ulasan tentang gejala ponteng sekolah

9
ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH FAKTOR Seorang guru di Puchong, Bibiana John mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang menjadi peluru kepada berlakunya sikap ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah mereka tidak mempunyai minat atau motivasi yang mendalam untuk pergi ke sekolah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka mengambil ringan tentang perkara ini dan menganggap sekolah sebagai suatu tempat yang membosankan. Mereka lebih menjurus kepada perkara-perkara yang menyeronokkan seperti melepak di pusat hiburan dan melayari internet di siber kafe. Hasil daripada kajian beliau menyatakan bahawa kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah juga dapat menyumbang kepada aktiviti ponteng sekolah. Keadaan ini berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna akibat daripada kelemahan diri mereka sendiri. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah

Upload: stoine-cold

Post on 03-Jan-2016

1.238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Gejalah Ponteng Sekolah - punca ponteng sekolah - kesan pontenga sekolah- langkah-langkah penyelesaian

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

FAKTOR

Seorang guru di Puchong, Bibiana John mengatakan bahawa terdapat

beberapa punca yang menjadi peluru kepada berlakunya sikap ponteng sekolah

dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah mereka tidak mempunyai minat atau

motivasi yang mendalam untuk pergi ke sekolah. Hal ini disebabkan oleh

kurangnya kesedaran bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam

menjalani kehidupan seharian. Mereka mengambil ringan tentang perkara ini dan

menganggap sekolah sebagai suatu tempat yang membosankan. Mereka lebih

menjurus kepada perkara-perkara yang menyeronokkan seperti melepak di

pusat hiburan dan melayari internet di siber kafe.

Hasil daripada kajian beliau menyatakan bahawa kurang berminat

terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah juga dapat menyumbang kepada

aktiviti ponteng sekolah. Keadaan ini berpunca daripada isi kandungan sukatan

pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang

memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi,

pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat

kerana mereka tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna akibat

daripada kelemahan diri mereka sendiri. Pelajar seperti ini biasanya mudah

berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana

menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang

minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan

pelajar yang lebih cerdas.

3

Page 2: Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah

Menurut beliau, pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi

oleh guru biasanya akan ponteng dan bersembunyi dengan melepak di

kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan

pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan

hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

Keadaan ini memberikan rangsangan kepada pelajar berkenaan untuk terus

memontengkan diri sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya.

Ibu bapa yang tidak mengambil tahu tentang aktiviti-aktiviti anak-anak

mereka juga turut menyumbang ke arah masalah ponteng sekolah ini. Biasanya

pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang

melakukan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang

ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu tidak mendapat respon yang

diharapkan. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa

pelajar berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak

mereka. Ibu bapa mereka lebih mementingkan urusan harian atau kerja daripada

anak mereka sendiri.

Selain itu, beliau menambah bahawa terdapat juga pelajar yang ponteng

kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang

rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai pembantu di

kedai makan, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai peniaga makanan di

pasar malam. Malah masih ramai dalam kalangan pelajar yang bekerja secara

sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya

untuk bangun awal ke sekolah terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

4

Page 3: Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah

Melalui pandangan umum, Gee Wai Cheak mengatakan bahawa punca

utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan

institusi keluarga seseorang pelajar itu. Hal ini demikian, timbulnya

pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak

dihiraukan. Gee Wai Cheak menegaskan lagi bahawa dalam sesebuah keluarga

yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan

untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih

oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka

dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan.

Seterusnya, Gee Wai Cheak juga mengatakan pengaruh rakan turut

menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan

pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah

akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional.

Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka

tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang

bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang

dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan

membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi

alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan

menjadi salah satu faktor berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-

pelajar sekolah.

      

      

5

Page 4: Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah

KESAN

Menurut cikgu Bibiana, kesan yang paling ketara sekali akibat daripada

ponteng sekolah ialah pelajar berkenaan akan ketinggalan pelajaran yang

sepatutnya diajar kepada mereka. Seterusnya mereka akan hilang minat untuk

belajar dan menceburkan diri dalam perkara-perkara yang tidak memberi faedah

kepada mereka. Berdasarkan pengalaman beliau, akibat pelajar ponteng bukan

sahaja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi mereka juga terbabit

dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme,

minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

Seterusnya, perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang

sifat bertanggungjawab. Hal ini akan menyebabkan prestasi akademik pelajar itu

merosot. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan imej serta

kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kerana sekolah tidak

lagi dianggap sebagai tempat yang kondusif untuk proses pengajaran dan

pembelajaran dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, Tan Soo Hooi (2002) mengatakan bahawa kesan daripada

aktiviti ponteng sekolah ini akan menyebabkan pelajar tersebut sering

menghadapi masalah konflik kendiri. Mereka kurang jelas dengan peranan diri

sendiri sebagai seorang pelajar terutama yang mempunyai masalah pelajaran

dan peribadi. Mereka akan berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan

diri dengan persekitaran di sekolah.

Di samping itu, natijah daripada keadaan ini menyebabkan negara kita

kekurangan pemimpin pelapis negara yang berwibawa untuk memacu negara ini

pada masa akan datang. Fenomena ini juga akan menyebabkan pelajar tersebut

dipandang hina oleh masyarakat dan tidak diberi kepercayaan untuk memerintah

negara yang sudah mencapai kemerdekaan setengah abad ini. Seterusnya,

pelajar akan disisih oleh masyarakat dan sukar untuk memperoleh pekerjaan

untuk meneruskan kehidupan.

6

Page 5: Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah

LANGKAH

Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi

membasmi gejala ponteng sekolah ini. Namun pun begitu, peratusan bilangan

pelajar yang terbabit dengan gejala ini semakin meningkat. Cikgu Bibiana telah

menegaskan bahawa pembentukan sahsiah seseorang pelajar bermula daripada

institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi

mendidik anak-anak mereka tentang perkara yang betul dan yang salah.

Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan

anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan selamat sampai ke

sekolah. Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar

anak mereka tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan

kompleks membeli belah jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi

pelajar di luar bandar. Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak

mereka, kerap berhubung dengan pihak sekolah dan sering bertanyakan rakan

anak-anak mereka.

Selain itu, pihak-pihak pengusaha pusat hiburan juga perlulah lebih

bertanggungjawab dan tidak menjadikan notis melarang pelajar sekolah

memasuki pusat hiburan sebagai hiasan dinding semata-mata. Pihak kerajaan

juga perlu memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang yang

diwartakan . Umpamanya mendirikan tempat-tempat pengaduan HEP, melarang

pelajar-pelajar berpakaian sekolah mengunjungi pasaraya, pusat hiburan, dan

‘cybercafe’ pada waktu sekolah.

7

Page 6: Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah

Beliau juga menambah bahawa masalah ponteng sekolah ini dapat

ditangani dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat

seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-

pelajar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang

munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif

perlu dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat

dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Seterusnya, khidmat kaunseling

perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan

masalah yang mereka hadapi agar langkah membantu boleh dilaksanakan.

Tambahan pula, masyarakat sekeliling turut bekerjasama dalam usaha

menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar

sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing perlu dikikis dalam kalangan masyarakat. Kerjasama ini sedikit

sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-

pelajar mengenai keburukan gejala ponteng.

Beliau menyatakan lagi bahawa pihak sekolah juga perlu bekerjasama

dan sama-sama membendung masalah ini. Antara langkah-langkah yang boleh

dilakukan ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar sekolah seperti

perkhemahan dan lawatan. Guru-guru juga perlu mesra dengan para pelajar dan

berkebolehan dalam menyampaikan ilmu dengan berkesan serta ada kalanya

bergurau senda. Hal ini dapat menambah minat pelajar untuk ke sekolah.

Justeru, mata pelajaran yang membosankan perlu diajar dengan cara yang

pelbagai.

8