unit 2 kurikulum sains sekolah rendahmyguru3.upsi.edu.my/download/course_material_preview/... ·...

Download UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAHmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memperoleh

If you can't read please download the document

Upload: phungkien

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 15 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    UNIT 2

    KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

    1. Menjelaskan maksud kurikuum

    2. Menghuraikan maksud pembelajaran sains

    3. Menganalisis keperluan kurikulum sains sekolah rendah yang dikeluarkan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    4. Mengenalpasti persamaan kandungan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia

    dengan luar negara

    5. Mereka bentuk rancangan pengajaran sains sekolah rendah

    PENGENALAN

    Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul dari usaha manusia untuk hidup.

    Manusia mencari pengetahuan baru sejajar dengan kepentingan dengan kehidupannya.

    Anugerah Allah pencipta manusia memberi akal fikiran kepada manusia untuk memikirkan

    bahawa kehidupan mereka dibumi ini wajar diteruskan sebaik mungkin. Dengan kewajaran

    meneruskan kehidupan tersebut maka tiada jalan lain yang difikirkan oleh manusia adalah

    menyediakan segala keperluan yang sesuai dengan kehendak mereka. Fikiran ini di bentuk

    berasaskan kepada pemikiran sains.

    Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains terbina dari dari kaedah iaitu secara

    belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Dengan itu kursus ini mengutamakan

    pembentukan pengetahuan sains dari sumber pengajaran langsung . Pengajaran langsung

    bermaksud pengajaran yang terbina berasaskan pembentukan kurikulum dan menerusi aktiviti

    persekolahan formal seperti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

  • 16 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    ISI KANDUNGAN

    Pengajaran dan pembelajaran sains

    Kajian alam yang mencetuskan idea kepada manusia membentuk ilmu yang dikenali sains.

    Sains bidang mengenai kefahaman tentang hukum dan konsep tertentu yang mempunyai

    aturan dan hubung kait tertentu. Dengan ini menjadikan sains adalah satu yang kompleks.

    Keadaan ini menimbulkan usaha para guru atau penyelidik pendidikan sains untuk menjadi

    pengajaran sains mudah dan menarik dalam penyampaian kefahaman konsep mengenai sains

    kepada pelajar. Dengan itu pengajaran sains melibatkan pengajaran guru, pembelajaran pelajar

    dan kurikulum sains.

    Pengajaran adalah aktiviti penyampaian ilmu yang menjadi tugas para guru. Guru terlatih

    mempunyai kemahiran professional yang berupaya mengintegrasikan pengetahuan dan

    kemahiran sains dengan kaedah pengajaran. Dua perkara penting di sini adalah penguasaan

    ilmu sains dan kaedah pengajaran.

    Apakah yang dimaksud dengan pengajaran guru?

    Apakah yang dimaksud dengan pembelajaran murid?

    Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sains?

    Pembelajaran akan memberi makna kepada pelajar sekira dijalankan secara aktif. Dalam hal ini

    peranan pelajar hendaklah diaktifkan dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran. Teori

    kontruktivisme amat menekan kepada pembinaan pengetahuan menerusi peranan individu

    khususnya pelajar dalam membina makna kepada pengetahuan baru secara penglibatan aktif.

    Satu prinsip yang kerap diberi penekanan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan

    latar,pengalaman tertantu yang perlu dikaitkan dengan pembinaan pengetahuan baru. Mereka

    bukan umpama tin kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengalaman bermakna

    kepada pelajar memerlukan perancangan yang teliti supaya dapat melibatkan pelajar secara

    aktif.

  • 17 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan pelajar secara aktif? Senaraikan sekurangnya tiga aktiviti tersebut.

    Apakah yang dimaksud dengan kurikulum? Kurikulum Sains Sekolah Rendah Bagi tujuan perbincangan maka di bawah subtopik ini dipaparkan sebahagian petikan dari

    dokumen Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6

    yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada

    tahun 2003. Bahan ini boleh diakses di

    http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&Itemid=

    Namun begitu bermula tahun 2010 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula

    dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Anda

    hendaklah mendapatkan dokumen ini. Namun sebahagian petikannya dipaparkan kepada anda.

    http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&Itemid

  • 18 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Apakah matlamat kurikulum Sains sekolah rendah? Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan

    teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid

    mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk

    mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains

    dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif,

    bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

    Apakah objektif kurikulum sains sekolah rendah? Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid:

    1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan

    pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.

    2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka

    memahami diri sendiri serta alam sekeliling.

    3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah.

    4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif

    melalui pendekatan inkuiri penemuan.

    5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan

    sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan

    mengkonsepsikan.

  • 19 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

    7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni .

    8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi.

    9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan

    kesejahteraan manusia sejagat.

    10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi

    untuk kebeterusan hidup.

    11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia

    berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai

    kesejahteraan hidup manusia sejagat.

    Apakah kemahiran-kemahiran nilai yang ingin diterapkan menerusi kurikulum ini?

    Merujuk dokumen kurikulum tersebut, kemahiran yang ingin diterapkan adalah kemahiran

    saintifik dan kemahiran berfikir. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian

    masalah. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah diutamakan dan digunakan dalam

    proses inkuiri dan menyelesaikan masalah.

    Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

    mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, projek merupakan aktiviti

    yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses

    sains dan kemahiran manipulatif.

    Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Proses Sains? Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu

    dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran

    yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi

    seperti yang berikut:

    Kemahiran Proses Sains

    Penerangan

  • 20 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau

    bauuntuk mengumpulkan maklumat tentangobjek dan fenomena.

    Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada

    kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri

    atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat

    sepunya.

    Mengukur dan menggunakan nombor

    Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan

    nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan

    sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian

    lebih jitu.

    Membuat inferens

    Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar

    atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu

    peristiwa atau pemerhatian.

    Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan

    pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data

    yang boleh dipercayai.

    Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat

    atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf,

    rajah atau model.

    Menggunakan perhubungan ruang dan masa

    Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk,

    saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa.

    Mentafsirkan Data

    Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau

    pola daripada data yang dikumpulkan

    Mendefinisikan secara operasi

    Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan

    perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

    Mengawal pembolehubah

    Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah

    bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam

    sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk

    memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak

    balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

    Membuat hipotesis

    Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara

    pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

  • 21 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk

    membuktikan kesahihannya.

    Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang

    membolehkan murid melakukan perkara yang berikut:

    a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

    b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

    c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

    d) Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

    e) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

    Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir ? Dokumen tersebut menyatakan bahawa berfikir merupakan proses menggerakkan minda

    secara sedar untuk mencapahkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada

    dirinya bagi membolehkannya memahami dan memberi makna kepada kehidupan

    sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya

    berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai dengan menekankan aktiviti pembelajaran

    secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancangkan wajar

    mampu mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat

    mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

    Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang

    yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum

    menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi,

    berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea

    dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

    peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa

    kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat

    akhir kepada proses berfikir.

  • 22 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Kemahiran Berfikir Kritis

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir Kritis

    Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur

    sesuatu konsep atau objek.

    Membandingkan dan membezakan

    Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria

    seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau

    peristiwa.

    Mengumpulkan dan mengelaskan

    Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena

    kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria

    tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah

    berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

    Membuat urutan Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib

    berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti

    saiz, masa, bentuk atau bilangan.

    Menyusun mengikut keutamaan

    Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

    berdasarkan kepentingan atau kesegeraan

    Menganalisis

    Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada

    bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep

    atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

    Mengesan kecondongan

    Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak

    kepada atau menentang sesuatu.

    Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi

    kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang

    sah.

    Membuat kesimpulan

    Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang

    berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan

    sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan

  • 23 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Apakah perkaitan kemahiran proses sains dengan kemahiran berfikir?

    Dalam dokumen tersebut menjelaskan bahawa kemahiran proses sains ialah kemahiran yang

    diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara

    bersistem. Kemahiran berfikir menggalakkan minda seseorang murid untuk berfikir secara

    kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran

    berfikir menjamin keupayaan pembelajaran yang lebih berkesan.

    Jadual di bawah dipaparkan perkaitan di antara Kemahiran Proses Sains dengan Kemahiran

    Berfikir yang boleh dijadikan panduan bertujuan memberi impak kepada pembelajaran.

    Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran Berfikir

    Memerhatikan Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan

    Mengelaskan Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan

    Mengukur dan menggunakan nombor

    Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan

    Membuat inferens Menghubungkaitkan

    Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran Berfikir

    Pembelajaran Berkesan

  • 24 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferens

    Meramalkan Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental

    Menggunakan perhubungan ruang dan masa

    Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

    Mentafsirkan data

    Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai

    Mendefinisi secara operasi

    Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisis

    Mengawal pembolehubah

    Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Menganalisis

    Membuat hipotesis Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjanakan idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan

    Mengeksperimen Semua kemahiran berfikir

    Berkomunikasi

    Semua kemahiran berfikir

  • 25 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan

    kemahiran-kemahiran tersebut?

    Dokumen tersebut turut memberi gambaran bagaimana pelaksanaan kemahiran tersebut dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Guru akan meneliti kepada hasil pembelajaran sesuatu topik

    dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian. Petikan berikut akan menjadi panduan.

    Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik

    Merujuk dokumen kurikulum tersebut telah menjelaskan bahawa kurikulum sains ini

    menekankan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

    kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan

    pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan

    kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan

    penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan

    nilai murnidan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan

    dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran

    saintifik serta penerangannya.

    Contoh 1:

    Hasil Pembelajaran Kemahiran Berfikir

    Membandingkan dan membezakan

    haiwan berdasarkan cirri

    Membandingkan dan membezakan

    Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang

    kepelbagaian, persamaan dan perbezaan ciri haiwan dipelajari melalui aktiviti membandingkan

    dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama

    penting dengan pengetahuan tentang ciri haiwan.

  • 26 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Contoh 2:

    Hasil Pembelajaran Kemahiran Proses Sains

    Mengawal pemboleh ubah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pengaratan.

    Mengawal pemboleh ubah

    Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat membuat pemerhatian,

    membuat inferens, membuat hipotesis dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan

    pengaratan. Untuk

    mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang

    telah dibuat, menentukan apakah pemboleh ubah yang terlibat, pemboleh ubah mana yang

    perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah mana yang perlu diukur. Contohnya pemboleh ubah

    yang perlu dimanipulasikan adalah kehadiran air manakala pemboleh ubah bergerak balas

    adalah karat yang diperhatikan.

    Kandungan kurikulum sains sekolah rendah

    Anda diminta menyemak dokumen tersebut. Modul ini perlu dibaca bersama dengan kurikulum

    sains sekolah rendah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah. Kandungan pengetahuan

    mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4, 5 dan 6 dalam lima tema seperti berikut:

    Menyiasat Alam Kehidupan

    Menyiasat Alam Fizikal

    Menyiasat Alam Bahan

    Menyiasat Bumi dan Alam Semesta

    Menyiasat Dunia Teknologi

    Bandingkan dengan kurikulum sains sekolah rendah luar negara Anda wajar membuat perbandingan kurikulum negara kita dengan luar negara. Saya percaya

    boleh melakunya dengan menggunakan Internet. Namun sebagai contoh bandingkan dengan

    mencari persamaan kurikulum dari UK yang boleh diakses di laman:

  • 27 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    http://www.cie.org.uk/docs/qualifications/cipp/primarycheckpoint/Primary%20Science%20Curric

    ulum%20Framework.pdf. Sebahagiannya dipetik sebagaimana di bawah:

    http://www.cie.org.uk/docs/qualifications/cipp/primarycheckpoint/Primary%20Science%20Curriculum%20Framework.pdfhttp://www.cie.org.uk/docs/qualifications/cipp/primarycheckpoint/Primary%20Science%20Curriculum%20Framework.pdf

  • 28 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Contoh kedua kuriklum sains sekolah rendah adalah boleh dirujuk di

    http://www.ncca.ie/uploadedfiles/curriculum/intro_eng.pdf Sebahagian petikannya dipaparkan di

    bawah:

    Sediakan satu rancangan pengajaran sains sekolah rendah.

    Lihat contoh di bawah sebagai panduan penghasilan RPH.

    Mata Pelajaran : Sains

    Tingkatan : 6H

    http://www.ncca.ie/uploadedfiles/curriculum/intro_eng.pdf

  • 29 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    Bilangan Murid : 40/40 orang

    Tarikh : 14 September 2011

    Masa : 7.45 8.45 Pagi (60 minit)

    Tajuk : Pelangi

    Isi Kandungan : i) Fenomena Sains

    Pembentukan Pelangi

    Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui secara umum tentang fenomena pelangi

    Objektif : Mengajar berkenaan fenomena pembentukan pelangi

    Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar diharap dapat:

    1) Menyatakkan kombinasi spektrum cahaya

    2) Menyatakan proses pembentukan pelangi

    3) Menentukan posisi yang tepat untuk mengamati pelangi

    Kaedah : Menerang, mencatat, perbincangan dan nyayian

    Nilai : Mencintai alam sejagat, bertanggungjawab, kagum ciptaan tuhan

    ABM : Buku rujukan, laptop, LCD, bahan internet, kertas mahjong, pen marker

    LAN

    GKA

    H/

    MA

    SA

    ISI K

    AN

    DU

    NG

    AN

    AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    CATA

    TAN

    SET INDUKSI

    (5 minit)

    Guru menayangkan video selama 5 minit.

    Pelajar melihat tayangan video yang dipaparkan oleh guru.

    Guru menyoal pelajar berkenaan dengan video yang ditayangkan

    ABM:

    Video http://youtu.be/rZsdQy2PrpA

    Laptop

    http://youtu.be/rZsdQy2PrpAhttp://youtu.be/rZsdQy2PrpA

  • 30 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    iaitu:

    Soalan

    - Apakah yang anda faham berkenaan dengan fenomena yang ditayangkan sebentar tadi?

    Pelajar menjawab berdasarkan pengetahuan masing-masing.

    Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pengajaran pada hari ini.

    Kemahiran proses sains

    Memerhati Kemahiran Berfikir Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Menghubungkaitkan

    LANGKAH 1

    (5 minit)

    Pengenalan spektrum Cahaya

    Guru menayangkan slide spektrum cahaya.

    Guru menerangkan kepada pelajar spektrum cahaya terdiri daripada 7 warna iaitu merah,jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu

    Pelajar mendengar penerangan guru.

    ABM:

    Tayangan slide http://en.wikipedia.org/wiki/Rainbow

    Kemahiran:

    Memahami

    Kaedah:

    Menerang

    LANGKAH 2

    (35 minit)

    Proses pembentukan pelangi

    Guru membawa murid-murid ke padang sekolah untuk membuat simulasi pembentukan pelangi.

    Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi senarai arahan aktiviti untuk memancutkan air mengikut posisi yang diminta oleh guru.

    Kumpulan A -matahari berada di sisi kiri, murid pancut air di bahagian tengah.

    Kumpulan B -matahari berada di sisi kanan, murid pancut air di bahagian

    ABM:

    Kertas arahan aktiviti

    Water hose

    Kaedah:

    Menerang Perbincangan

    Kemahiran:

    Konstruktivism Memahami

    http://en.wikipedia.org/wiki/Rainbowhttp://en.wikipedia.org/wiki/Rainbow

  • 31 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    tengah. Kumpulan C

    -matahari berada di belakang, murid pancut air ke hadapan.

    Kumpulan D -matahari berada di depan, murid pancut air menghadap cahaya matahari.

    Murid diminta untuk memerhatikan dan mencatat kejadian yang berlaku semasa dan selepas pancutan air.

    Murid berbincang dalam kumpulan berkenaan topik yang ditugaskan.

    Guru mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

    Wakil pelajar tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

    Mencatat Mengumpul

    maklumat Kerjasama antara

    ahli Membuat inferen Pembentangan

    LANGKAH 3

    (10 minit)

    Posisi pengamatan terbaik pelangi

    Guru membawa murid balik ke kelas dan menayangkan slide yang menunjukkan proses pembentukan pelangi untuk aktiviti pengukuhan.

    Wakil murid diminta untuk menerangkan hasil dapatan daripada pemerhatian aktiviti kumpulan berdasarkan pemahaman daripada slide yang telah ditayangkan

    ABM:

    Laptop

    Kaedah:

    Memerhati Soal jawab Kemahiran:

    Mengumpul maklumat

  • 32 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

    PENUTUP

    (5minit)

    Rumusan dan penerapan nilai

    Guru merumuskan topik pelajaran mengulang semula topik yang telah dipelajari hari ini secara ringkas.

    Murid diminta menyanyikan lagu Pelangi bersama-sama, untuk menerapkan nilai bersama bahawa kagum dengan ciptaan tuhan.

    http://youtu.be/D--bdPhOJlg

    ABM:

    Laptop Internet

    Kaedah:

    Nyanyian

    RPH ini diubahsuai dari kerja kursus pelajar KRN 1013, Ee dan Pang . Refleksi:

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Apakah yang dimaksud kurikulum ?

    2. Huraikan maksud pembelajaran sains

    3. Jelaskan kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran kurikulum sains

    sekolah rendah

    4. Dengan bantuan internet, beri ulasan anda mengenai persamaan dan perbezaan

    kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains mana-mana

    negara lain.

    5. Sediakan rancangan pengajaran sains bagi satu topik untuk tempoh 40 minit.

    http://youtu.be/D--bdPhOJlg

  • 33 Kurikulum Sains Sekolah Rendah