unit 2 pemahaman teori semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 unit 2 kuliah 2 da… · satu masalah yang...

29
Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Upload: vuongquynh

Post on 04-May-2018

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Unit 2 Kuliah 2 dan 3

Teori Semantik

Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah

Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

UPM.

Page 2: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Pengenalan

Terdapat pelbagai teori yang digunakan

untuk menghuraikan makna seobjektif

yang mungkin.

Antara teori yang pernah dikemukakan

ialah teori tanda, teori segi tiga semiotik,

teori imej, teori behaviurisme, teori analisis

komponen dan teori logik simbolik.

Page 3: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Teori Tanda de Saussure (1916

Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure melalui

dikotomi sistem tanda: signified dan signifier atau signifie dan

significant .

Petanda (signifie) adalah gambaran mental, fikiran, atau konsep.

Penanda (signifiant) adalah “bunyi yang bermakna” atau “coretan

yang bermakna”.

Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada hubungan yang

bersifat asosiasi antara „yang ditandai‟ (signified) dan „yang

menandai‟ (signifier).

Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk penanda (signifier)

dengan sebuah ide atau petanda (signified).

Dengan kata lain, penanda adalah aspek material daripada bahasa

iaitu apa-apa yang dikatakan atau didengar dan apa yang ditulis atau

dibaca. Jadi, petanda adalah aspek mental daripada

bahasa (Bertens, 2001:180).

Page 4: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

TEORI SEGI TIGA SEMIOTIK

Teori Segitiga Semiotik dipelopori oleh Richard

& Ogden.

Berdasarkan teori ini, satu leksikal itu telah

dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang

berhubungan antara satu dengan yang lain.

Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau

bentuk kata, rujukan, dan konsep, seperti dalam

rajah di bawah:

Page 5: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan

secara langsung (direct relationship) dengan

kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata

(lambang) dan benda (referen).

Bentuk kata (lambang) mempunyai hubungan

yang tidak langsung (indirect relationship)

dengan rujukan iaitu (benda)

Justeru itu, perhubungan antara keduanya

ditandai dengan garis yang putus.

Page 6: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Fikiran

__ __ __ __ __ _

Simbol (Perkataan) Rujukan

(Benda atau Perkara)

Teori „Segi tiga semiotik‟

Ogden dan Richards (1949)

Page 7: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Teori Semantik

Pengertian makna Wittgenstein dalam bukunya,

‘Philosophical Investigations’(1953):

Sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan

sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata

itu: bukan apa yang dikatakan oleh manusia

tentang perkara itu (the true meaning of a word is

to be found by observing what a man does with it:

not what he says about it).

Page 8: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Teori-teori dalam Kajian

Semantik

TEORI IMEJ

Mengikut teori ini makna dapat dihuraikan berdasarkangambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang.Maksudnya, apabila sesuatu perkataan itu disebut,didengar atau dibaca oleh seseorang maka mental ataufikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitandengan makna atau maksud perkataan ini.

Tegasnya, fikiran akan memberikan tafsiran tertentu(secara abstrak) terhadap perkataan tadi. Teori inimerupakan pendekatan saintifik dalam penghuraianmakna yang digunakan secara meluas oleh pengkajilinguistik tradisional.

Page 9: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini

a. kita tidak dapat mengetahui dan menentukan apakahbentuk imej yang ada dalam gambaran atau pemikiranseseorang.

B. tiada sesiapa yang dapat menerokai otak manusiadan dapat meneropong dengan jelas gambaran danimaginasi yang wujud dalam alam pemikiran seseorangsemasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan.

c. imej yang muncul dalam otak seseorang itu tidakdapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang yangnyata dan objektif.

Page 10: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan relatifpula keadaannya.

Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai rajahsegi tiga.

Imej rajah segi tiga itu sendiri ada dalam pelbagaibentuknya.

Bagi A mungkin rajah segi tiga itu berupa , bagi B pulamungkin berupa ., bagi C, bentuk segi tiga itu mungkinialah , bagi D pula bentuk itu berupa dansebagainya. Dengan demikian, tidak ada satupenyelesaian yang khusus yang dapat kita buatmengenai gambaran sebenar yang wujud dalam fikiranseseorang mengenai makna sesuatu perkataan yangdigambarkannya.

Page 11: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Satu lagi contoh, adalah mengenai tafsiran atau imejyang berlainan terhadap gambaran sesuatu keadaan,misalnya keadaan "seorang kanak-kanak yang lapar".Keadaan ini menimbulkan imej yang berlainan bagiorang yang berlainan.

Salah satu imej yang mungkin ditimbulkan ialah"keadaan kanak-kanak yang sedang menangis"(menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar).

satu lagi imej mungkin menunjukkan "keadaan kanak-kanak itu menyuapkan sesuatu ke dalam mulutnya".

Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepadasatu keadaan sama, iaitu yang dimanifestasikan olehgabungan perkataan "seorang kanak-kanak yang lapar".

Page 12: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Rumusan

Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabiladia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya adahubungan dengan pengalamannya.

Seseorang yang pernah mengalami pengalaman yangpahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan"guru" sebagai seorang yang bengis, garang, tidakbertimbang rasa, dan sebagainya tetapi bagi seorangyang lain, yang pernah mengalami peristiwa manis yangtidak dapat dilupakan bersama-sama gurunya mungkinmembayangkan "guru" sebagai seorang yang lembut,penyayang dan pengajar yang baik. Jadi, perkataan'guru' membawa imej yang berbeza sama sekali kepadadua orang yang berlainan.

Page 13: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

TEORI BEHAVIURISME

Mengikut teori behaviurisme, makna bagi sesuatuperkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkanrangsangan dan gerak balas yang menyebabkantimbulnya sesuatu ujaran itu. la merangkumi aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur semasa diamengujarkan sesuatu ayat atau perkataan.

Golongan behaviuris mengemukakan teori ini keranamereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasildaripada operasi rangsangan dan gerak balassebagaimana juga dengan perlakuan manusia lain,seperti makan, berjalan, tidur, senyum, dan sebagainya.Setiap rangsangan dan gerak balas serta proses biologiyang dialami oleh seseorang semasa bercakap mestilahdianalisis secara saintifik supaya makna ujarannya dapatditaksirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh.

Page 14: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Sebagai contoh, ujaran "Perut saya lapar"merupakan gerak balas kepada suatu rangsanganyang wujud secara proses biologi di dalam perutpenutur. Penutur berkemungkinan, telah agak lamatidak mengambil sebarang makanan untukdimakannya, menyebabkan keluarnya enzim didalam perutnya dan akibatnya timbullah rasa lapar.Rasa lapar ini menjadi rangsangan baginya untukmengujarkan ayat "Perut saya

lapar".

Page 15: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Rumusan

Teori behaviurisme juga mempunyai kelemahan.Teori ini tidak dapat menghuraikan setiap ujarandengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik..

Apa yang berlaku dalam pemikiran dan sistem sarafotak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dantidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruhproses yang berlaku pada otak dan proses biologiseseorang semasa dia bertutur. Dengan demikianteori ini amat sukar untuk dipraktikkan.

Page 16: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

teori ini juga tidak dapat menghuraikan makna bagiperkataan-perkataan yang mempunyai fungsi tertentudalam tatabahasa, misalnya tidak dapat menjelaskanmakna kata hubung seperti "dan", "tetapi", "kerana", danlain-lain,

makna perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti"ketuhanan", "segi tiga", "geometri", "meja", "rumah",dan lain-lain lagi yang pada dasarnya boleh ditakrifkansecara tersendiri, tidak dapat diaplikasikan huraianmaknanya mengikut teori ini.

Page 17: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

TEORI ANALISIS KOMPONEN

Teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yangdigunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukanistilah-istilah yang menunjukkan hubungankekeluargaan.

Misalnya istilah "bapa" dan "datuk" dapat dijelaskandengan menganalisis dan mempertentangkan komponenyang berkaitan dengannya misalnya "bapa" adalah"lelaki",

"anak kepada ..." dan

"ayah kepada..." manakala

"datuk" adalah juga "lelaki",

"ayah kepada ..." dan juga

"anak kepada …”.

Page 18: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk menghuraikan ataumenjelaskan makna perkataan.

Contoh dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataanmurder dan kill dapat dibezakan melalui cara ini, dalammana komponen yang dapat menjelaskan maknamurder ialah intension, causation dan death, manakalamenjelaskan maksud "kill" hanyalah causation dandeath.

Dalam bahasa Melayu konsep "sengaja" dan "tidaksengaja" seperti yang nyata daripada contoh perkataandi atas dapat dibezakan oleh penggunaan imbuhan, iaituimbuhan "ter-" dan "me-". Dengan demikian konsep inidapat difahami dengan lebih mudah.

Page 19: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

mengikut teori analisis komponen, makna bagi sesuatuperkataan dianalisis sebagai suatu hubungankomponen-komponen yang kompleks.

Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantikyang terdiri daripada kosa kata atau perbendaharaankata sesuatu bahasa yang diikat secara logik dan tetap(logical constant). Teori ini cuba menghuraikan maknasesuatu perkataan secara terperinci dan memasukkansama unsur-unsur pertentangannya.

Page 20: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Contoh

Perkataan 'teruna' dapat dijelaskan maknanyadengan memperlihatkan komponen-komponensemantiknya, iaitu "manusia", “dewasa", "lelaki","belum berkahwin".

„Kanak-kanak‟ pula ditakrifkan sebagai "manusia","lelaki" atau "perempuan", "bukan dewasa".

"ibu" pula diberi pengertian berdasarkan komponen,"manusia", "perempuan", "berkahwin" dan"mempunyai anak".

Demikianlah caranya perkataan-perkataan dalamsesuatu bahasa ditakrifkan mengikut teori ini.

Page 21: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Kelemahan Teori

Hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan,tidak menganalisis makna pada peringkat ayat.

Contoh a. Mereka sedang bergaduh.

Mereka tidak berkelahi

Sukar untuk memilih dan menentukan komponen-komponen semantik yang khusus dan tepat untukmenghuraikan makna sesuatu perkataan.

Misalnya makna "teruna", "dara", "kanak-kanak" dan"ibu", satu daripada komponennya ialah manusia danperkataan "manusia" ini merangkumi "benda-benda"yang disebutkan sebagai teruna, dara, kanak-kanak danibu.

Page 22: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Rumusan

Satu masalah yang timbul di sini adalah bahawa

perkataan yang merupakan komponen semantik

bagi menghuraikan makna sesuatu perkataan

itu mempunyai makna yang tersendiri yang perlu

pula dihuraikan.

Page 23: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

TEORI LOGIK SIMBOLIK

Menghuraikan makna bukan sahaja padaperingkat perkataan malah juga pada peringkatayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksikepada tanggapan yang diterima oleh merekamengenai sesuatu perkataan.

Teori logik simbolik ini membahagikan kajianmakna kepada tiga bahagian iaitu semantik,sintaktik dan pragmatik.

Page 24: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Semantik dimaksudkan kepada kajian mengenai hubunganantara simbol dengan rujukan (reference) atau boleh jugadikatakan hubungan antara perkataan dengan benda.Rujukan atau benda biasanya dirujuk kepada kumpulanbenda-benda yang ada persamaannya.

Sebagai contoh, perkataan "manusia" dirujuk kepadamakhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan sifat-sifatyang berbeza daripada binatang. "Manusia" juga meliputigolongan orang lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua, danmuda. Mereka dikelompokkan sebagai manusia kerana sifatmereka yang mempunyai persamaan.

Page 25: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

nktik

Sintaktik - mengkaji hubungan antara satu

perkataan dengan perkataan lainnya yang boleh

menentukan makna. Hubungan itu dapat dilihat

pada konteks yang lebih besar, misalnya dalam ayat

atau frasa. Sebagai contoh, perkataan "orang" dan

"besar" apabila wujud berurutan boleh

menghasilkan

dua makna, iaitu "orang besar"

" orang yang saiznya besar " dan

"orang yang berpangkat tinggi".

Page 26: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Begitu juga dengan urutan kata "makan" dan "hati",boleh membawa pengertian "makan hati" (makanhati lembu, ayam, dan lain-lain) atau "makan hati"dengan maksud "merana".

Ayat "anak abang saya yang sulung" pula bolehbermaksud "anak sulung abang saya" atau "anakkepada abang sulung saya". Ayat "adik cikgu yangcomel" boleh membawa maksud "adik cikgu itu yangcomel" atau "adik kepada cikgu yang comel".

Makna yang agak kabur ini boleh dijelaskan melaluikajian sintaktik.

Page 27: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Mengkaji hubungan antara simbol atau perkataan

dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang

sebagai reaksi kepada perkataan yang ditujukan

kepadanya.

Reaksi yang pelbagai bergantung kepada tanggapan

seseorang.

Perkataan "saya", "aku", "patik", "beta“ misalnya,

walaupun dirujuk kepada benda atau perkara yang

sama, iaitu "rujukan kepada orang pertama tunggal",

boleh membawa reaksi yang pelbagai.

Bidang Pragmatik

Page 28: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai

Pendekatan kepada penghuraian maknaberdasarkan teori ini agak berkesan dibandingkandengan teori-teori yang sebelumnya kerana teori inimempertimbangkan sama ciri-ciri suasana (konteks)dan perlakuan yang mengiringi sesuatu ujaran.

Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanyalebih tepat kerana konteks merupakan aspek yangterpenting dalam penentuan makna bagi sesuatuujaran.

Kelebihan Pragmatik

Page 29: Unit 2 Pemahaman Teori Semantik - vodppl.upm.edu.my 3212 Unit 2 Kuliah 2 da… · Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini ... Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai