unit 2

7
SET INDUKSI

Upload: nadzirahhannan

Post on 13-Apr-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UNIT 2

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 2

SET INDUKSI

Page 2: UNIT 2

OLEHPN FATIN SHAHAMAH BINTI HJ SAMSUDDIN

Page 3: UNIT 2

KARANGAN

Sekolah anda baru sahaja selesai mengadakan Kejohanan Merentas Desa. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai acara tersebut.

Page 4: UNIT 2

Mengikuti sesi latihan

Berasa gembir

aPENGALAMAN MERENTAS

DESA

Melihat rakan yang jatuh

Acara dilaksanakan

mengikut

kategori

Mendengar

taklimat

Aktiviti memanaskan badan

Page 5: UNIT 2

Contoh karanganSemua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum

semestinya ternanti-nanti tarikh Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah diumumkan sejak awal tahun lagi. Hal ini berlaku demikian kerana acara tersebut merupakan medan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam acara larian.Tambahan pula, sekolah aku merupakan sebuah sekolah sukan yang telah melahirkan ramai jagoan dalam acara ini. Malangnya pada tahun ini kejohanan ini diadakan agak lewat.Dua hari yang lepas merupakan hari terakhir aku dan rakan-rakanku menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pengetua sekolah kami kemudiannya telah mengumumkan tarikh acara yang kami tunggu-tunggu itu. Sebaik sahaja perkara itu diumumkan, semua pelajar melonjak kegirangan. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah teman-temanku. Semangat aku semakin membara untuk menjawab kertas terakhir pada hari itu. Kini, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sesi latihan yang diadakan oleh guru rumah sukan sebelum hari pertandingan telah memberikan aku keyakinan untuk memenangi pertandingan pada kali ini. Terdapat beberapa kategori mengikut umur yang dipertandingkan dalam kejohanan ini.Aku menyertai pertandingan ini dalam kategori lelaki bawah 15 tahun.Kami semuanya kemudian telah diarahkan berkumpul di padang sekolah. Kemudiannya kami telah diberikan sedikit taklimat tentang syarat-syarat pertandingan dan jalan-jalan yang terpaksa kami lalui. Taklimat ini sangat penting supaya tiada berlaku sebarang insiden yang tidak diingini

Page 6: UNIT 2

Pihak sekolah juga telah meminta bantuan pihak polis dan juga RELA bagi mengawal lalu lintas semasa acara larian berlangsung. Seterusnya, kami telah diminta untuk memanaskan badan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot semasa berlari nanti. Perasaan aku makin berdebar ketika melihat peserta lelaki bawah 18 tahun dilepaskan oleh Pengetua kami. Kemudiannya, bunyi tembakan kedengaran di udara menandakan kami telah dilepaskan untuk memulakan larian. Aku yang berada di barisan hadapan terus meluru laju ke hadapan. Langkah demi langkah kuatur dengan yakin supaya dapat bersaing dengan kelompok yang berada di hadapan.Sepanjang laluan yang kami lalui, kami telah diberi sorakan semangat oleh orang ramai yang berkumpul di tepi jalan untuk menyaksikan kami berlari. Setelah jalan bandar kami susuri, kami terpaksa pula melalui kawasan ladang sawit. Jalannya agak curam dan berbukit-bukit. Beberapa orang pelajar terjatuh kerana tergelincir. Nasib mereka baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius. Aku pun beberapa kali nyaris hendak terjatuh kerana tersepak batu-batu yang bertaburan di atas jalan.

Page 7: UNIT 2

Sepanjang jalan yang kami lalui, terdapat guru-guru yang mengedarkan getah untuk kami pakai menandakan kami sudah melalui jalan tersebut dan mengelakkan berlakunya penipuan.Sejam kemudian, aku dan beberapa orang rakanku telah sampai ke pintu pagar sekolah. Kami dikehendaki menghabiskan larian sejauh 10 km itu di padang sekolah tempat kami memulakan larian tadi. Aku makin bersemangat apabila melihat reben direntang di lorong penamat larian itu. Aku memecut habis-habisan untuk sampai ke garisan penamat. Malangnya keghairahan aku itu menyebabkan aku telah tersepak kaki aku sendiri dan mengakibatkan aku jatuh tertiarap di atas padang. Hasrat aku untuk mendapat tempat pertama berkecai. Tetapi aku melihat guru-guruku bertepuk tangan untuk memberikan aku semangat bagi meneruskan larian.Dengan kaki yang terhencot-hencot aku sampai ke garisan penamat. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, aku tetap berbangga kerana berjaya menghabiskan larian dan mendapat tempat ketiga. Hadiah kemudiannya telah disampaikan oleh Tuan Pengetua selepas semua pelajar sampai ke garisan penamat. Aku berazam untuk mendapat tempat pertama pada tahun hadapan. Aku percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan