norhidayah bt nordin - fp.utm.my fileuniversiti teknologi malaysia dengan syarat-syarat kegunaan...

32
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN NORHIDAYAH BT NORDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: haque

Post on 31-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN

 

 

 

 

NORHIDAYAH BT NORDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN

MOODLE BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NORHIDAYAH BT NORDIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

122 LRG 1 KG SAWAH RING

84700 GERSIK LEDANG

JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh: 6 APRIL 2009 Tarikh: 6 APRIL 2009

TIDAK TERHAD

SULIT

TERHAD

Disahkan oleh √

PM DR.HJ.SHAHAROM NOORDIN

Nama Penyelia

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

ii

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik.”

Tandatangan : __________________________________

Nama Penyelia : PM Dr.HJ.SHAHAROM BIN NOORDIN

Tarikh : __________________________________

Page 4: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

iii

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN

NORHIDAYAH BT NORDIN

Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 5: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

iv

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : __________________________

Nama Pembangun : NORHIDAYAH BT NORDIN

Tarikh : __________________________

Page 6: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

v

DEDIKASI

Sekalung budi buat bonda (Ramlah Bt Hussin) dan keluarga

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi

dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam

persekolahan hingga sekarang. Sudi berkongsi susah senang walau apa

jua terjadi.

Buat rakan seperjuangan Dila, Zila, Faizah, kak Wahida, Yan dan

warga 4 SPF. Semoga ukhwah yang terbina dapat dijalinkan bukan hanya

sekadar di sini, tetapi terus berkekalan buat selama-lamanya. Ucapan

terima kasih kepada atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan

sepanjang perkenalan ini di Universiti Teknologi Malaysia. Kalianlah

yang membakar semangat perjuagan ini…..

Terima kasih semoga kalian diberkati Allah S.W.T….

Page 7: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

vi

PENGHARGAAN

Segala puji hanya bagi Allah kerana dengan limpah kurnia, taufik dan

hidayahNya, penulisan ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W yang menyampaikan risalah dakwahnya sehingga dapat

menegeluarkan umat ini daripada kegelapan dengan izin Allah S.W.T. Selawat dan

salam juga ke atas keluarga Nabi, para sahabat serta mereka yang mengikut sunah

Nabi sehingga ke hari kiamat.

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya

Dr. Haji Shaharom Bin Noordin selaku pembimbing Projek Sarjana Muda (PSM)

yang sudi memberi tunjuk ajar, ilmu pengetahuan, bimbingan serta dorongan yang

berterusan sehingga PSM ini mampu disiapkan dengan sempurna hendaknya.

Akhir sekali, terima kasih dirakamkan khas untuk bonda dan sekeluarga,

segala kasih sayang, pengorbanan dan dorongan kalian amat berharga. Mudah-

mudahan usaha diberkati dan dinaungi oleh pencipta hendaknya.

Page 8: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

vii

ABSTRAK

Bahan pembelajaran yang bermutu amat diperlukan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Oleh

itu pembangunan bahan berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang

berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang terarah kendiri. Justeru, satu

pembangunan bahan e-pembelajaran fizik bertajuk Daya dan Tekanan dibangunkan

sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang memerlukan lebih banyak bahan

pengajaran berbentuk elektronik. Untuk mencari suatu perisian yang sesuai

pembangun telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE.

Sistem ini dianggap sesuai dengan menggunakan pendekatan Model Pembelajaran

Konstruktif Needham Lima Fasa. Model pembangunan bahan e-pembelajaran fizik

yang bertajuk Daya dan Tekanan ini, berasaskan model ADDIE. Hasil daripada

penilaian yang telah dijalankan keseluruhan bahan e-pembelajaran fizik bertajuk Daya

dan Tekanan adalah sesuai digunakan dan memenuhi Sukatan Pelajaran Fizik KBSM

Tingkatan Empat.

Page 9: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

viii

ABSTRACT

Good quality teaching and learning materials are very much needed to

overcome the problems of associated with teaching and learning. Hence, there is a

need to study the development of web material as an effective means for delivering

knowledge in the process of teaching and learning because this medium can support

self-directed learning. For the purpose of this project, physics e-learning materials

entitled force and pressure was developed. In the search for using an electronic

medium as effective mode to implement e-learning, this project has employed a

course management system called of MOODLE. These of physics e-learning materials

were design based on ADDIE model for development and Five Phase Needham

Constructive as model of learning. From the evaluation, the overall acceptance of the

physics e-learning materials entitled Force and Pressure was found to be suitable for

teaching and learning, Form Four Physics as if fulfils the Form Four KBSM Physics

Curriculum Specifications

Page 10: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

ix

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI SIMBOL xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.1.1 Gambar Rajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar 5

1.1.2 Kekurangan Kaedah Penerokaan Dan Konstruktif 7

1.1.2.1 Penerokaan 8

1.1.2.2 konstruktif 9

1.1.3 Rujukan dan Pengukuhan Maklumat Sumber

Yang Disampaikan Adalah Terbatas 11

1.2 Pernyataan Masalah 12

Page 11: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

x

1.3 Objektif Kajian 12

1.4 Kerangka konsep Projek 13

1.5 Kepentingan Kajian 15

1.6 Skop Projek 16

1.7 Batasan Projek 17

1.8 Takrifan Istilah 17

1.9 Rumusan 20

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 22

2.0 Pendahuluan 22

2.1 e-Pembelajaran 23

2.2 Ciri-Ciri e-Pembelajaran 25

2.2.1 Keluasan Pengguna 25

2.2.2 Kos Efektif 26

2.2.3 Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar 26

2.2.4 Penyebaran Serentak 27

2.3 Perisian Sumber Terbuka (OSS) 28

2.4 Sistem Pengurusan MOODLE 29

2.4.1 Ciri-Ciri dan Kelebihan MOODLE 30

2.5 Model-Model Pembangunan Perisian 31

2.5.1 Model ASSURE 31

2.5.2 Model ADDIE 36

2.5.3 Model Rapid Prototyping 39

2.5.4 Model Dick dan Carey 41

2.6 Aplikasi Model Pembelajaran Konstruktif Needham Dalam

e-Pembelajaran Fizik Tingkatan Empat Bertajuk Daya dan

Tekanan 44

2.7 Analisis Kesilapan dan Kesukaran Fizik 47

2.8 Kajian-kajian yang Berkaitan Dengan Pembinaan Bahan

e-Pembelajaran Dalam Bidang Fizik 49

Page 12: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xi

2.8.1 Kajian-Kajian tentang Pembinaan dan Penilaian

Bahan Pengajaran e-Pembelajaran Dalam Bidang

Fizik dalam Negara 49

2.8.2 Kajian-Kajian tentang Pembinaan dan Penilaian

Bahan Pengajaran E-pembelajaran dalam Bidang

Fizik Luar Negara 51

2.9 Rumusan 52

BAB 3 PENGKAEDAHAN 54

3.0 Pendahuluan 54

3.1 Model Pembinaan Perisian 55

3.1.1 Analisis (Analysis) 55

3.1.2 Reka Bentuk (Design) 56

3.1.3 Pembangunan (Development) 56

3.1.4 Pelaksanaann (Implementation) 57

3.1.5 Penilaian (Evaluation) 57

3.1.5.1 Skala Penilaian Bahan Pembelajaran 58

3.2 Perkakasan atau Alatan 62

3.3 Reka Bentuk Projek 63

3.3.1 Bahagian Isi kandungan 63

3.3.2 Bahagian Interaksi 64

3.3.3 Bahagian Antara Muka 67

3.4 Tatacara Pembinaan Bahan Pengajaran Di Dalam

e-Pembelajaran Fizik Tingkatan empat Bertajuk Daya dan

Tekanan 67

3.5 Rumusan 70

BAB 4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN FIZIK

BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN 71

Page 13: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xii

4.0 Pendahuluan 71

4.1 Pendaftaran Pengguna 72

4.2 Hasil Pembangunan Bahan Pembelajaran 73

4.2.1 Menu Utama Web Portal 73

4.2.2 Isi Kandungan Pembelajaran Daya dan Tekanan 74

4.2.3 Menu Utama Power Point 75

4.2.4 Lesson Core 76

4.2.4.1 Fasa Introduction 77

4.2.4.2 Fasa Basic Intelligence 78

4.2.4.3 Fasa Guided Intelligence 79

4.2.4.4 Fasa Altered Intelligence 81

4.2.4.5 Fasa Question 82

4.2.5 Learning Map 83

4.3 Modul yang Telah Disediakan Oleh Web Portal 84

4.3.1 Forum 85

4.3.2 Chat 86

4.3.3 Kuiz 87

4.3.4 Glosari 88

4.3.5 Tugasan 89

4.4 Kemudahan Lain 90

4.4.1 Motivasi 91

4.4.2 Buletin Fizik 92

4.5 Penilaian Pembangunan Bahan e-Pembelajaran 93

4.6 Rumusan 96

Page 14: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xiii

BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 97

5.0 Pendahuluan 97

5.1 Kesimpulan 98

5.2 Perbincangan Pembangunan Bahan e-Pembelajaran 100

5.2.1 Kelebihan Bahan e-Pembelajaran Daya

Dan Tekanan 101

5.2.1.1 Isi Kandungan Berlandaskan KBSM 101

5.2.1.2 Bahan Interaktif 103

5.2.1.3 Reka Bentuk Bahan e-Pembelajaran Daya

dan Tekanan 103

5.2.2 Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa

Penghasilan Pembangunan Bahan

e-Pembelajaran 104

5.2.2.1 Kepakaran Yang Terhad 104

5.2.2.2 Capaian Internet 105

5.2.2.3 Kekangan Idea 105

5.2.2.4 Bahan-Bahan Pembelajaran

dan Pengajajaran 106

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 106

5.4 Rumusan 108

RUJUKAN 109

LAMPIRAN 114

Page 15: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tafsiran Indeks 7

3.1 Skala Likert 58

3.2 Pemeringkatan Kesesuaian Bagi Setiap Aspek

Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Fizik

Bertajuk Daya dan Tekanan 61

3.3 Pemeringkatan Kesesuaian Bagi Keseluruhan

Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Fizik

Bertajuk Daya dan Tekanan 61

3.4 Perkakasan atau Alatan 62

3.5 Penstrukturan Fasa Pembelajaran

Bagi Tajuk Tekanan Berasaskan Model

Konstruktif Needham Lima Fasa 64

4.1 Hasil Penilaian Mengikut Tiga Aspek 94

Page 16: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 13

2.1 Lima Fasa Model ADDIE 36

2.2 Model Rapid Prototyping 40

2.3 Model Reka Bentuk Pengajaran Dick

dan Carey 43

2.4 Carta Alir Model Konstruktif

Needham 45

3.1 Carta Alir Interaksi dalam e-Pembelajaran 65

Fizik Tingkatan Empat Bertajuk Daya dan

Tekanan

3.2 Carta Alir Situasi dalam Lesson Core 66

3.3 Rangka Kerja Pembinaan E-pembelajaran

Fizik Bertajuk Daya dan Tekanan 68

3.4 Rangka Kerja Kajian Pembangunan

e-Pembelajaran Fizik Tingkatan Empat

Bertajuk Daya dan Tekanan

(ubahsuai Shaharom, 1994) 69

4.1 Paparan Login 72

4.2 Paparan Menu Utama Web Portal 74

4.3 Paparan Sub Topik dalam Web Portal 75

4.4 Paparan Menu Utama Power Point 76

4.5 Paparan Fasa Introduction 78

4.6 Paparan Fasa Basic Intelligence 79

4.7 Paparan Fasa Guided Intelligence 80

4.8 Paparan Fasa Altered Intelligence 81

4.9 Paparan Fasa Question 82

Page 17: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xvi

4.10 Paparan Learning Map 83

4.11 Ruangan Forum 86

4.12 Paparan Ruangan Chat 87

4.13 Paparan Kuiz 88

4.14 Paparan Glosari 89

4.15 Paparan Ruangan Tugasan 90

4.16 Paparan Ruangan Motivasi 91

4.17 Isi Kandungan Ruangan Motivasi 91

4.18 Paparan Ruangan Bulliten Fizik 92

4.19 Isi kandungan Di Dalam Ruangan

Bulliten Fizik 92

Page 18: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xvii

SENARAI SINGKAT

et al - And Others

CD - Compact Disc/cakera Padat

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MOODLE - “Modular Object Oriented Dynamic Learning

Environment”

OSS - “Open Source Software”

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

S - Sesuai

SM - Sisihan Min

SPM - Sijil Penilaian Malaysia

VR - Video Reality

Page 19: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xviii

SENARAI SIMBOL

___X - Min

∑ - Jumlah

n - Bilangan Ke-n

ix - Markat Subjek

Page 20: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian 115

Bahan E-Pembelajaran

Fizik Bertajuk Daya

Dan Tekanan

B Soal Selidik Terhadap Tahap 120

Kesukaran Mata Pelajaran

Fizik Tingkatan Empat

Page 21: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,

Malaysia meletak Wawasan 2020 sebagai satu misi atau pemangkin untuk mencapai

status tersebut. Menerusi cabaran keenam bagi Wawasan 2020 ialah untuk melahirkan

masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta

menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi pada masa hadapan. Menerusi

cabaran ini perkembangan dalam bidang sains dan teknologi di Malaysia berkembang

dengan pesat sekali. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai kemudahan dan

infrastruktur yang canggih dan berteknologi tinggi dengan menggunakan kepakaran

warga tempatan. Bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang saintifik ini, kita tidak

seharusnya ketinggalan dengan hanya menggunakan teknologi yang dihasilkan sahaja,

tetapi kita perlu menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi. Dengan kata

yang lain, di samping mengguna teknologi, kita perlu menghasilkannya. Bagi mencapai

hasrat ini, bidang sains dan teknologi perlu diberi perhatian khusus dalam sistem

Page 22: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

2  

pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, ini telah menimbulkan cabaran kepada

bidang pendidikan negara kita untuk melahirkan masyarakat saintifik.

Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah diubah

sejajar dengan era perkembangan teknologi maklumat.

Menurut Rozinah (2000:4),

“Kita mestilah melihat kepada fenomena dalam sistem pendidikan baru yang

merangkumi bagaimana fenomena itu distrukturkan, apa yang sepatutnya diajar, dan

bagaimana bahan patut diajar”.

Oleh itu beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi

maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.

Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam

mengubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap

maklumat dan sebagainya. Selain itu juga pelajar berpeluang untuk menentukan teknik

belajar yang bersesuaian dengan mereka dan membentuk pengetahuan berdasarkan

keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan

berkesan.

Page 23: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

3  

Rentetan itu, pemilihan bahan pengajaran yang berasaskan elektronik telah

mendapat perhatian dan mempunyai pengaruh besar dalam menjayakan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) pada masa kini. Ini kerana pemilihan sesuatu

bahan pengajaran elektronik perlu mengambil kira potensi bahan tersebut untuk

disepadukan ke dalam proses pembelajaran di samping dapat membantu mencapai

objektif pembelajaran yang ditetapkan. Empat perkara utama yang harus diberi perhatian

oleh para guru semasa memilih sesuatu bahan pengajaran ialah pertimbangan dari segi

praktikal, pelajar, isi kandungan dan guru itu sendiri (Klasek,1972).

E-Pembelajaran merupakan salah satu bahan P&P berbentuk elektronik yang

diperkenalkan, bersesuaian dan berkesan dalam menekankan penglibatan pelajar dalam

proses P&P bagi mengembangkan potensi individu pelajar. Ini dapat diperkukuhkan lagi

oleh (Rohidayah, 2004) mengenai bahan P&P yang bermutu merujuk kepada bahan-

bahan yang dibina berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam

proses P&P ke arah menggalakkan proses pemikiran pelajar semasa P&P dijalankan.

Persoalannya sekarang, adakah bahan-bahan P&P tersebut sesuai untuk

digunakan dan menepati kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas? Adakah ia mempunyai

ciri-ciri yang menepati Matlamat Kurikulum Sains iaitu kearah perkembangan ketiga-tiga

domain kognitif, psikomotor dan afektif, secara menyeluruh dan bersepadu semasa proses

P&P?

Justeru, bagi menjawab persoalan-persoalan dan menangani masalah ini, maka

bahan pengajaran berasaskan e-Pembelajaran Fizik ini merupakan satu kaedah atau

Page 24: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

4  

pendekatan yang sesuai untuk pelajar dan guru bagi melahirkan individu yang celik

teknologi dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Oleh itu, pembangun berpendapat

satu kajian harus dijalankan bertujuan untuk membangunkan bahan pengajaran e-

Pembelajaran berasaskan MOODLE Fizik tingkatan empat bertajuk Daya dan Tekanan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Sasaran untuk melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang Fizik dan teknologi

telah diketahui umum. Oleh yang demikian, pemilihan bahan pengajaran seseorang guru

dan gaya pembelajaran pelajar adalah salah satu faktor yang menentukan kecemerlangan

pencapaian pelajar. Dalam mata pelajaran Sains khususnya, bahan pengajaran yang lebih

kreatif, menarik dan bersifat inkuiri dapat membantu pelajar meningkatkan

pencapaiannya. Oleh hal yang demikin, ianya menjadi tanggungjawab pendidik untuk

mencari pemilihan bahan pengajaran yang sesuai untuk mengajar secara berkesan. Bahan

pengajaran berdasarkan pendekatan secara tradisional seperti media bercetak sudah

tidak sesuai digunakan dan ianya menekan pelajar serta sudah dianggap ketinggalan

zaman. Pelajar mudah berasa bosan dan malas untuk mengikuti kelas yang dijalankan

kerana bahan pengajaran guru dalam bentuk bercetak adalah statik (Esah, 2003).

Tambahan pula sistem pembelajaran masa kini lebih berorientasikan kepada ‘exam

oriented’ dan ‘content oriented’ menjadikan pelajar semakin memfokuskan matlamat

belajar kepada peperiksaan semata-mata dan mengabaikan matlamat pembelajaran yang

sebenar.

Page 25: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

5  

Bahan pengajaran yang bergantung kepada media bercetak seperti buku teks dan

rujukan akan mengakibatkan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku

teks itu sahaja. Pelajar tidak mempunyai pengetahuan tambahan selain pengetahuan yang

ada di dalam buku teks sahaja. Ini menyebabkan komunikasi sehala banyak berlaku di

mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat dari buku teks

manakala pelajar pula, hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang

terkandung di dalam buku teks. Pembelajaran sebegini sememangnya boleh

mengurangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Fizik dan seterusnya

mengkategorikan Fizik sebagai satu mata pelajaran yang sukar difahami.

Masalah dan kelemahan yang timbul dalam mempelajari subjek Fizik melalui

media bercetak. Antaranya ialah:

1.1.1 Gambar Rajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Gambar rajah adalah sesuatu yang mempunyai peranan penting dalam

menyampaikan sesuatu maklumat. Ini kerana penggunaan gambar rajah biasanya dapat

menjelaskan sesuatu konsep dengan lebih konkrit kerana kadang kala penggunaan teks di

dalam media bercetak sahaja masih tidak mencukupi untuk menerangkan sesuatu konsep

(Soo,2000). Justeru, seharusnya gambar rajah yang statik di dalam bahan pengajaran

yang bercetak tidak mampu merangsang pemikiran pelajar semasa proses P&P.

Kebanyakan gambar rajah yang terkandung di dalam buku teks dan rujukan

merupakan bahan pengajaran yang kadangkala membuatkan pelajar cepat merasa bosan.

Sebagai contoh, melalui buku teks pelajar tidak dapat melihat pergerakan zarah-zarah

pepejal, cecair dan gas apabila dikenakan tekanan terhadap sesuatu.

Page 26: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

6  

Ini dapat disokong oleh Muhammad Sam,(2001) yang telah melakukan penilaian

kuantitatif terhadap buku rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap Tingkatan Empat

dan lima karangan Tho Lai Hoong (2000). Beliau mendapati indeks penglibatan pelajar

untuk gambar rajah, Ig ialah 0.08. Manakala Ig yang dianalisis oleh Chan (2000) untuk

buku Petua Kejayaan SPM Fizik Tingkatan 4&5 yang dikarang oleh Loo Wan Yong

(1993) ialah 0.13. Abu Ani (2001), yang menganalisis buku Bantuan Studi Lengkap

Formula Bestari SPM Fizik (2000) karangan Tho Lai Hong pula mendapati Ig ialah 0.20.

Hasil analisis kuantitatif terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Sukses Lengkap Terkini

SPM Fizik Tingkatan 4&5 karangan Yap Huey Cheen (1997) oleh Wong (2000) pula

mendapati Ig ialah 0.25.

Merujuk kepada analisis-analisis di atas, indeks penglibatan pelajar untuk gambar

rajah diketagorikan <0.4. Nilai-nilai ini menunjukkan bahawa terlalu banyak gambar

rajah yang kurang membina pengetahuan iaitu lebih kepada penerangan sesuatu konsep

sahaja tanpa mengira penglibatan para pelajar unutuk melakukan sesuatu aktiviti atau pun

menggunakan data. Jadual 1.1 menunjukkan tafsiran indeks bagi penglibatan pelajar

terhadap faktor-faktor gambar rajah yang kurang penglibatan pelajar.

Page 27: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

7  

Jadual 1.1 : Tafsiran Indeks

Nilai Indeks Tafsiran Indeks

0 Tiada penglibatan pelajar

<0.4 Autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan tafsiran)

1.0 Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-kenyataan yang

tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan yang

memerlukan pemikiran pelajar

>1.5 Tanpa isi kandungan. Hanya soalan. Kurang maklumat/data

Infiniti Kenyataan dan setiap gambar rajah memerlukan pelajar membuat

analisis. Tanpa isi kandungan

Sumber : Ubah suai Romey (1968)

Ini menunjukkan gambar rajah yang terdapat dalam kebanyakan bahan P&P

hanya menekankan kepada memberi maklumat sahaja tidak kepada merangsang

pemikiran pelajar dalam proses P&P.

1.1.2 Kekurangan Kaedah Penerokaan Dan Konstruktif

Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada

usaha guru dan juga pelajar. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan

ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Oleh itu guru

seharusnya menyediakan bahan pengajaran yang menarik dan berbentuk ‘hands on’

untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan lebih

seronok. Melalui bahan pengajaran bercetak ianya tidak banyak mendidik pelajar

memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar tidak membuat

perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif mereka

Page 28: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

8  

sendiri yang hanya berdasarkan bahan pembelajaran bercetak yang telah disediakan

sahaja. Dengan kaedah ini, para pelajar tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran

mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, bahan

pengajaran bercetak tidak menyediakan kebolehan interaktiviti bersama rakan-rakan,

guru-guru dan kakitangan sekolah. Ini tidak membolehkan seseorang pelajar belajar

secara kendiri dan sentiasa memerlukan kehadiran guru sepanjang masa.

1.1.2.1 Penerokaan

Penerokaan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu

fenomena yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran secara penerokaan berlaku apabila

konsep dan prinsip Fizik disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai

penerokaan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti

pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen.

Dalam bahan pengajaran yang bercetak, pembelajaran secara penerokaan hanya

sedikit sahaja diterapkan kerana kekurangan masa di dalam bilik darjah. Ini menyebabkan

pelajar tidak mampu berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah. Pendekatan

penerokaan ini menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Apabila masa yang

suntuk di dalam kelas, pengalaman pelajar hanya sedikit dan pengetahuan mereka juga

sedikit. Oleh itu, guru tidak banyak melibatkan murid mereka dalam penerokaan dengan

tidak banyak memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan kerana pengajaran

guru-guru hanya berlandaskan buku teks atau media bercetak yang lain sahaja. Ini kerana

jumlah pelajar yang ramai bagi sesebuah kelas, di mana guru agak sukar untuk mengajar

mengikut keperluan pelajarnya serta memenuhi tahap keupayaan. Bahan pengajaran

Page 29: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

9  

berbentuk media bercetak ini tidak sesuai dalam mata pelajaran Fizik di mana ianya

memerlukan pendekatan penerokaan dan bukannya menghafal konsep, hukum-hukum,

prinsip dan teori Fizik tanpa memahaminya atau mengaitkan dengan pengetahuan lepas

serta melihat aplikasinya.

1.1.2.2 Konstruktif

Pendekatan konstruktif boleh dihasilkan melalui aktiviti yang disediakan di dalam

sesuatu bahan pengajaran. Aktiviti yang disediakan perlu melibatkan pelajar sepenuhnya

untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pembelajaran yang berkesan

berlaku melalui tindakan, bukannya dengan cara menyerap segala maklumat secara pasif

(Roshidayah,2004). Persoalannya, adakah bahan-bahan P&P yang bercetak mengandungi

aktiviti yang melibatkan pelajar?

Berdasarkan kepada analisis Tan (2000) terhadap buku teks rujukan Impresif

SPM KBSM Fizik Tingkatan 4&5 karangan Yap Eng Keat (1994) mendapati indeks

penglibatan pelajar untuk aktiviti, Ig ialah 0.15. Muhammad Sam (2001) pula mendapati

Ig ialah 0.35 daripada analisis terhadap buku rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap

Fizik Tingkatan 4&5 karangan Thoi Lai Hoong (2000).

Manakala Soo (2000), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku

rujukan bertajuk Bantuan Studi Lengkap SPM Ceria Fizik (1999), yang dikarang oleh

Tho Lai Hoong mendapati Ig ialah 0.5. Siti Norzihan (2001), mendapati Ig bagi buku

rujukan bertajuk Aset Peperiksaan Fizik karangan Loo Wan Yong (1999) ialah 0.19.

Page 30: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

10  

Merujuk kepada keseluruhan analisis di atas, kebanyakan indeks yang didapati

boleh diketagorikan <0.4. Ini menunjukkan aktiviti yang disediakan oleh buku tersebut

kurang memenuhi kriteria konstruktif dan tidak memupuk semangat inkuiri. Hanya

laporan Abu Ani (2001) yang menganalisis buku Bantuan Studi Lengkap Formula Bestari

SPM Fizik (2000) karangan Tho Lai Hong sahaja mendapati Ig ialah 1.0 iaitu seimbang

di antara isi kandungan dengan penglibatan pelajar.

Ini dapat disimpulkan bahan pengajaran bercetak ini, tidak banyak diterapkan

dalam pendekatan konstruktif. Sebagai contoh melalui buku teks pelajar kurang aktif

khususnya di dalam bentuk pembangunan pengetahuan mereka sendiri semasa

menyelesaikan tugas tertentu yang disediakan oleh bahan pengajaran di dalam buku teks.

Ini kerana bahan pengajaran bercetak seperti buku teks dan rujukan kurang mengandungi

pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasakan kes dan pembelajaran

berasaskan projek yang merupakan strategi pembelajaran yang sering digunakan untuk

menarik minat pelajar. Oleh itu pelajar lebih gemar menggunakan konsep hafalan

terhadap konsep dan prinsip Fizik yang diberikan di dalam buku teks tersebut. Ini

menyebabkan bahan bercetak tersebut tidak menjana kemahiran konstruk pelajar

terutama di dalam subjek Fizik. Cara sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah

terutama untuk mengingati konsep yang terlalu banyak.

Page 31: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

11  

1.1.3 Rujukan dan Pengukuhan Maklumat Menerusi Sumber Yang Di Sampaikan

di Dalam Kelas Adalah Terbatas

Melalui bahan pengajaran bercetak di dalam kelas, para pelajar terkongkong

dalam suatu situasi yang sempit di mana ruang dan masa telah ditetapkan oleh pihak

sekolah, ini secara tidak langsung membawa mereka ke arah satu gaya pemikiran yang

terhad dan tidak terbuka. Hasilnya, para pelajar ini tidak dapat mengaitkan konsep yang

dipelajari di dalam kelas dengan kehidupan seharian mereka di luar kelas. Di samping itu,

melalui bahan pengajaran media bercetak, ianya tidak berupaya untuk melakukan proses

mengemaskini, menyimpan atau mendapatkan kembali, menyebar dan berkongsi

pengajaran atau maklumat dengan pantas. Sebagai contoh seseorang pelajar kehilangan

nota, beliau terpaksa menyalin semula nota dari awal hingga akhir daripada rakan

mereka. Ini menyebabkan pelajar berasa malas untuk menyalin nota, kerana mengambil

masa yang lama dan seterusnya mereka tidak mempunyai nota atau rujukan sehingga

peperiksaan berlangsung.

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik kerana tidak diselang

selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan serta mampu memikat hati pelajar.

Daripada bahan pengajaran bercetak, pengajaran media bercetak, ianya tidak berupaya

untuk melakukan proses mengemaskini, menyimpan atau mendapatkan kembali,

menyebar dan berkongsi pengajaran atau maklumat dengan pantas.

Page 32: NORHIDAYAH BT NORDIN - fp.utm.my fileUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ... kepentingan

12  

1.2 Pernyataan Masalah

Menyedari kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Fizik, pembangun memilih

pendekatan Konstruktivisme Needham Lima Fasa sebagai satu pendekatan dalam e-

Pembelajaran yang dibangunkan kerana teori ini memberi penekanan kepada penglibatan

pelajar secara aktif. Kebanyakan pembangunan bahan pengajaran Fizik yang ada pada

hari ini tidak banyak mempunyai ciri tambahan sepertimana yang diperlukan. Ciri-ciri

tambahan tersebut merangkumi elemen-eleman multimedia yang bertujuan untuk

menerangkan konsep fizik. Selain itu juga, bahan pengajaran dan pembelajaran yang

bergantung kepada media bercetak tidak mencukupi untuk menerangkan sesuatu konsep

di dalam mata pelajaran fizik kerana ianya bersifat statik. Bagi mengatasi bahan P&P

yang kurang bermutu, maka projek tentang kesuaian bahan P&P perlu dibangunkan oleh

pembangun yang bertajuk pembangunan e-Pembelajaran Fizik tingkatan empat bertajuk

Daya dan Tekanan berasaskan perisian MOODLE adalah sesuai dengan kehendak

KBSM.

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk

beberapa oblektif kajian :

1) Membangunkan bahan e-Pembelajaran Fizik tingkatan empat yang

bertajuk Daya dan Tekanan.