kepada aplikasi

teknologi multimedia agar dapat mengubah pendekatan pedagogi. Maka dengan ini

dapat menimbulkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran serta

menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna dan menarik.

1.3 Penyataan masalah

Projek ini merupakan salah satu langkah yang diambil bagi memenuhi

kehendak pasaran pendidikan semasa. Ini adalah perisian pengajaran dan

pembelajaran (PBK) yang memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kimia SPM Tingkatan 5 melalui perisian yang akan disiapkan. Perisian ini diharap

dapat menambahkan pendekatan pengajaran yang sedia ada dan masih kekurangan,

ia mempunyai ciri-ciri teknolgi multimedia yang selaras dengan prinsip interaktiviti

bagi memudahkan pemahaman konsep asas Kimia SPM.

Berdasarkan masalah kekurangan perisian PBK dalam kurikulum

kebangsaan khasnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, maka pereka

bercadang untuk membina suatu perisian PBK yang bertajuk “Sebatian Karbon”.

Perisian ini berlandaskan sukatan mata pelajaran Kimia KBSM Tingkatan 5 dan

prinsip pembinaan antaramuka yang interaktif dan mesra pengguna.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

7

1.4 Rasional projek

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick &

Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua

golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi

pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi

yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil

bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan

pengajarannya dengan bantuan bahan atau media. Perkembangan teknologi telah

dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.

Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan

mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya

perkembangan teknologi kertas dan percetakan.

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan

terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan

ini dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang

guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang

kearah mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem penyampaian kearah yang

lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.

Oleh itu, penggunaan multimedia bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran

amat releven dan rasional lebih-lebih lagi dalam menghadapi globalisasi. Tajuk

Sebatian Karbon bagi mata pelajaran Kimia dipilih kerana ia merupakan suatu tajuk

yang abstrak dan lebih bersifat teori. Tajuk ini amat membosankan jika, hanya guru

menyampaikan isi pelajaran secara liner seperti dalam buku teks. Konsep yang

terdapat dalam tajuk ini memerlukan banyak penerangan. Oleh itu, perisian ini

menggantikan kebanyakkan penerangan tersebut dalam bentuk grafik, animasi dan

video.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

8

1.5 Objektif projek

Objektif projek terbahagi kepada 2 iaitu objektif rekabentuk dan objektif

perisian.

1.5.1 Objektif rekabentuk

a) Menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) dalam satu topik kecil iaitu “Sebatian Karbon”.

b) Membolehkan pembelajaran kendiri bagi topik “Sebatian Karbon”

yang berbentuk teori kognitivisme.

1.5.2 Objektif perisian

Dengan terhasilnya perisian pengajaran & pembelajaran ini diharapkan

pelajar dapat:

a) Memberi takrifan bagi hidrokarbon, siri homolog, alkana, alkena

dan formula struktur.

b) Menulis formula dan menamakan ahli-ahli dalam siri homolog

bagi alkana dan alkena.

c) Membuat perbandingan dan menyatakan dengan ringkas sifat fizik

dan sifat kimia bagi alkana dan alkena.

d) Melukiskan formula molekul dan formula struktur bagi alkana dan

alkena.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

9

1.6 Skop kajian

Topik “Sebatian Karbon” ini merupakan tajuk ke sepuluh dalam Kimia SPM.

Skop perisian ini merangkumi topik hidrokarbon, siri homolog, alkana, alkena,

perbandingan sifat antara alkana dan alkena serta formula struktur. Huraian Sukatan

Pelajaran Kimia KBSM, tahun 2003, digunakan sebagai rujukan utama. Justeru,

pembangun membangunkan perisian ini dengan menggunakan Macromedia

Authorware version 6.5 dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pengarang utama.

1.7 Kepentingan projek

Diharap perisian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar Tingkatan 5.

Perisian ini diharap dapat membantu pelajar memahami proses yang abstrak dalam

kimia dan mencapai objektif pembelajaran.

Guru-guru juga didedahkan dengan teknik pengajaran yang berkesan di mana

sistem pengajaran dan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar, mempelbagaikan

aktiviti pelajar dan melakukan penilaian sumatif yang meliputi semua isi kandungan.

Unsur-unsur humor dan pencegahan yang terdapat dalam perisian ini dapat

meningkatkan motivasi pelajar.

Perisian multimedia ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas

kepada pelajar tentang pembentukkan sebatian karbon. Konsep yang abstrak

digambarkan dengan menggunakan gambarajah, video dan animasi. Dengan perisian

ini, diharap pelajar dapat mengukuhkan lagi kefahaman tentang pelajaran tersebut

dan guru mempunyai banyak masa untuk membimbing pelajar.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

10

1.8 Definisi dan istilah

Definisi multimedia dalam pendidikan pula adalah integrasi elemen-elemen

audio, grafik, animasi, video dan teks dengan menggunakan komputer sebagai alat

kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran dijalankan secara

signifikan dan menghidupkan suasana maklumat.

1.8.1 Animasi

Animasi menggunakan gabungan beberapa grafik yang bergerak sebagai

media penyampai maklumat. Animasi yang sudah didigitalkan mempunyai format

fail .avi dan .flc. Animasi boleh dibina sama ada menggunakan keupayaan bahasa

pengaturcaraan untuk membina animasi ringkas atau dengan menggunakan perisian

membina animasi. Perisian yang biasa digunakan ialah Macromedia Flash, Adobe

After Effect dan Soft Image bagi animasi 3-dimensi.

1.8.2 Audio

Kebiasaannya, audio digunakan untuk memainkan suara, muzik atau kesan

latar kepada perisian multimedia. Audio juga perlu didigitalkan terlebih dahulu

kepada klip audio digital dengan format fail .wave, .aiff, .swa dan sebagainya.

Perisian yang digunakan ialah Sound Forge, Winamp, MP3 Ecorder dan Sound

Recorder. Manakala perisian Sound Edit digunakan bagi komputer Macintosh.

1.8.3 Grafik

Grafik mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat dengan

ringkas dan padat dalam bentuk gambar, foto, jadual, carta dan sebagainya. Format

failnya ialah .bmp, .jpg, .gif dan .wmf. Grafik boleh diperolehi dengan melukis

sendiri, mendapatkan grafik yang tersedia dengan menggunakan pengimbas,

mengambil gambar foto dengan menggunakan kamera digital dan mendigitalkan

gambar daripada kaset video. Ia boleh dibahagikan kepada grafik 2-dimensi dan

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

11

grafik 3-dimensi. Perisian yang biasa digunakan ialah Adobe Photoshop, ACD See,

Paintshop-Deluxe dan Adobe Illustrator.

1.8.4 Teks

Teks merupakan tulang belakang bagi penyampaian maklumat dalam

sesebuah sistem multimedia. Format fail yang digunakan ialah .txt dan .doc.

Daripada kajian yang dijalankan, didapati sukar untuk membaca teks terus daripada

skrin berbanding pada kertas. Justeru itu, hiperteks digunakan supaya skrin tidak

terlalu padat dengan teks. Penggunaan hiperteks memberi peluang kepada pelajar

untuk mengklik hotwords sekiranya memerlukan maklumat tambahan sahaja.

Antara muka pengguna terbahagi kepada dua komponen utama. Pertama,

persembahan teks yang digunakan untuk perlaksanaan komputer kepada manusia.

Kedua pula, fungsi teks dalam menggambarkan sifat manusia kepada komputer.

Kedua-dua konsep ini merangkumi bentuk dan isi kandungan bagi jangka masa

tertentu antara muka pengguna.

1.8.5 Video

Video yang diperolehi daripada kaset video perlu didigitalkan dan ditukarkan

kepada format klip video digital untuk diintegrasikan ke dalam perisian multimedia.

Format failnya ialah .avi dan .mov. Keistimewaan klip video adalah boleh

menunjukkan keadaan sebenar sesuatu situasi. Klip video digital berkebolehan untuk

dimainkan semula secara automatic. Perisian yang digunakan adalah Adobe Premier

dan Macromedia Director.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ... Mr. Gobi, Mr. Jayaganesh, Miss Kalai selvi & Miss Punitha For the unconditional love and support

12

1.8.6 Konsep Hipermedia

Hipermedia merujuk kepada penggunaan konsep hiperteks iaitu capaian

media yang tidak linear. Sesebuah sistem hiperteks berfungsi untuk

mempersembahkan teks dalam bentuk kumpulan-kumpulan yang kecil dan teks ini

mempunyai hotwords. Hotwords biasanya dipaparkan secara bergaris dan berlainan

warna daripada teks yang lain. Hotwords adalah perkataan-perkataan yang aktif di

dalam teks. Apabila ia diklik akan memaparkan satu tetingkap pop-up yang akan

memberikan maklumat tambahan mengenai perkataan yang diklik tadi. Contoh

penulisan hotwords ialah teks, grafik, video, animasi dan bunyi.

1.8.7 Proses gubahan sistem multimedia

Semua elemen multimedia iaitu teks, grafik, video, animasi dan bunyi akan

diintegrasikan ke dalam satu pakej multimedia dengan menggunakan perisian bahasa

gubahan. Antara perisian yang boleh digunakan ialah Macromedia Authorware,

Powerpoint, Toolbook, Hypercard dan Macromedia Flash.