undang-undang malaysia - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud akta ini, boleh membuat kontrak dan...

23
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 85 AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: ngophuc

Post on 27-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 85

AKTA PIHAK BERKUASAKEMAJUAN PEKEBUN KECIL

PERUSAHAAN GETAH 1972

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

2 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUANPEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

Tarikh Perkenan Diraja … … … 26 September 1972

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 30 September 1972

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994

Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 1999

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 85

AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUNKECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan pemakaian

2. Tafsiran

3. Penubuhan Pihak Berkuasa

4. Anggota Pihak Berkuasa

5. Prosiding Pihak Berkuasa

6. Fungsi Pihak Berkuasa

7. Peluasan dan pindaan Ordinan No. 8 tahun 1952

8. Peletakhakan harta dan pemindahan hak dan tanggungan

9. Arahan Menteri

10. Kuasa untuk meminjam

11. Pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lain PihakBerkuasa

11A. Kewajipan Ketua Pengarah

11B. Penubuhan Jawatankuasa Perjawatan

11C. Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Perjawatan

11D. Jawatankuasa tatatertib

11E. Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

11F. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

11G. Pengenaan surcaj

11H. Pemberitahuan surcaj

11I. Penarikbalikan surcaj

11J. Mendapatkan kembali surcaj

11K. Keanggotaan Pihak Berkuasa dalam kes khas

12. Kecualian

JADUAL

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 85

AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUANPEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk menubuhkan danmemperbadankan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah dan untuk maksud yang berkenaan dengannya.

[1 Januari 1973, P.U. (B) 519/1972]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan pemakaian

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pihak Berkuasa KemajuanPekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.

(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pihak Berkuasa yangdilantik di bawah seksyen 11;

“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmatyang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima,atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerimaatau mengakaunkan, apa-apa wang dalam Kumpulan Wang, atauyang dipertanggungkan dengan kewajipan bagi membayar, atau

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

yang sebenarnya membayar, apa-apa wang itu, dan tiap-tiap pegawaidan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaanatau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan danharta Pihak Berkuasa atau yang sebenarnya menerima, memegangatau melupuskan barang simpanan dan harta itu.

(2) Akta ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai satu denganOrdinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula)1952 [Ord. No. 8 tahun 1952] sebagaimana yang dipinda oleh Aktaini.

Penubuhan Pihak Berkuasa

3. (1) Suatu pertubuhan yang dikenali sebagai Pihak BerkuasaKemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ditubuhkan (kemudiandaripada ini disebut “Pihak Berkuasa itu”).

(2) Pihak Berkuasa itu hendaklah menjadi suatu pertubuhanperbadanan dan hendaklah, dengan nama “Pihak BerkuasaKemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah”, kekal turun-temurundan hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan suatu meteraiperbadanan dan, dengan nama itu juga, boleh membawa guamandan dibawa guaman terhadapnya dalam semua Mahkamah danmengikut segala cara guaman dan prosiding dan, tertakluk kepadadan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan bolehmemperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati hartaalih dan harta tak alih daripada tiap-tiap jenis dan bolehmemindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,memulangkan balik, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis,menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan caralain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, sesuatuharta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainyayang terletakhak pada Pihak Berkuasa itu tentang apa-apasyarat yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa itu dan bolehmelakukan segala hal dan perkara lain yang bersampingan atauberkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan dan yang tidakberlawanan dengan peruntukan Akta ini.

(3) Pihak Berkuasa itu hendaklah mempunyai suatu meteraiperbadanan dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan,ditukar, diubah dan dibuat baharu.

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

7

(4) Meterai perbadanan bagi Pihak Berkuasa itu tidak bolehdigunakan kecuali dengan kelulusan Pihak Berkuasa itu dan tidakboleh dicapkan pada sesuatu surat cara kecuali di hadapan Pengerusidan seorang lagi anggota Pihak Berkuasa itu, yang hendaklahmenandatangani surat cara itu, dan penandatanganan itu menjadiketerangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengansewajarnya dan sepatutnya dan ia adalah meterai yang sah bagiPihak Berkuasa itu.

Anggota Pihak Berkuasa

4. (1) Pihak Berkuasa itu hendaklah terdiri daripada anggota yangberikut yang, kecuali Ketua Pengarah, dilantik oleh Menteri:

(a) seorang Pengerusi;

(b) seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan danKomoditi*;

(c) seorang wakil Kementerian Sumber Asli dan AlamSekitar*;

(d) seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani*;

(e) seorang wakil Kementerian Kewangan;

(f) Pengarah Lembaga Getah Malaysia;

(g) Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan PertanianMalaysia;

(h) tujuh orang wakil sektor pekebun kecil perusahaan getah,seorang daripada mereka hendaklah dari Sabah dan seorangdari Sarawak;

(i) dua orang wakil sektor estet perusahaan getah daripadakalangan orang yang dinamakan oleh †Majlis PengeluarGetah;

(j) seorang wakil Perbadanan Kemajuan Getah MalaysiaBerhad;

(k) Ketua Pengarah:

Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa itu hendaklah disifatkansebagai telah ditubuhkan dengan sewajarnya dan sepatutnya walaupunbahawa selain pelantikan semua wakil yang disebut dalam perenggan(a), (b), (c), (d), (e), (f), (g), dan (i) hanya empat orang wakil sahajayang disebut dalam perenggan (h) telah dilantik.

*CATATAN—Lihat P.U. (A) 206/2004†CATATAN—Majlis ini telah dibubarkan dan tiada badan lain yang telah dilantik atau ditubuhbagi menggantikannya.

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

(1A) Bila-bila masa jawatan Ketua Pengarah kosong,subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (k) telahdipotong.

(2) Menteri boleh melantik mengenai setiap seorang anggotaPihak Berkuasa itu seorang anggota gilir yang boleh menghadirimesyuarat Pihak Berkuasa itu apabila anggota hakiki tidak berupayabuat sementara untuk hadir dan apabila hadir sedemikian anggotagilir itu hendaklah disifatkan sebagai anggota Pihak Berkuasa itubagi segala maksud.

(3) Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa itu, selain Ketua Pengarah,hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannyaatau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempohyang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak dilantiksemula.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya pelantikan tiap-tiapanggota , selain Ketua Pengarah, dan tiap-tiap anggota gilir PihakBerkuasa itu disiarkan dalam Warta.

Prosiding Pihak Berkuasa

5. Pihak Berkuasa itu boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatkaedah-kaedah berhubung dengan mesyuarat Pihak Berkuasa itu,kuorum dan hal lain yang berhubungan dengan tatacara.

Fungsi Pihak Berkuasa

6. (1) Pihak Berkuasa itu hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a) pentadbiran Kumpulan Wang Perusahaan Getah (PenanamanSemula) yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 OrdinanKumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula)1952;

(b) pengurusan dan pengendalian yang berjaya bagi Rancanganyang disediakan dan diluluskan di Bahagian III OrdinanKumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula)1952;

(c) perancangan dan pelaksanaan segala pembaharuanpenyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

(2) Bagi maksud menyempurnakan dengan berkesan fungsinyaseperti yang tersebut di atas—

(a) Pihak Berkuasa itu hendaklah—

(i) melaksanakan segala pembaharuan pertanian yangterdapat daripada penyelidikan;

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

9

(ii) bekerjasama dan berhubung dengan semua agensinegara yang lain yang bertanggungjawab bagipenyelidikan, peluasan, mengadakan kredit pertanian,pemprosesan dan pemasaran getah dan mewujudkandengan cepat pemodenan sektor pekebun kecil;

(iii) menjalankan penanaman semula dan penanamanbaharu bagi sektor pekebun kecil dengan benih modenyang mengeluarkan hasil yang banyak mengikutcara yang lengkap dan sistematik;

(iv) memastikan bahawa sektor pekebun kecildimodenkan daripada segala segi bagi membaikikeadaan ekonomi pekebun kecil;

(v) mendapatkan dan menyimpan perangkaan yang perluyang berhubung dengan sektor pekebun kecil danmenyebabkan supaya maklumat itu diberikan kepadaKerajaan;

(vi) mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yangditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawabdari semasa ke semasa berhubung dengan pembaikandan kemajuan sektor pekebun kecil;

(b) Pihak Berkuasa itu boleh, dengan kelulusan Menteri, darisemasa ke semasa, dengan perintah yang disiarkan dalamWarta menubuhkan suatu perbadanan dengan apa juanama yang dinyatakan dalam perintah itu untukmelaksanakan dan menjaga, menjalankan dan menguruskan,bagi pihak Pihak Berkuasa itu, sesuatu Rancangan yangdisediakan dan diluluskan di bawah Ordinan KumpulanWang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 danboleh dengan cara yang sama membatalkan, mengubahatau meminda mana-mana perintah itu; dan mana-manaperintah itu yang dibuat di bawah subseksyen ini hendaklahmembuat peruntukan berkenaan dengan yang berikut:

(i) keanggotaan perbadanan;

(ii) kewangan perbadanan;

(iii) pembayaran balik pinjaman kepada perbadanan; dan

(iv) akaun hendaklah disimpan oleh perbadanan danpengauditan akaun itu; dan

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

(c) Pihak Berkuasa itu boleh, dengan kelulusan Menteri selepasberunding dengan Menteri Kewangan, dari semasa kesemasa menubuhkan perbadanan di bawah Akta Syarikat1965 [Akta 125] untuk menjalankan aktiviti yang berfaedahkepada sektor pekebun kecil.

(3) Bagi maksud menunaikan obligasinya di bawah subseksyen(2) dan mencapai tujuan Akta ini Pihak Berkuasa itu boleh, walauapa pun dalam seksyen 9 Ordinan Kumpulan Wang PerusahaanGetah (Penanaman Semula) 1952, menggunakan wang dalamKumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yangditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang PerusahaanGetah (Penanaman Semula) 1952 bagi maksud yang berikutsebagaimana yang diluluskan oleh Menteri:

(a) sumbangan kepada persatuan atau badan yang ditubuhkanbagi faedah pekebun kecil;

(b) pinjaman kepada pekebun kecil bagi maksud memajukantanah pegangan mereka;

(c) pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi perbadananyang telah ditubuhkan atau akan ditubuhkan di bawahperenggan (2)(b); dan

(d) apa-apa maksud lain yang tidak berlawanan denganperuntukan Akta ini atau Ordinan Kumpulan WangPerusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Peluasan dan pindaan Ordinan No. 8 tahun 1952

7. Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula)1952 dengan ini diperluaskan ke seluruh Malaysia dan hendaklahterus berkuat kuasa tertakluk kepada pindaan yang dinyatakandalam Jadual kepada Akta ini.

Peletakhakan harta dan pemindahan hak dan tanggungan

8. Semua harta alih atau tak alih, yang sebelum sahaja Akta inimula berkuat kuasa telah terletak hak pada atau dipegang oleh atauuntuk Lembaga Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yangditubuhkan dan dibentuk di bawah Ordinan Kumpulan WangPerusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952, hendaklah apabilaAkta ini mula berkuat kuasa dan tanpa apa-apa jua pemindahhakan,penyerahhakan atau pemindahan, terletak hak atau berpindah kepada

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

11

Pihak Berkuasa yang dibentuk di bawah Akta ini dalam keadaandan tertakluk kepada sekatan sebagaimana ia telah terletak hakatau dipegang sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa; dansemua hak dan tanggungan yang sebelum sahaja Akta ini mulaberkuat kuasa adalah hak dan tanggungan Lembaga seperti yangtersebut di atas hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa,menjadi hak dan tanggungan Pihak Berkuasa yang dibentuk dibawah Akta ini.

Arahan Menteri

9. Pihak Berkuasa itu hendaklah bertanggungjawab kepada Menteridan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahantentang apa-apa aspek fungsi Pihak Berkuasa itu dan Pihak Berkuasaitu hendaklah terikat kepada sesuatu arahan itu.

Kuasa untuk meminjam

10. Pihak Berkuasa itu boleh dari semasa ke semasa meminjam,mengikut apa-apa kadar bunga dan dengan apa-apa cara pembayaranbalik sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, apa-apa wang yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa itu untukmenampung mana-mana daripada tanggungannya atau untukmenjalankan mana-mana kewajipannya.

Pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai dan penjawat lainPihak Berkuasa

11. (1) Hendaklah ada seorang Ketua Pengarah bagi Pihak Berkuasaitu yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa itu dengan kelulusanMenteri.

(2) Pihak Berkuasa itu hendaklah menyebabkan supaya pelantikanKetua Pengarah disiarkan dalam Warta.

(3) Pihak Berkuasa itu boleh melantik pegawai atau pekhidmatlain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud menjalankanfungsi Pihak Berkuasa itu.

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

(4) Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa ituhendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertianKanun Keseksaan [Akta 574].

Kewajipan Ketua Pengarah

11A. (1) Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutifPihak Berkuasa itu dan hendaklah—

(a) bertanggungjawab bagi pelaksanaan keputusan dasar PihakBerkuasa itu dan bagi pentadbiran am hal ehwalnya;

(b) menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas semuapegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa itu; dan

(c) menjalankan apa-apa tugas lain yang diputuskan olehPihak Berkuasa itu, tertakluk kepada apa-apa arahanMenteri, dari semasa ke semasa atau yang diarahkan olehPengerusi, tertakluk kepada apa-apa ketetapan Lembaga,dari semasa ke semasa.

(2) Ketua Pengarah hendaklah hadir pada tiap-tiap dan sepanjangmesyuarat Lembaga melainkan jika—

(a) dia tidak dapat berbuat demikian kerana sakit atau tidakberada di Malaysia; atau

(b) dia dibenarkan tidak berbuat demikian oleh Pengerusiatau orang yang mempengerusikan mesyuarat itu.

Penubuhan Jawatankuasa Perjawatan

11B. (1) Suatu Jawatankuasa Perjawatan hendaklah ditubuhkanyang hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

(a) Ketua Pengarah Pihak Berkuasa yang hendaklah menjadipengerusi Jawatankuasa itu dan mempunyai undi pemutus;dan

(b) tiga orang anggota Pihak Berkuasa yang hendaklah dilantikoleh pengerusi Jawatankuasa itu dengan kelulusan PihakBerkuasa.

(2) Jawatankuasa Perjawatan hendaklah bertanggungjawab bagiperkara yang berhubungan dengan pengurusan, perkhidmatan danpembangunan sumber manusia Pihak Berkuasa, dan bagi maksuditu hendaklah mempunyai bidang kuasa dan hendaklah menjalankan

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

13

kuasanya terhadap semua pegawai atau penjawat Pihak Berkuasa,selain Ketua Pengarah, dalam semua perkara yang berhubungandengan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatanpegawai dan penjawat Pihak Berkuasa di bawah apa-apa peraturanyang dibuat oleh Pihak Berkuasa berkenaan dengannya.

Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Perjawatan

11C. (1) Suatu Jawatankuasa Rayuan Perjawatan hendaklahditubuhkan yang hendaklah terdiri daripada anggota seperti yangberikut:

(a) Pengerusi Pihak Berkuasa yang hendaklah menjadi pengerusiJawatankuasa Rayuan Perjawatan dan mempunyai undipemutus; dan

(b) tiga orang anggota Pihak Berkuasa, yang bukan anggotaJawatankuasa Perjawatan, yang hendaklah dilantik olehPengerusi Jawatankuasa Rayuan Perjawatan dengankelulusan Pihak Berkuasa.

(2) Jawatankuasa Rayuan Perjawatan hendaklah mempunyai kuasauntuk mendengar dan menentukan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Jawatankuasa Perjawatan berkenaan dengan kenaikanpangkat sahaja mengikut mana-mana peraturan yang dibuat olehPihak Berkuasa berkenaan dengannya.

(3) Mana-mana pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa yangterkilan dengan keputusan Jawatankuasa Perjawatan boleh, dalammasa empat belas hari, merayu terhadap keputusan itu kepadaJawatankuasa Rayuan Perjawatan.

(4) Keputusan Jawatankuasa Rayuan Perjawatan adalahmuktamad.

Jawatankuasa tatatertib

11D. (1) Pihak berkuasa hendaklah mempunyai kuasa tatatertibterhadap semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklahmenjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orangsedemikian mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yangdibuat di bawah seksyen 11F.

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

(2) Bagi maksud seksyen ini—

(a) hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib PihakBerkuasa berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiridaripada—

(i) Ketua Setiausaha Kementerian, yang hendaklahmenjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan

(ii) dua orang anggota Pihak Berkuasa yang hendaklahdilantik oleh Pihak Berkuasa; dan

(b) Pihak Berkuasa boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagikategori berlainan pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa.

(3) Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasatatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):

(a) jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apabilangan anggota Pihak Berkuasa, selain Pengerusi PihakBerkuasa, atau pegawai Pihak Berkuasa, atau apa-apakombinasi anggota dan pegawai itu; dan

(b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatujawatankuasa tatatertib tidaklah lebih rendah pangkatnyadaripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang keatasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyaikuasa tatatertib.

(4) Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b)hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yangberhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yangdiletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatujawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklahmempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib danmengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasidua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkandi bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11F.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

11E. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawahperenggan 11D(2)(a) boleh dirayu kepada Menteri.

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

15

(2) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan11D(2)(b) boleh dirayu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertibyang hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

(a) Pengerusi Pihak Berkuasa, yang hendaklah menjadipengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan mempunyaiundi pemutus; dan

(b) tiga orang anggota Pihak Berkuasa, yang bukan anggotajawatankuasa tatatertib, yang keputusannya hal perkararayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusiJawatankuasa Rayuan Tatatertib dengan kelulusan PihakBerkuasa bagi maksud rayuan itu.

(3) Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan ataumengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

(4) Apabila Jawatankuasa Rayuan Tatatertib menimbangkansesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggotajawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itudibuat yang juga anggota Pihak Berkuasa tidak boleh hadir padaatau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apaprosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

(5) Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dibawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

11F. (1) Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatapa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untukmengadakan peruntukan bagi tatatertib Ketua Pengarah, pegawaidan pekhidmat Pihak Berkuasa.

(2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyenini—

(a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;

(b) boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertibyang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, dan hukumanitu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan emolumen,penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunanpangkat dan buang kerja;

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

(c) hendaklah memberi orang yang terhadapnya prosidingtatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadappertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelumkeputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib itu kecualidalam hal yang berikut:

(i) jika seseorang pegawai atau pekhidmat PihakBerkuasa dibuang kerja atau diturunkan pangkatatas alasan kelakuan yang berkenaan dengan suatupertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii) jika Pihak Berkuasa, atas syor Menteri yangdipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri,berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatanMalaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidaksuai manfaat untuk menjalankan kehendak perengganini; atau

(iii) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai ataupekhidmat Pihak Berkuasa apa-apa perintah tahanan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri ataudeportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawaiatau pekhidmat Pihak Berkuasa apa-apa bentuksekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya,di bawah mana-mana undang-undang yangberhubungan dengan keselamatan Malaysia ataumana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah,tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri,imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

(d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja denganpengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat PihakBerkuasa sementara menanti selesainya prosiding jenayahterhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengantujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;dan

(e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpaemolumen seseorang pegawai atau pekhidmat PihakBerkuasa jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkanoleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintahtahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan ataudikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

(3) Bagi mengelakkan keraguan, “pegawai” dalam seksyen initermasuklah Ketua Pengarah.

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

17

Pengenaan surcaj

11G. (1) Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan PihakBerkuasa boleh disurcaj jika ternyata kepada Pihak Berkuasa bahawaorang itu—

(a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepadaPihak Berkuasa yang pemungutannya menjaditanggungjawabnya;

(b) adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apapembayaran wang daripada Pihak Berkuasa yang tidaksepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wangyang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atautidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagipemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau hartalain Pihak Berkuasa;

(d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidakmenyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(e) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atautelah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalampembayaran wang daripada Pihak Berkuasa kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuatdi bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antaraorang itu dengan Pihak Berkuasa.

(2) Pihak Berkuasa hendaklah, sebelum orang itu disurcaj,menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanyamenunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

(3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalammasa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis seperti yangdisebut terdahulu, Pihak Berkuasa boleh—

(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkanterhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihiamaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yangtidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam ataupemusnahan harta yang dilakukan; dan

(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yangdifikirkannya patut.

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

Pemberitahuan surcaj

11H. Pihak Berkuasa hendaklah memberitahu orang yang disurcajberkenaan dengan surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen11G(3).

Penarikbalikan surcaj

11I. Walau apa pun subseksyen 11G(3) dan seksyen 11H, PihakBerkuasa boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcajyang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telahditerima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patutdibuat, dan Pihak Berkuasa hendaklah dengan serta-mertamemberitahu orang yang disurcaj akan penarikbalikan itu.

Mendapatkan kembali surcaj

11J. Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen11G(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 11I hendaklahmenjadi hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa daripadaorang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dituntutdan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guamanPihak Berkuasa dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian olehPihak Berkuasa, didapatkan kembali melalui potongan—

(a) daripada gaji orang yang disurcaj; atau

(b) daripada pencen orang yang disurcaj,

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihisatu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikutmana-mana yang berkenaan, orang itu.

Keanggotaan Pihak Berkuasa dalam kes khas

11K. Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Ketua Pengarah,keanggotaan Pihak Berkuasa bagi maksud seksyen 11G dan 11Jtidaklah termasuk Ketua Pengarah.

Kecualian

12. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sesuatuperbuatan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurutOrdinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula)1952 dan perbuatan atau perkara itu hendaklah terus berkuat kuasatertakluk kepada Akta ini.

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

19

JADUAL

[Seksyen 7]

PINDAAN KEPADA ORDINAN KUMPULAN WANGPERUSAHAAN GETAH (PENANAMAN SEMULA) 1952

Seksyen Pindaan

2 Gantikan takrif “the Board” dengan yang berikut:

‘ “ the Authority” means the Rubber Industry SmallholdersDevelopment Authority established under the RubberIndustry Smallholders Development Authority Act 1972.’.

3 Nomborkan semula seksyen 3 sebagai subseksyen 3(1) dantambahkan subseksyen baharu 3(2):

“(2) The Fund shall consist of—

(a) all moneys collected under section 7;

(b) such grants as may be paid into it from the FederalConsolidated Fund;

(c) such moneys as may be borrowed by the Authorityunder section 10 of the Rubber Industry Small-holders Development Authority Act 1972; and

(d) proceeds from any investment made undersection 8.”.

4 Potong kesemuanya.

5 Potong kesemuanya.

6 Potong kesemuanya.

7 Gantikan perkataan “Board” dan “the States of Malaya”yang terdapat dalam subseksyen (1) dan (3) masing-masingdengan perkataan “Authority” dan “Malaysia”.

9 Nomborkan semula seksyen 9 sebagai subseksyen 9(1) dantambahkan subseksyen baharu 9(2):

“(2) Without prejudice to subsection (1) all otherexpenditure which may be authorized by the Authority,with the approval of the Minister, may be chargeable tothe Fund with respect to any of the following matters:

(a) travelling and other allowances to members andofficers and servants of the Authority; and

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

(b) loans to officers and servants of the Authority forthe purchase or building of dwelling houses or thepurchase of conveyances on such terms andconditions as may be prescribed by the Authority.”.

10 Gantikan dengan yang berikut:

“10. (1) The Authority may, with the approval of theMinister, by regulations prescribe schemes for the purposeof utilizing the Fund.

(2) Regulations made under subsection (1) shall bepublished in the Gazette.”.

11 . Gantikan dengan seksyen 11 baharu yang berikut:

“11. (1) The Authority shall cause full and true accountsof the Fund to be kept and shall as soon as possible afterthe 31st December of each year, issue a report of theFund together with a balance sheet and an account ofincome and expenditure during the preceding year,calculated from the 1st January or from the date of theinception of the Fund to the 31st December, and a listof the investments (if any) of the Fund showing their costprice and value at such last mentioned date.

(2) The annual balance sheet, income and expenditureand list of investments (if any) of the Fund shall, priorto the issue thereof, be audited by the Auditor Generalor such auditor as the Minister may appoint.

(3) The Annual Report of the Authority and the Auditor’sReport shall be transmitted by the Authority to the Ministernot later than 30th September of each year and shall belaid on the table of both Houses of Parliament by theMinister and published in the Gazette.”.

12(4) dan (5) Gantikan dengan yang berikut:

“(4) Any scheme prepared by the Authority under thissection shall conform to the principles as the Ministermay be regulation prescribe.”.

13 (a) Gantikan perenggan (2)(b) dengan yang berikut:

“ (b) any scheme expressed to be for the benefit ofestates shall conform to the principles as may beapproved by the Minister;”;

(b) Potong semua perkataan yang terdapat selepas perkataan“Minister” dalam perenggan (2)(d).

Seksyen Pindaan

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

21

15(3) Potong perkataan “mentioned in paragaraph 2 of the ThirdSchedule to this Ordinance”.

16(1) (a) Gantikan takrif “estate” dengan yang berikut;

‘ “estate” means any land of a total area of not lessthan one hundred acres included in any scheme underthis Part and the owner continues so to participatefor the duration of such scheme;’;

(b) Gantikan takrif “smallholder” dengan yang berikut:

‘ “ smallholder” means the owner or lawful occupieror lawful representative of the owner or lawful occupierof any land of an area of less than one hundred acres,which is included in any scheme under this Part andthe aforesaid person continues so to participate forthe duration of such scheme;’.

16(2) Potong perkataan “and of the Third and Fourth Schedulesto this Ordinance” di mana-mana jua terdapat.

8, 9, 12, 13, Gantikan perkataan “Board” di mana-mana jua terdapat15, 16 dan 17 dengan perkataan “Authority”.

12(1), 15(4) Potong perkataan “for Commerce and Industry” selepasdan 16(2) perkataan “Minister” di mana-mana jua terdapat.

Jadual Potong kesemuanya.Pertama

Jadual Kedua Potong kesemuanya.

Jadual Ketiga Potong kesemuanya.

Jadual Potong kesemuanya.Keempat

Seksyen Pindaan

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 85

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 85

AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUNKECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

Akta A292 Akta Badan Berkanun Getah 01-01-19731976

Akta A349 Akta Badan Berkanun Getah 01-01-19731976 kecuali

perenggan 1,2 dan 3mengenaipindaankepadass. 4(1);01-06-1976

Akta A448 Akta Pihak Berkuasa Kemajuan 16-02-1979Pekebun Kecil Perusahaan Getah kecuali(Pindaan) 1979 perenggan

2(1)(a);28-07-1978

Akta A965 Akta Pihak Berkuasa Kemajuan 27-09-1996Pekebun Kecil Perusahaan Getah(Pindaan) 1996

P.U. (A)206/ Perintah Menteri-menteri 27-03-20042004 Kerajaan Persekutuan (No. 2)

2004

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 85.pdf · dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah

23

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 85

AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUNKECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2 Akta A448 28-07-1978Akta A965 27-09-1996

4 Akta A292 01-01-1973Akta A349 01-06-1976Akta A448 16-02-1979

6 Akta A349 01-01-1973

11 Akta A448 16-02-1979

11A Akta A448 16-02-1979

11B-11K Akta A965 27-09-1996