perkara 20 sabah

Upload: nurfaizah-abbdullah

Post on 03-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    1/42

    PENSYARAH:

    PROF. MADYA DATO' DR. MOHAMMAD AGUS YUSOFF

    PEMBENTANG:

    NURFAIZAH ABBDULLAH (P64558)

    SHARIFAH NURSYAHIDAH SYED ANNUAR (P66797)

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    2/42

    KANDUNGAN

    Pendahuluani. Pengenalan

    ii. Latar belakang isu Perkara 20

    Isu-isu Perkara 20

    i. Perkara 6 Imigresenii. Perkara 10 Kewarganegaraan

    iii. Perkara 8 Borneonisasi

    iv. Perkara 11 Cukai dan kewangan

    v. Perkara 1 Agamavi. Perkara 20 Tanah, hutan dan kerajaan tempatan dll.

    Kepentingan isu perkara 20 terhadap politik Sabah (2004-2012)

    Kesimpulan

    Rujukan

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    3/42

    PENDAHULUAN

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    4/42

    Perkara 20 Sabah:memorandum yang dipersetujui oleh Tanah Melayu,

    Singapura, Sabah (Borneo Utara), dan Sarawak di dalamInter-Governmental Committee (Lansdowne Committee)

    Usaha pengaturan perlembagaan bagi memberi jaminanterhadap kedudukan istimewa Negeri-negeri Borneo

    Pada 30 Ogos 1962

    Inter-Governmental Committee (Lansdowne Committee)terdiri daripada:

    i. Lord Lansdowne (Pengerusi)ii. Tun Razak (Timbalan Pengerusi)

    iii. Gabenor Sir William Goode (wakil delegasi Sabah)

    iv. Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, Tun Haji Mohd FuadStephens, Datuk Khoo Siak Chiew da Datuk G.S. Sundan (wakilpemimpin tempatan Sabah)

    PENGENALAN

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    5/42

    Perkara 1

    Agama

    Perkara 2

    Bahasa

    Perkara 3

    Perlembagaan

    Perkara 4

    Ketuapersekutuan

    Perkara 5

    Namapersekutuan

    Perkara 6Imigresen

    Perkara 7Hak menarik diri

    Perkara 8Borneonisasi

    Perkara 9Pegawa-pegawaiBritish

    Perkara 10Kewarganegaraan

    Perkara 11Cukai dankewangan

    Perkara 12Kedudukanistimewapenduduk asli

    Perkara 13Kerajaan negeri

    Perkara 14Tempohperalihan

    Perkara 15Pendidikan

    Perkara 16Perlindungankepadaperlembagaan

    Perkara 17Perwakilandalam parlimen

    Perkara 18Nama ketuakerajaan negeri

    Perkara 19Nama negeri

    Perkara 20Tanah, hutandan kerajaantempatan danlain-lain

    MEMORANDUM PERKARA 20 SABAH

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    6/42

    LATAR BELAKANG ISU PERKARA 20 SABAH

    Disember 1963 Surat-surat rasmi daripada kerajaan Persekutuan yang berbahasa Melayu

    Perkara 2 Sabah

    Tahun 1967 sehingga 1975 Pentadbiran United Sabah National Organization (USNO)

    Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun

    Isu membataskan perkembangan budaya dan agama selain agama Islam

    Perkara 1 Agama

    Tahun 1976 sehingga 1985

    Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris bin Mohd Salleh

    kedatangan pendatang haram daripada Filipina dan Indonesia, pemberiantanah kepada orang asing dan memindahkan pemilikan pulau Labuankepada kerajaaan Persekutuan pada tahun 1984

    Perkara 6 dan Perkara 20

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    7/42

    Smbgn.

    Tahun 2004 sehingga 2012 Barisan Nasional (BN)

    Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman

    Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), Projek I.C, The RoyalCommission of Inquiry (RCI)Perkara 6 Perkara 10

    Perlantikan rakyat Sabah ke dalam jabatan/agensi persekutuan diSabah Perkara 8

    Perkara 11 Cukai dan kewangan

    Patung Ma Tzu Kudat, kalimah Allah Perkara 1

    Perkara 20 Tanah, hutan dan kerajaan tempatan dll.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    8/42

    ISU PERKARA 20 SABAH

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    9/42

    TEORI FEDERALISME (Wheare 1967)

    Kaedah untuk membahagikan kuasa supaya kerajaan pusat dankerajaan negeri masing-masing selaras dan bebas.

    (Friedrich 1968)

    Komuniti-komuniti politik yang berlainan yang bersepakatuntuk mendapatkan penyelesaian, menggunakan dasar-dasaryang serupa dan membuat keputusan bersama tentang sebarangpermasalahan yang dihadapi.

    (Livingston 1957)

    Tolak ansur antara autonomi dan perpaduan. Maka, iasepatutnya berpaksikan kepada kuasa ekonomi, sosial danbudaya serta tidak harus semata-mata pada istilahperlembagaan dan perundangan sahaja.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    10/42

    HUBUNGAN PUSAT-NEGERI

    Menurut Tilman (1963), terdapat beberapa isu perbalahanpolitik yang akan menjejaskan kestabilan jangka panjanghubungan politik dalam Persekutuan baru ini.

    Di dalam Perkara 20 Sabah sendiri, terdapat beberapa isu yang

    dibangkitkan berdasarkan beberapa Perkara 20 Sabah, iaitu:

    i. Perkara 6 Imigresen

    ii. Perkara 10 Kewarganegaraan

    iii. Perkara 8 Borneonisasi

    iv. Perkara 11 Cukai dan kewangan

    v. Perkara 1 Agama

    vi. Perkara 20 Tanah, hutan dan kerajaan tempatan dll.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    11/42

    Smbgn. Menurut beliau lagi, sekiranya isu-isu tersebut tidak diatasi, ia

    amat berpotensi untuk menjejaskan kestabilan hubunganantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

    Perkara ini terbukti apabila sehingga sekarang kerajaan pusatgagal menghormati dan melaksanakan tuntutan Perkara 20dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pekerjaan, agama,kerakyatan, tanah adat dan lain-lain lagi.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    12/42

    PERKARA 6 IMIGRESEN & PERKARA 10

    KEWARGANEGARAAN

    Tahun 1970 sehingga 2000, jumlah peningkatan populasi diSabah adalah sebanyak 301% berbanding negeri jiran iaitu

    Sarawak, 106%. terdapat peningkatan penduduk yang berketurunan Filipina

    dan Indonesia, begitu juga dengan warga lain seperti daripadaPakistan, India dan lain-lain.

    Dakwaan bahawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah

    diberi hak kerakyatan sebagai rakyat Malaysia sertamempunyai dokumen kad pengenalan yang sah sebagai rakyatMalaysia, bukan sebagai Penduduk Tetap.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    13/42

    Smbgn.

    Cadangan penubuhan penubuhan Royal Comission Inquiry(RCI) Projek I.C bagi menyiasat dakwaan tersebut: Mendapat sokongan daripada UMNO Sabah, Parti pembangkang

    seperti SAPP dan DAP

    Tahun 2008, UMNO Sabah menyerahkan memorandum kepada TunAbdullah, Perdana Menteri ketika itu

    Tahun 2010, ahli parlimen Tuaran ketika itu, WilfredBumburingmengusulkan dakwaaan kepada Parlimen tentang ProjekIC Sabah.

    Selepas mengusulkan dakwaan tersebut, Menteri Dalam Negeri,Hishamuddin Tun Hussein meminta beliau untuk membuktikan

    dakwaan tersebut. Pada Disember 2010, Wilfred Bumburing telah menyerahkan sebuah

    memorandumMemorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) YangDiberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files

    Pada 2012, Dato Sri Najib, bersetuju menubuhkan RCI.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    14/42

    Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008, PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan kabinetdan perlantikan yang telah menyaksikan rakyat Sabah diberijawatan yang tinggi.

    Contohnya, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji

    Mulia sebagai Speaker baru, Datuk Seri Anifah Aman dilantikmenjadi Menteri Luar dan Datuk Seri Shafie Apdal dinaikpangkat menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi sokongan jika ada rakyat

    Sabah yang layak untuk mengetuai mana-mana agensi negeridan persekutuan (The Malaysian Insider 2010).

    Beliau bersetuju bahawa ingatan tentang komitmen penubuhanMalaysia yang telah diterjemahkan ke dalam PerlembagaanMalaysia perlu dikembalikan dengan perlaksanaan

    Borneonisasi.

    PERKARA 8 BORNEONISASI

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    15/42

    Tahun 2009, setelah 46 tahun penubuhan Malaysia, 81 jabatanpersekutuan dan 39 agensi, hanya 38 peratus diketuai oleh rakyatSabah

    Tahun 2010, terdapat 78 agensi persekutuan di Sabah, 44 peratusrakyat Sabah yang memegang jawatan atau pun 34 daripada 78agensi

    Tahun 2011- kes saman Borneonisasi melibatkan Bernard Fung FonChen (pesara polis) dan Mohd Nazib Maidin Dally (bekas guru)sebagai plaintiff yang menyaman kerajaan negeri Sabah dankerajaan Persekutuan

    Jeffrey (2011) "Objektif Borneonisasi bukan hanya sekadar bertujuan melantik rakyatSabah dan Sarawak kepada ketua jabatan persekutuan di negeri-negerimereka semata-mata, tetapi juga diberi kuasa penuh untukmelaksanakan dasar-dasar, dengan mengambil kira konteks tempatandan norma-norma budaya Sabah dan Sarawak,"

    Smbgn.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    16/42

    Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu DatukRadin Malleh menyatakan bahawa seramai 15,390 pegawai danpenjawat awam yang berasal dari Semenanjung Malaysia telahditugaskan di 94 jabatan persekutuan dan 42 badan berkanun di

    Sabah.

    Jumlah yang paling ramai adalah mereka yang berkhidmat dibawah Jabatan Pelajaran Sabah iaitu seramai 8,152 orang padatahun 2011.

    Malahan, secara puratanya sejak lima tahun yang lepas, jumlahkakitangan awam persekutuan dari Semenanjung Malaysia yangdihantar bertugas ke Sabah di pelbagai agensi persekutuan adalahantara 7,500 hingga 8,500 orang setahun (Bernama 2012).

    Smbgn.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    17/42

    PERKARA 11 CUKAI DAN KEWANGAN

    Sabah telah memberi sumbangan kepada ekonomi negaradalam pelbagai sektor seperti sektor minyak petroleum,perlancongan, pembalakan, kelapa sawit, koko dan banyak lagi.

    Namun, Laporan Bank Dunia pada tahun 2010 menyebut

    bahawa Sabah adalah negeri yang paling miskin di Malaysia danakan terus berada dalam keadaan itu jika tidak ada usaha yangefektif untuk membasmi kemiskinan tegar itu.

    Terdapat empat isu utama berkenaan dengan hal ini iaitu:i. Isu agihan royalti minyak 5%

    ii. Isu Dasar Kabotajiii. Isu gaji minimum bagi sektor swasta

    iv. Isu masalah kemudahan air

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    18/42

    Isu Agihan Royalti Minyak 5%

    Peristiwa Perjanjian Royalti Minyak ditandatangani pada 14 Jun1976 oleh Datuk Harris Salleh sejurus seminggu selepas kejadiannahas kapal terbang yang mengorbankan Tun Fuad Stephensdan sepuluh orang yang lain.

    Pada tahun 2000-2008, Kerajaan Persekutuan hanya membayar

    RM2.8 bilion sahaja royalti minyak kepada Sabah. Pada tahun 2009 pula, ia hanya menerima bayaran kira-kira

    RM720 juta walaupun pada hakikatnya purata pengeluaranharian minyak Sabah adalah sebanyak 200,000 tong yang boleh

    menjadikan negeri ini memperoleh RM19 bilion (Sebastian Lee2009).

    Sabah menjana RM15 bilion sehingga RM20 bilion setahunnamun ia hanya menerima kurang dari RM1 bilion setahun.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    19/42

    smbgn

    Pakatan Rakyat pada tahun 2011 telah menjanjikan kenaikanroyalti minyak kepada 20% dalam Buku Jingga Edisi Sabahsekiranya mereka berjaya memerintah Putrajaya.

    Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman

    menyatakan bahawa janji tersebut adalah tidak masuk akal danperlu ada tolak ansur antara Kerajaan Negeri Sabah denganKerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan sudahmenyalurkan semula dengan pembangunan pelbagaiinfrastruktur.

    Ini diikuti oleh kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawakekayaan negara seharusnya dikongsi bersama-sama denganyang lain dan negeri pengeluar minyak tidak patut mengambilkesemuanya langsung (Kamarul Yunus 2012).

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    20/42

    Isu Dasar Kabotaj

    Dibawah dasar ini, kapal-kapal pengangkutan barang hanyadibenarkan untuk berlabuh di beberapa tempat di SemenanjungMalaysia khususnya di Pelabuhan Klang yang dijadikan sebagaiprincipal concentration port for containerdi Malaysia.

    Ini yang mewujudkan persoalan kerana dari segi geografi, Sabah

    adalah sangat dekat dengan kapal-kapal yang kebanyakannyadatang dari China, Shanghai, Hong Kong dan sebagainya.

    Akibatnya, rakyat Sabah terpaksa menanggung beban sarahidup yang sangat tinggi disebabkan kenaikan harga untukmenampung kos pengeluaran yang lebih besar. Sektor industrijuga semakin lembab kerana kos bahan yang mahal.

    Pada tahun 2009, Kerajaan Persekutuan telah berjanji untukmeliberalisasikan dasar itu supaya produktiviti di Sabah danSarawak dapat ditingkatkan (Yong Min Wei 2009).

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    21/42

    Smbgn.

    Namun, liberalisasi tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya. Inikerana ia hanya merangkumi pemindahan barang dari luarnegara dan Pelabuhan Klang sahaja (Free Malaysia Today 2011).

    Pada tahun 2012, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin

    Yassin menyatakan bahawa beliau akan membangkitkan isu inidan akan mencadangkan satu jawatankuasa khas dalammesyuarat Kabinet (The Malaysian Insider 2012).

    Namun sehingga kini, tidak ada apa-apa perkembangan.

    Sekiranya mereka memerintah, Pakatan Rakyat berjanji untukmenghapuskan dasar itu supaya jurang ekonomi yang lebihdalam antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dapatdielakkan (Clara Chooi 2012).

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    22/42

    Isu Gaji Minimum bagi Sektor Swasta Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kadar gaji minimum

    kebangsaan bagi sektor swasta adalah sebanyak RM900 sebulanatau RM4.33 sejam untuk Semenanjung Malaysia. Manakala diSabah, Sarawak dan Labuan, paras gaji minimum telahditetapkan pada kadar hanya RM800 sebulan atau RM3.85

    sejam.

    Menurut Pengerusi STAR Sabah Datuk Jeffrey Kitingan, terdapatdua perkara yang salah tentang gaji minimum yang telahdiumumkan itu.

    Pertama, gaji minimum bagi Sabah seharusnya lebih besarkerana kos hidup di Sabah iaitu kira-kira 30% hingga 40% lebihtinggi dari Semenanjung Malaysia yang telah disebabkan olehDasar Kabotaj.

    Kedua, gaji minimum sepatutnya lebih tinggi dari gariskemiskinan (Raymond Tombung 2012).

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    23/42

    Smbgn.

    Gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia adalah RM900 danianya adalah diatas Pendapatan Garis Kemiskinan, iaitu RM763pada tahun 2009.

    Tetapi bagi Sabah, gaji minimum sebanyak RM800 pula ternyata

    sangat lebih rendah dari Pendapatan Garis Kemiskinan di negeritersebut iaitu RM1048.

    Gaji minimum yang telah dicadangkan oleh kerajaan pusatmasih tidak berupaya untuk membantu dan menyelamatkanpekerja-pekerja di Sabah dari kemiskinan.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    24/42

    Isu Masalah Kemudahan Air Di Sabah, bekalan air adalah yang kedua terendah di Malaysia

    dan mempunyai kualiti yang diragui, namun rakyat Sabah tetapdikenakan dengan tarif air yang tertinggi dan paling mahalberbanding negeri-negeri yang lain (Nazli Ibrahim 2011).

    Menurut Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah,

    Datuk Raymond Tan, beliau menyatakan bahawa tarif air yangtinggi terpaksa dikenakan kerana negeri itu tidak mempunyaipendapatan dan tabung kewangan yang banyak untukmengurus sumber air.

    Ini menyebabkan Sabah terpaksa memohon bantuan pinjamandari kerajaan pusat.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri MohamadNazri Abdul Aziz menjelaskan bahawa kerajaan pusatberkedudukan lebih baik untuk mengatasi masalah itu

    (Bernama 2008).

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    25/42

    PERKARA 1 AGAMA

    Isu patung Ma Tzu di Kudat yang berlarutan dari tahun 2005sehingga tahun 2010 menunjukkan bahawa Sabah dikawaldalam urusan agama oleh kuasa lain sehingga projek pembinaanyang sudah separuh jalan itu terpaksa diberhentikan begitusahaja.

    Mahkamah Persekutuan arah Tan Sri Chong Kah Kiat untukbayar RM100,000 kepada empat responden iaitu Ketua MenteriDatuk Seri Musa Aman, bekas Setiausaha Kerajaan NegeriDatuk K.Y. Mustafa, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan

    Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ujang Sulani, sertaLembaga Perbandaran Kudat (Utusan Malaysia 2010).

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    26/42

    Smbgn.Mufti Negeri Sabah Datuk Haji Ahmad Alawi Bin Haji Adnan,

    mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram di sisi agama Islamuntuk membina patung ataupun replika yang menyerupaimakhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan.

    Persoalan tentang penggunaan kalimah Allah oleh masyarakatKristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan serta isuKitab Injil dalam bahasa Malaysia melahirkan rasa kecewa dalamkalangan penganut Kristian di dua buah negeri itu kerana

    perkara ini telah dipandang enteng oleh Kerajaan Persekutuan.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    27/42

    Pada tahun 2009, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telahmenahan hampir 35,000 naskhah Kitab Injil di Pelabuhan Klangdan Pelabuhan Kuching yang diimport dari Indonesia.

    KDN menjelaskan tentang ketiadaan dua syarat iaitu nomborbersiri dan cop Hanya untuk penganut Kristian sahaja.

    Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengatakan bahawasekiranya kitab-kitab tersebut ingin diedar di Malaysia Timur,

    maka ia seharusnya dikeluarkan dalam dialek masing-masingsahaja. Kenyataan ini jelas tidak menghormati masyarakatKristian di Sabah dan Sarawak (Malaysia Kini 2011).

    Smbgn.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    28/42

    PERKARA 20 TANAH, HUTAN DAN

    KERAJAAN TEMPATAN DLL. Isu ini adalah mengenai isu tanah adat

    Melibatkan pertindihan hak milik antara rakyat Sabah dankerajaan dan rampasan tanah dengan sewenang-wenangnya

    oleh syarikat-syarikat besar yang berselindung disebalik namaagensi dan institusi tertentu atas nama pembangunan dankomersial.

    Contohnya Federal Land Consolidation and Rehabilitation

    Authority (FELCRA), Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) danlain-lain lagi.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    29/42

    Smbgn. Himpunan 123 Bangkit pada 12 Mac 2012 di Kota Kinabalu untuk

    mempertahankan tanah adat mereka dari terus dicerobohi olehpihak yang tidak bertanggungjawab (Abdul Rahim Sabri 2012).

    Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez bahawatidak ada peruntukan dalam Ordinan Tanah Sabah bagi anaknegeri untuk membuat penempatan selepas tahun 1930 (TheStar 2012).

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    30/42

    KEPENTINGAN ISUPERKARA 20 TERHADAP

    POLITIK SABAH(2004-2012)

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    31/42

    KESAN DAN KEPENTINGAN TERHADAPPOLITIK SABAH

    PRU-11 (2004), berlaku persempadanan semula bahagian pilihanraya di Sabah kerana kebimbangan Barisan Nasional terhadapsokongan pengundi-pengundi Melayu dan ingin menarik undilebih ramai rakyat Sabah.

    Oleh itu, parti tersebut cuba memulihkan kepercayaan rakyatdengan hal-hal yang bersangkutan dengan Perkara 20.Keputusannya, Barisan Nasional menang dan ini menunjukkania masih kukuh di Sabah.

    Namun, kegagalan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dalammemenuhi tuntutan Perkara 20 yang didesak oleh rakyat Sabahtelah memberi kesan kepada PRU-12 (2008) apabila sedikitsebanyak tempias 'tsunami' politik turut terkena di negeri itu.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    32/42

    Ini diikuti pula dengan kekecewaan, hilang percaya dankesedaran politik yang semakin baik sehingga menyebabkanbeberapa pemimpin di Sabah meninggalkan Barisan Nasional danmenubuhkan pelbagai parti politik serta kumpulan pendesak diSabah.

    Parti politik - United Borneo Front, KITA Sabah, Sabah PeoplesFront Party, Pakatan Perubahan Sabah, Angkatan PerubahanSabah.

    Smbgn.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    33/42

    Smbgn. Agenda Borneo vs. Agenda Malaya.

    Kumpulan pendesak - Demokrasi Sabah (DESAH), SabahSarawak Keluar Malaysia (SSKM), BERSIH Sabah dan yang

    terbaru, GEGAR.

    Menjelang PRU-13, parti-parti politik ini membangkitkannasionalisme Sabah for Sabahan, Ini Kalilah! dan macam-macam lagi. Ini menjadikan isu Perkara 20 sebagai isu pilihan

    raya dan isu anti-persekutuan.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    34/42

    Smbgn.

    Perkara 20 Sabah pada awalnya iaitu sekitar tahun 2004 sehingga2008 tidak begitu penting di dalam mencorakkan politik Sabah.Namun setelah tahun 2008, iaitu secara spesifiknya selepas PRUyang ke 12, kesedaran politik rakyat Sabah telah berubah dan

    mereka faham bahawa Sabah adalah penting di dalam membantukemenangan Barisan Nasional.

    Tidak kurang juga dengan parti pembangkang yang cubamemenangi undi rakyat Sabah bagi pilihan raya seterusnya. Olehitu, kesemua pihak cuba memberi perhatian terhadap Sabah, dan

    ini memberi peluang kepada rakyat serta pemimpin-pemimpinSabah untuk memperdengarkan tuntutan yang sepatutnya telahdilaksanakan berpuluh tahun yang lalu.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    35/42

    KESIMPULAN

    Isu Perkara 20 memang sangat penting dalam politik Sabah. Inikerana ia bukan sahaja tentang diskriminasi yang semakin lamasemakin menekan rakyat Sabah, tetapi juga tentang pencabulanhak rakyat Sabah dan kedaulatan negeri itu.

    Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang sepatutnya

    menyelesaikan masalah selama empat dekad lebih lamanyakerana rakyat Sabah memang tidak diberi layanan yang adil.

    Asas dan substance yang telah dibuat dalam Perkara 20membuktikan kesediaan Sabah untuk bersama-sama

    membentuk Malaysia. Maka, Perkara 20 amat mustahak dalam politik Sabah untuk

    menjaga status dan hak rakyat Sabah sebagai equalpartnersyang harus semuanya sama rata dengan Semenanjung Malaysiadan Sarawak.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    36/42

    RUJUKANAbdul, A.B. 2001. Perlembagaan Malaysia-Asas-asas dan masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Abdul Rahim Sabri. 2012. Ratusan demo di KK bantah tanah adat diceroboh. Diperolehi 6 Disember 2012 daripadaMalaysiaKini. http://www.malaysiakini.com/news/191798

    Abim Sabah. 2010. Memorandum Isu Penggunaan Kalimah Allah. Diperolehi 6 Oktober 2012, daripadahttp://abimsabah.blogspot.com/2010/01/memorandum-isu-penggunaan-kalimah-allah.html

    Adib, Z. 2012. Bukan Islam boleh guna kalimah Allah di Sabah, Sarawak. Diperolehi 5 Oktober 2012, daripada

    http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/Bukan-Islam-boleh-guna-kalimah-Allah-di-Sabah-Sarawak-/

    Anon. 2010. Rais sokong rakyat Sabah ketuai agensi negeri, persekutuan. TheMalaysian Insider. Diperolehi 30November 2012, daripada http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/rais-sokong-rakyat-sabah-ketuai-agensi-negeri- persekutuan/

    Anon. 2011. Cabotage policy keeping Sabahans poor. Free Malaysia Today. Diperolehi 2 Disember 2012, daripadahttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/01/10/cabotage-policy-keeping-sabahans-poor-industries-uncompetitive/

    Anon. 2011. Kecewa dengan kenyataan Ibrahim Ali.MalaysiaKini. Diperolehi 23 November 2012, daripadahttp://www.malaysiakini.com/letters/158970

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    37/42

    Anon. 2012. 15,390 Penjawat awam dari Semenanjung bertugas di Sabah. Bernama. Diperolehi 30 Novermber 2012.Daripda http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=680823&cat=sbm

    Anon. 2012. Ongkili tidak setuju dengan tafsiran peguam besar Sabah mengenai status NCR. TheStar. Diperolehi 8Disember 2012, daripadahttp://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2012/2/10/mstar_berita/20120210150516

    Anon. 2012. Muhyiddin akan cadangkan jawatankuasa khas untuk isu Kabotaj di Kabinet. The Malaysian Insider.Diperolehi 2 Disember 2012, daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-akan-cadangkan-jawatankuasa-khas-untuk-isu-kabotaj-di-kabinet

    Anon. 2012. SAPP janji kad pengenalan khas untuk Sabah.Malaysia Kini. Diperolehi 1 November 2012, daripadahttp://www.freemalaysiakini2.com/?p=46873

    Azharudin, M.D. 2012. Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Diperolehipada 5 Oktober 2012, daripada http://www.arkib.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9f22cc04-4cec-4b4c-9039-ae42561b2d24&groupId=187507

    Bernama. 2012. Semangat dokumen 20 Perkara sah hingga bila-bila, kata Ongkili. Diperolehi 4 Oktober 2012,daripada http://www.theborneopost.com/2012/05/28/semangat-dokumen-20-perkara-sah-hingga-bila-bila-kata-ongkili/

    Clara Chooi. 2012. PKR umum ubah dasar penghantaran barang melalui kapal untuk turunkan harga barang diMalaysia Timur. The Malaysian Insider. Diperolehi 3 Disember 2012, daripadahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-umum-ubah-dasar-penghantaran-barang-melalui-kapal-untuk-turunkan-harga-barang-di-malaysia-timur

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    38/42

    Delaney, J.J. 2005. Jean-Jacques Rousseau (17121778). Diperolehi pada 3 Oktober 2012, daripadahttp://www.iep.utm.edu/rousseau/

    Edward, W.Y. 2005. Rousseaus General Will and well-ordered society. Diperolehi pada 24 September 2012,daripada http://www.quebecoislibre.org/05/050715-16.htm

    Francis Kok. 2010. Restructuring FederalState relations in Malaysia: From centralised to co-operative federalism?Diperolehi 4 Oktober 2012, daripadahttp://www.tandfonline.com.www.ezplib.ukm.my/doi/full/10.1080/00358531003656180

    Free Malaysia Today. 2012. DAP kecewa RCI Sabah gagal dibentuk. Diperolehi pada

    3 Oktober 2012, daripada http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/18/dap-kecewa-rci-sabah-gagal-dibentuk/

    Friedrich, C.J. 1968. Trends of Federalism in Theory and Practice. New York: Praeger.

    Fllesdal. Andreas. 2010. Federalism. The Stanford Encyclopedia of Philosophy. Diperolehi pada 5 Oktober 2012,daripada http://plato.stanford.edu/entries/federalism/

    Gerald, N.H. & Kathleen, T.H. 2005. Memorandum. Diperolehi pada 25 Septermber 2012, daripada http://legal-

    dictionary.thefreedictionary.com/memorandum

    James, F.O. 2003. The problems of Kadazandusun Bumiputeraism: Promises, privileges and politics. Diperolehi pada 4Oktober 2012, daripada http://web.usm.my/km/KM%2021,2003/21-8.pdf

    Kaid. 2004. Handbook of political communication research. Lawrence Earbaum Associates. London.

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    39/42

    Kamarul Yunus. 2012. Unfair: Dr M warns against increasing royalty to 20pc.NewStraits Times. Diperolehi 20September 2012, daripada http://www.nst.com.my/nation/general/states-without-oil-will-suffer-1.146048

    Keruak. 2009. Yong: I am not outdated, I remember history. Diperolehi pada 5

    Oktober 2012, daripada http://www.keruak.com/v2/index.php?option=

    com_content&view=article&id=1084:-yong-i-am-not-outdated-i-remember-history&catid=40:terkini

    Lim, K.S. 2010.Najib should seriously implement 20-Points Agreement on

    Borneonisation by setting target to fill at least half of 59 Federal departments in Sabah with Sabahans as headsbefore the next Malaysia Day on September 16, 2011. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://blog.

    Limkitsiang.com/2010/09/17/najib-should-seriously-implement-20-points-agreement-on-borneonisation-by-setting-target-to-fill-at-least-half-of-59-federal-departments-in-sabah-with-sabahans-as-heads-before-the-

    next-malaysia-day-on/

    Livingston, W.S. 1956. Federalism and Constitutional Change. Oxford: Clarendon Press.

    Luke Rintod. 2012. Borneonisation suit to go ahead. Free Malaysia Today. Diperolehi 28 Disember 2012, daripadahttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/26/borneonisation-suit-to-go-ahead/

    Mail, M. 2012. SAPP Tenom bidas kenyataan Akjan pertahan bantahan RCI.Diperolehi pada 3 Oktober 2012, daripada http://www.sapp.

    org.my/bm/120102_bm_tenom_bidas_akjan.asp

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    40/42

    Moten & Islam. 2009. Introduction to political science. Edisi ke-3. Singapore. Cengage Learning Asia Pte Ltd

    Muttalib. 2010. MP BN kemuka dokumen IC Projek PATI di Sabah. Diperolehi pada 3 Oktober 2012, daripadahttp://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/603-mp-bn-kemuka-dokumen-ic-projek-pati-di-sabah

    Muttalib. 2012. RCI, visi UMNO Sabah semakin jelas. Diperolehi pada 2 Oktober 2012, daripadahttp://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/03/rci-visi-umno-sabah-semakin- jelas.html

    Nazli Ibrahim. 2011. Bekalan air tidak cukup, tarif tinggi. Free Malaysia Today. Diperolehi 5 Disember 2012, daripadahttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/11/25/bekalan-air-tidak-cukup-tarif-tinggi/

    Portal rasmi Fatwa Malaysia. 2008. Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.Diperolehi 6 Oktober 2012, daripada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah#tabset-tab-3

    Portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. 2012. Bajet 2013. Diperolehi 4 Oktober 2012, daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub13.pdf

    Pragalath, K. 2010. Sabah, Sarawak losing points to KL. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripadahttp://blog.limkitsiang.com/2010/09/18/sabah-sarawak-losing-points-to-kl/

    Queville, T. 2010. 'Borneonisation' does not equal anti-KL, says MP Chua. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripadahttp://batusapi.blogspot.com/2010/12/borneonisation-does-not-equal-anti-kl.html

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    41/42

    Raymond Tombung. 2012.Minimum wage lower than Sabahs poverty line. FreeMalaysiaToday. Diperolehi 4Disember 2012, daripad http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/04/minimum-wage-lower-than-sabahs-poverty-line/

    Rontogdaily.com. 2012. Apa agenda Dr. Jeffrey, Perkara 20, royalti minyak atau jawatan Ketua Menteri? Diperolehipada 4 Oktober 2012, daripada http://www.rontogdaily.com/wp/?p=3299

    Ruben, S. 2011. Calls grow for RCI on migrants in Sabah. Diperolehi pada 2 Oktober 2012, daripadahttp://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/10/nation/9875732&sec=nation

    Sabah Forum. 2008. Inter-Governmental Committee (I.G.C.) 20 Points. Diperolehi pada 4 Oktober 2012, daripada

    http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic6542.html

    Sabah Times Online. 2012. Borneonisation case going for full trial. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripadahttp://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/61703

    Sandra Sokial. 2012. Political leaders differ with Tigabelas on 20 Points. Diperolehi pada 4 Oktober 2012, daripadahttp://www.theborneopost.com/2012/06/13/political-leaders-differ-with-tigabelas-on-20-points/

    Sebastian Lee. 2009. Hubungan persekutuan-negeri: Bagai mengharung badai. InsightSabah.http://insightsabah.gov.my/article/read/19 [24 November 2012].

  • 7/28/2019 Perkara 20 Sabah

    42/42

    Shad, S.F. 2009. From Malaya to Malaysia. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada

    http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=25925

    The Star Online. 2012.MoreSabahans occupying strategic posts in the state. Diperolehi pada 5 Oktober 2012,daripada http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/9/7/southneast/11843997&sec=southneast

    The Star Online. 2012. RCI on Sabah illegals starts investigations. Diperolehi 4 Oktober 2012, daripadahttp://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/2/nation/20121002212837&sec=nation

    Trindade, L. 1986. The Constitution of Malaysia: Further perspectives and developments. Singapore Oxford UniversityPress United Nation Treaty Collection. 2012. Definition of key terms used in the UN Treaty Collection. Diperolehi

    pada 30 September 2012, daripadahttp://treaties.un.org/Pages/Overview.aspx?path=overview/definition/page1_en.xml#memoranda

    Utusan Online. 2007. Ketua Menteri perjelas isu patung Ma Tzu. Diperolehi pada 6 Oktober 2012, daripadahttp://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&y=2007&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

    Utusan Online. 2009. Kes saman isu patung Ma Tzu dibicara hari ini. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_07.htm#ixzz2FR43EbYP

    Wheare, K.C. 1967. Federal government. Edisi ke-4. Ulang cetak. London: Oxford University Press.

    Yong Min Wei. 2009. Cabotage policy between West and East Malaysia liberalised. The Edge Malaysia. Diperolehi 3Disember 2012, daripada http://www.theedgemalaysia.com/first/18334-cabotage-policy-between-west-and-east-

    malaysia-liberalised.html