penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. satu … · universiti teknologi malaysia dengan...

26
PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU KAJIAN DI PUSAT SERENTI TIANG DUA, MELAKA. AZIZAH BINTI BESAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lyngoc

Post on 19-Mar-2019

317 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

x

PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU KAJIAN

DI PUSAT SERENTI TIANG DUA, MELAKA.

AZIZAH BINTI BESAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

x

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya AZIZAH BINTI BESAR

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Tarikh: __________________ Tarikh: _______________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU KAJIAN DI PUSAT SERENTI TIANG DUA, MELAKA

(HURUF BESAR)

EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT

NO 17 BATU 21, KG SG ULAR, 26080 KUANTAN, PAHANG

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

υ

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

Page 3: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU KAJIAN DI

PUSAT SERENTI TIANG DUA, MELAKA.

AZIZAH BINTI BESAR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER , 2008

Page 4: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : _______________________

Nama Penyelia : EN MAHYUDDIN BIN ARSAT

Tarikh : NOVEMBER 2008

Page 5: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

iii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : AZIZAH BINTI BESAR

Tarikh : NOVEMBER 2008

Page 6: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

iv

DEDIKASI

Buat insan yang disanjungi serta amat disayangi...

Cek dan Mak.......Besar & Senara

Doa dan kasih sayang yang tulus telah menjadi tulang belakang diriku dalam usaha

menggapai bintang yang menjadi impianku. Tidak terbalas jasa & keringat yang

dicurahkan. Semoga Allah merahmati kehidupan Cek dan Mak di dunia dan akhirat..

Seluruh ahli keluarga,

Bantuan dan kasih sayang yang diberikan dalam usaha mengotakan impian

keluarga kita telah mengajar diriku apa usaha dan kejayaan. Jasamu ku kenang

sampai bila-bila.

Buat mu..

Kesabaranmu mengajar diriku erti SABAR dalam mengharungi segala ranjau

menuju ke menara gading . Semoga apa yang dihajati dipermudahkan oleh Allah

SWT..Amin

Buat pembimbing yang dihormati... En Mahyuddin b Arsat

Jutaan terima kasih di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan selama ini.

Sahabat-sahabatku

Persahabatan kita akan ku kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas sumbangan

kalian.

Page 7: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah

kurnia dan izinNya, dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik turut ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, En Mahyuddin B Arsat di atas segala bimbingan,

bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang penyelidikan dijalankan. Segala

ilmu yang dicurahkan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada semua pihak Perpustakaan Sultanah

Zanariah (PSZ) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas

bantuan yang diberikan kepada penyelidik.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (AADK) dan pihak Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka di atas bantuan

yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa kepada sahabat-sahabat di atas bantuan yang kalian sumbangkan dalam

penyelidikan ini. Sekian, terima kasih.

Page 8: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

vi

ABSTRAK

Pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa

hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas

daripada penyalahgunaan dadah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor-

faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Kaedah

deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti empat pembolehubah iaitu sikap

individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap

dadah. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah

diedarkan kepada pelatih Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Data dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 12.00 For

Windows bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai Alfa Cronbach

daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.87. Dapatan kajian menunjukkan faktor

sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan

terhadap dadah berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi penyalahgunaan

dadah di kalangan pelajar. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk

mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar seperti ibu bapa

memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan

pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan dengan

penyalahgunaan dadah.

Page 9: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

vii

ABSTRACT

Students are the generation that will lead the country in the future. Therefore,

it is very important to manifest the generation free from drug abuse. This research is

carried out to determine the factors that influencing the drug abuse among students.

Descriptive method is used to determine the four variables which are individual

attitude, peers influence, family problem and knowledge about drug. Questionnaire is

used as the research instrument and distributed to trainee at Pusat Serenti Tiang Dua,

Melaka. Data was analyzed using Statistical Package for Social Science Version

12.00 for Windows to obtain the percentage, mean and frequency values. The value

of Alpha Cronbach for pilot study is 0.87. The finding shows that, four factors were

at average level respectively which are individual attitude, peers influence, family

problem and knowledge about drug. From this research, several action should be

taken to overcome the drug abuse problem among students such as the parent should

be pay attention to the childs, teacher should be observe the attitude of students and

various organisation should be organise the programs about drug abuse.

Page 10: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 11: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

ix

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Dadah 12

1.9.2 Penyalahgunaan dadah 12

1.9.3 Faktor 12

1.9.4 Pelajar 13

1.9.5 Pusat Serenti 13

1.9.6 Sikap 14

1.9.7 Pengaruh 14

1.9.8 Rakan Sebaya 15

1.9.9 Permasalahan keluarga 15

1.9.10 Pengetahuan terhadap Dadah 16

1.10 Penutup 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Penyalahgunaan Dadah 17

2.3 Sikap Individu 18

2.4 Pengaruh Rakan sebaya 20

2.5 Permasalahan Keluarga 24

2.6 Pengetahuan Terhadap Dadah 28

2.7 Penutup 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Populasi 33

3.4 Sampel Kajian Dan Tempat Kajian 33

3.5 Instrument Kajian 34

3.5.1 Bahagian A 35

3.5.2 Bahagian B 35

3.6 Kajian Rintis 37

Page 12: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

x

3.7 Kesahan Soal Selidik 38

3.8 Prosedur Kajian 39

3.9 Analisis Data 39

3.10 Penutup 41

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Bahagian A – Maklumat diri responden 43

4.2.1 Responden Mengikut Jantina 43

4.2.2 Responden Mengikut Pendidikan

Yang Diikuti Di Pusat Serenti

44

4.2.3 Responden Mengikut Bangsa 44

4.2.4 Responden Mengikut Umur 45

4.2.5 Responden Mengikut Bilangan Adik

Beradik

46

4.2.6 Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/

Bapa / Penjaga

47

4.2.7 Responden Mengikut Pendapatan

Keluarga

48

4.3 Analisis Data Bahagian B - Item Soal Selidik 48

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 49

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 52

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 55

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 59

4.4 Analisis Perbandingan Min 62

4.5 Penutup 64

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan Latar Belakang Responden 66

5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 67

5.3.1 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor

Permasalahan Keluarga

67

5.3.2 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor 70

Page 13: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

xi

Pengaruh Rakan Sebaya

5.3.3 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor

Permasalahan Keluarga

73

5.3.4 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor

Pengetahuan Terhadap Dadah

78

5.4 Perbincangan Persoalan Kajian Secara

Keseluruhan

80

5.5 Rumusan Kajian 81

5.6 Cadangan 81

5.6.1 Pelajar 82

5.6.2 Guru 82

5.6.3 Ibu Bapa 83

5.6.4 Badan Kerajaan atau Bukan

Kerajaan

83

5.7 Kajian Lanjutan 84

5.8 Penutup 84

BIBLIOGRAFI 86

LAMPIRAN

Page 14: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK

HALAMAN

3.1 Bilangan Responden Daripada Jumlah Populasi 33

3.2 Bilangan Item Bagi Setiap Komponen 36

3.3 Pilihan Maklum Balas Soal Selidik 36

3.4 Pekali Alpha Cronbach 38

3.5 Pemeringkatan Skala Likert 40

3.6 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 41

4.1 Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Responden Mengikut Pendidikan Yang Diikuti Di

Pusat Serenti

44

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 45

4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik

Beradik

46

4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/

Bapa / Penjaga

47

4.7 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Keluarga

48

4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Sikap Individu

49

4.9 Analisis Min Bagi Pembolehubah Sikap Individu 51

Page 15: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

xiii

4.10 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Pengaruh Rakan Sebaya

52

4.11 Analisis Min Bagi Pembolehubah Pengaruh

Rakan Sebaya

54

4.12 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Permasalahan Keluarga

55

4.13 Analisis Min Bagi Pembolehubah Permasalahan

Keluarga

58

4.14 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Pengetahuan Terhadap Dadah

59

4.15 Analisis Min Bagi Pembolehubah Pengetahuan

Terhadap Dadah

61

4.16 Analisis Min Mengikut Pembolehubah Dikaji 62

4.17 Skor Purata Peratus Bagi Setiap Persoalan Kajian 63

Page 16: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Pengesahan Item Soal Selidik

C Surat Kebenaran Menjalankan

Kajian

D Surat Pengesahan Pelajar

Page 17: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

xv

SENARAI SINGKATAN

PDRM - Polis Diraja Malaysia

UNDCP - Program Pengawalan Dadah Antarabangsa

Bangsa-Bangsa Bersatu

AADK - Agensi Anti Dadah Kebangsaan

PEMADAM Persatuan Mencegah Dadah Malaysia

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

MARA Majlis Amanah Rakyat

SPSS - Statisfical Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 18: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana

penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar

tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam

fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut

penderitaan dan sumber keseronokan.

Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah di

Malaysia dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris

membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk

bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu yang

telah mengenali dadah dari negara asal, membawa tabiat buruk menyalahgunakan

dadah ke negara ini bertujuan mendapatkan keseronokan pada masa lapang.

Page 19: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

2

Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan

berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan

Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Serentak itu,

kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium

Dens telah dilesen dan didaftarkan. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris

terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia mula

menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu. Akibatnya, mulalah

berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya

diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap

candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa

menjatuhkan hukuman.

Kerajaan akhirnya menubuhkan Pusat Biro Narkotik pada tahun 1972 di bawah

Kementerian Kehakiman bagi menangani masalah tersebut. Pertengahan tahun 1975,

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah

bagi membantu Biro Narkotik menangani masalah dadah. Penggabungan baru itu

bagaimanapun belum mampu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah menyebabkan

kerajaan mengambil keputusan membubarkan Pusat Biro Narkotik pada 30 Julai 1979.

Pada 1 Jun 1980. Akhirnya pada 2 Januari 1996, Jabatan Narkotik PDRM ditubuhkan

menggantikan Cawangan Anti Dadah. Sejak itu sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan

tindakan tegas telah diambil kerajaan untuk menangani masalah penagihan dadah tetapi

hasilnya masih menghampakan. Setiap hari jumlah penagih baru bertambah.

Sehingga hari ini, dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara.

Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan

pelbagai lapis masyarakat. Menurut Ibrahim ( 1997 ) penagihan dadah bukan saja

golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih

mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu

berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atau

Page 20: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

3

jantina. Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara

mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai.

Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti

Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah

diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah

diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui

tindakan disiplin di sekolah-sekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih

yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18

tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan

golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk

melahirkan pelajar yang bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan

Azmi Md Deros (2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya

jalinan hubungan yang rapat untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya tidak

mudah terjebak dalam gejala penagihan dadah. Ketika berucap merasmikan Seminar

Pendidikan Pencegahan Dadah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat

Kebangsaan 2002 di Ipoh, beliau menjelaskan bahawa hampir lima juta pelajar sekolah

di negara ini terdedah kepada dadah kerana mereka menjadi sasaran utama pengedar

yang bermotifkan keuntungan. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu meningkatkan peranan

mereka untuk memastikan tidak ada pelajar atau anak mereka yang terjebak dalam

Page 21: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

4

masalah penagihan dadah. Selain itu, lebih 500 ahli PIBG dari seluruh negara

menghadiri seminar tersebut Beliau turut menegaskan, jika masalah penagihan dadah itu

tidak ditangani segera ia akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi yang serius di

negara ini. Usaha membanteras penyalahgunaan, pengedaran dan penyeludupan dadah

tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa semata-mata kerana ia

memerlukan jalinan kerjasama semua pihak.

Selain itu beliau turut menjelaskan bahawa, PEMADAM merancang melatih

kira-kira 150,000 guru dan ibu bapa sebagai sukarelawan Sahabat PEMADAM.

Katanya, kumpulan sasaran itu dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan sebagai pihak

yang boleh memainkan peranan berkesan membantu mendidik generasi muda mengenai

bahaya penyalahgunaan dadah bagi membantu mencapai sasaran masalah dadah sifar di

sekolah menjelang 2012.

Di Kelantan, Jabatan Pendidikan Kelantan mengarahkan semua Pejabat

Pendidikan Daerah dan pengetua menyiasat laporan yang mengatakan terdapat kalangan

pelajar sekolah menengah yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Pengarahnya,

Datuk Shafii Ismail berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap

pelajar yang didapati terbabit. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar

bahawa terdapat 106 pelajar sekolah menengah di Kelantan yang didapati positif dadah

menerusi ujian air kencing yang dibuat sepanjang Januari hingga Julai 2002. Pengarah

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Yusuf Che Mamat dilaporkan

berkata kesemua merupakan pelajar lelaki tersebut dipercayai menggunakan wang saku

untuk membeli dadah. (Utusan Malaysia, 12 September 2002)

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk

Mokhtar Ismail (2004) berkata, sebanyak 26,000 penagih dadah dikenal pasti di seluruh

negara sepanjang Januari hingga Julai 2003. Seramai 13,000 merupakan penagih baru

Page 22: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

5

antaranya seawal usia 13 tahun dan berada di tingkatan satu. Sebanyak 80 peratus

penagih ini adalah anak-anak Melayu. Angka itu merupakan peningkatan 30 peratus

berbanding tempoh yang sama tahun 2002.

Azman Mohd Noor (2005) juga menyatakan bahawa lebih 200 murid sekolah

rendah di negeri Kedah dikenal pasti berisiko mengambil dadah berikutan mereka

merokok. Ekoran itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah turut memantau

perkembangan itu. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana golongan yang terlibat

adalah pelajar sekolah rendah yang mula melibatkan diri dengan rokok seawal usia

antara 7 hingga 12 tahun.

Di Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian

tinggi (IPT) yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan

memerlukan tindakan segera semua pihak. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah

Sultan Ahmad Shah menjelaskan bahawa dalam tempoh Januari hingga Disember tahun

2006 seramai 134 orang pelajar terbabit atas kesalahan dadah mengikut pelbagai

seksyen. Ini menunjukkan peningkatan lebih 45 peratus berbanding bagi tempoh sama

pada tahun 2005. Sehubungan itu, apa yang penting ialah mencari punca kepada

pemasalahan itu sehingga ke akar umbi. Masalah tidak akan selesai selagi puncanya

tidak dihapuskan. (Berita Mingguan, 29 April 2007).

Selain itu, di dalam laporan Umavathi Ramayamah (2006) menjelaskan bahawa

bukan pelajar sekolah sahaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurutnya,

seramai 78 orang termasuk remaja wanita berpesta dalam keadaan mabuk, khayal dan

berkelakuan liar ditahan semasa serbuan di sebuah suite mewah. Kesemua yang ditahan

merupakan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekitar Lembah Klang.

Ketika serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kesemua mereka yang berusia lingkungan

18 hingga 26 tahun dilihat sedang asyik menari di ruang tamu yang sesak sambil

berpelukan. Turut kelihatan ialah puluhan tin minuman keras yang bersepah-sepah di

Page 23: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

6

sekitar suite tersebut dan beberapa pil disyaki ekstasi. Daripada 78 orang yang

diperiksa, seramai 15 remaja termasuk enam wanita yang kesemuanya penuntut IPTA

ditahan kerana disahkan positif mengambil dadah.

Datuk Mokhtar Ismail dalam Utusan Malaysia (2004, 11 Oktober) menyatakan,

sepanjang 10 tahun lepas kerajaan telah membelanjakan hampir RM1 bilion atau kira-

kira RM100 juta setahun untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Peruntukan sejumlah besar ini umpama mencurah air ke daun keladi apabila ia tidak

mampu untuk menurunkan kadar penglibatan dalam penyalahgunaan dadah. Beliau juga

menegaskan bahawa kerajaan membelanjakan kira-kira RM70 juta setahun untuk

merawat golongan penagih di pusat serenti di seluruh negara kerana sekarang ada 11,000

orang penagih dadah dirawat di pusat-pusat serenti tersebut.

Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Hairulazim Mahmud

(2005) juga mengakui masalah dadah sememangnya serius di kawasan tanah felda.

Beliau menyatakan bahawa pihak pengurusan Felda telah diarahkan supaya melakukan

pendekatan drastik bagi mengatasi gejala itu daripada semakin berleluasa. Dua

pendekatan akan dilakukan iaitu merangka program pembangunan sosial yang menjurus

kepada pengisian program pendidikan untuk anak-anak peneroka dengan peruntukan

sebanyak RM28 juta dan menyediakan program latihan teknikal dan vokasional kepada

anak-anak peneroka selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Matlamatnya

agar mereka memiliki kemahiran dan secara tidak langsung mereka dapat

menghindarkan diri daripada mendekati dadah. Latihan ini diberikan supaya selepas

menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka aktiviti boleh dilakukan bagi

mengelakkan terjebak dengan dadah. Beliau juga menyatakan bahawa pendekatan lain

yang dilakukan ialah mengadakan penerangan dan kempen tentang bahaya

penyalahgunaan dadah untuk mewujudkan kesederan di kalangan mereka.

Page 24: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

7

Dalam usaha untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah, pelbagai usaha

telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Menurut Datuk Azalina Othman Said dalam

laporan Zaini Raban (2006), Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan

peruntukan permulaan sebanyak RM1 juta kepada 24 institusi pengajian tinggi (IPT)

tempatan untuk membantu program membanteras penyalahgunaan dadah. Peruntukan

itu akan membolehkan semua IPT melaksanakan usaha membanteras penyalahgunaan

dadah dengan lebih agresif menerusi program Belia Benci Dadah. Menurutnya, langkah

berkenaan sangat penting kerana masalah penyalahgunaan dadah di negara ini telah

membelenggu kira-kira 70 peratus golongan belia yang berumur antara 13 dan 40 tahun.

Dalam satu laporan akhbar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan

bahawa dalam memahami penglibatan belia dalam gejala penagihan dadah, terdapat

beberapa perkara utama yang sering menjadi penyebab kepada tabiat buruk tersebut.

Pertama, kerana ingin mencuba diikuti dengan ingin menjadi kelihatan kuat dan gagah di

kalangan rakan-rakan mereka. Kedua, dipengaruhi rakan-rakan yang sudah terlibat

dengan dadah. Ketiga, permasalahan keluarga. Rumah yang tidak dipenuhi dengan

kasih sayang menyebabkan mereka melepaskan rasa kecewa atau kerunsingan dengan

mencuba dadah. Akhirnya mereka terjebak dengan penagihan lalu mengundang kepada

lebih banyak masalah. Keempat, diri sendiri yang tidak mempunyai daya kekuatan

untuk menolak. (Utusan Malaysia, 20 Mei 2006)

Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah penyalahgunaan dadah yang

melibatkan golongan pelajar terus meruncing. Keadaan ini amat membimbangkan

kerana golongan pelajar dan belia adalah pemangkin kepada generasi akan datang.

Untuk melihat generasi akan datang, generasi hari ini adalah cerminnya.

Page 25: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

8

1.3 Pernyataan Masalah

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan

dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, kadar

penglibatan penyalahgunaan dadah tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa

ke semasa. Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan

penyumbang terhadap kadar peningkatan penyalahgunaan dadah.

Keadaan ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi

penyalahgunaan dadah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah

dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh

rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah yang

mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.

1.4 Objektif Kajian.

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor

yang mempengaruhi kepada penyalahgunaan dadah di kalangan pelatih Pusat Serenti

Tiang Dua, Melaka. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk :-

1.4.1 Mengenal pasti adakah faktor sikap individu mempengaruhi penyalahgunaan

dadah di kalangan pelajar.

1.4.2 Mengenal pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya mempengaruhi

penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.

Page 26: PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : ... terhadap dadah berada pada tahap sederhana

9

1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor permasalahan keluarga mempengaruhi

penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.

1.4.4 Mengenalpasti adakah faktor pengetahuan terhadap dadah mempengaruhi

penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji apakah

faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelatih Pusat

Serenti Tiang Dua, Melaka. Berdasarkan kepada objektif kajian, penyelidik telah

mengemukakan empat persoalan kajian seperti berikut :-

1.5.1 Adakah faktor sikap individu mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan

pelajar?

1.5.2 Adakah faktor pengaruh rakan sebaya mempengaruhi penyalahgunaan dadah di

kalangan pelajar?

1.5.3 Adakah faktor permasalahan keluarga menyumbang kepada penyalahgunaan

dadah di kalangan pelajar?

1.5.4 Adakah faktor pengetahuan terhadap dadah menyumbang kepada

penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar?