unit 4

21
MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF 14DET08F1042 SHAH ERMY BIN MOHAMAD 14DET08F1062 MOHD YUSRI BIN MOHD YUSOF 14DET08F1063 NG JIUN YOONG 14DET08F1064 ANAS BIN ABD MALIK 14DET08F1068

Upload: oria

Post on 19-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Unit 4. MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF 14DET08F1042 SHAH ERMY BIN MOHAMAD 14DET08F1062 MOHD YUSRI BIN MOHD YUSOF 14DET08F1063 NG JIUN YOONG 14DET08F1064 ANAS BIN ABD MALIK 14DET08F1068. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

•MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD

BIN MD YUSOFF 14DET08F1042•SHAH ERMY BIN MOHAMAD 14DET08F1062•MOHD YUSRI BIN MOHD YUSOF 14DET08F1063•NG JIUN YOONG 14DET08F1064 •ANAS BIN ABD MALIK 14DET08F1068

DEFINISI: Proses pengaturcaraan PLC adalah

merupakan aktiviti merancang seperti membina dan memasukkan aturcara untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki.

Mula Memulakan sesuatu operasi

Mod Operasi Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga kedudukan mula. Keadaan Reset

Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di dalam aturcara.

Operasi/Turutan Proses Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas.

Isyarat Keluaran

Memicu peralatan keluaran. Status Keluaran

Memaparkan lampu penunjuk atau penggera.

Tamat Menghentikan operasi

LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat antarabangsa iaitu :

Rajah Tangga (Ladder Diagram). Senarai Arahan (Instruction List). Teks Struktur (Structured Text). Carta Fungsi Turutan (Sequential Function

Chart). Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram).

Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang ditukar dari rajah litar pendawaian kawalan geganti.

Rajah tangga mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan rajah ( rujuk rajah 4.1.1 ).

Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen penyuisan sedia buka (normally open – NO) atau penyuisan sedia tutup ( normally closed – NC) menerusi laluan arus dan gelung elemen.

•Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi serta kombinasi operasi turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar secara berasingan

Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks. Ianya dibina dari suruhan kawalan yang mengandungi pengendali (operator) dan kendalian (operand). Berikut adalah contoh aturcara yang menggunakan bahasa senarai arahan.

OPERATOR OPERAND

Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks yang mengandungi ungkapan dan suruhan. Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti berikut :-

Cylinder out = (Input A OR Input B) AND Output C

Merupakan jenis bahasa grafik ( rujuk rajah 4.1.4 ). Elemen-elemennya terdiri daripada langkah, peralihan, pilihan dan cabang selari. Setiap langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan yang aktif atau tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan yang berdasarkan kepada peralihan. Tindakan pula mengandungi struktur turutannya sendiri.

Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam rajah fungsi ini digambarkan secara grafik fungsi dan blok fungsi

( rujuk rajah 4.1.5 ). Elemen-elemen ini disambungkan dengan garisan aliran isyarat dan dihubungkan secara terus kedalam rangkaian.

Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di sebelah kiri dan kanan yang dinamakan bus bar dan juga garis mendatar ke kanan yang dinamakan garis-garis arahan (instruction lines ).

Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi logik keadaan (conditions) yang akan menentukan bila dan bagaimana arahan-arahan di sebelah kanan sekali akan dilaksanakan. Contoh Rajah Tangga ditunjukkan seperti di Rajah 4.2.a di bawah.

Pasangan-pasangan garisan menegak di sepanjang garisan cabang dipanggil keadaan (conditions). Keadaan-keadaan ini terdiri daripada dua iaitu :

i. Keadaan Sedia Buka ( normally open - NO ) ii. Keadaan Sedia Tutup ( normally closed – NC ) Nombor-nombor pada setiap keadaan menentukan bit operasi setiap arahan. Setiap arahan dalam Rajah Tangga samaada ON atau OFF bergantung kepada status bit operasi yang telah ditentukan.

 

Keadaan normally open adalah ON jika bit operasi adalah ON dan akan OFF jika bit operasi adalah OFF.

Keadaan normally closed adalah ON jika bit operasi adalah OFF dan akan OFF jika bit operasi adalah ON.

Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF mewujudkan keadaan terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin dilaksanakan. Keadaan inilah yang dinamakan Keadaan Perlaksanaan.

Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) ON apabila X0 adalah ON, X1 adalah OFF dan X2 adalah ON.

Bit operasi bagi setiap arahan boleh terdiri daripada mana-mana bit dalam kawasan-kawasan ingatan ( memory ) IR, SR, HR, TC atau TR. Ini bermakna keadaan-keadaan ( conditions ) dalam Rajah Tangga boleh ditentukan oleh bit I/O, bendera ( flags ), bit kerja ( work bits ), pemasa / pembilang ( timers / counters ) dan lain-lain

Jadual 4.3.2 menunjukkan peta ingatan yang merujuk kepada PLC jenis OMRON –SYSMAC CQM1H.

MAKSUD :

Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu arahan adalah ditentukan oleh perhubungan diantara keadaan-keadaan (conditions) yang ada pada garisan arahan yang menghubungkan mereka.

Sebarang kumpulan keadaan yang terbentuk untuk menghasilkan satu keputusan logik dinamakan blok logik.

Penerangan:  Satu blok arahan adalah terdiri daripada semua arahan-arahan

yang terdapat di dalam satu blok .  Blok itu diperolehi dengan melukis satu garis mendatar tanpa

memotong garisan yang menegak dan sebaliknya.  Rujuk pada rajah 4

Rajah Tangga tidak boleh dibaca oleh Konsol Pengaturcaraan. Oleh itu Rajah Tangga perlu ditukar kepada kod mnemonik. Kod mnemonik memberikan maklumat yang sama seperti Rajah Tangga dan boleh ditaip secara terus pada Konsol Pengaturcaraan.

Rajah 4.4 : Contoh Kod Mnemonik