universiti teknologi malaysia · 2013-11-19 · teknologi malaysia dengan syarat-syarat kegunaan...

55
PENDIDIKAN VOKASIONAL PADA PERSPEKTIF PELAJAR ORANG ASLI DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH ROMPIN PAHANG MOHD RISDI BIN MOHD DAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

PENDIDIKAN VOKASIONAL PADA PERSPEKTIF PELAJAR ORANG

ASLI DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM

DAERAH ROMPIN PAHANG

MOHD RISDI BIN MOHD DAUD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENDIDIKAN VOKASIONAL PADA PERSPEKTIF PELAJAR ORANG ASLI DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH ROMPIN PAHANG

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya MOHD RISDI BIN MOHD DAUD (770331-03-6149)(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap :

NO 27, JALAN CEMARA 2, TAMAN CEMARA ROMPIN JAYA 26800 ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Tarikh : _________________

_____________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)

PN. NUR QISTINA BINTI ABDULLAH

NAMA PENYELIA

Tarikh : __________________

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia : PN. NUR QISTINA BINTI ABDULLAH

Tarikh : _________________

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

PENDIDIKAN VOKASIONAL PADA PERSPEKTIF PELAJAR ORANG

ASLI DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM

DAERAH ROMPIN PAHANG

MOHD RISDI BIN MOHD DAUD

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penulis : MOHD RISDI BIN MOHD DAUD

Tarikh : _________________

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ibuku,

Mek Binti Jusoh

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat kekanda dan adindaku terima kasih atas segalanya.

Buat bapa dan ibu mertuaku,

Haji Mohamad Nanyan Bin YassinAmbon Binti Ahmad

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat isteri dan putera puteri ku tersayang,

Rohana Binti Mohamad NanyanMuhamad Rafiq Aiman Bin Mohd Risdi

Nur Areefa Binti Mohd Risdi

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah

yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Puan Nur Qistina Abdullah

selaku penyelia di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat yang dihulurkan

kepada saya dalam melaksanakan kajian ini. Beliau adalah seorang yang profesional

terhadap tugasnya.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan

Pengetua (SMK Rompin, SMK Sungai Puteri, SMK Pontian Jaya dan SMK

Selendang) serta Pegawai JHEOA Rompin yang telah terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Seterusnya terima kasih juga kepada rakan-rakan diatas bantuan, dorongan

dan tunjuk ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan kajian ini. Segala

sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan akan terus terpahat di dalam kajian

ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Hanya Allah SWT sahaja

yang dapat membalasnya.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan, minat dan

persepsi pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang terhadap pendidikan

vokasional. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar Tingkatan 2 dan

Tingkatan 4 di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam daerah Rompin

Pahang. Set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Kajian rintis dilakukan

bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik dan mendapati kebolehpercayaan

soal selidik ialah 0.81. Dapatan daripada soal selidik telah dianalisis melalui

komputer dengan menggunakan perisian “Statiscal Packages for Social Science”

(SPSS) versioan 14.0 for windows bagi mendapatkan peratusan. Hasil kajian

mendapati bahawa pelajar Orang Asli yang terlibat dalam kajian ini mempunyai

minat terhadap pendidikan vokasional yang lebih tertumpu kepada bidang-bidang

seperti ekonomi rumahtangga, pertanian dan perdagangan sahaja. Selain daripada

menunjukkan minat, pelajar Orang Asli juga mempunyai persepsi yang positif

terhadap pendidikan vokasional yang diajar di Sekolah Menengah Teknik. Dari segi

pengetahuan terhadap pendidikan vokasional, didapati pengetahuan mereka adalah

kurang terutamanya dalam menentukan bidang-bidang yang ditawarkan dalam

pendidikan vokasional. Maka adalah diharapkan menjadi tanggungjawab kepada

pihak yang terlibat secara langsung dengan pendidikan vokasional khasnya

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli memberi

penjelasan dan pendedahan yang sewajarnya bagi menarik pelajar Orang Asli untuk

mengikuti pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to survey the knowledge, interest

and perception of ‘Orang Asli’ students at Rompin Pahang district towards

vocational education. Respondents involved in this research is Form 2 and Form 4

students from four secondary schools at Rompin Pahang district. Questionnaire set is

used as research instrument to obtain data. Pilot study was done to test the reliability

of questionnaire and the reliability value is 0.81. Data was analyzed using

“Statistical Packages for Social Science” (SPSS) version 14.0 software to get the

percentage value. The result shows that the ‘Orang Asli’ students involved have

interest in vocational educational. There main areas of interest the first is farming,

second is commerce and third is home economic. Despite that, they also have

positive perception towards vocational subjects taught at Technical Schools. For the

knowledge of vocational educational, the ‘Orang Asli’ students do not know much

about vocational educational. Therefore, it is hope that the organization involved

directly such as Ministry of Education and Department Orang Asli Affairs are

responsible to provide proper explanation and exposure to grab the attention of

‘Orang Asli’ students to undergo vocational education offered at Technical Schools.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

vii

KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA SURAT

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Skop Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.8 Istilah Kajian 7

1.8.1 Pendidikan Vokasional 7

1.8.2 Sekolah Menengah Vokasional 8

1.8.3 Orang Asli 8

1.8.4 Faktor 8

1.8.5 Pengetahuan 9

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

viii

1.8.6 Minat 9

1.8.7 Persepsi 9

1.9 Penutup 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Pendidikan Vokasional 13

2.2.1 Latar Belakang 13

2.2.2 Kajian-Kajian Lepas 17

2.3 Peranan Pendidikan Vokasional Dalam

Menyediakan Tenaga Kerja 18

2.4 Pengetahuan Terhadap Pendidikan

Vokasional 20

2.5 Minat Terhadap Pendidikan Vokasional 21

2.6 Persepsi Terhadap Pendidikan

Vokasional 24

2.7 Penutup 26

BAHAGIAN KETIGA

METODOLOGI

BAB 3 METODOLOGI 27

3.1 Pendahuluan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Populasi dan Sampel 28

3.4 Instrumen Kajian 29

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

ix

3.4.1 Kesahan Kandungan Soal Selidik 30

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Kerangka Operasi 32

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Analisis Data 34

3.9 Penutup 36

BAHAGIAN KEEMPAT

ANALISIS DATA

BAB 4 ANALISIS DATA 37

4.1 Pendahuluan 37

4.2 Analisis Bahagian A 38

4.2.1 Taburan Responden

Berdasarkan Jantina 38

4.2.2 Taburan Responden

Berdasarkan Umur 38

4.2.3 Taburan Responden

Berdasarkan Suku Kaum 39

4.2.4 Taburan Responden

Berdasarkan Pendapatan 39

4.2.5 Taburan Responden

Berdasarkan Pendidikan

Tertinggi Dalam Keluarga 40

4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan

Ahli Keluarga Yang Pernah

Belajar di SMV/SMT 41

4.3 Bahagian B 41

4.3.1 Pengetahuan Am Pelajar Orang

Asli di Daerah Rompin Pahang

Terhadap Pendidikan Vokasional 42

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

x

4.3.2 Minat Pelajar Orang Asli di

Daerah Rompin Pahang

Terhadap Bidang Pendidikan

Vokasional 45

4.3.3 Persepsi Pelajar Orang Asli di

Daerah Rompin Pahang

Terhadap Pendidikan

Vokasional 49

4.4 Penutup 54

BAHAGIAN KELIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN 55

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Rumusan 56

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Pengetahuan Am Pelajar Orang

Asli Terhadap Pendidikan

Vokasional Yang Ditawarkan di

SMT 58

5.3.2 Minat Pelajar Orang Asli

Terhadap Bidang Pendidikan

Vokasional Yang Ditawarkan di

SMT 61

5.3.3 Persepsi Pelajar Orang Asli

Terhadap Pendidikan Vokasional

Yang Ditawarkan di SMT 63

5.4 Cadangan 65

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.6 Penutup 68

RUJUKAN 69

LAMPIRAN

A - G

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Bidang Kursus Vokasional Yang Ditawarkan Di

Sekolah Menengah Teknik

15

3.1 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 29

3.2 Skala Likert Lima Peringkat 30

3.3 Skala Likert Lima Peringkat Kepada Tiga Tahap

Persetujuan

35

3.4 Pemeringkatan Peratusan Bagi Pengetahuan

Dan Minat

35

3.5 Pemeringkatan Peratusan Bagi Persepsi 36

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Jantina

38

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Umur

38

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Suku Kaum

39

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Pendapatan Ibubapa/Penjaga

39

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Taraf Pendidikan Tertinggi Dalam

Keluarga

40

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

xiii

4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Ahli Keluarga Yang Pernah Belajar Di

SMT/SMV

41

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Berkaitan

Pengetahuan Am Pelajar Orang Asli Terhadap

Pendidikan Vokasional

42

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Berkaitan

Minat Pelajar Orang Asli Terhadap Pendidikan

Vokasional

46

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Berkaitan

Persepsi Pelajar Orang Asli Terhadap

Pendidikan Vokasional

49

4.10 Kursus Latihan Vokasional Yang Menjadi

Pilihan Pelajar Orang Asli Mengikut Peratus

Keutamaan

52

4.11 Dorongan Yang Menyebabkan Pelajar Orang

Asli Berminat Memilih Kursus Latihan

Vokasional Yang Dinyatakan Mengikut

Keutamaan

53

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kerangka Operasi Menjalankan Kajian 32

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPVM - Sijil Pelajaran (Vokasional) Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

MARA - Majlis Amanah Rakyat

IKM - Institut Kemahiran MARA

RMK9 - Rancangan Malaysia ke Sembilan

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

SS - Sangat setuju

S - Setuju

SDS - Sederhana Setuju

TS - Tidak setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

ERT - Ekonomi Rumahtangga

OUM - Open University Malaysia

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Persoalan

Kajian

C Surat Akuan Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari BPPDP

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Jabatan

Pelajaran Negeri Pahang

F Akuan Pengesahan Item Soal Selidik

G Surat Pengesahan Kehadiran dan Mengedarkan Soal

Selidik kepada Pelajar

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada anggota masyarakat

Bumiputera di negara ini. Justeru itu mereka mempunyai hak yang istimewa

sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara rasminya

masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito,

Senoi dan Melayu Asli.

Di daerah Rompin Pahang, kebanyakkan masyarakat Orang Asli di sini terdiri

daripada kumpulan Melayu Asli. Secara umumnya pekerjaan yang dilakukan oleh

masyarakat Orang Asli kumpulan ini boleh diklasifikasikan kepada empat iaitu

pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan serta mengumpul hasil-hasil hutan.

Walaupun negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam pembangunan

dan ekonomi, masyarakat Orang Asli di sini masih kekal dengan pekerjaan tradisi

mereka untuk menyara keluarga. Oleh sebab itu kadar kemiskinan bagi masyarakat

Orang Asli amnya masih mencatatkan kemiskinan yang tinggi, misalnya pada kadar

50.9 peratus bagi tahun 1999 termasuk 15.4 peratus kadar ketermiskinan

(Malaysia, 2001).

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

2

Menurut Najib Razak (2007), kemiskinan sesuatu kaum bukanlah sesuatu

untuk diwarisi tetapi ianya boleh diubah dengan ilmu dan pendidikan. Selaras

dengan kenyataan di atas, pendidikan vokasional adalah sesuai untuk diikuti oleh

pelajar Orang Asli bagi mengeluarkan masyarakat mereka daripada kepompong

kemiskinan. Ini kerana objektif utama pendidikan vokasional diperkenalkan di

negara kita adalah untuk melengkapkan pelajar dengan asas kemahiran amali yang

bertujuan menyediakan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan.

Peranan pendidikan vokasional amat besar bagi melahirkan tenaga kerja

mahir dan separuh mahir dalam pembangunan sesebuah negara industri. Melalui

sistem pendidikan vokasional, sudah tentu pelajar-pelajar akan dibekalkan dengan

bidang-bidang kemahiran yang menjurus kepada pekerjaan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Melalui kemahiran yang diperolehi daripada sistem pendidikan

vokasional, mereka boleh memilih sama ada ingin menceburi bidang pekerjaan

ataupun menjadi seorang usahawan apabila menamatkan pengajian di sesebuah

institusi latihan kemahiran. Ini kerana kemahiran-kemahiran yang disediakan sudah

mencukupi untuk persediaan mereka menceburi bidang pekerjaan ataupun menjadi

seorang usahawan.

Walaupun pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan,

masyarakat Orang Asli amnya masih berada pada tahap kemiskinan. Oleh itu bagi

mengeluarkan masyarakat Orang Asli daripada masalah tersebut, maka pendidikan

vokasional sewajarnya diberikan kepada pelajar Orang Asli bagi menerima latihan

kemahiran yang bersesuaian dengan kehidupan mereka. Setelah mereka mempunyai

kemahiran-kemahiran vokasional, kemungkinan mereka dapat menggunakan

kemahiran yang diperolehi untuk menceburi bidang pekerjaan ataupun membuka

perniagaan sendiri di kawasan sekitar mahupun berhijrah ke luar negeri. Tetapi tidak

ramai pelajar Orang Asli yang mengikuti pendidikan vokasional yang ditawarkan di

Sekolah Menengah Teknik. Mereka seolah-olah tidak mengetahui tentang

kewujudan dan kepentingan pendidikan vokasional dalam kehidupan mereka.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Berbagai-bagai kemudahan yang telah dan akan disediakan bagi menaiktaraf

pusat atau institusi latihan kemahiran untuk memberikan latihan kemahiran kepada

generasi muda tanpa mengira kaum dan keturunan. Contohnya semua Sekolah

Menengah Vokasional (SMV) telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik

(SMT), bilangan Pusat Giat Mara ditambah bilangannya dan Kolej Komuniti

ditubuhkan di setiap kawasan parlimen.

Daerah Rompin Pahang juga tidak ketinggalan dengan kemudahan dan

perubahan-perubahan ini. Kini, daerah Rompin Pahang mempunyai sebuah Kolej

Komuniti dan Politeknik yang besar dan lengkap, dua buah Sekolah Menengah

Teknik dan sebuah Pusat Giat Mara. Institusi dan pusat-pusat latihan kemahiran ini

ditubuhkan dengan tujuan memberi peluang kepada pelajar yang kurang

berkemampuan dalam bidang akademik supaya dapat terus melanjutkan pengajian

dalam bidang kemahiran yang sesuai. Pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan

kemahiran yang sesuai dengan alam pekerjaan yang diminati dan menceburi bidang

pekerjaan tersebut dan seterusnya dapat mengeluarkan masyarakat mereka daripada

kepompong kemiskinan. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan tahap

keciciran dikalangan pelajar dan seterusnya akan mengurangkan pengangguran di

usia muda.

Walaubagaimanapun, jika dilihat kepada maklumat yang diperolehi daripada

Bahagian Pendidikan (JHEOA) Rompin Pahang, bilangan pelajar Orang Asli di

daerah Rompin yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik adalah

amat kecil iaitu sebanyak sebelas peratus (11%) pada tahun (2006) dan sebanyak

tujuh peratus (7%) pada tahun (2007). Berdasarkan kepada data tersebut, ini

menunjukkan bahawa pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang seperti tidak

berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan vokasional di

Sekolah Menengah Teknik. Di sini timbul persoalan, apakah faktor-faktor yang

menyebabkan penglibatan yang kecil pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang

dalam bidang pendidikan vokasional? Mungkin mereka tidak mengetahui tentang

pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik. Mungkin

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

4

juga mereka tidak berminat dengan bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan dalam

pendidikan vokasional ataupun mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap

pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik di seluruh

negara.

1.3 Penyataan Masalah

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di

negara ini. Antaranya ialah seperti menambahkan bilangan institusi-institusi latihan

kemahiran seperti Sekolah Menengah Teknik yang bertujuan untuk menyediakan

individu dengan kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka mendapatkan

pekerjaan. Namun demikian, penglibatan pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah

Teknik masih lagi berkurangan. Adalah perlu untuk mengkaji perkara-perkara yang

menyebabkan perkara ini terjadi. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk

mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan yang kurang pelajar Orang

Asli di daerah Rompin Pahang terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di

Sekolah Menengah Teknik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti pengetahuan am pelajar Orang Asli di daerah Rompin

Pahang terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

5

1.4.2 Melihat minat pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang terhadap

pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik.

1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang

terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :

1.5.1 Adakah pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang mempunyai

pengetahuan am tentang pendidikan vokasional yang ditawarkan di

Sekolah Menengah Teknik ?

1.5.2 Adakah pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang berminat

dengan bidang pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik ?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang

terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik ?

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

6

1.6 Skop Kajian

1.6.1 Pelajar Orang Asli Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 di sekolah menengah

akademik harian biasa (SMK).

1.6.2 Empat buah sekolah menengah akademik harian biasa (SMK)

di daerah Rompin, Pahang.

1.7 Kepentingan Kajian

Dengan adanya kajian ini, diharapkan ianya dapat membantu :

1.7.1 Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Merangka dan merancang program pendidikan vokasional yang sesuai

dengan minat pelajar Orang Asli berdasarkan faktor-faktor geografi

dan keperluan mereka.

1.7.2 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Menyampaikan maklumat tentang kepentingan Pendidikan

Vokasional kepada masyarakat Orang Asli terutamanya di kawasan

pedalaman.

1.7.3 Pelajar Orang Asli lepasan SMT/SMV

Mengadakan ‘Road Show’ ke perkampungan-perkampungan Orang

Asli untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang

pendidikan teknik dan vokasional.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

7

1.8 Istilah Kajian

Di dalam kajian ini terdapat definisi istilah yang menerangkan serta

menjelaskan mesej dan konsep yang hendak disampaikan dan digunakan oleh

penyelidik. Takrif yang dibuat berdasarkan apa yang dinyatakan di dalam buku-

buku tertentu mengikut apa yang diinginkan oleh penyelidik.

1.8.1 Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional bermaksud pendidikan yang mengandungi unsur-

unsur latihan kemahiran dan juga unsur-unsur pendidikan am seperti matematik,

sejarah, agama, moral dan sebagainya. Menurut Abdul Rahman (1986), pendidikan

vokasional ialah semua program vokasional yang kandungannya meliputi

penyampaian pengetahuan kemahiran teknikal, pemupukan nilai murni atau

pembentukan akhlak dan pemberian latihan kemahiran dalam sesuatu bidang

pekerjaan.

Dalam kajian ini, pendidikan vokasional yang ingin dilihat adalah aspek

bidang kemahiran yang perlu diketahui oleh pelajar Orang Asli serta minat dan

pandangan mereka terhadap Pendidikan Vokasional yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

8

1.8.2 Sekolah Menengah Vokasional

Sekolah Menengah Vokasional ialah sebuah institusi pendidikan yang

menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi memenuhi

keperluan sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan, membina asas yang

kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional serta

mendedahkan pelajar kepada aspek keusahawanan.

1.8.3 Orang Asli

Orang Asli yang dimaksudkan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah pelajar

Orang Asli yang bersekolah di empat buah sekolah menengah akademik harian biasa

(SMK) dalam daerah Rompin, Pahang.

1.8.4 Faktor

Menurut Kamus Dewan (2002), faktor bermaksud unsur atau sebab yang

menyumbang kepada sesuatu hasil.

Faktor yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah keadaan-keadaan yang

mempengaruhi atau menyumbang kepada sesuatu tingkahlaku atau peristiwa.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

9

1.8.5 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan (2002), pengetahuan bermaksud perihal mengetahui,

apa-apa yang diketahui, kepandaian atau kebijaksanaan.

Pengetahuan yang dimaksudkan di dalam kajian ini pula adalah pengetahuan

pelajar Orang Asli berkaitan dengan bidang pendidikan vokasional seperti automotif,

binaan bangunan, perdagangan dan keusahawanan, ekonomi rumah tangga dan

sebagainya.

1.8.6 Minat

Menurut Kamus Dewan (2002), minat bermaksud keinginan, kesukaan atau

kecenderungan kepada sesuatu. Minat juga merupakan sebagai penggerak kepada

individu untuk memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan.

(Crow dan Crow, 1980).

Minat yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah berkaitan keinginan atau

kecenderungan pelajar Orang Asli mendalami ilmu-ilmu pendidikan vokasional.

1.8.7 Persepsi

Menurut Kamus Dewan (2002), persepsi bermaksud gambaran atau bayangan

dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan atau tanggapan.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

10

Persepsi yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah berkaitan pandangan

atau tanggapan pelajar Orang Asli terhadap pendidikan vokasional.

1.9 Penutup

Sudah tiba masanya masyarakat Orang Asli keluar daripada kepompong

kemiskinan dan keciciran dalam pendidikan. Mereka ini memerlukan bantuan dan

pengetahuan untuk terus mengorak langkah dalam bidang ekonomi dan juga

pendidikan. Dalam kajian ini aspek utama adalah untuk mengetahui tahap

pengetahuan, minat dan juga persepsi dikalangan pelajar Orang Asli tentang

pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik seluruh

negara. Diharapkan dengan adanya kajian ini, secara tidak langsung dapat memberi

pedoman dan panduan kepada pihak yang terbabit dalam merancang dan

menyediakan kurikulum pendidikan vokasional bagi menarik pelajar Orang Asli

untuk mengikutinya.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Pada masa dahulu orang Inggeris memanggil masyarakat Orang Asli sebagai

aborigines. Istilah oborigines lebih membawa makna sebagai masyarakat yang

mundur, tidak membangun dan primitif. Oleh itu, kerajaan telah menukar istilah itu

kepada Orang Asli yang lebih menjurus kepada kehidupan yang moden dan tidak

menyentuh sikap negatif masyarakat tersebut. Menurut Kamus Dewan (2002),

Orang Asli membawa maksud penduduk asal sesebuah negeri.

Masyarakat Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat

Bumiputera di negara ini. Oleh yang demikian, mereka juga mempunyai hak

istimewa sepertimana masyarakat Bumiputera yang lain. Orang Asli merupakan

masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Perbezaan ini

ketara dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Secara rasminya

masyarakat Orang Asli dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu

Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

12

Suku Senoi merupakan suku masyarakat Orang Asli yang terbesar di

Semenanjung Malaysia. Kebanyakkan suku Senoi tinggal di kawasan yang berbukit-

bukau iaitu 2000 hingga 3000 meter dari aras laut. Keadaan ini membolehkan

mereka menanam pelbagai jenis tanaman termasuk sayur-sayuran yang hidup pada

suhu yang rendah. Walaubagaimanapun, suku Senoi tidak tinggal secara tetap.

Sebaik sahaja tanah yang dikerjakan itu sudah tidak subur, mereka akan berpindah ke

kawasan lain yang lebih subur. Oleh yang demikian, mereka hanya bertahan di

sesebuah kawasan sekitar dua atau tiga tahun.

Suku kaum Negrito merupakan golongan masyarakat Orang Asli yang

terkecil jika dibandingkan dengan suku Senoi atau Melayu Asli. Mengikut

sejarawan, adalah dipercayai suku Negrito merupakan kumpulan masyarakat Orang

Asli yang terawal datang ke Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 25 000 tahun

dahulu. Suku Negrito boleh dibahagikan kepada enam suku kaum yang lebih kecil

seperti Kensiu, Kintaq, Jahai, Lanoh, Mendriq dan Bateq.

Kebanyakkan suku Negrito hidup di kawasan yang tinggi di kaki bukit dan

Banjaran Titiwangsa. Seperti kaum Senoi, suku Negrito merupakan golongan nomad

kerana mereka sentiasa berpindah-randah. Oleh sebab itulah mereka jarang-jarang

melakukan penanaman jangka panjang dan hanya tertumpu kepada tanaman jangka

pendek. Sumber makanan mereka berasaskan buah-buahan hutan dan hasil berburu.

Suku kaum Negrito mempunyai konsep hak milik bersama. Oleh itu segala

harta yang diusahakan sama ada berbentuk pertanian ataupun berburuan akan

dinikmati secara bersama. Oleh itu dalam suku tersebut seseorang itu tidak

mempunyai hak ke atas barang-barang milik mereka secara rasminya.

Suku kaum Melayu Asli pula merupakan kumpulan ketiga yang datang ke

Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 4 000 tahun yang lalu. Suku kaum Melayu

Asli terdiri daripada tujuh kumpulan suku yang utama iaitu Temuan Beladas,

Semelai, Temoq, Jakun, Orang Kanaq, Orang Laut dan Orang Seletar.

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

13

Suku kaum Melayu Asli mempunyai corak hidup yang berbeza-beza,

walaupun daripada suku yang sama kerana penempatan yang berbeza-beza. Suku

Melayu Asli didapati tinggal di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Bagi suku kaum Temuan, Semelai dan Jakun, mereka hidup dengan menjalankan

kegiatan yang berasaskan pertanian pindah dan bersifat sara diri. Mereka yang

tinggal di kawasan pantai biasanya menjadi nelayan dan bergantung hidup kepada

hasil-hasil daripada laut.

Seperti masyarakat lain, suku Melayu Asli mempunyai corak pembahagian

harta yang berlainan. Kebanyakkan mereka mempunyai hak keatas harta yang

diperoleh. Sekiranya seseorang itu menanam sayur-sayuran, hasil akan dinikmati

sendiri. Begitu juga dengan hasil perburuan yang jarang-jarang diagihkan kepada

keluarga lain.

2.2 Pendidikan Vokasional

2.2.1 Latar Belakang

Didalam sistem pendidikan di negara-negara Eropah khususnya England dan

Jerman terdapat mata pelajaran yang bercirikan mata pelajaran vokasional. Ia

dikenali sebagai Pendidikan Individu dan Sosial (Personal and Social Education).

Bermula di sekitar tahun 1970an, mata pelajaran ini berkembang dengan pesatnya

dimana ia diajar di sekolah-sekolah menengah vokasional. Menurut satu laporan

umum hasil dari kajian yang berkaitan dengan hal ehwal pendidikan sekolah

menengah di kedua-dua buah negara berkenaan, yang dijalankan pada tahun 1977,

mata pelajaran Pendidikan Individu dan Sosial ini mendapat sokongan politik

daripada pihak kerajaan masing-masing.

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

14

Di Malaysia, pada tahun 1968 wujud nama ‘Sekolah Menengah Vokasional’.

Sekolah ini merupakan satu daripada cawangan untuk menyalurkan murid-murid

lepasan sekolah menengah ‘Aneka Jurusan’ ke Tingkatan 4 dan 5. Tujuan Sekolah

Menengah Vokasional (SMV) ialah menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, pertanian dan

perdagangan, membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang

teknikal dan vokasional serta mendedahkan pelajar kepada aspek keusahawanan.

Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional,

murid-murid akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

(SPVM). Di antara tahun 1969 hingga 1974, kerajaan telah menubuhkan sekolah

jenis vokasional secara beransur-ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar

Ekonomi Baru di setiap negeri di seluruh negara. Bermula pada tahun 1997, Sekolah

Menengah Vokasional telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik secara

berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2000, terdapat sebanyak 90 buah Sekolah

Menengah Teknik di seluruh negara. Oleh itu Sekolah Menengah Vokasional yang

dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik telah menyediakan tiga aliran iaitu

aliran teknikal, aliran vokasional dan kemahiran. Bidang kursus aliran vokasional

yang ditawarkan ialah seperti Jadual 2.1.

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

15

Jadual 2.1 : Bidang Kursus Vokasional yang ditawarkan

KURSUS MATAPELAJARAN ELEKTIF

Pengaturcaraan Komputer

1. Fundamental of Programming2. Programming and Development

Tools3. Matematik Tambahan

Automotif1. Automotif Kenderaan2. Automotif Elektrik dan Diesel

Elektrik dan Elektronik1. Prinsip Elektrik dan Elektronik2. Aplikasi Elektrik dan Elektronik

Katering1. Penyediaan masakan Barat &

Timur2. Penyajian makanan & minuman

Pengurusan Teknologi Pejabat1. Teknologi pejabat perniagaan2. Aplikasi komputer dalam

perniagaan

Pengurusan Perniagaan1. Perakaunan perniagaan2. Aplikasi Komputer dalam

perniagaan

Amalan Bengkel Mesin1. Pemesinan Berkomputer2. Amalan Bengkel Mekanikal

Kimpalan1. Kimpalan Arka2. Kimpalan Gas

Binaan Bangunan1. Bahan Binaan2. Teknologi Binaan

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

16

KURSUS MATAPELAJARAN ELEKTIF

Penyejukan dan Penyamanan Udara1. Penyejukan2. Penyamanan Udara

Fesyen1. Membuat Pakaian2. Pola pakaian

Seni Kecantikan*perempuan sahaja

1. Persolekan2. Mendandan rambut

Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-Kanak

1. Pengajian Perkembangan kanak-kanak.

2. Perkhidmatan Awal kanak-kanak.

Bakeri1. Roti dan masakan Yis2. Patisseris

Hortikultur Hiasan dan Landskap1. Kejenteraan pertanian2. hortikultur dan Hiasan dan

landskap

Teknologi Tanaman1. Kejenteraan pertanian2. Pengeluaran tanaman

Agroindustri Tanaman1. Pemprosesan Hasil Pertanian2. Pengeluaran tanaman

Agroindustri Ternakan1. Pemprosesan hasil Pertanian2. Pengeluaran Ternakan

Sumber : Kementerian Pelajaran 2007

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

17

Sukatan pelajaran untuk pendidikan vokasional adalah berbeza dengan

sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah menengah akademik harian biasa

(SMK). Pendidikan Vokasional lebih tertumpu kepada pembelajaran berbentuk

amali mengikut kursus yang diambil. Hanya beberapa mata pelajaran wajib yang

sama seperti di sekolah menengah akademik harian biasa. Matapelajaran wajib di

Sekolah Menengah Teknik bagi aliran vokasional ialah Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral dan Pendidikan

Jasmani & Kesihatan. Pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan (SPMV) juga

berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma atau ijazah sarjana

muda di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataupun luar negara.

Syarat-syarat untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik bagi mengikuti

kursus aliran vokasional adalah seperti berikut:

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

Bahasa Malaysia – gred D

Sains – gred D

Matematik – gred D

Kemahiran Hidup – gred D

dan

mendapat minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu)

matapelajaran lain

2.2.2 Kajian-kajian Lepas

Menurut Evan dan Herr (1978), pendidikan teknik dan vokasional

diperkenalkan bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

18

untuk masyarakat dan negara. Ia juga memberi peluang kepada individu memilih

bidang yang diminati untuk memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka.

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1986), pendidikan vokasional ialah

semua program vokasional yang kandungannya meliputi penyampaian pengetahuan

kemahiran teknikal, pemupukan nilai murni atau pembentukan akhlak dan pemberian

latihan kemahiran dalam sesuatu bidang pekerjaan.

Menurut Zulkifli (1994), pendidikan vokasional adalah suatu bidang

pendidikan yang dinamik yang sentiasa berubah mengikut perkembangan teknologi

semasa. Ianya juga berperanan untuk menangani masalah pengangguran akibat dari

pertambahan penduduk negara dengan mendadak dengan menyediakan kemahiran

tertentu kepada pelajar bagi menceburi bidang pekerjaan.

Kesimpulannya ialah pendidikan vokasional merupakan suatu program

pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal yang digubal khusus

mengikut peredaran masa untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir bagi

sesebuah negara.

2.3 Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Menyediakan Tenaga Kerja

Tenaga kerja mahir dan separuh mahir amatlah diperlukan dalam

pembangunan sesebuah negara industri. Melalui sistem pendidikan vokasional,

sudah tentu tenaga kerja mahir dan separuh mahir dapat dibekalkan kerana didalam

sistem pendidikan vokasional bidang-bidang yang menjurus kepada pekerjaan diberi

penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam pembentangan RMK9 baru-baru ini, kerajaan telah mencadangkan

agar tahap kemahiran teknikal dan vokasional dipertingkatkan supaya dapat

melahirkan tenaga kerja berkemahiran dengan memperbanyakkan institusi latihan

Page 38: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

19

awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, mengukuhkan

sistem piawaian dan kualiti pendidikan teknikal, serta menggalakkan penyertaan

sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Kurikulum teknikal akan diperbaiki

dengan kerjasama dan input industri (Kerajaan Malaysia, 2006).

Menurut Wan Mahiswandi (2001) yang dipetik dari Mohamad menyatakan

bahawa, penerimaan industri tehadap lepasan Sekolah Menengah Vokasional adalah

menggalakkan. Ini terbukti apabila data menunjukkan pelajar lepasan Sekolah

Menengah Vokasional tidak perlu menunggu lama selepas tamat pengajian untuk

mendapatkan pekerjaan. Kenyataan ini disokong oleh Ismail Mamat (1993) yang

mendapati bahawa (82%) bekas pelajar vokasional mendapat pekerjaan dalam

tempoh kurang satu tahun selepas tamat pengajian di Sekoalah Menengah Teknik.

Shahril @ Chairil (1993), menyatakan bahawa pendidikan vokasional telah

pesat membangun sejak kebelakangan ini. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa

lebih (70%) pelajar lepasan sekolah di Jerman meneruskan pengajian mereka melalui

sistem pendidikan vokasional dan latihan yang dipanggil ‘Dual System’ dimana

latihan vokasional mengandungi (75%) dan pendidikan umum adalah (25%) dengan

harapan setelah tamat belajar mereka dapat bekerja sebagai tenaga kerja mahir

ataupun separuh mahir.

Abdul Fatah (1992), pula mendapati bahawa pendidikan vokasional adalah

bertujuan untuk membolehkan seseorang itu mendapat pekerjaan. Pendapat tersebut

selari dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) yang menyatakan objektif

utama Sekolah Menengah Vokasional adalah untuk melengkapkan pelajar dengan

asas kemahiran amali yang bertujuan menyediakan mereka untuk mendapatkan

peluang pekerjaan.

Untuk merealisasikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020,

kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah awal

dengan memperkenalkan beberapa mata pelajaran teknikal seperti Lukisan

Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan di 15 buah sekolah berasrama penuh, 24

buah sekolah kawalan atau sekolah-sekolah ‘Premier’ dan di beberapa sekolah

menengah akademik terpilih seluruh negara (KPM, 1995:40).

Page 39: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

20

2.4 Pengetahuan Terhadap Pendidikan Vokasional

Menurut Kamus Dewan (2002), pengetahuan bermaksud perihal mengetahui,

apa-apa yang diketahui, kepandaian atau kebijaksanaan.

Islam amat menekankan umatnya agar menguasai ilmu dan kemahiran seluas

yang mungkin. Allah s.w.t menyebut dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan

mempunyai ilmu pengetahuan dari kalangan kamu dengan

beberapa darjat”

(Al-Mujadillah: 11)

Menurut Prof. Dr. Faisal (1993) yang dipetik dari Sinar Rohani, bangsa yang

mampu menggunakan akal fikirannya semaksimum mungkin dalam usaha

penyelidikan dan pengkajian terhadap rahsia alam seperti yang disarankan oleh

Al-Quran, maka bangsa itulah yang memperolehi kejayaan.

Menurut Najib Razak (2007), ilmu pengetahuan yang dimiliki merupakan

satu medium yang sangat berkuasa dalam mengubah masa depan sesuatu keluarga

atau kaum.

Menurut Rosmah Mansor (2007) pula, tiada jalan pintas untuk masyarakat

keluar daripada halangan kemunduran, kemiskinan, kesusahan dan penderitaan

melainkan mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya.

Mengikut Noorazlina (2006) yang memetik kenyataan Aminah dan Lloyd

(1987) menyatakan bahawa pengetahuan mengenai vokasional hanya akan berlaku

sekiranya maklumat yang cukup disediakan bagi seseorang itu untuk memilih bidang

pekerjaan yang akan diikutinya.

Page 40: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

21

Aminah dan Lloyd (1987) turut memetik satu rencana oleh Swee Hock

(1971), yang menyatakan bahawa pengetahuan tentang kandungan pelajaran perlu

diketahui terlebih dahulu oleh seseorang individu bagi memastikan mereka dapat

menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran tersebut.

Zakaria (2005) dalam kajiannya telah menyarankan agar pameran seperti

laluan kerjaya diadakan di peringkat sekolah menengah rendah bagi memastikan

pelajar-pelajar mengetahui peluang-peluang pendidikan kemahiran yang disediakan

oleh institusi-institusi kemahiran seperti Sekolah Menengah Teknik.

2.5 Minat Terhadap Pendidikan Vokasional

Minat merupakan keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu.

Seseorang yang berminat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti akan menumpukan

daya usaha, masa, pemikiran dan sumber-sumber yang ada bagi memenuhi keinginan

minatnya.

Minat adalah manifestasi nilai dan oleh itu ia mempunyai beberapa atribut

nilai. Minat menyerupai keinginan kognitif yang memandukan tindakan dan

penilaian diri sendiri dalam hubungan dengan orang lain. Walaubagaimanapun ia

adalah konsep yang lebih sempit daripada nilai kerana minat tidak boleh dikelaskan

sebagai mod tingkah laku ideal atau keadaan mutakhir. Minat juga tidak mempunyai

darjah kepatutan sebagaimana yang dipunyai oleh nilai.

Minat tidak semestinya berkait dengan bakat, misalnya ada orang berminat

dalam sukan bola sepak sedangkan dia tidak berbakat. Orang itu bermain sekadar

memenuhi keinginan, dan minatnya untuk bermain ataupun kalau dia tidak bermain

dia hanya mengikuti perkembangan bola sepak.

Page 41: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

22

Bakat yang diiringi dengan pengukuhan minat akan menyerlahkan personaliti

atau keindividuan seseorang. Dalam hal ini, bakat berkembang mencapai potensi

maksimun melalui aktiviti-aktiviti yang berasaskan desakan minat apabila seseorang

individu itu sanggup mengorbankan masa, sumber dan daya usahanya. Bakat dan

minat yang terangkum lebih kekal berbanding dengan bakat atau minat yang

terasing-asing.

Minat adalah penggerak atau kecenderungan untuk memberi perhatian

kepada seseorang, benda atau kegiatan (Sharifah Alawiah, 1984). Ia berupaya

menimbulkan daya usaha yang tinggi kepada seseorang. Dalam hal yang demikian,

jika seseorang itu berminat ia akan terus memberi tumpuan dan mengikuti

sepenuhnya kepada perkara-perkara yang diminatinya.

Saedah et. al (1996) pula memetik kenyataan Bernard (1972) menyatakan

bahawa minat itu dibina akibat kontaks, pengalaman, kejayaan, maklumat dan

kebiasaan. Minat tidak akan wujud tanpa adanya dorongan dan perangsang daripada

pihak luar.

Seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan

pencapaian yang tinggi dalam mata pelajaran yang diikutinya ( Abu Zahari,1987).

Mengikut Ralph Tyler pula, minat adalah sesuatu perkara penting dalam pendidikan

sebagai matlamat atau proses iaitu sebagai objektif. Minat seseorang itu boleh

menentukan apa yang hendak dilakukannya.

Aminah dan Lloyd (1987) memetik satu ucapan oleh Rawcliffe (1963) yang

menyatakan bahawa hanya dengan membangkitkan minat pelajar-pelajar

menggunakan kegemaran mereka serta menjurus kepada cita-cita mereka sahaja guru

akan dapat membantu mereka memilih pekerjaan yang sesuai.

Minat juga dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan.

Ianya tidak perlu wujud secara semulajadi tetapi memerlukan bimbingan dan bantuan

dari orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Crow dan Crow (1980)

Page 42: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

23

menyebutkan bahawa guru, rakan sebaya, ahli keluarga, masyarakat mampu

membantu menyuburkan minat seseorang terhadap sesuatu perkara.

Menurut Bruner (1960), cara paling baik untuk membina minat pelajar

terhadap sesuatu mata pelajaran ialah dengan menerangkan kepentingan mata

pelajaran tersebut dan ilmu yang diperolehi itu amat berguna dalam kehidupannya.

Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan

kepentingan mata pelajaran yang diajarnya.

Menurut Derville (1979), minat adalah sesuatu yang lahir dari hati nurani

seseorang individu itu sendiri. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang itu

untuk meminati sesuatu yang hendak dilakukannya supaya dia tidak dalam keadaan

terpaksa. Sekiranya kita inginkan pelajar-pelajar menggunakan kebolehan mereka

dengan bermanfaat maka kita hendaklah membangkitkan perasaan minat terhadap

kerja yang hendak dilakukannya baik secara langsung ataupun tidak langsung.

Ibrahim (1990) dalam kajiannya terhadap pelajar luar bandar di Sarawak

mendapati bahawa pelajar luar bandar di Sarawak kurang berminat dalam kursus-

kursus yang berkaitan sains dan teknologi adalah disebabkan mereka tidak

mengetahui apa yang boleh disumbangkan oleh kursus-kursus ini kepada mereka

dalam pasaran pekerjaan. Ini berlaku kerana suasana pekerjaan di tempat tersebut

lebih tertumpu kepada bidang bidang pertanian.

Nazri (1999) pula berpendapat bahawa pengetahuan dan pengalaman

terdahulu mewujudkan dorongan dan minat dalaman pelajar terhadap sesuatu bidang.

Menurut Atan Long (1988) pula, salah satu sifat guru yang penting adalah

menimbulkan minat terhadap pengajarannya. Sesuatu kerja atau aktiviti akan

diusahakan dengan nilai konsentrasi yang tinggi jika individu tersebut mempunyai

minat terhadap bidang kerjaya tersebut.

Aspek minat bagi pelajar Orang Asli terhadap pendidikan vokasional perlu

dikenalpasti sebelum menjuruskan mereka mengikuti pendidikan vokasional. Tahap

minat yang tinggi akan menjamin kesungguhan pelajar Orang Asli menjalani

Page 43: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

24

pendidikan vokasional kerana mereka yang berminat beranggapan bahawa proses

pendidikan vokasional yang diterima bukanlah merupakan satu beban tetapi adalah

satu tanggungjawab dan keperluan dalam kehidupan mereka (Mazlan, 1991).

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa

minat merupakan unsur terpenting untuk mencapai sesuatu kejayaan atau

menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi seseorang individu. Oleh itu faktor minat

terhadap aktiviti yang bercorak kemahiran dalam pendidikan vokasional dijangka

dapat mendorong kepada penguasaan kemahiran yang lebih tinggi.

2.6 Persepsi Terhadap Pendidikan Vokasional

Mengikut Kamus Dewan (2002), persepsi bermaksud gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu pandangan menerusi pancaindera

atau tanggapan seseorang individu terhadap sesuatu masalah atau peristiwa. Oleh

sebab itu pendidikan vokasional telah menerima pelbagai tanggapan oleh masyarakat

sekeliling.

Pendidikan vokasional dianggap pendidikan berstatus rendah dan untuk

mereka yang kurang berkemampuan (Bines 1983 dan Suwatonodi 1986). Cita-cita

ibubapa terhadap pelajaran anak-anak mereka adalah berkait rapat dengan taraf sosio

ekonomi mereka. Kajian yang dibuat oleh Cloward, R.A dan Jones dalam (Azizan

Ismail, 1991) mendapati bahawa, ibubapa yang taraf ekonomi mereka rendah

mempunyai cita-cita yang rendah juga terhadap pelajaran anak-anak mereka. Taraf

ekonomi rendah ditakrifkan sebagai golongan yang mempunyai pendapatan kecil dan

tidak mencukupi untuk menanggung keluarga mereka.

Menurut Abdul Fatah & Zakaria Kasa (1986), Kekurangan maklumat tepat

menyebabkan timbul berbagai pandangan ibubapa terhadap pendidikan vokasional

yang ditawarkan. Maklumat yang hendak disampaikan perlulah diseragamkan bagi

Page 44: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

25

meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat terhadap pendidikan vokasional.

Tahap pengetahuan yang rendah tentang pendidikan vokasional menyebabkan

mereka menganggap pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua.

Pandangan negatif pelajar dan masyarakat terhadap pendidikan vokasional

suatu ketika dulu bukan sahaja dialami di negara ini malahan berlaku hampir

kesemua negara maju. Pada umumnya, imej pendidikan vokasional dan graduan

lepasan institusi vokasional tidak begitu positif. Para pelajar lepasan institusi

vokasional dianggap sebagai “pendidikan kelas kedua” yang hanya akan membawa

kepada pekerjaan yang bertaraf rendah apabila menamatkan pengajian di institusi ini

(OUM, 2003).

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1982), menyatakan “Tujuan awal pendidikan

vokasional adalah untuk memberikan pendidikan berterusan kepada pelajar-pelajar

yang gagal dalam peperiksaan SRP”. Gambaran seperti ini jelas mempengaruhi

masyarakat dan pelajar untuk mengikuti pendidikan vokasional. Dengan gambaran

ini, masyarakat tidak berkeyakinan bahawa pendidikan vokasional berkebolehan dan

berwibawa sebagai penyumbang kepada pembangunan negara dan pembangunan

modal insan.

Disamping itu juga, para ibubapa menganggap pendidikan vokasional sebagai

institusi pendidikan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memasuki

institusi ini, serta sekolah berada berjauhan daripada tempat tinggal yang

memerlukan pelajar tinggal di asrama. Menurut Aziz Shamsuddin (2007),

masyarakat Orang Asli ada kemahuan, dorongan dan pendedahan untuk berjaya,

tetapi masih terdapat kekangan yang membataskan kehadiran pelajar Orang Asli ke

sekolah iaitu jarak antara rumah dan sekolah terlalu jauh serta jalan perhubungan

yang tidak sempurna.

Menurut Ishak (2001) kadar kemiskinan bagi Orang Asli di Semenanjung

Malaysia masih mencatatkan kemiskinan yang tinggi, iaitu (50.9%) pada tahun 1999,

termasuk (15.4%) kadar ketermiskinan. Oleh itu dorongan dan bantuan perlu

disediakan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat ini. Ini selaras

dengan kenyataan Mok Song Sang (1997) yang memetik teori Thorndike

Page 45: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

26

menyatakan bahawa ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan menunjukkan

kesan positif jika terdapat tindak balas yang memuaskan seperti bantuan selepas

sesuatu gerak balas dihasilkan.

Menurut Kramlee (2003), sehingga sekarang masih ada pihak yang

melabelkan pendidikan vokasional hanya sesuai untuk golongan atau pelajar yang

tidak mempunyai kebolehan akademik. Disamping itu, pendidikan vokasional juga

sering dianggap sebagai pendidikan kelas kedua yang hanya akan membawa kepada

pekerjaan yang bertaraf rendah.

Pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi akan lebih

cenderung untuk mencari institusi pendidikan yang dilihat dapat menawarkan gaji

yang lumayan, suasana persekitaran kerja yang baik dan peluang kerjaya yang cerah,

yang lebih popular dan lebih menarik pada masa hadapan (Zakaria et al, 2005).

Kramlee (2003) dipetik dari Ramlee (1999) menyatakan bahawa pendidikan

vokasional adalah satu pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal

untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir.

Menurut Kramlee (2003) yang dipetik dari Labaree (1997) pula menyatakan

bahawa sekolah dan pusat latihan vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan

ekonomi dimana sesebuah negara yang ingin maju harus menyediakan secara

berterusan tenaga manusia yang diperlukan untuk membangun sektor ekonomi.

2.7 Penutup

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang individu dan masyarakat perlu

menghindari dari mempercayai persepsi negatif yang dibawa oleh pihak-pihak yang

tidak bertanggungjawab. Oleh itu, pihak-pihak yang berkenaan perlu

bertanggungjawab untuk memyampaikan maklumat yang tepat demi membangunkan

sebuah bangsa agar sama-sama memperolehi kejayaan.

Page 46: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Perbincangan dalam bab ini memberi penekanan terhadap aspek yang

berkaitan dengan kaedah atau prosedur kajian yang akan dijalankan. Perlaksanaan

penyelidikan ini memerlukan satu kaedah yang terbaik bagi mendapat satu keesahan

kajian supaya maklumat yang diperolehi tidak dipertikaikan keputusannya.

Penumpuan yang dititikberatkan dalam kaedah kajian ini ialah terhadap reka bentuk

kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, dan prosedur kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian deskriptif. Kajian ini

digunakan memandangkan pengkaji mengkaji fenomena yang sedang berlaku pada

masa ini iaitu penglibatan yang kecil pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah

Teknik.

Page 47: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

28

Jenis kajian deskriptif yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Rekabentuk ini

sesuai digunakan kerana ia dapat menerangkan fenomena yang sedang berlaku.

Dalam kaedah ini pengumpulan data dan maklumat dibuat dengan menggunakan set

soal selidik bagi mengetahui tahap pengetahuan, minat dan persepsi pelajar Orang

Asli di Daerah Rompin terhadap pendidikan vokasional. Rasional menggunakan

kaedah ini adalah kerana ianya boleh menjawab kehendak persoalan kajian yang

berkaitan dengan pengetahuan, minat dan persepsi pelajar Orang Asli terhadap

pendidikan vokasional. Disamping itu, soal selidik digunakan kerana ianya

menjimatkan kos, masa serta senang untuk dianalisis. Maklumat-maklumat yang

diperolehi akan diproses dan dianalisis untuk dijadikan kesimpulan kepada kajian

ini. Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah dibuat, beberapa cadangan akan

diberikan bagi mengatasi masalah kekurangan pelajar Orang Asli melanjutkan

pelajaran di Sekolah Menengah Teknik.

3.3 Populasi dan Sampel

Populasi dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar Orang Asli Tingkatan 2 dan

Tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah akademik harian biasa (SMK) dalam

daerah Rompin Pahang. Memandangkan jumlah mereka adalah terhad, maka semua

populasi iaitu seramai 64 orang pelajar Orang Asli telah terlibat sebagai sampel

kajian.

Page 48: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

29

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data merupakan satu set

soal selidik. Menurut Mohamad Najib (1999), set soal selidik digunakan untuk

mengukur konsep yang berkaitan dengan pengetahuan, minat, persepsi dan

keterangan latar belakang responden yang terlibat dalam kajian.

Setiap set soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan

Bahagian B. Dalam Bahagian A, maklumat yang diperlukan oleh penyelidik adalah

berkaitan dengan biodata responden seperti jantina, umur, suku kaum, pekerjaan

ibubapa serta tahap pendidikan keluarga. Responden hanya perlu menandakan ( / )

pada ruangan yang disediakan.

Bahagian B pula mengandungi item-item yang dibahagikan kepada tiga

bahagian mengikut persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian. Soalan kajian

tersebut berdasarkan pembolehubah seperti pengetahuan, minat dan persepsi pelajar

Orang Asli terhadap pendidikan vokasional. Jadual 3.1 menunjukkan pecahan soalan

mengikut persoalan kajian. Bagi item 39 dan item 40, responden dikehendaki

menulis nombor mengikut keutamaan pada ruangan yang disediakan.

Jadual 3.1 : Bilangan item mengikut persoalan kajian

BIL ASPEK KAJIAN NOMBOR SOALAN BIL. ITEM

1. Pengetahuan1, 2, 4, 11, 12, 14, 16, 20, 22, 23, 26, 27, 29, 35 14

2. Minat5, 7, 8, 10, 13, 17, 19, 24, 32, 34, 36, 37, 38, 39, 40 15

3. Persepsi3, 6, 9, 15, 18, 21, 25, 28, 30, 31, 33 11

JUMLAH 40

Page 49: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

30

Soal selidik ini menggunakan kaedah Skala Likert lima peringkat seperti

Jadual 3.2. Responden perlu menjawab dengan menandakan pada ruang yang

disediakan bagi memenuhi pilihan mereka. Kelima-lima peringkat skala tersebut

ialah 1 untuk Sangat Tidak Setuju ( STS ), 2 untuk Tidak Setuju ( TS ), 3 untuk

Sederhana Setuju ( SDS ) , 4 untuk Setuju ( S ) dan 5 untuk Sangat Setuju ( SS ).

Jadual 3.2 : Skala Likert Lima Peringkat

PERINGKAT SINGKATAN SKOR

Sangat Tidak Setuju STS 1

Tidak Setuju TS 2

Sederhana Setuju SDS 3

Setuju S 4

Sangat Setuju SS 5

Sumber : Mohd Najib, 1999

3.4.1 Kesahan Kandungan Soal Selidik

Kesahan kandungan adalah penting agar item yang dibina dapat mengukur

perkara sebenar yang hendak diukur. Bagi menentukan kesahan instrumen kajian,

soal selidik ini telah disemak oleh seorang yang berpengetahuan dalam bidang

berkaitan pendidikan vokasional. Soal selidik ini telah disemak dan diakui oleh :

i. En. Kamalulariffin Bin Subari

Pensyarah Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 50: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

31

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik

digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu untuk

memastikan tahap kebolehpercayaan dan keesahan soal selidik yang digunakan.

Menurut Majid Koting (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan

dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan

yang tinggi akan memberi keputusan yang sama dan hampir sama setiap kali ia

digunakan di dalam situasi setara.

Untuk kajian rintis ini, seramai 10 orang pelajar Orang Asli di Sekolah

Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok Rompin Pahang telah diminta untuk

menjawab borang soal selidik ini. Pemilihan ini dilakukan untuk menyamai dari

segi faktor pengetahuan, minat dan persepsi terhadap pendidikan vokasional

berdasarkan kepada tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

Hasil kajian rintis yang telah dijalankan di sekolah tersebut, keputusan yang

diperolehi menunjukkan kebolehpercayaan (reliability cronbachs) Alpha bagi

keseluruhan item yang dibina ialah 0.81. Mengikut Mohamad Najib (1999), nilai

cronbachs melebihi 0.6 merupakan satu nilai kebolehpercayaan item ditahap boleh

diterima pakai. Oleh itu, borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji boleh

digunakan untuk diedarkan kepada responden di empat buah sekolah menengah

akademik harian biasa (SMK) dalam daerah Rompin Pahang.

Page 51: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

32

3.6 Kerangka Operasi

Rajah 3.1 menunjukkan carta alir dalam menjalankan kajian. Dalam

menyiapkan kajian ini, pengkaji telah mengikuti langkah-langkah tersebut mengikut

masa yang ditetapkan bagi memastikan kajian dapat disiapkan dalam masa yang

ditetapkan.

Rajah 3.1 Kerangka Operasi Menjalankan Kajian

Pengesahan Tajuk dengan Pensyarah Pembimbing

Rujukan Sorotan Kajian

Kajian Rambang

Borang Pendaftaran Projek Sarjana Muda (PSM)

Memilih Skop Kajian dan Membina Kerangka Kerja

Pembinaan Instrumen

Membina Soal Selidik

Edaran Soal Selidik

Pengumpulan Data dan Analisa Data

Rumusan dan Cadangan

Tidak Memuaskan

Memuaskan

PembinaanTajuk

Pembacaan

Page 52: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

33

3.7 Prosedur Kajian

Pengkaji memulakan kajian dengan mendapatkan data yang berkaitan dengan

tajuk yang dicadangkan supaya dapat mengesan masalah. Pengkaji telah pergi ke

Pejabat Pelajaran Daerah Rompin Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah

Rompin Pahang bagi mendapatkan data awal berkenaan maklumat pelajar Orang

Asli yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik.

Berdasarkan data yang diperolehi pengkaji telah membuat penelitian terhadap

peratusan pelajar Orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah

Teknik. Kesesuaian tajuk dengan data yang diperolehi dikenalpasti. Pengkaji telah

bertemu dengan pensyarah pembimbing dan berbincang tentang kesesuaian tajuk

yang dipilih. Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah, pengkaji mula

menulis Bab I, Bab II dan Bab III dengan membuat rujukan secara ilmiah daripada

buku-buku dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

Bagi menggunakan pelajar sekolah sebagai responden, pengkaji perlu

memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah diluluskan pengkaji

menulis surat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk memohon kebenaran

bagi menggunakan pelajar-pelajar Orang Asli yang bersekolah di empat buah

sekolah menengah akademik harian biasa (SMK) dalam daerah Rompin Pahang

sebagai responden kajian.

Dalam proses menjalankan kajian, pengkaji terlebih dahulu memohon

kebenaran daripada Pengetua. Kemudian seorang guru akan ditugaskan untuk

membantu pengkaji semasa kajian dijalankan. Semasa kajian dijalankan, set soal

selidik diedarkan oleh pengkaji kepada responden yang terlibat. Untuk setiap sesi,

responden akan dikumpulkan dan diberikan taklimat ringkas mengenai cara-cara

menjawab item soal selidik. Langkah ini perlu bagi memastikan responden

menjawab item dengan lengkap dan mengurangkan risiko borang soal selidik tidak

Page 53: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

34

dikembalikan oleh responden. Setiap responden diberikan masa selama 30 minit

untuk menjawab semua item soal selidik yang diedarkan. Set soal selidik yang telah

dilengkapkan akan dipungut pada masa yang sama untuk mengurangkan

kemungkinan responden menyeragamkan jawapan sesama mereka. Sepanjang

proses ini berlangsung, pengkaji telah dibantu oleh seorang guru di setiap sekolah

yang pengkaji jalankan kajian.

3.8 Analisis Data

Analisis data adalah satu proses mengolah data yang bertujuan untuk

mendapatkan keputusan yang bermakna daripada maklumat yang diperolehi daripada

soal selidik. Data-data dalam Bahagian A dan Bahagian B, kedua-duanya diproses

dengan menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Packages for Social

Science) 14.0 for Windows. Tetapi bagi item 39 dan item 40, pengkaji telah

menggunakan kaedah manual untuk mendapatkan peratus bagi menentukan ranking.

Hasil daripada analisis data terhadap Bahagian A akan ditunjukkan dalam bentuk

jadual yang mengandungi frekuensi dan peratus manakala Bahagian B pula

ditunjukkan dalam bentuk jadual yang mengandungi peratus sahaja.

Berdasarkan keputusan yang diperolehi melalui program SPSS juga,

penyelidik akan mengolah peratusan item Bahagian B dari skala likert 5

pemeringkatan kepada 3 tahap persetujuan. Tahap persetujuan yang dinyatakan

adalah seperti Jadual 3.3.

Page 54: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

35

Jadual 3.3 : Skala likert lima peringkat kepada tiga tahap persetujuan

1 2 3 4 5Skala

Likert

5 Peringkat

Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Sederhana

SetujuSetuju

Sangat

Setuju

1 2 33 Tahap

PersetujuanTidak

Setuju

Sederhana

SetujuSetuju

Pengkaji juga telah menetapkan julat peratusan untuk mendapatkan tahap

pengetahuan, minat dan persepsi pelajar Orang Asli terhadap pendidikan vokasional

yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik. Ketetapannya adalah seperti

Jadual 3.4 dan Jadual 3.5.

Jadual 3.4 : Pemeringkatan peratusan bagi pengetahuan dan

minat

NILAI PERATUSAN TAHAP / KEDUDUKAN

70.0 % - 100.0 % Tinggi

40.0 % - 69.9 % Sederhana

0.0 % - 39.9 % Rendah

Sumber : Diubahsuai Mohd Najib, 1999

Berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan seperti Jadual 3.4, pengkaji telah

membuat darjah penilaian terhadap responden. Darjah penilaian terhadap responden

dianggap rendah jika peratusannya berada di antara 0% hingga 39.9%, Sedarhana

jika berada di antara 40% hingga 69.9% dan tinggi jika berada sekitar 70% hingga

100%.

Page 55: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013-11-19 · Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2

36

Jadual 3.5 : Pemeringkatan peratusan bagi persepsi

NILAI PERATUSAN TAHAP / KEDUDUKAN

50.0% - 100.0% Positif

0.0% - 49.9% Negatif

Sumber : Diubahsuai Mohd Najib,1999

Berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan pada Jadual 3.5, pengkaji telah

membuat darjah penilaian terhadap responden. Darjah penilaian terhadap responden

dianggap positif jika peratusannya berada di antara 50% hingga 100% manakala

dianggap negatif jika berada 0% - 49.9%.

3.9 Penutup

Secara keseluruhannya bab ini telah menerangkan bagaimana data dan

maklumat diperolehi, diproses dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih tepat dan

bersistem. Kajian penyelidik adalah satu tinjauan yang melibatkan 64 orang pelajar

Orang Asli di empat buah sekolah menengah akademik harian biasa dalam daerah

Rompin Pahang. Instrumen kajian adalah soal selidik dan dianalisis dengan

menggunakan SPSS versi 14.0. Dapatan hasil kajian akan dibincangkan dalam bab

yang seterusnya.