unit 2

Upload: nur-suhadah

Post on 16-Jul-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/1

UNIT 2OBJEKTIF

Objektif am

: Memahami Fungsi Senggaraan

Objektif khusus

: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Menerangkan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi. Mempastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan. Mempastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum. Menerangkan fungsi senggaraan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/2

Input2.0 Fungsi Senggaraan. Senggaraan berfungsi untuk :1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan 3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum 2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi Seringkali berlaku barangan atau komponen yang dibeli dari kedai atau barangan ektronik yang dihasilkan sering tidak memenuh spesifikasi atau kehendak. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dan di antaranya ialah :a. Komponen yang ada dalam litar.

b. Silap aturcara proses. c. Keupayaan komponen melebihi piawai. d. Kesilapan install dalam operasi e. Tekanan dari keadaan sekeliling. Sebagai seorang pengguna atau juga seorang pembuat barangan elektronik, kita haruslah peka dalam memastikan sesuatu barangan itu memenuhi spesifikasi atau tidak. Oleh yang demikian bagi merealitikan perkara yang telah dinyatakan tadi, penyenggaraan menyeluruh amatlah diperlukan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/3

2.1.1 Penyelenggaraan Menyeluruh. Penyelenggaraan menyeluruh merangkumi perkara-perkara seperti berikut. 1. 2. 3. 4. Pengetahuaan yang dimiliki. Pelindungan. Pembaikan. Pemeriksaan.

Pengetahuan yang dimiliki. Pengetahuan disini bermaksud apakah kebolehan atau kekurangan yang ada pada barangan atau komponen tersebut . Sebagai pengguna atau pembuat, kita hendaklah tahu ketahanan komponen tersebut. lni termasuklah ketahanan dari segi suhu, getaran dan juga peringkat akhir had produk. Selain ketahan perkara lain yang perlu diambil kira bagi memastikan barangan memenuhi spesifikasi adalah:a. Kepekaan.

b. Ketepatan. c. Kejituan d. Kelinaran. e. Histeris. Sekiranya pengetahuan sebegini dimiliki, sudah pastilah kita mengetahui sama ada barangan tersebut memenuhi spesifikasi atau tidak. Pelindungan Dengan pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah kita mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki. Sebagai contoh ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak mampu Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/4

menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan disuhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut. Pembaikan Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi. Pembaikan hendaklah sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku sehingga mampu melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus dibuat dengan segera. Pemeriksaan Pemeriksaan adalah perkara yang amat penting dalam penyenggaraan Menyeluruh. Bagi memastikan pemeriksaan sentiasa dilakukakan, satu buku rekod hendaklah dlsediakan agar pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur . Pemeriksaan terbaik adalah pemeriksaan yang merangkumi pemeriksaan harian, mingguan, bulanan dan juga pemeriksaan tahunan. Dengan ini spesifikasi dan jangka hayat sesuatu barangan dapat ditentukan. Untuk pemeriksaan juga terdapat pelbagai alatan pengukuran yang mampu digunakan untuk mengukur ketahanan barangan elektronik, ini termasuklah seperti Osiloskop, Ammeter, Voltmeter, Ohmmeter atau juga meter pelbagai. Dengan peralatan seperti ini pengukuran dapat dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik 2.2 Memastikan Kos Barangan Yang Dihasilkan Berpatutan. Untuk memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan , perkara utama yang perlu diambil kira ialah dengan membuat ANALISIS. Tidak kira sesiapun samada individu, kumpulan ataupun syarikat besar sekalipun, ana1isis perlu di1akukan agar kos barangan yang dihasilkan dapat memberi pulangan yang berpatutan kepada mereka. Kos yang dimaksudkan disini ialah dari segi kos kewangan (Untung/ Rugi), tenaga kerja, masa dan sebagainya.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/5

Bagi sebuah Firma yang besar seperti Industri, analisis merangkumi kos seperti berikut : 1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss) ~ Masa ketika penyelenggaraan. ~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih. ~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah. 2. Kos Penyelenggaraan. 3. Kos Tenaga Kerja. 4. Kos ketika "machine breakdown" Keempat-empat kos ini amat penting untuk dianalisis bagi firma tersebut agar barangan yang dihasilakn mampu memberi keuntungan yang berpatutan kepada mereka. Bagi individu pula atau pengguna, untuk memastikan barangan yang diperolehi atau dibeli berpatutan dengan harga yang ditawarkan maka perkara yang harus dilakukan ialah dengan melakukan pemeriksaan. Pemeriksaan di sini bermaksud pemeriksaan kebolehan dan kekurangan yang terdapat pada barangan tersebut. 2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum. Untuk memastikan agar mesin atau perlatan dapat digunakan secara optimum, beberapa langkah perlu dilaksanakan sebagai contohnya; penyelenggaraan bagi mesin atau alatan perlu dilakukan dengan segera. Tahap keupayaan bahagian ini akan mengurangkan kos dan meningkatkan hasil. Antara bahagian penyenggaraan yang diperlukan ialah seperti:a) Breakdown Maintenance (Penyenggaraan Kerosakan) - Dilakukan setelah mesin atau peratalan mengalami kerosakan.b)

Preventive Maintenance (Penyenggaraan Pencegahan) - Dilakukan sebelum mesin mengalami kerosakan untuk mengelakkan kerosakan yan lebih besar akan berlaku. .

c) Predictive Maintenance (Penyenggaraan Jangkaan) Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/6

Kaedah ini adalah salah satu daripada senggaraan cegahan.la dilakukan dengan membuat analisa ke atas keadaan mesin untuk mengesan masaalah atau kerosakan. Analisa dibuat berpandukan beberapa kriteria atau parameter mengikut jenis mesin seperti keadaan getaran, suhu dan aliran bendalir (penyejuk, pelincir dan sebagainya). Proses ini dilakukan tanpa mengganggu jadual pengeluaran. d) Condition-based Maintenance (Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan) Senggaran ini dilakukan apabila perlu sahaja bagi sesetengah mesin yang mempunyai sistem pengurusan berterusan. Ia dilakukan dengan menggunakan sistem PLC (programmable Logic Controller) dimana ia disambungkan dengan mesin terus kepada komputer yang mengawasi keadaan mesin tersebut ketika beroperasi. Jika terdapat masalah ke atas mesin, komputer akan membuat penjajaran secara automatik atau komputer akan mengeluarkan tanda amaran jika mesin tersebut perlu dibaiki atau diservis secara manual. Kaedah ini akan memberikan keadaan mesin yang beroperasi dalam keadaan optimum. Kaedah ini amat efektif tetapi kos permulaan untuk pemasangan alat PLC agak tinggi tetapi ia memberikan pulangan jangka panjang yang amat tinggi.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/7

AKTIVITI 2

Soalan 1 Kenapakah barangan yang dibeli selalunya tidak memenuhi spesifikasi atau kehendak pengguna ? Soalan 2 Mengapakah perlu dilakukan penyenggaraan menyeluruh terhadap seseuatu peralatan atau perkakasan ? Soalan 3 Nyatakan perkara-perkara asas yang perlu di dalam melakukan penyenggaraan menyeluruh. Soalan 4 Nyatakan Pengetahuan yang perlu ada semasa menentukan sesuatu barangan itu memenuhi spesifikasi.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/8

AKTIVITI 2

Soalan 5 Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan di dalam penyenggaraan menyeluruh.

Soalan 6 Apakah jenis kos yang perlu di ambil kira supaya barangan yang dihasilkan mempunyai kos yang berpatutan. Soalan 7 Senaraikan bahagian penyenggaraan yang diperlukan bagi memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optima.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/9

MAKLUMBALAS 2

Soalan 1 Terdapat beberapa factor seperti berikut; a. Komponen yang ada dalam litar. b. Silap aturcara proses. c. Keupayaan komponen melebihi piawaian. d. Kesilapan dalam operasi e. Tekanan dari keadaan sekeliling. Soalan 2 Supaya peralatan atau perkakasan tersebut sentiasa memenuhi spesifikasi. Soalan 3 a. b. c. Pengetahuaan yang dimiliki. Pembaikan Pelindungan. d. Pemeriksaan

Soalan 4 Pengetahuan tentang kebolehan atau kekurangan yang ada pada barangan/komponen seperti ketahanan terhadap suhu, getaran dan peringkat akhir produk.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/10

MAKLUMBALAS 2

Soalan 5 Adalah kaedah melindungi barangan atau komponen. Sebagai contohnya perlindungan terhadap ketahanan alatan, seperti suhu dan getaran. Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan di suhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut. Soalan 6 Jenis kos yang perlu diambil kira adalah;1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss) ~ Masa ketika penyelenggaraan. ~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih. ~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah. 2. Kos Penyelenggaraan. 3. Kos Tenaga Kerja. 4. Kos ketika "machine breakdown" Soalan 7a)

Breakdown Maintenance. (Penyenggaraan Kerosakan) b) c) Preventive Maintenance.(Penyenggaraan Pencegahan) Predictive Maintenance.(Penyenggaraan Jangkaan)

d) Condition-based Maintenance.(Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/11

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba, semoga berjaya !!!!!! Soalan 2-1 Senaraikan 3 fungsi Senggaraan. Soalan 2-2 Bandingkan di antara Penyenggaraan Kerosakan dengan Penyenggaraan Pencegahan. Soalan 2-3 Terangkan skop analisis yang dibuat bagi memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012

SENGGARAAN

E4120/UNIT 2/12

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda

Jawapan 2-1 1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan 3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum Jawapan 2-2 Penyenggaraan Kerosakan Dilakukan ketika mesin/alat sedang Penyenggaraan Pencegahan Penjagaan mesin seperti pemeriksaan & penjajaran semula mesin Membuat service terhadap mesin masih beroperasi Jawapan 2-3 i. ii. iii.iv.

beroperasi membuat service terhadap mesin rosak

Kos hilang semasa operasi Kos Penyenggaraan Kos Tenaga Kerja Kos Ketika mesin breakdown

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain

JKE, PKB

03/11/2012