unit 2 pemahaman teori semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 unit 3 kuliah 1 da… · golongan...

8
1 Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. 1 zazh/upm Pengenalan Terdapat pelbagai teori yang digunakan untuk menghuraikan makna seobjektif yang mungkin. Antara teori yang pernah dikemukakan ialah teori tanda, teori segi tiga semiotik, teori imej, teori behaviorisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik. 2 zazh/upm Teori Tanda de Saussure (1916) Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure melalui dikotomi sistem tanda: signified dan signifier atau signifie dan signifiant . Petanda (signifie) adalah gambaran mental, fikiran, atau konsep. Penanda (signifiant) adalah “bunyi yang bermakna” atau “coretan yang bermakna”. Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada hubungan yang bersifat asosiasi antara „yang ditandai‟ (signified) dan „yang menandai‟ (signifier). Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk penanda (signifier) dengan sebuah ide atau petanda (signified). Dengan kata lain, penanda adalah aspek material daripada bahasa iaitu apa-apa yang dikatakan atau didengar dan apa-apa yang ditulis atau dibaca. Jadi, petanda adalah aspek mental daripada bahasa (Bertens, 2001:180). 3 zazh/upm TEORI SEGITIGA SEMIOTIK Teori Segitiga Semiotik dipelopori oleh Richard & Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain iaitu lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep. 4 zazh/upm

Upload: hoangtu

Post on 07-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

1

Unit 3 Kuliah 1 dan 2

Teori Semantik

Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah

Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

UPM.

1zazh/upm

Pengenalan

Terdapat pelbagai teori yang digunakan

untuk menghuraikan makna seobjektif

yang mungkin.

Antara teori yang pernah dikemukakan

ialah teori tanda, teori segi tiga semiotik,

teori imej, teori behaviorisme, teori analisis

komponen dan teori logik simbolik.

2zazh/upm

Teori Tanda de Saussure (1916)

Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure melalui

dikotomi sistem tanda: signified dan signifier atau signifie dan

signifiant .

Petanda (signifie) adalah gambaran mental, fikiran, atau konsep.

Penanda (signifiant) adalah “bunyi yang bermakna” atau “coretan

yang bermakna”.

Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada hubungan yang

bersifat asosiasi antara „yang ditandai‟ (signified) dan „yang

menandai‟ (signifier).

Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk penanda (signifier)

dengan sebuah ide atau petanda (signified).

Dengan kata lain, penanda adalah aspek material daripada bahasa

iaitu apa-apa yang dikatakan atau didengar dan apa-apa yang ditulis

atau dibaca. Jadi, petanda adalah aspek mental daripada

bahasa (Bertens, 2001:180).

3zazh/upm

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

Teori Segitiga Semiotik dipelopori oleh Richard

& Ogden.

Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu

telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti

yang berhubungan antara satu dengan yang lain

iaitu lambang atau bentuk kata, rujukan, dan

konsep.

4zazh/upm

Page 2: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

2

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan

secara langsung (direct relationship) dengan

kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata

(lambang) dan benda (referen).

Bentuk kata iaitu lambang/perkataan dan

benda/referen mempunyai hubungan yang tidak

langsung (indirect relationship (Palmer, 1981:

24). Justeru itu, perhubungan antara kedua-

duanya ditandai dengan garis yang putus.

5zazh/upm

Fikiran

__ __ __ __ __ _

Simbol (Perkataan) Rujukan

(Benda atau Perkara)

Teori „Segi tiga semiotik‟

Ogden dan Richards (1949)

6zazh/upm

Teori-teori dalam Kajian

Semantik

TEORI IMEJ

Makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atauimej yang ada dalam fikiran seseorang.

Maksudnya, apabila sesuatu perkataan itu disebut,didengar atau dibaca oleh seseorang maka mental ataufikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitandengan makna atau maksud perkataan ini.

Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalampenghuraian makna yang digunakan secara meluas olehpengkaji linguistik tradisional.

7zazh/upm

Satu masalah yang nyata –

dalam mentafsir makna perkataan, kita tidak dapatmengetahui dan menentukan apakah bentuk imej yangada dalam gambaran atau pemikiran seseorang.

Tiada sesiapa dapat menerokai otak manusia ataumeneropong dengan jelas gambaran dan imaginasiyang wujud dalam alam pemikiran seseorang semasa iamentafsir makna bagi sesuatu perkataan.

Tegasnya, imej yang muncul dalam otak seseorang itutidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambangyang nyata dan objektif.

8zazh/upm

Page 3: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

3

Satu contoh ialah mengenai rajah segi tiga.

Sukar menentukan imej rajah segi tiga kerana rajah segitiga itu sendiri pelbagai bentuknya.

Bagi A mungkin rajah segi tiga itu berupa ,

bagi B pula mungkin berupa .,

bagi C, bentuk segi tiga itu mungkin ialah ,

bagi D pula bentuk itu berupa dan sebagainya.

tidak ada satu penyelesaian yang khusus mengenaigambaran sebenar yang wujud dalam fikiran seseorangmengenai makna sesuatu perkataan yangdigambarkannya.

9zazh/upm

Satu lagi contoh, tafsiran atau imej terhadap gambaransesuatu keadaan,

Misalnya "seorang kanak-kanak yang lapar".

Salah satu imej - keadaan kanak-kanak yang sedangmenangis.

satu lagi imej - keadaan kanak-kanak itu menyuapkansesuatu ke dalam mulutnya".

Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepadasatu keadaan sama, iaitu "seorang kanak-kanak yanglapar".

10zazh/upm

Rumusan

Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabiladia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya adahubungan dengan pengalamannya.

Seseorang yang pernah mengalami pengalaman yangpahit pada zaman perang II dengan Jepun mungkinmengimaginasikan “Jepun " sebagai bangsa yangkejam, bengis, garang, tidak bertimbang rasa, dansebagainya, tetapi bagi seorang yang lain, yang pernahmengalami peristiwa manis yang tidak dapat dilupakanbersama-sama bangsa Jepun mungkin membayangkan“bangsa Jepun " sebagai seorang yang rajin, pembersihdan bangsa yang maju.

11zazh/upm

TEORI BEHAVIORISME Mengikut teori behaviorisme, makna bagi sesuatu perkataan atau

ayat mestilah ditinjau berdasarkan rangsangan dan gerak balasyang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu. la merangkumiaspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur semasa diamengujarkan sesuatu ayat atau perkataan.

Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana merekaberanggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada operasirangsangan dan gerak balas sebagaimana juga dengan perlakuanmanusia lain. Misalnya “dia tersenyum apabila membaca mesej”dan sebagainya.

Setiap rangsangan dan gerak balas serta proses biologi yangdialami oleh seseorang semasa bercakap mestilah dianalisis secarasaintifik supaya makna ujarannya dapat ditaksirkan dengan jelas,tepat dan menyeluruh.

12zazh/upm

Page 4: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

4

Contoh lain : ujaran "Perut saya lapar" merupakangerak balas kepada suatu rangsangan yang wujudsecara proses biologi di dalam perut penutur.

Penutur berkemungkinan telah agak lama tidakmengambil sebarang makanan.

Makanan yang terhidang kelihatan menyelerakan,menyebabkan keluarnya enzim di dalam perutnyadan timbullah rasa lapar.

13zazh/upm

Kesimpulan

teori behaviorisme juga mempunyai kelemahan.

1. tidak dapat menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap,menyeluruh dan saintifik oleh sebab mekanisme yang mengolahsesuatu ujaran itu terlalu kompleks dan kita tidak berupayamembuat penghuraian yang tepat mengenainya.

Apa-apa yang berlaku dalam pemikiran dan sistem saraf otakpenutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan tidak ada mesin yangdapat merakamkan seluruh proses yang berlaku pada otak danproses biologi seseorang semasa dia bertutur. Dengan demikianteori ini amat sukar untuk dipraktikkan.

14zazh/upm

2. tidak dapat menghuraikan makna bagi perkataan-perkataan yang mempunyai fungsi tertentu dalamtatabahasa, misalnya tidak dapat menjelaskan maknakata hubung seperti "dan", "tetapi", "kerana", dan lain-lain,

3. perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti"ketuhanan", "segi tiga", "geometri", "meja", "rumah",dan lain-lain lagi yang pada dasarnya boleh ditakrifkansecara tersendiri, tidak dapat diaplikasikan huraianmaknanya mengikut teori ini.

15zazh/upm

TEORI ANALISIS KOMPONEN

Teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yangdigunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukanistilah-istilah yang menunjukkan hubungankekeluargaan.

Misalnya istilah "bapa" dan "datuk" dapat dijelaskandengan menganalisis dan mempertentangkan komponenyang berkaitan dengannya misalnya "bapa" adalah"lelaki",

"anak kepada ..." dan

"ayah kepada..." manakala

"datuk" adalah juga "lelaki",

"ayah kepada ..." dan juga

"anak kepada …”.

16zazh/upm

Page 5: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

5

Kaedah ini kemudiannya disedari boleh diaplikasikanuntuk menghuraikan atau menjelaskan maknaperkataan.

Dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan murder dankill dapat dibezakan melalui cara ini, dalam manakomponen yang dapat menjelaskan makna murder ialahintension, causation dan death, manakala maksud "kill"hanyalah causation dan death.

Dalam bahasa Melayu konsep "sengaja" dan "tidaksengaja“ dapat dibezakan oleh penggunaan imbuhan,iaitu imbuhan "ter-" dan "me-".

17zazh/upm

mengikut teori analisis komponen, makna bagi sesuatuperkataan bukan dianalisis sebagai satu unit tetapisebagai suatu hubungan komponen-komponen yangkompleks.

Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantikyang terdiri daripada kosa kata atau perbendaharaankata sesuatu bahasa yang diikat secara logik dan tetap(logical constant).

menghuraikan makna sesuatu perkataan secaraterperinci dan memasukkan sama unsur-unsurpertentangannya.

18zazh/upm

Contoh

Perkataan 'teruna' dijelaskan maknanya melaluikomponen semantiknya, iaitu "manusia", "dewasa","lelaki", "belum berkahwin".

"Kanak-kanak" dijelaskan sebagai "manusia","lelaki" atau "perempuan", "bukan dewasa".

“emak/ibu" pula diberi pengertian berdasarkankomponen, "manusia", "perempuan", "berkahwin"dan "mempunyai anak".

19zazh/upm

Kelemahan Teori Hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan,

tidak menganalisis makna pada peringkat ayat.

Contoh a. Mereka sedang bergaduh.

Mereka tidak berkelahi

Sukar untuk memilih dan menentukan komponen-komponen semantik yang khusus dan tepat untukmenghuraikan makna sesuatu perkataan.

20zazh/upm

Page 6: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

6

Rumusan

Satu masalah adalah bahawa perkataan yang

merupakan komponen semantik bagi

menghuraikan makna sesuatu perkataan itu

mempunyai makna yang tersendiri yang perlu

pula dihuraikan.

21zazh/upm

TEORI LOGIK SIMBOLIK

Menghuraikan makna pada peringkat perkataan,pada peringkat ayat dan perlakuan manusia,sebagai reaksi kepada tanggapan yang diterimaoleh mereka mengenai sesuatu perkataan.

Teori logik simbolik ini membahagikan kajianmakna kepada tiga bahagian iaitu semantik,sintaktik dan pragmatik.

22zazh/upm

dimaksudkan kepada hubungan antara simbol denganrujukan (reference) atau boleh juga dikatakan hubunganantara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidakterhad banyaknya dalam sesuatu bahasa dan sesuatusimbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda-benda yang ada persamaannya.

contoh, perkataan "manusia" dirujuk kepada makhluk yangbernyawa, mempunyai akal dan sifat-sifat yang berbezadaripada binatang.

"Manusia" juga meliputi golongan orang lelaki, perempuan,kanak-kanak, tua, dan muda.

23zazh/upm

Semantik Sintaktik

Mengkaji hubungan antara satu perkataan dengan

perkataan lainnya yang boleh menentukan makna.

Hubungan itu dapat dilihat pada konteks yang lebih

besar, misalnya dalam ayat atau frasa. Sebagai

contoh, perkataan "orang" dan "besar" apabila

wujud berurutan boleh menghasilkan

dua makna, iaitu "orang besar"

" orang yang saiznya besar " dan

"orang yang berpangkat tinggi".

24zazh/upm

Page 7: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

7

Begitu juga dengan urutan kata "makan" dan "hati",boleh membawa pengertian "makan hati" (makanhati lembu, ayam, dan lain-lain) atau "makan hati"dengan maksud "merana".

Ayat "anak abang saya yang sulung" pula bolehbermaksud "anak sulung abang saya" atau "anakkepada abang sulung saya".

Ayat "adik cikgu yang comel" boleh membawamaksud "adik cikgu itu yang comel" atau "adikkepada cikgu yang comel".

Makna yang agak kabur ini boleh dijelaskan melaluikajian sintaktik. Penentuan yang mana satukahmakna yang mahu diterima bergantung kepadakonteks.

25zazh/upm

Mengkaji hubungan antara simbol atau perkataan

dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang

sebagai reaksi kepada perkataan yang ditujukan

kepadanya.

Reaksi itu berbagai-bagai, bergantung kepada

tanggapan seseorang. Perkataan "saya", "aku",

"patik", "beta”, walaupun dirujuk kepada benda atau

perkara yang sama, iaitu "rujukan kepada orang

pertama tunggal", boleh membawa reaksi yang

berbagai-bagai.

Pragmatik

Pengertian makna –operasional/kontekstual

Ludwig Wittgenstein dalam bukunya, ‘Philosophical

Investigations’(1953):

Sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan sesuatu yang

dilakukan oleh manusia dengan kata itu: bukan apa yang

dikatakan oleh manusia tentang perkara itu (the true

meaning of a word is to be found by observing what a man

does with it: not what he says about it).

2 falsafah Wittgenstein :

i. bahasa dengan realiti. -, “apa yang memang dapat

dikatakan, katakan dengan jelas. Dan, apa yang tidak

dapat dikatakan, sebaiknya diam.”

ii. bahasa sehari-hari (meaning in use).

penghuraian makna berdasarkan teori ini agakberkesan dibandingkan dengan teori-teori yangsebelumnya kerana teori ini mempertimbangkansama ciri-ciri suasana (konteks) dan perlakuan yangmengiringi sesuatu ujaran.

Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanyalebih tepat kerana konteks merupakan aspek yangterpenting dalam penentuan makna bagi sesuatuujaran.

Rumusan

Page 8: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3206 Unit 3 Kuliah 1 da… · Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada

8

29zazh/upm