undang-undang-kontrak

Upload: xerez-sathish

Post on 07-Mar-2016

294 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sss

TRANSCRIPT

  • **KAMINI SHANMUGAIAHPENSYARAH COLGIS

  • **Chapter 1 :Undang-undang kontrak1.1 Pengenalan

    Akta Kontrak 1950 : digunakan untuk merujuk semua peruntukan mengenai undang undang kontrak di Malaysia. ( mencontohi undang-undang Inggeris tapi di ubah suai dalam perkara-perkara tertentu.

    Prinsip Undang Undang Inggeris @common law terpakai apabila terdapat lacuna dalam statut tempatan dan hanya undang undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan tempatan sahaja yang boleh digunakan.

    Mengenai pemakaian undang undang perdagangan Inggeris di Malaysia, s 5(1) dan 5(2) Akta Sivil 1956 menjelaskan kedudukannya bahawa undang undang yang dipakai hendaklah undang undang yang sama di pakai di England.

    Selain daripada undang undang Inggeris dan kaedah ekuiti, keputusan kes dari mahkamah India juga digunakan di Malaysia. Ini adalah kerana Akta Kontrak Malaysia adalah dipadankan dari Akta Kontrak India.

  • **1.2 Takrif@MaksudKontrakSeksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan kontrak sebagai : 2(h) Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.Kita harus faham bahawa bukan semua perjanjian boleh dikuatkuasakan oleh undang undang. Misalnya perjanjian yang berbentuk kekeluargaan atau sosial atau perjanjian yang menyalahi undang-undang.Seksyen 2(g) menyebut hal ini seperti berikut: Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal.

  • **1.2 Takrif@MaksudKontrakDua contoh yang menjelaskan seksyen 2 (g) Akta Kontrak 1950 : Contoh 1 :R berjanji kepada A bahawa beliau akan membayar RM 500 kepada A sekiranya A berjaya mendapatkan apa-apa pekerjaan di Perkhidmatan Awam. Perjanjian seperti ini tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia bertentangan dengan muslihat awam.

  • **1.2 Takrif@MaksudKontrakDua contoh yang menjelaskan seksyen 2 (g) Akta Kontrak 1950 (cont) :Contoh 2 :Pakcik Ahmad berjanji akan menghadiahkan sebuah basikal kepada Farid sekiranya beliau berjaya mendapat 4A dalam peperiksaan. Perjanjian di antara Ahmad dan Farid tidak dapat dikuatkuasakan kerana ia berbentuk kekeluargaan.

  • **1.2 Takrif@MaksudKontrakSelain daripada itu, s 10(1) ada menyebut tentang perjanjian yang merupakan kontrak: 10 (1) Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.(tidak dinyatakan batal oleh Akta Kontrak 1950) Seksyen 10(1) dengan jelas menyebut perjanjian yang merupakan kontrak yang sah adalah perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak yang layak berkontrak di mana mereka telah memberi kerelaan secara bebas dan untuk suatu balasan yang sah serta tujuan perjanjian itu sendiri adalah sah.

  • **1.3 Jenis-jenis kontrakPengenalanSuatu perjanjian boleh dibuat sama ada secara lisan, bertulis atau melalui perbuatan. Kontrak boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: i) Kontrak Unilateralii) Kontrak Bilateraliii) Kontrak Kolateral

  • **1.3 Jenis-jenis kontrak i) Kontrak Unilateral@Unilateral OfferKontrak ini dikenali sebagai kontrak satu pihak : sebab pencadang membuat janji dan penerimaan oleh pihak yang satu lagi adalah tertakluk kepada cadangan yang dibuat.Contohnya Karim menjanjikan RM 500.00 kepada sesiapa yang menjumpai telefon bimbitnya yang hilang. Ahmad menjumpai telefon bimbit tersebut dan mengembalikan kepada Karim, jadi Karim terikat untuk membayar kepada Ahmad RM 500.00 seperti dijanjikan.

  • **1.3 Jenis-jenis kontrak i) Kontrak Unilateral@Unilateral Offer (cont)Contoh kes : Carlill Iwn Carbolic Smokeball Co (1892) Fakta : Sejenis ubat selsema yang dinamakan The Carbolic Smoke Ball diiklankan oleh pihak defendan dalam Illustrated London News. Iklan tersebut menyatakan sekiranya mana-mana pihak yang masih dijangkiti selsema setelah pemgambilan ubat, berhak untuk mendapat 100 dari pihak syarikat.Keputusan : Pihak plaintiff berhak mendapat 100 kerana dia telah menerima tawaran yang ditawar kepada pihak umum@dunia dengan luasnya@secara terbuka.(offer made to the world at large)

  • **1.3 Jenis-jenis kontrakii) Kontrak BilateralKontrak ini dikenali sebagai kontrak dua pihak.Contohnya Hadi berjanji untuk membayar Suhaimi sebanyak RM 400 sekiranya Suhaimi membaiki komputernya, Suhaimi telah bersetuju untuk membaiki komputer Hadi.Pertukaran janji ini mewujudkan kontrak bilateral.

  • **1.3 Jenis-jenis kontrakiii) Kontrak KolateralKontrak ini dikenali sebagai kontrak sampingan dan boleh dikuatkasakan dengan sendirinya.Contohnya, Nizal melawat bilik pameran motosikal terpakai dan pengurus jualan Ismail memperkenalkan sebuah motosikal jenama Virago dan mengatakanIa merupakan sebuah motosikal yang amat baik, saya berani bertaruh nyawa ke atasnya.Nizal mendapati selepas membeli motosikal tersebut handlenya gagal berfungsi dan menyebabkan kemalanganKeputusan : Kontrak kolateral wujud: Ismail memberi waranti motosikal berada dalam keadaan baik.Balasan di pihak Nizal: pembelian motosikal(kontrak utama)Kata-kata Ismail mempengaruhi Nizal memasuki kontrak utama mewujudkan kontrak kolateral.

  • **1.3 Jenis-jenis kontrakiii) Kontrak Kolateral (cont) Contoh kes : Shanklin Pier Ltd v Detel Products Ltd (1951) Fakta : Plaintiff telah membuat kontrak dengan X dan Co untuk membaiki dan mengecat pier . Dalam kontrak tersebut plaintiff mempunyai hak untuk memilih jenis bahan-bahan material yang akan digunakan. Pihak defendan telah menjamin tentang kualiti sejenis bahan material yang akan digunakan. Cat itu digunakan oleh X dan Co tetapi malangnya plaintiff terpaksa belanja 4000 untuk memperbaiki situasi tersebut. Plaintiff mendakwa defendan atas kontrak tersebut, tetapi defendan mengatakan tidak wujud kontrak antara p dan d sebab cat itu dibeli oleh X dan Co daripada defendan.Keputusan : Mahkamah memutuskan walaupun terdapat kontrak untuk penjualan cat, terdapat juga kontrak kolateral di antara plaintiff dan defendan di mana terdapat specification bahawa cat pihak defendan hendak digunakan dan pihak defendan pengesahan tentang kualitinya.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakTerdapat tujuh elemen utama bagi mewujudkan kontrak yang sah:Perjanjian ( Proposal and acceptance)Balasan ( Consideration)Niat ( Intention to create legal relations)Keupayaan ( Legal Capacity@Capacity to contract)Ketentuan ( Certainty)Kerelaan bebas (Consent of Parties)Tujuan yang sah (Legality of objects: Unlawful@Void Contracts)

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian : Cadangan dan Penerimaan (Elemen 1)Bagi mewujudkan perjanjian antara 2 pihak atau lebih, perlulah ada cadangan@tawaran(offer), dan penerimaannya(acceptance).Contohnya jika A dengan membuat tawaran menjual keretanya kepada B sebanyak $5000 dengan harapan B menerimanya. Jika B menerima cadangan A yang hendak menjualkan keretanya sebanyak $5000, maka berlakunya perjanjian di antara mereka.A adalah penjanji, B penerima janji.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian : Cadangan dan Penerimaan(cont)Satu cadangan boleh dibuat sama ada kepada orang khusus atau masyarakat umum.Jika cadangan dibuat kepada orang yang khusus, maka cadangan boleh diterima oleh orang itu sahaja.Sebaliknya jika cadangan dibuat kepada umum, maka sesiapa pun boleh menerimanya, asalkan memenuhi syarat-syarat tawaran.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Contoh kes : Carlill Iwn. Carbolic Smoke Ball Co(1893)Fakta : Pihak defendan mengiklankan bahawa mereka sedia menawarkan 100 kepada sesiapa yang masih dijangkiti demam selsema setelah menggunakan sejenis ubat dalam tempoh tertentuKeputusan: Beliau berhak menerima wang 100 kerana beliau telah menerima tawaran yang dibuat kepada dunia umum itu.Theori yang sama diaplikasikan kepada iklan menawarkan hadiah kepada sesiapa yang mengembalikan barang yang hilang: dianggap sebagai tawaran.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Cadangan hendaklah dibezakan daripada pelawaan tawaran, misalnya seorang pelelong yang mempelawa tawaran bagi sesuatu barang tertentu, atau barang yang diperagakan dalam sebuah pasar raya layan diri.Jika pelelong dianggap membuat cadangan, maka apabila seseorang itu membuat tawaran, maka dia telah menerima cadangan, dan hasilnya ialah perjanjian. Tetapi hakitatnya tidak begitu.Mengikut undang-undang Inggeris, pelelong hanya membuat perlawaan tawaran

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Pihak yang membuat cadangan berhak untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan.Antara pelawaan cadangan :Peragaan barang di kedaiIklanJualan melalui katalogJualan lelongan

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)A) Peragaan barang di kedaiHal ini merujuk kepada tuan punya kedai atau pasarraya memperagakan barangan di rak-rak dalam premisnya kepada orang ramai.Tuan punya kedai atau pasaraya tersebut berhak untuk menerima atau menolak cadangan tersebut.Contoh kes : Pharmaceutical Society of Great Britian Iwn Boots Cash Chemists(Southern ) Ltd (1953)

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakKes : Pharmaceutical Society of Great Britian Iwn Boots Cash Chemists(Southern ) Ltd (1953) Fakta : Pihak defendan dituduh di bawah Akta Ubatan dan Racun, 1933 yang mengatakan adalah salah menjual racun-racun tertentu, kecuali di bawah penyeliaan ahli farmasi yang berdaftar.Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa peragaan itu hanya merupakan pelawaan tawaran. Cadangan untuk membeli berlaku apabila pelanggan meletakkan barang tersebut di dalam bakul. Oleh itu kontrak hanya berlaku di meja juruwang@membawa barangan ke kaunter pembayaran. Juruwang berhak untuk menerima@menolak cadangan yang dikemukakan pelanggan itu.Oleh yang demikian, tuan punya kedai tidak melakukan jualan yang menyalahi undang-undang.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)b) IklanIklan merupakan satu pelawaan cadangan sahaja dan bukannya cadangan.Contoh kes : Guha Majumder Iwn Donough (1974)Fakta : Defendan mengiklankan penjualan tanahnya dan mempelawa orang ramai membuat cadangan secara bertulis. Plaintiff telah melawat tanah tersebut dan hasil perbincangan plaintiff dengan ejen pihak defendan, plaintiff mendakwa bahawa defendan bersetuju dengan cadangannya untuk membeli tanah tersebut pada harga RM 70,000.00. Tiada sebarang persetujuan mengenai tanaman-tanaman yang terdapat pada tanah tersebut yang ingin dijual secara berasingan oleh defendan.Keputusan : Mahkamah memutuskan: perbincangan tersebut tidak membawa kepada sebarang perjanjian yang megikat@binding.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)c) Jualan melalui katalogJualan yang dibuat melalui katalog hanyalah merupakan satu perlawaaan untuk membuat cadangan. Dalam kes Grainger& Sons Iwn Gough(1896), mahkamah memutuskan bahawa tindakan penerbit buku mengedarkan katalog bukan merupakan satu cadangan tetapi hanyalah satu perlawaan kepada orang ramai untuk membuat cadangan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)d) Jualan lelonganMenurut kes M&J Frozen Food Sdn Bhd & Anor Iwn Siland Sdn Bhd & Anor, persoalan yang wujud ialah adakah kontrak terbentuk apabila pelelong menjatuhkan tukulnya.Mahkamah memutuskan:merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965, jualan secara menjatuhkan tukul tidak lagi dicadangkan kepada mana-mana pembeli, kerana pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut terikat untuk membelinya.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Cadangan balas @Counter-Proposal and AcceptancePenerimaan mestilah berdasarkan syarat-syarat asal mengikut cadangan yang tidak mengandung sebarang perubahan@perbezaan.

    Cadangan balas dianggap penolakan kepada cadangan asal. {Penerimaan mestilah mutlak dan tak bersyarat}

    Contoh kes Inggeris : Hyde Iwn.Wrench (untuk fakta dan keputusan sila rujuk kepada slide 25)

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Cadangan balas @Counter-Proposal and Acceptance Kes : Hyde Iwn. Wrench Fakta : Defendan menawar rumahnya untuk dijual kepada plaintiff pada 6 Jun dengan harga 1000. Dalam jawapannya pada 8 Jun, plaintiff membuat cadangan balas untuk membeli rumah itu dengan harga 950. Apabila defendan enggan menerima tawaran ini pada 27 Jun, plaintiff menulis bahawa dia sedia membayar harga asal.Keputusan : Mahkamah memutuskan tiada kontrak wujud di antara mereka. Plaintiff telah menolak cadangan asal pada 8 Jun sehingga tidak dilayak.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Cadangan balas @Counter-Proposal and AcceptanceKes : Lau Brothers & Co Iwn. China Pacific Navigation Co Ltd (1965)Fakta: Rundingan mengenai pengiriman kayu balak masih dibuat menerusi telegram dan surat-menyurat. Akhirnya, pihak defendan menarik diri, dan isu yang timbul adalah berkenaan ada atau tidaknya kontrak yang mengikat.Keputusan : Mahkaman memutuskan bahawa dalam keadaan begini, pihak yang terlibat masih dalam peringkat perundingan dan defendan berhak menarik diri.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Komunikasi penerimaanKaedah am menyatakan bahawa penerimaan akan menjadi lengkap apabila penerimaan dikomunikasikan oleh pihak penerima kepada pembuat cadangan.Apabila pihak penerima menerimanya, ia mestilah memberitahu penerimaannya kepada pencadang.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Komunikasi penerimaan(cont)Contohnya jika A mengirimkan cek bernilai $ 500 kepada B dengan cadangan kiriman itu menjadi balasan pada persetujuan B menjualkan motosikalnya, B dianggap sebagai menerima cadangan itu sekiranya ia menukarkan cek itu, walaupun penerimaanya tidak dikomunikasikan kepada A. B telah menerima balasan untuk janji berbalas yang ditawarkan berserta cadangan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Penerimaan denga Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through PostKaedah am menyatakan bahawa penerimaan hanya sah apabila dikomunikasikan kepada pencadang. Penerimaan dianggap dikomunikasikan apabila tiba pada pengetahuan pencadang.Pengecualian : seksyen 4(2) Akta Kontrak memperuntukkan penerimaan yang dibuat dengan surat yang dikirim melaui pos atau telegram.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Penerimaan denga Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through Post (cont)Menurut seksyen 4(2) Akta Kontrak, komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang apabila komunikasi penerimaan itu adalah dalam perjalanan kepadanya(hal di luar kuasa penerima),Contohnya apabila surat@telegram dihantar menerusi pejabat pos @telekomPencadang@proposer akan terikat dengan penerimaan@acceptor walaupun jika surat itu terlewat tiba atau hilang dalam perjalanan

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Penerimaan dengan Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through Post (cont)Dalam kes Entores Ltd. Iwn Miles Far East Corporation (1955) menyatakan bahawa : Apabila suatu kontrak dibuat melalui pos, undang-undang dalam semua negeri common law jelas bahawa penerimaan adalah lengkap selepas surat itu dimasukkan ke dalam peti surat, dan itulah tempatnya kontrak telah dibuat.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak

    Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

    Penerimaan dengan Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through Post (cont)Contoh kes kedua: Ignatius Iwn. Bell (1913)Fakta : Plaintiff dalam kes ini menuntut pelaksanaan spesifik mengenai perjanjian opsyen yang mengikut beliau memberinya pilihan membeli hak-hak defendan ke atas sebidang tanah.Plaintiff menghantar notis penerimaannya melalui surat berdaftar@pos pada 16 Ogos 1912, tetapi surat tidak sampai kepada defendan sehingga petang 25 Ogos kerana defendan tiada di rumah.Keputusan : Opsyen tersebut telah dipergunakan oleh plaintiff apabila surat itu diposkan pada 16 Ogos.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

    Pembatalan Cadangan dan PenerimaanPencadang tidak wajib membiarkan cadangannya itu terbuka tanpa menetapkan masa.Pencadang@Proposer boleh menarik balik, atau membatalkannya pada bila-bila masa sebelum penerimaan yang sah oleh pihak yang dibuat cadangan itu.Contohnya A menawar keretanya untuk dijual kepada B dengan harga $5000 dan memberi B masa 3 hari untuk membuat keputusan, A boleh memberitahu B pada hari kedua bahawa keretanya dijual kepada C.Mengikut undang-undang B tidak diwajibkan membuka tawaran itu selama 3 hari, tetapi jika pencadang telah menerima balasan, e.g RM 1 dan berjanji bahawa tawaran akan dibuka, maka pencadang akan mungkir janji jika menarik balik tawaran sebelum tamat tempoh masa yang ditetapkan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Pembatalan Cadangan dan PenerimaanCadangan boleh ditarik balik dengan salah satu cara yang berikut:Mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang kepada pihak yang lainDengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya;jika waktu tidak ditetapkan bagi penerimaannya, dengan luputnya waktu yang munasabah.Atas kemungkiran penerima memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaanAtas kematian atau sakit otak pencadang jika fakta kematian atau sakit otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)Pembatalan Cadangan dan PenerimaanMengenai penerimaan melalui pos@telegram, penerimaan itu lengkap terhadap pencadang apabila penerima mengepos surat penerimaan, atau menghantar telegram.Oleh itu penarikan cadangan mestilah dikomunikasikan kepada penerima sebelum penerima mengepos atau menghantarkan jawapan. (untuk penjelasan prinsip ini sila rujuk kes Byrne Iwn. Van TienhovenKeadaan pembatalan 1 :Amat penting bahawa notis pembatalan mestilah dikomunikasikan kepada orang yang dibuat cadangan itu sebelum dia menerima.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)Pembatalan Cadangan dan PenerimaanKes : Byrne Iwn. Van TienhovenFakta : Defendan telah menawarkan bahawa ia akan menjualkan 1000 kotak tin bersadur timah kepada plaintiff melalui surat pada 1 Oktober. Pada 8 Oktober, defendan menghantar surat kedua membatalkan cadangan yang dibuatnya pada 1 Oktober. Surat pembatalan ini ditiba kepada plaintiff pada 20 Oktober.Plaintiff telah menghantar utusan penerimaannya pada 11 Oktober dan mengesahkannya pula melalui surat yang diposkan pada 15 Oktober.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)Pembatalan Cadangan dan PenerimaanKes : Byrne Iwn. Van TienhovenKeputusan : Mahkamah memutuskan bahawa kontrak telah berjalan kerana pembatalan tidak berkuatkuasa sehingga 20 Oktober, iaitu apabila ia sampai ke pengetahuan plaintiff, sedangkan plaintiff telah pun menerima cadangan itu.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)Pembatalan Cadangan dan PenerimaanKeadaan kedua: pembatalan berdasarkan keluputan waktu. Dua cara seperti berikut:i) Keluputan waktu yang berlaku selepas tamatnya tempoh masa yang ditetapkan dalam cadangan penerimaannya;ii) Jika tiada tempoh masa ditetapkan, maka dengan luputnya waktu yang munasabah.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakContoh kes menjelaskan keluputan waktu:Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd Iwn Montefiore (1866) Fakta: Defendan memohon saham dalam syarikat hotel tersebut pada bulan Jun. Hanya pada bulan November, syarikat itu memberitahu saham-saham itu telah diberi dan baki harga belian harus dibayar. Defendan enggan mengambil saham-saham itu.Keputusan: Mahkamah : Alasan yang diberi sebab keengganan tersebut ialah saham-saham itu sepatutnya diterima oleh syarikat itu dalam waktu yang munasabah. Tempoh antara bulan Jun dan November adalah tidak munasabah.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)Pembatalan Cadangan dan PenerimaanKeadaan 3 : Cadangan boleh dibatalkan apabila penerima mungkir memenuhi sesuatu syarat yang terkandung dalam cadangan itu.Contohnya seorang bakal majikan menawar bahawa dia akan mengambil pemohon bekerja denga syarat dia lulus peperiksaan akhirnya. Sekiranya pemohon itu tidak lulus, cadangan itu terbatal kerana kelulusan dalam peperiksaan akhir menjadi syarat terdahulu.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakPerjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)Pembatalan Cadangan dan PenerimaanKaedah 4 pembatalan: Akhirnya, kematian atau sakit otak pencadang pun menjejaskan cadangan. Tetapi ini bukan pembatalan secara automatik. Penerima perlu mengetahui hal ini sebelum dia menerimanya. Contohnya, kematian atau sakit otak berlaku selepas penerimaaan, maka tidak timbul soal pembatalan cadangan itu. Kontrak itu tetap sah.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakB) Balasan (Elemen 2)DefinisiUntuk menjadikan perjanjian itu satu kontrak yang sah di sisi undang-undang, ia perlulah mengandungi balasan.Sekiranya tiada balasan, maka perjanjian tersebut bukan kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.Balasan adalah satu perbuatan atau harga yang diberikan oleh satu pihak untuk membalas janji atau perbuatan pihak yang lain.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont)DefinisiSeksyen 2(d) Akta Kontrak mentakrifkan balasan seperti berikut : Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang membuat atau telah menahan diri membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont)Takrif dalam seksyen 2(d) boleh dijelaskan sebagai harga yang dibayar oleh satu pihak untuk membeli janji atau perbuatan pihak yang lain itu.Contohnya, A telah kehilangan kameranya ketika dalam perjalanan dan menawarkan hadiah sebanyak $50 kepada sesiapa yang menjumpainya serta mengembalikannya kepadanya.B menjumpainya dan mengembalikannya.B melakukan perbuatan tersebut yang menjadi harga yang dibayar olehnya bagi janji A. Perbuatan ini adalah pertimbangan bagi janji tadi.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B)Balasan (Elemen 2) (cont)Contoh kedua: Liza membeli sebuah basikal dari Halim dengan harga RM 1000. Balasan Liza kepada Halim untuk basikal itu adalah RM 1000, sementara balasan Halim kepada Liza untuk RM 1000 adalah sebuah basikal.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B)Balasan (Elemen 2) (cont) Jenis-jenis balasanBalasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu balasan eksekutori, balasan tersempurna dan balasan lampau.Balasan eksekutoriIa merupakan balasan berbentuk untuk dilaksanakan apabila janji dibuat sebagai balasan janji yang satu lagi- janji bagi membalas janji.Misalnya, A bersetuju menjual motosikalnya kepada B dan B berjanji membayar $1000 ketika dia menerima motosikal tersebut.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont) Jenis-jenis balasanBalasan tersempurnaIa dikenali sebagai balasan yang akan dilaksanakan. Ia berlaku apabila janji dibuat bagi membalas suatu perbuatan.Contohnya A menawarkan $50 kepada sesiapa yang menjumpai serta mengembalikan kameranya yang telah hilang. Apabila B menjumpai serta mengembalikan kamera itu, balasan itu dilaksanakan.Perbuatan memulangkan kamera itu adalah balasan tersempurna.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont) Jenis-jenis balasaniii) Balasan lampau@lepasAkhir sekali, kalau janji dibuat bagi membalas suatu perbuatan yang telah dilakukan, maka balasan ini disebut balasan lepas.Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And S.K Jagatheesan and Others Iwn. A.E Schmidt and Marjorie Schmidt (1968)

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B)Balasan (Elemen 2) (cont) Jenis-jenis balasaniii) Balasan lampau@lepasContoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And S.K Jagatheesan and Others Iwn. A.E Schmidt and Marjorie Schmidt (1968)Fakta : Schmidt, seorang jurutera perunding telah membantu untuk mendapatkan permit mencarigali bijih besi di Johor, dan juga membantu menubuhkan sebuah syarikat Kepong Prospecting Ltd. Satu perjanjian telah dibuat di antara mereka and syarikat telah bersetuju untuk membayar Schmidt 1% daripada harga jualan semua bijih daripada tanah lombong.Ini adalah sebagai balasan segala khidmat yang telah diberikan oleh jurutera perunding itu bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum penubuhannya, selepas penubuhan dan bagi khidmat-khidmat akan datang

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) Jenis-jenis balasaniii) Balasan lampau@lepas (cont)Prinsip balasan lepas adalah berbeza di bawah undang-undang Inggeris : balasan lampau tidak bernilai dan tidak boleh mewujudkan kontrak yang sah.Prinsip ini dijelaskan dalam kes : Roscoria Iwn Thomas ( 1842), di mana berlaku satu transaksi jual beli di mana plaintiff telah membeli seekor kuda dari defendan. Selepas proses jual beli selesai, defendan berjanji kuda itu sihat dan tidak ganas. Tetapi plaintiff mendapati kuda itu ganas dan menuntut terhadap janji yang dibuat oleh defendan.Keputusan : Balasan lampau berlaku apabila plaintiff membeli kuda dari defendan dan selepas itu baru ada perjanjian bahawa kuda itu sihat dan tidak ganas.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakC) Niat (Elemen 3)DefinisiNiat adalah sesuatu yang terletak pada hati seseorang, dan tidak dapat melihat niat yang terpendam di dalam diri seseorang.Berbeza dengan niat, perbuatan seseorang dapat di lihat melalui gerak-gerinya.Soalannya ialah bagaimana hendak mengetahui niat pihak yang ingin berkontrak

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakC) Niat (Elemen 3) ( cont)

    Di dalam Carlill Iwn Carbolic Smoke Ball Co, pihak defendan telah mengiklankan ubat yang diberi nama The Carbolic Smoke Ball. Dalam iklan itu, defendan menawarkan 100 pound sterling kepada sesiapa yang tidak sembuh daripada selsema setelah menggunakan ubat dengan cara dan tempoh yang telah ditetapkanDefendan juga telah mendepositkan 1000 pound sterling untuk membuktikan niat jujur mereka.Plaintiff telah membawa tuntutan terhadap defendan kerana plaintiff tidak sembuh daripada selsema dengan menggunakan ubat mengikut arahan yang ditetapkan.Dalam kes ini, mahkamah juga melihat tindakan defendan mendepositkan 1000 pound sterling ke dalam bank menunjukkan bahawa ada niat untuk mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakC) Niat (Elemen 3) ( cont) Pada amnya perjanjian boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan, danPerjanjian yang berbentuk komersial atau perniagaan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakC) Niat (Elemen 3) ( cont)Perjanjian domestikDalam perhubungan kekeluargaan atau sosial, undang-undang membuat anggapan bahawa pihak yang berkenaan tidak mempunyai niat untuk mengikat di sisi undang-undang.Contohnya perhubungan kekeluargaan yang wujud di antara suami-isteri, adik-beradik, saudara-mara, anak-ibu, anak-bapa, dan juga kawan-kawan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakC) Niat (Elemen 3) ( cont)Perjanjian domestik(cont)Dalam kes Balfour Iwn Balfour, seorang suami ditugaskan di Ceylon telah membuat perjanjian dengan isterinya bahawa beliau akan membayar sebanyak 30 pound sterling setiap bulan selama mana isteri beliau tinggal di England. Apabila si suami gagal membayar, si isteri telah membuat tuntutan di mahkamah.Mahkamah memutuskan dalam kes Balfour bahawa perjanjian yang dibuat di antara suami isteri bukanlah satu kontrak kerana mereka tidak niat untuk mewujudkan sebarang kesan di sisi undang-undang.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakC) Niat (Elemen 3) ( cont)Perjanjian domestik(cont)Dalam kes Gould Iwn Gould (1969), seorang suami telah berjanji akan memberi nafkah kepada isterinya dan dua orang anak mereka sebanyak 16 pound sterling se minggu selama mana beliau mampu. Si isteri menuntut di mahkamah apabila suaminya hanya membayar untuk 16 bulan pertama sahaja.Mahkamah memutuskan perjanjian tidak dapat dikuatkuasakan kerana tidak ada bukti menunjukkan niat untuk mewujudkan kontrak. Perkataaan selama mana ia mampu menimbulkan ketidaktentuan mengenai niat pihak suami.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakNiat (Elemen 3) ( cont)Perjanjian domestik(cont)Kekecualian dalam kes Merritt Iwn Merritt(1970)Fakta : Seorang suami telah membuat perjanjian dengan isterinya bahawa jika isterinya menjelaskan segala hutang pinjaman rumah mereka, beliau akan memindah milik rumah tersebut ke atas nama isterinya sebagai pemilik tunggal. Apabila isterinya telah menyelesaikan segala hutang berkenaan, suaminya enggan menepati janjinya atas alasan perjanjian di antara mereka tidak mengikat di sisi undang undang.Mahkamah memutuskan : perjanjian itu boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Ini adalah kerana perhubungan kekeluargaan tidak wujud di antara mereka kerana mereka tinggal berasingan semasa perjanjian tersebut di buat.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakNiat (Elemen 3) ( cont)Perhubungan KomersialDi dalam perhubungan komersial, pihak yang membuat perjanjian adalah dianggap oleh undang-undang bahawa mereka mempunyai niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang.Kekecualian: Niat boleh diketepikan jika terdapat bukti yang menunjukkan ketiadaan niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont)Perhubungan Komersial (cont)Di dalam kes Winn Iwn Bull (1877), satu perjanjian bertulis telah dibuat di antara pihak plaintiff dan defendan, di mana defendan bersetuju untuk menyewa sebuah rumah tertakluk kepada penyediaan dan kelulusan satu perjanjian formal. Bagaimanapun perjanjian formal tersebut tidak pernah dibuat.Mahkamah memutuskan bahawa tiada kontrak wujud di antara plaintiff dan defendan kerana tidak kontrak formal disediakan oleh mereka.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont)Perhubungan Komersial (cont)Dalam kes Rose & Frank Co Iwn JR Crompton & Bros Ltd (1925)Fakta : Sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan England telah membuat perjanjian di mana perjanjian tersebut menyebut perjanjian itu tidak tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang mana-mana mahkamah di England atau di Amerika Syarikat.Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian tersebut menunjukkan bahawa pihak dalam perjanjian tidak ada niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang kerana tanggungan undang-undang tidak dikenakan atas mereka.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont)Perhubungan Komersial (Contoh-contoh kes yang lain)Di dalam kes Chiong Ah Hui Iwn Ban Choon Co (1989), mahkamah memutuskan oleh kerana syarat-syarat perjanjian jualan tanah tersebut adalah tertakluk kepada kontrak satu perjanjian formal mesti ditandatangani kemudian dan perjanjian formal tersebut tidak di tandatangani, maka tiada kontrak yang mengikat wujud di antara pihak-pihak kepada perjanjian.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakNiat (Elemen 3) ( cont)Perhubungan Komersial (Contoh-contoh kes yang lain) Di dalam kes Kam Mah Theatre Sdn Bhd Iwn Tan Lay Soon ( 1993), Mahkamah Agung memutuskan bahawa kedua-dua pihak kepada perjanjian masih di peringkat perundingan, dan satu kontrak yang mengikat di sisi undang-undang belum wujud lagi. Oleh itu satu kontrak yang sah belum terbentuk di antara mereka.(Niat tidak dapat dibuktikan)

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont)Perhubungan Komersial (Contoh kes: Niat dapat dibuktikan) Kes :Koh Kia Hong Iwn Guo Enterprise Pte.Ltd (1990).Fakta : Pihak plaintiff membuat tawaran untuk membeli hartatanah yang diiklankan oleh pihak defendan. Pihak plaintiff telah menyerahkan deposit kepada pihak defendan. Satu nota juga ditandatangani oleh kedua-dua pihak, dan satu resit rasmi telah dikeluarkan oleh defendan.Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pihak mempunyai niat untuk mengikat diri dalam satu kontrak walaupun perjanjian formal belum ditandatangani sebab: i) defendan meminta bayaran deposit dari plaintiff; ii) kedua-dua pihak menandatangani satu note; iii) satu resit rasmi dikeluarkan oleh defendan, dan wang deposit dimasukkan dalam akaun defendan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) Rumusan : Mahkamah akan melihat fakta kes itu sendiri, iaitu melalui tindakan atau perbuatan yang berlaku di antara pihak-pihak yang membuat perjanjian tersebut untuk menentukan sama ada niat untuk menwujudkan perhubungan yang mengikat di sisi undang-undang wujud di antara pihak-pihak yang berkontrak itu atau tidak.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) PengenalanSesiapa yang hendak membuat kontrak mestilah mempunyai dari segi undang-undang untuk berkontrak.Elemen seperti cadangan, penerimaan, balasan dan niat sahaja tidak memadai.Seksyen 11 menyatakan siapa yang layak atau berupaya untuk membuat kontrak. Menurut seksyen 11: Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Seksyen 11 :kita dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga elemen yang perlu untuk menjadikan seseorang itu layak untuk berkontrak. Elemen tersebut adalah:Dewasa;Berakal sempurna, danTidak hilang kelayakan.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)DewasaUntuk mengetahui bila seseorang itu mencapai umur dewasa kita perlu merujuk kepada Akta Umur Dewasa 1971 kerana Akta Kontrak tidak mempunyai peruntukan mengenai perkara tersebut.Menurut Akta Dewasa 1971, seseorang dikatakan dewasa apabila mencapai umur 18 tahun mempunyai keupayaan untuk membuat kontrak.Umur dewasa boleh berbeza untuk tujuan lain sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang lain. Contohnya untuk tujuan mengundi dalam pilihan raya negeri, umur dewasa adalah 21 tahun sementara untuk kontrak ahli keanggotaan kesatuan pekerja adalah 16 tahun.

  • **1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)ii) Kontrak oleh kanak-kanakBerdasarkan s11 kita boleh membuat kesimpulan bahawa seseorang kanak-kanak tidak mempunyai kepunyaan untuk membuat kontrak.Contoh kes : Tan Hee Juan Iwn Teh Boon Keat ( 1934), di mana seorang kanak-kanak telah memindah hak miliknya tanahnya kepada pihak lain. Setelah pindah milik ini disempurnakan,kanak-kanak memohon melaluinya wakilnya agar pindah milik itu dibatalkan.Mahkamah memutuskan: pindah milik itu batal, dan tanah tersebut mestilah dikembalikan kepada kanak-kanak.Hakim Hereford menyatakan bahawa kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak bukan sahaja boleh batal tetapi batal.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)Kaedah am: kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak.Kekecualian: Terdapat beberapa keadaan di mana kanak-kanak dibenarkan untuk membuat kontrak iaitu kontrak perkahwinan, kontrak keperluan hidup, kontrak biasiswa dan kontrak insurans.

    *

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont) Terdapat 4 kekecualian seperti berikut:Kontrak perkahwinanKontrak keperluan hidupKontrak biasiswaKontrak Insurans

    *

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)Kontrak perkahwinanKontrak perkahwinan adalah merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak.Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa boleh membuat kontrak untuk berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat dikuatkuasakan di mahkamah.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)Kontrak perkahwinan : Contoh kesContoh kes: Rajeswary & Anor Iwn Balakrishnan & Ors ( 1958)Fakta : Pihak plaintiff dan defendan adalah dari kaum Hindu Ceylon. Pihak plaintiff telah ditunangkan dengan pihak defendan, dan perjanjian untuk berkahwin telah dibuat. Tidak lama kemudian pihak defendan telah memungkiri janji untuk berkahwin. Pihak plaintiff menuntut ganti rugi dan semua hadiah dikembalikan. Pihak defendan enggan atas alasan bahawa kontrak perkahwinan adalah tidak sah kerana semasa kontrak tersebut dibuat beliau tidak berkeupayaan untuk membuat kontrak.Keputusan : Hakim Good: Kontrak perkahwinan adalah sah dan dapat dikuatkuasakan walaupun pihak-pihak yang terlibat adalah kanak-kanak. Ini adalah kerana kontrak perkahwinan adalah termasuk dalam pengecualian kepada kaedah am bahawa kanak-kanak tidak membuat kontrak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iii) Kontrak Keperluan HidupKontrak keperluan hidup yang dibuat oleh kanak-kanak boleh dikuatkuasakan. Ini adlah kerana peruntukan s 69 Akta Kontrak membenarkan kontrak sedemikian dikuatkuasakan. Seksyen 69 Akta Kontrak berbunyi : 69.Jika seorang yang tidak berdaya membuat kontrak, atau sesiapa yang ianya terikat di sisi undang-undang untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta orang yang tidak berdaya itu.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)Syarat-syarat pemakaian s69 seperti berikut:Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanak-kanakKanak-kanak atau tanggungan kepada kanak-kanak dibekalkan dengan keperluan hidup.Keperluan tersebut mestilah yang sesuai dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak akan bertanggungan hanya sekiranya mempunyai harta.Keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak atau tanggungan kanak-kanak hanya boleh dikenakan harga yang munasabah.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)

    Contoh 1 :Ali membekalkan kepada Bakar, seorang kanak-kanak, keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya. Ali berhak diganti bayar daripada harta Bakar.

    Contoh 2 Atan membekalkan kepada Razak, seorang kanak-kanak, keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, Atan berhak diganti bayar daripada harta Razak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)Menurut s 69 Akta Kontrak dan juga common law, keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak mestilah yang sesuai dengan keperluan hidupnya.Contohnya (leading case): Nash Iwn Inman(1908), plaintiff seorang pelajar Cambridge telah dibekalkan dengan pakaian mahal termasuk 11 helai waistcoat oleh defendan. Defendan, seorang tukang jahit telah menuntut bayaran untuk pakaian tersebut. Mahkamah memutuskan plaintiff telah pun dibekalkan dengan keperluan secukupnya mengikut keadaan hidupnya. Oleh itu tuntutan defendan tidak berjaya.In Nash v Imman, supplier had to prove that minor did not have sufficient suitable clothing. Contrast with Peter v Fleming(1840) on the effect of the minors condition in life

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn Gucharan Singh&Ors ( 1971), dalam kes ini Gurcharan Singh telah diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Mengikut peruntukan perjanjian biasiswa, Gurcharan dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama lima tahun setelah tamat pengajiannya. Gurcharan melanggar kontrak tersebut kerana beliau berkhidmat hanya untuk tiga tahun sepuluh bulan sahaja. Kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap Gucharan dan penjamin-penjaminnya untuk menuntut sebanyak RM 11500, iaitu jumlah yang telah dibelanjakan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn Gucharan Singh&Ors ( 1971) (cont)Keputusan : Hakim Chang Min Tat telah merujuk kepada kes Inggeris Chapple Iwn Cooper(1884), memutuskan bahawa antara keperluan kanak-kanak adalah makanan dan pakaian. Pelajaran juga adalah satu keperluan kepada kanak-kanak untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna. Akhirnya Gucharan Singh telah diperintahkan untuk membayar sejumlah wang yang telah dibelanjakan kerana pendidikan adalah satu keperluan hidup untuk kanak-kanak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont) Contoh kes: Doyle Iwn White City Stadium Ltd ( 1935)Fakta: Seorang kanak-kanak yang merupakan peninju professional telah bersetuju untuk mematuhi peraturan Lembaga Kawalan Tinju British (LKTB) dalam urusan profesionnya ketika menerima lesen dari LKTB. Sejumlah wang telah dipegang oleh LKTB seperti yang diperuntukkan dalam peraturan LKTB kerana kanak-kanak tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam satu pertandingan.Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa kontrak di antara kanak-kanak itu dan pihak Lembaga adalah sah dan mengikat.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iv) Kontrak biasiswaUndang-undang berkaitan dengan biasiswa adalah terkandung di dalam Akta Kontrak(pindaan) 1976. Perjanjian biasiswa telah didefinisikan dalam s2 yang berbunyi:2.perjanjian biasiswa ertinya apa-apa kontrak atau perjanjian di antara sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan dengan seseorang(siswa) mengenai apa-apa biasiswa, hadiah, bantuan, dermasiswa, pinjaman, anjuran, atau perlantikan sesuatu kursus pengajian,peruntukan cuti bergaji atau cuti tak bergaji atau apa-apa jua kemudahan lain, sama ada diberi secara langsung oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu atau oleh mana-mana orang atau badan lain atau mana-mana kerajaaan di luar Malaysia bagi maksud pelajaran atau pengajian dari apa-apa jenis.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)iv) Kontrak biasiswa (cont)Seksyen 4(a) Akta Kontrak 1976 mengatakan :4(a) Walaupun apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta, tiada perjanjian biasiswa boleh menjadi tak sah atas alasan bahawa siswa yang membuat perjanjian itu belum berumur dewasa.[maksud peruntukan di atas: satu perjanjian biasiswa itu sah dan mengikut di sisi undang-undang walaupun siswa iaitu penerima biasiswa itu adalah kanak-kanak.]

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)v) Kontrak InsuransAkta Insurans 1963 ( disemak 1972) menyenaraikan keadaan-keadaan di mana kanak-kanak boleh membuat kontrak insurans untuk menginsuranskan diri dan harta dari apa-apa kontigensi. Seorang kanak-kanak adalah dibenarkan membuat kontrak sekiranya ia berusia 10 tahun ke atas.Walaupun begitu, keizinan bertulis dari ibu bapa atau penjaga adalah diperlukan sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 16 tahun ke bawah.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) SalahNyataan Mengenai UmurApakah kedudukan undang-undang sekiranya kanak-kanak menyalah nyatakan umurnya sehingga memperdayakan pihak lain untuk berkontrak dengannya?Dalam kes Natesan Iwn Thanaletchumi & Anor [1952], mahkamah memutuskan bahawa kanak-kanak yang telah mempengaruhi atau memperdayakan orang lain untuk berkontrak dengannya dengan melakukan salah nyataan mengenai umurnya, tidak dihalang dari membatalkan kontrak tersebut atas alasan ia masih kanak-kanak semasa kontrak tersebut dibuat.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) SalahNyataan Mengenai Umur (cont)Dalam kes Mohamad Syedol Ariffin Iwn Yeoh Ooi Gark [1916], seorang pemberi pinjaman telah membuat tuntutan ke atas seorang kanak-kanak yang diberi pinjaman. Mahkamah memutuskan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kanak-kanak yang menipu mengenai umurnya.Dalam satu kes Inggeris R Leslie Ltd Iwn Sheil[1914], mahkamah memutuskan bahawa kanak-kanak tidak boleh dituntut untuk membayar balik pinjaman yang didapati melalui salah nyataan usianya.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Berakal SempurnaSoalan: Siapakah yang berakal sempurna untuk membuat kontrak? Seksyen s 12(1) yang memperuntukkan:12(1) Seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk membuat kontrak jika, pada masa ia membuat kontrak itu, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Berakal SempurnaPerkara yang penting yang mesti diambil kira untuk menentukan sama ada seseorang boleh membuat kontrak berdasarkan seksyen tersebut di atas adalah seperti berikut:(a) seseorang itu pada masa ia membuat kontrak, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuat, dan(b) mempunyai keupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannyaAkta Kontrak juga membenarkan seseorang yang biasanya tak berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna membuat kontrak ketika ia berakal sempurna. Ini adalah menurut peruntukan s 12(2) yang berbunyi:12(2) Seseorang yang lazimnya tak berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna boleh membuat kontrak bila ia berakal sempurna.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Berakal SempurnaS.12(2) : satu contoh yang menerangkan peruntukan s 12(2) adalah seperti berikut:Amin adalah pesakit di Hospital Tanjung Rambutan(hospital sakit jwa), Amin boleh membuat kontrak pada waktu-waktu ia berakal sempurna sahaja.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Berakal Sempurna (cont)Seksyen 12(3) memperuntukkan:12(3) Seseorang yang lazimnya berakal sempurna, tetapi sekali sekala tak berakal sempurna, tidak boleh membuat kontrak bila ia tidak berakal sempurna.Seksyen 12(3) membawa maksud: seseorang yang biasanya berakal sempurna adakalanya tidak boleh membuat kontrak, iaitu ketika ia tidak berakal sempurna sahaja.Contohnya seorang yang siuman tetapi yang mabuk hingga tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak dan tidak berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya, tidak boleh membuat kontrak selama tempoh kemabukannya

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Berakal Sempurna (cont)Kes: Imperial Loan lwn Stone kontrak yg dibuat oleh seorang yg tidak berakal sempurna tidak boleh batal atas pilihannya jika pihak yg satu lagi percaya bahawa beliau buat kontrak dgn org yg sempurna akal.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakD) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Berakal Sempurna (cont)Tidak hilang kelayakan jika dihalang oleh undang-undang untuk masuki kontrakKes: Gan Hong Hoe lwn Gan Kian Hee mahkamah: seseorang yg diisytihar muflis masih tidak hilang kelayakan untuk masuk kontrak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakE) Ketentuan@Ketaktentuan@Certainty (Elemen 5)PengenalanWalaupun keperluan-keperluan berkaitan dengan tawaran dan penerimaan, balasan dan niat mengadakan hubungan di sisi undang-undang telah dipenuhi, perjanjian itu masih boleh alami kecacatan@kelemahan yang menyebabkan sukar bagi mahkamah untuk menentukan syarat sebenar yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakE) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5)(cont)PengenalanMakna perjanjian-perjanjian yang tak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal.Contohnya jike A bersetuju untuk menjual seratus tan minyak kepada B, maka tiada apa-apa yang dapat menunjukkan jenis minyak yang dimaksudkan dan perjanjian itu batal kerana ketaktentuannya@tidak pastiContoh 2 : Jika A bersetuju menjual kuda putih saya dengan harga RM 500 atau RM 1000, kepada B, maka tiada apa-apa yang menunjukkan harga yang harus dibayar. Ini pun adalah batal@no specification

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakE) Ketentuan@Ketaktentuan (cont)PengenalanContoh 3: Jika A, yang menjual minyak kelapa sahaja bersetuju menjual seratus tan minyak kepada Bjadi A telah membuat kontrak untuk menjual seratus tan minyak kelapa. Contoh 4: Jika A bersetuju menjualseribu gantang beras dengan harga yang akan ditetapkan oleh C, kepada B, di sini tiada ketaktentuan memandangkan harga boleh ditentukan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakE) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5) (cont)Pengenalan Contoh kes : Karuppan Chetty Iwn Suah Thian, di mana keperluan ketentuan tidak dipenuhi apabila pihak yang terlibat bersetuju memberi pajakan sebanyak $35 sebulan seberapa lama yang dia suka.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPengenalanKontrak akan menjadi sah apabila ia dibuat dengan kerelaan bebas pihak-pihak yang terlibat.Kerelaan bebas tidak wujud apabila terdapat unsur-unsur seperti paksaan, pengaruh tidak wajar, khilaf, salahnyataan dan tipuan.Namun begitu, kontrak yang tiada kerelaan bebas adalah menjadi kontrak yang boleh batal atas pilihan pihak yang kerelaaanya disebabkan sedemikian.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPengenalan (cont)Menurut kaedah am, sesuatu kontrak menjadi sah jika ia dibuat dengan kerelaan sebenar atau kerelaan bebas, tanpa sebarang tekanan atau paksaan mana-mana pihak. Di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak 1950,10.Semua perjanjian akan menjadi kontrak yang sah jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh pihak-pihak yang berkontrak.Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berkontrak hendaklahlah memberikan persetujuan secara ikhlas untuk memasuki perjanjian tanpa paksaan atau ugutan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPengenalan (cont)Menurut Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula,13. Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama.Contohnya,Kamal bersetuju untuk membekalkan tepung sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekg kepada Azhar. Azhar juga bersetuju untuk membeli tepung sebanyak 100 kg pada harga 60sen sekg.[mutual understanding]

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPengenalan (cont)Mengikut seksyen 14 Akta Kontrak 1950,14. Kerelaan seseorang itu dianggap bebas selagi tidak wujud salah satu daripada unsur-unsur berikut:PaksaanPengaruh tak berpatutanFrod(tipu)SalahnyataanKhilaf(Silap)

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanDoktrin ugutpaksa common law terdapat dalam Akta Kontrak tetapi lingkungkannya telah diperluaskan.Maksudnya melakukan atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau menahan secara tak sah atau mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat perjanjian.Pentakrifan paksaan ini tidak terhad kepada orang sahaja, tetapi termasuk harta benda.Contohnya A, di atas kapal Inggeris di lautan lepas yang Kanun Keseksaan tidak terpakai, menyebabkan B membuat suatu perjanjian dengan mengancam mencederakannya. A kemudian mendakwa B kerana mungkir kontrak di Kuala Lumpur. Kontrak itu adalah tak sah kerana A telah menggunakan kekerasan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanTakrif Paksaan:Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 mentakrifkan paksaan sebagai:15. melakukan apa-apa perbuatan, atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau menahan secara tak sah atau mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat sesuatu perjanjian.Dengan perkataan lain, paksaan itu adalah apa jua bentuk kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap diri seseorang, keluarganya atau hartanya. Paksaan dilakukan dengan tujuan memaksa seseorang itu membuat kontrak.

  • *F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanDefinisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950

    1. Kekerasan(a) Yang ditegah Kanun Keseksaan@2. Ancaman untuk melakukan kekerasan(b) Menahan secara tak sah@mengancam hendak menahan harta dan memudaratkan orangTujuan (a) dan (b) : paksa orang itu membuat perjanjian tanpa kerelaan bebas.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanDefinisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950Ciri-ciri dalam PaksaanTerdapat beberapa ciri penting yang perlu kita kenal pasti untuk memahami konsep paksaan ini.Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasanPerbuatan kekerasan atau ancaman untuk menggunakan kekerasan yang dimaksudkan di bawah paksaaan adalah apa-apa perbuatan jenayah yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan sahaja.Kanun Keseksaan adalah undang undang bertulis yang mengawal undang-undang jenayah di Malaysia. Jika sesuatu perbuatan itu bertentangan dengan undang-undang selain daripada Kanun Keseksaaan, maka perbuatan atau ancaman tersebut tidak tertakluk kepada konsep paksaan bagi maksud Akta Kontrak di Malaysia.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanDefinisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950Ciri-ciri dalam PaksaanKekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan (cont)Contohnya dalam seksyen 15:A di atas kapal Inggeris di lautan lepas, menyebabkan B untuk membuat suatu perjanjian, dengan menakutkan B secara jenayah menurut Kanun Keseksaan. Kemudian A mendakwa B di Taiping kerana pecah kontrak. A telah melakukan paksaan, meskipun perbuatannya yang dilakukannya bukanlah suatu kesalahan menurut undang undang Inggeris, dan meskipun seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak berkuatkuasa pada masa atau tempat perbuatan itu dilakukan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanDefinisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950Ciri-ciri dalam PaksaanPerbuatan memaksaPerbuatan memaksa mengandungi dua elemen yang perlu dibuktikan:Menggunakan tekanan atau paksaan untuk mempengaruhi kemahuan seseorang itu sehingga menjadikan kerelaaannya tidak bebas, danTekanan atau paksaan tersebut hendaklah bertentangan dengan undang-undang.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanDefinisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950Ciri-ciri dalam PaksaanPerbuatan memaksa(cont)Contoh kes: Dalam kes Kesarmal a/l Letchumanan Das Iwn Valiappa Chettiar (1954), ketika berada di bawah pemerintahan Jepun, satu pindah milik harta telah dilaksanakan atas perintah Sultan, di mana perintah itu sendiri dibuat atas paksaaan dua orang pegawai tentera Jepun.Mahkamah memutuskan bahawa perintah persetujuan pindah milik yang diberikan oleh Sultan adalah tidak secara sukarela. Oleh yang demikian, pindah milik harta tersebut adalah tidak sah dan batal.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaanDefinisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950Ciri-ciri dalam PaksaanPerbuatan memaksa(cont)Dalam kes Kaufman Iwn Gerson ( 1904), telah menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan kepadanya oleh K.K mengancam akan menjalankan tindakan undang-undang terhadap G melainkan isteri G sanggup membayar balik wang yang hilang. Untuk melindungi nama baik suaminya, isteri G berjanji berbuat demikian. Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang dibuat oleh isteri G dengan K tidak boleh dikuatkuasakan, atau tidak mengikat isteri G kerana terdapat unsur paksaaan dalam perjanjian tersebut.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasPaksaan ( cont)Rumusan:Kesan sesuatu kontrak yang mengandungi unsur paksaaan ialah, kontrak itu boleh dibatalkan atas pilihan atau kehendak pihak yang dipaksa untuk memasuki kontrak tersebut.Menurut seksyen 19 Akta Kontrak:19. Jika berlaku paksaaan ke atas sesuatu perjanjian, maka perjanjian itu merupakan kontrak yang boleh dibatalkan atas pilihan yang dipaksa.Oleh yang sedemikian, unsur paksaaan boleh wujud dalam sesuatu kontrak di mana satu pihak telah dipaksa untuk memasuki perjanjian tanpa persetujuan bebas. Pihak yang dipaksa itu berhak di sisi undang-undang untuk memohon kepada mahkamah bagi membatalkan kontrak yang dimasukinya atas alasan wujudnya unsur paksaan, dan kontrak tersebut tidak sah dan batal.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak BerpatutanPengenalanSeorang plaintiff boleh mengenepikan sesuatu urusan disebabkan dia telah didesak membuatnya kerana dipengaruhi oleh seorang lain ke atasnya.Seksyen 16 menyatakan bahawa hal ini berlaku apabila pertalian di antara kedua belah pihak seperti:(1) satu pihak berkeupayaan menguasai kemahuan pihak yang lain, dan(2) menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan tak saksama ke atas pihak yang lain.Sila beri perhatian kepada penguasaan kemahuan dan perolehan kelebihan yang tak saksama

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan penguasaan sedemikian[penguasan kemahuan dan perolehan kelebihan yang tak saksama]Apabila satu pihak memegang kuasa benar atau kuasa zahir ke atas orang lain, misalnya kuasa ibu bapa ke atas seorang anak. Contohnya jika A telah meminjamkan wang kepada anaknya B semasa anaknya masih remaja, dan kemudiannya apabila B dewasa, A telah menyalahgunakan pengaruhnya sebagai ibu bapa dengan memperolehi satu bon daripada B untuk jumlah yang lebih besar daripada wang yang harus dibayar atas pinjaman itu, maka A dianggap telah menggunakan pengaruhnya dengan tak berpatutan.Apabila satu pihak ada kaitan amanah dengan seorang lain, misalnya peguamcara dengan anak guamnya, pemegang amanah dengan benefisiari, penasihat agama dengan pengikut,

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan penguasaan sedemikian[penguasan kemahuan dan perolehan kelebihan yang tak saksama]Apabila satu pihak membuat kontrak dengan seorang yang keupayaan akalnya adalah terjejas oleh sebab usia, penyakit, atau penderitaan akal atau jasmani, sama ada sementara atau berkenalan. Contohnya A sakit kerana sakit dan didorong oleh B, pembantu perubatannya supaya bersetuju membayar sejumlah yang tak munasabah kepadanya bagi perkhidmatannya. B dianggap telah menggunakan pengaruh tak berpatutan

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Dalam keadaan-keadaan di mana tanggungjawab untuk membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan terletak ke atas orang yang berkedudukan dapat menguasai kemahuan orang lain itu.Contoh kepada seksyen 16 memberi contoh di mana seorang banker memberi pinjaman kepada pelanggannya dengan kadar bunga yang luar biasa tinggi. Pada zahirnya, kedudukannya dapat menguasai kemahuan pelanggan-pelanggan dan urusan itu nampak tak berpatutan.Tanggungjawab membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan adalah terletak pada banker itu. Dia mungkin boleh berbuat demikian dengan membuktikan bahawa pada masa pinjaman diberi, keadaaan di pasaran wang adalah tegang, dan kadar bunganya amat tinggi.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Contoh kes tempatan seperti dalam kes Salwath Haneem Iwn Hadjee Abdullah, suami plaintiff telah melaksanakan pemindahan hak harta kepunyaaannya dan plaintiff kepada saudara lelakinya, B dan C. Plaintiff bersetuju dengan pemindahan hak itu. Tetapi selepas suaminya mati, plaintiff membuat tindakan menuntut supaya diketepikan perjanjian dan pemindahan hak tersebut.Mahkamah memutuskan bahawa perkaitan amanah telah wujud antara plaintiff dengan B dan C. Oleh itu beban pembuktian terletak kepada B dan C yang mesti menunjukkan bahawa plaintiff memahami urusan tersebut sepenuhnya dan telah melaksanakan pemindahan hak itu dengan sukarela tanpa dkenakan pengaruh tak berpatutan. Oleh kerana B dan C tidak memenuhi beban tersebut maka urusan itu diketepikan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Dalam kes Chait Singh Iwn Budin bin Abdullah, mengenai pengaruh tak berpatutan atas alasan urusan tak patut telah dapat ditegakkan apabila seorang pemberi pinjaman wang telah menuntut pinjaman pada kadar bunga sebanyak 36 peratus daripada peminjam. Lagipun peminjam itu buta huruf.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Akibat-akibat Pengaruh Tidak BerpatutanAkibat daripada pengaruh tak berpatutan ialah untuk menjadikan kontrak itu batal mengikut opsyen pihak yang tidak bersalah.Dia boleh mendapat kehilangannya kembali di bawah seksyen 66, yang memerlukan seseorang yang telah menerima sebarang faedah daripada kontrak itu, sebelum dibatalkan memulangkannya dan memberi pampasan kepada orang yang diterimanya faedah itu.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont)Tetapi jika pihak yang membatalkannya telah mendapat sebarang faedah daripada pihak lain dalam kontrak itu, dia pun berkewajipan memulangkan faedah tersebut pada syarat-syarat dan keadaan sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah.Contohnya dalam kes Chait Singh Iwn Budin Bin Abdullah, mahkamah memutuskan keputusan menyokong si pemberi pinjam, tapi mengurangkan kadar bunga kepada 18 peratus daripada 36 peratus yang mula-mulanya dituntut.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Pengaruh Tak Berpatutan (cont)Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont)Contohnya (b) pada seksyen 20, adalah dinyatakan bahawa A, seorang peminjam wang meminjamkan $100 kepada B, dan dengan pengaruh tak berpatutan mendorong B supaya melaksanakan bon $200 dengan kadar bunga 6 peratus sebulan. Mahkamah boleh membatalkan bon itu serta memerintahkan B supaya membayar $100 itu balik dengan bunga yang difikirkan patut oleh mahkamah.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud (rujuk slide 98)PengenalanKita tahu bahawa untuk menentukan suatu kontrak itu sah dan mengikat pihak-pihak yang berkontrak, kontrak itu hendaklah dibuat dengan persetujuan oleh pihak-pihak yang terlibat dan persetujuan ini hendaklah diberikan secara bebas.Menurut seksyen 14 Akta Kontrak 1950, sekiranya wujud salah satu daripada unsur yang boleh menunjukkan kebebasan tidak diberi secara bebas, maka kontrak tersebut boleh batal.Kita akan membincangkan salah satu daripada unsur tersebut iaitu: Frod

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Takrif FrodFrod telah ditakrifkan dalam Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 seperti berikut:17. Perbuatan-perbuatan berikut yang dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak atau oleh agennya dengan niat untuk memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau agennya, atau mendorong orang itu membuat kontrak:satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh seorang yang tidak mempercayainya sebagai tidak benar;satu penyembunyian secara aktif suatu fakta oleh seorang yang mengetahui atau mempercayai kebenaran fakta itu;membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu;mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan memperdaya;mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus dinyatakan oleh undang-undang sebagai tipu.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Takrif Frod ( seksyen 17 Akta Kontrak 1950)Menurut seksyen 17 (sila rujuk :slide 118), seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila ia melakukan suatu tindakan dengan niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya. Perkara penting yang mesti diingat ialah, untuk menentukan sama ada kontrak itu mengandungi unsur frod atau tipu, niat seseorang untuk memperdayakan pihak lain agar memasuki kontrak hendaklah diambil kira.Sekiranya dapat dibuktikan wujudnya frod, maka sesuatu perjanjian itu boleh batal atas pilihan orang yang telah ditipu tersebut.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud (cont)Perbezaan Antara SalahNyataan Secara Tipu Muslihat dan FrodApabila seorang membuat kenyataaan dan fakta dalam kenyataannya itu salah, maka ia telah melakukan satu salahnyataan.Apabila suatu kontrak mempunyai unsur salahnyataan, ia akan menjadi kontrak boleh batal.Di bawah undang-undang Inggeris, salahnyataan terbahagi kepada dua, iaitu salahnyataan berunsur tipu muslihat, dan salahnyataan ikhlas. Manakala, Akta Kontrak 1950 Malaysia mentakrifkan salahnyataan secara tipu muslihat sebagai frod atau tipuan dalam seksyen 17, dan salahnyataan ikhlas sebagai salahnyataan dalam seksyen 18.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud (cont)Perbezaan Antara SalahNyataan@Misrepresentation Secara Tipu Muslihat dan Frod (cont)Di bawah undang-undang Inggeris, untuk membuktikan salahnyataan secara tipu muslihat perkara yang diambil kira ialah sama ada si pembuat kenyataan ada pengetahuan bahawa kenyataan itu benar atau salah. Sekiranya ia tahu bahawa kenyataannya itu salah, ini bermaksud ia telah melakukan satu salahnyataan secara tipu muslihat.Sebaliknya, jika ia benar-benar percaya bahawa kenyataaan yang dibuatnya itu benar padahal fakta dalam kenyataannya salah, maka ia dikatakan melakukan salahnyataan ikhlas.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud (cont)Perbezaan Antara SalahNyataan@Misrepresentation Secara Tipu Muslihat dan Frod (cont)

    Akta Kontrak juga menunjukkan keadaan-keadaan yang boleh dikategorikan sebagai frod di mana ia merangkumi salahnyataan secara tipu muslihat di bawah undang-undang Inggeris. Kategori frod di bawah Akta Kontrak lebih luas berbanding dengan undang-undang Inggeris.

    Perhatian harus diberi, di mana di bawah undang-undang Inggeris untuk membuktikan salahnyataan secara tipu muslihat, pengetahuan tentang kebenaran sesuatu kenyataaan hendaklah dikenal pasti. Sementara itu, Akta Kontrak meletakkan niat untuk menipu sebagai faktor penting yang mesti dibuktikan dalam kes frod atau tipuan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud (cont)Kategori FrodSeksyen 17 telah menyatakan beberapa jenis perbuatan yang boleh disifatkan sebagai frod:17(a) menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seorang yang tidak mempercayai sesuatu itu sebagai benar.Contohnya A dengan niat menipu B menyatakan bahawa setiap tahun lima ratus gantang nila telah dibuat oleh kilang A. Kenyataan A itu mendorong B membeli kilang itu. A telah melakukan tipuan terhadap B, dan B boleh mengambil pilihan untuk membatalkan kontrak antara mereka.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Kategori Frod (cont)Contoh kes : Senananyake Iwn Annie Yeo(1965)Fakta: Defendan telah menyalahnyatakan kedudukan kewangan dan masa depan firma defendan dalam urus niaga saham sehingga menyebabkan plaintiff membayar $20,000 untuk membeli lima saham milik defendan. Kedudukan kewangan dan masa depan firma ternyata tidak seperti yang dikatakan oleh defendan, dan plaintiff mengambil tindakan untuk menuntut kembali wangnya.Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa plaintiff berhak untuk mendapat kembali wangnya kerana kontrak yang dimasuki bersama defendan telah dibuat atas frod yang dilakukan oleh defendan terhadap plaintiff.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Kategori Frod (cont)Contoh kes :Kheng Chwee Lian Iwn Wong Tak Thong ( 1983)Fakta: R telah didorong untuk memasuki kontrak kedua, apabila A menyatakan bahawa saiz tanah yang hendak dijual itu sama besar dengan tanah yang telah dipersetujui oleh R dalam kontrak pertama. R memohon untuk membatalkan kontrak kedua atas alasan frod.Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa tindakan R untuk membatalkan kontrak kedua adalah sah dan mengikat kedua-dua belah pihak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Kategori Frod (cont)Merujuk kepada kedua-dua kes sebelum ini(Senananyake dan Kheng Chwee Lian), menunjukkan bagaimana pihak yang melakukan frod itu tidak percaya bahawa kenyataaan yang mereka buat adalah tidak benar. 17(b) seseorang yang bersunnguh-sungguh menyembunyikan fakta daripada seorang yang lain.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Kategori Frod (cont) 17 (c) seseorang membuat janji tanpa berniat untuk menepati janji itu.Contoh kes: Letchemy Arumugam Iwn Annamalay(1982)Fakta: Plaintiff adalah seorang penoreh getah yang buta huruf. Plaintiff telah didorong secara tipu oleh defendan seorang pemaju perumahan untuk memasuki perjanjian jual beli tanah. Defendan menipu plaintiff dengan menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang hendak di tandatangan itu adalah untuk pinjaman wang dan untuk melepaskan tanahnya daripada gadaian. Tetapi dokumen-dokumen tersebut adalah perjanjian jual beli tanah plaintiff, borang pindah milik tanah plaintiff, dan perjanjian plaintiff untuk membeli tiga lot tanah di atas tanahnya sendiri.Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa kontrak itu boleh dibatalkan atas opsyen plaintiff.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Kategori Frod (cont)Contoh lain: A pemilik rumah berjanji dengan B, penyewa rumah untuk membayar semua kos pembaikan bumbung rumah apabila kerja-kerja pembaikan itu siap sepenuhnya. A telah mungkir janji dan tidak mahu membayar apa-apa wang kepada B. A boleh dikenakan tangungan kerana mungkir janji.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)Fraud Kategori Frod (cont)Contoh yang lebih rumit@complex:Jika semasa membuat salahnyataan, seseorang itu tidak berniat untuk menepati niatnya itu.{menyalahnyatakan niatnya pada masa sekarang dan bukan pada masa depan}Contohnya, A mendapat pinjaman daripada bank dengan menyatakan bahawa wang itu akan digunakan untuk menambah pusingan modal perniagaanya. Tapi pinjaman itu digunakan untuk membeli sebuah rumah banglo untuk isterinya. A tidak dikenakan tanggungan atas salahnyataannya itu kerana hal itu cuma mengenai niat di masa depan dan bukan mengenai fakta dan niat yang sedia yang wujud. Walau bagaimanapun, A boleh dikenakan tanggungan sekiranya ketika membuat nyataan itu, dia langsung tidak berniat untuk menggunakan wang itu bagi maksud yang telah diberikan pada mulanya.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudKaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah FrodMenurut seksyen 17, semata-mata membisu terhadap fakta-fakta yang dikemukakan kepada seorang yang mungkin mempengaruhi kesediaan orang itu untuk membuat kontrak tidak menjadikannya tipu.Contohnya A menjual kuda kepada B. A tahu bahawa kudanya itu berpenyakit. Andainya kedua-dua pihak tidak berkata walau sepatah perkataaan pun semasa urusan jual beli, ini tidak bermakna A telah melakukan penipuan terhadap terhadap B. Tetapi jika semasa B memeriksa kuda tersebut, B berkata kepada A Kuda ini nampaknya berkeadaan baik dan tidak berpenyakit, betul begitu En A? dan A membisu, perbuatan A yang membisu sedemikian menjadikannya satu penipuan.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudKaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah Frod (cont)Contoh kes: Vyramuttu Iwn State of Pahang,defendan telah menjual tanah secara lelong kepada plaintiff. Defendan menyangakan bahawa tanah itu belum dimajukan, dan harganya jauh lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Sebenarnya tanah tersebut telah dimajukan, dan nilainya juga telah meningkat. Apabila defendan mengetahui kesilapan tersebut enggan meneruskan transaksi jual beli itu, dan mendakwa plaintiff gagal memberitahu maklumat tersebut kepadanya.Keputusan@Held: Mahkamah: Plaintiff tidak terikat untuk memberitahu defendan tentang tanah itu, dan berhak mendapat ganti rugi kerana ia mengalami kerugian di atas keengganan defendan untuk meneruskan jual beli itu.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah FrodMenurut kaedah am, diam @membisu itu bukanlah frod. Tetapi terdapat pengeculian kepada kaedah am ini. Dalam keadaan tersebut, adalah menjadi kewajipan bagi sesuatu pihak untuk menyatakan semua fakta yang benar. Seksyen 17 menyatakan:17.Melainkan jika kedudukan perkara itu adalah sedemikian hingga, jika kedudukan perkara itu dipertimbangkan, adalah jadi kewajipan bagi orang yang membisu itu untuk berkata-kata.Daripada huraian di atas, difahamkan bahawa setelah pertimbangan oleh mahkamah, orang yang membisu itu wajib memberitahu atau bersuara,dan menyatakan yang benar melainkan jika perbuatan membisu itu adalah sama seperti dia bersuara.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah FrodTerdapat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (a) Nyataan terdahulu yang kemudian menjadi tidak benar (b) Wujudnya perkaitan amanah antara pihak-pihak yang berkontrak (c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati) 17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata

    Kita akan melihat@kajian terhadap seksyen s 17(1) dan S 17(2)..(slide seterusnya)

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:A) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (a) Nyataan terdahulu yang kemudian menjadi tidak benar.Keadaan begini boleh berlaku semasa diadakan rundingan yang membincangkan fakta-fakta perjanjian yang hendak dimeterai.Contohnya Aziz telah membuat tawaran untuk menjual jamnya kepada Bakri bahawa jam itu masih dalam keadaaa baik, tidak pernah jatuh dan rosak. Kenyataan ini benar tetapi hari selepas itu, jamnya telah terjatuh dan rosak. Aziz telah memperbaikinya tetapi tidak memberitahu Bakri tentang kerosakan itu. Bakri telah bersetuju membelinya pada harganya RM 150. Beberapa hari selepas itu, barulah Bakri mengetahui tentang apa yang jadi dan ingin membatalkannya kontraknya dengan Aziz.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:A) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (a) Nyataan terdahulu yang kemudian menjadi tidak benar. (cont)Berkaitan denga contoh (slide 134), pembisuan Aziz tentang kerosakan jam adalah merupakan frod kerana dia wajib memberitahu Bakri bahawa jamnya telah terjatuh dan rosak sebelum Bakri membelinya. Aziz hendaklah memberitahu Bakri fakta bahawanya jam benar dalam keadaaan baik, tidak pernah jatuh atau rosak semasa rundingan dijalankan tetapi jam tersebut telah jatuh dan rosak sehari selepas rundingan dibuat. Fakta mengenai keadaan sebenar jam itu telah menjadi tidak benar semasa Bakri membeli jam itu. Oleh itu Bakri berhak untuk membatalkan kontrak tersebut.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)B) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu:(b) Wujudnya perkaitan amanah antara pihak- pihak yang berkontrak.Apabila wujud pertalian amanah antara pihak-pihak yang berkontrak, maka pihak yang memegang amanah adalah dianggap mempunyai pengaruh ke atas pihak yang satu lagi. Dalam hal sedemikian, satu pihak tidak boleh mengikat pihak yang lain melainkan dapat membuktikan kontrak itu mendatangkan faedah dan segala fakta penting tentang kontrak itu telah diberitahu.Contohnya: A ingin menjual seekor kuda kepada B. B ialah anak A yang telah dewasa. Hubungan A dan B mewajibkan A untuk memberitahu B jika kuda itu tidak sihat.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)C) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu:(c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati)Di dalam kontrak uberimae fidei, seseorang itu hendaklah memberitahu semua fakta penting yang diperlukan oleh kontrak. Contoh kontrak uberimae fidei ialah kontrak insurans, dan kontrak membeli saham.Contohnya, dalam kontrak insurans nyawa, orang yang hendak membeli insurans nyawa hendaklah memberitahu semua fakta penting seperti sejarah kesihatannya. Jika ia gagal memberitahu, maka kontrak itu boleh batal atas pilihan syarikat insuransDalam hal ini, pembeli insurans wajib menyatakan dengan aktif, diamnya@membisu boleh menyebabkan ia dikatakan melakukan frod.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: 17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata Contohnya : A ingin menjual kudanya kepada B. B berkata kepada A, Jika kamu tidak menyangkal, saya menganggap kuda ini sihat. A membisu. Di sini pembisuan A adalah sama dengan A berkata bahawa kuda itu sihat.Sebaliknya jika A menyedari bahawa kuda itu cacat tetapi ia membisu, maka pembisuannya itu boleh dianggap sebagai frod.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)FraudPengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: 17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata (cont)Keadaan lain yang boleh dianggap sebagai frod apabila seseorang menyatakan fakta yang separuh benar. Pembisuannya memberikan gambaran yang berbeza daripada apa yang dinyatakan.Contoh kes menjelaskan keadaan di atas: Kes : R Iwn Kyslant ( 1932)Fakta: Sebuah syarikat mengeluarkan prospektus untuk mendapatkan pelaburan wang orang ramai. Prospektus itu mengandungi kenyataan bahawa pada setiap tahun syarikat itu telah membayar dividen kepada pemegang sahamnya. Perkara ini benar tetapi syarikat gagal menyebut berkenaan kerugian perdagangan yang dialami oleh syarikat dalam tempoh yang sama. Dividen yang dibayar bukan diambil daripada keuntungan syarikat tetapi daripada bahagian wang yang tidak akan berulang, seperti pelarasan cukai, simpanan, dan duti untung yang berlebihan(no stability in the business, not derived from the actual profit.)Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa prospektus itu bersifat memperdaya dan mengelirukan. Pengarah yang mengetahui hal ini didapati bersalah kerana frod.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)SalahNyataan Ikhlas@ Innocent misrepresentationPengenalanApabila seseorang mengeluarkan sesuatu kenyataan, yang mana kenyataan yang dibuatnya itu salah atau tidak tepat, maka dia dikatakan telah melakukan satu salahnyataan.Sesuatu salahnyataan dianggap ikhlas apabila orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut tidak berniat untuk menipu pihak yang lain, malah beliau sendiri percaya bahawa kenyataan yang dibuatnya itu adalah benar dan tidak salah.Contohnya Dr Malik berhasrat untuk menjual kliniknya kepada orang lain. Beliau memberitahu pembeli bahawa pendapatan bulanan kliniknya ialah RM 8,000. Enam bulan kemudian pendapatan klinik tersebut merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli. Kontrak ini boleh dibatalkan atas pilihan pembeli kerana Dr Malik gagal memberitahu pembeli kedudukan sebenar pendapatannya.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasTakrif SalahNyataanIstilah salahnyata ditakrifkan dalam seksyen 18 Akta Kontrak 1950 seperti berikut: (1) Dakwaan yang tegas, secara tidak dibenarkan oleh maklumat yang diperolehi oleh orang yang menegaskannya mengenai sesuatu hal yang tidak benar, sungguhpun orang itu percaya bahawa hal itu benar. (2) Satu pelanggaran kewajipan yang dibuat tanpa sebarang niat menipu, tetapi mengelirukan seorang lain supaya bertindak supaya bertindak sehingga merugikan dirinya. (3) Menyebabkan, walaupun dengan suci hati@ikhlas, satu pihak perjanjian membuat kekhilafan@kesilapan {mistake}, mengenai keadaaan benda yang menjadi pokok perjanjian itu.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasTakrif SalahNyataan(cont)Daripada ketiga-tiga takrif di atas, kita dapat faham bahawa orang yang membuat salahnyataan ikhlas, tidak sedar yang kenyataaanya adalah tidak benar, dan beliau sendiri yakin bahawa kenyataannya itu benar.Di samping itu, orang yang mengeluarkan salahnyataan ikhlas, tidak mempunyai niat untuk menipu atau menyebabkan orang lain memasuki kontrak berdasarkan kenyataannya.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasTakrif SalahNyataan(cont)Perlu di beri perhatian bahawa untuk menjadikan satu kenyataan itu sebagai salahnyata, ia hendaklah berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia tidak boleh menjadi salahnyata walaupun jika pendapat itu tidak benar.Contoh kes : Bisset Iwn Wilkinson(1927),kedua-dua pihak memasuki kontrak jual-beli ladang ternakan biri-biri di New Zealand. Penjual telah menyatakan bahawa ladang itu cukup besar untuk menampung ternakan sebanyak 2,000 ekor. Sebenarnya, belum ada seorang pun, termasuk penjual yang pernah menternak biri-biri di ladang itu.Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan penjual itu adalah hanya satu pendapat sahaja. Ia bukan kenyataaan fakta, maka ia tidak tergolong di bawah salahnyata.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasPengecualian Dalam Seksyen 19Secara amnya Seksyen 19 memperuntukkan: 19. Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod atau salahnyata maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang kerelaaannya disebabkan sedemikian.Menurut seksyen 19, apabila wujud salahnyata dalam sesuatu kontrak, pihak yang menerima salahnyata itu boleh memilih sama ada untuk membatalkan kontrak itu dengan serta-merta @ menerimanya sebagai terus berkuatkuasa seolah-olah salahnyataan itu tidak pernah berlaku.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasPengecualian Dalam Seksyen 19(1)Seksyen 19 menyenaraikan syarat-syarat pengecualian di mana ada jenis kontrak yang tidak boleh dibatalkan atas alasan salahnyata. Terdapat 2 syarat pengecualian seperti berikut:(1)Pihak yang menerima kenyataan mengetahui bahawa butir kenyataan tersebut adalah tidak benar.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasPengecualian Dalam Seksyen 19(1)Contoh keadaan menjelaskan peruntukan S 19(1): Ding ingin membeli sebuah pecetak warna. John menawarkan kepada Ding pencetak jenama JQQnya dengan harga yang murah. Ding sedar bahawa pencetak John adalah pencetak hitam putih tetapi dia tertarik dengan harga murah yang ditawarkan oleh John. Ding tidak boleh membatalkan kontrak atas alasan salahnyata oleh John kerana beliau sememangnya mengetahui bahawa pencetak John bukannya pencetak warna.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasPengecualian Dalam Seksyen 19(2)(2)Salahnyata telah dibuat kepada pihak yang berpeluang untuk mengetahui kebenaran kenyataan yang dibuat, tetapi pihak ini tidak berbuat demikian.Contoh kes yang menjelaskan peruntukan s 19(2) : J.C Weber Iwn E.A.B. Brown (1908)Fakta: Defendan bersetuju memindahkan pilihan untuk membeli sebuah estet kepada plaintiff. Sebelum menyertai perjanjian itu, defendan menyatakan bahawa beliau telah membilang pokok-pokok yang ada dalam estet itu, dan menyerahkan sehelai kertas yang bertulis dengan bilangan dan umur pokok-pokok getah di estet itu. Plaintiff membeli pilihan tersebut dan mendapati bilangan pokok-pokok getah yang sebenar tidak tepat seperti jumlah yang dinyatakan oleh defendan.Keputusan : Mahkamah menolak permohonan plaintiff untuk membatalkan kontrak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasKesan SalahNyataan IkhlasApabila kontrak dibuat berdasarkan kepada salahnyata, kontrak tersebut boleh batal atas pilihan orang yang tidak bersalah atau yang menerima kenyataan salah itu.Sekiranya kontrak itu tidak dibatalkan, maka ia akan terus berkuatkuasa dan transaksi yang dilakukan di bawahnya adalah sah dan mengikat pihak-pihak berkontrak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasKesan SalahNyataan Ikhlas (cont)Pengecualian dalam seksyen 19 telah menyebabkan kontrak yang diasaskan atas salahnyataan tidak boleh diketepikan. Syarat-syarat tersebut menyatakan jika pihak yang menerima salahnyataan sememangnya tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu salah atau ia mempunyai kemudahan untuk mengenal pasti kesahihan kenyataan tersebut tetapi gagal berbuat demikian, maka kontrak yang didakwa ada salahnyataan tidak boleh dibatalkan oleh pihak-pihak yang berkontrak.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasHak-Hak Pihak Yang Tidak BersalahPada amnya, sesuatu kontrak yang didasarkan atas salahnyataan boleh dibatalkan atas permohonan pihak yang tidak bersalah.Apabila permohonan pembatalan dimasukkan ke mahkamah, pihak yang tidak bersalah berhak memohon apa-apa faedah diberikan kepada orang lain di bawah kontrak batal itu.Sekiranya mengalami kerugian akibat daripada salahnyataan itu, maka ia juga boleh menuntut ganti rugi atas salahnyataan.Jika pihak yang tidak bersalah tidak mahu membatalkan kontrak itu, ia boleh meneruskan kontrak itu dengan memberi syarat bahawa bahagian kontrak yang batal sebab salahnyataan hendaklah diperbetulkan oleh pihak yang membuat salahnyataan itu

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasSalahNyataan IkhlasRumusanSalahnyataan ikhlas bermaksud apabila seseorang mengeluarkan kenyataan yang salah tanpa niat untuk menipu sesiapa. Kenyataan yang dibuat itu pula dipercayai sebagai benar dan tepat.Sesuatu kontrak yang dibuat dengan berdasarkan salahnyataan boleh dibatalkan atas pilihan pihak yang menerima salahnyataan tersebut atau mangsanya.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrakF) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasKhilaf [Mistake]PengenalanKita akan membincangkan unsur khilaf@ silap yang dinyatakan dalam seksyen 14 Akta Kontrak 1950.Di bawah Akta Kontrak, peruntukan berkenaan khilaf dan kesan-kesannya dinyatakan di dalam seksyen 21,22 dan 23. Mengikut Akta Kontrak, khilaf terbahagi kepada dua: 1) Khilaf fakta(kesilapan tentang fakta){mistake of fact}; dan 2) khilaf undang-undang (kesilapan tentang undang-undang) {mistake as to law}.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrak

    F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas

    Khilaf [Mistake]Khilaf Fakta PentingMengikut seksyen 21:21.Apabila kedua-dua pihak yang membuat perjanjian itu tersilap tentang fakta mustahak mengenai perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal.Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam seksyen 21 di atas:Aspek pertama(1) : perjanjian boleh dibatalkan atas alasan khilaf , jika khilaf yang berlaku disebabkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Oleh itu, jika ada satu pihak sahaja yang khilaf atau melakukan kesilapan tentang fakta penting dalam perjanjian itu, perjanjian tersebut tidak akan menjadi batal.

  • *1.4 Elemen-elemen asas kontrak

    F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebasKhilaf [Mistake]Khilaf Fakta Penting (cont)Mengikut seksyen 21:21.Apabila kedua-dua pihak yang membuat perjanjian itu tersilap tentang fakta mustahak mengenai perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal.Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam seksyen 21 di atas:

    Aspek kedua(2) : khilaf yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkont