unit 11
DESCRIPTION
GEOTRANSCRIPT
Geografi 2012
Unit 11 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
1. Antara berikut, langkah manakah dapat melindungi hutan?
I Penubuhan taman negara
II Kajian tentang flora dan fauna
III Pemeliharaan hidupan liar dalam zoo
IV Penghutanan semula
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
2. Mesyuarat: Sidang Kemuncak Bumi
Tempat : Rio de Janeiro, Brazil
Masa : Tahun 1992
Antara yang berikut, manakah yang membawa kepada peristiwa di atas?
A Kekurangan makanan untuk penduduk dunia
B Pencemaran udara dan kesihatan penduduk
C Soal pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna
D Masalah jerebu yang kian meningkat
3. Antara berikut yang manakah merupakan langkah untuk pemuliharaan hutan di Malaysia?
A Rawatan silvikultur
B Penubuhan hutan simpan
C Penanaman semula hutan
D Penubuhan taman Negara
4. Langkah-langkah untuk memelihara
sumber hutan Malaysia termasuk
I Rawatan silvikultur
II Penghutanan semula
III Mengawal pembalakan secara haram
IV Mengharamkan eksport balak
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
5. Pembalakan di Malaysia mengikuti Sistem Pengurusan Terpilih. Ini bererti
A Semua pokok ditebang bersih
B Pokok ditebang sejenis demi sejenis
C Hanya pokok matang ditebang
D Pokok untuk ditanam semula dipilih