peranan pihak berkuasa tempatan dalam pengurusan kualiti udara fairus

19
Fairus Muhamad Darus. 2004. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur. Dlm: Jamaluddin Md Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Ariffin & Azahan Awang (eds). Alam Sekitar Dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia: 67 – 84. Bangi. UKM. ISBN: 983-2975-28-X Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur Oleh: Fairus Muhamad Darus Program Teknologi Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam Selangor Pengenalan Kemerosotan kualiti udara adalah begitu ketara di kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur yang mengalami proses perbandaran dan perindustrian (Tan 1982). Pencemaran udara akibat daripada pembakaran bahan fosil bagi keperluan industri serta kenderaan bermotor merupakan ciri masalah perbandaran. Masalah ini telah lama wujud sejak pertengahan abad yang lalu, khususnya di negara-negara maju dan Malaysia juga tidak terkecuali terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Sebelum tahun 1970an, beberapa pemerhati berpendapat bahawa masalah pencemaran udara di negara Malaysia adalah tidak penting kerana ianya menerima jumlah hujan yang rata-rata melebihi 2200 mm setahun, dan ini dikatakan cukup untuk membersihkan udara yang tercemar (Sham dan Jamaluddin 1990). Laporan terkini mengenai pencemaran udara di Malaysia dan negara-negara tropika rendah yang lain, walau bagaimanapun tidak menyokong pendapat ini. Paras pencemaran udara dikatakan semakin meningkat, dan sesetengah jenis pencemaran telah pun melebihi paras selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Daripada pencerapan yang dilakukan didapati sesetengah Bandar besar di Malaysia memperlihatkan kemerosotan kualiti udara (Sham 1990). Kemerosotan kualiti udara ini adalah berpunca daripada pertambahan bilangan sumber pencemaran udara yang tidak terkawal seperti pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan punca-punca industri. Kemungkinan hal ini berlaku kerana kegagalan sistem pengurusan kualiti udara yang dilaksanakan dalam agensi-agensi yang terbabit. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS 1996), menyatakan bahawa daripada 3177 aduan yang diterima mengenai pencemaran pada tahun 1996, sebanyak 2383 (75%) aduan tersebut adalah berkaitan dengan pencemaran udara. Ini menunjukkan bahawa masalah pencemaran udara adalah ketara berbanding dengan lain-lain pencemaran.

Upload: fairus

Post on 07-Jun-2015

6.534 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Membincangkan kaedah dan pelaksanaan pengurusan kualiti udara oleh sesebuah badan pihak berkuasa tempatan

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Fairus Muhamad Darus. 2004. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara

Bandaraya Kuala Lumpur. Dlm: Jamaluddin Md Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Ariffin &

Azahan Awang (eds). Alam Sekitar Dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia: 67 – 84. Bangi. UKM.

ISBN: 983-2975-28-X

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam

Pengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur

Oleh:

Fairus Muhamad Darus

Program Teknologi Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan

Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam

Selangor

Pengenalan

Kemerosotan kualiti udara adalah begitu ketara di kawasan-kawasan bandar besar

seperti Kuala Lumpur yang mengalami proses perbandaran dan perindustrian (Tan

1982). Pencemaran udara akibat daripada pembakaran bahan fosil bagi keperluan

industri serta kenderaan bermotor merupakan ciri masalah perbandaran. Masalah ini

telah lama wujud sejak pertengahan abad yang lalu, khususnya di negara-negara maju

dan Malaysia juga tidak terkecuali terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala

Lumpur.

Sebelum tahun 1970an, beberapa pemerhati berpendapat bahawa masalah pencemaran

udara di negara Malaysia adalah tidak penting kerana ianya menerima jumlah hujan

yang rata-rata melebihi 2200 mm setahun, dan ini dikatakan cukup untuk

membersihkan udara yang tercemar (Sham dan Jamaluddin 1990). Laporan terkini

mengenai pencemaran udara di Malaysia dan negara-negara tropika rendah yang lain,

walau bagaimanapun tidak menyokong pendapat ini. Paras pencemaran udara

dikatakan semakin meningkat, dan sesetengah jenis pencemaran telah pun melebihi

paras selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Daripada

pencerapan yang dilakukan didapati sesetengah Bandar besar di Malaysia

memperlihatkan kemerosotan kualiti udara (Sham 1990).

Kemerosotan kualiti udara ini adalah berpunca daripada pertambahan bilangan

sumber pencemaran udara yang tidak terkawal seperti pembakaran terbuka, pelepasan

asap kenderaan dan punca-punca industri. Kemungkinan hal ini berlaku kerana

kegagalan sistem pengurusan kualiti udara yang dilaksanakan dalam agensi-agensi

yang terbabit. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS 1996), menyatakan

bahawa daripada 3177 aduan yang diterima mengenai pencemaran pada tahun 1996,

sebanyak 2383 (75%) aduan tersebut adalah berkaitan dengan pencemaran udara. Ini

menunjukkan bahawa masalah pencemaran udara adalah ketara berbanding dengan

lain-lain pencemaran.

Page 2: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Artikel ini membincangkan peranan pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL) di dalam pengurusan kualiti udara di Bandaraya Kuala

Lumpur semasa negara dilanda masalah Jerebu pada tahun 1997.

Pengurusan Kualiti Udara

Pengurusan alam sekitar amnya atau pengurusan kualiti udara khususnya adalah satu

bidang multi-displin yang luas yang memerlukan pelbagai usaha dan tidakan

bersepadu dan diarahkan kepada mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah-

masalah persekitaran yang wujud. Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yang

terlibat pada prinsipnya boleh digambarkan di dalam Rajah 1.

Rajah 1: Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam pengurusan

alam sekitar (Khalid 1985).

Kaedah yang biasa digunakan bagi pengurusan alam sekitar merangkumi kaedah-

kaedah melalui kawalan undang-undang dan bukan undang-undang. Rajah 2

menunjukkan tindakbalas manusia dengan persekitaran atmosfera yang melibatkan

kemerosotan kualiti udara. Dalam ruangan respon di dalam rajah tersebut

menunjukkan dua langkah pengurusan kualiti udara yang diamalkan secara bersama

iaitu melalui kaedah perundangan dan bukan perundangan. Di Malaysia khususnya

dalam kawalan sistem perundangan ianya melibatkan pelbagai akta, enakmen dan

peraturan-peraturan yang mempunyai peruntukkan yang tersendiri bagi mengawal

Pengurusan alam sekitar dan pelaksanaan

program alam sekitar.

Penyelidikan dan penilaian.

Proses membuat keputusan pengursan

alam sekitar.

Peraturan, teknik, proses dan strategi.

Faktor-faktor sosial dan exegenous.

Isu-isu perlembangaan dan perundangan.

Page 3: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

masalah-masalah yang berkaitan khususnya pencemaran udara. Manakala kaedah

bukan perundangan melibatkan penggunaan garis panduan, sistem pendidikan formal

dan bukan formal.

Page 4: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Rajah 2: Tindakbalas manusia-sekitaran atmosfera dan kesannya terhadap kemerosotan kualiti udara serta respon yang berkaitan.

Manusia dan kegiatannya

• Persepsi

• Perancangan

• Membuat keputusan

• Tindakan

Alam sekitaran fizikal

• Sekitaran atmosfera

Teknologi Tenaga Bahan

Perubahan alam sekitar

Kesan tindakbalas manusia-sekitaran antomsfera

1. Kemerosotan kualiti

udara 2. Pulau haba

• Suhu

• Hujan

• Angin

• Kelembapan bandingan / bahang

• Sinaran matahari 3. Banjir kilat dan

sebagainya

Pengurusan kualiti udara 1. Perundangan

• Peraturan

• Perlesenan

• Arahan

• Penguatkuasaan 2. Bukan Perundnagan

• Garis panduan

• Pendidiksn

• Perancangan

• Pemonitoran

• Polisi Awam

PROSES HASIL RESPON

Page 5: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Apabila membincangkan kaedah kawalan melalui undang-undang, maka adalah perlu

untuk memahami sistem pentadbiran perundangan khususnya yang melibatkan alam

sekitar. Di Malaysia, perundangan alam sekitar umunya melibatkan sistem

sumberjaya. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mempunyai satu sistem

pembahagian pentadbiran sumberjaya yang kompleks. Kaedah ini wujud oleh

pembahagian tanggungjawab yang berbeza-beza di antara Parlimen Persekutuan dan

Dewan Undangan Negeri. Ini ditambah lagi negara ini mengamal pemerintahan secara

tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan kerajaan

tempatan. Setiap peringkat kerajaan tersebut mempunyai sistem pentadbiran dan

perundangan yang agak berbeza antara satu sama lain serta bidang kuasa yang

tersendiri.

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, terdapat satu senarai bersama

(concurrent) di mana undang-undang boleh digubal sama ada oleh Parlimen atau

Dewan Undangan Negeri. Ini jelas dapat dilihat pada Artikel 75 dalam perlembagaan

bagi Kuala Lumpur selain daripada tertakluk kepada perundangan persekutuan, ia

juga tertakluk kepada perundangan kerajaan tempatan.

Dalam hal pengurusan kualiti udara, tanggungjawabnya melibatkan beberapa agensi

kerajaan tempatan dan persekutuan. Agensi-agensi ini bertanggungjawab ke atas

penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dalam bidang kuasa masing-masing.

Di peringkat persekutuan, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1985)

merupakan undang-undang yang komprehensif untuk mencegah, menghapuskan dan

mengawal pencemaran. Akta-akta lain yang berkaitan dengan pengurusan kualiti

udara di peringkat persekutuan adalah Akta Perhutanan 1984 dan Akta Perlombongan

Pertroluem 1972. Di antara instutusi yang terlibat secara langsung dalam pengawalan

pencemaran udara di bawah undang-undang persekutuan ini adalah Jabatan Alam

Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibantu oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan

Lombong dan Galian.

Selain daripada itu, beberapa undang-undang persekutuan yang sedia ada

dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri. Undang-undang ini disediakan bagi

menggalakkan penyelarasan di antara negeri-negeri. Di antara undang-undang yang

terletak di bawah undang-undang negeri adalah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan

Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Institusi yang terlibat dalam kedua-dua akta ini

adalah pihak berkuasa tempatan. Oleh yang demikian, instutusi yag terlibat dalam

pengurusan kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur adalah Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL).

Sejarah DBKL Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan

Pada tahun 1890 Lembaga Kesihatan telah diwujudkan oleh pihak penjajah berfungsi

sebagai badan pentadbiran untuk menguruskan Kuala Lumpur. Selepas itu, Lembaga

Kesihatan telah dinaik tarafnya menjadi Suruhanjaya Persekutuan pada tahun 1948.

Pada tahun 1951 Suruhanjaya telah dipinda untuk ditubuhkan Majlis Perbandaran.

Perubahan yang berlaku ini adalah mengikut keperluan akibat pembangunan di Kuala

Lumpur.

Page 6: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Perkembangan yang pesat di Kuala Lumpur telah mendorong kepada kenaikan taraf

Kuala Lumpur sebagai bandaraya pada 1 Februari 1972. Dengan kenaikan taraf Kuala

Lumpur sebagai bandaraya, ia telah membawa kepada pembentukan Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai organisasi yang bertanggungjawab

mentadbir Kuala Lumpur. DBKL memainkan peranan penting sebagai nadi pengerak

kepada pembangunan dan kemajuan Kuala Lumpur dan penghuninya. DBKL juga

merupakan sebuah jentera kerajaan tempatan yang terbesar di Malaysia. Peranan yang

dimainkan oleh DBKL amat besar bagi mencapai matlamat yang menjadi asas

penubuhannya (Hamidah 1987).

Struktur Organisasi DBKL

Di bawah organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terdapat lapan jabatan

yang terlibat secara langsung dengan pengurusan serta kawalan pencemaran alam

sekitar. Rajah 3 menunjukkan struktur organisasi DBKL secara keseluruhan. Jabatan

tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Senarai jabatan yang terlibat dalam pengurusan dan kawalan pencemaran

alam sekitar.

• Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan

• Jabatan Senitaman dan Rekreasi

• Jabatan Perkhidmatan Bandar

• Jabatan Pembentungan dan Perparitan

• Jabatan Kerja Awam dan Lalulintas

• Jabatan Perlesenan

• Jabatan Kesihatan

• Jabatan Direktorat Penguatkuasa

Selain daripada itu, terdapat juga jawatankuasa-jawatankuasa lain yang memberi

pertimbangan terhadap isu-isu alam sekitar seperti Jawatankuasa Bandar,

Jawatankuasa Kecil Teknikal. Jawatankuasa-jawatankuasa ini turut memainkan

peranan penting dalam memastikan segala proses pembangunan di Kuala Lumpur

dapat mematuhi konsep pembangunan yang mesra alam.

Unit Perlindungan Alam Sekitar (UPAS)

Penguatkuasa pencemaran alam sekitar lebih dipertanggungjawabkan kepada Unit

Perlindungan Alam Sekitar (UPAS) di Jabatan Kesihatan DBKL yang telah

ditubuhkan pada tahun 1987 (Rajah 4). Tugas utama unit ini ialah untuk

mengenalpasti, menghapus, mencegah serta mengawal tahap pencemaran alam sekitar

di Bandaraya Kuala Lumpur. Pendekatan yang digunakan oleh unit ini di dalam

pengurusan alam sekitar adalah berdasarkan dua kaedah utama iaitu:

Page 7: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Dato Bandar

Ketua Pengarah

Lembaga Penasihat

Jabatan Kewangan

Unit Perancangan Ibukota

Unit penswastaan dan kerjasama

Timb. Ketua Pengarah I

Jabatan Urusetia Jabatan Personal

Jabatan Perundangan Jabatan Penilaian dan Harta

Jabatan Kerja Awam dan Lalulintas

Jabatan Perancangan dan Kawalan

Jabatan Arkitek Jabatan Kejuruteraan Kimia

Jabatan Penilaian Jabatan Perparitan dan Pembentungan

Timb. Ketua Pengarah II

Jabatan Perkhidmatan Bandar

Jabatan Senitaman dan Rekreasi

Jabatan Perngurusan Perumahan

Jabatan Pengurusan Penjaja Kecil

Jabatan Perlesenan Jabatan Kesihatan

Jabatan Pengangkutan

Jabatan Pembangunan Sosial

dan Kebudayaan

Jabatan Direktorat Penguatkuasaa

Rajah 3: Struktur organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Page 8: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Pengarah Kesihatan

Timb. Pengarah Bhg. Kawalan Vektor

dan Pets

Timb. Pengarah Bhg. Kesihatan Ibu

Mengandung dan Kanak-kanak serta Perkhidmatan

Kesihatam Sekolah

Zon Klang Lama Pegawai

Perubatan dan Kesihatan

Zon Damansara Pegawai

Perubatan dan Kesihatan

Zon Pusat Bandar

Pegawai Perubatan dan

Kesihatan

Zon Setapak Pegawai

Perubatan dan Kesihatan

Zon Kepong Pegawai

Perubatan dan Kesihatan

Zon Cheras Pegawai

Perubatan dan Kesihatan

Ketua Bhg. Epid., Kawalan Mutu Makanan

dan Air Pegawai

Perubatan dan Kesihatan

Ketua Bhg. Kesihatan, Cara

kerja dan Kakitangan

Pegawai Perubatan dan

Kesihatan

Ketua Bhg. Pembangunan

Masyarakat dan Pelajaran Kesihatan Pegawai Pelajaran Kesihatan

Ketua Unit Perlindungan Alam Sekitar

Pegawai Kawalan Alam

Sekitar

Bhg. Sanitasi Premis dan Kebersihan Makanan

Ketua Inspektor Kesihatan

Bhg. Pentadbiran Pegawai Tadbir

Rajah 4: Struktur organisasi Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Page 9: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus
Page 10: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

a. Perlesenan melalui penetapan syarat-syarat dalam pengeluaran lesen

perniagaan dan sebagainya.

b. Melalui program pemeriksaan rutin tahunan terhadap kilang-kilang atau

premis-premis yang mencemarkan.

Bagi melicinkan pelaksanaan tugas dalam pengurusan alam sekitar dan khidmat

kepada orang ramai, bermula pada tahun 1982 DBKL mewujudkan cawangan zon

pentadbiran yang terdiri daripada 6 kawasan iaitu Pusat Bandar, Kepong, Damasara,

Setapak, Kelang Lama dan Cheras. Jaduan 1 dan 2 menunjukkan objektif dan aktiviti

yang dilaksanakan oleh UPAS.

Jadual 1: Objektif Unit Perlindungan Alam Sekitar, DBKL

Objektif UPAS, DBKL

1. Mengekal Keadaan alam sekitar yang sihat bagi kehidupan manusia yang

sempurna

2. Pengekalan alam sekitar selaras dengan kehendak-kehendak penduduk

terutamanya darisegi keupayaan pengeluaran sumber-sumber.

3. Menjamin kualiti alam sekitar dari pencemaran akibat perubahan bilangan

penduduk dan aktiviti-aktiviti manusia dalam usaha memajukan sumber-

sumber semulajadi, perindustrian dan pembandaran.

4. Menjamin metlamat pembangunan sosio-ekonomi dengan kepentingan

pemuliharaan kualiti alam sekitar.

5. Memastikan saling keutamaan faktor-faktor sosial, kebudayaan, ekonomi,

alam hayat dan fizikal dalam menentukan ekologi manusia.

6. Mengekal pusaka-pusaka di negara yang unik dan berbagai-bagai jenis yang

menyumbang kepada mutu kehidupan yang sihat.

Jadual 2: Aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Perlindungan Alam Sekitar, DBKL

Aktiviti UPAS, DBKL

1. Mengenalpasti semua tred dan industri yang berpotensi menimbulkan

pencemaran alam sekitar.

2. Memeriksa dan menjalankan langkah-langkah kawalan bagi menentukan

semua tred dan industri berkenaan tidak menimbulkan masalah pencemaran

iaitu mematuhi piawaian yang ditetapkan.

3. Meluluskan permohonan lesen baru tred dan industri yang berpotensi

menimbulkan pencemaran atau kacauganggu.

4. Menerima dan menyiasat aduan orang ramai.

5. Pemeriksaan susulan perlaksanaan kehendak atau keperluan yang diarah oleh

unit ini.

Page 11: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Kualiti Udara Di Kuala Lumpur

Secara umumnya tahap kualiti udara di Kuala Lumpur berada ditahap yang tidak

memuaskan terutamanya untuk beberapa tahun kebelakangan dan hal ini menjadi

lebih serius apabila berlaku kekerapan kejadian jerebu yang melanda negara.

Meskipun gas-gas pencemaran seperti ozon, karbon dioksida, nitrogen dioksida,

sulfur dioksida dan logam plumbum berada di bawah paras Garis Panduan yang

disyorkan, tahap pencemaran partikel halus (Particulate Matter – PM10) masih belum

mencapai pada tahap yang memuaskan. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (1995)

dari tempoh 1989 hingga 1995, purata kepekatan jumlah partikel terapai masih

melebihi paras Garis Panduan yang disyorkan iaitu pada 90µg/m3 kecuali pada tahun

1993.

Pada tahun 1997 kualiti udara di Kuala Lumpur mengalami kemerosotan terutamanya

pada bulan Ogos hingga Oktober 1997. Indeks Pencemaran Udara (Air Pollution

Index - API) pada tahun tersebut meningkat bermula pada bulan Mei dan

kemuncaknya pada bulan September di mana bacaan API berada pada paras melebihi

100 iaitu pada paras tidak sihat. Ini diikuti sama oleh paras pencemaran partikel halus

(PM10) yang mencatatkan bacaan sebanyak 241.39 µg/m3

iaitu melebihi paras Garis

Panduan yang disyorkan iaitu 150 µg/m3 (Rajah 5).

Graf purata partikel halus di Kuala Lumpur pada tahun 1997 dan 1998

0

50

100

150

200

250

300

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Bulan

pp

m

1997 1998

Rajah 5: Graf perbandingan purata partikel halus (PM10) bagi tahun 1997 dan 1998.

Page 12: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Kejadian jerebu pada tahun 1997 merupakan satu kejadian pencemaran udara yang

paling teruk melanda negara ini berbanding dengan episod jerebu yang lalu.

Peningkatan PM10 ketika berlakunya jerebu iaitu pada Ogos hingga Oktober 1997

adalah berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimatan dan Sumatra, Indonesia

dan juga sumbangan pembajaran terbuka domestik.

Catatan bacaan PM10 yang tinggi pada tahun 1997 di Kuala Lumpur telah memberi

kesan yang signifikan terhadap kesihatan terutamanya bagi warga kota yang berisiko

seperti kanak-kanak, orang tua dan golongan yang berpenyakit serta mereka yang

sentiasa bekerja di luar rumah (Kementerian Kesihatan 1998). Antara kesan-kesan

buruk yang dialami oleh warga kota akibat menyedut udara jerebu adalah seperti sakit

tekak, batuk, sesak nafas, pedih mata, selsema dan gatal-gatal kulit. Pendedahan

dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penyakit seperti kronik-bronkitis,

asma, kanser paru-paru, amfisema paru-paru dan adema paru-paru (Sitting 1975).

Bagi mengelak daripada masalah ini, warga kota telah dinasihatkan untuk berada di

dalam rumah dan dikehendaki memakai topeng atau penutup hidung apabila keluar

dari rumah.

Kesan kesihatan akibat kemerosotan kualiti udara di Kuala Lumpur dapat dilihat

daripada jumlah pesakit yang mendapat rawatan yang berkaitan dengan salur

penafasan di hospital yang berada atau berdekatan dengan Kuala Lumpur seperti

Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan Hospital Universiti (HU).

Rajah 6 dan 7 menunjukkan bilangan kes rawatan untuk penyakit asma dan

konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa di HBKL dan HU bagi tempoh 12 bulan

pada tahun 1997. Kedua-dua rajah tersebut menunjukkan peningkatan bilangan kes

rawatan bagi kedua-dua jenis penyakit terutamanya ketika kemuncak episod jerebu

iaitu pada Ogos dan November 1997.

Rajah 6: Kes rawatan asma dan konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa

di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Page 13: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Rajah 7: Kes rawatan asma dan konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa

di Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Di antara langkah drastik yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi

masalah jerebu ini adalah menggunakan kaedah ‘pembenihan hujan’ yang bertujuan

untuk mengalakkan dan mempercepatkan proses hujan. Di samping itu juga langkah-

langkah meningkatkan penguatkuasaan seperti kawalan udara, kawalan pembakaran

terbuka, kuari dan kawasan pembinaan serta menjalankan pemantauan terhadap kes-

kes yang melibatkan masalah penafasan di hospital-hospital dan klinik-klinik

persendirian oleh beberapa agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan turut

dilakukan (Norlaila 1997).

Pengurusan Kualiti Udara Oleh DBKL

Pengurusan dan kawalan pencemaran alam sekitar di Kuala Lumpur oleh Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipertanggungjawabkan di bawah Unit

Perlindungan Alam Sekitar (UPAS). Program pengurusan dan kawalan pencemaran

alam sekitar yang dilaksanakan oleh UPAS tidak mempunyai pengkhususan terhadap

komponen alam sekitar seperti air, udara, tanah dan sebagainya. Justeru itu

pelaksanaan program pengurusan kualiti udara atau pencemaran udara secara khusus

tidak wujud di dalam aktiviti UPAS.

Tugas utama UPAS adalah mengenal pasti, mengawal dan menghapuskan

pencemaran atau kacauganggu tanpa merujuk mana-mana komponen alam sekitar

secara khusus. Selain itu, unit ini juga bertindak memberi maklumbalas terhadap

aduan-aduan orang ramai terhadap perkara-perkara seperti bunyi bising, bau busuk,

asap, effeluen dan lain-lain. Aspek utama yang ditekankan oleh unit ini adalah melalui

tindakan penilaian, penguatkuasa undang-undang serta langkah-langkah kawalan.

Sehubungan dengan itu, unit ini menyediakan program kerja untuk setiap tahun untuk

penilaian dan penguatkuasaan dengan tujuan berikut:

Page 14: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

• Membuat laporan premis, kajian garis panduan khusus bagi satu jenis

perniagaan atau tred.

• Memastikan agar semua premis yang disenaraikan dalam program ini dilawati

sama ada berlesen atau tidak berlesen.

• Mengenalpasti tahap kemajuan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan sama ada

terdapatnya proses peningkatan daripada kekerapan dikompaun dan

sebagainya.

Program kerja tahunan dirangka setiap tahun bertujuan untuk menyelaras dan

mengatur satu sistem kerja yang bersistematik dan bersepadu agar pemeriksaan-

pemeriksaan rutin dan kawalan serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih

berkesan. Tujuan pemeriksaan yang bersepadu dibentuk adalah berbangkit dari

kepesatan pembangunan dan ekonomi negara yang mana ianya telah menyumbang

kepada pelbagai masalah pencemaran seperti bunyi bising, habuk, bau, pembakaran

terbuka, pencemaran sungai dan alir air yang mengakibatkan ketidakselesaan kepada

penduduk di Kuala Lumpur. Dengan adanya Program Kerja Tahunan, maka kerja-

kerja pengawalan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Program kawalan dan

pemeriksaan terhadap premis atau tred adalah bergantung kepada tahap atau kategori

seperti yang ditunjukan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Kategori Premis atau tred mengikut tahap pencemaran atau kacauganggu.

Kategori Kekerapan

pemeriksaan

mengikut bulan

Kekerapan

pemeriksaan dalam

setahun

Keterangan

Kelas

Pencemaran Satu

Sekali setiap

empat bulan

Tiga kali setahun Merupakan tred atau

industri yang berpotensi

menimbulkan pencemaran

atau kacauganggu yang

tinggi, kebanyakkannya

merangkumi semua

kategori pencemaran.

Kelas

Pencemaran Dua

Sekali setiap

empat bulan

Tiga kali setahun Merupakan tred atau

industri yang berpotensi

menimbulkan pencemaran

atau kacauganggu yang

sederhana tinggi.

Kelas

Pencemaran Tiga

Sekali setiap enam

bulan

Dua kali setahun Merupakan tred atau

industri yang berpotensi

menimbulkan pencemaran

atau kacauganggu yang

rendah.

Di samping merancang dan melaksanakan Program Kerja Tahunan, UPAS turut

melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan melalui peruntukan beberapa perundangan

dan undang-undang kecil yang digubal dibawahnya untuk mengawal pencemaran

termasuk pencemaran udara. Perundangan tersebut ialah Akta Kerajaan Tempatan

Page 15: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976. Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dilaksanakan melalui aktiviti

program tahunan dan juga tindakan berdasarkan aduan orang ramai.

Pada tahun 1997, kejadian episod jerebu yang melanda hampir keseluruhan negara

termasuk Kuala Lumpur telah memberi kesan yang ketara terhadap kualiti udara.

Dalam menangani kejadian tersebut UPAS yang juga ahli sekteriat Jawatankuasa

Jerebu Wilayah Persekutuan, telah mengambil dan melaksanakan tindakan-tindakan

yang sewajarnya berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan

oleh JAS. Jadual 5 menunjukkan data-data hasil pemeriksaan dan tindakan yang

dilaksanakan pada bulan Mei hingga September 1997 dalam mengawal pencemaran

habuk dan asap di Kuala Lumpur. Selain daripada pemeriksaan tersebut, UPAS turut

menjalankan penguatkuasaan berdasarkan aduan orang ramai.

Jadual 5: Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh UPAS pada

Mei hingga September 1997.

Tindakan Penguatkuasaan

Sumber Jumlah

Premis Aduan

diterima Pemeriksaan

dijalankan

Notis/ Amaran Lisan

Kompaun Permohonan Saman

Pembakaran terbuka 1.Sampah

kebun 2. Domestik /

komersial 3.Semak

samun

- - -

5

9 -

11

25

1

8

5 -

1

4 -

- - -

Loji Simen

46

-

71

9

20

-

Kuari

2

-

9

-

5

-

Tapak Binaan

168

3

234

44

30

1

Kilang Colok

2

-

1

-

-

-

Bengkel motor

357

-

12

10

-

-

Kerja-kerja kayu 1. Kilang

papan 2. Kilang

Perabot

25

44

- -

16

56

-

5

1 -

- -

Upacara keagamaan

55

2

11

11

-

-

Jumlah

699

19

447

92

61

1

Page 16: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Selain daripada pengawalan pencemaran udara dengan penguatkuasaan undang-

undang, kawalan cara bukan perundangan juga telah dilaksana. Cara ini merupakan

suatu strategi pelengkap dan usaha memantapkan lagi aspek alam sekitar ke dalam

proses pembangunan supaya ianya tidak terus mengalami kemerosotan.

Terdapat pelbagai kaedah bukan perundangan yang dilaksanakan oleh DBKL di

dalam mengatur perancangan dan pengurusan kualiti udara di Kuala Lumpur. Antara

kaedah bukan perundangan yang menggunakan tindakan pro-aktif adalah melalui

garis panduan, kempen, pendidikan awam dan pemantapan dasar pembangunan sektor

yang berteraskan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan berterusan.

Di peringkat perancangan dan pembentukan dasar yang melibatkan pembangunan dan

alam sekitar, DBKL telah mewujudkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai

Jawatankuasa Alam Sekitar yang bertanggungjawab memberi nasihat dan panduan

mengenai isu-isu alam sekitar termasuk pengurusan kualiti udara kepada Datuk

Bandar dan pentadbiran DBKL khasnya dan kerajaan Malaysia amnya. Jawatankuasa

ini dianggotai oleh beberapa Ahli Lembaga Penasihat dan Pengarah-pengarah

Jabatan-jabatan yang berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO). Bidang tugas

jawatankuasa ini adalah membincangkan dan mengutarakan isu-isu pencemaran alam

sekitar, menganalisa dan mengkaji semula aktiviti-aktiviti dan polisi-polisi yang

bercanggah atau tidak selari dengan keperluan alam sekitar masa kini.

Perancangan guna tanah merupakan satu elemen penting dalam pengurusan alam

sekitar termasuk isu pengurusan kualiti udara. Akta Perancangan Wilayah

Persekutuan 1982 yang telah digubal dari Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Mengikut Seksyen 6(1) akta ini, pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab

mengatur, mengawal dan merancang pemaju dan penggunaan semula tanah dan

bangunan di dalam kawasannya. Ini dibuat melalui penyediaan pelan pembangunan

iaitu pelan struktur dan pelan tempatan.

Pihak DBKL juga berinisiatif di dalam membuat dasar untuk memperbaiki kualiti

alam sekitar termasuk kualiti udara di Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat melalui dasar

pengawalan pokok dan memelihara persekitarannya yang dijalankan oleh Jabatan

Senitaman dan Rekreasi yang bertujuan memastikan Kuala Lumpur menjadi

Bandaraya Taman. Walau pun dasar ini masih lagi baru namun pelaksanaannya yang

dilakukan secara berperingkat-peringkat dan mendapat kerjasama yang baik daripada

pelbagai pihak.

Di dalam membuat perancangan pelan pembangunan, DBKL juga merujuk dan

menguna pakai beberapa garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar

seperti Garis Panduan Letakan Industri dan Pengezonan Industri dan Kod Amalan

Pelupusan Sisa-sisa Pepejal Di Atas Tanah. Di samping itu juga DBKL turut

menerbitkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kawalan

Bangunan seperti Garis Panduan Kawalan Pencemaran dan Kacauganggu.

Pelaksanaan penguatkuasaan di dalam pengurusan kualiti udara mahupun isu alam

sekitar tidak berkesan tanpa adanya kesedaran daripada orang awam. Menyedari

hakikat tersebut DBKL turut menyediakan program pendidikan secara tidak formal

bertujuan memberi maklumat dan menyedarkan orang ramai akan tanggungjawab dan

peranan mereka sebagai warga kota untuk menangani isu pencemaran alam sekitar.

Page 17: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Program pendidikan yang dijalankan oleh DBKL dilakukan dalam pelbagai bentuk

antaranya seperti Kempen Minggu Alam Sekitar, Seminar, Pertandingan Menulis

Esei, Pertandingan Fotografi, Ceramah, Gotong-royong dan sebagainya.

Bagi mewujudkan langkah-langkah menangani masalah jerebu yang serius di Kuala

Lumpur pada tahun 1997 daripada berulang, DBKL telah memilih tema sambutan

Minggu Alam Sekitar pada tahun 1998 sebagai “Penjagaan Kualiti Udara Yang Baik

Tanggungjawab Bersama”. Sepanjang sambutan Minggu Alam Sekitar tersebut,

kempen kesedaran hentikan pembakaran terbuka dan pemeriksaan asap kenderaan

telah dilaksanakan dengan kerjasama JAS. Di samping itu aktiviti gotong-royong

membersihkan tapak pelupusan sampah haram bersama penduduk setempat turut

diadakan. Aktivti gotong-royong ini bertujuan menghapuskan tapak-tapak pelupusan

sampah haram yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara apabila

sampah-sarap di kawasan itu dibakar.

Keberkesanan Pengurusan Kualiti Udara Oleh DBKL

Tahap kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur akan mengalami kemerosotan jika

tiada usaha-usaha untuk mengurus dan memelihara serta mengekalkan kualiti udara

daripada pencemaran. Pengurusan kualiti udara ini boleh dilakukan melalui kaedah

perundangan dan bukan perundangan. Kedua-dua cara ini dilaksanakan oleh agensi-

agensi kerajaan pusat atau pun oleh pihak DBKL sendiri.

Pelbagai langkah yang telah dilaksana oleh pihak DBKL untuk memperbaiki mutu

penguatkuasaan dengan pengadakan program tahunan, kumpulan kerja pada waktu

malam dan sebagainya. Namun usaha tersebut hanya terhad kepada beberapa masalah

alam sekitar yang bersifat semasa dan hanya berkesan untuk jangka masa pendek.

Ketiadaan satu program khusus untuk menguruskan permasalahan alam sekitar secara

selektif dan efektif menyebabkan pengurusan alam sekitar oleh DBKL kurang

berkesan khususnya di dalam pengurusan kualiti udara. Hal ini jelas dapat dilihat dari

segi ketiadaan pelan induk dan strategi pengurusan kualiti udara untuk jangka masa

panjang.

Ketiadaan pelan jangka panjang yang bersifat intergratif turut menyukarkan DBKL

untuk menangani masalah pencemaran udara. Ini terbukti jelas apabila berlakunya

kejadian jerebu pada tahun 1997 yang punca utamanya adalah akibat pembakaran

hutan di negara jiran. Meskipun tidak dapat dinafikan sumber pencemaran dalam

negara seperti kenderaan turut menyumbang kepada kejadian jerebu tersebut.

Darisegi pelaksaan perundangan, DBKL mempunyai beberapa perundangan dan

undang-undang kecil yang digubal dibawahnya bagi mengawal kualiti alam sekitar

termasuk kualiti udara. Namun perundangan yang sedia ada didapati kurang berkesan

di dalam membantu proses penguatkuasaan yang dijalankan. Terdapat beberapa

perkara yang menyebabkan langkah-langkah yang diambil tidak berkesan, antaranya

yang paling utama ialah ketiadaan atau kekurang kriteria dan piawaian yang dapat

digunakan dalam penguatkuasaan.

Selain itu, keupayaan untuk menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan

bergantung kepada pengaruh di setiap peringkat perlaksana. Perlaksanaan ini tidak

Page 18: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

dapat dijalankan bila kemampuan untuk menjalankan penguatkuasaan darisegi

undang-undang dipertikaikan atau dipersoalkan. Undang-undang yang tidak

dikemaskini menyebabkan terdapat kehendak yang tidak jelas untuk membuat

interpretasi. Tambahan pula, perbezaan jumlah bayarankompaun atau denda yang

dikenakan oleh undang-undang yang digunakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti

DBKL; nyata lebih rendah dan jauh berbeza berbanding yang terdapat di dalam Akta

Kualiti Alam Sekitar. Keadaan ini menyebabkan peranan pihak berkuasa tempatan

dalam pengurusan alam sekitar seperti udara menjadi tidak berkesan.

Fungsi penguatkuasaan yang terhad di satu-satu jabatan sahaja dan dianggap telah

meliputi keseluruhan fungsi DBKL serta pertindihan bidang kuasa antara jabatan turut

mempengaruhi keberkesanan penguatkuasaan. Kekurangan tenaga manusia,

kewangan dan teknikal juga menjadi punca penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan

bagi mencapai matlamat sebenar.

Kesedaran tentang wujudnya kekurangan dan kelemahan darisegi peruntukkan

undang-undang bagi menjayakan penguatkuasaan yang lebih efektif harus ditangani

dan diambil tindakan segera. Oleh itu agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam masalah pengurusan kualiti udara boleh membantu dalam

proses menyemak semula peruntukkan perundangan yang ada, disesuaikan dengan

keadaan semasa untuk menentukkan sama ada undang-undang dan peraturan

dibawahnya mencukupi dan relevan dengan keperluan masa kini dan akan datang.

Kesimpulan

Udara merupakan satu sumber dan keperluan yang penting kepada semua hidupan di

muka bumi ini. Justeru itu adalah perlu bagi setiap manusia menyedari kepentingan

melindungan udara yang tercemar. Masalah pengurusan kualiti udara ini hanya dapat

diatasi sekiranya langkah-langkah untuk mengurusnya diambil melalui intergrasi

prinsip-prinsip pengurusan alam sekitar yang teratur dan bersistematik serta berkesan.

Pengurusan kualiti udara tidak terkongkong oleh sempadan pembandaran atau negeri

mahupun negara. Dalam keadaan ini cara yang lebih pratikal untuk mengurus kualiti

udara di sesuatu kawasan adalah melalui konsep “Wilayah Pengurusan Kualiti

Udara”. Dalam konsep ini penekanan diberikan kepada sesuatu wilayah kualiti udara

untuk diuruskan secara menyeluruh tanpa mengambil kira sekatan pentadbiran dan

politik. Dengan ini memudahkan tindakan secara bersama dan bersepadu.

Adalah diharapkan dengan wujudnya peningkatan tahap pengurusan alam sekitar

khususnya terhadap kualiti udara; segala cabaran masa kini dan akan datang dapat

diatasi secara bersistematik dan efektif demi menjamin tahap kualiti persekitaran yang

terbaik khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.

Page 19: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Rujukan

Hamidah Abdul Samad. 1987. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur: Sejarah dan

Perananya. Latihan Ilmiah. Univesiti Kebangsaan Malaysia. Tidak Diterbit.

Jabatan Alam Sekitar. 1995. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar. 1996. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar. 1997. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Jabatan Kesihatan. 1996. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur.

Jabatan Kesihatan. 1997. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur.

Kementerian Kesihatan. 1998. Garis Panduan Kesihatan Akibat Jerebu. Kuala

Lumpur: Kementerian Kesihatan.

Khalid Ramlee. 1985. Perkembangan Organisasi Strategi Pengurusan Alam Sekitar:

Satu Tinjauan. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Norlaila Mat Tahir. 1997. Bila Jerebu Menutup Pandangan – Tragedi Pencemaran

Udara Yang Paling Teruk Melanda Negara. Dewan Kosmik. Oktober: 5-7.

Sham Sani. 1990. Kualiti Udara di Malaysia dan Implikasi Beberapa Hasil

Penyelidikan Tempatan Terhadap Strategi Pengurusanya. Dlm. Sham Sani &

Abdul Samad Hadi. Pynt. Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sham Sani & Jamaluddin Jahi. 1990. Post Merdeka Development and Air Quality

Degradation in Malaysia. Akademika 36. Januari:33-49.

Sitting, M. 1975. Environmental Sources and Emission Handbook. New Jersey:

Nayes Data Corporation.

Tan, M. L. 1982. Air Pollution in Malaysia: Problem, Perspective and Control. Dlm.

Development and the Environmental Crisis. Penang: The Consumer

Association of Penang.