undang-undang malaysia - irda.com.my · fungsi tambahan pihak berkuasa 8. keanggotaan pihak...

50
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 664 AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Upload: dokhuong

Post on 11-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 1

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

Akta 664

AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNANISKANDAR 2007

Undang-Undang Malaysia2 AKTA 664

Tarikh Perkenan Diraja … … 12 Februari 2007

Tarikh Penyiaran dalam Warta … 13 Februari 2007

Hakcipta Pencetak H

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentukyang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yangdilantik).

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 664

AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNANISKANDAR 2007

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PIHAK BERKUASA

3. Pihak Berkuasa

4. Objektif Pihak Berkuasa

5. Fungsi Pihak Berkuasa

6. Kuasa Pihak Berkuasa

7. Fungsi tambahan Pihak Berkuasa

8. Keanggotaan Pihak Berkuasa

9. Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

10. Pengosongan jawatan

11. Pengisian kekosongan

12. Saraan atau elaun

13. Penzahiran kepentingan

14. Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa

15. Wilayah Pembangunan Iskandar

Undang-Undang Malaysia4 AKTA 664

16. Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa

17. Penyata, laporan, akaun dan maklumat

BAHAGIAN III

KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT PIHAK BERKUASA

18. Ketua Eksekutif

19. Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain Pihak Berkuasa

20. Bantuan kewangan kepada anggota, pegawai, pekhidmat dan orang lain

21. Pihak Berkuasa boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.

BAHAGIAN IV

ARAH, DASAR DAN STRATEGI BAGI PEMBANGUNAN DALAM WILAYAHPEMBANGUNAN ISKANDAR

22. Tanggungjawab Pihak Berkuasa

23. Penyediaan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif

24. Kelulusan atau penolakan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif

25. Kajian semula atau pengubahan Rancangan Pembangunan Komprehensif

26. Kewajipan untuk mengambil tahu tentang Rancangan PembangunanKomprehensif yang diluluskan

27. Pembangunan strategik yang ditetapkan

BAHAGIAN V

PENYELARASAN ANTARA ENTITI KERAJAAN DALAM WILAYAHPEMBANGUNAN ISKANDAR

28. Agensi penyelaras utama

29. Pesuruhjaya Persekutuan dan Negeri

30. Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan

31. Perkiraan dengan Entiti Kerajaan

32. Tanggungjawab Entiti Kerajaan

BAHAGIAN VI

KEWANGAN

33. Kumpulan Wang

Seksyen

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 5

34. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

35. Pemeliharaan Kumpulan Wang

36. Kumpulan wang rizab

37. Kumpulan Wang Projek Sosial

38. Akaun bank

39. Kuasa untuk meminjam

40. Pelaburan

41. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

42. Tahun kewangan

43. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

BAHAGIAN VII

AM

44. Kuasa untuk mengambil khidmat

45. Kuasa untuk menubuhkan syarikat

46. Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu atau mengelirukan

47. Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalam jagaanPihak Berkuasa

48. Pengecualian daripada duti setem

49. Obligasi kerahsiaan

50. Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

51. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

52. Pekhidmat awam

53. Pewakilan dalam prosiding sivil

54. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

55. Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat

56. Pencegahan anomali

JADUAL

Seksyen

Undang-Undang Malaysia6 AKTA 664

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 7

Suatu Akta untuk memperbadankan Pihak Berkuasa WilayahPembangunan Iskandar, untuk mengadakan peruntukan mengenaiarah, dasar dan strategi yang wajar berhubung dengan pembangunandalam Wilayah Pembangunan Iskandar, untuk mengadakanperuntukan bagi penyelarasan antara agensi kerajaan untukmenggalakkan perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalamWilayah Pembangunan Iskandar, dan untuk mengadakan peruntukanbagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pihak Berkuasa WilayahPembangunan Iskandar 2007.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa NegeriJohor, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri bolehmenetapkan tarikh-tarikh yang berlainan—

(a) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini dalam kawasan ataubahagian yang berlainan di Wilayah Pembangunan Iskandar;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 664

AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNANISKANDAR 2007

Undang-Undang Malaysia8 AKTA 664

(b) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainanAkta ini dalam Wilayah Pembangunan Iskandar; atau

(c) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainanAkta ini dalam kawasan atau bahagian yang berlainan diWilayah Pembangunan Iskandar.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“Entiti Kerajaan” ertinya—

(a) Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri,Pihak Berkuasa Negeri atau kerajaan tempatan; dan

(b) mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihakberkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis ataubadan lain, perbadanan atau diperbadankan, bagi KerajaanPersekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan Negeri ataukerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;

“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan olehPihak Berkuasa di bawah seksyen 14;

“Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan” ertinya JawatankuasaKelulusan dan Pelaksanaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;

“Jawatankuasa Perancang Negeri” ertinya Jawatankuasa Perancangbagi Negeri Johor yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 AktaPerancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];

“Kelulusan” ertinya lesen, permit atau pas, pendaftaran dankelulusan lain termasuk yang berhubungan dengan kemasukan kedalam, dan perlepasan dari, Malaysia, oleh warganegara bukanMalaysia, dan bagi cukai, duti kastam dan eksais dan insentiffiskal lain, yang dikehendaki bagi atau berkaitan dengan perdagangan,pelaburan dan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;

“Ketua Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantikdi bawah subseksyen 18(1) dan termasuklah mana-mana pegawaiyang diarahkan di bawah subseksyen 18(7) untuk melaksanakankewajipan ketua pegawai eksekutif itu;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 9

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak BerkuasaWilayah Pembangunan Iskandar yang ditubuhkan di bawah seksyen33;

“Kumpulan Wang Projek Sosial” ertinya Kumpulan Wang ProjekSosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 37;

“Majlis Perancang Fizikal Negara” mempunyai erti yang diberikankepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;

“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;

“Menteri” ertinya Perdana Menteri;

“Menteri Besar” ertinya Menteri Besar Johor;

“Pengerusi Bersama” ertinya Pengerusi Bersama Pihak Berkuasayang dilantik menurut seksyen 8;

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya yang dilantik di bawahseksyen 29;

“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Wilayah PembangunanIskandar yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“pihak berkuasa perancang tempatan” mempunyai erti yangdiberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa1976;

“pihak berkuasa tempatan” ertinya pihak berkuasa tempatan bagikawasan atau kawasan-kawasan dalam Wilayah PembangunanIskandar;

“Rancangan Pembangunan Komprehensif” ertinya RancanganPembangunan Komprehensif bagi Wilayah Pembangunan Iskandar,dan termasuklah apa-apa pengubahan kepada RancanganPembangunan Komprehensif itu menurut kuasa seksyen 25; dan“draf Rancangan Pembangunan Komprehensif” hendaklah ditafsirkansebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;

“rancangan struktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanyadalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dalam pemakaiannyabagi Negeri Johor;

Undang-Undang Malaysia10 AKTA 664

“rancangan tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanyadalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;

“tanah lapang” ertinya mana-mana tanah sama ada dikepungatau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun aturkeseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bungaawam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempatmakan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatutempat awam;

“Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Menteri mengikut seksyen 15.

(2) Bagi mengelakkan keraguan, tiada apa-apa jua dalam Aktaini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan atau mengehadkanbidang kuasa, kuasa dan fungsi Pihak Berkuasa Negeri Johorberhubung dengan perkara-perkara tanah dan kerajaan tempatan.

BAHAGIAN II

PIHAK BERKUASA

Pihak Berkuasa

3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Pihak BerkuasaWilayah Pembangunan Iskandar” ditubuhkan.

(2) Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan mempunyaisuatu meterai perbadanan.

(3) Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guamanatas namanya.

(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasaboleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a) membuat kontrak;

(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang danmenikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan,mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 11

hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, ataumembuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alihatau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletakhak pada Pihak Berkuasa.

Objektif Pihak Berkuasa

4. Objektif Pihak Berkuasa adalah untuk membangunkan WilayahPembangunan Iskandar untuk menjadi suatu metropolis bertarafantarabangsa yang kukuh dan mapan.

Fungsi Pihak Berkuasa

5. Fungsi Pihak Berkuasa adalah—

(a) untuk menetapkan dasar, arah dan strategi negara berhubungdengan pembangunan dalam Wilayah PembangunanIskandar dan fungsi lain yang berkaitan dengannyasebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IV;

(b) untuk menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankanoleh Entiti Kerajaan dalam Wilayah Pembangunan Iskandarsebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian Vtermasuk—

(i) untuk bertindak sebagai ejen penyelaras utamaatau ejen yang diberi kuasa berhubung denganpermohonan untuk mendapatkan Kelulusan yangberkenaan dengannya Pihak Berkuasa telahmembuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawahseksyen 31;

(ii) untuk mengesyorkan standard, garis panduan,amalan terbaik dan proses dan tatacara pentadbiranyang seragam yang hendaklah digunakan oleh EntitiKerajaan bagi Wilayah Pembangunan Iskandar;dan

(iii) untuk memantau pelaksanaan standard, garispanduan, amalan terbaik dan proses dan tatacarapentadbiran yang seragam dalam memudahkanpembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar;

Undang-Undang Malaysia12 AKTA 664

(c) untuk membuat pertanyaan, menjalankan kajian,mengumpul semak, menganalisis dan menyiarkanmaklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atauberkaitan dengan pembangunan, perniagaan atau pelaburandan untuk menyebarkan maklumat, statistik dan faktoritu kepada pelabur atau pelabur berpotensi, sama adatempatan atau asing, dalam Wilayah Pembangunan Iskandardan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan;

(d) untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitandasar, undang-undang dan tindakan yang hendaklah terpakaibagi Wilayah Pembangunan Iskandar untuk meningkatkandaya saing antarabangsa bagi industri dan perdagangandalam Wilayah Pembangunan Iskandar;

(e) untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitaninsentif berhubung dengan cukai, duti kastam dan eksaisdan insentif fiskal lain yang terpakai bagi pelabur dalamWilayah Pembangunan Iskandar;

(f) untuk memajukan dan merangsang Wilayah PembangunanIskandar sebagai suatu pusat perdagangan, pelaburandan logistik, kawasan bebas duti dan destinasipelancongan;

(g) untuk memajukan, merangsang, memudahkan danmengusahakan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar—

(i) pembangunan ekonomi dan sosial;

(ii) pembangunan pelancongan dan infrastruktur sertapembangunan tempat tinggal, pertanian,perindustrian dan komersial;

(iii) pembangunan kesenian, kebudayaan, sukan danaktiviti-aktiviti rekreasi;

(iv) pendidikan awam termasuk pembangunankemudahan pendidikan; dan

(v) kesihatan umum termasuk pembangunan kemudahankesihatan dan perubatan;

(h) untuk memajukan pelaburan sektor swasta dalampembangunan yang disebut dalam perenggan (g);

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 13

(i) untuk merancang, melaksanakan secara berperingkat-peringkat dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yangdisebut dalam perenggan (f) dan (g) dan apa-apa aktivitilain dalam Wilayah Pembangunan Iskandar yangdisifatkan oleh Pihak Berkuasa sebagai mempunyaikepentingan negara yang strategik atau mempunyaikepentingan negara; dan

(j) untuk menjalankan mana-mana fungsi lain yangdiberikan oleh atau di bawah Akta ini dan untukmelaksanakan mana-mana fungsi lain yang adalahtambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkitdaripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyenini.

Kuasa Pihak Berkuasa

6. Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pihak Berkuasahendaklah termasuk kuasa—

(a) untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yangbersifat komersial atau perindustrian, aktiviti yangberhubungan dengan perdagangan, pelaburan, logistik,pelancongan, infrastruktur dan aktiviti penyelidikan danlatihan, yang penjalanannya didapati oleh Pihak Berkuasaadalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitandengan pelaksanaan fungsinya;

(b) untuk mendayausahakan dan menjalankan kajian mengenaikawasan pembangunan dan pembangunan semula yangmungkin dan untuk mencadangkan rancangan yangmenggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunansemula dan kajian untuk menentukan sama ada pengusahaandan penjalanan projek pembangunan atau pembangunansemula dapat dilaksanakan;

(c) untuk menghendaki—

(i) semua Entiti Kerajaan yang berkaitan untukmemberikan apa-apa bantuan dan mengemukakanapa-apa maklumat yang ada dalam milikan merekasebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasauntuk membolehkan Pihak Berkuasa menjalankanfungsi yang disebut dalam perenggan 5(c); dan

Undang-Undang Malaysia14 AKTA 664

(ii) semua Entiti Kerajaan, syarikat dan perbadanan,dan badan dan orang lain, sama ada tempatan atauasing, yang terlibat dalam menjalankan atau berniatuntuk menjalankan pembangunan dalam WilayahPembangunan Iskandar untuk mengemukakanlaporan, yang mengandungi apa-apa butir danmaklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh PihakBerkuasa, berkenaan dengan aktiviti mereka atauaktiviti yang dicadangkan oleh mereka;

(d) untuk menyelaraskan pembangunan, termasukpembangunan harta, infrastruktur dan kemudahan awamdalam Wilayah Pembangunan Iskandar;

(e) untuk membuat syor kepada Pihak Berkuasa Negeri Johordan pihak berkuasa tempatan dalam Wilayah PembangunanIskandar berhubung dengan fungsi dan perkhidmatankerajaan tempatan termasuk kawalan perancangan tempatandan pengawalseliaan, kelulusan atau kawalan semuabangunan dan pengendalian bangunan, pembaikan danpenghapusan bangunan puing dan berbahaya, dan larangan,penutupan dan perobohan bangunan yang mempunyaikelas, reka bentuk atau rupa tertentu dalam WilayahPembangunan Iskandar;

(f) untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejenyang diberi kuasa bagi, atau selainnya bertindak bersamadengan atau bagi pihak, mana-mana Entiti Kerajaan, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badanatau orang, sama ada tempatan atau asing;

(g) untuk menghubungi secara langsung atau tidak langsungmana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama adatempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkanpelaburan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;

(h) untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktivitiyang disebut dalam perenggan (a) dan (b) olehmana-mana Entiti Kerajaan atau orang, sama ada tempatanatau asing;

(i) untuk menubuhkan atau mengembangkan, atau memajukanpenubuhan atau pengembangan, syarikat atau badan lainuntuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalamperenggan (a) dan (b) sama ada di bawah kawalan ataukawalan separa Pihak Berkuasa atau secara bebas;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 15

(j) untuk mengunderait atau selainnya memperoleh danmemegang apa-apa sekuriti dan untuk melupuskan sekuritiitu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yangditentukan oleh Pihak Berkuasa;

(k) tertakluk kepada dan mengikut mana-mana undang-undangbertulis, untuk menubuhkan, menguruskan danmengendalikan apa-apa kumpulan wang pelaburan, samaada yang berhubungan dengan harta, saham, syer atauselainnya, dan untuk membubarkan kumpulan wangpelaburan itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimanayang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;

(l) untuk memohon bagi dan menerima pemberimilikan ataupemindahan hakmilik tanah dalam Wilayah PembangunanIskandar bagi pembangunan;

(m) untuk melupuskan aset modal dan untuk menggunakanhasil daripada pelupusan itu;

(n) untuk melantik mana-mana ejen sebagaimana yangdifikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;

(o) untuk mengenakan fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apacaj lain yang difikirkannya patut bagi memberi kesankepada mana-mana fungsi atau kuasanya; dan

(p) untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atauperlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinyadi bawah Akta ini.

Fungsi tambahan Pihak Berkuasa

7. Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atasdan kuasa yang terletak hak pada Pihak Berkuasa oleh Akta ini,Pihak Berkuasa boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain,menjalankan apa-apa kuasa lain dan membelanjakan apa-apa wanglain bagi apa-apa maksud yang diserahkan atau diberikan kepadanyaoleh Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan Negeri Johor dengankelulusan Menteri, dan dalam melakukan sedemikian Pihak Berkuasahendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud Akta ini danperuntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasaberkenaan dengan pengusahaan fungsi itu, penjalanan kuasa itudan perbelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpanberasingan dan terpisah daripada akaun Kumpulan Wang.

Undang-Undang Malaysia16 AKTA 664

Keanggotaan Pihak Berkuasa

8. (1) Pihak Berkuasa hendaklah terdiri daripada anggota yangberikut:

(a) dua orang Pengerusi Bersama, seorang daripadanya ialahPerdana Menteri dan seorang lagi ialah Menteri Besar;

(b) dua orang wakil Kerajaan Persekutuan, yang terdiridaripada—

(i) Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan

(ii) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi JabatanPerdana Menteri;

(c) dua orang wakil Kerajaan Negeri Johor, yang terdiridaripada—

(i) Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Negeri Johor;dan

(ii) Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri bagiNegeri Johor; dan

(d) dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteridengan persetujuan Menteri Besar, yang, pada pendapatMenteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkankeupayaan dan profesionalisme dalam perkara yangberhubungan dengan perbankan, kewangan, perancangan,kerajaan tempatan, perdagangan, perniagaan ataupentadbiran, atau selainnya sesuai untuk pelantikan keranapengetahuan, pengalaman atau kelayakan akademik merekayang khusus, seorang daripadanya hendaklah daripadasektor perbankan, kewangan atau perdagangan swasta.

(2) Timbalan Perdana Menteri hendaklah menjadi anggota silihganti kepada Perdana Menteri untuk mempengerusikan, sebagaiganti Perdana Menteri, sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa jikaPerdana Menteri tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

(3) Apabila mempengerusikan sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa,Timbalan Perdana Menteri hendaklah bagi segala maksud disifatkansebagai salah seorang daripada Pengerusi Bersama.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 17

(4) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.

Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

9. (1) Seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik menurutperenggan 8(1)(d) hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat yangdinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatanselama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untukdilantik semula selama tempoh maksimum tiga penggal berturut-turut.

(2) Pelantikan mana-mana anggota menurut perenggan 8(1)(d)boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri, dengan persetujuanMenteri Besar, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalanitu.

(3) Seseorang anggota yang dilantik menurut perenggan 8(1)(d)boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suratyang dialamatkan kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

10. Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantikmenurut perenggan 8(1)(d) menjadi kosong—

(a) jika dia mati;

(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkanatas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan ataukeburukan akhlak;

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undangyang berhubungan dengan rasuah atau di bawahseksyen 49; atau

(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum denganpemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atausebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)selama lebih daripada dua tahun;

(c) jika dia menjadi bankrap;

(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupayamenunaikan kewajipannya;

Undang-Undang Malaysia18 AKTA 664

(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tigakali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Bersama;

(f) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

Pengisian kekosongan

11. Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasaoleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklahdilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.

Saraan atau elaun

12. Maka hendaklah dibayar kepada anggota Pihak Berkuasaapa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Penzahiran kepentingan

13. (1) Mana-mana anggota Pihak Berkuasa, JawatankuasaKelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa yangmempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atautidak langsung dengan sendiri, menerusi seseorang anggotakeluarganya atau sekutunya berhubung dengan apa-apa perkarayang sedang dibincangkan oleh Pihak Berkuasa atau JawatankuasaKelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu hendaklahmenzahirkan kepada Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan danPelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yangberkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkandalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusandan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yangberkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepaspenzahiran itu, anggota itu—

(a) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalammana-mana perbincangan atau keputusan Pihak Berkuasa,Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasaitu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenaiperkara itu; dan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 19

(b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum PihakBerkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan ataujawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3) Mana-mana anggota Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusandan Pelaksanaan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkankepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawahsubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4) Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa, JawatankuasaKelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa bolehditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota PihakBerkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan ataujawatankuasa itu telah melanggar seksyen ini.

(5) Bagi maksud seksyen ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggotaPihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atausesuatu jawatankuasa, termasuklah—

(a) suami atau isterinya;

(b) ibu atau bapanya termasuk ibu atau bapa suami atauisterinya;

(c) anaknya termasuk anak angkat atau anak tirinya;

(d) adik-beradiknya termasuk adik-beradik suami atau isterinya;dan

(e) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa,Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa,ertinya—

(a) seorang yang merupakan penama atau pekerja anggotaitu;

(b) firma yang anggota itu atau mana-mana penamanyamerupakan seorang pekongsi;

(c) pekongsi anggota itu;

Undang-Undang Malaysia20 AKTA 664

(d) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnyaanggota itu atau anggota keluarganya merupakan seorangbenefisiari; atau

(e) mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-manapenamanya atau anggota keluarganya merupakan seorangpengarah atau mempunyai pemegangan syer yangsubstansial dalam perbadanan itu.

Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa

14. (1) Pihak Berkuasa boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasayang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunyadalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2) Pihak Berkuasa boleh memilih mana-mana anggotanya untukmenjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3) Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untukmenjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkandi bawah subseksyen (1).

(4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatanselama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannyadan adalah layak untuk dilantik semula.

(5) Pihak Berkuasa boleh membatalkan pelantikan mana-manaanggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagipembatalan itu.

(6) Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masameletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertuliskepada Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa.

(7) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranyasendiri.

(8) Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada danbertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadajawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.

(9) Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa memberhentikanatau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 21

(10) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan padabila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan olehpengerusi jawatankuasa itu.

(11) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a) minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpandalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b) salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakankepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.

(12) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat sesuatujawatankuasa hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya,boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(13) Tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang berkenaandengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subseksyen (11)dan (12) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengansewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengansewajarnya untuk bertindak.

(14) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-manaorang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksudmenasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedangdibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi padamesyuarat itu.

(15) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yangdiundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatujawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lainsebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(16) Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambildi bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau adaapa-apa kecacatan dalam penubuhan, sesuatu jawatankuasa;atau

(b) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturanyang tidak menyentuh merit hal itu.

Undang-Undang Malaysia22 AKTA 664

Wilayah Pembangunan Iskandar

15. (1) Menteri boleh, dengan persetujuan Pihak Berkuasa NegeriJohor, dari semasa ke semasa, menentukan melalui pemberitahuandalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan yang dalamnya PihakBerkuasa hendaklah melaksanakan fungsinya di bawah Akta inidan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dikenali sebagai“Wilayah Pembangunan Iskandar”.

(2) Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, adalahmenjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa untuk melaksanakan, dalamWilayah Pembangunan Iskandar, fungsi yang diperuntukkan olehAkta ini.

Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa

16. (1) Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsinya, dan kuasanya, selain kuasanya untuk meminjamwang, untuk mendapatkan pinjaman atau untuk membuat perundangansubsidiari, kepada—

(a) Pengerusi Bersama;

(b) seorang anggota Pihak Berkuasa;

(c) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan;

(d) suatu jawatankuasa; atau

(e) seorang pegawai Pihak Berkuasa.

(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan peruntukan lain Aktaini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada seorang anggotaPihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atausuatu jawatankuasa atau seorang pegawai Pihak Berkuasa, kuasauntuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang,Kumpulan Wang Projek Sosial atau apa-apa wang lain yang terletakhak pada dan di bawah kawalan Pihak Berkuasa hingga keapa-apa tahap yang hendaklah dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.

(3) Anggota Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan danPelaksanaan atau suatu jawatankuasa atau seorang pegawai, mengikutmana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi ataukuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambilkira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasadan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan olehPihak Berkuasa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 23

(4) Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawahseksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama danbagi pihak Pihak Berkuasa.

(5) Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang PihakBerkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri padabila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

17. (1) Pihak Berkuasa hendaklah memberikan kepada Menteri,dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkanoleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumatberkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasasebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri darisemasa ke semasa.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasahendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnyasetiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepadaMenteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakanaktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sepanjang tahun kewangan yangsebelumnya.

(3) Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam apa-apabentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yangberhubungan dengan prosiding dan dasar Pihak Berkuasa sebagaimanayang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN III

KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT PIHAKBERKUASA

Ketua Eksekutif

18. (1) Pihak Berkuasa hendaklah melantik seorang Ketua Eksekutifatas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar.

(2) Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a) penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktivitidan hal ehwal hari ke hari Pihak Berkuasa;

Undang-Undang Malaysia24 AKTA 664

(b) penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbanganPihak Berkuasa;

(c) pelaksanaan semua program, skim dan projek PihakBerkuasa; dan

(d) pelaksanaan keputusan Pihak Berkuasa dan arahanPengerusi Bersama.

(3) Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke ataspegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.

(4) Ketua Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha kepada PihakBerkuasa.

(5) Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipantambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa darisemasa ke semasa.

(6) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklahbertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.

(7) Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementaraatau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau keranaapa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, PihakBerkuasa boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untukmelaksanakan kewajipan Ketua Eksekutif semasa ketidakhadiranatau ketidakupayaan buat sementara itu.

Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain PihakBerkuasa

19. (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawahsubseksyen (3), Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa,mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmatsebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu oleh Pihak Berkuasadan atas apa-apa terma yang difikirkannya sesuai bagi menjalankanmaksud Akta ini.

(2) Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat sebagaipegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa jika dia mempunyai, secaralangsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau menerusipekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-manakontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagipihak Pihak Berkuasa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 25

(3) Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatperaturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatanpegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.

Bantuan kewangan kepada anggota, pegawai, pekhidmat danorang lain

20. Pihak Berkuasa boleh memberikan—

(a) bayaran faedah persaraan, ganjaran dan elaun lainsebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa kepadapegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;

(b) subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit,dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perumahan ataukenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman belas kasihanlain, kepada anggota, pegawai dan pekhidmat PihakBerkuasa;

(c) subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit,dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepadaanggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, danorang tanggungan mereka;

(d) kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpabunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepadaanggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa ataumana-mana orang lain; dan

(e) derma kepada mana-mana orang,

atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan olehPihak Berkuasa.

Pihak Berkuasa boleh menerima pakai peraturan-peraturan,dsb.

21. Pihak Berkuasa boleh menerima pakai dengan apa-apa ubahsuaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar,surat pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan olehKerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawahBahagian ini.

Undang-Undang Malaysia26 AKTA 664

BAHAGIAN IV

ARAH, DASAR DAN STRATEGI BAGI PEMBANGUNAN DALAMWILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Tanggungjawab Pihak Berkuasa

22. (1) Dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, adalahmenjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa untuk—

(a) memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikutapa-apa cara yang dapat menjayakan dasar KerajaanPersekutuan dan Kerajaan Negeri Johor yang sedang berkuatkuasa dan khususnya dasar yang berhubungan denganpembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar; dan

(b) memberi perhatian kepada dan bertindak mengikut rangkaam—

(i) dasar negara bagi pemajuan dan kawalanpenggunaan tanah; dan

(ii) dasar am Pihak Berkuasa Negeri Johor berkenaandengan perancangan pembangunan dan kegunaantanah dan bangunan.

(2) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini,dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1),Pihak Berkuasa hendaklah—

(a) membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihakberkuasa perancang tempatan yang berkaitan untukmenyelaraskan pembangunan dalam Wilayah PembangunanIskandar, dan bagi maksud ini, Pihak Berkuasa hendaklahmenyediakan suatu Rancangan PembangunanKomprehensif dan merumuskan strategi dan inisiatif bagipelaksanaan Rancangan Pembangunan Komprehensif dalamsektor swasta dan awam untuk diterima pakai oleh pihakberkuasa perancang tempatan itu menurut subseksyen 24(4);

(b) menyepadukan dasar dan strategi perancangan KerajaanPersekutuan, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasaperancang tempatan setakat yang dasar dan strategiperancangan itu boleh terpakai bagi atau berkaitan denganWilayah Pembangunan Iskandar;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 27

(c) melaksanakan strategi dan inisiatif bagi pembangunanperdagangan dan pemasaran antarabangsa, dan tarikanpelaburan ke Wilayah Pembangunan Iskandar, mengikutRancangan Pembangunan Komprehensif;

(d) mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan untukmengekalkan dan mengembangkan ekonomi di WilayahPembangunan Iskandar mengikut Rancangan PembangunanKomprehensif, membangunkan dan mengesyorkan strategidan inisiatif bagi penyediaan infrastruktur itu, menerimadan menyalurkan apa-apa wang yang diuntukkan olehParlimen bagi penyediaan infrastruktur itu dan memantaupembinaan, pelaksanaan, pengendalian danpenyenggaraannya;

(e) mengesyorkan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh EntitiKerajaan dan kontraktor swasta berhubung denganpenyediaan, atau keupayaan untuk menyediakan,infrastruktur atau perkhidmatan yang diperlukan, mengikutRancangan Pembangunan Komprehensif, bagipembangunan ekonomi di Wilayah Pembangunan Iskandar;

(f) mengenal pasti kemahiran yang diperlukan bagi pengekalandan pengembangan ekonomi di Wilayah PembangunanIskandar dan membangunkan strategi bagi memastikanbahawa kemahiran itu dibina dan dikekalkan; dan

(g) menyepadukan penyelidikan saintifik dan teknologi danpengeksploitan komersialnya dalam rangka ekonomiWilayah Pembangunan Iskandar.

Penyediaan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif

23. (1) Bagi maksud perenggan 22(2)(a), Pihak Berkuasa hendaklahmenyediakan suatu draf Rancangan Pembangunan Komprehensifbagi Wilayah Pembangunan Iskandar.

(2) Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif hendaklahmengandungi pernyataan bertulis dan—

(a) hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimanayang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannyabagi rangka keseluruhan, wawasan dan objektifpembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar, yanghendaklah termasuk strategi bagi pembangunan fizikal,ekonomi dan sosial di Wilayah Pembangunan Iskandar;

Undang-Undang Malaysia28 AKTA 664

(b) hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimanayang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannyabagi inisiatif perancangan dan pelaksanaan untukmerealisasikan strategi yang disebut dalam perenggan(a), yang hendaklah termasuk inisiatif yang berhubungandengan—

(i) fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(b)dan (d);

(ii) peningkatan kualiti persekitaran hidup dalamWilayah Pembangunan Iskandar;

(iii) peningkatan pembangunan sosial dalam WilayahPembangunan Iskandar;

(iv) pengurusan kegunaan tanah dalam WilayahPembangunan Iskandar;

(v) pengurusan dan pemajuan pembandaran di WilayahPembangunan Iskandar;

(vi) perlindungan, pemeliharaan dan peningkatan sumberalam sekitar semula jadi, sumber pertanian, tamandan tanah lapang dalam Wilayah PembangunanIskandar;

(vii) pembangunan kawasan pantai dalam WilayahPembangunan Iskandar berseimbang denganperlindungan persekitaran pantai semula jadi;

(viii) penggiatan semula dan peningkatan persekitaranekonomi, sosial dan fizikal Pusat Bandar JohorBahru;

(ix) penyediaan, pengintegrasian dan penyelarasaninfrastruktur bandar dan perkhidmatan kemudahandalam Wilayah Pembangunan Iskandar;

(x) pembaikan perhubungan bandar dalam WilayahPembangunan Iskandar bagi pergerakanbarang-barang dan manusia;

(xi) pemajuan pembangunan berorientasikanpengangkutan dalam Wilayah PembangunanIskandar; dan

(xii) pembangunan komersial yang disasarkan,

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 29

yang hendaklah selaras dengan rangka keseluruhan,wawasan, objektif dan strategi yang disebut dalamperenggan (a); dan

(c) boleh merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yangdifikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangan, dasardan strateginya yang terpakai bagi kawasan di sekelilingWilayah Pembangunan Iskandar setakat yang cadangan,dasar dan strategi itu semunasabahnya dikehendaki untukmencapai cadangan yang disebut dalam perenggan (a)dan (b); dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yangterdahulu, cadangan, dasar dan strategi yang terpakaibagi kawasan di sekeliling Wilayah Pembangunan Iskandarboleh termasuk perkara yang berhubungan dengankeselamatan, perlindungan dan pembaikan alam sekitardan pemeliharaan sumber semula jadi.

(3) Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif hendaklahmengandungi, atau disertakan dengan, apa-apa peta, gambar rajah,ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan sebagaimanayang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa bagi maksud menjelaskanatau menerangkan cadangan dalam Rancangan PembangunanKomprehensif, atau sebagaimana yang dalam apa-apa hal tertentudinyatakan dalam arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa PerancangNegeri; dan peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, modeldan bahan perihalan itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagiandaripada Rancangan Pembangunan Komprehensif.

(4) Dalam merumuskan cadangannya dalam draf RancanganPembangunan Komprehensif, Pihak Berkuasa hendaklah berundingdengan Majlis Perancang Fizikal Negara, Jawatankuasa PerancangNegeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam WilayahPembangunan Iskandar, dan memastikan bahawa cadangan itu padaamnya mematuhi rancangan struktur sebagaimana keadaannya padamasa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum, dan hendaklahmemberi perhatian kepada—

(a) apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang padapendapatnya berkaitan, atau yang Majlis Perancang FizikalNegara atau Jawatankuasa Perancang Negeri dalam apa-apa hal tertentu mengarahkannya untuk mengambil kira;dan

(b) dasar negara, Negeri Johor dan serantau di mana-manayang berkaitan.

Undang-Undang Malaysia30 AKTA 664

Kelulusan atau penolakan draf Rancangan PembangunanKomprehensif

24. (1) Apabila Pihak Berkuasa telah menyediakan draf RancanganPembangunan Komprehensif, Pihak Berkuasa hendaklahmengemukakan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif itukepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk kelulusannya.

(2) Jika Jawatankuasa Perancang Negeri berpendapat bahawadraf Rancangan Pembangunan Komprehensif atau mana-manabahagian daripadanya tidak disediakan mengikut kehendaksubseksyen 23(4), Jawatankuasa Perancang Negeri boleh menahankelulusannya kepada draf Rancangan Pembangunan Komprehensifitu sehinggalah kehendak itu telah dipenuhi.

(3) Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan fakta kelulusan drafRancangan Pembangunan Komprehensif oleh JawatankuasaPerancang Negeri—

(a) di laman web internet Pihak Berkuasa, dalam bahasakebangsaan dan Inggeris, bersama dengan RancanganPembangunan Komprehensif yang diluluskan; dan

(b) dalam tiga keluaran sekurang-kurangnya satu surat khabartempatan dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabartempatan dalam bahasa Inggeris, bersama dengan tandayang dengannya Rancangan Pembangunan Komprehensifyang diluluskan boleh dikenal pasti dan dengan suatupernyataan tentang tempat di mana RancanganPembangunan Komprehensif yang diluluskan itu bolehdiperiksa.

(4) Selepas Rancangan Pembangunan Komprehensif telahdiluluskan—

(a) berhubung dengan mana-mana kawasan dalam WilayahPembangunan Iskandar yang baginya suatu rancangantempatan masih belum menerima persetujuan PihakBerkuasa Negeri Johor, Jawatankuasa Perancang Negerihendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasaperancang tempatan yang berkaitan di bawah perenggan12(3)(b) dan subseksyen 12(8) Akta Perancangan Bandardan Desa 1976 untuk memasukkan ke dalam draf rancangantempatan bagi kawasan itu apa-apa kandungan RancanganPembangunan Komprehensif yang diluluskan sebagaimanayang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh JawatankuasaPerancang Negeri; dan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 31

(b) berhubung dengan mana-mana kawasan dalam WilayahPembangunan Iskandar yang baginya suatu rancangantempatan telah menerima persetujuan Pihak BerkuasaNegeri Johor, Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklahmemberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancangtempatan yang berkaitan di bawah subseksyen 16(2) AktaPerancangan Bandar dan Desa 1976 untuk mengubahrancangan tempatan itu dengan memasukkan apa-apakandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yangdiluluskan itu sebagaimana yang difikirkan berkaitan atausesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri.

Kajian semula atau pengubahan Rancangan PembangunanKomprehensif

25. (1) Pihak Berkuasa dan Jawatankuasa Perancang Negeri bolehpada bila-bila masa secara bersesama mengkaji semula atau mengubahRancangan Pembangunan Komprehensif.

(2) Seksyen 24 hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yangperlu, berhubung dengan suatu pengubahan Rancangan PembangunanKomprehensif sebagaimana seksyen itu terpakai berhubung denganpenyediaan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif.

Kewajipan untuk mengambil tahu tentang RancanganPembangunan Komprehensif yang diluluskan

26. Menjadi kewajipan tiap-tiap Entiti Kerajaan dan orang, samaada tempatan atau asing, untuk mengambil tahu tentang, dan bertindakmengikut cara yang selaras dengan—

(a) kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yangdiluluskan yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangantempatan menurut subseksyen 24(4) dalam melaksanakanfungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya,dan dalam menjalankan aktivitinya, dalam WilayahPembangunan Iskandar; dan

(b) kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yangdiluluskan sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan23(2)(c) yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangantempatan menurut subseksyen 24(4), jika ada, dalammelaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankankuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya di kawasansekeliling Wilayah Pembangunan Iskandar.

Undang-Undang Malaysia32 AKTA 664

Pembangunan strategik yang ditetapkan

27. (1) Pihak Berkuasa dengan persetujuan Jawatankuasa PerancangNegeri boleh menetapkan apa-apa pembangunan atau mana-manakawasan atau kawasan-kawasan dalam Wilayah PembangunanIskandar yang mungkin mempunyai kesan ekonomi yang pentingkepada Wilayah Pembangunan Iskandar masing-masing sebagaisuatu pembangunan strategik yang ditetapkan atau kawasanpembangunan strategik yang ditetapkan.

(2) Mana-mana orang atau Entiti Kerajaan yang berniat untukmenjalankan—

(a) apa-apa pembangunan strategik yang ditetapkan; atau

(b) apa-apa pembangunan dalam kawasan pembangunanstrategik yang ditetapkan,

hendaklah mula-mula sekali merujuk cadangan pembangunan itukepada Pihak Berkuasa untuk mendapatkan arahannya sebelummenjalankan pembangunan yang dicadangkan itu.

(3) Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) adalahuntuk memastikan pematuhan dan keselarasan dengankandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskanyang tidak dimasukkan ke dalam suatu draf rancangan tempatanmenurut subseksyen 24(4).

BAHAGIAN V

PENYELARASAN ANTARA ENTITI KERAJAAN DALAM WILAYAHPEMBANGUNAN ISKANDAR

Agensi penyelaras utama

28. (1) Pihak Berkuasa hendaklah, dalam menyelaraskanpelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh Entiti Kerajaan dalamWilayah Pembangunan Iskandar—

(a) bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yangdiberi kuasa bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitanberhubung dengan penerimaan, pemprosesan danpencepatan Kelulusan dan tindakan pentadbiran yangdiperlukan berkaitan dengan permohonan untukmendapatkan Kelulusan yang berkenaan dengannya PihakBerkuasa telah membuat suatu perjanjian atau perkiraandi bawah seksyen 31; dan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 33

(b) memberikan perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepadaPihak Berkuasa Negeri Johor berkaitan denganperkara-perkara yang berhubungan dengan tanah dalamWilayah Pembangunan Iskandar.

(2) Pihak Berkuasa boleh, dalam menjalankan peranan yangdisebut dalam perenggan (1)(a)—

(a) mengenakan ke atas pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi,kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimanayang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan yangdiberikan oleh Pihak Berkuasa; dan

(b) bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan, memungutdaripada pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi, kos, levi,sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yangdikehendaki dengan sah oleh Entiti Kerajaan itu berkaitandengan permohonan itu.

Pesuruhjaya Persekutuan dan Negeri

29. (1) Pihak Berkuasa hendaklah melantik dua orang Pesuruhjayaatau lebih daripada kalangan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasauntuk membantu Pihak Berkuasa melaksanakan fungsinya di bawahseksyen 28.

(2) Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya ituhendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan untuk berhubungdengan dan menyelaraskan semua kementerian, jabatan, pejabat,agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlisatau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, KerajaanPersekutuan yang berkaitan untuk mempercepat pengeluaran ataupemberian semua Kelulusan yang dikehendaki atau yang adadi bawah undang-undang persekutuan.

(3) Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya ituhendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Johor untuk berhubungdengan dan menyelaraskan semua jabatan, pejabat, agensi, pihakberkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badanlain, perbadanan atau diperbadankan, Kerajaan Negeri Johor yangberkaitan untuk mempercepat pengeluaran atau pemberian semuaKelulusan yang dikehendaki atau yang ada di bawah undang-undangNegeri Johor.

Undang-Undang Malaysia34 AKTA 664

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan

30. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menubuhkan JawatankuasaKelulusan dan Pelaksanaan yang hendaklah terdiri daripada anggotayang berikut:

(a) seorang pengerusi, yang ialah Menteri Besar;

(b) Ketua Eksekutif;

(c) seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawabbagi kewangan;

(d) seorang wakil kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

(e) seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawabbagi imigresen;

(f) seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawabbagi perdagangan antarabangsa dan industri;

(g) Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri;

(h) Pengarah Perancang Negeri;

(i) Pesuruhjaya;

(j) Yang Dipertua bagi tiap-tiap pihak berkuasa tempatandalam Wilayah Pembangunan Iskandar; dan

(k) mana-mana anggota lain yang dilantik oleh Pihak Berkuasa.

(2) Pihak Berkuasa boleh, berkenaan dengan setiap anggotayang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hingga (f), melantik seoranganggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa itujika anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

(3) Apabila menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa seseoranganggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagaianggota Jawatankuasa itu.

(4) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklahbertanggungjawab bagi—

(a) mengenal pasti cadangan pembangunan dan pelaburanyang utama atau strategik dalam Wilayah PembangunanIskandar;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 35

(b) memantau status semua Kelulusan berhubung dengancadangan pembangunan dan pelaburan yang utama ataustrategik itu;

(c) menyelaraskan peranan dan aktiviti semua Entiti Kerajaanyang berkaitan untuk mempercepat pelaksanaan cadanganpembangunan dan pelaburan yang utama atau strategikitu;

(d) mengenal pasti apa-apa kesulitan atau isu yang timbulsemasa pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburanyang utama atau strategik itu, dan mengambil ataumengesyorkan langkah dan tindakan pentadbiran yangsesuai untuk menyelesaikan kesulitan atau isu itu;

(e) melaporkan status pelaksanaan cadangan pembangunandan pelaburan yang utama atau strategik itu kepada PihakBerkuasa; dan

(f) melaksanakan mana-mana fungsi atau kewajipan lain yangdiwakilkan kepadanya oleh Pihak Berkuasa menurutperenggan 16(1)(c).

(5) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan boleh mengawalselia tatacaranya sendiri.

(6) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah tertaklukkepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikankepada Jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.

(7) Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklahdiadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yangditentukan oleh pengerusi Jawatankuasa itu.

(8) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklahmenyebabkan—

(a) minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpandalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b) salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakankepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.

(9) Apa-apa minit yang dibuat semasa mesyuarat JawatankuasaKelulusan dan Pelaksanaan hendaklah, jika ditandatangani dengansewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosidingundang-undang tanpa bukti selanjutnya.

Undang-Undang Malaysia36 AKTA 664

(10) Tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaanyang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikutsubseksyen (8) dan (9) hendaklah disifatkan telah dipanggil dandiadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuaratitu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

(11) Anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan bolehdibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yangditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(12) Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambildi bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau adaapa-apa kecacatan dalam penubuhan, JawatankuasaKelulusan dan Pelaksanaan; atau

(b) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturanyang tidak menyentuh merit hal itu.

Perkiraan dengan Entiti Kerajaan

31. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa bolehmembuat perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana Entiti Kerajaanberkenaan dengan—

(a) penjalanan oleh Pihak Berkuasa dan Entiti Kerajaan itumana-mana fungsi dan kuasa mereka masing-masing;

(b) penjalanan atau penyediaan apa-apa kerja atau perkhidmatanoleh Pihak Berkuasa bagi Entiti Kerajaan itu atau olehEntiti Kerajaan itu bagi Pihak Berkuasa; atau

(c) pemungutan oleh Pihak Berkuasa bagi pihak Entiti Kerajaanitu apa-apa fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lainsebagaimana yang dikehendaki, dicajkan atau dikenakandengan sah oleh Entiti Kerajaan itu.

(2) Mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat di bawahsubseksyen (1) hendaklah—

(a) dengan keizinan Menteri dalam hal sesuatu Entiti KerajaanPersekutuan;

(b) dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri Johor dalam halsesuatu Entiti Kerajaan Negeri Johor; dan

(c) tertakluk kepada dan mengikut undang-undang yangmengawal kuasa dan fungsi Entiti Kerajaan yang berkaitan.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 37

Tanggungjawab Entiti Kerajaan

32. Menjadi tanggungjawab tiap-tiap Entiti Kerajaan untuk—

(a) bekerjasama dengan dan membantu Pihak Berkuasa dalammelaksanakan fungsi Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;

(b) jika berkaitan, merujuk dan menggunakan maklumat,statistik dan faktor yang disebarkan oleh Pihak Berkuasadi bawah perenggan 5(c) dalam melaksanakan fungsi dankewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalammenjalankan aktivitinya, dalam Wilayah PembangunanIskandar; dan

(c) memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada dasar,undang-undang dan tindakan yang dicadangkan yanghendaklah terpakai bagi Wilayah Pembangunan Iskandarsebagaimana yang disyorkan oleh Pihak Berkuasa di bawahperenggan 5(d).

BAHAGIAN VI

KEWANGAN

Kumpulan Wang

33. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “KumpulanWang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” yanghendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Pihak Berkuasa ditubuhkan.

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimenbagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;

(b) apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasakepada Pihak Berkuasa daripada pinjaman yang dibuatoleh Pihak Berkuasa;

(c) semua wang yang didapati daripada pengendalianapa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayaidaripada Kumpulan Wang;

(d) semua wang yang didapati atau terbit daripada apa-apaharta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji,gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletakhak pada Pihak Berkuasa;

Undang-Undang Malaysia38 AKTA 664

(e) apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadaijanji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atauterletak hak pada Pihak Berkuasa;

(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagimaksud memenuhi mana-mana obligasinya ataumenunaikan mana-mana kewajipannya;

(g) fi, kos, levi, sumbangan dan caj lain yang dikenakan olehPihak Berkuasa di bawah Akta ini;

(h) semua wang yang didapati daripada perkhidmatanperundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lainyang diberikan oleh Pihak Berkuasa;

(i) semua jumlah wang atau harta lain, selain jumlah wangyang disebut dalam perenggan 28(2)(b) dan subseksyen37(2), yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayarkepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaandengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi,kuasa dan kewajipannya; dan

(j) semua wang lain yang diterima dengan sah oleh PihakBerkuasa.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada KumpulanWang

34. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengansah oleh Pihak Berkuasa, termasuk fi dan kos ukur danguaman dan fi dan kos lain;

(b) membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggotaPihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan,mana-mana jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat PihakBerkuasa termasuk memberi pinjaman dan bayaranpendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencendan ganjaran;

(c) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lainyang dilakukan atau disetujui terima dengan sah olehPihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya ataumenjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 39

(d) membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera danbahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikanbangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaanlain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankankuasanya di bawah Akta ini;

(e) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawahAkta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang yangdipinjam itu;

(f) memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen 20;dan

(g) pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakanperuntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

35. Menjadi kewajipan Pihak Berkuasa untuk memelihara KumpulanWang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanyadi bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikanbahawa jumlah hasil Pihak Berkuasa mencukupi untuk membayarsemua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnyapada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal,dari setahun ke setahun.

Kumpulan wang rizab

36. Pihak Berkuasa hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatukumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.

Kumpulan Wang Projek Sosial

37. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menubuhkan dan menguruskansuatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan WangProjek Sosial”.

(2) Kumpulan Wang Projek Sosial hendaklah terdiri daripada—

(a) apa-apa jumlah wang yang disumbangkan atau didermakandari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan WangProjek Sosial oleh mana-mana orang, perbadanan atauentiti lain; dan

Undang-Undang Malaysia40 AKTA 664

(b) jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagimaksud Kumpulan Wang Projek Sosial.

(3) Kumpulan Wang Projek Sosial hendaklah dibelanjakan bagiprojek, skim dan pengusahaan yang, pada pendapat Pihak Berkuasa,adalah bagi manfaat am komuniti Wilayah Pembangunan Iskandardan selaras dengan strategi dan inisiatif dalam RancanganPembangunan Komprehensif yang berhubungan denganpembangunan sosial, dan yang boleh, bagi mengelakkan keraguan,termasuk projek, skim dan pengusahaan bagi memajukan keseniandan kebudayaan.

Akaun bank

38. Pihak Berkuasa hendaklah membuka dan menyenggarakanakaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank di Malaysiasebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, dan tiap-tiap akaun hendaklah dikendalikan dengan seberapa yang bolehdilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-manaorang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu darisemasa ke semasa.

Kuasa untuk meminjam

39. (1) Pihak Berkuasa boleh dari semasa ke semasa, dengankelulusan Kerajaan Persekutuan, meminjam, pada apa-apa kadarbunga dan selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenaimasa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yangdiluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, apa-apa jumlah wang yangdikehendaki oleh Pihak Berkuasa bagi memenuhi mana-manaobligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya atau bagimaksud Kumpulan Wang Projek Sosial.

(2) Pihak Berkuasa boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusanKerajaan Persekutuan, meminjam wang melalui pengeluaran bon,debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atasapa-apa terma yang, dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan,difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana maksudyang berikut:

(a) peruntukan modal kerja;

(b) pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaiankewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 41

(c) pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakanoleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;

(d) penebusan apa-apa syer atau saham yang Pihak Berkuasadikehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e) apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkandengan sepatutnya pada akaun modal.

Pelaburan

40. Wang Pihak Berkuasa, setakat yang wang itu tidak dikehendakiuntuk dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini, hendaklahdilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

41. (1) Perbelanjaan Pihak Berkuasa sehingga apa-apa amaun yangdibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklahdibayar daripada Kumpulan Wang.

(2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, PihakBerkuasa hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaranperbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan,bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan yangmengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan olehMenteri.

(3) Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya,memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagiperbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiapperihalan perbelanjaan.

(4) Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakankepada Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagimana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhanatau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yangtermasuk dalam anggaran tambahan itu.

(5) Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa supayamengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahanitu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihakberkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahanitu.

Undang-Undang Malaysia42 AKTA 664

Tahun kewangan

42. Tahun kewangan Pihak Berkuasa hendaklah bermula pada1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

43. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.

BAHAGIAN VII

AM

Kuasa untuk mengambil khidmat

44. Pihak Berkuasa boleh mengambil khidmat, melantik danmembayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuk peguambela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilaidan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan, untuk menjalankanapa-apa projek, skim atau perusahaan, atau untuk melakukanapa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukandalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya ataumenunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Aktaini dengan lebih baik.

Kuasa untuk menubuhkan syarikat

45. Pihak Berkuasa boleh menubuhkan syarikat di bawah AktaSyarikat 1965 untuk menjalankan dan menjaga, mengelolakan danmenguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telahdirancangkan atau diusahakan oleh Pihak Berkuasa dalammelaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.

Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu ataumengelirukan

46. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yangmenzahirkan atau memberikan maklumat kepada Pihak Berkuasayang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untukmempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihilima ribu ringgit.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 43

(2) Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawahsubseksyen (1) ialah seorang yang profesionnya dikawal selia olehmana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan,didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalamjagaan Pihak Berkuasa

47. (1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika dia melakukanapa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaiantanpa kuasa apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama adadalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaanatau kawalan Pihak Berkuasa.

(2) Bagi maksud seksyen ini—

(a) adalah tidak material bahawa perbuatan berkenaan tidakditujukan kepada—

(i) apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;

(ii) apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau

(iii) apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpandi mana-mana lokasi tertentu;

(b) adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaiantanpa kuasa menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atauhanya sementara;

(c) sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik ataudata berlaku jika—

(i) maklumat, statistik atau data itu diubah ataudipadamkan;

(ii) apa-apa maklumat, statistik atau data barudimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat,statistik atau data itu; atau

(iii) apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkankeupayaan Pihak Berkuasa untuk mendapatkancapaian kepada maklumat, statistik atau data itu,

dan termasuklah apa-apa perbuatan yang menyumbangkepada berlakunya pengubahsuaian itu.

Undang-Undang Malaysia44 AKTA 664

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratusribu ringgit, atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh riburinggit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkankecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan[Akta 574].

Pengecualian daripada duti setem

48. Pihak Berkuasa dan tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan olehPihak Berkuasa adalah dikecualikan daripada pembayaran dutisetem di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378].

Obligasi kerahsiaan

49. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksudapa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat PihakBerkuasa, anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, anggotamana-mana jawatankuasa atau orang yang diundang untuk menghadirimana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusandan Pelaksanaan atau mana-mana jawatankuasa boleh menzahirkanapa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa melaksanakankewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

50. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain bolehdiambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-manamahkamah terhadap—

(a) Menteri;

(b) Pihak Berkuasa;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 45

(c) mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggotaJawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, mana-manaanggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmatatau ejen Pihak Berkuasa; atau

(d) mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagipihak Pihak Berkuasa,

berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaranyang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apapeninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifatyang sedemikian.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

51. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Pihak Berkuasa atau terhadap mana-manaanggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota Jawatankuasa Kelulusandan Pelaksanaan, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa berkenaandengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukanatau yang ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.

Pekhidmat awam

52. Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa atau Jawatankuasa Kelulusandan Pelaksanaan atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-manapegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa, semasa menunaikankewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekhidmatatau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awammengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Pewakilan dalam prosiding sivil

53. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a) dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap PihakBerkuasa; atau

(b) dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang PihakBerkuasa dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamahuntuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhakuntuk diwakili atau didengar,

Undang-Undang Malaysia46 AKTA 664

mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagimaksud itu boleh, bagi pihak Pihak Berkuasa, memulakan prosidingsedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuatsemua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatanberkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Pihak Berkuasa.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

54. (1) Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatapa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakanperuntukan Akta ini dengan lebih baik atau bagi menetapkanapa-apa jua yang boleh, atau dikehendaki, ditetapkan di bawahAkta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—

(a) memantau pembangunan tanah dalam WilayahPembangunan Iskandar dan pada amnya membuatperuntukan bagi pembangunan tanah yang teratur dalamWilayah Pembangunan Iskandar;

(b) menetapkan cara yang apa-apa perihalan dokumen, cekdan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakanbagi pihak Pihak Berkuasa;

(c) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai danpekhidmat Pihak Berkuasa;

(d) mengenakan fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa cajlain dalam apa-apa hal yang ditentukan oleh PihakBerkuasa;

(e) mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yangberkaitan dengan syer, saham, bon atau debentur yangdikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh PihakBerkuasa perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagimengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik,penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bonatau debentur itu;

(f) menetapkan perihalan atau jenis pembangunan strategikyang ditetapkan atau kawasan pembangunan strategik yangditetapkan bagi maksud seksyen 27;

(g) menetapkan cara dan terma dan syarat yang bantuankewangan boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa di bawahseksyen 20;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 47

(h) menetapkan butir-butir bentuk dan kandungan RancanganPembangunan Komprehensif, tatacara yang hendaklahdiikuti dalam penyediaan, pengemukaan dan kelulusannya;

(i) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuatperjanjian atau perkiraan dengan Entiti Kerajaan menurutseksyen 31;

(j) menetapkan segala perkara yang berhubungan denganpentadbiran Kumpulan Wang Projek Sosial; dan

(k) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yangdimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakansepenuhnya peruntukan Akta ini.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini bolehmenetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggarperaturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan bolehmenetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgitatau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun ataukedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan,boleh menetapkan denda selanjutnya sebanyak lima ribu ringgitbagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahanitu berterusan selepas sabitan.

Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat

55. Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan bagi pihak PihakBerkuasa sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatanAkta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungdengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Aktaini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukanitu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hakdan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuanperbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yangdilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mulaberkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pihak Berkuasa.

Pencegahan anomali

56. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak BerkuasaNegeri Johor, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dalamperuntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagimaksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan olehpermulaan kuat kuasa Akta ini hanya berkenaan dengan pelaksanaanfungsi dan penjalanan kuasa oleh Pihak Berkuasa.

Undang-Undang Malaysia48 AKTA 664

(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan olehseksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaankuat kuasa Akta ini.

(3) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” ertinya pindaan, tambahan,pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan Akta ini.

JADUAL

[Subseksyen 8(4)]

Mesyuarat

1. (1) Pihak Berkuasa hendaklah bermesyuarat pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi Bersama.

(2) Pengerusi Bersama hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa.

(3) Pengerusi Bersama yang mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa dibawah subperenggan (2) dan empat orang anggota lain hendaklah membentuksuatu kuorum pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa.

(4) Tertakluk kepada subperenggan (5), tiap-tiap anggota yang hadir padamesyuarat Pihak Berkuasa berhak mendapat satu undi.

(5) Bagi mengelakkan keraguan, dalam semua mesyuarat yang dipengerusikanoleh Pengerusi Bersama, undi Pengerusi Bersama hendaklah dikira sebagaisatu.

(6) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Pihak Berkuasaterdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi Bersama hendaklahmempunyai undi pemutus.

Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

2. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadirimana-mana mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa bagi maksudmenasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalammesyuarat atau perbincangan itu.

(2) Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratatau perbincangan Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (1) boleh dibayarapa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh PihakBerkuasa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 49

Ketetapan tanpa mesyuarat

3. (1) Suatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat PihakBerkuasa jika—

(a) semua anggota Pihak Berkuasa telah dimaklumkan mengenai ketetapanyang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah diambil untukmemberitahu semua anggota Pihak Berkuasa mengenai ketetapan yangdicadangkan itu; dan

(b) tanpa bermesyuarat, semua anggota Pihak Berkuasa menandakanpersetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukanoleh Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (2).

(2) Subperenggan (1) terpakai hanya jika Pihak Berkuasa—

(a) memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan

(b) memutuskan kaedah yang dengannya anggota Pihak Berkuasa bolehmenandakan persetujuan tentang ketetapan itu.

Meterai perbadanan

4. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yanghendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasadan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimanayang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Pihak Berkuasa, suatu cap yangmengandungi perkataan “Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” bolehdigunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Pihak Berkuasa.

(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Eksekutifatau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa, dan hendaklahdisahkan oleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secarabertulis; dan segala surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupasebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yangdinyatakan dalam subperenggan ini, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya,disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4) Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yangjika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan,tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Pihak Berkuasamengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu bolehdisempurnakan bagi pihak Pihak Berkuasa oleh mana-mana pegawai atau pekhidmatPihak Berkuasa yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Pihak Berkuasa bagimaksud itu.

(5) Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah diberi pengiktirafan rasmidan kehakiman.

Undang-Undang Malaysia50 AKTA 664

Minit

5. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnyadisenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah,jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalamsemua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa yang berkenaan dengan perjalanannyaminit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkantelah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalammesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Tatacara

6. Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengawal selia tatacaranyasendiri.

Kesahan perbuatan dan prosiding

7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Aktaini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatandalam penubuhan, Pihak Berkuasa;

(b) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidakmenyentuh merit hal itu.

Anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusanPihak Berkuasa

8. Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepadaurusan Pihak Berkuasa sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannyadengan berkesan.

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA