universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik...

21
i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: PEMBANGUNAN RUANGAN STATISTIK DAN SEJARAH DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ‘DUNIA MATEMATIK’ SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SYED ZUL HELMI BIN SYED AMRAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 41-B LORONG HAJI JAAFAR, PESERAI BARU, 83000 BATU PAHAT, PM DR ZALEHA BINTI ISMAIL JOHOR. NAMA PENYELIA Tarikh: 06 MEI 2009 Tarikh: 06 MEI 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: vuongdung

Post on 12-Aug-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN RUANGAN STATISTIK DAN SEJARAH DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ‘DUNIA MATEMATIK’

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SYED ZUL HELMI BIN SYED AMRAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 41-B LORONG HAJI JAAFAR, PESERAI BARU, 83000 BATU PAHAT, PM DR ZALEHA BINTI ISMAIL JOHOR. NAMA PENYELIA

Tarikh: 06 MEI 2009 Tarikh: 06 MEI 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

ii

PEMBANGUNAN RUANGAN STATISTIK DAN SEJARAH DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’

SYED ZUL HELMI BIN SYED AMRAN

Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

iii

PENGAKUAN

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..................................................................

Nama Pelajar : SYED ZUL HELMI BIN SYED AMRAN

Tarikh : 04 MEI 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat…………

Abah ( Ab Rahman bin Mohd) dan ibuku ( Masidah binti Paimin) serta keluargaku

yang tercinta ( Angah, Uda, Pika, Nanet dan Siti ) serta Siti Nur Aini.

Doa dan harapan menjadi pemangkin dan iktizam. Kegigihan dan kesabaran menjadi

tonggak kejayaan. Tanpa kalian pincang segala kehidupan dan harapan. Tidak dilupai

teman-teman seperjuangan yang bersama-sama berjuang membanting tulang.

Terima kasih semua........

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

v

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi kekuatan

untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda I ( PSM ) ini dengan jayanya. Ucapan

setinggi-tinggi terima kasih kepada pembimbing saya, Prof Madya Dr. Zaleha binti

Ismail di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan galakan yang diberikan kepada saya ketika

menjalankan projek dibawah tunjuk ajar beliau.

Jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada ibu bapa serta teman-teman dan

mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama yang

diberikan dalam penghasilah projek ini. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

Saya akhiri penghargaan saya secara ikhlas dengan jutaan terima kasih.

Wassalam

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

vi

ABSTRAK

’Dunia Matematik’ merupakan sistem e-pembelajaran yang dilihat berpotensi

sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek ini menekankan

pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus matapelajaran matematik

di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik, perisian sistem

kandungan dipilih sebagai medium penyampaian kerana perisian ini mudah digunakan

dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih sebagai model rekabentuk kerana ia

bertepatan dengan ciri-ciri majalah web yang menekankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Rekabentuk ’Dunia Matematik’ menyokong prinsip sosial

konstruktivisme yang menekankan pengetahuan terbina semasa aktiviti sosial seperti

perbincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan.

Sehingga kini, sebanyak tujuh keluaran ‘Dunia Matematik’ telah dihasilkan. ‘Dunia

Matematik’ dikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang

memberikan pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus,

Isu Semasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Anda

manakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari Matematik,

Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Namun penulisan

ini hanya tertumpu kepada dua ruangan Dunia Matematik iaitu “Sejarah” dan “Statistik”.

Sejarah matematik adalah merupakan bidang yang patut diambil perhatian oleh pelajar

kerana pembangun cuba membawa pelajar meneroka sendiri tentang sejarah

perkembangan matematik dunia. Manakala bagi ruangan statistik pula akan membawa

pembaca mengenali rahsia aplikasi statistik dalam kehidupan. Selain kepelbagaian

artikel, “Dunia Matematik” turut menyediakan ruang komen dan chat sebagai ruang

interaksi sesama pembaca. Diharapkan “Dunia Matematik” dapat dijadikan bahan

pembacaan untuk meningkatkan kefahaman serta sikap positif dalam kalangan pembaca.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

vii

ABSTRACT

The mathematics web magazine is an e-learning system that has potential as an

effective alternative in learning. The web magazine project emphasizes on open

learning that goes beyond the mathematics course syllabus in schools. In creating this

dynamic web magazine, a content management system was chosen as its medium of

presentation because it is easy to be used and free. The ADDIE model is chosen as its

design model because it is suitable with the features of the web magazine that lay

emphasize on teaching and learning. This system is appropriate because its design

supports the principles of social constructivism which is that knowledge is constructed

during social activities such as discussions, exchange of opinions between group

members as well as interaction with friends. Till today, seven f “Dunia Matematik”

have been published, one for each month and it contains sections that expose readers to

the many branches of mathematics including Fokus, Isu Semasa, Kesenian, Sejarah,

Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Anda while the activities that we can do in

Pelajari Matematik, Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan

Kuiz. Nevertheless, this work is focused on two main sections of Dunia Matematik,

which are ‘Sejarah’ and ‘Statistik’. The history of mathematics can be impressed to

students. The author tries to encourage students to explore for themselves the history of

development of mathematics in the world. The ‘Statistik’ section has brought the many

secrets of the application of statistics in life. Dunia Matematik also provides a section

for comments or chat as an interaction section between readers. It is hoped that ‘Dunia

Matematik’ will be a major source to enhance the understanding of mathematics and

positive attitude to readers.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 9

1.5.1 Pelajar 9

1.5.2 Sekolah 10

1.5.3 Guru 10

1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 10

1.6 Skop dan Batasan Projek 11

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

ix

1.7 Kerangka teori Projek 12

1.8 Definisi Terminologi Projek 13

1.8.1 Pelajar 13

1.8.2 Pengajaran 14

1.8.3 Pembelajaran 14

1.8.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

( ICT ) 14

1.8.5 E-Pembelajaran 14

1.8.6 Internet 15

1.8.7 Laman Web 15

1.8.8 Majalah Web Matematik 15

1.9 Penutup 16

2. SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Penerapan Unsur Sejarah dalam Matematik 18

2.2.1 Kepentingan Penerapan Elemen

Sejarah dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Matematik 18

2.3 Penerapan Unsur Statistik 20

2.4 E-Pembelajaran 21

2.4.1 Kebaikan E-Pembelajaran

menggunakan e-majalah 22

2.4.2 E-Majalah 26

2.4.3 E-Buku 26

2.4.3.1 Kebaikan e-Buku 27

2.5 Sosial Konstruktivisme 28

2.5.1 Sosial Konstruktivisme dalam

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

x

Pembelajaran Matematik 29

2.5.2 Sosial Konstruktivsme dalam

E-Pembelajaran 30

2.6 Perisian Sumber Terbuka 30

2.6.1 Perisian Sumber Terbuka di Malaysia 31

2.6.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 32

2.7 Ciri-Ciri Sistem Pengurusan Kandungan- Joomla! 32

2.8 Penutup 35

3. PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Kaedah Pelaksanaan 36

3.2.1 Analisis 37

3.2.2 Rekabentuk 40

3.2.3 Pembangunan 41

3.2.4 Pelaksanaan 47

3.2.5 Penilaian 47

3.3 Penutup 48

4. HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Penghasilan bahan-bahan Pembelajaran 50

4.2.1 Bahan Pembelajaran 50

4.2.2 Artikel Majalah 52

4.3 Carta Alir Pembangunan 53

4.4 Paparan hasil Pembangunan Majalah Web 54

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

xi

4.4.1 Paparan Muka Depan ’Menu Utama’ 54

4.4.2 Paparan Daftar Masuk ’Log Masuk’ 56

4.4.3 Paparan ‘Artikel’ 58

4.4.3.1 Elemen Multimedia 69

4.4.3.2 Artikel Beserta Hyperlink 73

4.4.4 Paparan Keluaran Lepas 74

4.4.5 Paparan Komen atau ’Chat’ 75

4.5 Penutup 76

5. PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan 78

5.2.1 Membangunkan artikel dan majalah

web matematik dinamik menggunakan

Sistem Pengurusan Kandungan

topik ’Sejarah’

5.2.2 Membangunkan artikel dan majalah

web matematik dinamik menggunakan

Sistem Pengurusan Kandungan

topik ’Statistik’

5.3 Majalah Web Dinamik Matematik 79

5.3.1 Keistimewaan Majalah Web Dinamik

Matematik

5.3.2 Kelebihan Majalah Web Dinamik

Matematik 80

5.3.3 Kekurangan Majalah Web Dinamik

Matematik 82

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

xii

5.4 Masalah yang dihadapi semasa Penghasilan Projek

5.4.1 Kepakaran yang Terhad 83

5.4.1.1 Kepakaran Dalam

Perisian Joomla!

5.4.1.2 Kepakaran Dalam

Bidang Penulisan

5.4.2 Kekurangan sumber 84

5.4.3 Capaian internet 84

5.4.4 Kekangan Masa 84

5.5 Cadangan Penyelesaian 85

5.6 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 13

2.1 Laman Utama Joomla 33

3.1 Aliran fasa MODEL ADDIE 37

3.2 Carta Alir Penghasilan Artikel 43

3.3 Skrin ’ Control Panel’ 44

3.4 Skrin ’Artike Managerl’ 44

3.5 Skrin ’Menu Article’ 45

3.6 Skrin ’Media Manager’ 45

3.7 Skrin ’file Syed’ dalam ’Media Manager’ 46

3.8 Skrin ’Import Picture’ 46

4.1 Skrin ’Control Panel’ 51

4.2 Skrin bahagian ’Control Panel’ 51

4.3 Carta Alir ‘Dunia Matematik’ 53

4.4 Skrin ‘Frontpage’ 54

4.5 Skrin ‘Frontpage’ 55

4.6 Skrin ‘Frontpage’ 55

4.7 Skrin ‘Log Masuk’ 57

4.8 Skrin Pendaftaran Akaun Baru 57

4.9 Skrin Artikel 62

( Sejarah : Keluaran Jun 2008 )

4.10 Skrin Artikel 62

( Statistik : Keluaran Jun 2008 )

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Apabila diperkatakan mengenai matematik, seringkali ia dianggap sukar bagi

kebanyakan pelajar diperingkat sekolah apabila mereka mempelajarinya. Banyak

faktor yang menyebabkan mereka mendapat keputusan yang kurang memuaskan

termasuklah tidak memahami konsep, kurangnya penggunaan pemikiran kritis dan

kreatif dalam matematik, pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang

mencukupi, kekurangan kemudahan pembelajaran yang terkini dan kaedah

pembelajaran yang membosankan. ( Khatim Hasan 2001) Di samping itu, masalah

pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata menyebabkan

kebanyakan tidak mampu meneroka bidang-bidang matematik dengan lebih

mendalam serta menghadapi ketandusan dalam mengaplikasikannya dalam

kehidupan seharian. Maka pelbagai kaedah telah dilakukan untuk mengatasi masalah

serta cabaran dalam menyediakan generasi yang bukan sahaja untuk menghadapi

peperiksaan semata-mata, malah dalam kehidupan seharian dan yang akan datang.

Menurut Faisal Mohammad dalam Normi Hadi (2008) berkata pengaruh

perkembangan dunia teknologi digital dalam pendidikan Malaysia telah banyak

merubah sistem pendidikan yang konvensional kepada pendidikan berasaskan

teknologi maklumat dan komunikasi. Pembangunan teknologi komputer dan

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

2

multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan

kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era penggunaan

komputer dalam bidang pendidikan matematik. Perkembangan ini boleh

memperbaiki kelemahan dan meningkatkan mutu dan kualiti sistem pembelajaran

dan pengajaran matematik di peringkat sekolah. Penggunaan elemen-elemen

interaktif ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran didapati mampu menarik

minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberikan tumpuan

yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Ini

kerana penggunaan komputer menjadi medium komunikasi yang efektif kerana

melaluinya teks audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu

dipaparkan di dalam skrin pada suatu masa yang sama (Stephen dan Stanley, 2001).

Keadaan ini dapat menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan semasa

pembelajaran dan pengajaran matematik di sekolah.

Kemahiran komputer sebagai alat pembelajaran perlu dikuasai oleh setiap

pelajar. Melalui teknologi maklumat juga, pelajar boleh belajar secara arah kendiri

dan dapat berhubung dengan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan lain-lain orang dewasa

atau profesional dalam sesuatu komuniti secara langsung juga akan mempengaruhi

persekitaran manusia ke atas pembelajaran kendiri secara maksimum (Mohammed

Sani dalam Fazdli Nor, 2008). Selain itu, menurut Abd Rahim (2005), pembelajaran

interaktif dan kolaboratif mencorakkan pendekatan belajar di sekolah bagi

membolehkan proses interaksi kepada semua murid yang pelbagai keupayaan

berlaku dengan dinamis.

Perkembangan penggunaan internet dalam pendidikan menyediakan peluang

ke arah pembangunan pembelajaran secara elektronik. E-pembelajaran atau

pembelajaran elektronik ditafsirkan sebagi sebarang pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk

menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan (Mohd Koharudin,

2004). Berkonsepkan teknologi elektronik digital dan rangkaian komputer, e-

pembelajaran merupakan satu strategi pembelajaran yang inovatif (innovative

learning strategies) yang melibatkan pendekatan pembelajaran seperti kolaboratif,

pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber (resource based

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

3

learning) dan pembelajaran tindakan (action based learning) ( Faisal Mohammad

2002) Pengajaran dan pembelajaran matematik boleh disampaikan secara

synchronously iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun asynchronously

iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Menurut Timothy et al dalam

Fazdli Nor (2008), bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui

media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga menyediakan

kemudahan untuk ‘discussion group’ serta membolehkan bimbingan dijalankan

dalam talian ‘on-line’ . Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran matematik

berasaskan e-pembelajaran ini merupakan cabaran yang perlu diterima oleh semua

pihak terutamanya pelajar dan guru bagi melahirkan individu celik teknologi dalam

menghadapi cabaran masa depan. Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) memberikan impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah

pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan

mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks

elektronik (Nor Azan, 2000).

Menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan

interaksi elektronik yang berkesan serta memperoleh sumber kepelbagaian

maklumat, maka majalah web matematik merupakan satu bentuk item maklumat

yang diperluas lagi bagi memastikan perkembangan pendidikan matematik. Pelbagai

maklumat yang berguna dapat diperoleh di samping variasi aktiviti yang dapat

melatih pemikiran pelajar agar lebih bijak berfikir secara kreatif dan kritis serta

memantapkan kemahiran generik dalam diri pelajar. Pelajar perlu meneroka sendiri

untuk memperoleh pelbagai bentuk maklumat yang diperlukan. Menurut Idrus R

dalam Normi Hadi (2008), pembelajaran berasaskan web bukan sahaja mewujudkan

suasana yang berinformasi tapi ia juga mampu memberi peluang kepada pelajar

untuk meneroka sendiri semua maklumat yang dicari. Pembelajaran menggunakan

web ini juga memberi kebebasan kepada pelajar bagaimana cara yang lebih sesuai

dan lebih berkesan digunakan oleh individu pelajar itu sendiri.

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik sering kali dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar

dikuasai oleh pelajar-pelajar sekolah. Kebanyakan pelajar tidak tertarik kepada

matematik kerana keadaan dengan mendapat keputusan yang sering tidak

memuaskan. Cara pembelajaran yang hanya berfokus kepada peperiksaan semata-

mata mengakibatkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari lebih mendalam dan

seterusnya membantutkan perkembangan kognitif pelajar dalam matematik. Menurut

Nawi Rahman dalam Aminah Ayob (2008) bahawa pelajar yang belajar secara

menghafal memang tidak akan berjaya dalam hidup kerana mereka hanya

menyimpan maklumat dalam masa yang singkat. Pembelajaran secara menghafal

dan latih tubi secara membuta tuli perlu diubah kepada bentuk pembelajaran yang

berunsur kreatif, merangsang pemikiran, memenuhi keperluan pelajar, mengambil

perbezaan kebolehan dan gaya pembelajaran setiap individu pelajar berdasarkan

kesamarataan pembelajaran (Khatim Hasan, 2003). Pengajaran secara tradisional

yang diamalkan oleh kebanyakan guru-guru matematik di Malaysia akan

menyebabkan pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran yang tinggi tidak mampu

digapai oleh pelajar. Menurut Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran

secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-

istilah saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupakan.

Sebenarnya matematik itu itu adalah indah dan menyeronokkan. Ia

merupakan satu alat yang berguna dalam kehidupan seharian manusia. Menurut

Nawi Rahman dalam Aminah Ayob (2008) bahawa mentaliti pelajar mengenai

matematik perlu diubah supaya mereka tidak menganggap ianya sebagai bebanan

tetapi sebagai satu kegunaan yang indah dan menyeronokkan dalam kehidupan

seharian. Oleh itu mereka perlu didedahkan dengan teknik yang lebih menarik dan

lebih efektif bagi menghadapi dunia teknologi yang kian pesat membangun.

Dalam meniti perkembangan pendidikan Malaysia, ia telah sedikit sebanyak

dipengaruhi kepesatan dari teknologi perkomputeran dunia. Pengintegrasian

penggunaan internet dalam pendidikan merupakan salah satu cetusan idea yang kritis

yang mampu meningkatkan elemen e-pembelajaran sejajar dengan kepesatan

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

5

teknologi ini. Persediaan yang teliti dan mencukupi perlu dilaksanakan oleh guru-

guru di sekolah bagi menghadapi cabaran dunia teknologi maklumat dan komunikasi

dewasa ini. Sektor pendidikan perlu mengambil peluang dan kesempatan di atas

perkembangan teknologi maklumat bagi menampung keperluan pendidikan negara

pada masa kini dan akan datang. Menurut Boukottaya A., Geoffoy F. dan

Vanoirbeek C. (2003):

“The advantage in using the World-Wide-Web (WWW) as a platform

for learning does not to be prooved. A large number of Web based learning

environments have emerged with the goal of replacing old-fashioned time, place and

content predefined learning with just in time, place independent, customized,

dynamic and up-to-date content learning process.

Justeru, menyedari permasalahan yang melanda di dalam bidang pendidikan

matematik serta kepentingan teknologi dalam pendidikan, pelbagai usaha telah

dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memperbaiki mutu dan kualiti pendidikan

matematik pada masa kini. Pengintegrasian teknologi terkini dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berkemampuan meningkatkan dan memperkembang

cara berfikir oleh pelajar berasaskan sumber maklumat yang melampaui batasan bilik

darjah (Khatim Hasan 2003). Antara langkah yang telah diambil adalah

membudayakan e-pembelajaran dalam pendidikan matematik. Menurut Jaya Koran

C. Kumar (2001), e-pembelajaran membolehkan aktiviti pembelajaran kendiri

dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dengan e-pembelajaran juga pelajar

berkebolehan membuat perancangan mereka sendiri dan mencari bahan dengan daya

usaha serta inisiatif sendiri dan seterusnya mampu mewujudkan pembelajaran secara

aktif (active learning) dan meningkatkan kemahiran generik di dalam diri mereka.

Salah satu untuk memupuk minat pelajar mengenai keindahan matematik ini

adalah dengan menerapkan nilai-nilai dan unsur sejarah di dalam pendidikan

matematik. Walaupun aplikasi matematik banyak digunakan di dalam bidang sains

dan teknologi, nilai-nilai sejarah juga tidak boleh diabaikan. Melalui penerapan ini,

ia mampu memberikan kesedaran kepada pelajar agar lebih mencintai matematik.

Pihak kerajaan menitik beratkan elemen kerana menyedari kepentingan dan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

6

kegunaan dalam pengaruh pendidikan matematik hari ini. Kebanyakan penerapan

nilai dan unsur sejarah hanya diselitkan sebagai set induksi sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran yang mengakibatkan pelajar kurang merasai keunikan mata

pelajaran matematik itu sendiri. Oleh itu, penerapan unsur dan nilai sejarah di dalam

merupakan satu topik yang harus diberikan penekanan pengetahuan yang mendalam

mengenai matematik. Elemen-elemen sejarah dapat memperkaya pemikiran yang

kritikal (critical thinking), komunikasi (communication), maklumat(information) dan

kemahiran berfikir(thiking skills). Penerapan unsur-unsur sejarah merupakan satu

usaha menyuburkan minat pelajar terhadap matematik. Mereka akan memahami

mengapa dan bagaimana sesuatu konsep sebenar penggunaan simbol digunakan serta

istilah-istilah yang khusus dalam matematik berbanding dengan hanya menghafal

secara membuta tuli. Mempelajari sejarah juga mampu melatih kemahiran berfikir

dengan lebih kompleks. Menurut Shu Ching Yang, (2003); Brophy, 1992:

“The study of history provides an ideal opportunity to develop and practice

the kind of complex thinking skills needed for a rapidly changing world. History

learning shares the spirit of critical thinking…”

Selain penerapan nilai-nilai sejarah, pengaplikasian statistik juga amat

penting dalam kehidupan seharian untuk diketahui oleh pelajar. Penggunaan statistik

amat luas dan tidak terhad di dalam kehidupan seharian kita. Statistik adalah salah

satu alat yang mampu memperkenalkan apa itu matematik. Dalam mencapai

kestabilan dan keseimbangan bagi sesuatu urusan harian ataupun di dalam pekerjaan

yang profesional, statistik adalah antara perkara utama yang digunakan oleh

masyarakat untuk mengetahui perkara lepas dan menjangkakan sesuatu perkara yang

bakal berlaku. Oleh itu, penerapan maklumat dan aplikasi statistik dalam matematik

merupakan salah satu fokus yang harus diberikan perhatian. Ia juga sebenarnya

memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada pelajar untuk mengetahui

aplikasi statistik dalam kehidupan seharian.

Menyedari kepentingan penerapan elemen sejarah dalam pendidikan

matematik serta aplikasi statistik, pelbagai bahan-bahan bacaan diterbitkan di

pasaran. Namun sering kali kedengaran rungutan sesetengah pelajar yang tidak

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

7

menyukai sejarah dalam pendidikan matematik serta kurangnya pendedahan statistik

dalam matematik. Ini kerana bahan-bahan rujukan dan aktiviti tidak dapat menarik

minat pelajar. Pembelajaran tradisional yang berpusat kepada guru yang bertindak

sebagai penyampai maklumat sahaja tanpa melibatkan pelajar secara aktif (active

learning) ternyata menyumbang kepada faktor tidak minat mengenai sejarah dan

statistik. Selain itu, bahan-bahan bacaan dan rujukan di pasaran yang tidak

dilengkapi dengan elemen multi media yang interaktif juga salah satu faktor pelajar

kurang berminat. Menurut Chan Yuen Fook dalam Normi Hadi (2008), pengajaran

dan pembelajaran secara bersua muka atau membaca bahan terbitan tradisional

dalam bentuk buku atau makalah sahaja tidak mencukupi demi kejayaan seseorang

pelajar pada masa hadapan. Jadi, salah satu jalan penyelesaian, majalah Dunia

Matematik diperkenalkan sebagai satu medium yang interaktif untuk membawa

pelajar meneroka dan ‘mengembara’ dengan lebih jauh dalam bidang matematik dan

memberi pengalaman yang bermakna dan seterusnya menarik minat pelajar untuk

mengetahui sejarah dan mempelajari statistik dalam matematik. Elemen-elemen

multi media yang terkandung di dalam majalah web ini mampu menarik minat

menghargai matematik. Multi media pada dasarnya merangkumi inti pati teks dan

animasi di mana pengguna boleh berinteraksi dengannya. (Aziz Kulop, 2000)

Alternatif bagi menarik minat pelajar serta memperkaya bahan-bahan sejarah

dalam matematik, ialah dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif

dan menyeronokkan. E-pembelajaran merupakan salah satu jalan penyelesaian yang

terbaik bagi menangani masalah ini. Aplikasi majalah web matematik ini mempunyai

unsur-unsur multimedia yang interaktif dapat menarik minat pelajar untuk terus

mengetahui sejarah serta kepentingan statistik dalam kehidupan. Melalui Dunia

Matematik yang bercirikan pembelajaran secara konstruktivisme sosial, pelajar

mampu meneroka sendiri pengetahuan yang mereka ingini. Forum dan perbincangan

yang diwujudkan akan memberikan peluang kepada pelajar lebih mudah memahami

konsep dengan berkongsi idea serta pendapat dari pengakses yang lain. Interaksi

melalui ruangan perbincangan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya

soalan, memikirkan soalan tersebut, memberikan pendapat dan membuat kesimpulan.

(Shu Ching Yang 2003)

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah mencetuskan inovasi dalam era

8

1.3 Penyataan Masalah

Matematik masih lagi dianggap mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh

kebanyakan pelajar. Terdapat pelbagai perubahan dan usaha yang dilakukan dalam

sistem pendidikan matematik negara untuk meningkatkan mutu dan kualiti dalam

pendidikan matematik namun ia masih lagi berada di tahap sederhana. Pelajar sering

mengganggap pembelajaran matematik itu sangat membosankan kerana anggapan

mereka matematik itu hanyalah lebih berfokus kepada pengiraan, penggunaan

rumus-rumus kompleks dan sebagainya (Zawawi, 2003). Kesedaran bahawa bidang

matematik hanya melibatkan pengiraan sahaja perlu diperbetul agar matematik tidak

dilihat dari pandangan yang sempit. Ini kerana matematik itu adalah luas dan ia turut

mencakupi keindahan sejarah dalam matematik dan aplikasi statistik dalam

kehidupan serta pelbagai disiplin yang perlu dipatuhi. Maka selari dengan dengan

perkembangan teknologi yang mengikuti arus permodenan, pembelajaran

berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk menangani

masalah tersebut. Pelaksanaan dalam e-pembelajaran dalam dunia pendidikan

digunakan dalam memperbaiki kecacatan dalam sistem pendidikan matematik

negara. Oleh itu, “Dunia Matematik’ merupakan projek majalah web matematik yang

dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta

dapat mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi pembangunan majalah web ini adalah untuk:-

i) Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan

Kandungan topik ’Sejarah dalam matematik’.

ii) Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan

Kandungan topik ’Statistik’.