penetapan pihak berkuasa melulus bagi permohonan cuti tidak

5
KETUA PENGARAH JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI JALAN PADANG TEMBAK, 50556 KUALA LUMPUR DIRECTOR GENERAL CIVIL DEFENCE DEPARTMENT OF MALAYSIA TEL. : 03-26925414 MINISTRY OF HOME AFFAIRS FAKS : 03-26923626 Rujukan: PA.CSM.1 00-1/4/2(30) Tarikh : 21 April 2011 Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Pengarah-Pengarah Bahagian/Negeri Komandan Pusat Latihan Tuan, ARAHAN JABATAN BIL. 7/2011: PENETAPAN PIHAK BERKUASA MELULUS BAGI PERMO HONAN CUTI TIDAK BEREKOD SERTA PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA PEGAWAI TETAP DAN WAKTU BERTUGAS ANGGOTA SUKARELA PASUKAN PERTAHANAN AWAM 1. TUJUAN 1.1 Dasar ini bertujluan untuk memberikan penjelasan dan menetapkan peraturan kepada semua pegawai di .Jabatan ini mengenai Cuti Tidak Berekod (CTR) dan cara memohonnya serta pihak berkuasa melulus. 1.2 Dasar ini juga bertujuan untuk memberikan penjelasan dan menetapkan peraturan kepada semua pegawai tetap pelbagai skim, Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO) dan Anggota Sukarela Tetap Pejabat (ASTP) mengenai penetapan waktu bekerja sebagai pegawai perkhidmatan awam dan waktu bertugas sebag,ai anggota sukarelawan pasukan pertahanan awam yang seringkali menimbulkan kekelliruan dalam pelaksanaan dan pematuhan. 1

Upload: lenhi

Post on 22-Jan-2017

264 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

KETUA PENGARAH JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI JALAN PADANG TEMBAK, 50556 KUALA LUMPUR

DIRECTOR GENERAL CIVIL DEFENCE DEPARTMENT OF MALAYSIA TEL. : 03-26925414

MINISTRY OF HOME AFFAIRS FAKS : 03-26923626

Rujukan: PA.CSM.1 00-1/4/2(30) Tarikh : 21 April 2011

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia

Pengarah-Pengarah Bahagian/Negeri

Komandan Pusat Latihan

Tuan,

ARAHAN JABATAN BIL. 7/2011: PENETAPAN PIHAK BERKUASA MELULUS BAGI PERMO HONAN CUTI TIDAK BEREKOD SERTA PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA PEGAWAI TETAP DAN WAKTU BERTUGAS ANGGOTA SUKARELA PASUKAN PERTAHANAN AWAM

1. TUJUAN

1.1 Dasar ini bertujluan untuk memberikan penjelasan dan

menetapkan peraturan kepada semua pegawai di .Jabatan ini

mengenai Cuti Tidak Berekod (CTR) dan cara memohonnya serta

pihak berkuasa melulus.

1.2 Dasar ini juga bertujuan untuk memberikan penjelasan dan

menetapkan peraturan kepada semua pegawai tetap pelbagai skim,

Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO) dan Anggota Sukarela

Tetap Pejabat (ASTP) mengenai penetapan waktu bekerja sebagai

pegawai perkhidmatan awam dan waktu bertugas sebag,ai anggota

sukarelawan pasukan pertahanan awam yang seringkali

menimbulkan kekelliruan dalam pelaksanaan dan pematuhan.

1

2. LATAR BELAKANG

2.1 CTR telah ditetapkan oleh Perintah Am Bab C di Bahagian VI

yang mengandungi sembilan jenis CTR bagi semua pegawai

perkhidmatan awam dari Perintah Am 39 sehingga Perintah Am 47B.

Terdapat juga jenis CTR yang juga diperkenalkan dari masa ke

semasa melalui peraturan yang berkuatkuasa.

2.2 Pelaksanaan masa kini, kesemua CTR ini perlu dihantar

dalam tempoh paling kurang dua minggu daripada tarikh yang

dipohon ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) dan

dipertimbangkan kelulusannya oleh Pihak Berkuasa Melu llus (PBM)

yang terdiri dlaripada Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah mahupun

Timbalan Ketua Pengarah, kecuali bagi Cuti Gantian, Kemudahan

Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat dan Kemudahan Cuti

Isteri Bersalin yang mana PBM berkenaan adalah ketua pejabat

masing-masing menggunakan borang khas mengikut format yang

ditetapkan bagi permohonan daripada pegawai di pejabat tersebut

sahaja.

2.3 Waktu Bekerja merujuk kepada waktu bekerja pejabat seperti

yang diperuntukkan oleh Perintah Am Bab G dan berdasarkan Waktu

Bekerja Berperingkat yang dilaksanakan mengikut Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan

Bill. 3 Tahun 2010. Pemakaian waktu bekerja ini tertakluk kepada

penetapan oleh ketua pejabat masing-masing. Waktu Bertugas pula

merujuk kepada waktu giliran bertugas di mana-mana Bilik

Operasi/Gerakan Pasukan Pertahanan Awam yang memerlukan

seseorang anggota itu melapor diri sebelum mula bertugas.

3. ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Bil.2/2011 yang

bersidang pad a 31 Mac 2011 sebelum membuat ketetapan telah

menimbang dan mengambilkira beberapa perkara seperti berikut:

2

3.1.1 Terdapat pegawai yang lewat menghantar permohonan

CTR kepada PBM sehingga melebihi tarikh yang dipohon

terutamanya bagi kemudahan di bawah Perintah Am 41 - cuti

latihan pasukan sukarela, yang boleh menimbulkan risiko

permohonan berkenaan tidak diluluskan.

3.1.2 Kelewatan pegawai mengemukakan permohonan dan

menghantarnya melebihi tempoh yang ditetapkan

menimbulkan kesukaran BSM untuk menguruskannya dengan

segera kerana ianya melibatkan keputusan dan pertimbangan

PBM.

3.1.3 Terdapat pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan

awam sama ada secara tetap, kontrak atau sementara yang

ditempatkan di mana-mana pejabat Pertahanan Awam

termasuk ASTP dan ASTO merupakan anggota pasukan

sukarela Pertahanan Awam yang aktif. Walaubagaimanapun

timbul rungutan daripada para penyelia dan ketua pejabat

apabila mereka meninggalkan pejabat semasa waktu bekerja

dengan alasan bagi menjalankan tugas bantuan kecemasan

dan operasi menyelamat atau menjalankan aktiviti latihan

bersama pasukan sukarela.

3.1.4 Pelaksanaan semasa merujuk hanya kepada Perintah

Am 41 , Bab C yang longgar dari segi penjelasan dan sering

kali didakwa menjadi punca kekeliruan ini kepada bukan

sahaja kepada pegawai serta ASTP tetapi juga para penyelia

dan ketua pejabat.

4. PELAKSANAAN

4.1 Kuasa pertimbangan keluluskan CTR diserahkan kepada

Pengarah-Pengarah Negeri dan Komandan Pusat Latihan bagi

permohonan CTR daripada pegawai-pegawai di bawah seliaan

3

mereka sahaja dengan berpandukan kepada peraturan dan

pekeliling/surat pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa.

4.2 Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional

tidak digalakkan memohon cuti gantian bagi menggantikan bayaran

kerja lebih masa kerana menjalankan tug as melebihi waktu bekerja

pejabat sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Bersama Jabatan

Bil. 4 Tahun 2010. Walaubagaimanapun pertimbangan sewajarnya

akan diberikan bagi cuti gantian atas sebab menjalankan tugas

keurusetiaan untuk latihan pasukan/jabatan.

4.3 Semua permohonan CTR perlu dihantar tidak lewat tujuh (7)

hari bekerja sebelum tarikh yang dipohon itu bermula bagi

menggelakkan kesulitan dalam urusan memproses permohonan .

Kelulusan CTR berkaitan pasukan sukarela hanya diberikan untuk

menghadiri aktiviti latihan atau perkhemahan tahunan sahaja

menurut Perintah Am 41, Bab C.

4.4 Pegawai tetap yang bukan dari Skim KP dan ASTP

dibenarkan terlibat dalam menjalankan aktiviti operasi menyelamat

semasa waktu bekerja yang ditetapkan atau semasa tambahan

waktu bekerja yang diarahkan dengan kelulusan ketua pejabat

masing-masing secara bertulis. Pembayaran elaun anggota pasukan

hanya akan dikira setelah berakhirnya waktu bekerja yang ditetapkan

atau setelah berakhirnya tambahan waktu bekerja yang diarahkan.

4.5 CTR yang boleh diambil adalah tidak lebih daripada 30 hari

dalam satu-satu tahun bagi menghadiri latihan atau perkhemahan

tahunan pasukan sukarela dengan tambahan 2 hari lagi boleh

diberikan bagi perjalanan pergi-balik ke tempat latihan atau

perkhemahan tahunan. Jika CTR yang diperlukan melebihi had yang

dibenarkan maka cuti rehat pegawai yang diperuntukkan bagi tahun

berkenaan perlu ditolak. Sekiranya pegawai tidak mempunyai

4

peruntukkan cuti rehat lagi maka kelulusan daripada Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam adalah diperlukan.

4.6 Pegawai tetap bukan Skim KP dan ASTP hanya dibenarkan

bertugas sebagai anggota pasukan di Bilik Operasi/Gerakan melebihi

jam 12.00 tengah malam pada hari-hari cuti kelepasan umum atau

hujung minggu sahaja. Pada hari-hari bekerja, pegawai berkenaan

tidak dibenarkan bertugas di Bilik Operasi/Gerakan sepertimana

yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan

Pengurusan Bilangan 2 Tahun 2009.

4.7 Pematuhan waktu bekerja mengikut Perintah Am 5 Bab G

meliputi semua pegawai yang mana dikehendaki hadir di pejabat­

pejabat dalam masa yang ditetapkan. Mana-mana pegawai yang

hendak meninggalkan pejabatnya dalam waktu bekerja perlu terlebih

dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai penyelia sebelum

berbuat demikian dengan mengisi borang sepertimana yang

diarahkan menerusi Surat Edaran JPA rujukan : JPA(S)TT.233/2

Jld.2(1) bertarikh 27 Januari 2010 .

5. T ARIKH KUATKUASA

5.1 Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2011.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATO' HAJI L HALIM BIN ABDUL HAMID) Ketua Pengarah P rtahanan Awam Malaysia

5