institut teknologi tun hussein onn - …bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · web...

10
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA BEKALAN/PERKHIDMATAN (melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00) CIF Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga :- 1. AM 1.1 Sebutharga adalah dibuka kepada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kod bidang yang berkenaan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa. 1.2 Sebutharga yang tidak dibuat dengan menggunakan borang sebutharga rasmi yang disediakan tidak akan dipertimbangkan. 1.3 Keengganan Penyebutharga mematuhi syarat-syarat am sebutharga boleh menyebabkan sebutharganya ditolak. 1.4 Penyebutharga yang diterima, bermakna penyebutharga yang diluluskan oleh pegawai-pegawai menerima sebutharga, dan sebutharganya mengikut semua syarat-syarat am sebutharga. 2. PENYERAHAN TENDER 2.1 Tawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan. 2.2 Sebutharga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri yang mengandungi: a) Sampul Surat Pertama mengandungi borang Jadual Harga Sebutharga, Maklumat Pembekal dan Jaminan Pembekal. b) Sampul Surat Kedua mengandungi borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan berserta dengan risalah/katalog (jika berkenaan). c) Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam 1 / 10 BEN/UP/005B(i)-pin1

Upload: tranduong

Post on 03-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA BEKALAN/PERKHIDMATAN(melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00) CIF

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga :-

1. AM

1.1 Sebutharga adalah dibuka kepada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kod bidang yang berkenaan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa.

1.2 Sebutharga yang tidak dibuat dengan menggunakan borang sebutharga rasmi yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.

1.3 Keengganan Penyebutharga mematuhi syarat-syarat am sebutharga boleh menyebabkan sebutharganya ditolak.

1.4 Penyebutharga yang diterima, bermakna penyebutharga yang diluluskan oleh pegawai-pegawai menerima sebutharga, dan sebutharganya mengikut semua syarat-syarat am sebutharga.

2. PENYERAHAN TENDER

2.1 Tawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan.

2.2 Sebutharga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri yang mengandungi:

a) Sampul Surat Pertama mengandungi borang Jadual Harga Sebutharga, Maklumat Pembekal dan Jaminan Pembekal.

b) Sampul Surat Kedua mengandungi borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan berserta dengan risalah/katalog (jika berkenaan).

c) Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam Kenyataan Sebutharga, serta dituliskan dengan tajuk dan nombor rujukan sebutharga yang berkenaan.

2.3 Butiran-butiran yang ditawarkan hendaklah dicatitkan dengan terang dan jelas. Penyebutharga tidak boleh mencatatkan nama mereka di mana-mana pun di Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan, Risalah dan Katalog yang dikembarkan.

3. KEADAAN BARANG

3.1 Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

1 / 5

BEN/UP/005B(i)-pin1

4. HARGA

4.1 Semua sebutharga mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga yang ditawarkan hendaklah secara Cost, Insurance & Freight (CIF) dan tanpa cukai bagi perolehan peralatan Latihan, Penyelidikan dan Perubatan yang di import.

4.2 Syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hendaklah mengemukakan harga tawaran dengan mengambilkira kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan/Goods and Services Tax (CBP/GST).

4.3 Harga yang disebut dalam sebutharga hendaklah sah laku dalam tempoh kontrak tertakluk kepada fasal 4 kontrak berkenaan.

4.4 Setiap Penyebutharga adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual Harga Sebutharga (CIF).

5. PENENTUAN TEKNIKAL

5.1 Penentuan barang yang hendak dibeli ialah seperti di dalam Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan yang dilampirkan. Nama Syarikat tidak boleh dinyatakan di mana-mana sahaja di dalam Jadual tersebut. Jika peraturan ini tidak dipatuhi sebutharga tuan mungkin tidak akan dipertimbangkan.

5.2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara tafsiran penyebutharga dengan tafsiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengenai penentuan ini.

5.3 Sebarang pindaan atau pembetulan harga mestilah ditandatangani.

6. PEMBAYARAN

6.1 Pembayaran bagi pembekalan barang ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).

6.2 Pembayaran bagi tiap-tiap penyerahan akan dibuat oleh Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari selepas barang diterima dan dipasang dengan memuaskan dan setelah inbois dikemukakan oleh Pejabat/Fakulti/Jabatan.

7. PENENTUAN BARANG

7.1 Penerimaan barang akan hanya dibuat setelah barang-barang diperiksa oleh pihak Pejabat/Fakulti/Jabatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan/atau wakil-wakil yang telah diberi kuasa.

7.2 Pejabat/Fakulti/Jabatan atau wakil yang diberi kuasa berhak membuat penolakan terhadap bekalan barang-barang yang rosak atau yang tidak mengikut penentuan-penentuan spesifikasi itu. Kos yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.

7.3 Barang yang dibekal hendaklah dijamin dari kecacatannya untuk tempoh 1 tahun dari tarikh pembekalan dan dalam tempoh itu pembekal hendaklah memberi perkhidmatan menyelenggara, servis dan alat-alat ganti dengan percuma.

7.4 Penyebutharga hendaklah melampirkan tiga (3) salinan surat penyerahan pada tiap-tiap satu penyerahan barang.

2 / 5

BEN/UP/005B(i)-pin1

8. KUANTITI DAN NAMA PENGELUAR

8.1 Jenama (Brand), nombor model (jika ada) dan negara pembuat hendaklah dinyatakan dengan jelas, jika tidak sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

9. CONTOH

9.1 Apabila diminta, contoh barang-barang atau pembungkusan hendaklah diberi untuk diperiksa atau dianalisa. Contoh yang diterima hendaklah dikirim mengikut bilangan dan pada masa yang ditentukan.

9.2 Contoh-contoh ini hendaklah ditanda dengan butiran barang seperti yang terdapat dalam sebutharga. Penyebutharga yang tidak mengemukakan contoh-contoh yang berkenaan, tidak akan dipertimbangkan.

10. DENDA LEWAT BEKAL

10.1 Jika Penyebutharga yang berjaya, gagal membekal, menghantar, memasang, menguji dan mengesahkan barang-barang yang dipesan di dalam tempoh yang dicatatkan di Jadual Harga dan dikira dari tarikh kontrak ditandatangani/pesanan dikeluarkan, penyebutharga adalah bertanggungjawab untuk membayar kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, sebagai denda untuk tiap-tiap barang yang lewat sehingga ianya dibekalkan sepenuhnya.

10.2 Kadar denda yang akan dikenakan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah seperti berikut :-

i) Denda sebanyak 0.15% untuk satu (1) hari lewat bermula dari hari berikutnya selepas tamat tempoh bekal di Pesanan Tempatan (LO)

Formula pengiraan denda :Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (0.15%) x Bilangan Hari Lewat = Jumlah Denda

ii) Denda maksima sebanyak 15% sekiranya tempoh bekalan melebihi 100 hari daripada tarikh akhir bekal seperti di Pesanan Tempatan (LO) .

Formula pengiraan denda:Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (15%) = Jumlah Denda

10.3 Denda yang dikenakan akan ditolak terus daripada nilai bayaran yang akan diterima oleh pembekal.

10.4 Kiraan denda hanya akan ditamatkan selepas pembekal selesai menghantar sepenuhnya bekalan/perkhidmatan. Sekiranya pembekal hanya menghantar sebahagian bekalan/ perkhidmatan atau belum menyelesaikan latihan, denda masih akan dikira sehingga bekalan/ perkhidmatan disempurnakan sepenuhnya.

11. DENDA LEWAT MENYELENGGARA

11.1 Jika penyebutharga yang berjaya, gagal mematuhi syarat-syarat penyelenggaraan, maka Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berhak menyewa alat yang sama dan segala kos penyewaan akan dipotong dari mana-mana bayaran yang akan dibuat kepada penyebutharga yang berkenaan.

3 / 5

BEN/UP/005B(i)-pin1

12. PENERIMAAN SEBUTHARGA

12.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak terikat menerima sebutharga terendah atau mana-mana sebutharga. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga berhak memilih lebih dari satu penyebutharga mengikut kepentingan.

13. BON PERLAKSANAAN

13.1 Petender yang berjaya dikehendaki memberi bon perlaksanaan berjumlah 2.5% daripada harga bagi kontrak-kontrak yang bernilai di antara melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00.

13.2 Bon Perlaksanaan ini hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Bank Islam atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful, dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.

13.3 Bon Perlaksanaan ini akan dikembalikan sesudah kontrak/pembekalan disempurnakan dengan memuaskan dan mengikut kaedah dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa.

14. KONTRAK

14.1 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki mendatangani satu kontrak formal yang termaktub syarat-syarat dan obligasi-obligasi yang perlu dipatuhi dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Pihak Pembekal perlu membayar ganti rugi sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat dan obligasi-obligasi kontrak. Bayaran gantirugi adalah tertakluk kepada kaedah dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa. Sebarang bantahan kepada syarat-syarat am sebutharga hendaklah dibuat semasa mengemukakan sebutharga.

15. BEKALAN SEBAHAGIAN

15.1 Bekalan untuk satu-satu butiran tidak boleh dibuat berperingkat. Tiap-tiap satu butiran (iaitu kuantiti yang dipesan) mestilah dibekalkan dengan satu penyerahan sahaja.

16. KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

16.1 Tiap-tiap penyebutharga dikehendaki mengisi borang keterangan mengenai penyebutharga dan borang ini hendaklah dikembarkan bersama tawaran.

17. DEMONSTRASI

17.1 Bila-bila dikehendaki, pembekal mestilah sanggup untuk mengadakan persembahan/demonstrasi alat-alat yang ditawarkan.

18. DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN

18.1 Borang Syarat-syarat Am Sebutharga (BEN/UP/005B(i));

18.2 Borang Jaminan Penyebutharga CIF (BEN/UP/004B(i)) (JADUAL PERTAMA);- kegagalan mengemukakan borang ini menyebabkan tawaran sebutharga tidak diterima

18.3 Borang Jadual Harga Sebutharga (CIF) (BEN/UP/003D(i)) (JADUAL KEDUA);

4 / 5

BEN/UP/005B(i)-pin1

18.4 Borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan(BEN/UP/003F-pin3 dan BEN/UP/003F(i) atau BEN/UP/003E-pin3) (JADUAL KETIGA);

18.5 Borang Keterangan Mengenai Penyebutharga (BEN/UP/022B-pin1) (JADUAL KEEMPAT);

18.6 Borang Laporan Bank/Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebutharga (BEN/UP/037B-pin1) (JADUAL KELIMA)

18.7 Salinan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan dan sijil- sijil lain jika berkaitan .

18.8 Risalah, katalog dan lain-lain dokumen

19. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

19.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

19.2 Sekiranya mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

19.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

19.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Saya bagi pihak syarikat mengambil maklum dan bersetuju dengan syarat-syarat am sebutharga bagi perkara di atas.

…………………………………………… ……………………………………………(Tandatangan & Cop Syarikat) (Tandatangan Saksi)

Nama : ………………………………. Nama : ……………………………….Jawatan: ………………………………. Jawatan: ……………………………….

5 / 5

BEN/UP/005B(i)-pin1