bbm 3206 unit 10 & 11 makna leksikal & makna tatabahasa nspp

42
BBM 3206 Semantik Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Upload: sitizahara783414496

Post on 22-Nov-2015

123 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • BBM 3206 Semantik Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

  • Semantik leksikal menekankan kajian makna pada tingkat kata.Leksem unit asas/minimum yang bermakna bagi kosa kata sesuatu bahasa

    Contoh kata dasar : lari, berlari, melarikan, pelarian ialah bentuk terbitan daripada leksem lari.

    Leksikologi cabang linguistik yang mengkaji dan menganalisis butir kosa kata sesuatu bahasa berserta dengan makna dan evolusinya.

  • SambungLeksikon 1. Sekumpulan kosa kata bagi sesuatu bahasa atau dialek, contoh senarai perkataan umum dalam kamus dan senarai perkataan khusus dalam glosari. - 2. Komponen bahasa yang mengandungi segala maklumat yang berkaitan dengan perkataan, iaitu makna dan penggunaannya.

    Leksis Tahap analisis linguistik yang tidak bersifat fonologi atau tatabahasa, yang biasanya terdiri daripada butir kosa kata atau makna leksikal atau semantiknya dalam konteks tertentu. Leksikal- makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat) 1. bersangkutan dengan bentuk dasar (atau leksem) 2. bersangkutan dengan kata 3. bersangkutan dengan leksikon, tetapi bukan dengan gramatika (tatabahasa)

  • Makna dalam leksem bentuk yang sudah dapat diperhitungkan sebagai kata.Contoh: kunci dikunci, mengunci pagar dipagari, memagariKata kunci dan pagar telah memilki makna leksikal

  • Subsistem dalam organisasi bahasa di mana satuan-satuan bermakna bergabung untuk membentuk satuan-satuan yang lebih besar.

    Secara kasarnya, gramatika terbahagi kepada morfologi dan sintaksis dan terpisah daripada fonologi, semantik dan leksikon.

    TG seluruh sistem hubungan struktural dalam bahasa dan dipandang sebagai seperangkat kaedah untuk membangkitkan kalimat: di dalamnya tercakup pula fonologi dan semantik.

    Pemerian secara sistematik tentang satuan-satuan bermakna

  • Denotasi - Aspek makna suatu kata atau kumpulan kata yang berdasarkan rujukan jelas kepada dunia luar yang dapat dilihat, dan berdasarkan kelaziman. Contohnya meja seperti yang terakam dalam kamus ialah perkakas rumah (diperbuat daripada papan, batu marmar dan lain-lain, dan berkaki.

    Disebut juga makna kamus /makna kognitif

  • Makna yang bersangkutan dengan kata.Makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.Contohnya lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian telah memiliki makna leksikal. Makna leksikal dapat dirujuk dalam kamus.Urutan huruf se, ber, ber..an, an dll tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

  • Aspek makna suatu kata atau kumpulan kata yang berdasarkan perasaan dan tanggapan yang timbul dalam pemikiran penutur atau penulis, dan pendengar atau pembaca. Contohnya, kancil membawa konotasi cerdik.

  • Eufemia- Penggantian ungkapan yang kurang baik dari segi konotasi dengan ungkapan yang lebih halus. Contohnya pembantu rumah untuk orang gaji.

    Disfemia- pemilihan bentuk-bentuk bahasa atau ragam bahasa daripada yang lembut dan halus kepada bentuk-bentuk yang kasar dan kesat.

    Bentuk HalusBentuk kasarBentuk kesatmeninggalmatimampusmanusiaorangbinatangBilik airtandasjamban

  • Dalam kelompok kata, makna yang ingin disampaikan merupakan jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam kelompok kata tersebut. Contoh: a. lima ekor. b. lima ekor lembu.a. Bahawa ekor ada lima tetapi tidak menyatakan ekor apa.b. Lembu ada lima ekor atau ekor lembu ada lima. c. Contoh lain : kaki Dia membeli lapan kaki cendawan.

  • c. air mata mata aird. gigi air tanah aire. air mata kucing air mata buaya

    Susunan perkataan sangat penting dalam bahasa Melayu kerana dalam susunan yang sama pun maknanya boleh berbeza apatah lagi jika susunan perkataan tersebut berlainan. Contoh; tidur ayam, ayam tidur katil besi, besi katil

  • Dalam kelompok kata, maknanya saling bersambungan antara satu perkataan dengan perkataan lain melalui hubungan luaran.

    Dalam kata paduan, perkataan itu memiliki satu makna yang padu atau disebut juga hubungan dalaman. Contoh: kereta api rumah api bunga api

    Hal ini menjelaskan setiap makna tidak digambarkan dengan satu perkataan tetapi pada dua perkataan yang dipadu. Walaupun terdiri daripada dua perkataan atau lebih, dan memiliki maknanya masing-masing tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu ( atau disebut rangkai kata).

  • Perkataan "kaki" tidaklah menunjukkan perbezaan yang besar sebaliknya perbezaannya kecil sahaja dan makna intinya dapat dikesan dengan mudah. kaki bangku, kaki kerusi, kaki meja, kaki bukit, kaki langit

    Makna inti bagi perkataan "kaki" dalam contoh 8, 9, 10, 11, dan 12 ialah "bahagian sebelah bawah sesuatu". Jadi, jelas bahawa ayat boleh menyebabkan sesuatu perkataan itu berbeza maknanya atau boleh mengubah terus maknanya.

    Satu hal yang perlu dinyatakan mengenai makna dalam ayat ini ialah wujudnya ayat yang kabur maknanya. Lihat contoh-contoh ayat yang berikut:1. Dia buang air.2. Hatinya hancur.3. Dia ke tandas.

    Ketiga-tiga ayat ini boleh membawa lebih daripada satu makna. Ayat 1 (a) Dia mencurahkan air untuk dibuang, atau (b) Dia membuang air kecil . Ayat 2 (a) Dia kecewa atau terlalu sedih atau (b) Hatinya (satu daripada organ dalam tubuh) rosak (disebabkan penyakit atau kemalangan).

    Ayat 3 (a) Dia (hanya) ke tandas atau (b) Dia ke tandas dan buang air.

  • Bahasa kiasan ialah bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan bandingannya ataupun tidak.

    yang menyebutkan bandingan adalah seperti "manis umpama lautan air madu", "tingginya macam galah", "tumitnya umpama telur dikupas". Yang tidak menyebutkan bandingan seperti "Abu Jahal", "Mat Jenin", "ayam tambatan", "puteri lilin", dan lain-lain lagi.

  • Simpulan bahasa ialah ungkapan atau rangkaian perkataan yang tersusun dalam susunan yang khas, membawa pengertian yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan asalnya.

    Simpulan bahasa daripada cerita-cerita yang masyhur atau kejadian-kejadian yang luar biasa yang dijadikan perbandingan, seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Abu Nawas, Pak Kaduk, dan sebagainya.

  • - pemerhatian orang-orang dahulu terhadap benda-benda yang ada dalam kehidupan mereka sehari-hari, seperti "kaki ayam", "buah tangan", "kaki bangku", dan lain-lain.

    daripada kepercayaan kepada sesuatu kuasa yang luar biasa, seperti "buruk siku", "dimakan bulan" atau mungkin juga timbul daripada pertuturan-pertuturan biasa dalam kehidupan sehari-hari, seperti "ringan tulang", "bodoh sombong", "kepala angin", dan lain-lain.

  • Contohnya, kaki bangku bukanlah dirujuk kepada bahagian bawah bangku yang menjadi tempat berdirinya bangku itu tetapi peribahasa ini ditujukan kepada orang yang tidak tahu bermain.

    Perbandingan ini timbul memandangkan keadaan kaki bangku yang tidak boleh bergerak-gerak, sama keadaannya dengan orang yang tidak mahu melakukan sebarang aktiviti permainan.

  • Mempunyai makna dua lapis Bentuk peribahasa ini kadang-kadang menyebutkan bandingannya dan kadang-kadang tidak. Menggunakan perkataan bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan umpama.sebagai mengiaskan sesuatu dengan perkara lain secara perbandingan

    Contoh: 1) Yang menyebutkan bandingan:

    (a) Seperti katak di bawah tempurung.(b) Seperti rusa masuk kampung.(c) Seperti kera mendapat bunga.(d) Seperti pungguk merindukan bulan.(e) Bagai anak ayam kehilangan ibu.

  • 2) Yang tidak menyebutkan bandingan:(a) Jong pecah yu kenyang.(b) Kuman di seberang laut nampak, Gajah di tepi bibir tidak kelihatan.(c) Rumah sudah, pahat berbunyi.(d) Memasang jerat di pergentingan.

  • Bidalan, iaitu susunan kata-kata yang telah umum dipakai orang, di dalamnya terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran (makna selapis). Contoh:

    (a) Berani kerana benar, takut kerana salah.(b) Alah membeli menang memakai.(c) Yang bongkok juga dimakan sarung (d) Hati hendak semua jadi.(e) Tepuk dada tanya selera. (f) Terdorong gajah kerana besarnya (g) Telaga kering hilanglah timba (h) Sebelum tercapai pantang surut

  • peribahasa yang berangkap, iaitu mempunyai rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berpatah-patah. terdapat pengulangan kata di dalam pepatah untuk menyatakan penegasan, falsafah atau unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan. Contoh:(a) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.(b) Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah- tengah(c) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.(d) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (e) Lain yang bengkak lain bernanah; lain yang untut lain yang mengesot

  • terdiri daripada ungkapan berkerat-kerat, diucapkan seperti orang membilang sesuatu. Isi kandungannya bersangkut-paut dengan adat (adat perpatih). Kata-katanya mengandungi pengertian yang dalam dan ia mesti dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat yang mengamalkannya kerana ia mengandungi undang-undang tidak bertulis bagi masyarakat itu. Penggunaannya meluas di Minangkabau pada abad yang ke-15.Contoh:1) Hukum berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda.2) Biar mati anak, jangan mati adat.3) Siapa menjala siapa terjun Siapa berhutang siapa membayar Siapa salah siapa bertimbang Siapa membunuh siapa kena bunuh.4) Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah

  • Lidah pendeta ialah kata-kata pujangga atau ulama atau ahli-ahli bijak pandai. Lidah pendeta kurang terkenal, kalau dibandingkan dengan peribahasa dan simpulan bahasa. Kata-kata ini dijadikan pedoman hidup dan menjadi percakapan umum di kalangan ramai.Contoh-contoh lidah pendeta:1) Kita mesti menanti waktu. Waktu tidak menanti kita.2) Bersetia jaya, bercerai merbahaya.3) Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang.

  • Menurut Zaba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat dan cerita ibarat atau cerita kiasan.

  • Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Jenis kiasan ini menggunakan kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, laksana, bagai, macam dan bak. Contoh;Merah macam biji sagaBerlari pantas seperti dikejar anjingHancur hati bagai kaca terhempas ke batu.

  • Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu:Kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan. Contoh: mandi kerbau, tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati,pening lalat dan sebagainya.

  • b. Kiasan terus ialah kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain. Contoh: harimau berantai, kutu embun, ayam tambatan, pisau cukur. Kiasan berangkap ialah kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan. Contoh:sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa,tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata,banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

  • Kiasan berbunga ialah kiasan yang menggunakan perkataan-perkataan yang berbunga-bunga dan indah. Contoh:Angin lembut, merah menyala-nyala, ruan menyambar meriak air tenang.e) Kiasan pemanis atau gayang ialah kiasan untuk melindungi seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut secara terus terang. Contoh nafkah batin, orang rumah, meninggal dunia, membuang air besar dan sebagainya.

  • Kiasan melompat ialah kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara yang sebenarnya. Contoh minum kopi, menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju. Kiasan melarat ialah kiasan daripada perkataan yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal perkataan tersebut. Contoh kaki botol, memotong cakap orang, mengambil berat, badan berisi dan sebagainya.

  • Kiasan ini menggunakan objek tertentu yang tidak bernyawa dan diberikan sifat atau perlakuan manusia. Kiasan ini juga dikenali sebagai personafikasi. Contoh kiasan ini ialah sungai membisikkan sesuatu, tiupan angin menyampaikan salamku, lamunanku melambai sekejap dan berlalu tiba-tiba dan sebagainya.

  • Kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta-fakta yang bertentangan antara satu sama lain. Contoh nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lautan cinta berahi.

  • Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu.Contoh: maha + luas, tinggi, siswa anak + watan, negeri, kampung bumi + putera

  • Makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Ada perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang memiliki tiga makna. Ada pula perkataan yang tidak memiliki makna tetapi hanya mengandungi makna. Juga, ada perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan kata kerja, kata nama arah dan kata sifat bahkan ada sesuatu perkataan itu yang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat.

  • Dalam berbahasa pun, kadangkala kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna yang ingin kita sampaikan malah sering kali sesuatu yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa-apa yang kita maksudkan.

    Makna ayat terbahagi 3, iaitu makna tersurat, makna terselindung, dan makna tersirat.

  • Makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Tetapi makna ayat juga kurang tepat jika:

    1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.2. Mereka-mereka yang berminat sila jumpa saya.3. Emak membeli enam ekor ayam.4. Mereka berehat di bawah sepohon pokok mangga.5. Burung itu hinggap di atas pokok.6. Burung itu terbang di atas pokok. Penggunaan kata jamak, kata bilangan, penjodoh bilangan menentukan makna ayat.

  • Perkara itu ada dalam pengetahuan saya.Pengetahuan itu di luar pengetahuan saya.Di atas sebab-sebab yang tertentu, saya mohon tarik diri dari menyertai kumpulan itu.Penggunaan kata arah dan kata sendi nama juga menentukan makna ayat.

  • Makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan itu tidak hadir tetapi maknanya dapat dikesan pembaca atau pendengar.Contoh:1. Adik ke kedai Pak Ali.2. Adlina di rumah Mak cik Ina. Kata kerja yang terselindung (pergi, bermain, berada dsb).

  • 1.Cikgu Ahmad guru Matematik di sekolah itu (kata pemeri).2. Aku aku. Anak kampung seberang yang berjiwa merdeka (kata pemeri perlu).3. Pergi dari sini sekarang juga.4. Nyamuk lah. Pergi pasang ubat nyamuk.5. Makan. Yang terselindung ialah kata pemeri, kata ganti nama diri, kata permintaan.

  • Makna yang diperoleh berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat Melayu atas keinginan mereka menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain.

  • Contoh makna peribahasa, dan kiasan:

    PeribahasaMaknaUmpama cincin di tangan, ada berbatu ada tidakNasib yang tidak serupaLaksana antah melukut, lapar sangat baru bergunaSesuatu yang tidak berharga akan berguna juga apabila diperlukanMenguak-nguak bagai hidung gajahNafas orang yang termengah-mengah atau semput, kembang kuncup hidungnya

    Ibarat burung di sangkar emas, badan terkurung mata terlepas Dipelihara dengan baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  • Terangkan makna istilah yang berikut dan berikan contoh setiap satu:Eufemia, disfemiaDenotasi, konotasiBahasa terselindungBahasa tersiratBahasa tersuratKata paduanSetiap jenis kiasan

  • Sekian

    ******************************************