u n d a n g -u n d a n g m a l a y s ia...kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 5 2 7 ....

94
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 586 AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Mei 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 586

AKTA KEMUDAHAN DANPERKHIDMATAN JAGAANKESIHATAN SWASTA 1998Mengandungi segala pindaan hingga 1 Mei 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Undang-Undang Malaysia AKTA 5862

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 18 Ogos 1998

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 27 Ogos 1998

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … ... ... 2002

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 586

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

KAWALAN KE ATAS KEMUDAHAN DANPERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA

3. Kelulusan dan lesen

4. Pendaftaran

5. Kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak berlesenatau tidak berdaftar

6. Kelulusan dan lesen boleh dikeluarkan kepada tuan punya tunggal,perkongsian atau pertubuhan perbadanan

7. Perakuan pendaftaran untuk mengendalikan klinik perubatan swastadan klinik pergigian swasta

BAHAGIAN III

KELULUSAN UNTUK MENUBUHKAN ATAUMENYENGGARAKAN KEMUDAHAN ATAU

PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTASELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA ATAU

KLINIK PERGIGIAN SWASTA

8. Permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan

9. Perkara yang hendaklah dipertimbangkan sebelum kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan diberikan

Undang-Undang Malaysia AKTA 5864

Seksyen

10. Keengganan untuk memproses permohonan bagi kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan

11. Alasan bagi keengganan untuk memberikan kelulusan untuk menubuhkanatau menyenggarakan

12. Pemberian atau keengganan untuk memberikan kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan

13. Kelulusan berasingan untuk menubuhkan atau menyenggarakankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidakdihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi

BAHAGIAN IV

LESEN UNTUK MENGENDALIKAN ATAUMENYEDIAKAN KEMUDAHAN ATAU

PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTASELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA ATAU

KLINIK PERGIGIAN SWASTA

14. Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan hendaklahdibuat dalam masa tiga tahun

15. Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan

16. Pemeriksaan premis

17. Keengganan untuk memproses permohonan bagi lesen

18. Sebab bagi keengganan untuk mengeluarkan atau membaharui lesenuntuk mengendalikan atau menyediakan

19. Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen

20. Lesen hendaklah menyatakan jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta

21. Lesen yang berasingan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiranatau organisasi

22. Tempoh dan pembaharuan lesen untuk mengendalikan atau menyediakan

23. Lesen hendaklah dipamerkan

24. Kuasa untuk mengubah terma atau syarat, atau maksud kelulusan ataulesen

BAHAGIAN V

PENDAFTARAN KLINIK PERUBATAN SWASTADAN KLINIK PERGIGIAN SWASTA

25. Permohonan bagi pendaftaran

26. Keengganan untuk memproses permohonan bagi pendaftaran

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

5

27. Pemberian perakuan pendaftaran

28. Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan

29. Kuasa untuk mengubah terma atau syarat pendaftaran

30. Pendaftaran berasingan

BAHAGIAN VI

TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN, PEMEGANGPERAKUAN PENDAFTARAN DAN ORANG

YANG BERTANGGUNGJAWAB

31. Tanggungjawab

32. Orang yang bertanggungjawab

33. Pertukaran orang yang bertanggungjawab

34. Bantuan jagaan peribadi

35. Pernyataan dasar

36. Mekanisme ketidakpuasan hati pesakit

37. Melaporkan kejadian

38. Rawatan dan perkhidmatan kecemasan

BAHAGIAN VII

PERUNTUKAN AM BERHUBUNGAN DENGANKELULUSAN, LESEN DAN PENDAFTARAN

39. Sekatan penggunaan premis

40. Larangan terhadap peluasan dan pengubahan

41. Pemindahan, dsb., kelulusan, lesen dan perakuan

42. Daftar

BAHAGIAN VIII

PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN KELULUSANDAN LESEN, KEENGGANAN UNTUK MEMBAHARUI

LESEN DAN PENGGANTUNGAN DANPEMBATALAN PENDAFTARAN

43. Tunjuk sebab

44. Alasan bagi penggantungan, dsb., yang berhubungan dengan pentadbirankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta

Seksyen

Undang-Undang Malaysia AKTA 5866

45. Alasan bagi penggantungan, pembatalan, keengganan untuk membaharuilesen, dsb., yang berhubungan dengan kelayakan tuan punya tunggal

46. Alasan bagi penggantungan, pembatalan atau keengganan untukmembaharui kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran

47. Alasan tambahan

48. Representasi

49. Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau engganmembaharui

50. Penyerahan lesen atau perakuan

51. Pemberhentian pengendalian

BAHAGIAN IX

PENUTUPAN KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN SWASTA

52. Perintah bagi penutupan sementara kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta

53. Syarat bagi penutupan, penjualan atau pelupusan selainnya kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta

BAHAGIAN X

BANK DARAH

54. Tafsiran

55. Larangan ke atas pembekalan darah asli manusia dan hasil darah

56. Import dan eksport darah asli manusia dan hasil darah

57. Pengeluaran perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah aslimanusia dan hasil darah

58. Kebenaran untuk menguji darah daripada penderma

BAHAGIAN XI

PERKHIDMATAN TRANSFUSI DARAH

59. Kemudahan penstoran

60. Bekalan darah yang minimum

61. Menyenggara rekod atau resit dan pelupusan darah

62. Tindak balas transfusi

63. Syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatan

Seksyen

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

7

BAHAGIAN XII

PENILAIAN KEMATIAN

Seksyen

64. Tafsiran

65. Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan

66. Fungsi Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan

67. Melaporkan kematian boleh nilai

68. Pengamal perubatan dan pengamal pergigian hendaklah memberikanmaklumat

69. Penyiaran maklumat

70. Kerahsiaan maklumat yang diperoleh oleh Jawatankuasa

71. Pelindungan orang yang menjalankan fungsi sebagai anggota Jawatankuasa

72. Jawatankuasa penilaian kematian di peringkat kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta

73. Penyiasatan bebas

BAHAGIAN XIII

KUALITI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN

74. Kualiti kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan

75. Kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan arahan

76. Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan, perintah ataugaris panduan berhubungan dengan jaminan kualiti

BAHAGIAN XIV

LEMBAGA PENGURUSAN DANJAWATANKUASA PENASIHAT

77. Lembaga Pengurusan

78. Jawatankuasa Penasihat Perubatan atau Pergigian

79. Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan

80. Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan

81. Penalti bagi ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Bahagian ini

Undang-Undang Malaysia AKTA 5868

BAHAGIAN XV

ORGANISASI JAGAAN YANG DIURUSKAN

Seksyen

82. Tafsiran organisasi jagaan yang diuruskan

83. Kontrak antara kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastadan organisasi jagaan yang diuruskan

84. Pemegang lesen dan pemegang perakuan pendaftaran hendaklahmemberikan maklumat tentang organisasi jagaan yang diuruskan kepadaKetua Pengarah

85. Maklumat oleh organisasi jagaan yang diuruskan

86. Daftar organisasi jagaan yang diuruskan

BAHAGIAN XVI

PENGUATKUASAAN

87. Pelantikan Inspektor

88. Kuasa Inspektor untuk masuk dan memeriksa

89. Kuasa untuk menggeledah dan menyita

90. Menggeledah dan menyita tanpa waran

91. Kuasa untuk mengelak

92. Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang

93. Kewajipan untuk membantu Inspektor

94. Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan

95. Senarai benda yang disita

96. Pelucuthakan benda yang disita

97. Tiada seorang pun berhak ke atas kos, dsb., penyitaan

98. Pengemukaan kad atau lencana pengenalan rasmi

99. Pengkompaunan kesalahan

100. Pemulaan dan penjalanan pendakwaan

BAHAGIAN XVII

KUASA MENTERI

101. Rayuan

102. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am

103. Kuasa Menteri untuk mengecualikan

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

9

104. Lembaga Pelawat

105. Sumbangan sosial atau kebajikan

106. Jadual fi

107. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

BAHAGIAN XVIII

PELBAGAI

108. Iklan

109. Daftar Kebangsaan

110. Penyampaian notis

111. Pewakilan oleh Ketua Pengarah

112. Memberikan maklumat

113. Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam

114. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang

115. Kerahsiaan maklumat

116. Hospital psikiatri swasta, rumah jagaan psikiatri swasta dan pusat kesihatanmental masyarakat swasta

117. Kesalahan dan penalti am

118. Pelanggaran perundangan subsidiari

BAHAGIAN XIX

PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN

119. Pemansuhan

120. Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan hospitalpersendirian berlesen, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatanpersendirian yang sedia ada

121. Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan

122. Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan klinik perubatanswasta dan klinik pergigian swasta yang sedia ada

Seksyen

Undang-Undang Malaysia AKTA 58610

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

11

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 586

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaandan pengawalan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatanswasta dan kemudahan dan perkhidmatan lain yang berhubungandengan kesihatan dan bagi perkara-perkara yang berhubungandengannya.

[1 Mei 2006, P.U.(B) 93/2006]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN IPERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kemudahan dan PerkhidmatanJagaan Kesihatan Swasta 1998.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“bank darah swasta” ertinya mana-mana premis, selain bankdarah Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakanuntuk mengumpul, memeriksa, memproses, menyimpan ataumengedarkan darah asli manusia atau hasil darah;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58612

“bidan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkansebagai yang sedemikian di bawah Akta Bidan 1966 [Akta 436]dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;

“daftar” ertinya daftar yang dikehendaki disenggara di bawahseksyen 42;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perintahatau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“hospis swasta” ertinya mana-mana premis yang digunakan ataudimaksudkan untuk digunakan semata-mata untuk menyediakanjagaan hospis atau jagaan pelegaan;

“hospital swasta” ertinya mana-mana premis, selain hospitalatau institusi Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untukdigunakan bagi penerimaan, penginapan, rawatan dan penjagaanorang yang memerlukan rawatan perubatan atau yang menghidapapa-apa penyakit atau yang memerlukan rawatan pergigian yangmemerlukan kemasukan ke hospital;

“jagaan hospis atau jagaan pelegaan” ertinya penjagaan orangsakit yang tiada harapan sembuh bagi menangani keperluan fizikal,psikologi, emosi dan sosial orang itu atau keluarganya;

“jagaan kejururawatan” ertinya apa-apa penjagaan bagi pesakityang diberikan oleh jururawat berdaftar mengikut arahan pengamalperubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar dan amalankejururawatan yang diterima;

“jagaan perbidanan” ertinya penilaian atau pemantauan ataupenjagaan wanita semasa mengandung biasa atau sakit hendakbersalin atau dalam tempoh postpartum dan bayi baru lahirnyayang normal, dan mengendalikan kelahiran biasa melalui farajsecara spontan;

“jagaan peribadi” ertinya apa-apa fungsi yang biasanyadilaksanakan sendiri oleh seseorang individu, tetapi yang baginyaindividu itu memerlukan bantuan daripada yang lain kerana umuryang lanjut, keuzuran, atau batasan fizikal atau mental dan bolehtermasuk apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan;

“jururawat berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkansebagai yang sedemikian di bawah Akta Jururawat 1950 [Akta 14]dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

13

“kakitangan teknikal” ertinya seseorang juruteknologi makmalperubatan atau pegawai sains atau mana-mana orang lain yangmempunyai kelayakan, latihan dan pengamalan yang diiktiraf olehKetua Pengarah;

“kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan” ertinyakelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatanswasta atau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawahperenggan 12(a);

“kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yangdalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerimaperkhidmatan jagaan kesihatan;

“kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan” ertinya apa-apakemudahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakanbagi mengadakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang ditubuhkan,disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh Kerajaan tetapitidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yangdiswastakan atau yang diperbadankan;

“kemudahan jagaan kesihatan swasta” ertinya mana-mana premis,selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang digunakan ataudimaksudkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatanjagaan kesihatan atau perkhidmatan yang berhubungan dengankesihatan, seperti hospital, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumahjagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumahjagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusathemodialisis, klinik perubatan, klinik pergigian swasta dan apa-apa premis jagaan kesihatan atau yang berhubungan dengan kesihatanlain yang boleh ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasamelalui pemberitahuan dalam Warta;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“klinik pergigian swasta” ertinya mana-mana premis, selainkemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan ataudimaksudkan untuk digunakan bagi amalan pergigian dan termasuklahpremis yang digunakan oleh mana-mana orang—

(a) untuk merawat atau cuba untuk merawat atau mengakuuntuk merawat, mengubati, melegakan atau mencegahapa-apa penyakit, kekurangan atau lesi atau sakit gigiatau rahang manusia;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58614

(b) untuk melaksanakan atau cuba untuk melaksanakan apa-apa pembedahan pada gigi atau rahang manusia;

(c) untuk melaksanakan apa-apa kerja radiografi berkaitandengan gigi atau rahang atau rongga mulut manusia; atau

(d) untuk memberikan apa-apa rawatan, nasihat atau bantuanpada atau kepada mana-mana orang berkaitan denganpemadanan atau pemasukan bagi maksud pemadanan ataupemasangan gigi buatan atau korona atau jambatan atausuatu alat bagi pemulihan atau pengaturan gigi atau rahangmanusia;

“klinik perubatan swasta” ertinya mana-mana premis, selainkemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan ataudimaksudkan untuk digunakan bagi amalan perubatan atas dasarpesakit luar termasuklah—

(a) memeriksa, mendiagnosis, atau merawat mana-mana orangyang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apapenyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

(b) perkhidmatan jagaan kesihatan pencegahan ataupenggalakan; dan

(c) mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasabadan manusia dengan pemakaian apa-apa perkakas,kelengkapan, alat atau peranti;

“Lembaga Pelawat” ertinya Lembaga Pelawat yang ditubuhkandi bawah seksyen 104;

“Lembaga Pengurusan” ertinya lembaga pemegang amanah ataulembaga pengarah, atau apa-apa badan pentadbiran lain yang padanyaterletak hak kuasa dan tanggungjawab utama bagi mengendalikankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yangdinyatakan dalam Bahagian XIV;

“lesen untuk mengendalikan atau menyediakan” ertinya lesenuntuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swastaatau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan19(a);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi kesihatan;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

15

“orang yang bertanggungjawab” ertinya seseorang yangmempunyai apa-apa kelayakan, latihan dan pengalaman sebagaimanayang ditetapkan dan yang bertanggungjawab bagi pengurusan dankawalan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastayang ada kena-mengena dengan sesuatu lesen atau pendaftaran;

“orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan”ertinya mana-mana orang yang menjadi pengarah atau pegawaipertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindakatas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa caraatau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusanhal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau membantu dalampengurusan sedemikian;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang kepadanya suatu lesenuntuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swastaatau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan19(a);

“pengamal pergigian berdaftar” ertinya mana-mana orang yangdidaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Pergigian1971 [Akta 51] dan yang memegang perakuan pengamalan yangsah;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya mana-mana orang yangdidaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan1971 [Akta 50] dan yang memegang perakuan pengamalan yangsah;

“perakuan” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen57 yang membenarkan pengimportan atau pengeksportan hasil darahatau darah asli manusia bagi maksud transfusi;

“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan yang dikeluarkan dibawah seksyen 27;

“perkhidmatan jagaan kesihatan” termasuklah—(a) perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan,

perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi, dan ambulansdan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan olehprofesional jagaan kesihatan;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58616

(b) tempat tinggal bagi maksud apa-apa perkhidmatan yangdisediakan di bawah Akta ini;

(c) apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis,atau merawat orang yang menghidap atau dipercayaimenghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upayaminda atau badan;

(d) apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahanatau penggalakan;

(e) apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-manaprofesional separa jagaan kesihatan;

(f) apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkanapa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia denganmenggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat, atauperanti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau

(g) apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan;

“perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan” ertinya apa-apaperkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan, dikendalikan ataudisenggarakan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk perkhidmatanjagaan kesihatan Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan;

“perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya apa-apaperkhidmatan yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatanswasta;

“pertubuhan perbadanan” ertinya pertubuhan yang diperbadankandi bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan,sama ada kekal atau sementara;

“profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan,pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat,bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaandan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-manaorang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan,kesihatan, pergigian, farmaseutikal, atau apa-apa perkhidmatanjagaan kesihatan lain yang di bawah bidang kuasa KementerianKesihatan;

“pusat hemodialisis swasta” ertinya pusat jagaan ambulatori,selain pusat hemodialisis Kerajaan, yang menyediakan atau bertujuanuntuk menyediakan rawatan hemodialisis, apa-apa tatacara ataubentuk rawatan lain bagi pembersihan darah manusia;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

17

“pusat jagaan ambulatori swasta” ertinya mana-mana premis,selain pusat jagaan ambulatori Kerajaan, klinik perubatan swastaatau klinik pergigian swasta, yang terutamanya digunakan ataudimaksudkan untuk digunakan bagi maksud menjalankan apa-apatatacara yang berhubungan dengan amalan perubatan dalammana-mana disiplinnya atau apa-apa tatacara pergigian dan denganperkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang relevan yang berterusantermasuklah perkhidmatan kejururawatan bilamana pesakit beradadalam premis itu, dan yang dalamnya jagaan kesihatan, katil ataupenginapan lain sebagai tempat tinggal bagi mana-mana seorangpesakit bagi tempoh tidak lebih daripada 23 jam disediakan danyang darinya pesakit sama ada dibenarkan keluar dalam keadaanambulatori tanpa menghendaki jagaan atau pengawasan sentiasaatau yang berterusan dan tanpa bahaya kepada kesejahteraanberterusan pesakit itu atau dipindahkan ke hospital;

“rumah bersalin swasta” ertinya mana-mana premis, selain rumahbersalin Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakanbagi menerima, dan menyediakan jagaan kejururawatan dan jagaanperbidanan bagi, wanita yang sakit hendak bersalin atau sebaikselepas melahirkan anak;

“rumah jagaan kejururawatan swasta” ertinya mana-mana premisselain rumah jagaan kejururawatan Kerajaan, yang digunakan ataudimaksudkan untuk digunakan bagi menerima, dan menyediakanjagaan kejururawatan bagi, orang-orang yang menghidap atau sedangberehat supaya sembuh daripada apa-apa penyakit, kecederaanatau kelemahan.

BAHAGIAN II

KAWALAN KE ATAS KEMUDAHAN DANPERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA

Kelulusan dan lesen

3. Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggarakanmana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastayang berikut tanpa kelulusan yang diberikan di bawah perenggan12(a) atau mengendalikan atau menyediakan apa-apa kemudahanatau perkhidmatan sedemikian tanpa lesen yang diberikan di bawahperenggan 19(a):

(a) hospital swasta;(b) hospital psikiatri swasta;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58618

(c) pusat jagaan ambulatori swasta;(d) rumah jagaan kejururawatan swasta;(e) rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta;(f) rumah bersalin swasta;(g) bank darah swasta;(h) pusat hemodialisis swasta;(i) hospis swasta;(j) pusat kesihatan mental masyarakat swasta;(k) mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan

swasta atau perkhidmatan yang berhubungan dengankesihatan lain yang ditentukan oleh Menteri, dari semasake semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta; dan

(l) premis jagaan kesihatan swasta yang menggabungkanmana-mana dua atau lebih daripada dua kemudahan atauperkhidmatan dalam perenggan (a) hingga (k).

Pendaftaran4. (1) Tiada seorang pun boleh menubuhkan, menyenggarakan,mengendalikan atau menyediakan suatu klinik perubatan swastaatau klinik pergigian swasta melainkan jika klinik itu didaftarkandi bawah seksyen 27.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), klinik perubatan swasta atauklinik pergigian swasta yang menjadi sebahagian daripada premissesuatu kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen dan yangdengannya klinik itu dihubungkan secara organisasi, pentadbirandan fizikal tidaklah dikehendaki didaftarkan secara berasingantetapi hendaklah mematuhi apa-apa piawaian dan keperluansebagaimana yang ditetapkan.

Kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidakberlesen atau tidak berdaftar5. (1) Seseorang yang melanggar seksyen 3 atau 4 adalah melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a) dalam hal seseorang orang individu—(i) didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enamtahun atau kedua-duanya; dan

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

19

(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidakmelebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan; dan

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan—

(i) didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;dan

(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidakmelebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan.

(2) Jika suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b) dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—(aa) didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahunatau kedua-duanya; dan

(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidakmelebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiandaripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepassabitan.

Kelulusan dan lesen boleh dikeluarkan kepada tuan punyatunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan

6. (1) Kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan, ataulesen untuk mengendalikan atau menyediakan hanya bolehdikeluarkan kepada—

(a) tuan punya tunggal yang ialah pengamal perubatanberdaftar;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58620

(b) suatu perkongsian yang terdiri daripada sekurang-kurangnyaseorang pekongsi yang ialah pengamal perubatan berdaftar;

(c) suatu pertubuhan perbadanan yang lembaga pengarahnyaterdiri daripada sekurang-kurangnya seorang yang ialahpengamal perubatan berdaftar.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkanatau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan ataumenyediakan rumah jagaan kejururawatan swasta boleh dikeluarkankepada jururawat berdaftar jika perkiraan kontraktual telah dibuatbagi pengamal perubatan berdaftar melawat pesakit di rumah itusekerap yang ditetapkan.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkanatau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan ataumenyediakan rumah bersalin swasta boleh dikeluarkan kepada bidanberdaftar jika perkiraan kontraktual telah dibuat bagi pengamalperubatan berdaftar melawat pesakit di rumah itu sekerap yangditetapkan.

(4) Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untukmengendalikan atau menyediakan hospis swasta atau pusathemodialisis swasta, atas dasar sukarela atau khairat, bolehdikeluarkan kepada pertubuhan yang didaftarkan di bawah AktaPertubuhan 1966 [Akta 335].

Perakuan pendaftaran untuk mengendalikan klinik perubatanswasta dan klinik pergigian swasta

7. (1) Perakuan pendaftaran untuk menubuhkan, menyenggarakan,mengendalikan atau menyediakan suatu klinik perubatanswasta hanya boleh dikeluarkan kepada pengamal perubatanberdaftar.

(2) Perakuan pendaftaran untuk menubuhkan, menyenggarakan,mengendalikan atau menyediakan suatu klinik pergigian swastahanya boleh dikeluarkan kepada pengamal pergigian berdaftar ataupertubuhan perbadanan yang dinyatakan dalam seksyen 28 AktaPergigian 1971.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

21

BAHAGIAN III

KELULUSAN UNTUK MENUBUHKAN ATAUMENYENGGARAKAN KEMUDAHAN ATAU

PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTASELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA

ATAU KLINIK PERGIGIAN SWASTA

Permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan ataumenyenggarakan

8. (1) Sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan ataumenyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigianswasta hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah—

(a) dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan;

(b) disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan

(c) dengan mengemukakan bersama permohonan—

(i) suatu pelan yang menyeluruh bagi penubuhan ataupenyenggaraan kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta yang dicadangkan itutermasuk pelan tapak, pelan susun atur bangunan,reka bentuk, pembinaan, spesifikasi, jeniskemudahan atau perkhidmatan yang akan diberikandan perkiraan yang dicadangkan bagi pengambilantenaga manusia termasuk perkiraan bagi latihantenaga manusia;

(ii) jika pemohon bukan orang sebenar tetapi suatusyarikat, perkongsian atau pertubuhan, sesalinandokumen konstituennya, yang disahkan dengansewajarnya dengan akuan berkanun yang dibuatoleh pegawai yang diberi kuasa bagi pemohon;dan

(iii) apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lainsebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksudmenentukan permohonan dan kesesuaian pemohon.

(2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu KetuaPengarah boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemohonmemberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58622

(3) Kehendak di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbezaantara pemohon dan golongan, kategori, atau perihal permohonanyang berlainan.

(4) Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yangdikehendaki di bawah subperenggan (1)(c)(iii) dan subseksyen (2)tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan ataumasa lanjutan yang diberikan, permohonan itu—

(a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan(b) tidak boleh diteruskan selanjutnya,

tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.

(5) Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masasebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

Perkara yang hendaklah dipertimbangkan sebelum kelulusanuntuk menubuhkan atau menyenggarakan diberikan

9. Dalam memutuskan sama ada untuk memberikan atau tidakkelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatanswasta atau klinik pergigian swasta, Ketua Pengarah hendaklahmenimbangkan perkara yang berikut:

(a) jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yangakan disediakan;

(b) takat kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan ituyang telah sedia ada dalam sesuatu kawasan;

(c) keperluan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan dalam sesuatu kawasan;

(d) keperluan masa hadapan bagi kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan dalam sesuatu kawasan; atau

(e) apa-apa perkara lain yang pada pendapatnya adalah relevan.

Keengganan untuk memproses permohonan bagi kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan

10. Ketua Pengarah boleh enggan untuk meneruskan penimbangansesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan ataumenyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

23

kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigianswasta, atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipindaatau dilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semulaatau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagimenggantikannya jika—

(a) borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidakdilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihalan;

(b) borang permohonan itu mengandungi kesilapan atauubahan;

(c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lainyang ditetapkan; atau

(d) pemohon itu tidak menunjukkan bukti bahawa dia ialahorang yang sesuai untuk diberi kelulusan untuk menubuhkanatau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta.

Alasan bagi keengganan untuk memberikan kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan

11. Sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan ataumenyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigianswasta tidak boleh dibenarkan oleh Ketua Pengarah melainkan jikadia berpuas hati bahawa—

(a) pemohon mampu menyediakan kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan yang secukupnya;

(b) pemohon mampu mengadakan pengurusan dan pentadbiranyang secukupnya dan cekap bagi penjalanan sepatutnyakemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastaitu;

(c) jika pemohon ialah tuan punya tunggal, dia tidak pernahdisabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atauketidakjujuran atau bukan seorang bankrap yang belumdilepaskan;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58624

(d) tiada seorang pun yang telah disabitkan atas kesalahanyang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau yangseorang bankrap yang belum dilepaskan—

(i) ialah anggota lembaga pengarah, atau ialah orangyang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadananitu, jika permohonan dibuat oleh suatu pertubuhanperbadanan; atau

(ii) ialah pekongsi, jika permohonan dibuat oleh suatuperkongsian; atau

(iii) ialah pemegang jawatan bagi suatu pertubuhan,jika permohonan dibuat oleh suatu pertubuhan.

Pemberian atau keengganan untuk memberikan kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan

12. Selepas menerima dan menimbangkan permohonan bagikelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatanswasta atau klinik pergigian swasta Ketua Pengarah—

(a) boleh memberikan kelulusan dengan atau tanpa apa-apaterma atau syarat;

(b) boleh menolak permohonan itu dengan atau tanpamemberikan apa-apa alasan bagi penolakan itu.

Kelulusan berasingan untuk menubuhkan atau menyenggarakankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yangtidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi

13. (1) Kelulusan berasingan untuk menubuhkan ataumenyenggarakan hendaklah dipohon bagi kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swastaatau klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal,pentadbiran atau organisasi.

(2) Kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatukemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinikperubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah menyatakanjenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yangbaginya kelulusan itu diberikan dan maksud yang baginya kelulusanitu boleh disenggarakan.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

25

BAHAGIAN IV

LESEN UNTUK MENGENDALIKAN ATAU MENYEDIAKANKEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN

SWASTA SELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA ATAUKLINIK PERGIGIAN SWASTA

Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakanhendaklah dibuat dalam masa tiga tahun

14. (1) Sesuatu permohonan bagi lesen untuk mengendalikan ataumenyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastaselain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklahdibuat dalam masa tiga tahun dari tarikh pengeluaran kelulusanuntuk menubuhkan atau menyenggarakan berkenaan dengankemudahan atau perkhidmatan itu.

(2) Jika lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak dipohon dalammasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), kelulusan untukmenubuhkan atau menyenggarakan yang diberikan di bawahperenggan 12(a) adalah disifatkan telah dibatalkan melainkan jikasuatu pelanjutan masa telah diberikan oleh Ketua Pengarah.

Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan

15. (1) Sesuatu permohonan bagi lesen untuk mengendalikan ataumenyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastaselain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklahdibuat kepada Ketua Pengarah—

(a) dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan;(b) disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan(c) dengan mengemukakan bersama permohonan itu apa-apa

maklumat, butir-butir dan dokumen sebagaimana yangdinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dansebelum permohonan itu ditentukan, Ketua Pengarah boleh, dengannotis bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58626

(3) Kehendak di bawah perenggan (1)(c) dan subseksyen (2)boleh berbeza antara perihal kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta yang berlainan.

(4) Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yangdikehendaki di bawah perenggan (1)(c) dan subseksyen (2) adalahatau tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakanatau masa lanjutan, permohonan—

(a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan(b) tidak boleh diteruskan selanjutnya,

tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.

(5) Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masasebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

Pemeriksaan premis

16. (1) Apabila menerima permohonan bagi lesen untukmengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinikpergigian swasta, Ketua Pengarah hendaklah melantik secara bertulisdua orang atau lebih, yang salah seorang daripadanya hendaklahpengamal perubatan berdaftar—

(a) untuk memeriksa premis kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta itu bagi memastikan bahawa premisitu mematuhi pelan susun atur bangunan, reka bentuk,pembinaan dan spesifikasi yang berhubungan dengankelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan itu;

(b) untuk memeriksa apa-apa kelengkapan, perkakas, alat,material, barang sample atau bahan atau apa-apa bendalain yang ditemui dalam premis itu atau apa-apa perkarayang berkaitan dengannya; dan

(c) untuk memeriksa premis kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta itu bagi memastikan bahawa premisitu mematuhi piawaian atau kehendak, termasukpemeriksaan buku, rekod, polisi, tatacara pengendalianstandard, garis panduan amalan klinikal atau pengurusanatau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

27

(2) Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklahmengemukakan laporan mengenai pemeriksaan itu kepada KetuaPengarah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Keengganan untuk memproses permohonan bagi lesen

17. Ketua Pengarah boleh enggan meneruskan penimbangan sesuatupermohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan,atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda ataudilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semula atausupaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannyajika—

(a) borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidakdilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihal;

(b) borang permohonan itu mengandungi kesilapan atauubahan; atau

(c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lainyang ditetapkan.

Sebab bagi keengganan untuk mengeluarkan atau membaharuilesen untuk mengendalikan atau menyediakan

18. Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan atau membaharuisesuatu lesen jika—

(a) sekiranya pemohon ialah orang sebenar, Ketua Pengarahtidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pemohonitu;

(b) sekiranya pemohon ialah suatu pertubuhan perbadanan,Ketua Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dankesesuaian anggota lembaga pengarah atau jawatankuasaatau lembaga pemegang amanah atau lembaga pengelolalain bagi pertubuhan perbadanan itu;

(c) sekiranya pemohon ialah suatu perkongsian, KetuaPengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaianpekongsinya;

(d) sekiranya pemohon ialah suatu pertubuhan, Ketua Pengarahtidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pemegangjawatannya;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58628

(e) pada pendapat Ketua Pengarah premis yang berkenaandengannya permohonan dibuat adalah tidak selamat, tidakbersih atau tidak cuci, atau tidak dilengkapi secukupnya;dan

(f) pada pendapat Ketua Pengarah, kakitangan adalah tidakmencukupi atau tidak cekap bagi maksud kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.

Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen

19. Apabila menerima dan setelah menimbangkan laporan di bawahseksyen 16 dan setelah memberikan pertimbangan sewajarnya KetuaPengarah hendaklah mempunyai budi bicara—

(a) untuk memberikan lesen bagi mengendalikan ataumenyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinikpergigian swasta dengan atau tanpa apa-apa terma atausyarat, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan; atau

(b) untuk menolak permohonan itu dengan atau tanpamemberikan apa-apa alasan bagi penolakan itu.

Lesen hendaklah menyatakan jenis kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta

20. Sesuatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinikperubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah menyatakanjenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yangbaginya lesen itu dikeluarkan dan maksud yang baginya lesen itudisenggarakan.

Lesen yang berasingan bagi kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal,pentadbiran atau organisasi

21. Lesen yang berasingan hendaklah dipohon bagi kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatanswasta atau klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secarafizikal, pentadbiran atau organisasi.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

29

Tempoh dan pembaharuan lesen untuk mengendalikan ataumenyediakan

22. (1) Sesuatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinikperubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah, melainkanjika terlebih dahulu digantung atau dibatalkan, terus berkuat kuasaselama tempoh dua tahun dari tarikh lesen itu dikeluarkan danboleh, dengan permohonan dalam borang yang ditetapkan danapabila dibayar fi yang ditetapkan, dibaharui bagi tempoh yangsama dengan pemberian lesen baru.

(2) Seksyen 16 hingga 19 hendaklah terpakai mutatis mutandisbagi permohonan untuk membaharui lesen untuk mengendalikanatau menyediakan.

(3) Semasa membaharui sesuatu lesen Ketua Pengarah bolehmengubah terma atau syarat yang dilampirkan kepada lesen danboleh mengenakan terma dan syarat tambahan.

Lesen hendaklah dipamerkan

23. Suatu salinan lesen untuk mengendalikan atau menyediakankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklahdipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di premis kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.

Kuasa untuk mengubah terma atau syarat, atau maksudkelulusan atau lesen

24. Ketua Pengarah boleh, atas suatu permohonan bertuliskepadanya, mengubah terma atau syarat kelulusan untuk menubuhkanatau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan ataumenyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastadengan mengendorskannya pada kelulusan atau lesen atau selainnyasecara bertulis dengan mengubah, mengikut cara yang difikirkannyapatut, maksud atau maksud-maksud kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta itu ditubuhkan atau disenggarakan, ataudikendalikan atau disediakan, atau jenis kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan yang baginya lesen itu sedang berkuatkuasa.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58630

BAHAGIAN V

PENDAFTARAN KLINIK PERUBATAN SWASTADAN KLINIK PERGIGIAN SWASTA

Permohonan bagi pendaftaran

25. (1) Sesuatu permohonan bagi pendaftaran klinik perubatanswasta atau klinik pergigian swasta hendaklah dibuat kepada KetuaPengarah dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dandisertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir dan dokumen lain sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagipendaftaran dan sebelum permohonan itu ditentukan, Ketua Pengarahboleh dengan notis bertulis menghendaki pemohon memberikanmaklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(3) Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yangdikehendaki di bawah subseksyen (2) adalah atau tidak diberikanoleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau masa lanjutan,permohonan itu—

(a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan(b) tidak boleh diteruskan selanjutnya,

tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.

(4) Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masasebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

Keengganan untuk memproses permohonan bagi pendaftaran

26. Ketua Pengarah boleh enggan untuk meneruskan penimbangansesuatu permohonan bagi pendaftaran, dan boleh menghendakisupaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sewajarnyadan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan barudikemukakan bagi menggantikannya jika—

(a) borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidakdilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihal;

(b) borang permohonan itu mengandungi kesilapan atauubahan; atau

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

31

(c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lainyang ditetapkan.

Pemberian perakuan pendaftaran

27. Apabila menerima dan setelah menimbangkan permohonanitu, Ketua Pengarah boleh mendaftarkan klinik perubatan swastaatau klinik pergigian swasta itu dengan atau tanpa apa-apa termaatau syarat yang difikirkannya perlu dan mengeluarkan suatu perakuanpendaftaran apabila dibayar fi yang ditetapkan.

Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan

28. Suatu salinan perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkandi bahagian yang mudah dilihat di premis klinik perubatan swastaatau klinik pergigian swasta.

Kuasa untuk mengubah terma atau syarat pendaftaran

29. Ketua Pengarah boleh, atas suatu permohonan bertuliskepadanya dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengubah termaatau syarat pendaftaran dengan mengendorskannya pada perakuanpendaftaran atau selainnya secara bertulis.

Pendaftaran berasingan

30. Pendaftaran berasingan adalah dikehendaki bagi—(a) klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang

dihubungkan antara satu sama lain secara fizikal,pentadbiran atau organisasi;

(b) klinik perubatan swasta yang tidak dihubungkan secarafizikal, pentadbiran dan organisasi dengan suatu kemudahanjagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar lain;

(c) klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secarafizikal, pentadbiran dan organisasi dengan suatu kemudahanjagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar lain;

(d) klinik perubatan swasta yang tidak dihubungkan secarafizikal tetapi dihubungkan secara organisasi ataupentadbiran dengan suatu klinik perubatan swasta berdaftaratau dengan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan berlesen;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58632

(e) klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secarafizikal tetapi dihubungkan secara organisasi ataupentadbiran dengan suatu klinik pergigian berdaftar ataudengan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan berlesen;

(f) klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yangdi bawah seseorang pengamal perubatan atau pergigianperseorangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yangberkongsi tenaga manusia, kemudahan atau perkhidmatan,dalam premis yang sama tetapi yang tidak dihubungkansecara pentadbiran atau organisasi antara satu sama lain;dan

(g) apa-apa bentuk organisasi atau pentadbiran lain klinikperubatan swasta atau klinik pergigian swasta sebagaimanayang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

BAHAGIAN VI

TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN, PEMEGANGPERAKUAN PENDAFTARAN DAN ORANG

YANG BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab

31. (1) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranberkenaan dengan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta berlesen atau berdaftar hendaklah—

(a) memastikan bahawa kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itudisenggarakan atau dikendalikan oleh seorang orang yangbertanggungjawab;

(b) memeriksa kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta berlesen atau berdaftar itu mengikut cara dan sekerapyang ditetapkan;

(c) memastikan bahawa orang yang diambil kerja atau digunakhidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu didaftarkandi bawah mana-mana undang-undang yang mengawal seliapendaftaran mereka, atau jika tidak ada undang-undangsedemikian, memegang apa-apa kelayakan dan pengalamansebagaimana yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah; dan

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

33

(d) mematuhi apa-apa kewajipan dan tanggungjawab lainsebagaimana yang ditetapkan.

(2) Walau apa pun perenggan (1)(a), orang yang berlainan bolehdilantik untuk mengurus dan memikul kewajipan dan tanggungjawabyang berhubungan dengan perkara bukan klinikal termasuklahkewangan, pentadbiran dan pengurusan sumber bukan klinikal.

(3) Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranyang ialah tuan punya tunggal melanggar subseksyen (1), diamelakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4) Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranyang ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhanmelanggar subseksyen (1), ia melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.

(5) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Orang yang bertanggungjawab

32. (1) Orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftarhendaklah memegang apa-apa kelayakan, telah menjalani apa-apalatihan dan mempunyai apa-apa pengalaman sebagaimana yangditetapkan.

(2) Orang yang bertanggungjawab hendaklah menjalankankewajipan dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58634

Pertukaran orang yang bertanggungjawab

33. (1) Maka hendaklah menjadi kewajipan pemegang lesen ataupemegang perakuan pendaftaran untuk memberitahu Ketua Pengarahdalam masa empat belas hari dari masa ia berlaku tentang apa-apaperubahan orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dengannya lesennyaatau perakuan pendaftarannya ada kaitan, dan kelayakan, latihandan pengalaman orang yang bertanggungjawab yang baru.

(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yangtidak mematuhi peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatukesalahan.

Bantuan jagaan peribadi

34. (1) Maka hendaklah menjadi kewajipan pemegang lesen sesuatukemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegangperakuan pendaftaran untuk memastikan bahawa orang yangmemberikan jagaan peribadi mempunyai apa-apa kelayakan, telahmenjalani apa-apa latihan dan mempunyai apa-apa pengalamansebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2) Seseorang pembantu jagaan peribadi boleh melaksanakankewajipan, fungsi dan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pembantu jagaanperibadi tidak boleh melaksanakan kewajipan jagaan kejururawatan.

(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukansuatu kesalahan.

Pernyataan dasar

35. (1) Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuan pendaftaran atauorang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah menjadikan tersedia,selepas pendaftaran atau penerimaan, mengikut mana-mana yangberkenaan, pernyataan dasarnya berkenaan dengan kewajipanpemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu untukpesakit yang menggunakan kemudahan atau perkhidmatan itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

35

(2) Suatu pernyataan dasar hendaklah meliputi apa-apa perkarasebagaimana yang ditetapkan.

Mekanisme ketidakpuasan hati pesakit

36. (1) Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuan pendaftaranhendaklah menubuhkan suatu pelan mekanisme ketidakpuasan hatibagi pesakit yang menggunakan premis kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta itu.

(2) Pelan mekanisme ketidakpuasan hati dan tatacaraketidakpuasan hati hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

Melaporkan kejadian

37. (1) Walau apa pun apa-apa laporan lain yang dikehendakioleh mana-mana undang-undang bertulis lain, sesuatu kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah melaporkankepada Ketua Pengarah, atau mana-mana orang yang diberi kuasaolehnya bagi maksud itu, apa-apa kejadian yang tidak dapatdiramalkan atau yang tidak dijangka sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kejadian yangtidak dapat diramalkan atau yang tidak dijangka yang berlaku padaatau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Rawatan dan perkhidmatan kecemasan

38. (1) Tiap-tiap kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta berlesen atau berdaftar hendaklah pada setiap masa mampumemulakan, dan menyediakan, langkah-langkah perlu bagipenyelamatan nyawa dan melaksanakan tatacara kecemasan atasmana-mana orang yang menghendaki rawatan atau perkhidmatansedemikian.

(2) Jenis dan ruang lingkup langkah-langkah kecemasan, tatacaradan perkhidmatan itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58636

BAHAGIAN VIIPERUNTUKAN AM BERHUBUNGAN DENGANKELULUSAN, LESEN DAN PENDAFTARAN

Sekatan penggunaan premis

39. (1) Premis yang berhubungan dengan suatu lesen untukmengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta atau suatu perakuan pendaftaran tidakboleh digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud yang berkenaandengannya lesen atau perakuan pendaftaran itu dikeluarkan, danmaksud-maksud yang semunasabahnya bersampingan dengannya.

(2) Jika kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastaberlesen atau berdaftar itu digunakan mengikut apa-apa cara yangberlawanan dengan subseksyen (1)—

(a) jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranitu ialah tuan punya tunggal, dia adalah melakukan suatukesalahan dan apabila disabitkan, boleh—

(i) didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi duatahun atau kedua-duanya; dan

(ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidakmelebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan;

(b) jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranitu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan, ia adalah melakukan suatu kesalahan danapabila disabitkan, boleh—

(i) didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan(ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak

melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan; dan

(c) jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan—

(i) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

37

(ii) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsidalam perkongsian itu;

(iii) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkanboleh—

(A) didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi duatahun atau kedua-duanya; dan

(B) dalam hal kesalahan yang berterusan didenda tidakmelebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan.

Larangan terhadap peluasan dan pengubahan

40. (1) Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa peluasan ataupengubahan struktur atau fungsian kepada mana-mana kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau mana-mana bahagiannya yang menjejaskan—

(a) maksud yang baginya kemudahan jagaan kesihatan swastaberlesen itu ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan ataudisediakan;

(b) mana-mana terma atau syarat kelulusan untuk menubuhkanatau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikanatau menyediakan; atau

(c) standard kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan,

melainkan jika kelulusan bertulis Ketua Pengarah diperoleh terlebihdahulu.

(2) Sesuatu permohonan bagi peluasan atau pengubahan di bawahsubseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalamborang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakandengan fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58638

(3) Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa suatu permohonandi bawah subseksyen (2) adalah berhubungan dengan cadanganbagi peluasan atau pengubahan—

(a) yang tidak berhubungan dengan atau yang tidakmenjejaskan penjagaan dan keselamatan pesakit; atau

(b) yang kecil pada dasarnya,

Ketua Pengarah boleh mengetepikan fi yang kena dibayar, ataumembayar balik fi yang telah dibayar, di bawah subseksyen (2)yang berhubungan dengan suatu permohonan bagi kelulusan peluasanatau pengubahan.

(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalahmelakukan suatu kesalahan.

Pemindahan, dsb., kelulusan, lesen dan perakuan

41. (1) Tiada kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakanatau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau perakuan pendaftaranklinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta boleh dipindahhakmilik, diserah hak atau selainnya dilupuskan melainkan jikakelulusan bertulis Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.

(2) Sesuatu permohonan pindah hakmilik, penyerahhakan, ataupelupusan sesuatu kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaranhendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang dan mengikutcara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yangditetapkan.

(3) Ketua Pengarah boleh atas permohonan sedemikian meluluskanpindah hak milik, penyerahhakan atau pelupusan itu tertakluk kepadaapa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakan olehnya denganmengendorskannya pada kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaranatau boleh, jika dia berfikir patut, enggan meluluskan pindah hakmilik, penyerahhakan atau pelupusan itu.

Daftar

42. (1) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya disimpandan disenggarakan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan—

(a) suatu daftar bagi semua kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta berlesen di bawah Akta ini;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

39

(b) suatu daftar bagi semua klinik perubatan swasta dan klinikpergigian swasta berdaftar di bawah Akta ini; dan

(c) apa-apa daftar atau daftar-daftar lain yang difikirkan olehKetua Pengarah patut disenggarakan oleh kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

(2) Daftar dalam perenggan 1(a) dan (b) hendaklah disifatkansebagai dokumen awam mengikut pengertian Akta Keterangan1950 [Akta 56] dan hendaklah dibuka untuk pemeriksaan orangawam dan orang awam boleh membuat carian dan mendapatkancabutan daripada daftar itu apabila fi yang ditetapkan dibayar.

BAHAGIAN VIII

PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN KELULUSANDAN LESEN, KEENGGANAN UNTUK MEMBAHARUI

LESEN DAN PENGGANTUNGAN DANPEMBATALAN PENDAFTARAN

Tunjuk sebab

43. Ketua Pengarah boleh menyampaikan kepada pemegangkelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau pemeganglesen di bawah Akta ini suatu notis tunjuk sebab tentang niatnyauntuk menggantung atau membatalkan kelulusan atau lesen ituatau keengganannya untuk membaharui lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dia boleh menyampaikan kepada pemegangperakuan pendaftaran yang diberikan di bawah Akta ini suatu notistunjuk sebab tentang niatnya untuk menggantung atau membatalkanpendaftaran itu.

Alasan bagi penggantungan, dsb., yang berhubungan denganpentadbiran kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta

44. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis tunjuk sebab dalamseksyen 43 jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untukberbuat demikian atas alasan bahawa pemegang kelulusan ataupemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu, mengikutmana-mana yang berkenaan—

(a) telah memperoleh kelulusan, lesen atau pendaftaran itumelalui apa-apa kenyataan palsu atau mengelirukan;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58640

(b) telah melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakanoleh Ketua Pengarah ke atas kelulusan, lesen ataupendaftaran itu;

(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta iniatau mana-mana undang-undang bertulis lain;

(d) telah tidak mematuhi apa-apa arahan, perintah atau garispanduan yang diberikan kepadanya oleh Menteri atauKetua Pengarah;

(e) telah menggunakan premis yang berhubung dengankelulusan, lesen atau pendaftaran itu berlawanan denganmaksud kelulusan lesen atau pendaftaran itu;

(f) telah mengendalikan atau menggunakan kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu mengikut carayang memudaratkan kepentingan orang awam sebagaimanayang diputuskan oleh Ketua Pengarah;

(g) telah mewujudkan atau menyenggarakan dasar ataumengeluarkan arahan yang menyebabkan profesional jagaankesihatan melanggar tatalaku profesional bagi profesionperubatan, pergigian atau kejururawatan atau profesionjagaan kesihatan lain yang dikeluarkan oleh MajlisPerubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, LembagaJururawat atau Lembaga Perbidanan atau mana-mana badanpengawalseliaan jagaan kesihatan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(h) telah berhenti mengendalikan kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.

Alasan bagi penggantungan, pembatalan, keengganan untukmembaharui lesen, dsb., yang berhubungan dengan kelayakantuan punya tunggal

45. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis dalam seksyen 43jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegangperakuan ialah tuan punya tunggal—

(a) yang ialah pengamal perubatan berdaftar, dan yang namanyatelah dipotong dari Daftar Perubatan Malaysia menurutperenggan 30(i) Akta Perubatan 1971;

(b) yang ialah doktor pergigian berdaftar, dan yang namanyatelah dipotong daripada Daftar Pergigian Malaysia menurutperenggan 33(1)(a) Akta Pergigian 1971;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

41

(c) yang ialah pengamal perubatan berdaftar, dan yang namanyatelah digantung dari Daftar Perubatan Malaysia menurutperenggan 30(ii) Akta Perubatan 1971;

(d) yang ialah doktor pergigian berdaftar, dan yang namanyatelah digantung dari Daftar Pergigian Malaysia menurutperenggan 30(1)(b) Akta Pergigian 1971;

(e) yang ialah jururawat berdaftar, dan yang namanya telahdipotong dari Daftar Jururawat menurut perenggan 32(a)Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985 [P.U.(A) 494/85];

(f) yang ialah bidan berdaftar, dan yang namanya telahdipotong dari Daftar Bidan menurut perenggan 13B(a)Akta Bidan 1966;

(g) yang ialah jururawat berdaftar, dan yang namanya telahdigantung dari Daftar Jururawat menurut perenggan 32(b)Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985; atau

(h) yang ialah bidan berdaftar, dan yang namanya telahdigantung dari Daftar Bidan menurut perenggan 13B(b)Akta Bidan 1966.

Alasan bagi penggantungan, pembatalan atau keengganan untukmembaharui kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran

46. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis dalam seksyen 43jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegangperakuan pendaftaran ialah suatu pertubuhan perbadanan atauperkongsian atau pertubuhan yang tidak membuang anggota lembagapengarah, atau pekongsi atau pemegang jawatannya, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a) yang namanya telah dipotong daripada Daftar PerubatanMalaysia menurut perenggan 30(i) Akta Perubatan 1971;

(b) yang namanya telah dipotong daripada Daftar PergigianMalaysia menurut perenggan 33(1)(a) Akta Pergigian 1971;

(c) yang namanya telah dipotong daripada Daftar Jururawatmenurut perenggan 32(a) Peraturan-Peraturan PendaftaranJururawat 1985;

(d) yang namanya telah dipotong daripada Daftar Bidanmenurut perenggan 13B(a) Akta Bidan 1966;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58642

(e) yang namanya telah digantung daripada Daftar PerubatanMalaysia menurut perenggan 30(ii) Akta Perubatan 1971;

(f) yang namanya telah digantung daripada Daftar PergigianMalaysia menurut perenggan 32(1)(b) Akta Pergigian 1971;

(g) yang namanya telah digantung daripada Daftar Jururawatmenurut perenggan 32(b) Peraturan-Peraturan PendaftaranJururawat 1985; atau

(h) yang namanya telah digantung daripada Daftar Bidanmenurut perenggan 13B(b) Akta Bidan 1966.

Alasan tambahan

47. Alasan yang dinyatakan dalam seksyen 44, 45 dan 46 hendaklahsebagai tambahan kepada apa-apa alasan lain yang diperuntukkandi bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.

Representasi

48. Apabila menerima notis di bawah seksyen 43 daripada KetuaPengarah, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegangperakuan pendaftaran boleh mengemukakan representasi kepadaKetua Pengarah dalam masa dua puluh satu hari.

Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atauenggan membaharui

49. (1) Selepas habis tempoh masa yang ditentukan dalam notisbagi membuat representasi dan selepas menimbangkan apa-aparepresentasi yang dibuat di bawah seksyen 48, Ketua Pengarahboleh—

(a) menggantung kelulusan, lesen atau pendaftaran selamaapa-apa tempoh yang boleh ditentukannya dan tertaklukkepada apa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakannya;

(b) membatalkan kelulusan, lesen atau pendaftaran, mengikutmana-mana yang berkenaan;

(c) enggan membaharui lesen; atau(d) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada

pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegangperakuan pendaftaran supaya membetulkan keadaansehingga Ketua Pengarah berpuas hati.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

43

(2) Mana-mana pemegang kelulusan, pemegang lesen ataupemegang perakuan pendaftaran yang terkilan dengan perintahKetua Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepadaMenteri dalam masa tiga puluh hari dari penyampaian perintah itukepadanya dan keputusan Menteri untuk mengesahkan, mengubahatau membatalkan perintah Ketua Pengarah adalah muktamad dankonklusif.

Penyerahan lesen atau perakuan

50. Jika kelulusan telah digantung atau dibatalkan atau lesen telahdigantung atau dibatalkan atau telah enggan dibaharui ataupendaftaran telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 44,45 dan 46, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegangperakuan pendaftaran hendaklah menyerahkan kelulusan atau lesenatau perakuan pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,kepada Ketua Pengarah.

Pemberhentian pengendalian

51. Semasa tempoh penggantungan sesuatu kelulusan, lesen ataupendaftaran atau dari tarikh pembatalan kelulusan, lesen ataupendaftaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegangkelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranitu hendaklah berhenti mengendalikan kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta yang berkenaan dengannya kelulusan, lesenatau perakuan pendaftaran itu telah digantung, dibatalkan atauenggan dibaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan.

BAHAGIAN IX

PENUTUPAN KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN SWASTA

Perintah bagi penutupan sementara kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta

52. (1) Ketua Pengarah boleh, jika dia mendapati bahawapengendalian berterusan mana-mana kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta akan mendatangkan bahaya yang seriuskepada orang awam, melalui notis bertulis mengarahkan supaya

Undang-Undang Malaysia AKTA 58644

kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu ditutupselama suatu tempoh dan mengikut terma, syarat atau arahan yangdifikirkannya patut atau sehingga notis selanjutnya, dan bolehmengambil apa-apa langkah lain yang perlu untuk melindungiorang awam daripada bahaya yang serius itu.

(2) Apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) hendaklahdisampaikan kepada pemegang lesen kemudahan atau perkhidmatanitu atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengankemudahan atau perkhidmatan itu atau orang yang bertanggungjawabbagi kemudahan atau perkhidmatan itu dan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh penyampaian perintah itu.

(3) Tuan punya tunggal yang tidak mematuhi perintah yangdisampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a) didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahunatau kedua-duanya; dan

(b) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyaksatu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadasehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(4) Sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhanyang tidak mematuhi perintah yang disampaikan kepadanya dibawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh—

(a) didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan

(b) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyaklima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadasehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5) Jika kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatupertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

45

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh—(aa) didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahunatau kedua-duanya; dan

(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyaksatu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadasehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Syarat bagi penutupan, penjualan atau pelupusan selainnyakemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta

53. (1) Jika pemegang lesen suatu kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta, atau pemegang perakuan pendaftaran,berniat untuk menutup, memindahkan hak milik, menjual atauselainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta itu, dia hendaklah memberikan notis secara bertulis kepadaKetua Pengarah tidak kurang daripada tiga puluh hari tentangniatnya itu.

(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yanglesen atau pendaftarannya telah dibatalkan atau digantung; mengikutmana-mana yang berkenaan, atau yang pembaharuan lesennya telahditolak, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulistentang niatnya untuk menutup, memindahkan hak milik, menjualatau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta itu dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

(3) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranhendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh KetuaPengarah tentang penginapan dan penjagaan pesakit, dan penjagaanrekod perubatan di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta berlesen atau berdaftar itu sebelum menutup, memindahkanhak milik, menjual atau selainnya melupuskan kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu.

(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukansuatu kesalahan.

(5) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaranhendaklah menyerahkan lesen atau perakuan pendaftaran itu sebaiksaja lesen itu digantung, dibatalkan atau enggan dibaharui atauperakuan pendaftaran itu digantung atau dibatalkan atau pengendalianpremis itu tidak diteruskan atau ditutup.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58646

BAHAGIAN X

BANK DARAH

Tafsiran

54. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“darah asli manusia” ertinya darah manusia yang tidakdiproses;

“hasil darah” ertinya apa-apa bahan yang baru diperolehdaripada darah asli manusia dan termasuklah plasma, komponenplasma dan sel darah tetapi tidak termasuk apa-apa hasil darahtercerakin;

“hasil darah tercerakin” ertinya protein plasma yang diperolehmelalui proses pembuatan kimia;

“pembekalan” ertinya pembekalan dengan cara jualan, pertukaranatau hadiah dan termasuklah menerima, menyimpan atau menstorbagi maksud pembekalan.

Larangan ke atas pembekalan darah asli manusia dan hasildarah

55. Tiada seorang pun boleh membekalkan, bersetuju untukmembekalkan, menawarkan untuk membekalkan atau mengemukakandirinya sebagai sanggup untuk membekalkan darah asli manusiaatau hasil darah.

Import dan eksport darah asli manusia dan hasil darah

56. Tanpa menjejaskan seksyen 55, tiada seorang punboleh mengimport atau mengeksport darah asli manusiaatau hasil darah bagi maksud transfusi melainkan jika diamemegang perakuan yang dikeluarkan di bawah perenggan 57(1)(a)atau (b).

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

47

Pengeluaran perakuan untuk mengimport dan mengeksportdarah asli manusia dan hasil darah

57. (1) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan yang dibuat dalamborang yang ditetapkan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan,mengeluarkan suatu perakuan yang membenarkan mana-mana orang,tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang dikenakan—

(a) untuk mengimport atau mengeksport hasil darah bagimaksud transfusi;

(b) untuk mengimport atau mengeksport darah asli manusiabagi maksud transfusi.

(2) Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen(1) boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui notis bertulis.

(3) Apabila menerima notis di bawah subseksyen (2) daripadaKetua Pengarah, orang yang kepadanya perakuan di bawahsubseksyen (1) dikeluarkan, boleh mengemukakan representasikepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditentukan oleh KetuaPengarah dalam notis itu.

(4) Selepas habis tempoh masa yang ditentukan dalam notis ituuntuk membuat representasi dan setelah menimbangkan apa-aparepresentasi yang dibuat di bawah subseksyen (3) Ketua Pengarahboleh—

(a) membatalkan perakuan itu;

(b) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepadapemegang perakuan itu supaya mengambil apa-apa tindakansehingga Ketua Pengarah berpuas hati; atau

(c) tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

Kebenaran untuk menguji darah daripada penderma

58. Orang yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan ataukemudahan jagaan kesihatan swasta yang hendak menguji darahseseorang penderma hendaklah memperoleh kebenaran bertulispenderma itu untuk menguji darahnya bagi apa-apa penyakit yangditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa dan mengikutapa-apa tatacara yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58648

BAHAGIAN XI

PERKHIDMATAN TRANSFUSI DARAH

Kemudahan penstoran

59. Semua hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaanpembedahan ambulatori swasta, dan semua kemudahan jagaankesihatan swasta lain yang menyediakan perkhidmatan jagaankecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatanpembedahan, hendaklah menyenggara kemudahan penstoran darahyang sepatutnya sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Kemudahan penstoran hendaklah di bawah kawalan danpengawasan secukupnya orang yang bertanggungjawab bagikemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.

(3) Darah dan hasil darah dalam premis kemudahan atauperkhidmatan itu hendaklah distor dalam peti sejuk.

(4) Peti sejuk yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakanbagi penstoran darah dan hasil darah hendaklah mempunyai sistempenggera yang mencukupi dan hendaklah kerap diperiksa danhendaklah selainnya selamat dan cukup bagi amaun darah danhasil darah yang hendak disimpan.

Bekalan darah yang minimum

60. Tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusatjagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahanjagaan kesihatan swasta lain yang menyediakan perkhidmatankecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatanpembedahan, hendaklah menyenggara bekalan darah minimum dalampremisnya pada setiap masa bagi kegunaan hariannya atau dapatmemperoleh darah dengan cepat daripada bank darah berlesen lainatau kemudahan Kerajaan bagi keperluan hariannya.

Menyenggara rekod atau resit dan pelupusan darah

61. Tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusatjagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahanjagaan kesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatankecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

49

pembedahan, hendaklah menyenggarakan rekod yang menunjukkanpenerimaan dan pelupusan semua darah dan hasil darah yang diberikankepada pesakit dalam premisnya.

Tindak balas transfusi

62. Orang yang bertanggungjawab bagi atau pemegang lesentiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaanpembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaankesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasandengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan,hendaklah menyiasat semua tindak balas transfusi yang berlakudalam premisnya.

Syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatan

63. Orang yang bertanggungjawab bagi atau pemegang lesentiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaanpembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaankesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasandengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan,hendaklah membuat syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatanmengenai perbaikan dalam tatacara transfusi pada akhir penyiasatanyang dibuat di bawah seksyen 62.

BAHAGIAN XII

PENILAIAN KEMATIAN

Tafsiran

64. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Penilaian KematianKebangsaan;

“kematian boleh nilai” ertinya kematian yang, pada pendapatmana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian, bolehdihubungkan dengan anestesia atau apa-apa tatacara anestetik atauteknologi perubatan atau apa-apa tatacara perubatan, atau pembedahanatau apa-apa tatacara pembedahan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58650

Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan

65. (1) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untukmenubuhkan suatu jawatankuasa atau jawatankuasa-jawatankuasayang setiap satunya dikenali sebagai Jawatankuasa PenilaianKematian Kebangsaan.

(2) Sesuatu Jawatankuasa hendaklah terdiri daripadaseorang Pengerusi dan anggota lain yang dilantik oleh KetuaPengarah.

(3) Walau apa pun subseskyen (2), Ketua Pengarah boleh melantikanggota tetap atau anggota-anggota tetap yang hendaklahmenganggotai sesuatu Jawatankuasa.

(4) Setiap anggota Jawatankuasa hendaklah memegang jawatanselama tempoh dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakandalam surat pelantikannya.

Fungsi Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan

66. (1) Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi yangberikut:

(a) untuk menerima dan menimbangkan maklumat yangberhubungan dengan kematian boleh nilai;

(b) untuk menggalakkan penggunaan anestetik, tatacaraperubatan atau pembedahan atau teknologi perubatan yangselamat dan cekap.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang berikut,Jawatankuasa hendaklah dalam menjalankan fungsinya—

(a) menentukan takat, jika ada, yang—(i) anestesia atau apa-apa tatacara anestetik;

(ii) teknologi perubatan atau apa-apa tatacara perubatan;atau

(iii) pembedahan atau apa-apa tatacara pembedahan,

telah menjadi antara sebab kematian;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

51

(b) menentukan sama ada kematian boleh nilai di bawahsubperenggan (2)(a)(i), (ii) atau (iii) mungkin bolehdielakkan sekiranya kesan atau akibat daripada anestesiaatau tatacara anestetik, atau teknologi perubatan atautatacara perubatan, atau pembedahan atau tatacarapembedahan itu difahami atau dibuat persediaan baginyadengan lebih baik atau lebih menyeluruh.

(3) Dalam melaksanakan fungsi-fungsinya Jawatankuasa tidakboleh meletakkan apa-apa kesalahan ke atas mana-mana pengamalperubatan atau pergigian atau ke atas mana-mana orang lain.

Melaporkan kematian boleh nilai

67. (1) Seseorang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah memastikanbahawa tiap-tiap pengamal perubatan atau pengamal pergigian yangmelaksanakan apa-apa anestesia atau tatacara anestetik atau perubatanatau pembedahan atau menggunakan apa-apa teknologi perubatanke atas pesakit yang kematiannya ialah suatu kematian boleh nilaihendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, tetapidalam mana-mana hal tidak lebih daripada 72 jam setelah dia tahutentang berlakunya kematian itu, memberitahu Ketua Pengarahnama pesakit itu, pendapatnya tentang sebab kematian dan namaserta alamatnya sendiri.

(2) Apabila menerima apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen(1), Ketua Pengarah hendaklah dengan serta-merta mengemukakanmaklumat itu secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa.

Pengamal perubatan dan pengamal pergigian hendaklahmemberikan maklumat

68. (1) Bagi maksud fungsi sesuatu Jawatankuasa, Pengerusi bolehmenghendaki mana-mana pengamal perubatan atau pengamalpergigian atau mana-mana orang lain yang berkenaan supayamembekalkan semua atau apa-apa maklumat yang dinyatakan yangdalam milikannya berhubungan dengan sesuatu kematian bolehnilai, dan berhubungan dengan anestesia atau tatacara anestetikatau teknologi perubatan atau tatacara perubatan atau pembedahan

Undang-Undang Malaysia AKTA 58652

yang berhubungan dengan mana-mana kematian boleh nilai,termasuklah rekod klinikal atau perubatan, dan dokumen materiallain yang dalam milikannya atau di bawah kawalannya, walau apapun subseksyen 112(4) atau mana-mana rukun undang-undang atauadat atau amalan yang berlawanan.

(2) Tiap-tiap pengamal perubatan dan pengamal pergigian danmana-mana orang lain yang tahu tentang sesuatu kematian bolehnilai hendaklah menjawab dengan lengkap sepanjang pengetahuandan keupayaannya tiap-tiap soalan yang berkenaan yang ditanyakankepadanya oleh Pengerusi sesuatu Jawatankuasa.

(3) Pengerusi sesuatu Jawatankuasa hendaklah memberi masing-masing Jawatankuasa semua maklumat yang diterimanya di bawahseksyen 67 dan seksyen ini yang berhubung dengan sesuatu kematianboleh nilai, selain—

(a) nama orang yang mati itu;(b) nama pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau

mana-mana orang lain yang menjalankan tatacara anestetik,perubatan atau pembedahan atau yang menggunakan apa-apa teknologi perubatan yang berkenaan; dan

(c) nama kemudahan atau tempat jagaan kesihatan swasta dimana kematian berlaku.

Penyiaran maklumat

69. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Jawatankuasa hendaklah,mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah darisemasa ke semasa, menyiarkan apa-apa kesimpulan dan syor yangdicapainya berhubung dengan pelaksanaan fungsinya kepada orangyang terlibat dengan anestesia, tatacara anestetik, teknologi perubatan,tatacara perubatan, pembedahan atau tatacara pembedahan, dankepada mana-mana orang atau golongan orang lain yang ditentukanoleh Ketua Pengarah.

(2) Tiada penyiaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) bolehmengandungi nama, atau apa-apa maklumat yang boleh membawakepada pengenalan, mana-mana orang yang kematiannya telahdipertimbangkan oleh Jawatankuasa atau mana-mana pengamalperubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang yangdengan apa-apa cara terlibat dalam penjagaan atau rawatan orangyang mati itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

53

(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Pengerusi sesuatuJawatankuasa hendaklah memberi pengamal perubatan atau pengamalpergigian yang kematian pesakitnya telah diberitahukan sebagaisuatu kematian boleh nilai kesimpulan dan syor Jawatankuasa itu.

Kerahsiaan maklumat yang diperoleh oleh Jawatankuasa

70. (1) Semua maklumat yang diperoleh oleh sesuatu Jawatankuasaatau jawatankuasa penilaian kematian yang ditubuhkan di bawahseksyen 72 oleh suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta, atauoleh mana-mana orang lain, dalam penjalanan fungsi jawatankuasaatau orang itu, hendaklah disifatkan sebagai sulit kecuali—

(a) bagi maksud yang berkaitan dengan fungsi itu;

(b) bagi maksud suatu penyiasatan tentang apa-apa jenayahyang dikatakan; atau

(c) bagi maksud apa-apa prosiding jenayah.

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkanatau menjejaskan peruntukan seksyen 67, 68 atau 71.

(3) Seksyen 115 hendaklah dibaca tertakluk kepada seksyen itu.

(4) Mana-mana orang yang, sama ada secara langsung atau tidaklangsung, mendedahkan apa-apa maklumat dengan melanggarsubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkanboleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(5) Tiada seorang pun boleh dipaksa atau dibenarkan untukmendedahkan, dalam mana-mana prosiding sivil, apa-apa maklumatyang berhubungan dengan suatu kematian boleh nilai yang telahdiperoleh olehnya dalam penjalanan kewajipannya di bawah seksyen67, 68 dan 71 dan tiada apa-apa maklumat sedemikian boleh diterimasebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sivil.

(6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkanatau menjejaskan pemberitahuan kematian di bawah mana-manaundang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pemberitahuankematian.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58654

Pelindungan orang yang menjalankan fungsi sebagai anggotaJawatankuasa

71. (1) Tiada seorang pun yang melakukan apa-apa perbuatanbagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan fungsi sesuatuJawatankuasa, termasuklah suatu perbuatan yang dilakukan menurutatau berkaitan dengan fungsi suatu jawatankuasa penilaian kematianyang ditubuhkan di bawah seksyen 72, boleh dikenakan apa-apaliabiliti sivil atau jenayah berkenaan dengan apa-apa perbuatansedemikian, sama ada atas alasan ketiadaan bidang kuasa, ataukesilapan undang-undang atau fakta, atau atas apa-apa alasan lain,melainkan jika dia telah bertindak dengan niat jahat atau tanpajagaan munasabah.

(2) Tiada prosiding sivil atau jenayah, boleh dibawa terhadapmana-mana orang di mana-mana Mahkamah berkenaan denganapa-apa perbuatan kecuali dengan kebenaran Hakim MahkamahTinggi.

(3) Notis bagi apa-apa permohonan untuk mendapatkan kebenarandi bawah subseksyen (2) hendaklah diberikan kepada orang yangterhadapnya prosiding yang berkenaan hendak dimulakan; dan orangitu berhak didengar terhadap permohonan itu.

(4) Kebenaran untuk membawa prosiding sedemikian tidak bolehdiberikan melainkan jika permohonan untuk mendapatkan kebenaranitu dibuat dalam masa satu tahun selepas perbuatan yang diadukan,atau, dalam hal kecederaan atau kerosakan berterusan, dalam masasatu tahun selepas kecederaan atau kerosakan itu terhenti.

(5) Dalam memberikan kebenaran untuk membawa prosidingsedemikian, Hakim boleh mengehadkan masa yang dalam tempohnyakebenaran itu boleh digunakan.

Jawatankuasa penilaian kematian di peringkat kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta

72. (1) Walau apa pun seksyen 65, mana-mana kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta boleh menubuhkan diperingkatnya apa-apa jawatankuasa penilaian kematian untukmenjalankan fungsi yang serupa sebagaimana dalam seksyen 66.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

55

(2) Orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah melantik berkenaandengan setiap jawatankuasa penilaian kematian seorang pengerusiyang hendaklah mempunyai kuasa dalam seksyen 68.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (4), sesuatu jawatankuasapenilaian kematian di bawah seksyen ini hendaklah, mengikut apa-apa arahan yang boleh diberikan dari semasa ke semasa, olehorang yang bertanggungjawab, mengumumkan kepada orang dalampremis itu yang berkaitan dengan anestesia, tatacara anestetik,teknologi perubatan, tatacara perubatan, pembedahan atau tatacarapembedahan dan mana-mana orang atau golongan orang lainsebagaimana yang dinyatakan oleh orang yang bertanggungjawabitu, apa-apa kesimpulan dan syor yang dicapai oleh Jawatankuasaitu dalam pelaksanaan fungsinya.

(4) Tiada pengumuman yang dibuat di bawah subseksyen (3)boleh mengandungi nama, atau apa-apa maklumat yang bolehmembawa kepada pengenalan, mana-mana orang yang kematiannyadianggap oleh jawatankuasa itu atau mana-mana pengamal perubatanatau pengamal pergigian atau mana-mana orang lain yang telahdengan apa-apa cara terlibat dengan penjagaan atau rawatan orangitu.

(5) Walau apa pun subseksyen (3) dan (4) Pengerusi hendaklahmembekalkan kesimpulan dan syor jawatankuasa itu kepada pengamalperubatan atau pengamal pergigian yang kematian pesakitnya telahdiberitahukan sebagai suatu kematian boleh nilai.

(6) Seksyen 70 dan 71 hendaklah terpakai mutatis mutandisbagi penilaian kematian boleh nilai yang dijalankan oleh jawatankuasapenilaian kematian di sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta.

Penyiasatan bebas

73. (1) Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh mengehadkanatau menyentuh apa-apa penyiasatan bebas yang dijalankan terhadapmana-mana orang di bawah mana-mana bidang kuasa tatatertib.

(2) Bagi maksud seksyen ini, Pengerusi atau mana-mana anggotasesuatu Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahseksyen 72, tidak boleh terlibat dalam perjalanan prosiding tatatertib.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58656

BAHAGIAN XIII

KUALITI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN

Kualiti kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan

74. (1) Tiap-tiap kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta hendaklah mempunyai rancangan dan kegiatan bagimemastikan kualiti dan kesesuaian kemudahan dan perkhidmatanjagaan kesihatan yang disediakan.

(2) Maklumat berkenaan dengan rancangan dan kegiatan ituhendaklah diberikan kepada Ketua Pengarah sebagaimana dan apabiladikehendaki olehnya.

Kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan arahan

75. (1) Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa apa-apa kehendakyang ditetapkan atau apa-apa piawaian yang ditetapkan yang terpakaibagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastatidak dipatuhi oleh kemudahan atau perkhidmatan itu, Ketua Pengarahboleh memberi pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegangperakuan pendaftaran berkenaan dengan kemudahan atauperkhidmatan itu apa-apa arahan bertulis sebagaimana yangdifikirkannya perlu bagi pematuhan kehendak atau piawaian itudan hendaklah menyatakan dalam arahan itu tempoh pemegangkelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftarandikehendaki mematuhi arahan itu.

(2) Jika pada pendapat Ketua Pengarah kegunaan apa-apa perkakas,perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan disesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastaatau cara apa-apa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusiaatau apa-apa hasil badan manusia, bahan atau sampel yang digunakan,dikumpul, ditangani, distor atau diangkut, atau apa-apa kegiatanlain yang dijalankan adalah memudaratkan kesihatan dan keselamatanmana-mana orang di dalamnya atau selainnya tidak sesuai bagimaksud ia digunakan, Ketua Pengarah boleh, dengan notis,mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegangperakuan pendaftaran, berkenaan dengan kemudahan atauperkhidmatan itu supaya berhenti menggunakan perkakas,perlengkapan, kelengkapan, alat atau bahan itu atau menghentikankegiatan itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

57

(3) Ketua Pengarah boleh, dengan notis, selanjutnya mengarahkanpemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuanpendaftaran itu supaya memasang atau mengganti perkakas,perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan didalamnya, dan mematuhi tatacara sebagaimana yang dinyatakandalam notis.

(4) Pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuanpendaftaran yang tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah di bawahseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkanboleh—

(a) dalam hal tuan punya tunggal—

(i) didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empatbulan atau kedua-duanya; dan

(ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didendasebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan;

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan—

(i) didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;dan

(ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didendasebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan.

(5) Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan olehsuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

Undang-Undang Malaysia AKTA 58658

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—

(aa) didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat bulanatau kedua-duanya; dan

(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyaksatu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadasehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan, perintahatau garis panduan yang berhubungan dengan jaminan kualiti

76. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan arahan, perintah ataugaris panduan yang berhubungan dengan kualiti dan piawaiankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sebagaimanayang difikirkannya perlu.

BAHAGIAN XIV

LEMBAGA PENGURUSAN DANJAWATANKUASA PENASIHAT

Lembaga Pengurusan

77. (1) Pemegang lesen sesuatu hospital swasta, rumah bersalinswasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospitalpsikiatri swasta atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta lain sebagaimana yang dinyatakan olehMenteri hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Pengurusan yangdua daripada anggotanya hendaklah dari Jawatankuasa PenasihatPerubatan yang ditubuhkan di bawah perenggan 78(b) atau 79(b).

(2) Jika sesuatu hospital swasta, rumah bersalin swasta, pusatjagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospital psikiatri swastaatau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri menyediakanatau bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan danpergigian kedua-duanya, pemegang lesen kemudahan atauperkhidmatan itu hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Pengurusanyang dua daripada anggotanya hendaklah daripada JawatankuasaPenasihat Perubatan dan Pergigian yang ditubuhkan di bawahperenggan 78(c).

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

59

Jawatankuasa Penasihat Perubatan atau Pergigian

78. Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta hendaklah memastikan bahawa—

(a) pengurusan perubatan dan pergigian pesakit terletakhak masing-masingnya pada pengamal perubatanberdaftar dan pengamal pergigian berdaftar;

(b) jika kemudahan atau perkhidmatan itu ialahsuatu hospital swasta, pusat jagaan ambulatoriswasta, hospis swasta atau hospital psikiatri swasta,maka hendaklah ditubuhkan suatu JawatankuasaPenasihat Perubatan yang anggotanya hendaklahpengamal perubatan berdaftar yang mewakili semuapengamal perubatan yang sedang menjalankanamalan di kemudahan atau perkhidmatan itu untukmenasihati Lembaga Pengurusan, pemeganglesen dan orang yang bertanggunjawab tentangsemua aspek yang berhubungan dengan amalanperubatan;

(c) jika kemudahan atau perkhidmatan itu ialah suatuhospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta,hospis swasta, hospital psikiatri swasta atau mana-mana premis jagaan kesihatan swasta lain yangditentukan oleh Menteri, menyediakan ataubertujuan untuk menyediakan perkhidmatanperubatan dan pergigian kedua-duanya, pemeganglesen hendaklah menubuhkan suatu JawatankuasaPenasihat Perubatan dan Pergigian yang anggotanyahendaklah pengamal perubatan berdaftar danpengamal pergigian berdaftar yang mewakili semuapengamal perubatan dan pergigian yang sedangmenjalankan amalan di hospital swasta, pusat jagaanambulatori swasta, hospis swasta dan hospitalpsikiatri swasta itu untuk menasihati LembagaPengurusan, pemegang lesen dan orang yangbertanggungjawab tentang semua aspek yangmasing-masingnya berhubungan dengan amalanperubatan dan pergigian.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58660

Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan

79. Pemegang lesen sesuatu rumah bersalin swasta hendaklahmemastikan bahawa—

(a) pengurusan perubatan pesakit terletak hak pada pengamalperubatan berdaftar;

(b) ditubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Perubatan atauJawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan mengikutperenggan (c) atau (d);

(c) jika penjagaan bidan disediakan oleh bidan berdaftar,ada ditubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat JagaanPerbidanan yang anggotanya hendaklah bidan berdaftaryang mewakili semua bidan yang sedang menjalankanamalan di rumah bersalin itu untuk memberikan nasihattentang semua aspek yang berhubungan dengan jagaanperbidanan dan pengamal perubatan pelawat ialah anggotaJawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan itu;

(d) jika jagaan perbidanan disediakan oleh pengamal perubatanberdaftar, perenggan 78(b) hendaklah terpakai.

Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan

80. (1) Pemegang lesen sesuatu rumah jagaan kejururawatan swastahendaklah memastikan bahawa—

(a) pengurusan perubatan pesakit terletak hak pada pengamalperubatan berdaftar atau pengamal perubatan pelawatberdaftar yang menjaga pesakit di premis itu;

(b) ada ditubuhkan suatu Jawatankuasa PenasihatKejururawatan yang anggotanya hendaklah jururawatberdaftar yang mewakili semua jururawat yang sedangmenjalankan amalan di rumah jagaan kejururawatan ituuntuk memberikan nasihat tentang semua aspek yangberhubungan dengan jagaan kejururawatan;

(c) pengamal perubatan pelawat berdaftar ialah anggotaJawatankuasa Penasihat Jawatankuasa Kejururawatan itu.

Penalti bagi ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Bahagian

81. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukanBahagian ini melakukan suatu kesalahan.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

61

BAHAGIAN XV

ORGANISASI JAGAAN YANG DIURUSKAN

Tafsiran organisasi jagaan yang diuruskan

82. (1) Bagi maksud Bahagian ini, “organisasi jagaan yangdiuruskan” ertinya mana-mana organisasi atau badan, yang dengannyasuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastamembuat kontrak atau mempunyai perkiraan atau bertujuan untukmembuat kontrak atau mempunyai perkiraan untuk menyediakanjenis atau kualiti atau kuantiti tertentu jagaan kesihatan dalamsuatu sistem kewangan tertentu melalui salah satu atau gabungancara yang berikut:

(a) menyampaikan atau memberikan jagaan kesihatan kepadapengguna melalui pemberi jagaan kesihatan organisasiatau badan itu sendiri atau pemberi jagaan kesihatan pihakketiga mengikut kontrak atau perkiraan antara semua pihakyang berkenaan;

(b) memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pekerjaatau orang berdaftar bagi pihak pembayar termasuk orangperseorangan, majikan atau pembiaya mengikut perjanjiankontraktual antara semua pihak yang berkenaan.

(2) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuandalam Warta mengisytiharkan apa-apa jenis penyampaian perkiraanjagaan kesihatan selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1)menjadi organisasi jagaan yang diuruskan.

Kontrak antara kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta dan organisasi jagaan yang diuruskan

83. (1) Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta atau pemegang sesuatu perakuan pendaftarantidak boleh membuat kontrak atau membuat apa-apa perkiraandengan mana-mana organisasi jagaan yang diuruskan yangmenyebabkan—

(a) perubahan kuasa pengamal perubatan berdaftar ataupengamal pergigian mengenai pengurusan perubatan ataupergigian pesakit sebagaimana yang terletak hak dalamperenggan 78(a), dan perubahan kuasa pengamal perubatan

Undang-Undang Malaysia AKTA 58662

berdaftar atau pengamal perubatan berdaftar pelawatmengenai pengurusan jagaan perubatan pesakitsebagaimana yang terletak hak dalam perenggan 79(a)dan 80(a);

(b) perubahan dalam peranan dan tanggungjawab JawatankuasaPenasihat Perubatan, atau Jawatankuasa PenasihatPerubatan dan Pergigian sebagaimana yang diperuntukkandi bawah seksyen 78, Jawatankuasa Penasihat JagaanPerbidanan sebagaimana yang diperuntukkan di bawahseksyen 79 atau Jawatankuasa Penasihat Kejururawatansebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 80;

(c) pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(d) pelanggaran kod etika mana-mana badan pengawalseliaanprofesion bagi profesion perubatan, pergigian,kejururawatan atau perbidanan atau mana-mana badanpengawalseliaan profesion jagaan kesihatan lain; atau

(e) pelanggaran mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atauorganisasi jagaan yang diuruskan yang membuat kontrak ataumembuat apa-apa perkiraan dengan melanggar subseksyen (1)melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a) dalam hal pemegang lesen atau pemegang perakuanpendaftaran yang ialah tuan punya tunggal, didenda tidakmelebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

(b) dalam hal pemegang lesen atau pemegang perakuanpendaftaran yang ialah suatu pertubuhan perbadanan,perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tigaratus ribu ringgit; dan

(c) dalam hal suatu organisasi jagaan yang diuruskan, didendatidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian, pertubuhan atauorganisasi jagaan yang diuruskan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

63

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya;(d) dalam hal suatu organisasi jagaan yang diuruskan, orang

yang bertanggungjawab,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pemegang lesen dan pemegang perakuan pendaftaran hendaklahmemberikan maklumat tentang organisasi jagaan yang diuruskankepada Ketua Pengarah

84. (1) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yangmempunyai kontrak atau perkiraan dengan suatu organisasi jagaanyang diuruskan hendaklah memberikan apa-apa maklumat yangberhubungan dengan kontrak atau perkiraan itu kepada KetuaPengarah sebagaimana yang dinyatakan olehnya, dari semasa kesemasa.

(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yangenggan atau tidak memberikan maklumat yang dikehendaki dibawah subseksyen (1) atau memberikan maklumat yang palsu ataumengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh—

(a) dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58664

Maklumat oleh organisasi jagaan yang diuruskan

85. (1) Sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan atau tuan punyasesuatu organisasi jagaan yang diuruskan yang mempunyai kontrakatau perkiraan dengan pemegang lesen suatu kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuanpendaftaran hendaklah memberikan apa-apa maklumat yangberhubungan dengan organisasi itu sebagaimana yang dikehendakioleh Ketua Pengarah.

(2) Sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan atau tuan punyasesuatu organisasi jagaan yang diuruskan yang tidak memberikanmaklumat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahandan apabila disabitkan boleh—

(a) dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihisatu ratus ribu ringgit; atau

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.

(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Daftar organisasi jagaan yang diuruskan

86. Ketua Pengarah hendaklah menyenggara suatu Daftar organisasijagaan yang diuruskan yang mempunyai apa-apa kontrak atauperkiraan dengan mana-mana pemegang lesen kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau mana-mana pemegangperakuan pendaftaran dan Daftar itu boleh mengandungi apa-apabutir sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

65

BAHAGIAN XVI

PENGUATKUASAAN

Pelantikan Inspektor

87. (1) Ketua Pengarah boleh melantik apa-apa bilangan orangmenjadi Inspektor sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksudAkta ini.

(2) Seseorang Inspektor boleh menjalankan semua atau apa-apakuasa yang terletak hak padanya di bawah Bahagian ini.

(3) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai dan boleh menjalankansemua kuasa yang terletak hak pada seseorang Inspektor di bawahBahagian ini.

Kuasa Inspektor untuk masuk dan memeriksa

88. (1) Seseorang Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untukmemasuki dan memeriksa, pada bila-bila masa, mana-manakemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar ataumana-mana premis yang dia syak atau mempunyai sebab untukmempercayai digunakan sebagai kemudahan jagaan kesihatan swastaatau mana-mana premis lain yang dalam atau darinya perkhidmatanjagaan kesihatan swasta disediakan tanpa lesen atau perakuanpendaftaran.

(2) Dalam penjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyenini Inspektor itu boleh—

(a) memeriksa, menguji dan meneliti apa-apa perkakas,perlengkapan, kelengkapan atau alat yang digunakan atauyang dijumpai dalam kemudahan atau premis itu;

(b) memeriksa, menguji, meneliti, mengambil, mengalih danmenahan sampel darah, hasil darah, tisu atau bendalirmanusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahankimia, bahan farmaseutikal, yang ditemui dalam kemudahanatau premis itu;

(c) memeriksa, menguji, meneliti, mengambil dan mengalihsemua bekas, barang dan benda lain yang semunasabahnyadipercayai oleh Inspektor itu mengandungi atau telah

Undang-Undang Malaysia AKTA 58666

mengandungi darah atau hasil darah, tisu atau bendalirmanusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahankimia atau bahan farmaseutikal;

(d) memeriksa apa-apa ujian atau tatacara atau pengendalianyang dilaksanakan atau dijalankan untuk memastikanpematuhan peruntukan Akta ini; dan

(e) memeriksa, membuat salinan dan mengambil cabutandaripada apa-apa buku, dokumen, rekod atau bahanelektronik yang berhubungan dengan kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu atau premisitu.

Kuasa untuk menggeledah dan menyita

89. (1) Jika seseorang Majistret mendapati berdasarkan maklumatbertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimanayang difikirkannya perlu bahawa ada sebab munasabah untukmempercayai bahawa—

(a) mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swastatelah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b) ada dalam mana-mana kemudahan atau premis jagaankesihatan swasta keterangan yang perlu untukmembuktikan,

pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu bolehmengeluarkan waran geledah berkenaan dengan kemudahan ataupremis itu kepada seseorang Inspektor.

(2) Seseorang Inspektor yang kepadanya suatu waran geledahtelah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, pada bila-bilamasa pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan—

(a) memasuki kemudahan atau premis jagaan kesihatan swastaitu, jika perlu dengan kekerasan; dan

(b) menggeledah kemudahan atau premis jagaan kesihatanswasta itu untuk mencari dan menyita dan memindahkandari kemudahan atau premis itu, apa-apa buku, rekod,dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang,sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusiaatau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia,bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain—

(i) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telahdilakukan;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

67

(ii) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyakitelah dilakukan; atau

(iii) yang semunasabahnya dipercayai memberikanketerangan tentang pelakuan kesalahan itu.

(3) Seseorang Inspektor boleh—

(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan, atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain kekemudahan premis jagaan kesihatan itu, untuk masuk kedalamnya;

(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepadakemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahanyang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawahsubseksyen (2);

(c) menahan tiap-tiap orang yang ditemui dalam kemudahanatau premis jagaan kesihatan sehingga kemudahan ataupremis itu selesai digeledah;

(d) dalam hal kemudahan atau premis jagaan kesihatanbergerak, menyita kemudahan atau premis jagaan kesihatanitu;

(e) menempatkan apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas,kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasildarah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasilbadan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal,bahan atau benda lain, dalam suatu bekas;

(f) jika apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan,alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisuatau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia,dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan ataubenda lain yang disebut dalam perenggan (e) telah disitadi mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatanswasta yang dimasuki mengikut seksyen 88 atau 89,menempatkan buku, rekod, dokumen, perkakas,kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasildarah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasilbadan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal,bahan atau benda lain itu dalam bilik, petak atau kabinetyang terletak di kemudahan atau premis jagaan kesihatanitu;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58668

(g) menanda, menutup dan mengelak bekas yang disebut dalamperenggan (e), atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,pintu atau bukaan yang menyediakan akses kepada bilik,petak atau kabinet yang disebut dalam perenggan (f).

Menggeledah dan menyita tanpa waran

90. Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab munasabah untukmempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperolehwaran geledah di bawah seksyen 89—

(a) penyiasatan akan terjejas;(b) matlamat kemasukan mungkin terkecewa;(c) buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat,

material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu ataubendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia,dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan ataubenda lain yang dicari mungkin dialih atau diusik; atau

(d) keterangan yang dicari mungkin diganggu ataudimusnahkan,

dia boleh menjalankan di, dan berkenaan dengan, kemudahan ataupremis jagaan kesihatan swasta itu semua kuasa yang disebut dalamseksyen 89 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waranyang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk mengelak

91. (1) Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab munasabahuntuk mempercayai bahawa mana-mana premis atau tempat adalahdigunakan sebagai suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta ataubagi menyediakan apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan swasta—

(a) tanpa dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta ini; atau(b) dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh

Ketua Pengarah,

Inspektor boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkahyang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak premisatau tempat itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

69

(2) Orang yang menggunakan premis atau tempat itu sebagaikemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakanperkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah, jika premis itutelah dilak—

(a) dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itumengemukakan kepada Ketua Pengarah lesen atau perakuanpendaftaran kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta itu; dan

(b) menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkitdaripada tindakan itu.

(3) Lak itu hendaklah dibuka jika—(a) orang yang disebut dalam subseksyen (2) mematuhi

kehendak subseksyen itu; atau(b) suatu perintah mahkamah telah diperoleh supaya orang

itu berhenti menggunakan premis atau tempat itu sebagaikemudahan jagaan kesihatan swasta atau menyediakanperkhidmatan jagaan kesihatan swasta,

mengikut mana-mana yang terdahulu.

(4) Seseorang Inspektor yang bertindak di bawah seksyen initidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripadatindakan itu atau apa-apa kerosakan kepada premis atau tempatyang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itudilakukan dengan sengaja.

(5) Apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen ini berkenaandengan mana-mana premis atau tempat hendaklah tidak bolehmelarang pendakwaan mana-mana orang yang menggunakan premisatau tempat itu sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta ataubagi menyediakan perkhidmatan jagaan swasta dengan melanggarAkta ini.

Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang

92. (1) Seseorang Inspektor yang membuat suatu penyiasatan dibawah seksyen 89 dan 100 adalah mempunyai kuasa untukmenghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripadamana-mana orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan perkarayang sedang disiasat.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58670

(2) Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seseorangInspektor supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini,enggan mematuhi kehendak itu atau memberikan sebagai maklumatbenar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebabuntuk percaya adalah palsu, tidak benar atau tidak betul,keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatukesalahan.

(3) Jika apa-apa maklumat yang diberikan di bawah subseksyen(2) dibuktikan palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannyaatau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan dakwaanbahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telahdisalahtafsirkan atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpaniat jenayah atau tipuan.

(4) Seseorang Inspektor yang membuat suatu penyiasatan dibawah Akta ini boleh menjalankan mana-mana atau semua kuasayang diberikan oleh seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah [Akta593], dan seksyen 112 hingga 116 Kanun itu hendaklah terpakaibagi pernyataan yang dibuat oleh orang-orang yang diperiksa dalampenjalanan penyiasatan itu.

Kewajipan untuk membantu Inspektor

93. Bilamana seseorang Inspektor menjalankan kuasanya di bawahseksyen 88, 89, 90, 91 dan 92 maka adalah menjadi kewajipanpemegang lesen, atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaandengan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta berlesen atau berdaftar, orang yang bertanggungjawab bagidan seseorang pekerja kemudahan atau perkhidmatan itu, atau tuanpunya atau penghuni mana-mana premis yang digunakan sebagaikemudahan jagaan kesihatan swasta atau yang daripadanyaperkhidmatan jagaan kesihatan swasta diadakan dan mana-manaorang yang dijumpai dalamnya—

(a) untuk memberi Inspektor itu semua kemudahan dan bantuanyang semunasabahnya dikehendaki oleh Inspektor itu;

(b) untuk memberi Inspektor itu semua maklumat yangmunasabah yang dikehendaki olehnya berkenaan dengankemudahan atau perkhidmatan atau premis jagaan kesihatanswasta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaandengan pengurusannya atau apa-apa perkara lain yangberkaitan dengannya; dan

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

71

(c) untuk mengemukakan apa-apa buku, rekod atau dokumenyang dalam milikan atau jagaannya atau di bawahkawalannya atau yang dia berkuasa untuk memberikannyaberhubungan dengan hal ehwal kemudahan atauperkhidmatan atau premis jagaan kesihatan swasta itu.

Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan

94. Seseorang yang—(a) dengan sengaja melengahkan, menggalang atau menghalang

seseorang Inspektor;(b) tidak menyediakan kemudahan atau bantuan, atau enggan

memberikan maklumat, yang dikehendaki oleh seseorangInspektor; atau

(c) tanpa alasan yang munasabah tidak atau engganmengemukakan apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas,kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasildarah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badanmanusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahanatau apa-apa benda lain yang dikehendaki oleh seseorangInspektor,

dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Inspektoritu di bawah seksyen 88, 89, 90, 91 dan 92 melakukan suatukesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tigapuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya.

Senarai benda yang disita

95. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah seksyen 88, 89atau 90 ke atas mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatanswasta, Inspektor yang menyita hendaklah menyediakan senaraibenda yang disita dari premis itu.

(2) Jika tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagikemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu hadir semasapenyitaan, senarai yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklahdiberikan kepadanya.

(3) Bagi maksud seksyen ini, “tuan punya” termasuklah seseorangejen atau wakil tuan punya.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58672

Pelucuthakan benda yang disita

96. (1) Apa-apa benda yang boleh disita atau ditahan di bawahAkta ini adalah boleh dilucuthakkan.

(2) Jika apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapanatau alat telah disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah mengikutbudi bicaranya boleh melepaskan buat sementara buku, rekod,dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat itu kepada tuan punyanyaapabila jaminan diberikan sehingga Ketua Pengarah berpuas hatibahawa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat ituakan diserahkan kepada Ketua Pengarah apabila diminta ataudikemukakan di hadapan mahkamah yang berbidang kuasa yangberwibawa apabila diminta.

(3) Suatu perintah pelucuthakan atau bagi pelepasan semua bendayang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklahdibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaandengannya telah diadakan dan suatu perintah pelucuthakan bendayang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamahberpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukandan benda yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakandalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkanatas kesalahan itu.

(4) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa perkarayang disita, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucuthak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaanmelainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikutcara yang berikut:

(a) orang itu menyatakan bahawa dia ialah tuan punya bendayang disita dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan,boleh sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasasecara bertulis memberikan notis bertulis kepada Inspektoryang dalam milikannya benda itu dipegang bahawa diamenuntut benda itu;

(b) apabila menerima notis sedemikian, Inspektor itu hendaklahmerujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yangboleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan atauboleh mengarahkan Inspektor itu supaya merujukkanperkara itu kepada Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyenbagi suatu keputusan;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

73

(c) Majistret atau Hakim yang kepadanya hal perkara itudirujukkan hendaklah mengeluarkan saman yangmenghendaki orang yang menyatakan bahawa dia ialahtuan punya benda yang disita dan orang yang daripadanyabenda itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabiladia hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan bahawasaman itu telah disampaikan dengan sewajarnya Majistretatau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan tentangperkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahantelah dilakukan di bawah Akta ini dan benda yang disitaialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuankesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya bendaitu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikianmemerintahkan supaya benda itu dilepaskan.

(5) Jika—

(a) seseorang Inspektor yang telah menyita apa-apa darah,hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasilbadan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikalatau apa-apa benda lain di bawah seksyen 89 atau 90berpuas hati bahawa darah, hasil darah, tisu atau bendalirmanusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahankimia, bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain, itumengandungi bahan tercemar yang ditetapkan; dan

(b) darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahanfarmaseutik atau apa-apa benda lain yang tidak dikehendakiatau tidak lagi dikehendaki dikekalkan bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang,

Inspektor boleh menyebabkan darah, hasil darah, tisu atau bendalirmanusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia,bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain itu dimusnahkan.

Tiada seorang pun berhak ke atas kos, dsb., penyitaan

97. Tiada seorang pun boleh, dalam mana-mana prosiding dihadapan mana-mana mahkamah yang melibatkan apa-apa bendayang disita dalam menjalankan atau berupa menjalankan apa-apakuasa yang diberikan di bawah Bahagian ini, berhak mendapat kos

Undang-Undang Malaysia AKTA 58674

prosiding atau apa-apa ganti rugi atau apa-apa relief selain suatuperintah bagi pemulangan benda yang disita melainkan jika penyitaanitu dibuat tanpa sebab munasabah atau sebab barangkali.

Pengemukaan kad atau lencana pengenalan rasmi

98. Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasa di bawahBahagian ini hendaklah pada setiap masa membawa suatu kadpengenalan atau lencana rasmi dalam bentuk yang ditetapkan, dantiada seorang pun boleh dipaksa untuk membenarkan masuk kekemudahan atau premis jagaan kesihatan swastanya mana-manaorang yang berupa sebagai seorang Inspektor kecuali apabila kadtau lencana pengenalan itu dikemukakan.

Pengkompaunan kesalahan

99. (1) Ketua Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahanyang dilakukan oleh suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahanyang boleh dikompaunkan dengan membuat suatu tawaran bertulisdibuat kepada pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegangperakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatukemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta untukmengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada KetuaPengarah—

(a) apa-apa jumlah wang yang dinyatakan dalam tawaran itutetapi yang tidak lebih daripada lima puluh peratus daripadadenda maksimum yang boleh dikenakan ke atas pemegangkelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuanpendaftaran itu jika pemegang kelulusan atau pemeganglesen atau pemegang perakuan pendaftaran telah disabitkanatas kesalahan itu; dan

(b) dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2) Tiada tawaran untuk mengkompaun boleh dibuat tanpa keizinanbertulis Pendakwa Raya.

(3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat padabila-bila masa selepas suatu kesalahan telah dilakukan tetapi sebelumapa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

75

(4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun—(a) tiada prosiding lanjut boleh diambil dan tiada pendakwaan

boleh dimulakan terhadap pemegang kelulusan, pemeganglesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yangkepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat;dan

(b) apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan,alat, material, barang, bahan atau apa-apa benda lainyang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu, bolehdilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimanayang boleh dikenakan.

(5) Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawahseksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagiandaripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(6) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran untukmengkompaun itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalamtawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh KetuaPengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan padabila-bila masa selepas itu terhadap pemegang kelulusan ataupemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atau orangyang kepadanya tawaran itu dibuat.

Pemulaan dan penjalanan pendakwaan

100. (1) Pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawahAkta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinanbertulis Pendakwa Raya.

(2) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis olehPendakwa Raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah boleh mendakwadi mana-mana Mahkamah apa-apa kes berkenaan dengan apa-apakesalahan di bawah Akta ini.

(3) Seseorang yang menjadi pegawai penyiasat bagi sesuatukesalahan di bawah Akta ini tidak boleh mendakwa kes yangberkenaan dengan kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58676

BAHAGIAN XVII

KUASA MENTERI

Rayuan

101. (1) Mana-mana orang boleh merayu secara bertulis kepadaMenteri jika dia terkilan—

(a) dengan keengganan Ketua Pengarah untuk memberinyakelulusan di bawah perenggan 12(b), untuk memberinyalesen di bawah perenggan 19(b) untuk membaharui lesennyadi bawah subseksyen 22(1) atau untuk memberinyaperakuan pendaftaran di bawah seksyen 27;

(b) dengan apa-apa terma atau syarat yang dikenakan atassesuatu kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakandi bawah perenggan 12(a) lesen untuk mengendalikanatau menyediakan di bawah perenggan 19(a), lesen untukmengendalikan atau menyediakan setelah lesen itudiperbaharui di bawah subseksyen 22(3) atau pendaftarandi bawah seksyen 27;

(c) dengan pemberian atau keengganan untuk memberikanpelanjutan masa di bawah subseksyen 14(2);

(d) dengan pengubahan atau keengganan untuk mengubahterma atau syarat atau maksud di bawah seksyen 24 atau29;

(e) dengan kelulusan atau keengganan untuk meluluskan apa-apa pelanjutan atau pengubahan di bawah subseksyen40(1) atau pemindahan, penyerahhakan atau pelupusandi bawah subseksyen 41(3);

(f) dengan suatu perintah penutupan sementara di bawahseksyen 52; atau

(g) dengan suatu notis pembatalan di bawah subseksyen 57(2).

(2) Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau membatalkankeputusan yang terhadapnya rayuan dibuat dan, dalam mengesahkan,mengubah atau membatalkan keputusan itu, boleh mengenakanapa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.

(3) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamaddan konklusif.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

77

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am

102. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi KetuaPengarah atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Aktaini arahan-arahan am yang tidak tak konsisten dengan peruntukanAkta ini tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikankepada dan kewajipan yang dikehendaki ditunaikan oleh KetuaPengarah atau pegawai di bawah Akta ini.

Kuasa Menteri untuk mengecualikan

103. (1) Menteri boleh mengecualikan mana-mana atau mana-mana bahagian kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta ini daripadakuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini—

(a) tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimanayang dinyatakan oleh Menteri, selepas berunding denganKetua Pengarah; dan

(b) jika dia berpuas hati bahawa kemudahan jagaan kesihatanswasta itu tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepadakesihatan orang awam, atau tidak akan dikendalikanmengikut cara yang memudaratkan kepentingan kesihatanawam.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), suatu pengecualian di bawahseksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan hendaklahberhenti berkuat kuasa dari tarikh penyampaian notis penarikanbalik itu.

(3) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamaddan konklusif.

Lembaga Pelawat

104. (1) Menteri boleh melantik Lembaga Pelawat bagi setiaphospital swasta.

(2) Menteri boleh menentukan terma atau syarat pelantikan mana-mana anggota Lembaga Pelawat termasuklah pengerusinya, kewajipandan fungsi mereka dan tatacara Lembaga Pelawat itu.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58678

(3) Hospital swasta hendaklah membayar anggota LembagaPelawat apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri dari semasake semasa melalui pemberitahuan dalam Warta bagi kehadiran dimesyuarat Lembaga dan perbelanjaan perjalanan bagi kehadiranitu dalam melaksanakan kewajipan mereka sebagaimana yangditentukan.

Sumbangan sosial atau kebajikan

105. (1) Menteri boleh menetapkan jenis sumbangan sosial atausumbangan kebajikan atau jumlah sumbangan sosial atau sumbangankebajikan yang hendaklah diberikan, dan cara ia hendaklah diberikan,oleh mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta.

(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, meminda jenissumbangan sosial atau sumbangan kebajikan dan jumlah sumbangansosial atau sumbangan kebajikan yang dikenakan di bawahsubseksyen (1).

(3) Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastahendaklah memberikan sumbangan sosial atau sumbangan kebajikanmengikut jenis dan jumlah yang ditetapkan di bawah seksyen ini.

(4) Mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta yang tidak mematuhi subseksyen (3) melakukan suatukesalahan.

Jadual fi

106. (1) Menteri boleh membuat peraturan bagi menetapkan jadualfi bagi mana-mana atau semua kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta atau kemudahan atau perkhidmatan yangberhubungan dengan kesihatan.

(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, selepas berundingdengan Ketua Pengarah, meminda jadual fi melalui perintah yangdisiarkan dalam Warta.

(3) Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastayang baginya suatu jadual fi telah ditetapkan di bawah seksyen inihendaklah mematuhi jadual fi itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

79

(4) Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastayang tidak mematuhi mana-mana jadual fi yang ditetapkan di bawahseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

107. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang padadia mendapati perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan peruntukanAkta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan olehsubseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua ataumana-mana maksud yang berikut:

(a) untuk menetapkan cara untuk memohon suatu kelulusanuntuk menubuhkan atau menyenggarakan, lesen untukmenyediakan atau mengendalikan, atau perakuanpendaftaran atau perakuan untuk mengimport danmengeksport darah asli manusia dan hasil darah di bawahAkta ini, borang yang hendaklah digunakan, fi atau cajyang kena dibayar dan bentuk kelulusan, lesen, perakuanpendaftaran dan perakuan untuk mengimport danmengeksport darah asli manusia dan hasil darah;

(b) untuk menetapkan cara menyimpan dan menyenggarakandaftar atau daftar-daftar kebangsaan sebagaimana yangdisifatkan perlu di bawah Akta ini;

(c) untuk menetapkan terma, syarat dan sekatan yang hendaklahdikenakan ke atas mana-mana kelulusan, lesen, perakuanpendaftaran atau perakuan dan sekatan yang hendaklahdikenakan ke atas pemohon, pemegang lesen, pemegangperakuan pendaftaran, pemegang perakuan atau orangyang bertanggungjawab;

(d) untuk menetapkan hal keadaan yang dalamnya salinanpendua keputusan, lesen atau perakuan boleh dikeluarkandan fi yang kena dibayar;

(e) untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara pemindaanapa-apa butir yang terkandung dalam mana-mana kelulusan,lesen, perakuan pendaftaran atau perakuan ataupembatalannya dan pengeluaran lesen, perakuanpendaftaran atau perakuan baru;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58680

(f) untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpanmengenai pesakit dan orang yang dirawat di kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta termasuk rekodkelahiran dan kematian kanak-kanak, apa-apa keguguranatau lahir mati dan kanak-kanak yang lahir sedemikianyang dipindahkan dari kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta itu selain kepada penjagaan atau jagaanmana-mana ibu atau bapa atau orang yang diberi kuasaoleh ibu atau bapa;

(g) untuk menetapkan cara bagi mendapatkan rekod perubatanpesakit dan cara memperoleh laporan perubatan pesakitoleh pesakit, wakil pesakit atau pemberi jagaan kesihatan;

(h) untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan tentangkakitangan atau mana-mana orang lain yang diambil kerjaatau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta;

(i) untuk menetapkan bilangan minimum kakitangan perubatan,kakitangan pergigian, kakitangan kejururawatan, kakitanganteknikal dan kategori lain kakitangan yang diambil kerjaatau diguna khidmat di kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta dan kelayakan dan pengalamanminimum yang dikehendaki daripada kakitangan itu;

(j) untuk menetapkan piawaian minimum bagi perkakas,perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan dan benda lainyang disediakan dan disenggarakan oleh kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(k) untuk menetapkan cara atau jenis latihan atau pendidikanteknik, perubatan, pergigian atau kejururawatan lanjutanatau apa-apa jenis pendidikan profesional jagaan kesihatanlain yang hendaklah disediakan oleh kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta kepada kakitanganmereka atau mana-mana orang lain yang diambil kerjaatau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta itu;

(l) untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi minimumberkenaan dengan tempat, reka bentuk dan pembinaankemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(m) untuk menetapkan piawaian minimum bagi penginapan,sanitasi atau kemudahan lain di kemudahan atauperkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

81

(n) untuk menetapkan keupayaan maksimum katil atau kerusipanjang atau yang bersamaan dengannya di kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(o) untuk menetapkan piawaian minimum kebersihan dankesihatan, termasuklah kawalan jangkitan, di kemudahandan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(p) untuk menetapkan piawaian minimum keselamatan, kualitijagaan dan kebajikan pesakit di kemudahan danperkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(q) untuk menetapkan piawaian dan syarat minimum yangdikehendaki daripada perkhidmatan berkenaan denganpemungutan, penapisan, pemprosesan, pengagihan,penyimpanan, pendispensan, pelupusan dan transfusi darahmanusia dan hasil darah, dan dialisat, bahan kimia danbahan farmaseutikal bagi rawatan hemodialisis dan bentuklain rawatan atau perkhidmatan;

(r) untuk menetapkan pengurusan, kawalan, dan pengawasandan jagaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatanswasta;

(s) untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan kualiti bolehterima dan kawalan kualiti berkenaan dengan kemudahandan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(t) untuk menghendaki pemegang lesen, pemegang perakuanpendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagikemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastamenyenggarakan apa-apa buku, rekod atau daftar yangperlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran sepatutnyaAkta ini;

(u) untuk menghendaki pemberian maklumat perangkaantertentu kepada Ketua Pengarah dan cara bagi memberikanmaklumat itu;

(v) untuk menghendaki pemberitahuan diberikan tentang apa-apa kelahiran atau kematian yang berlaku di kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(w) untuk mengadakan peruntukan bagi pemberitahuanpenutupan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan swasta dan arahan yang hendaklah diberikansebelum penutupan;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58682

(x) untuk menetapkan kewajipan dan tanggungjawab ahliprofesional dan personel jagaan kesihatan, LembagaPengurusan, Jawatankuasa Penasihat Perubatan,Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Pergigian,Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan, JawatankuasaPenasihat Perbidanan, dan pengamal perubatan berdaftarpelawat;

(y) untuk menetapkan cara dan borang untuk memohonpertukaran kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaranberkenaan dengan, dan pelanjutan atau perubahan kepada,mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta;

(z) untuk menetapkan kehendak-kehendak dan peranansukarelawan di kemudahan dan perkhidmatan jagaankesihatan swasta, latihan dan pengawasan mereka danuntuk menetapkan sekatan ke atas aktiviti-aktiviti mereka;

(aa) untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan denganpernyataan dasar dan semua perkara yang berhubungandengan mekanisme ketidakpuasan hati;

(bb) untuk menetapkan organisasi kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta dan kakitangannya;

(cc) untuk menetapkan keanggotaan dan kewajipan dantanggungjawab jawatankuasa yang boleh dikehendakisupaya ditubuhkan oleh kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan swasta;

(dd) untuk menetapkan kewajipan dan fungsi locum tenensdan perunding kehormat, kelayakan, latihan dan pengalamanmereka dan untuk menetapkan sekatan ke atas aktiviti-aktiviti mereka;

(ee) untuk menetapkan jenis kejadian yang tidak dapatdiramalkan atau dijangkakan yang hendaklah dilaporkan,tatacara pelaporan, cara penyiasatan yang hendaklahdijalankan, laporan dan data perangkaan yang hendaklahdikemukakan;

(ff) untuk menetapkan perkara-perkara yang berhubungandengan pemeriksaan dan kawalan;

(gg) untuk menetapkan kehendak-kehendak yang hendaklahdipenuhi bagi memperoleh kebenaran sah bagi apa-apatatacara anestetik, pembedahan atau tatacara pembedahan,tatacara diagnostik atau tatacara atau rawatan perubatan,

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

83

kaedah untuk memperoleh kebenaran itu, syarat yangmembolehkan kebenaran itu diketepikan dengan dan bagimenetapkan umur padanya dan syarat yang di bawahnyapesakit boleh memberikan kebenaran sah bagi apa-apatatacara anestetik, pengendalian atau tatacara pembedahan,tatacara diagnostik atau tatacara atau rawatan perubatanyang akan dilaksanakan ke atas pesakit;

(hh) untuk menetapkan fi yang boleh dikenakan oleh kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atauperkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan;

(ii) untuk menetapkan perkara-perkara yang berhubungandengan hak pesakit berhubung dengan perkhidmatan jagaankesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan, termasukkebersendirian pesakit, kerahsiaan maklumat dan capaianlaporan dan rekod perubatan pesakit;

(jj) untuk menetapkan piawaian dan kehendak-kehendakminimum bagi semua kemudahan jagaan kesihatan,perkhidmatan jagaan kesihatan dan perkhidmatan yangberhubungan dengan kesihatan berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan olehmana-mana profesional jagaan kesihatan termasukperkhidmatan jagaan perubatan, perkhidmatankejururawatan, perkhidmatan kesihatan berkaitan,perkhidmatan teknikal, perkhidmatan yang berhubungandengan semua disiplin perubatan dan pembedahantermasuklah obstetrik dan ginekologi, anestesia,pembedahan, psikiatri, pediatrik, perkhidmatan farmasi,jagaan kritikal atau perkhidmatan jagaan intensif,perkhidmatan yang berhubungan dengan bekalan perubatan,perkhidmatan tentang diet, perkhidmatan linen dan dobi,bekalan pembedahan, perkhidmatan transfusi darah,perkhidmatan bank darah, perkhidmatan rawatanhemodialisis, perkhidmatan pemulihan, perkhidmatanpesakit luar dan pesakit dalam, perkhidmatan jagaanambulatori, perkhidmatan penangkapan imej radiologi ataudiagnostik, perkhidmatan radioterapi dan radio isotop,perkhidmatan teleperubatan, perkhidmatan rumah jagaankejururawatan, perkhidmatan jagaan hospis dan pelegaan,perkhidmatan yang berhubungan dengan autopsi dan bilik

Undang-Undang Malaysia AKTA 58684

mayat, perkhidmatan ambulans, perkhidmatan sokongandan sampingan lain dan semua dasar dan program lainyang berhubungan dengan perkhidmatan jagaan kesihatanyang disediakan dan disenggarakan oleh suatu kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;

(kk) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang berhubungandengan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaankesihatan atau yang berhubungan dengan kesihatan atauapa-apa perkara yang disifatkan oleh Menteri suai manfaatatau perlu bagi maksud Akta ini.

BAHAGIAN XVIII

PELBAGAI

Iklan

108. Tiada kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swastaatau kemudahan atau perkhidmatan yang berhubungan dengankesihatan boleh menyiarkan apa-apa iklan—

(a) dengan apa-apa cara yang mengelirukan orang awamtentang jenis atau sifat kemudahan atau perkhidmatanjagaan kesihatan atau kemudahan atau perkhidmatan yangberhubungan dengan kesihatan yang disediakan; atau

(b) yang berlawanan dengan apa-apa arahan mengenai iklanyang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

Daftar Kebangsaan

109. Ketua Pengarah boleh mewujudkan suatu Daftar Kebangsaanberhubungan dengan pendermaan darah dan daftar itu hendaklahmengandungi butir-butir yang ditetapkan.

Penyampaian notis

110. (1) Tiap-tiap notis atau dokumen yang dikehendaki atau diberikuasa untuk disampaikan di bawah Akta ini boleh disampaikan—

(a) dengan menyerahkan salinannya kepada orang yangkepadanya notis itu hendak disampaikan;

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

85

(b) dengan menghantar salinannya melalui pos berdaftar bayardahulu kepada orang yang kepadanya notis itu hendakdisampaikan; atau

(c) dengan menampal salinannya di mana-mana tempat yangmudah dilihat di premis yang berhubungan dengannya.

(2) Jika sesuatu notis atau dokumen disampaikan melalui posberdaftar bayar dahulu, notis itu hendaklah disifatkan telahdisampaikan pada hari yang mengikuti hari notis atau dokumen itusepatutnya telah diterima dalam perjalanan biasa pos jika notisatau dokumen itu dialamatkan—

(a) dalam hal orang perseorangan, ke alamat biasa atau alamatterakhir yang diketahui bagi tempat tinggal atau tempatperniagaannya; atau

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan ke alamat tempat perniagaan berdaftarnya.

(3) Jika orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftaryang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawahperuntukan Akta ini telah diberitahu bahawa terdapat suatu suratberdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabatpos, dan orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftaritu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan padanya ataupada pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu padatarikh dia atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhanitu diberitahu.

Pewakilan oleh Ketua Pengarah

111. (1) Ketua Pengarah boleh mewakilkan, kepada mana-manapegawai di bawah kawalan, arahan atau pengawasannya, dengannama atau jawatan, penjalanan atau pelaksanaan apa-apa kuasa,kewajipan atau fungsi yang diberikan atau dikenakan ke atas KetuaPengarah di bawah Akta ini kecuali kuasa untuk mengkompaun dibawah seksyen 99.

(2) Apa-apa pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalangKetua Pengarah sendiri daripada menjalankan atau melaksanakankuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58686

(3) Sesuatu pewakilan yang dibuat di bawah subseksyen (1)boleh—

(a) dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atausekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat caraperwakilan; dan

(b) dibatalkan atau diubah.

Memberikan maklumat

112. (1) Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa mengarahkanpemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegang perakuanpendaftaran atau pemegang perakuan untuk memberikan apa-apamaklumat mengenai kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatanswasta atau klinik sebagaimana yang dikehendaki olehnyaberhubungan dengan—

(a) kakitangannya;

(b) apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan atau alatyang digunakan atau akan digunakan;

(c) keadaan, rawatan atau diagnosis mana-mana pesakit ataumana-mana orang yang kepadanya kemudahan atauperkhidmatannya sedang atau telah diberikan;

(d) apa-apa kaedah atau tatacara analitis yang digunakan dalammenjalankan apa-apa ujian; atau

(e) pengendaliannya.

(2) Seseorang pemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegangperakuan pendaftaran atau pemegang perakuan yang enggan atautidak memberikan maklumat kepada Ketua Pengarah denganmelanggar subseksyen (1), atau memberikan apa-apa maklumatyang palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan danapabila disabitkan boleh—

(a) dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihitiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

87

(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didendatidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh memberi kuasa—(a) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk memeriksa

rekod perubatan mana-mana pesakit yang dirawat di suatukemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;atau

(b) Ketua Pengarah untuk memperoleh apa-apa maklumatberkenaan dengan mana-mana orang mengenai apa-apaperkara dalam perenggan 112(1)(c),

tanpa keizinan orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.

(5) Walau apa pun subseksyen (4), Ketua Pengarah atau orangyang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu boleh memeriksa apa-apa buku, dokumen, rekod, atau material elektronik bagi maksudseksyen 16, 88, 89, 90 dan seksyen ini tanpa kebenaran pesakitatau orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.

(6) Pemeriksaan di bawah subseksyen (5) hendaklah bagi maksudmenentukan pematuhan oleh pemegang lesen, pemegang perakuanpendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahanatau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dengan peruntukanAkta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini,dan kerahsiaan apa-apa maklumat tentang pesakit atau orang ituyang diperoleh semasa pemeriksaan itu hendaklah dipatuhi.

(7) Bagi maksud subseksyen (4) dan (5), “wakil” bagi seseorang,ertinya wasi atau pentadbir atau warisnya, jika orang itu sudahmeninggal dunia, atau ibu atau bapanya atau penjaganya jika orangitu masih budak atau tidak berupaya untuk memberikan kebenaran.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58688

Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam

113. Tiap-tiap orang yang dilantik, atau yang secara sahmenjalankan kuasa seseorang yang dilantik, di bawah Akta inihendaklah disifatkan menjadi pekhidmat awam mengikut pengertianKanun Keseksaan [Akta 574].

Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang

114. Tiada tindakan boleh diambil dan tiada pendakwaan bolehdibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan, Menteri,Ketua Pengarah, Inspektor atau mana-mana pegawai Kerajaan ataumana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Kerajaan, Menteri,Ketua Pengarah, atau Inspektor, dalam mana-mana mahkamah bagiapa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukandi bawah Akta ini—

(a) dengan suci hati;(b) dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi

maksud yang hendak dicapai dengannya; atau(c) bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Kerahsiaan maklumat

115. (1) Tiap-tiap orang yang diambil kerja, dibayar retainer ataudilantik bagi maksud pentadbiran atau penguatkuasaan Akta inihendaklah menyimpan rahsia berkenaan dengan semua maklumatyang diketahuinya dalam penjalanan kewajipannya dan tidak bolehmenyampaikan apa-apa maklumat kepada mana-mana orangkecuali—

(a) setakat yang maklumat itu boleh didedahkan kepada orangawam di bawah Akta ini;

(b) berkaitan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan Aktaini atau apa-apa prosiding di bawah Akta ini;

(c) berkaitan dengan apa-apa perkara yang berhubungan denganprosiding tatatertib profesional, kepada suatu pertubuhanperbadanan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia sesuatu profesion kesihatan;

(d) kepada peguam orang itu, atas permintaan orang itu jikamaklumat itu adalah kena-mengena dengan mana-manaperkhidmatan kesihatan yang diberikan kepadanya; atau

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

89

(e) dengan persetujuan pesakit itu atau penjaganya yang sahyang dengannya maklumat itu berhubungan.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihisatu ribu ringgit.

Hospital psikiatri swasta, rumah jagaan psikiatri swasta danpusat kesihatan mental masyarakat swasta

116. (1) Pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab bagisuatu hospital psikiatri swasta, rumah jagaan psikiatri swasta ataupusat kesihatan mental masyarakat swasta hendaklah mematuhimana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan penyakitmental dan orang yang sakit mental.

(2) Suatu permohonan untuk menubuhkan hospital psikiatri swastaatau rumah jagaan psikiatri swasta tidak boleh dipertimbangkanuntuk kelulusan sehingga undang-undang bertulis yang membenarkanpenubuhan kemudahan itu mula berkuat kuasa.

Kesalahan dan penalti am

117. (1) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukanAkta ini yang baginya tiada diperuntukkan peruntukan nyata yangmenjadikan pelanggarannya suatu kesalahan melakukan suatukesalahan.

(2) Jika tiada penalti nyata diperuntukkan bagi suatu kesalahandi bawah Akta ini, orang yang melakukan kesalahan itu apabiladisabitkan boleh—

(a) dalam hal orang sebenar—(i) didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tigabulan atau kedua-duanya; dan

(ii) bagi kesalahan yang berterusan didenda tidakmelebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan;

Undang-Undang Malaysia AKTA 58690

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian ataupertubuhan—

(i) didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit;dan

(ii) bagi kesalahan yang berterusan didenda tidakmelebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atausebahagian daripada sehari selama kesalahan ituberterusan selepas sabitan.

(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukanoleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yangbertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalamperkongsian itu;

(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,

juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—

(i) didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulanatau kedua-duanya; dan

(ii) bagi kesalahan yang berterusan didenda sebanyaklima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiandaripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepassabitan.

Pelanggaran perundangan subsidiari

118. Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Aktaini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-manaperuntukan dalam perundangan subsidiari itu adalah suatu kesalahandan orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum, apabiladisabitkan, dengan didenda atau dipenjarakan selama suatu tempohatau kedua-duanya tetapi tidak boleh mengadakan peruntukan supayadenda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraanitu melebihi tiga bulan.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

91

BAHAGIAN XIX

PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN

Pemansuhan

119. Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43] adalahdimansuhkan.

Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan denganhospital persendirian berlesen, rumah bersalin persendiriandan rumah rawatan persendirian yang sedia ada

120. (1) Semua hospital persendirian, rumah bersalin persendiriandan rumah jagaan kejururawatan persendirian yang dilesenkan ataudisifatkan telah dilesenkan di bawah Akta Hospital Persendirian1971 hendaklah, pada tarikh mula Akta ini mula berkuat kuasa,disifatkan telah mempunyai lesen di bawah Akta ini.

(2) Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi hospitalpersendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatanpersendirian itu seolah-olah hospital persendirian, rumah bersalinpersendirian dan rumah rawatan persendirian itu telah dilesenkandi bawah Akta ini.

(3) Ketua Pengarah boleh mengubah atau membatalkan apa-apasyarat yang dikenakan ke atas mana-mana hospital, rumah bersalindan rumah rawatan persendirian.

Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan

121. (1) Menteri boleh menetapkan peruntukan tambahansebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksudmenghapuskan apa-apa kesukaran yang disebabkan oleh pemakaianAkta ini ke atas hospital, rumah bersalin dan rumah rawatanpersendirian yang telah diluluskan, ditubuhkan atau dilesenkan dibawah Akta Hospital Persendirian 1971.

(2) Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah termasukkuasa untuk membuat apa-apa ubah suaian bagi melaksanakanperuntukan Akta ini.

Undang-Undang Malaysia AKTA 58692

Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan klinikperubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang sedia ada

122. Seseorang yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasatelah menyenggarakan atau mengendalikan suatu klinik perubatanswasta atau klinik pergigian swasta boleh terus menyenggarakan,menyediakan atau mengendalikan klinik perubatan swasta atauklinik pergigian swasta tanpa pendaftaran di bawah Akta ini jikadalam masa enam bulan pertama dari tarikh Akta ini mula berkuatkuasa suatu permohonan bagi pendaftaran dibuat di bawah Aktaini.

Kemudahan dan Perkhidmatan JagaanKesihatan Swasta

93

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 586

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasameminda dari

– TIADA –

Undang-Undang Malaysia AKTA 58694

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 586

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATANJAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

– TIADA –

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,KUALA LUMPURBAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA