pengaplikasian teknologi multimedia dalam … binti abdul halim(24 pages).pdf · akademik,...

24
PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM TEATER BUKAN BUNUH DIRIHASNIZA BINTI ABDUL HALIM Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Drama dan Teater ) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: truongminh

Post on 13-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM TEATER

“BUKAN BUNUH DIRI”

HASNIZA BINTI ABDUL HALIM

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian

( Drama dan Teater )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda

* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL : PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM

TEATER BUKAN BUNUH DIRI.

SESI PENGAJIAN : 2004 / 2007

Saya HASNIZA BINTI ABDUL HALIM

mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan

seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

5. * sila tandakan

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan

oleh organisasi / badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

___________________ ____________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh : Tarikh :

Alamat Tetap :

No. 27 Jalan Jemada,

Kilometer 4, Kampung Pendiat,

32600 Bota Kanan,

Perak Darul Ridzuan.

Page 3: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

PENGESAHAN

Adalah ini diakui, saya HASNIZA BINTI ABDUL HALIM menyediakan penulisan

projek tahun akhir yang bertajuk “Pengaplikasian Teknologi Multimedia Dalam

Teater Bukan Bunuh Diri” sebagai sebahagian dari keperluan untuk Ijazah Sarjana

Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam program Drama dan Teater diterima:

Disahkan oleh:

………………………………….. .......................................

Dr. Hasnizam Abd. Wahid Tarikh

Page 4: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan yang dilaporkan dalam

dissertasi ini telah digunakan sebagai bahan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada

kepada Universiti ini atau Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

………………………………………….

Hasniza Binti Abdul Halim

No. Matrik :11989

Page 5: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama sekali, syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi di atas taufik dan

hidayah-Nya telah menganugerahkan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan

latihan ilmiah ini dengan jayanya seperti yang telah dirancang dalam masa yang

telah ditetapkan.

Berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan buat penyelia saya di atas

sumbangan idea, nasihat, tunjuk ajar dan memberi maklumat ikhlas yang

dihulurkan semasa menyiapkan kajian ini. Semoga Allah membalas kemuliaan budi

dan sumbangan yang telah diberikan.

Di kesempatan ini juga jutaan terima kasih diucapkan buat pensyarah Seni

Persembahan di atas segala teguran dan nasihat yang diberikan dari awal kajian

dilakukan hingga akhir.

Buat keluarga dan bonda tersayang semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T

dan berbanyak-banyak terima kasih diatas didikan, kasih sayang, nasihat dan

bantuan yang diberikan selama anakanda berada di sini. Segala jasa dan

pengorbanan bonda tidak akan anakanda lupakan.

Page 6: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi pandangan

dan dorongan dalam menyiapkan kajian ini. Semoga kalian semua berjaya dalam

hidup dan membawa anugerah kejayaan kepada kedua ibubapa kita.

Adalah diharapkan daripada hasil kajian yang telah disempurnakan ini selain

dapat melengkapkan keperluan enam kredit untuk kursus Penyelidikan dan Projek

Tahun Akhir, moga-moga ia dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang

berkenaan.

Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah jua dan segala

kelemahan dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Oleh itu, berbanyak-

banyak mohon dan maaf dipinta sekiranya masih terdapat kekurangan dan

kelemahan.

Jasa baik kalian amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

ISI KANDUNGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN i

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ISI KANDUNGAN vi

ABSTRAK viii

ABSTRACT ix

BAB SATU : PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 6

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Kajian Lepas 7

1.5 Permasalahan Kajian 10

BAB DUA : METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1 Sumber Pertama

i. “Natural experiment” 12

ii. “Photography” 12

iii. “Dramaturgical Interviewing” 13

iv. Mise en -scene 14

2.2 Sumber Kedua

i. Bahan-bahan rujukan 14

Page 8: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

ii. Lain-lain 15

iii. Internet 15

BAB TIGA : MISE EN –SCENE 16

3.1 Analisa skrip 16

3.2 Analisa perwatakan 22

3.3 Character Analysis Addendum 29

3.4 Elemen Penceritaan 30

BAB EMPAT : KEPUTUSAN 41

4.1 “Natural experiment” 41

4.2 “Photography” 41

4.3 Perbincangan 42

4.4 Permasalahan 49

4.5 “Dramaturgical Interviewing” 50

BAB LIMA : KESIMPULAN 53

RUJUKAN 54

LAMPIRAN 56

Page 9: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

Abstrak

Pengaplikasian multimedia dalam teater amatur jarang diaplikasikan dalam

sesebuah pementasan teater. Oleh yang demikian pengkaji ingin mengetengahkan

aplikasi ini ke dalam bidang teater melalui pementasan teater “Bukan Bunuh Diri”.

Ianya bertujuan untuk membawa satu bentuk pembaharuan dalam bidang teater melalui

unsur kekaguman seni artistiknya dan juga sebagai salah satu cara yang efektif kepada

pengarah dalam membantu menjelaskan mesej dan plot cerita kepada penonton.

Page 10: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

Abstract

The application of multimedia in amateur theatre is infrequently being applied in

the theater performance. In this research the researcher tries to apply multimedia

element into theater performance of “Bukan Bunuh Diri”. The purpose of the research

is to evaluate the perspective in theatre field and also to identify how this approach can

be use to help the director enlighten the plot and massage of theater to the audience.

Page 11: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Teknologi multimedia semakin berkembang seiring dengan kemajuan dan perkembangan

teknologi. Ini dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai aplikasi multimedia dalam

pelbagai bidang. Dengan kemajuan teknologi ini masyarakat kita setanding dengan

masyarakat negara luar. Kita juga dapat memperolehi maklumat dengan mudah dan

pantas. Teknologi multimedia kini digunakan dalam pelbagai bidang tidak kira dalam

bidang pendidikan, perniagaan, perbankan, komunikasi, hiburan, permainan dan

sebagainya. Malah kini dalam bidang seni persembahan juga peranan teknologi begitu

besar dalam sesebuah persembahan. Ia menjadikan penggunaan komputer dalam

kehidupan harian semakin menarik.

Menurut Federal-Chambers Advanced English Dictionary, multimedia adalah gabungan

penggunaan teks, bunyi, grafik dan video dalam sesuatu produk, program atau mesin.

Menurut David Hillman (2000) dalam bukunya Multimedia Technology and

Applications, multimedia merupakan penggunaan teks, gambar, audio atau video untuk

tujuan menyampaikan maklumat. Baginya multimedia adalah teknologi, kandungan,

aplikasi dan manusia. Ia merangkumi pelbagai konsep dan idea yang penting untuk

difahami.

Page 12: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

Menurut Cik Nur Anita Feroz Ismail, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

(FSKSM) Universiti Teknologi Malaysia, perkataan multimedia terhasil daripada dua

perkataan utama iaitu multi dan medium. Multi membawa maksud banyak (many) atau

pelbagai (multiple). Manakala medium merupakan alat untuk menyampaikan atau

membuat sesuatu perantaraan, alat pengantar, dan suatu bentuk mass komunikasi seperti

surat khabar, majalah atau televisyen. (Dewan Bahasa dan Pustaka). (Dirujuk juga

sebagai definisi media secara umum). Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer,

medium dianggap sebagai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej,

grafik, suara, muzik dan sebagainya. (Dirujuk sebagai definisi media pada paparan

komputer).

Menurutnya lagi, sistem multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan

pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks, grafik, bunyi, animasi video dan

sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer

secara interaktif.

Menurut Steinmetz & Nahrstedt (2002), multimedia berasal daripada dua perkataan iaitu

multi dan media. Multi atau dalam bahasa Latin disebut Multus yang bermaksud banyak

(numerous) manakala media beerti perantaraan (medium)

Menurut England & Finley (2001), multimedia dirujuk sebagai satu sistem komunikasi

yang menggabungkan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, video dan audio yang

akan dipersembahkan dengan teknologi komputer. Multimedia terhasil daripada

Page 13: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

kombinasi dua atau lebih elemen yang terdapat di dalam komputer. Dengan adanya

sistem multimedia, maklumat dapat dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik.

Elemen multimedia yang berkaitrapat dengan komputer mestilah boleh dipersembahkan,

disimpan dan disiarkan dalam bentuk digital.

Ciri-ciri multimedia bergantung pada kebolehan komputer memproses dan

mempersembahkan teks, gambar, audio dan video. Ciri-ciri tersebut antaranya

a. Pengawalan komputer

Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat,

mendengar, bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut.

b. Persembahan maklumat dalam bentuk digital

Menurut Fred (2001), sistem komputer multimedia mesti mampu menukarkan sebarang

maklumat dalam keadaan analog seperti video, suara dan muzik ke bentuk digital dan

sebaliknya. Ia dikawal oleh sistem multimedia dan pengaturcarakannya.

c. Gabungan

Menurut Vaughan (2004), ia mesti menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara,

animasi, muzik dan klip video. Ia membolehkan pengguna bergerak dari satu antara muka

Page 14: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

ke muka yang lain dengan dibantu oleh struktur yang tertentu. Tanpa sifat ini, ia

menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku atau televisyen.

d. Sifat Navigasi

Navigasi merupakan sistem kawalan yang diwakili oleh ikon, butang, “hot spot” atau

peralatan yang aktif. Produk multimedia mesti berupaya menghubungkan pengguna

dengan produk multimedia tersebut.

e. Interaktif

Maklumat yang dipersembahkan iaitu pengguna boleh melihat, mendengar,

bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Pengguna boleh

melakukan capaian secara rawak ke atas maklumat multimedia. Ciri ini membezakan

antara video dan televisyen yang juga menggabungkan teks, suara, animasi, muzik, dan

klip video. Persembahan yang interaktif bertindakbalas dengan interaksi pengguna.

Pengguna boleh mengawal proses persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia

hanya persembahan seperti televisyen.

Teks merupakan elemen utama multimedia. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu teks

berformat, teks tidak berformat, dan hiperteks. Teks berformat digunakan dalam

kebanyakan program seperti Microsoft Word. Ia terdiri daripada pelbagai jenis fon, gaya

dan saiz. Teks tidak berformat pula terbahagi kepada dua set iaitu ASCII dan Mosaic.

Penggunaan ASCII adalah sangat meluas berbanding Mosaic. Hiperteks pula digunakan

Page 15: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

untuk menjalinkan teks secara linear atau sebaliknya untuk menghasilkan hubungan

antara teks.

Grafik mengandungi elemen gambar dan warna. Kualiti grafik diukur dengan bilangan

pixel. Grafik terdiri daripada pelbagai format misalnya, BMP, GIF, PNG, dan JPEG.

Audio merupakan gelombang berterusan yang bergerak melalui medium. Audio

digunakan untuk meningkatkan keberkesanan sesebuah sistem multimedia.

Video pula merupakan salah satu elemen multimedia yang paling kompleks. Ia

membantu menyampaikan sesuatu idea dengan lebih jelas dan berkesan. Sumber video

adalah dari penangkapan video. Video biasanya terdapat dalam format AVI, MPEG,

MOV dan QuickTime.

Dalam membincangkan mengenai multimedia terdapat dua lagi istilah yang sering

dikaitkan dengan multimedia iaitu New Media dan Hypermedia. Menurut Lev Mannovich

(2006) New Media merupakan kombinasi elemen-elemen seperti grafik, imej bergerak,

bunyi, bentuk, dan teks menggunakan bentuk material yang berbeza-beza seperti

photographic plates, film stocks, gramophone record dan sebagainya.

Hypermedia juga mengandungi elemen-elemen seperti grafik, video, audio dan lain-lain

lagi. Namun hypermedia bukanlah multimedia. Walaupun kedua-dua konsep ini

mengandungi elemen yang sama tetapi masing-masing mempunyai fungsi yang berbeza.

Page 16: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

Hypermedia juga dikenali sebagai sistem multimedia yang interaktif. Ini bermaksud

pengguna yang menggunakan program tersebut dapat berinteraksi dengan perisian

tersebut dan belajar melalui persembahan. Menurut Bailey B.P (2001), hampir semua

aplikasi mengandungi hypermedia.

1.2 Latar belakang kajian

Dalam kajian ini pengkaji memainkan peranan sebagai penata multimedia dalam

produksi “Bukan Bunuh Diri”. Pengkaji cuba untuk membawa pembaharuan dalam

pementasan teater ini.

Pengkaji mengaplikasikan teknik multimedia dengan menggabungkan unsur imej, teks,

grafik, dan video dalam satu komponen. Kemudian ianya dipantulkan pada skrin putih

menggunakan LCD projector. Ianya berbentuk paparan wajah watak protagonis.

Pengkaji menggunakan aplikasi Adobe Primier Pro dan juga Ulead Video Studio 6 bagi

menghasilkan teknik multimedia ini. Pengaplikasian multimedia dalam bidang teater

adalah sesuatu yang baru. Dalam pementasan teater “Bukan Bunuh Diri” pendekatan ini

akan diaplikasikan oleh pengkaji. Ia merupakan teknologi terbaru dalam senireka artistik

yang cuba diketengahkan dalam sesebuah pementasan teater. Dalam drama “Bukan

Bunuh Diri” konsep simbolisme akan diperkenalkan oleh pengarah. Oleh yang demikian,

pengaplikasian multimedia akan digunakan bagi menggambarkan konsep

Page 17: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

simbolisme ini kepada penonton. Unsur perlambangan ini akan menjelaskan lagi kepada

penonton akan sesebuah plot dan perwatakan pelakonnya.

1.3 Objektif Kajian

i. Pengkaji akan mengetengahkan pengaplikasian teknologi multimedia kepada

lapangan teater dalam sesebuah produksi teater.

ii. Pengkaji akan memperkenalkan kepada penonton akan penggunaan multimedia

dalam teater, untuk adegan flashback yang akan diaplikasikan di dalam teater

“Bukan Bunuh Diri” karya Dinsman ini.

iii. Pengkaji akan cuba membawa pembaharuan dalam dunia pementasan teater

untuk diaplikasikan terutamanya kepada pengiat teater di UNIMAS

iv. Pengkaji akan cuba memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat

sesuatu pembaharuan dalam bidang teater.

1.4 Kajian Lepas

Menurut Carl Allensworth (1982), teater menjelmakan bentuk seni. Seperti bentuk seni

yang lain, teater adalah bahantara komunikasi antara artis dan penonton. Oleh kerana

teater berlandaskan karya seni beraneka gagasan yang sukar diperikan terlintas pada

minda khalayak dan penggiatnya, kreativiti, imaginasi, anggun, daya, harmoni estetik dan

kehalusan bentuk. Atas dasar kesenian ini, pelbagai kraf terlibat untuk merealisasikan

sebuah pementasan teater. Antaranya, seni lakon (seni ucap, seni gerak, penghayatan),

seni bina (pertukangan, perekaan kostum, letrik, catan) seni rekabentuk audio dan visual

Page 18: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

(konsep, scenery, props, kostum, solekan, tata cahaya, tata bunyi, iklan). Dari segi

pengendaliannya melibatkan penyelarasan sekuen-sekuennya, timing keluar masuk, kiu

tata cahaya dan bunyi, susun atur scenery dan penggunaan props). Teater merangkumi

semua elemen yang berkesudahan dengan “pengalaman teatrikal”. Dengan perkataan lain

teater menampilkan bentuk seni dan seperti bentuk seni yang lain, merupakan bahantara

komunikasi di antara artis dan penonton.

Menurut Edwin Wilson & Alvin Goldfarb (1994) dalam Living Theater A History,

pengarah Amerika iaitu Richard Foreman (1937) dan Robert Wilson (1944) merupakan

antara individu yang memperkenalkan pengaplikasian multimedia di dalam pementasan

teater.

Menurut mereka lagi, Richard Foreman (1991) menggunakan teknologi multimedia ini

dalam teaternya yang bertajuk “Eddie Goes to Poetry City”. Dalam teater ini beliau cuba

menarik perhatian penonton dengan menggunakan visual images yang mana watak

protagonisnya tidak dapat berhubung secara langsung dengan manusia.

Manakala Robert Wilson (1993) pula mengaplikasikan teknologi ini dalam teater

“Danton’s Death” yang dibintangi oleh Richard Thomas. Drama ini dipentaskan di Alley

Theatre di Houston. Beliau menekankan strong visual imagery berbanding teks dalam

pengarahannya.

Page 19: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

Menurut Hamzah Mohd. Tahir (2007) pelopor utama yang menggunakan pengaplikasian

multimedia dalam teater di Malaysia adalah Syed Alwi Al-Hadi dan Dr. Hatta Azad

Khan.

Nur Nina Zuhra (1992) dalam bukunya An Analysis of Modern Drama, drama “Tok

Perak” merupakan teater Melayu pertama yang menggunakan pengaplikasian multimedia

di dalam pementasannya. Teater arahan Syed Alwi Al-Hadi ini, menggunakan keretapi

sebagai symbol thematic dalam “Tok Perak”. Drama ini bermula dan berakhir di latar

tempat stesyen keretapi dan teknik multimedia diaplikasikan iaitu imej keretapi

dipantulkan ke skrin di belakang pentas secara bersela-sela.

Teater “Jomelah” (2004) dan “Peluang” (2003) antara teater yang dikenalpasti oleh

pengkaji pernah mengaplikasikan penggunaan multimedia dalam pementasannya.

Menurut Cik Villiah Perdes Nelson (2006) yang merupakan pelakon utama “Jomelah”,

teknik flashback telah diaplikasikan dalam teater ini. Ianya bagi menvisual dan

mengimbas kembali masa silam watak Jomelah.

Selain itu teater “Peluang” arahan Pn. Nur Afifah Vanitha Abdullah (2003) juga turut

menjalinkan aspek-aspek artistik dan teaterikal seperti pancaran video, slide dan audio,

tarian serta teknik pencahayaan untuk menvisualkan mesej yang terdapat pada skrip

dengan berkesan.

Page 20: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

1.5 Permasalahan Kajian

Dalam kajian ini masalah yang timbul apabila kurangnya pengetahuan pengkaji yang

mendalam dalam sistem teknologi multimedia. Ini merupakan cubaan pertama pengkaji

mengaplikasikan elemen multimedia dalam sesebuah pementasan teater di Unimas.

Permasalahan lain kurangnya pendedahan mengenai kemahiran teknologi seperti ini

dalam bidang teater. Pengkaji hanya mempelajarinya melalui pensyarah dan rakan-rakan

dari program Sinematografi yang mana mereka lebih banyak terdedah dengan teknologi

sebegini berbanding pelajar program Drama & Teater. Dalam pada itu, pengkaji

menghadapi kesukaran untuk memperolehi bahan-bahan rujukan mengenai multimedia

dalam bidang teater. Pengkaji banyak merujuk pada bahan-bahan rujukan dari bahagian

teknologi maklumat.

Selain itu, pendedahan kepada masyarakat akan sistem ini juga amat kurang. Membawa

sesuatu pembaharuan dalam lapangan teater mungkin agak sukar diterima oleh

masyarakat atau mungkin sebaliknya.

Jika dilihat rata-rata teater yang pernah dipentaskan di Unimas jarang mengaplikasikan

penggunaan teknologi sebegini jika ada bilangannya terlalu sedikit. Sekitar tahun 2005

hingga 2007, teater yang dipentaskan tidak menggunakan pengaplikasian multimedia

dalam pementasannya. Empat buah teater yang telah dipentaskan oleh Unimastage

antaranya, “Barabah” (2005), “Gendang Kosong” (2005), “Ayam Jantan Ayam Betina”

(2006), dan “Mayat” (2007) Kesemua teater ini hanya menggabungkan unsur teknikal

dari segi pencahayaan dan audio dalam setiap pementasannya.

Page 21: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

Di samping itu, penggunaan teknologi multimedia ini kurang mendapat sambutan dari

kalangan penggiat teater tempatan kerana ianya melibatkan kos yang agak tinggi serta

kurangnya kemudahan infrastruktur. Kumpulan-kumpulan teater yang ternama sudah

semestinya mampu menanggung kos pembiayaannya tetapi mungkin tidak bagi

kumpulan produksi teater yang kecil. Menurut Abdul Aziz H.M dalam artikel yang

bertajuk Teater Kita Miskin, beliau berpendapat teater di negara ini miskin dari pelbagai

segi termasuk kemudahan dari segi teknikal.

Page 22: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

BAB 2

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Dalam penyelidikan ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu sumber pertama

dan sumber kedua.

2.1 Sumber Pertama

i. “Natural experiment”

Natural experiment merupakan kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji. Pengkaji

akan melibatkan diri dalam produksi sebagai penata multimedia. Pengkaji akan membuat

penyelidikan dalam bidang multimedia untuk diaplikasikan dalam teater. Kaedah ini

diambil oleh pengkaji bagi melihat keberkesanan pengaplikasian teknik multimedia di

dalam teater bagi membantu menyampaikan mesej cerita kepada penonton. Kaedah ini

akan dijalankan oleh pengkaji sewaktu terlibat dalam sebuah kumpulan produksi bagi

pementasan teater “Bukan Bunuh Diri”. Kaedah penyelidikan ini dijalankan bagi

mengenalpasti samada penggunaan teknologi multimedia membantu atau tidak dalam

sesebuah pementasan teater.

ii. “Photography”

Photography atau disebut filmmaking merupakan salah satu kaedah yang turut digunakan

oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan aplikasi Adobe Primer Pro dan Ulead Video

Studio 6 bagi menghasilkan slide multimedia dalam persembahan ini. Ianya dibuat dua

Page 23: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

kali iaitu semasa persembahan bermula iaitu pada permulaan babak wajah watak

protagonis iaitu Hawa dipaparkan ke skrin putih. Pengkaji cuba mengetengahkan cerita

melalui perubahan pada wajah Hawa yang pada mulanya cantik berubah menjadi hodoh.

Manakala untuk kali kedua teknik multimedia diaplikasikan sewaktu persembahan

berakhir iaitu pada waktu curtain call. Di sini, pengkaji cuba membawa pembaharuan

dengan menggunakan teknik montaj dalam memperkenalkan barisan tenaga produksi

“Bukan Bunuh Diri” kepada penonton. Jika sebelum ini tenaga produksi lazimnya

diperkenalkan menggunakan voiceover dan mereka perlu berada di pentas tetapi

menggunakan teknik montaj seperti ini mereka tidak perlu lagi berbuat demikian. Dengan

cara ini penonton dapat mengenali barisan tenaga produksi yang terlibat berdasarkan

slide yang ditayangkan di skrin putih. Photography merupakan salah satu metodologi

yang digunakan oleh pengkaji bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan dan

kemudiannya video yang telah dihasilkan akan didokumentasikan ke dalam bentuk disk

atau CD.

iii. “Dramaturgical Interviewing”

Pengkaji akan menggunakan kaedah temuramah sebagai metodologi sokongan bagi

mendapatkan maklumbalas individu-individu tertentu berkenaan kajian yang dijalankan.

Antara golongan sasaran adalah pengarah teater “Bukan Bunuh Diri”, pensyarah serta

penonton-penonton yang menyaksikan pementasan ini. Tujuan temuramah ini adalah

untuk mendapatkan maklumbalas terhadap pengaplikasian teknologi multimedia dalam

teater “Bukan Bunuh Diri” samada ianya dapat membantu dalam proses menyampaikan

Page 24: PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM … BINTI ABDUL HALIM(24 pages).pdf · Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan ... surat khabar, majalah

mesej dan juga pada masa yang sama mendapatkan maklumat mengenai sejauhmana

teknologi ini boleh diaplikasikan ke dalam teater.

iv. Mise en-scene

Mise en-scene merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dalam tahun satu. Kod

kursus ini adalah GKD 1043. Kursus ini diperkenalkan bagi membolehkan pelajar

(lakonan, pengarahan, sinografi dan sinematografi) memahami proses sesebuah pra

produksi teater atau filem. Tujuan ini akan tercapai terutamanya melalui penganalisaan

skrip melalui pembacaan yang bersesuaian, kuliah, perbincangan, dan kerja-kerja kursus

dalam Mise en-scene. Semua proses pembelajaran ini akan membolehkan pelajar

memahami keseimbangan, fokus, penekanan dalam sesebuah produksi. Kursus ini

mendedahkan pelajar program Drama dan Teater kepada proses memahami dan mengkaji

lebih dalam sesebuah naskah skrip sebelum ianya dipentaskan. Mise en scene perlu

diteliti oleh setiap ahli tenaga produksi bukan sahaja pengarah. Berdasarkan kajian ke

atas skrip (mise en-scene) ini setiap tenaga produksi dapat memahami plot, genre, elemen

penceritaan, dan analisa perwatakan berdasarkan sesuatu naskah.

2.2 Sumber kedua

i. Bahan rujukan

Selain daripada menggunakan buku daripada penulis-penulis barat, pengkaji turut

merujuk kepada jurnal-jurnal, buku, majalah, dan akhbar. Pengkaji juga menggunakan

hasil kajian lepas yang berkaitan secara langsung sebagai bahan rujukan.