undang-undang mala ysia - agc.gov.my 562.pdf · 6 u ndang-u ndang m alaysia a k t a 562 s eksyen 4...

62
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 562 AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: others

Post on 13-Oct-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL1997

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

2 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 18 Jun 1997

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 30 Jun 1997

Tandatangan Digital 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

SURUHANJAYA DAN PELESENAN PIHAK BERKUASAPEMERAKUAN

3. Pelantikan Suruhanjaya

4. Pihak berkuasa pemerakuan hendaklah dilesenkan

5. Kelayakan pihak berkuasa pemerakuan

6. Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

7. Permohonan bagi mendapatkan lesen

8. Pemberian atau keengganan memberi lesen

9. Pembatalan lesen

10. Rayuan

11. Penyerahan balik lesen

12. Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen

13. Kesan ketiadaan lesen

14. Pengembalian lesen

15. Lesen terhad

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Seksyen

16. Sekatan ke atas penggunaan ungkapan “pihak berkuasa pemerakuan”

17. Pembaharuan lesen

18. Lesen hilang

19. Pengiktirafan lesen lain

20. Audit prestasi

21. Pengecualian daripada audit prestasi

BAHAGIAN III

KEHENDAK KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMERAKUANBERLESEN

22. Aktiviti pihak berkuasa pemerakuan berlesen

23. Kehendak untuk mempamerkan lesen

24. Kehendak untuk mengemukakan maklumat dan butir-butir yangberhubungan dengan kendalian perniagaan

25. Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat

26. Kehendak tentang pengiklanan

BAHAGIAN IV

KEWAJIPAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESENDAN PELANGGAN

BAB 1

Kehendak am bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

27. Penggunaan sistem boleh dipercayai

28. Penzahiran atas pertanyaan

29. Prasyarat kepada pengeluaran perakuan kepada pelanggan

30. Penyiaran perakuan yang dikeluarkan dan diterima

31. Penerimapakaian kehendak yang lebih ketat dibenarkan

32. Penggantungan atau pembatalan perakuan kerana pengeluaran tidakbetul

33. Penggantungan atau pembatalan perakuan oleh perintah

Tandatangan Digital 5

BAB 2

Waranti dan obligasi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

Seksyen

34. Waranti kepada pelanggan

35. Obligasi berterusan kepada pelanggan

36. Representasi atas pengeluaran

37. Representasi atas penyiaran

BAB 3

Representasi dan kewajipan atas penerimaan perakuan

38. Representasi tersirat oleh pelanggan

39. Representasi oleh ejen pelanggan

40. Penolakan atau tanggung rugi terhad

41. Penanggungan kerugian pihak berkuasa pemerakuan berlesen olehpelanggan

42. Pemerakuan ketepatan maklumat yang diberikan

BAB 4

Kawalan ke atas kunci persendirian

43. Kewajipan pelanggan untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat

44. Harta dalam kunci persendirian

45. Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjadi fidusiari jikamemegang kunci persendirian pelanggan

BAB 5

Penggantungan perakuan

46. Penggantungan perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesenyang mengeluarkan

47. Penggantungan perakuan oleh Suruhanjaya atau mahkamah

48. Notis penggantungan

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Seksyen

49. Penamatan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan

50. Tatacara kontraktual silih ganti

51. Larangan terhadap permintaan palsu atau tanpa kuasa bagi penggantunganperakuan

52. Kesan penggantungan perakuan

BAB 6

Pembatalan perakuan

53. Pembatalan atas permintaan

54. Pembatalan atas kematian atau pembubaran pelanggan

55. Pembatalan perakuan yang tidak boleh dipercayai

56. Notis pembatalan

57. Kesan permintaan pembatalan atas pelanggan

58. Kesan pemberitahuan atas pihak berkuasa pemerakuan berlesen

BAB 7

Habisnya tempoh perakuan

59. Habisnya tempoh perakuan

BAB 8

Had pergantungan yang disyorkan dan liabiliti

60. Had pergantungan yang disyorkan

61. Had liabiliti bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

BAHAGIAN V

KESAN TANDATANGAN DIGITAL

62. Kepuasan kehendak tandatangan

63. Tandatangan digital yang tidak boleh dipercayai

64. Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumenbertulis

Tandatangan Digital 7

Seksyen

65. Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumenasal

66. Pengesahan tandatangan digital

67. Anggapan dalam menghakimi pertikaian

BAHAGIAN VI

REPOSITORI DAN PERKHIDMATAN PENANDATARIKH/MASA

68. Pengiktirafan repositori

69. Liabiliti repositori

70. Pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa

BAHAGIAN VII

AM

71. Larangan terhadap aktiviti merbahaya

72. Kewajipan kerahsiaan

73. Maklumat palsu

74. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

75. Pegawai diberi kuasa

75A. Penguatkuasaan oleh pegawai polis

76. Kuasa untuk menyiasat

77. Penggeledahan dengan waran

78. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

79. Akses kepada data berkomputer

80. Senarai benda disita

81. Halangan pegawai diberi kuasa

82. Kuasa tambahan

83. Penalti am

84. Mendapatkan kos prosedural

85. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan bolehdiperdapatkan

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Seksyen

86. Permulaan dan penjalanan pendakwaan

87. Bidang kuasa membicarakan kesalahan

88. Perlindungan Suruhanjaya dan pegawai

89. Kuasa untuk mengecualikan

90. Batasan atas penolakan atau pengehadan pemakaian Akta

91. Peraturan-peraturan

92. Kecualian dan peralihan

Tandatangan Digital 9

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai, dan untukmengawal selia penggunaan, tandatangan digital dan untukmengadakan peruntukan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

[1 Oktober 1998, P.U. (B) 397/1998]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tandatangan Digital 1997dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteriboleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yangberlainan Akta ini.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“Akta ini” termasuklah mana-mana peraturan yang dibuat dibawah Akta ini;

“berpadanan”, berkenaan dengan kunci, ertinya daripada pasangankunci yang sama;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini ataumana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

“had pergantungan yang disyorkan” ertinya jumlah wang yangdisyorkan bagi pergantungan pada sesuatu perakuan di bawah seksyen60;

“kunci awam” ertinya kunci sesuatu pasangan kunci yangdigunakan untuk mengesahbetulkan sesuatu tandatangan digital;

“kunci persendirian” ertinya kunci sesuatu pasangan kunci yangdigunakan untuk menghasilkan sesuatu tandatangan digital;

“memalsukan tandatangan digital” ertinya—

(a) untuk menghasilkan suatu tandatangan digital tanpakebenaran pemegang sah kunci persendirian itu; atau

(b) untuk menghasilkan suatu tandatangan digital yang bolehdisahbetulkan oleh suatu perakuan yang menyenaraikansebagai pelanggan seseorang yang sama ada tidak wujudatau tidak memegang kunci persendirian yang berpadanandengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuanitu;

“membatalkan perakuan” ertinya untuk menjadikan sesuatuperakuan tidak berkesan selama-lamanya dari suatu masa yangdinyatakan ke hadapan;

“memberitahu” ertinya untuk memaklumkan sesuatu fakta kepadaseorang yang lain mengikut cara yang di bawah hal keadaan ituadalah berkemungkinan secara munasabah untuk menyampaikanpengetahuan mengenai maklumat itu kepada orang lain itu;

“memegang kunci persendirian” ertinya supaya boleh menggunakansuatu kunci persendirian;

“memegang kunci persendirian secara sah” ertinya supaya bolehmenggunakan suatu kunci persendirian—

(a) yang pemegang itu atau ejen pemegang itu tidakmendedahkan kepada mana-mana orang dengan melanggarAkta ini; dan

(b) yang pemegang itu tidak memperoleh melalui pencurian,perdayaan, pemasangan telinga atau cara lain yangmenyalahi undang-undang;

Tandatangan Digital 11

“memperakui” ertinya untuk mengisytiharkan berkenaan dengansesuatu perakuan, dengan peluang yang lebih daripada cukup untukmenimbangkan, dan dengan kewajipan untuk memaklumkan dirimengenai segala fakta material;

“menerima perakuan” ertinya—(a) untuk menunjukkan persetujuan kepada sesuatu perakuan,

apabila mengetahui atau mempunyai notis mengenaikandungannya; atau

(b) untuk memohon kepada pihak berkuasa pemerakuanberlesen bagi suatu perakuan, tanpa membatalkanpermohonan itu dengan menghantarserahkan notispembatalan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesenitu, dan memperoleh resit bertulis yang ditandatanganidaripada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu, jikapihak berkuasa pemerakuan berlesen itu kemudiannyamengeluarkan suatu perakuan berdasarkan permohonanitu;

“mengeluarkan perakuan” ertinya tindakan pihak berkuasapemerakuan dalam menghasilkan suatu perakuan dan memberitahupelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu mengenai kandunganperakuan itu;

“mengesahbetulkan tandatangan digital” ertinya, berhubung dengansesuatu tandatangan digital, mesej dan kunci awam tertentu, untukmenentukan dengan tepat bahawa—

(a) tandatangan digital itu dihasilkan oleh kunci persendirianyang berpadanan dengan kunci awam itu; dan

(b) mesej itu tidak diubah sejak tandatangan digitalnyadihasilkan;

“mengesahkan” ertinya untuk menentukan melalui pertanyaandan penyiasatan yang tekun;

“menggabungkan secara rujukan” ertinya untuk menjadikan satumesej sebahagian daripada suatu mesej yang lain dengan mengenalpasti mesej yang hendak digabungkan dan menyatakan niat bahawaia digabungkan;

“menggantung perakuan” ertinya untuk menjadikan sesuatuperakuan tidak berkesan untuk sementara bagi suatu masa yangdinyatakan ke hadapan;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

“menyiarkan” ertinya untuk merekodkan atau memfailkan dalamsuatu repositori;

“mesej” ertinya suatu pernyataan digital maklumat;

“orang” ertinya orang sebenar atau kumpulan orang, yangdiperbadankan atau tidak diperbadankan, yang berkebolehanmenandatangani suatu dokumen, sama ada di sisi undang-undangatau sebagai perkara fakta;

“pasangan kunci” ertinya kunci persendirian dan kunci awamyang berpadanan dengannya dalam suatu sistem kripto tidak simetri,yang kunci awam itu boleh mengesahbetulkan suatu tandatangandigital yang dihasilkan oleh kunci persendirian itu;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberikuasa di bawah seksyen 75;

“pelanggan” ertinya seseorang yang—

(a) merupakan subjek yang disenaraikan dalam sesuatuperakuan;

(b) menerima perakuan itu; dan

(c) memegang kunci persendirian yang berpadanan dengankunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu;

“penanda masa” ertinya—

(a) untuk menambahkan atau menggabungkan kepada sesuatumesej, tandatangan digital atau perakuan suatu catatanyang ditandatangani secara digital yang menyatakansekurang-kurangnya tarikh, masa dan identiti orang yangmenambahkan atau menggabungkan catatan itu; atau

(b) catatan yang ditambahkan atau digabungkan sedemikian;

“penerima” ertinya seseorang yang menerima atau mempunyaisuatu tandatangan digital dan berada dalam kedudukan untukbergantung padanya;

“perakuan” ertinya suatu rekod berasas komputer yang—

(a) mengenal pasti pihak berkuasa pemerakuan yangmengeluarkannya;

Tandatangan Digital 13

(b) menamakan atau mengenal pasti pelanggannya;

(c) mengandungi kunci awam pelanggan itu; dan

(d) ditandatangani secara digital oleh pihak berkuasapemerakuan yang mengeluarkannya;

“perakuan sah” ertinya suatu perakuan yang—

(a) dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen;

(b) diterima oleh pelanggan yang disenaraikan di dalamnya;

(c) tidak dibatalkan atau digantung; dan

(d) tidak habisnya tempoh:

Dengan syarat bahawa suatu perakuan transaksi merupakan suatuperakuan sah hanya berhubungan dengan tandatangan digital yangdigabungkan dalamnya secara rujukan;

“perakuan transaksi” ertinya suatu perakuan, yang menggabungkansecara rujukan satu atau lebih tandatangan digital, yang dikeluarkandan sah untuk suatu transaksi spesifik;

“perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf” ertinya sesuatuperkhidmatan penanda tarikh/masa yang diiktiraf oleh Suruhanjayadi bawah seksyen 70;

“pernyataan amalan pemerakuan” ertinya suatu perisytiharanamalan yang digunakan oleh sesuatu pihak berkuasa pemerakuandalam mengeluarkan perakuan secara am, atau yang telah digunakandalam mengeluarkan suatu perakuan tertentu;

“pihak berkuasa pemerakuan” ertinya seseorang yangmengeluarkan perakuan;

“pihak berkuasa pemerakuan berlesen” ertinya sesuatu pihakberkuasa pemerakuan yang kepadanya suatu lesen telah dikeluarkanoleh Suruhanjaya dan yang lesennya sedang berkuat kuasa;

“pihak berkuasa pemerakuan yang layak” ertinya sesuatu pihakberkuasa pemerakuan yang memenuhi kehendak di bawahseksyen 5;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

“rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan” ertinya suaturekod dalam talian dan yang boleh capai awam yang berkenaandengan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang disimpanoleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 3(5);

“repositori” ertinya suatu sistem untuk menstor dan mendapatsemula perakuan dan maklumat lain yang relevan kepada tandatangandigital;

“repositori diiktiraf” ertinya sesuatu repositori yang diiktirafoleh Suruhanjaya di bawah seksyen 68;

“sistem boleh dipercayai” ertinya perkakasan dan perisian komputeryang—

(a) dengan munasabahnya selamat daripada penerobosan dansalah guna;

(b) memperuntukkan aras kebolehsediaan, kebolehpercayaandan pengendalian yang betul yang munasabah; dan

(c) dengan munasabahnya sesuai bagi melaksanakan fungsinyayang diniatkan;

“sistem kripto tidak simetri” ertinya suatu algoritma atau sirialgoritma yang memberikan suatu pasangan kunci yang selamat;

*“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediaMalaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589];

“tandatangan digital” ertinya penjelmaan sesuatu mesej denganmenggunakan suatu sistem kripto tidak simetri dengan sedemikianyang seseorang yang mempunyai mesej awal itu dan kunci awampenandatangan boleh menentukan dengan tepat—

(a) sama ada penjelmaan itu telah dihasilkan denganmenggunakan kunci persendirian yang berpadanan dengankunci awam penandatangan itu; dan

(b) sama ada mesej itu telah diubah sejak penjelmaan itudibuat;

*CATATAN—Apabila Akta A1121 mula berkuat kuasa, sebutan tentang Pengawal Pihak BerkuasaPemerakuan (“Pengawal”) atau mana-mana pegawai dan pekhidmat yang dilantik oleh Pengawal,hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Suruhanjaya atau pegawainya yang diberi kuasa—lihat seksyen 19 Akta A1121.

Tandatangan Digital 15

“tulisan” atau “bertulis” termasuklah apa-apa tulisan tangan,tulisan taip, pencetakan, storan atau penghantaran elektronik, atauapa-apa cara merekodkan maklumat atau merakamkan maklumatdalam bentuk yang boleh dikekalkan yang lain.

(2) Bagi maksud Akta ini, suatu perakuan hendaklah dibatalkandengan membuat suatu catatan bahawa ia dibatalkan pada perakuanitu atau dengan memasukkan perakuan itu dalam suatu set perakuanyang dibatalkan.

(3) Pembatalan suatu perakuan tidak bermakna bahawa perakuanitu dimusnahkan atau dijadikan tidak dapat dibaca.

BAHAGIAN II

SURUHANJAYA DAN PELESENAN PIHAK BERKUASAPEMERAKUAN

Pelantikan Suruhanjaya

3. (1) Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran,penguatkuasaan, penjalanan dan pelaksanaan peruntukan Akta inidan hendaklah menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa,kewajipan dan fungsi di bawah Akta ini bagi maksud mengawasidan menyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan.

(2) (Dipotong oleh Akta A1121).

(3) (Dipotong oleh Akta A1121).

(4) Suruhanjaya dan pekerjanya hendaklah menjalankan kuasanyadi bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa arahan tentang dasaram dan perintah yang diberikan atau dibuat oleh Menteri.

(5) Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu pangkalandata boleh capai awam yang mengandungi rekod penzahiran pihakberkuasa pemerakuan bagi setiap pihak berkuasa pemerakuan berlesenyang hendaklah mengandungi segala butir-butir yang dikehendakidi bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(6) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan kandungan pangkalandata itu dalam sekurang-kurangnya satu repositori diiktiraf.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Pihak berkuasa pemerakuan hendaklah dilesenkan

4. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan,atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan ataumengendalikan, sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan melainkanjika orang itu memegang suatu lesen sah yang dikeluarkan dibawah Akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihilima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatukesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidakmelebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terusdilakukan.

(3) Menteri boleh, apabila dibuat suatu permohonan secara bertulismengikut Akta ini, mengecualikan—

(a) seseorang yang beroperasi sebagai pihak berkuasapemerakuan dalam sesuatu organisasi jika perakuan danpasangan kunci dikeluarkan kepada anggota organisasiitu untuk kegunaan dalaman sahaja; dan

(b) mana-mana orang atau golongan orang lain yang difikirkanpatut oleh Menteri,

daripada kehendak seksyen ini.

(4) Menteri boleh mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen(3) kepada Suruhanjaya dan kuasa itu bolehlah dijalankan olehSuruhanjaya atas nama dan bagi pihak Menteri.

(5) Pewakilan di bawah subseksyen (4) tidaklah menghalangMenteri sendiri daripada menjalankan kuasa yang diwakilkansedemikian pada bila-bila masa.

(6) Had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IVtidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikandan Bahagian V tidak terpakai berhubung dengan tandatangandigital yang disahbetulkan oleh perakuan yang dikeluarkan olehpihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikan.

Tandatangan Digital 17

Kelayakan pihak berkuasa pemerakuan

5. (1) Menteri hendaklah, melalui peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini, menetapkan kehendak kelayakan bagi pihakberkuasa pemerakuan.

(2) Menteri boleh pada bila-bila masa mengubah atau memindakehendak kelayakan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)dengan syarat bahawa apa-apa perubahan atau pindaan sedemikiantidak boleh terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan yang memeganglesen sah di bawah Akta ini sehingga lesen itu habisnya tempoh.

Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

6. (1) Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen adalah untukmengeluarkan perakuan kepada pelanggan apabila dipohon danapabila kehendak pihak berkuasa pemerakuan berlesen tentangidentiti pelanggan yang hendak disenaraikan dalam perakuandipuaskan dan apabila dibayar fi dan caj yang ditetapkan.

(2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, sebelummengeluarkan mana-mana perakuan di bawah Akta ini, mengambilsegala langkah munasabah untuk memeriksa bagi pengenalpastiansewajarnya pelanggan yang hendak disenaraikan dalam perakuan.

(3) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, apabila mana-mana perakuan dikeluarkan di bawah Akta ini, menyebabkan supayapermohonan bagi perakuan itu diperakui oleh notari awam yangdilantik dengan sewajarnya di bawah Akta Notari Awam 1959[Akta 115].

Permohonan bagi mendapatkan lesen

7. (1) Suatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Aktaini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Suruhanjaya dalamborang yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklahdisertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimanayang ditetapkan dan Suruhanjaya boleh, secara lisan atau bertulispada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dansebelum permohonan itu ditentukan, menghendaki pemohon memberi

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yangdifikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud menentukankesesuaian pemohon untuk lesen itu.

(3) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yangdikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohondalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apapelanjutannya yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohonan ituhendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskanlagi, tanpa menjejaskan permohonan baru dibuat oleh pemohon.

Pemberian atau keengganan memberi lesen

8. (1) Suruhanjaya hendaklah, apabila permohonan dibuat dengansewajarnya mengikut seksyen 7 dan selepas diberi segala dokumendan maklumat yang dikehendakinya, menimbangkan permohonanitu, dan jika ia berpuas hati bahawa pemohon ialah suatu pihakberkuasa pemerakuan yang layak dan pemegang lessen yang sesuai,dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberikan lesen denganatau tanpa syarat, atau enggan memberikan lesen.

(2) Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1)hendaklah menyatakan jangka masa lesen dan nombor lesen.

(3) Terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan di bawahlesen boleh diubah atau dipinda oleh Suruhanjaya pada bila-bilamasa dengan syarat bahawa pemegang lesen diberi peluang yangmunasabah untuk didengar.

(4) Jika Suruhanjaya enggan memberikan lesen, ia hendaklahdengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenaikeengganannya itu.

Pembatalan lesen

9. (1) Suruhanjaya boleh membatalkan sesuatu lesen yang diberikandi bawah seksyen 8 jika ia berpuas hati bahawa—

(a) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak mematuhimana-mana obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh ataudi bawah Akta ini;

(b) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah melanggarmana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang

Tandatangan Digital 19

bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telahdibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan denganpelanggaran sedemikian;

(c) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah, sama adaberkaitan dengan permohonan bagi mendapatkan lesenitu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu,memberi Suruhanjaya maklumat yang palsu, mengelirukanatau tidak tepat atau dokumen atau perisytiharan yangdibuat oleh atau bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesenitu atau oleh atau bagi pihak mana-mana orang yangadalah atau yang akan menjadi pengarah, suruhanjayaatau pengurus pihak berkuasa pemerakuan berlesen ituyang palsu, mengelirukan atau tidak tepat;

(d) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menjalankanperniagaannya mengikut cara yang memudaratkankepentingan awam atau ekonomi negara;

(e) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak mempunyaiaset yang mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya;

(f) suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pihakberkuasa pemerakuan berlesen itu atau suatu ketetapanbagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan;

(g) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau mana-manapegawainya yang memegang jawatan pengurusan ataueksekutif telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yangmelibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak;

(h) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau pengarah,suruhanjaya atau pengurusnya telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini; atau

(i) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu terhenti menjadipihak berkuasa pemerakuan yang layak.

(2) Sebelum membatalkan sesuatu lesen, Suruhanjaya hendaklahmemberi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu notis bertulismengenai niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki pihakberkuasa pemerakuan berlesen itu menunjukkan sebab dalam tempohyang dinyatakan dalam notis itu mengapa lesen itu tidak patutdibatalkan.

(3) Jika Suruhanjaya memutuskan untuk membatalkan lesen itu,ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pihak berkuasapemerakuan berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya itu.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(4) Pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa—

(a) jika tiada rayuan dibuat terhadap pembatalan itu, apabilahabisnya tempoh empat belas hari dari tarikh notispembatalan itu disampaikan kepada pihak berkuasapemerakuan berlesen itu; atau

(b) jika terdapat rayuan terhadap pembatalan itu, apabilapembatalan itu disahkan oleh Menteri.

(5) Jika suatu rayuan telah dibuat terhadap pembatalan sesuatulesen, pihak berkuasa pemerakuan yang lesennya telah dibatalkansedemikian tidak boleh mengeluarkan apa-apa perakuan sehinggalahrayuan itu dibereskan dan pembatalan itu telah diketepikan olehMenteri tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh mencegahpihak berkuasa pemerakuan itu daripada memenuhi obligasinyayang lain kepada pelanggannya dalam tempoh itu.

(6) Seseorang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihilima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(7) Jika pembatalan sesuatu lesen telah mula berkuat kuasa,Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik,menyebabkan supaya pembatalan itu disiarkan dalam rekodpenzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnyabagi pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan diiklankandalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasakebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggerisselama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

(8) Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan ataumengiklankan notis pembatalan itu tidaklah dengan apa-apa juacara menyentuh kesahan pembatalan itu.

Rayuan

10. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan—

(a) keengganan Suruhanjaya untuk melesenkan mana-manapihak berkuasa pemerakuan di bawah seksyen 8 ataumemperbaharui mana-mana lesen sedemikian di bawahseksyen 17; atau

Tandatangan Digital 21

(b) pembatalan mana-mana lesen di bawah seksyen 9,

boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empatbelas hari dari tarikh notis keengganan atau pembatalan itudisampaikan kepada orang itu.

(2) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamaddan konklusif.

Penyerahan balik lesen

11. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen bolehmenyerahkan balik lesennya dengan mengemukakan lesen itu kepadaSuruhanjaya berserta dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahanbaliknya.

(2) Penyerahan balik itu hendaklah mula berkuat kuasa padatarikh Suruhanjaya menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen(1), atau jika suatu tarikh yang lebih lewat dinyatakan dalam notisitu, pada tarikh itu.

(3) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, tidaklewat dari empat belas hari selepas tarikh yang disebut dalamsubseksyen (2), menyebabkan supaya penyerahan balik itu disiarkandalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan pihak berkuasapemerakuan yang berkenaan dan diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dansatu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempohlesen

12. (1) Jika pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen 9 ataupenyerahan baliknya di bawah seksyen 11 telah mula berkuat kuasa,atau jika lesen itu telah habisnya tempoh, maka pihak berkuasapemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta berhentimenjalankan atau mengendalikan apa-apa perniagaan yang berkenaandengannya lesen itu telah diberikan.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syorSuruhanjaya, membenarkan secara bertulis pihak berkuasapemerakuan berlesen itu menjalankan perniagaannya selama suatujangka masa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalamkebenaran itu bagi maksud penggulungan hal-ehwalnya.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(3) Walau apa pun subseksyen (1), suatu pihak berkuasapemerakuan berlesen yang lesennya telah habisnya tempoh berhakmenjalankan perniagaannya seolah-olah lesennya tidak habisnyatempoh apabila bukti dikemukakan kepada Suruhanjaya bahawapihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah memohon bagipembaharuan lesen itu dan bahawa permohonan itu sedang menunggupenentuan.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihilima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatukesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidakmelebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terusdilakukan.

(5) Tanpa menjejaskan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen33, pembatalan lesen di bawah seksyen 9 atau penyerahan baliknyadi bawah seksyen 11 atau habisnya tempohnya tidak boleh menyentuhkesahan atau kesan mana-mana perakuan yang dikeluarkan olehpihak berkuasa pemerakuan berkenaan sebelum pembatalan,penyerahan balik atau habisnya tempoh itu.

(6) Bagi maksud subseksyen (5), Suruhanjaya hendaklah melantiksuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen lain untuk mengambilalih perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuanyang lesennya telah dibatalkan atau diserahkan balik atau telahhabisnya tempoh dan perakuan sedemikian hendaklah, setakat yangia mematuhi kehendak pihak berkuasa pemerakuan berlesen yangdilantik, disifatkan sebagai dikeluarkan oleh pihak berkuasapemerakuan berlesen itu.

(7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh menghalangpihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik daripadamenghendaki pelanggan itu mematuhi kehendaknya berhubungdengan pengeluaran perakuan atau daripada mengeluarkan suatuperakuan baru kepada pelanggan itu bagi tempoh yang belumhabis perakuan asal dengan syarat bahawa apa-apa fi atau cajtambahan yang hendak dikenakan hendaklah hanya dikenakan dengankebenaran bertulis terdahulu Suruhanjaya.

(8) Jika Suruhanjaya telah melantik suatu pihak berkuasapemerakuan berlesen untuk mengambil alih perakuan sesuatu pihakberkuasa pemerakuan di bawah subseksyen (6), pihak berkuasa

Tandatangan Digital 23

pemerakuan itu hendaklah membayar kepada pihak berkuasapemerakuan berlesen yang dilantik itu apa-apa bahagian fi yangditetapkan yang dibayar oleh pelanggan kepadanya sebagaimanayang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Kesan ketiadaan lesen

13. (1) Had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IVtidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan tidak berlesen.

(2) Bahagian V tidak terpakai berhubung dengan sesuatutandatangan digital yang tidak dapat disahbetulkan oleh suatuperakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuanberlesen.

(3) Dalam mana-mana hal lain, melainkan jika pihak-pihak itumemperuntukkan selainnya secara nyata melalui kontrak antaramereka sendiri, kehendak pelesenan di bawah Akta ini tidakmenyentuh keberkesanan, kuat kuasa atau kesahan mana-manatandatangan digital.

Pengembalian lesen

14. (1) Jika pembatalan lesen di bawah seksyen 9 telah mulaberkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habisnya tempoh dan tiadapermohonan untuk pembaharuannya dikemukakan dalam tempohyang dinyatakan atau jika permohonan untuk pembaharuan telahditolak di bawah seksyen 17, maka pihak berkuasa pemerakuanberlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari mengembalikanlesen itu kepada Suruhanjaya.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihilima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatukesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidakmelebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terusdilakukan, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen itudan mengemukakannya kepada Suruhanjaya.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Lesen terhad

15. (1) Suruhanjaya boleh mengelaskan lesen mengikut batasanyang dinyatakan termasuk—

(a) bilangan maksimum perakuan belum selesai;

(b) maksimum kumulatif had pergantungan yang disyorkandalam perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasapemerakuan berlesen; dan

(c) pengeluaran hanya dalam satu firma atau organisasi.

(2) Suruhanjaya boleh mengeluarkan lesen yang dihadkanmengikut batasan setiap pengelasan.

(3) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkanperakuan melebihi sekatan lesennya melakukan suatu kesalahan.

(4) Jika sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesenmengeluarkan perakuan melebihi sekatan lesennya, had liabilitiyang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagipihak berkuasa pemerakuan berlesen itu berhubung dengan perakuanitu.

(5) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) atau (4) bolehmenyentuh kesahan atau kesan perakuan yang dikeluarkan itu.

Sekatan ke atas penggunaan ungkapan “pihak berkuasapemerakuan”

16. Kecuali dengan keizinan bertulis Suruhanjaya, tiada seorangpun, yang bukannya suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen,boleh memakai atau menggunakan ungkapan “pihak berkuasapemerakuan” atau “pihak berkuasa pemerakuan berlesen”, mengikutmana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada ungkapanini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalananatau pengendalian perniagaan sedemikian, berhubung denganperniagaan atau mana-mana bahagian perniagaan yang dijalankanoleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksudsedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, kertas, notis, iklanatau dengan apa-apa cara lain.

Tandatangan Digital 25

Pembaharuan lesen

17. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahmengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya dalam borangyang ditetapkan untuk pembaharuan lesennya sekurang-kurangnyatiga puluh, tetapi tidak lebih daripada enam puluh, hari sebelumtarikh habisnya tempoh lesen itu dan permohonan itu hendaklahdisertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimanayang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(2) Fi yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonanitu diluluskan.

(3) Jika mana-mana pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidakmempunyai niat untuk memperbaharui lesennya, pihak berkuasapemerakuan berlesen itu hendaklah, sekurang-kurangnya tiga puluhhari sebelum habisnya tempoh lesen itu, menyiarkan niat itu dalamrekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan pihak berkuasapemerakuan yang berkenaan dan mengiklankan niat itu dalamsekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasakebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggerisselama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

(4) Tanpa menjejaskan apa-apa alasan lain, Suruhanjaya bolehenggan memperbaharui sesuatu lesen jika kehendak subseksyen(1) tidak dipatuhi.

Lesen hilang

18. (1) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen telah hilanglesennya, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjayasecara bertulis mengenai kehilangan itu.

(2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, denganseberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu permohonanuntuk lesen gantian dengan disertakan segala maklumat dan dokumensebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya bersama denganfi yang ditetapkan.

Pengiktirafan lesen lain

19. (1) Suruhanjaya boleh mengiktiraf, melalui perintah yangdisiarkan dalam Warta, pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkanatau yang diberi kuasa selainnya oleh entiti kerajaan di luar Malaysiayang memuaskan kehendak yang ditetapkan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(2) Jika suatu lesen atau pemberikuasaan lain daripada sesuatuentiti kerajaan diiktiraf di bawah subseksyen (1),—

(a) had pergantungan yang disyorkan, jika ada, yang dinyatakandalam perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasapemerakuan yang dilesenkan atau yang diberi kuasaselainnya oleh entiti kerajaan itu hendaklah berkuat kuasamengikut cara yang sama seperti had pergantungan yangdisyorkan yang dinyatakan dalam perakuan yangdikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesenMalaysia; dan

(b) Bahagian V hendaklah terpakai bagi perakuan yangdikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yangdilesenkan atau yang diberi kuasa selainnya oleh entitikerajaan itu mengikut cara yang sama seperti ia terpakaibagi perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasapemerakuan berlesen Malaysia.

Audit prestasi

*20. (1) Pengendalian sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesenhendaklah diaudit sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untukmenilai pematuhannya dengan Akta ini.

(2) Audit itu hendaklah dijalankan oleh seorang akauntanawam diperakui yang mempunyai kepakaran dalam keselamatankomputer atau oleh seorang ahli profesional keselamatan komputerbertauliah.

(3) Kelayakan juruaudit dan tatacara bagi audit hendaklahsebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini.

(4) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam rekod penzahiranpihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihakberkuasa pemerakuan berlesen yang berkenaan tarikh dan keputusanaudit itu.

*CATATAN—Bank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksudpelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenalisebagai “RENTAS”—lihat P.U. (A) 300/1999.

Tandatangan Digital 27

Pengecualian daripada audit prestasi

21. (1) Suruhanjaya boleh mengecualikan sesuatu pihak berkuasapemerakuan berlesen daripada kehendak seksyen 20 jika—

(a) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu meminta secarabertulis untuk pengecualian;

(b) audit prestasi terbaru, jika ada, ke atas pihak berkuasapemerakuan berlesen itu menghasilkan dapatan bahawaterdapat pematuhan penuh atau substansial dengan Aktaini; dan

(c) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mengisytiharkandengan terikat dengan sumpah atau ikrar bahawa satuatau lebih daripada yang berikut adalah benar berkenaandengan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu:

(i) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telahmengeluarkan kurang daripada enam perakuansepanjang tahun yang lalu itu dan jumlah hadpergantungan yang disyorkan bagi semua perakuanitu tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit;

(ii) hayat agregat semua perakuan yang dikeluarkanoleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itusepanjang tahun yang lalu itu adalah kurang daripadatiga puluh hari dan jumlah had pergantungan yangdisyorkan bagi semua perakuan itu tidak melebihidua puluh lima ribu ringgit;

(iii) had pergantungan yang disyorkan bagi semuaperakuan yang belum selesai dan yang dikeluarkanoleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen ituberjumlah kurang daripada dua ribu lima ratusringgit.

(2) Jika pengisytiharan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itudi bawah perenggan (1)(c) menyatakan dengan palsu suatu faktamaterial, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklahdisifatkan sebagai tidak mematuhi kehendak audit prestasi di bawahseksyen 20.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(3) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen dikecualikandi bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalamrekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakanolehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yangberkenaan suatu pernyataan bahawa pihak berkuasa pemerakuanberlesen itu dikecualikan daripada kehendak audit prestasi di bawahseksyen 20.

BAHAGIAN III

KEHENDAK KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMERAKUANBERLESEN

Aktiviti pihak berkuasa pemerakuan berlesen

22. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanyamenjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam lesennya.

(2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahmenjalankan aktivitinya mengikut Akta ini dan apa-apa peraturanyang dibuat di bawah Akta ini.

Kehendak untuk mempamerkan lesen

23. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah padasetiap masa mempamerkan lesennya pada suatu tempat yang mudahdilihat di tempat perniagaannya.

Kehendak untuk mengemukakan maklumat dan butir-butiryang berhubungan dengan kendalian perniagaan

*24. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahmengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat dan butir-butir termasuk pernyataan kewangan, kunci kira-kira dan akaunkeuntungan dan kerugian teraudit yang berhubungan dengankeseluruhan kendalian perniagaannya sebagaimana yang dikehendakioleh Suruhanjaya dalam apa-apa tempoh yang ditentukannya.

*CATATAN—Bank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksudpelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenalisebagai “RENTAS”—lihat P.U. (A) 300/1999.

Tandatangan Digital 29

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihisatu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihidua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yangberterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihidua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat

*25. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah,sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaranpengarah atau ketua pegawai eksekutifnya, memberi kepadaSuruhanjaya butir-butir secara bertulis mengenai apa-apa pindaan,perubahan atau pertukaran yang dicadangkan itu.

(2) Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahdengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya mengenai apa-apapindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat atau dokumenyang telah diberikan kepada Suruhanjaya berkaitan dengan lesenitu.

Kehendak tentang pengiklanan

26. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak bolehmenyiarkan, sama ada dalam akhbar, risalah atau selainnya, apa-apa iklan atau maklumat yang berhubungan dengan atau berkaitandengan perniagaan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan tanpamemasukkan—

(a) nombor lesen;

(b) nama perniagaan yang di bawahnya ia menjalankanperniagaan itu dan alamat di mana perniagaan itu dijalankan;dan

(c) apa-apa butiran lain yang berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana yangdifikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

*CATATAN—Bank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksudpelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenalisebagai “RENTAS”—lihat P.U. (A) 300/1999.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

BAHAGIAN IV

KEWAJIPAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESENDAN PELANGGAN

BAB 1

Kehendak am bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

Penggunaan sistem boleh dipercayai

27. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanyamenggunakan sistem boleh dipercayai—

(a) untuk mengeluarkan, menggantung atau membatalkanperakuan;

(b) untuk menyiarkan atau memberikan notis mengenaipengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan;dan

(c) untuk menghasilkan kunci persendirian, sama ada bagidirinya atau bagi pelanggan.

(2) Seorang pelanggan hendaklah hanya menggunakan sistemboleh dipercayai untuk menghasilkan kunci persendirian.

Penzahiran atas pertanyaan

28. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah,apabila suatu pertanyaan dibuat kepadanya di bawah Akta ini,menzahirkan apa-apa pernyataan amalan pemerakuan material danapa-apa fakta yang material kepada sama ada kebolehpercayaansesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya atau kemampuannyamelaksanakan perkhidmatannya.

(2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menghendakipertanyaan yang ditandatangani, bertulis dan dengan munasabahnyaspesifik daripada orang yang dikenal pasti, serta pembayaran fiyang ditetapkan, sebagai syarat duluan kepada pembuatan sesuatupenzahiran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1).

Tandatangan Digital 31

Prasyarat kepada pengeluaran perakuan kepada pelanggan

29. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen bolehmengeluarkan perakuan kepada pelanggan hanya selepas semuasyarat yang berikut dipuaskan:

(a) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah menerimapermintaan untuk pengeluaran yang ditandatangani olehpelanggan prospektif itu; dan

(b) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengesahkanbahawa—

(i) pelanggan prospektif itu ialah orang yang hendakdisenaraikan dalam perakuan yang hendakdikeluarkan;

(ii) jika pelanggan prospektif itu bertindak melalui satuatau lebih ejen, pelanggan itu telah memberi kuasaejen atau ejen-ejen itu dengan sewajarnya untukmempunyai jagaan kunci persendirian pelangganitu dan untuk meminta pengeluaran suatu perakuanyang menyenaraikan kunci awam yang berpadananitu;

(iii) maklumat dalam perakuan yang hendak dikeluarkanitu adalah tepat;

(iv) pelanggan prospektif itu memegang kuncipersendirian yang berpadanan dengan kunci awamyang hendak disenaraikan dalam perakuan itu secarasah;

(v) pelanggan prospektif itu memegang kuncipersendirian yang boleh menghasilkan suatutandatangan digital; dan

(vi) kunci awam yang hendak disenaraikan dalam perakuanitu boleh digunakan untuk mengesahbetulkantandatangan digital yang ditambah oleh kuncipersendirian yang dipegang oleh pelanggan prospektifitu.

(2) Kehendak subseksyen (1) tidak boleh diketepikan atau ditolakoleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan, atau kedua-duanya.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Penyiaran perakuan yang dikeluarkan dan diterima

30. (1) Jika pelanggan menerima perakuan yang dikeluarkan, pihakberkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menyiarkan suatu salinanperakuan itu yang ditandatangani dalam suatu repositori diiktiraf,sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak berkuasa pemerakuanberlesen dan pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu,melainkan jika suatu kontrak antara pihak berkuasa pemerakuanberlesen dan pelanggan itu memperuntukkan selainnya.

(2) Jika pelanggan tidak menerima perakuan itu, pihak berkuasapemerakuan berlesen tidak boleh menyiarkannya, atau hendaklahmembatalkan penyiarannya jika perakuan itu telah pun disiarkan.

Penerimapakaian kehendak yang lebih ketat dibenarkan

31. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 29 dan 30 boleh menghalangpihak berkuasa pemerakuan berlesen daripada mematuhi standard,pernyataan amalan pemerakuan, pelan keselamatan atau kehendakkontraktual yang lebih ketat daripada, tetapi namun begitu konsistendengan, Akta ini.

Penggantungan atau pembatalan perakuan kerana pengeluarantidak betul

32. (1) Jika setelah mengeluarkan sesuatu perakuan pihak berkuasapemerakuan berlesen mengesahkan bahawa ia tidak dikeluarkanmengikut seksyen 29 dan 30, pihak berkuasa pemerakuan berlesenitu hendaklah dengan serta-merta membatalkannya.

(2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menggantungsesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya bagi suatutempoh munasabah yang tidak melebihi empat puluh lapan jamsebagaimana yang perlu untuk membolehkan penyiasatan dijalankanuntuk mengesahkan alasan bagi suatu pembatalan di bawahsubseksyen (1).

(3) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah denganserta-merta memberitahu pelanggan itu mengenai pembatalan ataupenggantungan di bawah seksyen ini.

Tandatangan Digital 33

Penggantungan atau pembatalan perakuan oleh perintah

33. (1) Suruhanjaya boleh memerintahkan pihak berkuasapemerakuan berlesen untuk menggantung atau membatalkan sesuatuperakuan yang dikeluarkan olehnya jika Suruhanjaya menentukanbahawa—

(a) perakuan itu telah dikeluarkan tanpa mematuhi seksyen29 dan 30; dan

(b) ketidakpatuhan itu menimbulkan risiko nyata kepada orangyang dengan munasabahnya bergantung pada perakuanitu.

(2) Sebelum membuat sesuatu penentuan di bawah subseksyen(1), Suruhanjaya hendaklah memberi pihak berkuasa pemerakuanberlesen dan pelanggan itu peluang yang munasabah untuk didengar.

(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika pada pendapatSuruhanjaya wujud sesuatu darurat yang menghendaki remedi serta-merta, Suruhanjaya boleh, setelah berunding dengan Menteri,menggantung sesuatu perakuan bagi suatu tempoh yang tidak melebihiempat puluh lapan jam.

BAB 2

Waranti dan obligasi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

Waranti kepada pelanggan

34. (1) Dengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasapemerakuan berlesen mewarantikan kepada pelanggan yangdinamakan dalam perakuan itu bahawa—

(a) perakuan itu tidak mengandungi apa-apa maklumat yangpihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tahu adalah palsu;

(b) perakuan itu memuaskan segala kehendak Akta ini; dan

(c) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak melebihiapa-apa had lesennya dalam mengeluarkan perakuan itu.

(2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menolakatau mengehadkan waranti di bawah subseksyen (1).

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Obligasi berterusan kepada pelanggan

35. Melainkan jika pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuanberlesen bersetuju selainnya, suatu pihak berkuasa pemerakuanberlesen, dengan mengeluarkan suatu perakuan, berjanji kepadapelanggan itu—

(a) untuk bertindak dengan segera untuk menggantung ataumembatalkan sesuatu perakuan mengikut Bab 5 atau 6;dan

(b) untuk memberitahu pelanggan itu dalam masa yangmunasabah mengenai apa-apa fakta yang diketahui olehpihak berkuasa pemerakuan berlesen itu yang nyata sekalimenyentuh kesahan atau kebolehpercayaan perakuan ituselepas ia dikeluarkan.

Representasi atas pengeluaran

36. Dengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasapemerakuan berlesen memperakui kepada semua yang denganmunasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalamperakuan itu bahawa—

(a) maklumat dalam perakuan itu dan yang disenaraikan sebagaidisahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen ituadalah tepat;

(b) segala maklumat yang boleh diramalkan material kepadakebolehpercayaan perakuan itu dinyatakan ataudigabungkan secara rujukan dalam perakuan itu;

(c) pelanggan itu telah menerima perakuan itu; dan

(d) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mematuhisegala undang-undang terpakai yang mengawal pengeluaranperakuan itu.

Representasi atas penyiaran

37. Dengan menyiarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasapemerakuan berlesen memperakui kepada repositori yang dalamnyaperakuan itu disiarkan dan kepada semua yang dengan munasabahnyabergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itubahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengeluarkanperakuan itu kepada pelanggan itu.

Tandatangan Digital 35

BAB 3

Representasi dan kewajipan atas penerimaan perakuan

Representasi tersirat oleh pelanggan

38. Dengan menerima sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehpihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan yang disenaraikandalam perakuan itu memperakui kepada semua yang denganmunasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalamperakuan itu bahawa—

(a) pelanggan itu memegang kunci persendirian yangberpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalamperakuan itu secara sah;

(b) segala representasi yang dibuat oleh pelanggan itu kepadapihak berkuasa pemerakuan berlesen dan yang materialkepada maklumat yang disenaraikan dalam perakuan ituadalah benar; dan

(c) segala representasi material yang dibuat oleh pelangganitu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen atau yangdibuat dalam perakuan itu dan tidak disahkan oleh pihakberkuasa pemerakuan berlesen itu dalam mengeluarkanperakuan itu adalah benar.

Representasi oleh ejen pelanggan

39. Dengan meminta bagi pihak seorang prinsipal bagi pengeluaransuatu perakuan yang menamakan prinsipal itu sebagai pelanggan,orang yang meminta itu memperakui dalam hak orang itu sendirikepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumatyang terkandung dalam perakuan itu bahawa orang yang memintaitu—

(a) memegang segala kuasa yang dikehendaki di sisi undang-undang untuk memohon bagi pengeluaran suatu perakuanyang menamakan prinsipal itu sebagai pelanggan; dan

(b) mempunyai kuasa untuk menandatangani secara digitalbagi pihak prinsipal itu, dan, jika kuasa itu terhad dalamapa-apa cara, perlindungan yang mencukupi wujud untukmencegah sesuatu tandatangan digital melebihi batasankuasa orang itu.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Penolakan atau tanggung rugi terhad

40. Tiada seorang pun boleh menolak atau mengehadkan secarakontraktual pemakaian Bab ini, mahupun memperoleh tanggungrugi bagi kuat kuasanya, jika penolakan, batasan atau tanggungrugi itu menyekat liabiliti bagi salah nyata terhadap orang yangdengan munasabahnya bergantung pada perakuan itu.

Penanggungan kerugian pihak berkuasa pemerakuan berlesenoleh pelanggan

41. (1) Dengan menerima sesuatu perakuan, seseorang pelangganmengaku janji untuk menanggung rugi pihak berkuasa pemerakuanberlesen yang mengeluarkan bagi apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan oleh pengeluaran atau penyiaran perakuan itudengan bergantung pada—

(a) suatu representasi fakta yang palsu dan material olehpelanggan itu; atau

(b) kegagalan pelanggan untuk menzahirkan suatu faktamaterial,

jika representasi atau kegagalan untuk menzahirkan itu dibuat samaada dengan niat untuk memperdaya pihak berkuasa pemerakuanberlesen itu atau seseorang yang bergantung pada perakuan itu,atau dengan kecuaian.

(2) Jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mengeluarkanperakuan itu atas permintaan satu atau lebih ejen pelanggan itu,ejen atau ejen-ejen itu mengaku janji sendiri untuk menanggungrugi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu di bawah seksyen ini,seolah-olah mereka ialah pelanggan yang menerima dalam hakmereka sendiri.

(3) Tanggung rugi yang diperuntukkan dalam seksyen ini tidakboleh ditolak atau dihadkan skopnya secara kontraktual.

Pemerakuan ketepatan maklumat yang diberikan

42. Dalam memperoleh maklumat mengenai pelanggan yangmaterial kepada pengeluaran sesuatu perakuan, pihak berkuasapemerakuan berlesen boleh menghendaki pelanggan itu memperakuiketepatan maklumat yang relevan dengan terikat dengan sumpahatau ikrar.

Tandatangan Digital 37

BAB 4

Kawalan ke atas kunci persendirian

Kewajipan pelanggan untuk menyimpan kunci persendiriandengan selamat

43. Dengan menerima sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehpihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan yang dinamakandalam perakuan itu menerima kewajipan untuk menjalankan jagaanyang munasabah untuk mengekalkan kawalan ke atas kuncipersendirian dan mencegah pendedahannya kepada mana-manaorang yang tidak diberi kuasa untuk menghasilkan tandatangandigital pelanggan itu.

Harta dalam kunci persendirian

44. Suatu kunci persendirian merupakan harta persendirianpelanggan yang memegangnya secara sah.

Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjadifidusiari jika memegang kunci persendirian pelanggan

45. Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen memegangkunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yangdisenaraikan dalam perakuan yang dikeluarkannya, pihak berkuasapemerakuan berlesen itu hendaklah memegang kunci persendirianitu sebagai fidusiari pelanggan yang dinamakan dalam perakuanitu, dan boleh menggunakan kunci persendirian itu hanya dengankebenaran bertulis terdahulu pelanggan itu, melainkan jika pelangganitu secara nyata dan bertulis memberikan kunci persendirian itukepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dan secara nyatadan bertulis membenarkan pihak berkuasa pemerakuan berlesenitu memegang kunci persendirian itu mengikut terma lain.

BAB 5

Penggantungan perakuan

Penggantungan perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuanberlesen yang mengeluarkan

46. (1) Melainkan jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen danpelanggan bersetuju selainnya, pihak berkuasa pemerakuan berlesenyang mengeluarkan suatu perakuan, yang bukannya suatu perakuan

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

transaksi, hendaklah menggantung perakuan itu bagi suatu tempohyang tidak melebihi empat puluh lapan jam—

(a) apabila diminta oleh seseorang yang mengenal pasti dirinyasebagai pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu,atau sebagai seorang yang berada dalam kedudukan yangberkemungkinan mengetahui mengenai kompromikeselamatan kunci persendirian pelanggan, seperti ejen,rakan perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekatpelanggan itu; atau

(b) atas perintah Suruhanjaya di bawah seksyen 33.

(2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah mengambillangkah munasabah untuk memeriksa identiti atau perejenan orangyang meminta penggantungan.

Penggantungan perakuan oleh Suruhanjaya atau mahkamah

47. (1) Melainkan jika perakuan itu memperuntukkan selainnyaatau perakuan itu ialah suatu perakuan transaksi, Suruhanjaya ataumahkamah boleh menggantung perakuan yang dikeluarkan olehpihak berkuasa pemerakuan berlesen bagi suatu tempoh selamaempat puluh lapan jam, jika—

(a) seseorang yang mengenal pasti dirinya sebagai pelangganyang dinamakan dalam perakuan itu atau sebagai ejen,rakan perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekatpelanggan meminta penggantungan; dan

(b) peminta membuat representasi bahawa pihak berkuasapemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan itutidak ada.

(2) Suruhanjaya atau mahkamah boleh menghendaki orang yangmeminta penggantungan mengadakan keterangan, termasuk suatupernyataan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar berkenaandengan identiti dan kuasanya, serta tidak adanya pihak berkuasapemerakuan berlesen yang mengeluarkan, dan boleh engganmenggantung perakuan itu mengikut budi bicaranya.

(3) Suruhanjaya atau agensi penguatkuasaan undang-undang lainboleh menyiasat penggantungan oleh Suruhanjaya atau mahkamahbagi kemungkinan kesalahan oleh orang yang memintapenggantungan.

Tandatangan Digital 39

Notis penggantungan

48. (1) Dengan serta-merta selepas penggantungan sesuatu perakuanoleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pihak berkuasa pemerakuanberlesen itu hendaklah menyiarkan suatu notis yang ditandatanganimengenai penggantungan itu dalam repositori yang dinyatakandalam perakuan itu bagi penyiaran notis penggantungan.

(2) Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasapemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yangditandatangani mengenai penggantungan itu dalam semua repositoriitu.

(3) Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujudatau enggan menerima penyiaran, atau jika tiada repositori sedemikiandiiktiraf di bawah seksyen 68, pihak berkuasa pemerakuan berlesenitu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu repositoridiiktiraf.

(4) Jika suatu perakuan digantung oleh Suruhanjaya ataumahkamah, Suruhanjaya atau mahkamah hendaklah memberikannotis sebagaimana yang dikehendaki dalam seksyen ini bagi pihakberkuasa pemerakuan berlesen dengan syarat bahawa orang yangmeminta penggantungan membayar terdahulu apa-apa fi yangditetapkan yang dikehendaki oleh repositori untuk menyiarkannotis penggantungan itu.

Penamatan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan

49. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahmenamatkan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan—

(a) jika pelanggan yang dinamakan dalam perakuan yangdigantung meminta penamatan penggantungan itu, hanyajika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telahmengesahkan bahawa orang yang meminta penggantunganialah pelanggan itu atau ejen pelanggan itu yang diberikuasa menamatkan penggantungan itu; atau

(b) jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mendapatidan mengesahkan bahawa permintaan bagi penggantunganitu telah dibuat tanpa kuasa daripada pelanggan itu.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Tatacara kontraktual silih ganti

50. (1) Suatu kontrak antara pelanggan dan pihak berkuasapemerakuan berlesen boleh mengehadkan atau menghalangpenggantungan atas permintaan oleh pihak berkuasa pemerakuanberlesen itu atau boleh memperuntukkan selainnya bagi penamatansuatu penggantungan atas permintaan.

(2) Jika kontrak itu mengehadkan atau menghalang penggantunganoleh Suruhanjaya atau mahkamah apabila pihak berkuasa pemerakuanberlesen yang mengeluarkan tidak ada, had atau halangan ituhendaklah berkuat kuasa hanya jika notis mengenainya disiarkandalam perakuan.

Larangan terhadap permintaan palsu atau tanpa kuasa bagipenggantungan perakuan

51. Tiada seorang pun boleh dengan disedari atau dengan sengajamembuat salah nyata kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesenmengenai identiti atau kuasanya apabila meminta penggantungansesuatu perakuan.

Kesan penggantungan perakuan

52. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh melepaskan pelanggandaripada kewajipan di bawah seksyen 43 untuk menyimpan kuncipersendirian dengan selamat semasa perakuan digantung.

BAB 6Pembatalan perakuan

Pembatalan atas permintaan

53. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahmembatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya tetapiyang bukan suatu perakuan transaksi,—

(a) apabila menerima permintaan untuk membatalkan daripadapelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu; dan

(b) apabila mengesahkan bahawa orang yang memintapembatalan ialah pelanggan itu atau ialah ejen pelangganitu yang mempunyai kuasa untuk meminta pembatalanitu.

Tandatangan Digital 41

(2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahmengesahkan sesuatu permintaan untuk pembatalan dan membatalkanperakuan dalam satu hari perniagaan selepas menerima kedua-duapermintaan bertulis pelanggan dan keterangan yang denganmunasabahnya mencukupi untuk mengesahkan identiti orang yangmeminta pembatalan itu atau ejen itu.

Pembatalan atas kematian atau pembubaran pelanggan

54. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahmembatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya—

(a) apabila menerima suatu salinan terperaku sijil kematianpelanggan itu atau apabila disahkan melalui keteranganlain bahawa pelanggan itu telah mati; atau

(b) apabila diserahkan dokumen yang melaksanakanpembubaran pelanggan atau apabila disahkan melaluiketerangan lain bahawa pelanggan itu telah dibubarkanatau tidak lagi wujud.

Pembatalan perakuan yang tidak boleh dipercayai

55. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen bolehmembatalkan satu atau lebih perakuan yang dikeluarkan olehnyajika perakuan itu adalah atau menjadi tidak boleh dipercayai tidakkira sama ada pelanggan bersetuju kepada pembatalan itu danwalau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrakantara pelanggan itu dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh mencegahpelanggan daripada mendapatkan ganti rugi atau relif lain daripadapihak berkuasa pemerakuan berlesen dalam hal pembatalan salah.

Notis pembatalan

56. (1) Dengan serta-merta atas pembatalan sesuatu perakuan olehsuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pihak berkuasapemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan suatu notis yangditandatangani mengenai pembatalan itu dalam repositori yangdinyatakan dalam perakuan itu bagi penyiaran notis pembatalan.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(2) Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasapemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yangditandatangani mengenai pembatalan itu dalam semua repositoriitu.

(3) Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujudatau enggan menerima penyiaran, atau jika tiada repositori itudiiktiraf di bawah seksyen 68, pihak berkuasa pemerakuan berlesenitu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu repositoridiiktiraf.

Kesan permintaan pembatalan atas pelanggan

57. Jika pelanggan telah meminta pembatalan perakuan, pelangganitu terhenti memperakui sebagaimana yang diperuntukkan dalamBab 3 dan tidak mempunyai apa-apa kewajipan lanjut untukmenyimpan kunci persendirian dengan selamat sebagaimana yangdikehendaki di bawah seksyen 43—

(a) apabila notis mengenai pembatalan itu disiarkansebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 56;atau

(b) setelah dua hari perniagaan telah berlalu selepas pelangganitu meminta pembatalan itu secara bertulis, mengemukakankepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen yangmengeluarkan maklumat yang dengan munasabahnyamencukupi untuk mengesahkan permintaan itu, danmembayar apa-apa fi yang ditetapkan,

mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

Kesan pemberitahuan atas pihak berkuasa pemerakuan berlesen

58. Atas pemberitahuan sebagaimana yang dikehendaki di bawahseksyen 56, pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklahdilepaskan daripada warantinya yang berdasarkan pengeluaranperakuan yang dibatalkan itu dan terhenti memperakui sebagaimanayang diperuntukkan dalam seksyen 35 dan 36 berhubung denganperakuan yang dibatalkan itu.

Tandatangan Digital 43

BAB 7

Habisnya tempoh perakuan

Habisnya tempoh perakuan

59. (1) Tarikh habisnya tempoh perakuan hendaklah dinyatakandalam perakuan.

(2) Suatu perakuan boleh dikeluarkan bagi apa-apa tempoh tidakmelebihi tiga tahun dari tarikh pengeluaran.

(3) Apabila perakuan habisnya tempoh, pelanggan dan pihakberkuasa pemerakuan berlesen hendaklah terhenti memperakuisebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan pihakberkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dilepaskan daripadakewajipannya yang berdasarkan pengeluaran berhubung denganperakuan yang habisnya tempoh itu.

(4) Habisnya tempoh sesuatu perakuan tidak boleh menyentuhkewajipan dan obligasi pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuanberlesen yang ditanggung di bawah dan berhubung dengan perakuanyang habisnya tempoh itu.

BAB 8

Had pergantungan yang disyorkan dan liabiliti

Had pergantungan yang disyorkan

*60. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah,dalam mengeluarkan perakuan kepada pelanggan, menyatakan hadpergantungan yang disyorkan dalam perakuan itu.

(2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu boleh menyatakanhad berlainan dalam perakuan berlainan sebagaimana yangdifikirkannya patut.

*CATATAN—Bank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksudpelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenalisebagai “RENTAS”—lihat P.U. (A) 300/1999.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Had liabiliti bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

61. Melainkan jika pihak berkuasa pemerakuan berlesenmengetepikan pemakaian seksyen ini, suatu pihak berkuasapemerakuan berlesen—

(a) tidaklah berliabiliti bagi apa-apa kehilangan yangdisebabkan oleh kebergantungan pada tandatangan digitalpelanggan yang palsu atau yang dipalsukan, jika, berkenaandengan tandatangan digital yang palsu atau yang dipalsukanitu, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mematuhikehendak Akta ini;

(b) tidaklah berliabiliti melebihi amaun yang dinyatakan dalamperakuan sebagai had pergantungan yang disyorkannyabagi sama ada—

(i) kehilangan yang disebabkan oleh kebergantunganpada suatu salah nyata dalam perakuan itu mengenaiapa-apa fakta yang pihak berkuasa pemerakuanberlesen itu dikehendaki mengesahkan; atau

(ii) kegagalan mematuhi seksyen 29 dan 30 dalammengeluarkan perakuan itu; dan

(c) tidaklah berliabiliti bagi—(i) ganti rugi punitif atau teladan; atau

(ii) ganti rugi bagi sakit atau penderitaan.

BAHAGIAN V

KESAN TANDATANGAN DIGITAL

Kepuasan kehendak tandatangan

62. (1) Jika rukun undang-undang menghendaki tandatangan ataumemperuntukkan akibat tertentu dalam ketiadaan tandatangan, rukunitu hendaklah dipuaskan oleh suatu tandatangan digital jika—

(a) tandatangan digital itu disahbetulkan dengan merujukkepada kunci awam yang disenaraikan dalam perakuansah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuanberlesen;

(b) tandatangan digital itu telah ditambah oleh penandatangandengan niat untuk menandatangani mesej itu; dan

Tandatangan Digital 45

(c) penerima tidak mempunyai pengetahuan atau notis bahawapenandatangan itu—

(i) telah melanggar kewajipan sebagai pelanggan; atau(ii) tidak memegang kunci persendirian yang digunakan

untuk menambah tandatangan digital itu secara sah.

(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yangberlawanan—

(a) suatu dokumen yang ditandatangani dengan tandatangandigital mengikut Akta ini hendaklah mengikat di sisiundang-undang seperti suatu dokumen yang ditandatanganidengan suatu tandatangan tulisan tangan, suatu cap ibujari yang ditambah atau apa-apa tanda lain; dan

(b) suatu tandatangan digital yang dihasilkan mengikut Aktaini hendaklah disifatkan sebagai suatu tandatangan yangmengikat di sisi undang-undang.

(3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang apa-apa simbol daripada menjadi sah sebagai suatu tandatangan dibawah mana-mana undang-undang terpakai lain.

Tandatangan digital yang tidak boleh dipercayai

63. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh undang-undangatau kontrak, penerima tandatangan digital menerima risiko yangtandatangan digital dipalsukan, jika kebergantungan pada tandatangandigital itu tidak munasabah di bawah hal keadaan itu.

(2) Jika penerima menentukan untuk tidak bergantung padatandatangan digital di bawah seksyen ini, penerima hendaklahmemberitahu penandatangan dengan segera mengenai penentuannyauntuk tidak bergantung pada tandatangan digital dan alasan bagipenentuan itu.

Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagaidokumen bertulis

64. (1) Suatu mesej hendaklah sah, berkuat kuasa dan berkesanseolah-olah ia telah ditulis atas kertas jika—

(a) ia mengandungi secara keseluruhannya suatu tandatangandigital; dan

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(b) tandatangan digital itu disahbetulkan oleh kunci awamyang disenaraikan dalam perakuan yang—

(i) telah dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasapemerakuan berlesen; dan

(ii) sah pada masa tandatangan digital itu dihasilkan.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang apa-apa mesej, dokumen atau rekod daripada disifatkan sebagai bertulisatau secara tulisan di bawah mana-mana undang-undang terpakailain.

Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagaidokumen asal

65. Suatu salinan mesej yang ditandatangani secara digitalhendaklah sah, berkuat kuasa dan berkesan seperti asal mesej itumelainkan jika jelas bahawa penandatangan telah menetapkan suatuhal tertentu mesej yang ditandatangani secara digital itu sebagaiasal yang unik, yang dalam hal itu hanya hal tertentu itu merupakanmesej yang sah, berkuat kuasa dan berkesan.

Pengesahan tandatangan digital

66. Perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuanberlesen hendaklah merupakan pengakuterimaan tandatangan digitalyang disahbetulkan dengan merujuk kepada kunci awam yangdisenaraikan dalam perakuan, tidak kira sama ada perkataan mengenaipengakuterimaan nyata terdapat dengan tandatangan digital itudan tidak kira sama ada penandatangan hadir secara fizikal dihadapan pihak berkuasa pemerakuan berlesen apabila tandatangandigital itu dihasilkan, jika tandatangan digital itu—

(a) boleh disahbetulkan oleh perakuan itu; dan(b) ditambahkan semasa perakuan itu sah.

Anggapan dalam menghakimi pertikaian

67. Dalam menghakimi pertikaian yang melibatkan tandatangandigital, mahkamah hendaklah menganggap—

(a) bahawa perakuan yang ditandatangani secara digital olehpihak berkuasa pemerakuan berlesen dan—

(i) yang disiarkan dalam repositori diiktiraf; atau

Tandatangan Digital 47

(ii) yang diadakan oleh pihak berkuasa pemerakuanberlesen yang mengeluarkan atau oleh pelangganyang disenaraikan dalam perakuan,

dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesenyang menandatanganinya secara digital dan diterimaoleh pelanggan yang disenaraikan di dalamnya;

(b) bahawa maklumat yang disenaraikan dalam perakuan sahdan disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesenyang mengeluarkan perakuan itu adalah tepat;

(c) bahawa jika tandatangan digital disahbetulkan oleh kunciawam yang disenaraikan dalam perakuan sah yangdikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen—

(i) tandatangan digital itu ialah tandatangan digitalpelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu;

(ii) tandatangan digital itu telah ditambah oleh pelangganitu dengan niat untuk menandatangani mesej itu;dan

(iii) penerima tandatangan digital itu tidak mempunyaipengetahuan atau notis bahawa penandatangan itu—

(A) telah melanggar kewajipan sebagai pelanggan;atau

(B) tidak memegang kunci persendirian yangdigunakan untuk menambah tandatangandigital itu secara sah; dan

(d) bahawa tandatangan digital dihasilkan sebelum ia ditandamasa oleh suatu perkhidmatan penanda tarikh/ masa diiktirafyang menggunakan sistem boleh dipercayai.

BAHAGIAN VI

REPOSITORI DAN PERKHIDMATAN PENANDATARIKH/MASA

Pengiktirafan repositori

68. (1) Suruhanjaya boleh mengiktiraf satu atau lebih repositori,setelah menentukan bahawa sesuatu repositori yang hendak diiktirafmemuaskan kehendak yang ditetapkan dalam peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(2) Tatacara bagi pengiktirafan repositori hendaklah sebagaimanayang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini.

(3) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan senarai repositori diiktirafdalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditentukanolehnya.

Liabiliti repositori

69. (1) Walau apa pun apa-apa penolakan oleh repositori atauapa-apa kontrak yang berlawanan antara repositori dan pihak berkuasapemerakuan berlesen atau pelanggan, repositori hendaklah berliabilitibagi kehilangan yang dilakukan oleh seseorang yang denganmunasabahnya bergantung pada suatu tandatangan digital yangdisahbetulkan oleh kunci awam yang disenaraikan dalam perakuanyang digantung atau dibatalkan, jika kehilangan dilakukan lebihdaripada satu hari perniagaan selepas repositori menerima permintaanuntuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan, danrepositori itu tidak menyiarkan notis itu apabila orang itu bergantungpada tandatangan digital itu.

(2) Melainkan jika diketepikan, repositori diiktiraf atau pemunyaatau pengendali repositori diiktiraf—

(a) tidaklah berliabiliti bagi kegagalan untuk merekodkanpenyiaran sesuatu penggantungan atau pembatalan,melainkan jika repositori itu telah menerima notis mengenaipenyiaran dan satu hari perniagaan telah berlalu sejaknotis itu diterima;

(b) tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1) melebihiamaun yang dinyatakan dalam perakuan sebagai hadpergantungan yang disyorkan;

(c) tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1) bagi—

(i) ganti rugi punitif atau teladan; atau

(ii) ganti rugi bagi sakit atau penderitaan;

(d) tidaklah berliabiliti bagi salah nyata dalam perakuan yangdisiarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan;

(e) tidaklah berliabiliti kerana merekodkan atau melaporkandengan tepat maklumat yang disiarkan oleh pihak berkuasapemerakuan berlesen, mahkamah atau Suruhanjaya

Tandatangan Digital 49

sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawahAkta ini, termasuk maklumat mengenai penggantunganatau pembatalan perakuan; dan

(f) tidaklah berliabiliti kerana melaporkan maklumat mengenaisesuatu pihak berkuasa pemerakuan, sesuatu perakuanatau seseorang pelanggan, jika maklumat itu disiarkansebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawahAkta ini atau disiarkan atas perintah Suruhanjaya padamelaksanakan kewajipan pelesenan dan pengawalseliaannyadi bawah Akta ini.

Pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa

70. (1) Suruhanjaya boleh mengiktiraf satu atau lebih perkhidmatanpenanda tarikh/masa, setelah menentukan bahawa sesuatuperkhidmatan yang hendak diiktiraf memuaskan kehendak yangditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Aktaini.

(2) Tatacara bagi pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan senarai perkhidmatanpenanda tarikh/masa diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan mengikutapa-apa cara yang ditentukan olehnya.

BAHAGIAN VII

AM

Larangan terhadap aktiviti merbahaya

71. (1) Tiada pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkanatau tidak, boleh menjalankan perniagaannya dengan cara yangmenghasilkan risiko kehilangan yang tidak munasabah kepadapelanggan pihak berkuasa pemerakuan itu, kepada orang yangbergantung pada perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasapemerakuan itu atau kepada repositori.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(2) Suruhanjaya boleh menyiarkan dalam satu atau lebih repositoridiiktiraf pernyataan ringkas yang menasihatkan pelanggan, orangyang bergantung pada tandatangan digital dan repositori mengenaiapa-apa aktiviti pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkanatau tidak, yang menghasilkan risiko yang dilarang di bawahsubseksyen (1).

(3) Pihak berkuasa pemerakuan yang dinamakan dalam sesuatupernyataan sebagai menghasilkan atau menyebabkan suatu risikoboleh membantah penyiaran pernyataan itu dengan memfailkansuatu pembelaan bertulis ringkas.

(4) Apabila diterima bantahan yang dibuat di bawah subseksyen(3), Suruhanjaya hendaklah menyiarkan pembelaan bertulis itubersama dengan pernyataan Suruhanjaya, dan hendaklah denganserta-merta memberi pihak berkuasa pemerakuan yang membantahitu notis serta peluang yang munasabah untuk didengar.

(5) Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukanbahawa penyiaran pernyataan nasihat itu tidak wajar, Suruhanjayahendaklah membatalkan pernyataan nasihat itu.

(6) Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukanbahawa pernyataan nasihat itu tidak lagi wajar, Suruhanjaya hendaklahmembatalkan pernyataan nasihat itu.

(7) Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukanbahawa pernyataan nasihat itu tetap wajar, Suruhanjaya bolehmeneruskan atau meminda pernyataan nasihat itu dan bolehmengambil tindakan undang-undang selanjutnya untukmenyingkirkan atau mengurangkan risiko yang dilarang di bawahsubseksyen (1).

(8) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan keputusannya di bawahsubseksyen (5), (6) atau (7), mengikut mana-mana yang berkenaan,dalam satu atau lebih repositori diiktiraf.

Kewajipan kerahsiaan

72. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun yangmempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat,maklumat, dokumen atau bahan lain yang diperoleh di bawah Aktaini boleh menzahirkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumenatau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain.

Tandatangan Digital 51

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihisatu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihidua tahun atau kedua-duanya.

Maklumat palsu

73. Seseorang yang membuat, secara lisan atau bertulis,menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata,perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki dibawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukandalam apa-apa butir-butir melakukan suatu kesalahan dan boleh,apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahunatau kedua-duanya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

74. (1) Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahandi bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa pelakuankesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawailain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atauyang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yangdalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawabke atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan ituatau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a) boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalamprosiding yang sama bersekali dengan pertubuhanperbadanan itu; dan

(b) sekiranya pertubuhan perbadanan itu didapati telahmelakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telahmelakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambilkira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan,dia membuktikan—

(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpapengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yangmunasabah dan telah menjalankan segala usaha yangwajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(2) Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakanapa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan,pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukumanatau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan,pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, ataupekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian ataukeingkaran itu telah dilakukan—

(a) oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;

(b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau

(c) oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itudengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Pegawai diberi kuasa

75. (1) Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis mana-manapegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasapenguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen(1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikutpengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

(3) Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawahAkta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta,mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak suratkuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.

Penguatkuasaan oleh pegawai polis

75A. (1) Walau apa pun subseksyen 75(1), mana-mana pegawaipolis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklahmempunyai dan boleh menjalankan kuasa penguatkuasaan yangdiberikan oleh Akta ini kepada seorang pegawai diberi kuasa.

(2) Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan yangdiberikan di bawah Akta ini kepada seseorang pegawai polis yangpangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, pegawai polis itu,jika tidak berpakaian seragam, hendaklah, apabila diminta,menyatakan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yangterhadapnya dia bertindak kad kuasa sebagaimana yang diarahkanoleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.

Tandatangan Digital 53

Kuasa untuk menyiasat

76. (1) Suruhanjaya boleh menyiasat aktiviti suatu pihak berkuasapemerakuan yang material kepada pematuhannya dengan Akta ini.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkanperintah kepada pihak berkuasa pemerakuan untuk melanjutkanpenyiasatannya dan mendapatkan pematuhan dengan Akta ini.

(3) Selanjutnya, dalam apa-apa hal yang berhubungan denganpelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawaidiberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankansegala atau mana-mana daripada kuasa khas berhubung denganpenyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan olehKanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Penggeledahan dengan waran

77. (1) Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulisbersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu,bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawasuatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan dimana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yangmemberi kuasa mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidakrendah daripada Inspektor, atau mana-mana pegawai diberi kuasayang dinamakan dalamnya, masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam,dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan, dandi sana menggeledah dan menyita—

(a) salinan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasukdata berkomputer, yang mengandungi atau yang disyakidengan munasabah mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian;

(b) apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notisatau alat lain yang menggambarkan atau membayangkanbahawa orang itu ialah pihak berkuasa pemerakuan berlesen;dan

(c) apa-apa dokumen, artikel atau benda lain yang denganmunasabahnya dipercayai memberikan keteranganmengenai pelakuan kesalahan itu.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(2) Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai diberi kuasayang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh,jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untukberbuat demikian bagi maksud menyiasat ke dalam kesalahan itu,memeriksa badan mana-mana orang yang berada dalam atau ataspremis itu.

(3) Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai diberi kuasayang membuat pemeriksaan badan di bawah subseksyen (2) bolehmenyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, akaun,dokumen, data berkomputer, kad, surat, risalah, lembaran, notis,alat, artikel atau benda yang dijumpai pada orang itu bagi maksudpenyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.

(4) Tiada seorang pun wanita boleh diperiksa badannya di bawahseksyen ini kecuali oleh seorang wanita lain.

(5) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidakpraktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, databerkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis,alat, artikel atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawaiyang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku,akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah,lembaran, notis, alat, artikel atau benda itu dalam premis ataudalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(6) Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, menggangguatau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) ataumemindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer,papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel ataubenda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian melakukansuatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

78. Jika seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendahdaripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebutdalam seksyen 77 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayaibahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledahdi bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keteranganmengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu,dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk

Tandatangan Digital 55

ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaandengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 77dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah diadiberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yangdikeluarkan di bawah seksyen itu.

Akses kepada data berkomputer

79. (1) Seseorang pegawai polis yang menjalankan penggeledahandi bawah seksyen 77 atau 78 atau seseorang pegawai diberi kuasayang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 77 hendaklahdiberikan akses kepada data berkomputer sama ada distorkan dalamsuatu komputer atau selainnya.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah dengandiperuntukkan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan,perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yangdikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.

Senarai benda disita

80. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen(2), jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papantanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau bendadisita di bawah seksyen 77 atau 78, pegawai yang menyita ituhendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan denganserta-merta menghantarserahkan sesalinan senarai itu yangditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah,atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2) Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita ituhendaklah bila-bila masa boleh melekatkan senarai benda yangdisita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Halangan pegawai diberi kuasa

81. Mana-mana orang yang menghalang, merintangi, menyerangatau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalampelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini melakukan suatukesalahan.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Kuasa tambahan

82. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksudmelaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segalaatau mana-mana daripada yang berikut:

(a) menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputerdan dokumen yang disimpan oleh suatu pihak berkuasapemerakuan berlesen dan meneliti, memeriksa dan menyalinmana-mana rekod, akaun, data berkomputer dan dokumenitu;

(b) menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalandaripada mana-mana orang berhubung dengan mana-manahal atau kesalahan di bawah Akta ini;

(c) membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukansama ada peruntukan-peruntukan Akta ini dipatuhi.

Penalti am

83. (1) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Aktaini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata, apabiladisabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun ataukedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusanboleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi dua riburinggit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “Akta ini” tidak termasuk peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Mendapatkan kos prosedural

84. Jika Suruhanjaya mendapati bahawa pihak berkuasa pemerakuantelah melanggar Akta ini, Suruhanjaya boleh memerintahkan pihakberkuasa pemerakuan itu membayar kos yang dilakukan olehSuruhanjaya dalam prosiding pendakwaan dan penghakimanberhubung dengan perintah itu dan dalam menguatkuasakannya.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaanboleh diperdapatkan

85. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa buku, akaun,dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah,lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang disita pada menjalankan

Tandatangan Digital 57

atau yang dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yangdiberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu ataukepada apa-apa ganti rugi atau relif lain melainkan jika penyitaanitu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Permulaan dan penjalanan pendakwaan

86. (1) Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubungan denganapa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa kebenaransecara bertulis Pendakwa Raya.

(2) Mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secarabertulis dengan sewajarnya oleh Pendakwa Raya boleh menjalankanpendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Bidang kuasa membicarakan kesalahan

87. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yangberlawanan, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklahmempunyai bidang kuasa membicarakan apa-apa kesalahan di bawahAkta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahansedemikian.

Perlindungan Suruhanjaya dan pegawai

88. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakanatau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a) Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasadengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas atauberkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atauyang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

(b) mana-mana orang lain bagi atau atas atau berkenaan denganapa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukanolehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjayaatau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengansewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukandengan suci hati dan dengan mempercayai denganmunasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkandicapai olehnya.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

Kuasa untuk mengecualikan

89. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripadasemua atau mana-mana peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 4.

(2) Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yangdifikirkannya patut atas apa-apa pengecualian di bawah subseksyen(1).

Batasan atas penolakan atau pengehadan pemakaian Akta

90. Melainkan jika diperuntukkan secara nyata di bawah Aktaini, tiada seorang pun boleh menolak atau mengehadkan secarakontraktual pemakaian Akta ini.

Peraturan-peraturan

91. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semuaatau mana-mana maksud yang berikut:

(a) menetapkan kehendak kelayakan bagi pihak berkuasapemerakuan;

(b) menetapkan cara memohon bagi lesen dan perakuan dibawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakanoleh pemohon, cara melesenkan dan memperakukan, fiyang kena dibayar mengenainya, syarat atau sekatan yanghendaklah dikenakan dan borang bagi lesen dan perakuan;

(c) mengawal selia pengendalian pihak berkuasa pemerakuanberlesen;

(d) menetapkan kehendak untuk kandungan, bentuk dan sumbermaklumat dalam rekod penzahiran pihak berkuasapemerakuan, pengemaskinian dan ketepatan pada masanyamaklumat itu serta amalan dan dasar lain yang berhubungandengan rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan;

(e) menetapkan borang pernyataan amalan pemerakuan;

(f) menetapkan kehendak kelayakan bagi juruaudit dan tatacarauntuk audit;

Tandatangan Digital 59

(g) menetapkan kehendak bagi repositori dan tatacara bagipengiktirafan repositori;

(h) menetapkan kehendak bagi perkhidmatan penanda tarikh/masa dan tatacara bagi pengiktirafan perkhidmatan penandatarikh/masa;

(i) menetapkan tatacara bagi memeriksa perisian yangdigunakan dalam menghasilkan tandatangan digital danstandard yang terpakai berhubung dengan tandatangandigital dan amalan pemerakuan serta bagi menyiarkanlaporan mengenai perisian dan standard itu;

(j) menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

(k) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Aktaini dan cara memungut dan membelanjakan fi dan caj itu;

(l) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yangdicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakansepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannyayang sewajarnya.

(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penaltidenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kecualian dan peralihan

92. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan yang telah menjalankanatau mengendalikan sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuansebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, tidak lewat daritiga bulan dari mula berkuat kuasanya itu, memperoleh suatu lesendi bawah Akta ini.

(2) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan yang disebut dalamsubseksyen (1) tidak memperoleh lesen selepas tempoh yangditetapkan dalam subseksyen (1), ia hendaklah disifatkan sebagaisuatu pihak berkuasa pemerakuan tidak berlesen dan peruntukanAkta ini hendaklah terpakai kepadanya dan perakuan yang dikeluarkanolehnya dengan sewajarnya.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

(3) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan yang disebut dalamsubseksyen (1) telah memperoleh lesen mengikut Akta ini dalamtempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), segala perakuanyang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan itu sebelumAkta ini mula berkuat kuasa, setakat yang ia selaras dengan Aktaini, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini danhendaklah mempunyai kesan yang sewajarnya.

Tandatangan Digital 61

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

Akta A1121 Akta Tandatangan Digital 01-11-2001(Pindaan) 2001

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 562

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

2 Akta A1121 01-11-2001

BAHAGIAN II Akta A1121 01-11-2001

3 Akta A1121 01-11-2001

8 Akta A1121 01-11-2001

9 Akta A1121 01-11-2001

75 Akta A1121 01-11-2001

75A Akta A1121 01-11-2001

88 Akta A1121 01-11-2001

Keseluruhan Akta Akta A1121 01-11-2001perkataan “Pengawal”digantikan dengan“Suruhanjaya”

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,KUALA LUMPURBAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA