peranan pihak berkuasa tempatan (pbt)

Upload: norhidayah-sanusi

Post on 03-Jun-2018

350 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    1/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 1

    1.0 Pendahuluan

    Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang giat aktif menempah nama di

    persada dunia setanding dengan negara-negara maju. Untuk mencapai tahap sebuah

    negara maju, aspek pembangunan wilayah dan perbandaran tidak boleh dipisahkan sebagailangkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia dalam mencapai usaha tersebut.

    Kawasan kawasan bandar akan semakin aktif dibangunkan, kepelbagaian infrastruktur

    akan dibina, kemudahan-kemudahan sosial yang lain turut disediakan, malah

    perkembangan ini turut datang bersama dengan isu-isu perbandaran seperti kepadatan

    penduduk, kesesakan lalu lintas, peningkatan penggunaan sumber seperti tenaga dan air,

    isu-isu alam sekitar seperti pencemaran serta masalah yang melibatkan pengurusan sisa

    pepejal. Bukan itu sahaja, malah cabaran ekonomi seperti pendapatan, rumah mampu milik

    dan sebagainya sudah pasti tidak ketinggalan. Aspek keselamatan turut akan menjadi aspek

    penting yang tidak boleh dipandang remeh.

    Apabila berbicara mengenai perbandaran, aspek kesejahteraan bandar perlu dititik

    beratkan dalam menjamin perkembangan pesat perbandaran dan pembangunan berjalan

    dengan lancar dan seterusnya membawa Malaysia setaraf dengan negara maju.

    Kesejahteraan bandar adalah proses perancangan pembangunan dengan matlamat untuk

    mencapai pembangunan mampan secara holistik. Apabila berbicara mengenai

    kesejahteraan bandar terdapat tiga aspek utama yang menjadi fokus yang dititikberatkaniaitu sistem sosial yang inklusif iaitu matlamat bagi mewujudkan komuniti yang sihat,

    berinteraksi dengan masyarakat dan sebagainya. Dari segi tindakan fizikal pula adalah

    seperti mewujudkan sebuah bandar yang selamat daripada jenayah dan juga menawarkan

    perumahan mampu milik bagi semua rakyat yang selesa. Aspek kedua ialah ekonomi yang

    produktif. Aspek ini dilihat dari segi membanteras kemiskinan bandar, dan mewujudkan

    ekonomi yang berdaya saing. Aspek ketiga adalah persekitaran hijau iaitu mewujudkan

    sebuah bandar yang kadar penggunaan sumber rendah, pengurusan sisa pepejal yang

    efisien, penggunaan tenaga yang cekap, dan sebagainya.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    2/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 2

    Proses pembangunan yang semakin pesat membuatkan sesuatu kawasan tidak

    kiralah daerah, bandar, ataupun bandaraya kini terdedah kepada pelbagai aspek-aspek

    yang positif juga negatif. Aspek-aspek negatif ini perlu di beri perhatian, diatasi dan di jaga

    bagi menjamin kesejahteraan bandar. Bukan itu sahaja, pembangunan yang semakin pesat

    turut menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk turut meningkat. Jumlah penduduk

    wilayah selatan yang terdiri daripada Johor, Melaka dan juga Negeri Sembilan untuk tempoh

    5 tahun sekali iaitu tahun 1990, 1995, 2000,dan 2005 menunjukkan berlakunya peningkatan

    penduduk. Bagi negeri Johor jumlah penduduk pada tahun 1990 sebanyak 2,121.3 pada

    tahun 1995 jumlah penduduk meningkat kepada 2,422.0, tahun 2000 pula sebanyak 2,721.9

    dan peningkatan turut berlaku pada tahun 2005 iaitu menjadi 3,020.0. Bagi negeri Melaka,

    pada tahun 1990 ialah sebanyak 531.6 meningkat pada tahun 1995 kepada 600.0 dan pada

    tahun 2000 jumlah penduduk Melaka sebanyak 634.1 dan sekali lagi meningkat pada tahun

    2005 menjadi 681.0. Jumlah pertumbuhan penduduk pada tahun 1990 di Negeri Sembilan

    adalah sebanyak 531.6 meningkat kepada 804.0 pada tahun 1995 kemudian jumlah

    tersebut terus meningkat pada tahun seterusnya kepada 858.9 dan pada tahun 2005 jumlah

    penduduk adalah sebanyak 907.7. Pertumbuhan penduduk yang pesat, malah kadar guna

    tenaga yang turut meningkat terutama di negeri yang lebih maju menyebabkan

    kesejahteraan bandar perlu dijamin kelangsungannya. Peningkatan pembangunan ini

    menyebabkan pihak yang berkuasa perlu melaksanakan perancangan demi perancangan

    yang sistematik, pentadbiran diurus dengan lebih cekap dan sudah pasti saluran

    perkhidmatan adalah lebih baik dan mesra pengguna.

    Pihak yang berkuasa yang bertanggungjawab mengurus tadbir sesebuah daerah

    ataupun kawasan bagi menjamin kesejahteraan bandar adalah dipegang oleh Pihak

    Berkuasa Tempatan ( PBT ). Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) merupakan satu badan

    yang ditubuhkan melalui perundangan perlembagaan persekutuan. Di Malaysia, terdapat

    sebanyak 149 PBT iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya ( DB/MB ), 39 buah Majlis

    Perbandaran ( MP ) dan 98 Buah Majlis Daerah ( MD ). Bagi wilayah selatan pula iaitu terdiri

    daripada Johor, Melaka dan Negeri sembilan terdapat sebanyak 27 PBT iaitu bagi negeri

    Johor mempunyai 15 PBT, Melaka 4 PBT dan Negeri Sembilan 8 PBT.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    3/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 3

    Dibawah Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mana menyatakan bahawa

    Pihak Berkuasa Tempatan adalah terdiri daripada mana mana Majlis Bandaraya, Majlis

    Perbandaran, atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan dan berhubungan

    dengan wilayah persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah

    sesyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 ( Akta 190 ). Dibawah peruntukkan Akta ini juga

    telah mengariskan bahawa hal ehwal bagi tiap-tiap kawasan pihak berkuasa tempatan

    hendaklah ditadbirkan oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan oleh dan

    mengikut akta ini. Namun begitu penggunaanya tertakluk dengan syarat bahawa jika

    pemakaian Akta ini bagi Wilayah Persekutuan terdapat apa-apa percanggahan diantara

    Akta ini dengan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 atau peraturan-peraturan yang dibuat

    dibawahnya, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 hendaklah dipakai.

    Terdapat 4 fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang menjadi kelaziman iaitu pertama

    dari segi aspek pelindungan. PBT mempunyai kuasa untuk mengawal keselamatan iaitu

    meliputi perlindungan daripada bahaya sama ada melibatkan individu mahupun kumpulan

    serta kawalan kesihatan awam. Fungsi kedua adalah dari segi Awam. Aspek ini meliputi

    fungsi-fungsi yang melibatkan awam seperti menyediakan infrastruktur contohnya tempat

    riadah, mewujudkan alam sekitar yang seimbang seperti perancangan guna tanah yang

    optimum. Fungsi ketiga adalah dari segi individu. Aspek ini melibatkan pemberian bantuan

    terus kepada individu sebagai contoh kebajikan. Fungsi yang terakhir adalah perdagangan

    iaitu melibatkan mana-mana aktiviti yang mendatangkan hasil kepada ekonomi setempat.

    Dibawah Akta ini juga turut mengariskan bidang kuasa mandatori dan juga kuasa budi

    bicara kepada PBT.

    Secara rumusnya, topik kajian ini akan mengupas lebih lanjut lagi tentang peranan

    pihak berkuasa tempatan dalam menjamin kesejahteraan bandar di Wilayah Selatan

    Semenanjung Malaysia. Topik yang akan dikupas adalah serba sedikit mengenai

    perkembangan bandar di Wilayah Selatan iaitu di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan

    serta peranan pihak berkuasa tempatan setiap negeri dalam menjamin kesejahteraanbandar. Oleh itu, berikut merupakan huraian yang akan diceritakan dengan berdasarkan

    contohcontoh aktivitiaktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa

    bagi menjamin kesejahteraan bandar dan juga keselesaan penduduk setempat.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    4/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 4

    2.0 Johor Bahru

    Pihak Pengurusan Tempatan (Bandar)

    Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang tergolong dalam negeri di wilayah selatan,

    sama seperti negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Kedua-kedua negeri tersebut merupakan

    negeri yang bersempadanan dengan Johor termasuklah negeri Pahang iaitu negeri di

    sebelah pantai timur semenanjung Malaysia. Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang

    dikelilingi dengan kawasan perairan iaitu Selat Tebrau, Selat Melaka dan Laut China

    Selatan. Kawasan-kawasan ini juga memisahkan persempadanan politik diantara negara

    seperti Indonesia dan Singapura. Negeri Johor merupakan salah sebuah negeri yang ke 5

    terbesar di dalam Malaysia manakala merujuk kepada Semenanjung Malaysia, Johor

    merupakan negeri ke 3 terbesar.

    Dalam negeri johor terdapat satu bandar yang terkenal dan besar sehinggakan

    diiktiraf sebagai sebuah bandaraya iaitu Johor Bahru. Johor Bahru merupakan salah satu

    daerah yang terdapat dalam negeri Johor dan merupakan ibu negeri kepada Johor.

    Berdasarkan kepada laman portal rasmi negeri Johor, Johor mempunyai 10 daerah-daerah

    dan terdapat 15 pihak berkuasa tempatan ( PBT ) yang menguruskan setiap perihal

    masyarakat yang tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan tempatan tersebut. Johor Bahru

    merupakan sebuah daerah yang berstatus bandaraya. Status bandaraya mestilah

    mempunyai bilangan penduduk seramai 10 000 orang di satu-satu kawasan dan ia berbeza

    mengikut negara. Bagi menguruskan hal-hal masyarakat tempatan, Majlis Bandaraya Johor

    Bahru telah ditugaskan untuk menguruskan setiap inci kawasannya. Kewujudan kerajaan

    tempatan di Johor Bahru sejak dari tahun 1910 dimana Lembaga Bandaran ditubuhkan,

    seterusnya dinaik taraf kepada Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada

    tahun 1977 dan Majlis Bandaraya pada tahun 1994 iaitu setelah Johor Bahru diiktiraf

    sebagai bandaraya.

    Secara umumnya, sebagai ibu negeri Johor dan juga merupakan bandar yangterbesar di Johor, peranan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) perlu dilihat dalam menjamin

    kesejahteraan bandar. Persoalan disini adalah bagaimanakah pihak pengurusan tempatan

    menjalankan tanggungjawab dalam menjaga dan menjamin kesejahteraan bandar tersebut.

    Hal ini kerana sebagai salah sebuah bandar terbesar terdapat pelbagai aspek kesejahteraan

    perlu diambil kira.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    5/27

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    6/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 6

    Jadual 2.1a.: Jadual berikut merupakan jadual dasar semasa yang menunjukkan

    bagaimana kos harga rumah mampu milik dimana semua penduduk mempunyai

    kemampuan untuk memiliki sebuah rumah.

    2.1b. Pelan Perancangan Strategik

    Selain itu, MBJB juga melaksanakan Pelan Perancangan Strategik . Dalam Pelan

    Perancangan Strategik ini, ia memfokuskan kepada perancangan dan hala tuju bandaraya

    Johor Bahru. Terdapat tujuh objektif dalam pelan ini demi mencapai bandaraya yang

    bertaraf antarabangsa. Antaranya ialah melakukan lonjakan paradigma dalam pentadbiran

    kerajaan tempatan, memperkukuhkan kedudukan kewangan, meningkatkan penggunaan

    teknologi secara menyeluruh, melakukan pembangunan holistik dan mampan,

    membudayakan kualiti hidup yang unggul, mengamalkan pengurusan fasiliti dan efisen dan

    memperkasa imej bandaraya Johor Bahru. Bagi menjamin kesejahteraan bandar, MBJB

    memainkan peranannya untuk memberikan perancangan yang baik dan teratur.bukan itu

    sahaja malah segala tindakan yang dilaksanakan adalah berdasarkan objektif yang telah

    dibuat agar tidak terpesong. Objektif-objektif ini pula telah disokong dengan isu-isu strategik

    dan cabaran-cabaran yang kritikal bagi mendapatkan impak yang dikehendaki berdasarkan

    garis panduan yang telah ditetapkan dalam Pelan Perancangan Strategik.

    Terdapat beberapa peranan dan fungsi dalam pelan ini, yang pertama adalah

    perancangan dan pembangunan bandar. Hala tuju dan trend bandar Johor Bahru adalah

    sentiasa menepati perancangan pembangunan dan visi nasional iaitu bandaraya Johor

    Bahru sebagai Bandaraya Bertaraf Antarabangsa mengikut Rancangan Pemajuan yang

    diwartakan. Seterusnya, perkhidmatan perbandaran dan kesihatan awam, pihak MBJB

    sentiasa peka dan mengambil berat setiap perkhidmatan dibawah kerajaan tempatannya,

    malah setiap perkhidmatannya haruslah dianggap sebagai profesional begitu juga dengan

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    7/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 7

    taraf kesihatan yang ada di kawasannya. Hal ini adalah bagi tujuan demi menjaga

    masyarakat daripada masalah kesihatan yang berbahaya serta mengambil langkah

    pencegahan awal terutama sekali di dalam kes denggi. Perkhidmatan semburan asap

    dilakukan sebagai langkah pencegahan awal sebelum terdapatnya kes-kes yang

    menyebabkan kematian orang awam.

    Di samping itu, antara peranan dan fungsi lain berdasarkan pelan ini adalah, pihak

    MBJB memastikan pengurusan sistem saliran yang mesra alam. Melalui pelan ini, pihak

    MBJB mengambil langkah-langkah awal sebelum berlakunya masalah perparitan dan

    saliran. Bukan itu sahaja, sistem ini juga dilaksanakan bagi memastikan tiada berlakunya

    banjir kilat dan air yang bertakung ketika hujan lebat serta menyediakan sistem perparitan

    yang lebih berkualiti dan responsive seiring dengan keperluan pembangunan bandaraya

    Johor Bahru.

    Bukan itu sahaja, peranan MBJB dalam pelan ini juga meliputi aspek memastikan

    pengindahan dan kecerian di kawasan bandar terjaga dan sentiasa cantik dan menarik.

    Melalui pelan ini, MBJB perlu memastikan setiap inci kawasan Bandaraya sentiasa dalam

    keadaan yang indah, cantik, molek dan bersih serta mampu memberikan keselesaan

    kepada masyarakat setempat secara tidak langsung memberikan suasana yang harmoni.

    Namun yang demikian, terdapat beberapa isu-isu strategik dalam pelan ini. Isu ini

    adalah melibatkan kepesatan pembangunan semasa selari dengan persediaan warga kerja.

    Di mana, dalam memastikan kesejahteraan bandar aspek ini juga adalah penting. Dalam isu

    ini, MBJB telah melakukan langkah proaktif dengan menyediakan pelbagai kursus dan

    latihan kepada warga kota untuk persediaan diri mereka dalam alam pekerjaan. Bukan itu

    sahaja, malah mereka boleh mempertingkatkan lagi kemahiran mereka yang sedia ada dan

    memperkembangkannya dengan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bidang sahaja

    tetapi mampu memceburkan diri dalam pelbagai bidang. Masyarakat boleh terlibat dengan

    kemahiran yang pelbagai untuk persediaan diri demi pembangunan bandar.

    Isu seterusnya adalah melibatkan sumber hasil yang terhad di samping amalan

    pengurusan kewangan yang kurang berkesan. Dalam isu ini, MBJB mempunyai masalah

    kewangan dalam memungut hasil-hasil dibawah kerajaan tempatannya. Hal ini kerana, hasil

    yang diperolehi agak terhad dan tidak mencukupi untuk proses pembangunan setempat.

    Terdapat beberapa faktor kenapa hasil MBJB tidak mampu dipertingkatkan antaranya ialah

    peruntukkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Bukan itu sahaja, malah turut

    disebabkan oleh faktor ekonomi, senario politik semasa dan persepsi masyarakat terhadap

    perkhidmatan.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    8/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 8

    Selain itu, dalam aspek pengurusan kewangan, masalah yang dilalui MBJB adalah

    dari segi kecekapan pengurusan perbelanjaan, pengurusan hasil, pengurusan perolehan,

    pengurusan projek dan tindakan penguatkuasa. Kesemua aspek ini perlu ditingkatkan agar

    masalah ini tidak berterusan. Apa yang boleh dilihat dalam aspek yang melibatkan

    pungutan hasil daripada ekonomi konvensional dianggap sebagai cara yang tidak berkesan

    kerana beban perbelanjaan yang kian meningkat. Antara cadangan yang boleh diambil

    adalah penubuhan perbadanan dan persempadanan semula kawasan pentadbiran untuk

    memperkukuhkan kewangan pada masa hadapan.

    2.1c. Program Pemuliharaan Alam Sekitar SG. Sebulung

    Peranan MBJB juga merangkumi aspek yang melibatkan alam sekitar, di mana dalam

    mengejar pembangunan aspek alam sekitar tidak seharusnya dilupakan begitu sahaja.

    Peranan MBJB dalam aspek alam sekitar ini dapat dilihat dalam program yang dijalankan

    oleh MBJB iaitu Program Pemuliharaan Alam Sekitar SG. Sebulung. Pihak MBJB

    melaksanakan program ini kerana usaha bagi menjamin kesejahteraan bandar khasnya di

    SG. Sebulung dan Johor Bahru amnya. Dalam Program ini, MBJB di bawah bahagian

    saliran dan pengurusan sungai telah menaik taraf sistem perparitan, pengindahan dengan

    mengetengahkan penggunaan teknologi Effective Microorganism ( EM ) dan laman herba

    sebagai konsep program.

    Antara objektif perlaksanaan program ini adalah untuk menghidupkan sebuah

    persekitaran yang mesra alam ( ekologi ) dengan berasaskan konsep penempatan (

    Kampung Tradisional ). Bukan itu sahaja, program ini juga dilaksanakan bagi mengekalkan

    sifat keadaan alam semula jadi sungai, iaitu dengan mengambil kira habitat sungai itu

    sendiri berkonsepkan laman herba. Dalam masa yang sama, perlaksanaan program ini turut

    cuba untuk memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat dan juga aspek kediaman yang

    lebih tersusun bagi penempatan setinggan. Apabila menjalankan aktiviti yang melibatkan

    sungai, sudah pastilah objektif perlaksanaan program ini juga bertujuan bagi meningkatkan

    kualiti air sungai ( IKA ) malah dalam masa yang sama juga cuba mengawal pelepasan

    enfluen daripada tangki septik berpusat.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    9/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 9

    Rajah 2.1c. : Keadaan sungai Sebulung sebelum dan selepas program dilaksanakan.

    Program ini dilihat bukan sahaja mampu menjaga sungai Sebulung malah dapat

    mencantikkan lagi sungai Sebulung dan seterusnya menjadi tarikan luar untuk

    bertandang ke sungai Sebulung.

    Usaha yang dilakukan oleh MBJB dalam menjamin keselesaan serta kesejahteraan

    bandar terutamanya kepada penduduk di persisiran sungai Sebulung adalah dengan

    menjalankan program-program pendidikan dalam kalangan penduduk kampung. Matlamatdaripada program ini adalah dengan memberikan kesedaran kepada para penduduk akan

    pentingnya penjagaan alam sekitar bagi kelangsungan hidup dan dalam masa yang sama

    menggunakan teknologi EM dalam usaha penjagaan alam sekitar ini. MBJB telah

    menjalankan aktiviti program kitar semula namun menggunakan pendekatan program kitar

    semula yang berbeza daripada selalunya.

    Program kitar semula yang dijalankan MBJB ini adalah program kitar semula sisa-

    sisa organik daripada bahan buangan dapur dengan berasaskan kepada bioteknologi EM.

    Pengumpulan bahan buangan dapur ini adalah bagi menggalakkan proses fermentasi yang

    bertujuan untuk penghasilan EM Bokashi ataupun lebih dikenali dengan gelaran baja

    kompos sebagai baja organik yang mesra alam.

    Bukan itu sahaja, MBJB turut menggunakan kaedah penghasilan EM daripada air

    beras. Strategi ini melalui kaedah pengambilan air basuhan beras pertama lalu dicampurkan

    dengan larutan EM1. Gabungan daripada campuran ini akan menghasilkan bahan pencuci

    untuk kegunaan kerja-kerja pembersihan parit, tandas, merawat air kumbahan dan baja

    cecair untuk kegunaan tanaman. MBJB melaksanakan program rawatan secara terus ke

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    10/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 10

    sungai dengan menggunakan dua bahan yang pertama adalah EM Mud Balls yang

    berfungsi untuk pembiakan bakteria anaerobik di dasar sungai dan yang kedua adalah

    larutan EM yang bertindak untuk menguraikan ammonia dan juga asid sulfurik kepada

    unsur-unsur tidak berbau melalui aktiviti fototropika bakteria.

    Rajah 2.1.c: Rajah diatas menunjukkan bagaimana program kitar semula bahan

    buangan dari dapur dijadikan baja kompos yang boleh digunakan untuk tanaman

    dengan menggunakan teknologi. Keadaan ini dilihat bukan sahaja dapat memelihara

    sungai daripada tercemar malah mampu memberikan pendidikan kepada penduduk

    kampung dan seterusnya bahan buangan tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya

    dapat dihasilkan baja.

    Melalui program-program ini, MBJB jelas memainkan peranan penting dalam usaha

    menjaga alam sekitar dengan strategi pengurusan yang tepat iaitu dengan mengoptimakan

    penggunaan sumber yang sedia ada.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    11/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 11

    3.0 Negeri Melaka

    Majlis Bandaraya bersejarah Melaka

    Majlis Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Melaka terdiri daripada 4 majlis

    daerah iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis

    Perbandaran Jasin dan juga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Tumpuan utama topik

    yang akan dikupas ialah mengenai majlis daerah utama di negeri Melaka iaitu Majlis

    Bandaraya Melaka Bersejarah.

    Perkembangan Negeri Melaka

    Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka.

    Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya namun begitu Perbandaran Melaka

    terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka telah dinamakan sebagai "The Town

    and The Fort of Malacca" yang ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan

    Inggeris. Pada 1 Januari 1977 pula iaitu melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran

    Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah

    (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).

    MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah

    bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan

    pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan. Pada 15 April 2003, Majlis

    Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya

    Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan dapat mempertingkatkan

    lagi mutu perkhidmatannya kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong

    amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai adalah sungguh luar biasa.

    3.1 Peranan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

    Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan salah satu daripada pihak berkuasa

    tempatan di negeri Melaka dan oleh sebab itulah majlis ini mempunyai peranan yang sangat

    penting demi menjamin kesejahteraan bandaraya Melaka. Terdapat beberapa projek yang

    dilaksanakan dibawa Majlis Bandaraya Melaka bersejarah, misalnya projek kolam yang

    mempunyai pancutan air di jalan bukit beruang, projek penanaman pokok hiasan dan

    banyak lagi.

    Antara peranan MBMB ialah sebagai pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran

    serta kesejahteraan Bandar selaras dengan visinya iaitu untuk menjadikan Melaka sebagai

    sebuah bandaraya warisan, maju dan indah ialah dengan merancang dan menggalakan

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    12/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 12

    pembangunan di kawasan bandaraya yang selari dengan undang-undang dan dasar-dasar

    pembangunan negeri dan negara. MBMB juga berperanan dalam menyedia dan

    menyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya, parit, pembentungan,

    lampu-lampu jalan, pasar, gerai, tandas awam, perhentian bas dan teksi serta lain-lain.

    MBMB juga berperanan memberi perkhidmatan perbandaran dan kesihatan kepada

    penduduk-penduduk serta perkhidmatan pungutan dan pelepasan sisa pepejal, pelupusan

    najis, pembersihan jalan dan parit serta lain-lain perkhidmatan perbandaran. MBMB juga

    menyediakan dan menyelenggara kompleks-kompleks sukan, pusat-pusat rekreasi, taman-

    taman dan lain-lain kemudahan perbandaran. Merancang pembangunan bandaraya secara

    berterusan. Perancangan yang akan dibuat oleh MBMB adalah perancangan pembangunan

    yang berterusan dan memperteguhkan fungsi-fungsi bandaraya sebagai pusat kebudayaan,

    komersil, pendidikan dan pentadbiran. MBMB bertanggungjawab dalam menjadikan Melaka

    sebuah bandaraya maju.

    3.1a. Melaka sebagai Bandaraya Dalam Taman

    Peranan MBMB ialah menjadikan Melaka sebagai sebuah 'Bandaraya Dalam Taman'

    dengan menanam pokok-pokok dan bungaan di sepanjang jalan serta kawasan awam

    dengan mereka bentuk perabot, pencahayaan dan kaki lima jalan dengan sempurna dan

    teratur. Jika sebelum ini, pengunjung melalui jalan-jalan utama negeri melaka pada tahun

    sebelumnya hanya disajikan dengan pemandangan kosong namun kini pengunjung pastiteruja apabila menyelusuri jalan utama negeri melaka. Hal ini demikian kerana kecerian dan

    apa yang dapat dilihat di kiri dan kanan jalan tidak ubah seperti laluan istana raja. Peranan

    dalam menjadikan Bandar Melaka bandar dalam taman dilakukan melalui perlaksanaan

    projek pengindahan jalan utama di bandar Melaka. Melalui projek pengindahan tersebut,

    kawasan yang diberi tumpuan oleh MBMB ialah sepanjang jalan Batu Berendam, Jalan

    Bukit Katil, Jalan Bukit Beruang, Jalan pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Jalan Tun

    Abdul Razak dan Jalan Gapam. Semua jalan-jalan ini telah dihiasi dengan landskap yang

    mengubah ruangannya yang kosong kepada adanya landskap baru. Malahan di Jalan BukitBeruang, identiti baru dibina bagi jalan itu dengan pembinaan kolam yang mempunyai

    pancutan air.

    Selain itu, projek landskap yang mempunyai taman permainan turut dibina di jalan

    Cempaka. Selain itu, Kawasan pelancongan seperti pantai Puteri turut dinaiktaraf dengan

    pembinaan siar kaki dan penambahan landskap baru. Satu mercu tanda baru juga dibina di

    negeri Melaka iaitu di taman seribu bunga. MBMB turut berperanan dalam membina dan

    menyelenggara pembangunan infrastruktur bagi memenuhi tuntutan sosial serta

    memperbaiki taraf hidup penduduk dan para pelancong. Memainkan peranan dalam

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    13/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 13

    merancang, menyelaras dan menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti

    kemasyarakatan dalam usaha mempromosikan masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan

    harmoni.

    3.1b. Projek Landskap Negara

    Di dalam rajah 3.1b menunjukkan pelaksanaan Projek Landskap Negara dibawah jabatan

    Landskap yang dibina di jalan Gapam. Melalui Projek ini, penanaman pokok hiasan yang

    membabitkan pokok bunga raya dan bunga kertas. Selain itu, pokok renek jenis balung

    ayam, bunga kertas, siantan, heleconia, tahi ayam, kana dan rumput penutup bumi spesies

    ros jepun serta pintoi turut ditanam. Setiap jalan utama di Bandar Melaka mempunyai

    identitinya yang tersendiri dan dapat dibezakan bagi setiap kawasan. MBMB telah melantik

    27 kontraktor untuk melaksanalan projek landskap dan kerja-kerja penyelenggaraan. MBMB

    turut menaiktaraf landskap di Lebuh Ayer Keroh dan taman tasik Ayer keroh dan ia juga

    membabitkan pembinaan empat ladskap baru serta kerja menukar lebih 110 batang pokok

    hiasan. Projek itu turut membabitkan pembinaan air terjun di bukit sebukor, taman bunga

    merdeka di bandar hilir dan pembinaan landskap di kawasan Jambatan Syed Abdul Aziz.

    Rajah 3.1b: Projek Landskap yang dilaksanakan oleh MBMB

    3.1c. Jabatan-jabatan di bawah kelolahan MBMB

    Di bawah MBMB terdapat beberapa jabatan yang bertanggungjawab dalam membantu

    MBMB melaksanakan tugas pengurusan tempatan. Jabatan itu termasuklah jabatan

    kejuruteraan dan alam sekitar, jabatan perancangan Bandar, jabatan pengindahan Bandar

    dan banyak lagi jabatan yang terlibat. Jabatan yang berperanaan dalam memastikan

    pengurusan tempatan yang baik bagi menjamin kesejahteraan adalah dibawah bidang tugas

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    14/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 14

    Jabatan Pengindahan Bandar. Matlamat jabatan ini adalah untuk menjadikan bandaraya

    melaka bersejarah sebagai "Bandar Dalam Taman" yang bersih dan indah.

    Peranan Jabatan Pengindahan Bandar ialah menjalankan projek-projek pengindahan

    di dalam kawasan MBMB. Misalnya ialah projek baja kompos yang dilaksanankan dandipantau oleh bahagian landskap. Projek ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri

    Melaka untuk menjadikan Bandaraya Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau. Projek ini

    dilaksanakan sepenuhnya di tapak semaian MBMB yang terletak di Jelutong, Ayer Keroh.

    Projek ini telah dilaksanakan mulai Ogos 2011 yang pada ketika itu kaedah yang digunakan

    ialah menggunakan tinta cacing. Fungsi utama jabatan pengindahan Bandar dalam program

    pengindahan dan pengurusan nurseri yang berkaitan dengan pembuatan baja kompos.

    Fungsinya dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti seperti melaksanakan projek pengindahan

    landskap oleh jabatan, memantau projek pembangunan peruntukan jabatan lanskap negara

    yang dilaksanakan oleh kontraktor, memproses kelulusan pelan landskap dan memberi

    sokongan CCC/CF, menguruskan inventori pokok dan peralatan stok baja dan racun serta

    memastikan bekalan anak pokok mencukupi untuk mencapai sasaran hasil sewaan pasu

    dan sumbangan pokok kepada komuniti.

    Jabatan ini juga mengurus dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan landskap.

    Melalui aktiviti menyelenggara landskap oleh jabatan, ia akan memantau kerja-kerja

    penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh kontraktor dan memantau dan menyelenggaraalat permainan kana-kanak. Jabatan pengindahan Bandar juga berperanan dalam

    memantau dan mengawal selia kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal melalui

    aktiviti memantau dan mengawal selia kerja pembersihan dan pelupusan sisa oleh pihak

    swasta-Southern Waste Management dan kontraktor serta mengeluarkan notis semak-

    samun. Jabatan ini juga turut menyediakan perkhidmatan hiasan bunga pasuan untuk

    upacara-upacara rasmi bagi pihak kerajaan dan juga swasta. Pada masa yang sama, ia

    turut memberikan perkhidmatan penyelenggaraan landskap untuk kawasan-kawasan yang

    terletak di dalam kawasan MBMB. Sebagai contohnya ialah perkhidmatan menebang danmencantas pokok. MBMB turut memberi mandat kepada jabatan pengindahan Bandar

    Melaka bagi menguruskan tapak semaian di Batu Berendam, Melaka. Selain itu, ia turut

    menerima aduan awam dan mengambil tindakan dalam masa 48 jam, menerima tempahan

    untuk hiasan bunga pasuan, menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di taman-taman

    awam, MBMB, menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan, melaksanakan projek-projek

    landskap dengan peruntukkan Jabatan Landskap Negara dan mewakili mesyuarat rasmi

    bagi pihak MBMB.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    15/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 15

    4.0 Negeri Sembilan

    Majlis Perbandaran Seremban

    Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan sebuah negeri yang terletak di pantai barat

    Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di utara, Pahang di timur, Johor di

    tenggara, Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat. Oleh itu, topik ini akan menghuraikan

    lebih lanjut tentang Majlis Perbandaran Seremban. Di Negeri Sembilan mempunyai lapan

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras,

    mengawal penggunaan dan aktiviti memajukan tanah dan bangunan di sesebuah bandar

    atau wilayah. Kelapan-lapan PBT di Negeri Sembilan adalah Majlis Perbandaran Seremban,

    Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Jelebu, Majlis

    Daerah Jempol, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah

    Tampin. Setiap PBT mempunyai peranan masing-masing dalam menjaga kesejahteraan

    bandar. Bandar Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban terletak

    di barat semenanjung Malaysia. Seremban terbahagi kepada tujuh mukim iaitu Mukim

    Bandar, Mukim Ampangan, Mukim Rasah, Mukin Seremban, Mukim Rantau, Mukim

    Pantai, dan juga Mukim Labu. Keluasan Daerah Seremban ini adalah kira-kira 14,355.32

    hektar. Seremban telah ditadbir dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Seremban

    (MPS). Seremban telah dinaik taraf dan telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran

    Seremban pada 1 Mac 1979. Majlis dan diketuai oleh Yang DiPertua.

    Fungsi Majlis Perbandaran Seremban ialah berperanan dalam memberikan

    perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MPS. Antara

    perkhidmatan tersebut ialah perkhidmatan mengangkat sampah, pembersihan bandar,

    perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya, longkang dan lampu jalan. MPS juga berperanan

    menyediakan kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan

    penyelenggaraan taman bunga. Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan

    perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan juga

    merupakan tanggungjawab MPS. MPS juga menceburkan diri dalam projek-projek

    pembangunan seperti usaha sama membina pusat-pusat perniagaan dan gerai bagi

    memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

    Di bawah pentabdiran Majlis Perbandaran Seremban, terdapat 12 buah jabatan yang

    menjadi tunggak pembangunan Seremban. Setiap jabatan tersebut mempunyai fungsi dan

    peranan masing-masing. Jabatan-jabatan tersebut adalah Jabatan Pentadbiran dan

    Personel, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Perlesenan dan Pembersihan, Jabatan

    Bangunan, Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian dan Hartanah, Jabatan Kejuruteraan,

    Jabatan Undang-undang, Jabatan ICT, Jabatan Pengindahan dan Seni Taman, Jabatan Hal

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    16/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 16

    Ehwal Komuniti dan Aduan Awam, serta Jabatan Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan

    Warisan.

    4.1 Peranan Majlis Perbandaran Seremban

    4.1a Pembersihan bahu jalan

    Majlis Perbandaran Seremban telah mengadakan Program Zon Sifar Sampah di kawasan

    bandar Seremban. Di dalam rajah 4.1.a menunjukkan bahawa Jalaluddin dan Azhar dalam

    usaha membersihkan kawasan tengah bandar dengan mencuci bahu jalan menggunakan

    air bertekanan tinggi. Program ini adalah ganding usaha daripada Majlis Perbandaran

    Seremban (MPS), Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan SWM

    Environment Sdn Bhd (SWM). Kesemua badan ini berusaha untuk melaksanakan operasi

    pembersihan khas di sepanjang bahu jalan yang merangkumi panjang 7,817 meter di sekiar

    kawasan bandar Seremban.

    Rajah 41.a: Rajah menunjukkan Jalaluddin dan Azhar mencuci bahu jalan di tengah

    bandar menggunakan air bertekanan tinggi.

    Datuk Jalaluddin Alias yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak

    Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri telah mengatakan

    bahawa aktiviti pembersihan yang dilakukan dengan penggunaan jentera Water Jet

    berkuasa tinggi telah digunakan untuk operasi khas itu. Kerja kerja pembersihan yang

    dilakukan adalah meliputi kerja pembersihan longkang di pusat bandar, pembersihan bahu

    jalan, kerb dan dinding longkang yang penuh dengan lumut. Beliau juga mengatakan

    bahawa operasi pembersihan khas tersebut sudah bermula pada 20 Januari lalu dan

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    17/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 17

    dijangka berakhir pada 7 Februari depan. Kerjakerja pembersihan ini telah dijalankan bagi

    menjamin kesejahteraan bandar Seremban.

    Kerja kerja pembersihan ini telah dilaksanakan pada waktu sebelah malam iaitu

    pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. Tujuan pembersihan yang dilaksankan padawaktu malam adalah untuk memudahkan kelancaran kerja. Hal ini adalah bermaksud di

    mana pada waktu tersebut, bilangan kenderaan yang memasuki kawasan pusat bandar

    adalah kurang. Selain itu, operasi pembersihan yang dijalanakn pada waktu malam ini juga

    mengambil kira faktor tidak mengganggu peniaga gerai yang menjalankan perniagaan pada

    waktu siang.

    Antara senarai jalan yang telah dibersihkan bagi menjamin kesejahteraan bandar

    ialah Jalan Datuk Bandar Tunggal sepanjang 2,732m, Jalan Yam Tuan (2,258m). Jalan

    Berhala (324m), Jalan Tunku Munawir (1,724m), Jalan Dato Abd Rahman (156m), Jalan Dr

    Krishnan (305m) dan Jalan Lee Fong Yee (318m). Aktiviti pembersihan ini telah melibatkan

    penggunaan jentera pembersihan seperti Ultra Whack Vacuum Cleaner dan dua buah

    jentera Water Jet serta 10 tenaga kerja. Datuk Jalaluddin juga turut mengatakan bahawa

    operasi pembersihan khas tersebut perlu diteruskan dan diperluaskan ke bandar dan pekan

    lain bagi menjamin setiap pekan dan bandar adalah bersih daripada sampah dan tahap

    pembersihan longkang adalah pada tahap memuaskan. Semasa operasi dijalankan, operasi

    ini telah dikawal selia oleh Pegawai Penguatkuasa PPSPPA dan SWM. Tujuan penyeliaanadalah berperanan dalam memantau perjalanan kerja di samping menjaga aspek

    keselamatan pekerja yang menjalankan tugas yang diamanahkan.

    Secara rumusnya, Program Zon Sifar Sampah yang dijalankan oleh Majlis

    Perbandaran Seremban dengan jalin kerjasama bersama Perbandaran Sisa Pepejal dan

    Pemebersihan Awam (PPSPPA) dan SWM Environment Sdn Bhd adalah bertujuan dalam

    menjamin kesejahteraan bandar di bandar Seremban,Negeri Sembilan.

    4.1b Program Bandar Selamat

    Majlis Perbandaran Seremban juga telah melancarkan Program Bandar Selamat bagi

    menjamin kesejahteraan bandar. Pelaksanaan Program Bandar Selamat Tahun 2012 ialah

    dengan melibatkan aktiviti pengasingan laluan pejalan kaki dan bermotor di hadapan KTMB,

    Jalan Dato Bandar Tunggal. Rajah 4.1b dibawah menunjukkan keadaan sebelum dan

    selepas bagi pelaksanaan program pengasingan pejalan kaki dengan bermotor.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    18/27

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    19/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 19

    penyediaan Papan Tanda Peringatan Jenayah, penyediaan Penggera Keselamatan,

    pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam, laluan

    awam tidak terlindung dari pandangan awam dan penjanakan aktiviti bersesuaian di

    kawasan terhadap jenayah.

    4.1c Landskap serlah keindahan

    Peranan Majlis Perbandaran Seremban dalam menjamin kesejahteraan bandar telah

    ditingkatkan lagi dengan pelaksanaan program mengindahkan landskap. Hal ini adalah

    berikutan daripada perancangan menggabungkan Seremban dan Nilai sebagai sebuah

    bandar raya menjelang 9 September 2009 yang lalu. Tujuan pelaksanaan program ini

    adalah langkah untuk penyediaan landskap bermutu supaya ia menjadi contoh kepada

    bandar lain.

    Datuk Abd,. Halim Abd. Latif yang berfungsi sebagai Yang Dipertua Majlis

    Perbandaran Seremban (MPS) ketika itu yang merangkap Yang Dipertua Majlis

    Perbandaran Nilai (MPN), beliau mengatakan bahawa jika sesebuah bandar itu tidak

    diperindahkan dengan landskap, ia ibarat rupa tanpa wajah dan akibatnya bandar itu akan

    menjadi suram, sekali gus tidak brminat dikunjungi pelancong dalam serta luar negara. Oleh

    itu, pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan program mempertingkatkan landskap di

    bandar sasaran bagi tujuan memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada para

    pengunjung dan rakyat setempat. Selain itu, Datuk Abd Halim juga turut menambahkan

    bahawa selain menjadikan bandar Seremban dan Nilai sebagai ikon kepada piahk berkuasa

    tempatan yang lain sama ada dalam aspek pentadbiran, faktor keindahan juga turut diberi

    keutamaan.

    Aktiviti aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program mengindahkan

    landskap ialah termasuklah memeprindahkan Taman Tasik Seremban, mewujudkan

    kawasan tempat duduk di beberapa lokasi dalam bandar Seremban, membina sebuah

    dataran di Seremban dan Nilai serta mempertingkatkan lagi tapak letak bunga. Tujuanprojek meningkatkan keindahan landskap dengan meletakkan pokok pokok bunga di

    pembahagi jalan, keceriaan dengan lampu lampu, kebersihan, menanam rumput,

    membina struktur baru adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk. Selain

    itu, pengindahan landskap ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung akan

    datang ke bandar Seremban.

    Selain itu, projek seperti pembinaan ruang pejalan kaki di Jalan Datuk Sheikh

    Ahmad, Seremban dan sekitar kawasan kompleks pentadbiran negeri di Wisma Negeri,

    Wisma Persekutuan dan persekitaran MPN juga turut dilaksanakan. Projek bagi menaik

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    20/27

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    21/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 21

    4.1e Penyelesaian Masalah Denggi di Bandar Seremban

    Masalah denggi bukanlah masalah yang baru di negara kita. Masalah ini semakin hari

    semakin membimbangkan. Bandar Seremban juga turut terjebak dengan masalah ini.

    Penyakit denggi merupakan salah satu masalah sosial yang amat membimbangkan di

    bandar Seremban. Semakin hari, peningkatan wabak denggi dalam kalangan masyarakat

    semakin meningkat. Menurut kenyataan akhbar, ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

    mengatakan bahawa jumlah terkumpul kes denggi sehingga minggu ke 10 pada tahun 2010

    bagi demam denggi adalah sebanyak 533 kes manakala jumlah terkumpul bagi kes denggi

    berdarah adalah sebanyak 209 kes di Negeri Sembilan. Kebanyakan kes di Negeri Sembilan

    ini dilaporkan di daerah Seremban.

    Antara punca-punca yang menyebabkan peningkatan penyakit denggi di daerah

    Seremban adalah berikutan sikap tidak prihatin masyarakat terhadap tempat pembiakan

    nyamuk aedes. Ini berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains,

    Teknologi dan Inovasi negeri yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan kecil

    masyarakat yang tidak prihatin dengan masalah pembiakan nyamuk aedes kerana

    membiarkan premis dan kediaman mereka menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

    Selain itu, sikap ketidakprihatinan ini dapat ditunjukkan dengan pemantauan yang dijalankan

    di premis perniagaan, hampir 1787 buah premis yang dikatakan mempunyai tempat

    pembiakan nyamuk aedes. Berdasarkan angka tersebut ternyata keprihatinan masyarakat di

    bandar ini sangat kurang memuaskan.

    Justeru, pelbagai langkah telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Seremban bagi

    mengatasi masalah denggi dalam kalangan masyarakat di bandar Seremban. Antara

    langkah yang dilakukan bagi menangani wabak ini ialah pihak majlis menjalankan kerja-

    kerja kutipan sampah longgok dan pembersihan awam secara in house bagi

    menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu, pihak Majlis Perbandaran

    Seremban juga telah melantik dua syarikat kontraktor di daerah ini untuk menjalankan

    kutipan sampah longgok dalam kawasan bandar Seremban. Kerja-kerja pemotongan rumputjuga turut dijalankan dari semasa ke semasa bagi menghapuskan pembiakan nyamuk

    aedes. Pihak Majlis Perbandaran Seremban juga telah mengambil inisiatif dengan

    menjalankan pemantauan terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

    Hal ini bukan sahaja dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes sebaliknya ia

    turut menjadikan bandar Seremban ini bersih daripada sampah sarap. Selain itu juga, Majlis

    Perbandaran Seremban turut mengambil langkah dengan menempatkan lapan orang PKA di

    Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dalam membantu dalam menjalankan kerja-kerja

    pembersihan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar bandar

    Seremban. Mereka juga merupakan pasukan dalam mencari dan menghapuskan tempat

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    22/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 22

    serta tapak pembiakan nyamuk aedes. Selain itu mereka juga bertindak untuk melakukan

    kerja-kerja fogging di lokasi yang telah ditetapkan. Selain itu juga pihak majlis perbandaran

    juga turut menempatkan tujuh orang PRA untuk menjalankan pencarian kawasan yang

    mempunyai pembiakan nyamuk aedes disamping membantu melakukan kerja-kerja

    fogging di kawasan yang telah ditetapkan. Dengan adanya pembantu PRA dan PKA ini, ia

    telah meringankan beban Majlis Perbandaran Seremban dalam membantu menghapuskan

    kawasan pembiakan nyamuk aedes di sekitar bandar seremban.

    Pihak Majlis Perbandaran juga telah mengambil langkah dengan melakukan

    pemantauan dan pembersihan di kawasan semak-samun terutama di kawasan no mans

    land. Pihak majlis juga turut mengeluarkan notis terhadap semak samun serta tanah

    persendirian yang tidak dibersihkan seterusnya mengambil tindakan mahkamah sekiranya

    gagal dalam mematuhi arahan notis yang dikeluarkan. Selain itu juga, pihak yang terbabit

    juga turut menjalankan pemauntauan seterusnya memaklumkan untuk tindakan dalam

    menyelenggarakan kolam-kolam takungan yang mampu membiakkan nyamuk aedes milik

    JPS. Pihak yang terbabit juga turut menjalankan pembiakan ikan guppy yang memakan

    jentik-jentik nyamuk secara biologikal di kawasan-kawasan takungan terbiar dalam kawasan

    Majlis Perbandaran Seremban ini. Tidak lupa juga, kerajaan turut mengambil tindakan

    segera sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan masalah ini yang dilapor oleh

    masyarakat di bandar Seremban. Hal ini mampu menjamin kesejahteraan dan tahap

    kebersihan di bandar Seremban.

    4.1f Kes Jenayah yang berlaku di Seremban

    Pada hari ini di mana-mana tempat kita boleh mendengar kes jenayah berlaku terutamnya di

    kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk padat seperti di kawasan bandar Seremban.

    Di Seremban kadar kes jenayah semakin hari semakin meningkat, misalnya kes pecah

    rumah, pembuangan bayi dan kes minum arak. Kes jenayah yang serius berlaku di

    Seremban kini ialah kes pecah rumah. Masalah ini berlaku berpunca daripada jumlah

    penduduk yang terlalu padat. Apabila penduduk padat, pelbagai masalah boleh terjadi danyang sangat membimbangkan ialah masalah jenayah. Kes kecurian dan penagihan dadah

    merupakan kes yang sering berlaku, dan kes-kes ini boleh menyebabkan berlakunya

    kegiatan pecah rumah. Keadaan ini didapati berlaku akibat daripada ketidakprihatinan pihak

    kerajaan yang gagal membina sebuah pondok polis sebagai pengawasan di sekitar

    kawasan yang berpenduduk padat. Dalam kes Ampangan, Flat Uda, Kampung Ismail,

    Kampung Jibol dan sekitarnya merupakan salah satu kawasan yang mempunyai penduduk

    yang padat iaitu melebihi 20,000 orang. Risiko kepada berlakunya kegiatan pecah rumah di

    sekitar kawasan ini sangat tinggi.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    23/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 23

    Oleh itu, pelaksanaan Program Bandar Selamat telah diketengahkan oleh Majlis

    Perbandaran Seremban. Program ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan jenayah

    bagi memastikan sesebuah bandar dapat dikurangkan kadar kes jenayah dan membolehkan

    penduduk bandar dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta selamat. Pelbagai langkah

    pencegahan telah dilaksanakan melalui Program Bandar Selamat oleh Majlis Perbandaran

    Seremban. Antaranya ialah meletakkan cermin keselamatan di sekitar kawasan yang sunyi

    dan di lorong-lorong untuk mengelakkan berlakunya kes kecurian dan untuk memastikan

    keselamatan pejalan kaki. Selain itu juga, pemasangan CCTV juga diletakkan agar

    pemantauan dapat dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan kawasan yang sering

    berlaku kes jenayah dapat dikurangkan. Tindakan proaktif daripada pemimpin dan

    penduduk setempat penting bagi memastikan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral terus

    berleluasa sehingga boleh mendorong remaja atau individu lain turut terbabit. Selain itu,

    penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Seremban telah dijalankan di kawasan dataran

    yang sering menjadi lokasi maksiat oleh golongan remaja.

    4.1g Strategi alam sekitar di bandar Seremban

    MPS juga berperanan menjaga kualiti alam sekitar di bandar Seremban. Kerajaan Negeri

    Sembilan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah pun

    menyediakan satu Pelan Induk Alam Sekitar (PIAS) untuk seluruh daerah di Negeri

    Sembilan. PIAS merangka satu garis panduan yang komprehensif untuk mengambil kira

    faktor alam sekitar dalam merancang dan melaksanakan sebarang bentuk pembangunan.

    PIAS turut menggariskan jenis pembangunan yang sesuai bagi kawasan-kawasan tertentu

    dengan mengambil kira keadaan alam sekitar kawasan itu. Ia juga menyediakan garis

    panduan dan tindakan yang patut diambil bagi memulih kawasan yang telah tercemar.

    Kerja-kerja pembuangan sisa pepejal di daerah Seremban dikendalikan oleh Majlis

    Perbandaran Seremban.

    Pemungutan sampah dibuat dua kali sehari bagi kawasan perumahan dan setiap

    hari bagi kawasan kedai dan pasar. Bagi kawasan-kawasan industri, kerja-kerjapembuangan sampah dikendalikan oleh kilang-kilang sendiri ke tapak pelupusan. Sisa

    pepejal yang dipungut dikumpulkan di tapak pelupusan sampah di Pajam yang mempunyai

    kawasan seluas 70 ekar. Kaedah pelupusan yang digunakan di tapak pelupusan ini ialah

    kaedah longgokan terbuka. Kadang-kadang turut berlaku kebakaran kecil yang tidak

    diketahui puncanya. Sebuah jentolak yang disewa oleh pihak MPS turut digunakan untuk

    membuat kerja-kerja penimbusan. Di samping itu, MPS juga bertanggungjawab dalam

    pemuliharaan hutan di bandar Seremban. Di bandar Seremban, terdapat hutan simpanan

    yang berjumlah 16,925.41 hektar. Pemuliharaan kawasan-kawasan hutan simpanan di

    Seremban adalah bagi menentukan pembekalan air yang bersih, keseimbangan hidrologi,

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    24/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 24

    kestabilan alam sekitar misalnya dari segi perubahan tanah, hakisan dan penjagaan ekologi

    hutan yang kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar. Pemuliharaan hutan

    dan sumber semulajadi dapat memberi peluang kepada generasi masa hadapan untuk

    melihat, mengkaji dan menikmatinya. Di samping itu, kawasan-kawasan hutan simpan juga

    berpotensi untuk digunakan khusus bagi sektor pelancongan seperti pembangunan pusat

    pelancongan berkonsep eco-tourism.

    5.0 Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, pihak pengurusan tempatan juga disebut sebagai Pihak Berkuasa

    Tempatan, di mana kedua dua istilah ini membawa erti yang sama iaitu mana mana

    Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah mengikut mana mana yang

    berkenaan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pihak

    Berkuasa tempatan amat mempunyai kesinambungan dengan kehidupan masyarakat

    terutamnya masyarakat di bandar. Hal ini adalah kerana masyarakat di bandar telah

    mengalami proses pembandaran yang maju dan pesat, oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan

    adalah sangat penting dalam memainkan peranannya untuk menjamin kesejahteraan

    bandar di Wilayah Selatan Semenanjung Malysia yang merangkumi negeri Johor, Melaka

    dan negeri Sembilan.

    Fungsi Pihak Pengurusan Tempatan di Malaysia adalah dipertanggungjawabkan

    dengan pelbagai fungsi yang boleh dikaegorikan kepada beberapa aspek iaitu seperti

    pembersihan kesihatan, kawalan dan pembangunan. Sebagai contoh, antara kegiatan

    pembersihan yang utama ialah pembuangan sampah kediaman, pembuangan sisa

    perindustrian, pembuangan najis dan lain lain lagi. Hal ini adalah lebih tertumpu

    terutamnya pada masyarakat moden yang mempunyai kehidupan yang kompleks akan

    membawa kepada masalah sampah yang semakin bertambah.

    Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga mempunyai kuasa dan peranan pentingdalam merancang dan mengawal pembangunan fizikal dalam kawasannya agar mengikut

    pelan pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tambahan pula, Pihak Berkuasa

    Tempatan juga diwujudkan melalui perundangan di mana segala aktiviti atau

    pelaksanaannya adalah terhad kepada kuasa kuasa yang diperuntukkan dalam undang

    undang. Sebagai contoh, jika Pihak Berkuasa Tempatan bertindak tanpa megikut seperti

    yang diperuntukkan dalam undnagundang, tindakan tersebut adalah dikenali sebagai ultra

    vires yang bermaksud diluar kuasa, oleh itu, tindakan dari mahkamah boleh

    menghalangnya. Prinsip ini merupakan asas kepada fungsi kerajaan Tempatan.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    25/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 25

    Dalam keadaan perbandaran yang pesat, perancangan yang baik adalah amat perlu

    untuk mengelakkan gejala gejala sosial yang melanda masyarakat bandar seperti

    kemudahan lalulintas yang kurang berkesan sehingga menyebabkan kesesakan, kawasan

    yang tidak mencukupi untuk kemudahan kediaman, rekreasi dan pengasingan kawasan

    perindustrian supaya tidak mengganggu dan mencemarkan. Hal ini terutamanya akan

    dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mengalami pertumbuhan penduduk yang

    pesat dan padat iaitu penduduk yang tinggal di kategori bandar.

    Dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa akta parlimen telah digubal

    bagi mengawal operasi kerajaan tempatan di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah

    Akta kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi,

    tugas dan tanggungjawab Kerajaan Tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama,

    Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi

    kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan

    tanggungjawab utama sebagi perancang fizikal di peringkat tempatan kepada Kerajaan

    Tempatan. Selain itu, Akta Parit, Jalan dan bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan

    beberapa peranan Kerajaan Tempatan berkaitan peparitan, penyelenggaraan jalan

    bandaran dan juga bangunanbangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini,

    beberapa undang undang lain termasuk undang undnag kecil juga telah digubal dan

    dikuatkuasakan bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

    Secara rumusnya, pihak pengurusan tempatan di wilayah selatan yang merangkumi

    negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mempunyai Majlis Perbandaran masing masing

    dalam mengelora kerjakerja yang berkaitan untuk menjamin kesejahteraan bandar. Setiap

    peranan pihak pengurusan tempatan di wilayah selatan merangkumi kerja kerja seperti

    penyelenggaraan perparitan, sistem keselamatan, pembinaan landskap, pengindahan

    bandar dan sebagainya. Kesemua kerja kerja ini adalah bertujuan untuk menjamin

    pembangunan wilayah yang seimbang dan juga untuk mengekalkan keindahan bandar yang

    mampu mendatangkan impak positif kepada penduduk setempat dan juga kepadapengunjung yang bertandang.

  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    26/27

    HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 26

    6.0 Bibliografi

    Buku

    Ibrahim Ngah (2003). Pelan Tindakan Desa. Johor: Penerbit Unit Teknologi Malaysia.

    Jabatan Perancang Bandar dan Desa (2005). Senarai Pihak Berkuasa Tempatan dan

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) di Semenanjung Malaysia. Kuala

    Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

    Katiman Rostam dan Asmah Ahmad ( 2006 ). Penilaian & Pengurusan Sumber Alam. Bangi:

    Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Lukman Z. Mohamad et al. ( 2002). Impak Pembangunan Kualiti Hidup dan Persekitaran.

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Thenmolli Vadeveloo & Kuppusamy Singaravelloo (2004). Kerajaan Tempatan Dan

    Pembangunan Masyarakat: Satu Perspektif Teori. Kuala Lumpur: Fakulti Ekonomi dan

    Pentadbiran Universiti Malaya.

    Internet

    Artikel Sinar Harian. Bandar Seremban dibersihkan (1 Februari 2014). Diperoleh pada Mac

    2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/bandar-seremban-dibersihkan-

    1.246586.

    Dipetik daripada Portal Rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Kesejahteraan

    Bandar Perumahan dan kerajaan Tempatan. Diperoleh daripada

    http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=64&Ver

    tSectionID=31&CurLocation=31&IID=

    Dipetik daripada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Tazim

    http://www.johordt.gov.my/

    Di petik daripada Rancangan Malaysia Ke Lapan ( 2001-2005) Bab 05 : Pembangunan

    Wilayah

    http://www.sinarharian.com.my/bandar-seremban-dibersihkan-%091.246586http://www.sinarharian.com.my/bandar-seremban-dibersihkan-%091.246586http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=64&Ver%09tSectionID=31&CurLocation=31&IIDhttp://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=64&Ver%09tSectionID=31&CurLocation=31&IIDhttp://www.johordt.gov.my/http://www.johordt.gov.my/http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=64&Ver%09tSectionID=31&CurLocation=31&IIDhttp://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=64&Ver%09tSectionID=31&CurLocation=31&IIDhttp://www.sinarharian.com.my/bandar-seremban-dibersihkan-%091.246586http://www.sinarharian.com.my/bandar-seremban-dibersihkan-%091.246586
  • 8/12/2019 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    27/27

    Di petik daripada Undang-undang Malaysia Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976

    http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/Akta_Kerajaan_Tem

    patan/HTML/Akta_Kerajaan_Tempatan.html#/2/

    Hussain Said (2009) Sungai Temiang tercemar. Diperoleh pada Mac 6, 2014 daripadahttp://portal.mpsns.gov.my/sg.temiang

    Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Sewmbilan (2009, April 2). Situasi Denggi

    Negeri Sembilan Sehingga Minggu 13 Mohd Amin Jali (2010) Balai semak. Harian

    Metro. Diperoleh pada Mac 7, 2014 daripada

    http://www.hmetro.com.my/articles/Balaisemak/Article/

    Landskap Serlah Keindahan (16 April). Diperoleh daripada

    http://www.mpsns.gov.my/c/journal/view_article_content?groupId=10124&articleId=2

    1983&version=1.1

    Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Majlis Daerah Seremban Dan Pihak Berkuasa

    Perancang Tempatan 1995-2020. (1996). Disediakan oleh Jabatan Perancangan

    Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar dan

    Desa Negeri Sembilan. Dengan Kerjasama AZ-A Planning and Development

    Services Sdn. Bhd

    Projek projek pembangunan Program Bandar Selamat Tahun 2011, Diperoleh pada 12

    Mac 2014, daripada http://www.mpsns.gov.my/nsm_mps-theme/pdf/Projek-

    projek%20Pembangunan%20Program%20Bandar%20Selamat%202010.pdf.

    http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/Akta_Kerajaan_Tem%09patan/HTML/Akta_Kerajaan_Tempatan.html#/2/http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/Akta_Kerajaan_Tem%09patan/HTML/Akta_Kerajaan_Tempatan.html#/2/http://portal.mpsns.gov.my/sg.temianghttp://portal.mpsns.gov.my/sg.temianghttp://www.hmetro.com.my/articles/Balaisemak/Article/http://www.mpsns.gov.my/c/journal/view_article_content?groupId=10124&articleId=2%091983&version=1.1http://www.mpsns.gov.my/c/journal/view_article_content?groupId=10124&articleId=2%091983&version=1.1http://www.mpsns.gov.my/nsm_mps-theme/pdf/Projek-%09projek%20Pembangunan%20Program%20Bandar%20Selamat%202010.pdfhttp://www.mpsns.gov.my/nsm_mps-theme/pdf/Projek-%09projek%20Pembangunan%20Program%20Bandar%20Selamat%202010.pdfhttp://www.mpsns.gov.my/nsm_mps-theme/pdf/Projek-%09projek%20Pembangunan%20Program%20Bandar%20Selamat%202010.pdfhttp://www.mpsns.gov.my/nsm_mps-theme/pdf/Projek-%09projek%20Pembangunan%20Program%20Bandar%20Selamat%202010.pdfhttp://www.mpsns.gov.my/c/journal/view_article_content?groupId=10124&articleId=2%091983&version=1.1http://www.mpsns.gov.my/c/journal/view_article_content?groupId=10124&articleId=2%091983&version=1.1http://www.hmetro.com.my/articles/Balaisemak/Article/http://portal.mpsns.gov.my/sg.temianghttp://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/Akta_Kerajaan_Tem%09patan/HTML/Akta_Kerajaan_Tempatan.html#/2/http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/Akta_Kerajaan_Tem%09patan/HTML/Akta_Kerajaan_Tempatan.html#/2/