universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · akhlak pula mengandungi perkara-perkara yang berkaitan...

32
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL :PERATURAN LARANGAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN DALAM KITAB RIYAD AS-SALIHIN MENURUT IMAM AL-NAWAWI : SATU KAJIAN TEKS SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD SYAFIQ BIN AHMAD WAMI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _____________________ _____________________ (TANDATANGAN PENGKAJI) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia BATU 4 ¼, DR.KAMARUL AZMI JASMI KAMPUNG KATONG, 42700 BANTING SELANGOR Tarikh: 14 MEI 2011 Tarikh: 14 MEI 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: phamkhue

Post on 05-Jun-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL :PERATURAN LARANGAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN DALAM

KITAB RIYAD AS-SALIHIN MENURUT IMAM AL-NAWAWI :

SATU KAJIAN TEKS

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya MOHD SYAFIQ BIN AHMAD WAMI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknolog i Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Univers it i Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian t inggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelid ikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_____________________ _____________________

(TANDATANGAN PENGKAJI) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Nama Penyelia

BATU 4 ¼, DR.KAMARUL AZMI JASMI

KAMPUNG KATONG,

42700 BANTING SELANGOR

Tarikh: 14 MEI 2011 Tarikh: 14 MEI 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis

ini perlu d ikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Pro jek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan : ……..………….........…...……….

Nama : DR. KAMARUL AZMI BIN JASMI

Tarikh : MEI 2011

PERATURAN LARANGAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN DALAM KITAB

RIYAD AS-SALIHIN MENURUT IMAM AL-NAWAWI : SATU KAJIAN TEKS

MOHD SYAFIQ BIN AHMAD WAMI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

ii

“Saya akui bahawa karya in adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : MOHD SYAFIQ BIN AHMAD WAMI

Tarikh : MEI 2011

iii

Untuk ayah dan ibu

Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih ayah dan ibu

Semoga Allah s.w.t menempatkan mu di taman syurga-Nya

Buat Pensyarah

Dr. Kamarul Azmi bin Jasmi

Tidak lupa kepada semua penyarah di UTM

Terutama pensyarah FTI

Terima kasih atas kesabaran,

Tujuk ajar tidak ternilai ilmunya

Doa ku agar segala ilmu itu akan ku perolehi keberkatan

Didunia mahupun diakhirat.

Insyaallah.

Dan

Rakan-Rakan Seperjuangan.

Semoga kejayaan ini menjadi bukti

Pertemuan dan perkenalan

Untuk mencapai kejayaan hingga kemenara gading.

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah Rahmat

dan IzinNya dapat pengkaji menyiapkan kajian yang serba kekurangan ini. Pengkaji

ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr.

Kamarul Azmi Jasmi, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala

bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian

ini. Segala ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga

Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya, Insya Allah.

Tidak lupa juga kepada ayahanda dan bondaku serta adinda-adinda ku.

Kejayaan yang diperolehi adalah untuk kita bersama. Semoga kejayaan ini menjadi

kebanggaan kepada ayahanda dan bonda malah menjadi inspirasi kepada adinda-

adindaku sekalian.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea- idea bernas ketika

proses menyiapkan kajian ini. Semoga Allah memberkati kalian semua dalam medan

dakwah yang sebenar.

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian teks yang memfokuskan kepada kurikulum

perintah larangan mengikut paradigma al-Nawawi dalam kitab beliau Riyad al-

Salihin. Teks hadis dijadikan verbatim yang kemudiannya dianalisis menggunakan

N’Vivo 8.0. Hasil dapatan menunjukkan terdapat tiga aspek kurikulum perintah

larangan dalam beragama, iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Perintah larangan dalam

akidah terdiri daripada larangan membuat gambar yang bernyawa, haram meratapi

orang mati, berjumpa dengan tukang tilik atau ahli nujum dan sebagainya. Dari aspek

akhlak pula mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan larangan berludah

di dalam masjid, bertengkar dan meninggikan suara, memaksa bercakap perkara

yang tidak berfaedah, merasakan sesuatu yang buruk dan lain- lain. Merujuk kepada

aspek ibadat pula, perintah larangan yang dinyatakan adalah terdiri daripada larangan

qurban pada 10 zulhijjah, makan makanan yang berbau memelihara anjing,

merangkul lutut dan sebagainya. Kajian juga menjelaskan metode yang digunakan

iaitu suruhan dan larangan yang terkandung di dalam kitab Riyad as-Salihin. Kajian

ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti pengajaran yang terkandung didalam

hadis yang telah ditulis oleh Imam Nawawi agar ianya dapat dijadikan rujukan dan

panduan kepada golongan guru-guru dan ibu bapa dalam mendidik generasi pada

masa akan datang.

vi

ABSTRACT

This study is a study of the text focuses on the curriculum of a

prohibition order in accordance with the paradigm of al-Nawawi in his book Riyad

as-Salihin. As verbatim text of the hadith this is then analyzed using N’Vivo 8.0. the

result showed that there are three aspects of the curriculum in religious prohibition

order, the faith, worship and morality. Prohibition order in the faith of the prohibition

to make images of animate, lament the dead, illegal, met with the fortune-teller or

astrologer, and so forth. From the aspect of moral values include matters relating to

prohibition of spit in the mosque, arguing and raised his voice, forcing the

worthwhile thing that cannot speak, felt something bad and others. Referring to the

aspect of worship, the prohibition order is set is composed of the ban on sacrifice 10

zulhijjah, the smell of food, keep dogs, embracing the knees and so on. The study

also describes the method used by the commandments and prohibit ion contained in

the book Riyad as-Salihin. This study was also conducted to identify the lesson

contained in the Hadith by Imam al-Nawawi has been written so that it can be used

as reference and guidance to the teachers and parents in educating the future

generation.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Definasi Istilah 11

1.8.1 Peraturan 11

1.8.2 Larangan 12

1.8.3 Kitab Riyad as-Salihin 13

1.8.4 Kajian Teks 14

1.8.5 Imam Nawawi 14

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Kitab Riyad as-Salihin 17

2.3 Biografi Tokoh Hadis Imam al-Nawawi 19

2.3.1 Sejarah Kehidupan Imam al-Nawawi 19

2.3.2 Keperibadian Imam al-Nawawi 20

2.3.3 Pendidikan Imam Nawawi 21

2.3.4 Hasil Karya Imam al-Nawawi 21

ix

2.4 Aspek Larangan Dalam Islam 22

2.5 Kajian Lepas 27

2.6 Kesimpulan 28

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Metode Pengumpulan Data 31

3.3.1 Data Primer 31

3.3.2 Data Sekunder 31

3.4 Tempat Kajian 33

3.5 Penganalisisan Data 33

3.5.1 Metode Induktif 35

3.5.2 MetodeDeduktif 35

3.5.3 Metode Komparatif 36

3.6 Prosedur Kajian

36

3.7 Kesimpulan 37

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 38

4.2 Kitab Larangan Dalam Kitab Riyad As-Salihin 38

4.3 Kurikulum 39

4.3.1 Kurikulum Haram 41

x

4.3.1.1 Aspek Akhlak 41

4.3.1.2 Aspek Akidah 45

4.3.1.3 Aspek Ibadah 53

4.3.2 Kurikulum Makruh 55

4.3.2.1 Aspek Akhlak 55

4.3.2.2 Aspek Akidah 62

4.3.2.3 Aspek Ibadah 70

4.4 Metodologi Dalam Kitab Riyad As-Salihin

Menurut Imam Al-Nawawi 74

4.4.1 Metodologi Larangan 74

4.4.2 Metodologi Suruhan 75

4.5 Bahan Bantu Mengajar Dalam Kitab Riyad

As-Salihin Menurut Imam Al-Nawawi 77

4.5.1 Haiwan 78

4.5.2 Benda (Bahan Maujud) 79

4.5.3 Tumbuhan 81

4.6 Kesimpulan 82

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 83

5.2 Perbincangan Kajian 83

5.2.1 Kaedah Pendidikan Menurut Kitab Riyad

As-Salihin Oleh Imam Al-Nawawi 84

5.2.1.1 Pembentukan Asas Kurikulum

Melalui Aspek Larangan

Dalam Agama 84

5.2.1.2 Penggunaan Metodologi P&P Oleh

xi

Imam Al-Nawawi 87

5.2.1.3 Aplikasi Bahan Bantu Mengajar

(BBM) Oleh Imam Al-Nawawi 89

5.2.2 Kepelbagaian Aspek Akidah, Akhlak, Dan

Ibadah Menurut Kitab Riyad As-Salihin 90

5.3 Rumusan Kajian 92

5.4 Implikasi Terhadap kajian 93

5.5 Cadangan

5.5.1 Pengkelasan Hadis dalam Aspek Kehidupan 96

5.5.2 Kitab Riyad As-Salihin Sebagai Sumber Rujukan 96

5.5.3 Kitab Bacaan Harian 97

5.5.4 Penggunaan Metodologi Larangan Dan

Suruhan Dalam Kitab Riyad As-Salihin 98

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 99

5.7 Penutup 100

BIBLIOGRAFI 101

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

xii

SENARAI SINGKATAN

BBM Bahan Bantu Mengajar

Bil. Bilangan

Dll. Dan lain- lain

Dr. Doktor

Hj. Haji

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

Prof Professor

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

R.a Radhiallahu Anhu

SAW Sallallahu ‘alaihi wasallam

SWT Subhanahu wata‘ala

UTM Universiti Teknologi Malaysia

xiii

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Pembahagian Larangan dalam Kitab Riyad As-Salihin 38

4.2 Kurikulum Larangan 38

4.3 Pembahagian Haram 39

4.4 Pembahagian Makruh 39

4.5 Pengharaman Dalam Aspek Akhlak 40

4.6 Pengharaman Dalam Aspek Akidah 44

4.7 Pengharaman Dalam Aspek Ibadah 52

4.8 Makruh Dalam Aspek Akhlak 55

4.9 Makruh Dalam Aspek Akidah 61

4.10 Makruh Dalam Aspek Ibadah 69

4.11 Metodologi Kitab Riyad As-Salihin 73

4.12 Bahan Bantu Mengajar 77

5.1 Model Pendidikan Larangan Dalam Agama 84

5.2 Model Sahsiah Terpuji 93

5.3 Model Pembentukan Ummah 93

5.4 Model Perancangan Pendidikan 94

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Senarai Definisi Operasional, Tema dan Kod Tema

B Contoh Vabatim

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dewasa kini, masyarakat sering melakukan perkara-perkara yang dilarang

dalam kehidupan secara sengaja atau tidak sengaja sedangkan mereka telah pun

mengetahui dan mempelajarinya. Setiap kehidupan mempunyai peraturan dan

perintah yang perlu diikuti sebagai syariat dalam mendapatkan keredaan dan

keberkatan daripada Allah SWT. Untuk mencapai ke tahap tersebut, manusia perlu

mencari kebaikan dan menghindari kemaksiatan. Perkara ini telah dinyatakan dalam

firman Allah SWT :

Bermaksud: Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan

menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka

(yang demikian sifatnya), adalah dalam kalangan orang yang soleh.

(Surah Ali ‘Imran, 3:104)

2

Berdasarkan ayat tersebut, dapat dijelaskan bahawa Allah SWT telah

menjanjikan syurga dan neraka sebagai balasan bagi sesiapa yang melakukan amar

ma’ruf nahi munkar. Segala yang berlaku adalah ketetapan daripada-Nya dan

manusia diciptakan hanya kerana untuk beribadat kepada-Nya sahaja.

Kalimah Islam mempunyai dua makna iaitu yang pertama nas (teks) wahyu

yang menjelaskan din (agama) Allah dan yang kedua, Islam merujuk pada

pelaksanaan daripada sudut perbuatan manusia yang berlandaskan kepada keimanan

dan ketundukan manusia kepada nas (teks) wahyu yang berisi ajaran din (agama)

Allah. Berdasarkan makna yang pertama, Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad

SAW berbeza dengan yang dibawa oleh rasul-rasul yang lain. Agama yang dibawa

Nabi Musa a.s lebih universal dibandingkan dengan agama yang dibawa oleh Nabi

Nuh a.s. Oleh kerana itu, tidak hairan jika al-Qur’an pun ada menyebutkan mengenai

kitab Taurat. Firman Allah SWT :

Maksudnya: Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan

penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar syariat dan hukum-hukumnya). oleh itu, terimalah Dia (dan amalkanlah Wahai Musa)

dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri

orang yang fasik - derhaka" .

(Surah Al-A’raf, 7:145)

Islam yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih luas dan

universal daripada yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya. Ia merujuk kepada nabi-

nabi sebelumnya yang diutuskan hanya untuk kaumnya sendiri sahaja. Nabi

Muhammad SAW diutuskan untuk seluruh umat manusia. Oleh kerana itu, Islam

3

yang dibawanya lebih luas dan menyeluruh. Oleh kerana itu, al-Qur’an menjadi salah

satu rujukan dalam menjelaskan dan menunjukkan tentang segala sesuatu kepada

manusia. Firman Allah SWT :

Maksudnya: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka,

dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu);

dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

(Surah An-Nahl, 27:89)

Sedangkan yang belum dijelaskan secara menyeluruh dan terperinci dalam al-

Qur’an dan as-Sunnah, dapat diketahui dengan jalan pengambilan hukum oleh para

mujtahid umat Islam (istinbath). Kitab dan sunnah telah menjelaskan semua

persoalan yang berkait dengan akidah, ibadah, ekonomi, sosial kemasyarakatan,

perang dan damai, undang-undang dan kehakiman, ilmu, pendidikan dan

kebudayaan, serta hukum dan pemerintahan. Para ahli fiqh membuat klasifikasi

ajaran Islam ke dalam persoalan akidah, ibadah, akhlak, muamalah, dan uqubah.

Sejarah dalam kisah Rasulullah SAW merupakan bukti bahawa Rasulullah

merupakan ikutan dan tauladan yang terbaik untuk kehidupan umat mausia. Setiap

percakapan, perbuatan dan sifat baginda SAW telah dinyatakan di dalam hadis-hadis

yang bertaraf sahih yang mutawattir daripada Rasulullah SAW. Firman Allah SWT :

4

Bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang

sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-

banyaknya (dalam masa susah dan senang).

(Surah Al-Ahzab, 33:21)

Bersandarkan ayat di atas, jelas menunjukkan sifat keperibadian Rasulullah

yang baik sekaligus menjadi contoh yang perlu diikuti oleh seluruh umat Islam di

dunia ini. Oleh itu, sunnah Rasulullah SAW itu perlu diikuti dan dijadikan sebagai

sumber kedua selepas al-Quran al-Karim. Pelbagai pendekatan yang termaktub di

dalam hadis Rasulullah juga mempunyai ikutan atau suruhan serta larangannya.

Namun, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji merujuk kepada larangan-

larangan yang berlaku di dalam kehidupan tanpa disedari masyarakat dalam

pendekatan larangan beragama seperti mengumpat, tidak memakai kasut atau selipar

ketika keluar dari rumah atau ketika memasuki tandas, mempercayai sihir,

melakukan sumpah secara sewenang-wenangnya dan sebagainya.

Peraturan merupakan suatu yang telah ditetapkan sebagai panduan di dalam

kehidupan. Setiap perkara memerlukan peraturan dan undang-undang. Larangan pula

adalah suatu yang ditegah daripada melakukannya. Justeru dalam kajian ini, pengkaji

akan memfokuskan kajian yang berkaitan dengan peraturan larangan yang menjadi

perbincangan salah seorang sarjana Islam yang terkenal iaitu Imam al-Nawawi dalam

kitab beliau Kitab Riyad al-Salihin. Manakala dalam bab ini pengkaji akan

menerangkan beberapa topik berkaitan dengan latar belakang masalah, objektif dan

persoalan kajian, kepentingan dan skop kajian.

5

1.2 Latar belakang Masalah

Sebagai manusia biasa, mereka tidak terlepas daripada melakukan dosa dan

kesalahan. Oleh itu, orang yang melakukan dosa dan kesalahan hendaklah memohon

keampunan kepada Allah SWT dengan cara bertaubat kepada-Nya. Ia merangkumi

sama ada dosa itu dilakukan oleh dirinya sendiri atau dengan menyuruh orang lain

melakukannya. Firman Allah SWT :

Bermaksud : Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya

orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah)

maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

(Surah al-A’raf, 7:200-201)

Berdasarkan ayat di atas, dapat diketahui bahawa Allah SWT sentiasa

menggalakkan manusia bersifat amar ma’ruf nahi munkar. Namun, yang terjadi

sekarang adalah segalanya kehendak manusia itu sendiri. Mereka mampu untuk

menahan diri daripada melakukan perkara-perkara munkar tetapi tidak mampu untuk

menangkis hasutan yang kuat dari syaitan yang dilaknat.

Merujuk kepada isu masa kini, dapat dilihat bahawa salah satu perkara

larangan dalam agama yang membawa kepada kerosakan iman dan mencemarkan

nama islam itu sendiri adalah perkara sumpah. Hal ini berkaitan dengan perbuatan

sumpah yang dilakukan di mahkamah seperti yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim

yang dituduh melakukan kesalahan liwat. Kes ini merupakan kes yang menjadi isu

hangat sehinggakan berita tersebut tersebar luas di akhbar-akhbar tempatan seperti

6

Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro dan sebagainya. Menurut kes tersebut,

plaintif iaitu saiful telah melakukan perbuatan bersumpah dengan nama Allah untuk

membuktikan keterangan yang beliau berikan adalah benar namun defenden iaitu

Dato seri Anwar Ibrahim menafikan perbuatan tersebut sekeras-kerasnya. Oleh yang

demikian, perbuatan tersebut dilihat sebagai perkara yang sensitif dalam agama

kerana sumpah yang dilakukan boleh membawa kepada kebaikkan juga keburukan

yang melaknat pelaku sumpah tersebut.

Perbahasan ulama dan tokoh-tokoh Islam juga banyak memperihalkan

mengenai masalah dalam kehidupan terutama dari aspek akidah, ibadah dan ak hlak.

Banyak penulisan dan kitab-kitab yang dikarang oleh tokoh-tokoh ulama telah

menjadi sumber rujukan kepada masyarakat sebagai panduan kepada sesuatu perkara

yang berlaku. Ianya juga menjadi sumber rujukan kepada mahasiswa mahasiswi di

dalam menuntut segala ilmu yang melibatkan persoalan agama. Kitab-kitab yang

diterbitkan juga seperti Sahih Bukhari, Hadis 40, Syarah Arbain Nawawi dan

sebagainya merupakan kitab-kitab yang membahaskan tentang suruhan dan larangan

yang wujud di dalam agama Islam.

Diantara contoh suruhan yang dikarang adalah seperti melenyapkan

kemungkaran dan bid’ah, mengajarkan hakikat Islam, iman dan ihsan, mengajarkan

ibadah, menjaga kesucian hati dan sebagainya. Segalanya adalah di antara perkara

yang perlu diketahui oleh masyarakat seluruhnya agar mereka memahami apakah

tuntutan agama sebenarnya. Setiap perbahasan yang terkandung di dalam kitab-kitab

yang dikarang itu bertujuan membentuk akidah, ibadah dan akhlak. Namun, kajian

ini hanya melihat dari perspektif perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Ia

merujuk kepada salah satu kitab yang dikarang oleh Imam Nawawi yang berjudul

Riyad as-Salihin.

7

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini hanya menyentuh kepada satu aspek iaitu aspek larangan yang

terkandung di dalam teks Kitab Riyad as-Salihin. Secara keseluruhannya, kajian

memfokuskan kepada teks hadis yang merujuk kepada aspek akidah, ibadah dan

akhlak. Melihat kepada bab larangan yang di dalam kitab Riyad as-Salihin, pengkaji

mengkaji sejauh manakah perbincangan mengenai larangan tersebut diperbahaskan

di dalam kitab Riyad as-Solihin oleh Imam Nawawi.

Larangan yang wujud dalam kitab Riyad as-Salihin merupakan perkara yang

boleh membawa kepada rosaknya iman seseorang itu. Perkara ini adalah sangat

bahaya jika dibiarkan dan ianya boleh membawa kepada kerosakan dari sudut

akidah, ibadah dan akhlak. Salah satu perkara yang dilarang adalah penggunaan

istilah sumpah yang berlaku di dalam masyarakat sekarang. Hanya kerana mahu

memberikan keyakinan dalam sesuatu perkara maka mereka sanggup menggunakan

perkataan sumpah dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh, masyarakat sekarang suka bersumpah atas nama makhluk

seperti masyarakat hindu. Mereka lebih suka meyakinkan orang lain dengan

bersumpah atas nama ibu mereka sendiri. Bagi mereka, ia sudah memadai sedangkan

umat Islam dilarang untuk melakukan perkara sebegitu. Oleh itu, umat Islam dituntut

agar berhati-hati dalam membuat sumpah. Sumpah hanya milik Allah SWT dan atas

namanya sahaja sesuatu sumpah itu boleh dilakukan. Umat Islam hendaklah

berpegang teguh kepada Allah .SWT dalam semua perkara dan hanya bergantung dan

berharap kepada Allah .SWT semata-mata.

Jika dilihat dengan lebih mendalam, punca berlaku kerosakan iman sebegini

adalah berpunca dari masalah hati. Hati memainkan peranan penting membentuk

aspek-aspek akidah, ibadah dan akhlak dalam melahirkan peribadi yang baik dan

sekaligus mempunya masyarakat yang harmoni. Bertepatan dengan satu hadis,

Rasulullah SAW. bersabda, “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada sebuah

8

jasad. Jika ia baik, akan baiklah seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak

seluruh amalnya. Ketahuilah ia adalah hati.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisisatif untuk mengkaji dan

menganalisi Kitab Riyad al-Salihin hasil penulisan Imam al-Nawawi dan mengambil

segala pendidikan dan pengajaran yang terkandung di dalam hadis-hadis yang

terkumpul di dalamnya.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:-

1.4.1. Membincangkan kaedah pendidikan yang terdapat di dalam bahagian

larangan di dalam kitab Riyad as-Salihin.

1.4.2. Melihat aspek-aspek larangan dari segi aqidah yang terdapat dalam

teks kitab Riyad as-Salihin.

1.4.3. Melihat aspek-aspek larangan dari segi ibadat melalui paradigma

Imam Nawawi menurut teks kitab Riyad as-Salihin

1.4.4. Melihat aspek-aspek larangan dari segi akhlak melalui paradigma

Imam Nawawi menurut teks kitab Riyad as-Salihin

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dikemukakan di atas, kajian ini bertujuan

untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut:

9

1.5.1. Apakah kaedah pendidikan yang dibawa oleh Imam Nawawi yang

terdapat di dalam kitab Riyad as-Salihin?

1.5.2. Apakah aspek-aspek larangan dari segi akidah yang telah dibawa oleh

Imam al-Nawawi menurut kitab Riyad as-Salihin?

1.5.3. Apakah aspek-aspek larangan dari segi ibadat yang telah dibawa oleh

Imam al-Nawawi menurut kitab Riyad as-Salihin?

1.5.4. Apakah aspek-aspek larangan dari segi akhlak yang telah dibawa oleh

Imam al-Nawawi menurut kitab Riyad as-Salihin?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membentuk kurikulum dalam mempelajari dan

mengetahui larangan- larangan yang menjadi titik tolak kepada pembentukan

seseorang individu. Ia merupakan pembelajaran yang penting untuk mengetahui

larangan- larangan dalam beragama yang telah digariskan agar seseorang itu dapat

memelihara diri mereka daripada kerosakan di dalam aspek seperti akidah, ibadah

dan akhlak. Kajian ini dapat mendedahkan cara pembetukan sahsiah dan individu

yang telah rosak melalui paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi di

dalam kitab Riyad as-Salihin.

Kajian ini lebih merujuk kepada pengajaran yang terkandung di dalam hadis

yang telah ditulis oleh Imam al-Nawawi dalam aspek akidah, ibadat dan akhlak yang

menjadi rujukan kepada semua golongan. Oleh itu, ka jian ini bersesuaian di baca

oleh semua golongan terutamanya golongan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi

Awam atau Swasta (IPTA/S). Hasil kajian ini juga dapat memberi pengetahuan

kepada semua golongan masyarakat tentang perkara-perkara yang dilarang di mana

selama ini dilakukan tetapi tidak diketahui ianya adalah perkara yang membawa

kepada kerosakan akidah, ibadah dan akhlak seseorang. Dalam firman Allah SWT:

10

Bermaksud: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya

mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan

menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang

membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

(Surah al-A’raf, 7:33)

Dapatan kajian ini juga penting kepada golongan guru-guru kerana ianya

boleh dijadikan sumber rujukan dan sebagai salah satu kurikulum dalam pendidikan

yang berbentuk sahsiah dan akhlak terhadap pelajar masa kini. Oleh yang demikian,

perkembangan tahap pembentukan jati diri pelajar dapat dikembangkan dan

diterapkan agar mereka mencapai kehidupan yang baik dan sempurna dengan nilai-

nilai murni yang terpuji. Malahan, didikan seperti ini boleh membawa kepada

pembinaan masyarakat yang teguh dari sudut rohani dan jasmani mereka.

Seterusnya, kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada golongan ibu bapa

dalam mendidik anak-anak mereka ke arah kehidupan yang bahagia dan diredhai

Allah SWT. Perkembangan anak-anak perlu dipantau oleh ibu bapa dan mereka perlu

sentiasa diberikan perhatian terutama dalam didikan agama. Hal ini bagi memastikan

perkembangan anak-anak tersebut dapat dibina dengan cara yang baik dan sihat serta

mampu menjaga diri mereka daripada unsur-unsur negatif. Didikan agama yang

dipupuk dalam diri anak-anak juga mampu melahirkan insan yang kamil agar

menjadi seorang yang soleh dan solehah.

11

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini hanyalah mengkaji teks-teks hadis yang terkandung di dalam

kitab Riyad as-Salihin yang ditulis oleh Imam al-Nawawi. Teks-teks tersebut hanya

memfokuskan kepada peraturan larangan yang terkandung di dalam kitab tersebut.

Peraturan larangan yang di maksudkan adalah melihat dari aspek haram dan juga

makruh yang terkandung di dalam bab larang tersebut. Kajian ini juga menyentuh

kepada aspek pendidikan dari segi metodologi pengajaran hadis dan kurikulum yang

berbentuk akidah, ibadat dan akhlak.

Tempoh masa yang telah ditetapkan untuk membuat kajian adalah selama dua

semester iaitu bermula sepanjang tempoh berada di Tahun 4 (semester 7 dan semester

8). Kajian ini hanya dijalankan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia sahaja

terutama di Perputakaan Sultanah Zanariah. Hal ini kerana memudahkan pengkaji

dalam mencari bahan-bahan dan maklumat tambahan bagi melaksanakan kajian yang

dijalankan.

1.8 Definisi Istilah

Definisi istilah adalah penerangan mengenai istilah- istilah yang terangkum di

dalam tajuk kajian. Ia menerangkan secara menyeluruh maksud dan makna tajuk

kajian yang dilakukan. Berikut merupakan definisi istilah yang diguna pakai di

dalam kajian.

1.8.1 Peraturan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:72), peraturan adalah segala yang

telah ditentukan, ditetapkan atau garis panduan yang harus dituruti atau dipatuhi.

12

Menurut Kamus Za’ba (2000: 79), peraturan diertikan sebagai disiplin yang

ditetapkan, segala yang telah ditentukan dan harus dituruti atau dipatuhi.

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005:49) pula, peraturan merujuk

kepada undang-undang (2005:1082) yang membawa maksud perlembagaan, dasar,

hukum, kanun, ordinan, status, writ, diktum, akta, dekri atau enakmen. Di dalam

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:1519), undang-undang memberi erti sesuatu

peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi. Merujuk kepada Kamus

Za’ba (2000:1222), ia diertikan dengan peraturan atau kuasa yang ditentukan oleh

pihak pemerintah.

Oleh itu, kajian ini lebih merujuk kepada bab yang berkaitan dengan

peraturan yang terkandung merujuk kepada salah satu bab di dalam kitab Riyad as-

Salihin. Pengkaji hanya memfokuskan kepada peraturan larangan yang menjadi

perbincangan.

1.8.2 Larangan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:768), larangan adalah daripada

perkataan larang iaitu menahan, menegah dan tidak membenarkan dari melakukan

sesuatu. Larangan adalah sesuatu yang dilarang atau terlarang.

Menurut Kamus Za’ba (2000:688), larangan membawa erti sesuatu yang

ditegah atau perintah menegah sesuatu perkara.

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005:481) pula, istilah larang

membawa maksud tegah (2005:990) yang diertikan sebagai mengharamkan, tidak

membenarkan, mencegah, menahan, menghalang dan menyekat. Menurut Kamus

Dewan Edisi Ketiga (2000:1392) pula, tegah ialah sesuatu yang tidak dibenarkan

13

atau larangan. Menurut Kamus Za’ba (2000:1125), tegah membawa erti yang sama

iaitu perkara yang dilarang dan tidak boleh dilakukan.

Oleh itu, larangan adalah merujuk kepada teks hadis yang terkandung di

dalam Kitab Riyad as-Salihin yang menyatakan perkara yang bersifat haram dan

makruh apabila dilakukan. Malahan ianya merupakan tegahan kepada umat Islam

jika dilakukan.

1.8.3 Kitab Riyad al-Salihin

Kamus Za’ba (2000: 641) memberi makna kitab adalah buku yang

mengandungi ajaran atau hukum keagamaan di dalamnya. Menurut Kamus Dewan

Edisi Ketiga (2000:686), kitab diertikan sebagai buku suci yang mengandungi

perkara-perkara keagamaan seperti hukum, ajaran dan lain- lain. Menurut Tesaurus

Bahasa Melayu Dewan (2005:443), kitab diertikan sebagai buku yang membawa

maksud ensiklopedia, majalah, risalah, jurnal, brosur, karya dan edisi.

Riyad adalah perkataan arab yang bermaksud taman. Merujuk kepada Kamus

Besar Arab-Melayu Dewan (2006:989), berasal daripada perkataan روض yang

diertikan sebagai tempat yang merujuk kepada taman. Tempat tersebut berada di

dalam masjid nabawi di madinah yang diberi nama الروضة . Tempat itu diberi nama

tersebut kerana ia dianggap sebagai tempat bumi yang menghijau yang merujuk

kepada kebun atau taman yang akan diangkat oleh Allah SWT ketika berlakunya

kiamat nanti. Firman Allah SWT :

14

Bermaksud : Adapun kumpulan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman syurga Dalam keadaan bersuka ria.

(Surah ar-Rom, 30:15)

Al-Salihin menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan (2006:1355), berasal

daripada perkataan صلح iaitu terhapus keburukan daripadanya atau membuat sesuatu

yang baik dan berfaedah. Perkataan الصالح pula membawa maksud orang-orang yang

soleh yang istiqamah dalam menunaikan tanggungjawabnya.

Riyad al-Salihin secara keseluruhannya bermaksud taman orang-orang soleh.

Kitab Riyad al-Salihin merupakan satu kitab yang dikarang oleh Imam al-Nawawi

dengan mengumpulkan hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan hidup terhadap

seluruh umat manusia.

1.8.4 Kajian Teks

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997: 560) kajian membawa maksud

kegiatan iaitu proses atau usaha mengkaji. Teks pula bermaksud kata-kata asli dari

pihak pengarangnya, bukan terjemahan atau ulasan atau ringkasan yang telah dibuat.

Kajian teks yang dilakukan oleh pengkaji adalah teks hadis yang hanya terdapat di

dalam kitab Riyad al-Salihin yang di tulis oleh Imam al-Nawawi.

1.8.5 Imam Nawawi

Beliau merupakan tokoh ulama fiqh yang berpegang kepada mazhab as-

Syafi’e. Nama sebenar beliau adalah Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Muri bin

Hasan bin Husain bin Muhammad bin Juma’ah bin Hizam bin al-Hizami al-

15

Dimashqi. Beliau dilahirkan di Nawa, selatan Damsyik pada bulan Oktober 1233.

(Khairul Anuar (2010:3)).

Menurut Khairul Anuar (2010:5), pendidikan awal beliau bertempat di

Madrasah al-Rwahiyah di Damsyik. Beliau tidak pernah berkahwin kerana terlalu

sibuk dengan kehidupannya yang begitu zuhud. Beliau seorang yang sangat berani

dalam memperjuangkan Islam. Riwayat beliau agak pendek kerana beliau

menghembuskan nafas yang terakhirnya ketika berusia 45 tahun iaitu pada 22

Disember 1277 di kampung asalnya di Nawa.