zakat pertanian di laman web pihak berkuasa...

17
1 ZAKAT PERTANIAN DI LAMAN WEB PIHAK BERKUASA ZAKAT: TAHAP PENDEDAHAN MAKLUMAT Nor Laili Hassan Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) [email protected] Masanita Mat Noh Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisa maklumat yang disediakan oleh pihak berkuasa zakat setiap negeri berkaitan zakat pertanian di laman web pihak berkuasa zakat. Kajian ini mengenalpasti tahap pendedahan maklumat zakat pertanian dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh organisasi berkaitan. Kajian ini mengaplikasi kaedah analisa maklumat zakat pertanian yang dihebahkan melalui laman web pihak berkuasa zakat negeri masing-masing. Hasil kajian mendapati pendedahan maklumat zakat pertanian berada pada tahap yang rendah. Kadar zakat pertanian adalah berbeza-beza mengikut negeri. Walaubagaimanapun, kesemua laman web pusat zakat tidak membuat pencerahan atau penerangan berkaitan perbezaan zakat pertanian tersebut, sedangkan pencerahan dan penjelasan secara terperinci tentang perbezaan kadar zakat pertanian bagi setiap negeri di Malaysia mungkin dapat membantu mengurangkan kekeliruan pembayar zakat. Kajian ini membuka ruang penambahbaikan ke atas laman web zakat setiap negeri untuk meningkatkan kualiti maklumat yang didedahkan berkaitan zakat pertanian supaya maklumat tersebut dapat membantu pembayar zakat membuat keputusan berkaitan pembayaran zakat. Kajian ini juga di harap dapat memberi ruang kepada majlis fatwa pada peringkat negeri untuk duduk semeja membincangkan penetapan kadar zakat pertanian supaya rakyat Malaysia sebagai satu komuniti akan mendapatkan maklumat yang lebih jelas, dipercayai dan menjadi rujukan untuk mengurangkan kekeliruan pembayar zakat atau pengguna laman web yang lain. Kata kunci : Zakat Pertanian, Maklumat Laman Web, Pihak Berkuasa Zakat Negeri

Upload: dinhdan

Post on 06-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

ZAKAT PERTANIAN DI LAMAN WEB PIHAK BERKUASA ZAKAT: TAHAP PENDEDAHAN MAKLUMAT

Nor Laili Hassan

Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM)

[email protected]

Masanita Mat Noh Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan

Universiti Utara Malaysia (UUM)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisa maklumat yang disediakan oleh pihak berkuasa zakat setiap negeri berkaitan zakat pertanian di laman web pihak berkuasa zakat. Kajian ini mengenalpasti tahap pendedahan maklumat zakat pertanian dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh organisasi berkaitan. Kajian ini mengaplikasi kaedah analisa maklumat zakat pertanian yang dihebahkan melalui laman web pihak berkuasa zakat negeri masing-masing. Hasil kajian mendapati pendedahan maklumat zakat pertanian berada pada tahap yang rendah. Kadar zakat pertanian adalah berbeza-beza mengikut negeri. Walaubagaimanapun, kesemua laman web pusat zakat tidak membuat pencerahan atau penerangan berkaitan perbezaan zakat pertanian tersebut, sedangkan pencerahan dan penjelasan secara terperinci tentang perbezaan kadar zakat pertanian bagi setiap negeri di Malaysia mungkin dapat membantu mengurangkan kekeliruan pembayar zakat. Kajian ini membuka ruang penambahbaikan ke atas laman web zakat setiap negeri untuk meningkatkan kualiti maklumat yang didedahkan berkaitan zakat pertanian supaya maklumat tersebut dapat membantu pembayar zakat membuat keputusan berkaitan pembayaran zakat. Kajian ini juga di harap dapat memberi ruang kepada majlis fatwa pada peringkat negeri untuk duduk semeja membincangkan penetapan kadar zakat pertanian supaya rakyat Malaysia sebagai satu komuniti akan mendapatkan maklumat yang lebih jelas, dipercayai dan menjadi rujukan untuk mengurangkan kekeliruan pembayar zakat atau pengguna laman web yang lain. Kata kunci: Zakat Pertanian, Maklumat Laman Web, Pihak Berkuasa Zakat Negeri

2

1.0 PENGENALAN Islam telah menggariskan kewajipan berzakat di mana ia merupakan Rukun Islam yang ketiga. Tuntutan mengeluarkan zakat perlu diberi keutamaan oleh pembayar zakat kerana Allah S.W.T melaknat orang yang tidak membayar zakat seperti firman Allah yang bermaksud.

“Ambillah (sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamau itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha memgetahui”.

(At Taubah: 103)

Tanggungjawab melaksanakan kewajipan membayar zakat terletak diatas bahu pembayar zakat. Namun begitu masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka untuk memberi kesedaran dan menggalakkan pembayaran zakat, termasuklah pihak berkuasa pusat zakat Negeri. Ini selaras dengan tuntutan untuk menyebarkan ilmu seperti Firman Allah SWT yang menggariskan keperluan bagi sesiapa yang berilmu untuk menyampaikan ilmu::

“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.

(Surah A-Maidah: 67)

Dalam zaman teknologi maklumat ini, pusat zakat mempunyai saluran alternatif bagi menyebarkan ilmu dan maklumat berkaitan zakat untuk rujukan pembayar zakat melalui laman webnya. Dengan kata lain, penyaluran ilmu dan maklumat tidak terhad kepada kaedah tradisional seperti sesi ceramah, penerangan, buku dan penyebaran risalah. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pengusaha sawah padi tidak mungkin menggunakan internet untuk mencari ilmu, justeru pendedahan maklumat melalui laman web adalah tidak relevan. Namun pengkaji berpendapat bahawa laterbelakang pesawah padi pada masa hadapan akan cepat berubah seiring dengan perubahan teknologi maklumat ini. Ini tidak mustahil memandangkan generasi internet (generasi muda) ini akan mewarisi harta peninggalan ibubapa mereka masing-masing termasuk sawah padi. Mengerjakan sawah padi boleh dijadikan kerja sampingan sekiranya mereka telah mempunyai kerja yang tetap. Mereka boleh mengupah pihak lain untuk melakukan kerja-kerja seperti penanaman padi, pembajaan dan meracun rumpai. Golongan celik internet inilah yang akan mempelopori pengusahaan sawah padi di masa hadapan dan mereka tentulah berpotensi mencari ilmu melalui internet. Justeru itu, laman web pihak berkuasa zakat dapat dijadikan rujukan utama. Sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kutipan dan pembayaran zakat, maklumat yang lengkap dan sahih oleh setiap pusat zakat Negeri amat diperlukan untuk merungkai permasalahan pembayar zakat. Kutipan zakat pertanian adalah lebih kecil berbanding jumlah kutipan zakat-zakat lain di Malaysia. Sebagai contoh, walaupun hasil pengeluaran padi di Negeri Kedah adalah yang tertinggi1 di Malaysia, namun jumlah kutipan zakat pertaniannya hanya menyumbang 3.8% daripada jumlah keseluruhan

1 Negeri Kedah merupakan pengeluar padi utama negara dengan keluasan kawasan tanaman padi seluas 210,327

hektar, dan pengeluaran padi sebanyak 889,167 tan metrik. Negeri Perak dan Kelantan masing -masing berada

pada kedudukan kedua dan ketiga dengan masing masing berkeluasan 81,636 hektar (360,135 tan metric padi)

dan 56,280 hektar (215,255 tan metric padi). Perlis di tempat keempat dengan keluasan 52,085 hektar dengan

jumlah hasil padi sebanyak 251,449 tan metric.

Sumber: Perangkaan Padi Malaysia 2013

3

kutipan zakat. Secara amnya, sesebuah organisasi tentulah akan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih utama berbanding perkara yang kurang memberi impak positif kepada sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun, pengkaji berpendapat bahawa pendekatan tersebut tidak boleh diterimapakai dalam permasalahan zakat. Ini kerana penyebaran maklumat zakat termasuk maklumat zakat pertanian perlu disampaikan kepada pembayar zakat tanpa mengira sumbangannya kepada jumlah kutipan zakat Negeri. Persoalannya, adakah maklumat zakat pertanian tersebut disampaikan secara komprehensif oleh pihak berkuasa zakat melalui laman web masing-masing? Kadar zakat ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Kajian sebelum ini melaporkan bahawa kadar zakat pertanian di beberapa Negeri adalah berbeza (A.Rahman, et. al, 2015). Perbezaan ini boleh mengakibatkan kekeliruan dikalangan pembayar zakat kerana mereka semua berada di sebuah negara yang sama (Malaysia). Sebagai ilustrasi, petani yang memiliki dan mengusahakan sawah padi di kedua-dua Negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang perlu membayar zakat pada kadar zakat yang berbeza kerana Negeri Kedah mengenakan kadar 10 peratus atas nilai kasar hasil padi (termasuk subsidi padi), sementara itu, Negeri Pulau Pinang mengenakan kadar zakat 10 peratus atas nilai bersih selepas tolakan kos dan subsidi pula dikira pada kadar 2.5 peratus. Sehubungan itu, jumlah zakat padi untuk sawah padi yang diusahakan di Negeri Kedah sudah tentu lebih tinggi berbanding jumlah zakat padi yang perlu dibayar untuk sawah padi yang diusahakan di Negeri Pulau Pinang. Justeru itu, penerangan tentang perbezaan kadar zakat ini perlu di buat oleh setiap pusat zakat Negeri bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembayar zakat. Pencerahan tentang perbezaan kadar zakat ini juga boleh disampaikan melalui laman web pusat zakat. Persoalannya, adakah pencerahan perbezaan kadar zakat dinyatakan dan dibincangkan oleh pihak berkuasa zakat melalui laman web masing-masing? Berdasarkan kepada soalselidik yang dijalankan di Kuala Lumpur pada 2013 mengenai pengetahuan masyarakat tentang zakat, didapati 45% tidak mengetahui tentang golongan asnaf, 57% tidak tahu tentang nisab zakat harta dan 72% tidak tahu tentang syarat wajib zakat (Unit Penyelidikan & Pembangunan Korporat, PPZ-MAIWP 2013). Hasil tinjauan tersebut menggambarkan kurangnya pengetahuan secara terperinci masyarakat tentang kewajipan membayar zakat. Ini tentunya memberi motivasi kepada pusat berkuasa zakat untuk terus mempergiatkan usaha dalam memberi pengetahuan berkaitan zakat kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat usaha pihak berkuasa zakat dalam menerangkan maklumat zakat pertanian dan pencerahan perbezaan kadar zakat pertanian serta masalah berkaitan melalui laman web pihak berkuasa zakat yang merupakan satu saluran yang mudah dicapai oleh pengguna. Secara khususnya, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pendedahan maklumat zakat pertanian di laman web dan seterusnya mencadangkan ruang penambahbaikan laman web. Perkara yang dibincangkan seterusnya adalah latar belakang kajian, kaedah kajian, hasil kajian dan kesimpulan kajian. 2.0 LATARBELAKANG KAJIAN Tuntutan Amalan Zakat Setiap muslim mempunyai kewajipan untuk membayar zakat. Arahan kewajipan ini banyak disebut di dalam Al Quran dan Hadith dan seringkali digandingkan dengan kewajipan menunaikan solat. Pembayaran zakat wajib dilakukan ke atas harta-harta tertentu yang memenuhi syarat dan tempoh yang telah ditetapkan. Antara ayat Al Quran yang menegaskan tentang kewajipan membayar zakat adalah:

4

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku”. (Surat Al Baqarah: 43)

Kewajipan mengeluarkan zakat perlu diambil perhatian oleh pembayar zakat untuk mengelakkan kemurkaan Allah kerana Allah S.W.T melaknat orang yang tidak membayar zakat. Penegasan ke atas kewajipan membayar zakat ini juga dijelaskan dalam Al-Quran:

“Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: I nilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."

(Surat at Taubah: 35) Kewajipan membayar zakat ini dilihat dapat membantu dalam meningkatkan sosio ekonomi masyarakat di mana hasil kekayaan dapat diagihkan dengan lebih adil. Allah menjanjikan kebaikan kepada pembayar zakat seperti FirmanNya:

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

(Surat at Taubah:103)

Tuntutan Amalan zakat pertanian

Zakat hasil pertanian wajib dikeluarkan oleh pembayar zakat dan tuntutan ini jelas di perintahkan ole Allah S.W.T dalam Al-Quran:

“Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau”.

(Al-An’am: 141) Terdapat perbezaan pandangan di kalangan para ulama’ mengenai jenis-jenis tanaman yang wajib dikeluarkan zakat. Menurut mazhab Syafi’ie dan Maliki; jenis pertanian yang dikenakan zakat ialah yang menghasilkan makanan yang mengenyangkan, tahan disimpan lama, dijadikan makanan lazim (yakni asasi) dan bukan makanan selingan (seperti buah-buahan, ulam-ulaman) dan bukan makanan gantian ketika kesempitan (seperti ubi-kayu dan sebagainya). Syarat-syarat wajib zakat pertanian adalah dimiliki dengan sempurna, cukup nisab dan dari hasil dari tanaman yang ditanam oleh manusia, bukan yang tumbuh sendiri. Cukup nisab zakat pertanian pula merujuk kepada hasil tanaman yang mencapai 5 Ausuq berdasarkan hadis Nabi s.a.w.

“Tidak wajib zakat bagi hasil pertanian yang kurang lima Ausuq” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri r.a.)

Terdapat dua perkara utama yang menjadi topik perbincangan dikalangan para ulamak. Yang pertama mengenai tolakan kos penanaman. Majoriti ulama’ salaf (termasuk imam-imam mazhab)

5

berpandangan bahawa zakat dikeluarkan dari keseluruhan hasil tanaman tanpa ditolak terlebih dahulu kos tanaman (dirujuk dalam Myibbin, 2004). Bagaimanapun, ulamak semasa hari ini seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandangan bahawa kos penanaman atau pengelolaan tanaman hendaklah ditolak sebelum pengiraan zakat (dirujuk dalam Myibbin, 2004). Berdasarkan pandangan ini, kos pertanian seperti benih, baja, racun serangga, pengangkutan, upah pekerja, upah mesin tuai dan sebagainya, perlu ditolak terlebih dahulu sebelum pengiraan zakat (Ab Rahman, 2005). Perkara kedua adalah mengenai kadar zakat pertanian. Kadar zakat yang wajib dikeluarkan telah ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud;

”Hasil tanaman yang disiram dengan menggunakan air hujan dan mata air atau tanaman yang menyerap air dengan menggunakan akarnya dari perut bumi, zakatnya adalah sebanyak 1/10. Manakala tanaman yang disiram dengan menggunakan pengairan, zakatnya adalah sebanyak 1/20.”

(HR. Ibnu Majah dan Tarmizi) Merujuk kepada hadis ini, kadar zakat hasil pertanian ialah; (1) Dikeluarkan dengan kadar 1/10 atau 10% dari hasil tanaman; iaitu jika tanaman diairi dari

sumber alam sepenuhnya seperti hujan, parit, sungai dan sebagainya. (2) Dikeluarkan dengan kadar 1/20 atau 5% dari hasil tanaman; iaitu jika ia diairi sepenuhnya

dengan menggunakan tenaga manusia, binatang atau alat. Zakat Pertanian di Malaysia. Ab Rahman, A (2005) telah membuat kajian di Negeri Selangor dan mencadangkan beberapa perkara untuk menjaga kemaslahatan para pesawah padi, antaranya, membuat taksiran zakat padi dengan menolak kos penanaman dan menolak kos sara hidup bagi menjaga kebajikan petani selain para petani juga perlu menangung kos sara hidup yang lebih tinggi dalam suasana kehidupan semasa. Kajian oleh A.Rahman, et. al (2015) pula membuat perbandingan ke atas taksiran zakat pertanian di Negeri-Negeri terpilih, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Trengganu dan Sarawak. Perbandingan dilakukan ke atas kadar boleh cukai, nisab dan kaedah penilaian. Kajian mencadang bahawa Pusat zakat mengenakan kadar zakat yang berbeza antara 5 hingga 10 peratus. Amalan tolakan kos sebelum pengiraan zakat juga dilaporkan berbeza-beza mengikut Negeri masing-masing. Isamail, et. al, (2013) juga mencadangkan bahawa kaedah pemerkasaan zakat pertanian diperlukan di Malaysia bagi menyelaraskan kadar nisab setiap Negeri. Daripada perspektif yang berbeza, Hidayah, et. al (2014) mencadangkan bahawa pusat zakat perlu menambah baik sistem kutipan zakat pertanian bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi bangsa Melayu, yang berkait rapat dengan industri padi. Pendedahan maklumat Zakat Paizin, M.N. (2012) telah mengkaji amalan yang dilakukan oleh Pusat Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pembayar zakat mengenai tanggungjawab membayar zakat. Amalan yang dimaksudkan termasuklah menyiarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat di media cetak dan media elektronik seperti televisyen dan radio, selain daripada ceramah, seminar dsbnya. PPZ juga telah memperkenalkan portal di laman webnya untuk masyarakat mengenali perkhidmatannya dengan lebih cepat dan mudah pada tahun 2011. Dengan Kempen “Like Facebook PPZ” yang dijalankan pada tahun 2012 telah meningkatkan jumlah peminat

6

Facebook PPZ-MAIWP daripada hampir 7,000 pengguna kepada 22,000 pengguna hanya dalam tempoh beberapa bulan. Kejayaan amalan ini dapat dilihat dengan peningkatan dalam kutipan zakat yang berjaya dilakukan oleh pusat zakat berkenaan. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunapakai kaedah “analisa maklumat” bagi menganalisa maklumat zakat pertanian yang disediakan oleh pihak berkuasa zakat setiap Negeri melalui laman web2 masing-masing yang terdiri daripada 13 Negeri dan satu wilayah persekutuan. Analisa maklumat dilakukan dengan dua kaedah. Kaedah pertama menggunakan kaedah pengkodan untuk menentukan tahap pendedahan maklumat zakat pertanian. Kaedah kedua pula menganalisa kandungan maklumat zakat pertanian secara lebih terperinci ke atas setiap maklumat yang dinyatakan pada laman web pihak berkuasa zakat. Untuk kaedah pertama, kajian ini menggunakan sepuluh (10) item maklumat yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa zakat setiap Negeri iaitu (1) pautan khusus (2) penerangan (3) kadar zakat (4) subsidi atau tolakan kos (5) contoh pengiraan (6) perbincangan berkaitan kadar pengiraan zakat yang di terima pakai oleh pusat berkuasa zakat di Negeri-Negeri lain (7) pautan ke “Fatwa” zakat Negeri (8) lain-lain pautan yang menyediakan maklumat zakat (9) kalkulator zakat (10) maklumat yang mesra pengguna3. Kod 1 akan diberikan untuk setiap item “1” hingga “10” sekiranya maklumat tersebut di nyatakan pada laman web pihak berkuasa zakat, dan kod kosong jika tidak . Semua item tersebut kemudiannya dijumlahkan untuk menentukan tahap pendedahan maklumat berkaitan zakat pertanian. 4.0 HASIL KAJIAN Statistik kutipan zakat Negeri Kedah bagi tahun 2014 dan 2013 (rujuk Lampiran 2) menunjukkan zakat padi berada pada kedudukan kelima kutipan zakat Negeri Kedah. Ia hanya menyumbang 3.83% (RM5.2 juta) daripada keseluruhan kutipan zakat Negeri Kedah berbanding zakat pendapatan sebanyak 58.02%. Ini menunjukkan zakat padi hanya menyumbang sebahagian kecil daripada punca hasil zakat Negeri Kedah meskipun Kedah adalah Negeri pengeluar utama padi Malaysia. Faktor yang mungkin menyumbang kepada kurangnya kutipan zakat pertanian adalah (1) penanaman padi di Negeri Kedah di usahakan juga oleh pemilik bukan Islam, dimana mereka tidak mengeluarkan zakat pertanian (2) pengusaha sawah padi mungkin mengeluarkan zakat disekitar kawasan tempat tinggal mereka tanpa melalui Pusat Zakat Negeri Kedah. Walaupun amaun kutipan zakat pertanian adalah kecil berbanding zakat-zakat lain, namun ia bukanlah alasan untuk tidak memberi perhatian kepada zakat pertanian. Sehubungan dengan itu, perbincangan selanjutnya akan menumpukan kepada pendedahan maklumat zakat pertanian di laman web pihak berkuasa zakat. Jadual 1: Kadar Zakat Pertanian Dilaporkan Melalui Laman Web Pihak Berkuasa Zakat

Pihak berkuasa zakat Negeri

Pilihan kadar zakat pertanian

Cadangan Tolakan Kos

Kadar subsidi

10% 5% 7.5%

2 Berdasarkan senarai yang disediakan oleh bahagian Seketariat Pengurusan Zakat Negeri (SPZN).

3 Maklumat dianggap mesra pengguna sekiranya laman web pihak berkuasa zakat mudah untuk dilayari dan

menyediakan pautan yang teratur termasuk penggunaan butang pautan untuk memudahkan pencarian

maklumat.

7

Pihak berkuasa zakat Negeri

Pilihan kadar zakat pertanian

Cadangan Tolakan Kos

Kadar subsidi

1. Kedah - - X Termasuk harga padi

2. Perak4

TM TM TM TM TM

3. Perlis5 TM TM TM TM TM

4. Selangor

- - X 2.5%

5. Kelantan - Tidak dibincangkan Tidak dibincangkan

6. Sarawak 2.5%

7. Pulau Pinang - - 2.5%

8. Sabah Tidak dibincangkan Tidak dibincangkan

9. Terengganu - X6 Tidak dibincangkan

10. Pahang - X7 Tidak dibincangkan

11. Johor Tidak dibincangkan Tidak dibincangkan

12. Melaka Tidak dibincangkan Tidak dibincangkan

13. Negeri Sembilan

Tidak dibincangkan Tidak dibincangkan

14. Wilayah Persekutuan

Tidak dibincangkan Tidak dibincangkan

Nota: : Ya X: Tidak TM: Tiada maklumat dan penerangan zakat, justeru pembayar zakat tidak dapat membuat apa-apa

andaian kadar zakat. Termasuk harga padi: Maklumat subsidi dinyatakan secara penerangan khusus atau berdasarkan

contoh pengiraan khusus yang disediakan Tidak dibincangkan: Kadar zakat dinyatakan tetapi tidak tolakan kos atau kadar subsidi ti dak dibincangkan. Berdasarkan maklumat penerangan zakat pertanian yang disediakan, pembayar zakat mungkin mengandaikan kadar pengiraan subsidi termasuk harga padi) Jadual 1 menunjukkan maklumat kadar zakat pertanian yang dinyatakan pada setiap laman web pihak berkuasa zakat Negeri. Seperti yang dinyatakan oleh kajian sebelum ini, kadar zakat pertanian agak berbeza-beza bagi sesetengah Negeri. Negeri Kedah mencadangkan kadar zakat yang tertinggi sebanyak 10% tanpa mencadangkan tolakan kos penanaman padi. Subsidi yang diberikan oleh kerajaan atas hasil tanaman padi juga dianggap sebagai hasil padi. Negeri Selangor juga tidak mencadangkan apa-apa tolakan kos tetapi menggunakan kadar (5%) sahaja. Subsidi padi pula dianggap sebagai harta perolehan dan dikira berdasarkan kadar berasingan (2.5 %). Negeri Sarawak, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan pula mencadangkan 3 kadar (10%, 5% dan 7.5%) manakala Negeri-Negeri lain mencadangkan 2 kadar (10% dan 5%). Kadar subsidi bagi Negeri-Negeri Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang dikira pada kadar 2.5%. Walaubagaimanapun, Negeri-Negeri lain tidak menyatakan secara khusus pengiraan subsidi pada laman web masing-masing. Selain itu, terdapat

4 Kadar zakat menurut Fatwa Negeri Perak adalah sebanyak lima peratus (1/20) daripada hasil kasar padi tetapi

tidak dinyatakan dalam laman sesawang 5 Kadar 2.5% dinyatakan secara umum sebagai zakat harta. Tiada maklumat khusus zakat pertanian.

6 Maklumat berdasarkan kalkulator zakat.

7 Maklumat berdasarkan kalkulator zakat

8

dua Negeri yang mencadangkan tolakan kos untuk tujuan pengiraan zakat pertanian iaitu Sarawak dan Pulau Pinang manakala tidak bagi Negeri-Negeri yang lain. Perbezaan pengiraan zakat pertanian di antara Negeri-Negeri di Malaysia mungkin menimbulkan tanda tanya kepada pembayar zakat. Justeru itu perbincangan seterusnya menumpukan kepada pendedahan maklumat yang dinyatakan pada laman web pihak berkuasa zakat.

9

Jadual 2: Maklumat Zakat Pertanian (Padi) di Laman Web Pihak Berkuasa Zakat

Pusat Zakat Pautan Khusus

Maklumat Khusus Zakat Pertanian disediakan* (Penerangan bertulis daripada pusat zakat)

Pautan ke Fatwa Negeri

Disediakan

Lain-lain Pautan

di sediaka

n

Kalkulator Zakat

disediakan

Capaian Mesra

Pengguna (Mudah)

Tahap Maklumat

Penerangan ringkas

kadar zakat

Subsidi / tolakan

kos

Contoh pengiraan

Perbincangan zakat

Negeri lain

1. Kedah X X X X 6

2. Perak X X X X X X X X X 1

3. Perlis X X X X X X X X X 1

4. Selangor X X X X X X 4 5. Kelantan X 8 X X X X X X 3

6. Sarawak X X 8 7. Pulau Pinang X X X 7

8. Sabah X X X ** X 6

9. Terengganu X 9 10 X X X X 5

10. Pahang X X X 7

11. Johor X X X X X 5 12. Melaka X X X X X 5

13. Negeri Sembilan

X X X X X 5

14. Wilayah Persekutuan

X X X X 6

Nota:

8 Tiada pada pautan utama jenis -jen is zakat tetapi maklumat pautan zakat tanaman di nyatakan pada pautan kadar zakat

9 Tiada pautan utama khusus untuk zakat pertanian tetapi penerangan ringkas disediakan pada kalkulator zakat tanaman

10 Hanya maklumat tolakan kos (berdasarkan contoh pengiraan ditujukkan pada kalkulator)

10

Maklumat ini berdasarkan penerangan bertulis daripada pihak berkuasa zakat Negeri, tidak termasuk pautan ke fatwa dan video yang dianggap tambahan maklumat. Walaubagaimanapun, jika sekiranya maklumat fatwa ada pautan terus ke pautan zakat pertanian, ia di ambil kira se bagai menyediakan maklumat khusus zakat pertanian. ** Ada pautan tetapi tiada penerangan. “” merujuk kepada maklumat ada disediakan oleh laman sesawang pusat berkuasa zakat Negeri dan diberikan kod 1 untuk tujuan pengiraan Tahap Maklumat “X” Maklumat ada disediakan oleh laman sesawang pusat berkuasa zakat Negeri dan diberikan kod 0 untuk tujuan pengiraan Tahap Maklumat.

11

Jadual 2 menunjukkan tahap maklumat yang disediakan oleh laman web pihak berkuasa zakat berdasarkan sepuluh item yang telah dibincangkan sebelum ini. Keputusan kajian secara keseluruhan menggambarkan maklumat yang disediakan oleh pusat zakat masih boleh dilakukan penambahbaikan kerana hanya enam (6) daripada empat belas (14) laman web pihak berkuasa zakat (43%) mencapai tahap maklumat melebihi “5”. Laman web pihak berkuasa zakat Negeri Perlis, Perak dan Kelantan mendapat skor yang rendah. Tahap pendedahan maklumat zakat pertanian yang rendah ini mungkin disebabkan ketiga-tiga laman web pihak berkuasa zakat ini adalah dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Laman web Majlis Agama Islam Negeri dibangunkan untuk mencapai pelbagai objektif termasuk pengurusan zakat dan berkemungkinan tidak dapat memberikan tumpuan kepada pendedahan maklumat zakat berkaitan. Ini berbeza dengan negeri-negeri lain (selain Terengganu) kerana pihak berkuasa zakat lain dibangunkan khusus untuk menguruskan hal ehwal zakat. Hasil kajian yang dibincangkan sebelum ini hanya berdasarkan skor tahap pendedahan maklumat. Perbincangan seterusnya meneliti secara lebih khusus maklumat zakat yang disediakan oleh setiap laman web pihak berkuasa zakat. Secara umumnya, sebahagian laman web pihak berkuasa zakat menerangkan zakat secara jelas dan mengilustrasikan keadaan semasa dalam membantu pengguna laman web membuat keputusan berkaitan pembayaran zakat. Manakala laman web pihak berkuasa zakat yang selainnya hanya membuat penerangan umum berdasarkan Ayat Al-Quran dan Hadis tanpa memberikan penerangan tambahan serta cadangan aplikasi pengiraan zakat. Bagi Negeri Kedah, maklumat zakat pertanian dinyatakan secara ringkas sahaja. Namun begitu, maklumat contoh pengiraan yang disediakan boleh membantu pembayar zakat di Negeri Kedah mengaplikasikan pengiraan zakat pertanian mengikut cadangan pihak berkuasa zakat Negeri Kedah. Kadar tertinggi 10%, tanpa tolakan kos dan pengiraan subsidi yang dianggap sebagai sebahagian harga padi, memberi gambaran bahawa Negeri Kedah mencadangkan amaun zakat yang paling tinggi perlu dibayar oleh pembayar zakat pertanian. Justeru, penerangan yang lebih jelas amat diperlukan bagi memastikan pembayar zakat di Negeri Kedah akan lebih memahami tuntutan membayar zakat seperti yang dicadangkan oleh pusat zakat. Pusat zakat Pulau Pinang juga menyediakan pautan khusus zakat pertanian. Penerangan zakat pertanian dibuat secara agak komprehensif dengan mengaplikasikan keadaan semasa pengusaha sawah padi di Negeri Pulau Pinang melalui contoh pengiraan zakat yang disediakan. Seperti Negeri Kedah, kadar zakat pertanian ditetapkan pada kadar 10%. Namun begitu, Negeri Pulau Pinang membenarkan tolakan kos seperti sewa, baja, racun, upah dan lain-lain. Maklumat berkaitan subsidi padi juga dibincangkan di mana kadarnya ditetapkan pada 2.5% .

Bagi Negeri Perak, hanya maklumat ringkas disediakan pada laman web pusat zakat bagi menjelaskan fungsi bahagian pengurusan zakat. Pautan khusus dan penerangan untuk setiap zakat termasuk zakat pertanian tidak disediakan. Namun begitu, kalkulator zakat disediakan untuk setiap jenis zakat yang lain tetapi tidak disediakan untuk zakat pertanian dan ternakan. Pihak berkuasa zakat Negeri Perak mungkin hany bergantung kepada “Facebook Zakat Perak’ sebagai laluan perbincangan permasalahan zakat (maklumat lebih menjurus kepada agihan zakat) dan pautan kepada facebook tersebut disediakan pada laman Pusat zakat perak. Dari sudut yang lain, Pusat zakat Perak tidak menyediakan pautan ke maklumat fatwa zakat pertanian atau di buat hebahan berkenaan fatwa tersebut walaupun kadar zakat pertanian telah difatwakan pada kadar zakat pertanian 5% (Abdul Nasir and Abdullah, 2015). Oleh itu pengguna laman web tidak akan mendapat maklumat yang jelas. Pusat zakat Negeri Perlis juga tidak menyediakan pautan khusus semua jenis zakat termasuk zakat pertanian. Hanya maklumat ringkas zakat secara keseluruhan disediakan tanpa menerangkan kadar

12

zakat masing-masing. Kadar 2.5% dinyatakan secara umum sebagai zakat harta. Satu kalkulator zakat disediakan di mana ia mencadangkan jumlah hasil terdiri daripada pendapatan, bonus dan lain-lain pendapatan. Pengguna akan keliru samada lain-lain pendapatan yang dicadangkan itu adalah termasuk pendapatan daripada sumber pertanian dan dikenakan kadar 2.5% sahaja. Justeru, maklumat yang disediakan tidak mampu membantu pembayar zakat untuk membuat keputusan pengiraan zakat. Seperti Negeri Perak, pihak berkuasa zakat Negeri Perlis mungkin juga bergantung kepada “Facebook Zakat Perlis” untuk perbincangan permasalahan kutipan dan pembayaran zakat, namun pautan kepada facebook ini tidak ditunjukkan pada laman web berkaitan. Bagi Pusat zakat Negeri Selangor, item khusus untuk zakat pertanian pada kandungan utama tidak dinyatakan. Namun kekeliruan mungkin timbul apabila ia kemudiannya dinyatakan sebagai salah satu jenis zakat harta pada pautan yang lain. Selain itu, penerangan untuk zakat pertanian tidak disediakan secara khusus (bertulis) pada laman web. Walaubagaimanapun, maklumat yang lengkap disediakan oleh laman web tersebut pada pautan fatwa yang disediakan. Berdasarkan Fatwa tersebut, kadar zakat pertanian yang dicadangkan adalah pada 5% tanpa tolakan kos dan kadar subsidi pada 2.5%. Fatwa tersebut bagaimanapun tidak dihebahkan melalui pautan secara terus ke zakat pertanian dan ini menyukarkan pengguna laman web mencari maklumat secara secara cekap dan berkesan. Selain itu, terdapat pautan video berkaitan zakat pertanian di laman web tersebut, tetapi video tersebut juga tidak dibuat pautan terus ke pautan zakat pertanian. Dengan kata lain, pengguna laman web perlu bijak mencari sendiri maklumat dan berkemungkinan tidak mengetahui maklumat itu wujud pada laman web pihak berkuasa zakat Negeri Selangor. Pihak berkuasa zakat Wilayah Persekutuan, Melaka, Sarawak dan Sabah masing-masing mencadangkan 3 kadar (10%, 5% dan 7.5%). Pusat Zakat Wilayah Persekutuan membuat pautan zakat pertanian dan menyediakan maklaumat zakat pertanian secara komprehensif. Pautan zakat pertanian kemudiannya dibuat pautan terus kepada pautan Fatwa zakat. Namun terdapat kelemahan kerana laman web tersebut tidak menyediakan rangka carian maklumat fatwa bagi memudahkan pencarian fatwa berdasarkan topik-topik tertentu. Laman web pihak berkuasa Zakat Negeri Melaka juga menyediakan maklumat yang hampir sama tetapi laman web tersebut juga menyediakan maklumat dalam bahasa Inggeris. Pusat zakat Sabah juga menyediakan pautan khusus zakat pertanian dan maklumat yang disediakan juga agak komprehensif. Terdapat maklumat tambahan seperti pautan ke “khutbah jumaat” yang membincangkan zakat pertanian. Laman web pihak berkuasa zakat Negeri Sarawak juga menyediakan maklumat zakat pertanian yang agak komprehensif. Selain itu, laman web juga turut menyediakan maklumat berkaitan cadangan tolakan kos pertanian dan pengiraana subsidi pada kadar 2.5%. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga laman web yang lain tidak membincangkan perkara tersebut. Negeri Kelatan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan mencadangkan dua pilihan kadar zakat pertanian (10% dan 5%) pada halaman web masing-masing. Laman web pihak berkuasa zakat Negeri Kelantan tidak menyenaraikan zakat pertanian sebagai salah satu zakat harta pada pautan jenis-jenis zakat. Walaubagaimanapau maklumat khusus tentang zakat pertanian boleh didapati pada pautan kadar zakat. Cara pendedahan maklumat ini mungkin boleh mengelirukan pengguna laman web. Laman web pihak berkuasa zakat Negeri Terengganu tidak menyediakan pautan khusus zakat pertanian. Walaubagaimanapaun, maklumat umum berkaitan kadar zakat pertanian dinyatakan pada ruangan kalkulator zakat. Ketiga-tiga pusat zakat Johor, Pahang dan Negeri Sembilan menyediakan pautan dan penerangan khusus zakat pertanian dan capaian maklumat boleh dilakukan dengan mudah dan mesra pengguna. Berbeza dengan laman web pihak berkuasa zakat Negeri Johor dan Negeri Sembilan, laman web pihak berkuasa zakat Negeri Pahang menyediakan kalkulator zakat pertanian untuk mengira jumlah zakat pertanian.

13

Secara amnya, maklumat pilihan kadar zakat yang dicadangkan oleh pihak berkuasa zakat adalah secara umum. Justeru, pembayar zakat perlu membuat keputusan sendiri tentang pemilihan kadar zakat yang bersesuaian (10%, 5% atau 7.5%). Setiap laman web menyediakan penerangan yang berbeza untuk cadangan kadar zakat yang sama. Jadual 3 dan 4 menunjukkan perbezaan pemilihan ayat keterangan yang berbeza tetapi memberi maksud yang hampir sama untuk kadar 5% zakat pertanian. Majoriti pihak berkuasa zakat menggunakan pilihan ayat “ perbelanjaan yang banyak” untuk mencadangkan pilihan kadar zakat 5%.

Lampiran 3: Penerangan Kadar 5% Zakat Pertanian untuk Negeri yang Mencadangkan Pilihan Kadar Zakat Pertanian (10%, 5% dan 7.5%)

Wilayah Persekutuan

Melaka Sabah Sarawak

Menggunakan tenaga manusia atau lainnya (binatang/jentera/ dengan perbelanjaan yang banyak kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20.

Biji-bijian dan buah-buahan yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang dan jentera atau perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20

Adapun perusahaan tersebut perlu menanggung kos atau bersusah payah sendiri pada setiap musim, maka kadar zakatnya adalah 5%.

Padi yang sampai nisabnya diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia atau lain-lain seperti binatang atau jentera atau perbelanjaan yang banyak maka Zakat Padinya ialah 5% atau 1/20.

Jadual 4: Penerangan Kadar 5% Zakat Pertanian untuk Negeri yang Mencadangkan Pilihan Kadar Zakat Pertanian (10% dan 5%)

Kelantan Terengganu Johor Pahang Negeri Sembilan

Kadar zakat yang diairi dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera dengan perbelanjaan yang banyak, maka kadar zakatnya ialah 5% arau 1/20.

Siraman menggunakan teknologi moden =1/20*hasil tuaian

5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran.

Tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau selainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20

5% jika menggunakan jentera dan saliran.

Perbincangan seterusnya untuk melihat laman web pihak berkuasa zakat yang memberikan maklumat berdasarkan amalan pertanian (padi) terkini di Malaysia. Contoh ayat yang digunakan seperti dibawah oleh pusat zakat Pulau Pinang menunjukkan cadangan yang mengaitkan situasi semasa dalam mengaplikasi amalan zakat pertanian.

“Zakat Pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang Islam sama ada dalam bentuk biji -

bijian atau buah-buahan dengan syarat-syarat tertentu. Bagi negeri Pulau Pinang, tanaman utama yang

menjadi makanan asasi penduduknya ialah padi. Sifat khusus yang membezakan zakat pertanian dengan

zakat-zakat yang lain ialah zakat pertanian merupakan zakat atas hasil sahaja, sedangkan zakat -zakat lain

merupakan zakat atas hasil dan modal sekali. ………..

Nisab

363 gantang / 1,300 kilogram / 1.3 tan bersamaan dengan nilai RM 715.00”

Kadar zakat

14

Sumber: laman web Pusat Zakat Pulau Pinang”

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Secara keseluruhan, pendedahan maklumat zakat pertanian melalui laman web masih berada pada tahap yang rendah. Justeru, pihak berkuasa zakat setiap negeri mempunyai ruang penambahbaikan untuk memastikan maklumat yang tepat dan menyeluruh disalurkan kepada pengguna laman web amnya dan pembayar zakat khasnya. Sekiranya pihak berkuasa zakat mempunyai sumber rujukan maklumat yang sahih dan pelbagai, seperti fatwa zakat pertanian sepatutnya diwarwarkan sebagai panduan kepada pembayar zakat. Langkah itu dapat mengurangkan kekeliruan pembayar zakat dan mengharmonikan amalan zakat. Kebanyakan laman web pihak berkuasa zakat kurang menitiberatkan penyebaran maklumat zakat pertanian berasaskan pelbagai sumber berlainan dengan lebih bersistematik dan mesra pengguna.

15

Berdasarkan hasil kajian, terdapat laman web pihak berkuasa zakat yang mempunyai pelbagai sumber ilmu pada laman web tersebut tetapi maklumat tersebut sukar di akses kerana laman web tersebut tidak mesra pengguna. Justeru itu, susunan laman web (layout) untuk pautan zakat pertanian dan zakat-zakat lain juga perlu dibuat penambahbaikan supaya memudahkan carian maklumat zakat dan boleh dijadikan rujukan utama kepada para pembayar zakat. Dengan kata lain, maklumat pada laman web perlu diberi nilai tambah dengan mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber lain seperti pautan video, soal jawab permasalahan zakat, buku rujukan dan artikel berkaitan ke pautan zakat pertanian dengan lebih bersistematik. . Semua laman web pihak berkuasa zakat tidak menyediakan penerangan tentang berlakunya perbezaan kadar zakat pertanian dan mengapa kadar zakat berbeza bagi sesetengah negeri. Memandangkan rakyat Malaysia tiada had sempadan untuk tinggal atau mencari rezeki di semua negeri, maka kadar zakat pertanian yang berbeza bagi sesetengah negeri ini akan menimbulkan tanda tanya, sekiranya pihak berkuasa zakat mendiamkan diri daripada membuat pencerahan kepada persoalan tersebut. Ia juga menggambarkan kurangnya kesepakatan antara negeri-negeri di Malaysia dalam penetapan kadar zakat. Maklumat ketidaksamarataan penetapan kadar zakat ini, perlulah dihebahkan kepada umum dan diberi pencerahan bagi mengelakkan salah faham dikalangan pembayar zakat di Malaysia. Kajian ini di harap dapat memberi ruang kepada majlis fatwa pada peringkat Negeri untuk duduk semeja membincangkan penetapan kadar zakat pertanian supaya rakyat Malaysia sebagai satu komuniti akan mendapatkan maklumat yang lebih jelas, dipercayai dan menjadi rujukan untuk mengurangkan kekeliruan pembayar zakat. Kajian ini memfokuskan kepada zakat pertanian sahaja dan tidak dapat menggambarkan tahap maklumat yang disediakan oleh pusat zakat secara keseluruhan. Kajian ini juga hanya menggunakan maklumat yang disediakan oleh laman web pihak berkuasa zakat, justeru hasil kajian terhad setakat maklumat yang disediakan oleh laman web tersebut. Kajian yang menyeluruh boleh dilakukan pada masa hadapan dengan mengambilkira tahap pendedahan maklumat bagi semua jenis zakat yang disebarkan melalui laman web untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan pihak berkuasa zakat. RUJUKAN: Ab Rahman, F., Abdullah, L. & Ali, N. (2015). Perbandingan Taksiran Zakat Pertanian di Negeri-Negeri

Terpilih di Malaysia. Jurnal Syariah, Jd.23, il. 1 2015), pp 1-24.

Ab Rahman, Muhamad Firdaus (2014). Pelaksanaan zakat pertanian di Malaysia berdasarkan maqasid syari'ah. Masters thesis, University of Malaya. Bab 4 Analisa Pelaksanaan Zakat Pertanian di Malaysia berdasarkan Maqasid Syari’ah Retreived at http://studentsrepo. um.edu.my/5063/5/ BAB_4.pdf. 11/10/2015.

Ab. Rahman, A; Othman, Pazim@Fadzim. (2005). Kaedah Taksiran Zakat Padi dan Kesannya Terhadap Petani : Kajian di Selangor. Jurnal syariah, 13 (1), 23-35.

Abdul Nasir, M.U; Abdullah, Luqman (2015). Fatwa-Fatwa Zakat Di Negeri Perak: Satu Analisa. Labuan e-journal of Muamalat and Society, Vol. 9, 75-91.

Al Quran Mushaf Tajwid Berserta Terjemakan Ke Dalam Bahasa Malaysia, Diterjemah Oleh Sheikh Abdullah Basmeih, Darulfikir, Kuala Lumpur

Isamail, M.Z; Md Ariffin, M.F.; Haji Abdullah, L; Rosele, M.I (2013). Zakat Pertanian di Malaysia: Satu Kajian Pemerkasaan. (2013) Labuan e-journal of Muamalat and Society, Vol. 7, 33-47

Rosele, M.I; Abdullah, L; Ismail, P; and Ramli, M.R. (2013). Konflik Fatwa Di Malaysia: Satu Kajian Awal. Jurnal Figh, No. 10 (2013) 31-56. http://e-journal.um.edu.my /filebank/ published_article/5841/002_JF2013.pdf

16

Mansor, N.H., Ab Rahman, A. & Jaafar, N. (2014). Memperkasa zakat pertanian sebagai Pelan

Pembangunan Masyarakat Melayu. Proceeding of International Conference on Masjid, Zakat

and Wakaf (IMAF 2014). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, pp 96-110.

Myibbin, M.R., Hassan, S.Z., Jasmi, K.A. & Md Saleh @ Masrom, S.F. (2004). Zakat pertanian dalam

konteks Malaysia: Satu kajian dan penilaian semula. International Seminar on Islamic Thought

at Bangunan Pentadbiran, Universiti Kebangsaan Malaysia, on 7-9 December 2004, pp 1-9.

Perangkaan Padi Malaysia 2013. Di akses pada10 Oktober 2015. http://www.doa.gov.my/. Portal Rasmi Jabatan Zakat Negeri Kedah. Di akses pada 20 September 2015. http://www.

zakatkedah.com. Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor. Di akses pada 20 September 2015. http://www.

zakatselangor.com.my Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Di akses pada 20 September

2015. http://www.e-maik.my Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Di akses pada 9 Oktober 2015.

http://www.maiamp.gov.my/ Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Diakses pada 9 Oktober 2015.

Retreived at: http://www.maips. gov.my/. Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Diakses pada 5 October

2015. http://www. maidam.gov.my/index.php/ Portal Rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor. Di akses pada 9 Oktober 2015. http://www.

maij.gov.my/ Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Di akses pada 20 September 2015.

http://www. zakat.com.my/ Portal Rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang. Di akses pada 11 Oktober 2015. www.zakatpahang.my/ Portal Rasmi Pusat Zakat Melaka. Di akses pada 5 Oktober 2015. http://www.izakat.com/ Portal Rasmi Pusat Zakat Negeri Sembilan. Di akses pada 11 Oktober 2015 www.zakatns.com.my/ Portal rasmi Pusat Zakat Sabah, Di akses pada 11 Oktober 2015. http://www.zakat.sabah. gov.my Portal Rasmi Sekreteriat Pengurusan Zakat Negeri (SPZN). Di akses pada 10 Oktober 2015

http://zakat malaysia.my Portal rasmi Tabung Baitulmal Sarawak. Di akses pada 11 Oktober 2015. https://www. tbs.org.my/ Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang. Di akses pada 11 Oktober 2015. http://www.zakatpenang.com/

LAMPIRAN: Lampiran 1: Senarai Portal Rasmi Pusat Zakat

Negeri Pusat Zakat (Portal Rasmi)

Kedah Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) Perak Majlis Agam Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK)

Perlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS)

Selangor Lembaga Zakat Selangor (LZS) Kelantan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Sarawak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Pulau Pinang Zakat Pulau Pinang

Sabah Pusat Zakat Sabah Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Pahang Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang)

Johor Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Melaka Pusat Zakat Melaka (PZM)

Negeri Sembilan Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS)

17

Wilayah Persekutuan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Lampiran 2: Statistik Kutipan Zakat Kedah 2014 dan 2013

2014 2103 Peningkatan

RM % RM % RM %

Pendapatan 78,895,163 58.02 63,272,098 52.23 15,623,065 24.69

Perniagaan 24,828,055 18.26 29,655,033 24.48 -4,826,978 -16.28

Wang simpanan 9,660,772 7.10 8,944,101 7.38 716,671 8.01

Fitrah 7,837,199 5.76 7,459,294 6.16 377,905 5.07

Padi 5,207,133 3.83 4,469,391 3.69 737,742 16.51

KWSP 894,818 0.66 809,613 0.67 85,205 10.52

Emas 725,394 0.53 741,015 0.61 -15,621 -2.11

Saham 251,187 0.18 243,907 0.20 7,280 2.98

Ternakan 19,614 0.01 14,375 0.01 5,239 36.45

Lain-lain 7,663,184 5.64 5,527,657 4.56 2,135,527 38.63

Jumlah kutipan 135,982,519 100.00 121,136,484 100.00 14,846,035 12.26

Sumber: Portal Rasmi Pusat Zakat Kedah