institut teknologi tun hussein onnbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · web...

13
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh petender :- 1. AM 1.1 Tender adalah dibuka kepada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kod bidang yang berkenaan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa. 1.2 Tender yang tidak dibuat dengan menggunakan borang sebutharga rasmi yang disediakan tidak akan dipertimbangkan. 1.3 Keengganan Petender mematuhi syarat-syarat am tender boleh menyebabkan tendernya ditolak. 1.4 Petender yang diterima, bermakna petender yang diluluskan oleh pegawai- pegawai menerima tender, dan tendernya mengikut semua syarat-syarat am tender. 2. PENYERAHAN TENDER 2.1 Tawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal Tender. 2.2 Tender WAJIB dikemukakan secara ”Online” dengan mengisi (key-in) dalam sistem e-tender melalui laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM . 2.3 Tender ini juga WAJIB dikemukakan secara “Manual” iaitu satu salinan asal naskah tender yang mengandungi dua sampul surat berlakri (sealed) yang mengandungi: a) Sampul Surat Pertama mengandungi borang Jadual Harga Tender, Maklumat Pembekal dan Jaminan Pembekal. (SALINAN ASAL SAHAJA) b) Sampul Surat Kedua mengandungi borang Jadual Teknikal Tender berserta dengan risalah/katalog (jika berkenaan). (SALINAN ASAL SAHAJA) 1 / 13 BEN/UP/005A-pin2

Upload: vodiep

Post on 06-Mar-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB)

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh petender :-

1. AM

1.1 Tender adalah dibuka kepada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kod bidang yang berkenaan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa.

1.2 Tender yang tidak dibuat dengan menggunakan borang sebutharga rasmi yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.

1.3 Keengganan Petender mematuhi syarat-syarat am tender boleh menyebabkan tendernya ditolak.

1.4 Petender yang diterima, bermakna petender yang diluluskan oleh pegawai-pegawai menerima tender, dan tendernya mengikut semua syarat-syarat am tender.

2. PENYERAHAN TENDER

2.1 Tawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal Tender.

2.2 Tender WAJIB dikemukakan secara ”Online” dengan mengisi (key-in) dalam sistem e-tender melalui laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM .

2.3 Tender ini juga WAJIB dikemukakan secara “Manual” iaitu satu salinan asal naskah tender

yang mengandungi dua sampul surat berlakri (sealed) yang mengandungi:

a) Sampul Surat Pertama mengandungi borang Jadual Harga Tender, Maklumat Pembekal dan Jaminan Pembekal. (SALINAN ASAL SAHAJA)

b) Sampul Surat Kedua mengandungi borang Jadual Teknikal Tender berserta dengan risalah/katalog (jika berkenaan). (SALINAN ASAL SAHAJA)

c) Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam Kenyataan Tender, serta dituliskan dengan tajuk dan nombor rujukan tender yang berkenaan.

2.4 Butiran-butiran yang ditawarkan hendaklah dicatitkan dengan terang dan jelas. Petender tidak boleh mencatatkan nama mereka di mana-mana pun di Jadual Teknikal Tender, Risalah dan Katalog yang dikembarkan.

1 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 2: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

2.5 Dokumen Tender hendaklah dimasukkan sendiri ke Peti Tender di:-

Pejabat Bendahari Bangunan B5Universiti Tun Hussein Onn Malaysia86400 Parit RajaBatu Pahat, Johor.

Dokumen Tender yang dikirimkan melalui pos hendaklah didaftarkan dan dialamatkan kepada:-

BendahariPejabat Bendahari,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia86400 Parit RajaBatu Pahat, Johor.

2.6 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau

secara tidak langsung, jika berlaku kelewatan, kehilangan atau lain-lain semasa tender diposkan. Tender yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

3. KEADAAN BARANG

3.1 Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

4. HARGA

4.1 Semua tender mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga yang ditawarkan hendaklah secara Free On Board dan tanpa cukai.

4.2 Syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hendaklah mengemukakan harga tawaran dengan mengambilkira kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan/Goods and Services Tax (CBP/GST).

4.3 Harga yang disebut dalam tender hendaklah sah laku dalam tempoh kontrak tertakluk kepada fasal 4 kontrak berkenaan.

4.4 Setiap Petender adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual Harga Tender (FOB).

5. PENENTUAN TEKNIKAL

5.1 Penentuan barang yang hendak dibeli ialah seperti di dalam Jadual Teknikal Tender yang dilampirkan. Nama Syarikat tidak boleh dinyatakan di mana-mana sahaja di dalam Jadual tersebut. Jika peraturan ini tidak dipatuhi tender tuan mungkin tidak akan dipertimbangkan.

5.2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara tafsiran petender dengan tafsiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengenai penentuan ini.

5.3 Sebarang pindaan atau pembetulan mestilah ditandatangani.

6. PEMBAYARAN

2 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 3: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

6.1 Pembayaran bagi pembekalan barang ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).

6.2 Pembayaran bagi tiap-tiap penyerahan akan dibuat oleh Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari selepas barang diterima dan dipasang dengan memuaskan dan setelah inbois dikemukakan oleh Pejabat/Fakulti/Jabatan.

7. PENENTUAN BARANG

7.1 Penerimaan barang akan hanya dibuat setelah barang-barang diperiksa oleh pihak Pejabat/Fakulti/Jabatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan/atau wakil-wakil yang telah diberi kuasa.

7.2 Pejabat/Fakulti/Jabatan atau wakil yang diberi kuasa berhak membuat penolakan terhadap bekalan barang-barang yang rosak atau yang tidak mengikut penentuan-penentuan spesifikasi itu. Kos yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.

7.3 Barang yang dibekal hendaklah dijamin dari kecacatannya untuk tempoh 1 tahun dari tarikh pembekalan dan dalam tempoh itu pembekal hendaklah memberi perkhidmatan menyelenggara, servis dan alat-alat ganti dengan percuma.

7.4 Petender hendaklah melampirkan tiga (3) salinan surat penyerahan pada tiap-tiap satu penyerahan barang.

8. KUANTITI DAN NAMA PENGELUAR

8.1 Jenama (Brand), nombor model (jika ada) dan negara pembuat hendaklah dinyatakan dengan jelas, jika tidak tender tidak akan dipertimbangkan.

9. CONTOH

9.1 Apabila diminta, contoh barang-barang atau pembungkusan hendaklah diberi untuk diperiksa atau dianalisa. Contoh yang diterima hendaklah dikirim mengikut bilangan dan pada masa yang ditentukan.

9.2 Contoh-contoh ini hendaklah ditanda dengan butiran barang seperti yang terdapat dalam sebutharga. Petender yang tidak mengemukakan contoh-contoh yang berkenaan, tidak akan dipertimbangkan.

10. DENDA LEWAT BEKAL

10.1 Jika Petender yang berjaya, gagal membekal, menghantar, memasang, menguji dan mengesahkan barang-barang yang dipesan di dalam tempoh yang dicatatkan di Jadual Harga dan dikira dari tarikh kontrak ditandatangani/pesanan dikeluarkan, petender adalah bertanggungjawab untuk membayar kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, sebagai denda untuk tiap-tiap barang yang lewat sehingga ianya dibekalkan sepenuhnya.

10.2 Kadar denda yang akan dikenakan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah seperti berikut :-

i) Denda sebanyak 0.15% untuk satu (1) hari lewat bermula dari hari berikutnya selepas tamat tempoh bekal di Pesanan Tempatan (LO)

Formula pengiraan denda :Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (0.15%) x Bilangan Hari Lewat = Jumlah Denda

3 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 4: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

4 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 5: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

ii) Denda maksima sebanyak 15% sekiranya tempoh bekalan melebihi 100 hari daripada tarikh akhir bekal seperti di Pesanan Tempatan (LO) .

Formula pengiraan denda:Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (15%) = Jumlah Denda

10.3 Denda yang dikenakan akan ditolak terus daripada nilai bayaran yang akan diterima oleh pembekal.

10.4 Kiraan denda hanya akan ditamatkan selepas pembekal selesai menghantar sepenuhnya bekalan/perkhidmatan. Sekiranya pembekal hanya menghantar sebahagian bekalan/ perkhidmatan atau belum menyelesaikan latihan, denda masih akan dikira sehingga bekalan/ perkhidmatan disempurnakan sepenuhnya.

11. DENDA LEWAT MENYELENGGARA

11.1 Jika petender yang berjaya, gagal mematuhi syarat-syarat penyelenggaraan, maka Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berhak menyewa alat yang sama dan segala kos penyewaan akan dipotong dari mana-mana bayaran yang akan dibuat kepada petender yang berkenaan.

12. PENERIMAAN TENDER

12.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak terikat menerima tender terendah atau mana-mana tender. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga berhak memilih lebih dari satu petender mengikut kepentingan.

13. BON PERLAKSANAAN

13.1 Petender yang berjaya dikehendaki memberi bon perlaksanaan berjumlah 5% dari nilai kontrak.

13.2 Bon Perlaksanaan ini hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Bank Islam atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful, dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.

13.3 Bon Perlaksanaan ini akan dikembalikan sesudah kontrak/pembekalan disempurnakan dengan memuaskan dan mengikut kaedah dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa.

14. KONTRAK

14.1 Petender yang berjaya dikehendaki mendatangani satu kontrak formal yang termaktub syarat-syarat dan obligasi-obligasi yang perlu dipatuhi dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Pihak Pembekal perlu membayar ganti rugi sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat dan obligasi-obligasi kontrak. Bayaran gantirugi adalah tertakluk kepada kaedah dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa. Sebarang bantahan kepada syarat-syarat am tender hendaklah dibuat semasa mengemukakan tender.

15. BEKALAN SEBAHAGIAN

15.1 Bekalan untuk satu-satu butiran tidak boleh dibuat berperingkat. Tiap-tiap satu butiran (iaitu kuantiti yang dipesan) mestilah dibekalkan dengan satu penyerahan sahaja.

5 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 6: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

16. KETERANGAN MENGENAI PETENDER

16.1 Tiap-tiap petender dikehendaki mengisi borang keterangan mengenai petender dan borang ini hendaklah dikembarkan bersama tawaran.

17. DEMONSTRASI

17.1 Bila-bila dikehendaki, pembekal mestilah sanggup untuk mengadakan persembahan/demonstrasi alat-alat yang ditawarkan.

18. DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN

Dokumen-dokumen berikut WAJIB dikemukakan secara ”Online” dengan mengisi (key-in) dalam sistem e-tender melalui laman sesawang http://tenderwizard.my /UTHM dan juga WAJIB dikemukakan secara “Manual” satu salinan asal dengan memasukkan sendiri ke dalam peti tender Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan dalam iklan tender:-

18.1 Borang Syarat-syarat Am Tender (BEN/UP/005A-pin1);

18.2 Borang Jaminan Petender FOB (BEN/UP/004A-pin1) (JADUAL PERTAMA);- kegagalan mengemukakan borang ini menyebabkan tawaran sebutharga tidak diterima

18.3 Borang Jadual Harga Tender (FOB) (BEN/UP/015-pin2) (JADUAL KEDUA);

18.4 Borang Jadual Teknikal Tender Bekalan/Perkhidmatan(BEN/UP/001C-pin3 dan BEN/UP/001C(i) atau BEN/UP/001D-pin3) (JADUAL KETIGA);

18.5 Borang Keterangan Mengenai Petender (BEN/UP/022A-pin1) (JADUAL KEEMPAT);

18.6 Borang Laporan Bank/Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Petender (BEN/UP/037A-pin1) (JADUAL KELIMA)

18.7 Salinan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan dan sijil- sijil lain jika berkaitan .

18.8 Risalah, katalog dan lain-lain dokumen (Jika berkaitan)

18.9 Borang Surat Akuan Pembida (BEN/UP/023A)

19. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

19.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

19.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

6 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 7: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

19.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

19.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Saya bagi pihak syarikat mengambil maklum dan bersetuju dengan syarat-syarat am tender bagi perkara di atas.

…………………………………………… ……………………………………………(Tandatangan & Cop Syarikat) (Tandatangan Saksi)

Nama : ………………………………. Nama : ……………………………….Jawatan: ………………………………. Jawatan: ……………………………….

7 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 8: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

SYARAT-SYARAT KHAS TENDER BAGI HARGA FOB (FREE ON BOARD)

1. TENDER

1.1 Tender yang bernilai melebihi RM200,000.00 yang dikemukakan adalah berasaskan jumlah harga FOB (Free On Board) iaitu harga termasuk kos pengangkutan dari kilang pembuat hingga ke pengkalan memuat (Port of Loading), kos pengendalian dari pelabuhan ke atas kapal, pemasangan, pengujian dan latihan.

1.2 Kos dari pengkalan memuat sehingga ke destinasi terakhir termasuk insurans tidak boleh dimasukkan ke dalam jumlah harga kerana kesemua kos berkaitan akan ditanggung oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

1.3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bertanggungjawab menyediakan pengangkutan dan akan menanggung risiko terhadap barangan tersebut bermula dari barangan itu dimuatkan ke atas kapal pengangkut sehingga dihantar ke destinasi terakhir.

2. TATACARA PEMBELIAN BARANGAN IMPORT SECARA FOB

2.1 Semua urusan penghantaran dan pengangkutan barang Import Kerajaan akan dikendalikan oleh Multimodal Transport Operators (MTO) yang dilantik oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2.2 Petender yang membuat tawaran hendaklah menyediakan maklumat barangan import yang ditawarkan seperti di Lampiran A1 dan mengemukakannya bersekali dengan dokumen tawaran kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kegagalan petender mengemukakan maklumat di Lampiran A1 boleh menyebabkan tawaran petender tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Tanggungjawab petender berjaya:-

2.3.1 Membekalkan barangan mengikut perjanjian jual beli dan bukti-bukti lain yang sesuai (jika diperlukan);

2.3.2 Mendapatkan lesen eksport, kelulusan-kelulusan rasmi lain yang diperlukan dan mengendalikan semua urusan kastam untuk mengeksport barangan di atas tanggungan dan risiko sendiri;

2.3.3 Bertanggungjawab ke atas semua kos dan risiko kerugian atau kerosakan barangan sehingga barangan tersebut selamat dimuatkan ke atas kapal yang dinamakan;

2.3.4 Bertanggungjawab membayar semua kos berkaitan dengan barangan tersebut sehingga barangan dilepaskan dan dimuatkan ke atas kapal yang dinamakan;

2.3.5 Petender hendaklah mengemukakan kepada MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah untuk tujuan pengecualian daripada duti kastam, duti import dan untuk tujuan pelepasan segera di pengkalan punggah:-

i) Dua salinan invois komersial yang mengandungi butir-butir kelompok atau nombor lot. Rujukan kepada inbois ini hendaklah atas nama pembeli iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

ii) Dua salinan senarai bungkusan (packing list);

iii) Dua salinan sijil negara asal (certificate or origin); dan

iv) Bill of lading atau airway bill di mana berkaitan.8 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 9: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

2.3.6 Dokumen-dokumen di para 2.3.5 hendaklah tiba kepada MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tibanya kapal, kecuali jika melalui udara ianya hendaklah disampaikan bersama-sama konsainan. Kegagalan petender mengemukakan dokumen di para 2.3.5 di atas dalam tempoh yang dinyatakan dan menyebabkan berlakunya bayaran penyimpanan (storage charges) atau dermurrage charges, maka ianya akan ditanggung oleh petender;

2.3.7 Menyediakan atau mendapatkan dokumen biasa sebagai bukti penyerahan barangan ke atas kapal, dan memaklumkan kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan faks atau teleks mengenai tarikh barangan dimuat ke atas kapal, nilai barangan, butiran di dalam bungkusan sesuatu konsainan atau penghantaran, nama dan maklumat kapal;

2.3.8 Menanggung kos bersangkutan dengan proses semakan (iaitu pemeriksaan mutu, mengukur, menimbang dan mengira yang diperlukan sebelum barangan boleh dieksport dan dimuatkan ke atas kapal. Pembekal juga bertanggungjawab membungkus barangan sesuai dan mencukupi mengikut cara pengangkutan yang berkaitan. Di luar pembungkusan penjual hendaklah membuat tanda pengenalan yang jelas dan senang dikesan sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pihak petender akan bertanggungjawab sekiranya barang-barang yang diterima itu rosak, pecah atau hilang yang berpunca dari pembungkusan yang tidak cukup atau tidak sesuai atau tiada tanda pengenalan yang jelas;

2.3.9 Jika diperlukan, petender diminta membantu MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mendapatkan dokumen atau mesej elektronik yang setara dengannya yang dikeluarkan oleh negara yang mengirim atau negara asal barangan tersebut untuk tujuan pengimportan atau persinggahan sementara (in transit). Jika diperlukan juga, petender hendaklah menyediakan maklumat untuk tujuan insurans.

2.4 Tanggungjawab pembeli (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) dalam kaedah pembelian ini ialah seperti berikut:-

2.4.1 Memberitahu pembekal nama MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi urusan penghantaran barangan berkenaan;

2.4.2 Memberi satu (1) salinan pesanan pembelian dan satu (1) salinan arahan perkapalan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh penghantaran:

2.4.3 Menanggung sebarang kos tambahan dan semua risiko ke atas barangan mulai dari masa pembekal menempatkan barangan tersebut di atas kapal yang dinamakan dipengkalan memuat (port of loading) dan membayar harga barangan sepertimana yang dipersetujui di dalam kontrak;

2.4.4 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengambil sendiri perlindungan insurans ke atas semua barangan yang diimport;

2.4.5 Mengurus dan membayar kos pengangkutan hingga sampai ke pengkalan punggah (port of discharge) dan bayaran-bayaran lain yang terlibat sehingga ke destinasi terakhir;

2.5 Setelah petender menerima pesanan dari jabatan atau notis dari MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, ia hendaklah memaklumkan kepada MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui faks atau teleks sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh jangkaan penghantaran atau notis kesediaan barangan (cargo readiness) mengenai kuantiti sebenar, isipadu, berat dan nilai setiap konsainan.

2.6 Apabila notis diterima dari MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, petender hendaklah membuat persediaan menghantar konsainan ke atas kapal yang dinamakan oleh MTO Universiti

9 / 10

BEN/UP/005A-pin2

Page 10: INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONNbendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM TENDER (FOB) Tertakluk kepada

Tun Hussein Onn Malaysia. Selepas dimuatkan ke atas kapal yang dinamakan MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, petender hendaklah memaklumkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan faks atau teleks mengenai tarikh barangan dimuatkan, nama dan maklumat kapal, nilai konsainan, butiran di dalam bungkusan setiap konsainan.

2.7 Jika Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau MTO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia gagal menyediakan kapal untuk muatan dalam tempoh yang disyaratkan atau kelewatan telah melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh penghantaran (shipment date) yang dimaklumkan, dengan persetujuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, petender boleh menguruskan pengangkutan dan penghantaran barangan ke destinasi yang ditetapkan pada kadar kos yang sebenar

3. INSURAN

3.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengambil sendiri perlindungan insurans untuk semua barangan import mulai daripada barangan tersebut dinaikkan ke kapal sehingga ke destinasi terakhir melalui Kumpulan Wang Insurans Barang-Barang Kerajaan (KWIBK).

10 / 10

BEN/UP/005A-pin2